Aini meneliti alamat di dalam group WhatsApp yang diterimanya dari
seorang rakan. Sudah beberapa hari dia mencari rumah untuk disewa selepas
mendapat kerja di Daerah kecil ini. Bila fikirannya telah buntu, dia memohon
pertolongan dari beberapa group WhatsApp yang disertainya.
Menurut kawannya,tempat di dalam alamat itu hanya satu kilometer saja
dari tempat dia bekerja. Ibarat pucuk dicita, ulam mendatang. Aini pun hanya
mempunyai sebuah motosikal saja untuk ke tempat kerjanya. Belum mampu membeli
kereta memandangkan dia bukan dari golongan orang berada.
‘’No 38, Jalan Cahaya Murni...’’Aini membaca perlahan, sambil matanya
memerhatikan keadaan sekeliling.
Kata kawannya lagi, rumah yang
bakal disewanya hanya rumah kampung biasa yang mempunyai dua bilik. Separuh
papan dan sudah ada seorang penghuni di dalamnya.
"Agaknya, ini kot
rumahnya?" Aini bermonolog sendiri. Sebuah rumah sederhana sudah
terpampang di depan matanya. Aini memberhentikan motornya di halaman rumah, dia
menoleh kiri dan kanan. Halaman rumah yang bersih dan penuh dengan pokok-pokok
bunga menarik minatnya.
"Assalamualaikum..."
Aini memberi salam. Hatinya teruja kerana bakal bertemu dengan rakan
serumahnya.
"Assalamualaikum.."
salam pertama tak bersambut, Aini tak berputus asa dan salam terus diberi.
Kriukkk....pintu terbuka
dari dalam, seorang gadis sudah berdiri di depan pintu. Aini terus tersenyum
gembira sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman. Salamnya bersambut, namun
bibir gadis itu langsung tak membalas senyumannya. Wajahnya beku tanpa seulas
senyuman ataupun riak gembira melihat Aini di depannya.
"Hai..saya Aini.
Err..saya datang nak tengok-tengok rumah. Kawan saya kata, rumah ni nak disewa
ya?" Ramah Ain bersuara sambil melangkah masuk.
"Awak tak sihat
ke? Tangan awak sejuk betul. Muka awak pun pucat." Ain ajukan lagi soalan.
Gadis itu masih merenung Ain tanpa berkelip dan langsung tak bersuara.
"Dah lama awak tinggal di sini?" Aini yang ramah terus
berceloteh sambil memerhatikan keadaan rumah yang nampak agak bersih dan dia
menoleh ke sebelahnya. Muka Aini berubah pucat. Bibir yang ramah terus tertutup
rapat. Lidah Aini menjadi kelu, kaki Aini terpaku di lantai. Gadis tadi
menyeringai, dia mengilai dan Aini terus longlai.
*****
Aini membuka mata. Bulu
romanya meremang, dia mengenyeh matanya berkali-kali. Ya Allah, aku mimpi
rupanya. Aini berdialog di dalam hati. Baru saja baca alamat rumah, dia sudah
bermimpi begini. Mudahan, mimpi ini bukan petanda buruk. Aini berharap di dalam
hati.
Aini bangun dan menuju ke
bilik air. Cadangnya, petang nanti baru dia nak keluar dan mencari rumah itu.
Pagi ini dia nak selesaikan dulu urusan kerja yang masih tertangguh.
******
Jarum jam sudah
menunjukkan angka 6.00 petang. Aini bergegas untuk pulang kerana takut terlewat
untuk mencari rumah sewa melalui alamat yang diberi. Satu kilometer dari tempat
kerja? Soalan itu yang berlegar di fikiran Aini. Tentu hanya beberapa minit
perjalanannya dari sini? Aini bermonolog dalaman lagi.
Aini mula menekan starter dan memulas minyak.
Perlahan Aini membonceng motornya. Dia menoleh kiri dan kanan dalam
perjalanannya dan mengikut semua arahan yang diberikan kawannya. Aini melalui
jalan kecil. Kiri kanannya dipenuhi semak. Aini mula mushkil, selamatkah tempat
begini untuk didiami? Aini menyoal hatinya lagi.
Dari jauh sudah kelihatan
sebuah rumah yang seakan sama dilihat di dalam mimpinya subuh tadi. Rumah
separuh papan dan simen, cuma kawasan rumah itu tidaklah sebersih yang
dilihatnya di dalam mimpi. Halaman rumah dan sekeliling rumah penuh dengan
dedaunan kering. Pasu-pasu bunga hanya tinggal pokok bunga kering yang sudah
mati. Kalau ada pokok bunga yang hidup pun, kelihatan sudah layu dan daunnya
kekuningan.
Di sebelah rumah itu ada sebuah rumah
lagi yang lebih besar. Rumah itu masih terjaga halamannya dan seorang wanita
separuh umur keluar dari rumah besar itu bila Aini menghentikan motornya. Aini
menongkat motornya dan menunggu wanita separuh umur itu datang kepadanya.
Semakin dekat dan Aini terus mengukirkan senyuman.
"Assalamualaikum mak
cik. Tumpang tanya, boleh mak cik? Rumah ni untuk disewa ke?" Sambil
bertanya Aini menuding jari ke arah rumah di depannya.
"Ya, tapi rumah ni
cuma ada dua bilik saja. Macam mana anak tau pasal rumah ni? Bukan apa, sebelum
ini, rumah ni memang ada dua orang penyewa tapi belum sebulan mereka menyewa,
mereka dah pindah. Katanya, dah dapat rumah sewa baru. Anak ke yang nak sewa
rumah ni?" Banyak pula soalan yang diajukan wanita separuh umur ini. Aini
hanya tersenyum sambil mengangguk.
"Ya mak cik. Saya
yang nak menyewa, berapa sewa sebulan mak cik? Macam mana pula dengan
bayarannya?" Giliran Aini pula menyoal. Wanita separuh umur itu menarik
tangan Aini dan mengajak Aini masuk ke dalam rumah.
"Mak cik tak ambil
mahal. Sebulan cuma seratus lima puluh. Anak boleh bayar hujung bulan. Perabot
semua sudah lengkap. Anak cuma bawa baju dan keperluan sendiri saja. Setiap
bulan pula, selain duit sewa, anak cuma perlu bayar bil elektrik dan bil
air." Wanita separuh umur itu berkata lagi. Masing-masing belum
mengenalkan diri lagi.
"Oh.." perlahan
saja Aini bersuara dan memerhatikan sekeliling rumah. Memang agak usang semua
perabut di dalamnya, namun masih bersih dan terjaga.
"Bila nak pindah
masuk?" Wanita separuh umur bertanya lagi.
"Petang esok boleh
tak mak cik. Selepas habis kerja, saya pindah masuk. Hari ni saya tak bawa
barang-barang saya. Kalau nak pindah malam ni, macam tak sesuai saja. Err..saya
Aini. Mak cik?" Aini baru teringat untuk mengenalkan diri. Bibirnya mekar
dengan senyuman sambil menatap wajah wanita separuh umur yang mungkin sebaya
dengan ibunya.
"Panggil mak cik
Kiah. Sebelum ni Ain tinggal di mana?" Aini tersenyum lagi mendengar
soalan mak cik Kiah, wanita separuh umur yang baru dikenalinya. "Ain menyewa dengan kawan-kawan tapi
masing-masing dah berpindah sebab mereka dah berkahwin. Kebetulan pula, rumah
sewa kami tu, tuan dia nak ambil balik. Terpaksalahlah saya cari rumah sewa
baru." Ain menjawab pertanyaan mak cik Kiah dengan lancar.
Terangguk-angguk kepala mak cik Kiah mendengarnya.
"Dah petang ni
mak cik. Saya nak minta diri dulu. Takut maghrib pula nanti." Cepat-cepat
Ain meminta diri bila melihat jam tangannya yang sudah merangkak ke angka tujuh
petang. Orang kata waktu maghrib, iblis setan semua akan keluar berpesta. Seram
pula Aini membayangkannya.
****
Aini mula memecut
laju motornya sebaik keluar dari lorong kecil dan motornya kini sedang bergerak
di jalan besar menuju ke rumah sewa lamanya. Jarak rumahnya dari tempat kerja
sejauh lima kilometer.
Walaupun jalan masuk ke rumah yang baru
dilawatinya tadi begitu terpencil tapi, Aini tetap bersyukur kalau dapat
tinggal di rumah itu. Sekurang-kurangnya, kalau dia membuat kerja lebih masa
dan terpaksa pulang malam, takkan mengambil masa yang lama untuk pulang ke rumah.
Matahari kian
terbenam. Aini masih di jalan raya. Selalunya dia pulang dari kerja tepat pukul
5.00 petang atau kalau tiada kerja, mereka dibenarkan pulang pada pukul 3.00
petang. Hari ini, bos besar mereka di cawangan utama syarikat datang memantau,
jadi banyak kerja yang perlu dilakukan hingga terbabas masa pulangnya. Jarum
jam pula, macam cepat sangat berputarnya hari ini.
Pommm..tayar motornya
meletup. Aini mula mengelabah dan cuba mengawal motornya agar tak terbabas.
Brek motor ditarik dan Aini cuba menghentikan motornya di tepi jalan, namun
kudratnya tak seberapa. Ditambah pula dengan kelajuan motornya sebentar tadi
menyebabkan motor Aini terbalik di tepi jalan.
Allahu Akhbar, Aini
bertakbir di dalam hati. Dalam masa yang sama, dia cuba bangun dan mengangkat
motornya. Waktu begini, kereta pula berkurangan di jalan raya. Sunyi sepi saja
keadaan jalan di ketika ini. Aini melihat jam di pengelangan tangan. Lagi
beberapa minit, pasti Azan Maghrib akan berkumandang.
Cobaan apakah ini? Aini merintih di dalam
hati. Dia menyapu tapak tangannya yang sudah bercalar. Motor sudah berjaya
diangkat. Aini memerhati sekeliling yang sudah mula kelam. Hatinya turut berdoa
agar ada insan berhati mulia akan melalui jalan itu dan membantunya. Baru
beberapa minit, kelihatan sebuah motosikal melewatinya. Hati Aini melonjak
gembira, namun hanya beberapa detik saja dia mengeluh hampa. Motor itu terus
bergerak laju disertai bau lumpur yang amat kuat. Aini menahan nafasnya hingga
bau lumpur yang kuat itu hilang.
Hanya beberapa minit saja
bau itu hilang, motor yang sama melewatinya lagi. Dari arah belakangnya seperti
tadi. Dan, bau yang sama terus menusuk hidung. Bulu tengkuk Aini sudah mula
meremang. Aini memerhatikan motor itu berlalu sambil memerhatikan nombor
platnya.
Ya Allah, lindungilah aku,
daripada gangguan makhluk-makhluk yang tidak dapat dipandang mata dan daripada
kejahatan manusia. Sempat Aini berdoa di dalam hati.Hanya kepada Allah, dia
serahkan dirinya kerana Allah yang lebih tahu segalanya.
Aini terpaksa menyorong
motornya sambil mulut terkumat - kamit membaca surah-surah yang diingatinya.
Dalam keadaan ini, Aini tiada pilihan. Motornya takkan ditinggalkan di tepi
jalan, zaman sekarang ni bukan boleh cuai sangat. Ini saja harta yang dia ada
buat masa ini.
Pinnnn...bingit
bunyi hon yang berbunyi di belakangnya. Aini menoleh, sebuah kereta kancil
sudah berhenti di sebelahnya.
"Kenapa ni cik?" Seorang lelaki
yang memakai baju melayu, berkain pelikat dan bersongkok keluar dari kereta dan
menegurnya.
"Tayar motor
pancit." Aini menjawab dengan tenang. Cuba berlagak tenang sebenarnya
kerana dia cuba menjadi seorang wanita yang nampak berani di depan lelaki yang
tidak dikenalinya ini.
"Dah nak maghrib
ni. Jom, saya tumpangkan awak. Kita solat maghrib dulu, lepas ni saya tolong
awak call pomen. Tinggalkan dulu motor awak di sini." Lain yang Aini
harap, lain pula yang terjadi. Niat tak mahu tinggalkan motor kesayangannya di
tepi jalan, nampaknya menghadapi jalan sukar.
"Kenapa? Awak
takut motor awak kena curi ke? Awak tahu tak? Sebulan lepas ada kemalangan di
depan selekoh tu, ada orang kata, motor dia selalu berulang alik di kawasan ni
waktu maghrib. Awak tak takut ke?" Soalan yang ditanya lelaki tadi
mengundang curiga di hati Aini. Dia serba salah sekarang ni. Nak menunggu di
jalan ni pun bahaya, nak naik kereta lelaki tak dikenali pun bahaya juga.
"Awak tak
percaya dengan Allah? Kun Fa Ya Kun, kalau dengan izin Allah, motor awak akan
dicuri, depan mata awak pun, motor awak tetap dicuri." Lelaki tadi cuba
memujuk lagi sambil mengambil alih menyorong motor Aini ke tepi jalan dan
menongkatkannya lalu mengunci motor itu.
Kunci motor
diserahkan kepada Aini. Dan ketika itu motor yang berbau lumpur tadi melewati
tempat mereka. Pembonceng motor menoleh. Aini mengigil dan terus berlari masuk
ke dalam kereta. Mukanya sudah pucat lesi.
"Saya nak
solat di masjid depan tu. Selepas solat, saya bawa orang untuk ambil motor awak
tu. Awak tunggu saja di masjid, lepas solat nanti." Lelaki itu berkata
sambil menghidupkan enjin keretanya.
"Encik,
encik nampak tak, apa yang saya nampak tadi?" Aini bertanya dengan suara
terketar-ketar. Kata-kata lelaki itu tentang motornya, langsung tidak
dipedulikan.
"Apa yang awak
nampak?" Lelaki itu bertanya semula dengan wajah hairan.
"Aaa..mooo..mootoorr
tadi, dah tiga kali lalu dari arah yang sama. Motor yang sama, orang yang sama,
dan tadi..dia berpaling..."
"Haa..kenapa
pula? Orang tu tak ada muka ke?" Aini mengangguk laju. Orang lelaki di
sebelahnya tergelak kuat.
"Khayalan awak
saja tu. Dah azan tu. Selepas solat nanti awak tunggu saya di depan pintu
pagar. Saya akan tolong awak. Masuk solat dulu, selepas berwuduk dan bersolat,
hilang semua imaginasi separa sedar awak tu." Lelaki tadi berkata sambil
mengulum senyum. Aini mengebam bibir. Memandangkan lelaki itu telah menolong
dia dan membawa dia ke masjid ini, dilupakan dulu rasa sebal yang dirasainya.
Kereta kancil membelok masuk ke halaman
masjid dan berhenti di tempat parkir. Aini turun dari kereta dan berbuat
perkara yang sama, lelaki itu lakukan. Mereka mula melangkah masuk ke dalam
masjid dan menunaikan solat maghrib.
*****
Aini bekerja separuh
hari. Dia akan berpindah ke rumah baru hari ini. Semalam dia selamat pulang ke
rumah selepas ditolong oleh lelaki yang tidak dikenali. Bersyukur Aini pada
Allah kerana menghantar insan yang sudi membantunya di saat dia memerlukan
bantuan. Tak banyak barang yang Aini bawa, hanya pakaian dan barang-barang
peribadinya, termasuk makanan. Pindah ke rumah baru di kawasan terpencil pasti
banyak cabarannya.
Beberapa minit
perjalanannya dari tempat kerja ke rumah baru, mengetuk bahagia di hati Aini.
Bila dapat tinggal di rumah yang terlalu dekat untuk berulang alik ke tempat
kerja, apa lagi yang harus Aini katakan selain bersyukur.
Jam di pengelangan
tangan Aini sudah menunjukkan angka 12.30 tengahari. Dah tiba waktu untuk
makan. Aini bercadang untuk makan tengahari di rumah barunya hari ini. Ketika
melawat rumah itu kelmarin, semua peralatan dapur sudah lengkap. Aini cuma
membawa bahan-bahan mentah untuk dimasak saja. Cuma, yang merimaskan Aini,
dalam zaman moden ini, ada lagi rumah seperti rumah sewanya itu. Bilik air di
luar rumah. Menyeramkan, kalau terpaksa masuk ke bilik air lewat malam.
Seperti kelmarin, Aini terpaksa meredah lorong
kecil untuk ke rumah sewanya. Bezanya, semak samun di kiri dan kanan, sudah
ditebas orang. Hilang sikit rasa gundah di hati Aini ketika melalui lorong ini.
Aini menongkat motornya di sebelah rumah.
Kunci yang telah diberi oleh mak cik Kiah kelmarin dikeluarkan. Dia membuka
pintu dan masuk ke dalam rumah. Beg pakaiaannya diletakkan di atas kusyen untuk
sementara waktu. Perut Aini sudah bergendang kelaparan. Dia perlu mengisi
perutnya terlebih dahulu sebelum mula mengemas.
Nasi ayam yang dibeli Aini di gerai
bersebelahan dengan tempat kerjanya tadi mula disuap ke mulut. Sesekali dia
menyedut milo ais kegemarannya. Menyegarkan tekaknya setiap kali air sejuk itu
ditelan.
Baru beberapa suapan,
Aini seakan ternampak sesuatu melintas dari arah dapur masuk ke bilik. Aini
menghentikan suapan dan bangun. Aini melangkah laju masuk ke bilik. Dia
menjengukkan kepalanya. Tiada apa-apa pun di dalam bilik tersebut. Ah, perasaan
aku agaknya? Aini bermonolog sendiri. Dia meneruskan agendanya sebentar tadi.
Nasi ayam dijamah lagi.
Ketika ingin
menyuap untuk kali terakhir, Aini terasa seperti angin lembut menyentuh
telinganya. Tak semena-mena bulu tengkuk Aini meremang. Seram sejuk dirasakan
seluruh tubuhnya.
Apa lagi ni? Takkan
siang-siang hari pun ada gangguan macam ni? Belum sejam pun lagi, aku di rumah
ni. Aini bermonolog di dalam hati.
Ah, agaknya perasaan
aku saja. Aini memujuk dirinya sendiri.
****
Malam menjelang tiba. Aini
yang keletihan kerana mengemas di siang hari tadi sudah merancang untuk tidur
awal malam ini.
Walaupun ada perasaan
cuak untuk terus menetap di rumah ini, Aini ingin berfikiran matang dan
menganggap gangguan yang dialami siang tadi hanya khayalannya semata-mata.
Waktu Maghrib tadi pun, ketika membersihkan diri dan mengambil Wudhuk, hati
Aini sudah berdebar-debar bila tubuhnya terasa panas. Seakan ada sesuatu yang
ada disampingnya dan memerhatikan setiap gerak lakunya.
Katil bujang yang ada di
biliknya, sudah ditukar cadarnya. Langsir biliknya juga sudah ditukar. Sebelum
Aini merebahkan tubuh di atas tilam, Aini memasang surah Al-Baqarah yang telah
dimuat turun ke dalam telefon bimbitnya. Kata ustaz, surah Al-Baqarah adalah
salah satu surah yang dibaca bila ada gangguan makhluk-makhluk halus.
Selain dari itu
ayat-ayat Rukyah juga, mungkin dapat membantu. Dalam fikiran Aini menerawang,
Aini terlelap juga.
****
Aini tak tahu di
mana dia berada, yang pasti dalam sebuah rumah yang sudah lama ditinggalkan.
Aini masuk ke dalam rumah itu perlahan-lahan. Luas rumah itu dan banyak
biliknya. Aini masuk ke dalam setiap bilik dan meneroka di dalamnya dan hingga
ke bilik terakhir, jantung Aini berdegup laju. Seorang kanak-kanak lelaki tanpa
pakaian sedang merenung tajam ke arahnya. Kemudian kanak-kanak itu tersengih
dan menjelirkan lidah. Belum sempat Aini berbuat apa-apa, kanak-kanak lelaki
itu sudah menerpa laju ke arahnya. Aini tersentak dan terjaga. Nafas Aini
tercunggap-cunggap. Aini berpaling ke sebelah. Ada sesuatu tidur di sebelahnya.
Aini cuba bangun, namun gagal.
Dengan kudrat yang tak
seberapa, Aini cuba berlawan dengan makhluk yang muncul di sebelahnya. Aini
menendang sekuat mungkin sambil melaungkan takbir. Allahu Akhbar!
Aini tak berjaya untuk
bangun, namun dia tak berputus asa. Aini membaca surah Qursi dan tiga Qul. Dia
berlawan lagi dan akhirnya Aini terjaga dari tidur. Surah Al-Baqarah yang
dipasang sebelum tidur tadi sudah sunyi sepi. Aini mencapai telefonnya di tepi
bantal. Skrin telefon sudah terpadam. Bateri telefon bimbitnya sudah habis dan
telefonnya terpadam sendiri. Bulu tengkuk Aini meremang lagi. Teringat akan
mimpinya tadi, buat jantung Aini berdenyut kuat.
Ya Allah, lindungilah aku!
****
Malam kian merangkak,
Aini mencapai jam tangan di atas almari solek. Jarum jam menunjukkan angka satu
pagi. Telefon bimbitnya sudah dicas, namun masih belum boleh di on semula.
Aini menuju semula ke
katil. Akibat mimpi tadi, Aini membuka lampu agar biliknya terang menerang dan
Aini tak berani untuk tidur lagi. Malam yang sunyi sepi, begitu menyeramkan
Aini. Dia memerhatikan sekeliling biliknya, tiada yang mencurigakan. Walaupun
begitu perasaan seram dan takut terus menguasai diri.
Aini merebahkan tubuh dan berselimut. Matanya
meliar ke kiri dan kanan. Seluruh bilik diterokai dengan pancaindera
penglihatannya. Hatinya bergelut hebat di dalam. Mulutnya terkumat-kamit
membaca tiga Qul dan Ayatul Qursi. Hanya dengan surah-surah itu menguatkan
sikit semangatnya.
"Aini!"
Nama Aini diseru dari luar rumah, disertai dengan bunyi cakaran di dinding
papan rumah sewanya. Tubuh Aini terus mengigil dan dia menarik selimut dan
menutup seluruh tubuhnya.
Tak cukup
dengan itu, bumbung rumah pula yang berbunyi kuat, seakan ada sesuatu yang
sedang berjalan di atasnya. Hati Aini terus kecut. Surah-surah yang dibacanya
sudah bercampur aduk. Apa sebenarnya ini? Kenapa aku terpaksa melalui semua
ini? Aini merintih di dalam hati.
***
Aini tak tahu
bila dia terlelap. Malam pertama di rumah sewa baru yang begitu menyeramkan.
Dia perlu mencari seorang rakan untuk menemaninya di rumah ini, kalau dia nak
terus tinggal di sini. Itu yang Aini fikir selepas bangun pagi ini.
"Ain! Nak pergi
kerja ke tu?" Mak cik Kiah menegur Aini bila melihat Aini pagi ini.
Kelmarin tak nampak pula kelibat mak cik Kiah. Semalam pun rumah mak cik Kiah
sunyi sepi saja.
"Ya mak cik.
Semalam mak cik tak ada di rumah ke?" Aini membalas pertanyaan mak cik
Kiah dengan pertanyaan juga.
"Semalam?
Eh..ada saja mak cik di rumah. Cuma pagi kelmarin, mak cik pergi rumah anak mak
cik. Lepas Isyak baru mak cik balik." Mak cik Kiah berkata sambil
tersenyum ramah. Aini sudah menjatuhkan kepalanya berkali-kali.
"Err..sewa rumah
macam mana mak cik? Nak kena bayar sekarang ke?" Aini bertanya ragu-ragu.
Macam tak seronok pula, tinggal dalam rumah orang tapi belum bayar apa-apa lagi.
"Cukup bulanlah
Ain bayar. Daripada rumah tu kosong saja. Mak cik ni tak kisah sangat pasal
duit sewa tu. Kalau ada orang nak tinggal di rumah ni, sekurang-kurangnya mak
cik ada juga jiran." Aini tersenyum lagi mendengar kata-kata mak cik Kiah.
Niat untuk bertanya mengenai gangguan-gangguan yang dialaminya dilupakan begitu
saja. Bukan senang, nak jumpa rumah sewa tanpa deposit. Lagi pun, rumah ini
dekat dengan tempat kerjanya.
"Oo..terima
kasihlah mak cik. Saya pergi kerja dululah mak cik, kalau macam tu." Aini
meminta diri dan mula melangkah naik ke atas motornya.
"Ain dah sarapan?
Kalau belum, marilah sarapan dulu." Mak cik Kiah bersuara lagi. Aini
mengeleng perlahan.
"Tak apalah mak
cik. Saya sarapan kat tempat kerja nanti." Aini menolak dengan lembut.
"Hati-hati
pergi kerja. Jangan sampai jumpa dengan pembonceng motor tanpa muka tu
lagi!" Mendengar saja suara seorang lelaki, Aini berpaling pantas.
"Ehhh..awak buat apa di sini?" Aini
bertanya kalut. Lelaki di belakangnya hanya mengangkat bahu dan melangkah ke
arah belakang rumah sewa Aini.
"Awak!" Aini melaung kuat.
Lelaki yang memakai T shirt putih dan seluar hitam itu hanya berkalih sepintas
lalu sebelum meneruskan langkahnya semula.
"Mak cik Kiah!
Siapa lelaki tu?" Aini mengajukan pula soalan untuk mak cik Kiah yang
seolah tercengang dengan gelagat Aini tadi.
"Siapa
Ain?" Soalan Aini berbalas soalan semula.
"Yang tegur
saya tadi. Mak cik tak nampak ke?" Aini bertanya lagi. Mak cik Kiah ada di
depan rumahnya. Sedangkan lelaki tadi ada di tepi rumah sewa Aini. Entah dari
mana dia muncul?
"Siapa tu
Ain?" Mak cik Kiah terus menyoal. Kali ini Aini pula yang tercengang.
Takkanlah di awal pagi ini dia berkhayal lagi? Aini terus memerhatika langkah
lelaki itu yang semakin menjauh. Kakinya pijak tanah ke tak? Ehh...
*************
Aini pergi kerja seperti
biasa, cuma mindanya diburu tanda tanya. Pemuda yang menolongnya pada malam
tayar motornya pancit itu, manusia atau pun apa. Bila dia ditegur pagi tadi,
baru beberapa saat dia menoleh dan melihat pemuda itu kembali, pemuda itu sudah
ghaib, hilang entah ke mana. Walau pun sudah pagi, namun bulu roma Aini tetap
meremang, bila memikirkan setiap kemungkinan.
Waktu rehat, ketika Aini keluar
makan bersama kawan-kawannya, dia bercerita tentang pengalaman pelik dan
seramnya di rumah sewa yang baru semalam didudukinya. Masing-masing menunjukkan
minat. Ada yang tak percaya dan menganggap semua yang Aini cerita hanya
khayalan Aini semata-mata.
‘’Kau banyak sangat tengok filem horror agaknya tu?’’ respon daripada
Ruby sahabat baik Aini. Ruby memang tak percaya dengan perkara ghaib, walaupun
dia yakin benda itu wujud.
‘’Aku pun tak pasti sebenarnya. Kadang-kadang, aku rasa macam mimpi
saja. Tapikan..kenapa bulu roma aku meremang, dan aku rasa takut semacam saja?
Orang kata, kalau benda tu tak ada, mesti takkan ada kesan apa-apa pun?’’ Aini
berkata dalam nada perlahan. Wajahnya macam orang kebingungan dan pastinya dia
sedang keliru antara hakikat dan khayalan.
‘’Aku ada satu cerita, korang nak
dengar tak?’’ tiba-tiba Suzie mencelah. Mendengar cerita Aini pasal rumah sewa
barunya, dia pun teringat akan kenangan zaman lampaunya.
‘’Cerita apa?’’ Aini bertanya pantas. Dia teruja untuk tahu, kalau-kalau
cerita Suzie ada persamaan dengan ceritanya.
‘’Cerita seram tapi
kelakar..hahaha..’’ Suzie menjawab sambil ketawa diakhir hayatnya.
‘’Kau sindir aku ya Suzie?
Kalau kau tak percaya dengan cerita aku pun, janganlah main-mainkan aku.’’ Aini
terasa hati, disangkanya Suzie sengaja nak mengenakan dirinya. Dia tahu,
kawan-kawannya tak percaya dengan cerita yang baru disampaikannya sebentar
tadi.
‘’Mana ada Aini! Kau ni sensitif
sangat ni, kenapa? Dengarlah dulu, cerita aku ni. Pengalaman aku masa aku form
3, masa tu aku teman kakak aku di rumah dia. Kakak aku sarat mengandung anak
dia yang nombor empat rasanya.’’ Suzie menyangkal kata-kata Aini dan mula
bercerita.
Sebelas tahun yang lalu...
Musim kemarau melanda dan
air mula kering. Air paip juga turut dicatu dan air hanya ada pada malam hari,
itu pun tekanan air sangat rendah. Kakak Suzie tinggal di kampung bersama suami
dan keluarga mertuanya, tapi bukan tinggal serumah. Dalam kawasan mereka hanya
ada empat buah rumah dan jarak rumah mereka sangat dekat di antara satu sama
lain.
Rumah kakak Suzie di tengah-tengah, di sebelah rumah kakaknya sebelah
kanan adalah rumah mertuanya yang tinggal bersama kakak ipar kepada kakaknya.
Di sebelah kirinya pula rumah emak saudara abang iparnya, manakala rumah yang
paling hujung sekali adalah rumah sepupu kepada abang ipar Suzie.
Ketika Suzie bermalam di rumah kakaknya kerana menemani kakaknya yang
sedang sarat mengandung, suatu malam kakaknya mengerakkan Suzie untuk bangun
kerana nak menahan air di luar rumah. Jam waktu itu menunjukkan pukul 3.00
pagi. Suzie mengeliat beberapa kali dan matanya, begitu payah untuk dibuka dan
akhirnya, kakaknya keluar rumah seorang diri untuk menahan air yang jaraknya
beberapa meter dari rumah mereka. Di depan tempat kakaknya menahan air ada
jalan untuk jiran-jiran kakaknya lalu-lalang.
Ketika kakaknya sedang ralit
menahan air, pokok pisang yang ada di depannya, di tepi jalan bergoyang dengan
kuatnya. Tanpa tunggu lama, kakak Suzie terus bangun dan lari sambil menjerit.
Malam yang penuh misteri dan sejarah. Malam yang kelam dan menyeramkan. Suzie
yang nyenyak tidur pun, terlompat bangun apabila mendengar jeritan kakaknya.
Riuh rendah malam itu dan pastinya Suzie yang menjadi mangsa kemarahan abang
iparnya. Harapkan pagar, pagar langsung tak boleh diharap. Asyik berdengkur
saja, sampaikan amanah abang iparnya langsung tak ditunaikan.
‘’Benda apa yang goyang pokok
pisang tu? Kakak kau nampak apa-apa tak? Mata merah menyala ke? Makhluk berbulu
hitam ke, atau wanita berambut panjang?’’ Ruby bertanya laju sebelum habis
Suzie bercerita. Aini dan Hanis sudah berpeluh dingin dan minda mereka sudah
membayangkan sesuatu yang amat menyeramkan di sebalik pokok pisang.
‘’Tak! Kakak aku tak nampak apa-apa pun, cuma pokok pisang tu saja yang
bergoyang kuat. Kakak aku terus pecut lari, sampai dia lupa, dia sedang sarat
mengandung.’’ Suzie menjawab malas, tapi bibirnya sudah terukir dengan
senyuman.
‘’Kenapa kau senyum? Apa yang kelakarnya?’’ Aini pula menyoal. Dia tak
rasa pun cerita Suzie tu kelakar.
‘’Beberapa hari selepas tu, sepupu abang ipar aku buka cerita.
Sebenarnya dia yang goyangkan pokok pisang tu selepas dia mengintai kakak aku
sorang-sorang dok menahan air. Dia dapat idea nak menyakat kakak aku, tak
sangka pula kakak aku tu pengecut. Sepupu abang ipar aku pun terkejut sama
selepas dia mendengar kakak aku menjerit dan dia pun turut pecut sama balik ke
rumah. Bila orang pakat heboh, sepupu abang ipar aku diam membisu, bila semua
dah reda, baru dia berani bercerita. Hampeh betul..aku juga yang kena ambush
free dengan abang ipar aku..’’ Suzie terus bercerita dengan pelbagai mimik
muka. Lucu, marah, gelihati semuanya diperlihatkan di wajahnya.
‘’Hahaha..memang hampeh sungguh! Kau dengar tu Ain, jangan-jangan kau
pun kena sakat dengan jiran sebelah rumah kau juga? Kau ada cakap tadikan, ada
orang sebut nama kau dan cakar dinding? Kemudian, pagi ni, kau jumpa lelaki
yang tolong kau di tepi rumah dan tiba-tiba dia ghaib? Cuba kau fikir semula,
dekat tempat dia ghaib tu ada pokok besar tak untuk bersembunyi.’’ Ruby ketawa
sambil menyoal Aini pula. Lama betul Aini terdiam. Otaknya sedang mencerna
kata-kata Ruby dan otaknya sedang mengimbas kembali permandangan di belakang
rumahnya.
‘’Aku tak ingatlah, lagi pun
berkabus sikit pagi tadi..’’ Aini menjawab ragu-ragu. Kalau tak salah Aini,
belakang rumah tu hanya ditumbuhi belukar. Mungkin ada jalan di belakang
rumahnya, tapi dia tak pasti lagi kerana baru sangat di tempat itu dan dia
belum meronda sekeliling kawasan itu lagi.
‘’Aku macam terujalah Ain, malam
ni aku teman kau, nak tak? Aku teringin juga nak rasa pengalaman real macam
tu..hihi..’’ Ruby yang ternyata bersemangat waja memberikan tawaran menarik
untuk Aini. Tanpa berfikir panjang, Aini terus mengangguk laju. Pucuk dicipta,
ulam yang menjelma..
‘’Aku nak join!’’ Suzie mencelah dan mengangkat tangan tanpa sedarnya
dan dia turut tersengeh, macam nak pergi melancong saja cara dia tu.
‘’Aku pun teringin jugak, tapi..aku ni lemah semangat sikit, kalau aku
pengsan, macam mana?’’ Hanis turut berminat, namun dia ragu-ragu dengan
keupayaannya. Tengok filem seram pun dia tak berani, inikan pula berada dalam
rumah yang menyeramkan.
‘’Korang tahu tak, apa yang aku tahu? Sebenarnya kan..aku pernah terbaca
satu artikel ni tau, iblis dan setan ni terhasil dari jin kafir. Jin ni sejenis
makhlus yang dicipta dari api, kalau tak salah akulah. Mereka pun ada yang
kafir dan Jin Islam. Jin Islam selalunya orang panggil mereka Orang Bunian.
Yang kafir inilah digelar iblis
dan syaitan. Di dunia ni kita tak nampak mereka tapi mereka nampak kita. Namun,
Allah itu Maha Adil, di akhirat esok kita nampak mereka tapi mereka pula tak
nampak kita. Artikel tu kata lagi, kalau kita takut dengan makhluk ghaib,
sebenarnya mereka seribu kali takut dari kita, sebab kita ni asal-usul dari
nabi Adam dan Hawa.
Kaum kita sudah terpilih sebagai
Khalifah. Kita ni lebih istimewa dari mereka. Persoalannya di sini, kenapa kita
harus takut dengan mereka, sedangkan mereka pun sebenarnya lagi takut kita
daripada kita takut dengan mereka?’’
Panjang lebar Ruby memberi
huraian. Tiga orang rakannya sudah memandang kagum ke arahnya. Mereka pun
pernah dengar pasal tu, cuma antara yakin dan tidak saja. Semuanya atas
kekuasaan Allah. Yakin dengan Allah.. In Sha Allah segalanya pasti selamat.
Allah lebih berkuasa dari segala makhluk di atas dunia ini!
‘’Betul ke korang nak teman aku
malam ni? Kalau kau orang pun rasa, apa yang aku rasa..rasa-rasanya, hari
seterusnya aku kena cari rumah barulah agaknya..huhu..’’ Aini bertanya sekali
lagi untuk mendapat jawapan pasti. Ruby, Hanis dan Suzie saling berpandangan
sebelum mereka mengangguk serentak. Aini sudah tersenyum gembira.
Sekurang-kurangnya dia ada teman untuk malam kedua di rumah sewa barunya. Bukan
seorang tapi tiga orang yang akan menemaninya. Yes!..
********************
Geng empat sekawan baru saja
sampai ke rumah sewa Aini. Mereka menaiki kereta Kancil milik Suzie. Aini
terpaksa meninggalkan motosikalnya di rumah sewa kawannya yang berada di
seberang jalan pejabat mereka.
Lorong yang sempit
menyukarkan mereka melaluinya, nasib baiklah semak samun di kiri dan kanan
jalan sudah ditebas. Walaupun masih
sukar, namun Suzie tetap meredah tanpa sebarang masalah.
Kereta diparkir di tepi
rumah sewa Aini. Hujan pula mula turun renyai-renyai. Suasana alam semakin
gelap walau jarum jam baru menunjukkan angka 6.00 petang. Ketika mereka mula
turun dari kereta, kilat sudah mula sabung menyabung.
Grummm!!..kuat bunyi
guruh yang kedengaran disusuli cahaya kilat yang terang benderang. Empat
sekawan menjerit serentak akibat bunyi guruh yang agak kuat itu. Terasa bumbung
rumah turut bergegar dan bunyi sesuatu yang sangat kuat di belakang rumah juga
kedengaran. Aini dan rakan-rakannya menerpa laju ke belakang rumah. Aini
membuka selak pintu dapur.
Krekkk..ensel
pintu yang sudah berkarat berbunyi kuat. Mereka tak hairan pun dengan bunyi
itu. Minda masing-masih sudah fokus untuk melihat apa yang terjadi di belakang
rumah.
"Pokok kelapa
disambar petir." Aini bersuara perlahan. Lututnya mengigil akibat masih
terkejut dengan bunyi guruh sebentar tadi.
Kilat masih
sabung menyabung dan guruh masih berdentum kuat. Hujan semakin lebat dan
mencurah di atas bumbung rumah. Aini menutup pintu dapur dan mengajak tiga
orang rakannya ke ruang tamu. Aini memetik suiz lampu hingga seluruh rumah
menjadi terang.
"Ain, aku tak
sedap hatilah. Aku nak balik.." Hanis yang paling penakut di antara mereka
berempat berbisik kepada Aini. Tubuhnya dirapatkan dengan tubuh Aini. Dengan
hujan yang lebat dan kilat sabung menyabung, disertai dengan guruh yang
berdentum, Hanis mula berpeluh dingin.
"Kita baru
saja sampai, takkan kau dah angkat bendera putih Hanis? Relax la, aku semalam
sorang-sorang saja tau tinggal dalam rumah ni. Sekarang ni kita berempat, lagi
pun, kita ada Ruby yang paling kuat semangat." Aini cuba memujuk Hanis
yang masih menghimpit dirinya. Ruby dan Suzie pula dah macam pegawai
penguatkuasa yang sedang mengeledah rumah.
"Aaaaarrghhhh...." terdengar
suara Suzie menjerit kuat. Aini tersentak, begitu juga Hanis yang sudah
memegang kejap lengan Aini. Ruby berlari ke dapur dan mencari Suzie. Aini dan
Hanis mengikut sama.
"Kenapa ni Suzie?" Ruby bertanya
Suzie yang terburu-buru keluar dari bilik tidur yang ada berdekatan dengan
dapur. Aini bercadang untuk menjadikan bilik itu sebagai bilik bacaan kerana
terdapat rak buku yang masih kosong di dalamnya. Aini sudah lama menanam minat
membaca dan dia mempunyai perbagai koleksi bahan bacaan termasuk novel-novel
cinta dan misteri, tak terkecuali majalah-majalah keluarga, resepi dan
langskap.
"Ada orang cuit aku, lepas
tu..aku macam perasan ada bayang yang lalu di sebelah aku. Kemudian..tiba-tiba
macam ada angin menghembus ke wajah aku. Tak semena-mena bulu roma aku
meremang. Aku terjerit tanpa sedar." Suzie bersuara sambil
termengah-mengah. Jantungnya masih bergetar akibat perasaan seram yang masih
menguasai dirinya.
"Perasaan kau
saja kot?" Ruby cuba menafikannya, walaupun dia sendiri pun sudah terasa
seram sejuk seluruh tubuh sejak menjejakkan kaki ke dalam rumah ini.
"Aku nak
balik!" Hanis mula menangis. Nadanya sayu dan bergetar. Aini sudah mula
meremang tengkuk. Dia sendiri tidak sedap hati melihat keadaan Hanis yang di
luar sangkaannya. Ingatkan Hanis ni kebal semangat, rupanya lagi penakut
daripada yang disangka Aini.
"Tak apa..biar aku
pasang surah Al-Baqarah dulu sambil cas telefon." Aini teringat dengan
kejadian semalam. Selepas surah Al-Baqarah dipasang, perasaannya kembali tenang
dari rasa takut.
"Aini, aku
rasa..kau kena pindah dari rumah ni." Ruby berbisik kepada Aini agar Hanis
dan Suzie tidak mendengar kata-katanya. Ruby sengaja mengikut Aini yang berniat
untuk memasang surah Al-Baqarah yang sudah tersedia di dalam telefon bimbitnya.
"Kenapa kau
cakap macam tu Ruby? Bukan kau tak percaya ke semua benda ghaib ni?" Aini
turut berbisik.
"Aku dah
mula percaya Ain, selepas masuk ke dalam rumah ni. Aku rasa apa yang kau rasa
Ain. Bulu roma aku mula meremang sejak masuk ke lorong rumah ini lagi. Disertai
dengan kelibat bayang-bayang yang aku nampak sebaik aku masuk ke dalam
rumah." Ruby masih berbisik. Aini sudah pucat muka. Ini bermakna, dia
bukan berkhayal atau sedang berilusi. Ini semua adalah kenyataan. Rumah ini ada
sesuatu yang menjadi penghuninya.
"Apa
kita nak buat sekarang ni Ruby?" Aini bertanya Ruby dengan suara gugup.
Benarkah telahannya? Rumah ini tidak selamat untuk dihuni atau penghuni rumah
ini hanya sekadar ingin menyakat?
Dalam Aini berfikir
tindakan selanjutnya dan surah Al-Baqarah yang dipasang baru sebaris dibaca, guruh
dan kilat bersabung kuat sekali lagi. Kali ini betul-betul kedengaran di atas
kepala mereka disertai dengan lampu yang sudah terpadam. Fius utama sudah
disambar kilat agaknya, atau kilat yang menyambar membuatkan fius utama
tertutup dengan sendirinya?
"Masih awal Ain,
baru pukul 7.30 malam, keputusan harus dibuat dengan segera." Ruby terus
mendesak. Aini teringat dengan perbualan mereka tengahari tadi, beria-ia Ruby
menafikan ceritanya.
"Aku
rasa, kita tidur semalam lagi di rumah ni. Siang tadi, kau yang beria-ia
bercakap, semua ini hanya khayalan aku. Dah, jom teman aku pergi rumah sebelah.
Aku nak pinjam lilin." Aini sengaja mencabar Ruby. Aini pasti, mereka
takkan diapa-apakan, kalau benar pun ada sesuatu yang turut menghuni di dalam
rumah ini.
"Siapa nak ikut aku?
Jom..kita pergi berkenalan dengan jiran baru aku." Aini berkata dengan
suara girang. Melihat wajah rakan-rakannya yang sudah pucat lesi, mengembalikan
semangatnya untuk membuli rakan-rakannya. Tak percaya sangat cakap aku! Aini bermonolog
di dalam hati.
Belum pun Aini membuka
pintu untuk keluar, pintu rumahnya sudah diketuk orang. Mereka saling
berpandangan sebelum Aini memulas tombol pintu dan menjengukkan wajahnya.
"Ehhh.."
hanya itu yang keluar dari bibir Aini sambil jari telunjuknya menunjuk ke depan
pintu dengan wajah tercengang.
"Lektrik
terputus ke? Tadi guruh kuat, tentu fius utama tertutup sendiri. Selalu jadi
macam tu. Boleh saya masuk tengok. Buatnya bergelaplah awak malam ni sampai ke
pagi." Dalam bertanya, lelaki itu menerpa masuk sambil menuju ke arah suis
utama yang terletak di penjuru dapur. Aini masih begitu, dengan wajah
tercengangnya tanpa kata.
"Siapa tu Ain? Kau kenal dia ke?"
Ruby yang bertanya, Aini mengangguk dan mengeleng serentak. Lampu yang padam
tadi kembali menyala. Lelaki yang separuh lencun itu kembali ke ruang tamu dan
bersedia untuk keluar.
"Kalau lampu padam lagi, awak petik
suis utama saja. Tapi, hati-hati sebab dah lama, takut ada arus elektrik. Esok
saya datang tukar fius baru. Rasa macam tak selamat dah tu." Sebelum
keluar sempat lelaki itu memesan. Aini dah macam patung lilin memerhatikan
lelaki itu yang sudah berada di muka pintu.
"Ehh..awak! Macam
mana awak boleh ada di sini? Macam mana awak datang?" akhirnya Aini
berjaya membuka mulutnya untuk menyoal lelaki itu.
"Awak lupa
ke? Saya ni kan penyelamat awak, bila-bila masa saja awak dalam kesusahan, saya
pasti tahu." Lelaki itu menjawab dalam nada jenaka. Aini tak puas hati
dengan jawapan itu. Dia turut keluar sebaik lelaki itu keluar, namun kerana
hujan yang masih lebat di luar rumah, Aini membatalkan hasratnya untuk
mengekori lelaki itu.
*****************
Selepas surah Al-Baqarah dipasang mereka kembali tenang dari perasaan takut. Maghrib berlalu selepas mereka solat berjemaah yang diimankan oleh Ruby, yang tua dua tahun dari Aini dan Suzie. Hanis pula paling muda di antara mereka berempat. Namun begitu, mereka lebih selesa membahasakan diri mereka kau dan aku tanpa mengelarkan diri mereka kakak ataupun adik.
Malam kian berlalu, selepas Isyak perut masing-masing mula berkeroncong. Di dapur Aini, hanya terdapat mee segera dan telur sahaja dan penyelesaian untuk perut mereka yang sedang berbunyi hanya masak apa yang ada.
Sewaktu mee segera sudah dihidangkan dan mereka sudah bersedia untuk menjamahnya, pintu depan diketuk orang, diikuti dengan suara seorang lelaki memberi salam. Aini memakai tudung sebelum membuka pintu.
"Awak lagi? Awak nak apa ni?" Aini menyoal agak kasar. Hatinya kurang selesa melihat lelaki misteri yang belum dikenalinya ini.
"Tak mahu apa-apa. Tapi, nak bagi ni. Takkan anak dara makan mee segera saja kot? Sebatu bau aroma mee segera tu." sambil menghulurkan bekas yang dibawanya, lelaki itu berceloteh. Aini hanya memandang bekas yang dihulur lelaki itu tanpa respon. Selamba saja lelaki itu menolak pintu seluasnya dan meluru masuk ke dalam rumah. Bertempiaran kawan-kawan Aini meluru masuk ke bilik kerana masing-masing tidak memakai tudung.
"Oppsss..sorry!" Lelaki itu berkata dengan suara kuat dan meletakkan bekas yang dibawanya di atas meja.
"Mee bandung udang, mak saya buat. Makanlah, don't worry be happy, dijamin 100 % selamat untuk dimakan. Oh ya..saya anak mak Kiah, sebelah rumah. Nama Aman Shah, panggil Aman saja. Saya balik dulu. Err..kawan awak yang lagi dua orang tu memang pemalu ke? Tadi masa saya datang tengok fius di dapur, mereka sembunyi saja di dapur." sebelum berlalu keluar sempat lagi lelaki yang mengenalkan dirinya sebagai Aman itu berceloteh panjang.
"Tunggu! Kawan saya? Maksud awak? Ada berapa orang kawan saya yang awak nampak dalam rumah ni?" Aini sempat menghalang lelaki itu keluar dan mengajukan soalan.
"Enam orang termasuk awak. Kenapa awak tanya?" Aman bersuara serius. Bulu roma Aini meremang lagi. Biar betul?
"Just kidding. Empat orang saja termasuk awak. Dah mengelabahlah tu..hahaha.." Aman berkata lagi sambil ketawa. Lucu betul melihat wajah Aini yang berubah tiba-tiba.
"Satu lagi, semalam tu saya yang kacau awak. Saja, dah lalu nak pergi memancing, teringin pula nak sakat awak, tak sangka sampai pagi rumah awak terangkan.." Aman menyambung kata sambil mengenyit mata dan berlalu pergi. Aini yang sedang berbahang wajah dan bengang dengan kenyataan Aman terus menutup pintu dan menguncinya.
"Heee...." Aini menahan geram sambil mengigit bibir. Kawan-kawan Aini yang meluru masuk ke dalam bilik tadi keluar semula ke ruang tamu.
"Aman Shah?" Ruby bertanya sambil tergelak. Mereka mendengar semua perbualan Aini dengan Aman tadi.
"Nasib kaulah Ain, dapat jiran hantu menyakat macam dia. Dah tu tak tahu adab pula. Main serbu macam tu saja rumah anak dara. Aku rasa, lebih baik kau pindah saja Ain. Kalau kena kacau dengan hantu, boleh juga kau pasang ayat Al-Quran, tapi kalau dengan manusia ni, aku takut kau tak cukup kudrat saja nak lawan." Suzie pula mencelah dan membebel panjang. Aini terus berfikir dan seakan menyetujui kata-kata Suzie. Ruby dan Hanis juga turut mengangguk.
Bummm...bumbung rumah mereka berbunyi kuat seperti ada orang membaling sesuatu. Tersentak empat sekawan yang baru nak mengintai bekas makanan yang dibawa Aman tadi.
"Tak baik tau mengutuk orang. Berdosa buat fitnah. Dinding pun ada telinga tau." Terdengar suara Aman melaung dari luar. Empat sekawan saling berpandangan.
"Dia dengar?" Suzie bersuara perlahan. Aini menjungkit bahu.
"Dia bawa apa tu? Kau nak makan ke Ain? Jangan, jangan..." Ruby tak menyambung kata. Mana tahu Aman masih ada di luar rumah dan sedang mendengar perbualan mereka.
"Selamat ke tu?" Ruby berbisik.
"Kann? Dibubuhnya ubat pengasih, nahas kau Ain." Suzie pula berkata, sekadar untuk mengusik.
Kacak juga Aman tu, walaupun berkulit sawo matang.
************
Selepas surah Al-Baqarah dipasang mereka kembali tenang dari perasaan takut. Maghrib berlalu selepas mereka solat berjemaah yang diimankan oleh Ruby, yang tua dua tahun dari Aini dan Suzie. Hanis pula paling muda di antara mereka berempat. Namun begitu, mereka lebih selesa membahasakan diri mereka kau dan aku tanpa mengelarkan diri mereka kakak ataupun adik.
Malam kian berlalu, selepas Isyak perut masing-masing mula berkeroncong. Di dapur Aini, hanya terdapat mee segera dan telur sahaja dan penyelesaian untuk perut mereka yang sedang berbunyi hanya masak apa yang ada.
Sewaktu mee segera sudah dihidangkan dan mereka sudah bersedia untuk menjamahnya, pintu depan diketuk orang, diikuti dengan suara seorang lelaki memberi salam. Aini memakai tudung sebelum membuka pintu.
"Awak lagi? Awak nak apa ni?" Aini menyoal agak kasar. Hatinya kurang selesa melihat lelaki misteri yang belum dikenalinya ini.
"Tak mahu apa-apa. Tapi, nak bagi ni. Takkan anak dara makan mee segera saja kot? Sebatu bau aroma mee segera tu." sambil menghulurkan bekas yang dibawanya, lelaki itu berceloteh. Aini hanya memandang bekas yang dihulur lelaki itu tanpa respon. Selamba saja lelaki itu menolak pintu seluasnya dan meluru masuk ke dalam rumah. Bertempiaran kawan-kawan Aini meluru masuk ke bilik kerana masing-masing tidak memakai tudung.
"Oppsss..sorry!" Lelaki itu berkata dengan suara kuat dan meletakkan bekas yang dibawanya di atas meja.
"Mee bandung udang, mak saya buat. Makanlah, don't worry be happy, dijamin 100 % selamat untuk dimakan. Oh ya..saya anak mak Kiah, sebelah rumah. Nama Aman Shah, panggil Aman saja. Saya balik dulu. Err..kawan awak yang lagi dua orang tu memang pemalu ke? Tadi masa saya datang tengok fius di dapur, mereka sembunyi saja di dapur." sebelum berlalu keluar sempat lagi lelaki yang mengenalkan dirinya sebagai Aman itu berceloteh panjang.
"Tunggu! Kawan saya? Maksud awak? Ada berapa orang kawan saya yang awak nampak dalam rumah ni?" Aini sempat menghalang lelaki itu keluar dan mengajukan soalan.
"Enam orang termasuk awak. Kenapa awak tanya?" Aman bersuara serius. Bulu roma Aini meremang lagi. Biar betul?
"Just kidding. Empat orang saja termasuk awak. Dah mengelabahlah tu..hahaha.." Aman berkata lagi sambil ketawa. Lucu betul melihat wajah Aini yang berubah tiba-tiba.
"Satu lagi, semalam tu saya yang kacau awak. Saja, dah lalu nak pergi memancing, teringin pula nak sakat awak, tak sangka sampai pagi rumah awak terangkan.." Aman menyambung kata sambil mengenyit mata dan berlalu pergi. Aini yang sedang berbahang wajah dan bengang dengan kenyataan Aman terus menutup pintu dan menguncinya.
"Heee...." Aini menahan geram sambil mengigit bibir. Kawan-kawan Aini yang meluru masuk ke dalam bilik tadi keluar semula ke ruang tamu.
"Aman Shah?" Ruby bertanya sambil tergelak. Mereka mendengar semua perbualan Aini dengan Aman tadi.
"Nasib kaulah Ain, dapat jiran hantu menyakat macam dia. Dah tu tak tahu adab pula. Main serbu macam tu saja rumah anak dara. Aku rasa, lebih baik kau pindah saja Ain. Kalau kena kacau dengan hantu, boleh juga kau pasang ayat Al-Quran, tapi kalau dengan manusia ni, aku takut kau tak cukup kudrat saja nak lawan." Suzie pula mencelah dan membebel panjang. Aini terus berfikir dan seakan menyetujui kata-kata Suzie. Ruby dan Hanis juga turut mengangguk.
Bummm...bumbung rumah mereka berbunyi kuat seperti ada orang membaling sesuatu. Tersentak empat sekawan yang baru nak mengintai bekas makanan yang dibawa Aman tadi.
"Tak baik tau mengutuk orang. Berdosa buat fitnah. Dinding pun ada telinga tau." Terdengar suara Aman melaung dari luar. Empat sekawan saling berpandangan.
"Dia dengar?" Suzie bersuara perlahan. Aini menjungkit bahu.
"Dia bawa apa tu? Kau nak makan ke Ain? Jangan, jangan..." Ruby tak menyambung kata. Mana tahu Aman masih ada di luar rumah dan sedang mendengar perbualan mereka.
"Selamat ke tu?" Ruby berbisik.
"Kann? Dibubuhnya ubat pengasih, nahas kau Ain." Suzie pula berkata, sekadar untuk mengusik.
Kacak juga Aman tu, walaupun berkulit sawo matang.
************
Malam ini Aini menghampar toto di ruang tamu dan mengajak rakan-rakannya
tidur di ruang tamu sambil surah Al-Baqarah terus dialunkan tanpa henti. Mereka
tidur dalam keadaan yang bersedia dengan apa saja kemungkinan. Masing-masing
sudah berjanji untuk bersatu hati menghadapi apa saja halangan yang mendatang
malam ini. Suasana malam yang sejuk selepas hujan reda membuatkan masing-masing
mengigil kerana kesejukan. Selimut pula tidak mencukupi dan terpaksa dikongsi.
Pukul 10.00 malam, Aini terasa nak ke bilik air. Bilik mandi di luar
rumah, begitu juga tandas yang jaraknya beberapa meter di belakang rumah.
Memang leceh sikit, nak keluar rumah pada waktu begini. Suasana yang dingin
membuatkan Aini dan kawan-kawannya kerap terasa untuk membuang air kecil.
Mereka bergilir-gilir keluar dan berteman setiap kali keluar. Yang seorang lagi
mengawasi di luar bilik air. Selain takut dengan mahkluk yang tak dapat
dilihat, semua jenis mahkluk pun mereka gerun. Dengan manusia yang bernama
lelaki paling mereka takuti kerana mereka terdiri dari empat orang anak dara
yang lemah. Keduanya, mereka takut kepala mahkluk berbisa, dan selebihnya pada
mahkluk yang tak nampak dek mata. Mereka hanya mampu berdoa kepada Allah, agar
melindungi mereka.
‘’Kadang-kadang aku tak fahamlah dengan makhluk bernama manusia ni,
terutama manusia macam kita berempat ni. Dengan Allah yang paling berkuasa tu
kita tak takut sangat. Dengan mahkluk Allah pula kita takut. Sampai nak
berteman bagai. Itu baru nak pergi ke bilik air, belum nak masuk dalam kubur
lagi.’’ Ruby berkata dalam nada keliru bercampur hairan. Wajahnya ditayang
dengan bermacam mimik muka, macam orang sedang berfikir masalah dunia saja
lagaknya.
‘’Aku pun terfikir juga, apa yang kau fikir. Tengoklah sekeliling kita,
ramai orang percaya syurga dan neraka, tapi ramai juga yang engkar perintah
Allah. Tapi, bila sebut pasal hantu, masing-masing kecut perut.’’ Aini menambah
dan mengangguk setuju. Jangan kata orang lain, Aini pun sama juga. Kalau tak,
takkan nak suruh kawan-kawannya pergi menemani dia hingga ke bilik air.
Semalam, seorang diri di rumah ini, dia sanggup menahan hingga ke pagi hari.
Dia bertapa di dalam telekung dari waktu Maghrib hingga Isyak sebab tak mahu
keluar untuk mengambil wudhuk bila waktu Isyak masuk. Nasib baik wudhuk dia tak
terbatal sepanjang dia menunggu waktu Isyak masuk.
‘’Aku lagilah tak kuat semangat.
Tengok filem hantu pun aku kecut perut, inikan pula terjadi di depan mata.
Dapat merasai pengalaman menyeramkan dan membuat bulu roma aku meremang tanpa
sedar.’’ Hanis mencelah pula. Dia memandang wajah rakan-rakannya seorang demi
seorang dan..bibirnya tak semena-mena terketar-ketar.
‘’Siapa tu?’’ jari telunjuknya dituding ke arah belakang Ruby. Semua
rakan-rakannya berkalih serentak tapi tiada apa-apa pun yang menarik minat
mereka. Semuanya sama saja seperti sebelum ini.
‘’Kau nampak apa?’’ Aini bertanya sambil beralih tempat duduk, bersedia
untuk bertindak, melarikan diri atau sebaliknya.
‘’Tak tahu! Perasaan aku agaknya.’’ Hanis menjawab ragu-ragu. Mindanya
bekerja keras. Mungkin betul hanya perasaannya saja, sebab topik yang mereka
bualkan ini membuatkan dia terfikir yang bukan-bukan.
‘’Kau jangan bikin suspen Hanis!’’
Suzie memberi amaran. Terkejut betul dia dengan reaksi spontan Hanis tadi dan
kini dia mengakui kata-kata Ruby dan Aini. Manusia lebih takut dengan hantu
berbanding takut dengan Allah! Ya kan?
******************
Perut Ruby memulas-mulas sakan.
Tak mampu nak menahan lagi, dia mengejutkan rakan-rakannya untuk bangun nak
menemaninya ke tandas. Jarak tandas dengan rumah sewa Aini sedikit jauh dan
tandas ada berdekatan semak di belakang rumah. Di belakang rumah Aini terdapat
banyak pokok-pokok buah seperti rambutan, mempelam, cempedak dan perbagai lagi
yang tak sempat Aini periksa.
‘’Aini, bangunlah Ain, aku dah tak tahan sangat ni..’’ Aini yang baru
saja beberapa jam terlelap, terasa malas untuk membuka mata.
‘’Allahkan ada! Kau tawakal sajalah Ruby. Berserah kepada Allah. Tak ada
apalah, kalau kau nak lampu picit, ada atas almari tu, tapi lampu picit tu
bukan hak aku. Mungkin tuan rumah yang punya..’’ dalam mata masih pejam Aini
berkata-kata. Selimut ditarik dan dia terus mengerekot. Janji tinggal janji.
Ruby mengejutkan Suzie dan Hanis pula, sebelum mereka memberi respon,
Ruby sudah bangun dan berlari laju, mencapai lampu picit dan berlari keluar.
Pintu dapur dibiarkan terbuka luas. Angin bayu menyerbu masuk ke dalam rumah
dan Aini serta dua orang lagi rakannya terus bangun bila mendengar sesuatu yang
pelik berbunyi dari arah dapur.
‘’Bunyi apa tu?’’ Hanis yang paling penakut di antara mereka melontarkan
soalan sambil menghimpit Suzie. Mereka saling berpandangan.
‘’Eh..mana Ruby?’’ Hanis dan Suzie bertanya serentak. Barulah Aini
sedar, Ruby tiada bersama mereka ketika ini.
‘’Tadi Ruby kejut aku, minta aku teman dia keluar. Dia tak tahan
nak...ke toilet..’’ Aini berkata perlahan, sementara hatinya diburu kekesalan
kerana tak menunaikan permintaan Ruby tadi, sebaliknya dia terus menarik
selimut dan kembali tidur.
Kedebummm..bunyi pintu ditutup dengan kuat mengejutkan mereka lagi. Ruby
sudah lari masuk ke dalam rumah dan meluru ke ruang tamu. Wajahnya pucat tak
berdarah. Tubuhnya mengigil sakan.
‘’Kain kau mana Ruby?’’ Aini
bertanya dalam keadaan yang terperanjat dengan keadaan Ruby yang sedemikian
rupa. Ruby memandang ke bawah. Hanya tinggal baju saja ditubuhnya. Nasib baik
baju yang dipakai labuh melepasi punggung dan bersaiz agak besar.
‘’Kau..kau kenapa Ruby? Kau..’’
Suzie ingin bertanya selanjutnya, tapi dia tak tahu apa soalan yang ingin
ditanya melihat Ruby sudah jatuh melutut di hadapan mereka.
‘’Aku tak nak cakap besar lagi.
Aku tahu, aku salah..betul, orang macam kita lebih takut hantu berbanding
Allah.’’ Ruby bersuara dalam nada terketar-ketar. Dia teringat kembali apa yang
dilaluinya sebentar tadi.
Ruby meluru masuk ke tandas yang jaraknya beberapa meter dari rumah sewa
Aini. Malam yang gelap tanpa sebarang cahaya bulan atau bintang di langit
malam, hanya bersuluhkan cahaya lampu picit yang malap dan lampu dapur yang
hanya menerangi separuh halaman belakang rumah.
Baru beberapa saat Ruby bertinggung melepaskan hajat, dinding dan
bumbung tandas seakan dibaling batu oleh seseorang. Ruby cuba menguatkan
semangat dan menganggap itu semua dugaan untuknya.
‘’Woii..aku nak membuang pun tak
senanglah!’’ Ruby bertempik kuat. Bunyi benda dibaling yang bagaikan peluru itu
terhenti buat seketika, namun kembali bersambung lagi selepas diam beberapa
saat.
‘’Jangan kacau akulah!’’ Ruby bersuara
lagi dan suaranya kian lantang. Namun, macam tadi bunyi itu hanya terhenti
beberapa saat dan kembali bersambung, sedangkan perut Ruby masih memulas.
‘’Aku bilang sampai tiga, kalau
aku dapat korang, siaplah!’’ Ruby terus memberi amaran dan menganggap anak
jiran sebelah rumah yang melakukannya untuk menakutkan Ruby.
‘’Satu!’’ Ruby terus membilang
bila bunyi yang menerpa ke seluruh arah dinding tandas masih berbunyi.
‘’Dua!’’ Ruby kuatkan suara,
namun semakin kuat bunyi balingan yang didengar. Ruby tak mahu memikirkan
perkara yang lain, melainkan ini semua hanyalah permainan atau gurauan anak
jiran sebelah rumah yang ternyata agak nakal.
‘’Tiga!’’ dan, serentak dengan
bilangan yang ketiga, Ruby sudah mendengar hilaian tawa yang menyeramkan.
Tiba-tiba bulu roma Ruby meremang. Tubuh Ruby mula berpeluh dan mengigil.
Mindanya baru mula bertindak dan perkara yang tak mahu dibayangkannya,
tiba-tiba singgah di dalam mindanya. Hatinya meruntun dengan perasaan takut.
Segala macam bayangan filem seram terus menghuni kotak fikirannya. Hantu yang
berwajah seram terus membayangi mindanya. Serius, Ruby sudah tidak boleh lagi
mengawal mindanya saat ini bila bunyi suara hilaian itu semakin nyaring dan
terasa amat dekat dengannya.
Tanpa berfikir panjang, Ruby membersihkan apa yang perlu dan mula
bertindak berani. Dia bangun dari duduk dan berdiri dengan tubuh yang mengigil.
Ruby mula mengira di dalam hati. Satu, dua, tiga...Ruby membuka pintu tandas dan
terus pecut. Masuk ke dalam rumah dan menutup pintu dapur dengan kuat tanpa
menoleh ke belakang lagi. Apa yang menganggu Ruby sebentar tadi langsung tidak
diambil peduli. Manusiakah? Ataupun hantu yang sebenar?
**********************
Awal pagi lagi mereka sudah
keluar dari rumah dan menuju ke rumah sewa Ruby dan kawan-kawannya yang
terletak di seberang pejabat mereka. Aini nekad untuk keluar dari rumah sewanya
hari ini. Sebelum mereka bertolak tadi, Aini berjumpa dengan mak cik Kiah untuk
membayar sewa selama dua malam dia tinggal di rumah itu, namun mak cik Kiah tak
mahu menerimanya. Kata mak cik Kiah, belum cukup bulan, jadi tak perlu bayar.
Penyewa sebelum ini pun, mak cik Kiah tak mengambil bayaran. Tanpa banyak soal,
mak cik Kiah melepaskan Aini pergi.
‘’Agak-agaknya, semalam
tu..hantu atau orang?’’ Ruby menyuarakan kemusykilannya. Aini, Hanis dan Suzie
saling berpandangan. Mereka sendiri tiada jawapannya.
‘’Apa yang kau rasa?’’ Aini
bertanya ragu-ragu.
‘’Mula-mulanya, aku sangka anak jiran sebelah yang cuba takutkan aku. Selepas
dengar ada suara wanita ketawa, barulah aku rasa semacam. Ketika tu, aku
terbayangkan wajah-wajah hodoh yang selalu aku tonton. Sebab itulah aku pecut
masuk dalam rumah, sampai tak sedar kain aku dah hilang.’’ Ruby mula bercerita
sambil membayangkan apa yang berlaku. Tiga orang kawannya tak semena-mena
tersenyum kerana mereka juga teringat dengan peristiwa semalam. Pantas Ruby
menampar paha ketiga orang rakannya.
‘’Yang kau orang ni, tersenyum,
tersengeh ni, kenapa?’’ Ruby bersuara berang. Geram pula dengan respon
rakan-rakannya.
‘’Assalamualaikum..’’ sedang
rancak mereka bercerita, terdengar suara lelaki memberi salam. Mereka menoleh
serentak ke arah suara itu. Tersentak mereka bila terpandang wajah lelaki itu.
Kebetulan, ketika ini waktu rehat mereka dan mereka sedang berada di cafe
sebelah pejabat. Macam mana pula lelaki ini tahu mereka ada di sini? Satu
persoalan menjelma dalam minda masing-masing.
‘’Awak buat apa di sini?’’ Aini
bertanya selepas salam lelaki itu dijawab perlahan. Empat pasang mata kini
tertumpu ke arah lelaki yang baru menegur mereka.
‘’Kain awak, tertinggal. Emak
saya suruh saya pulangkan balik, dan mak saya suruh minta maaf sebab tak cerita
perkara yang sebenar sebelum awak tinggal di rumah itu. Sebenarnya, awak penyewa
yang ke-20 di rumah itu. Rumah itu sebelum ini disewa oleh seorang perempuan
siam yang mengamalkan ilmu hitam. Dia meninggal tiba-tiba dan sejak itu rumah
itu berpenunggu. Awak orang terakhir yang hanya bertahan dua malam saja di
rumah itu. Saya tak tahu macam mana nak cerita, tapi saya pernah cuba tidur
semalam di rumah itu, tapi selepas sejam, saya lari keluar sebab tak mampu nak
bertahan dengan gurauan penunggu rumah tu.
Maaf sekali lagi, sebab itulah
mak saya tak ambil duit sewa, sebab dia tahu tak ada orang yang mampu tinggal
di rumah itu. Semalam tu, saya bergurau saja, saya tak nak awak takut. Tapi,
saya cakap benar tentang satu perkara, saya memang nampak ada dua orang lagi
perempuan lain di dapur semalam.’’ Aman menyudahkan ayat-ayatnya dengan wajah
selamba, sedangkan Hanis, Aini, Ruby dan Suzie sudah saling berpandangan dan
bulu roma mereka meremang dengan tiba-tiba.
‘’Awak tak tipukan? Macam mana
awak boleh cari kami sampai ke sini?’’ Ruby pula bertanya selepas melihat Aini
terus membisu tanpa kata. Dia memang tak percaya dengan lelaki yang berada di
depan mereka sekarang ni.
‘’Saya kerja di bengkel kereta
sebelah cafe ni. Saya kenal awak semua, awak semua yang tak kenal saya. Mulai
esok, kami pun akan berpindah dan..tu rumah yang baru siap belakang pejabat
awak tu, rumah kami. Datanglah, kalau sudi.’’ Aman terus bercerita sambil
tersenyum mesra. Aini sudah mengerutkan keningnya. Belakang pejabat mereka?
Sekali lagi empat sekawan berpandangan sesama mereka, sebelum mereka
menoleh ke arah Aman. Minda masing-masing sedang berteka- teki.
‘’Awak nak main-mainkan kami ke?’’ Suzie bersuara geram. Setahu dia, di
belakang pejabat mereka mana ada rumah orang.
‘’Kenapa awak cakap macam tu?
Bila masa pula saya nak main-mainkan awak semua?’’ Aman masih bertanya dengan
wajah selamba dan nada suara yang perlahan. Bibirnya mengulum senyum dalam
diam.
‘’Belakang pejabat ni kan balai
bomba, balai polis, kedai-kedai runcit dan pusat membeli belah. Bila masa pula
ada rumah orang yang baru disiapkan?’’ Suzie membidas dengan suara serius dan
sedikit lantang. Aman sudah tersengeh lebar.
‘’Tahu tak apa! Saya gerak
dulu..assalamualaikum.’’ Aman memberi salam sebelum berlalu. Aini mengetap
bibir. Ruby mengengam penumbuk. Suzie berdecit geram. Sementara Hanis pula
memandang wajah ketiga-tiga orang rakannya dengan wajah blur. Yang mana satu
betul ni? Mindanya sudah bertanya.
‘’Kau percaya tak dengan
kata-kata lelaki tu?’’ Suzie mengajukan soalan kepada Aini.
‘’Serius, aku tak tahu yang mana
satu harus aku percaya.’’ Aini menjawab dalam penuh keraguan. Kenyataan Aman
yang selalu meragukan. Sekejap macam tu, sekejap macam ni, mana satu yang
betul? Minda Aini pula berteka-teki sendiri.
‘’Aku rasa, lelaki tu baru keluar wad mental kot?’’ Ruby pula meneka
dalam kesamaran sambil tersengih. Dan sengihannya mendapat sambutan.
‘’Jangan fikir lagi! Nanti, kita pun jadi tak betul. Sesungguhnya..Rumah
Sewa Sementara yang aku duduk dua malam itu, memang benar-benar misteri/ Anggap
saja macam tu, dan mak cik Kiah dan Aman tu tak wujud pun.’’ Aini mencelah dan
mula bangun untuk keluar dari cafe. Mereka sempat melihat Aman yang sedang
memerhatikan mereka sambil tersenyum lebar dari bengkel sebelah.
‘’Kalau Aman tu tak wujud,
kenapa aku macam nampak dia saja?’’ Hanis bertanya.
‘’Anggap saja kau sedang
berilusi!’’ Aini menjawab pantas. Dan..mereka terus nekad untuk melupakan
setiap pengalaman ngeri itu untuk selamanya. Sebetulnya, dunia ghaib ini memang
wujud dan ada mahkluk lain selain manusia yang wujud di atas muka bumi ini.
******************Tammat sudah**********
Nota : Kali pertama mencuba bakat menulis
cerita seram. Agaknya langsung tak seramkan? Sebenarnya, ada di antaranya
adalah kisah benar dan selebihnya adalah rekaan semata-mata. Hantu sebenarnya
tak wujud, yang ada adalah Jin, tapi Jin ni ada yang Islam dan ada yang kafir.
Yang kafir tu la dipanggil iblis dan syaitan. Yang Islam dipanggil Bunian.
Allahu’alam.