Rumah papan di tengah sawah itu riuh dengan suara kanak-kanak dan
tangisan bayi kembar perempuan yang baru dilahirkan sejam yang lalu.Walau pun
kehidupan mereka miskin tapi keluarga Pak Mahat sentiasa murah dengan anugerah
Allah.
Pak Mahat bertemu jodoh dengan isterinya sekarang setelah sama-sama
bergelar ibu dan bapa tunggal.Isterinya sudah mempunyai dua orang anak dengan
suami pertama,sedangkan Pak Mahat sudah tiga kali gagal dalam perkahwinan dan
hanya bertahan selepas mendapat seorang anak.Bermakna Pak Mahat sudah mempunyai
tiga orang anak dengan tiga orang isteri sebelum berkahwin dengan Siti
Khatijah.
Mungkin nasib Pak Mahat yang sering diuji atau salah Pak Mahat sendiri
hanya Allah yang mengetahui.Mungkin juga jodoh Pak Mahat sudah ditakdirkan
untuk Siti Khatijah kerana anak kembar ini adalah anak mereka yang ke
lima.Bermakna mereka sudah mempunyai enam orang anak.Yang sulung baru berusia
lapan tahun,Asmawi namanya.Kedua enam tahun,Asnah diikuti Saleha empat tahun
dan Salima dua tahun.Anak-anak kembar belum sempat di berikan nama kerana Siti
Khatijah masih belum sedarkan diri.Siti Khatijah diserang 'tarik' dan pengsan
selepas melahirkan kembar tersebut.
Tiga hari selepas anak-anak kembar Pak Mahat dilahirkan, isteri Pak
Mahat masih belum sedarkan diri.Adik perempuan tunggal Pak Mahat sudah mula
merungut kerana terpaksa menjaga anak-anak Pak Mahat yang masih kecil.Pak Mahat
anak sulung dari lapan adik beradik.Tujuh lelaki dan seorang perempuan.Mak Uteh
anak yang ke tiga.
''Abang At,.aku rasa, baik hang bagi kat oranglah budak-budak ni.Kak
Tijah tu entah bila nak sedar,.'' Mak Uteh mula membuka cadangan.Pak Mahat
merenung sayu anak-anaknya seorang demi seorang.Si kembar meraung
serentak.Sejak lahir mereka belum sempat dibelai ibu kandung.
Rusyidah anak tiri Pak Mahat segera mendapatkan adik-adik
kembarnya.Selepas Siti Khatijah bercerai anak-anaknya terpaksa dipisahkan.Yang
sulung Rusydi mengikut suaminya.Rusyidah dipelihara Siti Khatijah.Rusyidah sedih
bila mendengar Mak Uteh berkata begitu tadi.Sekurang-kurangnya biarlah emak
sedar dulu.Kesian emak.Sembilan bulan menahan azab membawa kandungannya dan
begitu tersiksa melahirkan begitu senang Mak Uteh nak mengungkapkan kata-kata
sebegitu.
''Macam mana abang At? Hang setuju dak dengan
cadangan Teh ni.Petang satgi ada dua pasang suami isteri yang nak mai
tengok.Hang bagi ja la.Senang cerita,.'' sambil bertanya Mak Uteh juga memberi
jawapannya.Rusyidah yang mendengar sudah mula resah.
''Ayah!,.jangan bagi kat orang ayah.Kesian
kat mak.Kesian kat adik-adik,.'' Rusyidah cuba merayu demi adik-adiknya.Mak
Uteh sudah mencerlungkan matanya pada Rusyidah.
''Hang diam!!,.hang bukannya tau apa-apa pun.Lagi pun hang bukannya
waris.Hang tak dak hak nak menghalang,.'' Rusyidah terus terkaku mendengar
jerkahan Mak Uteh.Memang betul pun mereka bukan sebapa tapi mereka lahir dari
perut yang sama.
Rusyidah hanya berusia empat belas tahun.Apa yang mampu dia buat hanya
memerhatikan saja adik-adik kembarnya dibawa pergi petang itu oleh dua pasang
suami isteri yang tidak mempunyai anak.Walau pun kembar, adik-adiknya akan
dibesarkan oleh keluarga yang berlainan.
Empat hari selepas itu Siti Khatijah baru sedar.Bila Rusyidah
memberitahu ibunya bahawa dia telah melahirkan anak kembar.Dia langsung tak
percaya.Walau Rusyidah terkilan tapi dia tetap sedih untuk ibunya.
Rezeki Pak Mahat dan isteri terus murah.Dua tahun selepas itu Siti
Khatijah melahirkan anak perempuan lagi.Ketika Rosnah berusia dua tahun Siti
Khatijah bersalin lagi. Anak bongsu Pak Mahat ini juga perempuan dan diberi
nama Zahira.Walau pun Pak Mahat hanya seorang tukang rumah namun hidup mereka
tetap murah dengan rezeki.Rezeki dengan kelahiran anak-anak yang ramai.
...............................................................
17 TAHUN KEMUDIAN
Masriana
Sudah sebulan Hafiz Azhan kembali belayar.Rindunya aku pada dia.Setiap
kali dia kembali bertugas aku pasti sunyi.Kalau dia ada dialah yang selalu
menceriakan hari aku.Mama dengan papa terlalu sibuk dengan kerja mereka.Bisnes
sana,bisnes sini.Masa untuk aku langsung tak ada.Mungkin aku dilonggokkan
dengan kekayaan tapi apalah ertinya bila aku selalu ditinggalkan keseorangan.
Aku renung gambar mama dan papa di atas almari solek.Kadang-kadang ada
jugak terdetik dihati kenapa wajah aku langsung tak ada persamaan dengan
mereka.Aku pernah tanya pada mama,mungkin aku ini hanya anak angkat.Mama hanya
tersenyum tanpa menjawab soalan aku.
~riana,.kau ada mn? jom wayang~
Mesej dari Azie aku baca sambil mengeluh perlahan.Sikit-sikit
wayang.Kalau tak ajak tengok wayang mesti ajak shopping.Aku sudah bosan dengan
cara hidup begini.Mungkin mama dan papa tak pernah melarang aku untuk hidup
bebas dengan kawan-kawan remajaku yang lain tapi aku tak suka sebenarnya.Aku
cuma nak kasih sayang mama dan papa.Aku nak perhatian dari mereka.Kenapa mama
dan papa tak pernah cuba untuk memahami aku?
Nada dering HP aku berbunyi.Aku jengok skrin HP.Hmm,.mesti Azie akan
mengamuk sebab aku tak reply mesej dia.Aku biarkan saja panggilannya tak
berjawab.Aku bangun dan mencapai tuala diampaian lalu menuju ke bilik air.Baru
saja sebelah kakiku menjejaki bilik air,HP aku berbunyi lagi.Aku buat tak
peduli.Letih mendail nanti berhentilah dia.Aku berdialog di dalam hati.
Masuk ke bilik air aku capai lulur badan.Dah
lama aku tak manjakan diri.Hari ini aku ingin lapangkan fikiran dengan
menyental daki-daki dibadan.Aku masuk ke dalam tab mandi dan mulakan operasi.
...............................................
Rosilah
Arghhh,.aku stress.Hari ini ayah
buat hal lagi.Aku nyaris diperkosa entah untuk kali yang ke berapa.Aku tahu,aku
ni hanya anak pungut tapi janganlah diperlakukan aku seperti ini.Sudah banyak
kali aku ingin lari dari rumah namun aku tak sampai hati bila mengenangkan ibu
yang banyak berjasa pada aku.Ibu melakukan perbagai kerja untuk menyara kami
tiga beranak.Ayah aku penganggur 'terhormat'.Bukan dia tak pernah kerja tapi
dia terlalu panas baran.Asal dapat kerja mesti lepas seminggu atau dua minggu
diberhentikan.
Aku ingat lagi kali pertama ayah cuba memperkosa aku.Ketika itu dia
pulang dalam keadaan marah kerana telah dipecat akibat bergaduh ditempat
kerja.Aku bernasib baik kerana ibu pulang dan berjaya meloloskan diri dari
dianiaya ayah.Ibu dan ayah bergaduh selepas itu dan mereka hampir bercerai.Apa
yang ayah persembahkan di depan aku hari itu buat aku trauma.
Aku yang lembik,yang penuh dengan sifat sopan santun terus berubah
wajah.Aku mula membenci lelaki bila melihat ayah memperlakukan ibu seperti
binatang.Ayah meniduri ibu di depan aku dengan paksaan.Aku baru berumur 14
tahun ketika itu dan kejadian itu benar-benar buat aku menyampah dengan setiap
lelaki.
.....................................................
Masriana
Hari ini mama dan papa akan pulang dari Dubai.Kebetulan esok ulangtahun
perkahwinan mama dan papa.Aku ingat nak keluar ke mall.Nak cari hadiah untuk
mama dan papa.Nak ajak siapa ya? Azie ke Miza? Ahh!,.tak payahlah ganggu
mereka.Baik aku suruh Pak Karim hantar aje.
''Mak
Kiah!,.Pak Karim mana?'' aku bertanya Mak Kiah pembantu rumah kami.Mak Kiah ni
la yang aku ada pun.Nak mengadu ke,nak bermanja ke.Hanya Mak Kiah tempat aku
menumpang kasih sejak kecil.
''Entah!,.tadi ada.Cuba Riana tengok di laman depan,.'' aku mengikut
kata Mak Kiah dan menuju ke pintu.Aku keluar dari rumah dan meninjau keluar.
''Pak Karim!!,.tolong hantar Riana ke Mall kejap.Riana malaslah nak
drive hari ni,.'' bila aku nampak Pak Karim yang sedang membelek pokok hiasan
mama, terus aku melaung.Pak Karim ni tukang kebun merangkap driver sekali.Bila
aku,mama atau pun papa kena penyakit malas nak drive barulah khidmat Pak Karim
diperlukan.
''Nak ke mana Cik Riana? Giant? Jusco?'' aku tersenyum mendengar
pertanyaan Pak Karim.Selalunya Pak Karim akan membawa Mak Kiah ke Giant atau
Jusco untuk membeli barang-barang dapur.
''Riana nak beli hadiah untuk mama dan papa.Esok ulangtahun perkahwinan
mama dan papa.Pak Karim ada cadangan tak?'' aku meminta pendapat Pak Karim yang
sudah aku anggap macam ayah aku sendiri.
''Telekung dengan sejadah pun okey jugak.Al-Quran pun boleh,.'' aku
menganggukkan kepala.Saranan Pak Karim menarik juga.Lagi pun mama dan papa terlalu
sibuk mengejar kekayaan dunia.Sedangkan dunia ini hanyalah sementara.
''Pak Karim tau ke kedai mana yang boleh kita beli semua barang-barang
tu?'' memandangkan aku memang tak ada pengalaman aku tanya ja Pak Karim.Aku
mana pernah beli semua ni.Semuanya mama yang belikan.Aku cuma order ja.Kalau
bab duit pula.Tak payah nak minta.Papa atau mama akan masukkan ke akaun aku
setiap bulan.
''Err,.kita ajak Mak Kiah sekalilah.Pak Karim pun tak tahu,.'' Pak Karim
tersengeh.Aku masuk semula ke dalam rumah.Aku cari Mak Kiah di dapur.
''Mak Kiah!,.Jom!,.'' sampai saja di tepi Mak Kiah aku terus pegang
lengan Mak Kiah.Aku buat suara manja.Ayat bodek tu kena ada.
''Nak ke mana Riana? Mak Kiah nak masak ni,.'' Mak Kiah memandang pelik
padaku.Aku masih berpaut pada lengan Mak Kiah sambil mengukirkan senyuman.
''Alaa,.hari ni Mak Kiah tak payah masaklah!.Kita makan kat luar jer.Mak
Kiah pergilah siap.Riana nak belanja Mak Kiah dengan Pak Karim makan makanan
special.Spagetti bolognese dengan chicken chop,.'' aku tergelak kecil bila
melihat Mak Kiah mencebik.Tahu sangat.Selera Mak Kiah selera kampung.Takkan
makanlah spagetti dengan chicken chop ni.
''Ishh,.Mak Kiah rela berpuasa tiga hari tiga malam.Kalau benda tulah
yang Riana nak belanja Mak Kiah,.'' Mak Kiah menunjukkan riak geli geleman.Aku
ketawa lepas.Alergik betul Mak Kiah dengan makanan orang-orang barat ni.
''Okey!,.okey!,.la ni Mak Kiah habaq ja Mak Kiah nak makan pa.Riana
sanggup!,.asalkan Mak Kiah pergi bersiap,lepas tu kita keluar.Mak Kiah tolong
pilih hadiah untuk mama dan papa.Boleh?'' aku menerangkan tujuan sebenar sambil
tiru loghat utara yang kadang-kadang Mak Kiah tersasul.Jangan tak tau.Mak Kiah
ni orang Kedah.Dulu,.mama dan papa pun asal dari Kedah tapi bila bisnes papa
semakin berkembang.Kami berpindah ke Selangor.
''Laa,.awat tak habaq awai-awai!,.tak pa la.Mak Kiah nak pi siap dulu
naa.Riana tunggu sat na.Mak Kiah nak tukaq baju ja,.'' tu dia!!,.mulalah
jugakk!.Aku tergelak mendengar ayat Mak Kiah dan senyuman aku masih melebar
walau pun Mak Kiah sudah berlalu ke biliknya.
..........................................
Rosilah
''Bro!!,.burger ayam satu!.Sos lebih naa!!'' aku dengar seorang
pelanggan melaung.Mereka panggil aku 'bro' sejak aku berniaga burger di Pekan
Rabu ni.Selepas aku habis SPM aku cari kerja untuk bantu ibu.Macam-macam kerja
aku dah buat.Kerja kedai dobi,kedai makan,jadi cashier pasaraya, semua aku dah
rasa.Gerai burger ni pun kebetulan saja dapat kat aku.Tuan punya gerai ni nak
mencari kerja di Kuala Lumpur.Gerai ni dia suruh aku jaga untuk sementara.
''Okey!,.siap!!'' aku melaung kembali tanpa perasaan malu.Untuk
meneruskan kehidupan ni aku perlu semangat yang kental.Aku tak peduli apa orang
nak sok sek,sok sek pasal aku.Aku makan ke tidak,ada mereka ambil tau? Jangan
harap!,.yang namanya manusia,mereka hanya tau mengutuk bila kita susah.
''Ilah!,.hang nak ikut aku dak?'' entah bila Aiman sudah berdiri tegak
disebelah aku.Dia ni adik kepada tuan punya gerai burger ni.Tua setahun saja
dari aku.Dia yang minta abang dia serahkan gerai burger ni kat aku.
''Nak pi mana?'' aku bertanya balas sambil menayang wajah cuak pada
Aiman.Burger yang telah siap, aku bungkus lalu diserahkan pada pelanggan.Datang
pula couple yang berpakaian sekolah.Aku mengeleng tanpa sedar memerhatikan
kemesraan mereka.
''KL,.abang aku cakap dia dah dapat reja.Dia ajak aku pi reja sana.Hang
nak ikut?'' aku berfikir sejenak.Inilah peluang keemasan aku untuk lari dari
ayah tapi,.ahh,.aku takut, nanti lari dari perut buaya.Masuk pula ke perut
harimau.
''Nantilah,.aku balik tanya mak aku dulu,.'' Aiman mengangguk.
''Eh!,.sat,sat,.kalau aku ikut hang,aku nak dok mana?'' bila fikir pasal
tempat tinggal aku jadi sangsi balik.Walau pun aku ni dressing macam orang
lelaki tapi aku tetap perempuan tulen.
''Hang jangan bimbang pasai tu.Abang aku kata untuk orang perempuan ada
asrama disediakan,.'' aku pula yang mengangguk faham,tapi dalam hati aku ni
tetap ada perasaan cuak.Sambil tangan ligat buat kerja kami terus berbual.Aiman
akan turut membantu aku bila pelanggan ramai.Dialah satu-satunya kawan yang aku
ada.Aku memang anti lelaki tapi Aiman terkecuali kerana dia tak pernah
mengambil kesempatan terhadapku.Adanya dia aku rasa diri aku dihargai.
.........................................
Hafiz Azhan
Aku mendapat panggilan kecemasan dari mama yang memberitahu Mak Tok
sedang tenat.Aku terus dibenarkan pulang untuk menziarah Mak Tok di Alor
Setar.Tiada sesiapa yang datang mengambil aku di Lumut.Aku hanya dihantar oleh
seorang rakan setugas ke station bus Ipoh.Terpaksa aku menaiki bas express
untuk ke Alor Setar.
Bila aku sampai di Pekan Rabu Alor Setar, aku terus bergegas mencari
tandas awam.Perut yang memulas tiba-tiba buat jiwa aku jadi kalut.Puas aku
bertanya, hanya seorang mak cik penjual buah yang mahu menunjukkan aku di mana
tandas.Rupanya aku sudah tersalah orang.Kalau sudah bertanya pada rombongan
dari Kelantan yang baru pertama kali menjejak ke negeri Kedah.Memanglah mereka
tak tahu.Hailah perut!,.kerana perut yang meragam inilah yang membuatkan aku
hilang punca.Main aci redah ja.
Mata aku terpaku tiba-tiba pada objek yang sedang berjalan keluar dari
tandas perempuan.Masriana? Buat apa pula dia di sini? Takkan dia ikut mama
balik?,.atau dia ikut Mak Kiah balik kampung? Pelbagai persoalan berligar
dibenakku.Terus aku melangkah laju.Terlupa pada perut yang sedang memulas.
''Riana!'' aku menegur Masriana sambil memegang lengannya supaya dia tak
berlalu pergi.Mungkin dia tak perasankan aku.Bila aku pegang lengannya dia
terus menoleh.Aku ukirkan senyuman paling manis buat tatapan kekasih hati.
Bukkkkk!!!,.
Sebiji penumbuk singgah dipipi kiriku.Aku tersentap.Sejak bila Masriana
belajar tinju ni? Boleh tahan sakitnya.Aku pandang Masriana atas bawak.Masriana
kebam bibir dan,..
''Adoiii!!,.awak ni dah kenapa Riana? Sejak bila ambil tali pinggang
hitam ni? Rambut ni,.kan Han dah larang Riana potong.Ni,.rupa dah macam
lelaki.Ganas pulak tu!'' aku terus membebel bila betis aku pula ditendang
Masriana.Gelagat kami di depan tandas awam ni diperhatikan orang ramai.Ada yang
memandang pelik,tak kurang juga yang mentertawakan kami.
''Sapa Riana? Hang jaga kelaku sikit.Aku debik satgi,.kot ada yang
hilang gigi,.'' akhirnya Masriana bersuara.Lantang dan kasar.Aku yang
terpinga-pinga.Sekejap cuma bila perut aku memulas kembali.Aku berlari laju
masuk ke tandas.
...................................
Masriana
Bahagianya aku rasa bila dapat jumpa mama dan papa lagi.Mama belikan aku
dan Mak Kiah kain pasang.Cantik sangat!,.yang paling best mama belikan aku
selendang dengan warna kegemaran aku.Warna merah.Wah! pasal ni la aku sayang
sangat kat mama aku ni.Tahu saja warna kesukaan aku.
Aku belek lagi kain selendang pemberian mama.Aku bangun dan menuju ke
almari solek.Aku letakkan selendang di atas kepala dan memandang wajahku di depan
cermin.Aku teringat pada Hafiz Azhan.Dia pernah meminta supaya aku menutup
rambutku.Aku belai pula rambut aku yang paras bahu.Kalau ikutkan hati aku,dah
lama aku potong.Rimas betul.Aku tak tahan panas.Setiap kali aku potong rambut
mesti Hafiz Azhan akan marah aku.
''Han!!,.rindunya aku kat kau,.'' aku capai I-pad dan mula membelek
skrin.Wajah Hafiz Azhan sentiasa menjadi penghias muka
depan.Senyumannya,.hmm,teringat pula saat-saat kami bersama.Sudah tiga tahun
dia berkhidmat di TLDM.Memang minat dia lebih menjurus kepada pekerjaan
ini.Katanya tentera ni sentiasa kemas.Lagi pula katanya dia nak berbakti untuk
negara.Bersemangat waja,inilah dia Hafiz Azhan aku.
Sebenarnya Hafiz Azhan ni tua lima tahun dari aku.Sudah banyak kali dia
menyuruh aku memanggilnya abang.Takde maknanya.Dia bukan suami aku pun.Huhuhu,.
Aku
kenal dia ketika aku berada di tingkatan lima.Suatu hari tu Pak Karim terlambat
mengambil aku kerana tayar kereta pancit.Hari pula hujan lebat.Hafiz Azhan
datang jadi penyelamat bila beberapa orang warga Bangladesh datang mengusik
aku.Kami berkenalan dan saling menukar no telefon.Hafiz Azhan bukan anak orang
kaya.Keluarga dia sederhana tapi mama dia baik sangat.Mama dia suri rumah
sepenuh masa.Ayah Hafiz Azhan hanya peniaga di pasar malam.Sejak hari itu kami
mula rapat.Mama dan papa pun tak menghalang perhubungan kami.Kata Hafiz Azhan
dia akan menghantar rombongan ke rumah aku setelah kewangannya sudah stabil dan
aku tamat belajar.
Aku masih lagi belajar sebenarnya, di Kolej Matrikulasi.Sekarang ni aku
sedang cuti semester,sebab itulah aku rindu sangat dengan Hafiz
Azhan.Ya!,.rindukan dia.Hafiz melarang aku untuk terus bergaul dengan Azie dan
Miza.Kalau dulu aku bebas tapi sekarang Hafiz yang mengawal segala tingkah
lakuku.Bila mama dan papa terlalu sibuk Hafiz Azhan yang selalu mengambil berat
tentang diri aku.Rimas? Tak adalah! Aku memang dahagakan perhatian dan kasih
sayang.Mak Kiah dan Pak Karim pun mengambil berat padaku tapi tidak sama dengan
perhatian yang Hafiz Azhan berikan kerana Mak Kiah dan Pak Karim tak pernah
menegur kesalahan aku seperti Hafiz Azhan tegur aku.
''Riana!,.pakaian tu boleh pakai yang sopan sikit tak? Cuba simpan
kecantikan tu untuk suami.Jangan nak tayang sangat! Riana tak rimas ke orang
pandang.Pakai baju tapi macam telanjang.Han tengok pun naik rimas tau tak,.''
aku tersenyum bila ingat kenangan itu.Hafiz Azhan kalau bercakap memang
direct.Kalau lelaki lain lagi seksi aku pakai.Lagi tinggi pujian mereka untuk
aku.
Seketika cuma senyumanku mekar
dibibir.Aku mengeluh kemudiannya.Merindui Hafiz buat jantung aku sakit.Aku
simpan kembali selendang pemberian mama dan melangkah ke bilik air.Sekejap lagi
waktu maghrib bakal masuk.Untuk apa aku terus menerus membayangkan wajah Hafiz
Azhan yang bukan milikku lagi.Lebih baik aku mandi dan mengadap Penciptaku di
atas sejadah.Merindui Allah itu seribu kali lebih baik.
..................................
Rosilah
Hati
aku sakit sangat hari ini,entah jantan mana yang mencuba mengambil kesempatan
ke atas diriku.Siap pegang tangan aku lagi.Konon,.tersilap orang.Tak guna
betul.Huh!,.padam muka dia!,.kena penumbuk sulung aku.Entah dari mana aku
perolehi keberanian itu.Tau-tau penumbuk aku sudah melayang ke muka dia.Mungkin
tindakan separa sedar aku.Kecik ja mamat tu aku tengok akibat terkejut dengan
sikap biadap dia tu.
''Ilah jadi ka nak ikut Aiman ke Kuala Lumpur?'' lamunanku tercantas
dengan suara ibu.Aku menoleh pada ibu yang sedang melipat kain.
''Tak
tau lagi.Takpa ka kalau Ilah jadi pi?'' aku merenung ibu.Kalau bukan kerana ibu
tentu aku tak berat hati begini.
''Ikut Ilahlah,.'' perlahan ibu bersuara.Mungkin ibu pun tahu aku dalam
persimpangan sekarang.Nak berhadapan dengan perangai ayah lagi.Nak tinggalkan
ibu pun aku tak sanggup.Manalah tau kalau ayah menganas lagi.
''Ibu,.Ilah nak tanya sikit boleh?'' ibu mendonggak memandangku namun
bibirnya langsung tak bersuara.
''Ibu kenai dak sapa-sapa yang nama
Riana?'' aku meneruskan dengan soalanku walau pun ibu tak berkata apa-apa.
''Masriana?'' ibu bertanya aku kembali.Kening aku berkerut.Wujudkah
Riana tu? Itu yang ada dalam fikiran aku.
''Ibu kenai ka?'' ibu tak menjawab tapi kepala ibu
terangguk-angguk.Wajah ibu sayu.Aku tak tahu apa yang ibu fikirkan.Sejak aku
tanya pasal Riana wajah ibu sudah berubah mendung.
''Siapa Riana? Betoi ka muka dia macam Ilah?'' aku keluarkan juga
keraguan yang bersarang difikiranku.Ibu sempat mengeluh sebelum menjawab
soalanku.
''Dia kembar Ilah,.'' aku tersentak.Kelu lidahku untuk terus menyoal.Aku
pandang wajah ibu tak berkelip.Ibu anggukkan kepalanya lagi.
''Depa tinggal di kampung sebelah.Masa umur Masriana setahun depa pindah
pi Kuala Lumpur,.'' ibu memberitahu walau pun aku tak bertanya.Dalam hati aku
ingin bertanya dimana keluarga kandungku tapi aku takut ibu kecil hati.
''Ilah nak jumpa keluaga Ilah?''
''Hah?'' soalan ibu buat aku tersentak lagi.
''Dulu keluarga Ilah asal orang Kedah jugak.Kami ambil Ilah di Kampung
Beda Siam.La ni kampung tu dah tukaq nama kot.Orang kata dah jadi Kampung Setia
Jaya.Kemudian keluarga Ilah pindah pula ke Gurun.Kali last ibu dengaq depa
pindah pula ke Perak.Lepas tu terus senyap,.'' lancar ibu bercerita sedangkan
aku sudah kelu seribu bahasa.Perlukah aku mencari keluarga yang telah membuang
aku?
''Ibu!,.Ilah nak pi KL.Ilah nak pi cari Masriana.Bolehkan ibu?''
akhirnya aku buat juga keputusan.Ibu hanya mengangguk sebelum kembali bersuara.
''KL tu besar.Ilah tau ka,macam mana nak cari dia?'' aku garu
kepala.Tiba-tiba mentol dalam kepala aku berkelip-kelip.Aku harus cari lelaki
kemarin.Tentu dia tahu alamat Masriana.
....................................................
Zahira
Hidup ini
takkan pernah berakhir dengan cabaran.Hari ini bahagia mengelilingi hidup,esok
belum tentu.Sejak emak meninggal ketika aku berumur tujuh tahun aku tinggal
dengan kakak Rusyidah.Bukan aku tak bahagia di sini.Bila Allah nak menguji
,kita tetap akan di uji.Tak kiralah siapa kita.Dimana kita berada.Ujian dari Allah tetap akan datang.Cepat atau
lambat bukanlah persoalannya,yang penting kita perlu bersedia dari segi mental
dan fizikal.Kalau zaman kanak-kanak dulu memang aku langsung tak bersedia.Air
mata sering menjadi peneman setia.
Musuh ketatku
anak sulung kak Rusyidah.Faizi memang pembuli tegar.Kalau setakat sepak
terajangnya aku pernah rasa.Memang 'sedap giler'.Aku nak balas dendam memang
tak boleh.Dia lelaki,aku perempuan.Tak kena gaya balas dendam makan penendang
lagi la aku.Aku pula terlalu sensitif.Ujian demi ujian yang menghujani hidupku
tak mampu ku tepis.Aku letih sangat tapi aku tak kuat untuk menolak.Aku terima
semua cobaan itu.
Sekarang cuti
hujung tahun.Aku baru belajar bertatih untuk mencari kerja.Aku budak lepasan
SPM. Sementara menunggu keputusan SPM keluar.Aku bercadang nak cari kerja.Hari
ini seharian aku di Alor Setar.Aku singgah sebentar untuk membeli burger.Lapar
pula perut ni.Sebiji burger dengan sebotol air mineral.Okeylah sekadar pengalas
perut.
''Adik!,.sorang ja?''
aku menoleh bila merasakan ada yang menegur aku.Aku pandang dia atas bawah.Nak
kata lelaki tapi wajah lembut macam perempuan.Nak kata perempuan dia punya
dressing memang sebijik lelaki.Sempat aku memandang kiri dan kanan.Mana tahu
dia sebenarnya menegur orang lain.
''Adik cari sapa?'' aku tersengih.Dah sahlah
dia tegur aku.
''Haa,.sorang ja.Ni sapa?
Kita kenai ka?'' aku tanya orang yang menegur aku tu.Bila tengok wajah dia yang
seakan ada persamaan dengan wajahku.Aku terus tanya begitu.Mana tahu saudara mara
aku ke.
''Tak! Tak kenai! Adik
kenai Masriana?'' aku mengeleng tapi aku macam pernah dengar nama tu.Sejak aku
tinggal dengan kak Rusyidah dia selalu bercerita pasal kedua orang kakak
kembarku yang telah diberi pada orang ketika masih baby.
''Tak kenai tapi macam pernah dengar
nama tu,.'' entah kenapa aku rasa macam sudah kenal lama dengan orang di
hadapan aku ni.Bila dia ramah menyoal aku pun turut teruja untuk menjawab apa
yang aku tahu.
''Di mana?'' orang yang
menyoal aku seakan teruja mendengar jawapanku.Di matanya dapat ku lihat
keterujaannya itu.
''Kakak saya selalu
cerita.Katanya saya ada dua orang kakak kembar yang bernama Masriana dan
Rosilah tapi,.tulah, ayah dah bagi dekat orang,.'' tanpa berselindung apa-apa
aku terus bercerita.Tak tahulah kenapa orang yang menyoal aku ni tiba-tiba
menyeka air matanya.Nampak brutal rupanya dalam hati ada taman.Aku pula yang
diserang rasa bersalah.
''Sapa adik ni? Nama apa?
Tinggal di mana? Anak sapa?'' erkk,.banyaknya soalan.Haih!,.menyesal pula aku
lurus sangat tadi.Kalau aku tak cerita apa yang aku tahu tentu dia tak terus
menyoal aku.
''Akak Rosilah.Kembar
Masriana tapi akak tak tahu di mana Masriana sekarang.Adik tahu di mana
Masriana?'' aku kerut dahi.Orang ni nak mainkan aku ka? Aku dah mula keliru
dengan pengakuannya.
''Apa buktinya?'' ceh!,.mulut
tak berinsuran aku ni sudah membuatkan orang di depanku spontan mendengus
kasar.
''Adik tak perasan ka? Tengok
muka kita pun dah ada persamaankan!,.'' perlahan aku mengangguk tapi dalam
hatiku masih ada perasaan was-was.
''Macam ni,kalau adik tak
percaya jugak,jom ikut kakak balik.Adik boleh tanya sendiri dengan ibu
kakak,.'' aku mengeleng pantas.Kak Rusyidah selalu berpesan jangan mudah
percaya dengan orang yang kita tak kenal.
''Kakak sajalah ikut saya
balik,mungkin kak Rusyidah tahu di mana kak Masriana,.'' aku mula tawar
menawar.Kalau betul dia kak Rosilah aku biar kak Rusyidah sendiri yang menjawab
semua soalan.
''Adik tinggal di mana?''
aku dengar dia mengeluh sebelum kembali menyoal aku.
''Mak,ayah ada lagi? Kita
berapa beradik semuanya?'' aku mula mengaru kepala.Walau pun soalannya terlalu
mudah untukku jawab tapi kalau sudah disoal bertubi-tubi aku pun tak tahu mana
satu yang harus ku jawab dulu.
''Kalau akak nak soalan akak
tu berjawab,akak ikut ja saya balik.Mungkin kak Rusyidah lebih tahu tapi kalau
pasai mak saya,.'' aku geleng kepala,sebak menguasai dada,Sejak emak meninggal
kerana penyakit barah ayah kahwin lagi.Ah!,.ayah takkan betah hidup tanpa
ditemani isteri di sisi.Anak di abaikan tidak menjadi hal.Hmm,..
''Kenapa dengan mak? Mak sakit
ka? '' aku pandang perempuan yang mengaku sebagai kak Rosilah aku ni dengan
mata yang bergenang.Dia tak tahukah emak aku sudah meninggal sepuluh tahun yang
lalu.Kalau betul dia kakak kandungku memang kasihan, tak sempat menatap dan
memeluk ibu kandung sendiri.
''Emak dah takdak.Sepuluh
tahun dah.Mak mengidap barah.Kak Rusyidah kata mak keguguran anak
lelaki.Selepas keguguran tu mak masih buat kerja seperti biasa.Mengambil upah
menyemai padi di bendang orang,.'' aku ralit bercerita tanpa sedar air mata sudah
berguguran di pipi.Terngiang-ngiang lagi cerita kak Rusyidah,katanya emak
bekerja kuat tapi duit upahnya ayah yang 'sapu' dulu.Bila kerja selesai duit
pun 'selesai' dihabiskan ayah.
Aku menyeka air
mataku.Baru aku sedar aku masih berada di tengah orang ramai.Aku cuba ukirkan
senyuman.Aku terperasan mata kak Rosilah juga merah.Mungkin dia juga turut
menangis bila minda aku hilang sebentar diulit kenangan silam.
''Adik ikut kak Ilah balik!
Sat ja,.kak Ilah nak balik habaq kat ibu kak Ilah.Nanti boleh kak Ilah ikut
adik balik.Ni nama sapa? Dari tadi lagi kak dok tanya,.'' aku tersengeh
mendengar ayat terakhirnya.Was-was punya pasal aku tak berani nak
memperkenalkan diri sendiri.
''Saya Zahira.Pangge Ira
pun boley!'' aku menghulur tangan.Dah lama berbual baru teringat nak
bersalam.Selepas bersalam kak Ilah membawa aku ke motornya.Dia membawa aku ke
rumahnya di Kampung Sungai Baru Gunung Kriang.
.............................................
Hafiz Azhan
Hari ini aku terserempak
lagi dengan gadis yang menyerupai Masriana di Pekan Rabu Alor Setar.Aku baru
nak menapak ke arahnya bila dia sudah berlalu pergi bersama seorang gadis
lain.Cantik ayu berbaju kurung dan bertudung.Nampak sopan dan naif.
Aku terus
mengekorinya.Bila aku melihat dia sudah bersiap sedia untuk membonceng motor
aku terus berjalan laju.Takut kehilangannya lagi seperti dua hari lepas.
''Tunggu!!'' aku terus
melaung.Kedua orang gadis itu menoleh.Bila aku sudah berada di depan mereka aku
terkejut.Aku seolah sedang berdepan dengan dua orang yang mirip Masriana.
''Siapa kamu sebenarnya?''
aku terus menyoal mereka dalam keadaan aku yang masih menggah.Kedua gadis tadi
saling berpandangan.Gadis berbaju kurung menayangkan wajah blur manakala gadis
yang menumbuk aku dua hari lepas kelihatan tenang.Tak lagi menyinga dan
marah-marah.
''Aku memang nak jumpa
kau.Aku nak alamat Masriana atau pun no HP dia.Aku nak jumpa dia,.'' tegas
bunyinya walau tak sekasar dua hari lepas.Namun tetap tiada segaris senyuman
pun diukirkan.
''Untuk apa? Siapa kau? Kenapa
kau tak jawab apa yang aku tanya?'' aku sengaja menguji gadis tadi dengan
menyoal dia kembali.Dalam hati memang ada sikit kemusykilan.
''Aku kembar dia.Ni adik
kami,.'' terkejut aku mendengar pengakuan gadis itu.Setahu aku Masriana anak
tunggal.Dari mana pula muncul mereka berdua ni.
''Aku tak percaya! Setahu aku
Masriana anak tunggal.Dari mana da,..'' belum sempat aku menyambung ayat yang
seterusnya kepala aku telah ditunjal kasar.
''Woii!,.sebelum ni pun aku
ingat aku anak tunggal.Tapi lepas tu aku dapat tahu aku ni anak angkat dan dua
hari lepas baru aku tahu aku ada kembar.Dah!,.jangan banyak songgeh.Aku nak
alamat Masriana,.'' laju gadis itu berkata-kata.Tercengang aku dibuatnya.
''Kalau ya pun,.tak boleh
minta elok-elok sikit?'' sepantas kilat kaki aku pula dipijak.Spontan aku
terlompat.Mengaduh sakit tanpa sedar.
''Kau ni kenapa? Kalau nak
alamat Riana pun.Mintalah cara elok,.'' aku menjarakkan diri sebelum terus
menyambung kata.
''Apa bukti kau ni kembar
Masriana?'' aku dengar dia mendengus keras.Gadis berbaju kurung di sebelahnya
pula sudah tersenyum simpul.Aku tak tahu pula apa yang lucunya.
''Saudara!,.boleh tolong tak?
Bagi alamat kak Masriana.Kesian mak kami, teringin sangat nak jumpa kak
Masriana,.'' gadis berbaju kurung bersuara perlahan seakan merayuku.Gadis
garang pula memandangnya pelik.
''Eh,.bukan ka tadi adik Ira
cakap mak dah sepuluh tahun takdak ka?'' gadis berbaju kurung yang dipanggil
adik Ira menepuk dahi lalu berpusing membelakangiku.Bahunya terinjut-injut.Bila
gadis garang pergi dan berhadapan dengan gadis berbaju kurung, gadis garang
terus menampar belakangnya selepas mereka berbisik sesuatu.
Entah apa agaknya yang
mereka bisikkan tapi yang pastinya alamat atau pun no HP Masriana takkan aku
berikan pada orang yang aku tak kenal.Ingat lagi aku siang tadi selepas puas kami berbalah akhirnya kedua gadis itu
terus meninggalkan aku.Sebelum berlalu pergi gadis berbaju kurung sempat
memberikan aku serangkap pantun.
Buah bidara di dalam timba,
Di tepi lorong ada kelapa,
Hari saudara belum tiba,
Tak nak tolong tak mengapa.
Aku hanya tersenyum
mendengar pantunnya sebelum gadis garang membuat pantun dua keratnya pula.
Muka hodoh macam serigala,
Dah bodoh sombong pula.
Aku mencebik geram
mendengar pantunnya.Belum sempat aku mengarang pantun balas motor mereka sudah
bergerak laju meninggalkan aku terpinga-pinga.
.............................................
Masriana
Aku terkejut menerima
panggilan dari Hafiz Azhan pagi tadi katanya mak tok telah pergi mengadap Ilahi
tiga hari lepas.Hafiz Azhan juga meminta maaf kerana tidak memberitahu
aku.Sekarang Hafiz Azhan sudah berada di Lumut.Dalam perbualan kami pagi tadi
Hafiz Azhan ada menyoal aku dengan beberapa soalan yang tak masuk akal.
''Han nak tanya Riana ni,Han
harap Riana cakap jujur dengan Han,.'' aku mula resah dan berdebar-debar.Kenapa
dengan Han ni.Sebelum ni mana pernah aku tipu dia.
''Han!,.kenapa ni? Han dah
dengar apa-apa yang tak elok pasal Riana ka?'' aku bertanya Hafiz Azhan dengan
suara yang sedikit sebak.Aku terasa, seolah kejujuran aku diragui.
''Riana!,.dengar dulu.Han
bukan dengar yang tak elok pun cuma Han nak kepastian Riana ja,.'' dada aku
berdegup kencang.Minda aku sudah mula meneka yang bukan-bukan.Apa yang Hafiz
Azhan dah dengar?
''Riana ada kembar?''
''Hah? Apa yang
Han mengarut ni?'' aku tergelak kecil.Alangkah bagusnya kalau aku punya saudara
kembar.Taklah aku sunyi di rumah ini.
''Han tak
mengarut.Han serius ni Riana.Han balik Alor Setar baru ni Han jumpa kembar
Riana bersama adik dia.Riana kenal tak sesiapa yang bernama Ira?'' aku berjeda
seketika.Sejak kami berpindah ke Kuala Lumpur 20 tahun yang lalu aku sudah tidak
dibenarkan menjejakkan kaki ke Kedah lagi walau untuk mengikut Mak Kiah balik
ke kampung.Mama dan papa tak benarkan.Tak tahulah kenapa.
''Riana!!'' suara Hafiz
Azhan di hujung talian mengejutkan aku.
''Ya Han!'' aku menyahut
perlahan.
''Riana dengar tak apa yang
Han tanya?''
''Dengar!,.tapi Riana tak
ada jawapannya Han,.'' aku mengaku sejujurnya.
''Tak apalah,.Han nak
tanya ja.Han ada kerja ni.Lain kali Han call Riana lagi.Assalammualaikum,.''
''Waalaikummusalam,.'' salam
Hafiz Azhan ku jawab perlahan.Mindaku mula berteka -teki sendiri.Benarkah aku
ini hanya anak angkat? Kenapa mama selalu menafikannya setiap kali aku bertanya? Perlukah aku pulang ke
Kedah dan mencari jawapannya sendiri? Arghh,.aku buntu!
...................................
Rosilah
Aku mengikut Zahira
pergi ke Yan.Aku meminta tolong Aiman untuk membawa kami pergi ke sana.Hanya
Aiman yang boleh diharap.Kebetulan Zahira juga sedang mencari kerja.Boleh juga
aku meminta izin dari kak Rusyidah untuk membawa Zahira bersamaku ke Kuala
Lumpur dua hari lagi.
Setelah memperkenalkan diri
pada kak Rusyidah aku dipeluk erat.Kak Rusyidah menangis sambil
bercerita.Banyak cerita yang terungkap setelah bertemu kak Rusyidah.Dari kak
Rusyidah juga aku tahu penyebab kami diberikan kepada orang.Takkan ku maafkan
dia hingga ke akhir hayatku.Dia yang telah memisahkan aku dari keluargaku.
Apa yang ku dengar dari
kak Rusyidah ternyata mengejutkan.Selepas ibu meninggal keluarga kami
berantakan.Adik bongsuku Zahira nyaris diberi pada orang lain tapi kak Rusyidah
tak mengizinkannya dan meminta untuk tinggal bersamanya.Adikku Rosnah pula
tinggal bersama kak Asnah.Abang Asmawi masih tinggal di Perak.Kak Saleha dan
kak Salima pula pernah bekerja sebagai pembantu rumah demi sesuap nasi.Yang
penting halal.
Bila mendengar cerita kak
Rusyidah aku sedih sangat.Rupanya seluruh ahli keluargaku turut diuji dengan
ujian yang berat kerana keluargaku tergolong dalam golongan orang miskin.Aku
bersyukur kerana diserahkan pada keluarga angkat.Ah!,.biarlah ayah angkatku tak
serupa orang kerana panas barannya bukan selalu,cuma kadang-kadang bila dia
terlalu stress dengan kerja.Entah bagaimana pula nasib Masriana? Aku tak sabar
untuk bertemu dengannya.Bila ingat Masriana terus aku terbayangkan wajah lelaki
yang menjengkelkan itu.
.........................................
Zahira
Yess!!,.kak Rosilah nak
membawa aku ke Kuala Lumpur.Aku gembira sangat,nanti bolehlah aku jumpa kak
Rosnah.Aku baru telefon dia dua hari lepas,katanya dia berkerja di Kuala Lumpur sebagai pembantu rumah
sementara menunggu result STPM keluar.
Aku tak perlu ragu-ragu lagi dengan kak
Rosilah.Tak payah nak chek DNA bagai., kak Rusyidah sudah mengesahkannya.Kak
Rusyidah kata wajah kak Rosilah mirip wajah emakku.Cehh!,.sebelum ni kak
Rusyidah cakap wajah aku yang mirip emak.Hurmm,.mungkin betullah sebab wajah
aku dan kak Rosilah ada persamaan.Cuma hidung aku dan kulit aku ikut ayah
kot.Kelabu asap sikit.Hehehe,.
Hari yang dinanti tiba
akhirnya.Aku berangkat ke Kuala Lumpur bersama kak Rosilah dan kawan kak
Rosilah. Abang Aiman sejak bertemu dengan aku renungannya semacam saja.Aku buat
selamba sebab orang macam abang Aiman bukan taste aku.Lagi pun aku baru nak
masuk lapan belas tahun,tahun depan.Muda lagi kot.Abang Aiman mungkin tua lima
atau enam tahun dari aku.
'' Agaknya ada tak harapan
kita nak jumpa Masriana?'' aku menoleh ke arah kak Rosilah.Wajahnya penuh
mengharap.
''InsyaAllah!,.'' aku
memberinya harapan.Bagi aku kak Rosnah sudah berjanji untuk menunggu kami di
Puduraya.Itu sudah lebih mencukupi.Tak sabar aku untuk memperkenalkan kak
Rosilah kepadanya.Perjalanan kami ke Kuala Lumpur bermula seawal 6.00 pagi.Kami
pergi menaiki bas.Selain kak Rosnah abang kepada abang Aiman pun akan turut
menunggu kami di Puduraya.
''Lelaki yang kita jumpa di
Pekan Rabu tu nama pa? Dia kenai kak Masriana ka?'' aku menyoal kak Rosilah
bila teringatkan lelaki yang bergaduh dengannya itu.Ganas betul kak Rosilah
melayan lelaki tu.Aku cuba juga nasib berlembut dengan caraku untuk meminta
alamat kak Masriana, tapi kak Rosilah ni la pulak bikin spoil.Aku ingat bila
dia tunjuk sikap brutal dia tu, tentu dia akan faham aku cuba nak kelentong
lelaki tu.Tak sangka pula dalam brutal dia ada juga lurus bendulnya.
''Ntahlah! Kenal kot.Kali
pertama kami jumpa dia panggil akak Masriana,.'' kak Rosilah menjawab
ragu-ragu.Aku tergelak kecil.Teringat pantun dua kerat yang kak Rosilah karang
secara spontan untuk lelaki tu.
''Pasai pa adik Ira
gelak?'' kak Rosilah memandang aku pelik.
''Muka hodoh macam
serigala,Dah bodoh sombong pula.Mesti dia bengang gilerkan dengan pantun kak
Ilah tu.Muka dia hensem macam tu pun kak Ilah boleh cakap macam serigala,.''
kak Rosilah tergelak sambil mencebik.
''Padam muka dia!,.kedekut
sangat.Takdak maknanya hensem kalau perangai ntah hapa-hapa,.'' kak Rosilah
membidas balik kata-kataku.Aku hanya mampu tersenyum.Apa yang aku perhatikan
kak Rosilah pun sama ja.Ganas tak bertempat.Nak minta alamat kak Masriana pun
macam Ah long nak kutip hutang.
..........................................
Masriana
Mama dan papa keluar negeri
lagi.Kali ni mereka ke Singapura dan akan dijangka pulang selepas tiga
minggu.Masa ni la aku harus bertindak untuk menyiasat siapa diri aku yang
sebenarnya.Aku ajak Mak Kiah untuk balik ke Kedah tapi Mak Kiah tak mahu
bersubahat takut dibuang kerja.Aku kecewa sebab aku tiada tempat untuk
dituju.Aku hubungi Hafiz Azhan pun asyik suara operater yang menjawabnya.
Aku suruh Pak Karim
menghantarku ke Puduraya.Aku bercadang untuk mengambil tiket bas ke Alor
Setar.Aku nekad kali ini.Memang sudah lama aku syak aku bukan anak kandung mama
dan papa cuma aku tiada bukti.Sesampainya aku di Puduraya terus aku menuju ke
kaunter tiket.
''Ilah!!!,.cepat pulak
hampa sampai.Nasib baik aku mai awai.Aiman mana Aiman?'' seorang lelaki menarik
tangan aku sambil bertanya soalan yang langsung aku tak faham.Panik sekejap
aku.Mana tahu ini taktik peragut.Aku merentap tangan aku.Lelaki tadi memandang
aku pelik.
''Sorry!,.abang Ady tak
sengaja.Tengok Ilah jalan laju sangat tadi.Abang Ady dok sengeh kat Ilah pun
Ilah buat don't know ja,.'' lelaki itu sengeh.Aku mula kecut perut.
''Abang Ady!!!,.'' seseorang
melaung.Kami serentak menoleh ke arah suara tersebut.Aku kaget memerhatikan
wajah-wajah yang sedang mendekati kami.Lelaki di sebelah aku turut memandang
aku bersilih ganti dengan wajah-wajah di depan kami.Kakiku terus kaku.Aku
seakan melihat tiga orang klon diriku sendiri cuma yang berbezanya dua orang
yang bertudung.Seorang bertudung labuh ala-ala ustazah.Seorang bertudung
biasa.Seorang lagi berseluar jeans dan bert-shirt lengan panjang dan berambut
pendek dan wajah itu lebih mirip wajahku.
''Abang Ady!,.sapa ni?
Abang mai dengan dia ka?'' lelaki yang melaung menyoal lelaki di sebelahku.Aku
memerhatikan wajah-wajah di hadapanku.Tika ini bukan saja kaki aku yang kaku
tapi lidahku juga turut kelu untuk bersuara.
''Ha,.tulah! Tadi abang
ingatkan Ilah.Terkejut jugak abang,.'' semua orang memandang aku.Aku jadi cuak.
''Awak Masriana?'' klon aku yang
berambut pendek bertanya.Aku hanya mampu mengangguk.Dia terus menerpa aku dan
memeluk aku erat.Bahuku terasa basah.Dua orang lagi wanita turut merah matanya
memandang kami.
''Saya Rosilah.Ini adik Nah
dan adik Ira.Kita seibu dan sebapa kandung.Awak saudara kembar saya,.'' aku
terkejut dengar penerangannya yang tanpa ku pinta itu.Apakah semuanya ini?
Dalam aku masih tertanya-tanya di dalam hati dua lagi wanita turut sama
mengambil bahagian memeluk aku sambil menghamburkan tangis.Entah mengapa aku
rasa seakan telah berjumpa dengan identiti diriku yang telah hilang.Dalam
pelukan mereka aku rasa tenang dan damai.
''Awak buat apa di sini.Tunggu
orang ka?'' selesai adegan air mata aku disoal klon aku.Aku mengeleng
perlahan.Masih lagi terkejut dengan kejutan yang tak pernah ku sangka ini.
''Saya nak ambil tiket bas.Saya
nak pergi Alor Setar tapi rasanya macam terpaksa dibatalkan.Awak buat apa di
sini? Mana tahu nama saya.Kita tak pernah jumpa pun kan?'' sambil menjawab aku
turut menyoal.Banyak persoalan sebenarnya yang sedang berlegar dalam pemikiran
aku ni.
''Buat apa nak pi Alor
Setar? Nak jumpa 'mamat kerek' tu ka?'' aku tercengang.Mamat kerek mana pula
ni?
''Mamat kerek? Siapa tu?''
'' Hah! Kalau nak menyembang
ka,nak tanya habaq apa ka.Jom cari kedai makan dulu.Cacing dalam perut aku ni
dah menyanyi macam-macam lagu dah,.'' perbualan kami dicantas oleh lelaki yang
melaung tadi.Semua ketawa mendengar ayatnya,kecuali aku.
Kami dibawa oleh lelaki yang
mula menegur aku tadi ke sebuah kedai makan.Aku mengikut mereka kerana aku
pasti apa yang ku cari sudah ku temui.Kami sambung berbual sambil makan.Banyak
persoalan aku yang terjawab.Si 'mamat kerek' rupanya Hafiz Azhan.Hmm,.rupanya
klon aku inilah yang ditemui oleh Hafiz Azhan di Alor Setar dan kerana Hafiz
tersilap oranglah dia tahu kewujudan aku.
Dunia yang disangka luas
rupanya terlalu kecil kalau Allah mengatur untuk kami bertemu.Mama,papa,.rahsia
kalian sudah aku rungkaikan.Aku cuma perlu sabar menanti mama dan papa pulang dari Singapura dan
mendengar penjelasan mereka.
.....................................
Rosilah
Alhamdulillah! Allah
permudahkan segalanya.Aku bukan saja sudah bertemu dengan adik-adikku tapi
tanpa terduga kami terserempak dengan Masriana di Puduraya.Dia memang mirip
aku.Tak hairanlah kalau 'mamat kerek' tu tersilap orang.Eh!,.sejak bila pula
aku pandai mengelar orang ni? Aku tersenyum di dalam hati.Ahh!,.lupakan dia!
Yang penting sekarang aku dah jumpa apa yang aku nak.
Sekarang kami empat beradik
sedang berkumpul di rumah Masriana.Kami terpaksa ikut Masriana kerana dia yang
memaksa kami.Beria-ia dia mengajak kami ke sini.Kebetulan mak dan ayah
angkatnya tiada di rumah.Sebaik menapak di hadapan rumahnya aku sudah
terpegun.Dia lebih bernasib baik rupanya.Aku tumpang bahagia kalau dia bahagia.
''Mai makan semua! Mak Kiah
dah hidang tu,.nanti sejuk tak sedap.Ni orang Kedah ka semua ni? Nasib baik la
Cik Riana jumpa hampa.Mak Kiah ni dok risau jugak dalam perut ni nak lepas Cik
Riana ni pi sorang-sorang di Kedah nu,.'' kami dipelawa makan oleh pembantu
rumah Masriana.Sejak kami sampai petang tadi dia yang paling ramah menyoal itu
dan ini.
''Tak ada,saya dari Sabak
Bernam Selangor,tapi sekarang kerja di Putra Jaya.Ni memang dah janji nak jumpa
kat Puduraya,.dah mereka ajak ikut sekali tadi.Ikut jer la,.'' adik Nah
menjawab bagi pihak aku dan adik Ira.Aku dan adik Ira hanya mengangguk
mengiakan.
''Ya ka!,.reja pa tu?'' adik
Nah tersenyum sebelum menjawab tersipu-sipu.Seperti keberatan untuk
mengungkapkannya.
''Macam Mak Kiah jugak
la,.''
''Dah,dahlah Mak Kiah.Kerja
apa pun tak kisahlah.Janji halal sudah! Jom kita makan,.'' Masriana menyampuk
sambil mengajak kami ke ruangan dapur.
Malam pertama kami di Kuala
Lumpur kami tidur di rumah Masriana.Adik Nah ada juga mengajak kami ke rumah
kak Asnah di Sabak Bernam,juga rumah kak Salima dan abang Asmawi.Ramai rupanya
adik beradik aku.Nampaknya perancangan aku untuk datang mencari kerja sudah
tersasar selepas berjumpa dengan Masriana.Kata Masriana dia nak membawa kami
ronda-ronda Kuala Lumpur sebelum mengikut adik Nah ke Sabak Bernam.Kami hanya
mengangguk.Tiada niat untuk membantah sedikit pun.
...........................................
Zahira
Aku tak tahu bagaimana nak ku
gambarkan perasaanku sekarang ni.Dua orang kakak kembarku yang sudah lama ku
tahu kewujudannya kini sudah ku temui.Pertemuan yang langsung tidak
dirancang.Mungkin kerana wajah kami yang banyak persamaan jadi senang untuk
kami mengecam diri masing-masing terutama kak Masriana dan kak Rosilah.Cuma
sikap dan watak kami sikit berbeza.Kak Masriana walau baru ku kenal aku dapat
melihat dia lebih sensitif berbanding kak Rosilah yang nampak agak brutal
terutama dengan orang lelaki.
Kakak Rosnah pula hatinya
terlalu lembut dan selalu mengalah dalam semua hal.Ketika kami masih tinggal
bersama kami amat rapat namun aku ni adik yang paling degil.Kakak Rosnah selalu
mengalah dengan aku.Kami terpisah selepas ayah menghantar aku ke rumah kak
Rusyidah dan kak Rosnah pula tinggal bersama kak Asnah.Ahh,.hidup ini memang
aneh.Walau pun kami seibu dan sebapa tapi perjalanan hidup kami tetap berbeza.
Takdir hidup ini memang
memberi aku pengajaran yang tidak terhingga.Walau diuji dengan seribu badai
yang mendatang aku tetap berdiri kukuh walau ada masanya aku goyah jua.Aku
hanya manusia biasa yang kesabarannya hanya senipis kulit bawang.
Bila mengingati perjalanan
hidupku aku jadi teringat pada Faizi.Anak sulung kak Rusyidah si kaki
buli.Sekarang dia pula menumpang di rumah bapa saudaranya di Temerloh
Pahang.Setiap kali pulang ke Kedah dia mesti meminta maaf dengan aku kerana
sikapnya yang suka membuli dulu.Langit tak selalunya cerah dan roda sentiasa
berputar.Selepas tinggal di Pahang Faizi pula yang telah dibuli oleh sepupu
perempuannya.Terbayar sudah pembalasan di dunia.Tak perlu aku membalas dendam
kerana Allah sentiasa adil terhadap hamba-hambanya.
''Adik Ira!,.orang lain
rancak menyembang,sempat pula dia melamun.Ingat sapa?'' aku tesentak bila
bahuku ditampar kak Rosilah.Aku hanya menghadiahkan senyuman.Kak Masriana dan
kak Rosnah sudah ketawa melihat aku yang terkebil-kebil disergah kak Rosilah.
''Ingat marka ka?'' giliran
aku pula tergelak mendengar soalan kak Rosilah yang seterusnya.
''Muka ni mana ada orang
yang nak,.'' aku cuba beralasan.Minda aku terus mengimbas zaman
persekolahan.Entahlah,.cinta monyet bagiku hanya merugikan diri
sendiri,lebih-lebih lagi kalau dah TERsuka pada orang yang tak tahu apa ertinya
setia pada yang satu.Lelaki takkan pernah puas dengan apa yang mereka ada.Air
mataku bergenang tiba-tiba.Haih!,.kenapa aku nak emosional pulak ni?
''Dahlah!,.bercinta saja lepas
kawen.Baru kekal abadi.Kalau ada jodoh tu tak ke manalah,.'' kak Rosnah
mengusap belakangku perlahan.Rahsia hatiku sesekali terlepas juga bila kami
saling berhubung melalui telefon.Biasalah,.diakan kakakku.Tiada rahsia antara
kami.
''Esok macam mana? Jadi ka
nak ronda KL?'' kak Masriana memecahkan suasana hening yang bertandang seketika
tadi.Suasana sayu yang menghambat hatiku bertukar jadi ceria
semula.Yeay!!,.biarlah masa lalu terus berlalu pergi.Apa yang pasti masa
sekarang ni yang harus kita hayati.Aku bahagia dikelilingi tiga orang kakakku
dan akan aku nikmati saat ini sebaik-baiknya.
................................................
21 September 2013
Hari ini genap
ulangtahun kak Masriana dan kak Rosilah yang ke 42 tahun,.sesungguhnya cerita
ini telah diadun antara reality dan imaginasi.Kalau dalam imaginasinya
endingnya akan aku kahwinkan kak Rosilah dengan Hafiz Azhan manakala Kak
Masriana dengan abang Ady.Jangan ditanya kenapa kerana jodoh itu ketentuan
Allah.Jangan terlalu membenci dan jangan juga terlalu memuja kerana kita takkan
dapat melihat masa hadapan.
Dalam realitynya kak
Rosilah lebih bernasib baik dalam cinta.Berkahwin dengan lelaki pertama yang
mencuri hatinya ketika berumur 14 tahun.Jodoh mereka panjang dan dikurniakan
tiga orang cahayamata.Anak sulung sudah 18 tahun usianya sekarang.
Kak Masriana,kak
Rosnah dan aku.Kami berkahwin tanpa cinta.Dengan kata lain hanya berserah pada
ketentuan takdir.Aku dan kak Masriana berkahwin pada tahun dan bulan yang sama
namun kami diuji seketika.Kak Masriana diuji kerana lambat hamil sedangkan aku
dengan keguguran yang kerap,.namun kini ujian itu dapat kami rentasi dengan
jayanya.Kak Rosnah yang sedang menjadi Guru KAFA sekarang sudah memiliki tujuh
orang anak walau dia berkahwin empat tahun lewat dari kami.Kak Masriana baru
melahirkan anaknya yang ke empat ketika cerita ini bermula.
Jangan pernah rasa
gusar menghadapi apa saja corak kehidupan.Mungkin cerita ini bukan 100% kisah
benar tapi tetap boleh dibuat panduan untuk kita terus berfikiran positif
menempuhi hidup ini biar apa pun situasi yang kita lalui.MAAFKAN diri ini andai
endingnya tidak menepati kehendak pembaca.Aku cuba lari dari topik cinta sebenarnya.Kalau
nak diteruskan mungkin ceritanya bukan lagi di panggil CERPEN mungkin akan
dipanggil NOVEL.
****TAMMAT******
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.