Assalamualaikum,..dalam ini disenaraikan bab seterusnya untuk novel Aku Dan Bos di Ilham karangkraf..
Atas kesilapan yang aku lakukan sebelum ini, Aku Dan Bos di Ilham Karangkraf terpaksa di padam dan di update semula. Boleh masuk terus dari bab 11 sebab aku dah berjaya buat senarai bab yang aku gagal jumpa caranya sebelum ini. Terima Kasih kepada Kak Asmah Hashim yang telah memberikan tunjuk ajar kepadaku. Love You Kak Asmah. Jasamu akan tetang ku kenang, hihi...
Aku Dan Bos Di Ilham karangkraf
http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=5776&idc=31482
Sinopsis Aduh,Pening!
Ingatkan bila kahwin dengan
Ikmal, semua masalah akan selesai. Tak adalah orang asyik bertanya bila
mahu makan nasi minyak. Rupa-rupanya dugaan yang diterima lebih dahsyat.
Dia seakan dimadukan dengan anak tiri dan bekas isteri suaminya.
Dulu,
sibuk sangat si Nadia tu minta cerai. Bila Ikmal sudah bahagia bersama
Aleeya, boleh pulak dia terhegeh-hegeh hendak menuntut cinta lama. Gila
talak ke apa? Konon-konon anak-anaknya tak boleh hidup tanpa ayah.
Padahal… Ikmal sedikit pun tak pernah abaikan tanggungjawabnya.
Huru-hara
jadinya hidup Aleeya. Puas ditepis-tepis akhirnya dia mengalah. Biarlah
Ikmal kembali kepada Nadia. Dia sudah biasa sendiri. Hatinya tidak
sakit, kepalanya tidak pening.
Kebahagiaan dirinya biarlah ALLAH yang tentukan. Jika tiada jodohnya di dunia… mungkin di akhirat ada yang menanti.
Novel-novel Asmah Hashim. Jom dapatkan sekarang di kedai buku berdekatan anda ataupun boleh order online melalui penulisnya sendiri atau melalu Ilham Karangkraf.
Sinopsis Aku Turut Bahagia
"Ija… abang tahu, Ija isteri
yang baik dan jujur. Abang tak pernah pertikaikan layanan Ija terhadap
abang. Cuma, abang perlukan seseorang untuk bantu Ija menguruskan
maahad. Izinkan abang berkahwin lagi, Ija.”
Ummi Khadeeja tergamam. Hanya matanya yang berbicara. Angin tiada, ribut
pun tidak, tiba-tiba pokok bergoyang. Selama 16 tahun hidup bersama,
hari ini suaminya berterus terang ingin berkahwin lagi. Haruskah dia
tersenyum?
Demi cinta dan agama, Ummi Khadeeja berkorban. Jika suaminya bahagia
dengan perkahwinan ini, dia akan turut bahagia. Cuma, dia berharap
pengorbanan ini tidak disia-siakan.
Sayangnya, tidak semua orang boleh berkongsi kasih. Saat Ummi Khadeeja
pasrah dengan takdir hidupnya, Syifa’ Umaira pula meminta sesuatu yang
mustahil. Dia memaksa Amir Hudzaifa menceraikan isteri pertama.
Hancur luluh hati Ummi Khadeeja.
Sanggupkah dia berpisah dengan suaminya? Tegakah dia melihat anaknya
membesar tanpa ayah di sisi? Jika pengunduran ini bisa membahagiakan
suaminya, dia rela berkorban sekali lagi.
Novel Asmah Hashim dijamin best. Aku pun nak order juga ketiga-tiganya. In Sha Allah! Ada rezeki aku pasti aku beli.
Sinopsis Tolong Cari Suamiku dalam link ini..
http://pnasmahhashim.blogspot.my/2015/10/sinopsis-tolong-cari-suamiku.html
Izza Aripin juga merupakan seorang penulis yang aku minat dan dia juga pernah memberi aku tunjuk ajar dalam bidang penulisan ini. Jom, dapatkan Cinta Dorayaki ni. Dijamin best, aku dah baca dalam blog dia dan akan order juga suatu hari nanti. Tunggulah, bila ada bajet lebih nanti. Hihi..
Sinopsi Cinta Dorayaki
Sinopsis
"Alamak! Buku nota keramat aku tertinggal atas meja!"
"Jangan jadi gila, Durrah. Dah lewat ni. Tak hilangnya buku nota tu."
"Tak boleh... penting. Itu nyawa aku!"
Malangnya
buku nota keramat Durrah terlepas ke tangan Zharif sekali gus membuka
ruang kepada lelaki itu untuk mendekati Durrah. Walau pelbagai halangan
dicipta oleh Durrah, Zharif tetap tidak mengalah hingga akhirnya berjaya
memiliki gadis itu. Hati Durrah bagai dilambung dan dilapah apabila
Zharif sering saja menghilangkan diri. Berhari-hari sampai
berbulan-bulan. Sibuk sangatkah menguruskan bisnes sampai tiada masa
untuk isteri?
Emil pula tak segan silu menagih kasih Durrah
walaupun wanita itu isteri sepupunya sendiri. Namun dialah tempat Durrah
bergantung harap ketika Zharif hilang tanpa khabar berita. Antara
Zharif dengan Emil, ada apa sebenarnya? Zharif tak marah Emil sukakan
Durrah. Emil pula terang-terangan mengugut mahu merampas Durrah daripada
Zharif. Durrah di tengah-tengah, tak tahu nak menangkan siapa.
Antara Lanun dengan Gajah, 'Dorayaki' nak pilih siapa?
Jom, Order ramai-ramai...