SEJUK terasa mencengkam
hingga ke tulang. Entah kenapa pagi ini hatiku tiba-tiba jadi begitu sayu. Aku
pandang ibu yang sedang berbaring di sebelah. Lesu dan pucat wajah ibuku itu. Sudah
3 bulan ibu terlantar sakit. Ibu disahkan mengidap kanser hati. Sayang, penyakit
ibu hanya dapat dikesan pada saat-saat terakhir. Penderitaan ibu tentu tidak
tertanggung olehnya. Aku sendiri ingin berkongsi penderitaaan itu bersama ibu. Tapi
mustahil sangat.
Dalam
asyik aku mengamati wajah ibu, aku tersedar ibu seakan sukar bernafas. Aku
terkesima. Abah, mana abah? Baru aku ingat, abah sudah keluar ke masjid. Hanya
aku menemani ibu di rumah.
"Ibu..kenapa dengan ibu ni? Ibu.."
aku cemas. Ibu semakin nazak. Nafas ibu turun naik.
"Ibuu...jangan tinggalkan Ila bu.
Ila sayang ibu. Ibuu..kenapa ibu?"
"Ibuuu..."
Aku menangis sayu. Ibu
semakin lemah. Apa yang harus aku lakukan saat-saat getir seperti ini? Kenapa
abah lambat pulang? Aku pandang lagi wajah ibu. Aku dekatkan bibirku ke telinga
ibu dan mengajar ibu melafazkan kalimah shahadah.
Akhirnya aku lihat ibu
terkulai. Aku pasrah pada ketentuan takdir. Tapi hatiku bagai terhiris sembilu
melihat ibu yang sudah pucat lesi dan sudah tidak bernyawa lagi. Di keheningan
subuh pagi, aku menangis sayu mengenangkan ibu yang sudah pergi meninggalkan
kami untuk selama-lamanya.
Ibuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu….aku meraung di dalam hati. Tiada dayaku
untuk melawan ketentuan takdir. Inilah suratan yang harus aku tanggung. Ibu
yang amat ku sayangi telah pergi untuk selamanya. Tiada lagi tempat untukku
bermanja dan mengadu domba. Selama ini ibulah tempat aku meluah rasa. Tempat aku
membisikkan cinta dan cerita luka. Susah dan senang, ibulah yang akan aku cari
dulu. Kenapa takdir berlaku tidak adil padaku. Aku masih memerlukan ibu.
Ibuuu...titisan air mataku terus
membasahi pipi. Sarat dengan seribu kesedihan.
Abah, cepatlah pulang. Kak long, Angah,
Alang..ibu dah pergi dari hidup kita. Macam mana kita nak hadapi hidup ini
tanpa ibu? Aku mengongoi sayu. Jenazah ibu aku peluk erat. Pipi ibu aku cium
bertalu-talu.
Ibuuuu...
*********************
RIUH rendah rumah hari ini. Dari
dapur hingga ke ruang tamu. Sudah seminggu ibu meninggalkan kami semua. Biarpun
kesedihan itu masih terasa, tapi aku terpaksa redha jua. Hari ini kenduri arwah
dan tahlil untuk ibu. Semoga roh ibu di tempatkan bersama orang-orang yang
beriman. Itulah harapan kami sekeluarga.
“Adik, kenapa termenung lagi tu?
Mari sini, tolong kak Long.” Suara kak
Long mengejutkan aku. Hari ini semua adik beradikku berkumpul. Abah, Along, Angah
dan Alang, semuanya ada.
“Sudahlah tu dik, relakan pemergian
ibu. Ibu dah selamat. Dah seminggu pun ibu pergi. Along, Angah dan Alang pun
sedih juga. Abah lagi la sedih.” Angah pula bersuara. Aku hanya memandang dan
menghadiahkan mereka senyuman. Walau senyumanku dah hilang serinya.
Along mengusap-usap belakangku. Pandangan
kami bersatu. Ada air mata ditubir matanya. Cepat-cepat Along melarikan
pandangannya. Aku pandang pula wajah Angah, sempat aku lihat Angah menyeka air
matanya. Pemergian ibu benar-benar merobek hati kami. Abah, Along dan Angah, aku
lihat begitu tabah menerima semua dugaan ini. Hanya aku yang merasakan begitu
kehilangan.
“Dah la tu, jangan bersedih lagi.
Ibu dah tak ada. Kita doakan saja, moga ibu tenang di sana. Bangun, bangun..banyak
lagi kerja yang nak di selesaikan. Kejap lagi orang masjid dah nak sampai. Kalau
kita asyik nak bersedih, bila kerja nak selesai. Hidup mesti diteruskan..”
Along cuba mematikan kesedihan kami dan bersuara ceria. Kami semua bangun dan
menuju ke dapur. Nasib baik ada jiran tertangga yang datang membantu. Memasak
dan sebagainya. Kalau tak, tak tahulah
apa yang harus kami lakukan.
“Entahlah Kak Long, Kak Ngah..adik
rasa macam hidup ni dah kosong. Tanpa ibu, adik rasa macam hidup adik ni dah
tak da makna lagi dah. Seolah-olah..entahlah. Adik pun tak tahu macam mana nak
cakap.” Sayu tiba-tiba merasuk perasaanku. Aku seka air mata perlahan-lahan. Kenapa
terlalu pedihnya untuk terima hakikat?
“Akak faham dikk, tapi adik kena kuat.
Kesian abah, kalau adik terus macam ni, tentu abah lagi sedih. Sabarlah dikk, hmm..”
“Bagi adik, ibulah segala-galanya. Tempat
adik meluahkan perasaan. Nanti adik nak luah pada siapa lagi. Abah tentu sibuk.
Kak Long, Kak Ngah dan Abang Lang pun bukannya selalu ada di rumah. Hanya ibu
di sisi adik selalu.”
“Adikk, kenapa cakap macam tu
sayang? Tak baik tau. Adiklah, satu-satunya adik kesayangan keluarga ni. Dah la
tu. Adik merintih dan bersedih macam ni pun, ibu takkan kembali dikk. Akak tahu,
adik akak ni sorang yang kuat dan tabah.”
******************
~Kasihnya
ibu membawa ke syurga~
~Kasihnya
ayah semasa berada~
~Kasihnya
saudara menumpang bermanja~
“Kalau kasihkan diri sendiri macam
mana ya?” Aku bermonolog sendirian. Memang tiada siapa di rumah. Abah dan Kak
Long macam biasa meneruskan kerja mereka. Kak Ngah dan Abang Lang balik semula
ke kampus menyambung pelajaran mereka yang terbengkalai. Aku? Sendirian lagi. Apa
yang nak aku buat hari ini?
KASIHNYA
IBU
Ibu, hilang
sudah tempat bermanja,
Mencari
ganti takkan serupa,
Hanya
kasih sayangmu yang sering ku damba,
Kasihmu
ibu tak mungkin ku lupa,
Ku bawa
kasihmu hingga hujung nyawa,
Ibu, perginya
dirimu aku derita,
Kerana
kasihmu ibu sudah tiada,
Apa lagi
yang akan ku pinta,
Selain
berserah pada Yang Esa.
Anakmu
Yang Merinduimu
Intan
Suhaila Sofiyan
Aku
karangkan bait-bait puisi yang ringkas untuk kenangan. Sesungguhnya kasih
sayang seorang ibu memang sukar di ganti. Dialah ibuku dunia dan akhirat.
~TAMMAT~
Nota : Al-Fatihah buat arwah ibuku, Tom Binti
Isa. Juga buat arwah ayahku, Salleh Bin Shafie. Tak lupa buat arwah abang ipar
yang membesar dan menyekolahkan aku, Md Desa Bin Awang Kechil. Juga buat arwah
ayah mertuaku, Yusop Bin Kasim. Al-Fatihah juga untuk emak mertuaku, Romlah
Binti Kassim, semoga Allah panjangkan usianya dan diberi kesihatan yang baik.
Tak lupa juga buat kakakku yang memberikan aku kasih sayang sejak aku tinggal
bersamanya hingga aku bergelar seorang isteri, Ruhani binti Mustafa. Tanpa
mereka semua, aku dan suami mungkin takkan wujud di atas dunia ini. Hanya Allah
yang Maha Mengetahui segalanya. Sebagaimana mereka memberikan kami kasih
sayang, begitu jugalah harapanku, mudah-mudahan Allah ampunkan dosa mereka dan
merahmati mereka. Yang telah pergi, semoga mereka aman di alam barhzah sana.
Yang masih hidup, semoga Allah beri kesempatan untuk terus beramal ibadah
dengan sempurna. Aamiin Ya Rabbal Alamin..