Aku menulis apa yang aku tahu. Niatku berkarya hanyalah untuk berkongsi rahsia mindaku. Mudahan ada pengajaran yang akan diambil ikhtibar. Aku harap mesej yang cuba aku sampaikan difahami pembaca. Terima Kasih sudi singgah di blog ini! Terima Kasih atas sokongan semua! Aku hargainya,.kalian penyokong setiaku.
Jumaat, 22 Februari 2013
CERPENKU,..IMPIANKU,..iMAGINASIKU
Impianku memang nak jadi seorang penulis sejak di sekolah lagi,.ingat lagi ketika di tingkatan dua,dalam karangan bahasa malaysia cikgu menyuruh menyambung cerita.Aku teruja sangat untuk menulis hinggakan bila buku di pulangkan padaku cikgu buat ulasan di karangan tu,.'terlalu panjang',.hihi
Imaginasiku bermula bila aku ni sering sangat berangan tak bertempat,nak makan pun sempat lagi nak berangan,mandi berangan,hinggakan nak masuk tidur pun masih lagi nak berangan hingga aku jadi sukar untuk tidur kerana terlalu banyak sangat berangan,..adoii,..
Akhirnya masa tingkatan lima bila di tanya mengenai cita-citaku kali pertama aku memberitahu cita-citaku untuk menjadi seorang penulis sedangkan ketika itu aku sendiri tak yakin untuk mengapai impian ini.
Sekarang aku sendiri masih tak yakin layakkah aku untuk menjadi seorang penulis,.alahai,..satu novel pun belum ada lagi,..buat masa sekarang aku hanya syok sendiri ja,..bak kata orang aku ni ibarat ayam,..bertelur sebiji riuh sekampung tapi tepat ker pepatah tu? ayam ada jugak telur! aku ni ada hapa??,..habuk pun tarakk!! hahaha,..nama pun syok sendirikan!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.