Isnin, 2 Disember 2013

BIARKAN RINDU TERUS BERLAGU




 Namaku Nur Safiya binti Muhammad Sharif.Usia aku baru 20 tahun dan baru mendaftafkan diri di sini.Sekarang aku sedang bersendirian di cafe kolej kami.Bukan aku tak punyai teman untuk menemani aku tapi aku ingin bersendirian untuk menghadapi detik-detik indah ini.Nun di hujung cafe Mohd Ikbal Hariz sedang makan bersama teman-temannya.

                  Aku meminatinya sejak sekolah menengah.Kalau boleh aku memang tak mahu menyimpan perasaan pada insan yang bergelar lelaki di alam persekolahan ini.Hari ini wajah itu muncul lagi di depan mataku.Dia berpindah selepas kami habis SPM.Dengar kata Syarikat papanya sudah membuka cawangan baru.

             Cintaku pada Hariz memang tak sempat dilafazkan walau pun kami pernah juga bertegur sapa namun kami bukannya rapat pun.Perasaan aku,aku simpan kukuh dalam hati.Belum pernah lagi bocor pada sesiapa pun.Sekarang aku sedang melanjutkan pelajaran di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur.Baru seminggu aku masuk ke sini dan wajah itu kembali terlayar di depan mataku.Wajahnya bersih dari jerawat.Berkumis nipis dan hidungnya agak mancung.Dua tahun tak bertemu aku masih dapat menghafal wajahnya cuma wajahnya nampak agak matang berbanding sebelum ni.

              ''Safiya!!,.''

               ''Yupp!,.'' aku menyahut sambil menoleh pantas ke arah si pemanggil.Azmin sudah tersenyum memandangku.Aku tepuk dahi.Aku terlupa dengan janjiku untuk berjumpa dengan Azmin di perpustakaan.

             ''Maaf Min!,.aku terlupa,.maaf sangat-sangat k,.'' aku yang rasa bersalah ni terus meminta maaf.Azmin masih tersenyum sambil duduk di sebelahku.Aku sempat menjeling Hariz,kerana asyik memerhatikan dialah aku jadi lupa segalanya.

              ''Ok,.dah lupa nak buat macam manakan.Kau tak makan ke? Kau buat apa di sini? Tadi aku tanya Lela kau kat mana,dia cakap dia pun sedang cari kau,.'' aku memerhatikan sekeliling sebaik mendengar kata-kata Azmin,mana tahu Lela mencari aku sampai ke sini.

                ''Kau cari apa?''

              'Cari Lelalah!,.kau yang cakap dia cari akukan?'' aku menoleh semula ke arah Azmin.Dia sudah ketawa kepadaku.Aku jungkitkan kening kepadanya.Apa yang lucunya?

           ''Aku jumpa dia kat library la,.'' Azmin menjawab persoalanku sambil bangun dan menuju ke arah gerai menjual makanan.Aku hanya memerhatikannya.Sebentar kemudian dia berhenti melangkah dan menoleh ke belakang.

                 ''Kau tak mau makan ke Safiya?'' dia menyoalku.Aku mengeleng pantas.Azmin meneruskan langkahnya.Aku menoleh pula ke arah Hariz dan mata kami bertembung.Dia ukirkan senyuman.Aku buat selamba,langsung tak membalas senyumannya dan berpura-pura membaca buku di atas meja.Jantung aku berdegup pantas.Hariz kenal aku lagi tak? Aku menyoal hatiku sendiri.
.........................................................

                 Aku merenung lelaki yang sedag tekun bekerja di depanku.Aku begitu meminatinya sejak dulu.Kami terpisah oleh jarak dan waktu,entah bagaimana aku bertemu kembali dengannya setelah mula mendaftarkan diri di tempat ini.Cinta yang sekian lama ku pendam terus berputik kembali.Sungguh!,.aku terlalu mencintainya dengan sepenuh hatiku.Aku perhatikan dirinya lagi,keningnya,mata,hidung dan bibirnya.Semuanya milik lelaki itu pernah membuatkan aku angau.

                  Aku tak tahu kenapa aku dan Hariz selalu dipertemukan.Kami satu sekolah ketika di sekolah menengah.Aku melanjutkan pelajaran hingga form six.Aku bertemu kembali dengan Hariz di kolej.Kami memang tak pernah bertegur sapa,hanya sesekali bersabung pandang.Bila aku mula bekerja di sini aku bertemu lagi dengannya.Hari pertama aku sudah bersua dengannya.Macam selalu bila kami berjumpa dia hanya ukirkan senyuman.

               Dupp!!,.Hariz memanggungkan wajahnya,mata kami bersabung.Aku jadi mengelabah.Hariz ukirkan senyuman lalu bangun dan berjalan menghampiriku.Ah,.sudah!,.kenapa dengan Hariz ni? Dah la aku terkantoi ketika sedang merenung dia.

             "Safiya!,.kenapa ni,.hmm..kalau abang ni dinding rasanya boleh tembus kot dengan renungan Safiya tu," Hariz ketawa.Wajahku dah berbahang panas.Dia perasan ke? Aku tertanya-tanya di dalam hati.

             "Safiya,.I love you!"

            "Oit Piya!!,.kau melamun ya?,.aku panggil kau sampai dah berbuih dah mulut aku ni,kau buat derk ajekan!" Entah bila Miza sudah berada di sebelahku,siap membebel lagi.Aku perhatikan Hariz di hadapan.Rancak dia berbual dengan Anisa,bergelak ketawa dan bertepuk tampar.Ah,.siapalah aku ini untuk digandingkan dengan Hariz.Rupa pun tiada,jauh sekali nak bergaya.Lainlah Anisa ada pakej lengkap sebagai seorang wanita.Peluk bayang aje la aku ni.

            "Oii cik kak!,.kau ni dah kenapa?,.tadi tersenyum,tersengeh sorang-sorang.Ni dah rupa macam mati lakilah pulak?" aku mengeleng lantas memegang lengan Miza dan mula melangkah tapi baru setapak aku dengar nama aku diseru.

             "Safiya!" aku menoleh perlahan.

              "Nak keluar makan ke? Abang join!" aku memandang Miza.Miza jungkit bahu.Aku cubit pipi sendiri.Mana tahu aku berangan lagi.

                "Isteri abang ni kenapa? Blurr semacam je," Hariz cuit hidungku.Oh,dia suamiku.Kami dah nikah pun minggu lepas.Hehe,.

                Sebenarnya ketika kami masih belajar di kolej aku baru dapat tahu aku sudah pun bertunang sejak kecil.Aku tak tahu pun Hariz tu jiran aku dulu.Hariz tahu segalanya tapi dia minta keluarga kami rahsiakan dari pengetahuanku.Kononnya dia nak mengintip aku dalam diam.Tak guna punya Hariz.Patutlah,.setiap kali ada lelaki yang menghampiriku dia akan memandang tajam ke arahku.Kalau dia berbual mesra dengan perempuan boleh pulak!

            Sehari selepas bekerja di sini dia cukup ambil berat dengan aku.Layanannya pada aku buat aku tertanya-tanya.Aku diletakkan di bawah arahannya.Ke mana saja dia pergi jumpa client dia akan bawa aku sekali.Nak meeting pun aku wajib duduk sebelah dia.Aku tak banyak soal sebab hati aku memang Hariz dah curi sejak dulu.Aku senang dengan layanannya walau ada kalanya dia macam mengongkong segala aktivitiku.

            Suatu hari tu dia datang ke rumah.Aku terkejut sangat sebab dia tahu rumah kami.Selepas minta izin mama dan papa dia bawa aku keluar.Aku jadi cuak bila melihat dia sangat mesra dengan mama,papa dan abang Am.Hariz bawa aku ke butik pengantin katanya nak membeli baju pengantin untuk adiknya yang masih belajar di luar negara.Hariz minta aku pilih baju mana yang aku berkenan dan minta aku cuba sekali.

             ''Awak nak beli untuk adik awak,kenapa nak suruh saya pulak yang mencuba?'' aku membantah suruhan Hariz tapi Hariz tetap berwajah selamba sedangkan aku memang tengah blurr.

           ''Tak ada maknanya nak beli.Sewa sudahlah.Nak pakai sekali ja pun,.'' Hariz menghulurkan baju yang telah aku pilih dan menolak aku masuk ke bilik persalinan.Aku pakukan langkah,terus kaku dan membeku di situ.Hariz mula membuntangkan matanya padaku.Elehh,..macamlah aku takut!

               ''Safiya!!,.jangan degil sangat boleh tak? Abang reject nak buat isterikan.Meraung la nanti,.'' Hariz berkata sambil ketawa.Giliran aku pula membesarkan mata.Isteri? Abang?,.hiesyy,..

            ''Encik Hariz ni deman ke hapa? Siapa yang nak jadi isteri encik Hariz?'' aku menyoal dia dengan wajah yang sudah berbahang.Hariz cuit hidungku sambil ketawa.Aku menjeling  geram.Tak tahu hukum ke encik Hariz ni? Sesedap rasa ja nak cuit-cuit orang.Dalam FB boleh la nak cuit-cuit sebab tak bersentuhan.

            ''Safiya sayang!,.awak ingat saya tak tahu ke,awak tu sejak sekolah lagi selalu usha saya.Mengaku sajalah yang awak tu memang ada perasaan pada saya sejak dulu lagi!'' kenyataan Hariz buat wajahku terus berbahang.Macam mana dia tahu erk? Bela hantu raya ke apa?

           ''Encik Hariz jangan main-main! Untuk pengetahuan encik Hariz saya ni dah ada tunang tau.Sejak kecil lagi,.'' aku saja nak cover wajah aku yang dah berbahang tu dengan memberitahunya mengenai tunang yang aku tak pernah kenal pun.
     
            ''Awak kenal ke tunang awak tu?'' soalan maut yang Hariz tujukan untuk aku buat aku hilang modal untuk membalas.Akhirnya Hariz tolak aku sekali lagi untuk masuk ke bilik persalinan dan memandangkan aku pun malas untuk terus berbalah dengan Encik Mohd Iqbal Hariz ni aku ikut saja perintahnya.  

             Masa terus berlalu.Seminggu selepas mencuba pakaian pengantin terungkaplah segala rahsia.Sebelum ni mama berusaha keras untuk menipu aku.Memandangkan mama selalu mengambil tempahan membuat gubahan hantaran dengan teganya mama memberitahu hantaran yang dia buat tu adalah tempahan orang.Pada hal semua hantaran tu untuk majlis pernikahan aku.

           Hari ini genap seminggu pernikahan kami,tapi memandangkan majlis besarnya belum diadakan lagi dan ramai yang belum tahu kami sudah bergelar suami isteri.Kami tak pernah pun bercinta.Semua orang menganggap aku hanya PA kepada Haris.Yupp,.sekarang ni tugasku sebagai PA encik Hariz sudah bertambah kerana pangkatku sudah dinaikkan secara rasminya sejak seminggu yang lalu,PA soulmate,.ngee,.

             ''Piya!'' aku menoleh pada Miza di sebelahku.Hariz masih berada di depan sana untuk memilih makanan.Aku dan Miza sudah selesai mengambil makanan dan bersedia untuk menjamah.

              ''Encik Hariz tu,.'' Miza berhenti berkata-kata bila melihat Hariz sudah menuju ke mari.Aku memandang Miza dan memberi isyarat agar dia meneruskan percakapannya.

         ''Nantilah kita sambung,.'' Miza terus menyuap nasi ke mulutnya tanpa menghiraukan pandanganku kepadanya.Tak puas hati betul aku bila orang suka cakap tergantung ni.Hariz ni pun satu hal,tak pernah nak keluar makan dengan aku,hari ni mengada-ngada pula nak ikut aku dengan Miza makan.Kesian pula dengan kawan aku yang sorang ni,tentu dia tengah blurr melihat layanan Hariz terhadap aku hari ni.Statement Hariz di pejabat tadi aku tak pasti pula Miza dengar atau pun tidak sebab Hariz hanya bercakap perlahan.Lebih kepada berbisik sebenarnya.

              ''Sedap?'' Hariz yang sudah mula duduk menyoal dan memandangku.Aku blurr plus blank.Aku baru mula menyuap dia sudah bertanya.Aku perhatikan nasi di pinggannya yang berlaukkan ayam masak merah dan daging masak kurma.Aku lebih suka makan masakan kampung.Aku pilih sambal belacan,ulam raja,kerabu mangga muda dan ikan tongkol masak lemak cili padi.

              ''Kita tukar?,.nampak macam lauk sayang lagi sedap jer,.'' sambil bercakap Hariz menukar pinggan nasi kami.Aku dan Miza saling berpandangan.Tanpa mempedulikan pandangan kami Hariz terus menyuap nasiku ke mulutnya sambil menganggukkan kepala dan mengangkat ibu jari tangan kiri.

             ''Sedap!,.makanlah,.abang taulah abang ni handsome pun tapi kalau pandang abang sampai tembus ulu hati pun Piya takkan kenyang pun.Dah!,.makan!'' Hariz bersuara lagi,aku yang memandang tak puas hati padanya dia buat tak peduli pun.Miza pandang aku.Aku muncungkan bibir sambil mencebik geram.Mahu atau tidak nasi Hariz aku suap juga ke mulut.Hariz memandang aku sambil tersenyum.Aku tendang kakinya di bawah meja.Hariz tersedak dan memandangku kembali.Kesian la pulak.Aku buka beg tangan,ambil tisu dan hulurkan pada Hariz.

             ''Nah!,.ambil balik la nasi Piya ni!'' sekali lagi Hariz tukar nasi kami.Nasi aku dah separuh dia bedal sedangkan nasi dia belum luak aku makan.Time ni aku rasa macam nak merajuk ja dengan Hariz ni.Miza di sebelah sudah herot bibir menahan ketawa melihat gelagat bos dia yang tak semenggah hari ni.

            ''Encik Hariz ni kenapa? Buang tebiat ke apa?'' aku bersuara geram.Hariz terus menyuap nasi ke mulutnya.Aku pun cuba menghabiskan nasi di pingganku yang berbaki sedikit ja lagi.Air mata ni macam nak tumpah ja dari tubir mata.Hariz sudukan nasinya dan sua ke arahku.Aku mengeleng.Hiesy,.nak romantik tak bertempatlah pulak.Di dalam restoran ni,di depan Miza pulak tu.Miza dah tersenyum melihat gelagat kami berdua.Kadang-kadang dia menundukkan wajah tapi badannya bergegar.Huh! dah sah Miza menahan ketawa.

            ''Tak nak? Tak nak sudah!'' sudu di bawa ke bibirnya sendiri.Hariz teruskan makan.Miza sudah selesai dan memandang ke arahku yang masih berwajah mendung.Aku menghabiskan suapan terakhir.Sudu diletakkan dan mula menyedut minuman.Baru aku perasan Hariz tak order minuman pun.Macam tahu saja niatnya aku hulurkan minumanku pada Hariz.

              ''Macam tau-tau ja!'' Hariz sambut minumanku dan mula menyedutnya.Aku hanya mengelengkan kepala.

             ''Kenyang tak? Kalau tak kenyang abang nak order dessert?'' Huh!,.baru nak tanya kenyang ke tidak? Masa dia bedal nasi aku tadi dia tak ingat.Aku belek jam di tangan,dah nak habis waktu makan pun.

              ''Tak payah nak lebih-lebih encik Hariz! Dah cukup time pun,.'' aku menunjukkan jam di tanganku pada Hariz.Aku berpaling pada Miza dan bangun.Hariz capai tanganku dan menyuruh aku duduk kembali.

           ''Miza masuk dulu.Saya dan Safiya kerja separuh hari,hari ni.Kami nak kena pergi disscus dengan seseorang,.'' aku dah mula pelik.Miza pandang aku,aku pandang Miza.Akhirnya Miza keluar dari restoran seorang diri dan aku duduk kembali.

           ''Kita nak ke mana?'' aku bertanya gusar.Selepas nikah hari tu kami terus bekerja macam biasa.Dalam perancangan selepas majlis bersanding bulan depan baru kami akan bercuti dan honeymoon.Aku dan Hariz belum tinggal bersama lagi.Kami hanya berjumpa di tempat kerja.Itu pun Hariz layan aku macam biasa saja.Cuma hari ni dia macam pelik sikit.Kesian Miza tentu dia terkejut gorila tengok gelagat Hariz hari ni.

           ''Ikut jer,.jangan banyak soal,.'' aku muncung lagi.Semuanya nak berahsia.Ini yang aku tak suka.Selepas membayar bil Hariz terus mengapai tangan aku.Hariz membawa aku hingga ke kereta.Membukakan pintu untuk aku dan menyuruh aku masuk.Aku pakukan kaki di tepi kereta.

            ''Cakap dulu encik Hariz nak bawa Piya ke mana?'' aku masih berkeras untuk berdegil.Hariz dah tersenyum sambil mendekatkan wajahnya ke wajahku.

             ''Piya nak masuk ke atau pun nak abang kiss Piya kat sini?'' Hariz berbisik sambil ketawa.Aku terpaksa mengalah dan meloloskan diri masuk ke dalam kereta.Bengang betul aku dengan big bos aku ni.Kalau bab mengugut serahlah padanya.

               Aku memerhatikan jalan yang kami lalui.Hariz pula diam sejak masuk kereta tadi.Walau aku dok potpet-potpet padanya.Dia buat tak dengar ja.Bila dah letih berleter sorang-sorang tanpa sebarang respon dari Hariz aku terus diam.

             'Boringnya!' aku membentak dalam hati.Hariz di sebelah aku perhatikan.Dia fokus memandang ke hadapan seolah aku ni halimunan.Wajah Hariz serius sangat macam sedang memikirkan sesuatu.Aku memandang pula keluar tingkap.Bila kami nak sampai ni? Aku bertanya di dalam hati.

               ''Kita nak ke mana ni encik Hariz?'' aku tanya Hariz lagi.Dia masih buat tak dengar.Aku kebam bibir.Okey!,.aku nekad kalau suara aku tak memberikan respon biar jari jemari aku pula yang memainkan peranan.Pantas jariku bergerak laju dan lengan Hariz yang menjadi sasarannya.Aku piat kuat lengannya.

           ''Safiya!!,.'' kuat juga suara Hariz menjeritkan namaku dan membelokkan keretanya di bahu jalan.Kereta berhenti dan Hariz memandang tajam ke arahku.

              ''Kalau accident tadi macam mana?'' Hariz menyoal garang.Aku buat selamba.

             ''Kalau tak masuk I.C.U mesti masuk batu dua,.'' aku jawab seolah orang yang tak ada perasaan.Hati aku ni dah sakit sangat dengan gelagat Hariz hari ni.Mod dia macam dah berubah-ubah dalam sekelip mata.

             ''Piya,.tengok abang!'' Hariz memegang kepalaku dan memaut bahuku supaya memandang ke arahnya.

           ''Piya rasa siapa yang ada sebelah Piya sekarang ni?'' aku blurr.Apa maksud Hariz?

           ''Errr,..tentulah my big bos,Encik Mohd Iqbal Hariz.Kenapa encik Hariz tanya? Takkan saya tak kenal siapa encik Hariz?'' aku dengar Hariz mendengus kasar sambil meneruskan pemanduannya.Aku rasa nak ketawa ja melihat wajah Hariz ketika ni.

              ''Yalah!,.Yalah,.bukan big bos tapi my hubby darling!,.Encik Mohd Iqbal Hariz I love  you forever!,.'' aku berkata perlahan sambil berpusing ke arah tingkap.Berbahang pula wajah aku ni.Malas aku nak tengok Hariz,tentu dia tengah ketawakan aku.

             ''Are you sure?'' aku dengar Hariz menyoal.Aku lentokkan kepala di kusyen kereta dan berpura-pura tidur.Ishh,.malu,malu,malu,..

            ''Nur Safiya Muhammad Sharif I love you too more than you love me,since long time ago.Lepas abang tahu kita dah bertunang abang memang tak pernah pandang perempuan lain dah tapi Piya tu banyak sangat simpan spare tyre,Azri la,Azmin,Hasrul,Nazrin,..'' entah kenapa aku terus ketawa kuat mendengar nama-nama yang Hariz sebut.

             ''Are you jealous dear?'' aku soal Hariz dengan sisa tawa.Hariz kembali berwajah kelat.Semakin kuat aku ketawakan Hariz.Rupanya dia betul-betul intip aku dalam diam.Semua lelaki yang rapat dengan aku dia tahu.

           ''Hmm,.Piya sorang ja yang ada spare tyre.Abang tu baik sangat! Bersih,suci,murni,.kalau dah berbual dengan perempuan tu Piya pun abang dah tak pandang.Kalau dah boleh bertepuk tampar dengan perempuan cantik tu Piya pun macam tak wujud dah dalam dunia ni,.'' aku sengaja berkata begitu sambil terus memandang Hariz.Wajahnya yang kelat tadi terus mengukirkan senyuman.Hurm,.hailah Hariz!
............................................

                 Kami sampai ke sebuah rumah teres dua tingkat.Aku pandang Hariz kemudian pandang pula keluar tingkap.Apa tujuan Hariz bawa aku ke sini? Aku bertanya di dalam hati.Hariz membuka pintu kereta dan melangkah keluar.Aku hanya memerhati.Cuak semacam ja dalam hati aku ni.

           ''Jom!,.'' Hariz buka pintu kereta dan memegang tangan aku supaya keluar.Aku ingin membantah tapi lain di hati lain pula tindakan yang aku ambil.Menonong ja aku keluar dari kereta.

           ''Rumah siapa ni?'' keluar juga soalan yang menerjah benak aku sejak tadi.Hariz membisu.Pintu pagar rumah di buka.Yang hairannya kunci rumah ada pada Hariz.Aku cuit pinggang Hariz bila soalan yang aku tanya dia buat tak dengar ja.

            ''Encik Hariz!,.rumah siapa ni?'' aku menyoal sekali lagi.Hariz menghentikan langkahnya dan menoleh ke arahku.

          ''Apa Piya panggil abang tadi?'' Hariz mula membuat muka tak puas hatinya.Aku hanya tersenyum,tersedar kesalahan sendiri.Terlupa pula kami di luar pejabat sekarang ni.

           ''Piya tanya abang tak jawab pun lagi!'' aku tak jawab pun soalan Hariz.Alah,.bukannya apa.Kadang-kadang geram jugak dengan Hariz ni,bila aku tanya dia,macam tanya dengan dinding.

            ''Biarlah rahsia! Jom masuk!'' Hariz tersenyum sambil tangan aku di paut kejap.Aku tiada pilihan selain dari terus mengikut langkah Hariz.

         ''Selamat datang sayang!'' masuk saja ke dalam rumah dan menutup pintu Hariz memeluk aku erat dan mengalu-alukan kedatanganku.Aku terus kaku.Wajah aku sudah berbahang menahan malu.

        ''Terima kasih Piya sudi jadi isteri abang,.'' dahi aku dikucup,beralih ke pipi kiri dan kanan.Bila Hariz hendak meneruskan niatnya yang seterusnya aku tolak Hariz kuat.

            ''Jangan nak ambil kesempatan!'' sengaja aku memberi amaran untuk mengawal debaran di dada.Nyaris lagi bibir aku jadi sasaran seterusnya.Aku dengar Hariz ketawa.Malas aku nak layan.Aku perhatikan ruang tamu rumah yang sudah siap dihias dengan perabot dan gambar pernikahan kami yang tergantung di dinding.Gambar ketika aku sedang mencium tangan Hariz ketika pembatalan air sembahyang.

            ''Cantik! Siapa yang hias?'' tanpa melihat Hariz aku menyoal.Sekali lagi terasa tangan Hariz merangkul pinggangku.Aku mengelak dan berlalu ke ruang dapur.Jantung aku ni macam nak terloncat keluar ja bila berdua-duaan dengan Hariz dalam rumah ni.

          ''Abangg!!,..'' aku terjerit bila terasa badanku tiba-tiba melayang ke udara.Hariz sudah mencempung aku dan membawa aku naik ke tingkat atas.

           ''Abang!,.abang nak buat apa ni?'' semakin berdebar rasa hati bila melihat senyuman nakal Hariz.Kalau aku tahu tadi tentu aku tak akan ikut Hariz ke sini.

           ''Buat apa? Hmm,.'' Hariz kenyit mata.Aku terpana.Akhirnya aku berserah saja.
....................................................................................

             Sebulan telah berlalu,ramai rakan sepejabat yang terkejut bila menghadiri majlis perkahwinan kami.Miza dah tahu hal pernikahan aku dengan Hariz selepas Hariz rembat nasi aku di depan dia.Hari yang sama jugalah aku jadi isteri Hariz yang sebenarnya.Romantik juga Hariz ni.Nyaris aku pengsan terkejut hari tu.Dah la kidnap aku,mentang-mentanglah aku dah jadi isteri dia dan yang lebih tragis lagi kejadian hari tu buat aku malu tersangat.

           Sedang kami disandingkan aku tiba-tiba terasa mual,kena pulak time tu kami sedang ditepung tawar.Aku tak dapat nak menahan.Banyak sangat bau yang menusuk hidung yang membuatkan aku termuntah di atas pelamin.Huhu,.sudah nasib badan!

          Terbongkarlah rahsia aku dan Hariz bila aku disahkan mengandung empat minggu.Hariz dan keluarga kami paling gembira dengan berita ini.Aku pula yang diserang malu.Ucapan tahniah datang berganda.Patutlah badan aku asyik letih dan moody ja sejak akhir-akhir ini.

         Memandangkan aku mabuk teruk selepas majlis persandingan kami, aku diberi cuti tanpa gaji dan honeymoon kami pun terpaksa dibatalkan.Letih,lemah,tak bermaya.Aku langsung tak boleh menelan makanan atau pun minuman.Demi mengelakkan kesihatanku dan keadaan janinku terjejas aku dimasukkan ke hospital.

            ''Piya!,.makan sikit sayang! Abang bawa jus ni,.'' aku dengar suara seseorang.Tanganku digengam erat.Aku cuba membuka mata.Demi terpandang Hariz aku cuba mengukirkan senyuman.Sekejap cuma bila ku rasakan bilik berpusing,aku tutup mata kembali.

       ''Piya pening bang.Ya Allah! Kenapa teruk sangat ni? Begini ke nasib mama ketika mengandungkan Piya dulu,.'' dalam mata yang masih pejam,aku terus meracau.Tak tahan sangat!

           ''Tak Piya!,.mama tak mabuk pun.Papa yang mabuk,tapi tak lama pun Piya,seminggu ja.Mama pula yang teruk nak melayan kerenah papa yang mengidam nak makan macam-macam,.'' aku dengar suara mama disusuli suara ketawa dari yang lain.Terasa kepalaku dipicit lembut aku buka mata sekali lagi.

                ''Dah okey ke belum?'' Hariz yang sedang menyapu minyak cap helang dan sedang memicit kepalaku menyoal.Aku mengangguk sambil mencuba untuk tersenyum.Memang terasa lega sikit.Aku pandang keliling.Ibu bapa mertuaku,mama,papa,abang Am dan kak Nadirah serta anak mereka Hazil dan Nabil sedang mengelilingi katilku.

             ''Piya nak makan apa-apa?'' mendengar saja soalan Hariz aku mengeleng pantas.

             ''Piya dah tak larat nak muntah dah!,.'' aku bersuara lemah.

             ''Sabarlah Piya! Inilah dugaannya untuk menjadi seorang ibu,.'' mama mengusap kepalaku.Aku memaut tangan mama lalu ku bawa ke bibirku.Aku cium tangan mama.Entah kenapa dada aku terasa sebak dan tanpa sedar air mataku berjuraian laju.

          ''Maafkan Piya mama.Maafkan semua kesalahan Piya.Halalkan air susu mama yang Piya minum.Maafkan Piya ya mama!'' aku memeluk pinggang mama selepas itu sambil menahan esakan.

             ''Pulakkk dahh!! Adik abang ni nak buat drama spektra pulak ke? Tulah!,.diam-diam menghilang.Baru naik pelamin dah ada isi.Kan dah tak sempat pergi honeymoon,.'' abang Am bersuara membuatkan wajahku berbahang.Malu kot! Abang Am ni memang,time macam nilah dia nak ungkit semuanya.
 
              ''Dahlah tu Abang! Paku dulang paku serpih.Dia pun dua kali lima,.'' tiba-tiba kak Nadirah menyampuk membuatkan wad kembali riuh dengan gelak tawa.

             ''Apa Ayang ni! Tak sporting tau..'' abang Am pura-pura marah pada kak Nadirah.Aku pandang keduanya.Last sekali aku pandang Hariz.Dia kenyit mata.Laju pulak jari jemariku mengetam lengannya.Ini semua Hariz yang punya pasal.Huh!
............................................................

                  Tiga bulan selepas itu barulah keadaanku stabil sikit.Aku sudah boleh menelan makanan walaupun terpaksa memilih.Aku hanya boleh mengambil jus dan buah-buahan,beberapa jenis kuih dan milo panas.Makanan lain tu aku masih alah lagi.Lebih-lebih lagi makanan yang bergoreng,menghidunya pun aku dah mual.

            Begini rupanya pengorbanan seorang ibu.Patutlah syurga di bawah tapak kaki ibu.Sembilan bulan membawa kandungan,kemudian menahan pula kesakitan untuk melahirkan.Bukan senang untuk melalui detik-detik menyeksakan ini,sejam dirasakan begitu lambat berlalu.Begitu besarnya pengorbanan seorang wanita.Lelaki-lelaki diluar sana fahamkah kalian semua?

              Sekarang aku di rumah mama.Hariz melarang aku pergi kerja dan aku disuruh resign terus.Aku tiada pilihan selain menurut arahan suami yang tersayang.Sudah seminggu Hariz pergi outstation.Dengan keadaan kesihatan yang tak menentu ditambah dengan ketiadaan Hariz hati ini dibuai angin rindu yang tiada sudahnya.Aku bermenung dibilik.Mataku pula payah benar nak lelap malam ni.Wajah Hariz terbayang sentiasa.Kenapa rindu ini terlalu sakit ku rasakan?

             '' Piya rindu sangat ni,.abang pulanglah!!,.Piya rindu ni abang!!,.'' aku bermonolog sendiri.Mataku cuba ku pujuk agar cepat tidur namun begitu sukar untuk aku melelapkannya.Aku ingin menangis,begitu amat sengsara.

             Pintu bilik terkuak.Aku terlompat kerana terkejut.Wajah Hariz muncul di muka pintu.Aku terus bangun dan menerpa kepada Hariz.Aku memeluk Hariz kejap sambil menghamburkan tangis.

            "Kenapa ni sayang?" Hariz menyoal sambil mencium dahiku.

                "Piya rindu abang!" aku bersuara dalam sendu.Aku dengar Hariz ketawa sambil membalas pelukanku.

                "I miss you more sayang!" aku terus ukirkan senyuman.Ah,.hebatnya rasa cinta ini..tapi rindu itu begitu menyesakkan dadaku.

                 ''Siang tadi abang call cakap kerja abang belum selesai?'' dalam gembira menyambut kepulangan Hariz aku turut diburu persoalan.Hariz pimpin aku ke katil selepas menutup pintu bilik.Dia dudukkan aku di katil dan mengucup dahiku sekali lagi.

               ''Abang balik kejap je,selepas call sayang,abang call mama.Mama bagitau abang sayang asyik menung ja dua tiga hari ni sebab tu abang balik.Nak jumpa sayang,lagi pun abang pun rindukan sayang,.'' Hariz tarik aku rapat ke arahnya.Aku dirangkul lagi dan sebakku pula kembali menyerang.Rasa terharu sangat!

             ''Dah! Jangan nangis lagi!'' Hariz seka air mataku dengan hujung jarinya.

            ''Bila pula abang nak pergi?'' aku menyoal lagi.Sebak di dada belum habis,timbul lagi rasa sayu yang berganda.Aku bakal ditinggalkan lagi.Tak bestnya!

           ''Esok!,.sayang nak ikut tak? Habis kerja abang nanti kita boleh honeymoon sekali.Hari tukan kita tak sempat honeymoon,.Sayang dah mabuk teruk,.'' Hariz ketawa diakhir ayatnya.Aku mencebik geram.

             ''Abang yang salah nak salahkan Piya pulak!'' aku mendengus sambil menoleh ke arah lain.Semakin kuat pula ketawa Hariz.Huh! suka sangat kenakan aku.

            ''Eh,.mana ada.Bila masa pulak abang salahkan Piya,.hmm?'' Hariz menyoal sambil terus ketawa.Kepala aku Hariz pegang dan dengan perlahan dipusingkan bahuku supaya mengadap ke arahnya.

             ''Kalau abang salah,Piya pun salah jugak.Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi Piya.Apa yang penting! Kerjasama!!!'' Hariz terus-terusan ketawa.Kelakar sangatlah tu.

           ''Pergi mandilah abang! Busuk!!'' aku tolak Hariz kuat.Geram pulak aku.Tak ada dia aku rindu bagai nak gila.Bila dah ada depan mata kerja dia hanya nak menyakat aku ja.

            ''Busuk-busuk pun orang tu peluk jugak.Siap nangis-nangis lagi sebab rindu kat abang,.'' Hariz menjawab balas.Malas aku nak layan,terus aku tidur dan kelubungkan badan.Hariz bangun dan capai tuala di ampaian.

             ''Esok nak ikut tak?''

             ''Nak la!!!'' soalan Hariz aku jawab pantas,dan Hariz ketawa riang sambil menanggalkan pakaian seraya berlalu ke bilik air.Aku sudah berangan detik-detik indah kami di sana nanti.Hmm,.mesti bestkan?
.....................................................................

                    Kandunganku sudah berusia tujuh bulan,aku sudah dapat merasakan gerakan baby di dalam perutku.Kadang-kadang sambil mengusap perut aku akan bercakap dengan babyku ketika aku seorang diri lebih-lebih lagi bila ketiadaan Hariz macam hari ni.

                 Memandangkan aku terlalu bosan tinggal sendirian di rumah aku meminta izin dari Hariz untuk bekerja semula.Ketika usia kandunganku lima bulan lagi aku sudah kembali bekerja seperti biasa memandangkan alahanku sudah tiada,cuma masalahnya sekarang aku ingin mengunyah pula tanpa henti.Perut aku akan rasa loya pula kalau kosong.

               Hariz outstation lagi hari ni.Aku resah sendiri.Sudah terbiasa sentiasa berada di samping Hariz buat aku tidak keruan setiap kali dia tiada.Di Pejabat Hariz sentiasa di depan mata.Di rumah Hariz sentiasa menemani.Bila sekali sekala Hariz tiada,rasanya seolah separuh nyawaku turut dibawa pergi bersamanya.Aduh!,.hati ini terlalu sakit setiap kali kami berjauhan dan rindu ini terus mendera perasaan.

~abg,.piya rindu~

             Aku send mesej kepada Hariz.Lima minit kemudian HPku berbunyi lalu ku segera membuka inbox mesej.

~sbr ya syg,.abg pun rindu piya,.doakan moga semuanya berjalan lancar,cpt sikit abg balik jumpa piya..abg bz ni..take care syg,.I luv U..miss U so much~

               Aku ukirkan senyuman.Hariz tak pernah menghampakan aku.Dalam sibuknya dia, mesej aku tetap berbalas dan kata-kata romantis tak pernah lekang dari dirinya.Aku sayang Hariz.Dialah syurgaku.Biarlah rindu ini terus berlagu asalkan Hariz milikku selamanya.
............................................................

                   Aku ingin buat kejutan untuk Hariz.Lantaran rindu yang semakin membuak terhadap Hariz  aku telah mengambil keputusan untuk pergi menemui Hariz.Aku tahu di mana Hariz tinggal.Aku pernah mengikut dia ke situ.Ketika itu kandunganku baru tiga bulan.Hariz bawa aku pun sebab kami tak sempat honeymoon selepas kahwin.

         Bila ingat balik memori indah itu aku jadi teruja untuk mengulanginya kembali.Tak sabar pula aku untuk melihat reaksi Hariz bila aku sudah berada di depan matanya.Sukakah Hariz? Marahkah Hariz  nanti? Walau pelbagai persoalan yang menjengah minda aku teruskan juga niatku itu.Wajah Hariz sudah bermain di ruangan mata.

               ''Abang! Piya datang bang! Baby,.kita nak pergi jumpa papa sayang,mesti baby sukakan?'' aku bermonolog di dalam hati.

                 Selepas aku memarkir kereta,aku terus melangkah perlahan untuk menuju ke kondiminium Hariz.Belum sempat aku sampai,dari jauh lagi aku sudah melihat kelibat Hariz sedang bergandingan tangan dengan seorang wanita.Sesak benar nafas ini.Benarkah itu Hariz? Adakah aku tersilap pandang? Kenapa dia begitu mesra dengan wanita itu? Hati aku sakit tiba-tiba.Takkanlah Hariz menduakan aku?

               "Tergamaknya abang buat Piya begini.Apa salah Piya bang? Tiga minggu abang outstation dan tinggalkan Piya dan hari ini kerana terlalu rindukan abang,Piya datang ke sini untuk jumpa abang tapi ini yang abang persembahkan untuk Piya? Hancur luluh hatiku menyaksikan Hariz yang bergandingan tangan dengan wanita itu.Siapa dia di hati abang?

           Aku melangkah longlai dari kondominium yang menempatkan Hariz sepanjang tiga minggu dia di sini.Aku tak tahu ke mana haluanku selepas ini.Perlukah aku berdepan dengan Hariz.Dalam deraian air mata aku pegang perutku perlahan lalu ku usap ia..'sayang! papa dah duakan mama,apa yang harus mama buat? Mama tak mungkin mampu hidup tanpa papa',.Air mataku terus merembes laju dan tanpa sedar aku sudah berada di jalan raya.

Ponnn,..
                       Aku dapat rasakan badanku sudah melayang di udara dan aku tak tahu apa yang terjadi selepas itu.
...................................................

            "Safiya!!!" Hariz terjaga dari tidurnya.Disapunya peluh di dahi.Mimpi ngeri yang terus menganggu tidurnya.Tiga hari berturut-turut dia bermimpikan Safiya bermandikan darah di hadapannya.

                 Hari ini dia terpaksa menemui anak Tan Sri Khalid kerana urusan kerja mereka yang banyak tergendala kerana berlaku beberapa masalah yang tidak diduga.Sudah tiga minggu isterinya ditinggalkan.Rindu benar dia untuk menatap wajah polos dan mata bundar isterinya.

                 Hariz tiada pilihan bila Adelya memegang erat tangannya ketika mereka turun dari kondominium yang disewa khas,kerana kerjasama mereka kadang-kadang mereka terpaksa bekerja hingga lewat malam dan mereka berjiran sepanjang tiga minggu di sini.

              Ponnn,.panjang bunyi hon kereta di jalan raya.Serentak Hariz menoleh.Seorang wanita melayang di udara.Jantung Hariz berdetak hebat.Apakah ini? Hariz menerpa ke jalan raya dan dia terpaku di situ bila melihat wajah kaku di depannya.

"Safiya!,.sayang!" Hariz rebah.
.....................................

                   "Piya!,.Piya dah sedar sayang?,.syukurlah," aku memandang di sekelilingku.Di mana aku? Aku cuba mengimbas kembali.Memoriku bekerja kuat.Aku toleh ke sisi.Terpandang saja lelaki di sisiku buat nafasku semakin sesak.

              "Piya!" lelaki itu bersuara sambil tersenyum.Tanganku yang berada dalam gengamannya ku rentap kasar.Dia terbungkam memandangku.

            "Piya!,.kenapa ni sayang?" aku menjeling tajam.Entah bagaimana tanganku tersentuh perutku.Rasa sakit di bawah ari-ari membuatkan aku teringatkan sesuatu.

             "Anak piya!,.mana anak Piya?,.Piya nak anak Piya!!,." aku terus meraung.Anakku,.aku dah kehilangan anakku! Aku pandang Hariz.Ini semua kerana Hariz.

            "Abang bunuh anak Piya!,.Piya benci abang!!,.Piya benci!!,." entah apa yang merasukku,tubuh Hariz ku pukul bertubi-tubi bersama air mata yang merembes laju.

Piya benci abang!!!

                "Piya!!,.jangan macam ni sayang.Piya dah salah faham ni,.abang tak ada apa-apa hubungan pun dengan Adelya tu.Abang berani sumpah Piya.Demi Allah.Please sayang,.jangan buat keputusan terburu-buru macam ni.Abang sayang Piya sepenuh hati abang.Apa yang terjadi pun biar kita hadapi bersama," Hariz masih cuba memujuk aku.Sakit hati aku ni masih bersisa lagi.Sebenarnya aku pun serba salah untuk terus menyeksa Hariz jika kami masih meneruskan perhubungan ini.Doktor cakap rahim aku koyak teruk  jadi untuk menyelamatkan nyawa aku rahim aku terpaksa dibuang.

                "Abang tak dengar ke apa doktor cakap?,.Piya dah tak boleh mengandung bang.Piya dah tak boleh beri abang zuriat.Abang tak faham? Lepaskan Piya! Abang carilah perempuan lain yang mampu membahagiakan abang.Piya dah tak sempurna bang!,." aku terus sembamkan wajahku di katil.Aku menangis semahunya.Beratnya ujianmu Ya Allah!

                  "Piya,.bertenang sayang! Abg tak kisah pun.Mungkin ada hikmahnya" Hariz memeluk aku erat.Aku sudah teresak.Pedihnya untuk terima kenyataan ini.

...........................................................

                  Aku merenung lautan yang luas di depan mata.Keriuhan di sekeliling takku hiraukan.Sengaja aku melarikan diri ke sini.Rimas berada di rumah.Segala yang ku buat semuanya serba tak kena.Setiap kali terbayangkan kebahagiaanku bila setiap kali terasa gerakan-gerakan kecil yang ku rasa sebelum ini hatiku jadi pedih.Usia kandunganku sudah 7 bulan ketika aku kemalangan.Allah lebih menyayangi bayiku.Kebahagiaanku untuk menyambut zuriat hanya sementara.Hurm,.aku tak tahu harus Redha atau Pasrah.Aku tak kuat untuk terima semua ini.

                "Piya!,.sayang buat apa di sini?" aku terkejut seraya menoleh.Hariz sudah ukirkan senyumannya.Aku menghela nafas.Macam mana Hariz boleh tahu aku di sini?

                "Abang pasang spy intip Piya ke?" aku dengar Hariz ketawa.Perlahan bahuku ditarik rapat ke arahnya.Aku menepis perlahan tangannya.Hariz selalu sangat nak romantik tak kena tempat.

                 "Abang sayang Piya.Sayang sangat-sangat,.abang tak nak kehilangan Piya,." aku dah terkelu lidah.Apa lagi yang harus aku lakukan?

                  Aku meminta izin dari Hariz untuk ke bilik air.Rasa serabut dalam minda aku ni dengan kehadiran Hariz di sini.Aku datang ke sini untuk mencari ketenangan tapi bila melihat Hariz hati aku turut terkoyak.Aku rasa diri aku ini sudah tidak sempurna lagi sebagai seorang isteri untuk terus mendampingi Hariz.Keluar dari bilik air aku hanya memerhatikan Hariz dari jauh.'Aku sayang kau Hariz,.sayang sangat-sangat! Adakah jodoh kita ini akan berkekalan? Aku bermonolog di dalam hati.

                 Asyik benar Hariz merenung seorang anak kecil yang sedang ketawa bila diagah oleh ibunya tanpa menyedari aku sedang memerhatikan gelagatnya dari jauh.Sekali sekala Haris akan tersenyum.Aku menghampiri Hariz dan berdiri di belakangnya.Aku turut memerhatikan gelagat ibu dan anak kecil itu.Tiba-tiba terdetik satu rasa di hati.Cemburu dan iri pada ibu tersebut.Tanpa sedar ada tangan lain yang sudah menyeka air mataku.

               "Jangan macam ni sayang.Piya buat abang risau.Jangan bersedih lagi ya.Semuanya ada hikmahnya sayang.Anak kita sedang tunggu kita di pintu syurga.Abang janji abang takkan tinggalkan Piya selagi nyawa dikandung badan.Selagi abang bernafas di muka bumi ini,abang berjanji cinta abang hanya buat Safiya seorang.Tiada yang akan dapat merampasnya..percayalah sayang!" aku tak pedulikan kata-kata Hariz,mataku terus menghala ke arah anak kecil yang masih ketawa riang.Alangkah bagusnya kalau akulah ibu itu,tentu keluarga aku sudah lengkap.Air mataku terus merembes keluar tanpa sedar.Maafkan Piya abang!
..................................................................

                "Mama,.mama,.mama,." aku mendengar suara kanak-kanak kecil.Mataku meliar ke setiap sudut bilik.

                      "Sayang ke tu?,.anak mama! Mari sini sayang!,.Mari dekat mama sayang!,." aku masih mencari dari mana suara itu datang.

                     "Mama!,.adik tunggu mama ya!,.mama jangan sedih-sedih lagi.Adik sayang mama.Adik sayang papa.Selamat tinggal mama,." suara itu terus hilang.Aku sudah mula menangis lagi.Sayang!,.mama rindu sayang! Kenapa sayang tinggalkan mama?

                     "Safiya,.bangun sayang!,.kenapa Piya beria-ia menangis ni? Piya! Bangun Piya!,." aku terpisat-pisat membuka mata.Sedu sedan masih bersisa.Aku memandang wajah Hariz lama.

                    "Piya meracau,.siapa sayang tu?,.Piya mimpi siapa? Abang cemburu tau! Piya panggil sayang,siap nangis-nangis lagi..kenapa ni Piya? Jangan cakap Piya dah ada lelaki lain,." aku mencebik kepada Hariz.Itu pula yang dia fikir.

                   "Siapa perempuan yang abang bawa dalam mimpi Piya?" aku mendapat akal untuk menyakat Hariz.Hariz buntangkan matanya.Aku menahan senyum.

"Piya!" Hariz bersuara sambil merenung tajam wajahku.
..............................................................

               Hari ini mod aku baik sikit.Teringin pula nak memanjakan Hariz.Awal-awal pagi  lagi aku dah ke pasar mencari ikan sembilang untuk dimasak asam pedas.Hariz memang suka makan asam pedas ikan sembilang ni.

                  Sepanjang aku sakit Hariz banyak bersabar dengan kerenah aku.Aku marah,merajuk,merungut,dia masih tetap setia di sisi aku.Aku minta kami berpisah.Walau Hariz membentak tapi dia masih setia.Bertuah aku dapat Hariz.Dialah penguat semangat aku sekarang ni.Aku sayang kau ketat-ketat Hariz!

            "Sayang masak apa tu?" Hariz menyoal smbil merangkul aku dari belakang.Dagunya diletakkan di atas bahuku.Aku yang sedang menyiang ikan tersenyum.Dah lama tak menyakat Hariz.Gianlah pulak.

                 "Piya tengah mencuci pinggan ni.Abang tak nampak ke?" aku mengekek ketawa bila Hariz mencucuk pinggangku.

           "Abang!,.jangan ganggu la.Piya dah ada mod nak masak ni,kan Piya merajuk lagikan!,." aku sengaja mengugut.

               "Merajuk la! Kedai depan simpang tu ada pekerja baru.Cun lagi.Boleh abang melepak hari-hari,." Huh!,. Pantang di uji sikit Hariz ni..mula la tu!!
                 Aku tarik muncung.Tak suka bila Hariz cakap macam tu.Aku tahu dalam keadaan aku sekarang Hariz berhak untuk kahwin lagi.Lagi pun Hariz mampu dari segi zahir dan batin.Aku yang tak mampu untuk melayan Hariz lagi buat masa sekarang dan yang pasti aku sudah tak mampu untuk memberi Hariz zuriat.

              ''Alolo,.dah tak comey dah isteri abang ni,.'' Hariz terus menyakat dan memujuk aku hingga aku ketawa kembali.Inilah Harizku yang sentiasa memahami situasiku.
..........................................................

                   Hariz yang sedang makan aku renung sayang.Berselera dia makan seolah tak makan sepuluh hari.Tanpa sedar bibir aku menguntum senyum.Nasi di pingganku aku biarkan tak berusik.Suka pula tengok Hariz makan.Wajah Hariz aku perhatikan.Seolah orang yang sedang dilamun cinta dan sedang melepaskan rindu di dada.Dari kening jatuh ke mata,hidung dan turun ke bibir merahnya yang sedang rancak mengunyah nasi.

              Hariz panggungkan kepalanya smbil menjungkitkan keningnya berkali-kali padaku.Aku hanya tersenyum seraya mengeleng.

              "Kenapa Piya pandang abang macam tu?" Hariz berhenti menyuap lantas menyoalku.

            "Abang tak tahu ke?" Hariz mengeleng.Aku terus tersenyum smbil minda merangka jawapan.

              "Sebab Allah dah bagi sepasang mata untuk melihat,sementara boleh melihat ni Piya lihat ja apa yang ada di depan mata," aku jawab selamba sambil mula menyuap.

            "Piya! nanti nasi tak habis Piya pulak yang abang makan,." Hariz mengugut sambil mengenyit mata.Opps,.aku baru habis pantang.Gulp!!,.
...................................

             Rasanya hati aku ini bagai diletupkan dengan bom sebaik mendengar Hariz ditangkap khalwat dan telah dinikahkan secara paksa.Inilah saat yang paling aku takut sejak aku ditimpa kemalangan.Aku paling takut dimadukan.
          ''Maafkan abang sayang,.abang cuma berniat nak membantu perempuan tu.Abang balik dari masjid tadi abang nampak seorang perempuan dengan seorang lelaki sedang bergelut.

          Abang berhentikan kereta untuk membantu.Abang sergah mereka dan lelaki tu melarikan diri.Perempuan yang ditinggalkan sedang menangis dengan baju yang koyak rabak.Abang,.abang,.abang betul-betul ikhlas nak membantu.

            Abang tak tahu niat abang tu akan jadi macam ni.Maafkan abang.Abang tengah buntu sangat sekarang ni.Bapa perempuan tu paksa abang kahwin dengan perempuan tu kerana kes tangkap khalwat kami untuk tutup malu.Dia cuma beri abang dua pilihan.Kahwin atau abang akan disaman,.''

          Aku menghela nafas perlahan.Air mata usah dicakap,sejak menerima panggilan Hariz ditangkap khalwat dengan entah perempuan mana air mata aku dah macam paip bocor.Aku langsung tak dapat menerima kenyataan ini.

             ''Masa takkan dapat diundur bang.Apa pun yang Piya akan cakap abang dah pun madukan Piya dengan perempuan tu,.'' aku cuba juga bersuara walau suaraku sudah tengelam timbul dengan esak tangis.Hariz menghampiriku dan menarik aku ke dalam pelukannya.Aku terus kaku tanpa riak.Tiada perasaan untuk membalas seolah cinta dan sayangku padanya turut dibawa pergi bersama badai yang datang.
......................................................

             Perempuan itu a.k.a madu aku tu datang ke rumah.Dia minta maaf sambil menangis-nangis.Katanya malam tu dia hampir diperkosa.Ketika Hariz datang dan menyelamatkannya dia bersyukur sangat.Tanpa sedar dia telah memeluk Hariz dan ketika itulah mereka telah dikepung oleh orang masjid dan telah dituduh melakukan perkara sumbang.Dia masih muda.Baru 20 tahun dan masih menuntut di IPT.Orangnya cantik dan lemah lembut.Aku rasa tercabar melihat penampilannya.Dalam masa yang sama hatiku bagai di tusuk sembilu.

          ''Piya!,.'' Hariz keluar dari bilik.Dia belum tahu kami ada tetamu.Aku hanya memerhatikan Hariz yang bersiglet dan berseluar paras lutut tanpa suara.Hanya mata aku yang memainkan peranan sekarang ni.

        ''Awak buat apa di sini?'' Hariz menyoal isteri keduanya.Maduku tidak menjawab malahan dia bangun menghampiri Hariz,mengapai tangan Hariz dan dibawa ke bibirnya.Aku yang sedang memerhati terasa bagaikan hati ini sudah lumat digilis.Sakitnya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.Cemburu!,.

               Perempuan tu tidur rumah kami malam ni.Menurut ceritanya dia telah dihalau keluar dari rumah selepas kes dia dengan Hariz dan dia tiada tempat tuju.Kebetulan rumah mereka hanya belakang taman perumahan kami.Jiran sebelah rumahnya memang kenal dengan Hariz dan dialah yang menghantar Izwani Syakirah ke sini.

            Izwani Syakirah atau pun Kirah maduku ini aku izinkan untuk tinggal di rumah kami buat sementara waktu.Aku masih punya hati nurani untuk menghalau dia.Ini ujian dari Allah untuk aku.Biar pun sakit,terluka yang teramat,aku tak mampu menolak kehendak takdir.

           Aku arahkan Kirah untuk tidur di bilik tetamu.Hariz juga tidak membantah.Sekali sekala aku terperasan pandangan Kirah pada Hariz,macam perasaan seseorang yang sedang diamuk cinta.Aku faham makna pandangan itu.Bukan susah untuk jatuh cinta dengan Hariz.Hariz seorang lelaki romantik dan gentleman,punyai aura tersendiri.Aku pula yang diamuk badai resah walau pun Hariz bersikap selamba.

          Sejak Kirah masuk ke rumah kami Hariz dah bukan macam Hariz aku lagi.Nampak kekok sangat bila bercakap dengan aku.Sudah tiada lagi sikap nakalnya yang suka mengusik aku.Sudah tiada lagi sikap romantiknya terhadapku.Kami pun dah jarang bersama lagi.Ah,.di mana Hariz aku yang dulu? Di mana janji-janji manisnya untuk terus setia dan mencintaiku sepenuh hatinya?

            Aku bermimpi melihat Kirah dan Hariz bermesraan di depanku.Dalam mimpiku aku hanya memandang Hariz mencumbui Kirah.Aku terjaga sebelum habis adegan mereka.Ada air mata di tubir mataku.Aku beristighfar laju,dalam masa yang sama aku pegang dada.Menyucuk rasanya,.sakit yang teramat.Aku toleh ke sebelah.Hariz tiada di tempat tidurnya.Ke mana Hariz? Aku bangun dan menuju ke almari solek.Aku capai jam di atasnya dan mataku terpaku pada jarum jam.Pukul 1.15 pagi.Takkan Hariz belum masuk tidur?
 
          Aku menuju ke pintu bilik.Tombol pintu aku pulas perlahan.Aku mencari Hariz di ruang tamu.Terkejut aku melihat ruang tamu yang bersepah.Jantungku mula berdetak laju.Mindaku sudah berfikir yang bukan-bukan.Mimpi tadi terbayang lagi.Air mataku sudah tak mampu ku seka.Hadirnya bagaikan hujan di musim tengkujuh.

          Aku membawa langkahku ke bilik Kirah.Aku tekapkan telinga ke pintu bilik dan apa yang aku dengar membuatkan nafasku seakan terhenti.Tergamak kau Hariz! Menduakan cintaku di depan mataku! Inginku bawa pergi hatiku yang lara dan meninggalkan cintaku bersama Kirah.Mampukah aku??
.................................................

                    ''Piya!,.buat apa di sini? Tak tidur lagi?'' aku terkejut dan menoleh,Hariz sedang memandangku.Aku jadi pelik.Kalau Hariz di depanku,habis tu siapa yang sedang bersok sek-sok sek di dalam bilik Kirah? Aku lap air mata yang masih bersisa.Aku memandang Hariz lama.Hariz jungkit keningnya.Aku suakan tangan ke wajah Hariz.Pipi Hariz ku tarik kuat.

               ''Ouchhh,.kenapa ni Piya?'' Hariz menyoal.Pipinya merah.Alhamdulillah!,.aku ingatkan hantu tadi menyamar jadi Hariz.Aku ketuk pintu bilik Kirah bertalu-talu.Aku pulas tombol pintu.Berkunci.Aku menuju ke bilik aku.Hariz mengekor.Aku cari kunci pendua bilik Kirah.Laci almari baju aku buka.Hah! ada pun.Dengan pantas aku menuju semula ke bilik Kirah.Aku buka pintu dan menerpa masuk.Kirah sedang nyenyak tidur tapi tv masih terpasang.Ceh!,.suara tv rupanya.Aku tutup suiz tv dan menarik tangan Hariz keluar.Sekarang aku perlu buat perhitungan dengan Hariz pula.

              Aku tarik Hariz ke ruang tamu yang masih bersepah.Aku jadi pelik melihat ruang tamu.Minda aku ligat berfikir.Malam tadi lepas solat Isya aku sudah tidur.Akibat migrain yang menyerang tiba-tiba aku menelan ubat tidur.Sakit kepala aku bila memikirkan diri dimadukan.

              ''Apa yang dah berlaku dengan ruang tamu ni? Lebih baik abang jujur dengan Piya!'' aku bersuara tegas.Hariz berjeda lama sambil menundukkan kepalanya.Aku memerhatikan Hariz tanpa berkelip.Jantung aku ni dah dup dap dup dap menanti jawapan Hariz.

             ''Maafkan abang!'' selepas Hariz panggung kepala dan memandang aku,itulah ayat pertama yang keluar dari bibirnya.Ungkapan maafnya membuatkan jantungku semakin berdetak laju.

           ''Abang tak dapat kawal diri.Dah tiga bulan Piya sakit.Abang,.abang,.Maafkan abang Piya!'' aku dah tak mampu menahan air mata dari terus mengalir.Kalau tadi aku dah salah faham tapi pengakuan Hariz ini benar-benar meremuk redamkan hatiku.

             ''Piya,.kenapa Piya nangis sayang?'' Hariz kesat air mataku.Aku tepis kasar.Hariz ketawa tiba-tiba.Aku merenungnya tajam.Sakit hati yang teramat.Boleh lagi dia nak ketawa sedangkan aku sudah beberapa kali beria-ia menangis kerananya.

            ''Abang gurau ja sayang.Abang jumpa kawan lama di masjid tadi.Lepas solat Isya dia ajak abang ke rumah dia.Abang ikut dia sebab kebetulan isteri dia baru melahirkan anak kedua.Comel betul baby dia.Geram abang tengok.

           Kami berbual lama dan abang tak sedar malam dah lewat.Pukul 12.30 tadi baru abang bertolak balik.Nak dijadikan cerita ada kemalangan pula kat depan simpang tu.Kesian pulak,abang berhentilah tolong apa yang patut,.'' Hariz menghabiskan ceritanya sambil mengusap pipiku.Aku tepis lagi.Haris terus ketawa.

              ''Habis tu kalau bukan abang yang sepahkan ruang tamu ni siapa yang sepahkan? Takkan Kirah pulak?'' entah kenapa ruang tamu yang bersepah pula yang menjadi persoalan aku.

               ''Sayang!,.kan abang dah minta maaf tadi.Memang abang yang sepahkan.Abang tak sempat nak kemas balik.Abang lupa abang letak kunci kereta kat mana.Tu yang abang geledah ruang tamu ni,'' aku menarik nafas lega tapi wajahku masihku seriuskan.

              ''Apa kena mengena pula dengan abang yang tak dapat kawal diri dan Piya sakit tiga bulan tu?'' walau aku sudah dapat bernafas dengan tenang namun aku masih tak berpuas hati.Haris masih aku soal walau Haris sudah beberapa kali menguap.

              ''Piya,.Piya,.tentu sayang fikir abang dengan Kirah dah buat apa-apa di ruang tamu ni kan?'' aku mencebik,Hariz ketawa lagi sambil tangan aku digapainya.

            ''Dahlah! Jom tidur!,.abang dah ngantuk sangat ni,.'' Hariz bangun dan menarik tangan aku.Tiada bantahan aku hanya menurut.Kalau benar bagai dikata hatiku harus terima semua pengakuan Hariz ini adalah benar.Namun bila memikirkan apa yang Hariz cakap tadi aku rasa tercabar sendiri.Aku akui aku masih trauma untuk melayan kehendak Hariz sebagai seorang isteri,kesan pembedahan di perutku yang masih terasa nyilu sekali sekala walau tiga bulan sudah berlalu.Aku tak boleh salahkan Hariz kalau Hariz mencari Kirah kerana Kirah sudah menjadi isterinya yang sah.Aku buntu.Haruskah aku korbankan hati dan perasaan aku demi kebahagiaan Hariz?
...............................................................

Lima Tahun Kemudian,..

                      Aku kembali lagi ke Tanah Air.Lima tahun aku pergi melanjutkan pelajaran ke luar negeri,membawa hati dan rinduku terhadap Hariz.Aku meminta perpisahan pada Hariz dengan caraku sendiri.Aku percaya jodohku dengan Hariz hanya setakat itu saja walau pun sayangku pada  Hariz masih menebal,dan kerana terlalu menyayangi Harizlah aku rela korbankan cintaku dan serahkan Hariz pada Kirah.

              Tanpa pengetahuan mama,papa,abang Am atau pun Hariz aku kembali lagi ke Malaysia.Aku ingin mengintip sendiri hidup Hariz.Ah!,.kalau dulu Hariz boleh mengintip aku dalam diam,kenapa pula aku tak boleh? Aku terus menuju ke rumah Hariz melalui alamat yang Miza beri kepadaku.Hanya Miza yang tahu kepulanganku ke Malaysia.Aku minta Miza rahsiakan.

               Dari jauh aku perhatikan rumah Hariz.Aku mula bersembunyi  bila aku nampak kelibat seorang lelaki sedang mencuci kereta di halaman depan rumah.Hariz? Air mataku mula bercucuran tanpa sedar.Muncul Dua orang kanak-kanak di tepinya,membantunya mencuci kereta.Mereka ketawa ceria sedangkan air mataku terus galak mengalir.Keluar pula seorang wanita yang mendukung seorang bayi.Nampak seperti keluarga yang amat bahagia,lengkap dan sempurna.

                   Aku mula melangkah longlai ke arah kereta.Aku bersyukur kalau Hariz sudah bahagia bersama keluarganya.Tidak sia-sia aku berkorban dengan mengundurkan diri.

           Ya Allah! Hanya Engkau yang Maha Mengetahui.Engkau bahagiakanlah Hariz dunia dan akhiratnya.Hariz berhak untuk bahagia kerana dia lelaki dan suami yang baik.
             Kerana mencintaimu Hariz ku relakan diri ini terbakar sendiri,.kerana mencintaimu Hariz Biarkan Rindu Ini Terus Berlagu,..dalam sepi..Kerana kebahagiaanmu Hariz izinkanlah aku pergi!
**************TAMMAT*************
Mohd Iqbal Hariz: Aku izinkan kau pergi Nur Safiya walau pun berat hati ini untuk melepaskanmu.Aku tak berdaya lagi untuk menghalang kehendakmu,kerana aku sayang,kerana aku cinta aku relakan perpisahan ini.Pergilah sayang! Moga kau bahagia walau di mana saja kau berada.Ya Allah! Jagakan dia untukku dan lindungilah dia dari segala bahaya.

Izwani Syakirah: Aku tahu abang Hariz hanya berpura-pura bahagia.Aku tahu kak Safiya cinta pertama abang Hariz.Abang Hariz masih cintakan kak Safiya hingga kini.Abang Hariz selalu tersasul ketika memanggil namaku.Ketika bersama pun abang Hariz masih ingat kak Safiya.Kenapa abang Hariz tak boleh mencintai aku sebagaimana dia mencintai kak Safiya? Apa kurangnya aku?

p/s; Hidup ini memang begini,..tak semuanya akan berakhir dengan kebahagian walau kita sedang berpura-pura untuk bahagia dan takkan pernah ada yang sempurna.Terimalah kekurangan diri sendiri andai itulah suratannya.


20 ulasan:

  1. hidup mmg bukan semuanya sempurna. ada pahit manisnya..macam roda.
    tp still nak mintak sambungan..buat kisah utk saffiya pulak.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi,.insyaa Allah sina:farhsa- mungkin akan ada part 2 tapi skrg akak sdg tulis cerpen br,.Aku bukan penyair,.terima ksh ya sudi baca dan komen :)

      Padam
  2. best sangat .... tahniah!!! terbaik!!

    BalasPadam
  3. Terima kasih Mira Mohd :D

    Hanya sebuah imaginasi..

    BalasPadam
  4. Asalammualaikum kak , ade tak part 2 nya .. saya tak sabar nak baca kisah seterusnya ... geram saya dengan hriz tu ..

    BalasPadam
  5. Waalaikummussalam,.Farahhana Zulkaply,. In sha Allah akak akan cuba buat,.mesti nak hepy endingkan?

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum....kak best sngat cer ni.....hope ade part 2 scepatnye....hepy ending ye kak...x sbarnye

    BalasPadam
    Balasan
    1. eizan!,.ya,.sedang disiapkan,.tunggu ya!

      Padam
    2. Waalaikumusalam,.terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen,.

      Padam
  7. Kongsi sikit untuk part 2,.saja nak bikin gempak,..hihi,..


    ''Dah lama kau buat kerja ni? Nasib baiklah, aku ni baik tau. Kalau orang lain, mau menangis tak berlagulah kau! Ada ke patut, tinggalkan anak kau macam tu ja. Kalau ingatkan fikiran jahat aku ni, dah lama aku bawa lari anak-anak kau ni. Biar padan dengan muka kau!'' aku seranah Azmin tanpa memberi peluang Azmin bersuara terlebih dahulu.

    ''Kau tak buat macam tu kan! Aku dah lama kenal kau Piya, sebab tu aku berani tinggalkan anak-anak aku kat kau. Alah! Merekakan anak-anak kau jugak!'' Azmin bersuara dengan wajah tenang. Aku pula yang sedang berbahang dengan ayat-ayatnya. Bukan berbahang sebab malu, tapi aku teramat marah dengan Azmin sekarang ni. Berani dia buat statement macam tu. Bila pula aku mengandungkan anak-anak dia ni?

    ''Itu pun satu hal jugak. Ikutkan hati aku ni, aku nak karate kau aje. Lepas tu aku nak cincang lumat-lumat, buang ja kat laut bagi makan jaw's. Baru puas hati aku.'' bila aku tengah marah Azmin, Isha sudah memeluk Azmin kejap. Wajahnya seperti orang nak menangis saja. Azmin pula sudah melepaskan tawanya. Ishhh,.geram betul aku!

    ''Ibu!,.Janganlah marah papa!'' Isha bersuara ketakutan sambil memeluk erat kaki Azmin. Aku kaget. Err,.garang sangat ke aku tadi? Soalan tu pulak yang muncul dalam benakku.


    ''Hahaha,.tengok tu,.Isha dah nak nangis dah. Apalah ibu Isha ni kan. Dah la lama tak balik rumah, ni asal jumpa papa ja nak ajak bertinju. Kalau iya pun, tunggu la kita balik rumah dulu sayang. Nanti kita balik bertinju kat rumah ya!'' beria-ia Azmin ketawa sambil terus menyakat aku. Aku?

    ''Minnnnnnnnnnnn!!!!'' Grrrrr,.

    ..................................................................

    BalasPadam
  8. Best akak......x sbar nak bca full part

    BalasPadam
  9. baru lepas baca cerpen ni.. tp dh terbaca yg part 2 dulu..hehee.. apa pun memang memang best jalan cerita bagi kedua-dua part.. keep it up..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jam Jas yg penting faham jalan ceta dan jelas dengan mesej yg ingin sy sampaikan,.tq friend! sudi singgah di sini!

      Padam
  10. Jalan cerita menarik....menitis air mata...bila part2.. ye...tahniah terbaik

    BalasPadam
  11. Balasan
    1. Bila cinta diduakan..sakit tu terasa hingga ke lubuk hati yg paling dalamkan? Tapi tak apa, part 2 penawar segala duka😍😃..

      Padam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nangis la..tapi lepas baca part 2 senyum semula ya..😉😉

      Padam
  13. JAWATAN KOSONG SEGERA!!!!!!!!

    1) KERANI KUTIPAN!!!!!-indoor (lelaki & perempuan)

    2) PEGAWAI LAWATAN!!!!!!-outdoor LELAKI

    SPM, & keatas

    TAWARAN
    -Gaji basic 1200-2000 bergantung pada komunikasi dan pengalaman
    -Komisen yang tinggi + elaun -Latihan Diberikan
    -Berdekatan KTM Mid Valley (HEAD).
    -Asrama bg pekerja diluar kawasan
    -KWSP & SOCSO provided

    SKOP KERJA YG MUDAH!!!!!

    BOLEH MULA KERJA SEGERA !!!!

    Pegawai Untuk Dihubungi
    En IHSAN : 013-3636553
    ( col @ whtapp )
    www.smart solution.asia.

    AREA MID VALLEY KL

    S&I.....
    snirecruitmentcompany@gmail.com

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.