Rabu, 10 September 2014

All in one,.Kita Pun Bersatu!

Assalamualaikum semua!

Kali pertama saya mencabar diri menulis sebuah cerpen dengan banyak watak. Saya sedar diri ini tak sempurna dan mungkin banyak kesalahan di dalam cerpen ini. Cerpen ini adalah kesinabungan dari cerpen,.

1.Aku Nelayan - http://szaza.blogspot.com/2014/06/aku-nelayan.html

2.Suami Yang Cool- http://szaza.blogspot.com/2013/02/suami-yang-cool.html

3.Ukiran Cinta Di Sudut Hati- http://szaza.blogspot.com/2013/09/ukiran-cinta-di-sudut-hati.html

4.Sesat Di Jalan Terang- http://szaza.blogspot.com/2014/05/sesat-di-jalan-terang.html


5.Novel Ejan Mas Sayang

  A. http://szazayan.blogspot.com/2014/03/ejan-mas-sayangprolog-bab-10.html
B. http://szazayan.blogspot.com/2014/03/ejan-mas-sayangbab-11-bab-20.html
C. http://szazayan.blogspot.com/2014/03/ejan-mas-sayang-bab-21-tammat.html

                 Saya cuba gabungkan semua watak dalam satu cerpen,.sebarang kekeliruan harap dimaafkan. Yang salah itu dari diri saya sendiri, Yang baik itu Allah la pemberi jalannya. Kalau ada pakar-pakar yang lebih arif, perbetulkanlah sebarang kesalahan ya!



         Puan Jamilah tersenyum bahagia menyaksikan gelagat anak-anak menantu,cucu-cucu dan cicit-cicitnya yang ramai memeriahkan hari pertunangan cucunya Faiz. Semua anak-anak dan menantunya berkumpul hari ini memandangkan bulan Ramadhan akan menjengah esok hari. Kebiasaannya setiap tahun seramai dua belas orang anaknya akan berkumpul ketika menjelang Ramadan untuk meraikan kedatangan bulan yang barakhah ini.

            Faiz anak sulung kepada anak ke tiganya Mohd Rosdi. Faiz nak bertunang dengan seorang gadis yatim piatu yang telah dipelihara oleh ibu saudaranya sejak kecil. Aina Suhaini,gadis kecil molek yang berjaya memikat hati Faiz sejak zaman persekolahan lagi. Enam tahun berpisah dan kini mereka bertemu lagi. Mengikut perancangannya,mereka akan bertunang hari ini dan majlis akad nikah pula akan diadakan pada hari raya ke tiga mengikut persetujuan semua.


        ''Mak Tok! Nisa nak daun sirih ni,nak buat sirih junjung. Nisa gi ambil na? Mak Tok tak kisahkan? Bukan untuk orang lain pun. Untuk cucu Mak Tok jugak!'' Khairunnisa merupakan anak sulung kepada anak Puan Jamilah yang nombor dua. Nisa dah lama kahwin. Mereka cuma dua beradik dan mereka dah jadi yatim piatu. Anak puan Jamilah Samad dan menantunya Jenab dah lama meninggal dunia. Jenab kemalangan jalan raya ketika Nisa terlantar di hospital kerana keguguran anak sulungnya,sedangkan Samad menyusul selepas itu.

       ''Ambiklah Nisa! bukannya nak luak pun daun sirih tu. Mak Tok tak nampak Lan pun,dia tak mai ka Nisa?'' Khairul Azlan satu-satunya adik yang Nisa ada,dipelihara oleh Nisa selepas kedua ibu bapanya meninggal dunia.

      ''Nanti sampailah tu Mak Tok. Adik Lan nak tumpang Szaza dengan Harris. Adik Lan tu kan tengah belajar di USM la ni. Szaza dengan Harriskan dah tinggal di Penang. Tadi adik Lan call,mereka dah on the way dah tu. Baru sampai kat Sungai Petani kot,.''  Nisa memberitahu Puan Jamilah sambil bangun untuk keluar memetik daun sirih yang pokoknya hidup subur di belakang rumah di tepi sawah yang menghijau.


        ''Laa,.Szaza tak sampai lagi ka? Mak tok pun tak perasan. Tadi Mak Tok tengok Arah dengan Eid anak beranak dah ada. Tak tau pulak Szaza dengan Harris tu tak mai lagi,.'' Puan Jamilah menyuarakan apa yang dirasa. Ramai sangat anak,cucu dan cicit. Mananya nak perasan.


          ''Afiq dengan Afiqah pun dah ada tu Mak Tok! mak ndak dengan pak ndak pun dah sampai,tunggu Szaza dengan Harris ja lagi. Nisa pun tak sabar nak jumpa Szaza tu Mak Tok!,.'' sambil melangkah untuk keluar mengambil daun sirih,Nisa sempat memberitahu neneknya. Ketika Szaza kahwin dulu Nisa tak dapat turut serta meraikan majlis perkahwinan mereka. Dengar kata majlis kahwin mereka buat ala kadar saja.


          Nisa keluar dari rumah sambil bibirnya menguntum senyum. Teringat dia akan sepupunya Szaza yang selalu gabra itu. Szaza tu pemalu sangat terutama dengan orang lelaki. Dah lama tak jumpa dia. Agaknya dia pemalu lagi tak sekarang ni macam dulu? Minda Nisa bekerja keras memikirkan perihal Szaza.


          ''Aayiennnn!! Buat apa tu? Astaga,.budak bertuah ni!'' bila Nisa sampai di belakang rumah dia ternampak anaknya Azrin sedang berada di dalam sawah padi di belakang rumah. Terkejut sakan dia. Dia turut memerhatikan sekeliling mencari kelibat anak-anaknya yang lain.


           ''Alaa ibu,.Ayien nak tangkap ikan ni. Banyak ibu!'' Azrin menjawab pertanyaan ibunya sambil tangannya kalut mengagau air di dalam sawah. Laju Nisa melangkah ke arah anaknya itu. Hatinya mula terbakar dengan jawapan selamba Azrin.

          ''Naik!!! Orang lain sibuk nak buat kenduri. Dia sibuk nak berkubang. Naik sekarang! kalau Ayien tak naik,nanti ibu turun,Ayien siap! Berbirat ibu belasah nanti kang!'' Nisa berpura-pura nak turun ke sawah. Daun sirih sudah dilupakan buat seketika bila melihat gelagat si kembarnya ini.

        ''Ibu ni tak sporting la! Bukan selalu pun Ayien nak datang ke rumah Tok Nek ni. Lagi pun Ayien rindulah nak main bendang macam ni. Abah dengan ibu la ni. Dah best dah tinggal di kampung,nak pindah jugak ke Kuala Lumpur sana.'' Azrin menarik muncung sambil perlahan-lahan melangkah naik ke darat. Nisa menunggu Azrin di tepi sawah dengan sabar,dalam hatinya sudah berkira-kira nak memiat telinga Azrin. Orang lain sibuk buat kerja,dia sibuk bermain air,kan dah bergelumang dengan lumpur sawah badannya tu. Haih! ni baru sorang. Buatnya kembarnya Rina dan adiknya Azwan join sekali mau mengamuk Nisa satu kampung.


          ''Degil ya! kan ibu dah pesan sebelum datang sini,jangan nak nakal-nakal sangat. Adik  wan dengan Rina mana?'' berpijak saja kaki Azrin di atas batas sawah,Nisa terus menarik telinga Azrin,terangkat kaki kanan Azrin akibat menahan sakit. Nisa bukan nak dera anak,cuma nak beri pengajaran sikit. Degilnya tak habis-habis. Beginilah Azrin bila jumpa dengan sawah atau pun sungai,mesti nak berkubang. Kelmarin ketika mereka baru sampai Azrin dah buat hal. Azrin dah pergi berenang air laut yang sedang pasang. Kebetulan rumah mak toknya ini memang dekat dengan laut.

       ''Tak pernah nak serikkan? Letihlah ibu macam ni! Kelmarin Ayien pergi main air pasang diam-diam. Ayien tak takut ka,buatnya lemas macam mana? Ha,.ni dalam sawah ni,buatnya ada ular ke,hapa ka,mana kita tau,.'' Nisa mula nak pot pet meleteri Azrin dengan suaranya yang agak kuat. Kalau orang dengar mungkin orang akan ingat Nisa ni ibu yang cerewet tapi Nisa bukan nak berleter suka-suka. Siapa tak sayang anak? Nisa dah pernah kehilangan anak sulung. Nisa dah rasa kepedihan kehilangan orang tersayang. Nisa tak mahu kerana kecuaian mereka,nanti anak-anaknya yang lain akan ditimpa kecelakaan. Memang malang itu tak berbau dan segala yang berlaku adalah dengan keizinan Allah tapi sebagai ibu bapa,bila berlaku sesuatu terhadap anak-anak,masyarakat sekeliling akan menuding jari dan menuduh ibu bapa yang cuai. Sudah lumrahnya begini,nak buat macam mana. Menuding jari kepada orang lain tu mungkin dah menjadi satu hobi yang paling disukai.

       ''Kenapa tu Nisa? Ya Allah Ayien! Buat apa lagi tu? Macam-macam hallah!'' Azri muncul tiba-tiba. Mendengar suara Nisa yang sudah terdengar dari jauh,Azri pasti mesti hal anak-anaknya lagi. Kelmarin lembut lututnya bila ada orang kampung yang memberitahu Azrin berenang di laut. Bergegas dia ke tepi pantai. Rasa nak pitam bila menyaksikan dengan mata sendiri Azrin yang seronok bermain air pasang dengan budak-budak kampung.


       ''Ayien ni ha,.orang tengah kalut nak buat sirih junjung dengan hantaran,dia seronok dok berkubang dalam bendang belakang rumah,.Wan dengan Rina mana bang? Nisa tak nampak pun budak-budak berdua tu!'' dalam sibuk memarahi Azrin,sempat Nisa bertanya tentang Azrina dan Azwan. Tadi dia terlalu leka membuat hantaran hingga terlupa dengan anak-anaknya. Bila Azrin buat hal baru dia teringat dengan ketiga orang anaknya itu.

         ''Ada tu ha,.Ayien pergi mandi. Abah  nak pergi pelantar ikan dengan abang Pait. Kalau Ayien nak ikut cepat siap!'' Azrin yang berwajah masam pada mulanya terus berwajah ceria. Nampak sangat teruja dengan pelawaan ayahnya itu.

      ''Hooreeyyy!!,.'' Azrin terus berlari menuju ke arah bilik air di luar rumah. Bilik air khas untuk kaum lelaki. Rumah Puan Jamilah memang disediakan dua bilik air memandangkan anak menantu,cucu,cicitnya yang ramai selalu balik berkumpul. Bilik air untuk kaum perempuan di dalam rumah,memandangkan kaum perempuan ni kaum yang lemah.


       ''Abang pergi pelantar ikan nak buat apa?''  Nisa bertanya Azri bila Azrin sudah hilang dari penglihatan.


       ''Nak pi shoping,beli baju. Nak ikut?'' Azri menjawab endah tak endah sambil menjungkit keningnya beberapa kali. Nisa mula mencebik. Azri dah semakin bijak berkata-kata sekarang ni. Dah tak cool macam dulu. Kuat pulak loyar buruk.

       ''Jawablah betul-betul! Hiesy!!,.''


      ''Laa,.dah nak pi pelantar ikankan,.tentulah nak pi ambik ikan,lagi nak tanya!'' Azri menjawab balas sambil tergelak. Dengan wajah tak puas hati,Nisa menuju ke belakang rumah untuk menyiapkan kerjanya yang terbengkalai sebentar tadi. Daun sirih yang masih menghijau di pokok harus dikutip seberapa banyak yang mungkin. Kalau nak dilayan bercakap dengan Azri dan anak-anaknya memang takkan siaplah kerjanya.

      ''Nak ke  mana tu? Takkan marah kot? Nisa jangan nak berkubang macam Ayien pulak!'' Azri melaung Nisa yang meninggalkannya sambil tergelak. Nisa berhenti dan menoleh. Dibuntangkan matanya ke arah Azri yang sakan mentertawakannya.

      ''Abang ni kan,..abang ingat Nisa ni dah buang tebiat ke hapa?'' Nisa berdecit geram.

       ''Mana la tau! pembawa budak pulak ka?'' Azri masih ingin menyakat Nisa.

      '' Sudahlah bang! Sirih junjung Nisa belum siap lagi ni,nak layan abang bergaduh. Tak jadi la kerja Nisa ni karang.'' Nisa tak mengendahkan lagi Azri,terus dia menghala ke arah pokok sirih di tepi sawah. Azri pula berlalu menuju ke depan rumah. Masing-masing mula sibuk dengan hal sendiri. Bila sesekali berkumpul dengan saudara mara,apatah lagi di majlis-majlis seperti ini keletihan membantu mengurus itu dan ini takkan terasa. Bila tangan sibuk bekerja dan mulut pula sibuk bertanya khabar. Bukan selalu nak berkumpul begini,kalau tak kerana nak buat majlis atau nak sambut Ramadhan dan Syawal memang payah nak bertemu secara kebetulan. Bestkan bila dapat berkumpul begini?

...................................................................


            Semua anak,menantu,cucu dan cicit Puan Jamilah sudah sampai. Majlis pertunangan akan bermula pukul 3.00 petang. Sekarang ni seisi rumah sedang mengerjakan solat Zohor berjemaah yang di Imankan Pak Long Asmadi anak sulung Puan Jamilah yang tinggal di Pulau Langkawi. Selepas solat Zohor nanti baru mereka akan bertolak ke rumah Aina Suhaini untuk majlis pertunangannya dengan Faiz. Sejak tadi Faiz asyik resah gelisah. Macam-macam yang difikirkannya. Walau pun mereka sudah merisik Aina Suhaini untuknya sebelum ini tapi Faiz masih takut kalau peminangannya masih ditolak. Alahai Faiz! Jodoh,ajal dan maut itukan di tangan Allah. Kalau ada jodoh tak ke mana!

         ''Haa Ana! Cincin semua dah siap? Jangan tak bawak pulak,satgi oghang sughuh sarung cincin,cincin takdak pulak. Buat malu ja.'' Pak lang Rusdi bertanya kepada isterinya selepas semua yang ingin turut serta sudah siap untuk bertolak.

        ''Ada tu ha! Dah siap dalam bekas hantaran. Ishh,.abang ni,taulah nak pi minang menantu sulung pun. Janganlah risau sangat!'' kata-kata Puan Rohana membuatkan seisi rumah riuh dengan suara gelak ketawa.

          ''Abang Di tu bukannya risau kak Ana,tengah syok la tu,tahun ni terima menantu,tahun depan boleh timang cucu pulak!'' Mak Su Sarimah pulak menyampuk disertakan dengan gelak ketawa yang tak berhenti dan bunyi usik mengusik dari yang lain.

        ''Baguihlah kalau cepat boleh timang cucu,kalau tak,macam mana?'' Puan Rohana mengerling Faiz yang sedang bersandar di tepi dinding. Wajahnya nampak sangat murung. Orang nak bertunang berwajah ceria,dia ni nak bertunang macam ayam berak kapur.

         ''Yang mak tengok Pait pasai pa? Kalau Pait jadi kawen dengan Sue,mak jangan bimbanglah,kalau ikut baka mak dengan ayah,berderet Pait bagi cucu kat mak!'' dalam serabut Faiz tetap menjawab dan kata-katanya juga disambut dengan gelak tawa. Puan Jamilah yang akan turut serta bersama mereka sudah tersenyum bahagia. Kebahagiannya dapat melihat anak,menantu,cucu dan cicitnya bergurau senda memang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.


            ''Haa,.harapnya macam tulah. Bakal menantu mak tu lawa,takut satgi bila dah kawen nak jaga badan punya pasai sampai takut nak beranak. Ramai dah mak dok dengar cerita macam ni. Depa tak tau kot anak tu la nak tolong kita di akhirat esok. Dok sayang ke badan pun buat apa,bila tua esok badan tu tetap berkedut seribu walau depa ada duit nak pi cucuk dengan botox segala,.'' Puan Rohana tiba-tiba teringat satu berita yang di tunjukkan Faridah kepadanya di you tube. Tanpa sedar,cerita itu yang diungkitnya.

           ''Dah siap dah ka? Jomlah kita bertolak! Satgi depa dok tunggu kita pulak!'' belum sempat Faiz menjawab kata-kata emaknya Pak long Asmadi terlebih dahulu menyampuk perbualan mereka. Semua yang mendengar kata-kata Pak Long Asmadi bergegas untuk keluar dari rumah. Pak Long Asmadi menjadi wakil untuk bercakap di rumah Aina Suhaini nanti. Sudah tentu Pak Lang Di yang menyuruhnya menjadi wakil. Manalah tahukan,tiba-tiba pihak perempuan sana akan sambut kedatangan mereka dengan pantun pulak nanti. Harulah nak menjawabnya. Lagi pun Pak Long Asmadi lebih berpengalaman dalam hal ni,biarlah dia yang tolong uruskan.

            Mereka bertolak dari Kampung Singkir menuju ke Guar Cempedak dengan tiga buah kereta dan sebuah van. Ramai saudara mara yang nak tengok wajah Aina Suhaini. Semuanya pakat nak ikut. Bikin gempak dibuatnya rumah bakal pengantin perempuan nanti menerima kunjungan kaum keluarga Puan Jamilah.

...............................................................................


               ''Ni kak Ana, ceq tak setuju la apa yang kak Ana kata tadi! Bukan semua anak-anak boleh tolong kita di akhirat esok,lebih-lebih lagi anak-anak zaman siber ni. Kadang-kadang tukan,ibu bapa ni sama,terlebih sayang dengan anak-anak. Apa yang anak-anak nak,semua depa bagi. Anak-anak apa lagi,mengada-ngada la.Lagi pun ceq tengok ibu bapa la ni selalu berbangga bila anak-anak depa dapat skor dalam periksa tapi bila anak-anak depa tak sembahyang,depa tak ambik tau pun. Bukan ceq nak katalah kan ceq ni pun ada anak jugak,cuma yang ceq heran,apalah yang nak dibanggakan sangat kalau belajar tinggi-tinggi tapi sembahyang tak mau. Bab agama zero!'' Mak su Sarimah membuka kembali topik yang tergendala sebentar tadi. Mereka naik van bersama ibu-ibu yang lain. Ada mak long Saerah,Puan Rohana,Mak ndak Miah,Mak Tam Peah,Mak Teh Diah, Szaza,Nisa,Nurul Ain Nabila dan Azri sebagai pemandu van termasuklah anak-anak mereka.

          ''Betul tu mak su! Szaza sokong mak su 100%. Kalau dalam facebook tu mak su,kebanyakannya dok upload gambar ikut dan mereka ja. Kalau diri sendiri pun tak lepas,macam mana nak tolong doakan ibu bapa. Mereka pandang ringan dengan bab agama ni. Bila orang kata Islam itu mudah,mereka sengaja nak permudahkan hukum Islam tu. Hukum halal,haram mereka dah tak heran dah.'' Szaza turut mencelah sebelum Puan Rohana menjawab kata-kata adik iparnya,anak Puan Jamilah yang bongsu.

         ''Orang kata nak bela sekandang kambing ni senang sangat tapi nak bela sorang anak tu bukannya semudah yang dikata. Bukan nak kena bagi makan ja hari-hari. Nak kena juga didik dalam segala hal. Bab agama,bab akhlak nak kena ambik tau jugak. Orang la ni,semuanya ambik mudah,asal anak cukup makan dan pakai,hal lain tu depa tak hirau dah. Kalau barang naik harga,depa melenting semacam ja tapi anak-anak depa dok post yang bukan-bukan di laman sosial ada depa ambik tau?'' mak su Sarimah menambah lagi bebelannya.

          
              ''Hampa dok sembang pasai komputer,pasai internet,macamlah kami ni tau sangat pasai internet ni. Apa orang dok cakap,.belain It? Apa blen,.hishh,..susah pulak nak sebut,.'' mak  tam Peah pula menyampuk sambil cuba mengingat ayat anak-anaknya kepada dirinya yang tak tahu tentang alam siber.

          ''Blind IT la mak tam. Buta internet. Sebab orang-orang tua tak tau pasal internetlah,anak-anak la bebas berinternet,lebih-lebih lagi la ni banyak dah telefon pintar yang dah di jual di pasaran dan senang di perolehi. Szaza yang tak berduit sangat ni pun boleh beli mak tam. Nak buka you tube pun boleh dengan telefon tu,.'' sambil memujuk bayinya yang mula nak meragam Szaza mencelah lagi.

        ''Betoi,betoi,betoi,.'' Nurul yang hanya mendengar perbualan ibu-ibu saudara dan sepupunya dari tadi menyampuk,dalam hati dia bersetuju sangat dengan apa yang sedang mereka bincangkan. Baginya internet ni ada kebaikan dan keburukannya,macam dirinya dengan Amirul. Mereka berkahwin pun kerana kesalahan Amirul yang salah guna internet. Amirul sudah menceritakan segalanya kepada Nurul selepas mereka berbaik semula. Menurut Amirul,Nurul diperkosa kerana Amirul selalu melayan filem-filem panas di dalam You Tube.  Amirul terpengarauh dengan apa yang selalu ditontonnya dan akhirnya Nurul yang menjadi mangsa. Nurul pun tak sangka anak seorang iman masjid akan melayan filem-filem sebegitu. Amirul yang di didik dengan ilmu agama secukupnya,apatah lagi bagi anak-anak yang diabaikan ilmu agamanya.


          ''Haa,.Nurul! Dari tadi lagi mak ndak nak tanya hang. Awat yang laki hang dok muntah teruk sangat. Dari sampai pagi tadi,mak ndak tengok dia muntah teruk sangat. Dia sakit apa?'' mak ndak Miah ubah topik tiba-tiba. Nurul terus terkelu dan matanya dialihkan ke arah ibunya. Mak Teh Diah tersengeh ceria.

         ''Alah,.Mirul tu alah pembawa budak. Rezeki depa,bunting pelamin!'' mak teh Diah menjawab bagi pihak Nurul. Wajah Nurul sudah berbahang menahan malu. Kalaulah ibunya tahu dia mengandung sebelum nikah,apakah jawapan ibunya?


        ''Allhamdulillah,.takpalah,hang nak boleh dah cucu sulung. Tu untung noh,dapat anak perempuan sulung ni,boleh merasa dapat cucu awai. Lega la hang Nurul,tengok hang ok ja,yang Mirul tu pulak lembik dok ambik bahagian hang. Hang tak mabuk langsung ka?'' Puan Rohana @ mak lang Ana pula bertanya,perihal sogokan mak su Sarimah yang membantah kata-katanya tadi, langsung tak disentuh. Nak bertengkar dengan orang yang selalu buka internet sedangkan dia pun tak pernah dok ambil tau pasal internet memang payahlah nak menang. Macam ada kebenaran saja apa yang adik iparnya itu katakan.

         ''Kadang-kadang ja mak lang,tapi Nurul reja nak makan ja,perut tak boleh kosong langsung. Baru dua bulan,badan Nurul macam dah berisi dah ni,.'' Nurul menjawab sambil tersipu-sipu. Kalau Amirul langsung tak boleh makan tapi Nurul pula asyik nak makan saja. Pantang ada makanan di depan mata,semuanya dia bedal.

         ''Hmm,.jaga diri elok-elok,jangan dok lasak-lasak sangat. Nurul untung tau boleh mengandung awal. Kak Nisa dulu puas kena kutuk baru ada rezeki nak mengandung tapi Alhamdulillah,rupanya Allah menguji sebab nak bagi si kembar ni untuk kami.'' Nisa yang berada di sebelah Azri di depan van mencelah juga bila berkenaan anak ni. Azri hanya menjeling Nisa sekilas sambil bibirnya menguntum senyum.

        ''Kita punya rancak dok sembang,tak sedar dah sampai Pekan Guar dah. Rumah depa tang mana Kak Ana?'' dalam berbual mak teh Diah memandang ke luar tingkap van. Sudah sampai di lampu isyarat pekan Guar Cempedak. Tiga buah kereta lagi berada di hadapan van. Kereta di depan sekali kereta Harris dan penumpangnya adalah Pak long Asmadi,Pak lang Di dan Faiz yang mahu turut serta. Zaman sekarang bukannya zaman dulu. Sekarang ni bertunang pun dah ada pelamin. Bakal pengantin pun dah boleh bergambar bersama. Mereka punya pose macam orang dah bernikah.


         ''Batu 18,satgi sampai la ni. Berapalah depa nak letak. Hantaran la ni kalau tak dak 10,000 jangan gatai nak pi minang anak orang,.'' sempat lagi mak lang Ana nak meluahkan kerisauannya. Bila Faiz bagitau Aina Suhaini seorang dj radio dan bakal buka butik sendiri,mak lang Ana hanya terfikir belanja kahwin yang mungkin mencecah puluhan ribu ringgit. Bukan nak sayangkan duit,tapi kalau hantaran dah puluhan ribu ringgit nanti majlis nikahnya takut tertangguh pula kerana duit mungkin tak mencukupi. Faiz hanya kerja sebagai nelayan,kalau setakat 10,000 mungkin mereka mampu sediakan tapi kalau 20,00 ke atas itu yang membimbangkan hati mak lang Ana. Mana dengan nak buat kenduri lagi.

         ''Pasrah sajalah mak lang. Ada jodoh pait,adalah tu!'' Szaza cuba menenangkan hati mak lang Ana sambil tersenyum. Faham benar dia dengan kerisauan mak lang Ana memandangkan mereka pun bukan orang berada. Teringat dia dengan majlis pernikahannya dengan Harris dulu. Hanya buat majlis sederhana saja. Segala kelengkapan bilik tidur semua di pinjamkan orang. Tiada pelamin dan sebagainya. Yang pastinya dia dan Harris tetap bahagia. Walau pun begitu kasih dan sayangnya kepada Harris semakin menebal hari demi hari.


...................................................................



''Pohon kuini lebat daunnya,
Kanak-kanak memanjat berhari-hari,
Kami di sini ingin bertanya,
Apakah hajat datang ke mari?''

                 Rombongan Faiz saling berpandangan bila pihak perempuan memulakan mukadimah dengan pantun. Masing-masing memandang pak long Asmadi dan berharap pak long Asmadi mampu membeli pantun tersebut. Kalau tak,habislah!

''Sawah Cik Tom beribu ekar,
Banyaklah tangan kerja membanting,
Dengar kata kuntum dah mekar,
Di taman larangan ingin disunting''

             Pak Long Asmadi menjawab dengan teragak-agak setelah lama menyepi. Bukan senang nak cipta pantun mengikut rima yang betul. Pening juga kepala nak memikir,lebih-lebih lagi pantun spontan ni.

''Ada batu ada bata,
Terkena kereta berbunyilah pengera,
Kalau itu hajat dikata,
Bolehlah kita berbincang segera.''

          Pihak perempuan  berpantun lagi,pak long Asmadi dah mengarukan kepalanya. Akhirnya pak long Asmadi tersenyum. Yang lain menanti penuh debar bait-bait rangkap pantun seterusnya.

         ''Haa,.kalau macam tu senang sikit reja pak long. Tak payah dok pantun sangatlah naa? Pak long pun bukannya pandai sangat. Kita mulakanlah naa?'' seisi rumah riuh dengan gelak tawa. Ingatkan pak long dah dapat idea untuk beli pantun tadi, rupanya senyum pak long ada makna. Senyum menyerah kalah. Hahaa,.alahai pak long!


                Perbincangan pun berlansung dengan keramahan di kedua belah pihak,saling bersoal jawab itu dan ini dan kata sepakat pun dibuat. Jumlah hantaran yang diminta hanya 7,888.00 dengan mas kahwin senaskhah Al-Quran. Puan Rohana dan encik Rusdi menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya tak lari bajet mereka dan kenduri akan di adakan pada 3 Syawal seperti yang dirancang sebelum ini.
Macam biasa selesai perbincangan Puan Rohana akan menyarungkan cincin sebagai tanda termeterainya perjanjian antara kedua belah pihak.

                Aina Suhaini sudah menjadi tunangan Faiz. Terharu Faiz memerhatikan pujaan hatinya begitu berseri disolek dengan pakaian yang begitu anggun dan bergaya. Wajah yang sudah sedia cantik itu semakin bertambah jelita setelah disolek dan dipadankan dengan busana berwarna merah jambu. Tak berkelip mata Faiz memandangnya. Tunang sapa la tu? Hati Faiz berkata bangga. Hajat hatinya untuk memiliki Aina Suhaini akan terlaksana sepenuhnya tak lama lagi. Moga hari ini diberkati Ilahi dan pertunangan ini akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Amin. Dalam rasa bangga dan terharu sempat Faiz berdoa di dalam hati agar Allah melanjutkan jodoh mereka.

........................................................................



                  Semua siaran tv dan radio baru menyiarkan pengumuman bahawa esok bermulanya puasa bagi umat-umat Islam seluruh negara. Ramai orang berpusu-pusu keluar rumah menuju ke masjid dan surau yang berdekatan kecuali keluarga Puan Jamilah. Mereka berjemaah dari maghrib bersambung ke Isyak dan Tarawikh yang diimankan pak long Asmadi. Selepas solat Maghrib tadi pak long Asmadi membuat kuliah Maghrib. Tajuk kuliah Maghribnya khas berkenaan dengan puasa yang akan mereka mulakan esok hari. Pak long Asmadi juga menambah sedikit kuliahnya malam ini dengan menceritakan tentang 12 golongan manusia di Padang Mahsyar.


 DUA BELAS (12) GOLONGAN MANUSIA DI PADANG MAHSYAR

1. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki. Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka mengganggu jiran tetangga.

2.Dibangkitkan dalam keadaan menyerupai babi.Mereka adalah golongan yang malas dan lalai dalam solatnya.

3.Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar dengan di dalamnya penuh dengan ular dan kala jengking kerana di dunia mereka tidak membayar zakat.

4. Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga , mereka suka menipu.

5. Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai kerana ketika didunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang ,tetapi tidak takut kepada Allah S.W.T.

6.Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian palsu.

7.Dibangkitkan dalam keadaan tanpa laden kerana selalu berdusta ketika di dunia.

8. Dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala tersungkur, sedangkan kedua – dua kakinya di atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika hidup, golongan ini suka berzina dan mati sebelum sempat bertaubat.

9. Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya di penuhi api kerana ketika di dunia, mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.

10. Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta kerana ketika hidup di dunia dia menderhaka kepada orang tua.

11. Dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada,lidahnya sampai ke perut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha dengan perutnya penuh kekotoran kerana ketika hidupnya, mereka gemar meminum arak.

12. Mereka yang dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan melepasi sirat’ (titian Mustaqim) seperti kilat kerana golongan itu ketika hidupnya rajin beramal soleh,meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktunya dengan berjemaah.

            ''Ingatlah! Hidup di dunia ini hanyalah sementara saja. Kalau hampa umur panjang sekali pun,.pak long bagi contohlah kalau umur hampa seribu tahun tapi di akhirat esok sekali kita di azab sehari di Akhirat, panjangnya bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Sempena nak masuk bulan Ramadhan ni marilah kita sama-sama membuat sebanyak mana amal yang kita mampu. Perbanyakkan Istighfar kepada Allah. Banyakkan berzikir dan membaca Al-Quran. Jauhkan sikap prasangka dan hindarkan diri dari membuat fitnah dan mengumpat. Pelihara lidah kita dari mengeluarkan kata-kata kesat seperti maki hamun dan sebagainya. Biasakan diri dengan berzikir, manfaatkan pemberian Allah kepada kita dengan sebaik-baiknya, seperti lidah kita. Perbanyakkan zikir kepada Allah. Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”

          Puasa hampa tu biarlah berkat. Jangan puasa yang sia-sia. Yang dapat hanya lapaq dan dahaga, seperti kata satu hadis ni,.Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.”

             Rajinlah bersedekah walau hanya sekupang(sepuluh sen). Tu tabung masjid tu jangan tengok saja, terutama orang-orang lelaki ni,pi masjid setiap jumaat,setiap waktu jangan nak kedekut sangat. Tak dak banyak, seringit pun boleh,.“Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, bahawa Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang sangat pemurah kepada orang lain, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan ketika baginda didatangi oleh jibril a.s. Jibril datang berjumpa baginda pada setiap malam lalu mengajar al-Quran kepada Baginda. Sesungguhnya Baginda bersifat pemurah dengan bersegera melakukan kebaikan umpama angin yang bertiup kencang.”


            Satu lagi pak long nak peringat kat hampa, sepuluh malam terakhir. Jangan nak kalut sangat nak buat kuih la, nak pi bershoping la. Sepatutnya baju-baju raya dah beli sebelum Ramadhan lagi, jadi senang kita nak buat ibadat di bulan puasa ni. Ni bulan puasa baru nak kalut nak pi beli baju, balik rumah letih, semua diabaikan macam tu saja. Akhirnya bulan Ramadhan sebulan balik macam tu ja, kita yang dok kalut tu,kalut ni, satu amalan pun tak dan(tak sempat) nak buat.''


                   Banyak juga yang pak long Asmadi ceramahkan. Semuanya diam mendengar, cuma sesekali anak-anak yang masih kecil bersuara. Biasalah budak-budak tak cukup singgit, yang dilarang itulah mereka nak buat. Disuruh diam, semakin mereka nak cakap, disuruh cakap mereka diam pulak. Haih!!


..................................................................................


                ''Mak Tok,.malam ni kita nak sahur pukul berapa?'' kak Arah atau Siti Zaharah bertanya Puan Jamilah. Kak Arah ni dari pagi tadi dialah yang menjadi tukang masak. Mak-mak saudara yang seramai  sebelas orang tu hanya memberi resepi dan arahan. Adakalanya mereka turut membantu siang apa yang patut. Yang beranak kecil,tugas mereka hanya makan dan melayan kerenah anak-anak yang pelbagai. Yang membawa perut hanya meminta apa yang di idamkan. Kaum bapa pula, tugas mereka mencari barangan keperluan. Masing-masing ada tugas sendiri. Kanak-kanak lelaki dan perempuan hanya fokus pada mercun dan bunga api. Mereka tahu nak seronok ja tanpa mereka sedar, keseronokan itu bakal memberi kesakitan kepada mereka kalau tak berhati-hati. Tak ada kerja lain budak-budak ni! Tau nak bakar duit sajakan?


              ''Ikut hampalah! hampa buatlah apa yang patut!'' Puan Jamilah menjawab bersahaja. Inilah masanya dia nak jadi big bos yang hanya melihat dan merasa. Bila anak menantu,cucu dan cicit balik Puan Jamilah hanya goyang kaki tanpa perlu turun ke dapur. Selepas ni tinggal lagi mereka berdua bersama suaminya encik Omar yang sudah pencen. Puan Jamilah kahwin muda. Ketika dia kahwin umurnya baru 15 tahun manakala suaminya baru 19 tahun. Orang dulu-dulu sekolah tak tinggi. Suaminya pun hanya mengerjakan sawah dan hasil duit sawah itulah mereka menyara anak-anak mereka. Sekarang sawah itu telah diamanahkan kepada orang lain mengusahakannya. Anak-anak mereka tak mahu mengusahakannya kerana masing-masing sudah berhijrah ke tempat lain. Ada yang mendapat tanah rancangan Felda,ada yang berhijrah dan bekerja di bandar, manakala yang perempuan pula mengikut suami masing-masing.

          ''Kita masak siap-siaplah malam ni. Nanti kita mangkit pukui 4.00 pagi, kita perangatlah lauk-lauk,kita masak nasi ja. Ramai ni,nak masak sat ja kot!'' mak long Saerah mewakili Puan Jamilah memberikan saranan.


          ''Nak masak malam ni, kena mula la ni la. Ni dah pukul berapa dah ni. Lepas tarawikh tadi semua pakat dok melunjur ja,.'' Puan Rohana memerhatikan seorang demi seorang wakil-wakil tukang masak yang tak bertauliah sambil tersenyum. Mereka saling memandang di antara satu sama lain.

          ''Haa,.hampa dok tunggu lagi, tak mangkit pi dapoq! Yang mana tak dak anak kecik tu, jangan nak buat-buat lena naa!'' mak teh Diah mencelah sambil bangun, di ikuti mak su Sarimah, kak Arah, mak tam, Nisa dan tiga orang anak dara mak long Saerah. Ramai betul cucu-cucu Puan Jamilah. Tak terkira banyaknya. Semua menantu perempuan dan anak perempuannya subur-subur. Sesekali berkumpul nasi sekawah memang tak cukup. Bila memasak nasi mereka gunakan periuk besar dan 5kg beras digunakan. Umur puan Jamilah sekarang ni dah 71 tahun manakala encik Omar dah mencecah 75 tahun tapi mereka masih ada kudrat kerana mereka suka makan ulam-ulaman. Nak awet muda bukannya payah pun. Selalulah makan sayur-sayuran mentah, makan banyak air putih. Air sejuk seperti air berais elakkan dari meminumnya. Satu lagi petua yang Puan Jamilah amalkan,ketika memasak dia takkan menambah sebarang bahan perisa. Biar rasa ori macam tu,biar tak sedap,yang penting, sihat.


         Puan Jamilah melahirkan pak long Asmadi ketika awal tahun dan anak keduanya dilahirkan hujung tahun. Dengan kata lain rahimnya hanya kosong ketika dalam pantang. Memang jarang terjadi tapi sudah terjadi dan pernah terjadi kepada orang lain juga. Dua tahun kemudian Puan Jamilah mengandung lagi dan puan Jamilah melahirkan anak ke-3 ketika usianya 18 tahun. Begitulah seterusnya, kelahiran yang adakalanya berselang setahun atau dua tahun atau setahun dua orang hinggalah puan Jamilah melahirkan mak su Sarimah ketika dia berusia 41 tahun. Fuhhh,.kalau Allah dah kata ''kun fa ya kun'' sebagai hamba kita hanya menerima segala pemberian-NYA dengan redha.

..........................................................



                ''Mak tok! Nisa tak larat dah! mak tok suruh orang lain pulak kejutkan depa. Sekali dengan laki Nisa,dengan anak-anak Nisa liat sangat nak bangun! Nisa serendar!'' Nisa datang ke dapur dengan wajah cemberut. Bila Puan Jamilah bangun, makanan sudah dihidangkan, cuma orang yang nak makan ja masih yang kurang. Ramai yang masih berdengkur terutamanya kaum-kaum adam.


               ''Semalam pakat dok berjaga la tu. Kami siap masak semalam pun depa dok berjaga lagi. Dok menyembang apa tak tau. Ha,.ni pakat liat la nak mangkit shoq(sahur).'' Mak su Sarimah yang sedang membancuh air milo panas mencelah kata-kata Nisa. Puan Jamilah hanya tersenyum mendengar rungutan Nisa dan mak su Sarimah.

             ''Bagi aku try pi gerak tengok. Tudung periuk yang kebal sikit ada tak?'' Szaza yang turut ada bersama bersuara sambil dia tertinjau-tinjau mencari sesuatu. Ibunya mak  ndak Miah memandang pelik ke arahnya. Nak buat apa pulak Szaza ni? Hati tuanya tertanya-tanya.

          ''Tu,.bawah para tu. Hang nak buat apa tudung periuk?'' mak su Sarimah menudingkan jarinya di bawah para tempat menyimpan periuk sambil menyoal.

        ''Ada la reja sikit! Szaza nak pinjam sudip nasi mak tok ni. Patah jangan marah naa. Kira halal la!'' selepas menjumpai tudung periuk yang sesuai dengan permintaannya Szaza mencapai pula sudip kayu untuk mengacau nasi. Ibu-ibu saudara,mak tok dan sepupu-sepupunya hanya memandang gelagatnya dengan seribu persoalan.

            ''Hang nak buat apa tu? Hang jangan buat pasai woi! Jaga anak kecik aku tu satgi tak makan shoq aku! Anak kecik hang takpa la tahan mata. Dari tadi lagi dah jaga. Tak reyau pulak tu. Hang jangan! '' kak Arah semacam dapat menduga apa yang bakal dilakukan Szaza. Kak Arah  terus memberi amaran. Sepupunya yang lain terus tergelak.



          Tanpa menghiraukan amaran kakak sulungnya Zaharah, Szaza menuju ke ruang tamu di mana kaum-kaum adam sedang enak dibuai mimpi-mimpi indah. Yang sudah bangun hanya encik Omar, pak long Asmadi dan Pak lang Di. Ada yang masih lena-lena ayam, antara nak bangun dan tidak. Masih berfikir barangkali atau sayang nak meninggalkan tempat tidur.

         ''Api! Api! Api!,.rumah terbakar! cepat selamatkan diri!!!'' sambil mengetuk tudung periuk dengan sudip kayu Szaza bertempik kuat. Bukan sekadar yang masih tidur bertempiaran bangun tapi pak long Asmadi dan encik Omar yang sedang menunaikan solat tahajud turut lari keluar dari rumah. Dalam rasa lucu Szaza diterpa rasa bersalah. Kesian tok wan! kesian pak long!


         ''Mana api? Rumah sapa terbakar? Anak-anak mana? cepat-cepat!,.keluar! Telefon bomba! Telefon bomba!'' Harris yang masih terkapa-kapa  akibat terkejut meracau entah apa-apa. Szaza sudah senak perut menahan gelak. Nak kejutkan orang lain, akhirnya suami sendiri yang terkejut teruk. Macam orang sedang mengigau pulak. Seluruh dapur sudah riuh rendah dengan gelak ketawa cuma kaum-kaum adam,termasuk kanak-kanak masih terpinga-pinga.


        ''Awat Szaza? Rumah sapa yang terbakar?'' encik Omar masuk semula ke rumah bila menyedari keadaan sebenar. Terkejut bukan kepalang bila mendengar orang bertempik tadi,tanpa berfikir panjang, dia terus bangun menyelamatkan diri. Baru nak memberi salam tadi. Terbatal sudah solat tahajudnya tadi.



         ''Sori tok wan! Ni ha,.anak,cucu tok wan ni, liat sangat nak mangkit tidoq. Orang dah siap hidang dah. Dok gerak tak mangkit-mangkit. Sesekali teringin jugak nak buat kecoh! '' sambil tergelak Szaza meminta maaf kepada encik Omar. Pak long Asmadi masuk ke rumah sambil mengelengkan kepala. Dia baru nak mula niat solat tahajud tadi. Bertuah punya budak! nasib baik tak kena serangan jantung. Ayah Szaza pak ndak Li merenung tajam ke arah Szaza. Dia hanya terkejut sikit tapi tak sampai lari keluar rumah. Pak ndak Li sudah terjaga dan baru nak meregangkan urat-urat saraf. Bila melihat Szaza datang dengan tudung periuk dan sudip kayu dia sudah dapat mengagak apa yang bakal terjadi.

         ''Szaza! Dah lama belajar buat reja ni?'' Harris bersuara lagi bila menyedari ini semua hanya lakonan isterinya semata-mata. Mereka yang bangun dalam keadaan mamai dan terkejut tadi nampaknya sudah pullih. Masing-masing merungut marah terutama sekali Afiq dan Zahid serta anak-anak saudara Szaza.

        ''Dak aih! Baru nak berlatih pagi ni!'' Szaza bersuara sambil tersengeh. Sejak tinggal di Penang ni loghat Szaza pun dah berubah 99.9%.

         ''Berlatihlah sangat. Kak Szaza tau tak Afiq baru nak mimpi jumpa awek cun.'' Afiq mencelah tiba-tiba sambil terus tidur semula. Terlupalah tu, esok dah puasa dan dia kena bangun untuk makan sahur.

       ''Woi! Penat tau akak main drum pagi-pagi ni. Fiq jangan gatai nak tidoq balik naa. Orang dah hidang dah nu. Takat nak mangkit suap ja pun. Banyak kerenah pulak!'' dipiatnya telinga Afiq kuat. Menyeringai Afiq menahan sakit. Bukan main lagi nak kejutkan kaum-kaum adam ni bangun sahur. Macam-macam gelagat yang mereka tunjukkan. Bila dah berkumpul ramai-ramai ni, lagi tak kuasa nak melayan kerenah mereka terutama kanak-kanak yang baru nak belajar berpuasa. Macam-macam alasan yang diberi kerana tak mahu bangun untuk bersahur.

                Bila semua kaum kerabat Puan Jamilah sudah berkumpul untuk menghadap hidangan di awal pagi, rumah masih sunyi sepi. Ada yang mata masih tertutup walau hidangan sudah ada di depan mata. Masakan yang begitu membuka selera pun dipandang sepi. Ayam masak merah, masak lemak cili padi ketam,telur asin,sayur campur dan ikan goreng masih belum terusik. Masing-masing menatap pinggan nasi sendiri sambil bertafakur. Agaknya,masing-masing sedang berdoa atau sedang berniat puasa barangkali.

        ''Ayien! Dah niat puasa belum?'' encik Omar memecahkan kebisuan. Masing-masing memandang Azrin yang masin terpinga-pinga.

         ''Belum! Ayien nak niat la ni!'' mata yang mengantuk terus segar bila disergah tok nek wannya tiba-tiba.

         ''Cuba niat tengok, tok nek wan nak dengar!'' sengaja encik Omar ingin menguji cicitnya yang paling nakal dan aktiv ini.

        ''Allahumma la kasom tu,wa,.''

        ''Ayieennnn!!!,.Tu, doa buka puasa!!'' Niza bersuara lantang diikuti derai tawa dari yang lain. Azrin terus gosok kepala sendiri sambil tersengeh.

        ''Bertuah punya anak!'' Nisa menyambung kata sambil mengelengkan kepalanya berkali-kali.

        ''Tak payah yang panjang pun tak apa Ayien,niat saja dalam bahasa melayu. Sahaja aku puasa esok hari kerana Allah Taala. Yang tu pun dah boleh dah. Kalau kita niat nak posa esok pun dah sah dah posa kita tu dengan syarat posa kerana Allah,bukan sebab nak duit raya atau nak ganjaran dari mak atau ayah. Haa,.mak dengan abah Ayien janji nak bagi apa pulak tahun ni? Kalau Ayien posa penuh.'' sambil memberi tazkirah encik Omar menyoal Azrin. Cicit encik Omar dan Puan Jamilah yang sebaya Azrin hanya Azrin dan kembarnya Azrina. Yang lain tu sudah sekolah menengah dan ada yang belum bersekolah. Azrin ni lebih diberi perhatian kerana dia lebih nakal berbanding cicit yang lain. Cucu-cucu encik Omar dan Puan Jamilah pula semuanya dah besar,anak mak su Sarimah yang bongsu pun dah sekolah menengah. Inilah untungnya kahwin muda. Ada rezeki sempat bermanja dengan cucu dan cicit.


              ''Abah janji nak bagi sehari seringgit. Kalau Ayien posa penuh nanti dapat duit raya rm30.00.'' sambil menyuap Ayien menjawab pertanyaan tok nek wannya. Yang lain pun sudah mula makan walau tak selaju makan di siang hari.

              ''Singgit ja Ayien? Err,.betul ka Ayien akan posa penuh? Jangan-jangan,.nanti masuk bilik air,curi-curi minum?'' Afiq sengaja menduga. Seingat Afiq,ketika dia nak belajar berpuasa dulu pun,abahnya berjanji untuk memberi upah tapi dalam bentuk hadiah mengikut kemampuan abahnya.

              ''Hai Fiq!!,.macam ada pengalaman ja tu?'' Szaza mencelah sambil menjungkitkan keningnya kepada Afiq. Afiq membuntangkan matanya. Elehh,.jangan-jangan kak Szazanya pun dua kali lima ja!

            '' Kalau Fiq ada pengalaman buat reja macam tu,maknanya kak Szaza la yang ajar Fiq!'' sambil tersengeh Afiq menjawab balas.

           ''Makan dulu! Depan rezeki jangan nak menyembang sangat! Nak berkelahi ka apa ka, tunggu lepas makan!'' tegas pak ndak Li bersuara. Szaza dengan Afiq terus terdiam. Kembali menghadap hidangan di depan mata.

          ''Tok Wan dengan ayah pun sembahyang tak kusyuk jugak ka? Sekali Szaza pukui tudung periuk, berterabur lari!'' Sapura membuka topik baru pula sambil mempamerkan giginya. Terbayang lagi kekecohan yang ditimbulkan Szaza sebentar tadi. Semua mata mengarahkan ke arah encik Omar dan pak long Asmadi.

         ''Jangan dok buat lagi reja macam tu. Nasib baik tok wan tak dak darah tinggi,.hai,kalau dak, tak sempat nak posa dah,.'' encik Omar tergelak sambil menjawab. Dia sendiri terfikir akan hakikat kusyuk ketika solat. Bukannya senang nak dapatkan kusyuk ketika solat. Baru niat dan angkat takbir, segala hal datang menjengah dalam minda. Kadang-kadang tu barang yang kita lupa pun boleh ingat ketika sedang solat. Iblis ni memang nekad nak menyesatkan anak-anak adam. Dendam iblis terhadap Nabi Adam memang kuat hinggakan dalam solat pun macam-macam bisikan yang cuba disampaikan.

          ''Sorry tok wan! Sorry pak long!  Szaza tak berniat nak buat tok wan dan pak long terkejut. Niat Szaza cuma nak kejutkan orang-orang yang liat nak mangkit tidoq ni ja! Tapikan tok wan,.agak-agaknya,dulu tok wan memang juara pecut ka?'' bila melihat tok wannya pantas bangun dan berlari keluar dari rumah, Szaza jadi terpegun. Tok wan bukannya muda lagi tapi sikap tok wan yang spontan tu, selain mencuitkan hati, Szaza juga rasa kagum dengan kekuatan sendi-sendi tok wan. Kalau orang-orang tua sebaya tok wannya tentu dan sakit lutut, sakit pinggang dan sebagainya.


          ''Tok wan bukan macam orang la ni. Tok wan makan ulam-ulam segar. Orang la,banyak makan bahan perisa, makanan segera. Semuanya bedal janji sedap. Tok wan tak cari yang sedap tapi tok wan makan yang berkhasiat ja,.'' encik Omar membuka rahsia kepada anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicitnya. Dia tengok menantunya yang berusia 40-an pun dah semput, sakit lutut, sakit urat dan sebagainya. Bila ditanya, alasan mereka mudah ja, sebab kerap beranak dan banyak urat dah putus. Sebenarnya, sebab tak berpantang makan dengan betul selepas bersalin, jadi urat dah masuk angin. Sebab tu bermacam-macam penyakit yang menyinggah.


           ''Patut la mak tok pun masih cun, walau dah bercicit!'' Faridah menambah kata sambil ketawa ceria dan ketawanya di sambut oleh yang lain.

           ''Nak bodek mak tok tunggu raya dulu. Hari ni baru posa pertama. Bodek-bodek tak jalan. Betoi dak mak tok?'' Faiz membidas kata-kata adiknya sekadar nak meriuhkan suasana. Memang, kalau dilihat wajah mak tok masih berseri walau sudah berkedut. Mak tok berkulit putih dan cantik ketika usia mudanya.

          ''Duit sedet (satu sen) banyak la tu. Sapa nak, ambik  ja la. Mak tok bukan nak buat apa pun!'' puan Jamilah menjawab selamba. Jujur sebenarnya kerana duit satu sen tu memang dikumpulnya sejak muda. Sekarang ni nak jumpa duit satu sen pun payah. Duit syiling 50 sen pun dah jadi sekecil duit 20 sen. Keliru jugak kalau tak di belek betul-betul. Dahlah sama-sama berwarna emas. Hmm,. dunia dah semakin maju dan banyak perubahan yang datang mendadakkan?

...............................................................




Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
64. At-Tagabun

[1]Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah; bagiNyalah kuasa pemerintahan, dan bagiNyalah segala pujian; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


[2]Dia lah yang mengaturkan kejadian kamu; maka ada sebahagian dari kamu yang kafir dan ada sebahagian dari kamu yang beriman; dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan (serta membalas masing-masing).


[3]Ia menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, dan Ia menentukan bentuk rupa kamu serta memperelokkan rupa kamu; dan kepadaNyalah tempat kembali.


[4]Ia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi; dan Ia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan; dan Allah sentiasa Mengetahui segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada;


[5]Bukankah telah sampai kepada kamu berita orang-orang kafir yang telah lalu? Lalu mereka merasai kesan yang buruk dari perbuatan kufur mereka; dan mereka (pada hari akhirat kelak) beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

[6](Balasan) yang demikian itu, kerana sesungguhnya mereka pernah didatangi Rasul-rasul (yang diutus kepada) mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, maka mereka berkata:” Patutkah manusia (yang seperti kami – menjadi Rasul untuk) memberi petunjuk kepada kami?” Lalu mereka kufur ingkar serta berpaling (dari kebenaran); dan Allah pun menyatakan tidak berhajatNya (kepada iman dan ketaatan mereka lalu membinasakan mereka); dan Allah sememangnya Maha Kaya, lagi tetap Terpuji.


[7](Di antara sebab-sebab kufur) orang-orang yang kafir (ialah kerana mereka) mengatakan bahawa mereka tidak sekali-kali akan di bangkitkan (sesudah mati). Katakanlah: “Bahkan, demi Tuhanku, kamu akan dibangkitkan, kemudian kamu akan diberitahu tentang segala yang kamu telah kerjakan. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.


[8]Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan kepada rasulNya serta kepada penerangan cahaya Al-Quran – yang Kami turunkan. Dan (ingatlah), Allah Amat Mendalam PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.


[9](Ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan (untuk menerima balasan), – itulah hari masing-masing nampak kerugiannya. Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang besar.


[10]Dan orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli neraka, kekallah mereka di dalamnya; dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

[11]Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.


[12]Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah; maka kalau kamu berpaling (enggan taat, kamulah yang akan menderita balasannya yang buruk), kerana sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.


[13]Allah, tiada Tuhan melainkan Dia; dan dengan yang demikian, kepada Allah jualah orang-orang yang beriman wajib berserah diri.


[14]Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


[15]Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.


[16]Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.


[17]Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), nescaya Allah akan melipat gandakan balasanNya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu; dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat).

[18]Dia lah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, (dan Dia lah jua) yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


                    Encik Omar mengambil alih memberi kuliah subuh pagi ni dengan membaca tafsir Al-Quran, Surah At-Tagabun Ayat 1-18. Penyampaian yang begitu menyentuh hati di subuh hening yang sunyi di awal 1 Ramadhan 1435H.  Kemudian Pak long Asmadi pula membacakan Hadis yang di riwayatkan oleh Ali r.a.

Katanya: Ingatlah! Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Awaslah! Sesungguhnya akan berlaku kekacauan dan bala bencana yang besar". Aku bertanya: " Apakah caranya untuk menyelamatkan diri dari bencana itu, Ya Rasulullah?" Baginda menjawab: " (Caranya ialah berpegang teguh kepada ajaran) kitab Allah, ia mengandungi kisah-kisah perihal umat-umat yang terdahulu dari kamu, dan berita perkara-perkara yang akan datang sesudah kamu, serta hukum-hukum mengenai apa yang berlaku di antara kamu; (kitab Allah al-Quran) dialah yang menjadi pemutus (antara yang benar dengan yang salah), bukan keterangan yang olok-olok; sesiapa jua dari golongan yang sombong angkuh, meninggalkannya (dengan tidak menurut hukumnya): akan dibinasakan oleh Allah, dan sesiapa yang mencari pertunjuk dari yang lainnya - akan disesatkan oleh Allah; al-Quran ialah tali Allah yang teguh kukuh, dan dialah pengajaran yang menjadi ikutan, dan dialah juga As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus). Dialah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong; dan dialah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak akan bercampur aduk atau berkesamaran dengan kata-kata makhluk; dan alim ulama pula tidak merasa puas daripada mengkaji isi kandungannya; (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan susut atau hilang, meskipun ia dibaca dengan berulang-ulang; dan kandungannya yang menakjubkan, tidak berkesudahan. Dialah kitab yang menjadikan sekumpulan jin semasa mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga mereka memujinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, yang memimpin ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya." (Demikian juga) sesiapa yang memperkatakannya; dan sesiapa yang beramal dengan ajarannya, diberikan pahala; dan sesiapa yang membuat keputusan berdasarkan hukum-hukumnya, adillah keputusannya; dan sesiapa yang berdakwah supaya orang ramai menurut ajaran-ajarannya, sudah tentu ia (dan mereka) beroleh hidayah pertunjuk ke jalan yang lurus."



             ''Bacalah kalam Allah yang diwahyukan kepada Rasullullah  kerana terdapat banyak pengajaran di dalamnya. Al-Quran adalah kalam Allah. Sempena hari baik bulan baik ni, marilah kita bersama-sama mengambil manfaat mencari sebanyak-banyak pahala tapi, kalau nak baca Quran tu jangan baca buta macam tu ja. Baca dan faham apa maknanya. Dalam sembahyang ni pun kalau tak tau makna apa yang kita baca pun tak jadi jugak. Berapa ramai di antara kita yang tau makna bacaan dalam sembahyang kita yang kita dok buat sehari lima kali ni? Kalau tau pun, mungkin ingat-ingat lupa atau langsung tak faham apa yang kita baca. Makna Al-Fatihah, ayat-ayat lazim,doa iftitah, rukuk, sujud, tahiyat awal dan akhir. Kalau Takbiratul Ikram tu semua tau kot? '' pak long menyambung kembali kuliah subuh pagi ni dengan memberi sedikit tazkirah pagi. Hah! Makna dalam solat? Agaknya berapa orang yang hafal maknanya?

            ''Sapa pandai dan tau makna dia? Bagitau sikit, pak long ni bukannya apa, nak testlah jugak sapa yang lagi terror dari pak long? '' suasana sunyi sepi. Seorang pun tak berkutik. Dah sah! Kalau ada yang tahu pun, tentu tak pernah hafal maknanya?



              ''Tak dak sapa tau ka? Kata terror! '' entah kepada siapa pak  long Asmadi tujukan kata-kata tu sambil tergelak kecil.


                ''Pak long mulakan dengan Takbiratul-Ikram atau Takbir, ada yang tak tau ka makna dia?'' pak long Asmadi bertanya lagi.

              ''Allah Maha Besar!'' ramai yang menjawab. Pak long Asmadi tersenyum senang hati. Dalam hati dah berdetik, tunggu selepas ni!

               ''Macam mana dengan doa Iftitah?'' suasana sepi lagi, masing-masing hanya tersengeh. Pak long tersenyum sambil terus menyambung.

              ''Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
               Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
               Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan
                yang mencipta langit dan bumi,
               dengan suasana lurus dan berserah diri
               dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
              Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku
               adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
             Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku
              diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya
              dan aku dari golongan orang Islam.''

                      Semua yang mendengar terdiam dan hayati maknanya dengan mendalam. Ramai yang terangguk-anggukkan kepala. Selama ni ramai yang tak ambil peduli makna di sebalik ayat-ayat yang kita baca setiap hari. Sehari lima waktu. Solat nampak macam kusyuk sangat tapi kosong. Ada juga yang solat tak sampai beberapa minit. Tengok-tengok dah selesai. Kes yang ni, bukan sekadar tak faham makna, mungkin juga tak betul tajwid dalam setiap bacaannya. Kita mengadap Allah macam kita mengadap dengan kawan baik yang tak perlu adab untuk dijaga.

                  ''Fatihah macam mana pulak? Ada yang nak tolong terjemah? La ni dalam tv hari-hari kita dok dengar surah A-Fatihah dibaca di tv3 dan tv9 beserta maknanya sekali. Takkan tak tau jugak?'' sekali lagi pak long Asmadi menyoal. Yang mendengar tersengeh lagi. Bukan tak tau pak long tapi terlupa, almaklumlah!,.hati dah hitam berkarat. Sesekali tengok, mana sempat nak hafal. Mungkin masing-masing berbisik di dalam hati sendiri.

           ''Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
            Segala puji bagi Allah,
            Tuhan semesta alam.
            Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
            Yang menguasai hari pembalasan.
            Hanya Engkaulah yang kami sembah
           dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
           Tunjukilah kami jalan yang lurus.
           Iaitu jalan orang-orang yang
           Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
          bukan jalan mereka yang Engkau murkai
          dan bukan jalan mereka yang sesat.''

                     ''Bacaan rukuk ? Sapa tau? '' pak long Asmadi macam buat kuiz pulak tapi sayangnya tiada seorang peserta yang mengambil bahagian untuk menjawab soalannya. Nampaknya dalam ramai-ramai yang pandai bercakap ni hanya pandai bercakap kosong saja agaknya?

                   ''Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan ketika bangun dari rukuk,..Allah mendengar pujian orang yang memujinya. '' pak long sudah malas nak bertanya lagi.

                ''Bacaan ketika iktidal,.Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian. Bacaan ketika sujud, Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan ketika duduk di antara dua sujud,..''

               ''Pak long! Yang tu Pait tau! Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.'' belum sempat pak long menyambung, Faiz mencelah walau masih ragu-ragu. Dia pernah baca dalam facebook. Ada seorang rakan facebooknya yang telah berkongsi terjemahannya.

               ''Macam yakin sangat tu Pait? Betoi ka tu? '' pak long sengaja menguji Faiz. Faiz jadi serba salah. Dia pun sebenarnya ingat-ingat lupa dengan apa yang dibacanya.

             ''Betoi kot!'' Faiz jawab sambil tersengeh.

            ''Bacaan tahiyat apa maknanya pulak Pait?'' Faiz garu kepala. Ni yang malas nak tunjuk pandai. Sekali jawab kena soal lagi. Pak long tersenyum dan kemudian terus menyambung.

           ''Bacaan ketika Tahiyat Awal, Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

           Bacaan ketika Tahiyat Akhir, Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas  engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.''

              Pak long pandang ke depan dan memerhatikan wajah semua orang di hadapannya. Dengan senyuman pak long hulurkan sekeping kertas kepada Faiz dan berkata sesuatu sambil tergelak kecil.

             ''Nak kena buat salinan ka pak long? Banyak mana nak buat ni? '' Faiz bertanya pak long Asmadi selepas kertas bertukar tangan. Pak long Asmadi mengangguk laju.

         ''Banyaklah! Bagi untuk semua orang. Lepas tu hafal!'' serius pula suara pak long kali ni.

        ''Pak long dah hafal ka belum ni? Tadi pak long baca kat sini ka atau memang pak long dah hafal? '' banyak pulak soalan Faiz ni. Pak long hanya tergelak tanpa menjawab soalan Faiz. Kemudian pak long mengangkat tangan dan mengakhiri kuliah subuh pagi tu dengan doa. Aik!,.agaknya pak long pun tak hafal lagi makna-makna dalam solat? Hehehe,.ada yang dah hafal ke? Cer angkat tangan!

..........................................................................

          ''Buat apa tu Nurul?'' Amirul menghampiri Nurul dan bertanya Nurul yang sedang meyiang sotong bersama sepupu-sepupu dan ibu saudaranya. Nurul memanggungkan kepala dan memandang Amirul dengan bibir yang mekar dengan senyuman.

        ''Nurul tengah shoping ni, tengah kelas(pilih) baju raya. Abang tak mau beli ka?'' Nurul berloyar buruk. Padan muka Amirul, ada mata tapi masih lagi bertanya. Padanlah dengan Nurul pun. Dengan suami sendiri pun suka sangat nak mengena. Haih! Dua kali lima ja!

        ''Ishh!!,.sekeh kang baru tau! Sotong apa tu? Selalu sotong bentuk panjang. Kenapa yang ni bentuk bulat?'' Amirul masih bersoal jawab. Dia memang tak pernah makan sotong bulat macam ni. Di Kuala Lumpur umminya selalu memasak sotong berbentuk panjang. Kadang-kadang umminya membuat ketupat sotong.
        
              ''Ohh,.yang panjang tu sotong cumit-cumit, yang bulat comei ni sotong katak, kalau yang buat kering tu,.sotong kuri,..ta!''

              ''Uwekkkk!!,.Huk,huk,.wekkk'' dengar saja nama katak, Amirul dah rasa loya. Dia terbayang Nurul yang sedang membelah katak, bukannya sotong. Nurul pula, bila melihat Amirul muntah-muntah, dia sudah mengeleng kepala sambil tersenyum. Dalam kesian kepada Amirul, hatinya turut digeletek dengan rasa lucu.

            ''Awat tu Mirul? Tak habis lagi muntah? Kalau tak tahan sangat buka ja la posa tu?'' Puan Jamilah melaung dari dalam rumah. Kesian dia melihat cucu menantunya, tak henti-henti muntah sejak dua hari ni. Makan sahur pagi tadi pun, macam malas saja menyuap. Lebih banyak bermenung merenung nasi dari menyuap nasi ke mulut.

              ''Jangan cakap macam tu mak tok! Abang Mirul ni bukan boleh harap sangat. Nanti betoi-betoi dia masuk makan satgi'' Nurul sengaja menyakat sambil tergelak, disambut dengan deraian tawa dari yang lain.

           ''Ingat abang ni teruk sangat ka?'' Amirul terasa walau dia tahu Nurul sedang bergurau. Dia dah letih seharian ni, asyik muntah-muntah. Nurul langsung tidak mempamerkan wajah simpati terhadapnya, malahan dikutuknya lagi. Mencuka seketika wajah Amirul.

          ''Aik!! Takkan marah kot? Tak kool la macam ni. Bulan-bulan posa ni abang, kena banyak bersabar. Barulah berkat posa abang tu. Ni nak melawak sikit dah sentap. Senyum sikit,baru cute macam tu!'' Nurul membalas kata-kata Amirul dengan wajah selamba. Tangannya masih laju menyiang sotong-sotong katak yang masih banyak nak disiang. Dia dan sepupu-sepupunya serta ibu saudaranya sedang bergotong royong menyiang ikan,sotong,udang dan ketam untuk dimasak petang ini. Beginilah mereka bila datang ke rumah puan Jamilah. Makanan laut menjadi menu utama mereka.

         ''Kenapa sotong ni panggil sotong katak? Tak ada nama lain dah ke nak panggil?'' Amirul masih tak puas hati. Topik di ubah secepat mungkin kerana tak mahu terus dipersendakan oleh Nurul. Sotong juga yang jadi mangsa diglamerkan oleh Amirul.

           ''Mana la Nurul tau! bukan Nurul yang boh nama dia. Bila Nurul dah kenai sotong ni, memang dah ada nama dah!'' sekali lagi Nurul mengenakan Amirul dengan jawapan selambanya sambil bibir berterusan menguntum senyum. Amirul sudah berdecit geram. Kalau bukan sedang berpuasa, tahulah Nurul. Sejak mereka berbaik ni, Nurul selalu macam ni. Kalau disoal tak pernah serius menjawab setiap soalannya. Ada-ada saja dia nak kona. Bila tanya A dia jawab B, tanya B dia akan jawab C. Hiesyy!!

          ''Nak masak apa ni?'' Amirul menyoal lagi walau selalu tak mendapat jawapan yang memuaskan hatinya.

          ''Mak long nak buat kuah bihun goreng. Sedap tau bang!'' Nurul menjawab soalan Amirul kali ni dengan jujur tapi sebaliknya pula dengan Amirul dia terus membayangkan katak yang dimasak dan Amirul muntah lagi.

           ''Bluekkk!!,.Aaaa,.'' Nurul mengelengkan kepalanya sambil terus menyambung kerja. Tak berdaya nak membantu mengosokkan belakang Amirul sebab tangan Nurul dah hitam dengan dakwat sotong. Memang leceh sikit nak menyiang sotong katak ni. sotong ni tak macam sotong cumit-cumit. kalau sotong cumit-cumit rasanya tak berlendir sangat. Sotong katak ni, walau nampak sukar tapi kalau kena cara masaknya memang sedap. Kalau belah sini memang terkenal dengan kuah sotong berkacang dimakan bersama bihun goreng.

            Cara masaknya pula mudah saja. Selepas sotong dibasuh bersih dengan asam jawa dan garam, toskan sotong dan direbus. Kalau untuk sekilo sotong campurkan dengan sesudu besar gula. Rebus sampai sotong empuk. Cara masak kuah sotong pula dengan mengunakan serbuk cili. Cili boh atau cili kisar takkan digunakan. Selalunya mak long akan gunakan serbuk cili yang sudah sedia ada mengikut kuantiti sotong. Kalau banyak sotong yang ada,banyak jugalah yang mak long gunakan atau mengikut selera masing-masing. Mak long akan campurkan serbuk cili dengan bawang merah dan bawang putih kisar. Semua bahan ditumis dan mak long akan masukkan bahan-bahan perasa yang lain seperti garam,air gula merah yang telah ditapis dan sedikit serbuk perisa juga sedikit jus asam jawa.
             Selalunya kuah sotong ni rasanya pedas-pedas manis. Akhir sekali mak long masukkan kacang kisar dan bijan yang telah digoreng. Siap dan bolehlah dicurahkan di atas bihun goreng. Yum,yum,.yummy,.Nurul dah lama tak makan. Buka puasa nanti Nurul nak makan sampai puas. Nurul pandang wajah Amirul. Agaknya Amirul akan makan tak? Dengar nama ja dah muntah-muntah!

......................................................................

                Wajah-wajah yang layu pada awalnya semakin menampakkan keceriaan bila waktu berbuka sudah hampir tiba. Azrin sudah beberapa kali menelek jam dan bertanya abahnya pukul berapa waktu maghrib akan masuk. Selalunya time maghrib Azrin masih rancak bermain di luar rumah. Bila dah kena berpuasa macam ni, mana larat lagi nak bermain.

              ''Ayienn! Simpan balik jam tok nek tu! Kalau jam tu boleh bercakap tentu jam tu marah Ayien. Angkat,letak,angkat letak,.'' Nisa yang memerhatikan gelagat anak sulungnya sejak tadi bersuara. Khairul Azlan adik Nisa sudah tersenyum sambil mengelus lembut rambut Azrin. Teringat dia zaman dia sebaya Azrin dulu. Dulu pun dia macam Azrin juga. Time buka puasa jam ada di sebelah. Seminit yang ditunggu pun rasa bagaikan sejam.

           ''Kalau jam boleh bercakap senanglah ibu! Ayien tak payah angkat tengok. Ayien tanya ja jam ni, dah masuk waktu berbuka ka belum,.'' petah Ayien bersuara dan kata-katanya disambut deraian tawa dari yang lain. Nisa juga ingin tersenyum dengan kata-kata Azrin tapi disembunyikan senyumnya dengan berwajah garang. Azrin hanya tersengeh memerhatikan Nisa yang sedang memandang tajam ke arahnya.

          ''Dah habis ka hidang ni? Kot-kot ada yang belum dihidang.'' Puan Jamilah menyambung kata selepas habis deraian tawa yang riuh sebentar tadi. Lauk pauk dipandangnya satu persatu. Ada empat talam semuanya. Dalam setiap talam ada gulai lemak ketam bersama nenas,gulai tengiri dirampai bersama tomato dan bendi, udang sambal bersama petai,sambal belacan,ulam-ulaman dan ikan pari bakar. Ada juga kuih muih beberapa jenis.

         ''Laa,.kurma mana? Bihun? Tadi bukan Saerah kata nak buat bihun kuah sotong ka?'' Puan Jamilah bersuara lagi. Makanan sunnah nak berbuka dan paling penting itu yang tak ada. Ramai sangat yang tolong berhidang. Ada pulak makanan yang tak dihidangkan lagi.

         ''Szaza! Kurma! Kurma! atas almari tu. Bawak mai sini!'' mak long Saerah melaung kepada Szaza yang masih sibuk di dapur. Nurul Ain Nabila yang baru nak duduk disuruh bangun semula dan pergi ke dapur untuk meminta siapa-siapa yang masih di dapur menghidangkan bihun goreng bersama kuah sotong.

          ''Ingatkan kak Ah dah hidang dah bihun ni tadi. Chek buat bodo ja la. Ramai sangat masuk ceruk dapur macam ni la. Pakat-pakat dok harap. Alih-alih sorang pun tak boh,.'' mak su Sarimah mula membebel sambil membawa bekas bihun goreng masuk ke ruangan makan. Anak-anak mak long Saerah pula membawa masuk pinggan dan mangkuk besar berisi kuah sotong. Nurul sudah menelan liur mencium aroma kuah sotong yang diidamkannya.

              Bila azan sudah berkumandang melalui radio Kedahfm yang sedang terpasang encik Omar terus menadah tangan dan berdoa. Buah kurma diutamakan terlebih dahulu. Masing-masing mencapai sebiji kurma dan mengunyahnya perlahan. Azrin sudah tidak sabar untuk mencapai nasi di dalam pinggan. Sebelum orang lain selesai menelan buah kurma Azrin sudah menambah air dalam gelasnya. Ibunya Nisa dan abahnya Azri hanya mengeleng kepala melihat gelagat anak kembar mereka itu. Azrina kembar Azrin pula nampak lebih sabar dan lemah lembut. Anak ke tiga mereka Azwan pula baru berusia tiga tahun. Tak pula terlalu aktiv macam abangnya Azrin.

           ''Abang! Tak nak rasa ka bihun goreng kuah sotong katak ni?'' Nurul mencelah suasana yang sepi seketika itu dengan niat untuk menyakat suaminya Amirul. Nurul memandang Amirul yang tiba-tiba menekup mulut dengan tangan dan meluru bangun dan lari ke luar rumah. Masing-masing tercenggang dengan gelagat Amirul. Mak teh Diah merenung tajam ke arah Nurul.

        ''Dah tau laki hang tu mabuk, yang gatai dok tambah sotong katak tu pasai pa? Hang tak kesian kat dia ka, sehari dah rini dok muntah ja. Orang nak makan boleh pulak dok sebut katak depan ni!'' dushhh,.kena sebijik dengan ibunya. Nurul yang telah dismash oleh mak teh Diah ibunya hanya mampu tersengeh menyedari kesilapan sendiri. Nurul terus mencapai segelas air dan bangun untuk mendapatkan Amirul di luar rumah yang sedang muntah teruk. Kesian pula dia. Ingat nak menyakat ja, tak tahu pula suami dia ni sensitif bebenor dengan nama katak ni.

         ''Sorry abang! Nah air,.sorry tau. Ingatkan abang dah okey dah. Mana tau Nurul sebut katak ja abang nak muntah-muntah macam ni. Abang ni pernah kena badi katak ka apa?'' masih tak habis lagi untuk mengena. Nurul tergelak kecil dengan kata-katanya sendiri sambil tangannya mengelus lembut belakang Amirul.

           ''Banyaklah Nurul punya badi! Bila Nurul sebut katak tu, abang terbayang ja katak dalam mangkuk tu,.hee,.'' Amirul bersuara lemah sambil tubuhnya digedikkan. Geli geleman betul dia bila membayangkan katak dalam mangkuk kuah sotong. Nurul pula menampar belakang Amirul tanpa sedar.

         ''Hiesyyy!,.teruk betul la abang ni. Apa itu pulak yang dia bayang, Tu sotong, bukannya katak!!'' Nurul memarahi Amirul. Makanan kesukaan Nurul tu, boleh pulak Amirul cakap macam tu. Nasib baik Nurul tak terkena alahan sama, maunya Nurul pun alah, tentu melepas nak merasa bihun goreng kuah sotong tu.

           ''Nurul la! Sebut sotong dah la. Katak tu janganlah sebut!'' Amirul memarahi Nurul semula dengan suara yang perlahan. Terpaksalah Nurul mengalah. Hailah Amirul! Sebut nama katak pun tak boleh ka?

         ''Dahlah! Jom makan! Nurul dah lapar sangat ni. Abang posa dak ni? Atau,.''

          ''Ehh,.abang puasalah! Apa? Nurul ingat abang ni lekeh sangat?'' belum habis Nurul bercakap Amirul sudah membantah keras walau suaranya masih kedengaran begitu lemah.

               ''Hehehe,.mana la tau! Ni kan kali pertama abang berposa dalam keadaan mabuk macam ni. Tu la,.abang tak boleh nak salahkan Nurul tau. Mulut Nurul ni masin. Kalau berdoa tu cepat makbul. Lebih-lebih lagi kalau kena niaya. Tak apa la abang. Lepas ni Nurul ingat nak beranak setahun sorang la. Macam best ja, Nurul mengandung tapi abang yang muntah-muntah.'' masih lagi ingin menyakat, Nurul berkata selamba sambil memimpin Amirul masuk ke rumah semula.

            ''Nurul! Abang nak makan kat sini ja. Tolong ambil nasi untuk abang. Masukkan kicap dengan sos dah la. Abang tak selera la nak makan. Lagi pun, banyak sangat bau yang menyenakkan perut abang ni.'' Amirul duduk di atas sofa di ruang tamu sambil membuat permintaan kepada Nurul. Perutnya terlalu mual dengan bau gulai dan sebagainya. Langsung tak ada keinginan untuk menjamah walau perutnya tersangat lapar. Mindanya pula ligat berfikir dengan permintaan Nurul. Nak bersalin setahun sorang dan dia yang bakal alah? Ahh!,.Nurul ni memang!

            ''Nurul! Betul ke Nurul nak beranak setahun sorang ni? teruk la abang macam ni! Nurul baru mengandung tiga bulan, abang dah lembik. Kalau setahun sorang mau kurus kering abang!'' Amirul bertanya was-was. Nurul dah mengekek ketawa sambil meletakkan pinggan nasi berlaukkan kicap dan sos di atas meja sofa berserta segelas oren.

                   ''Abang ingat Nurul ni kilang anak ka apa? Nurul bergurau ja la abang, tapikan masa nak beranak nanti Nurul nak berdoa biar abang yang rasa sakitnya,.hehe,.'' Nurul masih tak habis ingin menyakat. Wajah Amirul sudah cemberut, nampaknya dosanya bakal ditanggung sampai akhir hayatlah jawabnya.

            ''Dahlah! Pi la makan! Lagi lama abang berbual dengan Nurul ni, lagi pening kepala abang!'' Amirul menghalau Nurul dalam rasa perutnya yang masih mual. Kalau berbual dengan Nurul, dia takkan pernah menang sampai bila-bila. Ada saja idea Nurul nak mengenakan dirinya semula.

             ''Yalah! Kesian abangkan. Tak ada sapa nak teman. Tak apalah nanti Nurul hantar cik katak temankan abang ya!'' Nurul ketawa ceria selepas habis berkata-kata. Amirul menarik muka masam semula. Nasi dalam pinggan direnung bersahaja. Nak makan ke tak?

           ''Huh!'' hanya dengusan keras yang kedengaran bila Nurul berlalu meninggalkan dirinya sendirian di ruang tamu. Dalam mengigilnya tangan, Amirul menyuap sedikit nasi ke mulutnya dan cuba menelan dalam kepayahan. Ahh,.ummi,.begini rupanya alah mengandung. Tak tertahan Mirul rasanya ni. Amirul merintih di dalam hati. Ada isteri pun dalam simpati asyik nak menyakat saja kerjanya. Apa nak buat, dah kata sayang tu, bertahan sajalah walau dah tak berdaya.

....................................................

                   Puan Jamilah bermenung di beranda rumahnya menyaksikan anak-anak, menantu-menantu,cucu-cucu dan cicit-cicitnya meninggalkan rumahnya seorang demi seorang. Tinggallah dia dan suaminya encik Omar selepas ini. Tunggulah ada rezeki dan umur panjang, mereka mungkin akan berjumpa lagi selepas puasa berakhir. Anak, menantu, cucu dan cicitnya akan berkumpul lagi di hari raya nanti. Itu pun kalau usianya masih panjang.

                 ''Mak tok! janganlah monyok ja. Nanti kami datang lagi! Alah,.kalau tak balik raya,Insya-Allah kalau umur panjang nanti bila kenduri rumah Pak Lang ni kita jumpa lagi!'' Zaharah bersuara memujuk. Sedih melihat mak toknya yang seakan berat melepaskan mereka pergi. Kebanyakannya nak balik ke Pahang,Johor, Penang, Langkawi,Perak dan Selangor. Ramai juga yang nak balik dekat saja. Macam keluarga Pak lang Di yang tinggal di Yan, Keluarga mak teh Diah di Gurun dan mak su Sarimah nak balik ke Sungai Petani. Masing-masing kena bekerja mulai esok.

             ''Hmm,..Ya la! Macam sat ja hampa mai ni. Entah dan ka dak lagi nak jumpa lagi. Mak tok pun bukannya muda lagi!'' Puan Jamilah cuba mengawal suaranya. Dadanya yang sebak ditahan sedaya mungkin. Seorang demi seorang yang bersalam dengannya tadi membuatkan hatinya semakin sayu. Sunyi lagi la rumah mereka dari hilai tawa.

               ''Apa mak tok ni. Cakap macam tu pulak! Mak tok muda lagi la. Cun lagi ni. Tu tengok tok wan tu reja dok jeling kat mak tok ja. Takut mak tok nak ikut kami balik la tu!'' Zaharah bersuara ceria sambil tergelak kecil. Kesian mak tok dengan tok wan tapi nak buat macam mana. Masing-masing tinggal jauh dan perlu pulang untuk melakukan tugas harian. Bila dah ada kehidupan sendiri macam ni la.

              ''Ya la tu,macam la hang boleh baca apa yang tok wan hang dok pikiaq. Jangan-jangan tok wan hang tu dok tunggu ja mak tok minta izin kat dia nak ikut hampa balik. Dia bolehlah enjoy sakan!'' Puan jamilah pula cuba berseloroh. Encik Omar hanya tersenyum mendengar bebelan isterinya.

            ''Ehh,.betoi ka ni? Mak tok nak ikut kami balik? Pi la bersiap!'' tanpa berfikir panjang Zaharah terus mempelawa. Wajah encik Omar sudah berubah riak. Puan Jamilah hanya tersenyum bahagia. Kalau suaminya mengizinkan pun dia takkan ikut Zaharah balik. Mereka mana pernah berpisah sejak kahwin. Sesekali saja kalau berenggang pun, itu pun tak lama.

              ''Mak hang nak ikut Arah balik ka?'' encik Omar bertanya was-was.

               ''Awat yang tanya?'' Puan Jamilah menyoal encik Omar kembali.

              ''Kot la!'' encik Omar cuba mengawal suaranya.

              ''Mana berani nak tinggai hampa sorang-sorang. Kot balik satgi ada tukang masak baru satgi!'' Puan Jamilah berkata jujur dalam ingin bergurau senda. Zaharah dan yang lain sudah ketawa ceria mendengar Puan Jamilah suami isteri bergurau.

             ''Hurmm,.nampak gayanya ni, memang payah la nak bawa mak tok dengan tok wan ni. Dua-dua tak boleh berenggang. Kalau tak boleh berenggang dengan satu sama lain tu okey lagi, ni dengan rumah pun tak boleh berenggang jugak. Tak pa la mak tok naa. Kami bertolak dulu la na. Mak tok dengan tok wan jaga diri tau. Apa-apa hal telefon la na!'' Zaharah terus menyalami Puan Jamilah dan mencium kedua pipi mak toknya itu. Zaharah menuju pula kepada encik Omar dan perlakuannya itu disusuli oleh ke tiga-tiga orang anaknya yang sudah meningkat remaja. Zaharah kakak sulung Szaza masih tinggal di Johor di sebelah rumah ayah dan ibunya. Begitu juga dengan Zahid. Afiq dengan Afiqah sudah masuk kolej, cuma Szaza dengan Harris saja yang sudah berpindah ke Penang selepas Harris mendapat kerja sebagai tukang kebun di USM dan Szaza sendiri membuat bisnes online.

            ''Mak tok! Szaza pun nak bertolak balik juga la. Nanti boleh beremba dengan mak,abah sekali. Ni nanti nak mai pulak, mak tok tak mau kirim apa-apa ka. Kot la mak tok nak makan jeruk kelubi ka, jeruk pala ka, Szaza boleh bawak specel untuk mak tok yang tersayang.'' Szaza tersenyum sehabis berkata-kata. Teringin pulak nak menyakat mak toknya. Ibunya yang menunggu giliran di sebelahnya untuk bersalam dengan Puan Jamilah sudah mengelengkan kepala berkali-kali. Seolah dapat membaca apa yang Szaza fikirkan.

           ''Ingat mak tok mengidam ka apa?'' Puan Jamilah menyoal balas, bibir tuanya turut mengukirkan senyuman. Dalam hati menahan sebak dan hiba kerana bakal ditinggalkan anak-anak,menantu dan cucu,cicitnya.

            ''Mana la tau!'' masih tak habis lagi usikan Szaza terhadap Puan Jamilah sambil memberi ruang ibunya pula untuk bersalaman dengan mak toknya.

             ''Mak! Kami balik dulu. Kalau tak ada aral melintang. Malam raya ke dua baru kami bertolak mai Kedah balik. Raya pertama kami nak raya di Johor dulu. Raya ke dua ada kenduri di rumah jiran sebelah rumah pulak.'' giliran mak ndak Miah pula menyalami Puan Jamilah ibu mertuanya.

               ''Haa,.ya la. Ni sapa bawa reta? Eid,.hang bawa reta elok-elok, nak balik jauh ni,.'' Puan Jamilah mengarahkan pandangannya kepada Zahid, abang Szaza yang nombor dua. Zahid menganggukkan kepalanya.

               Selesai keluarga Szaza bersalaman dan bertolak, datang pula keluarga Mak Njang Kirah, Mak Tam Peah, Mak Cik Ani, Mak Cik Kiah, Mak cik Sarina, mak cik Yani, Mak su Sarimah dan yang terakhir sekali keluarga Mak teh Diah dan Mak long Saerah. Keluarga pak lang Di pula antara anak Puan Jamilah yang paling dekat rumahnya. Bila-bila masa saja mereka boleh bertolak balik dan akan datang semula kemudiannya. Alah Yan dengan Singkir laut tu jauh mana sangatkan. Lepas Tanjung Jaga sikit ja pun.

                Bila rumah sudah sunyi sepi, Puan Jamilah masuk ke rumah dan mencapai Al-Quran. Dia mula membacanya bermula dengan surah Al-Fatihah dan surah Al-Baqarah. Encik Omar pula masuk ke rumah dan mencari bantal. Pening kepala katanya kerana tidak cukup tidur sejak dua malam yang lalu. Bolehlah encik Omar melelapkan mata buat sejam dua dalam suasana damai di rumah mereka tanpa suara-suara keriuhan.

....................................................................

29 Ramadhan 1435H,.

               Sebulan sudah pun berlalu. Masa terlalu pantas beredar. Bulan Ramdhan sudah berada di penghujungnya. Ada yang lega, tak kurang ramai juga yang bersedih menghantar 'kepulangannya'. Entah tahun depan masih sempat atau tak bertemu sekali lagi dengan Ramadhan ini. Bulan Ramadhan, bulan keampunan, juga bulan menambah pahala berganda dengan amalan-amalan sunatnya. Rugilah kepada umat-umat Islam yang tidak mencuri peluang beramal di bulan ini.

             Dalam bulan Ramadhan ini ada juga yang mengeluh kerana terpaksa berlapar di siang hari. Masya-Allah. Setahun dua belas bulan, Allah hanya fardhukan sebulan saja untuk berpuasa mereka masih tak bersyukur lagi. Ramai yang ponteng puasa, mengeluh lapar dan dahaga. Apalah sangat berpuasa dalam sebulan di bulan Ramadhan berbanding fakir miskin yang selalu kelaparan atau negara-negara yang dilanda kemarau, perang atau kebuluran. Sebagai manusia ramai yang tak mengambil iktibar. Manusia yang celik matanya sudah berada dalam kemewahan menganggap berpuasa itu adalah beban. Ada yang mengambil kesempatan bercuti di luar negara selama sebulan kerana tak mahu berpuasa. Ya Allah! Betapa hamba yang kau anugerahkan dengan kekayaan itu sanggup membelakangkan suruhan-MU. Mungkin mereka rasa dunia ini mereka yang punya, atau mungkin mereka ingat mereka mampu menongkat langit?

           Tak kurang juga umat-umat Islam yang mengambil peluang untuk mendekatkan diri dengan Allah. Mengerjakan umrah di bulan Ramadhan bagi yang mampu mengerjakannya. Fakir-fakir miskin juga berpeluang merebut pahala berganda di bulan ini. Berpuasa bagi mereka mungkin sudah kebiasaan. Menahan lapar dan dahaga itu adalah lumrah kehidupannya namun rezeki bagi yang fakir miskin ini akan mencurah banyaknya. Ramai umat-umat Islam yang mampu mencari peluang bersedekah. Membayar zakat  fitrah, juga menjamu orang-orang musafir dan fakir-fakir miskin di surau-surau dan masjid. Subhanallah! Moga Allah melipat gandakan pahala mereka yang bersedekah ikhlas kerana Allah.

              Petang ini sudah diumunkan di dalam radio dan tv, anak bulan Syawal akan diteropong. Malam ini pemohor-pemohor besar akan membuat pengumuman bila hari raya puasa akan disambut. Ramai umat-umat Islam sudah tidak sabar untuk menyambut kedatangan Syawal. Orang-orang bandar sudah berpusu-pusu pulang ke kampung. Rumah Puan Jamilah masih lenggang kerana ramai anak-anaknya hanya akan pulang pada hari raya ke dua atau hari raya ke tiga. Namun Puan Jamilah juga turut sibuk membuat ketupat pulut yang menjadi kegemaran suaminya encik Omar. Ketupat pulut Puan Jamilah lebih special berbanding ketupat pulut orang lain. Puan Jamilah akan memasukkan kacang ketupat bersama jagung di dalamnya. Wow! Memang sedap kalau dimakan panas-panas bersama gulai daging pekat atau rendang ayam.

               ''Sarimah tak balik jugak ka? Sunyi ja rumah? Semua tak balik ka? Takkan kita dua orang ja nak beraya tahun ni. Di dengan Ana dok sibuk nak kenduri. Jom kita pi raya rumah depa la tahun ni!'' banyak soalan yang encik Omar utarakan. Puan Jamilah hanya tersenyum sambil mengelengkan kepalanya. Suaminya sudah terbiasa berhari raya dengan rumah yang riuh rendah dengan suara anak, menantu, cucu dan cicit. Cuma tahun ni masing-masing ada hal yang perlu diuruskan, lebih-lebih  lagi kenduri di rumah anak ke tiga mereka akan di adakan pada hari raya ke tiga jadi semua sudah sepakat untuk pulang lewat dan akan meminta cuti lebih. Entahlah! Bila masing-masing ada kehidupan sendiri dan ada di antaranya yang hanya makan gaji, bukan mudah nak menguruskannya.

               ''Mak hang! Hiss,.dah sampai mana dah tu?'' encik Omar memandang wajah isteri tersayang yang sedang membalut ketupat. Tenang saja wajah itu tanpa riak letih atau sebagainya.

           ''Sarimah dengan Sarina malam ni sampai kot. Kiah,.dia kata tahun ni giliran depa beraya rumah mentua dia. Yang lain tu, tau-tau la, dah ada keluarga ni, nak kena pi raya rumah mertua la, rumah adik beradik belah sana dulu la. Nanti-nanti sampai la tu. Lagi pun semua pakat dok habaq, raya ke tiga ni pakat nak mai kenduri rumah Di. Tak pi mana la anak-anak kita tu!'' Puan Jamilah cuba menyedapkan hati suaminya dan menyedapkan hatinya sendiri. Bila dah sampai usia emas ni, bukan harta yang dipandang tapi anak-anak itulah harta yang paling berharga. Anak-anak balik kampung tak menghulur pun tak apa, mak dengan ayah yang dah tua ni takkan kisah pun, janji selalu-selalu la balik jenguk. Rindu mak ayah dengan anak-anak ni memang takkan mampu diungkapkan dengan kata-kata.

             ''Hurmm,.Pait tadi kata nak mai hantaq udang. Mak hang nak buat serunding udang pulak ka tahun ni. Larat ka nak buat? Tiap-tiap tahun tu tak pa la, anak menantu ramai dok tolong buat. Kalau tak larat, tak payah nak gagah la sangat!'' bergenang mata Puan Jamilah mendengar kata-kata encik Omar. Prihatin sungguh suami dia yang sorang ni.

           ''Haih! Ayah hangkan ada! Tolong la sama. Kata sayang bini. Kesian kat bini!'' Puan Jamilah tersenyum ceria. Teringin pula nak bermanja dengan suami di akhir Ramdhan ni. Selalunya encik Omar tolong juga Puan Jamilah memasak. Kalau nak buat gulai encik Omar yang tolong kupas kelapa dan kukurkan kelapa. Ehh,.sejak akhir-akhir ni rumah Puan Jamilah dah tak pakai kukur lagi dah. Anak mereka yang nombor lapan, Sarina tu dah tolong belikan mesin kelapa di rumah ini. Pada mulanya takut juga Puan Jamilah dan encik Omar nak guna tapi sekarang ni mereka dah biasa mengunakannya dah. Mudahkan! Zaman moden, segalanya dah serba canggih. Baju pun dah tak perlu diberus, disental dan sebagainya. Sarimah belikan mesin basuh outomatik yang boleh memuatkan baju 5kg sekali basuh. Senang betul bila hari hujan. Baju pun cepat kering. Anak cucu balik pun tak payah nak berebut bilik air nak membasuh baju lagi dah.

           ''Mak hang nak suruh tolong buat apa?'' encik Omar bertanya ramah sambil merenung wajah Puan Jamilah yang sudah dimamah usia namun masih ada serinya dengan tahi lalat dibawah bibir dan tahi lalat hidup di pipi kanannya. Memang cute sangat!

            ''Laa,.buat apa lagi. Tolong siang dengan tolong kacau la serunding tu sampai garing. Satgi ayah hang tolong kupas nyioq buang dua biji. Nak buat serunding dengan gulai daging. Tadi Sarimah dah pesan, dia nak buat rendang ayam di rumah dia. Sarina pula kata nak bawa balik kuih. Tak tau la dia tu,.satgi penuh rumah ni dengan kuih macam-macam jenis tu. Tapi tak pa la, ramai anak cucu nak balik. Kalau harap kita berdua, kuih-kuih baru tu mana boleh nak telan. Tekak orang lama. Kuih-kuih lama tu boleh la gagah.'' Puan Jamilah sudah dapat membayangkan gelagat anak-anak perempuannya yang tak pernah melupakan mereka berdua. Setiap kali raya, kalau mereka balik tak payah nak sediakan kuih banyak-banyak. Anak-anak dah ramai. Orang ni bawa sikit, orang nu sikit. Berlambak dah jadinya. Itu baru anak-anak, tak kira lagi cucu-cucu yang dah bekerja dah dah berumahtangga. Masing-masing nak tunjuk jaguh buat kuih.

               ''Assalamualaikum! Mak tok! Tok wan! Pait ni,.'' kedengaran suara memberi salam di luar rumah. Encik Omar bergegas bangun dan menuju ke pintu dapur. Puan Jamilah meneruskan kerjanya membalut ketupat. Tak banyak ketupat yang dibalut tahun ni. Malam ni Sarimah dah cakap nak rebus nasi impit untuk dimakan dengan rendang ayam. Sarina pula dah tempah lemang katanya.

              ''Haaa,.Pait! Banyak ka udang hang bawak mai. Kalau banyak tu, hang jangan gatai nak balik lagi. Masuk dulu tolong tok wan besiang sekali. Hang mai dengan sapa ni? Hampa mai naik apa?'' encik Omar menyambut Faiz dengan pertanyaan dan arahan. Faiz dah tersengeh di muka pintu. Tak kisahlah. Di rumah pun kadang-kadang dia tolong juga mak dia dengan Faridah memasak.

               ''Mai naik motor la tok wan. Mai dengan Pian. Tu,.Pian ada di luar tu,.sampai-sampai terus landing atas ndoi (buaian yang dibuat dengan pukat bilis selalunya)bawah pokok ceri tu. Macam letih sangat, padahai tak buat reja pa pun.'' Faiz menuding jari pada Pian yang sudah memejamkan mata sambil mengambil angin laut dibawah pokok ceri.

                 ''Masuk-masuk. Berapa kilo ni? Udang besar ka?'' encik Omar melihat udang yang telah dibawa dalam plastik ais panjang. Banyak juga jumlahnya. Agaknya 5kg juga ni.

               ''Rezeki raya ni tok wan. Pait saja ajak syafik pi mukat tadi. Dapat udang menyalin banyak jugak. Mak pun kata esok kalau jadi raya, mak nak masak mee rebus.'' Faiz ramah bercerita. Udang menyalin bermaksud udang putih A yang berkulit lembik. Kalau jual memang harganya lebih murah dan selalunya mereka hanya membawa pulang untuk dibuat lauk. Kalau terlalu banyak ibunya akan rebus dan dijemur untuk dijadikan udang kering. Faiz paling suka kalau dibuat cucur udang keras. Puan Rohana ibunya akan merendam beras semalaman dan beras tersebut akan digiling hingga lumat. Beras giling tadi akan dijadikan better untuk mencelup udang yang sudah dibuang kulitnya dan digoreng garing. Perghh,.makan panas-panas dan dicicah dengan sos cili, memang gempak!

               ''Banyak udang Pait?'' giliran Puan Jamilah pula menyoal. Tangannya masih rancak membalut ketupat yang masih berbaki. Selepas ni nak kena membuat gulai daging pula. Dagingnya masih berada di dalam peti ais. Nampaknya banyak lagi kerja yang belum selesai. Rumah pun masih belum dikemas sepenuhnya. Tak apalah, nanti Sarimah dan Sarina balik biar mereka dan anak-anak mereka yang uruskannya. Sarimah tu anak sulungnya dah 18 tahun pun. Yang nombor dua dah tingkatan 5 dan yang bongsu dah tingkatan satu. Sarina pun anak sulungnya walau pun lelaki dah berusia dua puluh satu tahun. Nombor dua dah 19 tahun, anak dara yang nombor dua ni, dah boleh diharap untuk mengemas rumah. Nombor tiga pun dah 15 tahun, pun anak perempuan juga. Nombor empat dan nombor lima anak lelaki. Mereka berdua ni ja jarak kelahirannya jauh sikit dari abang dan kakak mereka. Masih kecil lagi ke duanya. Yang ke empat baru lima tahun dan ke lima baru dua tahun.

             ''Ada dalam 5-6kg ni jugak mak tok. Pait tak timbang pun tadi. Mak tok nak masak apa ni? Nak buat serunding ka? Err,.sunyi ja rumah mak tok? Sapa tak balik ka tahun ni? Haa,..sebelum Pait lupa, tadi mak kirim salam. Malam ni mak suruh Pait mai lain. Mak nak kirim ketupat tadi tapi tak masak lagi.'' laju Pait berkata-kata. Belum sempat soalannya dijawab, dia menyampaikan salam pula.

            ''Ketupat apa aih!,.mak tok dah buat dah ni. Hampa pun ramai. Malam ni mak su hang dengan mak cik Na hang balik kot. Mak tok nak habaq pun tak tau. Depa semua pakat kata nak mai kenduri rumah hampa satgi. Hang dah beli dah ka semua barang hantaran?'' sambil menjawab Puan Jamilah juga turut menyoal mengenai hari bersejarah Faiz nanti. Kalau ikut adat hantaran sebelah pihak lelaki ni yang penting cuma duit hantaran dan mas kahwin ja. Sebelah pihak perempuan nak balas berapa bekas pun tak kisah. Tapi zaman sekarang ni, masing-masing nak jaga air muka. Sebekas dua tak main la. Nak juga sediakan serba satu, macam telekung, kain pasang, sejadah, tuala dan manisan yang berbentuk gula, coklat,gula-gula atau susu. Ada juga yang buat lawak membuat gubahan buah labu dengan garam kasar. Haih! tak senonoh betul! Macam-macam hal dengan gelagat manusia ni kan?

             ''Alang-alang hang dok ada, mai tolong tok wan sat! Tok hang gulai pun tak tumih lagi pa?'' encik Omar datang semula dan membawa sebiji besen sederhana besar dan duduk di pintu dapur. Dia memasukkan kesemua udang yang dibawa oleh Faiz dan mula duduk bersila di tepi besen. Faiz hanya memandang sekilas dan berlalu ke rak pinggan. Diambil lagi dua biji besen untuk dimasukkan udang yang sudah disiang dan kulit udang. Kalau dah ada pengalaman membantu di dapur tentu mudah memahami apa kerja yang perlu dilakukan. Nak jadi orang lelaki yang bertimbang rasa kenalah juga masuk membantu ibu atau isteri di ceruk dapur. Jangan tau nak menyuap ja!

              ''Besaq-besaq udang ni, cepat sikit siap satgi. Hang dengan Pian jangan balik. Berbuka di sini, boleh tolong tok wan kacau serunding.'' encik Omar sudah membuat perancangan sambil memberi arahan. Faiz terus tersenyum sambil menganggukkan kepala. Rasanya di rumah mereka Faridah dan adik-adiknya sudah habis mengemas. Cuma emaknya saja yang masih belum siap memasak ketupat. Tadi ibunya sudah menumis gulai dan gulai hampir masak sebelum mereka bertolak. Rumah mak toknya langsir pun belum diganti. Kesian mak tok, nak menyiapkannya seorang diri. Mesti mak tok sibuk membuat amalan lain sebelum ini seperti membaca Al-Quran dan mendengar ceramah-ceramah agama yang banyak disiarkan di tv dan radio.

             ''Berehhhh,.Pait okey ja tok wan!'' tanpa banyak soal Faiz terus bersetuju. Mereka terus menumpukan pada kerja-kerja mereka. Agaknya petang ni mak tok masak apa untuk berbuka? Terlintas di hati Faiz untuk bertanya.

              ''Dah pukui lima ni. Mak tok dah masak dah ka, nak berbuka satgi?'' dia menoleh ke arah mak toknya sekilas lalu sebelum mula mengopek kulit udang semula.

           ''Ishhh,.mak tok tak masak apa dah kot. Satgi hang tolong pi beli lauk dengan cucuq apa-apa di pasar ramadhan. Mak tok masak nasi ja la kot! Nak masak satgi sapa nak makan. Kena esok dah raya, bukan nak mangkit soq dah malam ni.'' Puan Jamilah menjawab selamba. Anak-anaknya mungkin akan balik selepas berbuka. Tadi, dia ingat hanya mereka berdua saja. Kalau mereka berdua makan gulai daging dengan nasi pun dah cukup. Anak-anak mereka nanti tentu dah bawa macam-macam makanan. Bukan boleh harap sangat. Kan membazir pula nanti.

            ''Okey mak tok! Habih besiang udang ni satgi Pait pi. Mak tok dengan tok wan nak makan pa? Pait belanja. Tadi Pait pi ambik duit panggu kat tokey.  Nak makan apa,.mak tok dengan tok wan habaq ja.'' murah pulak hati Faiz ni. Bertuah sungguh cucu macam ni kan? Orang sekarang ni payah dah nak jumpa macam ni. Kalau reja pun ada sesetengahnya masih nak meminta pada mak dan ayah lagi. Macam-macam alasan yang diberi, lebih-lebih lagi yang gila dengan gajet-gajet canggih. Haih!

           ''Hujung-hujung bulan ni agak-agaknya nasi ulam dengan sayur keladi ada dak? Tok wan makan dah ritu, mak tok hang masak, rasa macam teringin nak makan lain la. Kalau ada hang beli nasi ulam dengan sayur keladi dah la kat tok wan.'' tiba-tiba encik Omar terbayang keenakan nasi ulam buatan isterinya. Teringin pula nak makan walau dia tahu keenakan nasi ulam pasar ramadhan takkan mampu menandingi masakan isterinya.

             ''Haa,.tak pa. Nanti kalau ada Pait beli! Mak tok nak makan apa?'' Faiz memandang mak toknya yang sudah selesai membalut ketupat. Puan Jamilah bangun dan menuju ke arah peti ais dan mengeluarkan daging untuk di hiris.

            ''Beli kat hampa sudahlah. Mak tok apa ada, mak tok makan ja!'' senang saja Puan Jamilah berkata-kata. Seleranya tak sama dengan selera orang muda, lagi pun nak makan masakan pasar ramadhan ni bukan semuanya menepati citarasanya. Pernah sekali suaminya encik Omar membeli pajeri terung tapi tak boleh dimakan kerana rempahnya tak masak. Ada sekali tu pajeri pula sudah basi tapi masih dijual. Lagi teruk bila ayam bakar yang dijual seakan ayam yang tidak habis dan dihangatkan semula. Keras semacam ja dan rasanya begitu keras dan liat. Bulan Ramadhan ramai yang mengambil kesempatan untuk berniaga tapi kebanyakannya tak melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh mengikut syariat Islam. Lebih banyak mengaut untung dari amanah dalam perniagaan. Mana nak berkatnya duit yang diperolehi tu?

          ''Ishh,.mak tok ni,.Pait mana tau mak tok nak makan pa, kalau mak tok tak habaq!'' Faiz masih bersoal jawab. Puan Jamilah diam sejenak. Cuba berfikir apa yang diinginkannya namun mindanya tak dapat membayangkan sebarang masakan.

        ''Tok wan hang dah order dah! Apa yang tok wan hang makan, mak tok makan la tapi hang jangan beli banyak sangat. Satgi hang angkut berlambak pulak!'' sambil menjawab sempat Puan Jamilah memberi amaran. Pernah sekali dia menyuruh Faiz membeli di pasar Ramdhan bila dia tak sihat untuk bangun memasak. Hah!,.sekali Faiz beli berjenis-jenis masakan dan kuih, akhirnya Puan Jamilah menyuruh Faiz membawa balik saja ke rumah mereka.

           ''Baik madam!'' Faiz cuba berseloroh sambil tergelak kecil. Mereka meneruskan tugasan mereka selepas itu.

...............................................................................


                   Pagi 1 Syawal 1435H



                              Mendayu-dayu takbir raya yang berkumandang di siaran radio Kedahfm. Sayu hati mendengarnya. Puan Jamilah sudah selesai bersiap dan bersedia untuk berangkat ke masjid menunaikan solat sunat hari raya. Lewat malam semalam selepas Faiz dan Pian pulang barulah anaknya Sarina pula muncul bersama keluarganya. Hampir pukul 12 malam barulah Sarimah pula yang menyusul. Nasib baik Faiz dan Pian membantunya mengemas rumah dan memasang langsir bila pengumuman hari raya diumumkan semalam.

                      Seperti yang diduga Sarina dan Sarimah sudah membawa balik banyak kuih muih dan pelbagai juadah. Sarimah sudah merebus nasi impit dan memasak rendang ayam di rumahnya sebelum berangkat pulang ke kampung. Sarina juga sudah membeli 20 batang lemang. Bila melihat lemang yang dibeli Sarina, Puan Jamilah menjadi ngeri bila ada cucu-cucunya yang menceritakan mengenai tragedi lemang yang dibeli. Menurut Faridah yang selalu membuka internet katanya ada yang menjumpai pisau di dalam lemang yang dibeli dan paling tragis bila ada yang mati keracunan bisa ular akibat ada ular yang terperangkap di dalam buluh lemang.


                      Ada juga yang bercerita lemang yang dibeli hangit sebelah dan mentah sebelah. Beginilah ragam peniaga. Mungkin dah terlalu banyak permintaan jadi banyak juga kesilapan mereka. Almaklumlah, lemang dalam buluh, bukan boleh dibelek dulu sebelum dibeli. Lainlah kalau lemang yang dijual selepas buluh dibelah. Selalunya pembeli akan membeli lemang bersama buluh untuk mengekalkan rasanya. Agaknya la?


               ''Mak! Na mohon ampun dan maaf banyak-banyak, kalau selama ni Na ada menyakitkan hati mak. Na ada buat mak tersentuh hati dan sebagainya. Halalkan air susu yang Na minum dan Na sayang mak sangat-sangat!'' Sarina menyalami tangan Puan Jamilah dalam esak dan tangis. Sayu hatinya setiap kali menyalami ibu dan ayahnya di pagi raya. Pipi Puan Jamilah dicium kiri dan kanan. Puan Jamilah hanya tersenyum bahagia sambil menganggukkan kepala berkali-kali. Seperti Sarina, dia juga turut mencium pipi anak ke lapannya itu kiri dan kanan.


                 ''Mak! Imah jugak! Imah minta maaf banyak-banyak mak! Mana la tau, Imah pernah buat mak terguris hati tanpa sedar ka.'' giliran Sarimah pula membuang tangisnya. Tak dapat nak mengelak dari menghamburkan air mata setiap kali bersalaman dengan ibunya di pagi raya. Sarina yang sudah mendapatkan ayahnya encik Omar pula sudah mengesatkan air matanya, namun sebaik menyalami tangan encik Omar, air matanya berguguran lagi. Giliran suaminya pula disalami, semakin kuat tangisannya di pagi raya ini dan tangisannya berterusan bila anak-anaknya pula mengambil giliran untuk menyalaminya.


                
                 Kesyahduan di pagi raya berterusan hinggalah mereka selesai menyalami antara satu sama lain. Yang muda meminta maaf dari yang tua dan yang tua merestui yang muda. Beginilah hidup keluarga yang harmoni. Harus saling memaafi dan melengkapi di antara satu sama lain.
Selepas selesai bersalaman mereka berangkat bersama-sama ke masjid untuk menunaikan solat sunat hari raya. Bagi yang boleh disunatkan dan bagi yang tak mampu, dimaafkan. Hukumnya melakukan amalan sunat adalah buat mendapat pahala, kalau tak buat tak berdosa. Bagi kaum perempuan, menunaikan solat sunat hari raya tak perlulah berdandan dengan pakaian berjenama dan harum-haruman, takut-takut bukan pahala yang dapat, kemungkinan dosa pula yang ditanggung bila ada rasa riak dalam hati dengan telekung dan baju berjenama. Allahualam!


..................................................................


3 Syawal 1435H



Gendang dipalu pengantin baru,
Duduk bersanding tersipu malu,

              
             Berkumandang lagu-lagu selamat pengantin baru di corong pembesar suara juga suara Dj Pak Ya yang mengalu-alukan kedatangan para tetamu. Hari ini hari bersejarah buat Faiz kerana dia telah selamat disatukan dengan gadis pujaan hatinya. Pagi tadi mereka sudah diakad nikahkan. Saat debaran buat Faiz sudah berakhir dan sekarang diganti dengan saat yang amat membahagiakan bila dia kini sedang bersanding di atas pelamin bersama Aina Suhaini dengan baju pengantin yang berwarna kuning keemasan.


            Aina Suhaini sungguh cantik, anggun dan ayu dipandangan mata para tetamu dengan senyuman yang sentiasa mekar dibibir dihiasi lesung pipit di kedua belah pipinya. Pak Lang Di dan Puan Rohana atau mak lang Ana juga tak habis-habis dengan senyuman di bibir. Termakbul juga hasrat mereka menimang menantu sulung.


             Puan Jamilah yang duduk di sebelah mak lang Ana juga berasa sangat gembira menyambut tetamu-tetamu yang datang yang kebanyakannya merupakan kaum keluarganya sendiri samada di sebelah encik Omar atau sebelahnya. Ramai saudara-mara jauh dan dekat berkunjung meraikan hari yang bersejarah ini. Keakraban antara Puan Jamilah antara anak, menantu dan saudara-maranya dapat dilihat dari kemesraan mereka berbual dan berpelukan bila bertemu. Sungguh meriah dengan keramaian dan kunjungan. Bahagia yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata bila saudara yang jauh juga turut meraikan hari ini. Terubat segala rindu dendam bila dapat bertanya khabar sesama sendiri.


           ''Berkain batik cantik berdandan,
             Sudah bertunang rupanya dia,
             Sama cantik sama padan,
             Bagaikan pinang dibelah dua.''

                         Dj Pak Ya berpantun mesra bila kedua mempelai keluar untuk menjamu selera. Sesi bergambar di atas pelamin dan di dalam bilik sudah selesai agaknya. Tiba pula giliran suap menyuap di antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan di meja hidangan yang dihias indah. Ah,.zaman sekarang, yang penting duitnya lebat segalanya mudah.


                  Hari ini temanya coklat dan kuning keemasan. Bagi pihak keluarga sebelah keluarga Pak lang Di semua kaum kerabatnya terutama kaum hawa mengenakan baju berwarna sedondon iaitu warna coklat kehitaman, manakala kaum adam pula mengenakan T-Shirt dengan warna yang sama. T-Shirt yang ditempah khas oleh Faiz untuk adik-adik lelakinya. Tertera gambar Faiz dan Aina Suhaini sebagai pengantin baru di hadapan T-Shirt tersebut. Memang gempak ar!


                 Pak lang Di pula disuruh memakai baju melayu sedondon warnanya dengan jubah yang dipakai mak lang Ana. Hendak atau tidak Pak lang Di dan mak lang Ana memang tak mampu menolak kehendak anak-anaknya. Puan Jamilah dan encik Omar juga baju mereka ditempah khas oleh Faiz. Diam-diam Faiz rupanya dia sudah merancang untuk majlis bersejarahnya yang lain dari orang lain. Katanya biar dijadikan kenangan untuk sepanjang hayat.


                ''Kak Milah!'' sedang asyik memerhatikan kedua mempelai di meja makan Puan Jamilah ditegur seseorang. Pantas Puan Jamilah menoleh dan bibirnya terus mekar dengan senyuman. Tetamu di depan mata di salami dan mereka berpelukan. Sejenak selepas berpelukan, mereka merenung di antara satu sama lain. Mata Puan Jamilah juga melirik orang-orang yang berada di sebelah tetamunya ini.


               ''Adik Ma! Hang mai jugak na! Apa habaq? Ni Ejankan?'' tangan Puan Salima sepupunya digengam erat sambil Puan Jamilah mengalihkan pandangan ke arah anak perempuan tunggal Puan Salima Ejan Mas atau nama penuhnya Norizan Mastura. Anak perempuan tunggal Puan Salima ini berkahwin dengan orang Kuala Lumpur. Suaminya merupakan kacukan melayu dan cina baba nyonya. Bak kata omputih Irfan Iskandar mix blood la. Tak hairanlah kalau anak Ejan, Irfan Aizan dan adiknya Aizan Arisya berwajah ala-ala orang cina. Berkulit putih gebu dan bermata sedikit bundar. Comel betul anak-anak Ejan ni.

           
                 ''Ya Mak ngah! Mak ngah sihat?'' giliran Ejan pula bersalam dengan Puan Jamilah. Diciumnya tangan Puan Jamilah penuh hormat.
Anak perempuan Ejan, Aizan Arisya yang berada dalam dukungan Irfan mengapai tangan ke arahnya, manakala anak sulung Ejan yang sudah berusia empat tahun hanya dibiarkan bebas ke sana ke mari. Hailah,.budak-budak kecil, macam ni dah la. Bukannya suka dikawal.


                  ''Orang tua macam mak ngah ni macam ni dah la Ejan oii,.hang tengok boleh berdiri tang ni, maknanya sihat la kot. Dua orang dah anak dia. Berapa bulan dah yang kecik ni. Hari tu pi kenduri nikah Azmi hang baru dok mengandungkan?'' Puan Jamilah mengacah si kecil yang diambil Ejan dari dukungan Irfan. Kali terakhir Puan Jamilah bertemu keluarga Puan Salima tahun lepas, bila anak ke tiga mereka yang belajar di Mesir berkahwin dengan Ustazah yang mengajar di sekolah yang sama dengannya. Padanlah tu ustaz Azmi dengan ustazah Husna.


                ''Dah lima bulan dah mak ngah. Ramai ka balik kenduri abang Di ni? Lama tak jumpa kak Na, kak Kiah, kak Imah,kak Ah semua la. Ritu mak ngah dengan pak ngah ja pi.'' ramah Ejan bertanya. Puan Salima hanya mengangguk mengiakannya. Sepupunya Puan Jamilah memang sangat rapat dengannya. Boleh dikatakan mereka adalah kawan baik ketika muda cuma Puan Jamilah berkahwin awal darinya dan dia hanya tua tiga tahun dari Puan Salima.


               ''Alhamdulillah! Semua balik. Jom masuk, jom,.ni dah makan ka ni?'' sambil mempelawa masuk Puan Jamilah menyoal, walau Yan dengan Simpang Empat Alor Setar tu tak jauh mana tapi yang namanya makan kenduri,dah sampai tu wajib la makan dulu.


                ''Dah kenyang dah kak Milah, sebab tu mai menyapa ni. Lama dah tak jumpa anak menantu kak Milah. Sekali sekala berkumpui ni penuh rumah noh? Cicit pun dah ramai pa?'' rancak perbualan mereka sambil melangkah masuk ke rumah. Ada beberapa orang cucu Puan Jamilah sedang mengambil gambar di atas pelamin yang dihias indah. Cicit-cicitnya yang masih kecil turut menjadi rebutan untuk diletakkan di atas pelamin dan diambil gambarnya. Riuh rendah di hadapan pelamin dengan gelagat cucu dan cicit Puan Jamilah yang sibuk mengambil kesempatan dengan ketiadaan kedua mempelai untuk mengambil gambar di atas pelamin.


                  ''Ramai la jugak! Cucu Madi dah 5 orang. Cucu Nab 3 orang. Di,.ni anak sulung dia baru nak kawen, tak dak cucu lagi. Kirah pun tak dak lagi. Dia dulu kawen berapa tahun baru boleh anak, umur dah dekat 40 baru dapat sorang. Tak dak rezeki depa, puas jugak berubat tu. Miah ja yang ramai cucu pun. Zaharah dah 3 orang anak dia, Zahid dah 4 orang, Szaza dah 2 orang. Yang lain tu anak dok sekolah lagi, cuma Diah ja la,anak dok sekolah dah bagi nikah dah. Jodoh cepat la pulak yang tu. Baru nak mengandung tapi laki dia yang teruk dok wek-wek tak berenti.'' laju Puan Jamilah bercerita. Bila cerita bab anak-anak,cucu dan cicit ni hanya orang-orang tua saja yang tau betapa terujanya mereka dikelilingi anak-anak dan cucu, cicit yang ramai.


              ''Meriah noh, sekali sekala berkumpui anak beranak ni? Ma, dah tua ni, anak-anak pakat dok jauh. Sorang dok KL, yang Hadi dok tak dok pindah balik Johor pulak. Ijam pun tak habis-habis dengan nak mendaki gunung. Ni pi pulak dah Gunung Kinabalu. Tak tau apa yang syok sangat. Ejan ni nasib baik la Irfan dok reja sini lagi, maunya depa balik dok KL, sunyi sepi kami,.'' Puan Salima bercerita selamba tanpa sedar anak sulung dan anak ke duanya hanya tinggal berdekatan dengan rumahnya saja. Ejan hanya menjeling kakak-kakak iparnya yang turut ada bersama sambil menjungkitkan kening berkali-kali.


           ''Amboi mak! Tak perasan ka menantu mak dua orang ni dok pasang telinga. Satgi depa balik report kat laki masing-masing, jenuh mak reyau tak berlagu. Bukan boleh harap sangat abang ngah dengan abang long tu. Kuat merajuk!'' Ejan tergelak di akhir kata. Kedua kakak iparnya menjeling tajam. Geram dituduh Ejan kuat mengadu. Saja ja Ejan tu nak menyakat!


             ''Sapa nak merajuk? Dah tua dah nak merajuk lagi? Satgi mak merajuk jugak baru hampa tau!'' tiba-tiba Puan Salima tersedar dengan keberadaan dua orang menantu dan cucunya yang turut ada bersama. Sengaja dia mengugut demi menutup keterlanjuran kata-katanya sendiri.


                 ''Payah pa! Mak merajuk suruh abah la pujuk. Kata sayang bini!'' Ejan tergelak lagi. Berani la Ejan cakap macam tu. Abahnya encik Mustafa tak masuk ke rumah. Irfan pun tak mahu masuk ke rumah. Dia hanya menunggu di dalam khemah dan berbual dengan saudara mara yang lain. Kenduri hari ni kebanyakannya hanya datang makan dan bersalaman dengan tuan rumah. Kalau masuk ke rumah pun hanya saudara mara jauh yang datang sekali sekala. Berbual dan bertanya khabar.


               ''Haaa,.orang belah pengantin perempuan balik dah. Mai kita bergambar ramai-ramai dengan pengantin atas pelamin!'' terdengar suara Szaza memanggil saudara maranya untuk bergambar. Perbualan Puan Jamilah dan keluarga sepupunya terhenti seketika. Tumpuan mereka diberikan kepada dua mempelai yang diarak masuk ke dalam rumah. Raja seharilah katakan!



              ''Mak tok! Tok lang, mak su Ejan, mak long Lijah dengan Mak ngah Miza mai join sekali. Bukan selalu nak berkumpul ramai-ramai macam ni. Lepas ni boleh upload masud dalam facebook. Kaum kerabat Puan Jamilah!'' sempat Szaza berseloroh disambut derai tawa dari sepupu-sepupunya. Puan Jamilah hanya mengelengkan kepala sambil tersenyum.


            ''Boleh masuk world record ni!'' Nisa mencelah tiba-tiba sambil menarik tangan Puan Jamilah untuk bangun dan bergambar bersama pengantin di atas pelamin. Semua kaum keluarga lelaki dan perempuan dipanggil masuk ke dalam rumah. Masing-masing dengan gaya tersendiri. Puan Jamilah, encik Omar, pak long Madi, mak long Saerah, pak lang Di, mak lang Ana, mak njang Kirah, pak njang Adan, mak ndak Miah, pak ndak Li, mak tam Peah, pak tam Kri, mak teh Diah, mak cik Ani, pak cik Adam, mak cik Kiah, pak cik Saaban, mak cik Na, pak cik Mus, mak cik Yani, pak cik Nizam, mak su Sarimah, pak su Asraf dan anak-anak beserta cucu sudah tersenyum ceria di depan kamera. Pengantin pula sempat bermain mata dalam riak wajah yang nampak berseri-seri.


           Keluarga Puan Salima juga dijemput untuk sama-sama bergambar. Ejan Mas sudah semestinya mengambil tempat di sisi Irfan Iskandar. Encik Mustafa di sisi isterinya Puan Salima, abang Azmi di sisi kak Miza dan abang Azman di sisi kak Lijah. Anak-anak kecil diletakkan dihadapan sekali. Meriahnya suasana di rumah sederhana besar pak lang Di dengan pelbagai gelagat anak-anak,menantu,cucu-cucu dan cicict-cicit Puan Jamilah.


              ''Okey!!! Say peace!!'' jurugambar tiba-tiba bersuara kuat dan turut mengamatkan suasana.


                       Klik! Klik! Klik!,.

                       Bergemerlapan cahaya flash kamera yang terpancar. Begitu juga cahaya di wajah-wajah kaum keluarga Puan Jamilah.


               Kehidupan ini memang tak semudah yang kita duga tapi kalau kita yang selalu menyukarkannya maka sukarlah ia jadinya. Nak bahagia bukannya mudah tapi andai kita betul-betul nak bahagia bukannya payah. Hiduplah berpandukan Hadis dan Al-Quran dan jangan langgar larangan Allah. Ingat Allah selalu! Maka Allah akan ingat kita juga.

Nak petua untuk cepat kaya tak? Jom cuba petua ni!

D -Doa
U- Usaha
 I- Ikhtiar
T- Tawakkal

Ni la petuanya nak banyak duit,.nak banyak duit kenalah banyak berdoa,berusaha,.akal kenalah banyak berikhtiar dan akhir sekali bertawakkallah,.
                 

**********************************************TAMMAT******************************************






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.