‘’Keputusan mama muktamad! Suha akan jadi menantu mama!!’’
tegas suara Puan Noreen.
‘’Tapi mak,.Ajib,..’’
‘’Tak ada tapi-tapi,.Ajib kena
ikut cakap mama. Suha tu dah tak ada siapa- siapa lagi. Ajib kena pikul
tanggungjawab tu. Kak Shariah dulu banyak berbudi pada keluarga kita. Ketika
mama sibuk bekerja, dia yang jaga Ajib, siang dan malam. Harapkan
papa,.huh!,..’’ Puan Noreen mendengus kasar bila fikirannya melayang seketika
pada bekas suaminya itu.
‘’Mama tahukan,.Ajib dah ada Nieta!
Lima tahun kami berkawan mama, takkan Ajib nak putuskan perhubungan kami macam
tu aje? Lagi pun,.Ajib dah anggap Suha tu macam adik sendiri ma!’’ Ajib mencuba
sedaya upaya agar mamanya faham dengan perasaannya. Dia langsung tak ada
perasaan cinta terhadap Suha. Mamanya saja yang sudah terlalu sayang pada Suha
dan tak sanggup melepaskan Suha pergi dari sisinya.
‘’Ajib,.jodoh, ajal dan maut tu di
tangan Allah! Ajib anggaplah jodoh Ajib dengan Nieta tu langsung tak ada. Lagi
pun,.apa kurangnya dengan Suha? Kita dah kenal dia sejak kecil lagi. Kita dah
tahu hati budi dia!’’ Puan Noreen masih dengan keputusannya untuk bermenantukan
Suha. Bukan dia tak suka dengan Nieta, cuma Nieta lebih sikit gaya modennya
itu. Walau pun Nieta bertudung tapi tudung yang dipakai Nieta lebih
mementingkan fesyen semasa dari tuntutan syariat.
‘’Yang nak kahwin tu Ajib ma!
Biarlah Ajib yang buat pilihan!’’ Ajib masih berkeras dan dalam masa yang sama
dia cuba membayangkan dirinya andai digandingkan dengan Suha. Dia mengeleng
tanpa sedar. Suha mungkin gadis yang baik tapi Suha yang dikenalinya terlalu
pemalu dan pendiam. Tidak! Suha bukan pilihannya!
.................................................................
Suha memandang kiri dan
kanan jalan yang mereka lalui. Selepas dia dan anak majikannya dikahwinkan,
suaminya berkeras untuk berpindah rumah walau dihalang oleh Puan Noreen. Ajib
memberi mamanya syarat, andai dia setuju berkahwin dengan Suha, dia takkan
tinggal dengan mamanya lagi. Puan Noreen pun serba salah dengan syarat yang
diberikan Ajib. Bijak sungguh Ajib bermain helah!
‘’Kenapa abang nak
berpindah jugak? Kesian mama, tinggal sorang. Kalau dia sakit deman nanti macam
mana?’’ Suha bersuara perlahan agar suasana hening di dalam kereta kembali
ceria. Dia menoleh sepintas lalu ke arah Ajib yang sedang memandu dengan
tenang.
‘’Abang!!’’ Suha memanggil Ajib bila
pertanyaannya terus sunyi. Ajib pura-pura tidak mendengar. Dia melayan
angan-angannya sendiri.
‘’Tak nak cakap sudahlah,..’’ Suha
bersuara rajuk dan memuncungkan bibirnya. Hatinya sebak bila Ajib terus
mendiamkan diri tanpa memandang sedikit pun ke arahnya. Air mata Suha sudah
mula bergenang di kelopak mata. Cuba ditahannya agar tidak gugur.
Suha menoleh ke arah luar dan
mula melayan fikirannya. Wajah emak dan wajah ibu mertuanya datang silih
berganti dalam mindanya. Dia sudah mula merindui mereka berdua walau mereka
baru sejam keluar dari rumah. Emaknya Puan Shariah pula sudah lima bulan pergi
mengadap Ilahi. Suha tak kenal dengan saudara maranya yang lain. Yang dia tahu
emaknya sebatang kara.
Apa yang dia sedang fikir agaknya?
Adakah aku sudah menjadi beban untuknya? Suha berdialog di dalam hati.
Dikerling sekali lagi Ajib yang berada di sebelah. Suha cuba merenung Ajib
namun hatinya menjadi takut. Manalah tahu Ajib akan perasan akan gelagatnya
itu. Tentu dia bakal diherdik atau sebagainya?
Ya Allah! Berikan aku ketabahan
untuk berhadapan dengan suamiku nanti. Aku tahu, dia tak sudi memperisterikan
aku dan aku tahu dia terpaksa menurut kehendak mama semata-mata.
Ya Allah! Hanya kau yang
tahu,.sebenarnya dia sudah lama bersemadi dalam hati aku ni. Aku memang
sayangkan dia sejak dulu. Aku cintakan dia sepenuh hati aku. Tapi apakan
dayaku, dia dah ada kak Nieta tapi KAU tetap jodohkan aku dengan dia. Aku
bersyukur Ya Allah! Cuma,.perasaan aku sekarang ni tidak tenteram. Aku tak tahu
perasaannya bagaimana. Bantulah aku Ya Allah! Meleraikan kekusutan ini!
Suha terus-terusan berdialog di
dalam hati. Air mata yang cuba ditahannya gugur jua ke pipinya. Pantas Suha
mengelapnya dengan telapak tangan. Dia duduk tegak dan memusingkan wajahnya ke
arah luar agar Ajib tidak terkesan dengan kehadiran air matanya itu.
Kereta Ajib membelok masuk
ke sebuah rumah teres dua tingkat. Cantik rumahnya walau tak semewah mana. Suha
sudah mula mengukirkan senyuman bila melihat laman rumah yang masih kosong.
Yess! Selepas ni, bolehlah aku habiskan masa luangku dengan bercucuk tanam.
Terima kasih abang! Suha masih terus berdialog di dalam hati.
Ajib parkirkan kereta selepas
keretanya membolos masuk ke halaman rumah. Pintu pagar yang dibuka dengan
remote control itu ditutupnya semula. Ajib bergegas ke pintu rumah tanpa
menghiraukan Suha yang masih terkial-kial keluar dari kereta.
‘’Abang! Tunggulah Suha!’’ Suha
memanggil Ajib namun tiada sahutan. Ajib yang melihat Suha sudah keluar dari
kereta dan mengheret beg pakaiannya ke arah pintu mula menekan alarm kereta.
Suha yang menjinjit beg yang berat langsung tiada keinginannya untuk dibantu.
‘’Kau ambil bilik bawah! Pilih saja
mana yang kau suka. Bilik atas kau jangan gatal nak terjah!’’ sekian lama
membisu, akhirnya Ajib bersuara juga. Namun suara yang berupa arahan dan
ugutan.
‘’Takkan,..tapi Suha,..Suha,..’’
tergagap-gagap Suha nak meluahkan suara hatinya. Belum sempat fikirannya
merangka ayat, Ajib sudah laju melangkah ke tingkat atas. Dada Suha sebak lagi.
Nasib kaulah Suha Fasihah! Suha
bermonolog dalaman lagi.
..........................................................
Sebulan berlalu dengan begitu
pantas selepas mereka berpindah rumah. Hari-hari Suha berlalu dengan begitu
payah sekali. Sunyi dan sepi seolah dunia ini langsung tidak berpenghuni. Hati Suha mula rasa terjerut diperlakukan
seperti itu oleh Ajib.
Suha sentiasa bangun diawal pagi
dan menyiapkan sarapan namun Ajib langsung tidak menyentuhnya. Begitu juga
dengan makanan tengahari dan malam. Letih Suha memasak, Ajib tidak sudi
menjamah walau sedikit pun. Bila Suha meminta izin untuk pulang menjenguk Puan
Noreen, Ajib tak izinkan pula.
‘’Kau berani langkah muka pintu
tu, tanpa izin aku, maka jatuhlah talak pada kau!’’ ugutan Ajib bila kali
pertama Suha meminta izin darinya untuk keluar mencari kerja. Suha yang lurus
terus menurut semua kata-kata Ajib. Walau batinnya terseksa, dia tabahkan juga
hatinya. Bila sesekali ibu mertuanya menelifon Suha akan berlagak ceria, seolah
dia terlalu bahagia di rumah itu.
Aku Burung
di dalam sangkar!
Hidupku
terkurung dan terseksa!
Namun aku
tak berdaya,.
Untuk
terbang bebas di ruang angkasa,.
Kakiku
terbelit dengan rantai berbisa!
Dipasung dan
dipintal kuat!
Aku hamba
yang tak berdaya!
Suha mencoret coretan di nota
kecilnya. Ingin ditangisi nasib diri, terasa seolah tiada dayanya lagi. Air
mata seakan kering dalam sebulan ini. Ajib tidak banyak bersuara. Kalau
suaranya kedengaran, hanyalah kata-kata ugutan dan arahan. Suha terlalu letih
menahan rasa kecewa dan terluka. Kasih sayang yang sering didamba, entah ke
mana Ajib lontarkannya? Milik Nietakah kasih sayang dan cintanya? Kalau begitu,
aku ini siapa di hatinya?
Suha mengeluh kecil. Impiannya untuk
bercucuk tanam di halaman rumah pun belum lagi tercapai. Kalau Ajib dah beri
amaran, jangan langkah muka pintu. Macam mana dia nak keluar bercucuk tanam?
Suha menjadi buntu sebuntunya!
.........................................................
‘’Abang,..Suha nak minta izin
keluar ke halaman. Suha bosanlah abang dalam rumah ni. Sekurang-kurangnya kalau
Suha boleh keluar, boleh juga Suha cabut rumput yang dah mula naik di halaman
tu. Halaman belakang tu pun dah mula penuh dengan rumput. Kalau abang izinkan,
boleh juga Suha tanam dengan pokok-pokok bunga atau pokok sayur di halaman
belakang,..’’ suatu malam yang hening Suha memberanikan dirinya bersuara pada
Ajib yang sentiasa berwajah serius.
‘’Baguslah tu,.daripada kau bela
badan, goyang kaki ja dalam rumah ni,..’’ senada saja bunyinya. Ajib terus
menumpukan perhatiannya di skrin tv di depannya.
‘’Kalau macam tu, esok abang tolong
hantarkan Suha ke gerai depan tu ya? Masa kita datang hari tu, Suha tengok
banyak pokok bunga di situ,..’’ Suha bersuara lagi, bila kali ini pertanyaannya
mendapat respon memberansangkan.
‘’Pergi sendirilah! Bukannya jauh
mana pun!’’ Ajib menjawab selamba. Matanya terus difokuskan ke arah skrin tv.
Wajah Suha di sebelahnya tak hingin
dikerling pun.
‘’Yalah! Tapi,..Suha tak ada duit.
Barang dapur pun dah habis. Dua tiga hari ni,.Suha makan roti ja. Itu pun dah
hampir habis tarikh luput,.’’ Suha bersuara sayu. Barang dalam rumah mereka
Ajib yang belikan. Bila Ajib tidak makan di rumah, dia pun sudah malas nak
masak lagi. Bila barang dapur habis, Suha diamkan saja. Suha makan apa yang
ada.
‘’Kenapa tak cakap! Kalau kau
jatuh sakit. Mama salahkan aku. Kau siap!’’ Ajib bersuara lantang dan
membuntangkan matanya. Kali pertama Ajib menoleh lama ke arah Suha yang sudah
mula mengecilkan badannya demi mendengar suara halilintar dari Ajib. Huh!
‘’Abang tak tanya!,..’’
‘’Ehh,..kau banyak cakap
sekarangkan? Mana Suha yang dulu tu? Tanya sepatah jawab sepatah. Kau ingat tak
dulu, walau kita duduk serumah tapi aku cukup payah nak jumpa kau. Nak ajak
berbual lagilah payah!’’ tiba-tiba Ajib mengungkit sejarah lama. Fikirannya
mengimbas kembali akan gelagat Suha yang paling payah untuk diajak berbual. Tak
macam sekarang ni. Memang berbeza sangat.
‘’Dulu Suha dengan abang bukan
mahram. Berdosa kalau berjumpa dan berbual selalu. Nanti ada ‘orang ketiga’
ditengah-tengah. Sekarang,.abang dah jadi mahram Suha. Nak buat apa pun semua
jadi pahala. Sepatutnya Suha yang tanya abang kenapa dosa abang nak, yang
pahala abang abaikan pulak?’’ Suha bersuara berani. Semakin luas mata Ajib dibeliakkannya.
‘’Ohh,..jadi selama ni,..kau
memang nak aku layan kaulah?! Kau nak aku jalankan tanggungjawab aku sebagai
suami? Macam tu?’’ Ajib menyoal balas. Dia memusingkan terus tubuhnya dan
mengadap Suha. Bahu Suha dipegang kuat dan dagu Suha dicengkam agar mendonggak
dan memandang wajahnya.
‘’Lu fikirlah sendiri!’’ dengan tak
semena-mena Suha pula bertindak kasar dan menepis tangan Ajib dari terus
mencengkam dagu dan bahunya. Suha menolak Ajib dan melompat bangun dari sofa.
‘’Suha Fasihah!!’’ lantang bunyi
suara Ajib. Langkah Suha terus dilajukan dan dia berlari-lari anak masuk ke
bilik. Dia benar-benar takut kalau Ajib berani bertindak lebih lagi, seperti
memukulnya atau sebaliknya.
.........................................................
Hari ini Suha ibarat burung
yang baru terlepas dari sangkar. Bangun pagi ini Suha menjumpai sampul surat di
atas meja sofa. Ada rm500.00 di dalam sampul surat tu dan Ajib juga
meninggalkan nota.
Gunakan duit
ni,.beli apa yang kau nak,.tapi ingat jangan boros sangat, aku bukan cop duit
untuk kau. Beli barang makanan sama, aku tengok peti ais tu dah kosong. Kau
ingat ni rumah terbiar ke apa? Kalau ada apa-apa beri tau aku tapi,.jangan
gunakan kebebasan yang aku beri ni untuk berfoya-foya. Tak bermakna aku beri
izin,.kau boleh buat sesuka hati kau!
p/s: Petang
ni aku balik awal,.pastikan kau dah bersiap sebab kita akan balik rumah mama.
Ingat! Jangan cerita apa yang berlaku dalam rumah ni pada mama!
Nota ringkas dari Ajib yang
penuh dengan ugutan dan arahan tapi Suha cukup ceria dengan nota itu. Suha
simpan dalam diarinya. Dia rasa seolah dunia ini sudah jadi miliknya dengan
hanya sekeping nota ringkas dari Ajib!
...........................................................
‘’Cantiknya bunga kembang sepuluh
ni. Berapa ni pak cik?’’ Suha mula teruja bila melihat pokok bunga kembang
sepuluh yang perbagai warna. Ada warna merah,oren,merah susu, merah hati, ungu,
putih, kuning dan lain-lain. Cantik sangat dan berbagai corak. Tak pandai pulak
nak mengungkapkannya bagaimana!
‘’Pasu campur ni Rm10.00,.yang satu
warna ni rm7.00,.’’ penjual menjawab pertanyaan Suha sambil melebarkan
senyuman. Suha terdiam berfikir. Agaknya kalau tinggal di kampung tentu boleh
minta dengan percuma saja?
‘’Errr,..pak cik jual batanglah.
Bagilah lima batang singgit ke setiap warna? Bolehlah pak cik?’’ Suha cuba
memujuk penjual bunga tersebut. Dia memang berkenan dengan semua warna tapi
kalau nak membeli semuanya, dia takut bajetnya tak cukup pula. Banyak lagi
barang-barang yang belum dibeli.
‘’Hmm,.anak punya
pasal,.bolehlah!’’’penjual itu tersenyum lagi sambil mematahkan batang-batang
pokok mengikut permintaan Suha.
‘’Terima kasih pak cik!’’ Suha
bersuara riang. Mudah rupanya berurusan dengan pak cik ni?! Suha mula
membayangkan bunga kembang sepuluh itu mekar di laman rumah mereka.
‘’Pak cik!,..tanah ni jual macam
mana pula pak cik? Pokok mawar tu pun macam lawa ja. Berapa sepokok tu pak
cik?’’ mata Suha meninjau pula beg-beg plastik yang sudah diisi dengan tanah
hitam dan deretan pokok mawar perbagai warna. Bukan itu saja, ada lagi pokok
bunga lain yang menarik minatnya. Kalau ikutkan hati Suha, semuanya dia nak borong.
Sekali dengan gerai ni pun kalau boleh Suha nak! Amboih!!,..
‘’Tanah ni kira satu beg ni
rm10.00 tapi kalau nak banyak pak cik boleh kurangkan sikit,.’’ Penjual pokok
bunga menjawab soalan Suha dengan tenang. Bibirnya masih terukir dengan
senyuman ramah.
‘’Saya datang berjalan kaki ja
ni. Boleh tak kalau pak cik tolong hantar ke rumah di taman perumahan depan
tu?’’ Suha menjadi serba salah . Dia memerlukan tanah dan pasu bunga kalau nak
membeli pokok-pokok bunga ni tapi dia tak ada kudrat untuk mengangkat semuanya
balik ke rumah.
‘’Boleh saja! Bagi alamat,.nanti pak cik
hantarkan. Kalau boleh sertakan nombor telefon sekali,.’’ Penjual bunga memberi
jaminan untuk menghantarnya. Suha melebarkan senyumannya. Dalam hati ada
sedikit rasa pilu. Kalau Ajib datang sekali, tentu tak perlu minta bantuan pak
cik ni?
‘’Kalau macam tu saya nak tanah ni
lima beg ya pak cik. Lepas tu pasu bunga tu tiga sudahlah dulu. Bunga mawar ni
pun nak tiga pokok ja. Yang berbunga pink,
merah terang dan warna kuning yang bunga besar ni, ya pak cik!’’ Suha bersuara
lagi sambil menunjukkan pokok-pokok bunga dan pasu bunga pilihannya. Pokok
bunga kembang sepuluh dimasukkan di dalam plastik yang diberi. Pokok bunga ni
tak payahlah dimasukkan ke dalam pasu. Mesti cantik kalau hanya tanam di atas tanah
saja?!
......................................................
Suha masuk ke mall seorang diri. Dia menuju ke arah
bahagian barangan basah. Dia bercadang nak membeli ayam dan daging juga
sayur-sayuran dan buah-buahan. Suha membeli juga snek dan makanan ringan yang
lain. Sekadar makanan masa-masa bosannya di rumah.
Dalam sibuk membeli Suha teringat
dengan pesan Ajib di dalam nota yang ditinggalkannya. Petang nanti Ajib nak
membawa dia pulang ke rumah ibu mertuanya. Suha tersenyum di dalam hati. Dia
memang rindu dengan ibu mertuanya itu. Sementara dia sedang membeli
barang-barang dapur, Suha juga membeli barang untuk dimasak dan dibawa pada ibu
mertuanya.
‘’Alin! Kau kerja di sini ke?’’
Suha menyapa seorang cashier yang
sedang mengira harga barang-barang di kaunter.
‘’Taklah!,.aku sedang berjoging
sekarang ni. Kau tak nampak ke?’’ Alin pula sengaja berloyar buruk sambil
menjeling Suha.
‘’Amboi kau! Cantiknya ayat?! Aku
cepuk baru kau tahu!’’ Suha tahu Alin bergurau dengannya. Dia pun turut sama
memberi respon yang sama.
‘’Aku dengar kau dah kahwin. Mana
suami kau? Dia tak datang sekali ke? Mana dia? Takkan kau datang beli barang
sorang-sorang jer?’’ bertalu-talu soalan dari Alin tanpa memberi respon dengan
gurauan Suha tadi.
‘’Ceh!,.mana kau tahu ni? Setahu
aku, masa kami nikah hari tu aku tak bagitau sesiapa pun kecuali Ida ja,.’’
Suha menyoal balas. Malas dia nak menjawab semua soalan Alin tu!
‘’Kau tu yang selalu ketinggalan zaman.
Kami ada group whatssap la. Kau tak
nak join ke? Berita terkini kawan-kawan kita semua di hujung jari tau!’’ Alin
menempelak Suha. Mereka sudah lama mewujudkan group whatssap rakan-rakan sekolah tu tapi Suha tu saja yang belum
menjadi ahli.
‘’Aku malaslah nak bergroup whatssap
bagai ni. Err,.Ezri join group tu
tak?’’ Suha menjawab malas dan mindanya tiba-tiba teringat dengan seorang rakan
sekolah mereka yang pernah cuba memikatnya dulu. Ketika tu hatinya dah ada Ajib
jadi dia terpaksa menolak Ezri.
‘’Ezri aje yang kau ingat ye?
Habis tu geng-geng kita Imah, Ana, Aida dan lain-lain tu macam mana? Rugi tau
kau tak join group tu. Kami selalu
bertukar-tukar berita dalam group tu.
Kadang-kadang kami berbual sampai ke pagi.’’ Suha mengeluh perlahan. Tangannya
sudah memegang beg plastik yang sudah diisi dengan barang-barangnya tadi. Cekap
betul Alin buat kerja. Mulut berjalan, tangan pun tangkas juga.
‘’Nantilah,.aku minta izin suami
aku dulu. Kalau dia izinkan nanti aku whatssap
kau untuk masuk group tu. Kau admin group tu kan?’’ sebelum berlalu
pergi Suha memberi kata putus. Alin menganggukkan kepala sambil tersenyum lucu.
Haih! Patuh betul dengan suami dia tu?! Nak masuk group whatssap pun kena minta izin ke?
...............................................................
Stretttttttttttttttttt,..bummmm,..
Sebuah kereta telah
memberhentikan keretanya secara mengejut. Suha yang terpinga-pinga tidak sempat
mengelak. Bertaburan barang-barang yang telah dibelinya di tepi jalan. Suha
jatuh terduduk dan mengigil seluruh badan. Wajahnya pucat kerana terkejut.
‘’Cik!,.minta maaf. Saya tak
sengaja!’’ seorang lelaki keluar dari kereta dan terburu-buru mendapatkan Suha.
‘’Mie,.orang tu okey tak?’’
seorang wanita separuh umur pula keluar dan menuju ke arah Suha dan lelaki
tadi. Wanita itu nampak begitu cemas.
‘’Anak! Anak okey tak? Ada yang
cedera?’’ wanita itu masih menyoal. Suha mengeleng pantas tapi dia masih beku
di tepi jalan. Lututnya masih mengigil dan masih tidak dapat berdiri.
‘’Mie,.tolong papah dia masuk ke
dalam kereta. Ya Allah! Habis semua barang-barang dia rosak. Tolong kutipkan
Mie, kita hantar dia balik!’’ wanita itu memberi arahan pada lelaki yang
bernama Mie itu. Tanpa banyak soal dia membantu Suha bangun dan memapah Suha
masuk ke dalam kereta dibantu oleh wanita tadi. Suha terus kaku dan menurut
saja apa yang mereka lakukan padanya.
‘’Anak tinggal di mana? Kami
boleh tolong hantarkan! Atau kita ke klinik dulu, periksa kalau-kalau anak
tercedera ke?’’ wanita itu bertanya ramah. Suha mengelengkan kepalanya laju.
Mindanya menjadi blurr tiba-tiba. Otaknya masih belum dapat mencerna kejadian
yang telah menimpanya itu. Sebenarnya Suha pernah kena langgar ketika dia
berusia sepuluh tahun dan dia masih trauma dengan kejadian itu.
..................................................
Ajib pulang ke rumah petang itu dan
mencari Suha di seluruh rumah. Digeledahnya bilik Suha juga. Peti ais pun
diperiksanya. Bila mendapati peti ais masih kosong Ajib mencapai telefonnya dan
menghubungi Suha namun hanya suara operator yang kedengaran.
‘’Mama,.Suha ada di sana tak?’’
Ajib mengambil keputusan untuk menelifon mamanya pula. Manalah tahu,.Suha pergi
ke sana tanpa dirinya.
‘’Kenapa Ajib? Kan Ajib dah janji
nak balik dengan Suha petang ni? Mama dah masakkan makan petang kita tapi Ajib
dengan Suha tak sampai-sampai lagi!’’ Puan Noreen menjawab di hujung talian.
Dia pun hairan dengan gelagat Ajib. Janji nak balik tapi masih tak munculkan
diri.
‘’Memanglah Ajib nak balik. Ajib
dah pesan pada Suha untuk bersiap tapi bila Ajib balik rumah, dia pulak tak
ada. Dah puas Ajib cari. Manalah tahu Suha pergi dulu ke sana!’’ Ajib meneka
dalam kesamaran. Kalau betul Suha ada di sana. Siaplah dia nanti! Tak sabar
betul! Ajib merungut di dalam hati.
‘’Kau marah Suha ke Ajib? Apa kau
dah buat pada Suha? Kau dera dia ya? Jangan-jangan Suha dah lari dari rumah?’’
giliran Puan Noreen pula serkap jarang. Dia kenal dengan Suha dan dia juga
kenal dengan perangai anaknya yang panas baran tu.
‘’Mana ada ma,..’’
‘’Assalamualaikum!,.’’ belum sempat
Ajib menangkis kata-kata mamanya gegendang telinganya mendengar orang memberi
salam di luar rumah. Dia memutuskan talian dan meninjau ke luar. Pintu pagar dibukanya
dengan remote control.
‘’Encik! Ini rumah Puan Suha
Fasihah ke? Pak cik call dia tak dapat. Pagi tadi di ke tempat pak cik dan beli
tanah dengan pokok-pokok bunga ni. Dia minta pak cik hantarkan,.’’ Lelaki di
depan pagar bersuara nyaring. Ajib keluar dan mendapatkan lelaki itu. Ajib pun
hairan. Tanah dan pokok bunga sampai ke rumah tapi pembelinya pergi mana?
‘’Ya!,.bila isteri saya pergi pak
cik? Errr,..’’ Ajib kematian kata. Niat untuk bertanya tentang Suha
dibatalkannya.
‘’Puan Suha ada encik? Pak cik nak
pulangkan baki wang dia. Tadi pak cik tak ada wang kecil,.’’ Pak cik penjual
bunga menyoal Ajib sambil menghulurkan beberapa keping wang kertas berwarna
merah, biru dan hijau.
‘’Tak! Dia tak
ada,.belum pulang. Terima kasih ya! Tak kena bayar ke duit untuk penghantaran
ni?’’ Ajib bersuara sambil mengambil wang yang dihulurkan. Dia teragak-agak dan
bertanya kembali kalau-kalau dikenakan cas penghantara. Pak cik penjual bunga
tersenyum dan mengelengkan kepala berkali-kali.
‘’Tak payahlah. Bukannya
jauh pun, Cuma depan tu saja. Pagi tadi pak cik sibuk sikit. Tak boleh nak
hantar. Petang ni baru free,..’’ pak
cik penjual bunga menolak duit yang dihulurkan semula oleh Ajib padanya. Dia kemudian
berlalu meninggalkan Ajib yang masih berdiri di depan pintu pagar. Ajib
memandang pokok-pokok bunga, pasu bunga dan beg tanah yang telah dihantar pak
cik tadi. Dia memegang dagunya dan berfikir. Kalau dia beli bunga dan tanah
punyalah banyak takkan dia nak lari dari rumah pulak? Ajib bersoal jawab di
dalam hati.
Ke mana kau pergi Suha Fasihah?
Menyusahkan orang sajalah! Ajib berdongkol di dalam hati. Dia cuba menghubungi
nombor telefon Suha sekali lagi namun dia tetap gagal.
..........................................................
Bila Suha terus diam membisu mak
long Munirah mengarahkan Shuhaimi membawa Suha pulang ke rumah mereka. Suha
yang masih terkejut cuba ditenteramkan. Teruk betul trauma Suha! Dia dah macam
orang kehilangan ingatan. Ditanya tak jawab dan langsung tidak memberi sebarang
respon. Mak long Munirah pun semakin cemas riak wajahnya. Entah anak siapa yang
mereka langgar?
Suha dibawa masuk ke bilik dan
direhatkan. Mak long Munirah menemankan Suha hingga Suha tertidur. Kesian betul
dia melihat keadaan Suha.
‘’Macam mana dengan perempuan
tu mak long? Dia ada cakap apa-apa tak?’’ Shuhaimi bertanya resah. Mak long
Munirah mengelengkan kepalanya berkali-kali.
‘’Dia dah tidur Mie. Terkejut barangkali!’’
mak long Munirah meneka sendiri. Shuhaimi menganggukkan kepalanya tiba-tiba.
Dia orang yang paling risau kalau sesuatu terjadi pada Suha kerana dia yang
menyebabkan Suha jadi begitu.
‘’Dia macam orang trauma ja mak
long! Mak long tak geledah beg dia ke,.kalau-kalau ada alamat rumahnya?’’
Shuhaimi menyoal lagi. Mak long Munirah berjeda seketika. Dia pun tak terfikir
untuk mengeledah beg tangan Suha. Barang-barang Suha yang masih elok dan boleh
digunakan disimpan seketika di dalam peti ais.
‘’Biar mak long cek dulu. Tentu
keluarga dia risaukan?’’ mak long Munirah masuk semula ke bilik dan mencari beg
tangan Suha. Dia mula membuka beg tangan Suha perlahan-lahan. Macam pencuri
pulak lagaknya itu!
Mak long Munirah menjumpai telefon
Suha tapi telefon bimbit itu sudah terpadam. Mungkin sudah kehabisan bateri.
Mak long menyelongkar pula beg duit Suha dan menjumpai kad pengenalannya.
‘’Suha Fasihah Bt Mohd Azam?
Ehhh,..’’ mak long Munirah terkesima. Hatinya berdebar-debar tanpa sebab. Dia
menyelongkar lagi beg duit Suha dan menjumpai sekeping gambar Suha bersama
seorang perempuan. Air mata mak long Munirah sudah bergenang.
‘Suha rindu
mak!’ ada tulisan yang tertulis di belakang gambar tersebut. Semakin laju air
mata mak long Munirah mengalir. Dia membawa gambar itu dan keluar dari bilik.
‘’Mie!,.dia adik kandung kau
Mie,.dia anak Yah! Dia anak Shariah, mak kau! Dia Suha Mie,.adik kandung kau!
Ya Allah! Akhirnya selepas 21 tahun kau temukan kami semula. Terima kasih Ya
Allah! Rindunya aku dengan Shariah!,..’’ mak long Munirah terus mengongoi dan
mencium gambar itu bertubi-tubi. Adiknya Shariah yang telah lari dari rumah
sehelai sepinggang 21 tahun yang lalu kerana kecewa dimadukan suaminya kini telah
ditemui kembali tapi,..
‘’Mak kau di mana Mie? Kenapa
Suha tulis begini di belakang gambar ni?’’ dia menyoal Shuhaimi yang masih
terpingga-pingga. Shuhaimi mencapai gambar itu dan menatapnya. Dia juga membaca
tulisan di belakang gambar itu dengan rasa terharu. Air mata jantannya juga
turut bergenang.
‘’Ada jumpa alamat rumah tak mak
long? Biar Mie pergi cari dan beritahu orang rumahnya. Mana tahu mereka sedang
risaukan dia. Dah hampir malam ni mak long,.’’ Shuhaimi yang turut ditimpa
perasaan sedih tidak mahu terus terbawa-bawa dengan perasaan itu. Nalurinya
begitu kuat untuk bertemu ibunya kembali.
‘’Ada! Sekejap mak long ambil,.’’ Mak
long Munirah masuk semula ke bilik dan mengambil kad pengenalan Suha. Dia keluar
dan memberi kad pengenalan itu pada Shuhaimi.
...........................................................
Petang itu juga Shuhaimi
pergi mencari rumah yang tertera alamatnya di kad pengenalan Suha. Gambar dan
kad pengenalan Suha dibawanya bersama. Mungkin sebagai bukti Suha ada bersama
mereka. Itu yang Shuhaimi fikir tapi dalam masa yang sama Shuhaimi juga rasa
gementar andai Suha sudah bersuami dan dituduh yang bukan-bukan. Dia akui
semuanya salah dirinya kerana asyik berbual di telefon ketika itu walau sudah
diingatkan oleh mak long Munirah.
Namun,.bila Suha itu adalah adik kandungnya Shuhaimi rasa lega bila
memikirkan bahawa semua kejadian ini adalah takdir untuk mempertemukan mereka
semula.
Shuhaimi membelok masuk ke
sebuah taman perumahan dan mengamati nombor setiap rumah. Dia memberhentikan
keretanya bila tiba di sebuah rumah sederhana besar. Ada dua buah kereta di
dalamnya. Shuhaimi berhenti di luar pagar dan keluar dari kereta. Dia menuju ke
pintu pagar dan membunyikan loceng.
‘’Encik!,.tumpang tanya!
Ini rumah cik Suha ke?’’ Shuhaimi inginkan kepastian. Bila melihat seorang
lelaki munculkan diri di depan rumah dia melaung kuat pada lelaki itu. Lelaki
itu segera keluar dan menuju ke arahnya.
‘’Kau siapa?’’ lelaki yang
keluar itu menyoal garang. Mindanya sudah merusuh dengan perbagai persoalan.
‘’Cik Suha kemalangan! Dia macam
alami trauma dan tak mahu bercakap. Ni kad pengenalannya!’’ Shuhaimi memberi
kad pengenalan Suha pada lelaki di depannya. Wajahnya boleh tahan. Ada rupa
tapi sikap dia tu yang tak boleh tahan. Dingin dan langsung tiada senyuman yang
diukirkan. Itu yang Shuhaimi fikir di dalam hatinya.
‘’Isteri saya sekarang di mana
encik?’’ lembut sikit suara Ajib kali ini. Baru terbit rasa risaunya terhadap
Suha.
‘’Oh! Encik suami dia ke?’’ Shuhaimi
bertanya dalam riak terkejut kerana tidak menyangka Suha sudah berkahwin.
‘’Boleh saya berjumpa dengan mak
Puan Suha?’’ Shuhaimi bertanya ragu-ragu sambil menjengok ke dalam pintu pagar.
Ajib masih dengan sikap brutalnya itu. Pintu pagar langsung tidak dibukanya dan
Shuhaimi tidak dipelawa masuk pun.
‘’Saya nak berjumpa dengan isteri
saya! Di mana dia? Bawa saya ke sana!’’ soalan Shuhaimi tidak terjawab
malahan,.soalan dan arahan pula yang Ajib beri.
‘’Ada di rumah kami encik. Kami dah
bawa ke klinik tapi doktor cakap dia tak ada apa-apa. Kami bawa dia pulang ke
rumah dulu sebab dia macam terkejut sikit.’’ Shuhaimi bercerita jujur,
sebaliknya Ajib sudah menyingga mendengarnya.
‘’Kau dah tahu rumah kami di
manakan? Kenapa tak bawa dia balik aje?’’ sekali lagi suara Ajib berubah nada.
Shuhaimi mengelengkan kepalanya tanpa sedar.
‘’Dia dah tidur encik masa saya
datang tadi. Biarlah dia berehat dulu. Kalau encik nak, boleh pergi ambil
sendiri. Dia isteri encikkan?’’ Shuhaimi yang turut terasa hati dihendik
menjawab semberono saja. Geram juga dia bila niat baik dia disalah ertikan dan
diherdik begitu.
‘’Huh!’’ Ajib mendengus kuat dan
berlalu masuk ke dalam rumah. Hanya beberapa langkah dia berpusing semula.
‘’Tunggu di situ! Aku nak panggil
mak aku!’’ suara yang masih kasar itu berbunyi lagi. Shuhaimi menjatuhkan
kepalanya perlahan. Dalam hati, dia kecil hati dengan gelagat Ajib. Langsung
tiada adab sopan. Macam ni ke perangai adik ipar aku? Shuhaimi berbisik di
dalam hati.
....................................................
‘’Ya Allah! Suha,.bangun
sayang! Mama ni,..macam mana boleh jadi macam ni Suha?’’ Puan Noreen
mengejutkan Suha sambil menangis. Ajib masih berdiri di sebelah katil tanpa ada
sedikit pun keinginan untuk menyentuh Suha.
Mak long Munirah memerhatikan
dua beranak itu tanpa suara namun hatinya ingin bertanya di mana adiknya
Shariah berada. Disabarkan dulu kehendak hatinya itu.
‘’Suha,.’’ Lembut suara Puan
Noreen sambil membelai rambut Suha.
Suha membuka mata
perlahan-lahan. Dia memandang Puan Noreen dengan pandangan kosong. Lagaknya
bagai orang yang tiada perasaan. Ajib sudah memandang Suha dengan perasaan
hairan.
‘’Suha Fasihah!’’ Ajib
memanggil Suha namun Suha tak beriak langsung. Menoleh pun tidak ke arah Ajib.
Suha bangun perlahan-lahan dan duduk sambil memegang kedua lututnya. Suha
mengigil dan meracau tiba-tiba. Butir bicaranya tidak menentu. Puan Noreen
memeluk Suha erat dan menangis di bahu Suha.
‘’Kenapa dengan menantu mama ni?
Suha! Suha kenal mama tak?’’ Puan Noreen melepaskan pelukannya. Wajah Suha
diangkat supaya memandang wajahnya tapi Suha mejatuhkan wajahnya kembali. Suha
hanya tunduk merenung tilam.
‘’Ajib,.kita bawa Suha balik. Kita
ubatkan Suha ya! Kesian menantu mama ni.’’ Puan Noreen memandang Ajib dan
bersuara lagi. Ajib disuruhnya memapah Suha supaya bangun.
‘’Puan,.kalau boleh saya nak
tahu, cik Suha ni ada keluarga tak? Ibu dia ke?’’ mak long Munirah yang melihat
kedua beranak itu sudah bertindak untuk membawa Suha pulang sudah mula
mengelabah. Dia betul-betul ingin tahu di mana Shariah berada.
‘’Besan saya dah meninggal lima
bulan lepas kak. Menantu saya ni hanya ada kami saja sekarang ni.’’ Puan Noreen
bersuara sayu. Mak long Munirah sudah terkelu lidahnya. Kakinya turut kaku
ditempat dia berdiri. Air matanya terus bergenang tanpa dipinta.
‘’Minta maaf! Boleh saya tahu nama
ibu kepada Suha ni?’’ Shuhaimi yang sedang mengintai di luar bilik menyerbu
masuk dengan segera. Dia mendengar semua perbualan di dalam bilik itu. Hatinya
tidak tenang.
‘’Kak Shariah,.ya! Shariah
binti Sharif.’’ Suara tenang Puan Noreen telah mengegarkan hati Shuhaimi dan
mak long Munirah. Lutut mak long Munirah sudah mula longlai dan dia jatuh
terduduk di situ. Dilepaskan tangisnya. Tidak disangka satu-satunya adiknya itu
telah tiada di dunia ini.
‘’Ehh,..kenapa ni kak?’’ Puan
Noreen terkejut melihat situasi itu. Dia cuba membangunkan mak long Munirah.
Ajib yang sedang memegang Suha untuk bangun juga menghentikan perbuatannya.
Suha masih begitu, tenang tanpa perasaan.
‘’Suha ni anak saudara saya Puan!
‘’ hanya itu yang mampu mak long Munirah ungkapkan dan tangisannya berterusan.
‘’Sekejap,.kejap, kejap,.macam mana
mak cik tahu Suha ni anak saudara mak cik. Setahu saya sejak Suha lahir tiada
seorang pun saudara maranya yang bertandang ke rumah kami. Mak cik jangan cuba
nak mengambil kesempatan ya?’’ Ajib sudah mula berprasangka yang bukan-bukan.
Setahu dia ibu mertuanya mula bekerja dengan mereka ketika dia sedang
mengandungkan Suha. Mustahil mereka boleh mengecam Suha.
‘’Tunggu dulu!’’ Shuhaimi bersuara
lagi. Dia bergegas ke arah almari solek dan menyelongkar lacinya. Beberapa
minit kemudian dia datang semula dengan album gambar dan beberapa pucuk surat.
‘’Ini buktinya! Mak Suha selalu
kirimkan kami surat dan gambar dia bersama Suha setiap kali ulangtahun
kelahiran Suha.’’ Shuhaimi berkata sambil mencampakkan surat dan album di atas
katil. Sejak tadi hatinya begitu terbakar dengan kelakuan Ajib.
‘’Minta maaf kak! Kami tak tahu. Kak
Shariah tak pernah cerita pun dia masih ada saudara. Dia dah lama bekerja
dengan kami, sejak Suha di dalam kandungan lagi.’’ Puan Noreen yang terperasan
dengan gelagat Ajib dan Shuhaimi yang sama-sama sudah baran cuba menenangkan
suasana itu.
‘’Tak apa puan. Saya cuma ralat
kerana tak dapat berjumpa dengan Shariah untuk kali terakhir. Puan! Kalau tak
keberatan, boleh tak izinkan kami ubatkan Suha ni?’’ permintaan mak long
Munirah yang ini membuatkan Ajib menjegilkan matanya.
‘’Saya takkan izinkan isteri
saya tinggal di sini! Mama,.kita balik sekarang!’’ Ajib bertegas lagi. Puan
Noreen pun seakan ingin meradang dengan ketegasan Ajib yang tak bertempat itu.
‘’Macam ni la. Kalau kita balik.
Mama nak Ajib ambil cuti dan jaga Suha 24 jam hingga Suha sembuh. Hal syarikat
kita serahkan pada pak ngah dulu. Biar dia yang uruskan. Setuju?’’ bijak Puan
Noreen mengambil kesempatan. Terkelu seketika Ajib dibuatnya namun dia tetap
menjatuhkan kepalanya perlahan-lahan selepas itu.
‘’Betul ni? Ajib janji akan
mandikan Suha, suapkan Suha makan dan imankan solat-solat Suha?’’ Puan Noreen
menyoal lagi. Suha yang seperti orang tiada perasaan itu tak semena-mena bangun
dan lari mendapatkan mak long Munirah. Dipeluknya mak long Munirah dan
menyembamkan wajahnya di dada mak long Munirah. Suha meracau lagi namun tidak
pula jelas butir bicaranya. Suha bagaikan orang yang sedang dalam ketakutan.
‘’Suha Fasihah!!’’ Ajib
memanggil lagi. Suha seperti faham dengan apa yang Puan Noreen cakapkan. Ajib
sudah mula mushkil dengan gelagat Suha.
‘’Kita balik mama!’’ bila Ajib
mengajak Puan Noreen balik untuk sekian kalinya, Suha semakin kuat merangkul
mak long Munirah. Suha menangis dan terus menangis.
‘’Suha Fasihah sayang! Kita balik
rumah kita ya sayang? Abang akan jaga Suha. Suhakan isteri abang. Suha tak suka
ke abang jaga Suha?’’ Ajib melembutkan bicaranya dan duduk mencangkung di tepi
Suha. Tangannya mengelus perlahan belakang Suha.
Suha mengeleng berkali-kali.
Tangannya masih erat memeluk mak long Munirah. Wajahnya disembamkan ke dada mak
long Munirah lagi. Ajib sudah mula hilang sabar dengan kerenah Suha. Ikutkan
hatinya nak diheretnya Suha itu pulang.
‘’Puan,.encik! izinkan kami
ubatkan Suha? Sebenarnya tadi Suha kemalangan kerana kami.’’ Mak long Munirah
meminta izin lagi dan menceritakan perkara yang sebenar. Ajib sudah berdiri. Wajahnya
mula berbahang mendengar pengakuan mak long Munirah.
‘’Saya tak benarkan!
Suha!!,.bangun! kalau tak nahas Suha abang kerjakan!’’ suara Ajib yang sebenar
berbunyi lagi. Kali ini Puan Noreen pula yang menunjukkan kuasanya. Dipiatnya
telinga Ajib tanpa sedar. Menyeringai Ajib menahan sakit dan rasa malu.
‘’Macam ni ke Ajib layan menantu
mama? Dah! Ajib pergi balik sorang. Bawa baju mama dan baju Suha ke sini! Mama
nak tinggal di sini dengan Suha. Biar kami yang ubatkan Suha dan jaga dia!’’
kali ini Puan Noreen pula menunjukkan ketegasannya. Shuhaimi sudah mula
mengulum senyum melihat wajah kekalahan Ajib. Suha juga sudah berhenti menangis
dan menyembunyikan wajahnya di dada mak long Munirah lagi.
‘’Ma,.Suha bukannya sakit pun. Dia
mengada-ngada ja lebih. Mungkin dia pura-pura sakit jer tu. Mama tengoklah
perangai dia tu. Dia macam faham je apa yang kita cakap!’’ Ajib cuba membela
diri. Dikerlingnya Suha yang sudah beriak tenang itu.
‘’Ajib jangan banyak cakap! Ikut
ja apa yang mama kata. Ajib balik dan kemaskan baju mama dan baju Suha. Bawa ke
sini. Mama nak tinggal di sini sampai Suha sembuh. Boleh tak kak?’’ Sambil
menyuruh Ajib,Puan Noreen menyoal mak long Munirah. Laju saja mak long Munirah
mengangguk.
‘’Dah isyak pun. Saya minta
diri dulu la. Nak ke masjid. Ajib nak ikut?’’ Shuhaimi yang mendiamkan diri dan
mendengar saja setiap perbualan meminta diri bila azan Isyak berkumandang dari
masjid berdekatan. Shuhaimi turut mengerling Ajib sekilas. Bila Ajib tidak
memberi respon dia pun berlalu pergi meninggalkan ‘drama spektra’ sebabak itu.
.....................................................................
Selepas Ajib pulang dan
keretanya hilang dari pandangan ,Suha terus menjadi tenang. Bibirnya terus
tersenyum dalam diam. Dia memeluk ibu mertuanya pula namun masih tiada suara
yang keluar dari kedua ulas bibirnya.
‘’Suha! Bagitau mama, sebenarnya
Suha ni sakit ke tak?’’ Puan Noreen yang terpengaruh dengan kata-kata Ajib tadi
mula menyoal Suha.
Suha mengeleng dan melebarkan
senyuman. ‘’Tak! Suha takut abang marah sebab pagi tadi abang bagi rm500 pada
Suha dan Suha tak sengaja terhabiskan duit tu. Bila terjadi macam ni, tiba-tiba
Suha dapat idea nak berlakon. Dan, bila Suha tahu Suha masih ada ibu saudara
dan seorang abang, Suha ingat nak kenal mereka lebih lanjut lagi. Sebab tu Suha
sengaja buat semua ni. Maaf ya mama!’’ panjang lebar Suha bercerita dan memeluk
Puan Noreen lagi. Tergeleng-geleng kepala Puan Noreen mendengarnya.
‘’Bertuah punya menantu!’’ Puan Noreen
bersuara dan membalas pelukan Suha. Mak long Munirah yang ada bersama mereka
ketika ini sudah mula mengukirkan senyuman. Lega hatinya mendengar pengakuan
Suha. Nakal rupanya anak saudaranya yang ini!
‘’Hmm,.anak jantan mama tu layan Suha teruk
sangat ke sampai Suha takut sangat dengan dia?’’ Puan Noreen yang mula syak
menyoal lagi. Terkumat-kamit bibir Suha hendak menjawab.
‘’Eh,.taklah teruk sangat mama,
cuma,.mama tahulah dengan abang tu. Lagi pun abang dah bagi warning jangan habiskan duit tu. Pagi
tadi Suha ke gerai menjual bunga di depan rumah kami tu. Suha beli bunga, tanah
dan pasu bunga,..alamak!,..’’ Suha bercerita lagi. Seketika kemudian dia
menepuk dahi sendiri.
‘’Matilah pokok bunga Suha. Kalau Suha tak
balik siapa nak tanam dan siramkan pokok-pokok tu?’’ Suha mengeluh keras. Mak
long Munirah dan Puan Noreen hanya mampu mengelengkan kepala.
‘’Hiesy!,..lagi sayang pokok
bunga dia dari laki sendiri?! Berdosa tau Suha menipu suami!’’ mak long Munirah
pula mencelah. Suha hanya tersenyum hambar. Lebih baik sayang pokok bunga dari
sayang laki berhati kering tapi dingin macam ais tu. Huhu,..
..................................................
Ajib terus balik ke rumah
mereka. Rumah terasa begitu sunyi tanpa Suha. Tiada Suha untuk diajak bergaduh
buat dia resah sendiri. Tiada wajah Suha untuk diberikan jelingan dan renungan
tajam buat jiwanya jadi berantakan. Ke mana saja dia pergi di sudut rumah buat
dia ternampak wajah Suha. Akhirnya Ajib menuju ke bilik Suha. Dia mengemaskan
beberapa helai baju Suha seperti yang diarahkan mamanya. Pagi esok baru dia
pergi semula ke rumah itu. Itu yang sedang dirancangnya.
Ajib membuka laci almari
solek Suha. Entah kenapa Ajib berminat dengan sebuah buku kecil di dalamnya.
Ajib ambil dan mula membacanya. Dia mengeluh perlahan sambil memicit tengkuk
sendiri.
Suha dah lama sukakan aku rupanya? Ajib
berdialog di dalam hati. Dia terus membaca luahan hati Suha yang tercatat di
dalam buku kecil itu. Sesekali dia akan mengeluh.
Suha! Suha!,.kenapa kau diam saja
bila aku buli kau? Kan senang kalau kau luahkan semua suara hati kau tu. Baru
aku tahu apa yang harus aku buat. Ajib berbisik lagi di dalam hatinya. Dia
menutup buku kecil itu dan berbaring di katil Suha. Entah kenapa malam ini dia
betul-betul rindukan Suha. Dia tertidur akhirnya di atas katil Suha.
................................................................
Ajib bangun pagi dengan
senaman ringkas. Dia pergi bersolat subuh di masjid yang berdekatan dengan
taman perumahan mereka. Selepas itu Ajib pergi bersarapan di gerai bersebelahan
masjid. Ajib meronda pula taman reakreasi yang terdapat di situ. Mindanya
sedang bekerja keras. Dia banyak berfikir sejak bangun pagi tadi. Dia nak
menjadikan rumah tangganya sebagai ‘ Baiti Jannati’.
Ajib ingin melupakan Nieta.
Dia bernekad untuk mencurahkan kasih sayangnya terhadap Suha. Dia sudah banyak
melakukan dosa dengan melukai hati Suha. Mungkin Suha tidak sakit tapi Suha
sengaja mengelak dari pulang bersamanya? Ajib meneka di dalam hati.
Pulang ke rumah Ajib memandang
pasu-pasu bunga dan tanah yang dibeli Suha. Hatinya meronta-ronta untuk
melakukan sesuatu untuk Suha. Ajib menanam pokok-pokok bunga yang dibeli oleh
Suha. Ajib menyiramnya selepas itu dan meletakkannya di sudut yang sesuai.
Selesai kerjanya, Ajib mengambil gambar pokok-pokok bunga tersebut dan menghantar
gambar itu melalui whatssap kepada
Suha.
Ajib : Abang
dah tanam pokok Suha. Cantik tak? Rajin tak abang? :D
Ajib sertakan bersama
kata-kata mesra lagi romantik bersama icon senyuman lebar. Kemudian dia berselfie pula dan menghantar gambarnya
yang sedang bergambar di tepi pokok bunga Suha. Macam tadi Ajib menghantar
melalui whatssap pada Suha.
Ajib : Pokok
bunga dan abang mana satu Suha paling sayang?
..................................................................
Suha nampak lebih
bersemangat pagi ni. Suasana di kampung ini begitu nyaman dan indah sekali.
Laman di hadapan rumah mak long Munirah yang dipenuhi dengan pokok-pokok bunga
menambahkan keindahan. Selepas solat subuh berjemaah yang diimankan oleh
Shuhaimi pagi tadi Suha bergegas mencari telefonnya di dalam beg tangan. Namun
telefon bimbitnya yang sudah tak bercahaya kembali menyuramkan wajahnya.
‘’Suha!’’ kedengaran suara ibu
mertuanya dari luar bilik. Suha bangun sambil membawa telefon bimbitnya
bersama.
‘’Mama! Mama bawa cas henfon
tak? Henfon Suha tak ada bateri la,.’’ Dengan wajah monyok Suha bertanya. Puan
Noreen mengeleng laju. Sudah dipesannya pada Ajib supaya bawakan pengecas telefon bimbitnya itu, tapi
semalam selepas pulang Ajib terus diam. Tak ada khabar berita langsung dari
Ajib.
‘’Alaa,..macam mana ni? Abang call
mama tak?’’ Suha bertanya lagi. Puan Noreen mengeleng juga dengan soalan Suha
yang ini.
‘’Kenapa Suha?’’ Shuhaimi menegur
dari belakang. Di tangannya ada beberapa beg plastik kecil berisi kuih muih.
‘’Err,.abang Mie guna henfon apa?
Henfon Suha tak ada bateri!’’ Suha menunjukkan telefon bimbitnya yang sudah tak
bercahaya itu.
‘’Ohh,.henfon Suha sama dengan henfon
mak long. Tu ha,..cas henfon mak long. Abang guna i-phone.’’ Shuhaimi
memberitahu sambil menuding jari ke arah almari di ruang tamu. Suha tidak
tunggu lama. Kata-kata Shuhaimi selepas itu langsung tidak didengarinya.
Suha mengecas telefon bimbitnya dan
mula menghidupkan telefonnya kembali. Selepas itu Suha bergegas ke dapur
mengikut Shuhaimi dan mamanya yang sudah hilang di ruang tamu. Di dapur mak
long Munirah sedang ralit menghidangkan sarapan pagi. Aroma mee goreng dan nasi
lemak berlaukkan sambal udang memenuhi ruang dapur.
‘’Sedapnya mak long! Laparnya
Suha,.’’ Suha bersuara sambil mengelus perutnya. Mak long memanggungkan kepala
dan mengukirkan senyuman.
‘’Kita sarapan dulu Puan, Suha,.’’
Mak long bersuara ramah meraikan tetamu istimewanya.
‘’Hai mak long,.ini yang Mie nak
merajuk ni. Ajak mereka saja ke? Mie ni macam mana?’’ Shuhaimi pula sengaja
berseloroh. Sambil itu dia menuju ke rak pinggan dan megambil piring dan
mengisi kuih muih yang dibelinya.
‘’Tu haa,.mak long gorengkan mee
untuk kau. Makan aje la mee tu,..’’ mak long tak mahu kalah. Mee goreng yang
masih panas di jadikan alasan untuk menutup kesalahannya. Alah,.bukan tak nak
pelawa tadi, tapi Shuhaimi tu sejak kecil lagi tinggal dengan dia. Tak pelawa
pun dia akan makan juga!
‘’Mie kena makan mee? Habislah
Mie!’’ selamba Shuhaimi bersuara dan menarik kerusi dan mula duduk di sebelah
mak long. Suha duduk di sebelah Puan Noreen dan berhadapan dengan Shuhaimi.
Mereka berempat memulakan sarapan pagi itu dengan doa yang dibacakan oleh
Shuhaimi.
‘’Eh! Kenapa abang Mie ambil
nasi lemak tu? Bukan sepatutnya abang Mie kena habiskan mee tu ke?’’ Suha yang
masih terasa lucu dengan perbualan mak long dan abangnya sengaja menambah
rencah perbualan mereka bila melihat Shuhaimi mencapai bekas nasi lemak yang
ada di hadapannya.
‘’Abang mana makan Mie!’’
selamba saja Shuhaimi membalas kata-kata Suha.
‘’Ohhh,..’’ Suha kematian kata.
‘’Banyaknya kak Munirah masak?
Memang selalu masak banyak macam ni ke? Dengan kuihnya lagi,..’’ Puan Noreen
yang hanya mendengar saja perbualan mereka tadi mula membuka mulut. Rambang
matanya untuk memilih. Kalau boleh semuanya dia nak rasa.
‘’Tak jugak! Kami berdua ja di rumah
ni. Selalunya akak makan sarapan sorang-sorang ja. Mie pagi-pagi lagi dah pergi
kerja. Malam baru balik. Tu pun kadang-kadang saja makan di rumah.’’ Mak long Munirah yang baru hendak menyuap,
menjawab dulu pertanyaan Puan Noreen.
‘’Kalau ada tetamu saja masak
banyak macam ni, Kalau tinggal sorang-sorang selalunya akak makan ja apa yang
ada,..’’ mak long Munirah menyambung kata. Shuhaimi yang sudah menghabiskan
nasi di pinggannya mencapai bekas mee goreng pula dan memasukkan ke dalam pinggannya.
Suha sudah memandangnya dengan penuh tanda tanya.
‘’Tadi kata tak makan mee?’’
soalan pun keluar dari kedua ulas bibirnya yang berwarna merah semulajadi itu.
‘’Abang memang tak makan
Mie,.M.I.E tapi mee goreng ni abang makan jer,.’’ Shuhaimi menjawab sambil
tersenyum lebar. Ibu jarinya diangkat bangga menunjukkan rasa sedap.
‘’Ishhh,..terkena jugak Suha!’’
suasana pagi itu menjadi riuh dengan gelak ketawa mendengar jawapan Suha.
.............................................................
‘’Kenapa senyum-senyum tu?
Boleh share?’’ Shuhaimi yang melihat
Suha asyik tersenyum di depan telefonnya sejak tadi menegur. Suha menoleh
sekilas lalu ke arah Shuhaimi dan kembali membelek skrin telefon bimbitnya.
‘’Tak ada apalah! Suha baca whatssap ni,..’’ Suha menjawab selamba.
Kedua ulas bibirnya masih mekar dengan senyuman. Hatinya kembang tiba-tiba
melihat dan membaca whatssap yang
dikirim Ajib.
‘’Ada yang kelakar ke?’’
Shuhaimi tidak berputus asa. Cuba dicungkilnya rahsia yang membuatkan Suha
masih terus tersenyum. Dihampirinya Suha dan cuba mengintai skrin telefon Suha.
‘’Bukanlah kelakar sangat pun.
Abang Ajib ni ha,.macam ada something
wrong, somewhere jer. Tak
pernah-pernah dia hantar whatssap macam
ni kat Suha. Selalunya kalau tak mengugut mesti ada benda yang dia nak marahkan
Suha,.’’ Tanpa sedar Suha sudah terlepas cakap. Pantas Shuhaimi merampas
telefon Suha dan membaca semua mesej dari Ajib yang belum dipadam Suha.
‘’Apa ni Suha? Macam mesej dari gengster ja?!’’ komen spontan dari
Shuhaimi. Suha tergelak perlahan. Memang gengster
pun! Suha berdialog di dalam hati.
‘’Alaa,..abang Ajib nampak je macam
gengster tapi hatinya baik!’’ Suha
sengaja membela Ajib. Tak mahu abangnya menyangka yang bukan-bukan.
‘’Kalau baik sangat laki Suha tu,
kenapa sampai nak kena berlakon jadi orang sakit pulak?’’ Shuhaimi menyoal
sambil merenung wajah Suha. Suha tayang gigi. Hilang punca dia nak menjawabnya.
‘’Saja! Suha teringin pulak nak testing abang Ajib tu!’’ Suha mencipta
alasan.
‘’Berapa lama Suha plan nak test dia? Abang boleh tolong kalau Suha nak?!’’ Shuhaimi menawarkan
bantuan. Mentol dalam minda Suha menyala dengan terang.
‘’Betul ni? Abang Mie ada awek tak?
Kalau belum ada Suha nak minta tolong abang berlakon jadi pak we Suha. Lagi pun
semalam abang Ajib tak tahu lagi abang Mie ni abang kandung Suha,.kan?’’ ada
keraguan di hujung ayat Suha kerana dia tak pasti sama ada Ajib sudah tahu
tentang Shuhaimi atau pun tak. Sekejap sangat Ajib di sini semalam sudah
dihalau pulang oleh ibu mertuanya, hingga sekarang masih belum datang lagi.
‘’Ada! Tapi bakal kakak ipar Suha tu
sedang berkursus sekarang ni. Tiga bulan lagi baru balik ke sini. Kalau dia ada
pun dia bukan jenis yang cemburu buta,.’’ Selamba saja Shuhaimi menjawab sambil
tersenyum manis. Suha jungkitkan keningnya. Ada la sesuatu yang menjengah
mindanya.
‘’Yess! Kalau macam tu kita kena pakat dengan mama dan mak long
sekali. Kalau tak, tentu rosak plan
kita nanti,..’’ Suha bersuara ceria.
‘’Tapi,..kalau abang Ajib
betul-betul percaya, macam mana?’’ dia berkata lagi. Bibirnya dimuncungkan
sementara mindanya sudah membayangkan wajah Ajib yang sedang menyinga marah.
‘’Lagi bagus kalau dia
percaya,.kita tunggu untuk tengok dia ‘melatah’ sudahlah!’’ tenang pula
Shuhaimi menjawab sedangkan Suha masih meragui rancangan mereka.
‘’Apa Suha kena buat? Perlu ke Suha
terus berlakon macam orang sakit di depan dia dan tak boleh bercakap?’’ Suha
memandang wajah Shuhaimi. Dia perlukan cadangan yang bernas dari abangnya itu.
‘’Suha tinggal di sini lama sikit.
Kalau dia datang nanti, Suha buat-buat tak kenal dia dan Suha hanya layan abang
ja. Buat sampai dia cemburu!’’ Shuhaimi berkata yakin. Suha berfikir sejenak.
Dalam hati memang tak sanggup nak buat begitu tapi bila terfikir Ajib pernah
bermesra dengan Nieta di depannya minggu lepas, dia rasa dia perlu membalasnya.
Suha anggukkan kepala dan terus bersetuju dengan rancangan abangnya.
...................................................................
Ajib memandu kereta dengan perasaan
gembira. Hari ini hatinya ingin menerima Suha sepenuhnya sebagai suri hidupnya.
Dia ingin menjalankan kewajipan sebagai suami yang sebenarnya. Ajib membuat
keputusan itu selepas membaca nota Suha yang penuh dengan luahan hatinya.
Selama ini dia menyangka Suha juga sama sepertinya yang hanya mengahwininya
kerana terpaksa. Namun sangkaannya itu ternyata salah. Suha mencintainya!
Ajib dengan Nieta, walau mereka sudah
lama berkawan tapi mereka belum melafazkan cinta terhadap satu sama lain.
Masing-masing belum menaruh harapan terhadap hubungan mereka. Bila dia
berkahwin dengan Suha adakalanya dia ingin menguji Suha dengan bermesra bersama
Nieta. Suha sentiasa berlagak tenang di depannya. Ajib sendiri keliru dengan
perasaan Suha. Hari ini dia yakin hati Suha miliknya seorang.
Ajib membelokkan keretanya masuk ke
halaman rumah mak long Munirah dengan hati yang ceria. Dia bersiul riang dan
mendendangkan lagu cinta. Tapi,.sebaik saja keretanya diparkirkan, hatinya
terbakar menyaksikan Suha yang sedang berdua-duaan dengan lelaki kelmarin.
Lelaki yang dipanggil dengan nama Mie itu. Mereka seolah pasangan yang sedang
bercinta. Lelaki itu begitu rancak bercerita dan bibir Suha tidak pernah lekang
dengan senyuman.
‘’Suha!’’ Ajib memanggil Suha dengan
tenang. Riak wajahnya cuba diselindungkan. Panas hatinya cuba ditutup dengan
senyuman. Sebaliknya pula Suha seakan takut bila memandang Ajib. Dia memegang
erat tangan Shuhaimi dan menarik Shuhaimi masuk ke dalam rumah. Hati Ajib
semakin terbakar melihatnya!
‘’Suha Fasihah!’’ Ajib melaung. Suha
melepaskan tangan Shuhaimi dan berlari-lari anak masuk ke rumah seorang diri.
Dalam hatinya memang teringin nak mengenakan Ajib semula, tapi dalam masa yang
sama, dia juga takut Ajib akan mengamuk.
‘’Ehh,..kau tahu dia tu isteri
akukan?’’ soalannya ditujukan untuk Shuhaimi yang masih berdiri tegak di depan
pintu. Dia tak masuk mengikut Suha tadi. Sengaja dia ingin melihat reaksi dari
Ajib.
‘’Tahu! Kenapa?’’ Shuhaimi
pura-pura bertanya. Dia pura-pura tidak perasan dengan gelagat Ajib yang sudah
mula menampakkan api kemarahannya.
‘’Jangan kacau! Dah tak ada
perempuan lain dah kau nak goda?’’ Ajib menempelak Shuhaimi. Selamba saja
Shuhaimi melebarkan senyumannya. Ajib benar-benar rasa tercabar.
‘’Kalau aku nak kacau jugak!
Kalau aku nak goda jugak,.apa kau nak buat?’’ Shuhaimi sengaja menduga tanpa
disedarinya Ajib sedang mengengam penumbuknya.
‘’Nah! Aku nak bagi ini!’’
terdorong Shuhaimi selangkah ke belakang bila Ajib dengan pantas melayangkan
penumbuknya ke muka Shuhaimi. Pening seketika Shuhaimi. Dia meraba mulutnya
yang mula mengeluarkan cecair merah.
‘’Ya Allah! Mie!,.’’ mak long Munirah
menerpa keluar termasuk Suha dan Puan Noreen.
‘’Kenapa ni Ajib? Datang rumah orang,
salam tak, apa pun tak. Nak mengamuk pulak?!’’ Puan Noreen cuba menenangkan
Ajib. Ditarik Ajib agar menjauhi Shuhaimi.
‘’Dia kurang ajar mama! Biar Ajib
ajar dia agar dia tahu hormat hak orang! Suha tu isteri Ajib ma,..’’ Ajib terus
melepaskan amarahnya. Puan Noreen ingin tersenyum mendengar pengakuan Ajib
namun dia sengaja menyembunyikan perasaannya itu.
Suha mendapatkan Shuhaimi dan
menarik Shuhaimi masuk ke dalam rumah, kemudian Suha bergegas ke dapur untuk
mendapatkan tuala bersih dan air suam. Dia datang semula ke ruang tamu dan
duduk di tepi Shuhaimi. Bibir Shuhaimi dituam dengan tuala yang sudah
dibasahkan dengan air suam tadi. Shuhaimi mengaduh kecil. Suha pula
teragak-agak untuk terus menuam.
Seketika kemudian Ajib masuk ke
dalam rumah bersama Puan Noreen dan menyaksikan kemesraan Suha dengan Shuhaimi
itu. Semakin terbakarlah jiwanya!
‘’Huh! Konon baik sangat! Tak
mahu berbual dan menyentuh yang bukan mahram?!’’ Ajib berkata sinis.
Kata-katanya ditujukan untuk Suha.
Suha mengulum senyum. Dia semakin
teruja untuk meneruskan lakonannya. Dilapnya bibir Shuhaimi dengan jemarinya
pula. Matanya pula merenung wajah Shuhaimi dengan penuh simpati. Mereka bermain
mata pula dengan wajah yang ceria. Bersinar-sinar mata keduanya seolah sedang
dilambung ombak cinta.
‘’Sini!’’ Ajib tidak dapat
mengawal perasaannya. Digapainya lengan Suha dan menarik Suha agar duduk di
sebelahnya. Suha terus mengigil dan hanya tunduk merenung lantai. Air mata Suha
sudah bergenang. Dia macam orang yang sedang menahan tangis.
‘’Sayang! Temankan abang pergi
klinik boleh? Esok abang kena pergi kerja semula. Macam mana nak kerja dengan
mulut yang pecah ni?!’’ Shuhaimi sengaja membakar lagi perasaan Ajib.
Dipanggilnya Suha dengan panggilan sayang. Laju pulak Suha mengangguk dan terus
bangun.
‘’Duduk sini! Nak pergi mana?
Aku ni laki kau! Bukan dia!!’’ Ajib bersuara garang sambil meraih tangan Suha
supaya terus duduk di sebelahnya. Shuhaimi sudah memandang ke arah lain sambil
melebarkan senyuman. Puan Noreen dan mak long Munirah saling berpandangan. Suha
sudah menunduk merenung lantai
‘’Mama! Kita balik sekarang!’’
Ajib mengarahkan mamanya pula. Puan Noreen membuntangkan matanya.
‘’Mama suruh Ajib bawa baju mama
dengan baju Suha kelmarin, Ajib bawa tak?’’ Puan Noreen menyoal Ajib pula. Ajib
mengeleng laju, padahal ada ja baju mamanya dan baju Suha di dalam bonet keretanya.
‘’Minta kunci kereta!’’ Puan
Noreen menghulurkan tangannya pada Ajib.
‘’Mama nak buat apa? Kalau nak
balik, biarlah Ajib yang memandu!’’ Ajib bertanya lurus.
‘’Ajib jangan banyak songeh! Mama nak
kunci kereta. Bagi ajelah!’’ Puan Noreen bersuara tegas. Perlahan Ajib menyeluk
poket seluarnya dan mengeluarkan kunci kereta yang diminta mamanya lalu
dihulurkannya dengan teragak-agak. Puan Noreen merampas kasar. Terkebil-kebil
mata Ajib melihatnya. Seketika kemudian Puan Noreen meraih pula lengan Suha dan
menyuruh Suha bangun. Terus kelu lidah Ajib.
‘’Suha temankan abang ke
klinik?’’ bila Suha bangun Shuhaimi terus bersuara dan mengikut Suha dan Puan
Noreen keluar. Ajib kepanasan hati. Dia turut serta mengikut mereka dari
belakang.
Shuhaimi yang perasan dengan
gelagat Ajib terus menarik tangan Suha dan menuju ke arah keretanya.
Cepat-cepat dia menekan alarm kereta dan membuka pintu kereta untuk Suha. Puan
Noreen pula membuka bonet kereta Ajib dan mengeluarkan beg-beg pakaian mereka.
Ajib pula sudah tercengang menyaksikan adegan di depan mata.
‘’Mama,.apa kena dengan menantu
mama tu? Dengan Ajib ni dia buat tak kenal saja! Dengan lelaki yang dia baru
kenal tu, dia ikut ke mana saja?!’’ Ajib menyoal mamanya penuh keraguan.
‘’Mama juga nak tanya Ajib.
Sepanjang Ajib jadi suami Suha ni, macam mana Ajib layan Suha?’’ Puan Noreen
tidak melayan soalan Ajib malahan Ajib pula yang disoal kembali. Terkumat-kamit
bibir Ajib.
‘’Err,.nak layan macam mana lagi.
Ajib layan macam suami layan isterilah!’’ tergagap-gagap Ajib mengungkapkannya.
‘’Okey! Kalau macam tu, jom kita
ikut mereka ke klinik. Mak nak suruh doktor chek Suha tu sama. ‘’ Puan Noreen
bersuara tegas. Ajib blurr plus blank!
‘’Kenapa pulak mama? Suha sakit
apa? Apa kaitannya?’’ Ajib bertanya resah.
‘’Mama nak suruh doktor chek Suha
masih perawan atau tak?’’ Puan Noreen menjawab sambil tersenyum sinis.
‘’Eh! Tentulah tak mama! Kamikan
dah sebulan lebih kahwin, takkan Ajib nak tengok saja Suha tu di depan mata?!’’
Ajib kawal suaranya agar tidak kedengaran dia sedang mengelabah. Sepanjang dia
tinggal bersama Suha, tidur dengan Suha tu pun tak pernah. Apa tak
mengelabahnya.
‘’Ajib tahu tak, orang tua macam
mama ni, boleh tahu seseorang perempuan tu perawan atau tak? Lebih baik Ajib
berterus terang dengan mama!’’ Puan Noreen sengaja menduga. Padahal manalah dia
tahu semua tu!
‘’Ye ke mama? Err,..Ajib,.Ajib
be,.be,..belum sentuh lagi Suha tu mama,.tapi Ajib janji lepas ni Ajib akan
layan Suha seperti yang sepatutnya. Percayalah dengan Ajib mama, daripada mama
biarkan Suha keluar dengan orang luar tu. Mama tak takut ke nanti mama yang
kena fitnah? Ajib pun terkena tempias jugak!’’ Ajib mengaku akhirnya dan
kemudian Ajib mengubah topik mereka pula. Puan Noreen mengelengkan kepalanya.
Tahulah dia kenapa Suha berkelakuan begitu. Ada pasal rupanya?!
‘’Mama tak nak paksa Ajib lagi
dan mama tak nak Suha tu terus menderita. Kalau Ajib tak suka Suha tu, Ajib
lepaskanlah dia! Lepas tu Ajib buatlah hal sendiri!’’ Puan Noreen bersuara
pasrah. Ajib terkesima. Dia sudah mula untuk sayangkan Suha tapi mamanya pula
berkata begitu.
‘’Mama! Bagi Ajib peluang kedua!
Ajib berjanji akan sayangkan Suha dan layan dia sebaiknya. Please mama!’’ Ajib berjanji sambil memegang tangan mamanya. Lega
Puan Noreen mendengarnya tapi,.boleh ke percaya sebulat hati? Dia masih
ragu-ragu dengan pengakuan Ajib.
‘’Ajib pujuk Suha balik ke rumah.
Kalau Suha setuju, mama takkan menghalang. Kalau Suha tak setuju, Ajib izinkan
saja Suha tinggal di sini buat sementara waktu. Ajib jangan nak bertegas sangat
dengan Suha! Faham tu? Itu pun kalau Ajib nak mama beri Ajib peluang kedua!’’
Puan Noreen menguji Ajib lagi. Tanpa berfikir panjang Ajib terus mengangguk.
..............................................................
Sebaik kereta meluncur
pergi dari halaman rumah mak long Munirah, Suha dan Shuhaimi melepaskan ketawa
yang ditahan sejak tadi tapi seketika kemudian wajah Suha bertukar muram.
‘’Kenapa pulak tu?’’ seperti dapat
meneka apa yang tersirat di dalam hati Suha,.Shuhaimi menyoal kalut.
‘’Apa abang Ajib fikir agaknya?’’ Suha mengungkapkan kata-katanya sambil
memandang keluar kereta, kemudian dia memandang ke cermin sisi pula. Manalah
tahu kereta Ajib mengikut mereka dari belakang.
‘’Biarlah apa yang Ajib nak fikir! Yang
abang nak tahu sekarang ni apa yang ada dalam hati Suha? Suha suka ke apa yang
sedang berlaku ni?’’ Suha mengeleng laju. Kalau boleh, dia nak ada di sisi
Ajib. Layan Ajib sebagai isteri, bukan membodohkan Ajib sebegini rupa.
‘’Suha nak teruskan ke atau nak
hentikan saja? Abang ni bukannya apa,.orang lelaki ni Suha bukan tahan sangat
diuji. Lagi pun, orang lelaki ni pantang dicabar. Abang takut Ajib tu rasa
tercabar dengan apa yang sedang berlaku sekarang ni dan akan duakan Suha ja,.’’
Shuhaimi menyuarakan rasa hatinya. Dalam ingin membantu, dia juga takut adiknya
terus menderita andai Ajib membalas apa yang sedang mereka lakukan.
‘’Janganlah cakap macam tu abang Mie!
Matilah Suha kalau abang Ajib duakan Suha!’’ Suha membalas pantas. Shuhaimi
direnungnya.
‘’Kumbang bukan seekor dik! Kenapa
sampai nak mati pulak? Dia tak nak, mungkin ada ramai lagi yang beratur nakkan
Suha?!’’ Shuhaimi cuba memujuk. Walau Suha tak pernah bercerita, dia seakan
tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga Suha.
‘’Masalahnya sekarang, kumbang yang
seekor tu saja yang Suha sayang, yang Suha cinta sepenuh hati. Kami dah tinggal
serumah sejak Suha lahir lagi. Dulu,..Suha cuba juga menganggap abang Ajib tu
macam abang Suha tapi Suha tak boleh, sebab sayang Suha pada dia sudah terlajak
melebihi abang sendiri. Macam mana Suha nak buat?’’ Suha berterus terang tanpa
sedar. Air matanya sudah mula bergenang di kelopak matanya.
‘’Itulah dia! ‘’ hanya kata-kata
itu yang mampu Shuhaimi ungkapkan. Bila hati sudah sayang, buatlah apa pun
memang payah nak membuang rasa sayang itu. Alahai Suha Fasihah!
........................................................
Akhirnya Suha pulang juga ke
rumah mereka. Bezanya Suha berubah laku. Kalau sebelum ni Ajib yang sering
dingin dan membisu tapi kini Suha yang jadi ‘bisu’. Ajib teruskan bersabar
melayan kerenah Suha. Dia tidak ingin menyalahkan Suha, malahan dia menganggap
kelakuan Suha disebabkan oleh dirinya sendiri. Suha pula sedang berusaha kuat untuk
menahan dirinya dari menerima layanan dari Ajib. Dia bekukan hatinya dari terus
cair dengan perubahan Ajib.
‘’Sayang! Nak pergi kedai
bunga depan tu tak? Abang balik kerja kelmarin, abang tengok banyak pokok bunga
mawar. Cantik tau sayang!’’ Ajib tahu kelemahan Suha. Sengaja dia memancing
Suha agar bersuara. Suha yang sedang ralit membaca novel pura-pura tidak
mendengar, hatinya pula melonjak-lonjak untuk menerima ajakan Ajib.
‘’Pak cik kedai bunga tu baikkan?
Hari tu abang jumpa dia di mall, dia tanya Suha, kenapa tak datang kedai dia
lagi? Abang pun tak tahu macam mana nak jawab!’’ Ajib masih berusaha untuk
mengajak Suha berbual. Direnung Suha dari jarak dekat.
‘’Suhaaaaaaa,..’’ lanjut saja
bunyinya. Ajib mendekatkan wajahnya dengan wajah Suha. Jantung Suha sudah
mengepam darah dengan laju. Suha terus menutup novel yang sedang dibacanya dan
bangun.
‘’Duduklah! Kita
borak-borak kosong dulu,..’’ Ajib mengapai tangan Suha dan menarik Suha supaya
duduk kembali. Suha berdecit geram. Kalau dia masih menunggu dan berada di sisi
Ajib, dia pasti hatinya akan cair dengan mudahnya.
Sekali lagi Suha cuba bangun.
Macam tadi, setiap kali Suha bangun Ajib akan menarik tangannya agar duduk
kembali. Kudrat Suha bukan kuat mana pun. Setiap kali Ajib menarik tangannya, Suha
terduduk kembali.
‘’Sampai bila kita nak berperang
dingin macam ni? Dulu abang dingin dengan Suha, bila abang nak berbaik dengan
Suha,..Suha pulak buat perangai. Kawan-kawan abang semua dah dapat anak tau!
Takkan Suha nak tunggu kita tua baru Suha nak beranakkan anak-anak untuk
abang?’’ ayat Ajib yang seterusnya buat Suha berfikir sejenak. Betul juga kata
Ajib, kalau mereka terus begini, apa pula kesudahannya?
‘’Mana aci! Suha baru seminggu
dingin dengan abang! Abang tu berbulan dingin dan garang dengan Suha. Tunggulah
sampai masanya Suha cairlah balik!’’ tanpa sedar Suha bersuara. Bibir Ajib
sudah lebar dengan senyuman.
‘’Aikk!? Ada lagi rupanya suara
isteri abang ni? Ingatkan suara dia dah hilang dalam gaung ke atau pun dah
campak ke laut dalam dah?’’ Ajib mengenakan Suha dengan ayat-ayatnya. Suha
mencebik dan pantas ingin melarikan diri. Kali ini Ajib tak tengok saja.
Dirangkulnya Suha dari belakang dan dikemaskan pelukannya.
‘’Abang rayu Suha!,.cukuplah Suha
dera abang! Abang tahu, abang bersalah! Abang minta maaf okey! Kita buang yang
keruh kita ambil yang jernih. Lagi pun, Suha isteri yang baikkan? Suha tahukan
betapa berdosanya seorang isteri kalau menderhaka dengan suami?’’ bijak pula
Ajib bermain dengan kata-kata. Hampir cair hati dan jiwa Suha dibuatnya!
‘’Raya nantilah Suha maafkan
abang!’’ Suha berkata perlahan sambil memboloskan dirinya dari rangkulan Ajib
dan berlari masuk ke biliknya di tingkat bawah.
‘’Alaa,..Suha!! takkan abang
kena tidur sorang lagi malam ni?’’
........................................................................................
Shuhaimi : Dik! Esok kita keluar? Abang nak
bawa Suha jumpa seseorang!
Suha membuka whatssap dan menerima mesej dari
Shuhaimi. Sekarang ni Suha sudah memberi izin untuk kawan-kawannya masukkan dia
dalam group whatssap. Bertalu-talu
masuk mesej dari semua group tu dalam
telefon bimbitnya. Suha hanya scroll
dan baca saja semua mesej yang masuk. Malas pula Suha nak mencelah perbualan
kawan-kawannya,
Suha: Nak ke
mana abang Mie? Suha nak kena minta izin abang Ajib la kalau macam tu?!
Suha membalas mesej dari Shuhaimi.
Hatinya masih ragu-ragu, sama ada nak meneruskan lakonan mereka atau
sebaliknya. Kalau ikutkan hatinya sudah cair pun, bahkan dah melimpah ruah
dengan perubahan Ajib terhadapnya.
Shuhaimi : minta izin ja!
Suha membaca mesej dari Shuhaimi pula.
Dia berfikir sejenak. Ajib belum tahu lagi bahawa Shuhaimi tu abang kandung
dia. Adakah Ajib akan benarkan?
Suha:
Alaa,.macam mana ni? Suha tak bagitau lagi pun abang ni,.abang kandung
Suha,.tentu dia tak kasi Suha keluar dengan abang!?
Shuhaimi:
Suha nak teruskan ke perang dingin Suha dengan dia? Cukuplah! Nanti Suha jugak
yang makan hati.
Suha: Belum
makan hati lagi,..baru mengunyah,.tak hancur2 lagi pun L
Shuhaimi :
Tukan? Dahlah,.adik berbaiklah dengan dia balik. Nanti kita ajak dia pergi
sekali!
Suha : Suha try okey!
Shuhaimi:
Tak payah try! Buat terus!
Suha :
Wokey!
Suha cari pula nama Ajib
dan menghantar mesej pada Ajib. Tentu Ajib belum tidur?! Suha meneka-neka dalam
hati.
Suha : Esok abang Mie ajak Suha keluar. Boleh
tak??
Suha sabar menunggu mesejnya
berbalas. Lima minit berlalu Suha memeriksa whatssapnya.
Yang ada hanya mesej-mesej dalam group.
Tunggu lagi! Dua puluh minit berlalu. Periksa lagi!
Ajib: Buka pintu
sekarang!
Suha sudah tersenyum lebar. Dia
bangun dan menuju ke pintu biliknya. Dia lakukan apa yang Ajib suruh tapi bukan
bukakan pintu selebarnya. Suha cuma biarkan pintu tak berkunci.
Suha :
Bukalah sendiri! Suha bukannya kunci pun!
Seketika kemudian pintu bilik sudah
dikuak dari luar. Suha yang sedang membaca mesej dari kawan-kawannya mendonggak
seketika, kemudian kembali beriak biasa. Dalam hati jangan cakaplah. Jantung
dia macam nak lompat keluar dah!!
‘’Kenapa Suha baik sangat dengan
jantan tu? Apa yang istimewa sangat dengan dia berbanding abang? Suha kenal
abang sejak kecil lagi, tapi jantan tu Suha baru kenal beberapa minggu ja!’’
mukadimah Ajib sebaik mendarat duduk di tepi Suha di atas katil.
‘’Tentulah dia lebih istimewa dari abang!
Takkan dengan dia pun abang nak jeles kot?!’’ Suha menjawab dan bertanya
serentak. Ajib mendengus kuat.
‘’Dayuslah abang kalau tak reti
nak cemburu. Suha tu isteri abang! Sepatutnya Suha layan abang, bukan layan
jantan tu lebih dari abang!’’ hati Ajib sudah berbahang. Suaranya terkuat
sikit.
‘’Kenapa pulak? Dari mana abang
belajar adik tak boleh layan abang kandungnya sendiri? Ustaz mana yang beritahu
abang?’’ Suha masih beriak tenang. Dia menoleh sekilas lalu ke arah Ajib untuk
melihat riak wajah Ajib.
‘’Apa Suha cakap tadi? Ulang sekali
lagi!’’ Ajib blurr dengan kenyataan Suha.
‘’Tak tahu pulak Suha, dari bisu abang
dah jadi pekak pulak!’’ Suha menjadi dingin lagi. Sengaja betul nak mencari
pasal. Ajib hanya mampu kebam bibir mendengar jawapan Suha.
‘’Sejak bila Suha ada abang kandung
ni? Abang tak tahu pun?!’’ soalan Ajib buat bibir Suha spontan tersenyum.
Dengar pun! Saja buat-buat tak dengar!
‘’Sejak Suha kenal dengan abang Mie
dan mak long!’’ Suha menjawab sambil bangun dan menuju ke pintu. Dia membuka
pintu seluasnya.
‘’Suha nak tidur! Abang
keluarlah,.pergi tidur bilik abang. Lagi pun, abang yang buat undang-undang
dalam rumah ni kan. Bilik abang di atas. Bilik Suha di bawah!’’ Suha pulangkan
paku buah keras. Ajib terkebil-kebil di atas katil tapi seketika kemudian
bibirnya mengukirkan senyuman.
‘’Tak apa! Berkuatkuasa mulai malam ni, undang-undang tu dah tarikh
luput. Tak boleh guna dah! Abang buat undang-undang baru! Suha kena tidur
dengan abang. Dan undang-undang baru ni WAJIB dipatuhi!!’’ Ajib berkata penuh
semangat. Suha pula yang termanggu di muka pintu.
‘’Okey!’’ sepatah kata yang keluar
dari bibir Suha dan pintu bilik ditutup kembali. Suha padamkan lampu dan
kembali ke katil.
‘’Yess!’’
Ajib menjerit keriangan.
‘’Abang nak tidur,.tidur aje! Jangan
kacau Suha sudah. Suha tengah sengugut ni! Sakit perut. Abang kacau pun Suha
bukannya boleh layan!’’ Suha berkata perlahan. Dia rebahkan tubuhnya dan
memejamkan mata.
‘’Ish,..ish,..ishh,..cobaann!!’’
Ajib pula bersuara sayu.
..................................................
Shuhaimi datang mengambil Suha
di rumah. Ajib tak dapat pergi kerana sibuk. Dia izinkan Suha pergi selepas dia
tahu Shuhaimi tu abang kandung Suha. Hari ini Shuhaimi berniat nak kenalkan
Suha dengan ayah mereka dan keluarga mereka yang lain.
‘’Sebenarnya,.kita nak ke mana ni
abang Mie?’’ Suha bertanya resah bila Shuhaimi memasuki taman perumahan elit.
Rumah mewah yang berada di kiri kanan jalan terus membuatkan jiwanya resah.
‘’Dah sampai dah!’’ Shuhaimi
menghentikan keretanya di sebuah banglo tiga tingkat. Besar rumahnya dan hati
Suha semakin berdegup kencang.
‘’Jom masuk!’’ Shuhaimi berkata
sambil meraih tangan Suha.
Mereka berdua menuju ke arah
pintu pagar. Loceng rumah ditekan. Beberapa minit kemudian pembantu rumah
menjenguk. Pintu pagar terbuka perlahan-lahan. Pak Mahat, tukang kebun bergegas
mendapatkan mereka.
‘’Lama encik Shuhaimi tak datang?’’
Shuhaimi menghulurkan tangan dan bersalaman dengan Pak Mahat. Shuhaimi ukirkan
senyuman selebarnya tanpa menjawab pertanyaan Pak Mahat.
‘’Mie masuk dulu! Papa ada tak?’’
soalan Shuhaimi ajukan. Suha mencuit lengan abangnya.
‘’Papa? Apa maksud abang?’’ Suha
menyoal Shuhaimi lagi. Hatinya benar-benar tidak tenteram.
‘’Ada! Dato ada tetamu!’’ Pak Mahat
memberitahu sebelum Shuhaimi menjawab pertanyaan Suha. Mereka terus berjalan
masuk ke dalam rumah.
‘’Mie?! Lama kau tak datang sini?
Amboi! Sejak bertunang ni,.baru nampak muka?!’’ seorang wanita anggun menegur
ramah sebaik mereka masuk ke ruang tamu. Wajah-wajah lain memandang ke arah
mereka berdua.
‘’Baru hari ni nak bawa tunang ke
sini?’’ seorang lelaki pulak menegur. Shuhaimi sudah ketawa ceria.
‘’Papa! Ummi! Sihat?’’ Shuhaimi
bersalaman dengan semua orang. Suha sudah tersipu-sipu malu namun tangannya
tetap dihulurkan untuk kedua orang wanita anggun yang ada di depannya.
‘’Papa! Sebenarnya,.Mie bukan bawa
tunang Mie! Tunang Mie pergi kursus. Ini Suha Fasihah! Adik kandung Mie! Seibu
dan sebapa dengan Mie!’’ sebelum duduk Shuhaimi memperkenalkan Suha kepada
papanya. Suasana sunyi seketika. Jantung Suha semakin laju berdetup-detap.
‘’Maksud Mie?’’ lelaki yang
dipanggil papa bertanya.
‘’Mudah sangat papa nak faham! Kalau
Mie ni anak kandung papa,.maksudnya Mie bawa sekarang ni anak papa jugak!’’
Shuhaimi rasa bengang tiba-tiba. Suha lagilah,.terus keliru dan serabut untuk
mencerna situasi ini.
‘’Ibu kau mana Mie? Papa nak jumpa
dia!’’ Dato Azam bersoal balas. Sukar nak percaya Suha tu anak kandungnya.
‘’Ibu dah meninggal! Papa jangan
bimbang,.Mie bawa Suha untuk kenalkan pada papa ja, bukan untuk rebut harta
papa!’’ kenyataan Shuhaimi buat hati Dato Azam berbahang. Malu dia pada
tetamu-tetamunya.
‘’Suha Fasihah! Macam pernah dengar?!
Eh! Abang,.Suha ni bukan isteri Ajib ke? Menantu abang! Anak pembantu rumah
Noreen?’’ salah seorang wanita anggun bersuara. Suha cuba mengamati wajah-wajah
di hadapannya. Wajahnya turut berbahang.
‘’Hmm,.abang pun tak perasan
tadi!’’ lelaki yang ditanya bersuara pula.
‘’Suha nak balik!’’ Suha terus
bangun dan berlari ke pintu. Di muka pintu dia bertembung pula dengan
seseorang.
‘’Suha? Apa kau buat di sini? Err,.aku
dengar kau dah kahwin? Tahniah! Cuma aku keliru sikit,.kenapa kau kahwin dengan
abang kau?’’ Suha bertembung dengan Ezri, rakan sekolahnya dulu. Lelaki yang
pernah meluahkan perasaan padanya.
‘’Ezri! Dari mana ni? Bila balik
dari oversea? Abang dengar sakan
pergi bercuti?’’ Shuhaimi yang mengekori Suha menegur Ezri. Suha semakin buntu
sebuntunya.
‘’Abang long? Kejap! Apa
hubungan abang long dengan perempuan ni?’’ Ezri bertanya sambil jari
telunjuknya ditudingkan pada Suha.
‘’Suha tak nak masuk campur!
Suha nak balik!’’ Suha mula rasa pening. Dia berlari ke pintu pagar. Shuhaimi
mengejarnya.
‘’Abang long! Nak ikut?’’ Ezri
turut menyibuk. Dia nak tahu apa hubungan Shuhaimi dengan Suha.
Mereka keluar mengunakan pintu
pendua. Suha menuju ke arah kereta Shuhaimi dan berdiri kaku di situ. Dia rasa
ingin menjerit agar kekusutan dalam hatinya hilang. Paling dia tak boleh terima
bila salah seorang wanita anggun tadi menamakan ibunya sebagai pembantu rumah.
Dia rasa seolah wanita itu ingin menghina ibunya. Suha cuba mengingat kembali
sama ada dia mengenali wanita itu.
‘’Siapa mereka tadi? Kenapa abang
Mie buat macam ni kat Suha?’’ Suha melepaskan amarahnya terhadap Shuhaimi. Ezri
yang turut ada bersama tercengang-cengang.
‘’Maaf dik! Abang ingat nak buat susprize. Tak sangka nak jadi macam
ni!’’ Shuhaimi membela diri. Bila dia hanya merancang tapi rancangannya tak
berjalan dengan lancar, apa lagi yang boleh dikatakan?!
‘’Perhatian!
Perhatian!,.abang long! Suha! Boleh tak jangan buat Ezri tension?! Apa sebenarnya ni? Cer ceta!’’ Ezri mencelah lagi. Geram
betul dia bila dua hamba Allah di depan dia ni langsung tak pedulikan
kewujudannya.
‘’Hantar Suha balik! Jangan ajak
Suha datang sini lagi! Suha tak hingin!!’’ Suha ingin menangis. Dia sendiri tak
tahu kenapa hatinya rasa sakit yang tak terkata. Sukar nak dijelaskan.
‘’Tenang dulu dik! Abang bukan
berniat nak buat Suha macam ni. Abang cuma nak kenalkan Suha dengan keluarga
kita yang lain saja. Contohnya macam Ezri ni,.dia ni adik lang kita! Err,.abang
tak pasti pulak sama ada dia adik atau abang Suha?!!’’ dalam ingin mengenalkan
keduanya Shuhaimi turut dilanda keliru.
‘’Adiklah! Suha lahir bulan
Januari,.dia bulan May,..walau umur kami sebaya tapi Suha yang lahir dulu!’’
Suha membalas kata-kata Shuhaimi.
‘’Opppss,..tunggu dulu! Apa
adik-adik pulak ni? Abang long! Tolong cerita biar terang sikit!’’ Ezri menjadi
blurr, masih tidak memahami keadaan sebenar.
‘’Jomlah,.kita singgah di
mana-mana. Nampaknya nak ajak Suha masuk ke dalam rumah semula, abang rasa
mustahil sangat,.’’ Akhirnya Shuhaimi membuat keputusan untuk meninggalkan
rumah itu. Alarm kereta ditekan dan Ezri pun turut meloloskan dirinya ke dalam
kereta dan mengambil tempat di sebelah pemandu. Terpaksalah Suha duduk seorang
di belakang.
.................................................
‘’Ohh,..macam tu ceritanya. Kau
tahu tak Suha?,.dulukan aku pernah minta izin kat Ajib nak ambil kau buat awek.
Kau tahu apa dia cakap?’’ Ezri yang sudah diterangkan kejadian sebenar mula
bersuara.
‘’Dia kata kat aku macam ni tau,.
Kalau kau nak dia, buat awek ke,.buat bini ke, ambillah tapi pastikan kau
langkah mayat aku dulu! Lepas tu aku balaslah balik. Kalau kau dah mati siapa
nak jadi wali dia? Kaukan abang kandung dia?’’ Ezri ketawa dengan ceritanya
sendiri.
‘’Kenapa kau cakap dia abang kandung
aku? Aku tak pernah cerita pun hal keluarga aku pada kau?!’’ Suha bertanya
ragu.
‘’Manalah aku tahu! Aku selalu
tengok kau keluar masuk rumah yang sama dengan Ajib, aku ingat korang ni dua
beradiklah. Tapi bila mereka bercerita dalam group whatssap kau kahwin dengan Ajib. Aku jadi blank!’’ Ezri bercerita lagi. Suha hanya
tersenyum hambar. Dia memang tak pernah bercerita ibunya hanya pembantu rumah.
Kadang-kadang dia takut diri dia akan disisihkan.
‘’Aku tak pernah nampak nama kau
naik pun dalam group whatssap tu? Kau
tak pernah baca ke atau kau tak berminat dengan topik-topik mereka?’’ Suha terus berbual dengan Ezri. Shuhaimi mula
menguap. Bila mereka langsung tak sedar dengan kewujudannya lagi.
‘’Abang nak pergi toilet kejap! Korang ni berbual tak
hengat dunia. Abang di sebelah pun macam tak wujud dah!’’ Shuhaimi bersuara
rajuk dan bangun. Kedua orang adiknya itu langsung tak bersahut. Mereka terus
rancak berbual.
‘’Bohsan aku! Merapu ja
lebih,.lebih-lebih lagi kaum perempuan. Entah apa-apa topik yang mereka chat. Kadang-kadang aku macam nak keluar
ja dari group tu. Selalunya aku padam
ja tanpa baca sikit pun.’’ Ezri mencebikkan wajahnya sambil bercerita.
‘’Macam mana kau tau aku dah
kahwin, kalau kau tak baca pun?’’ Suha bertanya lagi. Ezri tersenyum.
‘’Mereka upload gambar kau bersanding dengan Ajib. Sebab tu aku
blurr,.kenapa kau berkahwin dengan abang kau! Eh! Tak sangkakan? Macam mana
kita boleh jadi adik beradik pulak? Nasib baik kau reject cinta aku dulu! Kalau tak mesti kita dah buat sumbang
mahramkan?’’ Ezri berkata lagi. Tangannya menongkat dagu, cuba membayangkan
situasi mereka berdua andai mereka sedang bercinta dan kenyataan mereka adalah
adik beradik tiba-tiba terbongkar. Ezri mengelengkan kepalanya berkali-kali.
‘’Manyak ar kau punya sumbang
mahram!’’ Suha membalas sambil tersenyum. Dalam rancak mereka berbual, tanpa
diduga ada mata yang sedang memerhati dan pemilik mata itu sudah mengepal
penumbuknya.
‘’Kita snap gambar nak? Lepas tu
kita upload masuk dalam group whatssap. Biar kasi berasap group tu!’’ sambil bercakap Ezri sudah
bersedia dengan telefon bimbitnya. Mereka berselfie sambil Ezri memeluk bahu Suha.
Ezri terus muat naik gambar mereka
dalam group whatssap teman-teman
sekolah mereka dan menunggu respon kawan-kawan yang lain.
Idah :
Fuyooo!!,. ö
Mira : Aku
kompius tahap gaban dah ni? Korang buat apa ni? Abang Ajib ko tak jeles ke
Suha????????
Imah :
Daebak!!! Aku tabikk arrrrrrr,..
Amri :
Phewitttttttttttttttt,.. LOL!
Dan macam-macam lagi komen yang
keluar. Suha dan Ezri langsung tak membalas. Mereka hanya membaca dalam telefon
masing-masing sambil bibir tak henti-henti tersenyum.
‘’Ini kerja korang ya? Konon nak
keluar dengan abang kandung?!’’ si pengintip sudah datang mendekat. Suha dan
Ezri tercenggang-cenggang.
‘’Ambik kau!!’’ kolar baju Azri
dicekak dan sebiji penumbuk dilayangkan ke muka Ezri. Terlalu pantas perkara
itu terjadi dan Suha masih kaku. Seketika kemudian barulah Suha bangun dan
mendapatkan Ezri dan Ajib yang sudah macam orang kerasukan.
‘’Abang!! ‘’ Suha cuba menarik Ajib dari terus memukul
Ezri.
‘’Relax ar bro! Jangan mengamuk dulu
boleh tak?’’ Ezri pula bersuara dan mengelak dari terus dipukul. Suha mencuba
sedaya upaya menarik Ajib dari menghampiri Ezri.
‘’Suha! Ajib! Ezri! Kenapa ni?
Abang tinggalkan korang sekejap ja. Dah jadi macam ni? Tak malu ke orang
tengok? Haa,..Ajib! cemburu buta lagi la ni?’’ Shuhaimi datang menyelamatkan
keadaan. Ezri ditolak agar menjauh dari Ajib. Shuhaimi berdiri di tengah-tengah
antara keduanya.
‘’Cemburu buta apanya? Yang tak
malu mereka berdua ni ha! Tengah khalayak ramai pun nak berpeluk-peluk ke?’’
Ajib menuding ke arah Ezri dan Suha. Tanpa sedar bahu Ajib Suha tampar.
‘’Bila masa pulak kami
berpeluk? Abang tu yang entah apa-apa! Tak ada angin, tak ada ribut nak
mengamuk? Kesalahan abang yang hari tu pun Suha tak maafkan lagi! Jangan sampai
Suha lari rumah mak long lagi!!’’ Suha mengugut Ajib, sekadar nak menguji hati
Ajib ni. Kalau betul dia ikhlas sayangkan Suha tentu dia akan tenang kembali.
‘’Dah! Dah!! Suha,.Ajib,..jangan
panjangkan lagi hal ni! Abang ingat mungkin semua ini hanya salah faham saja.
Ni abang kenalkan adik lang kami. Suha dengan Ezri ni dua beradik. Kalau abang
dengan papa tak ada Ezri ni boleh jadi wali Suha tau!’’ Shuhaimi kenalkan Ezri
pada Ajib. Ezri hulurkan tangan ingin bersalaman tapi Ajib tak memberi respon
pun. Suha pegang tangan Ajib dan satukan tangannya dengan tangan Ezri.
‘’Kenapa masa kami nikah hari tu
sorang wali pun tak muncul? Sekarang ni banyak pulak wali yang muncul ya??’’
Ajib masih kurang percaya dengan kata-kata Shuhaimi. Dia masih was-was dengan
perhubungan mereka. Dia ingat lagi wajah Ezri yang pernah datang padanya
meminta izin untuk berkawan dan sekaligus bercinta dengan Suha.
‘’Abang dah lama cari Suha dan
ibu tapi takdir hanya mempertemukan kami selepas Suha ada suami. Nak buat macam
mana? Takkan kita nak tolak kehendak takdir?!’’ Shuhaimi mula geram dengan
kerenah Ajib yang cepat baran. Suha sudah muncungkan bibir. Dia berkira-kira
kalau Ajib terus nak mengamuk di situ dia akan blah dan merajuk lagi. Amekaw!!
‘’Ajib!’’ suara seorang lelaki
memanggil Ajib. Semua orang menoleh serentak. Suha memegang tangan Ajib erat.
Dia kenal orang ini. Orang yang mereka jumpa tadi. Dua lelaki dan dua wanita
anggun tadi mengekori mereka ke sini!
.................................................................
Sesuatu yang tak disangka,
Seringkali mendatangi kita,
Apakah suratan atau kebetulan.
Antara lirik lagu Suratan Atau
Kebetulan seolah ditujukan untuk Suha Fasihah. Hidup ini memang berliku dengan
dugaan. Kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku dikemudian hari. Ketika
dia ingin menikah hari itu mereka mencari wali untuk Suha tapi mereka kebuntuan
hingga terpaksa mengunakan wali hakim. Tapi,.bila dia sudah menjadi isteri Suha
baru tahu dia masih punya ramai saudara mara yang boleh dijadikan wali.
Kadang-kadang dia menjadi mushkil, sahkah pernikahan mereka?
‘’Suha!!’’ Ajib memanggil Suha yang
sedang berehat di laman rumah mereka. Suha menoleh dan bibirnya spontan
menguntumkan senyum.
‘’Berangan apa? Dari tadi abang
tengok asyik bertongkat dagu ja!’’ Ajib duduk di sebelah Suha. Wajah Suha
direnungnya.
‘’Banyak yang Suha fikirkan abang.
Entahlah,.kadang-kadang Suha macam tak percaya dengan semua yang berlaku ni.
Sejak abang berubah dan menerima diri Suha,.rasanya dunia ini macam Suha yang
punya! Dulu,.Suha ingat Suha akan terus menjadi pungguk yang sering rindukan
bulan,.sedangkan ‘bulan’ tu tak sudi pun nak pandang wajah Suha ni!’’ Suha
menjawab sambil merebahkan kepalanya di bahu Ajib. Dia mengimbas kembali
waktu-waktu pahitnya bersama Ajib dulu.
‘’Siapa bulan tu? Jangan cakap
bulan tu abang!’’ Ajib sengaja mengenakan Suha.
‘’Kalau bukan abang siapa lagi?’’
Suha mendonggak dan memandang wajah Ajib. Senyuman dibibir Ajib menenangkan
hatinya. Kalau dulu nak tengok Ajib senyum pun payah.
‘’Suha suka tengok abang senyum. Agaknya hati
abang tu dah cair sepenuhnya?’’ Suha menyambung kata. Ajib baru teragak-agak
nak menjawab soalannya tadi.
‘’Kenapa Suha cakap macam tu?
Kalau hati abang ni cair, habislah abang sebab hati abang tu ada nama Suha
sekarang ni. Cair bermakna Suha pun akan hilang dan lenyap dibawa arus,..’’
Ajib cuba merangka ayat-ayat puitis walau kedengaran terlalu janggal
dipendengaran.
‘’Dulu hati abang beku sebekunya
sebab tu abang dingin dengan Suha!’’ Suha berkata selamba. Bibirnya lebar
dengan senyuman.
‘’Kalau dah tahu hati abang ni beku
kenapa Suha tak panaskan awal-awal lagi. Kenapa Suha tak mengaku saja Suha tu
sukakan abang sejak dulu lagi? Abang ingat Suha benci abang sebab Suha tak mau
layan abang. Suha sombong sangat dengan abang dulu!’’ Ajib mengasak Suha dengan
persoalan yang membuatkan Suha merenungnya tak berkelip. Ajib kenyitkan matanya
berkali-kali dan membalas renungan Suha dengan bibir masih menguntum senyum.
‘’Abang baca dairi Suha ke? Tak
amanah betullah abang ni! Mana boleh baca dairi orang!!’’ melihat gelagat Ajib,
Suha meneka sendiri. Ajib sudah ketawa ceria melihat mimik wajah Suha yang
sudah cemberut.
‘’Suha patut bersyukur tau, sebab
dairi Suha tu la abang jadi diri abang macam hari ini. Kalau abang tak tahu
suara hati Suha tu, Suha ingat hati abang ni akan cair dengan sendiri ke?’’
Ajib pegang kedua pipi Suha dan doggakkannya. Maka mata pun bertentang mata.
‘’I
LOVE YOU TOO Suha Fasihah!’’ Suha terkelu mendengar luahan Ajib tu.
‘’So
sweet! Sejak bila abang jadi romantik ni?’’ Suha menyakat Ajib. Jari jemari
Ajib digapainya dan dibawa ke bibir. Diciumnya jari jemari itu dengan rasa
syukur yang tak terhingga.
‘’Sejak Suha berjanji nak bagi
abang anak cepat-cepat!’’ sengaja Ajib berkata begitu. Terbelalak mata Suha dan
dalam masa yang sama dia cuba mengingat kembali. Bila dia berjanji macam tu?
Hatinya berkata-kata.
‘’Suha tak pernah cakap pun!’’
Suha menafikannya. Ajib mengenyitkan matanya sekali lagi.
‘’Tadi abang tengok Suha dah
solat. Suha dah habiskan? Lepas ni pasti Suha kena bagi abang anak jugak!’’ Ajib
jongketkan keningnya berkali-kali. Suha berpura-pura marah. Huh!
‘’Ishhh,.abang ni tak senonohlah!
Tak nak kawanlah. Suha nak pergi gerai depan tu, nak cari pokok daisy pulak!
Abang tak nak temankan Suha ke? Taman Suha ni dah banyak pokok mawar. Lepas
tambah pokok daisy nanti abang buatkan rumah orkid pulak untuk Suha ya?’’ Suha
yang terasa malu terus menukar topik mereka. Ajib ketawa kecil melihat wajah
Suha yang sudah kemerah-merahan itu.
‘’Yalah! Nanti abang temankan
tapi janganlah Suha borong semua pokok-pokok tu! Muflislah abang nanti!’’ Ajib
menyakat Suha lagi. Sesekali dia teringin juga mengikut kata-kata Suha. Macam
cantik ja halaman rumah mereka dengan pokok-pokok bunga yang berbagai warna.
‘’Tapi,.malam ni Suha pulak
temankan abang ya?’’ Ajib menyambung kata sambil mengedipkan matanya lagi. Suha
tersipu-sipu lagi.
‘’Uishh,..abang niiiiiiiiiiiiii,..’’
Suha bangun dan melarikan diri masuk ke rumah. Ajib terus ketawa dan mengikut
Suha.
Cinta! Ia
tak pernah berkata dusta,.
Biar
sedingin ais hadirnya!
Ia tetap
ada,.
Ia bersemadi
dalam jiwa,..
Lalu
ternokhtah di dalamnya!
*****************************TAMMAT********************************
Dialog tambahan,..
Ajib :
Sayang!,.raya nanti kita nak raya di mana dulu? Abang peninglah,.mama suruh
beraya di rumah dia. Papa pulak cakap nak buat rumah terbuka dan suruh kita
beraya di sana. Abang Mie pun dah whatssap abang. Dia cakap nak buat kenduri
kesyukuran. Bapak mertua abang pula asyik call abang je, dia nak abang bawa
anak dia yang degil ni pergi beraya di rumah dia. Sayang buatlah keputusan,
abang ikut ja!
Suha :
Hmm,.dulu Suha ingat abang anak tunggal dan Suha pun anak tunggal. Kita Cuma
ada mama ja..tapi, bila kita dah tahu kita ada papa dan ada keluarga yang
ramai, payahkan nak bahagiakan hati semua orang?
Ajib : Tu la
kan? Tapi,..bila difikirkan balik macam meriah ja raya tahun ni. Mama tu pun
macam nak maafkan papa ja!
Suha: Ya ke
bang? Mama nak rujuk dengan papa semula ke?
Ajib: Tak
semestinya berbaik tu kena rujuk semula! Suha pun tak sukakan kalau nak kongsi
abang dengan wanita lain?
Suha: Jangan
kata Suha,.abang tu pun dah berapa orang lebam kena penumbuk abang!
Ajib:
Hehe,.itu tandanya abang sayang Suha!
Suha:
Elehhhh,..sayanglah sangat sampai semuanya abang nak control! Nasib baik dengan
pak cik jual pokok bunga tu abang tak jeles. Kalau tak melepaslah Suha nak
belek bunga lama-lama di gerai bunga dia tu.
Ajib: Siapa
cakap abang tak jeles. Suha lupa ya anak teruna dia tu bukan main hensem lagi.
Was-was jugak abang nak lepaskan Suha pergi sorang-sorang ke gerai bunga pak
cik tu!
Suha: Teruk
betullah cemburu abang ni? Suha lagi suka masa hati abang berais dulu. Suha
buat apa pun, abang buat tak peduli ja!
Ajib: Masa
tu hati abang ni belum ada nama Suha lagi,.tapikan,.kalau Suha nak abang simpan
nama orang lain dalam hati abang ni,..abang tak kesah!
Suha; Kalau
berani abang buatlah!
Ajib:
Mencabar nampak?!
Suha: Ingat
abang sorang ja boleh buat macam tu? Dalam group
whatssap tu kalau Suha layan,.ada ja yang berkenan dengan Suha ni!
Ajib: Suha
Fasihah!
Suha:
Hehe,.tukan! macam marah jer! Macam geram jer!
Ajib:
Dahlah! Tukar topik! Raya ni nak beraya di mana?
Suha: Rumah
mamalah! Lepas tu kita ajak mama ronda semua rumah. Kan adil macam tu!
Ajib:
Hmm,.okey jugak! Tidurlah,.
Suha: Awal
lagi, suha nak baca cerpen online ni
dulu!
Ajib: Cerpen
apa pulak?
Suha: Hatimu
Sedingin Ais! Macam kisah kita ja!
Szaza
Zaiman: Uishhh,..memang kisah korang pun! Hihi selamat membaca semua! Suha
Fasihah? Macam pernah ku lihat nama ini! Tapi di mana ya? Suha ooo Suha! Mana
kau ni Suha?