Isnin, 7 Oktober 2013

INILAH NASIBKU!!!,.


           
          Rumah papan di tengah sawah itu riuh dengan suara kanak-kanak dan tangisan bayi kembar perempuan yang baru dilahirkan sejam yang lalu.Walau pun kehidupan mereka miskin tapi keluarga Pak Mahat sentiasa murah dengan anugerah Allah.

         Pak Mahat bertemu jodoh dengan isterinya sekarang setelah sama-sama bergelar ibu dan bapa tunggal.Isterinya sudah mempunyai dua orang anak dengan suami pertama,sedangkan Pak Mahat sudah tiga kali gagal dalam perkahwinan dan hanya bertahan selepas mendapat seorang anak.Bermakna Pak Mahat sudah mempunyai tiga orang anak dengan tiga orang isteri sebelum berkahwin dengan Siti Khatijah.

        Mungkin nasib Pak Mahat yang sering diuji atau salah Pak Mahat sendiri hanya Allah yang mengetahui.Mungkin juga jodoh Pak Mahat sudah ditakdirkan untuk Siti Khatijah kerana anak kembar ini adalah anak mereka yang ke lima.Bermakna mereka sudah mempunyai enam orang anak.Yang sulung baru berusia lapan tahun,Asmawi namanya.Kedua enam tahun,Asnah diikuti Saleha empat tahun dan Salima dua tahun.Anak-anak kembar belum sempat di berikan nama kerana Siti Khatijah masih belum sedarkan diri.Siti Khatijah diserang 'tarik' dan pengsan selepas melahirkan kembar tersebut.

          Tiga hari selepas anak-anak kembar Pak Mahat dilahirkan, isteri Pak Mahat masih belum sedarkan diri.Adik perempuan tunggal Pak Mahat sudah mula merungut kerana terpaksa menjaga anak-anak Pak Mahat yang masih kecil.Pak Mahat anak sulung dari lapan adik beradik.Tujuh lelaki dan seorang perempuan.Mak Uteh anak yang ke tiga.

       ''Abang At,.aku rasa, baik hang bagi kat oranglah budak-budak ni.Kak Tijah tu entah bila nak sedar,.'' Mak Uteh mula membuka cadangan.Pak Mahat merenung sayu anak-anaknya seorang demi seorang.Si kembar meraung serentak.Sejak lahir mereka belum sempat dibelai ibu kandung.

            Rusyidah anak tiri Pak Mahat segera mendapatkan adik-adik kembarnya.Selepas Siti Khatijah bercerai anak-anaknya terpaksa dipisahkan.Yang sulung Rusydi mengikut suaminya.Rusyidah dipelihara Siti Khatijah.Rusyidah sedih bila mendengar Mak Uteh berkata begitu tadi.Sekurang-kurangnya biarlah emak sedar dulu.Kesian emak.Sembilan bulan menahan azab membawa kandungannya dan begitu tersiksa melahirkan begitu senang Mak Uteh nak mengungkapkan kata-kata sebegitu.

           ''Macam mana abang At? Hang setuju dak dengan cadangan Teh ni.Petang satgi ada dua pasang suami isteri yang nak mai tengok.Hang bagi ja la.Senang cerita,.'' sambil bertanya Mak Uteh juga memberi jawapannya.Rusyidah yang mendengar sudah mula resah.

        ''Ayah!,.jangan bagi kat orang ayah.Kesian kat mak.Kesian kat adik-adik,.'' Rusyidah cuba merayu demi adik-adiknya.Mak Uteh sudah mencerlungkan matanya pada Rusyidah.

         ''Hang diam!!,.hang bukannya tau apa-apa pun.Lagi pun hang bukannya waris.Hang tak dak hak nak menghalang,.'' Rusyidah terus terkaku mendengar jerkahan Mak Uteh.Memang betul pun mereka bukan sebapa tapi mereka lahir dari perut yang sama.

            Rusyidah hanya berusia empat belas tahun.Apa yang mampu dia buat hanya memerhatikan saja adik-adik kembarnya dibawa pergi petang itu oleh dua pasang suami isteri yang tidak mempunyai anak.Walau pun kembar, adik-adiknya akan dibesarkan oleh keluarga yang berlainan.   
 
         Empat hari selepas itu Siti Khatijah baru sedar.Bila Rusyidah memberitahu ibunya bahawa dia telah melahirkan anak kembar.Dia langsung tak percaya.Walau Rusyidah terkilan tapi dia tetap sedih untuk ibunya.

           Rezeki Pak Mahat dan isteri terus murah.Dua tahun selepas itu Siti Khatijah melahirkan anak perempuan lagi.Ketika Rosnah berusia dua tahun Siti Khatijah bersalin lagi. Anak bongsu Pak Mahat ini juga perempuan dan diberi nama Zahira.Walau pun Pak Mahat hanya seorang tukang rumah namun hidup mereka tetap murah dengan rezeki.Rezeki dengan kelahiran anak-anak yang ramai.
...............................................................

17 TAHUN KEMUDIAN

Masriana

              Sudah sebulan Hafiz Azhan kembali belayar.Rindunya aku pada dia.Setiap kali dia kembali bertugas aku pasti sunyi.Kalau dia ada dialah yang selalu menceriakan hari aku.Mama dengan papa terlalu sibuk dengan kerja mereka.Bisnes sana,bisnes sini.Masa untuk aku langsung tak ada.Mungkin aku dilonggokkan dengan kekayaan tapi apalah ertinya bila aku selalu ditinggalkan keseorangan.

            Aku renung gambar mama dan papa di atas almari solek.Kadang-kadang ada jugak terdetik dihati kenapa wajah aku langsung tak ada persamaan dengan mereka.Aku pernah tanya pada mama,mungkin aku ini hanya anak angkat.Mama hanya tersenyum tanpa menjawab soalan aku.

        ~riana,.kau ada mn? jom wayang~

             Mesej dari Azie aku baca sambil mengeluh perlahan.Sikit-sikit wayang.Kalau tak ajak tengok wayang mesti ajak shopping.Aku sudah bosan dengan cara hidup begini.Mungkin mama dan papa tak pernah melarang aku untuk hidup bebas dengan kawan-kawan remajaku yang lain tapi aku tak suka sebenarnya.Aku cuma nak kasih sayang mama dan papa.Aku nak perhatian dari mereka.Kenapa mama dan papa tak pernah cuba untuk memahami aku?       

            Nada dering HP aku berbunyi.Aku jengok skrin HP.Hmm,.mesti Azie akan mengamuk sebab aku tak reply mesej dia.Aku biarkan saja panggilannya tak berjawab.Aku bangun dan mencapai tuala diampaian lalu menuju ke bilik air.Baru saja sebelah kakiku menjejaki bilik air,HP aku berbunyi lagi.Aku buat tak peduli.Letih mendail nanti berhentilah dia.Aku berdialog di dalam hati.

            Masuk ke bilik air aku capai lulur badan.Dah lama aku tak manjakan diri.Hari ini aku ingin lapangkan fikiran dengan menyental daki-daki dibadan.Aku masuk ke dalam tab mandi dan mulakan operasi.
...............................................

Rosilah

             Arghhh,.aku stress.Hari ini ayah buat hal lagi.Aku nyaris diperkosa entah untuk kali yang ke berapa.Aku tahu,aku ni hanya anak pungut tapi janganlah diperlakukan aku seperti ini.Sudah banyak kali aku ingin lari dari rumah namun aku tak sampai hati bila mengenangkan ibu yang banyak berjasa pada aku.Ibu melakukan perbagai kerja untuk menyara kami tiga beranak.Ayah aku penganggur 'terhormat'.Bukan dia tak pernah kerja tapi dia terlalu panas baran.Asal dapat kerja mesti lepas seminggu atau dua minggu diberhentikan.

               Aku ingat lagi kali pertama ayah cuba memperkosa aku.Ketika itu dia pulang dalam keadaan marah kerana telah dipecat akibat bergaduh ditempat kerja.Aku bernasib baik kerana ibu pulang dan berjaya meloloskan diri dari dianiaya ayah.Ibu dan ayah bergaduh selepas itu dan mereka hampir bercerai.Apa yang ayah persembahkan di depan aku hari itu buat aku trauma.

             Aku yang lembik,yang penuh dengan sifat sopan santun terus berubah wajah.Aku mula membenci lelaki bila melihat ayah memperlakukan ibu seperti binatang.Ayah meniduri ibu di depan aku dengan paksaan.Aku baru berumur 14 tahun ketika itu dan kejadian itu benar-benar buat aku menyampah dengan setiap lelaki.
.....................................................

        Masriana

            Hari ini mama dan papa akan pulang dari Dubai.Kebetulan esok ulangtahun perkahwinan mama dan papa.Aku ingat nak keluar ke mall.Nak cari hadiah untuk mama dan papa.Nak ajak siapa ya? Azie ke Miza? Ahh!,.tak payahlah ganggu mereka.Baik aku suruh Pak Karim hantar aje.

      ''Mak Kiah!,.Pak Karim mana?'' aku bertanya Mak Kiah pembantu rumah kami.Mak Kiah ni la yang aku ada pun.Nak mengadu ke,nak bermanja ke.Hanya Mak Kiah tempat aku menumpang kasih sejak kecil.

         ''Entah!,.tadi ada.Cuba Riana tengok di laman depan,.'' aku mengikut kata Mak Kiah dan menuju ke pintu.Aku keluar dari rumah dan meninjau keluar.

       ''Pak Karim!!,.tolong hantar Riana ke Mall kejap.Riana malaslah nak drive hari ni,.'' bila aku nampak Pak Karim yang sedang membelek pokok hiasan mama, terus aku melaung.Pak Karim ni tukang kebun merangkap driver sekali.Bila aku,mama atau pun papa kena penyakit malas nak drive barulah khidmat Pak Karim diperlukan.

         ''Nak ke mana Cik Riana? Giant? Jusco?'' aku tersenyum mendengar pertanyaan Pak Karim.Selalunya Pak Karim akan membawa Mak Kiah ke Giant atau Jusco untuk membeli barang-barang dapur.

       ''Riana nak beli hadiah untuk mama dan papa.Esok ulangtahun perkahwinan mama dan papa.Pak Karim ada cadangan tak?'' aku meminta pendapat Pak Karim yang sudah aku anggap macam ayah aku sendiri.

       ''Telekung dengan sejadah pun okey jugak.Al-Quran pun boleh,.'' aku menganggukkan kepala.Saranan Pak Karim menarik juga.Lagi pun mama dan papa terlalu sibuk mengejar kekayaan dunia.Sedangkan dunia ini hanyalah sementara.

         ''Pak Karim tau ke kedai mana yang boleh kita beli semua barang-barang tu?'' memandangkan aku memang tak ada pengalaman aku tanya ja Pak Karim.Aku mana pernah beli semua ni.Semuanya mama yang belikan.Aku cuma order ja.Kalau bab duit pula.Tak payah nak minta.Papa atau mama akan masukkan ke akaun aku setiap bulan.

     ''Err,.kita ajak Mak Kiah sekalilah.Pak Karim pun tak tahu,.'' Pak Karim tersengeh.Aku masuk semula ke dalam rumah.Aku cari Mak Kiah di dapur.

       ''Mak Kiah!,.Jom!,.'' sampai saja di tepi Mak Kiah aku terus pegang lengan Mak Kiah.Aku buat suara manja.Ayat bodek tu kena ada.

        ''Nak ke mana Riana? Mak Kiah nak masak ni,.'' Mak Kiah memandang pelik padaku.Aku masih berpaut pada lengan Mak Kiah sambil mengukirkan senyuman.

       ''Alaa,.hari ni Mak Kiah tak payah masaklah!.Kita makan kat luar jer.Mak Kiah pergilah siap.Riana nak belanja Mak Kiah dengan Pak Karim makan makanan special.Spagetti bolognese dengan chicken chop,.'' aku tergelak kecil bila melihat Mak Kiah mencebik.Tahu sangat.Selera Mak Kiah selera kampung.Takkan makanlah spagetti dengan chicken chop ni.

         ''Ishh,.Mak Kiah rela berpuasa tiga hari tiga malam.Kalau benda tulah yang Riana nak belanja Mak Kiah,.'' Mak Kiah menunjukkan riak geli geleman.Aku ketawa lepas.Alergik betul Mak Kiah dengan makanan orang-orang barat ni.

         ''Okey!,.okey!,.la ni Mak Kiah habaq ja Mak Kiah nak makan pa.Riana sanggup!,.asalkan Mak Kiah pergi bersiap,lepas tu kita keluar.Mak Kiah tolong pilih hadiah untuk mama dan papa.Boleh?'' aku menerangkan tujuan sebenar sambil tiru loghat utara yang kadang-kadang Mak Kiah tersasul.Jangan tak tau.Mak Kiah ni orang Kedah.Dulu,.mama dan papa pun asal dari Kedah tapi bila bisnes papa semakin berkembang.Kami berpindah ke Selangor.

         ''Laa,.awat tak habaq awai-awai!,.tak pa la.Mak Kiah nak pi siap dulu naa.Riana tunggu sat na.Mak Kiah nak tukaq baju ja,.'' tu dia!!,.mulalah jugakk!.Aku tergelak mendengar ayat Mak Kiah dan senyuman aku masih melebar walau pun Mak Kiah sudah berlalu ke biliknya.
..........................................

Rosilah

           ''Bro!!,.burger ayam satu!.Sos lebih naa!!'' aku dengar seorang pelanggan melaung.Mereka panggil aku 'bro' sejak aku berniaga burger di Pekan Rabu ni.Selepas aku habis SPM aku cari kerja untuk bantu ibu.Macam-macam kerja aku dah buat.Kerja kedai dobi,kedai makan,jadi cashier pasaraya, semua aku dah rasa.Gerai burger ni pun kebetulan saja dapat kat aku.Tuan punya gerai ni nak mencari kerja di Kuala Lumpur.Gerai ni dia suruh aku jaga untuk sementara.

         ''Okey!,.siap!!'' aku melaung kembali tanpa perasaan malu.Untuk meneruskan kehidupan ni aku perlu semangat yang kental.Aku tak peduli apa orang nak sok sek,sok sek pasal aku.Aku makan ke tidak,ada mereka ambil tau? Jangan harap!,.yang namanya manusia,mereka hanya tau mengutuk bila kita susah.

          ''Ilah!,.hang nak ikut aku dak?'' entah bila Aiman sudah berdiri tegak disebelah aku.Dia ni adik kepada tuan punya gerai burger ni.Tua setahun saja dari aku.Dia yang minta abang dia serahkan gerai burger ni kat aku.

        ''Nak pi mana?'' aku bertanya balas sambil menayang wajah cuak pada Aiman.Burger yang telah siap, aku bungkus lalu diserahkan pada pelanggan.Datang pula couple yang berpakaian sekolah.Aku mengeleng tanpa sedar memerhatikan kemesraan mereka.

          ''KL,.abang aku cakap dia dah dapat reja.Dia ajak aku pi reja sana.Hang nak ikut?'' aku berfikir sejenak.Inilah peluang keemasan aku untuk lari dari ayah tapi,.ahh,.aku takut, nanti lari dari perut buaya.Masuk pula ke perut harimau.

        ''Nantilah,.aku balik tanya mak aku dulu,.'' Aiman mengangguk.

        ''Eh!,.sat,sat,.kalau aku ikut hang,aku nak dok mana?'' bila fikir pasal tempat tinggal aku jadi sangsi balik.Walau pun aku ni dressing macam orang lelaki tapi aku tetap perempuan tulen.
            
        ''Hang jangan bimbang pasai tu.Abang aku kata untuk orang perempuan ada asrama disediakan,.'' aku pula yang mengangguk faham,tapi dalam hati aku ni tetap ada perasaan cuak.Sambil tangan ligat buat kerja kami terus berbual.Aiman akan turut membantu aku bila pelanggan ramai.Dialah satu-satunya kawan yang aku ada.Aku memang anti lelaki tapi Aiman terkecuali kerana dia tak pernah mengambil kesempatan terhadapku.Adanya dia aku rasa diri aku dihargai.
.........................................


Hafiz Azhan

          Aku mendapat panggilan kecemasan dari mama yang memberitahu Mak Tok sedang tenat.Aku terus dibenarkan pulang untuk menziarah Mak Tok di Alor Setar.Tiada sesiapa yang datang mengambil aku di Lumut.Aku hanya dihantar oleh seorang rakan setugas ke station bus Ipoh.Terpaksa aku menaiki bas express untuk ke Alor Setar.

        Bila aku sampai di Pekan Rabu Alor Setar, aku terus bergegas mencari tandas awam.Perut yang memulas tiba-tiba buat jiwa aku jadi kalut.Puas aku bertanya, hanya seorang mak cik penjual buah yang mahu menunjukkan aku di mana tandas.Rupanya aku sudah tersalah orang.Kalau sudah bertanya pada rombongan dari Kelantan yang baru pertama kali menjejak ke negeri Kedah.Memanglah mereka tak tahu.Hailah perut!,.kerana perut yang meragam inilah yang membuatkan aku hilang punca.Main aci redah ja.

           Mata aku terpaku tiba-tiba pada objek yang sedang berjalan keluar dari tandas perempuan.Masriana? Buat apa pula dia di sini? Takkan dia ikut mama balik?,.atau dia ikut Mak Kiah balik kampung? Pelbagai persoalan berligar dibenakku.Terus aku melangkah laju.Terlupa pada perut yang sedang memulas.

          ''Riana!'' aku menegur Masriana sambil memegang lengannya supaya dia tak berlalu pergi.Mungkin dia tak perasankan aku.Bila aku pegang lengannya dia terus menoleh.Aku ukirkan senyuman paling manis buat tatapan kekasih hati.

         Bukkkkk!!!,.

        Sebiji penumbuk singgah dipipi kiriku.Aku tersentap.Sejak bila Masriana belajar tinju ni? Boleh tahan sakitnya.Aku pandang Masriana atas bawak.Masriana kebam bibir dan,..

          ''Adoiii!!,.awak ni dah kenapa Riana? Sejak bila ambil tali pinggang hitam ni? Rambut ni,.kan Han dah larang Riana potong.Ni,.rupa dah macam lelaki.Ganas pulak tu!'' aku terus membebel bila betis aku pula ditendang Masriana.Gelagat kami di depan tandas awam ni diperhatikan orang ramai.Ada yang memandang pelik,tak kurang juga yang mentertawakan kami.

            ''Sapa Riana? Hang jaga kelaku sikit.Aku debik satgi,.kot ada yang hilang gigi,.'' akhirnya Masriana bersuara.Lantang dan kasar.Aku yang terpinga-pinga.Sekejap cuma bila perut aku memulas kembali.Aku berlari laju masuk ke tandas.
...................................
Masriana

            Bahagianya aku rasa bila dapat jumpa mama dan papa lagi.Mama belikan aku dan Mak Kiah kain pasang.Cantik sangat!,.yang paling best mama belikan aku selendang dengan warna kegemaran aku.Warna merah.Wah! pasal ni la aku sayang sangat kat mama aku ni.Tahu saja warna kesukaan aku.

          Aku belek lagi kain selendang pemberian mama.Aku bangun dan menuju ke almari solek.Aku letakkan selendang di atas kepala dan memandang wajahku di depan cermin.Aku teringat pada Hafiz Azhan.Dia pernah meminta supaya aku menutup rambutku.Aku belai pula rambut aku yang paras bahu.Kalau ikutkan hati aku,dah lama aku potong.Rimas betul.Aku tak tahan panas.Setiap kali aku potong rambut mesti Hafiz Azhan akan marah aku.
     
     ''Han!!,.rindunya aku kat kau,.'' aku capai I-pad dan mula membelek skrin.Wajah Hafiz Azhan sentiasa menjadi penghias muka depan.Senyumannya,.hmm,teringat pula saat-saat kami bersama.Sudah tiga tahun dia berkhidmat di TLDM.Memang minat dia lebih menjurus kepada pekerjaan ini.Katanya tentera ni sentiasa kemas.Lagi pula katanya dia nak berbakti untuk negara.Bersemangat waja,inilah dia Hafiz Azhan aku.

        Sebenarnya Hafiz Azhan ni tua lima tahun dari aku.Sudah banyak kali dia menyuruh aku memanggilnya abang.Takde maknanya.Dia bukan suami aku pun.Huhuhu,.

        Aku kenal dia ketika aku berada di tingkatan lima.Suatu hari tu Pak Karim terlambat mengambil aku kerana tayar kereta pancit.Hari pula hujan lebat.Hafiz Azhan datang jadi penyelamat bila beberapa orang warga Bangladesh datang mengusik aku.Kami berkenalan dan saling menukar no telefon.Hafiz Azhan bukan anak orang kaya.Keluarga dia sederhana tapi mama dia baik sangat.Mama dia suri rumah sepenuh masa.Ayah Hafiz Azhan hanya peniaga di pasar malam.Sejak hari itu kami mula rapat.Mama dan papa pun tak menghalang perhubungan kami.Kata Hafiz Azhan dia akan menghantar rombongan ke rumah aku setelah kewangannya sudah stabil dan aku tamat belajar.

               Aku masih lagi belajar sebenarnya, di Kolej Matrikulasi.Sekarang ni aku sedang cuti semester,sebab itulah aku rindu sangat dengan Hafiz Azhan.Ya!,.rindukan dia.Hafiz melarang aku untuk terus bergaul dengan Azie dan Miza.Kalau dulu aku bebas tapi sekarang Hafiz yang mengawal segala tingkah lakuku.Bila mama dan papa terlalu sibuk Hafiz Azhan yang selalu mengambil berat tentang diri aku.Rimas? Tak adalah! Aku memang dahagakan perhatian dan kasih sayang.Mak Kiah dan Pak Karim pun mengambil berat padaku tapi tidak sama dengan perhatian yang Hafiz Azhan berikan kerana Mak Kiah dan Pak Karim tak pernah menegur kesalahan aku seperti Hafiz Azhan tegur aku.

       ''Riana!,.pakaian tu boleh pakai yang sopan sikit tak? Cuba simpan kecantikan tu untuk suami.Jangan nak tayang sangat! Riana tak rimas ke orang pandang.Pakai baju tapi macam telanjang.Han tengok pun naik rimas tau tak,.'' aku tersenyum bila ingat kenangan itu.Hafiz Azhan kalau bercakap memang direct.Kalau lelaki lain lagi seksi aku pakai.Lagi tinggi pujian mereka untuk aku.

          Seketika cuma senyumanku mekar dibibir.Aku mengeluh kemudiannya.Merindui Hafiz buat jantung aku sakit.Aku simpan kembali selendang pemberian mama dan melangkah ke bilik air.Sekejap lagi waktu maghrib bakal masuk.Untuk apa aku terus menerus membayangkan wajah Hafiz Azhan yang bukan milikku lagi.Lebih baik aku mandi dan mengadap Penciptaku di atas sejadah.Merindui Allah itu seribu kali lebih baik.
..................................
Rosilah

       Hati aku sakit sangat hari ini,entah jantan mana yang mencuba mengambil kesempatan ke atas diriku.Siap pegang tangan aku lagi.Konon,.tersilap orang.Tak guna betul.Huh!,.padam muka dia!,.kena penumbuk sulung aku.Entah dari mana aku perolehi keberanian itu.Tau-tau penumbuk aku sudah melayang ke muka dia.Mungkin tindakan separa sedar aku.Kecik ja mamat tu aku tengok akibat terkejut dengan sikap biadap dia tu.

          ''Ilah jadi ka nak ikut Aiman ke Kuala Lumpur?'' lamunanku tercantas dengan suara ibu.Aku menoleh pada ibu yang sedang melipat kain.

     ''Tak tau lagi.Takpa ka kalau Ilah jadi pi?'' aku merenung ibu.Kalau bukan kerana ibu tentu aku tak berat hati begini.

       ''Ikut Ilahlah,.'' perlahan ibu bersuara.Mungkin ibu pun tahu aku dalam persimpangan sekarang.Nak berhadapan dengan perangai ayah lagi.Nak tinggalkan ibu pun aku tak sanggup.Manalah tau kalau ayah menganas lagi.

          ''Ibu,.Ilah nak tanya sikit boleh?'' ibu mendonggak memandangku namun bibirnya langsung tak bersuara.

         ''Ibu kenai dak sapa-sapa yang nama Riana?'' aku meneruskan dengan soalanku walau pun ibu tak berkata apa-apa.

      ''Masriana?'' ibu bertanya aku kembali.Kening aku berkerut.Wujudkah Riana tu? Itu yang ada dalam fikiran aku.

        ''Ibu kenai ka?'' ibu tak menjawab tapi kepala ibu terangguk-angguk.Wajah ibu sayu.Aku tak tahu apa yang ibu fikirkan.Sejak aku tanya pasal Riana wajah ibu sudah berubah mendung.

         ''Siapa Riana? Betoi ka muka dia macam Ilah?'' aku keluarkan juga keraguan yang bersarang difikiranku.Ibu sempat mengeluh sebelum menjawab soalanku.

         ''Dia kembar Ilah,.'' aku tersentak.Kelu lidahku untuk terus menyoal.Aku pandang wajah ibu tak berkelip.Ibu anggukkan kepalanya lagi.

       ''Depa tinggal di kampung sebelah.Masa umur Masriana setahun depa pindah pi Kuala Lumpur,.'' ibu memberitahu walau pun aku tak bertanya.Dalam hati aku ingin bertanya dimana keluarga kandungku tapi aku takut ibu kecil hati.

       ''Ilah nak jumpa keluaga Ilah?''

        ''Hah?'' soalan ibu buat aku tersentak lagi.

        ''Dulu keluarga Ilah asal orang Kedah jugak.Kami ambil Ilah di Kampung Beda Siam.La ni kampung tu dah tukaq nama kot.Orang kata dah jadi Kampung Setia Jaya.Kemudian keluarga Ilah pindah pula ke Gurun.Kali last ibu dengaq depa pindah pula ke Perak.Lepas tu terus senyap,.'' lancar ibu bercerita sedangkan aku sudah kelu seribu bahasa.Perlukah aku mencari keluarga yang telah membuang aku?

        ''Ibu!,.Ilah nak pi KL.Ilah nak pi cari Masriana.Bolehkan ibu?'' akhirnya aku buat juga keputusan.Ibu hanya mengangguk sebelum kembali bersuara.

          ''KL tu besar.Ilah tau ka,macam mana nak cari dia?'' aku garu kepala.Tiba-tiba mentol dalam kepala aku berkelip-kelip.Aku harus cari lelaki kemarin.Tentu dia tahu alamat Masriana.
....................................................
Zahira

                         Hidup ini takkan pernah berakhir dengan cabaran.Hari ini bahagia mengelilingi hidup,esok belum tentu.Sejak emak meninggal ketika aku berumur tujuh tahun aku tinggal dengan kakak Rusyidah.Bukan aku tak bahagia di sini.Bila Allah nak menguji ,kita tetap akan di uji.Tak kiralah siapa kita.Dimana kita berada.Ujian  dari Allah tetap akan datang.Cepat atau lambat bukanlah persoalannya,yang penting kita perlu bersedia dari segi mental dan fizikal.Kalau zaman kanak-kanak dulu memang aku langsung tak bersedia.Air mata sering menjadi peneman setia.

                     Musuh ketatku anak sulung kak Rusyidah.Faizi memang pembuli tegar.Kalau setakat sepak terajangnya aku pernah rasa.Memang 'sedap giler'.Aku nak balas dendam memang tak boleh.Dia lelaki,aku perempuan.Tak kena gaya balas dendam makan penendang lagi la aku.Aku pula terlalu sensitif.Ujian demi ujian yang menghujani hidupku tak mampu ku tepis.Aku letih sangat tapi aku tak kuat untuk menolak.Aku terima semua cobaan itu.

                     Sekarang cuti hujung tahun.Aku baru belajar bertatih untuk mencari kerja.Aku budak lepasan SPM. Sementara menunggu keputusan SPM keluar.Aku bercadang nak cari kerja.Hari ini seharian aku di Alor Setar.Aku singgah sebentar untuk membeli burger.Lapar pula perut ni.Sebiji burger dengan sebotol air mineral.Okeylah sekadar pengalas perut.

              ''Adik!,.sorang ja?'' aku menoleh bila merasakan ada yang menegur aku.Aku pandang dia atas bawah.Nak kata lelaki tapi wajah lembut macam perempuan.Nak kata perempuan dia punya dressing memang sebijik lelaki.Sempat aku memandang kiri dan kanan.Mana tahu dia sebenarnya menegur orang lain.

            ''Adik cari sapa?'' aku tersengih.Dah sahlah dia tegur aku.

        ''Haa,.sorang ja.Ni sapa? Kita kenai ka?'' aku tanya orang yang menegur aku tu.Bila tengok wajah dia yang seakan ada persamaan dengan wajahku.Aku terus tanya begitu.Mana tahu saudara mara aku ke.

          ''Tak! Tak kenai! Adik kenai Masriana?'' aku mengeleng tapi aku macam pernah dengar nama tu.Sejak aku tinggal dengan kak Rusyidah dia selalu bercerita pasal kedua orang kakak kembarku yang telah diberi pada orang ketika masih baby.

         ''Tak kenai tapi macam pernah dengar nama tu,.'' entah kenapa aku rasa macam sudah kenal lama dengan orang di hadapan aku ni.Bila dia ramah menyoal aku pun turut teruja untuk menjawab apa yang aku tahu.

         ''Di mana?'' orang yang menyoal aku seakan teruja mendengar jawapanku.Di matanya dapat ku lihat keterujaannya itu.

       ''Kakak saya selalu cerita.Katanya saya ada dua orang kakak kembar yang bernama Masriana dan Rosilah tapi,.tulah, ayah dah bagi dekat orang,.'' tanpa berselindung apa-apa aku terus bercerita.Tak tahulah kenapa orang yang menyoal aku ni tiba-tiba menyeka air matanya.Nampak brutal rupanya dalam hati ada taman.Aku pula yang diserang rasa bersalah.

         ''Sapa adik ni? Nama apa? Tinggal di mana? Anak sapa?'' erkk,.banyaknya soalan.Haih!,.menyesal pula aku lurus sangat tadi.Kalau aku tak cerita apa yang aku tahu tentu dia tak terus menyoal aku.

           ''Akak Rosilah.Kembar Masriana tapi akak tak tahu di mana Masriana sekarang.Adik tahu di mana Masriana?'' aku kerut dahi.Orang ni nak mainkan aku ka? Aku dah mula keliru dengan pengakuannya.

        ''Apa buktinya?'' ceh!,.mulut tak berinsuran aku ni sudah membuatkan orang di depanku spontan mendengus kasar.

        ''Adik tak perasan ka? Tengok muka kita pun dah ada persamaankan!,.'' perlahan aku mengangguk tapi dalam hatiku masih ada perasaan was-was.

         ''Macam ni,kalau adik tak percaya jugak,jom ikut kakak balik.Adik boleh tanya sendiri dengan ibu kakak,.'' aku mengeleng pantas.Kak Rusyidah selalu berpesan jangan mudah percaya dengan orang yang kita tak kenal.

         ''Kakak sajalah ikut saya balik,mungkin kak Rusyidah tahu di mana kak Masriana,.'' aku mula tawar menawar.Kalau betul dia kak Rosilah aku biar kak Rusyidah sendiri yang menjawab semua soalan.

         ''Adik tinggal di mana?'' aku dengar dia mengeluh sebelum kembali menyoal aku.

        ''Mak,ayah ada lagi? Kita berapa beradik semuanya?'' aku mula mengaru kepala.Walau pun soalannya terlalu mudah untukku jawab tapi kalau sudah disoal bertubi-tubi aku pun tak tahu mana satu yang harus ku jawab dulu.

        ''Kalau akak nak soalan akak tu berjawab,akak ikut ja saya balik.Mungkin kak Rusyidah lebih tahu tapi kalau pasai mak saya,.'' aku geleng kepala,sebak menguasai dada,Sejak emak meninggal kerana penyakit barah ayah kahwin lagi.Ah!,.ayah takkan betah hidup tanpa ditemani isteri di sisi.Anak di abaikan tidak menjadi hal.Hmm,..

       ''Kenapa dengan mak? Mak sakit ka? '' aku pandang perempuan yang mengaku sebagai kak Rosilah aku ni dengan mata yang bergenang.Dia tak tahukah emak aku sudah meninggal sepuluh tahun yang lalu.Kalau betul dia kakak kandungku memang kasihan, tak sempat menatap dan memeluk ibu kandung sendiri.

         ''Emak dah takdak.Sepuluh tahun dah.Mak mengidap barah.Kak Rusyidah kata mak keguguran anak lelaki.Selepas keguguran tu mak masih buat kerja seperti biasa.Mengambil upah menyemai padi di bendang orang,.'' aku ralit bercerita tanpa sedar air mata sudah berguguran di pipi.Terngiang-ngiang lagi cerita kak Rusyidah,katanya emak bekerja kuat tapi duit upahnya ayah yang 'sapu' dulu.Bila kerja selesai duit pun 'selesai' dihabiskan ayah.

            Aku menyeka air mataku.Baru aku sedar aku masih berada di tengah orang ramai.Aku cuba ukirkan senyuman.Aku terperasan mata kak Rosilah juga merah.Mungkin dia juga turut menangis bila minda aku hilang sebentar diulit kenangan silam.

          ''Adik ikut kak Ilah balik! Sat ja,.kak Ilah nak balik habaq kat ibu kak Ilah.Nanti boleh kak Ilah ikut adik balik.Ni nama sapa? Dari tadi lagi kak dok tanya,.'' aku tersengeh mendengar ayat terakhirnya.Was-was punya pasal aku tak berani nak memperkenalkan diri sendiri.

          ''Saya Zahira.Pangge Ira pun boley!'' aku menghulur tangan.Dah lama berbual baru teringat nak bersalam.Selepas bersalam kak Ilah membawa aku ke motornya.Dia membawa aku ke rumahnya di Kampung Sungai Baru Gunung Kriang.
.............................................
Hafiz Azhan

            Hari ini aku terserempak lagi dengan gadis yang menyerupai Masriana di Pekan Rabu Alor Setar.Aku baru nak menapak ke arahnya bila dia sudah berlalu pergi bersama seorang gadis lain.Cantik ayu berbaju kurung dan bertudung.Nampak sopan dan naif.

           Aku terus mengekorinya.Bila aku melihat dia sudah bersiap sedia untuk membonceng motor aku terus berjalan laju.Takut kehilangannya lagi seperti dua hari lepas.

         ''Tunggu!!'' aku terus melaung.Kedua orang gadis itu menoleh.Bila aku sudah berada di depan mereka aku terkejut.Aku seolah sedang berdepan dengan dua orang yang mirip Masriana.

         ''Siapa kamu sebenarnya?'' aku terus menyoal mereka dalam keadaan aku yang masih menggah.Kedua gadis tadi saling berpandangan.Gadis berbaju kurung menayangkan wajah blur manakala gadis yang menumbuk aku dua hari lepas kelihatan tenang.Tak lagi menyinga dan marah-marah.

         ''Aku memang nak jumpa kau.Aku nak alamat Masriana atau pun no HP dia.Aku nak jumpa dia,.'' tegas bunyinya walau tak sekasar dua hari lepas.Namun tetap tiada segaris senyuman pun diukirkan.

       ''Untuk apa? Siapa kau? Kenapa kau tak jawab apa yang aku tanya?'' aku sengaja menguji gadis tadi dengan menyoal dia kembali.Dalam hati memang ada sikit kemusykilan.

      ''Aku kembar dia.Ni adik kami,.'' terkejut aku mendengar pengakuan gadis itu.Setahu aku Masriana anak tunggal.Dari mana pula muncul mereka berdua ni.

        ''Aku tak percaya! Setahu aku Masriana anak tunggal.Dari mana da,..'' belum sempat aku menyambung ayat yang seterusnya kepala aku telah ditunjal kasar.

         ''Woii!,.sebelum ni pun aku ingat aku anak tunggal.Tapi lepas tu aku dapat tahu aku ni anak angkat dan dua hari lepas baru aku tahu aku ada kembar.Dah!,.jangan banyak songgeh.Aku nak alamat Masriana,.'' laju gadis itu berkata-kata.Tercengang aku dibuatnya.

       ''Kalau ya pun,.tak boleh minta elok-elok sikit?'' sepantas kilat kaki aku pula dipijak.Spontan aku terlompat.Mengaduh sakit tanpa sedar.

        ''Kau ni kenapa? Kalau nak alamat Riana pun.Mintalah cara elok,.'' aku menjarakkan diri sebelum terus menyambung kata.

     ''Apa bukti kau ni kembar Masriana?'' aku dengar dia mendengus keras.Gadis berbaju kurung di sebelahnya pula sudah tersenyum simpul.Aku tak tahu pula apa yang lucunya.

       ''Saudara!,.boleh tolong tak? Bagi alamat kak Masriana.Kesian mak kami, teringin sangat nak jumpa kak Masriana,.'' gadis berbaju kurung bersuara perlahan seakan merayuku.Gadis garang pula memandangnya pelik.

         ''Eh,.bukan ka tadi adik Ira cakap mak dah sepuluh tahun takdak ka?'' gadis berbaju kurung yang dipanggil adik Ira menepuk dahi lalu berpusing membelakangiku.Bahunya terinjut-injut.Bila gadis garang pergi dan berhadapan dengan gadis berbaju kurung, gadis garang terus menampar belakangnya selepas mereka berbisik sesuatu.

         Entah apa agaknya yang mereka bisikkan tapi yang pastinya alamat atau pun no HP Masriana takkan aku berikan pada orang yang aku tak kenal.Ingat lagi aku siang tadi selepas  puas kami berbalah akhirnya kedua gadis itu terus meninggalkan aku.Sebelum berlalu pergi gadis berbaju kurung sempat memberikan aku serangkap pantun.

Buah bidara di dalam timba,
Di tepi lorong ada kelapa,
Hari saudara belum tiba,
Tak nak tolong tak mengapa.

              Aku hanya tersenyum mendengar pantunnya sebelum gadis garang membuat pantun dua keratnya pula.

Muka hodoh macam serigala,
Dah bodoh sombong pula.

          Aku mencebik geram mendengar pantunnya.Belum sempat aku mengarang pantun balas motor mereka sudah bergerak laju meninggalkan aku terpinga-pinga.
.............................................
Masriana

              Aku terkejut menerima panggilan dari Hafiz Azhan pagi tadi katanya mak tok telah pergi mengadap Ilahi tiga hari lepas.Hafiz Azhan juga meminta maaf kerana tidak memberitahu aku.Sekarang Hafiz Azhan sudah berada di Lumut.Dalam perbualan kami pagi tadi Hafiz Azhan ada menyoal aku dengan beberapa soalan yang tak masuk akal.

         ''Han nak tanya Riana ni,Han harap Riana cakap jujur dengan Han,.'' aku mula resah dan berdebar-debar.Kenapa dengan Han ni.Sebelum ni mana pernah aku tipu dia.

         ''Han!,.kenapa ni? Han dah dengar apa-apa yang tak elok pasal Riana ka?'' aku bertanya Hafiz Azhan dengan suara yang sedikit sebak.Aku terasa, seolah kejujuran aku diragui.

           ''Riana!,.dengar dulu.Han bukan dengar yang tak elok pun cuma Han nak kepastian Riana ja,.'' dada aku berdegup kencang.Minda aku sudah mula meneka yang bukan-bukan.Apa yang Hafiz Azhan dah dengar?

              ''Riana ada kembar?''

                      ''Hah? Apa yang Han mengarut ni?'' aku tergelak kecil.Alangkah bagusnya kalau aku punya saudara kembar.Taklah aku sunyi di rumah ini.

                ''Han tak mengarut.Han serius ni Riana.Han balik Alor Setar baru ni Han jumpa kembar Riana bersama adik dia.Riana kenal tak sesiapa yang bernama Ira?'' aku berjeda seketika.Sejak kami berpindah ke Kuala Lumpur 20 tahun yang lalu aku sudah tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke Kedah lagi walau untuk mengikut Mak Kiah balik ke kampung.Mama dan papa tak benarkan.Tak tahulah kenapa.

             ''Riana!!'' suara Hafiz Azhan di hujung talian mengejutkan aku.

            ''Ya Han!'' aku menyahut perlahan.

          ''Riana dengar tak apa yang Han tanya?''

          ''Dengar!,.tapi Riana tak ada jawapannya Han,.'' aku mengaku sejujurnya.

           ''Tak apalah,.Han nak tanya ja.Han ada kerja ni.Lain kali Han call Riana lagi.Assalammualaikum,.''

        ''Waalaikummusalam,.'' salam Hafiz Azhan ku jawab perlahan.Mindaku mula berteka -teki sendiri.Benarkah aku ini hanya anak angkat? Kenapa mama selalu menafikannya setiap  kali aku bertanya? Perlukah aku pulang ke Kedah dan mencari jawapannya sendiri? Arghh,.aku buntu!
...................................

Rosilah

             Aku mengikut Zahira pergi ke Yan.Aku meminta tolong Aiman untuk membawa kami pergi ke sana.Hanya Aiman yang boleh diharap.Kebetulan Zahira juga sedang mencari kerja.Boleh juga aku meminta izin dari kak Rusyidah untuk membawa Zahira bersamaku ke Kuala Lumpur dua hari lagi.

         Setelah memperkenalkan diri pada kak Rusyidah aku dipeluk erat.Kak Rusyidah menangis sambil bercerita.Banyak cerita yang terungkap setelah bertemu kak Rusyidah.Dari kak Rusyidah juga aku tahu penyebab kami diberikan kepada orang.Takkan ku maafkan dia hingga ke akhir hayatku.Dia yang telah memisahkan aku dari keluargaku.

            Apa yang ku dengar dari kak Rusyidah ternyata mengejutkan.Selepas ibu meninggal keluarga kami berantakan.Adik bongsuku Zahira nyaris diberi pada orang lain tapi kak Rusyidah tak mengizinkannya dan meminta untuk tinggal bersamanya.Adikku Rosnah pula tinggal bersama kak Asnah.Abang Asmawi masih tinggal di Perak.Kak Saleha dan kak Salima pula pernah bekerja sebagai pembantu rumah demi sesuap nasi.Yang penting halal.

         Bila mendengar cerita kak Rusyidah aku sedih sangat.Rupanya seluruh ahli keluargaku turut diuji dengan ujian yang berat kerana keluargaku tergolong dalam golongan orang miskin.Aku bersyukur kerana diserahkan pada keluarga angkat.Ah!,.biarlah ayah angkatku tak serupa orang kerana panas barannya bukan selalu,cuma kadang-kadang bila dia terlalu stress dengan kerja.Entah bagaimana pula nasib Masriana? Aku tak sabar untuk bertemu dengannya.Bila ingat Masriana terus aku terbayangkan wajah lelaki yang menjengkelkan itu.
.........................................
Zahira

         Yess!!,.kak Rosilah nak membawa aku ke Kuala Lumpur.Aku gembira sangat,nanti bolehlah aku jumpa kak Rosnah.Aku baru telefon dia dua hari lepas,katanya dia berkerja  di Kuala Lumpur sebagai pembantu rumah sementara menunggu result STPM keluar.

       Aku tak perlu ragu-ragu lagi dengan kak Rosilah.Tak payah nak chek DNA bagai., kak Rusyidah sudah mengesahkannya.Kak Rusyidah kata wajah kak Rosilah mirip wajah emakku.Cehh!,.sebelum ni kak Rusyidah cakap wajah aku yang mirip emak.Hurmm,.mungkin betullah sebab wajah aku dan kak Rosilah ada persamaan.Cuma hidung aku dan kulit aku ikut ayah kot.Kelabu asap sikit.Hehehe,.

           Hari yang dinanti tiba akhirnya.Aku berangkat ke Kuala Lumpur bersama kak Rosilah dan kawan kak Rosilah. Abang Aiman sejak bertemu dengan aku renungannya semacam saja.Aku buat selamba sebab orang macam abang Aiman bukan taste aku.Lagi pun aku baru nak masuk lapan belas tahun,tahun depan.Muda lagi kot.Abang Aiman mungkin tua lima atau enam tahun dari aku.

        '' Agaknya ada tak harapan kita nak jumpa Masriana?'' aku menoleh ke arah kak Rosilah.Wajahnya penuh mengharap.

        ''InsyaAllah!,.'' aku memberinya harapan.Bagi aku kak Rosnah sudah berjanji untuk menunggu kami di Puduraya.Itu sudah lebih mencukupi.Tak sabar aku untuk memperkenalkan kak Rosilah kepadanya.Perjalanan kami ke Kuala Lumpur bermula seawal 6.00 pagi.Kami pergi menaiki bas.Selain kak Rosnah abang kepada abang Aiman pun akan turut menunggu kami di Puduraya.

      ''Lelaki yang kita jumpa di Pekan Rabu tu nama pa? Dia kenai kak Masriana ka?'' aku menyoal kak Rosilah bila teringatkan lelaki yang bergaduh dengannya itu.Ganas betul kak Rosilah melayan lelaki tu.Aku cuba juga nasib berlembut dengan caraku untuk meminta alamat kak Masriana, tapi kak Rosilah ni la pulak bikin spoil.Aku ingat bila dia tunjuk sikap brutal dia tu, tentu dia akan faham aku cuba nak kelentong lelaki tu.Tak sangka pula dalam brutal dia ada juga lurus bendulnya.

         ''Ntahlah! Kenal kot.Kali pertama kami jumpa dia panggil akak Masriana,.'' kak Rosilah menjawab ragu-ragu.Aku tergelak kecil.Teringat pantun dua kerat yang kak Rosilah karang secara spontan untuk lelaki tu.

          ''Pasai pa adik Ira gelak?'' kak Rosilah memandang aku pelik.

          ''Muka hodoh macam serigala,Dah bodoh sombong pula.Mesti dia bengang gilerkan dengan pantun kak Ilah tu.Muka dia hensem macam tu pun kak Ilah boleh cakap macam serigala,.'' kak Rosilah tergelak sambil mencebik.

       ''Padam muka dia!,.kedekut sangat.Takdak maknanya hensem kalau perangai ntah hapa-hapa,.'' kak Rosilah membidas balik kata-kataku.Aku hanya mampu tersenyum.Apa yang aku perhatikan kak Rosilah pun sama ja.Ganas tak bertempat.Nak minta alamat kak Masriana pun macam Ah long nak kutip hutang.
..........................................
Masriana

       Mama dan papa keluar negeri lagi.Kali ni mereka ke Singapura dan akan dijangka pulang selepas tiga minggu.Masa ni la aku harus bertindak untuk menyiasat siapa diri aku yang sebenarnya.Aku ajak Mak Kiah untuk balik ke Kedah tapi Mak Kiah tak mahu bersubahat takut dibuang kerja.Aku kecewa sebab aku tiada tempat untuk dituju.Aku hubungi Hafiz Azhan pun asyik suara operater yang menjawabnya.

               Aku suruh Pak Karim menghantarku ke Puduraya.Aku bercadang untuk mengambil tiket bas ke Alor Setar.Aku nekad kali ini.Memang sudah lama aku syak aku bukan anak kandung mama dan papa cuma aku tiada bukti.Sesampainya aku di Puduraya terus aku menuju ke kaunter tiket.

          ''Ilah!!!,.cepat pulak hampa sampai.Nasib baik aku mai awai.Aiman mana Aiman?'' seorang lelaki menarik tangan aku sambil bertanya soalan yang langsung aku tak faham.Panik sekejap aku.Mana tahu ini taktik peragut.Aku merentap tangan aku.Lelaki tadi memandang aku pelik.

            ''Sorry!,.abang Ady tak sengaja.Tengok Ilah jalan laju sangat tadi.Abang Ady dok sengeh kat Ilah pun Ilah buat don't know ja,.'' lelaki itu sengeh.Aku mula kecut perut.

         ''Abang Ady!!!,.'' seseorang melaung.Kami serentak menoleh ke arah suara tersebut.Aku kaget memerhatikan wajah-wajah yang sedang mendekati kami.Lelaki di sebelah aku turut memandang aku bersilih ganti dengan wajah-wajah di depan kami.Kakiku terus kaku.Aku seakan melihat tiga orang klon diriku sendiri cuma yang berbezanya dua orang yang bertudung.Seorang bertudung labuh ala-ala ustazah.Seorang bertudung biasa.Seorang lagi berseluar jeans dan bert-shirt lengan panjang dan berambut pendek dan wajah itu lebih mirip wajahku.

             ''Abang Ady!,.sapa ni? Abang mai dengan dia ka?'' lelaki yang melaung menyoal lelaki di sebelahku.Aku memerhatikan wajah-wajah di hadapanku.Tika ini bukan saja kaki aku yang kaku tapi lidahku juga turut kelu untuk bersuara.

        ''Ha,.tulah! Tadi abang ingatkan Ilah.Terkejut jugak abang,.'' semua orang memandang aku.Aku jadi cuak.

     ''Awak Masriana?'' klon aku yang berambut pendek bertanya.Aku hanya mampu mengangguk.Dia terus menerpa aku dan memeluk aku erat.Bahuku terasa basah.Dua orang lagi wanita turut merah matanya memandang kami.

        ''Saya Rosilah.Ini adik Nah dan adik Ira.Kita seibu dan sebapa kandung.Awak saudara kembar saya,.'' aku terkejut dengar penerangannya yang tanpa ku pinta itu.Apakah semuanya ini? Dalam aku masih tertanya-tanya di dalam hati dua lagi wanita turut sama mengambil bahagian memeluk aku sambil menghamburkan tangis.Entah mengapa aku rasa seakan telah berjumpa dengan identiti diriku yang telah hilang.Dalam pelukan mereka aku rasa tenang dan damai.

       ''Awak buat apa di sini.Tunggu orang ka?'' selesai adegan air mata aku disoal klon aku.Aku mengeleng perlahan.Masih lagi terkejut dengan kejutan yang tak pernah ku sangka ini.

      ''Saya nak ambil tiket bas.Saya nak pergi Alor Setar tapi rasanya macam terpaksa dibatalkan.Awak buat apa di sini? Mana tahu nama saya.Kita tak pernah jumpa pun kan?'' sambil menjawab aku turut menyoal.Banyak persoalan sebenarnya yang sedang berlegar dalam pemikiran aku ni.

         ''Buat apa nak pi Alor Setar? Nak jumpa 'mamat kerek' tu ka?'' aku tercengang.Mamat kerek mana pula ni?

          ''Mamat kerek? Siapa tu?''

       '' Hah! Kalau nak menyembang ka,nak tanya habaq apa ka.Jom cari kedai makan dulu.Cacing dalam perut aku ni dah menyanyi macam-macam lagu dah,.'' perbualan kami dicantas oleh lelaki yang melaung tadi.Semua ketawa mendengar ayatnya,kecuali aku.

       Kami dibawa oleh lelaki yang mula menegur aku tadi ke sebuah kedai makan.Aku mengikut mereka kerana aku pasti apa yang ku cari sudah ku temui.Kami sambung berbual sambil makan.Banyak persoalan aku yang terjawab.Si 'mamat kerek' rupanya Hafiz Azhan.Hmm,.rupanya klon aku inilah yang ditemui oleh Hafiz Azhan di Alor Setar dan kerana Hafiz tersilap oranglah dia tahu kewujudan aku.

        Dunia yang disangka luas rupanya terlalu kecil kalau Allah mengatur untuk kami bertemu.Mama,papa,.rahsia kalian sudah aku rungkaikan.Aku cuma perlu sabar menanti  mama dan papa pulang dari Singapura dan mendengar penjelasan mereka.
.....................................

Rosilah

        Alhamdulillah! Allah permudahkan segalanya.Aku bukan saja sudah bertemu dengan adik-adikku tapi tanpa terduga kami terserempak dengan Masriana di Puduraya.Dia memang mirip aku.Tak hairanlah kalau 'mamat kerek' tu tersilap orang.Eh!,.sejak bila pula aku pandai mengelar orang ni? Aku tersenyum di dalam hati.Ahh!,.lupakan dia! Yang penting sekarang aku dah jumpa apa yang aku nak.

        Sekarang kami empat beradik sedang berkumpul di rumah Masriana.Kami terpaksa ikut Masriana kerana dia yang memaksa kami.Beria-ia dia mengajak kami ke sini.Kebetulan mak dan ayah angkatnya tiada di rumah.Sebaik menapak di hadapan rumahnya aku sudah terpegun.Dia lebih bernasib baik rupanya.Aku tumpang bahagia kalau dia bahagia.

          ''Mai makan semua! Mak Kiah dah hidang tu,.nanti sejuk tak sedap.Ni orang Kedah ka semua ni? Nasib baik la Cik Riana jumpa hampa.Mak Kiah ni dok risau jugak dalam perut ni nak lepas Cik Riana ni pi sorang-sorang di Kedah nu,.'' kami dipelawa makan oleh pembantu rumah Masriana.Sejak kami sampai petang tadi dia yang paling ramah menyoal itu dan ini.

       ''Tak ada,saya dari Sabak Bernam Selangor,tapi sekarang kerja di Putra Jaya.Ni memang dah janji nak jumpa kat Puduraya,.dah mereka ajak ikut sekali tadi.Ikut jer la,.'' adik Nah menjawab bagi pihak aku dan adik Ira.Aku dan adik Ira hanya mengangguk mengiakan.

         ''Ya ka!,.reja pa tu?'' adik Nah tersenyum sebelum menjawab tersipu-sipu.Seperti keberatan untuk mengungkapkannya.

         ''Macam Mak Kiah jugak la,.''

       ''Dah,dahlah Mak Kiah.Kerja apa pun tak kisahlah.Janji halal sudah! Jom kita makan,.'' Masriana menyampuk sambil mengajak kami ke ruangan dapur.

          Malam pertama kami di Kuala Lumpur kami tidur di rumah Masriana.Adik Nah ada juga mengajak kami ke rumah kak Asnah di Sabak Bernam,juga rumah kak Salima dan abang Asmawi.Ramai rupanya adik beradik aku.Nampaknya perancangan aku untuk datang mencari kerja sudah tersasar selepas berjumpa dengan Masriana.Kata Masriana dia nak membawa kami ronda-ronda Kuala Lumpur sebelum mengikut adik Nah ke Sabak Bernam.Kami hanya mengangguk.Tiada niat untuk membantah sedikit pun.
...........................................
Zahira
   Aku tak tahu bagaimana nak ku gambarkan perasaanku sekarang ni.Dua orang kakak kembarku yang sudah lama ku tahu kewujudannya kini sudah ku temui.Pertemuan yang langsung tidak dirancang.Mungkin kerana wajah kami yang banyak persamaan jadi senang untuk kami mengecam diri masing-masing terutama kak Masriana dan kak Rosilah.Cuma sikap dan watak kami sikit berbeza.Kak Masriana walau baru ku kenal aku dapat melihat dia lebih sensitif berbanding kak Rosilah yang nampak agak brutal terutama dengan orang lelaki.

          Kakak Rosnah pula hatinya terlalu lembut dan selalu mengalah dalam semua hal.Ketika kami masih tinggal bersama kami amat rapat namun aku ni adik yang paling degil.Kakak Rosnah selalu mengalah dengan aku.Kami terpisah selepas ayah menghantar aku ke rumah kak Rusyidah dan kak Rosnah pula tinggal bersama kak Asnah.Ahh,.hidup ini memang aneh.Walau pun kami seibu dan sebapa tapi perjalanan hidup kami tetap berbeza.

         Takdir hidup ini memang memberi aku pengajaran yang tidak terhingga.Walau diuji dengan seribu badai yang mendatang aku tetap berdiri kukuh walau ada masanya aku goyah jua.Aku hanya manusia biasa yang kesabarannya hanya senipis kulit bawang.

      Bila mengingati perjalanan hidupku aku jadi teringat pada Faizi.Anak sulung kak Rusyidah si kaki buli.Sekarang dia pula menumpang di rumah bapa saudaranya di Temerloh Pahang.Setiap kali pulang ke Kedah dia mesti meminta maaf dengan aku kerana sikapnya yang suka membuli dulu.Langit tak selalunya cerah dan roda sentiasa berputar.Selepas tinggal di Pahang Faizi pula yang telah dibuli oleh sepupu perempuannya.Terbayar sudah pembalasan di dunia.Tak perlu aku membalas dendam kerana Allah sentiasa adil terhadap hamba-hambanya.

              ''Adik Ira!,.orang lain rancak menyembang,sempat pula dia melamun.Ingat sapa?'' aku tesentak bila bahuku ditampar kak Rosilah.Aku hanya menghadiahkan senyuman.Kak Masriana dan kak Rosnah sudah ketawa melihat aku yang terkebil-kebil disergah kak Rosilah.

         ''Ingat marka ka?'' giliran aku pula tergelak mendengar soalan kak Rosilah yang seterusnya.

          ''Muka ni mana ada orang yang nak,.'' aku cuba beralasan.Minda aku terus mengimbas zaman persekolahan.Entahlah,.cinta monyet bagiku hanya merugikan diri sendiri,lebih-lebih lagi kalau dah TERsuka pada orang yang tak tahu apa ertinya setia pada yang satu.Lelaki takkan pernah puas dengan apa yang mereka ada.Air mataku bergenang tiba-tiba.Haih!,.kenapa aku nak emosional pulak ni?

      ''Dahlah!,.bercinta saja lepas kawen.Baru kekal abadi.Kalau ada jodoh tu tak ke manalah,.'' kak Rosnah mengusap belakangku perlahan.Rahsia hatiku sesekali terlepas juga bila kami saling berhubung melalui telefon.Biasalah,.diakan kakakku.Tiada rahsia antara kami.

          ''Esok macam mana? Jadi ka nak ronda KL?'' kak Masriana memecahkan suasana hening yang bertandang seketika tadi.Suasana sayu yang menghambat hatiku bertukar jadi ceria semula.Yeay!!,.biarlah masa lalu terus berlalu pergi.Apa yang pasti masa sekarang ni yang harus kita hayati.Aku bahagia dikelilingi tiga orang kakakku dan akan aku nikmati saat ini sebaik-baiknya.
................................................
21 September 2013

                  Hari ini genap ulangtahun kak Masriana dan kak Rosilah yang ke 42 tahun,.sesungguhnya cerita ini telah diadun antara reality dan imaginasi.Kalau dalam imaginasinya endingnya akan aku kahwinkan kak Rosilah dengan Hafiz Azhan manakala Kak Masriana dengan abang Ady.Jangan ditanya kenapa kerana jodoh itu ketentuan Allah.Jangan terlalu membenci dan jangan juga terlalu memuja kerana kita takkan dapat melihat masa hadapan.

            Dalam realitynya kak Rosilah lebih bernasib baik dalam cinta.Berkahwin dengan lelaki pertama yang mencuri hatinya ketika berumur 14 tahun.Jodoh mereka panjang dan dikurniakan tiga orang cahayamata.Anak sulung sudah 18 tahun usianya sekarang.

               Kak Masriana,kak Rosnah dan aku.Kami berkahwin tanpa cinta.Dengan kata lain hanya berserah pada ketentuan takdir.Aku dan kak Masriana berkahwin pada tahun dan bulan yang sama namun kami diuji seketika.Kak Masriana diuji kerana lambat hamil sedangkan aku dengan keguguran yang kerap,.namun kini ujian itu dapat kami rentasi dengan jayanya.Kak Rosnah yang sedang menjadi Guru KAFA sekarang sudah memiliki tujuh orang anak walau dia berkahwin empat tahun lewat dari kami.Kak Masriana baru melahirkan anaknya yang ke empat ketika cerita ini bermula.

                Jangan pernah rasa gusar menghadapi apa saja corak kehidupan.Mungkin cerita ini bukan 100% kisah benar tapi tetap boleh dibuat panduan untuk kita terus berfikiran positif menempuhi hidup ini biar apa pun situasi yang kita lalui.MAAFKAN diri ini andai endingnya tidak menepati kehendak pembaca.Aku cuba lari dari topik cinta sebenarnya.Kalau nak diteruskan mungkin ceritanya bukan lagi di panggil CERPEN mungkin akan dipanggil NOVEL.

           ****TAMMAT******