Jumaat, 4 April 2014

Tertulis Takdir-NYA Untukku (Part 2)

Aku merenung laut yang membiru di hadapan. Luasnya lautan memberi aku kedamaian. Betapa Agungnya ciptaan Allah! Di sini aku memperolehi ketenangan. Subhanallah! Maha Suci Allah! Betapa indahnya ciptaan-MU ini!
       
                   Aku bertafakur seketika di tepi pantai ini sambil mengimbas kembali pahit manis kehidupanku. Anak-anakku sudah remaja sekarang. Puteri Balqis Anastasyia sudah berusia tujuh belas tahun. Puteri Balqis Asyikin berusia lima belas tahun. Anak bongsu kami Raja Azri Harith sepuluh tahun. Aku sendiri tidak menduga dengan kelahiran Raja Azri. Umur aku sudah memasuki 45 tahun ketika itu. Bila takdir sudah tertulis untukku begitu, apa lagi yang harus ku lakukan selain bersyukur pada-NYA.
       
                    Ketika kepulangan suamiku dari England bersama dengan Tasyia, dia terkejut dengan kewujudan Puteri Balqis Asyikin. Pada mulanya dia memarahi aku kerana menyangka aku sengaja menyembunyikan kelahiran anaknya ini. Kami memanggilnya Ikin memandangkan nama awalan mereka yang serupa. Pada awal kepulangan mereka di sisiku memang banyak kekeliruan yang terjadi. Pada mulanya status kami diragui. Alhamdulillah! setelah dirujuk ke Pejabat Agama kami masih suami isteri, kerana Raja Azhar tak pernah culas mengirim duit kepadaku setiap bulan.

              Dugaan terus datang bertali arus bila Raja Azhar membawa aku tinggal bersamanya kembali. Bukan mudah untuk masuk ke dalam keluarga mereka. Perbezaan darjat dan keturunan pun turut dipertikaikan. Dalam semua kekalutan itu, aku pula disahkan mengandungkan Raja Azri. Ya Allah! betapa terharunya aku menerima perkhabaran itu walau aku masih kurang yakin dengan keupayaan diri. Namun,.dalam melalui kemelut kehidupan yang dilambung ombak perasaan rendah diri dan sebagainya, Allah permudahkan pula kelahiran Raja Azri ke dunia ini. Dialah penguat semangatku ketika itu. Aku memperolehi kekuatan dan semangat untuk mengharungi segala gelombang dan badai kehidupan bila menatap wajah ketiga-tiga anak kesayanganku. Sesungguhnya merekalah nadi hidupku, memberi aku beribu ketabahan untuk menghadapi setiap cobaan.

..............................................
FLASHBACK
                     ''Ibu!,.'' aku melepaskan pelukankanku. Pipi Tasyia aku cium kiri dan kanan sebelum menoleh ke arah Puteri Balqis Asyikin yang sedang memanggil. Dalam hati tertanya-tanya, adakah Tuan Azhar sudah mengetahui tentang kewujudan anak ke duanya ini. Kalau belum, haruskah aku memperkenalkan Puteri Balqis Asyikin ini? Ya Allah! Tunjukkan aku jalannya. Aku sedang keliru saat ini.

                     ''Tuan!,.Mona kenalkan,.Puteri Balqis Asyikin Binti Raja Azhar Harith!'' akhirnya aku membuat keputusan untuk menyatukan kedua beranak ini. Dalam hati turut berdoa agar Tuan Azhar dapat menerima Ikin seadanya. Kesian puteriku ini, selama 4 tahun ini tidak pernah mengenali siapa ayahnya.

                   ''Apa maksud awak Mona? Abangkan dah suruh Mona ambil pil perancang. Lagi pun, hanya seminggu kita bersamakan? Apa muslihat awak sebenarnya ni? Abang tak sangka, abang akan dapat kejutan ni. Anak siapa sebenarnya ni Mona?'' terkejut aku dengan pertanyaan Tuan Azhar. Air mata kegembiraan menyambut kepulangan mereka yang hampir kering tadi merembes kembali. Hati aku teramat luluh dengan pertanyaan Tuan Azhar. Hina sangatkah aku ini di matanya? Hingga dia tergamak menuduh aku berlaku curang.

                 ''Mona,.Mona tak pernah makan pun pil perancang tu Tuan. Maafkan Mona kerana terus membiarkan benih Tuan terus hidup subur di dalam rahim Mona,.'' dalam rasa sebak yang telah meruntun jiwa, aku berusaha untuk bersuara. Berusaha untuk membersihkan nama anakku dari pandangan jijik ayah kandungnya sendiri.

                ''Takkan begitu senang awak mengandung Mona? Hanya dengan beberapa kali kita bersama. Lagi pun,.umur awak ketika itu,. sukar abang nak percaya ini anak abang. Mungkin Mona tak tahu, abang dengan Maria dulu berbelas tahun kami kahwin baru dapat Tasyia, itu pun puas kami pergi berubat!,. '' Tuan Azhar masih meragui kata-kataku. Rozaimah sudah merenung simpati ke arahku. Aku beralih pandang ke arah Ikin dan Tasyia dengan mata yang berkaca. Air mataku sudah bersedia untuk gugur lagi. Air mataku terlalu murah hari ini,  asyik ingin merembes keluar walau ku cuba menahannya.
..................................................................

                      Aku menarik nafas perlahan. Sesungguhnya semua kenangan itu terlalu pahit untukku telan namun nak melupakannya pula aku tak mampu. Semuanya masih jelas, saat tuan Azhar meragui kesetiaanku dan paling tak boleh ku lupa bila Tasyia tidak mahu mengakuiku sebagai seorang ibu. Aku tak boleh nak salahkan Tasyia. Dia cuma berumur setahun ketika dipisahkan denganku dulu. Dia kembali ke sini ketika berumur enam tahun. Lima tahun di luar negara, bukan senang untuk Tasyia menyesuaikan dirinya kembali.

                    Di sebalik semua ini, aku bersyukur kerana tuan Azhar tidak pernah berkahwin lagi selepas pemergian Puan Maria. Aku terharu sangat bila Tuan Azhar dapat menerima aku sebagai isterinya selepas itu.

              ''Mona!,.buat apa kat sini? Budak-budak mana?'' aku menoleh untuk melihat empunya suara. Aku ukirkan senyuman dan berganjak sedikit untuk memberi laluan dia duduk di sebelahku.

             ''Saja!,.Mona nak tengok laut puas-puas. Anak-anak tadi ada ja di dalam bilik. Abang dari mana ni?'' soalanku ajukan pula untuknya, dalam masa yang sama aku merenung wajahnya dalam rasa kasih yang semakin menebal.

             ''Abang jumpa kawan. Jauh Mona menung? Mona ingatkan siapa?'' sekali lagi kedua ulas bibirku membentuk senyuman. Tuan Azhar sudah melabuhkan punggungnya di sebelahku. Tangannya didepangkan dan memaut bahuku. Terasa bahagia menyusup masuk ke seluruh urat tubuhku. Baruku tahu Tuan Azhar seorang yang agak romantik walau telah berusia. Umur aku dan dia tak jauh bezanya.Dia cuma tua dua tahun dariku.

         ''Tak ingat sesiapa pun, Mona nak ambil angin laut sambil menghayati keindahan alam. Anugerah Allah yang terindah untuk kita. Bila tengok laut terasa damai saja hati ini. Dulu, kalau Mona stress, Mona selalu ajak Rozaimah datang tengok laut. Laut, kadang-kadang mampu jadi penyembuh jiwa. Laut, kadang-kadang mampu jadi penawar minda untuk bermadah dan berpuisi,.'' aku menghabiskan ayatku sambil memaut tangan tuan Azhar. Tangannya ku gengam erat dan sentuhanku berbalas. Aku panggung pula kepala untuk merenung wajahnya.

             ''Mona banyak berubah. Terima kasih kerana sudi jadi ibu untuk anak-anak abang!'' kata-kata tuan Azhar membuatkan aku terfikir sejenak. Apa yang berubah? Entah kenapa persoalan itu yang menerjah mindaku.

             ''Berubah? Apa maksud abang? Mona rasa Mona macam biasa ja,.'' soalan terus ku lontarkan. Tak mahu memikirkannya lagi.

             ''Mona semakin tua semakin cantik pulak abang tengok,'' tuan Azhar menjawab sambil tergelak kecil. Aku mencebik pantas. Aku mengaku, aku tak chubby lagi macam dulu. Sejak tuan Azhar pergi ke England dan aku melahirkan Ikin, aku cuba berdiet. Berkat dorongan Rozaimah, akhirnya selama dua tahun selepas aku menjaga pemakanan dan mengikut saranan pakar pemakanan, aku dapat menurunkan berat badan.

              ''Oh!,.jadi selama ni abang terima Mona sebab Mona semakin cantiklah. Kalau tak cantik abang tak terimalah! Macam tu?,'' aku cuba menguji tuan Azhar dengan serkap jarangku. Mana pernah dia puji aku cantik pun selama ni. Dah nak masuk senja pun umur aku ni, baru nak puji ke? Mushkil pulak aku!

                   ''Ishh,.ni yang malas nak puji orang perempuan ni. Pantang dipuji sikit, mulalah nak perasan tak bertempat,.'' aku bengang dengan kenyataan tuan Azhar. Hampeh betul! Tersalah cakap masuk jerat sendiri pulak dah. Sedap ja dia cakap aku perasan.Aku renung tajam wajahnya agar dia tahu aku tengah marah tapi dia bersikap selamba pulak.Geram betul aku dibuatnya.

                   ''Dah!,.jangan dok tengok abang macam tu. Puan Monaliza sayang!,.kalau abang nak isteri cantik di England tu berjuta wanita cantik abang mampu tackle tau! Ingat abang ni koman sangat. Kalau tak kerana cik puan ni abang dah lama kahwin 2-3 dah. Tak payah nak balik Malaysia!''  kembang pulak hati aku ni mendengar kata-kata tuan Azhar. Dalam hati sudah tersenyum bangga tapi bibir masih nak tunjukkan keegoannya. Aku tayang wajah beku seolah tak mempercayai kata-katanya.

                    ''Eleh,.yalah tu!'' aku fokuskan pandangan ke arah lautan, tubuh aku sandarkan di kerusi batu yang aku dan tuan Azhar duduki. Terdengar tuan Azhar ketawa galak. Suka pulak dia melihat wajah bekuku. Huh!

                ''Jom masuk bilik! Dah lewat malam ni. Esok kita nak balik KL pulak. Malam ni malam last kita di sini. Untung-untung lepas ni Azri boleh timang adik lagi ke, siapa tahu,.'' Tuan Azhar ketawa lagi. Nak bergurau pun tak bertempat. Huh! Tadi dia cakap aku perasan tak bertempat. Bayangkan, dengan umur aku yang dah nak masuk 56 tahun ni, mengandung lagi, maunya gah satu Malaysia agaknya. Aku hanya merungut di dalam hati tanpa memberi respon dengan gurauannya. Malas pulak untuk membalas, jadi isu pulak nanti untuk dia terus mengenakan aku.

              Kami bergandingan tangan masuk ke chalet yang kami sewa. Percutian selama seminggu di tepi Pantai Cenang ini bakal berakhir.Selepas ini kami bakal mengadap hutan batu lagi. Pulang ke kuala Lumpur bermakna pulang untuk mengadap kesibukan jalan raya yang selalu dihujani kesesakan lalu lintas. Inilah kehidupan di dunia yang semakin canggih dan membangun ini.
.................................................
FLASHBACK
                       ''Tasyia! Sini sayang! Ibu tolong Tasyia ikatkan rambut tu. Comel anak ibu ni,'' aku cuba memujuk Tasyia yang terkial-kial menyikat rambutnya yang panjang itu. Sejak aku dibawa pulang ke rumah ini Tasyia tak begitu mesra denganku. Ada saja ragamnya yang membuatkan aku terasa hati, namun aku tak mahu terlalu memikirkannya. Usia Tasyia baru enam tahun. Lagi pun jarak lima tahun perpisahan kami mungkin menyukarkan Tasyia untuk menerima aku kembali.

              ''Tak nak! Tasyia tak ada ibu! Mama Tasyia dah meninggal. Nenda yang cakap. Ibu bukan ibu Tasyia!'' kuat suaranya menerjah gegendang telingaku. Aku kebam bibir dan berusaha menahan perasaan yang sudah sebak di dalam.Perit hatiku untuk terima kenyataan ini.

               ''Ibu tahu Tasyia,.mari sini sayang! Ibu tolong Tasya ikatkan rambut Tasyia tu!'' aku masih cuba berlembut dan terus memujuk Tasyia. Aku mencuba mengambil hati Tasyia kembali. Dia 'anak pertamaku', takkan dapat ditukar ganti dengan orang lain. Tasyia  amanah Puan Maria untukku jaga dan beri kasih sayangku secukupnya.

                     ''Tasyia cakap tak nak! Tak naklah! tak faham ke? Ibu bukan ibu Tasya! Pergi! Pergi! Jangan ganggu Tasyia!'' mataku sudah pedih bila Tasyia menghalau aku keluar dari biliknya. Tasyia hanya mahu dilayan oleh pembantu rumah. Sebagai ibu, aku ingin sekali menjalankan tanggungjawabku tapi nampaknya keinginan itu belum mampu ku laksanakan ke atas Tasyia. Entah apa yang membuatkan Tasyia begitu membenci diriku?

                  ''Tasyia,.'' suaraku sudah tersekat di kerongkong. Ayat-ayatku sudah tak berdaya ku luahkan bila air mataku terlebih dahulu membisikkan kepedihan hati akibat ditolak bantuanku oleh anakku yang sangat ku rindui. Puteri Balqis Anastasyia yang merupakan penawar laraku suatu ketika dulu kini sudah jauh dari hatiku.Sampai hati anak kesayanganku buat aku begini. Aku mengesat pantas air mata yang merembes laju di pipi.

                         ''Ibu! Balqis nak minum. Balqis dahaga ni!'' anak ke duaku datang ke bilik Tasyia. Aku cuba mengukirkan senyuman. Air mataku lantas ku kesat hingga kering. Aku menarik nafas dan cuba mengawal perasaan agar Puteri ke duaku ini tidak dapat menangkap keresahan dan kepedihan hatiku.

                 ''Eh!,.Balqis tu nama akulah. Siaplah kau kalau gunakan nama tu lagi!'' Tasyia tiba-tiba bertempik dengan kuat. Balqis Asyikin  yang turut tersentak dengan tengkingannya berlari bersembunyi di sebelahku.

               ''Nama kite memang Balqislah! Kan ibu?'' dalam takut Balqis Asyikin tetap membalas. Aku pula yang menjadi serba salah. Tidak menyangka akan melalui situasi ini. Aku namakan dia Puteri Balqis Asyikin dan memanggilnya dengan nama Balqis kerana terlalu rindukan Puteri Balqis Anastasyia. Tak sangka pula keadaan akan jadi begini.

                ''Okey! Okey! Mulai hari ni ibu panggil Balqis dengan nama Ikin. Okeykan Tasyia?'' aku membuat keputusan untuk ke duanya. Tasyia mencerunkan wajahnya. Kata-kataku langsung tak diambil endah.

                ''Bibik! Bibik!,.tolong Tasyia buat tocang kejap! Tasyia dah lambat ni nak pergi Taska. Nanti Pak Karim datang ambil, Tasyia belum siap lagi,.'' Tasyia bersuara kuat tanpa mempedulikan aku dan Balqis Asyikin. Aku terkilan yang teramat sangat dengan layanan Tasyia. Aku cuba bersabar dan bertabah hati.

               ''Ibu! Balqis dahaga ni!'' aku terkejut bila Balqis Asyikin menarik bajuku. Aku melepaskan nafas dan memimpin tangan Balqis Asyikin turun ke bawah. Tasyia aku tinggalkan dengan bibik untuk menguruskannya. Kalau dia sudah menolak aku, apa lagi yang harus aku buat? Aku mengalah dulu buat sementara waktu ni. Mungkin belum masanya untuk Tasyia menerima aku kembali. Aku takkan berputus asa dengan mudah. Biar apa pun Puteri Balqis Anastasyia tetap anakku juga.
...........................................................


                      Seawal pagi aku bangun untuk menyediakan sarapan. Tahun ni Tasyia akan mengambil peperiksaan SPM manakala Asyikin akan memngambil peperiksaan PMR. Aku pula yang berdebar-debar tak menentu sejak awal tahun lagi. Azri baru sepuluh tahun.  Anak bongsuku ini bersekolah di asrama penuh atas permintaannya sendiri. Mungkin sedari kecil aku asuhnya dengan bacaan Al-Quran dan si bongsuku ini lebih berminat untuk belajar di sekolah agama. Alhamdulillah! Bersyukur aku ke Hadrat-MU Ya Allah kerana membuka hati anak bongsuku ini ke arah mencari keredhaan Ilahi dalam usianya yang masih muda.

                Berbeza pula dengan Asyikin dan Tasyia. Semakin lama aku semakin melihat perbezaan di antara mereka. Tasyia lebih mendengar cakapku berbanding Asyikin yang asyik menentang arahanku. Asyikin selalu menuduh aku memilih kasih. Ya Allah! Aku sayang ke semua anak-anakku tanpa sebarang pengecualian. Kenapa harus jadi begini?

                Dugaan paling berat untukku dalam mendidik anak-anak remajaku. Dari segi pemakaian juga aku harus utamakan agar kehormatan mereka sentiasa terjaga. Bukan mudah untuk mendidik anak perempuan, lebih-lebih lagi dalam zaman yang penuh dengan fesyen yang pelbagai. Pemakaian tudung pun ada fesyen dan gayanya. Dunia fesyen bukan menuntut untuk menutup aurat pun. Kebanyakan yang pakai tudung tapi tak menepati syariat yang ditetapkan dalam Islam. Memakai tudung tapi berseluar jeans dan berbaju ketat dan singkat. Memakai tudung tapi memakai skirt atau baju singkat. Memakai tudung tapi berbaju lengan pendek.

                      Hari ini dalam zaman serba moden dan canggih dengan kepesatan ekonomi dan teknologi, manusia sudah terlalu maju dan moden. Dunia tanpa sempadan kata orang. Di internet pelbagai info boleh kita dapati dengan mudah. Laman-laman sosial tumbuh bagaikan cendawan.Ada yang mengunakannya dengan cara yang penuh hemah, berkongsi Ilmu dan sebagainya, namun tak kurang juga yang mengunakan laman sosial ini untuk mengutuk, memfitnah dan paling sedih bila mereka berkongsi kisah peribadi yang mungkin tanpa mereka sedar mereka sebenarnya sedang membuka aib mereka sendiri.

               ''Ibu!,.Tasyia tak sempat nak sarapanlah pagi ni, Tasyia dah lewat ni. Ibu masak apa?'' aku menoleh ke arah Tasyia yang sudah kemas dengan uniform sekolahnya. Bibirku sudah lebar dengan senyuman.

             ''Makanlah sikit Tasyia! Untuk alas perut pun jadilah. Ibu buat nasi goreng pagi ni.Special ni, rugi kalau tak makan'' aku cuba mengumpan seleranya. Nasi goreng memang makanan kegemaran anak-anakku. Nasi gorengku selalunya aku guna cili padi dan bahan-bahannya selalu aku campurkan dengan isi ikan goreng atau isi ikan rebus.

             ''Nasi goreng ibu? Wah!,.macam sedap jer,.'' Tasyia menarik kerusi dan mula mengadap hidangan.Tergelak kecil aku memerhatikan gelagatnya. Tadi jual mahal, bila dah mula menyuap macam dah tak nampak dunia.

               ''Ikin mana Tasyia? Belum turun lagi?'' aku merenung wajah Tasyia yang sedang menyuap dengan penuh selera. Dia memandang aku seketika dan menyambung menyuap kembali.Gelojoh pulak nampaknya. Hiesy!,.budak-budak sekarang ni!

           ''Ikin? Tadi Tasyia nampak dia dah turun.'' aku terkedu. Semalam aku ada menegur Ikin dan dia merajuk denganku. Tak habis lagi ke rajuknya itu? Aku mula resah dalam hati. Susahnya nak menjaga hati anak-anak ni. Kadang-kadang sebagai ibu aku jadi serba salah. Tak ditegur salah, kalau dah tegur pun salah. Anak-anak zaman moden kadang-kadang sukar ditegur. Ibu juga perlu bijak bermain dengan psikologi. Aku akui aku tak pandai untuk menunjukkan kasih sayang. Aku sendiri pun tak pernah merasa kasih sayang seorang ibu kandung.

                 ''Ibu! Tasyia pergi dulu ya! Terima kasih nasi goreng ibu. Best giler,.'' Tasyia menyalamiku dan mencium pipiku. Terharu aku dengan gelagatnya.Sesungguhnya Tasyia lebih senang dilentur berbanding Ikin. Entah apa yang dia marah sangat denganku?

                  ''Mona masak apa pagi ni? Dari luar lagi abang dah bau. Macam sedap ja?'' Tuan Azhar pula menyusul selepas Tasyia menghilang. Kerisauan aku mengenai Ikin sebentar tadi aku lupakan buat sementara waktu.

                  ''Nasi goreng ja bang. Abang nak makan roti bakar ke?'' selera Tuan Azhar tak sama dengan anak-anakku.Dia tak suka mengambil makanan berat pada waktu pagi. Selalunya dia lebih suka roti bakar di sapu kaya atau jem, atau pun sandwich bersama tuna.

              ''Tak apalah. Abang makan ja apa yang ada,'' aku memerhatikan wajah suamiku. Lain macam saja pagi ni?

                ''Nasi goreng ni bang. Kalau abang nak makan roti ada ja dalam peti ais tu. Bukannya lama pun nak siapkan,'' aku yang sudah mula mushkil ni cuba bertanya sekali lagi. Mana tahu salah dengar ke.

                   ''Tadi abang sempat dengar Tasyia kata nasi goreng Mona ni best giler,.abang nak try jugak, kalau abang makan ni giler ke tak,.'' Tuan Azhar berkata sambil tergelak kecil. Mencebik tanpa sedar aku mendengarnya.

               ''Kenapa dengan Ikin tu. Muncung ja abang tengok tadi?'' aku menarik nafas perlahan mendengar soalan Tuan Azhar. Aku tarik kerusi di sebelahnya dan mula duduk sambil mengisi nasi goreng ke dalam pinggannya dan pingganku. Selesai memasukkan nasi goreng aku menuang milo ke dalam cawan dan hulurkan kepadanya. Aku bersedia untuk bercerita kepadanya perihal aku dengan Ikin.

                  ''Dia minta duit semalam, nak tengok wayang dengan kawan-kawan. Mona tak izinkan. Mona cakap kalau nak tengok wayang ke apa ke tunggu habis exam nanti kita pergi sekeluarga. Itu yang merajuk tu, pagi ni tak tegur pun Mona,.'' aku bercerita sambil mendengus kecil. Terasa hati dengan sikap Ikin sejak akhir-akhir ini. Niat aku baik, aku bukan nak mengongkong dia pun, cuma aku risau dia keluar dengan kawan-kawan. Bagi aku, kalau apa hal pun, biarlah berlaku di depan mata aku.

              ''Dia nak lepaskan tekanan tu. Izinkanlah! Mona mengongkong sangat anak-anak. Itu tak boleh, ini tak boleh. merajuklah dia,.'' aku memandang sayu ke arah Tuan Azhar. Aku ke yang salah? Sebak pula dada bila suami lebih memenangkan anak berbanding tindakan aku. Mengongkong ke macam tu? Aku cuma takut anak-anakku akan terjebak dengan pergaulan bebas ja. Dah macam-macam berita yang aku baca di media-media massa. Seram aku memikirkannya, andai kata semua itu bakal terjadi kepada anak-anakku.

             ''Mona bukan nak mengongkong bang, tapi abang tengoklah Ikin tu,.rimas Mona ni bang. Mona sayang semua anak-anak Mona bang. Mona tak naklah bila dah jadi apa-apa nanti baru nak menyesal,.'' aku membantah kata-kata tuan Azhar. Perasaan sebak yang bersarang di dada cuba ku kawal sekuat mungkin agar tidak terkesan olehnya.

               ''Doa Mona! Mona solat sehari lima kali. Berdoalah agar anak-anak kita dilindungi Allah, agar tak terjebak dengan gejala-gejala tak sihat. Mendidik anak ni bukan menegah semua yang dia nak, lagi pun doa seorang ibu itu mungkin akan termakbul kalau Mona berdoa dengan hati yang ikhlas,.'' sekali lagi aku tersentak.Itulah yang selalu aku doakan setiap kali solat,mendoakan kebahagiaan dan keharmonian keluargaku.

             ''Yalah!'' akhirnya aku beralah. Malas aku nak bertekak dengan orang-orang bijak pandai ni, apa yang aku cakap pasti dibidas kembali, kesudahannya aku juga yang bakal makan hati berulam jantung.
....................................................................

FLASHBACK

                  ''Mona! Abang rayu Mona,.tolonglah Mona! Kembalilah ke pangkuan abang. Abang masih sayangkan Mona. Abang rindukan Mona selama ni.Mizah tak seperti apa yang abang fikirkan.Mizah,.Mizah garang Mona, dia selalu buli abang,kadang-kadang duit gaji abang dia rampas ke semuanya, sampaikan abang terpaksa jadi penipu sekarang ni,.'' aku mendengus keras mendengar Ammar yang terus-terusan merayuku. Rimas betul untuk melayan manusia yang tak faham bahasa ni. Bukan dia tak tahu aku sudah kahwin dengan Tuan Azhar. Sudah banyak kali aku berterus terang akan perasaanku kepadanya. Dalam hati aku ni dah tak ada ruang untuknya. Aku terlalu kecewa dengan tuduhannya dulu. Tergamak dia menuduh aku ni isteri nusyuk dan menfailkan tuduhannya di Mahkamah Syariah sedangkan dia yang bersalah mengabaikan nafkah zahir dan batin untukku selepas berkahwin dengan Hamizah.

                ''Pulanglah abang! Izinkan Mona hidup bahagia dengan cara Mona. Lagi pun Mona ni isteri orang abang. Kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Lupakanlah Mona bang. Tolonglah Mona, kalau kak Imah dan Mizah tahu, bukan abang yang kena. Abang sendiri kenalkan,macam mana perangai kakak ipar kesayangan abang tu? Pulanglah! Jangan ganggu Mona!'' berulangkali aku katakan padanya supaya jangan menganggu aku lagi tapi semua kata-kataku ibarat mencurah air ke daun keladi. Inilah sikap Ammar yang paling aku tak suka. Kata-kata aku langsung tak meninggalkan kesan untuknya tapi kalau orang lain tu cakap apa pun dia menurut saja bagai lembu dicucuk hidung. Letih aku melayan kerenahnya sekarang. Hari-hari dia datang ke tempat kerjaku.

                    Selepas Tuan Azhar membawa Balqis ke England, Rozaimah mengajak aku tinggal bersamanya. Aku mencari kerja demi meneruskan hidup di bandar besar ini. Alhamdulillah, aku diterima bekerja di sebuah kedai bunga yang berdekatan taman perumahan Rozaimah. Dalam kemelut jiwa yang bersarang aku mendapat khabar gembira. Sebulan selepas Tuan Azhar meninggalkan aku,aku disahkan mengandung anaknya. Berita gembira yang langsung tak ku duga, namun bila mengingati keguguranku yang berturut-turut membuatkan jiwaku kembali berantakan. Bagaimana kalau aku keguguran lagi? Alangkah letihnya untuk menghadapi situasi itu, apatah lagi tanpa suami di sisi untuk menemani detik-detik itu.

                 ''Suami? Sudahlah Mona! Jangan nak berangan bersuamikan orang kaya macam majikan Mona tu. Mona tengok sekarang. Di mana dia? Suami tu tempatnya di sisi isteri tapi Mona ditinggalkan. Mona! Celik sikit mata Mona tu! Abang tahulah abang tak sekaya majikan Mona tu, sebab tu Mona tinggalkan abang dulukan?'' aku terus beristighfar di dalam hati. Inilah perangai manusia. Suka sangat menuding jari menyalahkan orang lain seolah dia tu terbaik sangat!

                 ''Dahlah abang! Pulanglah ke pangkuan isteri kesayangan abang tu. Tolonglah abang!'' aku terus berlalu meninggalkan Ammar di luar kedai. Aku betul-betul tertekan melayan kerenah Ammar sejak akhir-akhir ini. Kenapa Ammar selalu nak melukakan hati aku? Kenapa Ammar tidak mahu mencelik mata hatinya untuk melihat kesalahannya sendiri? Mungkinkah Ammar mahu kembali kepadaku kerana dia tahu Tuan Azhar selalu mengirim wang untukku atau kerana perubahan diriku sejak akhir-akhir ini.

               Ya! Sejak aku tinggal di Shah Alam ni, aku mula menjaga penampilan diriku, walau aku sedang mengandung sekarang ni tapi aku cuba berdiet cara sihat dan mencuba menyesuaikan diri dengan produk kecantikan. Wajahku memang banyak berubah berbanding dulu. Terima kasih kepada Rozaimah kerana mengajar aku untuk menghias diri. Mengajar aku berpenampilan menarik, sesuai dengan statusku sebagai pekerja di kedai bunga. Ah,.bekerja di mana pun, untuk menarik pelanggan mestilah berpenampilan menarik, yang penting masih mengikut syariat Islam yang ditetapkan. Masih menutup aurat seperti sepatutnya. Tak salah kita nak bergaya, yang penting masih berpenampilan sopan.
...........................................................

                           Aku beristighfar seketika. Usai solat, aku termenung panjang di atas sejadah. Kadang-kadang minda aku selalu menerawang ke masa silam. Kenangan pahit yang selalu mengetuk kotak fikiranku ini adakalanya menyesakkan dada dan adakalanya membuatkan aku tersedar bahawa hidup ini tak semudah yang aku duga. Bila anak-anak masih kecil aku terasa bahagia dapat membelai mereka, tapi bila anak-anak semakin meningkat dewasa, aku terasa semakin jauh dengan mereka. Adakah aku gagal sebagai seorang ibu?

                Mendidik anak-anak berbeza dengan usia mereka. Bagiku lebih seronok membelai bayi daripada memberikan kasih sayang kepada anak-anak remaja.Aku tahu, aku pun pernah remaja tapi takkan sama zaman aku dan zaman anak-anak. Aku dulu lebih banyak berdikari. Aku lebih tegas dalam mengawal segala perilakuku. Aku tak pandai sangat bersosial zaman remajaku.Dalam zaman moden ni, bukan anak-anak takutkan ibu bapa tapi ibu bapa yang perlu berhati-hati untuk menegur anak-anak. Aku paling takut bila membaca berita mengenai kehilangan anak-anak remaja. Anak-anak remaja lari dari rumah dan sebagainya. Seram aku memikirkan semua kemungkinan itu. Sebagai ibu pasti kerisauan itu berganda-ganda bila setiap kali Ikin dan Tasyia keluar bersama kawan-kawannya. Apa yang mampu aku buat hanyalah mendoakan kesejahteraan mereka. Hanya kepada Allah aku memohon pertolongan agar melindungi anak-anakku.

               Hurm,.aku mengeluh lagi, hidup ini semakin sulit, andai kita sendiri yang menjadikannya sulit. Aku tak mahu menuding jari kepada orang lain, masalah aku dengan Ikin mungkin berpunca dariku sendiri. Ingat lagi aku ketika Tasyia dan Ikin masih kecil, manakala aku pula baru melahirkan Azri ketika itu. Umur Ikin baru lima tahun dan Tasyia tujuh tahun. Mungkin kerana aku terlalu fokus untuk merebut kembali kasih sayang Tasyia, jadi tanpa sedar aku telah mengabaikan Ikin. Aku juga manusia biasa yang takkan terlepas dari melakukan kesilapan.

             ''Ikin,.tolong ibu sayang, jaga adik kejap! Ibu belum solat ni,.'' Azri yang sedang terkapai-kapai seorang diri aku pandang dengan penuh kasih. Nak ditinggalkan dia seorang diri, aku takut dia menangis pula. Aku cuba tidurkan dia, tak mahu pula dia tidur. Masa untuk solat dah hampir habis, mahu atau tak terpaksa juga aku meminta tolong Ikin yang sedang ralit bermain dengan permainannya.

            ''Ibu suruhlah kak Tasyia!!,.'' Ikin membentak kepadaku. Sejak kami berpindah masuk ke rumah Tuan Azhar semula, Ikin asyik menunjukkan perilakunya. Dia sudah tidak mahu mendengar cakap seperti dulu. Kadang-kadang terfikir juga di dalam hati, adakah Ikin tidak bahagia dengan kehidupan kami sekarang? Sebelum ini, dia anak tunggal yang selalu aku manjakan, sedangkan sekarang, dia sudah punya kakak dan adik. Aku mengalihkan perhatianku ke arah Ikin, dia tak memandang aku pun. Asyik benar dia berbual dengan anak patungnya. Kalau nak diikutkan, aku tak mengalakkan dia bermain dengan anak patung kerana, aku pernah mendengar ceramah agama di tv yang mengatakan, anak patung ni, anadainya kita simpan di dalam rumah sebagai perhiasan dan sebagainya, Malaikat Rahmat takkan masuk ke rumah. Allahualam!,.aku pun tak pasti!

             ''Kak Tasyia buat kerja sekolah kot!'' aku berkata ragu, walau sudah dua tahun tinggal serumah, Tasyia masih belum menerima aku sepenuhnya. Dia hanya panggil aku ibu tapi dia tak menganggap aku sebagai ibu pun. Serba salah aku dengan sikap kedua orang anak perempuanku ini. Dugaan untuk berhadapan dengan keduanya begitu berat bagiku. Nak mengambil hati Tasyia dan merebut kembali kasihnya terlalu sukar, tidak seperti apa yang aku bayangkan. Ikin pula berubah sikap 100%. Dia bagaikan bukan Ikin yang dulu. Dulu dia terlalu manja dan bersikap lembut denganku. Sekarang Ikin asyik nak memberontak. Kata-kataku langsung tak bermakna apa-apa untuknya. bercakap dengannya ibarat aku bercakap dengan tunggul mati, kalau dia memberi respon sekali pun, kata-katanya cukup kasar di pendengaranku. Aku tertanya-tanya, apa yang membuatkan Ikin berubah laku?

             ''Kejap ja Ikin! Ibu nak solat ni,.'' aku masih memujuk Ikin sambil membelai rambutnya. Dia masih begitu. Kali ini kata-kataku tak dijawabnya.Dia hanya fokus kepada kawan karibnya. Aku mengeluh perlahan. Akhirnya, aku bangun dan menuju ke bilik air. Azri aku tinggalkan di dalam katil bayi dan berdoa di dalam hati agar Allah memelihara Azri agar tidak menangis dan sebagainya sepanjang aku mengerjakan suruhan-NYA.

.........................................................

           
                    Hari ini aku mengunjungi Rozaimah di butik. Sejak aku berpindah balik ke Kuala Lumpur, urusan butik aku serahkan sepenuhnya kepada Rozaimah. Aku dah ada Tuan Azhar dan anak-anakku, Hal harta dunia ni tak penting lagi bagiku, namun Rozaimah tetap rakan kongsi yang terbaik. Keuntungan butik tetap dimasukkan ke akaunku setiap bulan, walau aku melarangnya. Dia nak beli share aku, aku tak tergamak nak jual, butik  ini satu-satunya kenangan aku bersama Rozaimah.

                Rindu benar aku kepada sahabat baikku ini. Dia ada dikala susah dan senangku. Rozaimah sekarang dah ada lima orang cucu dan Rozaimah juga sudah tiga tahun berkahwin dengan seorang duda beranak satu. Lucu perkenalan mereka. Azmeer merupakan seorang suami yang sangat setia sebelum berkenalan dengan Rozaimah. Mereka hanya menjadi rakan di dalam facebook pada mulanya.Mengikuti perkembangan hubungan mereka, aku jadi teringat pada kisahku sendiri. Pernikahan terpaksa kami yang direstui Puan Maria.

             Hidup ini dipenuhi onak dan duri, namun disebalik onak dan duri yang terhampar di jalan yang berliku ini, ada kemanisan di penghujung jalannya. Kita sebagai manusia hanya perlu terus kuat dan tabah dalam menempuhinya, biar pun kaki kita bakal terluka. Apa yang pasti kelukaan itu adakalanya akan menjadi penawar paling mujarab untuk kita meneruskan kehidupan. Kelukaan masa lalu kita memberi pengalaman paling berharga untuk kita.Contohnya aku dan Rozaimah sendiri. Aku diuji dengan kehilangan anak, sedangkan Rozaimah diuji dengan kehilangan suami. Kami terus diuji, aku terpaksa bercerai dan dipaksa kahwin dengan Tuan Azhar. Rozaimah menjadi ibu tunggal dan harus menyara kedua anak dan ibu bapanya kerana dia anak tunggal. Bukan senang untuk menjadi wanita yang tabah, andai tiada kecekalan hati.

          Bukan aku saja yang pernah diserang kak Imah dan Mizah tapi Rozaimah juga pernah diserang oleh seorang wanita gara-gara suaminya yang kemaruk cinta dengan Rozaimah. Bagi aku Rozaimah tak bersalah kerana aku tahu Rozaimah langsung tidak melayan lelaki itu, tapi lelaki itu yang selalu menganggu Rozaimah. Salahnya Rozaimah kerana penampilannya yang agak menarik walau sudah berumur. Buktinya dalam umurnya 53 tahun dia masih bertemu jodoh dengan Azmeer yang berumur 40 tahun ketika itu. Sepuluh tahun Azmeer menduda kerana kematian isterinya ketika melahirkan anak pertama mereka. Kononnya Azmeer pernah nekad takkan pernah kahwin lagi selepas itu. Yang namanya manusia, kita hanya mampu merancang tapi Allah dah tetapkan segalanya. Mereka selalu berchatting di dalam facebook dan Allah telah membuka hati keduanya untuk menerima cinta baru dalam hidup mereka. Sesungguhnya, manusia ini tetap perlukan teman di sisi untuk terus melayari kehidupan di dunia ini. Aku bersyukur kerana teman terbaikku dikurniakan seorang suami sebaik Azmeer dan anak tunggal Azmeer dapat menerima Rozaimah seadanya.

              ''Apa mimpi ni, tiba-tiba terjah aku di sini?'' selepas kami bersalaman, ayat inilah yang Rozaimah keluarkan. Aku hadiahkan senyuman untuknya. Aku pun tak pasti kenapa hati aku ini begitu kuat mengatakan, aku terlalu merindui sahabat baikku ini untuk berkongsi suka dan duka kami seperti dulu.Rindu yang terlalu dalam hingga aku tak mampu nak mengungkapkannya. Sengaja aku nak buat susprise kepada Rozaimah dan datang tanpa memberitahunya terlebih dahulu.

             ''Kenapa? Kalau tak mimpi tak boleh datang ke? Aku rindu kau la. Kau sihat Zai?'' aku terus merangkul Rozaimah tanpa sedarku. Air mataku mengalir laju menuruni pipiku. Sebak pula dadaku ini.

          ''Kenapa dengan kau Mona? Kau ada masalah ke? Dah la datang tak bagitau aku, ni siap buat drama air mata lagi. Kenapa ni?'' Rozaimah melepaskan pelukanku dan menatap lama wajahku. Aku tersenyum hambar. Bagaimana nak ku hamburkan perasaanku kepadanya sedangkan aku sendiri tidak pasti, apa yang membuatkan jiwa aku begitu sayu saat berdepan dengannya di ketika ini.

             ''Alahh,..kau beruntung tau! Bukan senang tau nak tengok air mata aku ni. Calang-calang orang je yang boleh tengok ni,.'' aku bernada gurau sambil tergelak kecil. Air mata aku seka dengan telapak tangan.

              ''Yalah tu!,.tengok muka pun tau,.macam orang tengah stress aje ni?'' Rozaimah serkap jarang. Aku ketawa lagi sambil menepuk perlahan bahunya. Kami masuk ke butik dan Rozaimah membawa aku masuk ke bilik pejabatnya. Butik ini sudah dibesarkan dan Rozaimah sudah punya bilik sendiri. Ada pereka fesyen khas yang telah diupah Rozaimah untuk mereka cipta baju-baju wanita muslimah di sini, sesuai dengan syariat yang telah ditetapkan dalam Islam. Baju-baju pengantin pun semuanya jubah-jubah yang labuh dan longgar.Perkembangan terbaru butik kami yang telah aku persetujui. Kita nak berbisnes ni haruslah mengikut syariat Islam. Bukannya nak mengutamakan keuntungan semata-mata. Apa gunanya untung yang berjuta ringgit tapi baju-baju yang kita sediakan mengundang maksiat mata. Rata-rata butik hari ini menyediakan pakaian pengantin yang menayangkan susuk tubuh seorang wanita yang seharuskan dilindungkan.
           
             ''Jujur dengan aku Mona!'' Rozaimah masih mempersoalkan tujuan aku datang berjumpa dengannya. Terlontar juga sebuah keluhan dari dua ulas bibirku. Dengan Rozaimah, aku memang tak boleh berahsia apa-apa. Agaknya, dia sudah boleh menghafal riak wajahku ini?

           ''Tak taulah Zai! Aku pun tak tahu macam mana nak cerita. Aku rasa semacam di dalam ni, tapi aku tak tahu apa. Aku rasa sayu semacam saja sejak dua tiga hari ni. Aku selalu pening dan nak pitam tapi bila chek doktor okey ja. Doktor cakap normal ja. Tak ada pulak kencing manis or darah tinggi. Ni, yang aku datang jumpa kau ni,.kot-kot tak sempat pulak aku nak menatap wajah kau untuk kali terakhir,'' dalam rasa sebak, aku masih sempat bernada lawak di hujung ayatku. Rozaimah membuntangkan matanya kepadaku. Aku terus ketawa besar melihat gelagatnya.

             ''Eh!,.aku ni tua dua tahun dari kau tau. Jangan berani-berani nak mati dulu dari aku!'' aku ketawa lagi mendengar ugutan Rozaimah. Andai kata, ajal maut ni di tangan aku, aku pun tak mahu mati lagi. Aku pun teringin sangat nak tengok cucu cicit aku tapi ajal maut di tangan Allah. Tak ada siapa yang boleh menghalangnya.

              ''Nanti, kalau aku mati,. kau tolong pantau anak-anak aku dari jauh ya, terutama Ikin tu,dia dah banyak berubah sekarang. Aku pun tak tahu macam mana nak mendidik dia lagi. Dia kecik hati dengan aku. Kalau aku mati tolong cakap kat dia, aku sayang dia macam aku sayang Tasyia dan Azri. Kau tolong aku ya!'' air mataku berderai lagi. Saat ini Rozaimah sudah merangkul kemas tubuhku.

            ""Aku tak sukalah kau merepek macam ni!'' Rozaimah mengelap air mataku. Aku yang merasa terharu dengan keprihatinannya terus merasa semakin sebak dan air mataku seakan tidak mahu berhenti. Perasaan sebak aku turut berjangkit kepada Rozaimah. Kami sama-sama menghamburkan air mata. Ya Allah! Bersyukur aku kepada-MU kerana menganugerahkan aku seorang sahabat yang begitu memahamiku seperti Rozaimah.

..........................................................

                 Seminggu berlalu selepas aku bertemu dengan Rozaimah, aku cuba berbaik-baik dengan Ikin kembali. Aku mengikut saranan yang Rozaimah beri. Rozaimah kata anak remaja seperti Ikin hanya perlukan psikologi untuk memujuknya. Buatkan juga makanan kesukaannya. Kalau aku tak mampu untuk meluahkan perasaan secara bersemuka tuliskan sepucuk surat untuknya dan luahkan sejujurnya. Aku pertimbangankan semua saranannya itu. Setiap malam sebelum tidur aku akan ke bilik Ikin dan meminta maaf kepadanya. Aku tak tahu samada Ikin sudah tidur atau pura-pura tidur kerana setiap kali aku masuk ke biliknya, mata Ikin sudah terpejam. Hati aku terdera yang amat sangat. Malam ini aku tak masuk ke bilik Ikin macam biasa. Aku luangkan masa yang ada untuk menulis surat buat Ikin, agar Ikin tahu bahawa aku terlalu sayangkan dirinya. Aku call Azri di asrama untuk melepaskan rindu aku kepadanya. Minggu lepas, selepas balik dari mengunjungi Rozaimah, aku sempat melawat Azri di asramanya. Tasyia pula sudah tiga hari mengikuti rombongan sekolahnya ke Kelantan. Menurutnya, cikgu mereka membuat rombongan itu untuk menghilangkan tekanan kerana SPM yang bakal datang.

              Tuan Azhar pergi out station ke Singapura. Malam ni rasanya dia akan pulang ke rumah. Dia call aku tadi selepas Isyak, dia sudah on the way nak balik. Sementara aku menulis surat kepada Ikin, aku juga menunggu kepulangan suami yang tercinta. Rindu aku nak memeluk tubuh itu. Malam ini aku rindukan semua orang. Aku kumpulkan semua perasaanku lalu ku simpan di sudut hati. Aku sayang semua orang melebihi diri sendiri.

             Aku mula menulis sambil fikiran mengembara ke masa silam. Kini, wajah-wajah yang pernah hadir dalam hidupku, kembali bertamu di dalam kotak fikiranku. Pada Ammar, bekas suamiku dan keluarganya. Hurm,.kisah Ammar berakhir dengan kisah penuh tragis. Simpati aku terhadap dirinya..Keluarganya juga berantakan. Adik bongsunya Mimi meninggal dunia kerana kemalangan dengan suami orang, bekas kekasihnya. Menurut cerita yang aku dengar, mereka kemalangan setelah pulang dari bernikah di Thai. Mimi tak dapat melupakan bekas kekasihnya itu.

           Abang Azrul dipenjarakan kerana kes mendera isteri sendiri dan anak-anaknya. Kak Imah cedera parah dan dimasuki ke I.C.U. Mungkin sekarang kak Imah sudah keluar wad tapi dengar kata kak Imah mungkin bakal cacat seumur hidup. Kes kak Imah dan abang Azrul telah tersebar di media-media massa. Kak Imah berlaku curang dan abang Azrul yang terlalu bersabar dengan sikap garangnya sepanjang perkahwinan mereka mula menunjukkan taringnya bila kak Imah mula bermain asmara dengan lelaki lain. Kisah ini berlaku beberapa tahun yang lalu dan lenyap di telan masa. Aku pun tak pasti apa kisah seterusnya bila aku sendiri sibuk dengan urusan rumah tanggaku.

          Ammar kini hidup sendirian. Hamizah juga tidak mampu memberinya zuriat. Hamizah yang masih bergetah meminta cerai dan telah berkahwin lain dengan seorang lelaki berpangkat Dato dan menjadi isteri ketiga Dato tersebut. Kesian Ammar, aku hanya mampu bersimpati dari jauh, nak menolong, aku tak mampu. Aku juga punya keluarga untuk dijaga. Masalah aku pun terpaksa meminta pandangan Rozaimah, inikan pula untuk mambantu Ammar yang sudah tiada apa-apa hubungan denganku.

                 Roda hidup ini sentiasa berputar. Seperti jarum jam yang selalu berubah arah. Nasib kita takkan berada setempat. Bahagia dan duka itu datang bersilih ganti. Aku menghabiskan apa yang sedang aku lakukan, menulis surat buat anak kesayanganku Ikin. Siap juga akhirnya surat yang telah ku taip ini, tunggu nak ku print saja lagi. Sedang aku cuba menyelesaikan tugas terakhirku kepala aku berpinar lagi. Pandangan aku menjadi kelam tak semena-mena. Aku pantas merehatkan tubuhku seketika.

           Ingatanku kembali ku fokus kepada Tuan Azhar. Sudah sampai di manakah dia? Lambat lagi ke nak sampai? Aku bertanya di dalam hati. Terasa sebak pula bila kepala aku masih berdenyut, tetiba aku jadi risau, kalau-kalau aku tidak sempat untuk menatap wajahnya untuk kali terakhir. Aku jadi risau andai tidak dapat untuk mengucup jemarinya lagi. Aku jadi risau, andai aku tidak dapat merasai lagi kehangatan kucupan kasihnya di dahiku. Air mataku merembes tanpa sedarku. Ahh,.kenapa aku perlu emosional pulak ni? Tak baik kalau aku terus memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang tidak pasti.

             Bila kepalaku rasa sedikit lega, aku bangun menuju ke bilik air. Aku mengambil wudhuk dan memakai telekung. Aku duduk bertafakur di atas sejadah sambil membaca Al-Quran terjemahan. Surah Ar-Rahman menarik minatku lantas aku mula membacanya perlahan.

BismillahirRahmanirRahim

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

55. Ar-Rahman


[1](Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

[2]Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.


[3]Dia lah yang telah menciptakan manusia; -


[4]Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.


[5]Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;


[6]Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.


[7]Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,


[8]Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;


[9]Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.


[10]Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:

[11]Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;


[12]Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;


[13]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?


[14]Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,


[15]Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;


[16]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


[17](Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.


[18]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


[19]Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;

[20]Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;


[21]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


[22]Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;


[23]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


[24]Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;


[25]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


[26]Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:


[27]Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:


[28]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

[29]Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!


[30]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?


[31]Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!


[32]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


[33]Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!


[34]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


[35]Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);

[35]Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);


[36]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


[37]Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;


[38]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


[39]Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);


[40]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


[41]Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);

[42]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


[43](Lalu dikatakan kepada mereka): “Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya “.


[44]Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!


[45]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


[46]Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -


[47]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


[48](Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -


[49]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


[50]Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -

[51]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.


[52]Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).


[53]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


[54]Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya – dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.


[55]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


[56]Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;


[57]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


[58]Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.

[59]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


[60]Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik – melainkan balasan yang baik juga?


[61]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


[62]Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);


[63]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


[64]Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;


[65]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


[66]Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:


[67]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


[68]Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,

[69]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


[70]Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;


[71]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


[72]Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;


[73]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


[74](Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;


[75]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


[76]Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.

[77]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


[78]Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

                   Maha suci Allah yang menjadikan mahkluk dan tumbuh-tumbuhan. Yang menjadikan laut dan daratan. Dari-Mu kami datang dan kepada-Mu kami kembali.

             ''Ash-Hadu An-La Ilaha Ilallah-Wa Ash-Hadu Anna Muhammadur Rasulullah,.''

.............................................................................................

                ''Assalamualaikum!,.Mona,.abang dah sampai ni! Kenapa tidur di bawah ni? Mona,.bangun sayang! abang ada hadiah uintuk Mona. Mona ingat abang lupa ke? Esokkan birthday Mona. Eh!,.dah pukul 1.00 pagi pun. Happy birthday Mona! Susprise!!'' Tuan Azhar terus mengejutkan Mona yang sedang tidur pulas di atas sejadah. Berkali-kali dipanggil, berkali-kali bahu Mona ditepuk, namun langsung tiada respon. Mona masih diam membisu. Tuan Azhar mula cuak, wajahnya ditundukkan dan didekatkan dengan wajah Mona. Tiada dengkuran halus macam selalu. Dadanya mula berdebar-debar, fikirannya mula memikirkan yang tidak-tidak.

             '' Mona,.jangan buat abang macam ni! Bangun Mona! Abang dah tempah tiket kapal terbang untuk bawa Mona pergi bercuti. Kita pergi honeymoon Mona. Abang dah berfikir panjang. Selama ni abang banyak buat salah kepada Mona. Abang abaikan perasaan Mona yang banyak berkorban untuk abang dan anak-anak. Bangun Mona! Tengoklah,.apa abang beli untuk Mona ni! '' sambil menceceh, air mata Tuan Azhar mengalir di pipi. Diletakkan jarinya di depan kedua hidung Mona. Semakin deras air matanya yang mengalir. Masih tidak berpuas hati, Tuan Azhar memegang pergelangan tangan Mona. Tuan Azhar terkaku, ditekapkan pula telinganya ke dada Mona. Tiada lagi iramanya di situ. Tiada lagi detak jantung Mona yang kedengaran. Lidah Tuan Azhar kelu, hanya air mata yang terus mengalir, membisikkan suara hati.

          'Mona! Kenapa buat abang macam ni? Kenapa tak tunggu abang Mona? Kenapa Mona tipu abang? Mona dah janji tadi nak tunggu abang balik. Sampai hati Mona tinggalkan abang dan anak-anak? ' hati Tuan Azhar terus berkata-kata. Tubuh Mona diangkat dan dibaringkan di atas katil. Wajah Mona ditatap sayu. Air mata dikesat sebelum tubuh Mona diselimutkan dan Tuan Azhar menghubungi kaum keluarga.

           Terpandang skrin komputer, Tuan Azhar melangkah ke arah komputer yang seolah masih terpasang. Tuan Azhar mengerakkan tetikus dan terpampang di matanya suatu catatan yang menarik minatnya untuk dibaca. Sekali lagi Tuan Azhar terkedu lantas telefon diambil dan menghubungi Ikin yang mungkin sudah tidur. Tidak sampai hati dia nak meninggalkan Mona sendirian di bilik sementara menunggu kedatangan ambulance.
...........................................................


Puteri Balqis Asyikin sayangku!
Ikin adalah permata hati ibu,.maafkan ibu sayang kiranya ibu pernah membuatkan hati Ikin terguris. Bila ibu marah Ikin bukan bermakna ibu tak sayang Ikin, tapi ibu nak yang terbaik untuk Ikin. Bila ibu tegur Ikin bukan sebab ibu membenci Ikin tapi ibu nak Ikin menghargai usia Ikin. Usia remaja bukan untuk berfoya-foya walau remaja hanya sekali.

Ikin sayang!
Sejak Ikin wujud di dalam rahim ibu, betapa perasaan ibu ini amat terharu dengan anugerah Allah ini buat ibu. Kegembiraan itu melenyapkan segala penderitaan ibu. Hadirnya Ikin saat ibu terkontang -kanting kesepian di tinggalkan papa dan kakak Tasyia. Bukan senang Ikin untuk menerima hakikat menyambut kelahiran Ikin tanpa suami di sisi, tapi demi kebahagiaan Ikin, semua itu bukan halangannya untuk ibu membesarkan Ikin.

Ikin sayang!
Ibu sedar sejak kepulangan papa dan kakak Tasyia ke Malaysia Ikin berkecil hati dengan ibu, sementelah lagi, selepas kelahiran adik Azri. Ibu bukan sengaja nak membuatkan Ikin berkecil hati. Tidak sedikit pun kasih ibu untuk Ikin terluak. Kasih ibu untuk Ikin masih sama seperti dulu saat Ikin masih di rahim ibu. Anak-anak ibu adalah penguat semangat ibu selama ini, termasuk kakak Tasyia, Ikin dan adik Azri. Bagi ibu, tiada bezanya anak-anak ibu ini. Ibu sayang ke semuanya dengan setulus hati ibu. Percayalah sayang!

Puteri Balqis Asyikin sayangku!
Setiap malam ibu mendatangi Ikin di bilik  Ikin. Ibu nak minta maaf kepada Ikin, tapi setiap kali ibu masuk, Ikin sudah tidur. Ibu sedih kerana tidak dapat meminta maaf kepada Ikin pada saat terakhir ibu. Ini saja cara terakhir ibu untuk meminta kemaafan atas segala kekhilafan ibu dalam mendidik dan membesarkan Ikin. Maafkan ibu sayang! Ibu hanya insan biasa yang takkan pernah sempurna.

Ikin sayang!
Ibu tak tahu kenapa detak hati ibu memberikan petanda bahawa ini adalah saat-saat terakhir ibu. Ibu selalu sakit-sakit sejak akhir-akhir ini. Bukan niat ibu untuk merahsiakannya kepada semua yang ibu sayangi. Ibu sudah pergi memeriksa kesihatan ibu tapi doktor mengatakan ibu ini sihat sepenuhnya. Alhamdulillah! Mungkin ini hanya perasaan ibu.

Ikin!
Biar apa pun yang berlaku selepas ini,.ibu harap Ikin jadilah anak yang mendengar kata. Jadilah anak kebanggaan keluarga. Ingat Ikin! Ibu terlalu sayangkan anak-anak ibu .Walau jasad ibu sudah dimamah bumi sekali pun, kasih sayang ibu takkan pernah luntur. Andai malam ini adalah malam terakhir ibu, moga kita bakal bertemu di Jannah nanti. Untuk bertemu di Jannah, Ikin jadilah anak yang solehah untuk ibu dan papa. Pakaian Ikin biarlah mengikut syariat yang dibenarkan dalam Islam. Solat jangan dilupa biar di mana saja Ikin berada. Al-Quran dan Hadis jadikanlah panduan hidup. Puasa di bulan Ramadhan gantilah andai Ikin tinggalkan. Andai Ikin sayangkan ibu dan papa lakukanlah semuanya kerana Allah. Sekiranya Ikin tinggalkan semua suruhan Allah, itu bermakna Ikin tidak memaafkan kesalahan ibu dan Ikin bakal mengheret papa bersama Ikin ke neraka jahannam.

 Ikin sayang!
Ibu tahu Ikin anak yang pintar, tak perlulah ibu terangkan segalanya. Mungkin Ikin lebih tahu segala suruhan Allah berbanding ibu. Belajarlah rajin-rajin Ikin dan jadilah manusia yang berakhlak tinggi. Hinanya seorang manusia bukan kerana miskin hartanya tapi hinanya seorang manusia kerana rendah akhlak dan Imannya.    Rasanya hanya setakat ini yang mampu ibu coretkan. Tak sabar ibu nak tunggu kepulangan papa. Malam ini ibu terlalu rindukan papa. kakak Tasyia, adik Azri dan Mak Long Rozaimah. Nanti, tolong sampaikan salam ibu dan peluk cium ibu untuk mereka semua ya! Sampaikan juga ucapan Terima Kasih ibu untuk semuanya kerana merekalah penawar kelukaan di hati ibu termasuk Ikin juga yang menjadi penyeri hari-hari ibu.  

Ibu sudahi warkah ini,.ingat ibu dalam doamu sayang. Andai ibu pergi dulu,.sedekahkanlah Surah Al-Fatihah untuk ibu.
Salam sayang,.Rindu selalu
MonaLiza Bt Mohd Ravi



Ikin melipat kertas yang diserahkan papanya sehabis majlis tahlil arwah ibunya. Sambil membaca air mata Ikin bercucuran laju. Penyesalan yang ditanggung tiada gunanya lagi. Bukan Ikin tidak sedar bila ibunya masuk ke biliknya meminta maaf dan mengucup dahinya selepas itu. Ikin rasa amat berdosa kerana berpura-pura tidur sebaik ibunya masuk. Ikin juga sedang menahan perasaan sedihnya. Keegoan hatinya itulah yang memaksa Ikin untuk tidak mempedulikan ibunya. Selama ini Ikin menganggap ibunya tidak menyayanginya lagi selepas kepulangan papanya dan kakaknya Tasyia. Ikin terasa dirinya diabaikan oleh ibu. Perasaan cemburu terus menguasai hati dan fikirannya sehingga ibunya yang menjadi mangsa tunjuk perasaannya. Dia selalu memberontak kerana mahu mencuri perhatian ibunya tapi ibu selalu memarahinya.

         'Ibu! Maafkan Ikin ibu! Ampunkan dosa Ikin ibu! Ikin berdosa ibu kerana salah faham dengan ibu. Ikin sayang ibu. Ikin nak ibu!!' Ikin terus merintih di dalam hati tapi sayangnya ibu Ikin takkan kembali lagi. Ibunya telah pergi mengadap Ilahi.

          ''Ikin! Redhakan pemergian ibu sayang! Kesian arwah ibu kalau dia tengok Ikin macam ni. Kalau Ikin sayang ibu, sedekahkan Surah Al-Fatihan dan doakan ibu, mudahan ibu ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh,.'' Rozaimah yang memerhati keadaan Ikin menghampiri. Dia sendiri pun terkejut dengan berita yang diterimanya. Lembut lututnya mendengar pengkhabaran ini tapi dia Redha sekarang. Allah lebih menyayangi Mona.

             ''Ikin berdosa mak long. Kesian ibu,.tiap-tiap malam ibu masuk ke bilik Ikin meminta maaf tapi Ikin pura-pura tidur. Ikin menyesal mak long. Kalaulah masa boleh diputar kembali,.'' Ikin masih terus merintih. Rozaimah menarik Ikin ke dalam pelukannya. Ikin terus menangis tersedu-sedu.Tasyia dan Azri juga tidak terkecuali. Mereka tiada disaat ibu mereka menghembuskan nafas yang terakhir. Penyesalan yang bertandang bertalu-talu, namun Allah lebih mengetahui segalanya.

               ''Ibu Ikin itu seorang ibu yang penyayang. Ibu Ikin tak pernah marahkan Ikin. Kasihnya seorang ibu, tiada tolak bandingnya Ikin, sejak anak-anak wujud di dalam rahim lagi. Ibu Ikin tak pernah membenci Ikin pun,.'' Rozaimah masih terus dengan nasihatnya. Insya Allah amanat Mona akan dilaksanakannya untuk memantau anak-anak Mona dari jauh, sekiranya hayat masih ada. Selagi nyawa dikandung badan.

**************************TAMMAT*******************************

Rozaimah : Saat aku menatap wajahnya, aku rasakan dia tak pernah pergi meninggalkan aku. Dia akan sentiasa ada di hati aku, aku sayang kau Mona, kau bukan sahabatku, tapi aku sudah menganggap kau sebagai saudara kandungku. Mona! Aku baru mendapat berita sedih,.Humairah dan keluarganya telah terkorban ketika dalam perjalanan untuk menziarahi jenazahmu. Moga kau, akan bertemu mereka di Jannah nanti. Aku tumpang simpati Mona tapi aku tak dapat menziarahi jenazah mereka sekeluarga, hanya doa yang mampu aku kirimkan dari jauh,

Ammar : Dalam hatiku ada dua rasa yang berbeza. Yang pertama, aku menyesal melepaskan kau dulu dan menfailkan saman nusyuk ke atasmu tapi dalam masa yang sama aku bersyukur kerana kita dipisahkan. Kalau tanpa perpisahan kita, kau mungkin masih tiada anak lagi. Bukan darah kau yang menjadi masalah Mona. Dalam diam abang pergi membuat pemeriksaan di hospital, ternyata sperma abang yang mengalami kecacatan. Abang pun tak tahu bagaimana untuk menjelaskannya, namun kerana ego, abang merahsiakan semuanya itu. Maafkan abang Mona!!

Raja Azhar Harith : Pergilah sayang! kau telah banyak menderita kerana abang! Moga kau tenang di alam barkzah sana. Abang redhakan segalanya dan abang maafkan segala kesalahan Mona kiranya ada. Tunggu abang di sana! Abang sayangkan Mona walau sayang abang tidak melebihi sayang abang kepada Maria. Maafkan abang kerana terpaksa membahagikan kasih sayang abang walau Maria telah lama pergi ketika Mona masih di sisi abang. Maafkanlah segala kekhilafan abang ini!

Szaza zaiman : Surat cinta buat pembaca setiaku,.hargailah orang yang anda sayang kerana setelah dia pergi dari sisimu,.sejuta penyesalan pun tiada maknanya lagi. Buat anak-anakku Nur Atikah dan Asil Luzman,.baca sekali lagi surat Mona di atas tu,.itulah juga luahan hatiku untuk kalian berdua. Andai ibu ini pergi dulu,..maafkanlah kekhilafan diri ini dalam mendidik kalian berdua kerana ibu ini juga tidak akan pernah sempurna,.kekerasan dan ketegasan dalam menegur kalian bukan kerana tidak sayang tapi kerana terlalu menyayangilah maka ibu ini bersikap tegas dan garang dan garang tak bermakna tiadanya kasih dan sayang. Seburuk mana pun kelakuan seorang ibu,.dialah yang membesarkan dan lebih-lebih lagi kiranya dialah yang melahirkan. Hargailah ibu anda kerana perginya seorang ibu takkan ada pengantinya lagi,.

Sekian,.Terima Kasih yang tidak terhingga kerana sudi singgah dan baca,. Maafkan diri ini kerana endingnya tak seperti yang anda duga. Hidup kita takkan kekal lama,.tak kira tua atau muda kita pasti akan dijemput ke sana,.Ambillah pengajaran di sebalik jalan cerita. Yang baik jadikan tauladan yang tak baik buanglah masuk ke longkang,. :D

Rabu, 12 Februari 2014

Tertulis Takdir-NYA Untukku!

 Aku memerhatikan sekelilingku.Semuanya kabur.Ke mana menghilangnya cermin mataku? Tanpa cermin mata semua pandanganku menjadi berbalam.Aku mendengar suara seorang lelaki sedang berdengkur di sebelahku.Aku di mana sekarang? Kenapa aku sebilik dengan lelaki ini? Mindaku mula mengimbas kembali apa yang berlaku.  
........................................
              ''Darah banyak yang keluar ni,tak mau pergi hospital lagi ke? Bawa pergi hospitallah!'' emak mertuaku bersuara.Aku mengeleng,suamiku hanya berdiri memerhatikan aku dari jarak jauh tanpa sebarang cadangan.Aku bukan nak berdegil tapi aku terlalu trauma masuk ke hospital.Ini kali ke lapan aku mengandung.Setiap kali kandunganku berusia 8 bulan anakku akan mati dalam kandungan.Penyebabnya,.darahku yang terdiri dari group B Negatif.Group darah ni aku warisi dari ayahku yang berketurunan India.Ibuku pula Cina mualaf.Ayahku juga India mualaf.

             Mereka kahwin tanpa restu orang tua.Mereka dibuang keluarga selepas memeluk agama Islam.Ibu aku meninggal selepas melahirkan aku dan ayah aku pula meninggal selepas seminggu aku dilahirkan.Aku dipelihara oleh keluarga angkat ayah dan ibuku.Menurut keluarga angkat mereka yang menjadi pula keluarga angkatku,ayah dan ibuku bertemu jodoh di PERKIM,tempat mualaf mempelajari tentang Islam.

         ''Boleh bertahan ke ni atau kita panggil bidan Mak Esah saja,'' emak mertuaku bersuara resah.Ada garis-garis kerisauan di wajahnya.Aku memandang ke arah suamiku Ammar.Macam tadi dia hanya membalas pandanganku tanpa suara.

              ''Abang!,.panggil Mak Esah sajalah.Mona fobia la nak pergi hospital.Dahlah Doktor dan attendan semua lelaki.Malulah setiap kali masuk hospital,'' aku bersuara akhirnya.Ammar mengarahkan pandangannya ke arah emak mertuaku pula.Suami aku ni pendapat aku memang dia tak layan kalau emak dia ada bersama.

           ''Pergilah panggil Mak Esah cepat!'' emak mertuaku memberi arahan pada Ammar.Aku hanya membatu dan mula menahan sakit yang sudah menyerang.Terasa darah semakin membuak-buak keluar.Anak di dalam rahimku sudah tidak menendang lagi.Aku resah,kepahitan lalu kembali menghuni relung hatiku.

           Ya Allah!,.anak ini pun bakal kau ambil jugakah? Apa lagi yang tinggal untukku? Sampai bila aku harus diuji begini Ya Allah.Andai aku ini banyak dosanya KAU ampunkanlah dosa-dosaku.

          Aku berbisik di dalam hati.Dalam aku kaku dan resah mata aku sudah kabur dan kelam.Nafasku menjadi semput tiba-tiba dan pandanganku terus kelam.
....................................

               ''Monaliza Binti Muhammad Ravi,.Puan dah sedar,jadi kami nak tolak puan masuk ke wad.Puan tahukan kenapa puan ada di sini?'' lembut suara wanita berbaju biru ini,sayangnya wajahnya tak dapat ku lihat dengan jelas.

           Aku hanya memandang tanpa suara.Badan aku terlalu lemah hingga tangan sendiri pun tak mampu untukku mengangkatnya.Korang buatlah apa yang patut.Dalam keadaan sekarang,aku sudah tidak mampu untuk menghalang apa-apa lagi.Hatiku terus berkata-kata.

         Katilku disorong oleh kedua orang lelaki keluar dari bilik bedah ini.Sampai di pintu masuk dua orang nurse sudah menantiku.Aku dipindahkan ke katil lain pula.Mereka mengunakan seluruh kudrat mereka untuk mengangkat aku yang agak gempal ini.Malu betul aku bila tubuh aku yang berat ini dipersendakan.

          Sebelum kahwin aku tak gemuk.Badan aku maintain dan berpadanan dengan ketinggianku.Selepas kahwin aku tidak bekerja,hanya menjadi suri rumah sepenuh masa.Impianku cuma nak jadi seorang isteri dan ibu yang berjaya.Aku ingin mempunyai anak yang ramai supaya rutin harianku hanya sibuk melayan kerenah anak-anak.

         Setiap kali mengandung aku tak pernah mabuk macam orang lain tapi masalahnya perut aku tak boleh kosong mesti terasa mual.Doktor selalu menasihatkan aku supaya mengambil jumlah makanan dalam kuantiti yang sedikit tapi harus makan kerap.Banyakkan juga makan buah-buahan dan sayur juga kekacang.Susu dan asid folic juga perlu untuk menguatkan janin dan merangsang otak janin.

        Masalahnya aku selalu langgar arahan doktor.Setiap kali mengandung aku lebih teruja untuk mengambil makanan ringan.Aku lebih suka makan snek,coklat dan ais krim.Bila aku keguguran pula,setiap kali aku stress,makanan ringan akan aku ambil berganda banyaknya.

           Aku memang tak pernah menjaga pemakanan dan penampilan aku selepas kahwin.Satu lagi tabiat aku ialah aku tak suka pakai minyak wangi dan bedak.Nak keluar rumah pun aku tak pandai sangat nak bergaya.Bagi aku yang penting pakaianku longgar dan menutup aurat.Tapi selalunya tengok pada situasi jugaklah.Ada harinya aku pakai juga bedak dan minyak wangi.Ada kalanya aku melaram jugak.Selalunya aku buat kerja apa pun,aku ikut mod dan kata hati.Kadang-kadang aku ni terlampau degil tapi ada ketikanya aku ni mengikut juga saranan orang lain.

      Aku disorong keluar dari bilik bedah.Aku perasan seseorang mengekori kami.Seorang lelaki yang agak tinggi sedang menyaingi kami.Matanya asyik menyorot ke arahku.Ammarkah? Aku cam bajunya.Itu memang baju Ammar.Aku cuba mengecilkan mata untuk mengecam wajahnya pula.Seksanya menjadi orang rabun ni kan?

           ''Abang!'' aku bersuara perlahan.Ketika ini kami sudah sampai di pintu lift.Dari apa yang aku dengar kami akan turun ke tingkat dua.Aku pun tak pasti sekarang ni kami berada di tingkat berapa.Lelaki tadi terus mengekori kami masuk ke lift dan berdiri di sebelah katilku.Dia terus menerus merenung sayu ke arahku.Banyak soalan yang ingin ku ajukan padanya tapi buat masa sekarang terpaksa aku sabarkan diri.    

             Aku disorong masuk ke wad.Aku mengelabah bila ditempatkan di bilik yang mempunyai penghawa dingin dan yang paling mengerikan hanya ada satu katil di bilik ini.Meremang pula bulu roma aku.Aku tetap membatu tanpa suara memprotes.

           Katil aku didekatkan ke katil dalam bilik ini.Aku diminta untuk mengerakkan sendiri tubuh ke katil.Ammar turut membantu aku untuk berpindah ke katil.Dengan tubuh yang besar dan agak lemah memang terlalu sukar untuk aku menganjakkan diri.Dengan susah payah,akhirnya berjaya juga aku berpindah katil.Nurse membantu pula aku untuk memakai baju.Tentunya baju pesakit berwarna merah susu dan kain berwarna merah.

            Aku pasti dan yakin aku sekarang berada di wad sakit puan.Aku dikelaskan sebagai pesakit keguguran.Sebelum ni pun macam hari ini jugak,mungkin kerana aku melahirkan kandungan yang tidak cukup bulan aku ditempatkan di wad ini.Ramai juga wanita yang mengandung dan bermasaalah ditempatkan di wad ini.

        ''Cermin mata Mona mana?'' aku menyoal Ammar yang sudah menarik kerusi dan duduk di tepi katilku.      

            ''Allah!,.tertinggal depan bilik bedah tadi dengan beg dan semuanya sekali,'' Ammar terus bangun dan tergesa-gesa keluar dari bilik.Aku hanya mengeleng.Cuai betul suami aku ni.Entah apa yang diingatnya.Beginilah Ammar,kadang-kadang dia terlalu lembab dalam semua hal.Kadang-kadang macam pemukul dan paku,tak ketuk tak masuk.
 
              Ammar seorang suami yang baik dan penyayang tapi Ammar adakalanya terlalu lurus dan mudah mengikut telunjuk orang lain.Dengan aku saja Ammar selalu bertegas.Ammar terlalu sayangkan keluarganya sampai kadang-kadang aku rasa seperti dipinggirkan.Mereka cuma tiga beradik.Ammar anak kedua.Abangnya yang sulung Amirul,sudah kahwin dan mempunyai tiga orang anak.Kak Sarimah kakak ipar Ammar ni mulutnya becok sangat.Selalunya aku tak rapat sangat dengan dia.Kalau ada rahsia apa-apa,jangan sesekali buka mulut depan dia kalau tak mau tempah nahas.

              Azamimi adik bongsu Ammar,umur sudah 29 tahun tapi masih belum berkahwin gara-gara setia dengan cinta pertama.Hanya dia yang setia,dua tahun lepas mimi cuba bunuh diri bila mendapat tahu lelaki yang dia tunggu sekian lama rupanya sudah ada dua orang isteri dan lima orang anak.Mimi terlalu yakin lelaki cinta pertamanya juga masih setia seperti dirinya.

           Inilah padahnya bila terlalu taksub dengan cinta.Bagi aku kalau Ammar sendiri pun sudah tak setia,aku takkan paksa dia untuk terus kekal dengan aku.Banyak kali dah aku mempelawa Ammar supaya dia kahwin lain sekadar nak menguji kesetiaannya tapi setiap kali juga dia tak melayan kata-kataku.Ammar seorang lelaki yang terlalu payah untuk membaca isi hatinya.

            ''Nasib baik tak hilang'' aku menoleh ke arah pintu.Ammar sudah masuk ke bilik bersama dua biji beg dan raga makanan.Aku hanya memerhatikan Ammar menyimpan beg pakaianku ke dalam almari di sebelah katil.Dia menghulurkan cermin mata padaku.Aku sambut dan memakainya,barulah terasa terang dunia ni.Aku memerhati Ammar yang menuju ke sebelah kanan katil.Ammar menyusun termos air panas ditempat yang dikhaskan.Perut aku yang pedih kelaparan terus ku usap perlahan.Agaknya ada nasi tak untuk aku?

             ''Mona lapar la.Ada nasi tak?'' Ammar terus memandang wajahku.Dahinya dikerutkan,serentak kepalanya turut mengeleng.Aku kehampaan.Mataku terpandang mug dan milo.Aku ukirkan senyuman.Dapat minum milo panas pun okey jugak ni.

         ''Abang,.tolong bancuhkan Mona milo.Roti adakan?'' aku bersuara manja.Nak bermanja dengan siapa lagi kalau bukan dengan suami sendiri.Ammar menurut kata-kataku,mug dicapai lantas memasukkan sesudu gula dan tiga sudu milo ke dalamnya.Air panas dituang dan dikacau.Beberapa keping roti dimasukkan ke dalam pinggan.Meja makan khas yang disediakan ditarik ke katil dan dia membantu aku untuk bangun.

           Baru nak angkat kepala bilik ku rasakan seakan berpusing.Aku tak berdaya nak bangun.Aku tidur kembali dan memejamkan mata seketika.Dulu pernah terjadi begini kerana kekurangan darah.Hari ini cuma ada drip air saja selepas aku sedar tadi.Memang ada lima jarum di tubuhku yang belum dibuang.Satu di kaki,dua di tangan kanan dan dua di tangan kiri.Aku tak tahu apa fungsinya sebab aku tak sedarkan diri.Aku melihat jam di dinding bilik yang terletak di hujung kakiku.Dah pukul 8.00 malam.Ini bermakna sudah sehari suntuk aku tak sedarkan diri.

          ''Mona peninglah bang!,.abang tolong suapkan?'' aku meminta dengan suara separuh merayu.Ammar tak banyak kerenah.Time sakit ni la aku nak cari peluang nak bermanja pun.Ammar menghampiriku,sebelum dia menyuakan air ke mulutku,dia tiup terlebih dahulu.Bahagianya ku rasa bila dilayan suami begini.Aku mengucap syukur di dalam hati.Buat masa sekarang Ammar memang seorang suami yang setia dan penyayang biar pun aku selalu sakit.Sakit aku pun sebab nak beri zuriat untuk dia juga.

             Enam belas tahun usia perkahwinan kami,aku sudah lapan kali melahirkan anak kami pada usia lapan bulan.Tapi sayangnya setiap kali dilahirkan bayi kami sudah kaku tidak bernyawa.Allah lebih menyayangi bayi kami.Ujian yang paling berat ku rasakan.Sebagai seorang isteri aku nak membahagiakan Ammar dengan memberinya zuriat.Aku mampu mengandung dengan mudah tapi hasrat hatiku tetap tak tercapai.Sebagai ibu aku memang terlalu teringin untuk membelai dan mengendong seorang bayi tapi apa dayaku andai sudah tertulis oleh-NYA semua impianku tak mampu lagi ku gapai.

          ''Abang,.anak kita yang ini lelaki ke perempuan? Ni,.jarum semua ni kenapa banyak sangat? Selalunya dua ja,'' aku menyoal Ammar yang sedang mencicah roti untuk disuapkan kepadaku.Ammar memandang lenganku sebelum menjawab.

        ''Mona pengsan,.pagi tadi doktor cakap kami perlu bersedia untuk terima berita buruk sebab Mona banyak hilang darah.Ni jarum ni dua untuk beg darah,tiga lagi untuk beg air.Mereka pasang oksigen untuk Mona sebab Mona dah kekurangan oksigen dalam darah.Itu yang doktor cakap.Lepas ni kita merancang,atau pun Mona ikat ja,tak payah nak mengandung lagi.Teruk sangat abang tengok,'' aku pandang Ammar,tenang saja dia mengungkapkan kata.Aku terus membisu.Perasaan sebak menguasai diri.Tak ada peluang lagi aku nak membelai seorang bayi.

           ''Kita ambil anak angkat saja lepas ni,abang belum bersedia nak jadi duda,'' Ammar  meneruskan kata sambil ketawa perlahan.Roti yang sudah dicicah air milo disuakan ke mulutku.Aku membukakan mulut dan mengunyahnya perlahan.Perut lapar tapi roti dan air milo yang masuk ke mulut terasa pahit.Aku memandang wajah Ammar lama sebelum bersuara.

         ''Ingatkan abang nak kahwin lain,'' lancar aku berkata,berubah wajah Ammar.Dia memandang tajam ke arahku.Mug di tangan terus diletakkan di atas almari di tepi katil.Aku mula resah.Ammar sedang marahkah?

        ''Mona nak sangatkan abang kahwin lain? Asyik-asyik Mona bangkitkan hal yang sama.Mona tahu tak kata-kata tu adalah doa.Lagi satu,Mona mungkin tak tahu abang Mirul dengan kak Imah tu hari-hari paksa abang kahwin dengan Mizah adik sepupu kak Imah tu.Kalau Mona nak sangat bermadu,okey,.abang terima cabaran Mona tu,.'' aku tersentap.Ya Allah!,.patutlah Kak Sarimah selalu membawa Nurul Hamizah ke rumah kami,rupa-rupanya ada udang di sebalik batu.

         Nurul Hamizah memang sangat cantik,berbadan langsing dan berkulit putih gebu.Kalau nak dibandingkan dengan aku sekarang bagaikan langit dengan bumi.Aku dah tak cantik lagi.Badan dah gempal,kulit dah berkedut dan wajah pun dah kusam,penuh dengan bintik-bintik hitam.Air mataku mengalir perlahan.Aku cuba berpusing ke arah lain untuk membelakangkan Ammar.Kain selimut ku tarik perlahan untuk mengesat air mataku.

           ''Tau pun nak sakit hati.Mona ingat abang ni tak sakit hati setiap kali Mona suruh abang kahwin lain.Kalau abang kahwin lain bolehlah Mona nak cari alasan untuk tinggalkan abangkan?'' aku mengeluh perlahan.Aku mengaku aku tak mampu untuk berkongsi kasih.Aku bukan serius pun nak suruh dia kahwin lagi tapi kalau itu yang boleh membahagiakan dia,aku rela berkorban.Kahwin sajalah kalau sudah sampai jodohnya.

         ''Dahlah!,.jangan ungkit lagi hal tu.Kalau betul Mona nak suruh abang kahwin lain,abang tak ada masalah.Syaratnya Mona yang kena pinang perempuan tu untuk abang.Sarungkan cincin tunang kami ke jari manisnya dan Mona wajib ada ketika kami akad nikah.Mahu macam tu?'' aku dengar Ammar ketawa.Suka pulak dia sakitkan hati aku macam tu.Semakin sebak dalam dada aku ni.

            ''Kenapa? Nangis?'' dia memegang bahuku dan memaksa aku memusing ke arahnya.Aku keraskan badan sambil cuba mengawal perasaan.Air mata aku lap perlahan.

          ''Sebelum abang kena halau dengan nurse atau mak cik guard kat depan tu,lebih baik abang keluar,'' aku mengugut Ammar.Sekarang bukan time melawat.Walau pun ini kali pertama aku ditempatkan di bilik seperti ini,aku pasti peraturannya tetap sama sebab ini wad perempuan.Tidak dibenarkan orang luar menunggu sesuka hati.

       ''Abang dah cakap dah kat guard tadi,Mona baru keluar dari bilik bedah.Dia bagi abang masa setengah jam saja.Mona nak ke bilik air tak? Lagi sepuluh minit abang nak kena keluar dah ni,'' aku berpusing ke arah Ammar.Aku cuba ukirkan senyuman walau pun hambar.

          ''Mona pening.Mana boleh bangun.Tak apalah,..Abang keluarlah,apa-apa hal nanti Mona tekan loceng,panggil nurse,'' aku memberikan jaminan walau pun dalam hati aku berharap agar dia akan menemani aku sampai ke pagi di dalam bilik ini.

        ''Macam nak halau abang ja,'' Ammar merenung aku.Air mataku mengalir lagi.Kenapa dengan perasaan aku ni? Boleh pula nak emosional time ni.

      ''Kenapa yang nak emo sangat ni? Mona jangan bimbanglah,abang takkan kahwin,kalau bukan Mona yang pergi meminang Hamizah tu untuk abang,'' Ammar ketawa.Aku mencebik,terasa hati ini bagai ditusuk sembilu.Aku mengaku,aku wanita yang terlalu tamak dalam merebut kasih sayang seorang lelaki.Aku anak yatim piatu sejak dilahirkan.Hanya menumpang kasih sayang keluarga angkat.Aku hanya punya Ammar untuk terus bersandar kala susah dan senang.

        ''Betul Mona tak mahu pergi bilik air ni?'' Ammar menyoal aku untuk kesekian kalinya.Aku hanya mengeleng sambil menunjukkan beg kencing yang tergantung di katil.Kalau ikut pengalaman aku beg ini hanya akan dibuang setelah aku sudah kuat untuk bangun dan pergi ke bilik air sendiri.

        ''Oh,.abang tak perasan pulak dengan benda alah ni,'' Ammar tersenyum dan terus merenung aku.Entah apa yang dia fikir.Pandangan dia kali ni memang lain macam.Aku tak  dapat mentafsirkannya.

         ''Kenapa abang pandang Mona macam tu?'' aku menyuarakan juga apa yang aku fikir.Ammar hanya mengeleng,dia bangun dari kerusi dan menghampiriku.Kedua tangannya memegang kepalaku lantas dahi aku dikucup.Aku kaget.Selalunya Ammar tak pernah berkelakuan begini setiap kali aku masuk hospital.Apa yang tak kena dengan suami aku ni? Aku tertanya-tanya di dalam hati.

        ''Abang keluar dulu.Pagi esok abang masuk lagi.Mona nak apa-apa tak? Nanti abang bawakan,'' aku mencapai tangan Ammar dan tangannya ku genggam kemas.Aku betul-betul tak faham dengan perubahan yang Ammar tunjukkan sekarang.Dah 16 tahun aku kenal Ammar.Dia bukan seorang yang romantik.Ammar yang ada di depan aku sekarang memang berbeza dari Ammar yang aku kenal sebelum ni.

         ''Kenapa dengan abang ni?'' tangan Ammar masih ku pegang.Wajahnya ku renung sayang.Perasaan sayu dan sebak terus menguasai hatiku.Aku pejamkan mata rapat bila terasa air mataku ingin tumpah lagi.Kenapa aku tak sekuat seperti sebelum ini? Kenapa aku rasa seperti bakal terjadi sesuatu.Hati aku pun turut berdebar-debar.

       ''Encik!,.dah cukup masa ni,tolong keluar sekarang!'' suara mak cik guard yang sedang berada di muka pintu bilik mengejutkan kami.Aku melepaskan tangan Ammar dan memandang Ammar yang tak banyak soal dengan arahan mak cik guard.Tanpa sepatah kata Ammar menuju ke almari di sebelah kiri katilku dan mengambil beg kepunyaannya dan melangkah keluar dari bilik.

            Aku yang ditinggalkan seorang diri mula memejamkan mata.Namun air mataku terus tumpah tanpa dapat ditahan lagi.Banyak yang aku fikirkan yang membuatkan dada aku kian sesak dan sarat.Terasa seribu bebanan masalah sedang menekan kehidupanku walau pun aku masih samar dengan kemungkinan apa yang bakal ku hadapi.

          Ya Allah!,.kuatkan hatiku walau apa saja cobaan yang kau beri untukku!
........................................................................
Lima bulan kemudian,.

            Sebulan selepas aku keguguran anak ke-8 kami emak mertuaku pula kembali mengadap Ilahi akibat darah tinggi dan jatuh di bilik air.Dia dikebumikan bersebelahan kubur arwah ayah mertuaku dan anak lelaki kami.Ya,.anak aku yang ke-8 ini anak lelaki.Kalau anak-anak aku hidup semuanya kami sudah ada 4 orang anak lelaki dan 4 orang anak perempuan.Moga Allah akan temukan kami dengan anak-anak kami di akhirat sana nanti.Aku pernah dengar ustaz cakap,anak-anak yang keguguran ataupun meninggal sebelum akil baligh tempat mereka adalah syurga.

           Ya Allah!,.begitu besar kekuasaanmu.Di dunia ini aku kehilangan segalanya.Sejak aku lahir aku kehilangan ayah dan ibu kandung.Selepas kahwin aku kehilangan anak-anak,seorang demi seorang dan sekarang aku terpaksa berkongsi suamiku dengan perempuan lain.Peritnya nak ku tanggung semuanya ini seorang diri.Hari ke-100 pemergian emak mertuaku Ammar bernikah dengan Nurul Hamizah.Aku memberi persetujuan selepas diherdik dan dihina kak Imah.

           Ammar juga didesak dan dihasut oleh abang Amirul dan kak Imah.Kata mereka aku dah tak berfungsi lagi untuk memberi Ammar zuriat.Untuk memberi Ammar keturunan.Aku tak sengaja terdengar perbualan mereka suatu hari.

        ''Kau nak fikir apa lagi Am,umur kau semakin tua.Kawan-kawan kau semuanya dah ada anak.Ada yang dah dapat menantu pun.Kalau nak harap Mona tu sampai ke matilah kau takkan ada anak.Sementara ada orang nak ni,kau nikah saja lain.Kalau Mona tu tak setuju,kau ceraikan saja dia.Tak berbaloi pun kau nak simpan isteri macam Mona tu,'' aku terkedu mendengar suara kak Imah.Seolah orang yang langsung tak punya perasaan.Aku bukan mandul pun! Aku dah beri 8 orang anak untuk Ammar,cuma anak-anak kami lebih disayangi Allah.

       ''Kau ikut ja la cakap kak Imah kau tu.Mizah tu pun cantik.Kalau abang jadi kau dah lama abang nikah dengan dia,.'' aku dengar abang Amirul ketawa kuat sebelum dia mengaduh kesakitan disusuli suara tengkingan kak Imah kemudiannya.

            ''Abang langkah mayat Imah dulu.Tak cukup lagi ke 5 orang anak yang Imah beranak tu?'' tahu pun nak marah.Aku masih membeku di sebalik dinding mencuri dengar perbualan mereka.

         ''Awak ni nak bunuh laki sendiri ke? Dah tak ada benda lain nak baling? Sakitlah!'' abang Amirul pula bertempik.Suara sama naik dengan kak Imah.Aku cuba mengintai.Abang Amirul melontar kereta mainan yang agak besar ke dinding.Dahi abang Amirul berdarah.Aku senyum dalam tangis.Malas aku nak terus memerhatikan gelagat mereka aku melangkahkan kaki dan berlalu dari situ.

             Seminggu selepas itu Ammar bernikah dengan Hamizah.Aku tak berdaya untuk membantah juga takut untuk meminta cerai.Aku terdengar ustaz dalam Rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 berkata meminta cerai itu berdosa walau dibolehkan dalam Islam.Tapi,.sejak Ammar kahwin dengan Hamizah dia sudah jarang balik ke rumah kami,kalau balik pun hanya sekejap.Nafkah zahir dan batin memang sudah diabaikan terus.Aku sudah tidak boleh bermanja lagi dengan dia.

           Ammar sudah berubah 90% selepas nikah dengan Hamizah,kalau aku minta duit belanja barang dapur dia akan memberontak.Dia cakap aku seorang ja yang makan di rumah ni,belajarlah berjimat.Kalau dulu Ammar tak pernah kedekut dengan aku,setiap kali aku minta duit dia tak pernah lokek untuk menghulur.Dia tak pernah marah aku walau apa pun sikap aku.Aku merajuk,dia akan berusaha memujuk walau aku tak pernah terpujuk.Ammar bukan seorang yang romantik dan bukan seorang yang pandai memujuk.Dia juga bukan seorang lelaki yang bijak bermain dengan kata-kata.

            Aku tak tahu bagaimana Ammar melayan Hamizah.Setiap kali aku membayangkan mereka berdua hati aku sakit yang teramat.Air mata tak payah dijemput,terus mencurah laju tanpa pintaku.Lebih-lebih lagi kalau aku bayangkan mereka di bilik tidur,tidur sekatil dan sebantal.Ya Allah,.betapa sakitnya ku rasakan dan kesakitan itu tidak dapat ku gambarkan dengan kata-kata.Ampunkan aku Ya Allah,aku tak mampu untuk menerima ketentuan takdir-Mu buat masa ini.Berikan aku sedikit masa untuk menghadam semua ini perlahan-lahan.
.................................................

Abang,.
Maafkan Mona kerana Mona terpaksa pergi meninggalkan abang dengan cara begini.Mona sudah tidak tahan menanggung semua beban perasaan ini.Mona sedar bang,Mona sudah tidak cantik lagi,Mona sudah tua untuk abang.Mona tak tahu apa yang abang fikir tapi bagi Mona abang layak untuk terus bahagia bersama Mizah.

Abang,.
Mona bukan berniat untuk menjadi isteri nusyuk,meninggalkan rumah tanpa izin abang tapi Mona harap abang memahami perasaan Mona dan izinkan Mona pergi dari sisi abang untuk mencari kebahagiaan Mona sendiri.Redhakan pemergian Mona bang.Mona bukan nak lari dari abang cuma Mona perlu mencari ketenangan.Abang dah tak macam dulu lagi sejak kahwin dengan Mizah.Tanggungjawab seorang suami tu berat bang.Mona tidak mahu terus terusan berada di dalam kancah dosa.Mona juga tidak mahu abang terus berdosa kerana mengabaikan Mona.

Abang,.
Mona takkan minta cerai,terpulang pada abang sama ada nak mengantung Mona atau sebaliknya.Dalam masa Mona tiada di sisi,abang fikirlah keputusan apa yang harus abang ambil.Kalau boleh keputusan yang abang ambil nanti biarlah jangan membebankan sesiapa.Maafkan Mona bang.Halalkan segalanya yang telah abang berikan kepada Mona selama ini.Terima kasih juga dengan kasih sayang yang abang berikan untuk Mona selama 16 tahun ini.Mona akan pulang semula bila Mona sudah bersedia nanti.Ketika itu abang buatlah keputusan terbaik untuk kita semua

Yang Benar
~MonaLiza~

                Aku melipat surat dan memasukkan ke dalam sampul.Aku lekatkan sampul surat di cermin almari solek dan menulis nama Ammar di luar sampul dengar huruf yang agak besar.Mudahan Ammar akan pulang dan jumpa surat ni.Aku sudah terlalu letih untuk menunggu Ammar setiap hari.Aku perlu keluar untuk mencari kerja.Aku sudah mencuba untuk mencari kerja berdekatan rumah kami tapi semuanya hampa.Mereka memberi alasan umur aku sudah tua dan tak layak untuk bekerja dengan mereka.

                Kebetulan aku terbaca iklan di Sinar Harian,pembantu rumah warga tempatan diperlukan di Shah Alam.Aku mencuba nasib dan menghubungi nombor telefon yang tertera.Aku diminta untuk menghadirkan diri.Inilah peluang aku untuk melupakan semua kenangan pahit di sini.Ammar pun sudah tak perlukan aku lagi.

             Aku memerhatikan wajah dan tubuhku di depan cermin.Apa yang aku nampak seorang wanita gempal dengan jubah saiz xxxl yang mengelabang besarnya dengan tudung labuh ala-ala ustazah.Tiada sebarang krim,apatah lagi bedak atau lipstik.Terlalu simple sebagai seorang wanita yang masih bergelar isteri orang.

           Kenapa aku begini? Sebelum kahwin dulu pakej aku lengkap sebagai seorang wanita yang mempunyai tarikan untuk memikat hati lelaki.Aku mix blood,hidung aku mancung,rambut aku ikal dan beralun cantik.Kulit aku putih kemerahan.Wajah aku dulunya licin tanpa jerawat tapi semua tu sudah hilang ditelan waktu.Rambut aku dah tak cantik,dah gugur dan semakin menipis.Kulit aku pun dah tak seputih dulu.Selulit dan rekahan hodoh ada disetiap inci kulit tubuhku.Pinggang pun dah tak ramping lagi.Dah jadi buah pear.

        Ya Allah,hanya KAU yang menentukan nasibku ini.Aku tak tahu pemergianku ini harus atau pun tidak.Aku sudah terlalu keliru untuk berfikir mana yang baik atau buruk.Aku sudah tiada sesiapa sekarang untuk bergantung harap di dunia ini.Ammar sudah menyisihkan aku.

        Kedua ibu bapa angkatku sudah lama meninggal.Anak tunggal mereka kak Humairah mengikut suaminya ke Sabah.Abang Azrul bekerja sebagai tentera.Kak Humairah dan abang Azrul punya 3 orang anak.Anak sulung mereka Nurul Syazana,agaknya dah 18 tahun sekarang ni.Yang ke-2 Danial Haikal,aku tak pasti umurnya berapa,begitu juga dengan Hafizul.Rindunya aku dengan mereka.Kalau boleh aku nak terbang ke Sabah tapi aku tahu had aku.Untuk apa aku menganggu ketenteraman mereka dengan masalah aku.

Ponn,.ponnn,..ponnn,.
             Aku tersentak,bunyi hon kereta di luar rumah menyedarkan aku.Mungkin teksi yang aku sewa untuk menghantar aku ke stesen bas sudah sampai.Aku bergegas mencapai beg pakaian dan beg sandang yang telah aku isikan dengan barang peribadiku.Sampai di pekan nanti nampaknya aku perlu mencari bank terlebih dahulu.Aku cuma ada rm50 untuk membayar tambang teksi.Mudahan duit simpanan aku cukup untuk aku sampai di Shah Alam.Semoga perjalanan aku juga lancar dan aku diterima bekerja sebagai pembantu rumah.Itulah harapanku sekarang.
..........................................

             Sampai di Pekan aku terus mencari Maybank.Dalam dompet duit aku ni cuma kad Maybank ja yang mungkin masih aktiv.Kad lain aku tak pasti.Akaun simpanan tabung haji aku nekad takkan kacau walau apa pun terjadi.Sejak Ammar kahwin aku pun tak pernah masukkan duit lagi.Macam mana aku nak masukkan duit ke akaun bank kalau duit nak makan pun aku terpaksa berjimat.Ammar dah dapat isteri comel yang cantik bergaya tentu banyak duit diperlukan.Tentu duit Ammar habis dengan alat make up dan baju-baju mahal.Huh!,.lantak koranglah! Yang penting sekarang aku nak cari duit sendiri.Biarlah aku hanya bekerja sebagai pembantu rumah sekali pun,janji duit yang aku dapat ni halal.

             ''Hey!,.ni Monakan?'' seseorang menegur aku.Aku memandang tepat wajah perempuan di depan aku ni.Bibir pantas mengukirkan senyuman.

           ''Rozaimah?,.lamanya aku tak jumpa kau.Anak-anak kau sihat? Dah berapa orang anak dah sekarang ni?'' Rozaimah bekas jiran lama kami,merangkap kawan baik aku sejak sekolah.Aku dengan dia kahwin selang seminggu.Aku dengar dia bunting pelamin tapi kami terpisah selepas itu bila masing-masing ikut suami.

        ''Kau ni tanya anak-anak aku je? Aku yang kat depan kau ni kau tak nak tanya ke sihat ke tak? Kau nak pergi mana ni?'' dia pandang aku dan beg aku silih berganti.Aku mengelengkan kepala sambil bibir terus melebarkan senyuman.

        ''Kau dah ada depan aku,buat apa nak tanya lagi? Kalau kau tak sihat tentu kau dah terlantar atas katil hospital,'' Rozaimah membuntangkan matanya padaku.Aku tergelak melihat gelagatnya.Marah la tu!

         ''Ya la tu!,.yang kau ni kenapa terlebih sihat sangat ni? Kau makan apa? Cer ceta sikit?'' aku terus mencebik.Sajalah tu.Aku tengok dia atas bawah,maintain saja dia walau dia tua dua tahun dari aku.Wajahnya putih bersih dan licin.Tubuh dia masih langsing macam dulu.Masih bijak bergaya walau usianya dah masuk 40 tahun.Cemburu aku tengok dia.

            ''Aku makan hati berulam jantung sebab tu sihat.Eh,.aku nak pergi bank ni,.nak cucuk duit sikit,nak beli tiket bas.Kau nak ke mana ni? Nak balik kampung ke?'' tanpa memandang reaksi Rozaimah dengan jawapan aku,aku menyoal dia kembali.

          ''Aku nak balik Shah Alam,aku kerja di sana.Jomlah kita pergi sekali.Aku nak masukkan duit untuk anak-anak aku.Bulan ni aku tak dapat balik tengok mereka.Aku datang sini pun sebab kerja.Tak tau pulak akan jumpa kau di sini,'' kami jalan beriringan menuju ke bank.Kenyataan Rozaimah tadi membuatkan minda aku bekerja keras.Apa maksud dia? Aku pandang wajah dia yang nampak cukup tenang.

          ''Anak-anak kau tinggal dengan siapa Zai?'' aku suarakan persoalan yang sedang menjengah mindaku.

         ''Hmm,.kau ni ketinggalan keretapi betul.Tu la lepas kahwin terus ghaib,bukannya reti nak balik kampung sesekali.Aku ni dah 5 tahun jadi ibu tunggal.Asraff meninggal selepas kemalangan.Anak-anak aku tinggalkan di kampung.Mak aku nak jaga sementara aku dapat beli rumah sendiri di Shah Alam.Dah lima tahun aku menyewa bersama kawan-kawan.Dulu kami share duit bayar sewa tapi sekarang kawan-kawan aku sorang demi sorang kahwin,terpaksa aku bayar sewa penuh sorang diri.Barang sekarang ni,dahlah mahal,'' sambil berjalan Rozaimah bercerita.Rupanya nasib Rozaimah dengan aku tak banyak bezanya.

             ''Berapa orang anak kau?'' aku memang tak tahu apa-apa pasal Rozaimah.Dah lama sangat tak jumpa.Aku pun dah lupa bila kali terakhir kami berjumpa.

           ''Dua tu ja la,.Danial dengan Damia.Anak ketiga aku meninggal sebab aku jatuh masa kandungan aku tujuh bulan.Rahim aku pecah,dah kena buang pun.Aku dah tak sempurna sebagai seorang wanita,'' perlahan suara Rozaimah.Aku usap bahunya.Perbualan kami terhenti bila kami sampai di depan bank dan kemudian kami sibuk dengan urusan masing-masing.

            Keluar dari bank kami menuju pula ke kaunter tiket.Memandangkan destinasi kami adalah tempat yang sama nampaknya aku tak perlu bimbang lagi kalau aku tak dapat kerja ni.Rozaimah dah pelawa aku untuk tinggal di rumah sewa dia.

           ''Kau cakap tadi kau datang sini sebab kerja.Kerja apa?'' kami dah naik bas dan aku tergerak hati untuk terus menemuduga kawan baik aku ni.Ambil kesempatan betul aku ni.Soalan dia selalu aku biarkan tergantung tak berjawab.

             ''Aku datang kursus.Dah 3 hari 2 malam dah.Esok aku cuti,nanti kalau kau teringin nak ronda KL bolehlah aku bawa kau,'' baik hati betul kawan baik aku ni.Aku mengelengkan kepala mendengar saranan dia.

           ''Aku nak pergi Shah Alam untuk bekerja cari duit,bukan nak menyusahkan dan menghabiskan duit kau,nak bawa aku ronda bagai.Simpan ja duit tu untuk anak-anak kau ada jugak faedahnya,'' aku menolak pelawaannya itu.Dia mencebik kepadaku.Aku tersenyum,aku tahu dia terasa dengan kata-kata aku.

           ''Alhamdullilah!,.selamat duit aku.Ingatkan kau nak kikis aku dah tadi,'' ceh!,.dia kenakan aku balik.Rozaimah tergelak bila aku membulatkan mata ke arahnya.Ermm,.bila jumpa kawan lama,usia bukan penghalang untuk kita bergurau sendakan? Bila aku berada di sebelah Rozaimah seolah aku sedang berada di alam remaja yang penuh berwarna-warni.Ceria dan bahagia yang sering memenuhi suasana.Biar usia semakin tua namun jiwa tetap muda belia.Boleh macam tu?
....................................................

                Kami sampai di Shah Alam.Rozaimah membawa aku ke rumah sewanya.Selepas menyegarkan diri dan berehat seketika aku menghubungi Puan Maria sekali lagi untuk bertanyakan tentang kerja,adakah dia masih memerlukan aku sebagai pembantu rumah.Aku tersenyum riang bila Puan Maria menyuruh aku datang dan memberi alamat rumahnya.

            ''Macam mana? Dapat tak?'' Rozaimah yang baru lepas solat sudah duduk di depan aku.Aku jungkitkan kening padanya lalu menghulurkan alamat rumah Puan Maria.

         ''Lahh,.ni Taman depan ni ja,'' aku memandang tepat ke wajahnya.

         ''Maksud kau?'' aku tanya Rozaimah kembali.Kalau dia dah tahu alamat tu senanglah kerja aku.

           ''Kau ingat tak taman perumahan yang rumahnya besar gedabak tu.Kau cakap kau teringin nak masuk rumah macam tu.Nampaknya impian kau bakal jadi kenyataanlah ni.Tak apa pagi esok kita pergi cari rumah ni bersama-sama,tapi kena jalan kakilah bila nak keluar nanti,di sini tak ada teksi yang masuk,'' aku kerut dahi.

           ''Habis tu kau pergi kerja dengan apa?'' Rozaimah senyum.Aku pelik,kalau tak ada teksi dan dia pun tak ada kereta takkan dia pun keluar jalan kaki.

         ''Ada drebar ambil dan hantar aku pergi dan balik,.eh..kau ada facebook tak? Twitter ke? Blog ke?'' apa kena mengena pulak minah ni? Aku mana ada akaun laman sosial semua ni.Lepas aku kahwin,dunia aku cuma rumah tangga ja.Mana sempat nak jengok semua tu.Aku selalu dengar jiran sebelah rumah kami merungut pasal anak-anak dia yang asyik mengadap komputer.Hai,.dunia siber ni,orang cakap boleh melalaikan manusia.Betul ke??

          ''Aku,.komputer pun tak pernah pegang.Mana nak datangnya facebook bagai tu,'' aku buat pengakuan yang sejujur-jujurnya.Rozaimah dah tepuk dahi dan kemudian melentukkan kepalanya di atas meja sofa.Aku hanya memerhatikan gelagatnya tanpa kata.

            ''Kau ni bukat takat ketinggalan keretapi tapi dah macam ketinggalan kapal terbang,bas,teksi,beca dan yang sewaktu dengannyalah,.'' aku membeliakkan mata padanya.Banyak ar kau punya ketinggalan.Aci lawan buat bancian dalam Malaysia ni,aku berani jamin ramai lagi orang yang tak ada akaun laman sosial ni.

        ''Buang masa ja.Nanti,.kalau dah mula ketagih dengan laman sosial tu,satu kerja pun tak menjadi,'' aku memanglah tak tahu apa-apa tapi dalam tv tu macam-macam cerita dah masuk pasal alam siber ni,sampai dah ada lagu cinta muka buku dan sebagainya.Yang paling tragis penipuan alam siber.

          ''Ishh,.jangan nak mengarut sangat!,.sampai nak ketagih bagai.Aku ni dah lama dah ada akaun facebook ni,time solat aku solat jugak.Time kerja,mandi,makan pun macam biasa jugak.Dalam facebook ni,aku boleh pantau aktiviti anak-anak aku Danial dengan Damia tu.Kalau mereka online,hari-hari aku boleh tanya khabar mereka.Kalau rindu kami akan skype ja,'' aku mendengar penjelasan Rozaimah dengan rasa teruja.Boleh tahu apa saja dalam facebook? Macam menarik ja!

         ''Kau agak kak Humairah ada facebook tak? Aku rindu sangat dengan dia,'' aku sekadar bertanya,manalah tahu kalau kak Humairah ada facebook bolehlah aku tahu perkembangan terkini dia bersama keluarga dia.

          ''Kau sorang ja yang tak ada facebook! Aku dengan Humairah selalu berchatting bertanya khabar.Kau nak skype dengan dia pun boleh!'' wah!,.ini sudah bagus.Aku terus angkat kedua belah tanganku.Aku surrender,aku mengaku,aku bukan sekadar ketinggalan kenderaan tapi aku dah ketinggalan zaman.

             ''Kau nak buka akaun FB tak? Nanti boleh kau,..eh,.kejap! Aku lupa,apa jadi pada Ammar dan anak-anak kau? Dari tadi aku tanya kau,kau asyik berdalih ja,.lebih baik kau cerita.Kalau kau tak cerita,aku tak nak teman kau esok,'' adoi!,.aku mengeluh dalam hati.Ingatkan dah terlepas dah tadi.Kalau aku cerita,aku ni lari rumah,agaknya minah ni akan brain wash aku tak?

             ''Err,.kita cerita hal ni lain kali,boleh tak? Aku belum bersedia lagi nak cerita riwayat hidup aku ni kat kau,'' aku cuba mencari alasan lagi.Aku takut nak bercerita.Perkara ni masih baru dan hati aku ni masih terluka.Masih rabak dan berdarah lagi.Lukanya belum bercantum sepenuhnya,kalau aku ungkit balik hujan air mata aku ni mungkin bakal mencurah lagi.

        ''Tadi kau cakap nak buka akaun facebook kat akukan? Aku nak! Aku nak tau jugak best mana alam siber ni,'' aku tukar topik.Romaizah pandang aku tak berkelip.Aku berpusing dan pura-pura memerhati seluruh isi rumah.

        ''Cantik rumah kau kan? Perabot semua ni kau beli sendiri ke?'' aku bertanya tanpa memandang Rozaimah.

           ''Kau memang! Suka kau,nak ja kau kongsi.Ni mesti ada hal yang kau nak rahsiakan dari aku kan? Aku anggap kau kawan baik selama ni.Suka duka aku,aku kongsi,aku cerita dengan kau tapi kau,.mungkin tak pernah kau anggap aku ni macam kawan pun.Aku sedar la,siapa aku ni.Hidung tak mancung,pipi yang tersorong-sorong,.'' Rozaimah dah bersuara rajuk.Aku terus tergelak.Dia ni memanglah! Aku ingat aku ja yang suka lari tajuk.

        ''Dahlah Zai!,.kita dah tua pun.Jangan nak merajuk.Nanti aku ceritalah,bukan aku tak mau cerita cuma belum sampai masanya lagi,'' aku cuba menceriakan kembali suasana.Takut Rozaimah kecil hati.Aku nak mulakan hidup baru,kalau boleh aku nak lupakan dulu kisah aku dengan Ammar.Selagi aku masih menjadi isteri Ammar kisah kami takkan berakhir.

            ''Okeylah,.aku pun tak mau paksa kau.Nanti kau cerita erk,kau dah janji.Aku ni kawan kau,kalau kau rasa kau nak kongsi,kau kongsilah.Jangan nak pendam sorang-sorang.Meletup nanti,.bahaya!'' Rozaimah senyum,kemudian dia bangun dan beredar ke dalam bilik.Aku hanya memerhatikan Rozaimah dengan penuh tanda tanya.Aik,.takkan dia marah kot?

         Bila Rozaimah sudah menghilang di dalam bilik aku mencapai majalah Mingguan Wanita di bawah meja sofa,menyelak sehelai demi sehelai muka suratnya tanpa berminat untuk membaca.Fikiranku sekarang sudah berada jauh entah ke mana.Banyak benda yang sedang menghuni mindaku.Perihal rumah yang aku tinggal.Esok hari yang bakal ku lalui dan semuanya begitu menyakitkan jiwaku.

               ''Kau nak akaun facebookkan? Kau buka e-meil dulu,'' Rozaimah datang semula ke ruang tamu dan meletakkan laptopnya di atas meja sofa.Dia mula klik internet.Aku hanya memerhati dia membuat kerja.Dia masuk ke Yahoo kemudian dia serahkan laptopnya kepada aku.Aku menoleh ke arahnya.Memberinya isyarat 'kenapa?'

          ''Buatlah e-meil kau dulu or kau dah ada e-meil?'' aku mengeleng.Mananya nak datang E-meil,lepas kahwin aku terlalu sibuk masuk dan keluar hospital.Buat chek up,buat follow up,chek darah,chek hormon dan segalanya.

         ''Kau ajarlah aku.Mana aku tahu semua ni,'' aku sorong laptop ke arahnya semula.Aku perhatikan dia tanpa banyak soal.

        ''Nama apa kau nak guna? MonaLiza@yahoo.com boleh?'' aku mengeleng.Kalau boleh aku nak guna nama yang tak ada kena mengena dengan aku.

        ''HatiTerluka_38@yahoo,com,.aku tak mau guna nama betul,nanti gambar profil kau masukkan gambar permandangan yang paling cantik,'' aku senyum sambil menjungkit kening kepada Rozaimah.

           ''Ada-ada ja kau ni.Orang buka facebook nak cari kawan lama dan bertanya khabar adik beradik.Nama facebook kau nanti Hati Terluka jugak ke?'' aku mengangguk.Rozaimah meneruskan kerjanya,bila nak memasukkan maklumat peribadi dan kata laluan dia serahkan pada aku semula.

                Akhirnya,siap akaun facebook aku Hati Terluka,friend pertama aku tentulah Rozaimah.Aku add beberapa rakan zaman sekolah yang aku kenal.Aku cuba pula search nama-nama yang aku tahu.Tak sangka betul aku,selama ni Ammar juga ada akaun facebook.Aku berjaya mencari facebooknya kerana dia mengunakan nama penuh dan meletakkan gambar sendiri di profilnya.

            Aku buka maklumat peribadi tentang Ammar.Aku terkejut,rupanya semua keluarga Ammar ada akaun facebook termasuk kak Imah,abang Mirul,Mimi dan Mizah.Yang paling menyakitkan hati bila melihat realationship Ammar,married with Nurul Hamizah.Mengalir air mataku tanpa sedar.

            Rozaimah mengusap perlahan bahuku,aku menoleh dan Rozaimah menarik aku ke dalam pelukannya.Di bahu Rozaimah aku melepaskan tangisan semahunya.Pedih dan terseksa jiwaku.

         Ya Allah!,.aku tak mampu untuk melawan perasaan ini.Terlalu sakit ku rasakan.Sungguh,.aku tak pernah mengambil tahu tentang dunia siber sebelum ini.Aku terlalu naif dengan duniaku sendiri.Aku terlalu jauh ketinggalan.Ammar pun tak pernah bercerita apa-apa padaku tentang dunia siber.Ammar memang selalu membawa balik laptop ke rumah.Dia selalu memberi alasan untuk membuat kerjanya yang belum selesai.Aku pula malas nak mengambil tahu.

               Rupanya dengan facebook aku boleh menjadi pengintip dalam diam.Untuk menjadi pengintip aku tak perlu terlalu jujur memberi maklumat peribadi.Aku tipu segalanya,bermula dengan nama,umur,tempat tinggal dan semuanya.Aku add semua orang yang berkaitan dengan Ammar.Dengan kak Humairah pula aku send mesej ke inboxnya memberitahu siapa aku yang sebenarnya.Tanpa disedari aku juga sedang menjadi salah seorang penipu di dunia siber.

             Biarlah hatiku terus terluka dalam menjerut rasa,kini segala maklumat terkini orang-orang yang aku kenal sentiasa dalam tangan.Rozaimah juga mengajar aku login facebook dengan handphone.Ada juga faedahnya untuk aku rupanya.Hmm,.
..............................................

            Aku memerhatikan rumah yang tersergam indah di hadapan kami.Dari rumah Rozaimah kami berjalan kaki ke rumah ini.Aku menoleh ke arah Rozaimah,dia mengisyaratkan padaku supaya menekan loceng.Aku teragak-agak.Sekali lagi aku melihat alamat yang telah diberi oleh Puan Maria.Nombor rumah memang dah betul dah.Rozaimah turut menjengok alamatnya yang tertulis di kertas yang aku pegang.Aku baru berkira-kira untuk menekan loceng Rozaimah lebih pantas bertindak.Bertalu-talu bunyinya.Aku pula yang panik.

         ''Oitt!!,.'' aku menegur tindakan Rozaimah.Dia hanya tersengih sambil menudingkan jari ke arah pintu pagar yang sedang terbuka perlahan-lahan.

        ''Jom!,.jangan risau sangat.Kalau tak dapat it's okey.Nanti aku tolong kau cari kerja.Dah,.jom masuk!'' Rozaimah mengheret aku masuk ke halaman rumah mewah itu.Aku sudah mula rasa berdebar.

            Seorang perempuan dalam usia 20-an menyambut kami di muka pintu rumah.Aku menoleh ke arah Rozaimah dan kami saling bermain mata.Adakah Rozaimah sedang fikir seperti apa yang sedang aku fikir sekarang?

            ''Assalamualaikum,.kami nak jumpa Puan Maria.Dia ada?'' Rozaimah menyoal perempuan di depan kami.

            ''Puan? Tunggu ya,saya cari ibu di bilik,'' sekali lagi aku dan Rozaimah saling berpandangan.Macam pembantu rumah ja perempuan tadi.

         ''Kau fikir tak,apa yang aku fikir?'' aku tanya Rozaimah.Aku keliru sekarang.Berapa orang gaji yang mereka perlukan di rumah ini?

        ''Jangan banyak fikir sangat,boleh? Ada rezeki kau adalah kerja untuk kau tu,'' Rozaimah mengusap belakangku.Aku mengangguk dan memaksa bibir mengukirkan senyum.Ternyata hambar,hati yang resah lebih mengatasi segalanya.

         ''Ibu ada dalam biliknya,.ibu suruh masuk jumpa dia di bilik,'' aku resah lagi.Sebenarnya apa kerja yang sedang aku minta ni? Aku kena jaga orang sakit ke? Hati aku mula tertanya-tanya.Aku bukan tak boleh jaga orang sakit,masalahnya aku sendiri pun belum sihat sepenuhnya.Baru lima bulan pembedahan di perut aku ni.Parutnya masih baru.Sebelum ni aku melahirkan anak secara normal,yang akhir ni saja terpaksa di bedah kerana tidak sedarkan diri.

         ''Kau kenapa Mona? Relax la!'' Rozaimah mencuit aku.Kami mula melangkah mengikut perempuan muda tadi.Sambil berjalan mata aku turut menjelajah isi rumah.Perabot-perabot mewah yang takkan aku miliki sampai bila-bila pun,aku perhatikan dengan rasa kagum.Tiba-tiba aku tersedar.Err,.sejak bila aku jadi rusa masuk kampung pulak ni?

           ''Buk!,.ini tamunya,'' perempuan yang membawa kami ke bilik bersuara.Dia menyuruh kami masuk ke dalam bilik dan berlalu meninggalkan kami.Seorang perempuan berkulit putih gebu menyambut kami.Rambutnya disanggul tinggi.Dia memakai stokin.Ada seorang bayi di atas katil sedang disusukan oleh seorang nurse.Ada juga seorang doktor perempuan bersama mereka.

          ''Eh,.dua orang ke?'' dia bertanya sambil memandang kami silih berganti.Aku melemparkan senyuman dan menghulurkan tangan untuk bersalam.Dia menyambutnya mesra.Giliran Rozaimah pula menghulurkan tangan.

        ''Saya peneman jer,'' sambil bersalaman Rozaimah memberitahu.Perempuan cantik di depan kami mengangguk faham.Dia mempelawa kami duduk di sofa di sudut kanan bilik.

          ''Saya Maria,saya nak cari pengasuh untuk baby saya tu.Usia baby saya tu baru seminggu.Saya kena ulang alik ke hospital untuk buat kemoterapi.Awak ada pengalaman jaga baby ke?'' Puan Maria memandang tepat ke wajahku.Aku tergaman.Aku hanya pernah melahirkan tapi,.aku belum ada pengalaman menjaga bayi pun.Hati aku teringin untuk berkata benar tapi minda aku menegahnya.Aku teringin sangat nak mengendong dan membelainya.Inilah peluang aku.

       ''Pernah! Saya selalu ambil upah mengasuh bayi di kampung,'' aku main auta ja.Entah kenapa dengan aku hari ni? Dalam hati kembali gentar.Bila dah mula menipu nanti bakal menipu lagi untuk menutup penipuan yang pertama.Aku menoleh kepada Rozaimah sepintas lalu untuk melihat riak wajahnya.Tenang saja dia.

         ''Oh,.awak dah kahwin? Ada mak ayah lagi?'' aku resah lagi.Apa lagi aku nak auta ni?

         ''Mak ayah saya dah lama meninggal,mak dengan ayah angkat saya pun dah lama meninggal,'' aku jawab tanpa ragu-ragu.Dalam hati timbul juga persoalan,kenapa harus bertanya pasal mak dengan ayah pulak?

            ''Anak yatim piatulah ni?''

          ''Eh,.taklah! Ayah saya Muhammad Ravi bin Abdullah.Mak saya pula Nuraida Chen binti Abdullah,'' aku sengaja pura-pura buat tak faham.Terasa paha aku perit dicubit Rozaimah.Dulu aku pernah dengar ustaz cakap anak yatim piatu tu hanya untuk kanak-kanak di bawah umur saja.Puan Maria yang tercengang pada mulanya tiba-tiba tergelak kecil.Aku tayang wajah selamba.

         ''Awak mix blood?'' aku anggukkan kepala perlahan.

           ''Bila boleh mula kerja? Hari ni boleh?'' aku tersentak.

          ''Hah? Dapat ke Puan?'' aku bertanya tidak percaya.

         ''Saya nak tengok prestasi awak untuk seminggu ni,kalau prestasi awak memuaskan hati saya,awak boleh terus bekerja.Gaji awak kita akan bincang lepas seminggu awak bekerja.Boleh?'' aku mengangguk pantas sambil pandanganku menghala ke arah bayi yang sudah nyenyak tidur di atas katil kecil.Hati kecil aku sebak tiba-tiba.Terima kasih Ya Allah,kau beri juga aku peluang untuk membelai seorang bayi.

         ''Awak nama apa tadi,rasanya awak belum memperkenalkan diri lagikan?'' aku tersengeh.Macam mana boleh lupa pulak ni?

           ''Saya Mona Puan.Monaliza,.ni kawan saya Rozaimah,'' aku memperkenalkan diri dan Rozaimah sekali.Rozaimah tersenyum dan mengangguk mengiyakan.

         ''Rozaimah? Ehh,.awak kerja di Syarikat Mutiara Holdingkan? Macam pernah nampak awak!,.tadi tak perasan pulak.Bila dah sebut nama ni baru saya teringat,'' aku pandang Rozaimah dan menjungkitkan keningku padanya.Kenal rupanya dia dengan Puan Maria ni.Tadi dia tak cakap apa pun.Sampainya hati!

          ''Tulah!,.saya pun tak perasan tadi Puan Maria ni isteri bos saya.Maaflah Puan baru ternampak gambar puan dengan Tuan Azhar di dinding tu,'' aku turut memandang ke arah dinding.Anggun menawan Puan Maria di sisi seorang lelaki dengan sepasang kot.Handsome,kemas dan bergaya.Aura biasa untuk orang kenamaan yang punya segalanya.

          ''Mona!,.beg pakaian awak mana? Kalau boleh saya nak awak yang jaga Balqis 24 jam.Hari ahad baru awak cuti,'' aku dan Rozaimah saling berpandangan,kemudian kami memandang ke arah Puan Maria pula.

            ''Tak menyusu badan?'' spontan aku bertanya.Wajah Puan Maria berubah mendung.Dia mengeleng lemah.Aku jadi serba salah.

            ''Saya makan ubat,.'' dia menjawab sambil menoleh ke arah doktor dan nurse yang sedang duduk di sofa hujung,sedikit jauh dari kami.

        ''Kita nak pergi sekarang ke?'' Puan Maria bertanya pada doktor dan nurse yang sedang rancak bercerita.Aku pandang Rozaimah di sebelah dan kami saling bermain isyarat mata.Mereka nak ke mana pulak? Takkan nak tinggalkan kami?

       ''Rasanya,elok kalau kita pergi sekarang!'' doktor perempuan itu membalas.Puan Maria bangun dan meminta diri.Rozaimah mencuit aku.Nampaknya untuk hari pertama bekerja ni terpaksa aku meminta Rozaimah mengajar aku.Itu pun kalau Rozaimah dibenarkan untuk menunggu bersama aku.

       ''Tinggallah ya,.kalau ada apa-apa yang tak tahu boleh tanya bibik,'' senang pulak Puan Maria ni percayakan kami.Aku jadi hairan pulak.Tadi bukan main lagi.Aku pun tadi sikit punya berdebar-debar ke,ni,.haih.Mahu atau tak kami tetap ditinggalkan.

           Bila aku dan Rozaimah ditinggalkan kami menghampiri katil bayi.Aku merenung bayi perempuan yang sedang nyenyak tidur.Rasa tenang hati ini memandang wajah kecil itu.Comelnya dia!

          ''Comelkan Zai? Bertuah orang yang bergelar ibu ni,'' aku berkata sayu.

           ''Kenapa dengan anak-anak kau Mona?'' sambil mengusap bahuku Rozaimah menyoal.Kami kembali duduk di sofa.

           ''Allah lebih sayangkan anak-anak aku Zai.Mudahan mereka semua sedang menunggu aku di pintu syurga,'' aku berkata perlahan,walau pun dada sudah terasa sebak aku menahan perasaan agar air mataku tidak mengalir.Sesekali aku menarik nafas dan pandanganku dihalakan ke arah katil Balqis.Dalam rasa sebak aku paksakan diri untuk mengukirkan senyuman.Akan aku tumpahkan seluruh kasih sayangku untuk Balqis mulai saat ini.
...........................................................

                Malam pertama aku tidur bersama Balqis.Bilik yang luas dan dipenuhi perabot mewah ini adalah bilik aku bersama Balqis.Puan Maria tidur di bilik sebelah,sudah tentunya bersama Tuan Azhar.Aku dah jumpa Tuan Azhar siang tadi,orangnya lebih handsome dari dalam gambar.Padanlah dengan Puan Maria yang anggun dan jelita.

             Aku renung wajah comel Puteri Balqis Anastasyia,sesekali dia akan tersenyum dalam tidurnya.Aku turut tersenyum melihat senyuman si kecil ini.Ketenangan di wajahnya membuatkan jiwaku turut tenang dan bahagia.Anugerah yang tak ternilai harganya buat Puan Maria dan Tuan Azhar,tapi sayangnya kecil-kecil lagi Balqis sudah kehilangan belaian seorang ibu.Aku hanya seorang pengasuh yang dipertanggunjawabkan untuk menjaganya 24 jam.Dalam seminggu cuma sehari Balqis akan berpeluang untuk bermanja dengan ibu bapa kandungnya.

          Puan Maria akan datang juga melihat Balqis bila dia rasa perlu.Untuk hari ini Puan Maria dan Tuan Azhar datang menjenguk sekali saja sejak aku menjaganya sebelum mereka masuk tidur di bilik mereka.

            Bila aku berniat untuk memohon kerja sebagai pembantu rumah aku membayangkan kerja aku seperti membasuh,mengemas dan memasak.Nampaknya semua kerja tu sudah ada pekerja lain yang melakukannya.Pembantu rumah dari Indonesia yang masih muda,mungkin usianya awal 20-an.

        Aku dah berkenalan dengan Endah Sari siang tadi,katanya dia pun baru bekerja di sini.Aku belum berkesempatan untuk berkenalan lebih lanjut dengannya.Siang tadi aku hanya menghabiskan masa bersama Rozaimah dan belajar bagaimana nak menguruskan bayi sekecil ini.Bayi yang baru berusia seminggu.Aku renung lagi wajah kecil itu.Wajahnya persis Tuan Azhar,tapi kening dan matanya mirip Puan Maria.Dah nama pun mix blood Tuan Azhar dan Puan Maria.  

        Bila melihat Balqis,hatiku terus berkata,mungkin Balqis juga anugerah untukku.Sudah lapan kali aku kehilangan bayiku,Balqislah pengantinya yang bakal mewarnai hari-hariku selepas ini,Hadiah terindah dari Allah.

          Ya Allah! Aku bersyukur padaMu kerana memberi aku peluang untuk menguruskan bayi kecil ini.Balqis akanku asuh seikhlas hati,ini janjiku.

          Aku melafazkan syukur dan berikrar di dalam hati.Wajah Balqis ku renung lagi.Tertumpah kasihku buat Balqis.Ahh,.bayi secomel ini memang mudah untuk membuatkan naluri seorang wanita sepertiku jatuh kasih.

          Kebahagiaan membelai seorang bayi mula meresap ke seluruh jiwaku.Apa yang mampu aku pohonkan moga apa yang aku rasa sekarang takkan dirampas dariku lagi. Ya Allah!,.Izinkan aku untuk terus menumpang kasih si kecil ini.
............................................................................
Setahun kemudian,.

              Putaran jarum jam semakin berputar ligat,dalam tak sedar sudah setahun aku menjadi pengasuh Balqis.Puan Maria pula semakin nazak.Aku?,.hmm,.aku dah bergelar janda.Tiga bulan setelah bekerja di sini aku telah diceraikan oleh Ammar.

            Ammar menuduh aku sebagai isteri nusyuk,apatah lagi ada kak Imah yang sentiasa menjadi lahar yang selalu menghangatkan keadaan.Baru-baru ni aku stalk wall facebook Ammar.Terkejut aku bila melihat Relationship Ammar.Hamizah bukan lagi isterinya.Ammar sudah bertunang dengan perempuan lain,seorang janda beranak lima.Apa sudah jadi dengan Hamizah?

             Roda sentiasa berputar.Kalau dulu Hamizah mengambil alih tempatku di sisi Ammar tapi sekarang,ada wanita lain di antara mereka.Aku tak pasti samada Hamizah dan Ammar sudah bercerai atau pun tidak.Aku terlalu sibuk dengan tugas baruku membelai Balqis,tak kuasa aku nak menjaga tepi kain mereka.Biarlah mereka bahagia dengan cara mereka dan aku bahagia dengan caraku.

         ''Kak Mona!,.buk Maria panggil,katanya penting,'' Endah datang secara tiba-tiba.Aku yang sedang melamun tersentak seketika.Di bibirnya ada seulas senyuman.Aku mengangguk seraya bangun.Balqis yang baru terlelap ku pandang sekilas lalu.

          ''Endah tolong tengokkan Balqis ya,.kak Mona jumpa Puan sekejap.Dia baru tidur ja ni,'' aku meminta tolong Endah.Biasanya beginilah,kalau aku ada hal lain yang perlu aku buat.Nak mandi,solat atau pun nak makan,aku takkan biarkan Balqis seorang diri.Malang tak pernah berbau.Walau pun umur Balqis sudah setahun sekarang.Aku perlu lebih berhati-hati.Kalau sesuatu yang berlaku pada Balqis,bukan Puan Maria dan Tuan Azhar saja yang akan bersedih,aku juga akan merasa sakitnya.

             Aku menapak ke bilik Puan Maria dengan pelbagai persoalan di minda.Kata-kata Endah terngiang-ngiang di pendengaranku ''Katanya penting!'' apa yang penting sangat tu agaknya? Aku terus berteka-teki di dalam hati.

            Bila sampai ke bilik Puan Maria aku terdengar Puan Maria sedang menangis.Aku tergamam di depan pintu bilik yang terbuka.Ada Tuan Azhar juga sedang bersuara dengan agak kuat.Tuan Azhar sedang marahkah? Aku jadi kecut perut.Apa yang sedang mereka bincangkan dan kenapa pula aku dipanggil? Aku jadi serba salah,nak masuk ke tak?

         ''Mona!,.masuk!! '' suara Tuan Azhar mengejutkan aku.Suasana tegang yang kurasakan di bilik ini membuatkan aku tidak berani untuk mengukirkan walau segaris senyuman.

           ''Puan!,.Tuan!,.'' dengan perasaan gusar aku menyapa keduanya.Puan Maria mengesat air matanya dan melontarkan senyumannya untukku.Walau wajahnya pucat dimamah virus barah yang sudah menguasai tubuhnya Puan Maria tak pernah lokek dengan senyuman.

              ''Mona,.sini!'' Puan Maria mengamit aku dan menepuk tilam mengisyaratkan aku agar duduk di sebelahnya.Aku melangkah perlahan,sempat aku mengerling sekilas ke arah Tuan Azhar yang merenung tajam ke arahku.Aku menunduk memandang permaidani indah tapi fikiranku bukan menghayati keindahannya,sebaliknya minda aku terlalu kusut memikirkan pelbagai kemungkinan.

              ''Saya nak minta tolong Mona sikit.Saya harap Mona takkan menolak,demi Balqis,.'' Puan Maria memulakan mukadimahnya sebaik aku melabuhkan punggung di sebelahnya.Aku panggungkan kepala dan menatap wajahnya.Mataku terus mencari anak mata Puan Maria untuk mencari jawapan disebalik kata-katanya itu.

              ''Ya Mona,.saya nak minta Mona menjadi ibu kepada Balqis untuk selamanya,..''

           ''You jangan jadi gilalah Mar! Abang takkan setuju dengan cadangan Mar tu,.'' tersentak aku mendengar jerkahan Tuan Azhar.Kenapa Tuan Azhar marah sampai begini sekali?

         ''Cuba Mar tengok Mona ni betul-betul,.eii,abang tak dapat nak bayangkan.Kalau betul pun Mar dah terdesak sangat nak bermadu,Mar tak boleh cari orang lain ke? Ni,.bukan taste abanglah!'' dalam kebingungan aku tetap rasa terhina.Apa maksud Tuan Azhar?

             ''Abang,.demi Balqis bang!,.Maria bukan sengaja nak mendera abang.Perempuan mana pun sama ja bang.Nak mencari isteri,kecantikan tak penting bang tapi agamanya.Maria rasa Mona yang paling sesuai sebagai ibu kepada Balqis,.'' Puan Maria terbatuk-batuk.Perlahan aku mengurut belakangnya walau pun aku rasa seolah aku ni sudah jadi halimunan.Otak aku seakan dapat menangkap apa maksud disebalik kata-kata mereka namun hatiku menafikan sekerasnya.Takkanlah!

                 ''Mar cakap senanglah!,.sebab bukan Mar yang nak kena berjabat tangan dengan tok kadi tu.Abang nak letak muka kat mana Mar? Tau dengan wartawan Raja Azhar Harith C.E.O Syarikat Mutiara Holding Sdn Bhd berkahwin dengan pengasuh anaknya yang bersaiz,.eii,.Mar taulahkan wartawan ni,.maunya bertahun tak habis cerita sensasi tu,.'' Tuan Azhar berkata angkuh.Aku tersentap.Kalau dicincang lumat pun,aku tak hingin nak kahwin dengannya.Cukuplah sekali hatiku berdarah kerana Ammar.Tak rela aku mengizinkan lelaki lain menghancurkan hatiku sekali lagi.

             ''Demi Balqis bang!,.tolonglah! Kita tak payahlah heboh-heboh.Buat apa yang perlu ja,cukuplah kalau ada abang,Mona,saksi,wali dan jurunikah,.'' aku sebak dalam hati.Mentang-mentanglah mereka bos aku,langsung mereka tak tanya pendapat aku.Adakah perempuan GEMUK macam aku ni tak punya perasaan?

            ''Puan,Tuan,.saya masih ada di sini dan saya tak pernah pekak atau pun bisu.Apa sebenarnya ni Puan? Saya juga berHAK tahu! Dan saya juga ada perasaan Tuan,walau saya ni GEMUK dan hodoh!'' entah kenapa aku rasa bengang dengan kedua orang majikan aku ni.Mereka ingat aku ni apa? Aku tahu kata-kata aku tu terlalu biadap,lebih-lebih lagi dengan Puan Maria tapi aku terasa seolah aku tak wujud di bilik ini dengan perlakuan mereka.

          ''Mona,.tolong ya! Nikah dengan tuan demi Balqis,..'' Puan Maria bersuara perlahan sambil memaut tanganku.Kepala aku berdenyut tiba-tiba bagaikan ada batu yang menghempap di atasnya.Apa yang aku fikirkan tadi rupanya benar.Tanpa sedar aku gelengkan kepala berkali-kali.

          ''Puan,.setiap masalah ada jalan penyelesaiannya tapi bukan ini caranya.Saya tak layak puan,lagi pun saya baru saja selesai berurusan dengan Mahkamah Syariah.Puan tahukan,.selama setahun ni saya terpaksa keluar masuk Mahkamah Syariah kerana kes dituduh nusyuk.Cukuplah puan! Saya tak sanggup lagi,.'' aku bersuara separuh merayu.Sebak rasa dadaku.Air mata sudah bertakung di tubir mata.Kenapa ujian ini datang bertalu-talu? Aku terlalu letih untuk menghadapi semuanya ini.

              ''Okeylah!,.abang setuju.Abang akan nikah dengan Mona,.tapi bersyarat,.'' dalam aku cuba merayu Puan Maria,Tuan Azhar mencelah dan membuat keputusan untuk menerima aku.Sekali lagi aku rasa amat terbeban dengan permainan hidup ini.Tadi bukan main lagi Tuan Azhar menghina aku.Kenapa dalam sekelip mata saja dia boleh membuat keputusan sebegitu?

          Ya Allah!,.bantulah aku.Fikiran aku berserabut sangat sekarang ni.

             ''Alhamdullilah!,.Mona,.Mona setuju ya! Tolong Mona,.nikah dengan tuan.Saya dah tak banyak masa Mona,..'' terbang semangat aku mendengar permintaan Puan Maria.Niat untuk membantah terus terpendam dalam hati bila lidah aku menjadi kelu untuk berkata-kata.Minda aku sarat dengan kata-kata ketidakpuasan hatiku namun bibir terus enggan bekerjasama.

             ''Apa syaratnya bang?'' Puan Maria mengajukan soalan untuk Tuan Azhar.Aku juga sedang menanti untuk mendengar.Sedap saja Tuan Azhar menghina aku tadi.Agak-agak apa syaratnya kalau aku jadi isteri dia?

            ''Hmm,.Mona kenalah jadi isteri yang sebenar,bukan sekadar isteri atas kertas saja.Mar setuju ke kalau abang tidur dengan Mona?'' aku tersentak lagi dengan penyataan Tuan Azhar.Tadi dia cakap aku ni bukan citarasa dia,gemuk dan sebagainya.Tuan Azhar nak menguji aku ke atau nak menguji Puan Maria?

            ''Abang,.Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Seorang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik budi pekertinya, dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik pada isterinya.” [1162] Hasan Sahih. Riwayat Al-Tirmidzi.
Salah satu kewajipan isteri adalah melayan suami di tempat tidur.Mar tak kisah kalau abang nak menjalankan kewajipan abang sebagai seorang suami,masalahnya,.abang tu boleh ke?'' aku memandang Puan Maria.Hari ini minda aku penuh dengan persoalan.Di wajahku mungkin aku mempamerkan riak tenang sedangkan jiwa aku sedang berkocak hebat.Berada di depan dua orang majikan aku ni seolah aku ni tak wujud untuk mereka.Itu yang aku fikir bila mereka berbual tentang masa depanku tanpa bertanya pendapat aku.

              ''Sejak bila pula abang tak boleh? Abang okey ja.Yang sakit Mar bukannya abang,'' Tuan Azhar bersuara sambil mencerlungkan matanya ke arah kami.Puan Maria terus tersenyum sambil menjawab.

            ''Abang lupa ke?,.kan abang yang cakap tadi Mona ni bukan taste abang,.''

           ''Ada orang yang rogol orang tua yang dah bercucu,bercicit,.Mar ingat perempuan tua tu taste mereka ke?'' aku beristighfar tanpa sedar dalam hati.Nampaknya,kalau aku setuju untuk bernikah dengan Tuan Azhar aku bakal jadi pemuas nafsu Tuan Azhar saja,bukan menjadi isteri dalam erti kata yang sebenarnya,dibelai dengan penuh kasih dan sayang.Aku menarik nafas perlahan sambil tunduk dan bermain dengan jari jemariku.

            ''Apa yang abang cakap ni? Mar suruh abang ambil Mona sebagai isteri,bukan suruh abang anggap dia sebagai perempuan simpanan,.''

           ''Tak payahlah nak paksa abang! Mar memang dah suruh abang anggap Mona sebagai perempuan simpanan bila Mar paksa abang nikah dengan dia,.'' aku semakin bengang dengan situasi yang sedang aku hadapi sekarang ni.Ibarat aku sedang terhimpit di antara Puan Maria dan Tuan Azhar.Dalam hati,aku nak membantah sekerasnya,tapi minda aku melarangnya bila mengingatkan kebaikan Puan Maria terhadap aku selama ini.Mungkin inilah yang dikatakan orang terhutang budi,tergadai body dan hati.Boleh tak kalau aku nak menjerit sekuat hati sekarang ni?

           ''Tolong jangan pentingkan diri sendiri abang! Mar buat semua ni demi Balqis,Endahkan nak berhenti kerja.Kalau Mar dah tak ada nanti takkan abang nak tinggal berdua saja dengan Mona? Kalau kena tangkap khalwat nanti lagilah malu,.''

           ''Ambillah pembantu rumah baru,lagi pun Mar bukannya Tuhan, Mar bukannya tahu bila Mar nak mati.Ajal mautkan milik Allah.Zaman dah moden sekarang Mar.Janganlah putus asa cepat sangat!'' Tuan Azhar menghampiri katil.Aku segera bangun untuk memberi laluan.Tuan Azhar mencapai tangan Puan Maria lalu dibawa ke bibirnya.Adegan romantik berlaku di depanku bila Tuan Azhar mencium jari jemari Puan Maria dan berakhir di dahi juga kedua pipi Puan Maria.Aku memalingkan wajah ke arah lain.Aku pula yang diterpa perasaan malu.

            ''Puan!,.saya keluar dulu ya,.'' aku terus melangkah laju tanpa sempat Puan Maria membalas.Aku perlu bertemu dengan Rozaimah untuk meminta pendapatnya.Kalau ikutkan hati aku,memang aku tak sanggup untuk menjadi 'isteri terpaksa' Tuan Azhar tapi dalam masa yang sama aku terlalu menyayangi Puteri Balqis Anastasyia.
........................................................................

             ''Aku buntu sangat Zai,.apa yang harus aku buat?'' aku tanya pendapat Rozaimah selepas aku bercerita padanya tentang permintaan Puan Maria.Petang ni Puan Maria dan Tuan Azhar membawa Balqis keluar jadi aku meminta pelepasan ke rumah Rozaimah.

            ''Buat ja solat sunat Isthikarah.Aku nak bagi pendapat pun tak berani,.'' aku mengeluh tanpa sedar.Sukar untuk aku membuat keputusan.Tuan Azhar sudah bersetuju untuk menerima aku.Entah jampi apa yang Puan Maria guna?

            ''Kes kau dengan Ammar dah selesaikan?'' aku mendonggak memandang Rozaimah.Dalam aku serabut memikirkan permintaan Puan Maria  sempat lagi dia nak tanya pasal Ammar.Aku mendengus kasar.Mendengar nama Ammar buat fikiran aku semakin serabut.Enam belas tahun hidup bersama,bukan mudah untuk aku melupakan kenangan aku bersamanya.Ammar baik cuma dia terlalu taksub dengan keluarganya.Ketika ibu mertuaku masih hidup Ammar mendengar kata ibunya.Bila ibunya sudah tiada dia terlalu mengikut kata-kata abang dan kakak iparnya.

              ''Mona,. Janganlah fikirkan sangat.Mungkin ada hikmah disebalik semua ini.Setiap manusia yang hidup di dunia ni akan diuji,cuma ujian yang diturunkan itu berbeza-beza.Bagi aku,kau ni beruntung tau.Puan Maria lamar kau untuk suami dia.Cuba kau bayangkan menjadi isteri kepada seorang C.E.O.Wow!,.kalau akulah,ibarat pucuk dicita ulam mendatang,.'' aku jeling Rozaimah yang sedang tersenyum padaku.Geram betul aku.Sempat lagi dia nak mengedik macam tu.Otak aku ni dah tepu dah dengan masalah.

              ''Masalahnya sekarang,bukan pasal C.E.O!,.kau tahukan aku ni macam mana? Aku tak pandanglah harta dan rupa semua tu,.'' aku memicit kepalaku yang mula berdenyut.Rozaimah memaut tanganku.Aku pandang dia dengan air mata yang sudah bergenang.

             ''Maafkan aku Mona! Aku bergurau ja tadi,.'' Rozaimah terus merangkul aku.Di bahu Rozaimah aku melepaskan tangis.Beratnya beban ini.Aku bukannya nak menolak suratan takdir tapi aku terlalu takut untuk membayangkan masa depanku.Aku baru habis eddah dah kena kahwin lagi.Dah tu dengan majikan aku yang mungkin tak pernah sukakan aku.Ya! aku sedar siapa diriku ini.Aku ni gemuk dan bukan citarasanya.Huh!,.terngiang-ngiang lagi kata-katanya di pendengaranku.

            ''Dah,dah,..jom aku bawa kau ronda-ronda.Kita shopping jom! Mana tau boleh mengurangkan stress kau tu,.'' aku mengesat air mata.Berjeda seketika memikirkan pelawaan Rozaimah.

            ''Kita nak ke mana?'' soalan aku ajukan.Rozaimah menjungkitkan kening.
...............................................................................

                Kami masuk dari satu mall ke satu mall namun tiada satu benda pun yang aku beli untuk diri aku sendiri.Bila kami melalui kedai permainan aku terus teringat kepada Balqis.Perlukah aku korbankan hati dan perasaanku demi Balqis?        

          ''Mona,.aku ingat hujung bulan ni aku nak balik kampung.Kau nak ikut tak? Jomlah!,.sekurang-kurangnya kau boleh fikir masak-masak pasal permintaan Puan Maria tu,.'' aku menghentikan langkah,saranan Rozaimah menarik minatku.Mungkin aku boleh cuba menguji hati aku di kampung.Maksud aku mampukah aku berpisah dengan Balqis.Sejak aku jadi pengasuh Balqis,dialah segalanya bagiku.Balqis yang selalu memberi ketenangan.Memang Balqis masih kecil dan masih belum mengerti apa-apa tapi kehadiran Balqis dalam hidup aku sentiasa menceriakan hatiku.Kala aku sedih atau stress Balqislah penawarnya.

            ''Nantilah,.aku tanya Puan Maria dulu.Kalau dia bagi aku cuti,aku teringin jugak nak ikut kau balik kampung.Kau taukan,.Puan Maria tu sedang sakit,''

          ''Yerr,.aku tahu! Kau ni suka sangat lebihkan orang lain dari diri sendiri.Cuba sesekali tu kau pentingkan diri kau sama.Aku tak faham betullah orang macam kau ni.Kalau kau terus berperangai macam ni nanti lagilah orang lain nak ambil kesempatan terhadap kau!'' Rozaimah membentak tiba-tiba.Aku lagi tak faham dengan perangai dia.Tadi dia suruh aku terima Tuan Azhar tu,ni dah lain pulak.

              ''Puan Maria tu baik dengan aku.Dia tak pernah marah aku sepanjang aku bekerja dengan dia.Kau pernah jumpa tak isteri yang melamar pengasuh anak dia untuk suami dia? Aku rasa kes aku ni mungkin kes pertama yang berlaku dalam dunia ni,.'' sambil bercakap aku mengelengkan kepala berkali-kali.Manusia ni memang berperangai pelik.Sukar nak faham hati manusia.Ah,.jangan cakap hati orang lain,kadang-kadang aku turut keliru dengan hati aku sendiri.

          ''Puan Maria tu mungkin ada agenda dia yang tersendiri.Manalah kita tahukan? Orang kaya ni memang pandai nak mengambil kesempatan!'' Rozaimah mula serkap jarang.Aku tak pernah terfikir tentang agenda semua ni.Bagi aku Puan Maria tu cukup baik dengan aku.Kalau nak diingatkan balik perbualan kami,Puan Maria ada cakap dia minta aku nikah dengan Tuan Azhar demi Balqis.

           ''Tak baik tau menuduh tanpa bukti! Puan Maria tu kan sakit,takkan dia sengaja nak buat naya kat aku pulak kot?'' aku cuba membela Puan Maria.Rozaimah menjeling kepadaku.Aku tersenyum kelat.Dalam hati aku ni pun ada jugak kemusykilannya.Tuan Azhar tu orang kaya,dah tentu berharta.Takkan Puan Maria tak takut aku rampas harta mereka kot? Hiesyy,.ke situ pulak yang aku fikir.

            Kami terus berjalan sambil berbual.Memang aktiviti santai dengan keluar begini membuatkan minda aku berehat sekejap daripada memikirkan masalah.Memerhatikan gelagat orang ramai dengan pelbagai kerenah membuatkan aku terfikir,bukan aku sorang ja yang ada masalah dalam dunia ni.

        ''Tu bukan Tuan Azhar ke? Dia buat apa dalam kedai tu.Takkan dia nak beli cincin untuk kau kot?'' aku turut memerhati ke arah yang sama.Cekap betul Rozaimah ni.Dapat pula dia mengecam Tuan Azhar.Aku menjungkit bahu bila Rozaimah berkalih pandang padaku.

        ''Manalah aku tau! Kaukan pekerja dia,pergilah tanya kalau berani,.'' aku bersuara malas.Bila dah jumpa Tuan Azhar aku kembali stress.Inilah kelemahan aku.Aku senang stress walau kadang-kadang aku senang melupakan sesuatu perkara tu.

            ''Jomlah kita tanya!'' Rozaimah sudah menarik tangan aku.Terkejut aku dengan tindakan pantasnya.Aku saja ja cakap macam tu.Tak sangka pula dia akan ambil serius dengan kata-kataku.

            ''Kau dah gila!,.nak cari nahas?'' aku merentap tanganku dari pegangan Rozaimah dan berpusing ke arah lain.Nak berdepan dengan Tuan Azhar? Tak rela aku! Nanti tentu dia ingat aku pula yang nak menyibuk.Aku belum lagi buat keputusan untuk nikah dengan dia.Ahh,.Stress! Stress! Stress!!

            ''Dahh!,.jom kita tanya bakal suami kau tu.Aku nak tengok jugak apa reaksi dia bila kau ada depan dia.Betul ke dia tak suka kau seperti yang kau cerita tu,.''

            ''Kau tak percayakan aku ke?'' bengang pula aku dengan Rozaimah ni.Aku memang tak faham dengan dia sekarang ni.

          ''Bukan tak percaya! Cuma nak cari bukti ja!'' dia berkata tegas.Tangan aku ditarik lagi.Orang langsing macam dia tarik orang chubby macam aku memang tak bergerak la kalau aku tak melangkah.Aku sengaja keraskan badan dan seriuskan mimik wajahku.Proteslah kononnya!

           ''Mona! Kita ni bukan budak-budak lagi tau,nak buat perangai macam ni.Kita dah tua,harus berdepan dengan masalah bukan melarikan diri dari masalah.Tu,.masalah kau ada di depan tu.Jom kita berdepan dengan dia,'' mahu atau tak aku TERpaksa ikut juga Rozaimah untuk berdepan dengan Tuan Azhar.Jantung aku sudah mula mengepam darah dengan laju.

             Ya Allah! Kau tenangkanlah hatiku ini!
.......................................................................

              ''Assalamualaikum Tuan,.'' dengan selamba Rozaimah memberi salam pada Tuan Azhar sedangkan jantung aku ni dah macam nak melompat keluar.Perasaan takut dan sebagainya sudah bersatu dalam hati aku ni.

         ''Waalaikumusalam,.'' Tuan Azhar menjawab sambil menoleh ke arah kami.Aku tak berani untuk memandang wajahnya.Sengaja aku memandang ke arah lain.

            ''Mona!,.awak pun ada?  Baguslah,.meh sini! Cuba ni!!'' Tuan Azhar menarik tangan aku.Sepantas kilat aku merentapnya.Tindakan spontan aku membuatkan Tuan Azhar mencerlungkan matanya ke arahku.

        ''Kenapa dengan awak ni?'' Tuan Azhar mendekatiku dan bersuara perlahan.Meremang bulu romaku bila dia berkelakuan begitu.Rozaimah tidak mengendahkan kami.Boleh pula dia menonong masuk ke kedai dan meninggalkan aku dengan Tuan Azhar.

       ''HARAM!,.mana boleh pegang macam tu! Cakap cukuplah! InsyaAllah,.saya akan faham,'' aku bersuara perlahan tapi tegas.Tuan Azhar tersenyum sinis sambil mencerlungkan matanya sekali lagi.

              ''Tak luak pun.Masuk!!,.puan kesayangan awak tu suruh saya beli cincin untuk awak.Lepas ni ikut saya pergi Pejabat Agama.Nak isi borang,.'' aku terus kaget mendengar ayat terakhir Tuan Azhar.Aku terus kaku di depan kedai,sedangkan Tuan Azhar sudah masuk semula ke dalam kedai dan berbual sesuatu dengan jurujual.

            ''Mona!,.kau kenapa? Tuan cakap apa? Rupa kau macam orang baru lepas tengok hantu,.'' Rozaimah sudah berada di sebelahku.Aku pandang dia dengan pandangan kosong.Aku keliru sekarang ni.Aku belum lagi beri persetujuan aku untuk nikah dengan Tuan Azhar.Nak isi borang apa pulak??

            ''Mona!!,.kau okey ke tak ni?'' aku anggukkan kepala,kemudian aku geleng pulak.Angguk,geleng,angguk,geleng dan akhirnya tanpa sedar,ada air mata yang sudah mengalir di pipi.Aku trauma!

            ''Jom,.kita blah!!'' aku memegang tangan Rozaimah dan berbisik kepadanya.Air mata ku seka pantas.Rozaimah tak berganjak.Dia memandang pelik ke arahku.

         ''Apa lagi tu?'' suara Tuan Azhar pula yang kedengaran.Dia sudah bercekak pinggang di depan kami.

          ''Saya heret awak masuk,awak marah.Awak cakap haram.Saya suruh awak masuk,awak tak masuk-masuk.Awak nak suruh saya dukung awak masuk pulak ke?'' aku kebam bibir.Geram dengan kata-kata Tuan Azhar.Rozaimah memandang kami silih berganti.

           ''Tuan,.saya belum beri kata putus lagikan? Saya belum bersetuju lagi pun,.'' aku bersuara sedikit kuat dan tegas.Tuan Azhar menghampiriku sekali lagi.Aku kecut perut memandang wajah Tuan Azhar ketika ini.

          ''Siapa awak nak mereject saya hah? Dan,.apa HAK awak untuk reject saya? Awak ingat saya ni nak sangat jadi suami awak?'' sekali lagi dia mencerlungkan matanya.Aku cungkil jugak biji mata dia ni!,.Hiesyy,.

          ''Tuan!,.cuba dengar betul-betul.Bila masa saya reject Tuan? Beri saya masa Tuan!,.perkara ni bukan boleh dibuat main,.'' aku bersuara perlahan.Gerun,.bila dituduh sebegitu rupa.Aku sedar diri aku ni tapi janganlah buat statement macam tu.Walaupun dia Tuan,aku ni pekerja dia,aku pun ada HAK aku.Aku bukannya HAMBA dia!

          ''No!,.awak tak berHAK untuk buat keputusan.Awak cuma perlu bersedia,malam esok kita nikah!'' terus kelu lidahku.Aku pandang Rozaimah dengan mata yang berkaca.Aku pasti Rozaimah juga mendengar kata-kata Tuan Azhar.

          Ya Allah! Andai inilah ujian dariMU aku mohon agar kau tabahkan hatiku dan berikan aku kesabaran yang kental.Jangan KAU sesatkan aku dalam melawan kehendakMU.Aku Redha Ya Allah,.kalau inilah suratan takdir dariMU.
.......................................................

            Seminggu sudah berlalu selepas aku menjadi 'isteri terpaksa' Tuan Azhar.Perit rasa hati bila Tuan Azhar mengotakan apa yang dikata.Aku benar-benar diibaratkan sebagai perempuan simpanannya.Aku digauli ketika dia memerlukan tanpa mempedulikan kehendak diriku.Dia akan pergi setelah mendapatkan apa yang dia nak.Aku ditinggalkan bersama rm2000.00 setiap kali selepas bersamaku.Dia juga memberi aku pil perancang keluarga supaya benihnya tidak akan wujud di dalam rahimku.

             Ya Allah! Terhinanya ku rasakan diperlakukan begitu.Di mana HAK aku sebagai seorang isteri? Aku hanya mampu menangis setiap kali ditinggalkan.Apa gunanya duit yang diberi bila hati ini sudah lumat digilis oleh suami sendiri.Aku tak tahu samaada Puan Maria tahu atau tidak perilaku Tuan Azhar ini.Puan Maria sudah semakin tenat.Badannya sudah semakin susut benar.Ini yang aku tak faham dengan kerenah Tuan Azhar.Sepatutnya dia bersedih dengan keadaan Puan Maria sekarang tapi sebaliknya,dia masih sempat untuk mengauliku.Aku pula yang diterpa perasaan bersalah pada Puan Maria.

             Rupanya menjadi isteri ke-2 perasaannya berbeza dari menjadi isteri pertama.Kalau dulu,aku rasa sakit hati kerana merasakan cinta dan kasih sayangku terhadap Ammar dikhianati tapi kini aku lebih banyak mengumpul perasaan bersalah setiap kali Tuan Azhar mengauliku.Walaupun aku dipaksa namun perasaan bersalah itu tetap wujud dalam hatiku.

           ''Kak Mona!!,.cepat! buk Maria dah tenat banget,.'' aku terkejut mendengar suara Endah yang tiba-tiba datang menerjah ke bilikku.Tadi Tuan Azhar datang ke bilikku mengambil Balqis.Katanya mereka nak luangkan masa bersama Balqis malam ni.Bila bersendirian di bilik ini kerja aku hanya melamun mengenangkan nasib diri.

          ''Kenapa dengan puan Maria Endah?'' aku masih inginkan kepastian.Dalam menyoal kakiku pantas mengikut Endah ke bilik Puan Maria.Dadaku sudah berombak sakan.Mindaku turut bekerja keras memikirkan pelbagai kemungkinan.

            Ya Allah! Panjangkanlah usia Puan Maria.Dia wanita yang baik Ya Allah.Aku sayang dia.Kalau Puan Maria sudah tiada,apa pula nasib aku selepas ini?
Ya Allah! Aku bukan nak mengatasi kuasaMU tapi sesungguhnya aku masih keliru dengan nasib yang sudah tersurat untukku.Ampunkan aku Ya Allah!
           
           Aku terus menceceh di dalam hati sedangkan kaki masih pantas melangkah.Endah tidak menjawab pertanyaanku tadi.Dia juga turut sama menerpa ke bilik Puan Maria.

        Sebaik aku melangkah di dalam bilik Puan Maria,aku sudah mendengar suara Balqis yang sedang menangis.Hatiku turut hiba mendengarnya.Aku menghampiri Tuan Azhar yang sedang membisikkan kalimah Shahadah di telinga Puan Maria.Balqis yang sedang menangis di tepi Tuan Azhar menghulurkan kedua belah tangannya padaku.Aku mengangkat Balqis dan mendukungnya sementara air mataku sudah berjuraian laju melihat Puan Maria yang kepenatan.Nafasnya turun naik,matanya terpejam rapat.Puan Maria sudah tidak sedarkan diri.

            Aku cuba melawan perasaan sebak yang sudah menguasai diri.Endah mengambil tempat di sebelah kiri katil.Dia lebih lama bekerja di rumah ini.Tak hairan kalau Endah sudah teresak-esak sekarang ini.Esakan Endah turut membuatkan hatiku meruntun hiba.Balqis pula memaut erat leherku.Mungkin Balqis belum mengerti apa-apa dalam usianya ini tapi aku pasti Balqis juga punya naluri.Bila memikirkan tentang Balqis yang mungkin bakal kehilangan ibu kandungnya aku tak dapat menahan perasaan lagi.Sambil mencium pipi Balqis kiri dan kanan,air mataku turut meluncur laju bagai empangan pecah.

          Kesiannya anak ibu! Aku merintih di dalam hati.Hatiku pilu mengenangkan nasib Balqis.Ibu kandungku meninggal ketika melahirkan aku.Aku sudah lama merasakan perasaan itu.Kehilangan ibu kandung yang amat bererti dalam hidup setiap manusia.

           ''Mar,.mengucap Mar! Ash-Hadu An-La Ilaha Ilallah-Wa Ash-Hadu Anna Muhammadur Rasulullah,.'' suara Tuan Azhar yang sebak dan semakin perlahan kedengaran lagi.Puan Maria 'memandang' ke atas dan terkulai layu.Aku jatuh terduduk di tepi katil.Lembut lututku melihat keadaan Puan Maria.

              ''Mar!,.Maria!!,.'' Tuan Azhar memanggil nama Puan Maria.Dia sudah menyembamkan wajahnya ke dada Puan Maria seolah tidak dapat menerima kenyataan bahawa Puan Maria sudah pergi untuk selamanya.

        ''Tuan,.Jangan macam ni Tuan!,.relakan pemergian Puan dengan Ikhlas,.'' dalam sendu aku cuba memujuk Tuan Azhar,sedangkan air mataku sendiri sudah mengalir tanpa henti.Endah pula semakin kuat esakannya.

           Ya Allah!,.Kau tempatkanlah Raja Maria Raja Mahadi bersama orang yang beriman dan beramal soleh.Al-Fatihah,. Aku berdoa dan membaca Al-Fatihah di dalam hati.Aku bangun dan meletakkan Balqis yang masih berada di pangkuanku di atas katil.Aku seka air mata sebelum menyentuh bahu Tuan Azhar.Aku cuba berinteraksi dengan Tuan Azhar tapi lidah aku kelu untuk berkata-kata.

            Tuan Azhar mengangkat wajahnya dan perlahan menoleh ke arahku.Matanya merah.Sayu hatiku melihat keadaannya.

            ''Call doktor Suriyati,saya tak sempat nak call sesiapa,Mar tenat mengejut.Nasib baik Endah datang bawa susu tadi,..'' Tuan Azhar bersuara perlahan sambil mengesat air matanya.Aku mengangguk dan memandang Endah.Nampaknya aku tiada pilihan lain selain aku sendiri yang harus membuat panggilan.Endah masih menangis teresak-esak.

           ''Ma,ma,ma,.'' bila aku mahu melangkah suara Balqis pula kedengaran.Dia mendepangkan kedua tangannya dan mula menangis sekali lagi.Tuan Azhar mendukungnya tapi Balqis memandang ke arahku dan terus menangis.Faham dengan keinginan Balqis,Tuan Azhar menghulurkan Balqis kepadaku.Akhirnya Tuan Azhar sendiri yang menghubungi doktor Suriyati dan saudara maranya.Aku pula membawa Balqis ke bilikku untuk menidurkannya.Aku ajak Endah sekali untuk mengikutku.Mungkin Tuan Azhar nak mengabadikan saat-saat terakhirnya bersama Puan Maria.
............................................................................
5 Tahun kemudian,.

           Bahagia dan duka dalam kehidupanku silih berganti.Cobaan dan dugaan yang menerjah masuk kadang-kadang buat aku teramat lelah untuk menepis.Namun,selepas lima tahun aku sudah mampu bernafas dengan tenang.Bila diimbas kembali kejadian lima tahun lalu dengan dugaan yang bertali arus membuatkan aku terfikir betapa Allah begitu menyayangiku.

            Selepas Puan Maria meninggal,seminggu selepas itu Endah berhenti kerja.Tuan Azhar pula membuat keputusan untuk tinggal di England dan membawa Balqis bersamanya sedangkan aku digantung tak bertali.Dia pergi tanpa melafazkan talak dan aku pula tak berani untuk meminta.Kalau Ammar dulu mengantung aku tanpa nafkah tapi sebaliknya dengan Tuan Azhar.Setiap bulan RM2000.00 akan dimasukkan ke akaun bankku.

          Tiga hari sebelum pergi ke England Tuan Azhar datang ke bilikku.Malam itu malam ke-44 majlis tahlil Puan Maria.Sesungguhnya selepas Puan Maria meninggal Tuan Azhar tidak mengauliku lagi.Rumah ini sentiasa dipenuhi sanak saudaranya.Aku terpaksa mengantikan tempat Endah sebagai pembantu rumah.Balqis juga telah dirampas dari sisiku.Aku tak berpeluang untuk menghampiri Balqis lagi.

          Raja Asmida telah membawa pulang Balqis ke rumahnya.Kalau dia datang ke sini bersama Balqis pun dia takkan benarkan aku memegang Balqis.Katanya,dia tak mahu satu-satunya zuriat Puan Maria terlalu rapat denganku.Ya!,.Raja Asmida adalah ibu kepada Puan Maria.Aku memang disisihkan di rumah ini selepas Puan Maria tiada.Tuan Azhar tidak pula memperkenalkan aku sebagai isterinya.Dia lebih banyak berdiam diri selepas ketiadaan Puan Maria.

             ''Minta nombor akaun bank awak!'' perkataan pertama selepas dia masuk ke bilikku secara diam malam itu.Itu pun selepas semua penghuni rumah masuk tidur.Aku baru habis mengemas selepas majlis tahlil tadi.Terkejut juga pada mulanya.Aku berjeda lama sambil memandang wajahnya.

           ''Mona!'' Tuan Azhar sudah ada di depanku dan melambaikan tangannya di depan wajahku.Aku pegang tangannya dan membawa ke bibirku.Dadaku sebak tiba-tiba seolah dapat merasakan aku bakal ditinggalkan.

        ''Kenapa dengan awak ni? Dah!,.bagi nombor akaun awak.Saya nak bawa Balqis ke England.Mungkin akan menetap terus di sana.Maaf!,.saya terpaksa tinggalkan awak di Malaysia.Awak tahukan masalah saya?'' aku telan liur.Dadaku terasa sakit yang amat.Sekali lagi hatiku dihancur lumatkan oleh seorang lelaki bergelar suami.Aku terus membisu,hanya air mata yang meluahkan kata.
       
             ''Sorry sangat!,.saya tak boleh lagi tinggal di rumah ini dan saya juga tak boleh bawa awak sekali,'' Tuan Azhar bersuara perlahan dan merangkul aku dan itulah malam terakhir dia mengauliku.Malam inilah juga dia melayan aku dengan ikhlas sebagai isterinya.Aku dapat merasakannya dari setiap sentuhannya.Memang berbeza dari sebelumnya.Aku rasa dihargai dan disayangi.

       ''Ibu,ibu,.Balqis nak gula-gula.Kak Damia tak nak kasi,'' aku mengesat air mataku dengan telapak tangan.Aku menoleh ke arah Balqis yang sedang menangis dan berlari-lari anak ke arahku.Puteri Balqis Asyikin,satu-satunya permata hatiku bersama Tuan Azhar.

        Sebenarnya aku tak makan pun pil perancang yang Tuan Azhar beri.Aku telah dilarang oleh doktor dari mengambil pil perancang kerana dibimbangi aku diserang strok.Ketika bersama Ammar pun aku tak pernah mengambil apa-apa pil perancang.Kami merancang sdn.bhd.Pandai-pandailah nak hidupkan!

           ''Qis tu yang kuat merajuk Mak Ngah.Damia bergurau ja pun,.'' aku tersenyum kepada keduanya.Damia turut tersenyum padaku.Manis orangnya.Anak sulung Rozaimah.Masih belajar di IPT,mengambil jurusan perakaunan.Beruntung Rozaimah punya anak dara seperti Damia.Aku juga yang tertinggal di belakang.Umur 44 tahun baru mempunyai seorang anak berusia 4 tahun.Alhamdullilah!,.akhirnya impian aku untuk menjadi seorang ibu di dunia ini termakbul juga dengan kelahiran Balqis.

            ''Mana ada!,.kak Damia tu yang suka usik Balqis!'' Balqis bersuara rajuk sambil menyembamkan wajahnya di atas ribaku.Aku usap kepala Balqis perlahan.Agaknya Puteri Balqis Anastasyia sudah berumur 6 tahun sekarang? Rindunya aku pada mereka berdua.

          ''Kenapa dengan Qis tu? Ni mesti Damia yang punya kerja! Hiesyy,.dah besar panjang pun,masih lagi kuat mengusik,'' Rozaimah yang baru datang entah dari mana mencelah tiba-tiba.

        ''Mama ni!,.kalau Mia yang tak ngusik siapa lagi nak ngusik Qis ni,.'' Damia bersuara ceria tanpa rasa bersalah dengan leteran ibunya.Damia dengan Balqis ni dah macam adik beradik.Tiga tahun lalu aku dengan Rozaimah mengambil keputusan untuk menetap di kampung.Kami buka butik dengan duit simpanan yang ada.Hasilnya sekarang,kami sudah ada 5 orang pembantu di butik ini.Kami sudah boleh bernafas dengan lega tanpa masalah kewangan.

          ''Mona!,.aku jumpa Ammar tadi.Dia ikut aku balik.Dia ada kat luar,nak jumpa kau,.'' tanpa menghiraukan kata-kata Damia,Rozaimah beralih pula ke arahku.Damia memujuk Balqis dan membawa Balqis keluar semula.Yang namanya gaduh-gaduh sayang macam nilah.Tanpa banyak kerenah Balqis mengikut saja Damia.

            ''Buat apa? Tak naklah aku!,.yang kau bawa dia balik buat apa? Aku ni kan masih isteri orang,.'' aku mendengus geram.Ammar tak habis-habis nak menganggu ketenangan aku.Selepas dia tahu aku ditinggalkan Tuan Azhar dia datang jumpa aku dan merayu.Katanya dia tak bahagia dengan Hamizah.Katanya lagi Hamizah kuat mengarah dan kuat melawan.Aku tanya juga mengenai tunangnya yang sudah beranak lima tu dan jawapannya buat aku tergelak besar.

           ''Huh!,.perempuan penipu tu.Hidup-hidup abang kena tipu.Dia minta nombor akaun abang,nombor password FB abang semuanya abang bagi.Ingatkan betullah dia sukakan abang.Rupanya bini orang.Licin duit abang dalam bank.Mizah mengamuk sakan dengan abang.Teruk abang kena dera dengan Mizah,.''

                 Alahai Ammar!,.tu baru bertemu buku dengan ruas.Aku simpati juga dengan nasib dia.Ammar suka sangat mengikut telunjuk orang.Berbulan jugaklah Ammar datang menganggu aku hingga Hamizah dan kak Sarimah datang menyerang aku.Ketika itu kami masih tinggal di Shah Alam dan usia kandunganku baru 3 bulan.

          ''Mona!,.kalau kau tak keluar,aku jamin Ammar akan masuk cari kau.Lebih baik kau keluar sebelum dia masuk,.'' aku mendengus lagi.Payah betul jadi 'ibu tunggal' yang masih bersuami ni,dan paling payah bila nak memahamkan orang yang tak faham bahasa.Aku melangkah keluar juga dengan wajah yang terpaksa aku maniskan.

          Bila aku sudah keluar,aku terus terpaku memerhatikan insan-insan di depanku.Terasa bahuku disentuh orang,aku menoleh ke sebelah.Rozaimah sudah tersenyum kepadaku dan menganggukkan kepalanya berkali-kali.Aku pandang lagi ke depan.Wajah-wajah di depanku mengukirkan senyuman.Mimpikah aku? Kenapa aku seakan terlihat pelangi yang sedang menyerlah selepas hujan.

           Seseorang menghampiriku yang masih kaku.Dia sedang memimpin seorang kanak-kanak perempuan yang sangat comel.Mataku mula pedih,terasa sudah ada air yang bertakung menunggu masa untuk meluncur keluar.

           Ya Allah!,.aku tak bermimpikan? Apa maksud mereka menemuiku beramai-ramai begini? Jangan-jangan mereka sudah tahu tentang kewujudan Puteri Balqis Asyikin dan mereka datang untuk merampasnya dariku?


              Mindaku terus berperang dengan pelbagai persoalan.Lelaki separuh umur bersama seorang kanak-kanak perempuan kecil sudah berdiri di hadapanku.Yang lain masih tersenyum dari jauh.Sekali lagi,aku terasa bahu aku dicuit.

            ''Orang yang dirindu dah ada di depan matakan!  Salam sajalah!'' Rozaimah sudah memberi arahan sementara Tuan Azhar sudah merenung ke arahku tanpa kata.Aku serba salah.Minda masih memikir,apa tindakan yang harus aku lakukan.

          ''Mona!,.kenapa? Dah tak kenal abang lagi? Ni Balqis!,.tak rindu dengan Balqis?'' air mataku terus meluncur laju tanpa dapat ditahan lagi.Ya Allah! Tuan Azhar membahasakan dirinya abang padaku.Adakah perpisahan selama lima tahun ini sudah mengubah hatinya untuk menerima aku sebagai isterinya?

             ''Abang?'' aku bertanya semula sambil mengesat air mata yang tidak mahu berhenti.Tuan Azhar mengangguk pantas.Ku renung ke dalam matanya.Benarkah ini?

             ''Tasyia,.salam ibu sayang!,.'' aku memandang kanak-kanak comel di sebelahnya.Tangan kecil itu dihulurkan kepadaku.Aku tak menyambutnya,sebaliknya aku rangkul tubuh Balqis erat.Aku rindu yang teramat sangat dengan dia.

              Ya Allah! Terima kasih kerana mengizinkan aku untuk berjumpa dengan 'anak pertamaku' ini.Terima kasih Ya Allah kerana mengizinkan aku memeluknya sekali lagi.

             Aku melepaskan tangisku tanpa menghiraukan orang lain.Aku tak tahu kenapa perasaan sebak ini terus menguasai diriku.Yang nyata,aku menangis bukan kerana sedih disakiti tapi ini tangisan gembira seorang ibu dan seorang isteri yang telah lama menunggu kepulangan anak dan suaminya.


P/s: Nota cinta buat pembaca setiaku,.
Mungkin endingnya tak memuaskan hati,.betoi tak?
Maaf Ya!,.Sengaja nak bikin suspen saja ni,.Insya-Allah,.kalau umur panjang sy akan tulis part 2,.badan tak sihat sgt jadi slow sikitlah,.kalau ada yg tak puas hati tu kira HALAL la noh?

Komen plezzz!!! :D