Jumaat, 29 November 2013

AKU BUKAN PENYAIR

     
          Aku mengeliat malas di atas katil. Semalam aku terlajak berbual dengan seorang rakan facebook hingga pukul 4 pagi. Macam-macam topik yang kami bualkan, hingga tak sedar jarum jam sedang bergerak pantas. Namanya Putera Amri, aku tak pasti nama betul atau pun tidak kerana aku sendiri pun mengunakan nama samaran. Nick name facebook aku Anggerik Desa dan aku mengunakan gambar bunga anggerik sebagai gambar profilku.

           Nama betulku Putri Quratul Aini. Opsss..jangan salah faham ye. Aku bukannya Puteri raja pun. Nama saja Putri, tapi aku rakyat biasa saja. Aku belum bekerja, sebab aku baru habis belajar. Usia aku baru nak masuk 23 tahun. Bulan depan birthday aku. Yeay, mesti ibu dan abah akan beri hadiah lagi macam tahun-tahun lepas. Hah, Ibu dan abah? Aku baru teringat, hari ini ibu dan abah akan pulang dari umrah. Aku bingkas bangun dan menuju ke bilik air.

            ''Cik Putri! Cik Putri! Tuan, Puan...'' keluar saja dari bilik air aku terkejut dengan laungan pembantu rumah. Cemas wajahnya macam baru lepas nampak hantu.

            ''Kenapa ni kak Yanti?'' aku menyoal resah. Mesti ada sesuatu yang berlaku ni. Aku bersoal jawab di dalam hati.

           ''Ada polis datang. Polis, polis nak jumpa Cik Putri. Tuan, Puan..'' kak Yanti masih bersuara cemas. Tangannya pantas mengheret aku ke bawah. Apa yang polis buat di rumah kami? Kenapa pula dengan ibu dan abah? Apa yang sudah terjadi pada mereka?

       ''Encik, ada apa encik?'' aku bertanya gusar kepada dua orang angota polis yang masih ada di depan pintu rumah kami. Aku anak tunggal. Selepas ibu dan abah pergi umrah, aku tinggal bersama pembantu rumah. Aku nak ikut ibu dan abah pada awalnya, tapi terpaksa dibatalkan pada saat-saat terakhir kerana pasportku mempunyai masalah.

          ''Kami harap cik banyak-banyak bersabar. Encik Muhammad Qusyairi dan Puan Noraini kemalangan, dan mereka meninggal di tempat kejadian. Diminta Cik dan keluarga menuntut jenazah mereka di Hospital Kuala Lumpur dengan segera.'' lembut lututku mendengar khabar yang disampaikan oleh salah seorang angota polis tersebut.

          Siapa yang harus aku hubungi sekarang ni? Setahu aku ibu dan abah sama-sama membesar di rumah anak yatim. Tak pernah pula mereka memperkenalkan aku dengan saudara mara mereka. Kawan-kawan abah, aku hanya kenal dengan Uncle Burn, itu pun dia tiada di Malaysia sekarang ni. Aku dengar uncle Burn dan keluarganya sedang bercuti di London.

            Aku ingin menangis dan meraung saat ini tapi lidahku seakan beku untuk mengeluarkan suara. Selepas kedua orang anggota polis itu pergi, aku jatuh terduduk di muka pintu dan air mata terus berjuraian laju tanpa sedarku.

         ''Abah, Ibu, kenapa tinggalkan Putri? Macam mana dengan Putri? Putri dah tak ada siapa-siapa sekarang ni. Kalaulah Putri ikut sekali abah dan ibu..'' aku merintih kesal. Seribu penyesalan hadir dalam mindaku. Kalaulah pasport aku tak bermasaalah, tentu aku masih bersama abah dan ibu.

            ''Jangan macam ni Cik Putri. Tak baik ber'kalau-kalau' ni. Sudah sampai ajal mereka Cik Putri. Jom..kita bersiap. Lepas tu kita minta tolong jiran sebelah rumah untuk memberitahu orang masjid.'' aku dipimpin masuk ke dalam rumah oleh kak Yanti. Mengapa nasibku sebegini malang? Aku belum puas lagi nak bermanja dengan abah dan ibu.

**********************

        Berlalu sudah 44 hari selepas pemergian abah dan ibu. Aku serahkan semua perkara kepada jiran sebelah rumahku, Ustaz Akil dan Ustazah Zainab. Mereka yang banyak membantu aku dari hari pertama jenazah abah dan ibu dibawa pulang. Duit yang orang ramai derma aku serahkan pada Ustazah Zainab untuk mereka menguruskan majlis tahlil arwah abah dan ibu, tapi mereka tak mahu menerimanya walaupun aku memaksa. Kata mereka, aku sudah menjadi yatim piatu, jadi tak baik memakan harta anak yatim ni. Aku terharu sangat, bila Ustaz Akil dan Ustazah Zainab ingin membantu aku mengadakan majlis tahlil dengan duit mereka sendiri.

          Kak Yanti terpaksa aku berhentikan kerja kerana aku tak mampu untuk membayar gaji kepadanya lagi. Sekarang ni aku hanya hidup dengan wang simpanan yang aku ada. Kereta aku pun terpaksa aku jualkan. Kereta abah sudah remuk teruk. Pak Hassan driver abah masih di bilik I.C.U dan masih koma. Duit sumbangan orang ramai yang diberi kepadaku aku beri kepada keluarga Pak Hassan. Duit jual kereta pula aku bayar gaji kak Yanti.

           Duit simpananku cuma tinggal seribu saja lagi. Abah dan ibu hanya tinggalkan rumah ini untuk aku. Aku tak kisahkan sangat kalau nak makan, yang paling aku bimbang duit untuk aku membayar bil lektrik dan bil air. Aku perlu mencari penyewa untuk dua bilik kosong di rumahku. Aku boleh berpindah ke bilik kak Yanti.

         Sebelum membuat iklan untuk menyewakan bilik, aku kemas dulu rumah dan dua bilik yang kosong. Aku kosongkan bilik aku sendiri dan mula mengemas barang-barang aku dan dibawa ke bilik kak Yanti. Aku akan mulakan hidup baru hari ini. Yang pergi takkan kembali lagi. Aku hanya perlu berdoa untuk mereka agar mereka aman di sana. Aku yang hidup ni perlu terus berusaha untuk hidup. Chaiyokkk..Kau Boleh Putri Quratul Aini!

**************************

 Rinduku Kembali Bertamu

Ibu, Abah...
Putri rindu kalian,
Rindu yang tak tertahan,
Rindu yang sarat terbeban,

Ibu, Abah..
Putri sunyi,
Sunyi yang teramat,
Mengingati ibu dan abah buat Putri sepi,
Sepi menyelubungi diri,
Menghantui hati,
Merobek perasaan ini,

Ibu, Abah...
Rindu ini takkan hilang begitu mudah,
Menunggu kepulangan kalian hatiku gundah,
Namun, hampa jiwa ini,
Yang pulang menemui hanyalah jasad kaku,
Putri redha dalam pasrah,
Inilah takdir Putri.

Hasil Nukilan
~PQA~

           Aku kemaskini puisi dalam blog Puisi Luahan Hatiku. Aku memang suka menulis puisi bila aku keresahan. Puisi menjadikan jiwaku damai semula. Aku rindu sangat pada ibu dan abah, jadi aku luahkan perasaan tu dalam bentuk puisi.

           Sudah seminggu aku menampal iklan Rumah Sewa di pintu pagar rumahku, namun tiada langsung panggilan yang aku terima. Aku perlu keluar untuk mencari kerja. Duit simpananku sudah semakin susut. Kerja apa yang sesuai dengan aku? Aku sendiri tidak yakin dengan kemampuanku. Aku macam tak ada semangat untuk keluar bekerja selagi tidak mendapat penyewa untuk dua buah bilik yang masih kosong. Aku pun sudah terasa sunyi tinggal seorang diri di rumah.

 Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

           Sedang aku melamun sambil memikirkan perihal rumahku yang masih belum disewa orang, lagu Rapuh berkumandang. Aku mendapatkan telefonku yang berada di atas meja sofa. Nombor yang tidak dikenali tertera di skrin telefon. Aku segera menekan butang hijau, mana tahu ada orang yang nak menyewa rumahku.

         ''Hello..'' aku menyambut panggilan masuk dalam debaran dada yang kencang.

        ''Hello, boleh bercakap dengan cik Ain?'' huh, langsung tak ada salam. Aku tak berani nak beri salam tadi. Mana tahu yang telefon tu silap nombor, dah tu berbangsa India atau Cina  ke, tak ke haru.

              ''Ya, saya Ain. Assalamualaikum encik. Ada apa yang boleh saya bantu?'' Hadoi, tak formal sangat ke? Aku tersenyum sendiri. Budi bahasa budaya kitakan?

            ''Err, waalaikumusalam. Cik Ain ke yang buat iklan Rumah Sewa kat Taman Sentosa Indah Raya ni?'' lelaki itu bersuara lagi. Aku macam nak melompat saja. Akhirnya aku bakal dapat penyewa.

             ''Ya saya. Siapa yang nak sewa encik? Untuk pengetahuan encik saya cuma nak mencari penyewa bilik saja encik, bukan seluruh rumah.'' aku bercakap terus terang. Tiba-tiba rasa cuak pula sebab aku sedang mencari penyewa perempuan.

             ''Tapi, iklan ni tulis Rumah Untuk Disewa?'' aku dah tepuk dahi. Aku mana ada pengalaman nak buat iklan ni.

           ''Macam ni la cik Ain. Boleh cik Ain datang ke sini sekarang tak? Saya dah ada di depan rumah ni. Biar kita berbincang secara berdepan saja.'' Hah? Aku terus bangun dan menuju ke tingkap. Aku selak sedikit langsir. Memang ada seorang lelaki sedang memakai ear phone sedang berdiri di depan rumahku. Wajahnya tak dapat ku lihat kerana dia sedang membelakangiku.

           ''Cik Ain!'' suara itu menyeru namaku. Tersentak sebentar aku.

          ''Maafkan saya encik. Tunggu sebentar ya. Saya keluar sekarang.'' aku naik ke bilik dan memakai tudung. Berpuas hati dengan penampilan diri, aku turun semula ke bawah, mengambil kunci pintu pagar dan membuka pintu rumah. Dari depan pintu rumah aku sudah melihat lelaki itu berulang alik berjalan kiri dan kanan sambil sekali sekala dia akan menilik jam di pergelangan tangan.

         ''Assalammualaikum encik...'' lelaki itu menoleh. Aku tergamam. Boleh cair jiwa aku ni. Yang berdiri di depan aku sekarang seorang lelaki yang memiliki wajah yang sangat sempurna. Terpegun? Tersangat! Jantung aku pula mula berdegup pantas.

         ''Cik Ain?'' dia menyoal ragu-ragu. Aku mengangguk. Wajah aku dah berbahang berdepan dengan lelaki ini. Kenapa erk?  Ini kali pertama aku diserang perasaan ini. Rasa kelu dan kaku seluruh badan.

        ''Boleh saya masuk sekarang tak, sebab saya ada meeting lagi setengah jam. Lagi pun saya nak kena mandi dan bersiap sebab saya baru sampai dari Penang.'' aku dah melopong di situ. Dia cakap tadi nak bincang saja. Ni apa kes? Aku belum lagi bersetuju untuk dia menyewa di sini.

          ''Tapi encik, saya cuma nak mencari penyewa bilik untuk perempuan saja.'' aku serba salah sekarang ni. Kepala pula rasa berdenyut semacam saja. Lain yang aku cari, lain pula yang aku dapat. Lelaki itu merentap kertas iklan yang aku gantung di pagar.

         ''Saya tak kira! Cuba awak baca iklan yang awak tulis ni. Rumah untuk disewa. Sekarang saya nak sewa rumah ni. Awak buka pintu pagar ni sekarang. Kalau tak, saya buat kecoh kat sini.'' aku dah bengang sekarang. Aku akui aku yang salah kerana tak pandai nak buat iklan, tapi lelaki ini sudah lebih. Boleh pula dia nak paksa-paksa aku.

         ''Masalahnya encik, rumah ni rumah saya, dan saya pun masih tinggal di sini. Kita ni bukan mahram encik, mana boleh saya benarkan encik masuk macam tu saja. Kalau encik tinggal di sini saya nak tinggal di mana? Saya bukannya ada rumah lain pun, ini saja rumah yang  saya ada. Encik cari saja rumah yang lain.'' aku ingin melangkah masuk ke dalam rumah bila lelaki itu memanggil namaku.

            ''Cik Ain, please. Saya dah lambat sangat ni. Meeting ni penting untuk syarikat saya. Ini antara hidup dan mati. Awak nak ke kalau syarikat saya ni bangkrup dan papa saya jatuh sakit. Awak tahu tak syarikat ni papa saya yang bangunkan dengan hasil titik peluhnya..'' aku picit kepalaku. Entah bala apa ni? Aku ni dah la jenis pengesian, pandai pula mamat ni nak umpan simpati aku. Tanpa sedar, ringan saja tangan aku membuka kunci pintu pagar.

           Lelaki itu sudah tersenyum kemenangan. Dia menuju ke keretanya dan mengeluarkan beg pakaian. Aku hanya menjadi pemerhati. Dalam otak aku ni macam-macam sudah bersarang. Bawa masuk lelaki bukan mahram dah satu hal. Pandangan masyarakat sekeliling lagi, seolah aku ni dah macam terdesak sangat untuk mendapatkan penyewa.

            ''Encik masuk bilik utama depan ni. Saya dah kemas. Saya tunggu di luar. Selepas encik habis meeting ni kita bincang lain. Saya kesian saja ni. Bangkrup syarikat encik nanti, saya jugak akan yang dipersalahkan.'' aku bersuara sinis tanpa memandang lelaki itu dan menuju ke ruang rehat di halaman rumahku. Lelaki itu terus masuk ke dalam rumah. Pandai-pandailah kau cari sendiri. Aku berbisik di dalam hati sambil berdoa, mudahan lelaki ini orang baik-baik.

*********************

            Aku tunggu penyewa baru tu sampai pukul 10 malam, tapi bayangnya pun tak nampak. Aku masuk ke bilik utama, beg pakaiannya masih ada. Aku buka almari baju yang telah aku kosongkan. Sudah siap tergantung beberapa helai baju lelaki itu di dalamnya. Aku bingung sekejap. Pagi tadi beriya-iya dia nak menyewa rumah aku, dah malam tak balik pula. Bagus juga dia tak balik, taklah aku seram sangat tinggal serumah dengan dia malam-malam ni. Aku bermonolog dalam hati.

            Dalam aku serabut memikirkan perihal lelaki tu aku login facebook. Dah lama aku tak berbual dengan Putera Amri. Apa khabar dia agaknya? Selepas login Facebook, aku ronda dulu laman utama untuk membaca status terkini rakan-rakan Facebookku. Dalam Facebook ni ada juga status yang boleh diambil pengajaran dan iktibar. Ada juga motivasi dan keagamaan. Sambil berfacebook, boleh juga membaca terjemahan Al-Quran dan Hadis.

Putera Amri
Aku dah jumpa. Perfect, tapi agak tegas. Aku masih mencari jalan bagaimana caranya untuk masuk ke dalam hidupnya.

            Aku terbaca status yang telah dikemaskini oleh Putera Amri. Aku klik namanya. Biasalah, aku memang selalu stalk Facebook dia pun setiap kali aku online. Bila aku masuk timeline dia aku jadi pelik. Sebagaimana aku yang tak online sebulan, begitu juga dengan Facebook dia. Status terakhir dia sebulan yang lalu. Yang aku baca tadi baru beberapa minit dipos. Aku malas nak tegur dia. Biarlah dia yang tegur aku dulu.

10/10    11.05pm
Putera Amri
Hai cik penyair. Malam ni takde puisi ke?

             Panjang pula umur hamba Allah ni. Aku baru sebut-sebut dalam hati, dia dah PM aku. Bibir aku mengukirkan senyuman tanpa sedar.

10/10   11.08pm
Anggerik Desa
Ada..Lima belas minit lagi saya update. In syaa Allah.

            Aku balas mesejnya. Sambil tu aku klik nama aku sendiri dan masuk ke timeline aku semula. Aku klik kotak untuk update status dan mula mengarang luahan hatiku.

Debaran Sukma

Berdegup jantung ini kala mata bertentang mata,
Entah siapa namanya,
Aku pun tak pasti,
Hadirnya memberi irama di hati ini,
Kenapa?
Aku tertanya sendiri,

Hati ini, resahnya mengila,
Tak pernah lagi ku rasa,
Debaran sekencang ini,
Dia, ada aura tersendiri,
Kenapa?
Adakah itu namanya cinta?
Entahlah!
Aku tiada jawapannya...

Hati ini berdebar sekali,
Matanya menikam kalbuku,
Mengocak naluri,
Terbias di hati,

Suaranya menampar jiwa,
Aku terkesima,
Ada rasa dalam jiwa,
Apakah ia?

~PQA~

            Aku post puisi aku tanpa ragu-ragu. Puisi pertamaku yang menimbulkan tanda tanya untuk diriku sendiri. Entah kenapa, bila menulis puisi tu aku terbayangkan wajah lelaki siang tadi. Parah sudah! Takkanlah aku dah jatuh hati kat dia?

Putera Amri
Who?

         Komen dan pengelike pertama yang aku terima adalah Putera Amri. Laju pula dia, baru dua minit aku kemaskini status tu.

Anggerik Desa
Entah!

             Aku jawab komen Putera Amri. Aku pun tak tahu, tiba-tiba saja idea macam tu datang. Aku belasah tulis saja. Dia yang tanya pasal puisi. Alang-alang dah tulis, aku tulis saja apa yang ada dalam mindaku. Hanya wajah lelaki itu. Aisey...

Putera Amri
Macam tu pun boleh?

Anggerik Desa
Hihihi..apa-apa pun boleh!

             Dia terus buat smiley dan kami sambung berbual dalam peti masuk sampai aku tak sedar dah pukul 1 pagi. Itu pun dia yang mengalah dulu, sebab dia cakap esok dia ada kerja penting yang perlu dia selesaikan. Malas pula aku nak tanya lebih-lebih. Aku terus balas ok saja dan logout. Aku masuk bilik dan tidur selepas itu.

           Sudah sebulan lebih aku tinggal seorang diri dalam rumah ni. Aku dah terbiasa sangat. Perasaan gerun tu dah semakin hilang. Kalau ini sudah suratannya aku terima saja.

***********************

            Pukul 1 tengahari, lelaki itu telefon aku dah paksa aku siap, katanya dia nak bawa aku ke satu tempat. Aku mula mengaru kepala yang tak gatal. Kenapa pula dia nak paksa-paksa aku ni? Kelmarin dia paksa aku buka pintu pagar, hari ni dia nak paksa aku ikut dia pula. Apa hal ni?

            ''Siapa awak ni? Nak paksa-paksa saya pulak. Saya tak nak keluar dengan awak!'' aku bersuara tegas. Aku bukannya kenal dia pun, buatnya dia buat tak senonoh kat aku. Huh, entah terlepas dari wad mental mana?

            ''Saya sampai nanti awak belum siap dan tak ada depan pintu pagar ,saya akan call polis dan cakap awak dah curi duit dan barang-barang saya. Dalam beg yang saya tinggal di rumah awak semalam saya dah tinggal cek bernilai rm 50,000.00. Awak mahu ke polis masuk dan geledah rumah awak?'' aku terkejut besar mendengar penyataan lelaki itu. Apa motif dia untuk buat aniaya aku macam ni?

         ''Tolonglah encik, apa salah saya yang encik nak buat niaya kat saya sampai macam ni sekali? Kalau encik ada dendam apa-apa pada keluarga saya atau saya cakaplah encik. Saya rela berlutut dan minta maaf dengan encik..'' aku terasa sebak tak semena-mena. Aku dengar lelaki itu sudah ketawa di hujung talian.

             ''Yang awak nak emosional sangat ni kenapa? Lebih baik awak pergi siap sekarang. Pakai baju kurung. Kalau boleh yang paling baru dan paling cantik yang awak ada. Saya dah nak sampai ni. Jangan lambat pulak!''

Tuttt..tutt..tutt...

            Talian terputus. Aku mengelabah. Nasib baik aku baru lepas mandi. Bagai lembu dicucuk hidung ,aku berlari ke bilik, buka almari dan mencapai baju kurung moden yang ibu beli sebelum pergi umrah. Baju berwarna putih dengan labuci dan manik di lengan. Aku ambil pula selendang berwana hitam. Aku main lilit saja sebab nak cepat siap. Wajahku cuma aku solek ala kadar dan calit sikit lipstik merah darah.

              Aku turun ke bawah selepas meneliti diri dan berpuas hati. Ambil beg tangan dan kunci rumah. Aku keluar menunggu di depan pagar rumah seperti yang diarahkan. Aku terserempak dengan kereta Ustaz Akil dan Ustazah Zainab, mereka hon aku. Aku ukirkan senyuman. Selepas kereta mereka berlalu, sebuah kereta berhenti di depanku. Aku menanti dalam debaran. Pintu depan kereta terbuka. Aku menunduk memerhatikan wajah pemandunya. Segak dengan sepasang baju melayu putih dan sampin, siap bersongkok lagi. Aku dah keliru. Nak masuk ke tak? Nak masuk ke tak? Aku berkira-kira dalam hati.

            ''Ain, tunggu apa lagi tu? Cepatlah masuk!'' terkocoh-kocoh aku masuk ke dalam perut kereta. Aku pandang dia. Macam mana boleh sedondon pula ni? Haih, wajah aku berbahang. Apa yang aku lihat buat aku cuak tersangat. Dia macam nak bawa aku pergi nikah saja.

            ''Kita nak ke mana ni encik? Jangan cuba-cuba nak bawa saya lari!'' aku sengaja mengugut. Macamlah berani sangat. Aku dengar dia ketawa. Hiesy..geram betul aku. Bila dia tak menjawab aku pun malas nak bertanya lagi. Dalam hati hanya mampu berdoa pada Allah agar aku tak diapa-apakan.

             Kereta membelok masuk ke perkarangan masjid. Aku meninjau dari dalam kereta. Aku nampak ustaz Akil, Ustazah Zainab dan beberapa orang jiran aku sudah berada di depan masjid. Ada apa ni? Aku blurr habis. Aku pandang lelaki di sebelah aku untuk mencari jawapannya. Wajahnya serius dan tegang pula ketika ini. Aku pula yang kecut perut. Apa yang dia sedang fikir agaknya?

           ''Awak ingat baik-baik! Kalau awak tak mahu kena penjara seumur hidup, awak cuma perlu angguk dan sign saja. Awak faham tak? Kalau tak, jangan harap awak akan bahagia seumur hidup ni. Saya akan saman awak dan akan dakwa awak atas kesalahan mencuri.'' aku memandang lelaki itu dengan pandangan tajam, meluat dan marah. Apa sebab aku perlu angguk? Dan benda apa yang aku perlu sign? Aku tak jadi membuka pintu kereta. Aku terkaku di situ. Dugaan apakah ini, Ya Allah?

             ''Awak fikir apa lagi? Keluarlah! Saya tahulah kereta saya ni best pun, takkan awak tak sampai hati nak keluar kot?'' sinis bunyi suaranya. Aku mendengus geram. Aku keluar dari kereta dan menghempas pintunya dengan kasar tanpa rasa bersalah. Dia tersenyum. Aku pelik dengan mamat sorang ni. Sengal ke mereng pun aku tak tahulah.

           ''Senyum! Jangan buat muka macam tu, nanti semua orang ingat saya buli awak..'' aku menjeling geram kepadanya. Memang kau buli aku pun! Hantu! Malaun! Aku sumpah seranah dia dalam hati.

*******************

            Semua orang seakan menunggu kehadiran kami. Ustazah Zainab dan Kak Sofia anak sulungnya sudah menyambut aku dengan senyuman. Kak Sofia membetulkan selendangku. Aku jadi pelik sangat, tapi bibir aku terus terkunci untuk menyoal. Aku dipimpin masuk ke dalam masjid oleh ustazah Zainab dan kak Sofia. Sudah ada beberapa orang masjid di dalamnya. Mungkin mereka baru selesai bersolat zohor. Itu yang aku fikir.

             ''Kita nak mulakan sekarang ke?'' aku dengar seseorang bertanya.

            ''Benda baik tak elok dilengahkan..'' yang lain pula menjawab. Jantung aku dupdap, dupdap..tak tahu aku sedang berdepan dengan apa. Ustazah Zainab dan kak Sofia dari tadi lagi asyik tersenyum memandangku. Dalam cuak aku ukirkan juga senyuman kepada mereka.

            Aku dihampiri oleh seorang pak cik dengan buku di tangan. Di sebelahnya ustaz Akil menemani. Aku menundukkan wajah dan otak aku masih memikirkan segala kemungkinan yang sedang berlaku di depan aku sekarang ni.

           ''Putri Quratul Aini binti Muhammad Qusyairi, sudikah kau, aku nikah akan dikau dengan Tengku Amri Hazif bin Tengku Amir Farkhan?'' pak cik di depan aku yang sedang memegang buku dan borang entah apa-apa menyoal aku. Terkejut besar aku, pantas aku panggungkan kepala. Aku pandang pak cik yang menyoal aku dan ustaz Akil. Akhirnya aku mencari pula wajah lelaki penyewa itu. Matanya tajam merenung aku. Aku anggukkan kepala tanpa sedar.

             ''Alhamdullillah..sign di sini.'' pen dihulurkan padaku. Bagai terkena pukau, aku ikut semua arahan tanpa banyak kerenah. Otak aku weng seketika. Kepala aku berserabut sangat, seolah sedang mengalas beban yang amat berat. Mindaku terus melayang tanpa tujuan. Aku tak tahu apa yang berlaku disekelilingku. Aku baru tersedar di alam nyata bila Ustazah Zainab mencuit lenganku dan mengarahkan aku untuk mengangkat tangan dan berdoa. Selesai doa diaminkan, Ustazah Zainab dan kak Sofia bergilir-gilir memeluk dan mencium pipiku seraya mengucapkan tahniah. Air mataku mengalir tanpa relaku.

             Giliran lelaki itu menghampiriku, menyarungkan cincin di jari manisku. Sedikit longgar. Ah, peduli apa aku. Balik rumah nanti, aku buang saja dalam lubang tandas. Lepas tu aku pam, biar hilang terus. Aku membebel di dalam hati. Ketika sampai giliran aku menyalaminya, aku hanya memegang hujung jarinya dan mencium tanganku sendiri. Amekaw, paksa aku lagi. Dia menyudahkan segalanya dengan mengucup dahiku. Lama. Terasa kesyahduan di situ, dan aku terus diburu perasaan berdosa. Ya Allah, dia sudah sah menjadi suamiku. Kau ampunkan dosaku Ya Allah, kerana aku tak dapat menerima kenyataan ini.

               ''Terima kasih kerana sudi menjadi isteri abang..'' dia bisikkan kata-kata itu di telingaku. Aku sebak dan air mataku mengalir lagi. Ustazah Zainab dan kak Sofia mengusap lembut belakangku.

             ''Alhamdulillah, semuanya sudah selamat. Selepas ni ustazah tak perlu risau lagi dah. Putri dah ada Tengku. Kalau Aini dan Qusyairi ada tentu mereka orang paling bahagia hari ni. Ustazah sebenarnya nak buat majlis nikah ni di rumah ustazah, tapi Tengku cakap Putri nak buat kat masjid. Tak kisahlah mana-mana pun. Janji semuanya dah selesai. Selepas ni kita berkumpul di rumah ustazah ya. Ustazah ada buat makan-makan sikit sempena nak meraikan pengantin baru ni..'' aku mengangguk perlahan. Terpaksa berlakon sedangkan aku sendiri tidak pernah kenal lelaki ini. Namanya pun aku dah lupa. Mana aku nak ingat, kalau minda aku pun blurr tahap blank terus.

             ''Yalah Putri, selepas ni tak payahlah Putri nak cari penyewa lagikan? '' kak Sofia berkata sambil memegang lenganku supaya bangun. Aku tak tahu apa perasaan aku sekarang ni, yang aku tahu, aku hanya perlu jadi pelakon terbaik Nak mengamuk ke apa ke, tunggu dulu. Tak baik menjatuhkan maruah suami di depan orang-orang masjid ni. Lagi pun, aku yakin sangat kalau aku mengamuk sekarang pasti aku yang akan dipersalahkan nanti. Aku hanya perlu bersabar dan pasrah saja sekarang ni. Nak redha aku memang tak mampu. Aku hanya insan biasa yang takkan pernah sempurna.

**********************

             ''Abang dah ronda seluruh rumah ni, bilik atas yang tengah tu abang nak buat bilik bacaan. Ain tak kisahkan?'' lelaki itu menyoal aku. Aku mencebik sambil memandang ke arah lain.

             ''Ain, masih marah abang lagi? Sorry, abang tak ada pilihan. Abang perlukan rumah ni, sebab rumah ni paling dekat dengan tempat kerja abang. Ini saja caranya untuk kita tinggal serumah. Abang rasa cara ni paling bagus daripada kita kena tangkap khalwat. Tak pa, kalau Ain tak suka jadi isteri abang, selepas abang dipindahkan balik ke Penang nanti abang akan lepaskan Ain. Boleh macam tu?'' aku mendengus kasar. Dia ingat nikah ni perkara main-main ke? Boleh nikah ikut suka hati, lepas tu campak macam tu saja.

          ''Ikut suka hati enciklah!'' aku terus berlalu dan naik ke bilikku. Masuk ke bilik aku kuncikan pintu dan menuju ke katil. Aku hempaskan tubuh ke tilam dan melepaskan tangis. Aku tertidur selepas itu dan terjaga bila waktu asar hampir ke penghujungnya. Aku bergegas bangun dan mencapai tuala di ampaian. Aku hanya mahu menyegarkan badan tanpa mahu memikirkan apa-apa lagi.

             Aku langsung tak keluar bilik sejak balik dari rumah ustazah Zainab tadi. Ramai juga jiran tertangga yang ustazah jemput. Semua mengucapkan tahniah pada aku dan lelaki tu. Agaknya apa yang lelaki tu dah kelentong ustazah Zainab dan ustaz Akil sehingga mereka bersetuju untuk menikahkan aku dengan dia?

             Sekarang dah pukul 9 malam. Aku dah solat Isya selepas masuk waktu tadi. Perut aku ni dah menyanyi lagu rap. Pedih menikam hingga ke ulu hati. Aku lapar sangat. Last aku makan pukul 2 petang tadi di rumah ustazah Zainab. Aku malas nak keluar bilik bila ingat lelaki tu ada dalam rumah ni. Aku hanya berguling di atas katil menekan perut yang sakit.

             ''Ain!'' lelaki itu memanggil aku. Pintu bilik aku diketuk bertalu-talu. Hiesy..nak apa pula ni? Tak habis-habis nak menganggu hidup aku. Aku dahlah tengah lapar. Aku makan dia kang baru dia tau. Aku melalut di dalam hati.

                Pintu bilik aku dah macam nak roboh dah. Mahu atau tak aku buka juga pintu dengan wajah yang serabai dan mimik muka yang masam.

           ''Nak apa?'' aku bersuara kasar. Dia pandang aku atas bawah berulang kali. Aku cuak. Apa yang tak kena? Aku taulah aku hodoh giler sekarang ni. Dengan mata yang sembab sebab menangis sakan petang tadi, dengan rambut yang kusut dan wajah asli tanpa bedak. Aku pandang diri aku sendiri. Mak..aku pantas menutup pintu. Malu. Aku sudah biasa tinggal di rumah seorang diri dengan pakaian santai. Berbaju siglet dengan seluar pendek paras paha, memang seksi habis.

              ''Ain! Nanti keluar makan ya! Abang dah beli nasi. Jangan biar perut tu kosong. Nanti sakit siapa yang susah. Ain jugakkan! Abang tak apa-apa..'' aku dengar suara dia sayup-sayup di luar bilik. Dalam hati aku nekad, aku takkan keluar bilik malam ni. Malu tadi pun tak habis lagi. Kali pertama kot ada lelaki yang tengok aurat aku. Ain, diakan suami kau! Ada suara yang berkata-kata dalam mindaku. Huarghhh..aku terus bertarung dengan perasaan sendiri. Stress!

**********************

           Aku tak dapat nak lelapkan mata. Perut aku perit. Badan aku letih. Dah banyak kali aku cuba tidur, tapi mata tetap tak mahu pejam. Dalam rasa sakit yang mencengkam, aku boleh lagi on lappy dan login facebook. Aku terus masuk timeline sendiri. Malam ni aku nak lepaskan perasaan sepuasnya. Aku nak luahkan semua perasaan sakit hati aku.

Parah Hatiku Menahan Rasa

Hatiku menjerit kuat,
Aku benci kau!
Kau ibarat belati tajam,
Yang menikam hatiku,
Tanpa belas kasihan,
Namun, tiada yang mendengar,
Lalu, aku luahkan di atas kanvas sepi ini,

Parah hatiku menahan rasa,
Terseksa dan merana,
Aku tak suka dipaksa,
Tapi kau sungguh tega,
Membuat aku begini,
Aku benci!

Pertemuan kita puncanya derita dan lara,
Hatiku kau robek tanpa belas,
Dalam sekelip mata aku jadi milikmu,
Tanpa pintaku kau beriku gelaran,
Tanpa relaku kau beriku harapan,

Hatiku parah sudah,
Kelmarin ku sangka itu namanya cinta,
Dalam diam aku terkena,
Cinta yang ku sangka rupanya derita,
Derita yang datang tiba-tiba,
Bersama menemani juraian air mata,
Aku terseksa!

Yang belum dapat menerima kenyataan
~PQA~

             Aku post puisiku bersama juraian air mata dan pedih perut yang semakin berbisa. Aku perhatikan jam di sudut kanan lappy, sudah pukul 11.45 malam. Aku tak tahan, akhirnya aku keluar juga dari bilik dan menyusup perlahan turun ke bawah. Mungkin lelaki itu sudah tidur, memandangkan hari sudah lewat malam.

             Aku buka cabinet dapur dan mengeluarkan dua bungkus meggi dan sepaket roti. Aku rebus meggi dan masukkan dua biji telur. Aku bancuh satu mug milo panas dan masukkan dalam dulang air panas. Meggi yang sudah siap dimasak aku masukkan dalam mangkuk besar. Kesemuanya aku masukkan ke dalam dulang dan membawanya untuk masuk ke bilik.

             ''Ain, tak tidur lagi? Takkan makan mee segera saja Ain? Kan abang dah beli nasi goreng tu..'' aku tersentak. Tak tidur lagi ke mamat ni? Aku perhatikan diri aku, masih lagi dengan pakaian tadi. Habislah aku. Tanpa mempedulikan teguran lelaki itu aku berjalan laju menuju tangga.

             ''Ain nak dengar cakap abang ke atau nak abang..'' dia memandang aku sambil senyum pelik. Dijungkitkan keningnya beberapa kali. Aku cuba berlalu tapi dia lebih pantas menghalang laluanku.

           ''Tepilah! Kalau Ain tak makan meggi ni kan membazir pulak.'' aku cuba mempertahankan meggi aku tu. Aku dah la tersangat lapar. Boleh lagi dia nak cari pasal dengan aku.

            ''Minta abang mee segera ni. Abang pun lapar jugak. Ain pergi panaskan nasi goreng Ain tu. Ada, abang letak atas meja dapur tu..'' dia capai mangkuk meggi aku dan dibawanya ke ruang tamu. Wajah aku yang mula mencuka, dia buat tak peduli. Aku membentakkan kaki dan menuju ke dapur kembali. Nasi goreng yang masih berbungkus aku panaskan. Dalam tiga minit cukup. Tak payah nak lama sangat. Aku dah la kebulur tahap gaban. Selesai, aku terus makan saja di dapur. Alang-alang dah terserempak mamat tu malas pula aku nak bawa naik atas.

           ''Seksi jugak isteri abang ni kan. Tergoda pulak abang tengok tengah-tengah malam macam ni.'' tersembur nasi yang sedang aku kunyah. Sejak bila mamat ni masuk dapur? Lapar punya pasal, aku makan pun dah tak sedar ada orang lain di dapur ni. Aku panggung kepala dan memandang tajam ke arahnya.

          ''Encik! cakap bebaik sikit haa, kan sekali dengan mangkuk meggi tu masuk ke mulut encik!'' aku melepaskan amarah. Boleh pula dia ketawa sambil menarik kerusi dan duduk  di sebelah aku. Aku jeling dia dengan ekor mata sambil tangan terus menyuap nasi.

         ''Dahlah, makan sampai kenyang. Abang bergurau saja. Abang tak nak paksa. Lagi pun  abang kahwin dengan Ain sebab nak sewa rumah ni saja. Tapi, Ain tolong jangan pakai macam ni lagi depan abang. Tak menahan abang menengoknyer!'' aku jeling dia sekilas sambil bangun dan membawa mangkuk ke singki. Air milo panas dan sepaket roti aku bawa naik ke bilik. Seram aku nak terus berdua-duaan dengan mamat ni, lebih-lebih lagi bila dia buat ayat macam tu.

         ''Ain ada facebook tak?'' kakiku baru memijak anak tangga pertama, aku sudah mendengar dia menyoal. Tanpa menoleh ke arahnya aku terus menjawab.

            ''Tak ada! Buang masa ja layan laman sosial semua tu!'' ceh..ayat tak boleh blah tu dah mula keluar. Aku tersenyum sambil menahan ketawa. Laju aku mengatur langkah sebelum terus disoal.

               ''Biar betul Ain?'' aku mendengar suaranya lagi. Malas nak melayan aku terus berlari masuk ke bilik. Di bilik aku meletakkan air milo dan roti di meja belajar. Aku ambil lappy di atas katil dan membawanya ke meja belajar. Baru lepas makan, tak boleh tidur. Aku sambung online. Puisi aku tadi dah ada rakan Facebook yang like dan komen. Semuanya bertanya soalan yang sama.

Putera Amri
Y?

Angah Serdang
Kenapa?

Acik Manja
Putus hati ke?

Asfarina Aslan
Why dear?

             Aku terus tersenyum membaca semua komen. Prihatin betul mereka. Ada satu mesej dalam peti masuk dari Putera Amri. Nak layan ke tak? Sekarang sudah pukul 12.30 pagi. Dah beralih hari pun. Baru aku perasan hari ni birthday aku.

12/10    12.27am
Putera Amri
Hepy birthday cik penyair..belum tidor lagi? Pergi tidurla, esok boleh keluar sambut birthday.

12/10   12.34am
Anggerik Desa
Tak sambut kot tahun ni. Dah takde sesiapa nak sambut pun!

12/10        12.37am
Putera Amri
Kenapa? Err..puisi tadi kenapa ya? Awak tak reply pun semua komen.

12/10      12.45am
Anggerik Desa
Saya tiada jawapan untuk semua soalan tu.

12/10     12.47am
Putera Amri
Kenapa ni?

12/10   12.50am
Anggerik Desa
Nothing!

12/10     12.57am
Putera Amri
Cakaplah! Kitakan kawan :)

12/10    1.02am
Anggerik Desa
Mana boleh cakap! Taip boleh la. Hihi..

12/10      1.05am
Putera Amri
Boleh saja kalau nak, dalam zaman siber ni.

12/10   1.09am
Anggerik Desa
Tidakkkk! :p

12/10       1.11am
Putera Amri
Kerat lidah baru tau!

12/10     1.15am
Anggerik Desa
Keratlah kalau boleh! Awak tak kerja ke esok?

12/10     1.21am
Putera Amri
Hari minggulah sayang! :p

          Amboih! bersayang-sayang pula! Aku unfriend baru tahu! Sensitif betul aku kalau ada lelaki nak bersayang-sayang dengan aku tanpa sebab ni.

12/10     1.24am
 Anggerik Desa
Awk pilih saja, nak kena unfriend @ block? Saya tak suka la bersayang2 ni. Lagi pun saya dah jadi isteri orang pun :(

12/10     1.25am
Putera Amri
Maaf cik penyair. Saya gurau saja. Jangan unfriend saya ya?

12/10    1.27am
Anggerik Desa
Lain kali jangan buat lagi. Nak out dulu la. Dah ngantok ni.

            Aku terus out dan off lappy. Sebelum tidur, aku termenung dulu sambil merenung masa depan. Kalau ada teropong untuk tengok masa depankan best. Apa la yang aku melalut ni? Macam tak bersyukur saja dengan apa yang aku ada sekarang ni. Aku beristighfar perlahan. Manusia macam aku memang mudah lalai dan lupa. Terlupa pada ketentuan takdir. Terlupa pada hikmah yang akan Allah turunkan di kemudian hari. Ampunkan aku Ya Allah.
**********************

           Hari ini aku bercadang nak keluar cari kerja. Aku bersiap awal pagi dan turun ke  bawah. Nasib aku tak berapa nak baik pula. Aku terserempak dengan lelaki tu di muka pintu dengan bungkusan di tangan. Nampak macam makanan saja. Rajin pula dia keluar beli makanan pagi-pagi ni.

           ''Awal Ain, nak ke mana ni?'' dia menyoal aku sambil memandang tepat ke wajahku. Aku toleh ke arah lain. Nak bagi tahu ke tak? Huarghh..payah juga bila dah ada suami ni, semuanya nak kena report. Minta izin bagai..

          ''Keluar, cari kerja.'' aku bagi tahu dia juga. Takut juga aku, pagi-pagi lagi dah buat dosa, keluar tanpa izin suami.

        ''Dah! masuk makan sarapan dulu. Nanti abang bawa Ain, lagi pun hari ni hari minggu, mana ada orang cari kerja hari minggu.'' dia memegang tangan aku dan mengheret aku masuk. Aku meronta. Rasa macam nak bagi penendang free saja kat mamat ni.

            ''Lepaslah encik! Yang nak pegang-pegang tangan Ain ni kenapa? Cakap saja tanpa sentuh, tak boleh ke?'' dia tergelak. Aku pula yang bengang, dia asyik nak cari pasal saja. Nasib baik aku masih ingat lagi dia ni dah jadi suami aku.

            ''Okey, okey..hari ni saja abang nak control Ain, sebab kelmarin ketika isi borang nikah abang perasan hari ni birthday Ain, so abang nak bawa Ain jalan-jalan. Hari ni saja. Sambil-sambil tu, boleh kita berkenalan dengan lebih dekat lagi. Mulai esok baru kita buat hal masing-masing, cuma Ain kena la report dulu kat abang. Kalau jadi apa-apa, senang abang nak cari Ain.'' bibir aku yang dah nak senyum pada mulanya, terus tak jadi bila mendengar ayat terakhir. Kata buat hal masing-masing, tapi still nak kena report dengan dia. Baik tak payah! Huh!

           ''Lagi satu, abang rasa abang lagi tua dari Ain, tak boleh ke Ain hormat abang sikit. Tak payah nak berencik sangatlah! Panggil abang boleh?'' dia tayang senyum gatal. Aku mencebik.

            ''Ain tak mau! Encik yang cakap semalam, encik bernikah dengan Ain kerana nak sewa rumah ni saja. Buat apa nak berabang-abang bagai?'' aku masuk ke rumah, tuju ke dapur dan buat milo panas untuk aku. Aku keluarkan roti dari cabinet dapur tanpa pedulikan dia yang mengikut aku masuk ke dapur.

           ''Ikut suka Ainlah. Kenapa makan roti? Abang dah beli nasi lemak banyak ni..'' dia menuangkan nescafe 3 in 1 ke dalam mug. Aku perhatikan dia. Sekejap saja, aku kembali fokus dengan roti dan milo panas aku.

            ''Diet...'' sepatah aku menjawab. Sebenarnya, terbau aroma nasi lemak tu saja dah buat aku kecur liur. Hanya kerana malu, sebab dia yang beli aku tak berani nak memandai-mandai.

              ''Badan macam cicak kobeng pun ada hati nak diet?'' dia bersuara perlahan. Aku kebam bibir. Dia ingat aku ni pekak gamaknya? Dia duduk di sebelah aku, buka nasi lemak yang berlaukkan sambal sotong dan bilis goreng. Perghh..tak tahan aku tengok. Macam nak sambar saja sebungkus.

            ''Sedap giler. Rugi kalau Ain tak makan.'' dia bersuara tanpa menoleh ke arahku. Aku perhatikan gelagatnya yang sedang makan. Nampak benor nipunya. Dari reaksinya tu macam orang sedang berlakon nak bagi aku terliur saja.

              ''Ain tak makan sotong. Alergik.'' Ceh..dari mana aku belajar menipu ni? Sedangkan sambal sotong tulah favourite aku, lebih-lebih lagi kalau ibu yang masak. Ibu, air mataku bergenang di tubir mata tanpa sedar. Aku rindukan ibu dan abah.

             ''Tengah makan pun sempat lagi nak feeling Ain?'' aku buat-buat tak dengar soalan dia. Aku habiskan baki air milo dan membawa mug ke singki. Aku seka air mata yang mula mengalir. Aku pun tak tahu, kenapa aku nak emosional sangat pagi ni.

          Hidup ini memang pelikkan? Sejak sebulan yang lalu aku seorang diri di rumah ini. Dalam sekelip mata, rumah ini sudah ada penghuni lain yang berlainan jantina denganku. Yang paling tak boleh nak percaya, dia dah jadi suami aku. Mungkin bukan suami tercinta, tersayang atau yang sewaktu dengannya, tapi kalau ikut hukum, kami memang sudah sah bergelar suami isteri. Dia sekarang dah jadi mahram aku pun. Aku melepaskan keluhan. Kita hanya merancang tapi Allah jua penentu segalanya.

************************

             Dia menunaikan janjinya, membawa aku berjalan-jalan. Atas permintaanku dia bawa aku ke Cameron Highland. Aku nak imbas balik kenangan terakhir aku dengan ibu dan abah. Kami bercuti di sini sebelum ibu dan abah buat keputusan untuk pergi umrah. Lelaki sebelah aku yang sedang memandu aku renung. Mungkin dia perasan dengan renungan aku dia menoleh sekilas lalu, kemudian dia memandang semula ke jalan raya.

            ''Kenapa Ain pandang abang macam tu? Ain baru perasan abang ni handsome ke yang pandang abang sampai tak berkelip mata?'' aku ketawa mendengar kata-katanya. Selalunya statement macam tu hero-hero dalam novel dan cerpen saja selalu cakap. Almaklumlah, semua penulis nak jadikan hero dan heroin mereka tu perfect. Payah nak jumpa hero dan heroin yang tak kacak dan tak cantik. Kalau ada pun, ending cerita mesti akan berubah juga jadi cantik. Hmm..nama pun cerita imaginasikan?

               ''Kalau Ain tanya, jangan marah ya?'' aku teragak-agak untuk bercakap. Takut dia marah atau ketawakan aku.

              ''Okey..'' dia angguk perlahan.

            ''Errr, encik nama apa erk? Semalam Ain blurr plus blank tahap tak ingat. Ain pun tak tau macam mana Ain boleh angguk. Mungkin sebab Ain hormat ustaz Akil dan ustazah Zainab yang membuatkan Ain dengan mudah bersetuju untuk nikah dengan encik.'' lancar saja aku meluahkannya. Dia menghela nafas sebelum menjawab.

             ''Ain..sebelum tu abang minta maaf, sebab paksa Ain nikah dengan abang. Abang terdesak sangat sebenarnya. Malam yang abang tak balik tu abang tidur di masjid. Puas abang berfikir macam mana abang nak masuk ke rumah Ain. Akhirnya hanya nikah dengan Ain saja jawapan yang abang dapat. Lagi pun, abang belum terikat dengan mana-mana perempuan. Err..bukan tak ada langsung. Err, abang, abang..macam mana nak cakap...'' aku pandang lelaki yang sedang memandu sebelah aku ni. Cakap aje la, bukan aku nak makan dia pun. Dah la, lain yang aku tanya lain pula yang dia cerita. Panjang berjela pula tu.

            ''Abang dah bertunang sebenarnya, cuma...''

            ''Encik! Ain cuma tanya nama encik saja kan? Yang encik bercerita semua riwayat hidup ni kenapa?'' aku memangkah kata-katanya. Nak cerita tapi tergagap-gagap, baik tak payah cerita!

             ''Erm..Tengku Amri Hazif. Nama suami sendiri pun tak tahu ke Putri Quratul Aini?'' aku mencebik. Kalau tak pernah kenal langsung, tup-tup kena paksa nikah, mana nak tahunya.

            ''Ain, betul ke tak ada Facebook?'' hah? Aku tersentak mendengar soalannya.

             ''Apa kena mengena dengan Facebook pulak ni?'' aku menyoal balas. Nak stalk aku ke? Aku berdialog di dalam hati.

        ''Tak adalah, abang tanya saja, sebab abang selalu chatting dengan perempuan ni. Alah, tak perlu ceritalah. Ain bukannya teringin nak tau punkan?'' aku menjeling tajam ke arahnya. Eleh, perli aku letew?

           ''Encik ada Facebook ke? Nick name encik apa erk? Nanti Ain buka akaun Facebook boleh Ain add encik.'' aku pura-pura macam orang tak ada facebook, pada hal friendlist facebook aku dah nak mencecah 3,000 orang.

              ''Putera Amri..'' gulp..aku telan liur sambil memandang ke arahnya.

           ''Err..gambar profil dengan gambar cover encik gambar apa erkk?'' berminat pula aku nak tahu. Dengar nick name facebook dia pun aku dah mengelabah giler. Janganlah dia Putera Amri tu..

              ''Aik, kata tak ada Facebook? Semua pasal Facebook Ain tahu pulak?'' adoi..ini yang aku malas ni. Aku tanya dia, boleh pula dia tanya aku balik.

            ''Dulu ada, tapi dah kena block sebab ada masalah dengan e-meil.'' aku tak tipu okey. First facebook, aku guna nama sebenar Putri Quratul Aini, tapi facebook tu dah tak aktif dah.

              Kereta berhenti dilampu isyarat. Dia pandang aku dan ukirkan senyuman. Aku tak tahu apa ada dalam minda dia. Aku pandang ke hadapan, memerhatikan kereta yang berderet melepasi lampu isyarat.

               ''Ain memang semulajadi suka menipu ke?'' soalan dia buat aku tersentap lagi. Aku menoleh lagi ke arahnya yang masih fokus memandang ke jalan raya. Dia mula menekan minyak dan membelok ke kanan.

             ''Semalam, selepas Ain tak keluar makan abang naik ke bilik Ain dalam pukul 11 lebih macam tu. Abang panggil Ain tak menyahut, abang pulas tombol pintu. Tak berkunci, abang pun masuk cari Ain. Abang tak sengaja tertengok laptop Ain. Anggerik Desa tu Ainkan? Jangan tak mengaku Ain. Setiap kali Ain tulis puisi, mesti Ain tulis PQA di bawah puisi tu kan? Puteri Quratul Aini?'' erkk..kantoi! Kenapa la boleh kantoi awal sangat? Kalau dia Putera Amri tu maknanya semalam? Huarghhh! Stress!

                 Aku menoleh ke arah luar kereta. Tak mahu lagi pandang dia. Tentu dia dah baca semua puisi-puisi yang aku post. Puisi-puisi luahan hati aku. Macam mana ni?

            ''Tak sangkakan cik penyair, kita selalu berchatting dalam Facebook, tau-tau sekarang dah jadi suami isteri. Puisi Ain semalam, Ain tuju untuk abang ke? Ain memang benci sangat ke dengan abang? Sorry...'' aku mengeluh lagi. Aku dah tak ada idea untuk membalas lagi dah.

            ''Dalam Facebook, Anggerik Desa ni akan menjawab setiap patah kata Putera Amri, takkan di alam nyata cik penyair sudah kelu seribu bahasa kot?'' banyak pulak songehnya. Alam maya dengan alam nyata takkan pernah sama. Macam cerita reality dengan imaginasi. Dalam dunia imaginasi penulis adalah pengarah jalan ceritanya, sedangkan cerita reality, apa yang kita rancang mungkin takkan terjadi, kerana sebaik-baik perancang kehidupan kita adalah Allah. Aku mula membebel di dalam hati.

**************

             Aku sedang berdepan dengan lappy sekarang ni. Aku tengah berkira-kira sama ada nak login facebook atau pun tidak. Kami baru pulang dari Cameron Highland. Sehari suntuk aku bersama dia. Perasaan aku berbelah bahagi sekarang ni. Dia layan aku macam kami dah kenal lama. Kalau ikut apa yang kami pernah berbual dalam facebook, umur dia dah 29 tahun. Dia sudah bertunang dengan Syarifah Haslinda. Dia kerja sebagai CEO di syarikat ayahnya sendiri. Keluarganya sedang bercuti di Sweden sekarang ni, dan dia sedang menyelesaikan masalah yang sedang berlaku di syarikat mereka di sini.

             Mereka asal dari Kuala Kangsar Perak, tapi keluarganya sudah berpindah ke Penang. Syarikat mereka di Kuala Lumpur ni adalah ibu pejabat, sedangkan di Penang hanya syarikat induk. Itu yang aku tak faham sangat, tapi aku ni tak berminat pula untuk bertanya. Bukan kerja aku nak jadi reporter tak bertauliah, nak interview dia. Lagi pun, aku tak berminat pasal syarikat orang-orang besar ni. Apa yang dia cerita, itu saja yang aku percaya. Dia dah berjanji dengan aku, selesai kerja dia di Kuala Lumpur dia akan pulang ke Penang semula dan lepaskan aku.

12/10     9.25pm
Putera Amri
Tak letih ke Ain? Sempat lagi nak on9?

                  Dia send mesej. Aku mencebik. Sibuk saja! Dia pun online juga.

12/10     9.27pm
Anggerik Desa
Sibuk saja! :p

12/10     9.31pm
Putera Amri
Cik penyair, malam ni tak ada puisi ke? :p

           Timbul idea nakal di mindaku untuk post puisi ke timeline Putera Amir ni.Agaknya kalau aku post puisi cintan cintun,apa reaksi dia agaknya?

12/10     9.34pm
Anggerik Desa
Ada. Kejap, Ain post ke wall encik. Specel punya puisi :p

12/10     9.35pm
Putera Amri
Jangan Ain! Mati abang, kalau keluarga abang baca.

            Aku tak pedulikan amaran dia, terus aku klik nama dia. Perkara pertama yang aku nampak dalam wall dia, status yang dia kemaskini 15 minit yang lalu.

Puteri Amri
Sweet memory with someone today. Thanks dear PQA!

            Bibir aku spontan mengukirkan senyuman. Terbayang apa yang berlaku siang tadi. Sweet untuk dia saja kot? Sepanjang di sana tadi, aku hanya nampak bayangan ibu dan abah. Ah..kali pertama aku keluar berdua dengan lelaki bergelar suami. Sweet kot? Entahlah!

            Aku mula mengarang puisi aku. Puisi untuk kenakan dia saja. Selama ini aku hanya menulis puisi untuk menyuarakan suara hati, tapi hari ni biar aku cuba karang sesuatu yang berbeza.          
    
Anggerik Desa<>Putera Amri

EnTAH,
Kenapa ya, hari pertama bertemu denganmu,
Aku jadi kaku,
Bukan memandang kehansomemanmu,
Jauh sekali rasa tergoda,
Tapi, macam ada sesuatu..

EnTAH,
Hari kedua berjumpa aku terseksa,
Aku kena ikat dengan tali berbisa,
Macam kena pukau,
Aku iakan semuanya,

EnTAH,
Hari ketiga bersama,
Kau kata memori manis bersama,
Manis macam apa?
Gula dah naik harga daa,
Kurangkan manisnya, :p

EnTAH,
Kenapa cepat benar kantoinya,
Kau bela Hantu Raya ke?
Tak sempat aku nak berpura-pura,
Nak stalk dan sebagainya,
Apa kata aku unfriend kau saja?

EnTAH,
Sorry Ya,
Esok aku mula kerja,
Jom tidur daa..:p

Anggerik Desa (YWF) :p

            Aku post puisi tu dan tunggu responnya,sambil tu aku lawat laman utama.Mana status yang aku berkenan aku akan like,kalau rasa nak komen aku akan komen.Ada notification masuk,aku klik ja.

Putera Amri
Cik Penyair, ni puisi ke apa? Lawak la..hahaha...

Anggerik Desa
Aku Bukan Penyair! :p

Putera Amri
YWF tu apa?

          Hiesy, ingat aku nak bagitau dia ke, kirim salam! YWF tu maksudnya, Your Wife Forever. Nikah biarlah sekali saja seumur hidup. Aku kerah minda untuk mencipta makna lain. Apa ya?

 Anggerik Desa
Yang Wajib Faham!

Putera Amri
Oooo..nak faham apa tu?

Anggerik Desa
Saya dah ngantok! Nak zzzzzzzzzzzzzz...bye :p

           Dia tak reply pun untuk komen seterusnya, sebaliknya dia PM pula aku.

12/10     10.11pm
Putera Amri
Ain pakai baju macam semalam lagi? :D

12/10     10.13pm
Anggerik Desa
Tak! Ain tak pakai apa.

12/10      10.15pm
Putera Amri
Macam best jer, buka pintu. Abang nak masuk :D

12/10       10.20pm
Anggerik Desa
Ulat bulu dah naik daunnnnnnnnnnnnn? ;p

12/10        10.22pm
Putera Amri
Belum naik lagi. Baru pegang tangan dah kena ambush. Garang overdos, bini siapa la ni?

12/10     10.30pm
Anggerik Desa
EnTAH...

           EnTAH, maksudnya Encik Tengku Amri Hazif. Entah dia perasan ke tidak? Aku logout dan mula persiapkan diri untuk tidur. Baru nak terlelap, terdengar pintu bilik diketuk. Nak apa lagi la tu? Sebelum buka pintu aku pakai seluar panjang dan sweater, aku capai tudung dan sarung. Aku buat macam aku nak berdepan dengan lelaki bukan mahram aku saja.

            ''Nak apa? Ain dah terlelap pun..'' dia tak bersuara, tapi dia terus terjah masuk bilik aku dan menuju ke katil. Aku membuntangkan mata. Apa ni?

              ''Abang tidur bilik Ain malam ni. Abang baru terima call. Keluarga abang nak balik esok. Abang kena jemput mereka esok di KLIA. Selepas itu, mungkin abang kena hantar mereka terus balik Penang. Tak tahu bila nak balik sini balik.'' Sambil bersuara, dia tidur di katil aku dengan selamba.Grr..

          ''Apa kena mengena pulak? Nak balik, balik jerlah..'' aku bercekak pinggang di tepi katil. Dia jungkit kening berulangkali, sambil merenungku.

         ''Alah, kan tadi Ain yang cakap, gula dah naik harga. Kita ciptalah kenangan manis tanpa gula. Meh, tidur sini. Abang janji takkan buat apa-apa kat Ain. I swear.'' dia angkat tabik. Aku berfikir sejenak sebelum kembali bersuara.

          ''Janji? Kalau sentuh Ain jugak, Ain kuntau encik sampai jatuh katil.'' aku sengaja mengugut. Dia ketawa. Aku memberanikan diri tidur sekatil dengannya, walaupun jantung aku sedang berdebar-debar. Aku tanggal tudung, tapi sweater dengan seluar panjang aku tak berani nak tanggalkan. Nak cari nahas...

         ''Good my girl. Kita berbual sampai pagi nak? Selalu berchatting dalam Facebook, boleh saja.'' dia tarik aku mendekat sambil rangkul pinggang aku. Aku menjeling tajam.

         ''Encik dah bersumpah tadikan? Kena makan sumpah sendiri baru tau!'' aku mengingatkannya. Tanpa mempedulikan amaran aku, dia cium pipi aku.

         ''I love you Ain..'' dia berbisik. Aku tolak dadanya kuat. Takut aku, dengar suaranya yang sudah berubah nada. Orang lelaki ni bukan boleh percaya sangat. Lain di bibir, lain pula di hati. Ucapan manis, bijak merayu. Dah habis manis nanti, pasti hampas dibuang.

             ''Abang serius Ain. Abang tak tipu. Abang rasa berat hati nak tinggalkan Ain esok...'' aku belum dilepaskannya. Wajahnya begitu dekat dengan wajahku. Aku takut aku turut tergoda dengan perlakuannya. Aku pun manusia biasa. Dalam situasi sekarang berkemungkinan aku turut menyerah terus. Dia suami aku kot!

            ''Okey, Ain percaya, tapi dalam cinta tiada paksaan. Jangan paksa Ain buat apa yang Ain tak suka.'' dia melonggarkan sedikit pelukannya. Dia renung aku, aku pusing ke arah lain. Jangan mengaku kalah Putri Quratul Ain. Jangan mudah jatuh dalam mainan hati dan perasaan. Aku memberi amaran untuk diriku sendiri. Aku juga ada perasaan dan sebagai wanita, perasaan aku juga mudah terbuai dengan kata-kata manis.

              ''Ain, ikut abang balik?'' pulak dah, otak aku berfikir lagi. Tak kenal dia, tau-tau dah jadi suami. Nak kena ikut dia balik Penang, dan berkenalan pula dengan keluarga dia. Huarghh..aku mengeleng laju.

              ''Ain nak keluar cari kerja esok. Encik baliklah sorang.'' aku bercakap sambil memusingkan badan membelakanginya. Aku pejamkan mata dan cuba membayangkan kehidupan aku tanpa dia esok. Hati terasa sebak. Kenapa pula ni? Aku tanya hati sendiri. Kenapa malam ni dia gatal nak tidur sebelah aku? Aku pula izinkannya dengan mudah. Mulalah nak terasa kehilangan lagi.

            ''Ain..dah tidur ke?''

         ''Hmm..Ain ngantok. Jangan ganggu Ain please..'' aku bersuara perlahan. Mata masih aku pejamkan. Terasa seperti dia menepuk bahuku perlahan. Macam nak mendodoikan aku saja.

          ''Tidurlah wahai permaisuriku..'' dia berbisik ke telingaku.

             ''Tengku Amri pun tidurlah. Jangan nak ganggu Putri nak tidur..'' bibir aku membentuk senyuman dalam mata yang masih pejam. Bibir tersenyum, hati sudah menangis hiba kerana bakal ditinggalkan. Pipi aku dicium lagi, lima minit selepas itu aku memusingkan badan mengadapnya kembali. Dalam cahaya suram lampu tidur, aku perhatikan wajahnya yang mungkin sudah dibuai mimpi. EnTAH, I Love You Too. Hati aku yang berkata-kata. Dan kemudian, aku perhatikan wajahnya hingga aku terlelap.
*************************

            Aku mengeliat malas. Nyenyak betul aku tidur semalam. Sebaik aku buka mata aku tengok sebelah aku. Dah kosong. Semalam aku bermimpi atau berangan? Aku mula keliru. Aku pandang jam di dinding bilik, dah pukul 6.45 pagi. Selepas excercise ringan aku mencapai tuala di ampaian dan menuju ke bilik air untuk mandi.

           Usai solat subuh aku turun ke bawah mencari EnTAH aku. Aku terus menuju ke biliknya. Kosong. Buka almari bajunya. Lega, masih banyak barang-barangnya. Aku keluar ke ruang tamu. Dia tiada. Aku teringat bilik atas yang dia minta izin aku untuk buat bilik bacaan tu. Aku bergegas naik ke tingkat atas, namun pencarianku tetap hampa.

            Aku turun kembali dan pergi ke ruang tamu. Sebaik aku landing di atas sofa, baru aku perasan sampul surat di atas meja sofa. Aku capai dan aku buka rakus. Duit? Banyaknya. Aku tak kira duit, tapi aku ambil kertas yang berlipat bersama duit tersebut.

Dear Putri My Wife
Terlebih dulu abang nak bagitau abang tahu maksud YWF, You Wife Foreverkan? Pandai Ain menipu EnTAH ni? Oh, Ain ingat abang tak tahu EnTAH tu Encik Tengku Amri Hazifkan? Macam mana abang tahu? Abangkan bijak pandai!

                 Ceh..aku mula kebam bibirKenapa semua dia tahu ni? Aku sambung membaca suratnya.

Putri Sayang
Macam yang abang cakap semalam, abang tak tahu bila abang nak balik semula ke sini. Abang tinggalkan rm2 ribu cash untuk Ain sementara abang tak ada ni. Abang dah berangkat awal pagi lagi. Maaf, abang tak tergamak untuk kejutkan Putri abang ni tidur. Abang tak percaya dengan diri abang sendiri. Sayang take care ya. Abang sayang Putri Quratul Aini binti Muhammad Qusyairi ni. Erm..sebelum abang terlupa, mas kawen sayang ada dalam bilik abang. Abang buka akaun dengan nama sayang. Kalau sayang tak ada duit, gunalah. Memang hak sayang pun.
Thanks , Sweet memory tonight!
Your Love
EnTAH

             EnTAH aku ni memang pening kot masa tulis surat ni? First panggil Putri, lepas tu Ain. Last sekali sayang. Hurm..aku mengeluh lagi. Nampaknya aku kembali sunyi tanpa teman dalam rumah ni.

********************

           Hasrat aku untuk keluar mencari kerja hari ini tidak kesampaian, kerana aku tiba-tiba tiada mod untuk keluar rumah. Sedih sangat kena tinggal. Macam ternampak saja wajah EnTAH aku dalam rumah ini. EnTAH! Aku seru lagi nama tu dalam hati. Kenapa dengan aku ni? Takkan sebegini mudah aku jatuh cinta? Kalau dia kahwin dengan Syarifah Haslinda, kemudian dia ceraikan aku, macam mana?

Anggerik Desa

Kenapa?
Hati ini sepi lagi,
Rindu?
Siapa yang harus ku rindu?
Dia?
EnTAH..

Kenapa?
Minda aku bercelaru,
Merusuh selalu,
Serba tak kena,
Sakit jiwa!

Kenapa?
Jiwaku resah,
Ketenangannya terganggu,
Aku keliru!

Kenapa?
Bayangan itu hadir lagi,
Menyakitkan hati,
Mengusutkan minda,
Meresahkan jiwa,
EnTAH...
Pergilah! Jangan mendera perasaanku.
~PQA~
Feeling-confused :(

           Aku post lagi puisi luahan perasaan hatiku. Aku tak berharap untuk rakan facebook aku like atau pun komen. Ini caraku untuk menghilangkan bosan. Daripada aku post status mengutuk dan menyindir orang, lebih baik aku berpuisi saja. Lantaklah orang nak faham ke tidak, nak baca ke tidak. Aku tak paksa pun.

Putera Amri
Rindu kat EnTAH ke?

Anggerik Desa
:p

            Aku terkejut bila Putera Amri like dan komen. Selalunya kalau aku online siang, dia tak pernah tegur aku. Dia tak kerja ke? Dia cakap nak balik Penang, takkan dah sampai Penang kot? Aku tengok jam di dinding, baru pukul 11.00 pagi. Mungkin dia balik naik kapal terbang kot?

13/10      11.02am
Putera Amri
Dah dapat kerja?

13/10    11.05
Anggerik Desa
Tak!

13/10     11.16
Putera Amri
Kenapa?

13/10      11.19am
Anggerik Desa
Ada orang baik hati. Dia dah bagi cash 2 ribu. Malas pulak nak pergi kerja. Nanti boleh keluar belanja pakwe, tengok wayang. Mesti best... :p

13/10       11.21am
Putera Amri
Abang tak izinkan! Jangan sampai abang pasang spy Ain!

13/10      11.22am
Anggerik Desa
;p

13/10     11.23am
Putera Amri
Ain!

13/10       11.25am
Anggerik Desa
Awal on9? Selalu tak pernah terserempak dengan encik waktu siang ni. Ada di mana? Dah sampai penang? Tak kerja?

13/10       11.30am
Putera Amri
Abang rindu dengan puisi cik penyair. Abg baru sampai. Syarikat di KL, adik abang akan ambil alih. Nanti cuti, abang balik jumpa Ain. Abang kena out. Ain take care ya. LUMU..bye.

            Aku garu kepala. Hah? LUMU tu apa? Puas aku berfikir dan akhirnya bibir aku ukirkan senyuman.

13/10            11.50am
Anggerik Desa
LUMUT ;D

13/10     11.51am
Putera Amri
Ngaku pun!

13/10     11.56am
Anggerik Desa
Kata nak out?

13/10         11.59am
Putera Amri
Buatkan puisi cinta untuk abang, untuk buktikan LUMUT Ain tu!

            Aku geleng kepala, sambil bibir terus mekar dengan senyuman. Aku mula mengarang Puisi Cinta khas buat EnTAHku. Aku send dalam peti masuk facebooknya. Mana boleh post dalam wall. Mampuih, kena gosip.

13/10      12.20pm
Anggerik Desa
Ada Cinta Dalam Hati

Sayang..
Dalam diam hati ini bergetar,
Dilanda badai asmara,
Oleh renungan matamu yang memukau,
Oleh senyummu yang mengoda,
Oleh gayamu yang mempesona,

Sayang...
Mengertikah kau apa maknanya cinta?
Cinta itu sakit!
Kerana, bila ada cinta,
Pasti ada rindu yang bertamu,
Bila ada rindu,
Pasti mengocak kalbu,

Sayang...
Dalam diam aku mencintaimu,
Dalam diam aku menyayangimu,
Dalam diam aku merinduimu,
Apakah semuanya ini?
Sungguh, aku tak mengerti!
Jelaskan padaku!

Aku yang menanti jawapanmu!
~YWF~

13/10        12.25pm
Putera Amri
Sayang buat abang nak fly balik KL la..

13/10       12.27pm
Anggerik Desa
Laaaa...tak out lagi? Ain out dulu. Dah lapar, nak makan.


              Aku logout dah off lappy. Perut dah berlagu keroncong. Pagi tadi aku tak sarapan sebab tak berselera. Ni baru rasa lapar sangat. Bila aku jengah dapur, cuma ada meggi dengan roti saja dalam cabinet dapur. Masak dan makan dulu apa yang ada, petang nanti baru aku keluar shopping. Taman perumahan kami ni dalam pekan, Giant, Jusco, KFC, Md Donald dekat saja.

                Selepas aku makan, aku rehat sekejap sementara nak tunggu solat Zohor. Tinggal seorang diri di rumah, aku bebas berbuat apa saja. Kalau aku rindu kat EnTAH, aku akan masuk bilik dia dan memakai minyak wangi yang dia tinggalkan. Aku tidur sekejap dalam bilik dia. Aku masuk bilik bacaan. Tak banyak pun buku dia, semuanya pasal bisnes dan majalah orang lelaki. Aku selongkar bilik dia. Semua laci tak berkunci. Cuai betul orang tua ni. Kalau ada barang penting yang hilang, aku juga yang bakal kena ni.

            Selongkar punya selongkar, aku jumpa sebuah album gambar di dalam laci bawah sekali. Di depan sekali ada beberapa keping gambar pernikahan kami. Tak perasan pula aku ada jurufoto hari tu. Aku belek lagi album tu, satu muka demi satu muka. Yang lainnya, lebih kepada gambar keluarga. Ada sekeping gambar yang menarik minatku. Gambar seorang perempuan cantik yang sedang disarungkan cincin. Gambar terakhir, couple dengan pakaian sedondon. Macam pengantin pun ada juga. Aku belek gambar tu dengan lebih teliti. Ada mirip Putera Amri aku. Diakah?

***********************
                
            Sudah seminggu aku bekerja di Syarikat Tengku Amir & Sons. Aku malas nak buat kerja yang mengunakan otak. Dan, aku juga malas nak berkawan dengan orang loaded yang kemas dan bergaya. Rezeki aku cuma kerja sebagai cleaner. Okeylah tu, daripada aku mati kebosanan di rumah. Aku minta kerja kontrak saja untuk tiga bulan. Selepas kerja, aku malas nak online. Puisi muisi semua pun, aku dah tak karang sejak bekerja ni. Otak tepu, badan letih. Balik rumah, cuma nampak tilam dengan bantal saja.

             ''Putri!'' aku disapa seseorang ketika aku sedang mengemop lantai di depan lobi tingkat tiga. Aku perhatikan perempuan yang menegur aku tu atas dan bawah. Dia senyum, tapi otak aku masih tak dapat menangkap siapa gerangannya perempuan muda yang anggun bergaya di depan aku ni.

              ''Putrikan?'' tadi dia macam yakin saja dia kenal dengan aku, tapi sekarang ni dia soal pula aku. Dia kenal aku ke tak?

             ''Saya Ain. Cik salah orang kot ni?'' aku kenalkan diri dan soal dia balik.

             ''Putri Quratul Aini, right?'' aku mengangguk perlahan, terus dia menerpa dan memeluk aku. Aku tergaman. Seorang perempuan yang anggun bergaya, sedang memeluk seorang cleaner macam aku?

             ''Oii..hang tak kenai aku ka Putri? Ni Wani la. Shazwani Sulaiman, remember me?'' aku terbuntang mata. Aku mengelilingi dia dengan mop di tangan. Aku ada seorang kawan baik bernama Shazwani Sulaiman ketika belajar di UUM, tapi dia gemuk. Hobi dia makan ice cream dengan coklat. KFC dan Mc D tu tak payah tanya, kalau ikut dia hari-hari makan pun tak apa. Kek coklat tu favourite dia tersangat.

            ''Hang kena sumpah ka apa ni?'' aku tiru loghat dia. Aku, kalau jumpa dia memang ayat pedas giler. Tak ada lapik-lapik. Bukan tahap bom atom, tapi nuklear terus.

            ''Kena sumpah tengkorak hang. Setaun aku tak makan nasi. Terpaksa berkorban hati dan perasaan bercerai dengan kekasih-kekasih kesayangan aku hang tau. Huhu..'' dia buat-buat menangis. Berlakon memang terror budak ni. Aku hanya ketawa. Aku faham maksud kekasih-kekasih tu. Bercerai dengan makanan kegemaran dia.

           ''Wey, aku tengah buat reja ni, nanti kita sembang lain..'' aku takut juga dituduh curi tulang. Kalau berbual dengan Wani, sehari suntuk pun tak habis. Bila aku cakap macam tu, dia mula tunjuk mengelabah, siap tepuk dahi lagi.

            ''Aku lupa, aku nak pi turun ambil fail ni. Balik satgi, hang tunggu aku kat tingkat bawah tau. Kat ruangan menunggu tu. Hang ada nombor telepon dak? Mai nombor teleponlah senang sikit..'' aku set nombor telefon dia dan dia pun set nombor telefon aku. Wani masuk lift, aku meneruskan kerja aku.

*************************

            Balik kerja, aku tunggu Wani seperti yang dijanjikan. Setengah jam menunggu, bayang Wani pun tak nampak. Aku call dia, tak berangkat la pula.

Wani : Sat, aku dengan bos ni. Ada meeting tergempar.

            Wani hantar mesej. Lega, aku ingatkan dia dah lupa dan balik dulu. Aku terus menanti di tingkat bawah pejabat. Sambil menunggu, aku membaca majalah yang disediakan. Tak baca sangat pun, selak-selak saja tengok gambar. Hehe...

              ''Ain!''

             ''Yupp!'' aku terus mendongak. Seorang lelaki berpakaian kemas sedang berada di hadapanku dan memandang pelik ke arahku.

              ''Buat apa di sini?'' dia soal aku. Suara dia garang semacam saja. Wajah dia merah. Tak berkedip mata dia pandang aku.

           ''Balik kerja ni, Ain tunggu kawan. Ha..tu pun dia dah sampai. Ain pi dulu naa..'' aku nak ketawa dengan ayat aku sendiri, tapi aku tahan. Aku bangun bila tengok Wani dah dekat dengan aku.

             ''Maaf Tengku. Saya pi ladies sat tadi. Putri, sorry naa, aku nak kena balik Penang balik ni. Nanti kita sembang lain na. Haa..Facebook hang tak aktif dah ka? Aku tengok wall hang sunyi sepi saja. Dah tumbuh lalang, hutan belantara semua..'' aku ketawa. Alahai Wani, macam-macam la dia ni!

             ''Facebook lama aku tu memang dah kena block dah. Aku guna akaun Facebook baru la ni. Hang tukaq nama ka? Aku cari nama hang tak jumpa pun?'' aku tengok Wani, dia pula pandang Tengku di sebelah aku ni, sambil sengeh macam kerang busuk.

               ''Kita nak bertolak balik dah ka Tengku?'' Wani tanya Tengku sebelah aku yang dok buat muka pelik sejak tadi.

             ''Apa hal ni? Buat jejak kasih ke apa?'' Tengku Amri yang terdiam sejak kami bersuara, bertanya dengan suara serius.

            ''Jejak kasihan!'' serentak aku dan Wani bersuara. Kami saling berpandangan. Ketawa lagi.

           ''Hiesy...'' Tengku Amri luku kepala aku tiba-tiba. Terkejut aku.

          ''Sakit la encik!'' aku gosok kepala aku. Barulah Tengku Amri Hazif ni tersenyum.

            ''Kalau nak menyembang, jom kita makan dulu mana-mana. Saya dah lapar ni. Ain masak apa hari ni?'' sambil melangkah Tengku Amri soal aku. Wani menyepi saja, mungkin juga terkejut sebab Tengku Amri ni kenal aku.

           ''Masak apanya? Ain kerja, ni baru nak balik.''

           ''Habis tu, malam-malam makan apa?'' Tengku Amri jalan sebelah aku. Dia suruh Wani jalan depan. Aku ketawa lagi, bila Wani buat muka kat aku.

            ''Ain!''

            ''Stok meggi banyak. Rebus saja la. Bukan payah pun...'' aku sengaja tipu dia, pada hal sebelum pergi kerja aku masak dulu. Kadang-kadang, aku berpakat dengan kawan-kawan cleaner untuk bawa bekal. Kami kongsi lauk pauk yang ada.

             ''Degilnya, kan abang dah larang, jangan makan mee segera tu lagi. Gigit telinga baru tau.. '' aku mencebik. Wani toleh belakang. Dia jungkit kening padaku. Aku jungkit bahu. Tentu dia dengar Tengku Amri membebel. Kami sampai ke kereta. Bukan kereta Tengku Amri. Entah kereta siapa, tapi sudah ada dreber di dalam tu. Wani buka pintu belakang, belum sempat dia masuk Tengku Amri panggil dia.

            ''Wani! Awak dok depan.'' Wani tayang wajah blurr.

            ''Putri?'' Wani tuding jari ke arah aku.

             ''Tak apa, budak degil ni biar saya yang uruskan.''

             ''Eleh...'' aku tarik muka. Tengku Amri buka pintu kereta dan suruh aku masuk. Aku serba salah. Aku cleaner saja, nak naik kereta mewah siap berdrebar lagi, memang tak sesuai sangat. Tengku Amri dah membuntangkan matanya, bila aku masih berdiri kaku di sebelah kereta.

           ''Kenapa?''

            ''Tak sesuai!'' aku pegang baju uniform cleaner aku. Aku takut Wani tunggu aku tadi, tak sempat nak salin pakaian. Selalunya aku tak datang dan balik kerja dengan baju uniform.

            ''Banyak songeh...'' Tengku Amri tolak aku masuk kereta. Dia masuk dan duduk sebelah aku. Dupdap, dupdap...dia mai dah. Jantung aku mula nak mengepam darah dengan laju, bila duduk berhimpit dengan Tengku Amri.

             ''Kenapa dah lama tak online? Call tak angkat, mesej tak reply...'' telinga aku sudah mula menangkap soalan-soalan dari Tengku Amri.

              ''Letih...'' sepatah saja aku jawab. Aku lonjakkan badan ke hadapan dan cuit Wani. Secara tak sengaja tangan kiri aku letak atas paha Tengku Amri. Terasa tangan kiriku dipegang. Aku buat tak tahu dan berbual dengan Wani.

              ''Hang dah tukar nama ka, Facebook hang?'' aku ulang tanya soalan tadi yang belum mendapat jawapannya. Wani toleh dan sengeh.

              ''Tau tak pa!'' dia jawab selamba sambil memandang kami di belakang. Aku pantas menarik tangan kiriku dari pegangan Tengku Amri. Terkantoi dengan minah ni kang. Niaya saja.

              ''Nama pa pulak?''

              ''Err..aku habaq hang jangan gelak naa?''

           ''Okey, dijamin 100%, aku takkan gelak.'' aku cakap sambil ketawa.

           ''Nantilah aku hantar mesej. Hang guna nama pa?''

          ''Anggerik Desa..'' Wani toleh belakang lagi.

           ''Hang dok tulih puisi lagi ka Putri? Cerpen dengan novel hang dok tulis lagi dak? Aku dah lama tak baca cerpen hang. Kadang-kadang, kalau aku rajin, aku intai-intai jugak blog hang.'' tu dia minah senget ni. Dia boh koma saja. Direct dia bagi. Pecah rahsia aku kat Tengku sebelah ni. Aku terasa pinggang aku dicuit. Ada la tu!

           ''Mana ada, aku dah lama dah pencen. Aku tak larat nak berangan dah. Puisi, tengok mod aku baik, aku layanlah jugak. Tu pun sebab ada peminat.'' aku ketawa sambil pandang sebelah.

             ''Kenapa?'' orang sebelah tayang wajah blurr. Buat-buat tak faham pula Tengku Amri ni. Dia yang selalu suruh aku karang puisi, tak mau mengaku. Huh!

             ''Pak Mat, berhenti Restoran Makanan kampung depan tu.'' Tengku Amri memberi arahan pada drebar.

              ''Tapi, kita dah lambat ni Tengku, flight lagi sejam. Sempat ke kita nak makan?'' Wani bertanya cemas sedangkan Tengku Amri nampak rilex saja.

              ''Kita balik esoklah. Nanti awak call KLIA, dan cancelkan penerbangan hari ni. Awak buat tempahan baru untuk esok.’’

              ''Habis tu, malam ni nak tidur di mana?'' Wani masih kalut. Aku langsung tak berani nak menyampuk. Kereta berhenti. Aku memerhati keluar. Restoran ni dulu aku pernah datang bersama ibu dan abah. Uncle Burn dan aunty Sarimah pun ada sekali. Ini restoran anak sulung uncle Burn, restoran abang Fatah.

              ''Tengku pasti ka, kita akan bertolak balik esok ni?'' aku sempat mendengar Wani bertanya Tengku Amri sebelum aku membuka pintu kereta dan keluar. Malas aku nak ambil tahu hal mereka, walau dalam hati aku ni tertanya-tanya juga apa sebenarnya kerja mereka.

***********************

              ''Dato, Apa khabar?'' Tengku Amri menyapa seseorang. Aku dengan Wani yang tertinggal di belakang turut sama memberikan perhatian. Bukan tertinggal sebenarnya. Aku malas nak berkepit dengan Tengku Amri, jadi aku suruh dia jalan dulu. Aku bergandingan dengan Wani di belakang sambil berbual.

             ''Ha, CEO muda..how are you? Macam mana dengan Tengku Amir? Dah lama tak jumpa dia.'' mereka bersalaman. Aku dan Wani hanya memerhati. Perbualan orang-orang bisnes, lebih baik tak payah masuk campur. Bukannya tahu apa-apa pun.

            ''Alhamdulillah Dato, papa pun sihat.'' Tengku Amri menjawab ramah. Lelaki yang dipanggil Dato tadi memandang pula ke arahku.

             ''Putri, Takziah. Uncle dengan aunty minta maaf sangat, sebab tak dapat balik ziarah arwah. Putri tinggal dengan siapa sekarang? Kerja tak?'' aku senyum. Pandangan pelik Tengku Amri pada aku, aku buat tak faham saja.

            ''It's okey uncle. Putri tak kisah pun. Uncle sihat? Aunty mana?'' aku tanya uncle Burn balik. Nama betul uncle Burn Dato Abu Bakar.

          ''Kita masuk dalam dulu. Boleh berbual panjang. Kami pun baru dua hari balik dari London. Uncle ingat nak ajak aunty pergi jumpa Putri. Ehh, Jomlah..kita masuk dulu.'' kami masuk ke restoran. Uncle Burn membawa kami masuk ke sudut exclusive. Sudut ni memang di khaskan untuk jamuan keluarga. Aku ambil tempat di sebelah Wani. Ketika masuk tadi aku perasan pandangan-pandangan luar biasa dari pelanggan restoran kepadaku. Lantak koranglah, tengok saja la sampai juling pun.

             ''Putri...'' aunty Sarimah datang dan menegurku. Aku bersalaman dengannya. Wani juga. Aunty Sarimah duduk di sebelah kananku.

             ''Putri sihat?'' aunty Sarimah bertanya sambil mengusap perlahan bahuku. Aku angguk. Pura-pura tabah di depan mereka. Aku tahu betapa akrabnya aunty Sarimah dengan ibu. Abah dengan uncle Burn. Anak-anak mereka pun dah macam abang-abang aku. Abang Fatah dengan abang Fikri. Abang Fatah dah kahwin dan dah ada dua orang anak. Abang Fikri baru 25 tahun.

              Aku rapat dengan abang Fikri sejak kecil, cuma aku terputus hubungan dengan dia selepas dia pergi belajar di Australia. Aku remove dia dari senarai rakan facebook aku, sebab dia panggil aku sayang. Aku cakap, perkataan sayang tu aku nak simpan untuk suami aku saja. Orang lain tak berhak nak panggil aku sayang. Aku merajuk dengan abang Fikri sejak kejadian itu, dan sehinggalah dia membawa diri ke Australia.

            Makanan kami dihidangkan. Abang Fatah dan kak Sarah, serta anak-anak mereka Intan Lyana dengan Ijmal Syafik join kami makan. Aku terperasan dengan seorang pelayan restoran yang membawa hidangan untuk kami. Macam biasa tengok saja mamat ni?

          ''Fik, dahlah tu, marah sikit-sikit..'' aunty Sarimah bersuara. Aku tergelak sambil memandang abang Fikri. Dia buat tak kenal saja dengan aku.

          ''Hodohkan aunty, orang tua merajuk? Dahlah hodoh dah..'' aku memancing kemarahan abang Fikri. Dia menjeling ke arahku. Wani mencuit, aku menoleh ke arah Wani.

           ''Aku blurr plus blank dah ni...'' aku faham maksud Wani. Tak ada masa aku nak jelaskan. Aku rasa bukan dia saja yang blurr plus blank, rasanya Tengku Amri yang berada bertentangan dengan aku ni pun tumpang blank sama. Tentu dia pun nak tahu apa hubungan aku dengan keluarga uncle Burn.

             ''Putri bila lagi nak makan nasi minyak?'' kak Sarah bertanya tiba-tiba. Tengku Amri sudah tersedak. Aku yang disoal, orang lain pula yang makan cilinyer yer?

             ''Kak Sarah, nasi orang kampung lagi sedap kot dari nasi minyak.'' sengaja aku tukar topik sambil menceduk sambal sotong di depanku.

              ''Ain, kenapa Ain makan sambal sotong tu? Bukan Ain alergik ke? '' aku baru nak menyuap, Tengku Amri sudah menegur. Adoi..kantoi lagi!

             ''Sorry..Ain tipu abang saja hari tu.'' aku tayang muka tak bersalah sambil terus mengunyah. Erk? Aku panggil dia abang ke tadi? Alahai..macam mana boleh tersasul pula ni?

            ''Tengku dengan Putri, memang dah kenal ke atau macam mana ni?'' uncle Burn menyoal sambil memandang aku dan Tengku Amri silih berganti. Aku buat-buat tak dengar. Aku terus menyuap sambil mengerling Wani di sebelah, yang hanya makan salad buah-buahan dan jus oren.

            ''Putri..uncle tanya ni.'' uncle Burn bersuara tegas. Semua orang memandang aku. Aku memandang Tengku Amri. Tak ada tanda-tanda dia nak menjawab. Aku pun buat keputusan untuk menjawab bagi pihaknya.

         ''Tengku Amri bos Putri uncle, kebetulan tadi nak balik kerja, bos Putri yang baik hati ni nak belanja makan. Putri ikut jer la. Orang kata rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari. Tak gitu abang Fik?'' abang Fikri langsung tak pandang aku. Dia terus menyuap nasi dengan selamba. Wajah Tengku Amri sudah keruh mendengar penjelasanku. Aku pun tak berani nak memperkenalkan dia sebagai suami. Maunya dia reject aku, atau pun uncle Burn kenal keluarga dia, habislah kami.

            ''Bos? Tapi panggil abang?'' abang Fikri akhirnya bersuara. Sinis bunyinya.

          ''Jangan dengar sangat budak degil ni cakap. Nak bergurau tak bertempat.'' Tengku Amri menyampuk. Aku malas nak cakap apa dah. Biarkan dia pula yang bercerita. Semua orang menumpukan perhatian kepada Tengku Amri. Aku sudah selesai makan. Uish..dalam asyik berbual, berbalah, licin juga nasi sepinggan. Apa nak kata...

             ''Maksud Tengku Amri?'' giliran abang Fatah pula menyoal.

           ''She’s my wife.'' aku tersenyum. Mengaku pula. Abang Fikri pula tersedak. Aunty Sarimah mengusap perlahan belakangnya.

         ''Betul Putri? Uncle tak tahu pun. Err..bukan Tengku dah bertunang dengan anak Syed Sahlan ke?'' Uncle Burn menyoal aku dan Tengku Amri serentak. Aku buat isyarat nak zip mulut kat Tengku Amri. Ngko jawablah Tengku!

            ''Tak! Bukan saya tapi dengan Hanif!'' aku pula yang cengang. Siapa pula la Hanif ni?

            ''Oh! Tengku Amir Hanif, kembar Tengku Amri..'' abang Fatah bersuara. Aku pula yang blurr plus blank. Hidup ini memang penuh dengan misteri.

*******************

            Kami balik ke rumah aku atas permintaan Tengku Amri. Dalam kereta tadi kami berbual panjang. Saling bersoal jawab. Dia tanya aku mengenai hubungan aku dan keluarga uncle Burn. Aku pula tanya dia pasal keluarga dia. Sebelum dia jawab dia sindir aku dulu.

          ''Ingatkan Ain tak mahu tau pasal riwayat hidup abang.'' lebih kurang macam tulah ayat dia tadi. Aku sekeh juga Tengku ni kang. Hiesy...

           Kami sampai rumah sebelum maghrib. Tengku Amri ajak aku jemaah sekali. Wani ABC. Dia berehat saja di bilik aku. Lepas sampai tadi dia tidur saja. Katanya terlalu letih dengan kejutan. Encik suami pula, ajak aku tidur di bilik dia malam ni, katanya dia nak lepaskan rindu sebab dia akan balik semula ke Penang esok. Dia ajak aku pergi ke Penang untuk diperkenalkan dengan keluarganya. Aku minta tempoh. Aku cakap aku belum bersedia.

        ''Betul Ain tak nak ikut abang balik esok?'' dia tanya aku untuk kesekian kalinya. Aku tetap mengeleng.

           ''Meh sini. Abang letih, nak tidur awal sikit malam ni. Jangan nak mengelat.'' aku mengeleng juga. Selagi tak tinggal serumah forever, aku tak mahu sebarang paksaan dalam hubungan kami.

          ''Bagi Ain masa. Abang di sana Ain di sini. Abang tak apalah ada keluarga. Ain sorang-sorang di sini.'' aku tetap bagi alasan.

         ''Buktikan LUMUT (Love U Miss U Too) Ain tu.'' aku ketawa. Aku hampiri katil dan mula merebahkan diri.

         ''Lumut tak lumut, no tetap no takkan ada yes.'' aku tetap dengan keputusanku. Dia dah pejam mata. Aku tersenyum kemenangan. Sebagai hadiah aku cium pipinya.

         ''Tidur Ain..jangan nak goda-goda abang pulak.'' aku ketawa senang hati. Macam malam pertama kami tidur bersama, aku perhatikan wajahnya hingga aku terlelap.

*******************

   Rindu Yang Kian Membara

Rindu ini nyalaannya marak sekali,
Bagaimana harus ku padamkannya?
Aku rindu dia!
Biar ku siramkan dengan berbaldi air mata,
Ia tetap menyala-nyala,
Aku harus bagaimana?

Rindukah dia padaku?
Aku tertanya-tanya,
Kalau rindu sebanyak manakah rindunya?
Adakah seluas lautan dalam?
Atau seluasnya alam?

Rindu yang menyala sakitnya mengila,
Kenapa harus rindu kalau tak berjumpa?
Rindukan dia yang entah di mana alamatnya,
Aku harus bagaimana?
Andai dapat ku undur putaran dunia,
Aku hanya ingin berada di sisinya,
Setiap masa!
Setiap ketika!

EnTAH...kenapa aku rindu?
Dan rindu ini terlalu sakit!

~PQA~

              Lima belas hari telah berlalu selepas kali terakhir aku bertemu dengan EnTAHku. Dua hari sebelum ni aku berbual dalam peti masuk Facebook dengan dia. Dia cakap dia sibuk. Sekarang, mungkin dia ada di Singapura. Aku pun tak pasti sebenarnya. Dua hari kami tak berhubung. Dia sibuk, aku pula letih selepas balik kerja.

          Hari ini aku post lagi puisi aku. Rindu yang tersangat pada EnTAH membuatkan aku nekad untuk meluahkan rahsia hati. Meluahkannya melalui puisi memberikan ketenangan seketika untukku.

            Aku login facebook hari ni dalam suasana yang amat membosankan. Tiada yang menegur dan mengelike puisiku lagi. Aku search nama Putera Amri. Aku terjah timeline dia. Sunyi sepi tanpa sebarang status. Sayu sangat hati ini. Inilah nasib diri kalau bernikah dengan orang bisnes. Bosan online, aku logout. Aku turun ke bawah dan bermenung pula di ruang tamu. Aku on tv pula. Hari ini cuti. Nak keluar aku malas. Bukan tak ada kawan yang mengajak aku keluar. tapi aku tak berani keluar tanpa izin suami. Manalah tahu dalam diam, dia pasang spy untuk intip aku. Lagi pun Allah Maha Melihat. Dosa tetap dosa, jangan buat main dengan hukum Tuhan.

            Mata aku asyik memerhatikan skrin tv. Rancangan Mahligai Cinta. Entah perkahwinan orang kaya mana sedang disiarkan di tv. Eh..itu macam bos aku saja. Pengantin lelaki dan pengantin perempuan sedang ditemubual oleh pengacara rancangan. Aku perhatikan nama yang tertera di skrin tv, Tengku Amir Hanif dan pasangannya Syarifah Haslinda. Aku berfikir sejenak. Macam pernah dengar saja nama-nama ni? Malas aku nak fikir. Tak ada kena mengena dengan aku pun.

           Sedang rancak aku melayan mata menyaksikan kemewahan orang-orang kaya menyambut menantu, aku dikejutkan dengan lagu Rapuh. Bibir aku spontan mengukirkan senyuman. Mudahan encik suami yang telefon. Aku rindu dia separuh gila dah ni.

            ''Assalammualaikum...'' tanpa melihat nama pemanggil aku terus memberi salam.

           ''Waalaikumusalam. Putri, aku ni. How are you my friend? Aku ada berita gembira ni. Aku nak jemput hang mai Penang, pekena nasi minyak aku. Hang dok kalut sangat, dok tanya aku bila nak makan nasi minyak, ni aku nak pangge dah ni. Mau ka tak mau, hang kena mai jugak. Tak boleh tak mai! Full stop!'' tu dia, lain yang aku harap, lain pula yang mai. Dengar suara pun tau dah. Tak payah nak tengok skrin bagai. Tak payah nak chek nama pemanggil lagi dah.

              ''In syaa Allah, ada rezeki aku sampai, tapi dengan syarat hang kena hampar carpet merah, dari Penang sampai KL. Almaklumlah, akukan Putri!'' aku ketawa dengan ayatku sendiri.

              ''Banyak cantik, muka hang..''

              ''Terima kasih dear, cantiklah jugak. Dah lama dah, aku tau..'' aku cantas ayat Wani sambil ketawa lagi.

                 ''Hiesyy...ni yang aku malaih nak cakap dengan orang yang perasan lawa ni. Woii..hang tak mai tengok adik ipar hang kawen ka? Oh, aku lupa..Tengku Amri pi Sarawak, macam mana hang nak maikan? Sejak bila aku nyanyuk pulak ni.''

                ''Sat, sat, sat..aku tak paham. Apa maksud hang ni? Bukan Tengku Amri dok ada di Singapore ka?'' aku tanya gusar. Wani ni memanglah. Cakap dah la tak ada break.

            ''Isyy..apa punya bini daa. Perkembangan laki sendiri pun tarak tau ka? Memang dia pi Singapore, tapi dari Singapore dia amik flight terus pi Sarawak kemarin. Minggu depan baru dia balik sebab adik kembar Tengku kawen. Tu yang aku tanya, hang tak mau mai ka tengok adik ipar a.k.a bos hang tu a.k.a Tengku Amir Hanif bin Tengku Amir Farkhan a.k.a anak bos Syarikat Tengku Amir & Sons...'' hadoi, berapa banyak a.k.a daa minah ni. Aku tau la dia setiausaha Tengku Amri pun. Aku mana tau semua ni. Aku dahlah jenis malas nak ambil tau. Sampai aku jadi cleaner di Syarikat bapak mertua sendiri pun aku tak tau. Apa nak jadi dengan aku ni?

         ''Masalahnya, aku mana pernah pi Penang tu. Sesat kalu mampuih aku. Terpingga-pingga macam rusa masuk kampung pulak satgi.'' lagi pun aku tak minta izin kat encik suami pun lagi. Boleh ke aku pi sana? Aku sambung dalam hati. Apa kata kalau aku buat susprise untuk encik suami dan kawan baik aku ni? Baru gempak gitu! Tingg..minda aku dah berkelip-kelip dengan idea nakal.

         ''Hang jangan nak nyanyuk sangat, banyak songeh pulak. Dah dekat sepuluh kali tau aku bawa hang mai rumah aku. Dah satu Penang ni aku bawa hang ronda. Tempat mana yang kita tak pi? Komtar? Pantai Bersih? Padang Kota? Taman Bunga? Habaq mai kat aku?''

             ''Hehehe..aku ingatkan hang yang nyanyuk. Saja aku nak test hang tadi..''

            ''Test, test jugak. Ni, nak mai ka dak?''

           ''In sya Allah, kalau tak ada aral nanti aku call hang.'' selepas saling berbalas salam aku memutuskan talian. Aku tengok jam. Dah tengahari pun. Petang ni boleh aku keluar shoping, ronda-ronda butik dan beli baju baru. Sejak jadi isteri Tengku Amri dan sejak aku kerja, duit aku dalam akaun bank tak pernah kering. Baru 25 hari aku jadi isteri dia ,tapi Tengku Amri akan masukkan duit ke akaun aku seminggu sekali. Macamlah aku ni pemboros sangat. Bila aku tanya dia, ini yang dia jawab...

            ''Sebab abang sayang Ain. Lagi pun, abang jauh. Abang ajak Ain ikut ke mana abang pergi, Ain tak nak. Degil tak habis-habis. Bini sapa entah?'' dan aku balas balik macam ni..

             ''EnTAH!''

**************************

         Aku mula mengemaskan pakaian untuk ke Penang. Aku akan ambil flight saja. Malas pula aku nak naik bas. Lagi pun, dah banyak aku tengok kemalangan bas ekspress di dada-dada akhbar. Aku takut kalau rancangan aku nak buat susprise untuk Wani dan EnTAH aku betul-betul terjadi dan berlaku sebaliknya. Opss..aku tahu, naik apa pun, kalau dah sampai ajal tu tetap tak ke manakan?

           Aku sampai di Lapangan Terbang Kepala Batas Pulau Pinang. Aku sedang tercongak mencari teksi untuk ke rumah Wani. Nak ke rumah Tengku Amri? Dah sah aku tak tahu di mana rumahnya. Lagi pun aku pasti dia mungkin masih di Sarawak. Ralit aku memerhatikan ragam orang ramai di Lapangan Terbang ini, tanpa sedar ada mata lain yang memerhatikan gerak geriku.

           Zupppp...sepantas kilat beg tanganku disambar orang. Aku tergaman, kaku tak bergerak. Hanya memerhatikan beg tanganku dilarikan tanpa sebarang respon. Dalam aku berdiri kaku, air mataku sudah merembes laju. Apa yang harus aku buat sekarang? Semua barang-barang penting ada dalam beg tu. Telefon bimbit, beg duit aku lesap sekelip mata. Aku langsung tak hafal nombor telefon Wani atau kenalan rapatku. Kenapa aku cuai sangat ni?

            ''Kenapa ni anak? Kenapa menangis ni?'' aku ditegur seseorang. Wanita anggun di depanku memerhatiku dengan wajah hairan. Aku seka air mata dengan telapak tangan. Aku tak tahu sehodoh mana wajah aku sekarang.

            ''Beg tangan saya kena ragut Puan. Saya tak tahu nak ke mana sekarang ni. Saya dah tak ada duit sesen pun. Macam mana saya nak balik Kuala Lumpur? Macam mana saya nak pergi rumah kawan saya? Macam mana saya nak call dia?'' entah apa aku meracau. Air mata yang mencurah bagai hujan, aku lap berkali-kali. Aku tengok ke bawah untuk mencari beg pakaianku. Di mana beg aku? Cuainya aku. Ya Allah, Kenapa semalang ini nasibku?

             ''Anak cari apa?'' aku mengangkat kepala. Macam nak pitam saja bila memikirkan tentang nasib diri. Bolehkah aku buat-buat pitam sekarang? Untung-untung wanita anggun di depan aku ni akan tolong aku.

             ''Tolong saya Puan, berilah kerja apa pun saya tak kisah. Saya perlukan perkerjaan sekarang Puan. Tolonglah saya Puan..'' aku sudah memaut kaki wanita anggun di depan aku ni sambil merayu dan menangis.

              ''Eh, jangan macam ni. Bangun, bangun dulu.'' dia menarik aku supaya bangun. Dia membuka beg tangannya, mengambil dua keping not 50 dan menghulurkan kepadaku. Aku mengeleng pantas.

               ''Saya tak mau duit Puan. Saya perlu kerja Puan. Bagilah kerja apa pun saya tak kisah. Hatta cuci toilet sekali pun, saya sanggup. Beg duit dah kena ragut. Beg baju saya pun dah hilang Puan. Saya dah tak ada apa-apa lagi.'' aku bercakap dalam sedu sedan. Mungkin inilah balasannya sebab aku keluar rumah tanpa izin suami. Nak buat suspriselah sangat. Sebelum aku susprisekan orang, peragut dan pencuri beg baju aku dah susprisekan aku dulu. Huuu...

          ''Jomlah, aunty bawa anak pergi buat laporan polis dulu. Lepas tu baru aunty bagi anak kerja. Nama apa ni?''

           ''Err..Quratul Aini. Panggil Quratul pun boleh. Aini pun boleh.'' aku mengesat sisa-sisa air mata dan mengikut wanita anggun itu ke kereta.

*********************

            Terpegun aku bila kami sampai di sebuah banglo mewah. Ini banglo ke istana? Di halaman rumah mewah ini sudah terdapat beberapa buah kanopi. Macam nak buat majlis kahwin saja. Setiap meja dilapik dengan kain berwarna ungu. Mungkin temanya ungu putih. Ada gubahan bunga di setiap meja. Ada pintu gerbang yang cantik untuk masuk ke dalam rumah.

           ''Nak buat kenduri ke Puan?'' ringan mulut aku bertanya, sambil mata memerhatikan orang ramai yang sibuk membuat kerja masing-masing.

            ''Ya, anak kembar aunty nak berkahwin.'' aku mengangguk. Tak berani nak bertanya banyak-banyak, aku hanya memerhatikan persekitaran banglo yang sudah dihias dengan pelbagai jenis bunga hidup. Hmm..agaknya rumah mertua aku besar macam ni tak? Aku bermonolog dalam hati.

**********************

            Sudah dua hari aku bekerja di rumah mewah ini. Mereka nak layan aku sebagai tetamu, tapi aku menolak. Aku cakap aku nak kerja. Tengku Mahani mengalah juga akhirnya dan menyuruh aku membantu apa yang patut. Aku menolong bibik mengemas, mencuci toilet dan sebagainya. Tengku Mahani cakap esok baru kendurinya. Eh, sama pula dengan majlis kahwin Tengku Amir Hanif. Wani yang beritahu aku. Dia siap snap dan post kad kahwin lagi dalam peti masuk facebook aku.

              Hari ini barulah anak-anak Tengku Mahani akan pulang termasuklah pengantin lelaki. Aku jenis yang tak suka nak bertanya banyak. Motif aku sekarang cuma nak cari duit poket dan balik ke Kuala Lumpur semula, dan cari alamat dan nombor telefon Wani. Nasib baik aku tak beritahu Wani aku nak datang sini, kalau tak tentu dia risau kalau aku tak sampai-sampai. Tengku Mahani cakap, kalau aku betul-betul nak kerja di sini. Bantulah apa yang patut, selepas majlis selesai dia akan beri rm500 untuk aku. Sekarang ni aku cuma boleh pulang semula ke Kuala Lumpur dengan Rm500 tu. Aku amnesia tiba-tiba. Aku hilang klu untuk mencari rumah Wani. Hadoi, kenapa aku selalu macam ni?

              Sebenarnya, selepas membuat laporan polis, Tengku Mahani menawarkan drebarnya untuk menghantar aku ke rumah Wani. Malam tu puas kami pusing satu Pulau Pinang. Jalan rumah Wani tetap tak jumpa. Jalan sehala, aku terus blurr plus blank. Akhirnya aku balik semula ke rumah Tengku Mahani. Baju yang aku pakai sekarang, Tengku Mahani bagi, katanya baju anak bongsunya. Orang dah memberi aku menerima saja.

              ''Aini, nanti tolong bibik hidang makanan ya. Anak-anak aunty dah balik. Nanti aunty kenalkan dengan Aini ya.'' Tengku Mahani memberi arahan. Kemarin aku tolong bibik hidang makanan juga untuk saudara mara Tengku Mahani.

            ''Baik Tengku!'' aku iakan saja.

          ''Aini ni degilkan? Kan aunty dah cakap jangan panggil Tengku?'' aku hanya tersenyum. Teringat pula kat EnTAH. Dia dah balik ke belum? Aduhai, bilakah rindu ini akan berakhir?

            ''Aini..''

           ''Yupp. Eh..ya Tengku!'' aku tersengeh sambil memandang Tengku Mahani. Tengku Mahani mengeleng kepala melihat aku yang tengah mengelabah. Tersasul pula.

           ''Cakap kat bibik, kalau dah siap semua, boleh hidang sekarang.''

          ''Baik Tengku..'' aku mendapatkan bibik dan menyampaikan arahan Tengku Mahani. Makanan untuk orang besar-besar ni siap ada gubahan lagi. Ada chef yang ditempah khas pula tu. Tugas aku dengan bibik cuma menolong buat kerja-kerja dapur dan menghidang saja. Kalau nak tolong chef pun kena tanya dulu, apa yang perlu dibantu. Bukan boleh main redah saja. Almaklumlah, nama pun chef, mestilah dia nak jaga reputasi dan mengekalkan rasa masakannya.

            Aku menolak troli berisi hidangan bersama bibik ke ruang makan. Hati-hati kami buat kerja. Aku pasti sangat, di ruang makan nanti bukan setakat anak-anak Tengku Mahani saja yang ada, mesti ada saudara mara dan rakan taulan keluarga Tengku Mahani.

             Sampai di ruang makan kami meletakkan makanan di atas meja. Satu persatu pinggan berisi makanan tu aku letakkan di atas meja. Hati-hati dan penuh tertib. Malu dan berdebar-debar bersatu dalam hati. Aku tak pedulikan dengan pandangan dan perbualan orang lain. Janji kerja aku selesai. Esok lusa aku akan dapat upah. Aku dapat rm500 dan balik ke Kuala Lumpur semula. Itu yang aku fikir.

            ''Dah lama kerja di sini?'' seorang lelaki yang sedang berdiri di sebelah aku bertanya. Aku tak menoleh pun ke arahnya. Nak jawab ke tak?

           ''Baru dua hari encik..'' aku jawab perlahan tanpa menoleh pun ke arahnya. Aku meletakkan pinggan terakhir dan ingin berlalu ke dapur semula.

            ''Aini..meh makan sekali.'' macam kelmarin, Tengku Mahani ajak aku makan bersama mereka. Aku tetap mengeleng. Malu kot..

               ''Adoi!'' aku terjerit kuat bila terasa kepala aku diluku. Aku panggung kepala untuk melihat wajah lelaki yang tak beretika ini. Apa salah aku?

             ''Degil tak habis-habis. Kenapa abang call tak dapat? Kenapa off handphone? Kenapa tak online? Kenapa datang Penang tak minta izin abang dulu?'' aku tergamam bila disoal bertubi-tubi. Aku perhatikan semua orang. Kami berdua dah jadi perhatian sekarang ni.

             ''Err..manalah Ain tau. Kenapa tak tanya peragut tu, kenapa dia off handphone.'' aku jawab perlahan. Terdengar ketawa-ketawa kecil bergema. Aku pula dah rasa macam pesalah nak kena hukum gantung saja sekarang ni.

               ''Am..makan dulu. Ajak Aini duduk.'' Tengku Amri tarik kerusi untuk aku dan paksa aku duduk. Aku pandang Tengku Mahani. Tengku Mahani menganggukkan kepala dan menyuruh aku duduk sekali lagi. Aku pandang Tengku Amri. Wajah dia masih serius macam tadi. Marah sangat letew..

             ''Nasib kaulah, abang Am..'' lelaki di depanku bersuara. Aku pandang ke arahnya.

             ''Hai Bos..'' aku sapa dia sambil menganggukkan kepala. Tengku Hanif turut mengangguk dan tersenyum padaku. Aku terdengar ketawa dari yang lain. Apa yang kelakar sangat tu erk?

           ''Kenapa tak bagitau dulu nak datang? Tulah balasan untuk orang degil. Nasib baik jumpa dengan bonda. Kalau jumpa dengan penyangak, bawa jual ke Siam macam mana?'' Tengku Amri duduk di sebelah aku. Sebaik duduk dia sudah mula membebel. Yang aku hairan sangat ni, yang lain tu tahu ke aku ni isteri Tengku Amri? Sejak aku kena ambush dengan Tengku Amri, tiada seorang pun yang menyoal siapa aku.

           ''Kalau kena jual dengan penyangak di Siam, rasanya abang Am la yang meraung dulu. Tengoklah pagi tadi, bila kita pergi jemput kak Aini, dah macam cacing kepanasan dah bila cari kak Aini tak jumpa. Nasib baik jiran sebelah rumah kak Aini cakap, kak Aini datang sini. Kalau tak, tentu abang Am masih menunggu di Kuala Lumpur.'' wanita ayu di sebelah bos aku bersuara.

          ''Tulahkan, nak buat susprise sambut permaisurilah konon. Tau-tau permaisuri buat susprise dulu.'' Sungguh, aku dah blurr mendengar perbualan mereka.

            ''Makan..'' aku pandang pinggan nasi aku. Dalam marahnya Tengku Amri, dah penuh pinggan nasi aku ditimbun dengan lauk. Aku pandang dia. Dia jungkitkan kening sambil melebarkan senyuman. Sengaja nak kenakan aku dia ni. Tengku Mahani mengeleng memerhatikan gelagat kami.

              Aku dah tak tahu nak cakap apa bila berada dikalangan orang-orang besar ni. Sepanjang makan aku berdiam diri. Cuma sekali sekala aku tersenyum, mengangguk dan mengelengkan kepala. Dah macam kena virus bisu saja.

             ''Kak Aini, petang nanti kita pi shopping ya? Kak Aini tentu belum ada baju untuk majlis esokkan?'' wanita ayu yang berada di sebelah bos aku a.k.a Tengku Amir Hanif menyoal aku. Aku belum buka mulut, orang sebelah aku jawab dulu.

              ''Ayu dok saja di rumah. Abang nak bawa wife abang keluar petang ni. Abang masih ada perhitungan yang masih belum selesai dengan dia.'' tu dia, statement Tengku Amri buat aku terkejut gorila. Adakah dia cakap wife tadi? Atau aku sedang berangan sekarang ni?

          ''Ek..eleh, nak buat perhitungan ke nak lepaskan rindu?'' wanita yang dipanggil Ayu menyoal seraya mencebik. Tengku Hanif a.k.a bos aku tergelak. Tengku Mahani hanya memandang tanpa kata. Aku blurr lagi. Lantak koranglah..

            ''Whatever. 3 in 1 pun boleh..'' Tengku Amri ketawa perlahan sambil pandang aku dan kenyit mata. Otak aku terus berkerja, 3 in 1 maksudnya apa? Nombor 1, buat perhitungan. Nombor 2, lepaskan rindu. Nombor 3? Aku hanya menemui tanda soal di situ. Tengku Amri ni memangkan.

*****************

              EnTAH aku bawa aku masuk bilik dia selepas makan. Katanya dia nak denda aku sebab buat dia risau. Teruk dia kena usik dengan yang lain. Dia boleh buat selamba saja. Aku tak mahu ikut, tapi biasa sangatlah. Dia memang juara memaksa dan mengugut. Dia bisik aje ugutan dia tu.

              ''Kalau Ain nak selamat, baik Ain jangan degil. Kalau tak, siaplah Ain.'' macam ni la ugutan dia. Malu aku dengan usikan saudara maranya. Satu hal lagi yang buat aku mengelabah bila bonda cakap aku dan Tengku Amri akan naik pelamin juga esok, sebab aku belum diraikan lagi sebagai menantu dalam rumah ini. Kelu seribu bahasa aku. Nak menolak memang tak mampu. Dah kena cop sebagai budak degil pun.

             Melangkah saja masuk ke dalam bilik, aku sudah berdiri kaku di depan pintu. Apakah ini? Gambar aku bersama Tengku Amri berlambak tergantung di dinding. Gambar pernikahan kami paling besar digantung di kepala katil.

             ''Cantik tak sayang?'' EnTAH menyoal sambil memeluk dan mencium pipiku. Aku dengar bunyi klik dekat pintu. Aik, takkan siang-siang hari nak kurung aku dalam bilik kot? Aku sekeh jugak kang. Aku mula curiga bila melihat renungan nakal EnTAH kepadaku.

           ''Ain banyak nak soal abang ni, sebab Ain tengah blurr sangat ni. Macam mana semua orang dalam rumah ni tahu Ain ni isteri abang?'' aku bertanya lancar bercampur geram dengan gelagat dia selepas masuk ke bilik. Letih pula aku menepis. Suka pula dia bila aku marah dia dengan gelagat nakal dia tu.

             ''Semua orang dalam rumah ni kenal Ain. Ain saja yang tak kenal orang dalam rumah ni. Bonda dah banyak kali jumpa Ain di Kuala Lumpur. Dah banyak kali tengok Ain cuci toilet, mop lantai bagai, cuma Ain tu saja suka buat hal sendiri. Bukannya reti nak panggung kepala tengok orang sekeliling.'' aku termanggu. Malunya, bonda kenal aku rupanya. Kenapa dia tak perkenalkan diri? Dia nak uji aku ke? Hailah nasib..

             ''Jadi, selama dua hari ni bonda tahulah, Ain ni isteri abang?'' EnTAH mengeleng.

             ''Bonda cakap, dia tak perasan pun perempuan yang dia jumpa kena ragut di Lapangan Terbang, siap menangis-nangis, merayu-rayu dia minta kerja tu menantu dia. Bonda bawa Ain balik pun sebab wajah Ain seiras wajah kawan baik dia sejak zaman sekolah dulu, tapi dah terputus hubungan.'' EnTAH bercerita, aku dengar, dan dia terus sambung cerita dia.

             ''Abang sampai di Kuala Lumpur semalam. Abang pakat dengan Hanif dan Ayu untuk buat susprise kat Ain. Ingat nak sambut Ain ala-ala tuan puteri. Abang sewa kereta berhias untuk jemput Ain ke KLIA, tapi abang frust, bila tak jumpa Ain. Puas abang call, tak dapat. Abang online dan tinggalkan mesej dalam inbox.

              Bila nak makan tadi abang orang paling happy bila nampak Ain. Abang bagitau bonda siapa Ain di depan semua. Kami semua sedang berlakon buat-buat tak kenal Ain tadi, tapi hati abang pula terbakar, bila tengok Ain buat don't know kat abang, walaupun abang dah berdiri di sebelah Ain.'' aku ketawa mendengar ayat terakhirnya. Boleh pula dia gigit telinga aku. Lepas geram katanya. Dah lama dia nak buat, sebab aku ni terlalu degil. Huh, yalah sangat.

              ''Err..yang abang cakap 3 in 1 tu untuk apa? Ain cuma tak dapat jawapan terakhir. 1.Buat perhitungan. 2. Nak lepas rindu, yang ke 3, apa pulak?'' selagi tak dapat jawapan, aku takkan berpuas hati. Tanya tetap tanya.

             ''Takkan Ain tak tahu?'' dia tanya sambil merenung aku. Ada senyuman herot di bibirnya. Siap jungkit-jungkit kening lagi.

             ''Kalau dah tau, buat apa Ain tanya lagi?'' aku jawab sambil mendengus geram.

            ''Abang nak padamkan rindu Ain yang sedang membara tulah. Takkan dah lupa dengan puisi terakhir Ain?'' EnTAH menjawab dan menyoal aku balik. Erkk..aku kelu sekali lagi dan pergerakanku juga turut kaku bila EnTAH semakin bertindak nakal.

            ''Jom!'' dia bersuara perlahan.
    
           ''Pergi mana?'' aku tanya ragu-ragu.

           ''Turun bawah, kita solat jemaah di bilik solat.'' dia berkata sambil membuka pintu dan keluar dari bilik. Tinggal aku seorang yang masih termanggu-manggu dengan sikapnya. Bila EnTAH sudah menghilang barulah aku tertawa seorang.

*****************

            Berakhir sudah debaran di pelamin impian. Aku bakal berdepan pula dengan debaran lain. Ugutan dari encik suami buat aku cemas bila malam menjelang. Kadang-kadang aku terfikir, adakah aku ni berkahwin dengan ketua gengster? Suka sangat mengugut, memaksa dan yang sewaktu dengannya.

            Bila mengimbas kembali persandingan siang tadi, baru aku teringat rancangan Mahligai Cinta yang aku saksikan di tv sebelum aku datang ke sini. Pengantin lelakinya adik kembar Tengku Amri dan pengantin perempuan pula bekas tunang Tengku Amri. Majlis yang disiarkan dalam rancangan tu adalah majlis dipihak perempuan.

            Mengikut cerita yang aku dengar, Syarifah Haslinda bertunang dengan Tengku Amri kerana kehendak keluarga. Kerana Tengku Amri selalu sibuk, Tengku Amir Hanif yang selalu berurusan dengan Syarifah Haslinda dalam semua hal, dan kasih pun beralih arah. Kononnya Tengku Amri bawa diri dan datang ke Kuala Lumpur. Merajuklah kononnya tu. Hari pertama dia datang Kuala Lumpur tulah dia cari pasal dengan aku. Pengakuan Tengku Amri pada aku, bila dia tahu akulah cik Penyair, dia nekad untuk terus mengikat aku.

              Hari ini juga aku bertemu dengan uncle Burn dan aunty Sarimah. Terungkap pula kisah 25 tahun yang lalu. Arwah ibu, aunty Sarimah dan bonda adalah kawan baik, tapi mereka terpisah bila masing-masing mendirikan rumah tangga. Aunty Sarimah dan arwah ibu bertemu kembali sebab arwah abah dengan uncle Burn berkawan baik. Yang paling aku tak sangka arwah ibu dan aunty Sarimah pernah berpakat untuk menjodohkan aku dengan abang Fikri. Rumit betul kehidupan inikan? Kita merancang, tapi Allah yang menentukannya. Sudah tertulis jodoh aku untuk Tengku Amri Hazif, walau pun cara kami bersatu sebab kena ugut dengan ketua gengster. Hehe...

             ''Makkk!'' aku terjerit kecil, bila terasa pinggangku dicuit. Aku dok syok berangan, ada pula ketua gengster yang nak kacau aku. Aku tak peduli dengan kehadirannya. Aku pandang jam di dinding. Sudah pukul 12 malam. Aku bercadang nak on lappy dan login facebook tadi, ketua gengster ni pula dah masuk bilik. Hiesyy..menganggu ketenangan betul. Aku baru rancang nak tulis sebuah puisi.

              ''Dah bersedia belum? Kenapa tak pakai baju yang macam abang suruh tu?'' ketua gengster di sebelah aku sudah mula menyoal. Tadi dia ada pesan ''Malam nanti bila abang masuk bilik, abang nak tengok Ain pakai baju yang Ain pakai masa first kita tinggal serumah. Kalau Ain tak pakai macam tu, Ain tahulah nasib Ain nanti.'' itulah pesanan penaja dan ugutan ketua gengster untuk aku tadi. Tak ada maknanya aku nak ikut. Aku kan dah kena cop sebagai budak degil.

            ''Nak buat apa tu? Takkan nak online lagi? Dah pukul 12 Ain, abang dah letih ni. Nak tidur. Ain tak letih ke?'' ketua gengster soal aku bila aku tak pedulikan dia dan mula on lappy dia. Hehe..pinjam sat, aku mana bawa lappy. Kalau bawa pun, tentu hilang sekali bersama beg aku hari tu.

           ''Alah..sat saja. Abang jangan nak kedekut sangat. Ain nak taip satu puisi saja. Lepas tu Ain out la.'' aku mula login facebook depan dia. Ada lima mesej diterima dalam peti masuk. Aku klik dulu mesej tu. Dua mesej dari Wani. Tiga mesej dari Putera Amri.

14/11   12.45pm
Wani cute
Wey, awat aku call hang tak dapat?

15/11    10.00am
Wani Cute
 Hang jadi mai ka dak?

           Alahai, kesiannya kawan aku ni. Siang tadi dia tak datang pun. Aku tunggu juga dia, sebab hari tu dia yang beria-ia nak datang sini. Aku ambil keputusan untuk membalas mesej dia. Sempat aku mengerling di sebelah, mata encik suami dah kuyu. Dia dah rebah pun atas tilam. Aku hanya tersenyum saja. Letih tersangat letew.

16/11   12.07am
Anggerik Desa
Sori wani, aku ingat nak buat susprise kat hang, tapi aku kena ragut hari                                            pertama aku datang sini. Semua barang aku hilang. Lepas tu aku sesat, tapi hang jangan bimbang, sebab aku sesat di rumah mertua aku. Bagi nombor telefon hang lain, dengan alamat sekali. Aku tanya bos hang, dia kata dia tak tau rumah hang.

           Selepas aku balas mesej Wani, aku buka pula mesej Putera Amri. Sebelum klik aku kerling lagi encik suami. Dah hanyut dibuai mimpi. Tulah..silap buat ugutan, akhirnya tersadai sendiri. Hehe...

15/11  8.00am
Putera Amri
Sayang, kenapa call tak dapat? Abang risau!

15/11  9.45am
Putera Amri
 Sayang di mana?

15/11 10.30am
Putera Amri
Sayang please, jangan buat abang macam ni!

          Tiga mesej pada hari yang sama tapi berlainan masa. Aku klik pula pada nama sendiri dan masuk timeline sendiri. Aku klik pada kotak share dan mula menaip puisi luahan hatiku.

Anggerik Desa
Hebatnya Cinta

Cinta..
Kala ia hadir hati sudah berdetik,
Maka rindu pun berputik,
Benih-benih sayang pun disemai,
Bersama taburan baja-baja kasih,
Lalu mekarlah bunga-bunga cinta,
Dalam mahligai setia,

Cinta...
Hadirnya mewangi di hati,
Mekarnya memenuhi jiwa,
Harumnya mendamaikan sukma,
Lalu terdampar di pantai asmara,

Cinta...
Betapa hebatnya ia,
Hidup berdua dan saling bergurau senda,
Menjalin rasa sayang,
Menitipkan rasa kasih,
Membuahkan rasa setia,
Untuk saling merasa bahagia,
Hidup bersama selamanya.

Luahan Rasa Cinta
~PQA~
Feeling-Great - :D  -with-Putera Amri

           Selepas aku share puisi tu aku terus logout dan off lappy. Lappy encik suami aku simpan semula ditempatnya. Aku kembali ke katil dan baring di sebelah encik suami a.k.a EnTAH aku a.k.a Tengku Amir Hazif. Macam biasa aku renung wajah dia sebelum terlelap. Aku bukan penyair. Aku cuma manusia biasa yang meluahkan rahsia hati melalui puisi. Oh..sebelum aku terlupa, cek rm50.000 yang kononnya ada dalam beg yang Tengku Amri cakap tu semuanya auta belaka. Dia sengaja nak ugut aku dan aku pula percaya sangat dengan dia. Kalau sudah jodoh tu buatlah macam mana pun tetap tak boleh lari ke mana.

             Macam juga kes aku dengan bonda. Memang bonda pernah tengok aku tiga kali di Kuala Lumpur, tapi bonda cakap masa tu aku pakai baju uniform cleaner sebab tu dia tak perasan aku ni menantu dia, bila jumpa aku di Lapangan Terbang. Takdir Allah tiada siapa yang menduga. Kan aku dah cakap, hidup ini Allah yang tentukan.

******************

 Anggerik Desa

Yang Indah Hanyalah Sementara

Mengapa begini?
Sepi ini menjerut diri,
Rasa sesak nafasku ini,
Kerana keindahan itu tiada lagi,
Apa salahku sayang?
Adakah kau sudah berubah hati?

Apa mahumu?
Menghadiahkan rasa sepi ini untukku,
Tega benar dirimu,
Menghancurkan jiwaku,
Aku perlukan kasih sayangmu,
Aku perlukan dirimu sayang,
Jangan tinggalkan aku!

Sayang...
Kembalilah, kerana sepi ini buat aku rindu,
Rindu ini buat aku sakit,
Sakit ini buat aku terluka,
Hanya kau yang mampu merawatnya.

~PQA~
Feeling-Alone :(

             Aku post lagi puisiku untuk kesekian kalinya. Tiba-tiba aku teringin menulis cerpen lagi. Aku pilih tajuk cerpen aku Aku Bukan Penyair, gara-gara Tengku Amri memanggil aku Cik Penyair. Aku tulis kisah hidup aku selepas kehilangan ibu dan abah, juga kisah cinta aku dan Tengku Amri. Sekarang ni aku cuba mendalami perasaanku andai aku ditinggalkan Tengku Amri.

             ''Siapa yang kena tinggal? Sayang buat puisi untuk siapa tu?''  Tengku Amri menegur. Bila masa pula dia ada kat belakang aku ni? Aku menoleh, dia siap jungkit kening lagi sambil merenung tajam ke wajahku. Bibirku lantas melebarkan senyuman. Idea bertindak pantas untuk mengenakan dia.

           ''Untuk rakan FB baru. Semalam kami chat sampai pagi, dia cakap dia nak pergi luar negeri.'' aku menjawab sambil berpusing mengadap skrin kembali. Aku dengar Tengku Amri sudah mendengus kasar. Tak puas hati letew?

            ''Ain memang degilkan? Kan abang dah larang Ain, jangan chatting dengan lelaki lain selain abang. Kalau abang yang chatting dengan perempuan lain, Ain marah tak? Tentu Ain akan cemburukan?'' Tengku Amri sudah duduk di sebelahku. Aku main-main saja. Dia pula ambil serius dengan gurauan aku tu. Aku toleh ke sebelah sambil mengenyitkan mata. Dia ketuk kepala aku dengan majalah.

             ''Sakitlah, abang ni..suka ketuk kepala Ain. Ain gurau je la. Ni puisi untuk cerpen Ain. Dah lama Ain tak tulis cerpen. Saja ja Ain nak asah minda.'' aku mengosok kepalaku sambil menerangkan keadaan sebenar kepadanya. Cemburu bangat ini suami. Suami siapa entah? Hehe..

              ''Pandai ke Ain tulis cerpen? Nanti siap bagi abang baca, nak tengok cerpen Ain tu taraf sekolah rendah ke sekolah menengah?'' Tengku Amri tersengeh. Aku memasamkan muka. Aku tahulah, aku ni bukan pandai pun.

            ''Oh..Ain gurau dengan abang boleh. Abang gurau dengan Ain, pandai pulak nak tarik muncung?'' Tengku Amri tarik hidung aku. Aku tepis pantas. Sakit kot.

           ''Dah, dah..seri 1-1. Ni..Ain nak tanya abang, dah lama dah ni. Abang kelentong apa dengan ustaz Akil dan ustazah Zainab tu, sampai mereka nak nikahkan kita, siap buat kenduri untuk kita lagi?'' aku berpusing dan mengadap Tengku Amri, cerpen aku yang baru nak bermula aku biarkan dulu. Isu ni lagi penting aku rasa. Giliran encik suami pula tarik muka. Aku buat tak peduli.

            ''Bila masa pulak abang kelentong? Malam tu lepas Isyak abang berbual dengan ustaz Akil. Abang cakap kat dia abang nak sewa rumah Ain. Dia ajak abang ke rumah dia, tapi abang tak mahu. Dia panggil beberapa orang jemaah masjid. Kebetulan salah seorangnya kenal dengan abang, jadi dia buat saranan kepada abang suruh abang kahwin saja dengan Ain.'' aku dengar dengan teliti .Macam cerita tergantung saja. Aku suruh dia cerita lagi.

             ''Apa jadi selepas tu?'' aku menyoal Tengku Amri. Masih tak berpuas hati.

             ''Abang minta tempoh. Abang cakap abang nak buat solat Isthikarah dulu. Abang tanya mereka pasal Ain. Siapa Ain, keluarga Ain dan sebagainya.'' Tengku Amri menarik nafas sebelum menyambung kembali.

        ''Malam tu abang tak dapat tidur. Selepas buat solat Isthikarah pun abang tak mendapat jawapannya. Abang pujuk hati, dan untuk menghilangkan serabut kepala abang, abang on Facebook dan chat dengan Ain, tapi puisi Ain pulak macam orang baru jatuh cinta saja..'' Tengku Amri berhenti berkata-kata dan ketawa. Aku pula yang rasa berbahang. Hiesy..boleh lagi dia nak ketawakan aku.

             ''Puisi tu untuk abangkan? Maknanya dalam marah-marah Ain tu, Ain dah suka kat abang la ya?'' dia soal aku sambil ketawa. Geram pula aku.

         ''Elehh..biarlah untuk siapa pun. Ingat abang sorang saja rakan Facebook Ain?'' aku tak mahu mengalah. Sengaja aku nak mendera perasaan encik suami ni. Kelat jugalah wajah dia selepas itu.

           ''Ain..serius sikit boleh tak?'' aku tersengeh. Tengok wajah Tengku Amri yang dah merah tu, aku tau dia sedang marah. Aku capai tangan dia dan bawa ke bibir. Aku cium tangannya setulus hati.

           ''Yer, puisi tu memang untuk abang pun. Ain pun tak tahu, bila abang tanya pasal puisi, Ain akan tulis puisi macam tu. Err, status abang malam tu untuk siapa ya? Apa yang  abang jumpa?'' bila dia tanya pasal puisi, baru aku teringat pasal status dia malam tu.

          ''Jumpa Ainlah. Hanif cabar abang, dia kata abang dah lepaskan Linda untuk dia, jadi dia nak abang mencari seseorang untuk naik pelamin bersama dia. Bila abang buat keputusan untuk menikah dengan Ain, abang anggap abang dah jumpa apa yang abang cari.'' Tengku Amri menghentikan ceritanya sambil menarik tangan aku supaya berdiri. Aku panik.

            ''Eh, nak ke mana pulak ni? Ain nak tulis cerpenlah abang.'' aku tetap berdiri walau bersuara memprotes. Tengku Amri simpan manuskrip cerpen aku dan off laptop. Aku dah bercekak pinggang. Dia heret aku ke bilik, sempat aku mengerling jam di dinding, baru pukul 10.30 malam.

            ''Abang dah bagitau Ainkan pasal mas kahwin Ain ni. Kenapa Ain tak ambil buku akaun ni dan simpan?'' masuk saja ke bilik, Tengku Amri serahkan aku buku akaun bank. Aku tercenggang juga. Mungkin dia pernah bagitau, cuma aku yang terlupa.

           ''Erkk? RM12,120.13?'' aku garu kepala sambil duduk di birai katil. Tengku Amri ikut duduk di sebelah aku sambil merangkul bahuku.

           ''Dua belas ribu, seratus dua puluh ringgit, tiga belas sen bersamaan 12.10.2013 okey tak? Abang tak tahu nak bagi banyak mana, abang tanya ustaz Akil, dia cakap ikut suka. Pagi kita nikah tu abang sibuk berkejar ke sana sini. Abang bagi duit untuk ustaz Akil buat kenduri dia tak mahu. Dia kata Ain dah macam anak kandung mereka. Semua hantaran dan cincin ustazah Zainab yang siapkan. Abang cuma bagi duit saja.'' aku menghela nafas berat. Terasa berdosa lagi. Aku siap sumpah seranah dia lagi sebab dia paksa aku nikah.

          ''Ain tak fahamlah bang, selalunya nak menikah ni kena ambil masa beberapa hari untuk siapkan semua hal, tapi kita senang pulakkan?'' aku bertanya ragu. Aku bukannya tahu apa-apa pun. Tahu-tahu dah jadi isteri orang. Macam bermimpi pula.

         ''Yang senang tu Ain. Abang ni yang teruk kena interview masa nak isi borang nikah tu. Abang minta maaf sebab abang curi I.C Ain. Siapa suruh Ain letak I.C Ain merata-rata.'' aku berfikir sejenak. Bila masa pula dia curi I.C aku ni? Aku pandang tepat ke wajahnya.

           ''Bila abang curi? Ain tak tau pun..'' aku blurr. Tengku Amri sudah naik ke katil dan merebahkan badannya. Aku angkat kedua kaki dan duduk bersila mengadapnya.

            ''Ain, Ain..sampai tak perasan. Nasib baik abang yang baik hati ni yang curi. Pagi tu abang datang rumah Ain nak minta I.C ,tapi abang tak jumpa Ain. Abang jumpa I.C Ain atas meja sofa, abang ambil sajalah. Pintu pun Ain tak kunci, kalau pencuri masuk macam mana?'' aku imbas balik hal pagi tu. Seingat aku, aku tengah isi resume untuk minta kerja secara online. Aku tinggalkan sekejap sebab pergi bilik air. Aku tepuk dahi tiba-tiba.

              ''Tidurlah Ain. Abang letih ni. Esok nak kerja lagi.'' aku tak membantah. Aku bangun dan turun dari katil. Lampu tidur aku on dan tutup lampu bilik. Aku naik ke katil semula dan rebahkan badan di sebelah encik suami.

         ''Good my girl. Macam ni baru boleh bagi cucu kat bonda cepat.'' aku menjeling manja ke arah encik suami. Suka letew aku ikut arahan dia tidur awal malam ni. Alahai EnTAHku!

******************

            Pagi tadi aku dihubungi oleh seorang pegawai polis. Polis tu meminta aku untuk menuntut kad pengenalan aku yang telah ditemui. Maknanya aku kena pergi ke Pulau Pinang. Macam mana ni? Tengku Amri terlalu sibuk sejak berpindah semula ke Kuala Lumpur. Dia dengan Tengku Hanif bertukar tempat. Tengku Hanif balik bertugas di Penang. Memandangkan rumah inilah satu-satunya harta yang abah dan ibu tinggalkan untuk aku, aku berdegil dan tak mahu tinggal di Penang. Bonda dan papa tak menghalang. Kata mereka keputusan di tangan Tengku Amri.

             Selepas kami kahwin, aku tanya Tengku Amri kenapa dia berpindah balik ke Penang, sedangkan dia yang beria-iya untuk sewa rumah aku hingga paksa aku kahwin dengan dia. Jawapan dia buat aku terdiam sejenak.

             ''Abang yang minta tukar dengan Hanif. Abang macam dalam dilema masa tu, antara keliru dan rasa serba salah. Abang keliru dengan perasaan abang sendiri. Abang juga rasa bersalah kerana paksa Ain kahwin. Tapi selepas abang balik Penang, abang asyik ingat kat Ain, terutama kenangan kita di Cameron Highland dan malam tu. Abang bangun awal pagi tu. Bila abang tenung wajah Ain, abang rasa hati abang ni sakit sangat sebab terpaksa tinggalkan Ain.

             Bila abang login Facebook dan baca puisi Ain, abang rasa gembira. Abang dah agak Ain pun sukakan abang. Masa tu abang rasa keputusan abang paksa Ain nikah dengan abang bukan satu kesilapan, tapi Allah memang anugerahkan Ain untuk abang. Bila Ain post puisi ke inbox abang tu, abang rasa macam nak terus balik Kuala Lumpur, tapi bila abang bagitau bonda pasal Ain, bonda suruh abang bersabar dan bagi peluang pada Ain untuk terima abang perlahan-lahan.''

            Ya Allah, disebalik ujian yang Kau turunkan, tersembunyi Hikmah yang aku tak nampak. Betapa beruntungnya aku mendapat keluarga mertua yang begitu amat memahamiku. Di rumah ini tersimpan seribu satu kenangan bersama ibu dan abah. Rumah ini takkan aku jual atau sewakan pada sesiapa pun, biar apa pun akan berlaku selepas ini. Aku berjanji dengan diri sendiri.

             Asyik aku melamun hingga terlupa dengan panggilan yang aku terima tadi. Aku bingkas bangun dan menuju ke bilik. Aku bersiap ala kadar dan bercadang untuk ke pejabat Tengku Amri. Setakat ini tiada siapa yang tahu aku ini isteri Tengku Amri rasanya. Hari persandingan kami dulu, tiada seorang pun rakan sekerja yang hadir termasuk Wani.

            Bercakap pasal Wani, aku simpati dengan nasib kawan baik aku tu. Hari kami berkahwin, tunang Wani memutuskan pertunangan mereka sedangkan majlis nikah mereka cuma tinggal tiga hari saja. Kononnya, tunang Wani yang baru mendapat tahu Wani yang pernah gemuk akan kembali gemuk selepas kahwin. Dangkal sungguh fikirannya. Nampak sangat dia menerima Wani kerana rupa. Manusia begini tidak pernah mengunakan otak sebelum bertindak. Walau apa pun aku tabik dengan Wani. Dia tetap Wani yang ceria. Wani kata..

       ''Biarlah Putri, Allah Maha Mengetahui. Mungkin dia bukan jodoh aku. Mungkin jodoh aku datang macam kau. Siapa tahukan. Dapat Tengku lagi..'' sempat lagi Wani berseloroh. Sebagai kawan aku hanya mampu mendoakan Wani, semoga dia mendapat seorang lelaki yang benar-benar mencintainya, kerana hatinya bukan kerana rupa dia yang dah jadi ayu lagi anggun tu.

************************

            Aku sampai di Syarikat Tengku Amir & Sons. Aku menuju ke kaunter depan pejabat untuk bertanyakan tentang Tengku Amri. Penyambut tetamu Miss Adlene menegurku ramah. Aku hanya bekerja sebulan lebih saja di sini, sebelum Tengku Amri menyuruh aku berhenti dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Tengku Amri tak mahu aku bekerja kerana tak mahu anak-anak kami nanti dijaga oleh pengasuh. Ishh..berangan jer, baru kahwin dah fikir pasal anak. EnTAHlah ni..

             ''Ain, you mana pigi? I lama tak nampak you ma. You sudah berenti ka?'' amoi tu sudah mula menyoal aku. Dia memang peramah orangnya, bukan macam kawan dia yang di sebelah dia tu. Menyombong tak bertempat. Mentang-mentanglah aku ni cleaner saja sebelum ni, dia tengok aku senyum pun tak. Nama dia Nur Ayuni. Muka tak ayu mana pun, tapi selalu perasan ayu. Kalau orang panggil namanya mesti dia akan ucap terima kasih.

               ''Ayu!''

              ''Terima Kasih Amran.'' haa, kan aku dah cakap. Amran budak despatch sudah mencebik sambil memandang ke arah lain.

              ''Ada surat tak? Bak sini, aku nak naik ni.'' Amran bersuara kepada Ayu sebelum menoleh ke arahku. Dia mengukirkan senyuman. Aku membalas sambil menganggukkan kepala.

            ''Awak dah resign ke? Lama tak nampak? Kata sign kontrak tiga bulan?'' Amran menyoal aku. Adlene pun macam berminat untuk mendengar. Cuma minah Ayu tu saja buat hal sendiri.

          ''Tak adalah. Ain kena pecat.'' penyataan aku buat Amran dan Adlene terlopong. Aku nampak Ayu tersenyum sambil memandang sekilas ke arahku.

             ''You buat salah apa Ain, sampai kena pecat?'' aku senyum pada Adlene. Amran yang sudah memegang sampul-sampul surat yang diberi Ayu, masih setia untuk mendengar ceritaku.

             ''Ain mencuri..'' sekali lagi mulut Adlene terlopong. Amran memandang aku tak berkelip. Ayu pula terus ketawa kecil. Suka pula dia aku dipecat kerana mencuri, tanpa mereka tahu yang aku curi tu adalah hati Tengku Amri.

          ''Err..Adlene, Ain datang sini sebab nak jumpa dengan Tengku Amri. Dia ada tak? Boleh Ain jumpa dia?'' sebelum aku diterjah dengan berjuta-juta soalan, lebih baik aku yang bertindak dulu.

            ''Kau nak buat apa jumpa Tengku? Dia sibuklah, mana ada masa nak jumpa orang macam kau.'' Adlene yang aku soal belum sempat buka mulut, Ayu yang mencelah dulu. Aku buat selamba saja. Sikit pun tak terasa dengan ayat dia tu.

            ''Aku nak naik atas ni. Jomlah, ikut aku. Tadi rasanya ada saja Tengku di atas tu. Rasanya dia tengah discuss dengan client. Tak taulah dah selesai ke belum. Kau ada hal apa Ain nak jumpa dengan Tengku? Nak minta kerja kau balik ke?'' aku hanya tersenyum dengan serkap jarang Amran. Tak penting pun untuk aku menjawab, aku buat isyarat untuk berlalu sambil melangkah.

           ''Daripada kau merayu untuk mendapatkan kerja kau balik, lebih baik kau cari saja kerja lain Ain. Orang macam kau tak susah pun untuk dapat kerja.'' aku ketawa mendengar kata-kata Amran. Kami sedang menunggu lift untuk naik ke pejabat Tengku Amri. Aku diam saja. Pintu lift terbuka, aku tergamam di pintu lift.

             ''Nak ke mana ni Ain? Keluar rumah tak reti nak minta izin abang dulu ke?'' tak pasal-pasal dah kena bebel. Aku ingat nak buat susprise tadi. Amran sudah memandang kami silih berganti.

           ''Ain nak jumpa Tengku Amri, nak minta kerja Ain balik.'' aku saja nak bergurau memandangkan Amran ada di sebelah. Cepat saja Tengku Amri mengetuk kepala aku dengan fail di tangannya. Aku mendengus geram. Boleh biul otak aku kalau asyik kena ketuk saja.

            ''Abang nak kena keluar jumpa client. Jom ikut abang. Nanti selepas jumpa client kita pergi lunch.'' Tengku Amri memaut bahu aku tanpa mempedulikan Amran di sebelah. Kepala aku yang dia ketuk tadi dia usap perlahan.

             ''Adlene..nanti saya tak balik pejabat balik. Kalau ada apa-apa pesanan awak bagitau Normala ya.'' Tengku Amri singgah di ruang menyambut tetamu sebelum keluar. Aku melambai pada Adlene sebelum Tengku Amri menarik tangan aku. Kalut aku melepaskannya kembali dan sempat mengerling Ayu. Dia memandang aku tajam. Tak faham betul aku dengan minah sorang ni. Aku bukan pernah buat salah apa pun dengan dia.
************************

              ''Minggu depan kami nak buat trip ke Langkawi. Ain nak ikut tak?'' Tengku Amri menyoal aku ketika aku baru mula nak menyuap. Dua jam juga tadi aku menunggu dia habis berbincang dengan client. Perut aku pun dah lapar sangat.

             ''Langkawi? Macam best saja. Abang pergi sekali?'' aku menghentikan suapan dan menyoal balas. Aku pandang tepat ke wajah Tengku Amri. Dia sedang rancak mengunyah. Aku sabar menanti.

           ''Wajiblah abang pergi sekali. Abang ada kerja di Langkawi. Sambil buat kerja sambil makan angin. Jomlah, kalau Ain ikut boleh buat 3 in 1.’’ Tengku Amri ketawa. Aku kerut dahi memikir.

          ''3 in 1?'' otak aku tak berfungsi, terpaksa juga aku menyoal. Dalam berbual nasi kerabu dalam pinggan dah tinggal separuh.

           ''Yang ke 3 tu honeymoonlah sayang. Kalau Ain tak pergi macam mana abang nak honeymoon.'' Tengku Amri kenyit mata dan ketawa. Aku hanya tersenyum. Minda sudah membayangkan keindahan Pulau Langkawi.

           ''Siapa lagi yang pergi? Pergi dengan apa? Kenderaan sendiri atau syarikat?'' perbualan masih berlangsung. Tengku Amri sudah menghabiskan nasinya. Sementara Tengku Amri nak menjawab aku menyuap suapan terakhir. Straw aku sisipkan ke bibir. Jus epal aku sedut perlahan. Sejuk rasa tekak. Inilah namanya nikmat rezeki. Selesai makan aku ucap Alhamdullilah di dalam hati.

             ''Dari sini kita naik bas. Kita akan singgah di Butterworth untuk ambil pekerja di sana. Dari Butterworth kita akan terus ke Kuala Perlis. Mungkin Hanif dan Linda pun akan ikut sekali.'' aku sudah mula teruja. Mesti Wani pun akan ikut sekali. Itu yang aku fikir.

            ''Wani?'' aku menyoal pantas. Tengku Amri jungkit bahu. Aku beriak biasa kembali. Kan best kalau Wani pergi sekali. Tentu aku ada geng.

               Selepas makan, memandangkan Tengku Amri tak mahu pergi semula ke pejabat, aku ajak dia ronda-ronda Kuala Lumpur. Dia bawa aku ke Taman Tasik Putrajaya. Best juga sesekali keluar dating dengan suami sendiri. Tengku Amri yang romantik and caring buat aku rasa selesa dan aman di sisinya. Time ni la aku boleh nak bermanja pun. Bila dia dah mula sibuk nanti, outstation sana sini, aku yang ditinggalkan ini pasti akan merindu separuh gila lagi. Hadoi..ini yang lecehnya berkahwin dengan orang berada. Benarlah kata orang. Takkan ada orang yang sempurna. Kaya atau miskin pasti akan ada masalah yang berbangkit.

             Hidup ini memang begini. Selalunya yang miskin mesti akan mengatakan betapa beruntungnya orang kaya, dapat apa saja yang mereka hajati, tapi aku pernah baca status seorang penulis yang bernama Szaza Zaiman dalam facebook.

Orang sakit : Ya ALLAH, sihatkanlah tubuh badanku supaya mudah aku beramal ibadat.

Orang Sihat : Alah, rilex ar, aku sihat walafiat lagi. Lambat lagi nak mati, kita enjoy dulu.

Orang kurus : Kenapa la aku ni kurus sangat, sekeping macam papan saja. Syok tengok mereka badan berisi.

Orang gemuk : Jealous aku tengok mereka, makan banyak mana pun, badan dok maintain saja. Aku ni puas diet, tak kurus-kurus.

Orang kaya : Aku cari duit banyak mana pun tetap rasa tak cukup, orang miskin aku tengok  relax saja.

Orang miskin : Syoknya kalau aku kaya, apa aku nak semua aku dapat.

Orang tak beriman : Kenapalah Allah ni tak adil? Aku tak pernah hidup bahagia, macam-macam bala dok timpa aku.
Orang beriman : Alhamdulillah..Ya Allah, aku terima apa saja yang kau turunkan untukku. Kau berikanlah HidayahMu dan jadikanlah aku orang yang beriman dan bertaqwa. Aku Redha Ya Allah, dengan apa yang Kau berikan.

p/s: Siapakah anda?

            Manusia takkan pernah puas dengan apa yang mereka ada, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Mereka ini sentiasa Redha dengan apa yang Allah berikan, kerana hanya Allah di dalam hati mereka.

********************

            Jarum jam terus berputar. Hari terus berlalu dengan begitu pantas sekali. Kami akan bertolak awal pagi, tapi apa yang dirancang selalunya tak menjadi seperti yang diharapkan. Hari yang sama, tiba-tiba Tengku Amri ada hal. Dia suruh aku ikut rombongan menaiki bas. Dia akan menyusul kemudian. Aku terpaksa mendengar arahannya kerana dia tak membenarkan aku untuk tarik diri. Pakaian dia, aku masukkan bersama pakaianku dalam satu beg.

             Aku diambil oleh pemandu syarikat di rumah dan menuju ke Syarikat Tengku Amir & Sons. Ketika aku sampai, sudah ada beberapa orang pekerja yang sedang menanti bas di hadapan pejabat. Jantung aku berdebar kuat bila aku melihat yang menunggu hanyalah orang atasan. Huarghh..aku dah stress. Dalam hati berdoa, mudahan Adlene ikut sekali. Ada juga geng aku. Geng cleaner, dah sahlah takkan ikut. Mungkin tak mampu atau sebaliknya. Dengar kata, tambang pergi dan balik syarikat yang sponsor, termasuk penginapan 3 hari 2 malam kami di Langkawi, cuma makan dan shoping saja sendirian berhad.

         ''Ain..you ikut jugak ka? Waa..ini manyak bagus ma.'' aku urut dada bila Adlene tiba-tiba menyergah aku. Bibir aku melebarkan senyum akhirnya. Yess, ada geng. Tapi..sekejap cuma senyuman itu mampu menghiasi bibirku bila melihat Andy sudah tersenyum dari jauh. Kekasih amoi ni ikut sekali daa..huhu..

           ''Eh..macam mana kau pun boleh ikut sekali ni? Ini trip untuk orang yang kerja office saja. Kau tu cleaner saja pun. Layak ke? Lagi pun kau dah kena pecatkan? Jangan-jangan kau ni perempuan simpanan Tengku. Apa yang kau dah bodek Tengku tu hah?'' Ya Allah, minah Ayu yang tak ayu mana ni, mulut dia busuk macam longkanglah. Nak jawab ke tak? Nak jawab ke tak? Aku masih memikirkan kata-kata apa yang harus aku jawab bila bas datang. Ahh, tak payah layanlah minah ni. Buang karan saja.

             Aku angkat beg dan memasukkannya ke dalam tempat yang dikhaskan. Aku terus melangkah untuk menuju ke pintu bas bila baju aku ditarik. Aku berpusing dan memandang si pelaku. Apa lagi la yang minah ni nak?

            ''Kau pernah cermin muka kau tak? Tentu tak pernahkan? Kalau kau sedar diri tentu kau tarik diri dan balik ke rumah buruk kau tu. Kalau kau tak tarik diri, nampak sangat kau ni memang jenis muka tak malu.'' aku kerut dahi. Apa masalah minah ni sebenarnya?

             ''Kau ni kenapa? Apa masalah kau? Setahu aku, aku tak pernah hutang apa-apa pun dengan kau? Aku pun tak pernah cari pasal dengan kau.'' aku berkata sambil berlalu. Perut bas aku masuki tanpa memandang ke belakang lagi. Lantak kau la minah. Malas aku nak melayan orang macam dia. Mentang-mentanglah aku ni tak suka dressing lebih-lebih, boleh pula dia nak judge aku macam-macam.

              Bas mula bergerak. Tak ramai pun orang. Dalam sepuluh orang saja termasuk aku. Aku ambil tempat di tengah bas. Tiada teman di sebelah. Adlene dengan Andy semestinya. Ayu duduk di sebelah Normala, setiusaha Tengku Amri. Yang lain-lain tu aku tak kenal. Macam bawa keluarga saja. Ada tiga orang kanak-kanak yang turut serta, mungkin anak-anak pekerja atasan ni. Ahh..malas aku nak ambil tahu. Lebih baik aku buat hal sendiri.

              Aku keluarkan telefon dari beg tangan. Aku mula login Facebook. Dah lama aku tak menulis puisi. Sementara ada kesempatan ni, apa kata aku asah minda sikit. Sebelum aku mula mengarang puisi, aku chek dulu notification dan mesej dalam peti masuk. Beginilah aku setiap kali login facebook. Notification dan mesej selalu aku utamakan. Manalah tahu ada berita-berita terkini. Kalau mesej dari rakan lelaki memang aku tak berani nak layan dah sekarang ni, walau aku masih approve kalau ada yang add aku.

          Selepas aku respon apa yang patut aku mula masuk timeline sendiri. Teringin pula nak tukar gambar Profil. Aku muat naik gambar baby senyum. Aku jadikan gambar profil sambil bibir pun turut menguntumkan senyum. Tanganku usap perut. Aku perasan dah dua minggu period aku lewat. Mudahan ada berita gembira yang menanti.

           Aku mula klik pada kotak share. Apa pula tajuk puisi aku hari ni? Apa perasaan yang ingin aku luahkan? Otak aku ligat berfikir. Bila sudah mendapat apa yang aku nak, bibirku sekali lagi menguntum senyum tanpa sedarku.

Anggerik Desa
Aku Tunggu Hadirmu

Sayang..
Hati ini meronta lagi,
Bukan derita yang ku rasa,
Tapi bahagia yang memayungi diri,
Aku sudah tidak sabar menanti hadirmu,
Di dalam diriku ini,

Sayang..,
Alangkah bahagianya perasaan ini,
Andai apa yang ku duga benar belaka,
Tak sabar hati ini menanti,
Hadirmu pasti bererti,
Buat aku dan dia,

Sayang...
Mungkin hadirmu terlalu awal,
Tapi, tidak mengapa,
Kerana hadirmu memberi bahagia,
Hadirmu bakal menyempurnakan segalanya,
Aku tunggu hadirmu sayang!
Dengan sepenuh hatiku. :D

Aku Yang Sedang Bahagia
     ~PQA~
Feeling-Happy :)

            Aku terus post tanpa rasa berbelah bahagi. Biarlah aku kongsi rasa bahagia ini bersama rakan-rakan facebookku. Aku melepaskan nafas lega. Aku memandang keluar tingkap. Bas sudah lama bergerak. Sudah keluar dari kesibukan Kuala Lumpur. Sekarang sedang bergerak laju di Lebuh Raya.

             Aku memandang lagi skrin telefon bila ada notification yang masuk. Terkejut aku bila salah seorang yang like dan komen adalah Putera Amri. Aku mula berfikir yang bukan-bukan. Dia memang bertolak awal tadi. Ya, dia keluar dulu sebelum aku. Katanya ada kerja. Kalau sedang buat kerja, takkan ada masa untuk online time ni. Aku tengok jam di skrin telefon. Baru pukul 10.30 pagi. Aku keliru sekejap. Komen di wall aku tak reply pun. Bukan nak menyombong, tapi kalau yang komen hanya buat thumb up dan tanda soal, habis tu aku nak balas apa?

24/11           10.30am
Anggerik Desa
Abang di mana ni? Boleh pulak online? Kata tadi ada kerja?

          Aku hantar mesej ke peti masuk Putera Amri. Sambil tu aku buka timeline dia. Tak ada pula status terbaru. Yang ada hanya tag rakan-rakan Facebooknya dan post rakan-rakan baru ke timelinenya. Aku tengok gambar profil. Dia juga sudah menukar gambar profil. Gambar motor berkuasa tinggi. Macam minat sangat, tapi tak pernah pula aku tengok dia naik. Dia pernah cerita dengan aku, dulu dia pernah berkonvoi bersama kawan-kawannya menjelajah Semenanjung Malaysia dengan motor besar ni. Siap tunjuk gambar lagi. Nak tunjuk buktilah kononnya tu. Aku hanya mencebik. Jangan-jangan hanya pose saja lebih. Hehe..

  24/11           10.35am
Putera Amri
Biarlah rahsia! Puisi Ain kali ni untuk siapa pulak?

           Putera Amri baru reply mesej aku. Aku mendengus geram. Nak berahsialah pula. Hurm..dia nak berahsia sangatkan. Tunggu!

24/11         10.39am
Anggerik Desa
Biarlah Rahsia! Ain nak out dah. Tidur lagi best. Bosan, dalam bas ni tak ada kawan. Abanglah ni. Huhuhu..orang lain semua couple tau! Ain jer sorang2 ni :(

           Tanpa menunggu balasan mesej dari Putera Amri, aku terus logout. Aku pandang lagi keluar tingkap, menyaksikan permandangan luar. Kepala aku lentokkan ke kusyen bas sambil melayan lagu-lagu syahdu yang diputarkan oleh dj Sinarfm. Radio dipasang dalam bas ni. Walau pun orang lain sibuk berbual dengan couple, anak dan isteri masing-masing, sekurang-kurangnya suara dj yang ke udara mampu juga menghiburkan hati aku.

**********************

            Kami sampai di Butterworth pada waktu tengahari. Perut aku sudah pedih kelaparan. Orang lain sudah mengeluarkan bekal masing-masing. Semakin lapar aku rasakan, bila orang lain sudah mula mengunyah sedangkan aku langsung tak sediakan apa-apa untuk diri sendiri. Cuainya aku, aku selalu macam ni. Sekurang-kurangnya kalau aku sediakan roti dan air mineral pun dah okey sangat dah.

           Bas sudah berhenti. Aku memerhati keluar. Meneliti wajah-wajah yang sedang menunggu. Eh..aku terpegun di situ. Mata aku menangkap wajah-wajah keluarga mertuaku. Semuanya ada termasuk dua orang pembantu rumah. Yang aku tak faham tu, Tengku Amri pun ada sekali. Aku keliru lagi. Dia terbang ke apa? Jangan-jangan pagi tadi dia ambil flight datang Penang. Bukan boleh harap sangat. Tapi apa motif dia erk? Aku tiada jawapannya. Tunggu saja dia naik bas, pasti aku soal dia habis-habisan.

              Mata aku sudah terpaku pada seorang wanita. Wani? Yess, hati aku melonjak girang. Bibir aku sudah mengukirkan senyuman lebar untuk wajah-wajah yang aku kenal. Semuanya mengambil tempat kosong yang berdekatan dengan aku. Bonda duduk bersama dengan papa, Tengku Hanif mana boleh berpisah dengan Syarifah Haslinda. Kedua orang pembantu rumah mengambil tempat di belakang sekali. Tengku Aimi Hidayu duduk bersama Wani. Aku? Hmm..Tengku Amri baru mengambil tempat duduknya sambil menghulurkan bungkusan plastik kepada aku. Macam tau-tau saja aku tengah kebulur sekarang ni.

           ''Untuk isteri abang dengan orang kat dalam ni.'' Tengku Amri berbisik sambil menyentuh perutku. Wajahku terasa berbahang. Aku pandang dia dan dia kenyit mata.

             ''Pandai-pandai jer. Ain belum chek pun lagi. Entah ada ke tidak..'' aku cuba menafikannya. Aku pun tak pasti. Aku cuma berharap tekaan aku mengena saja, memandangkan period aku sudah lewat. Sekejap, sekejap..macam mana dia tahu?

               ''Err..mana abang tahu ni? Ain tak cakap apa-apa punkan?'' aku bertanya Tengku Amri sambil mengerutkan kening. Bungkusan plastik di tangan aku buka. Banyaknya buah-buahan yang sudah siap dipotong. Ada rojak dan sandwich. Ada air kotak dan air mineral. Dah macam nak pergi berkelah pula. Aku buka kotak rojak dan mula menjamahnya. Ermm..yummy. Sedapnya.

            ''Biarlah rahsia!'' Tengku Amri berbisik. Agaknya Tengku Amri ni dah terkena virus kot. Semuanya dia nak berahsia pula. Aku layan saja rojak depan mata. Fokus dulu pada perut yang sedang kelaparan ni. Tiba-tiba ada tangan yang mengelap mulut aku.

           ''Comot ke?'' aku menyoal. Dia tersenyum. Orang sebelah sudah mula mengusik melihat gelagat kami. Aku muncungkan bibir ke depan mengisyaratkan pada Wani dan Hidayu untuk melihat gelagat Hanif dan Linda yang sedang bergelak ketawa dengan mesra. Mereka lagi romantik kot. Pakai sedondon lagi. Aku perhatikan baju aku dan baju Tengku Amri. Eh, eh..sama warna jugalah. Hehe..macam mana boleh tak perasan ni?

           ''Ain nak tanya ni, kalau abang jawab rahsia jugak, siaplah abang.'' aku mengugut. Tengku Amri ketawa sambil tangannya memaut bahuku. Aku menjeling geram sambil memegang tangannya dan meletakkan di atas pahanya sendiri.

            ''Macam mana abang boleh tunggu sekali di sini?'' keluar juga soalan cepubelian tu. Puas juga aku berfikir, tapi otak aku tak dapat nak meneka.

           ''Ain tak nampak? Kan abang ada sayap ni. Abang terbanglah.'' Tengku Amri mendepangkan kedua belah tangannya sambil ketawa. Huh, saja ja tu. Aku malas nak layan dah. Semua soalan aku tak berjawab. Lebih baik aku layan perut lagi best. Habis rojak, aku makan pula sandwich, langsung aku tak pelawa orang sebelah aku ni. Dia tengok saja aku makan tanpa menyentuh sikit pun makanan yang ada. Aku sua sadwich yang dah separuh aku makan ke mulutnya. Eh, dia makanlah pula. Oh, nak aku suap rupanya. Akai jenuh sungguh. Bermula dengan sandwich aku suap pula buah. Tak pula dia tolak. Semuanya dia nganga. Sambil menyuap dia aku mengeleng kepala dan tersenyum. Dalam bas pun ada hati nak bermanja dan kongsi makanan dengan aku. Hailah..suami siapalah ni? Hehe...

**************

              Kami sampai di Kuala Perlis akhirnya. Bila kami berkumpul, keluar juga soalan aku untuk bonda dan papa. Aku tanya mereka kenapa tak naik flight atau kereta saja. Kenapa mereka nak join naik bas. Mereka tersenyum dan papa yang menjawab bagi pihak bonda dan yang lain.

           ''Kapal terbang dengan kereta tu dah selalu sangat naik. Angin pun berubah arah..'' selamba saja papa jawab. Yang lain semua mengangguk setuju. Aku tabik la kat keluarga mertua aku ni. Tapi, memang bestkan, sesekali naik bas pergi rombongan. Bawa keluarga lagi. Memang meriah sangat.

            ''Ain!'' aku dengar nama aku dipanggil. Aku menoleh, Adlene mengamit aku. Aku melangkah ke arah kumpulannya. Mereka terdiri dari Adlene, Normala, Andy dan Ayuni.

           ''Ada apa Adlene?'' aku bertanya sebaik sampai kepada mereka.

         ''You macam ada apa-apa saja dengan keluarga Tengku tu?'' aku tersenyum. Apa nak jawab ni? Dalam aku sedang memikir Hidayu dah melaung. Hidayu a.k.a Tengku Aimi Hidayu, adik ipar aku yang bongsu.

         ''Kak Aini! Jom, papa ajak makan ikan bakar.'' aku meminta diri dari Adlene. Takut kena tinggal. Yang lain sudah mula bergerak pergi. Tinggal Tengku Amri masih setia menanti.

        ''Mereka dah panggil tu. Ain pergi dulu la ya.'' aku memandang semuanya termasuk Ayuni. Aku perasan dia mencebik kepadaku. Timbul pula idea untuk membalas balik kata-kata dia pagi tadi.

            ''Ayuni, saya nak jawab soalan awak pagi tadi. Saya bukan perempuan simpanan Tengku Amri, tapi saya isteri dia yang sah. Saya memang dah kena pecat, sebab dah mencuri hati Tengku Amri. Dia tak nak saya kerja. Dia suruh saya jadi cleaner kat rumah jer..'' aku terus blah dari situ tanpa mengambil peduli riak wajah yang orang lain pamerkan. Mungkin sudah lumrahnya manusia suka menilai orang dengan pandangan mata kasar.

             Tengku Amri hulur tangan sebaik aku sampai kepadanya. Dengan senang hati aku menyambutnya. Aku rela tangan ini terus berada dalam gengamannya, sebagaimana hati aku yang sudah digengam kemas.
********************

             Aku merenung lautan luas. Subhanallah! Cantiknya ciptaan Allah. Kami sudah sampai di Langkawi. Hari ini hari kedua kami di sini. Tengku Amri, Tengku Hanif, Tengku Amir(bapa mertuaku) dan Wani, juga pekerja-pekerja yang lain sedang bekerja sekarang ni. Entah kerja apa, aku tak ambil peduli pun. Chalet yang kami tinggal sekarang ni adalah milik Syarikat Tengku Amir & Sons. Bila orang lain sedang bekerja, bonda, Hidayu dan Linda keluar bershopping. Mereka ajak aku sekali tadi, tapi aku berkeras tak mahu pergi. Aku lebih rela duduk di tepi pantai dan memandang lautan yang luas. Damainya rasa hati ini.

            ''Putri..'' sedang asyik aku memerhatikan lautan di depan mata, sudah ada yang datang menyapa. Aku menoleh. Melihat saja wajah di depanku ini, aku pantas mengukirkan senyuman. Bahagia rasanya bila dia mahu menegur aku lagi. Sudahkah dia memaafkan aku? Sudah habiskah rajuknya?

            ''Waalaikumusalam abang Fik! Abang Fik sihat?'' dia ketawa bila mendengar aku menjawab salam. Aku sindir dia sebenarnya.

             ''Sempat lagi nak sindir abang. Assalamualaikum Tuan Puteri.'' dia duduk di sebelah aku sambil memandang lautan di hadapan. Aku pula terus merenung wajahnya sambil menelek wajahnya. Nampak lebih handsome dan lebih matang berbanding dulu. Abang Fikri dah simpan misai dan janggut sejemput.

           ''Putri buat apa di sini? Tengku mana?'' tersentak aku dengan soalannya. Tulah, asyik benar menelek wajah anak teruna orang, kan dah kantoi.

         ''Handsome abang Fik sekarang. Dah ada calon belum? Kalau tak ada, Putri ada sorang kawan yang sedang mencari calon. Abang Fik nak?'' lain yang disoal, lain pula yang aku respon. Abang Fikri sudah memandang geram padaku. Aku tayang senyum nakal. Akhirnya abang Fikri ketawa.

          ''Hati abang ni dah lama kena curi Putri, tapi orang yang curi hati abang ni zalim sangat dengan abang. Lepas dia curi hati abang, tergamak pulak dia campak hati abang ke Sungai Amazon bagi ikan pirahna makan.'' aku cuba mentafsir maksud ayat-ayat abang Fikri tu. Aku rasa aku faham maksudnya. Dia maksudkan perempuan zalim tu adalah aku, yang menolak cintanya dan unfriendkan Facebooknya selepas dia panggil aku sayang. Zalim sangatkah aku ni??

           ''Kesian kat abangkan. Abang dah tak ada hati sekarang ni. Kalau Putri jadi perempuan tu, daripada hati abang bagi kat ikan pirahna, lebih baik derma kat pesakit barah hati. Boleh juga pesakit tu hidup sihat.'' aku sengaja pura-pura tak tahu dengan maksudnya sambil membuat muka sayu. Berlakon sikit untuk cover line. Lagi pun kisah lama usahlah diungkit lagi. Aku masih rasa bersalah dengan dia. Dia pun mungkin akan terluka lagi. Parut luka lama tu janganlah diguris kembali.

            ''Yalah tu..'' aku dengar abang Fikri menghela nafas sambil pandangannya menghala ke arah lautan. Sejak tadi aku perasan abang Fikri tidak berani memandang wajahku. Kalau dia tengok pun hanya sekilas lalu, lepas tu dia terus memandang ke depan.

              ''Abang Fik masih marah Putri lagi? Dah lima tahun abang Fik. Jodoh, ajal dan maut ni Allah yang tentukan. Contohnya macam Putri dengan Tengku. Putri tak pernah pun berharap akan kahwin secepat ini, tapi Allah dah takdirkan jodoh Putri dengan dia, padahal sebelum nikah Putri tak tahu pun dia siapa. Kami nikah tergesa-gesa sebab ketika tu Tengku terdesak untuk menyewa rumah Putri selepas ibu dan abah meninggal.

        Kita takkan pernah berpeluang untuk melihat masa depan. Macam Putri, bila ibu dan abah meninggal, Putri sedih sangat sebab Putri dah tak ada sesiapa lagi untuk bermanja. Putri dah tak ada sesiapa lagi untuk bergantung harap. Tapi Allah mengetahui segalanya, Allah hantar seseorang untuk Putri, dan beri keluarga mertua yang sangat baik untuk Putri. Kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukannya abang Fik. Sentiasa memandang ke hadapan abang Fik. Kalau abang Fik asyik pandang ke belakang, kalau tersadung batu, abang Fik juga yang akan terluka.''

             Aku menghabiskan kata-kataku sambil menoleh ke arah abang Fikri. Terpegun aku bila mata kami bersabung. Wajah abang Fikri buat aku turut dilanda sebak. Ada air mata bergenang di tubir matanya.

         ''Adik abang dah semakin matang sekarang ni.'' abang Fikri berkata sambil bangun dan memandang ke arah lain. Aku turut perasan abang Fikri menyeka air matanya. Maafkan Putri abang Fik. Putri bukan sengaja tak mahu membalas cinta abang, tapi Putri tidak boleh memaksa perasaan sendiri. Putri sudah menganggap abang Fik macam abang kandung Putri sendiri. Aku berdialog dalam hati. Tanpa sedar air mataku sudah mengalir di pipi. Aku mengesatnya pantas.

              ''Ain...'' ada lagi yang memanggil. Sebelum menoleh aku pastikan air mataku sudah kering dan bibir bersedia untuk tersenyum.

             ''Abang..dah habis meeting ke?'' Hadoi, sekali toleh tengok-tengok wajah encik suami daa. Merah wajah dia dan pandangannya sedang menghala ke arah abang Fikri.

            ''Patutlah, bonda ajak shopping tak nak ikut. Rupa-rupanya ada date di sini.'' kasar bunyinya. Aku pandang abang Fikri. Wajahnya turut merah. Perubahan wajahnya memang sangat ketara. Macam harimau nak menerkam mangsa. Aku sudah mula mengelabah dengan situasi ini. Payah juga bila dapat suami yang terlebih cemburu ni?

              ''Cakap baik-baik sikit!'' aku belum sempat bersuara, abang Fikri terlebih dulu berkata-kata. Dua orang lelaki yang sama gagah sedang menunggu masa untuk bercakaran. Seorang dilanda perasaan cemburu dan prasangka, seorang lagi ingin bertindak sebagai pembela.

          ''Habis tu, kalau dah berdua-duaan antara lelaki dan perempuan bukan date namanya?'' aku langsung tak sempat nak mencelah. Hati aku dilanda sebak tiba-tiba. Bila suami yang amat aku sayang dan juga yang aku cinta sepenuh hati meragui kesetiaan aku. Apa lagi yang harus aku buat.

            ''Kalau abang dengan abang Fik nak bergaduh, nak bercakar ke, nak bertumbuk ke, buatlah. Tapi..Ain tak nak masuk campur hal orang lelaki.'' sebelum mereka mengeluarkan kata-kata yang lebih menyakitkan hati aku, lebih baik aku yang bersuara dulu. Untuk apa aku nak membela diri, kalau Tengku Amri sudah menuduh melulu sebegitu. Aku terus bangun dan berjalan ke arah laut. Hanya laut yang aku pandang, cuba kembali mencari damai yang ku rasa sekejap tadi. Damai yang telah diragut pergi oleh dua insan bergelar lelaki.

         ''Ain! nak ke mana pulak tu?'' Tengku Amri melaung. Aku tak menoleh pun. Langkah aku teruskan. Sakit sangat hati aku ni dengan tuduhan dia tu. Air mata yang sudah merembes laju, aku biarkan. Kakiku sudah mencecah air laut. Aku tak peduli, kakiku terus bergerak.

           ''Ain..jangan nak buat kerja gila, boleh tak?'' lengan aku ditarik. Aku mengeraskan diri. Teringin memprotes tindakan tak rasional mereka tadi. Tanpa salam, terus nak serbu. Ingat aku ni tunggul kayu yang tak ada perasaan ke?

             ''Jangan nak degil sangat Ain!'' suaranya masih kasar. Mencerlung matanya memandang aku. Aku tepis tangannya dan ingin kembali masuk ke laut.

            ''Putri Quratul Aini! Dah cukup amalan ke? Air tengah pasangkan. Ain tak nampak ke? Nanti air pasang sedut masuk laut tu macam mana?''  aku kerut kening. Kalau nak takutkan aku pun biarlah yang logik sikit. Kalau tsunami tu mungkinlah nak sedut aku masuk ke laut.

            ''Biarlah Ain mati, ikut ibu dengan abah. Abang bukannya sayang Ain pun. Dengan abang Fikri pun nak cemburu. Otak abang tu pakailah sikit. Nak serbu orang pun pakailah helmet dulu. Ni tak, main tuduh saja. Ain kenal abang Fik tu sejak Ain lahir lagi tau. Sampai nak berbual pun tak boleh, apa kes? Abang kurung saja Ain dalam rumah. Tak payah nak bawa pergi bercuti bagai. Biarlah Ain jadi katak bawah tempurung pun. Baru puas hati abangkan?'' aku meluahkan segala amarah yang terbuku di hati. Tengku Amri merenung tajam ke arahku, tapi sebentar kemudian dia ketawa sambil meluku kepala aku.

             ''Sakitlah! Abang memang suka kalau Ain biulkan? Biar Ain dungu, tak tau apa-apa macam tu?'' aku masih bengang lagi. Suka sangat nak ketuk kepala aku. Semakin kuat ketawa Tengku Amri. Dia terus mengheret tangan aku. Aku keraskan badan.

         ''Ain nak suruh abang dukung ke?'' aku mengeleng pantas sambil memandang sekeliling. Ternampak abang Fikri masih berdiri di tempat tadi dan sedang memandang ke arah kami, tapi dia tak berseorangan. Ada Wani dan Hanif bersamanya. Entah sejak bila mereka muncul.

             ''Ain akan dengar cakap abang, tapi dengan syarat abang pergi minta maaf dengan abang Fikri dulu.'' Tengku Amri mendengus kasar dan melepaskan tangan aku. Dia melangkah pergi dan meninggalkan aku termanggu di sini. Haih, ni yang payah. Dia pujuk aku tak lepas lagi, takkan dia pula yang nak merajuk kot? Akhirnya aku buat keputusan untuk menyusur pantai dan berjalan bertentangan dengan arahnya. Akukan dia dah cop sebagai budak degil. Selagi dia tak pujuk aku betul-betul, jangan harap aku nak pujuk dia balik. Nokhtah!

               Aku terus melangkah dan melangkah. Tiada seorang pun yang sudi mengejar aku. Aku kecil hati. Wani pun ada sama tadi. Tak inginkah dia kejar aku dan hiburkan hati aku ni? Air mata merembes lagi. Sayu sangat. Aku naik ke atas batu-batu besar dengan berhati-hati. Aku ingin terangkan hati ini dari rajuk yang kian mendalam.

              Aku sampai di atas batu yang besar dan rata permukaannya. Aku duduk bersila sambil mengeluarkan telefon dari kocek seluarku. Aku login Facebook sambil memandang laut. Aku ingin sekali berpuisi melepaskan rasa lelah hati ini.

Anggerik Desa
Rajuk

Di tepian pantai ini,
Ku lepaskan lelah dalam diam,
Melawan perasaan rajuk yang dalam,
Pada dia yang langsung tak mengerti,
Akan hati dan perasaan ini,

Rajukku,
Sedalam dasarnya lautan,
Lalu aku lemas dan karam sendiri,
Mengocak naluri,
Terdampar di pantai hati yang sepi,

Entah kenapa..
Rajuk ini tiada noktahnya,
Di kuasai egois yang mengila,
Harus sampai bila?

Hanya Allah yang tahu,
Apa yang tersurat di hati ini,
Namun rajuk ini, apa kesudahannya?

~PQA~

Feeling-sad :(

              Lega rasanya selepas meluahkan perasaan melalui puisi. Segala gelodak rasa yang terpendam aku luahkan. Perasaan aku bebas. Aku tak berminat untuk terus meronda dalam Facebook. Aku tiada mod untuk berchatting hari ini. Selepas melepaskan perasaan melalui puisi aku logout kembali. Mata aku kembali fokus ke arah lautan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Aku hanya ingin 'bercinta' dengan Allah sekarang ni, dengan melihat keindahan ciptaannya. Sesekali ombak yang memukul batu tempias ke arahku. Aku masih tak berganjak. Biarkan air laut menyirami tubuhku. Aku bahagia 'bercinta' dengan Allah. Hanya memikirkan Allah membuatkan jiwaku kembali tenang.

          ''Frust betul abang, ingatkan ada orang nak kejar abang dan pujuk abang, tapi alih-alih abang pula yang terpaksa mengadaikan ego abang ni.'' seseorang sudah landing di sebelah kanan aku. Tak perlu menoleh, aku dah tahu siapa.

          ''Abang dah minta maaf dengan abang Fik? Kalau tak, jangan cuba-cuba nak pujuk Ain.'' aku sengaja keraskan hati.

           ''Dah pun Putri. Abang Fik tak marah pun dengan Tengku Amri. Kalau abang di tempat dia pun abang akan cemburu. Cemburu tukan tandanya sayang. Isteri kenalah dengar cakap suami, bukannya berdegil macam Putri ni. Masih tak berubah sejak dulu..'' abang Fikri yang turut landing di sebelah kiri aku dan mengenakan aku balik.

            ''Amboi, dah jadi kawan baik ke? Putri pulak yang kena? Mana aci, dua lawan satu.'' aku bersuara rajuk. Bibir sengaja aku kebamkan.

           ''Tak apa, jangan bimbang kak Aini. Penyokong setia kak Aini dah mai ni..'' demi terdengar suara itu, aku menoleh ke belakang. Lahh..ada lagi yang nak join rupanya. Hanif, Linda, Hidayu dan Wani sudah berdiri di belakang kami.

          ''Abang angkat geng nak pujuk Ain ke ni?'' aku kembali bersuara ceria. Bahagia kembali menguasai diri.

*******************

               ''Nah, I.C Ain. Hari tu, ada tak polis call Ain pasal I.C Ain ni?'' aku tepuk dahi sebaik Tengku Amri menyoal aku. Kami sebenarnya baru balik BBQ bersama pekerja-pekerja Syarikat Tengku Amir & Sons. Semua menghadirinya. Maksud aku yang datang bersama dalam satu bas dan juga pekerja-pekerja chalet di sini.

          ''Mana abang dapat ni?'' aku tanya ragu-ragu. Aku kadang-kadang memang pelupa sikit.

          ''Pagi nak datang sini tu. Abang datang ambil I.C inilah. Saja abang nak buat susprise kat Ain. Sebab tu abang datang dulu. Tunggu bas di Butterworth dengan yang lain. Sorry, sebab biarkan Ain datang dengan mereka. Adlene dah ceritakan semuanya pada abang, selepas Ain merajuk siang tadi. Abang dah warning Ayuni tu. Ain jangan bimbang. Dia takkan kacau Ain lagi.'' aku garu kepala. Langsung tak faham jalan cerita.

         ''Ain tak faham. Maksud abang?'' aku yang sedang duduk bersila di atas katil dihampiri. Tengku Amri duduk di sebelahku.

          ''Selepas meeting tadi, Ayuni datang bagitau abang, Ain tengah dating dengan lelaki lain. Siap pegang tangan dan peluk-peluk lagi. Bila abang sampai, abang tengok Ain tengah main mata dengan Fikri, tentulah abang bengang. Bila abang marah, Ain pulak nak merajuk. Dah tu nak suruh abang pergi minta maaf kat Fikri pulak. Abang pun ada perasaan jugak.'' aku menghela nafas perlahan. Dah lari 99.9% ceritanya tu. Macam ni la adatnya manusia. Bila sudah ada perasaan iri hati, mulalah nak buat fitnah tak tentu pasal.

            ''Maknanya, abang percaya la apa yang Ayuni cakap tu? Sebab tulah main serbu saja. Lain kali kalau abang nak serbu macam tu, pastikan abang pakai helmet yang tutup muka tu. Kalau tak, memang pecah mulut abang tu Ain kerjakan, sebab abang tak percayakan Ain.'' entah kenapa, aku nak beremosi pula. Terbayang pula wajah Ayuni dan kata-katanya. Aku pun tak tahu apa salah aku pada dia.

          ''Ganas sangat tu Ain. Abang minta maaf. Bukan abang sengaja. Bila tengok Ain dengan Fikri, hati abang ni sakit sangat, lebih-lebih lagi bila abang dapat tau, Fikri tu memang ada hati dengan Ain.'' aku geleng kepala. Bagi aku, nak cemburu tu tak salah, tapi biarlah bertempat. Polis pun takkan tangkap orang tanpa bukti.

         ''Apa pulak yang Adlene cerita kat abang, sampai abang bawa geng pergi pujuk Ain?'' Tengku Amri ketawa dengan pertanyaanku. Dia menarik aku lebih rapat kepadanya.

           ''Segalanya..dahlah, kita lupakan semua tu. Pasai puisi Ain tu. Betul ke? Ain pasti?'' dahi aku berkerut seribu. Minda terus mengerahkan tenaga berfikir. Puisi yang mana erk? Aku pandang Tengku Amri lama.

              ''Aku Tunggu Hadirmu, maksudnya..dalam ni kan?'' Tengku Amri pegang perutku. Aku tersenyum, kepala mengeleng. Giliran Tengku Amri pula kerut kening, dia memandang tepat ke wajahku.

         ''Manalah Ain tahu, selalunya period Ain normal saja, ni dah lewat dua minggu. Ain saja ja tulis puisi tu. Biasalahkan, mana ada perempuan yang dah kahwin tak mau anak.'' aku mengakhiri kata-kataku sambil tersenyum. Tak berani pula nak pandang dia. Tetiba saja rasa malu bila sebut pasal anak ni.

         ''Abang ada satu benda lagi nak bagi Ain. Kejap.'' Tengku Amri turun dari katil. Aku hanya memerhatikan langkahnya. Dia menghampiri sofa di sudut bilik. Beg bimbitnya diambil. Dia mengambil satu bungkusan plastik kecil dan datang kepadaku semula.

         ''Chek sekarang. Abang tak sabar nak tau..'' dia menghulurkan bungkusan itu padaku. Aku menyambut dan membukanya perlahan. Membulat mataku.

          ''Kalau negatif macam mana?'' aku rasa takut tiba-tiba. Takut menghampakan dia. Bersemangat betul suami aku ni. Aku baru buat puisi, dia dah beli alat penguji kehamilan.

         ''Tak apa, Ain chek dulu. Kalau negatif, kita cuba lagi. Apa yang penting, kerjasama.'' Wahh, dia nyanyi lagu wonder pet lagi. Mahu atau tak, aku tiada pilihan. Alat penguji kehamilan dah ada dalam tangan. Aku melangkah ke bilik air. Hati dah dupdap dupdap di dalam. Ada pelbagai perasaan dalam hati aku ni.

            Aku buka bungkusan plastik dan mengeluarkan 'benda alah' tu, aku baca cara-cara mengunakannya. Aku faham dan praktikkan. Tunggu dan lihat hasilnya. Mulanya naik satu garisan berwarna merah. Tak apa, sabar menunggu, walau hati dah rasa macam nak pecah.

           ''Ain, ada tak? Apa yang lama sangat tu?'' Tengku Amri sudah bertanya sambil mengetuk pintu bilik air. Ishh..tak sabar betul. Aku tengok sekali lagi. Mata aku terus terbuntang.

           ''Abang!'' aku menjerit sambil buka pintu bilik air.

           ''Dua!'' aku cakap sambil beri alat penguji kehamilan pada Tengku Amri. Dia belek dan peluk aku.

            ''Alhamdullilah, abang nak bagitau bonda, dia bakal dapat cucu sulung. Tadi, abang berbual dengan Hanif, dia cakap Linda..doktor tak bagi mengandung lagi dalam masa terdekat ni, sebab dia perlu buat pembedahan dulu. Ovari dia ada ketumbuhan. Mesti bonda gembira dengar berita ni.'' Tengku Amri sudah teruja, aku pula yang serba salah.

           ''Jangan abang. Kita chek doktor dululah. Alat ni bukannya boleh percaya sangat. Lagi pun kesian kat Linda. Tentu dia sedih nanti.'' aku menegahnya. Kalau tak ada, mesti malu. Lagi pun, kalau ikut pusingan haid aku, kalau ada pun mungkin baru enam minggu. Baru lagi kalau nak hebohkan pun.

             ''Tapi..abang dah bagitau bonda, lepas abang baca puisi Ain tu.'' dia tersengeh. Aku tampar lengan dia sambil menuju ke katil. Mulut terus berdecit, sambil memprotes.

              ''Benda baikkan. Alah, Ain relaxlah. Abang teruja sangat hari tu. Benda alah ni bonda yang beli. Kalau harapkan abang, mana abang tau semua ni.'' dia tertawa. Aku dah tutup muka dengan tapak tangan. Semakin kuat dia ketawakan aku.

             ''Abang ni kan..ikut suka abanglah. Kalau tak ada, jangan salahkan Ain ya. Ain bukannya apa, Ain tak rasa pulak alahan-alahan macam orang mengandung. Kalau tak ada, nanti malulah dengan bonda.'' aku menjelaskan keraguanku. Dia menenangkan aku dan call bonda. Dia buka loud speaker, nak bagi aku dengar sekali apa kata bonda.

          ''Alhamdulillah, ha..Am tu jangan nak ganas-ganas sangat. Hati isteri tu jaga sama. Perempuan mengandung ni emosi tak stabil. Kalau ada apa-apa tu, siasat dulu. Jangan nak tuduh melulu and bla, bla...'' aku dah tahan nak ketawa bila tengok Tengku Amri tarik muka kena leter dengan bonda. Sesungguhnya aku rasa amat bahagia sekarang ni. Bonda dan papa tak pernah menganggap aku sebagai orang luar. Mereka layan aku macam anak sendiri. Hanif dengan Linda saja yang masih merasa serba salah kerana harus memanggil aku kakak, kerana aku muda dari mereka. Tapi, kakak tetap kakak. Ada yang dapat menantu lagi tua dari dia okey saja. Hehe...

*******************

            Sekarang kandungan aku sudah masuk usia 7 bulan. Sepanjang aku mengandung ni Tengku Amri sudah jarang keluar untuk outstation. Rumah kami pun dah ada pembantu rumah, tapi bab masak selagi aku kuat, aku nak masak sendiri. Tak rela aku, suami makan air tangan pembantu rumah, kecuali bila aku dah bersalin nanti aku dah tiada pilihan lagi.

             Wani pun dah kahwin sekarang ni. Aku tak tahu pulak dia dengan abang Fikri tu sempat tukar nombor telefon ketika di Langkawi dulu. Pantas betul mereka. Aku pernah usik abang Fikri kalau Wani gemuk lagi dia nak buat apa? Jawapan dia menyebabkan dia merasa makan sepit ketam free dari Wani. Hehe..dia kata ''Baguslah gemuk, tak payah guna tilam. Tak sakit badan abang.'' mulanya aku tak faham maksud dia, tapi bila Wani cubit dia dan dia ketawa terbahak-bahak, aku hanya mampu geleng kepala. Hampeh betul abang Fik ni!

             Tengku Amir Hanif dan Syarifah Haslinda pun bahagia sekarang ni. Mereka belum ada rezeki lagi untuk menimang cahaya mata memandangkan Linda masih baru menjalani pembedahan membuang ovari. Barahnya sudah merebak namun doktor memberi jaminan untuk mereka, selagi ovari sebelah lagi masih berfungsi, mereka masih berpeluang untuk melahirkan zuriat sendiri.

           Tengku Mahani semakin menyayangi aku, apatah lagi aku bakal beri 3 orang cucu serentak kepadanya. Aku sendiri teruja campur takut untuk melahirkan 3 orang kembar serentak. Bermacam-macam perkara yang sudah bersarang dalam kepala aku sekarang ni. Kalau sudah rezeki kami, nak kata apa lagi. Alhamdulillah..Allah nak beri, kami terima dengan senang hati. Sekarang ni aku sudah ditempatkan di wad sakit puan. Walau usia kandunganku baru 7 bulan, kemungkinan aku akan melahirkan awal. Doktor cakap aku perlu dipantau setiap masa agar aku dan bayi-bayiku kekal sihat.

              Jangan tanya mana aku tahu aku sedang mengandungkan kembar tiga. Dalam zaman serba moden ni semuanya serba boleh. Doktor sudah mengesan ketika kandunganku berusia empat bulan lagi. Selepas itulah Tengku Amri mengambil pembantu rumah dan tentulah kak Yanti orang yang aku pilih. Aku dah kenal hati budi dia.

                Bekas drebar abah pun dah sedar dari koma, cuma masih dalam rawatan. Diakan cedera parah. Aku pernah melawat dia beberapa kali selepas berkahwin ni dan sebahagian duit hantaran yang Tengku Amri beri aku hadiahkan pada Pak Hassan sebagai pampasan. Kita jangan nak kedekut sangat dengan harta benda yang kita ada. Orang lain pun berhak untuk hidup bahagia. Aku dah bersyukur dapat Tengku Amri dan keluarganya. Inilah harta aku yang tak ternilai harganya. Bukan kekayaan mereka yang aku maksudkan, tapi kasih sayang mereka yang dicurahkan untukku.

            ''Assalamualaikum..'' aku bangun dan bersandar di kepala katil. Setiap kali time melawat, bilik aku mesti dikunjungi. Ramai kawan-kawan sekerja, saudara mara dan jiran tertangga yang datang melawat. Bahagianya bila ramai yang prihatin.

         ''Aini sihat hari ni?'' bonda orang pertama yang bertanya khabar. Encik suami sudah mula merenung sayu ke arahku. Melihat perut aku yang memboyot sakan ni pun dah buat dia simpati. Katanya kalau boleh bertukar tempat, sudah lama dia buat. Aku menyakinkannya, aku cakap aku masih mampu untuk menghadapi semuanya ini demi cintaku padanya. Ayat mesti mau power beb!

            ''Alhamdullilah, sihat sangat bonda. Cucu-cucu bonda ni saja yang nakal sikit.'' aku menjawab sambil tertawa kecil. Pinggang yang terasa nyilu aku gosok perlahan. Macam inilah aku sejak baby semakin membesar dalam rahim aku ni. Kadang-kadang, ulu hati aku ni sakit sangat. Kaki aku jangan tanya, memang membengkak sakan. Inilah pengorbanan seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu. Kesakitan dan kesengsaraan itu bukanlah sesuatu yang rumit untuk dihadapi. Bagi aku cukuplah kalau aku ini dihargai sebagai seorang isteri dan ibu. Wanita memang dilahirkan dengan ketabahan.

         ''EnTAH-EnTAH papa ni jangan nakal-nakal sangat tau. Kesian kat mama..'' Tengku Amri usap perut aku. Bonda sudah memandang pelik ke arah kami. Yang lain hanya tersenyum.

          ''Entah-entah?'' aku tertawa mendengar bonda menyoal begitu.

            ''Bonda tanyalah menantu bonda tu, dia yang bagi nama tu kat Am. Kalau papa jadi EnTAH, anak-anak kenalah jadi EnTAH-EnTAH.'' aku mencebik. Bonda semakin pelik memandang kami silih berganti.

         ''Tak adalah bonda, tu gelaran masa baru nikah dulu. Nama singkatan untuk abang, Encik Tengku Amri Hazif. Abang berkeras nak beri nama anak-anak macam nama dia jugak. Wajib ada T.A.H macam dia.'' aku menerangkan pada bonda. Baru bonda ketawa disusuli yang lain.

         ''Kalau macam tu Ayu dengan abang Hanif pun EnTAH jugaklah?'' Hidayu menyampuk. Ruang wad aku riuh sekali lagi.

           ''Eh..Ayu bukan EnTAH tapi Ayu CikTAH.'' aku gelak dengan ayat sendiri.

             ''Oit..bahaya tu kak Aini. Nanti kalau orang kurang pendengaran dengar, tentu CikTAH dah jadi cheetah. Tak maulah Ayu jadi harimau bintang.'' sekali lagi bilik wad aku diriuhkan dengan gelak tawa.

             ''Hahaha..tak apalah cheetah yang ayu.'' aku ketawa lagi. Ayu sudah memasamkan muka. Tapi sekejap saja, lepas tu dia turut sama ketawa.

            Beginilah kehidupan aku sejak kahwin ni. Saudara mara sebelah keluarga mertua sentiasa menceriakan aku. Kalau ada pun yang memandang rendah padaku, aku buat tak peduli saja. Hidup ini kena sentiasa ceria untuk menceriakan orang di sisi. Tak ada orang yang sempurna dalam dunia ini, jadi sentiasalah memberi kemaafan pada orang lain. Contohnya macam Ayuni, dia dah datang meminta maaf dengan aku kerana menghina aku. Sebenarnya dia cuma anak seorang petani. Dia datang bekerja di Kuala Lumpur untuk menyara adik-adiknya yang ramai setelah ayahnya meninggal. Katanya dia cemburu dengan aku kerana aku rapat dengan Tengku Amri. Dia hairan bila kali pertama melihat aku dengan Tengku Amri, sebelum dia tahu aku adalah isteri Tengku Amri.

          Dalam hidup ini kita jangan terlalu memandang pada harta kebendaan, darjat dan pangkat yang kita ada. Semua itu hanyalah perhiasan di dunia semata-mata. Kalau kita miskin, janganlah pula rasa rendah diri yang keterlaluan. Kita jadi diri kita sendiri. Siapa kita, tidak penting di mata manusia. Kita harus ambil kira siapa kita di sisi Allah. Layakkah kita menghuni Jannahnya. Kalau kita tinggal di banglo mewah atau istana sekali pun, jangan kita rasa bangga diri dengan apa yang kita ada di dunia ini. Akhirnya tempat kita hanyalah liang lahad sesudah mati.

           Kisah aku akan berakhir di sini. Aku masih menanti kelahiran kembar-kembarku ini. Dalam ceritaku, nasibku terletak di tangan penulis. Kalau Putri Quratul Aini ini hidup bahagia, ini kerana jasa penulis, tapi andai kata ada penghalang dan air mata, penulis juga penyebabnya. Hehe..terimalah puisi terakhir dariku untuk cerpen Aku Bukan Penyair ini.

Aku Bukan Penyair

Di sini aku berdiri sebagai seorang insan,
Insan yang kerdil hambaNYA Yang Esa,
Menempuhi hidup yang pelbagai dugaan,
Pahit dan manis ku rempuhi segalanya,
Aku bukan penyair jalanan,
Hanya berpuisi untuk meluah rasa,

Aku bukannya penyair!
Namun aku suka berpuisi,
Puisi memberi aku kepuasan,
Kepuasan minda dan jiwa,
Untuk aku terus meluah segala rasa,
Rasa yang terpendam di jiwa,
Yang tak mampu ku ungkapkan dengan kata-kata,
Hanya berpuisi dapat meleraikan runtunan jiwa...

Aku bukan seorang penyair!

~PQA-EnTAH WF~

*********TAMAT SUDAH!!**********

P/S: Assalamualaikum semua. Saya bukan seorang penulis. Saya hanya seorang suri rumah yang tiada pelajaran, tapi terlalu banyak masa untuk berangan dan melepak depan skrin monitor. Saya menulis sekadar untuk berkongsi apa yang saya tahu. Tolong jangan bandingkan karya saya dengan karya penulis lain. Setiap penulis ada kehendak dan penyampaian tersendiri. Maafkan saya kalau cerpen ini ada persamaan dengan cerpen atau novel orang lain. Saya hanya berimaginasi seorang diri dan melakarkan apa yang saya bayangkan tu.

Saya cuma berharap pembaca membaca sambil berfikir apa mesej yang ingin saya sampaikan. Tak kisahlah, kisah orang miskin atau orang kaya, setiap cerita tetap ada pengajaran yang tersembunyi. Apa ada pada pangkat Dato, Tan Sri, Tengku, Syed dan sebagainya? Sebagai orang yang suka berangan saya juga akan berangan overdos. Hehe...

Walau apa pun, komenlah seikhlas hati anda untuk cerpen ini. Saya tahu anda yang suka memberi komen adalah pembaca prihatin. Suka katakan suka, tak suka terus teranglah. Saya takkan sesekali berkecil hati.Bibir ini akan sentiasa menguntumkan senyuman, walau apa pun komen yang anda tulis.
PEACE!!<>No WAR!! :)

16 ulasan:

  1. Ada masalah ketika nak menerbitkan cerpen ni,..masalah line beku,.pic iklan rumah sewa,pic hero n heroin pun tak boleh nak upload,..grrr,..geram tp pembaca boleh bygkan heroinnya Ayu Raudah n suami dan Syarifah Haslinda tu Rita Rudani,..ekekehh,..boleh mcm tu,. :D

    BalasPadam
  2. Best..tp hujung tu mcm tergantung...hehehe...sambung lg boleh tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima Kasih sudi bc,.dah ada dah,.ABP part 2,.:)

      Padam
  3. cite nie ok nape x smbung lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima Kasih CikNie,.dah sambung pun,.jemput bc ya!,.:)

      Padam
  4. Wah cerita awak mmg menarik lh dn best.

    BalasPadam
  5. best sesangat tp mne part 2 ye??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mira Mohd,.sebenarnya akak dah sambung part 1 dan part 2 dalam ni,.ni dah kira ending la,..

      Padam
  6. Layan sesangat.best .........senyum sesorang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Nursazlina sudi layan Aku Bukan Penyair ni,.

      Padam
  7. Thank's Qistinx, Bebe taurus dan Norita Kamaruzzaman..sorry, terlepas pandang semua komen..baru nak reply.😃😃

    BalasPadam
  8. Best lah cerpen ni
    Buat lah sambungan cerpen ni lagi
    Saya suka cerpen ni

    BalasPadam
  9. Cerpen ni best sngt. Saya terhibur...watak dlm cerpen ni sweet sngt..huhu

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.