Sabtu, 14 Jun 2014

Aku Nelayan



Dari dahulu mendengarkan suaranya
Siapakah itu intan atau permata
Lalu ku tulis kata-kata pujangga
Menghiasi  isi hatiku hanya untukmu

Luas lautan usah cuba diduga
Jadi ingatan teman sebagai pedoman
Namun ku terus cuba mendekatimu
Tetapi aku tertewas kita tak serupa

Kau bandingkanku dengan kekayaan
Ternyata aku ketinggalan
Walau ikhlas menyintaimu
Kau hina tanpa rasa simpati
Masih kedengaran nista yang ku cari
Baru kini aku sedari
Bukan mudah untuk melewati
Sememangnya aku bersalah
Tidak mengerti

Ku antara sejuta yang meminatimu
Terlanjur menyinta dengan tulus suci
Tanpa jawapan pasti

               Lagu Terlanjur Menyintaimu begitu syahdu di pendengaranku. Aku hayati liriknya, bait demi bait patah katanya begitu menyentuh hati. Lagu ini memang menjadi kegemaranku sejak cintaku ditolak enam tahun lalu, ketika masih di zaman persekolahan. Aku pernah meminati seorang pelajar di kelasku. Aina Suhaini namanya. Semua orang memanggil namanya Aina, hanya aku sorang yang memanggilnya Sue.

           Aku anak sulung dari lapan adik beradik. Ayahku seorang nelayan dan sekarang aku mengambil alih tugas ayah. Aku menjadi nelayan sepenuh masa. Eh,.boleh ka macam tu? Okey, sebenarnya jika tak turun ke laut aku akan buat kerja-kerja kampung. Mana yang sempat aku sapu, janji masyuk dan yang penting halal.

         ''Pait!,.hang nak pi ke laut dak rini? Jom!,.ikut aku juai ikan. Aku tak dak orang nak tolong angkat satgi. Mat pi mana tak tau, aku kol dia dari tadi, tak dapat-dapat. Geram betoi aku, nak reja buat cara nak reja. Ni dak,.sat,sat hilang,sat,sat hilang,.cemuih dah aku,.'' Meon ni nama ja lelaki tapi kalau bab pot pet, serah kat dia.

           ''Hari ni tak keluar kot. Nu,.gelap semacam ja. Ribut satgi,mampuih aku. Jenuh nak kampoi,.'' aku menjawab, dalam otak nampak dah upah yang bakal aku dapat. Selalunya Meon akan bagi ikut keuntungannya. Kalau banyak untung selalunya rm100 atau rm50 pasti dalam tangan. Paling sikit rm20. Cukuplah habuan aku nak topup handphone aku atau hulur sikit untuk mak aku.

          ''Jomlah!,.hari ni ada pasar malam di Guar. Banyak juga ikan dengan udang tu. Lambat pi satgi, kot tak habih pulak,'' Meon sudah memberi arahan. Tanpa banyak soal aku tolong dia mengangkat bakul-bakul ikan untuk naik ke lori. Ikan-ikan dalam bakul kami masukkan ke dalam tong ais. Ais memang wajiblah masukkan sekali. Busuk ikan nanti,sapa nak beli?

            ''Aku balik habaq kat mak aku sat. Satgi aku mai lain,.'' aku terus stat motor aku dan menderum balik ke rumah. Sampai di rumah aku dah nampak mak aku yang sedang sibuk melayan adik-adik aku di luar rumah. Riuh rendah dengan pelbagai kerenah. Kadang-kadang kesian juga tengok mak aku ni. Kami lima lelaki tiga perempuan. Adik aku yang nombor dua hanya bekerja kilang di Penang. Balik kampung dua atau tiga bulan sekali. Yang ke 3,4,5,6 semuanya lelaki, nombor 7 dan 8 perempuan tapi masih kecil lagi. Adik aku yang nombor 7 baru 2 tahun. Yang bongsu baru setahun.

       ''Mak,.Pait nak ikut Meon pi juai ikan di Guar. Tak tau nak balik pukui berapa. Pait habaq dah ni, satgi mak kunci pintu pulak,'' aku beritahu mak aku selepas menukar pakaian yang sesuai. Aku kembali ke pelantar ikan. Kalau lambat, nanti mengamuk pulak Meon tu.

            Bila aku sampai Meon dah tunggu aku dalam lori. Siaran radio Kedahfm dari jauh lagi aku dah dengar. Meon memang pendengar setia radio Kedahfm. Mana-mana dia pergi pun  radio Kedahfm memang dia tak pernah miss sampai aku pun turut berjangkit sama. Dalam sehari kalau tak dengar radio Kedahfm memang tak sah. Bak kata wajib dengar, lebih-lebih lagi kalau dj Kamelia yang masuk konti, tapi aku perasan dia cuma masuk setiap jumaat saja. Itu pun hanya empat jam. Tak puas pulak mendengar suaranya. Sepanjang empat jam lebih banyak lagu, iklan dan disusuli dengan berita.

        ''Mak hang kata pa?'' Meon menyoal sebaik aku masuk ke perut lori.

           ''Tak kata pa pun, dok kalut layan adik-adik aku,.'' sesungguhnya aku hanya balik beritahu mak aku dan salin baju ja. Tak salam apa pun. Nanti mak aku cakap aku buang tebiat pulak. Tak penah-penah nak salam, tau-tau hari ni nak salam.Haih!,.seram aku nak bayang. Tak cukup amalan lagi nak pi batu dua, sebelah masjid tu. Andai kata dah sampai masa, aku tak boleh nak cakap apa la.

Jikalau orang tak suka tak apa
Tapi janganlah engkau mengata
Sudah menjadi adat di dunia
Ada rupa dan berharta
Orang suka

Jikalau orang tak suka tak apa
Biarlah ku mengundur diri
 Mungkin kau rasa aku tak sepadan
Dengan dirimu

Ku sedar diri ini
Aku hanyalah insan biasa
Tapi aku ada harga diri

Walau pun terguris hati ini
Hingga menitis air mata
Namun semuanya tak beerti bagimu

Waktu orang suka semuanya indah
Waktu dah tak suka
oh,.ada-ada saja
Sukarnya nak ku temui
Cinta yang sejati dan bahagia

Jikalau orang tak suka tak apa
Tuhan masih menyayangiku
Moga suatu hari akan tiba
Jodoh buatku dengan insan
Yang ikhlas cintanya

             Terguris hatiku tiba-tiba. Terbayang wajah Aina Suhaini. Gadis berkulit cerah dan berkening lebat dihiasi senyuman manis berlesung pipit dengan tahi lalat di bawah bibirnya. Lagu ini begitu menyentuh sanubariku. Tak Suka Tak Apa,.memang kena sangat dengan diriku. Orang yang tak berharta dan tak punya rupa.

             Dj Sya yang sedang ke udara sekarang ni. Semua lagu-lagu yang diputarkan begitu mengusik jiwa. Terleka aku seketika. Agaknya Aina Suhaini sedang buat apa sekarang? Tentu sudah bekerja. Aku tak tahu sangat mengenai dirinya.Yang aku tahu dia pernah tinggal di Rumah Budi Yan. Rumah untuk anak-anak yatim. Aku dengar dia tinggal di batu 17 Guar Cempedak. Entah betul atau tidak, aku tak pasti pulak.

           ''Pait!,.ooii Pait!,.hang berangan ka? Puas aku dok keloi. Hang dok teringat kat sapa?'' aku menoleh ke arah Meon. Tercenggang aku. Dok tengah syok dengar lagu, boleh pulak dia dok bertempik. Kuss semangat! Lari feeling aku masuk gaung. Aku baru nak berjiwang dia dah potong line. Apa daa!,.

          ''Awatnya? Aku baru nak feeling dengar lagu. Hang pange pasai pa?'' Meon tergelak. Aku pelik pulak tengok gelagat dia.

        ''Yang hang sampai nak feeling dengaq lagu tu pasai pa? Kena tinggai dengan marka ka, kena reject dengan marka?'' Ceh!,.aku tanya dia tak habaq. Boleh pulak dia nak perlekeh aku. Aku malas nak jawab soalan dia. Aku toleh keluar tingkap. Kami dah sampai kat Traffic light Sungai Yan. Sejak akhir-akhir ni Sungai Yan pun jammed, aku pun tak tau kereta ni mai dari mana. Kalau hari raya lagilah. Eh,.bukan raya saja, Pilihanraya Dun Sungai Limau sebelum ni pun jammed sakan.

 Sejakku bertemu dengan dirimu
Hatiku menjadi semakin rindu
Tak dapat nak disembunyikan lagi
Perasaan ini

Kekasih,.aku telah jatuh cinta
Padamu hanyalah yang aku puja
Kekasih,.inginkah engkau menjadi
Oh,.buah hatiku

Terseksa aku jiwa terseksa
Bila mataku tak memandang matamu
Berilah aku peluang membuktikan sayangku ini
Demi kasih kita kukorbankan jiwa

Kau menjelma bagaikan bidadari
Yang singgah dikala hatiku sunyi
Kau umpama pelangi waktu pagi
Keayuanmu menambat hati

Tuhan tolonglah aku
Ku cintai dia
Sungguh-sungguh hatiku,.bukanlah dipaksa
Sayang,.sambutlah rindu
Rindu yang aku tuju
Tuju kepadamu duhai kekasihku

                   Layan lagu lagi. Tuju-tuju rindu. Untuk siapakah rinduku ini? Aina Suhaini atau Dj Kamilia. Aku renungkan dalam hati. Siapalah aku ini? Hanya seorang nelayan yang tiada pelajaran. Tiada apa yang nak aku bangga. Patutlah kalau Aina Suhaini menolak aku. Mungkin dia tak menolak secara terang-terangan, tapi sikapnya yang menyepi itu seolah aku ini langsung tidak beerti apa-apa untuknya. Aku panggil dia selalu menghindari. Aku dah banyak kali memberinya isyarat aku menyukainya. Aku selalu renung dia dari jauh, dah macam-macam yang aku buat untuk menghampirinya tapi semuanya tidak berjaya untuk mengikat hatinya.
...................................................................

       ''Ikan,ikan,ikan,.adik,kak,.mak cik,mai,mai,.ikan segar-segar. Baru naik dari bot. Mai,mai,.sapa cepat dia dapat,'' Meon melaung kuat. Kata Meon nak berniaga ni jangan ada perasaan malu. Macam mana penyanyi yang menyanyi di atas pentas di depan ribuan penonton, begitu juga peniaga ikan untuk menarik perhatian pembeli. Suara tu harus dilontarkan agar pembeli yang berada dari jarak jauh pun boleh mendengar.

         ''Mai,mai,mai,.ikan temenung, bawal, tenggiri, kebasi,.semuanya ada. Mai,mai,.murah,murah,.'' aku hanya tersenyum mendengar laungan Meon. Kerja aku hanya menolong apa yang patut saja, seperti menolong mengangkat ikan turun dan naik dari lori, tapi kalau tiba-tiba Meon nak ke bilik air, terpaksa juga aku mengambil alih tugasnya. Aku kena juga ambil tahu harga ikan dan sebagainya. Tersalah timbang nahaslah jawabnya.

                ''Bawal putih ni berapa sekilo?'' seorang wanita bersama anak perempuannya datang ke gerai kami sambil membelek-belek bawal putih gred A. Aku perhatikan anaknya yang mempunyai raup wajah yang agak cantik sekilas lalu. Tak tergamak nak tengok lama-lama. Boleh terkoyak iman aku yang senipis kulit bawang ni. Baju dan seluarnya terlalu sendat walau bertudung. Bukan taste aku walaupun cantik. Reject nak buat bini. Aku berkata-kata di dalam hati.

          ''Yang ni 40 ringgit sekilo,'' Meon memberitahu. Wanita itu tayang wajah tak puas hati. Aku pun faham maksud wajahnya itu. Mahal sangat! Meon bukan sengaja nak jual mahal. Harga yang diborong di pelantar ikan 35 ringgit sekilo. Meon kena juga ambil untung untuk dirinya. Barang sekarang semua dah naik harga.

          ''Awat mahai sangat? Cekik darah betoi. Kurang la sikit,'' wanita itu meminta untuk menurunkan harga. Meon hanya tersenyum melayan kerenah pembeli.

            ''Kalau nak murah ambil bawal ni 10 ringgit ja sekilo. Nak lagi murah mak cik beli ikan kebasi atau ikan put-put ni,'' Meon menunjukkan anak bawal putih kepada wanita itu. Aku menahan gelak bila melihat wanita itu yang sudah berwajah masam. Anak ikan bawal putih di borong 7 ringgit sekilo. Meon cuma mengambil untung 3 ringgit sekilo. Ikan kebasi atau ikan selangat hanya seringgit dan Meon menjualnya dengan harga rm1.50 sekilo. Ikan put-put hanya 70 sen harga borong. Meon jual dengan harga rm1.30 sekilo.

                 ''Huh!,.anak bawal tu nak buat apa? Ikan kebasi dengan put-put tu tak beli pun takpa. Bukannya sedap pun. Dah la banyak tulang,.'' wanita itu merunggut. Aku mengeleng kepala mendengarnya. Tak setuju dengan pendapatnya. Anak bawal putih tu mak aku selalu masak sup campur dengan soo hoon. Memang sedap sangat. Ikan kebasi dengan ikan put-put tu mak aku akan kelar halus-halus dan goreng garing. Memang terbaeekk! Dah macam keropok ikan. Adik-adik aku pun suka. Kalau di rumah kami 2 kilo pun tak cukup, tapi kami tak pernah beli ikan sebab aku dan ayah nelayan.

            ''Udang ni pulak berapa sekilo?'' wanita itu menuding pula jarinya pada udang putih gred A. Aku tergelak dalam hati. Nak harga murah tapi semuanya nak yang besar.

           ''Murah ja 40 ringgit sekilo,'' selamba Meon menjawab. Udang putih ni tokey pelantar ikan akan bayar kepada nelayan rm33.00 sekilo. Dia akan jual kepada peraih rm35.00 sekilo, terpulanglah kepada peraih seperti Meon ni untuk jual berapa pun yang dia nak.

           ''Ishh,.awat hampa lagu ni? Semuanya mahai. Dah,.bagi ikan temenung tu dah la. Bagi 2 kilo nak bagi kucing makan. Tuan dia baik makan daging dengan ayam sudahlah. Ikan,udang,mahai nak mampuih,.'' wanita itu mula membebel. Anak perempuannya tak ambil tahu pun. Meliar matanya memandang kiri dan kanan. Sesekali dia memandang ke arahku dan mempamerkan senyum. Aku buat-buat tak nampak ja. Meon menimbang ikan temenung seperti yang diminta. Aku pula hanya memerhati di sebelahnya.

             ''16.00 ringgit,'' Meon siap menimbang dan menghulur kepada wanita yang banyak songeh di depan kami ni. Membuntang mata dia mendengar harga yang disebut Meon.

         ''Ikan temenung pun mahai?'' wanita itu terus memprotes. Meon masih beriak biasa. Sudah mangli agaknya melayan kerenah pembeli yang pelbagai.

       ''La ni musim ribut. Ikan kat pelantar ikan pun mahai. Kalau mak cik nak yang murah atau pun yang percuma terus, mak cik pi turun laut sendiri la. Nasib baik umur panjang dapat makan ikan,udang free. Nasib tak baik, balik mayat ja musim-musim ribut macam ni,'' tu dia!,.dalam selambanya Meon berbisa jugak ayat dia. Wanita itu hulurkan m20.00 dengan wajah kelat. Aku memang tak berani nak menambah apa-apa. Selepas baki dipulangkan wanita itu dan anaknya terus berlalu ke gerai menjual ayam pula. Ayam sekilo rm8.00 sekarang ni. Dari gerai menjual ayam kami menangkap suara wanita itu lagi yang masih mengatakan peniaga mencekik darah. Aku dan Meon saling berpandangan. Mak cik oiii,.peniaga pun nak hidup jugak! Nak tanggung anak dan bini jugak!
...................................................

               Hari ini kami turun ke laut macam biasa. Ayah mengajak aku mengunakan pukat tenggiri. Sekarang ni bodong ikan tenggiri dengan sotong bubu. Ayah sudah lama membeli bot sendiri. Senang sikit kalau ada bot sendiri ni. Kalau ayah tak sihat aku akan ajak kawan-kawan aku. Selalunya Fairuz atau Syafik akan ikut aku, atau kedua-duanya sekali. Duit panggu akan dibahagi 4. Duit panggu tu bermaksud  duit jualan ikan yang diterima dari tokey pelantar ikan. Memandangkan bot ni kepunyaan ayah, ayah akan mendapat satu bahagian. Contohnya kalau hari ikan jenuh sehari boleh mendapat 6 ribu lebih.

                 Fuyoo,.siapa cakap nelayan ni miskin? Rezeki di tangan Allah, kalau DIA berkehendak pasti lebat duit poket. Okey kalau dapat 6,400.00 contohnya akan dibahagi kepada 4,.ni kalau aku pergi dengan Fairuz dan Syafik la, ayah sebagai tuan punya bot akan tetap mendapat bahagiannya. Kira sendirilah berapa jumlahnya 6,400 bahagi 4. Aku failed math,.kehkeh

               Kami turun ke laut mengikut air pasang. Kalau air cetek bot mana boleh bergerak. Selalunya emak akan sediakan bekal untuk kami. Macam hari ni nasi dengan masak cabai tenggiri. Wow!,.my peberet. Memang gred A la masak cabai ikan tenggiri mak aku. Air pula, air kopi dengan air masak. Air kopi ni untuk ayah aku. Ayah aku kalau sehari tak pekena air kopi mak aku, tak sempurna hidup dia.Hehe,.

        ''Ayah!,.kita pi tuas line kapai la noh? Kemarin Pait dengaq Keon dengan Najib boleh banyak. Dekat 200 kilo jugak,'' aku memberi cadangan pada ayahku. Sekarang ni tokey ambil sekilo rm16.00 untuk ikan tenggiri, tapi mengikut gred la. Kalau kami dapat naikkan banyak ikan bolehlah aku bergaya dengan motor baru. Motor aku Qilah dah bawa ke Prai. Aku guna motor honda ayah sekarang ni.

           ''Hang ajak Pirus dengan Syafik sekali dak? Ayah bukannya apa, kita dua ja satgi jenuh jugak ni, ayah pun bukannya larat sangat,'' ayah aku tengok aku. Aku garu kepala. Ayah aku ni la, bot dah keluar Kola pun baru dia nak tanya. Sebenarnya Syafik dengan Fairus memang nak ikut jugak tapi mereka suruh aku ambil mereka di Kuala Dulang Kecil. Mereka berdua ni kadang-kadang bawa pelancong pergi memancing.

              ''Kita masuk Kuala Dulang sat ayah. Tadi Pirus telepon, dia suruh kita ambik dia di sana,.'' aku beritahu ayah yang sedang membuka tudung botol air kopi. Aku masih memegang stereng bot. Setiap kali keluar ke laut, akulah tekongnya. Aku mengarahkan hala  bot ke arah Kuala Dulang. Agaknya jeti mana aku nak mendarat ni? Budak berdua ni pun menyusahkan aku saja. Nak kena mengadap mereka pulak di sini.

             ''Ada pelancong pi mengail ka, bukan ahad dengan sabtu ja ka orang dok sewa bot?'' aku pandang ayah sambil tersenyum. Bot ayah aku ni pun kadang-kadang ada juga orang sewa terutama hari cuti. Paling ramai tahun baru cina. Ada saja orang yang nak pergi ke Pulau. Selalunya ke Pulau Song Song.

           ''Tu,.bukan Pirus ka tu?'' aku menoleh ke arah yang ditunjukkan ayah. Ada Fairus dan Syafik bersama 3 orang yang aku tak kenal di atas jeti. Aku membelok ke arah jeti sambil melemparkan senyuman. Aku memusingkan haluan ke arah laut dan menghentikan bot.

            ''Pait!!,.kawan aku nak ikut boleh? Depa nak tengok kita mukat tenggiri guna robot,'' aku dengar Fairus berkata, aku pandang ayah. Ayah mengangguk. Okey,.dah dapat green light dari big boss.

          ''Okey!,.line clear. Naik ja, lagi ramai, lagi syok,'' aku turut melaung pada Fairus dan masing-masing mula turun dari jeti dan melangkah naik ke bot. Dalam tangan masing-masing dah sarat dengan makanan. Macam nak pergi berkelah pulak budak-budak ni. Ada jugak yang bawa joran dan tong ais.

            ''Wey!,.kita pi line kapai,aku dengaq depa kata tang tu bodong tenggiri dok berimpun la ni,'' Syafik dah mula mengarah.Ni yang aku malas nak jadi tekong ni. Asyik nak kena dengar cakap awak-awak ja.

              ''Hang tak buka radio hari ni Pait? Kalau tak 24 jam dengan Kedahfm hang tu,'' Fairus tersengih. Sempat lagi nak perli aku pulak tu. Aku hanya mendiamkan diri sambil terus memutarkan stereng bot ke arah laut. Dulu bot kami hanya mengunakan kemudi. Sekarang zaman sudah semakin canggih, sudah ada stereng. Sampan kecil untuk pukat tangsi ikan temenung tu pun orang dah guna enjin. Jangan buat tak tahu pulak!

           ''Radio tak dak bateri,aku lupa nak beli. Kalau dak, dari jauh lagi hang dah dengar dah,.'' aku menjawab juga akhirnya bila Fairus sudah memandang pelik ke arahku. Bukan boleh harap sangat dengan Fairus ni, kalau aku terus diam tak menjawab, mulalah dia nak syak yang bukan-bukan.

          ''Ooo,.aku ingatkan hang dah cemuih dah dengaq radio Kedahfm.'' aku dengar Fairus tergelak, aku kerling dia sekilas.

            ''Mana boleh cemuih, radio Kedahfmkan siaran radio terunggul di Utara Tanah Air,.'' aku sengaja mempromote radio Kedahfm kepada Fairus, nak tengok apa respon dia.

             ''Haih!,.promote nampak? Banyak ka hang dapat??'' giliran aku pulak tergelak kuat. Aku rasa pengarah radio Kedahfm tu pun tak kenal aku. Nak dapat apanya? Dah aku suka dengar, dan dah memang itu yang betulnya. Tapi,.aku nak mengakulah jugak, kadang-kadang aku tukar siaran jugak. Siaran radio Mutiarafm aku dengar jugak, tapi sat-sat sajalah. Langkawifm pun dengar jugak tapi kadang-kadang,.aku pilih jugak dj mana yang bertugas. Kalau di Langkawifm, aku suka Dj AA,.suara dia nak sama sikit dengan suara arwah Dj Pak Din.. Terubat rindu aku kepada arwah Dj Pak Din kalau dengar suara Dj AA, lagi pun Dj AA tu pandai buat lawak, topik yang dia pilih pulak memang tip toplah.

            ''Memang dapat!,.dapat layan lagu, dapat dengaq suara dj yang merdu, dapat info terkini, dapat dengaq ceramah agama. Ha,.ni ada dua rancangan yang aku selalu dok dengaq la ni, rancangan Bingkisan Syahdu bersama Dj Sya dan rancangan Facebook Pilihan bersama Dj Rizal. Aku ingat nak join la,.mana tau kot-kot terpilih boleh dapat hadiah Exclusif,.''  tu dia,.ayat aku boleh tahan jugak, dia nak tau sangatkan, apa yang aku dapat. Dia ingat bila dengar radio ni dapat hiburan saja ka? Dapat ilmu jugak, kalau dengar betoi-betoi.

               ''Aku tanya duit la,.hang dok promote tu dapat ka? Aku, dari layan radio, lebih baik layan you tube!'' huh!,.aku kalih wajahku dan memandang Fairus. Kalau layan you tube, aku pun layan jugak. Selalu aku layan ceramah ustaz Azhar Idrus, Ustaz Abdullah Khairi, Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Kazim Ilias dan cerita-cerita pelik. Dunia sekarang ni, dunia tanpa sempadan, sapa yang buta IT memang ketinggalanlah tapi, bila difikirkan balik, biar ketinggalan, asalkan jangan terlalu maju. Bukannya apa, di you tube tu pun macam-macam gelagat yang tak sepatutnya aku jumpa. Orang sekarang ni dah tak reti nak malu. Upload masuk yang bukan-bukan, mengaibkan diri sendiri dan orang lain. Baru-baru ni aku jumpa video dalam facebook, video isteri serang suami dalam bas yang bawa awek seksi. Bila isteri mengamuk, penumpang lain ambil kesempatan dan rakam apa yang berlaku. Mereka muat naik pulak ke internet, seluruh dunia boleh tengok. Ishh,.inilah buruknya pengaruh internet ni, yang memalukan tu bangsa aku sendiri. Bangsa Melayu yang beragama Islam. Rasanya suami perempuan tu pun dah beruban pun, masih lagi nak bawa awek seksi? Masya Allah,. dunia sekarang ni terlalu menakutkanlah!

              ''Hang tak pikiaq lain dah ka? Asyik nak pikiaq pasai duit ja,.ni aku nak tanya hang, hang dok buka you tube tu, hang dok tengok gambaq apa?'' aku tengok Fairus dah senyum senget sambil jungkit-jungkit kening. Aku pun jungkit kening balik. Dalam pada tu aku fokus pada stereng, kami dah berada di tengah laut sekarang. Budak-budak bertiga tadi termasuk Shafik sedang menikmati udara laut di penjuru bot. Macam tak pernah tengok laut pulak gayanya. Sorang daripada mereka sudah mula muntah-muntah. Kawan-kawannya yang lain sudah mengelakkannya.

             ''Gambaq hotkan banyak,dah boleh tengok FREE,tunggu lagi tak tengok,zaman dulu kot la nak kena sekodeng! La ni belambak depa dok upload masuk you tube tu,aku ambik kesempatan la,.'' Fairus berkata sambil tersengeh. Aku mengeluh perlahan. Inilah dia,salah guna kemudahan internet.

         ''Insaf-insaflah sama oii,.bukan ada pekdah pun hang dok tengok gambaq lagu tu,buat rosak jiwa muda hang ja. Kalau nak tengok sangat,hang nikah cepat sikit. Dosa pun tak dapat. Dapat pahala lagi ada la,'' aku cuba menegur secara baik. Aku tahu Iman aku pun tak kuat mana,kadang-kadang aku pun ada keinginan untuk klik gambar macam tu tapi bila ingat apa yang ustaz dok ceramah di masjid,aku batalkan niat aku tu. Ustaz kata kalau kita buat kerja tak senonoh macam tengok filem18sx tu iblis dan setan mengekek dok gelakkan kita sebab mereka dah berjaya goda kita.

         ''Hang ni tak habih-habih nak jadi ustaz,ni mesti selalu berangan nak nikah dengan ustazah?'' hmm,.mula dah la tu,aku baru nak mula mukadimah,macam-macam Fairus serkap jarang.
   
        ''Hang ingat ustaz saja ka yang boleh cakap macam tu? Orang biasa-biasa macam aku ni tak boleh nak tegur hang?'' Fairus hanya tersengeh mendengar kata-kataku. Aku mengeleng kepala,dalam hati,aku berharap Fairus menerima teguran aku ni dengan minda yang terbuka.

         ''Hang dok kata kat aku,jangan-jangan hang pun 2x5 ja dok layan filem hot. Macamlah aku tak tau,hang pun rajin jugak dok layan you tube tu'' istighfar aku tanpa sedar. Fairus ni memang nak kena. Boleh pulak dia nak samakan aku dengan dia.

       ''Memanglah aku pun layan you tube tu,tapi hang tak boleh tuduh sebarangan kalau tak dak bukti. Tu dah masuk kategori memfitnah!'' aku cuba membela diri. Fairus mencebik kepadaku dan terus berlalu kepada Syafik dan kawan-kawannya yang lain. Tersentaplah tu!

         ''Woii!,.takkan maghah kot?'' aku berkata sambil tergelak.

       ''Dahlah! Malas aku nak bertekak dengan ustaz tak bertauliah ni!'' Fairus membalas kata-kataku sambil melaung kuat. Dia tak menoleh pun kepadaku. Aku masih tergelak melihat gelagat Fairus.

       ''Pasai pa tu?'' aku menoleh ke arah ayahku. Aku tersengeh sambil mengeleng. Ayahku pun tak banyak soal,kembali membuat kerjanya yang terbengkalai tadi,mengulung rokok daun yang dibuat sendiri dengan pucuk nipah. Aku mengarahkan pula pandanganku ke hadapan. Laut nampak tenang tanpa riak gelombang yang menganas. Aku mengemudi bot macam biasa,sambil tu mata aku sempat menjeling Fairus,Syafik dan kawan-kawannya. Mereka dok bergelak sakan di penjuru bot. Entah apa yang lawak sangat pun aku tak taulah.

....................................................

               Kami sudah sampai di perairan Langkawi,aku meminta tolong Fairus dan Syafik menurunkan pukat ke laut. Fairus aku arahkan untuk membuang tali manakala Syafik pula menjatuhkan pelampung Aku terus memandu bot mengikut arah angin. Setelah hampir satu kilometer aku mengemudi bot dari jarak kami membuang pukat tadi aku pun menghidupkan robot untuk menarik pukat naik semula ke atas bot.Ayah aku pula sudah mengeluarkan bekal nasi yang di bawa dari rumah. Bau cabai tumis ikan tenggiri mak aku membuatkan perut aku terus meronta supaya diisi. Aku melangkah ke arah ayah bila kerja aku menarik pukat naik ke atas bot selesai. Aku mencapai botol air masak dan meneguknya rakus.Pukat yang berisi tangkapan aku biarkan Fairus,Syafik dan kawan-kawannya mengerjakannya. Aku lihat kawan-kawan mereka begitu teruja menarik ikan yang tersangkut di pukat dengan jumlah yang banyak.

            ''Pirus,Apit,.semua,mai makan!'' aku melaung Fairus dan kawan-kawannya. Perut aku dah berkeroncong,ayah pun dah nampak macam lapar benar. Ayah memasukkan nasi ke dalam pinggan plastik yang kami bawa. Kami sengaja bawa pinggan lebih setiap kali turun ke laut kerana kadang-kadang ada pelancong akan mengikut kami tanpa membuat temujanji.
       
           ''Mai makan semua! pak cik dah lapaq ni,perut oghang tua macam ni la,tak tahan sangat,kena lambung ombak,cepat lapaq.'' ayah aku berkata sambil tergelak. Fairus dan kawan-kawannya menoleh ke arah kami tapi seorang pun tak berganjak dari tempat mereka membuat kerja. Masing-masing saling memandang di antara satu sama lain.

           ''Pait! dapoq boleh guna dak? Kami bawa maggi. Kami masak maggi ja la,.'' sambil menyoal fairus menuding jari ke arah bungkusan yang disangkutkannya di tepi rumah bot. Aku mengangguk sambil mencapai pinggan lalu memasukkan nasi.

         ''Ikut hampalah! Tapi kalau lapaq,jangan malu-malu,kami bawa nasik banyak ni,rugi tau tak rasa masak cabai tenggiri mak aku ni,'' aku sengaja mempromote masak cabai tenggiri kegemaran aku. Bagi aku masakan mak aku memang terbaeekk!

          ''Takdak maknanya nak malu-malu,satgi kami lapaq kami makanlah. Ni Am ni nak makan maggi boh ikan fresh,.pisau ada dak?'' suara Shafik pula yang kedengaran,aku tengok salah seorang dari kawannya menolak lengan Syafik.Mungkin itulah kawannya yang bernama Amran. Aku tak sempat nak berkenalan lagi dengan kawan-kawan Syafik dan Fairus ni.

          ''Ada! Tu ha,.nak boh ikan apa? Pilih ja la mana yang hampa nak,.'' sambil makan aku berbual dengan Syafik. Fairus aku tengok dok fokus semacam saja dengan ikan di depan dia tu.

          ''Tak kisah ar ikan apa pun. Ikan tenggiri pun boleh!!'' aku dengar Syafik berkata sambil tergelak..

           ''Wah! Ong la hari ni. Hang langkah kanan pa tadi Pait?'' riuh rendah suara mereka. Aku hanya memerhatikan mereka sambil mulut terus mengunyah. Ayahku di sebelah sudah mula membasuh tangan. Dah kenyanglah tu.

         "Hah! Makan cepat sikit,nu matahari dah tinggi,dah lehoq kot. Ayah sembahyang dulu,satgi jangan tak sembahyang pulak!'' aku mengangguk mendengar pesanan ayah. Dalam laut ni pun kena sediakan kain bersih juga. Mati tak mengira tempat jadi sembahyang pun tetap wajib di mana saja kita berada. Kadang-kadang kalau bulan Ramadhan kami keluar ke laut sebelum subuh jadi kami tetap sembahyang subuh di atas bot di tengah lautan. Nak keluar ke laut kena ikut air pasang,bukan boleh keluar ikut suka ja. Sungai di kuala cetek,jadi kalau time air surut,bot mungkin akan tersangkut dan tak dapat bergerak.

          ''Apa yang meriah sangat tu!'' aku menyoal sambil membasuh tangan dan mengucapkan syukur kepada Allah kerana aku dapat makan tengahari ni walau sedang berada di tengah lautan. Syafik mengangkat seekor ikan tenggiri sederhana besar sambil menayangkan kepadaku.

         ''Besar punya! Kami ambik yang ni boleh dak Pait?'' dia melaung sambil meniru aksi satu iklan di tv. Aku mengangkat ibu jari yang membawa maksud boleh!

         ''Pisau ada dalam rumah bot,satgi hampa nak guna ambik sendiri dan masak sendiri. Aku nak sembahyang lehoq sat,kalau hampa nak join,jomlah,..ambik ayaq sembahyang dulu. Tu,dalam tong tu ada banyak ayaq!'' aku pelawa mereka sembahyang sekali walau pun aku tahu setiap kali Syafik dan Fairus ikut aku turun ke laut,aku tak pernah pun tengok mereka sembahyang,selalu sangat mereka bagi alasan seluar kotor dan sebagainya.

       ''Boleh sembahyang ka atas bot?'' aku dapat menangkap ayat salah seorang kawan mereka. Aku menoleh dan mengangguk.

        ''Boleh! Tak boleh sambil berdiri,boleh sembahyang sambil duduk. Kalau duduk pun tak boleh,guna kaedah baring!'' aku menerangkan cara-caranya. Aku pernah pergi ke hospital dan melihat seorang pesakit yang sembahyang sambil duduk bersila di tepi katilnya. Dia tak bergerak pun. Dia rukuk dan sujud dengan kepala saja. Islam ini mudah,cuma kita saja yang selalu menyukarkannya.

         ''Ooo,.'' hanya itu saja balasannya dan dia terus mengalihkan tumpuannya ke arah pukat semula. Aku tak mengendahkan mereka lagi. Aku berehat sebentar sementara menunggu ayahku mengambil wudhuk dan bersembahyang. Sambil berehat mata aku fokuskan di tengah lautan yang luas. Inilah kebesaran Allah. Melihat laut juga mendapat pahala. Itu yang aku dengar dalam satu ceramah di radio.

.....................................................

           Alhamdullillah! rezeki kami sangat lumayan hari ni. Bila ikan siap dibuang dari pukat,beberapa tong ikan sudah penuh,sarat dengan ikan pelbagai jenis. Kami mengunakan pukat tenggiri jadi ikan yang tersangkut di pukat tentulah kebanyakannya ikan tenggiri,tak terkecuali ikan tongkol dan ikan parang. Selepas sekali memukat Fairus meminta aku berhenti sekejap berhampiran dengan tempat tukun tiruan yang telah dibuang ke dalam laut,katanya kawan-kawannya nak merasa pula keseronokan memancing ikan. Aku menunaikan saja permintaan Fairus. Ayah aku yang keletihan kerana turut membantu kami mengeluarkan ikan tadi sudah merebahkan kepalanya di dalam rumah bot sementara menunggu masuk waktu asar.

          ''Kalau dapat ikan siakap pun best jugak ni. Balik satgi boleh suruh mak aku buat masak stim'' salah seorang kawan Fairus bersuara. Aku pun join mereka di penjuru bot selepas enjin bot dimatikan.

       ''Mak aku dah banyak hari dok merungut nak makan gulai yu,kalau dapat sekor pun jadilah untuk mak aku,'' Atan pula mencelah. Aku memasang telinga mendengar perbualan mereka. Kawan mereka yang seorang lagi sudah lembik kerana mabuk laut.

        ''Berangan la hampa! Hampa jangan bimbanglah,ikan tenggiri banyak,satgi kalau ikan tak makan umpan hampa,bodek ja Pait,kot-kot boleh bawak balik ikan tenggiri sorang sekor,'' sambil bercakap Fairus memandang aku dan tergelak. Aku turut tergelak dengan saranannya. Kalau mereka nak,ambil sajalah. Bagi aku,rezeki setiap orang tu Allah yang tentukan. Lagi pun mereka dah tolong aku,memang wajib,aku beri ikan untuk dibawa balik dan upah sekali untuk mereka berlima walau yang seorang lagi langsung tak membantu apa-apa. Kesian pulak aku tengok dia yang asyik muntah-muntah sejak bot bertolak tadi.

         ''Ambik ja la banyak mana pun,bertong dapat tu. Duit banyak pun,bukannya boleh bawa bahagia kalau amalan kita di dunia ni tak cukup. Sembahyang lima waktu pun terabai,'' aku sengaja mengeluarkan tazkirah spontan. Fairus sudah menjeling kepadaku. Aku hanya tersengeh tanpa rasa bersalah.

          ''Mula dah nak bagi ceramah free ustaz Faiz ni!'' aku tergelak dengan kata-kata Fairus. Yang lain hanya mendiamkan diri sambil menundukkan kepala dan pura-pura tekun melontarkan joran ke laut. Umpan mereka hanya anak ikan kembong.

          ''Satgi hang nak pi juai ikan di Langkawi ka? Berapa hari pulak kita nak balik ni? Aku bawak baju dua pasang ja'' aku menoleh ke arah Syafik. Nak memberi jawapan spontan,aku sendiri pun tak pasti. Aku belum bincang lagi pun dengan ayah aku mengenai hal ni. Selalunya ayah aku yang buat semua keputusan. Aku dah mengira di dalam hati,nanti duit jual ikan akan dibahagikan seorang satu bahagian kepada mereka. Untuk ayah aku paling banyak kerana ayah aku tuan punya bot. Duil hasil tangkapan akan ditolak duit minyak dan duit ais.

         ''Tak tau lagi,satgi aku tanya ayah aku. Lepas kita juai ikan,kita pi shoping,hang beli la baju lain. Satgi aku bagi duit kat hampa sebab dah tolong aku,'' semua wajah nampak ceria termasuk kawan mereka yang sedang mabuk. Aku hanya tersengeh kepada mereka.
................................................................

                 Kami selamat sampai di Kompleks Pendaratan Ikan LKIM Penarak, MK Kuah Langkawi. Banyak juga tangkapan yang kami dapat. Seperti yang dijanjikan setiap seorang yang datang mendapat habuan. Ayahku memberi kepada kami rm300.00 seorang. Ayah mengambil tiga bahagian untuknya rm900.00. Sembilan ratus ni belum ditolak duit ais dan minyak lagi. Selepas menyalin pakaian bersih kami menyewa bot untuk keluar bershoping. Cuma ayahku saja yang tak mahu mengikut dan hanya menunggu kami di pangkalan sambil berkumpul bersama beberapa orang rakan yang dikenalinya.

             Ikan hasil tangkapan memancing tadi kami tak jual. Semua sudah sepakat untuk dihantar ke kedai makan. Selain memancing,kami sempat juga mencandat sotong dan menurunkan pukat tiga lapis untuk menangkap udang. Rezeki kami memang amat murah semalam. Lima kilo sotong berjaya kami tangkap dan dua kilo udang putih gred A bakal jadi hidangan kami selepas ini. Yang kecil kami jual tadi bersama hasil tangkapan yang lain. Udang gred putih gred A sudah kami simpan untuk jamuan kami tengahari ini.

          Dari Kuah kami menyewa kereta untuk ke tempat membeli belah. Kami meronda sakan di Langkawi. Aku sempat membeli sedozen minyak gamat yang dipesan emakku. Tiga helai kain batik juga aku beli untuk dihadiahkan kepada emakku. Tadi,aku sempat meminta duit lebih dari ayah,jadi aku berborong sakan melebihi orang lain. Ayah sudah melarang aku membeli kain pelikat untuknya,cukuplah kalau aku hanya membeli untuk emak dan adik-adik. Aku menurut saja pesanan ayah. Untukku aku beli sehelai T-shirt dan untuk adik-adikku sudah pastinya aku membeli coklat yang pelbagai perisa.

          ''Hampa sughuh depa masak apa ikan siakap tadi? Aku teringin nak makan masak stim,.'' Amran menyoal Fairus dan Atan yang telah dikerahkan untuk membawa ikan,udang dan sotong ke restoran tadi. Aku turut menoleh ke arah mereka berdua dan menanti jawapan. Seorang lagi rakan mereka yang bernama Fazli turut sama menoleh. Sejak naik ke darat Fazli masih terus mendiamkan diri. Pening katanya tapi dia tetap nak ikut kami keluar bershoping.

          ''Siakap buat masak stim,udang dengan sotong kami sughuh depa masak tom yam. Ikan tenggiri kami sughuh buat masak merah. Ikan pari bakar,lepas tu kami order air asam specel,'' Fairus yang menjawab soalan Amran. Atan mengangguk mengiakan,Syafik dah angkat ibu jari tanda best,aku dah telan liur. Lapar!

          ''Beghapa kena? Sapa bayar?'' Fazli yang nampak masih lemah mula bersuara.

         ''Depa mintak duit upah masak ja rm30.00. Pak Lang Di yang bagi duit kat kami tadi,.hehe,'' Fairus berkata sambil memandang ke arahku dan tersengeh. Aku cuma angkat bahu. Kalau ayah dah murah hati nak belanja semua orang,aku sokong saja. Balik nanti pun kami akan memukat lagi,nak buat apa aku nak bimbang sangat. Ada rezeki dalam perjalanan balik nanti,adalah ikan akan tersangkut ke pukat lagi.

            ''Aku dah tanya ayah aku tadi,lusa baru kita balik Yan semula. Hampa okey dak? Kalau ada reja takpa la. Esok kita balik atau malam ni kita boleh bertolak balik,.'' aku memberitahu mereka apa yang ayah aku cakap kepadaku tadi. Kata ayah,dia letih dan nak berehat lama sikit di darat.

          ''Aku okey! Tapi kita nak tidoq mana dua malam di sini?'' Amran bersuara mewakili kawan-kawannya yang lain. Aku perhatikan wajah seorang demi seorang untuk mendapatkan jawapan. Semuanya mengangguk dan tak membantah.

          ''Kalau aku tidoq dalam bot ja la. Hampa nak sewa chalet terpulanglah,atau hampa nak ikut ayah aku pun boleh jugak. Ayah aku nak pi tidoq ghumah Pak Long aku,'' aku ada dua orang saudara di sini. Rumah Pak Long aku dan rumah anak dia yang dah berkahwin berhampiran pekan Kuah ini. Kalau aku datang ke sini,aku jarang tidur di rumah Pak Long. Dia ramai anak dara,aku malu nak menyinggah lama-lama. Kalau pergi pun hanya hantar ayah aku dan aku akan kembali ke bot. Aku lagi suka bersantai di tepi pantai menyaksikan gelagat para pengunjung.

          ''Pait! Safura ada dak? Lama dah aku tak tengok dia,.'' Syafik menyoal sambil jungkit-jungkit kening. Mula dah la tu nak mengatal dengan sepupu aku tu. Safura anak bongsu Pak Long aku. Dia antara sepupu aku yang paling comel. Dia masih belajar tahun pertama di USM. Pak Long aku cuma ada seorang anak lelaki. Abang Sobri,anak sulung Pak Long dah kahwin dan dah ada lima orang anak. Kak Shimah baru ada seorang anak tapi anak dia dah besar. Tak ada rezeki agaknya kerana antara kak Shimah dan abang Sobri,kak Shimah yang kahwin dulu. Tiga orang lagi anak Pak Long masih solo. Belum sampai seru agaknya tu!

          ''Ishh,.mana la aku tau! Hang ikut la ayah aku petang ni,pi risik sendiri kat pak long aku tu kalau hang berani,.'' aku berkata selamba kepada Syafik. Dia dah mencebik memandang aku. Yang lain dah mengelakkannya.

       ''Macamlah aku takut sangat dengan pak long hang tu. Tunggulah tiga tahun lagi aku pi minang teruih. Tak payah nak merisik. Buang masa ja,.'' Syafik bersuara angkuh. Kawan-kawannya sudah tergelak besar. Aku hanya mengelengkan kepala. Aku tahu Syafik punya rupa dan keluarganya ada harta untuk dibanggakan. Ayah Syafik ada berelung tanah bendang cuma Syafik ni ja kadang-kadang banyak sangat buang masa dengan kawan-kawannya.

          ''Hang reja elok dulu la,kalau nak pi minang sepupu aku tu. Tak dak reja kalu,nak bela Pora tu makan apa? Satgi kot,tak reja nak beli bedak pun tak mampu,Pora yang lawa tu dapat kat hang,teruih jadi hodoh,.'' aku sengaja mencabar Syafik sambil jungkit-jungkit kening balik kepadanya. Dia beliakkan matanya padaku. Aku terus tergelak.

        ''Bukan ka aku dah reja dengan hang! aku dok bawa pelancong pi mengail tu,hang ingat tak boleh duit ka?'' Syafik soal aku balik dengan wajah yang menyinga. Dah rasa tercabar dengan ayat-ayat aku la tu.

       ''Aku tau la hang banyak duit,boleh pi minang Pora tu bila-bila masa ja tapi kalau duit banyak tapi sembahyang lima waktu tak cukup,aku sughuh ja pak long aku reject hang,'' aku cari taktik lain untuk berbahas dengan Syafik. Dia terus terdiam termasuk yang lain. Aku pernah dengar satu cerita dalam ceramah agama mengenai orang yang masuk meminang ni. Ada setengah bapa yang memilih menantu lelaki dengan hartanya tapi seorang bapa yang betul-betul bertanggungjawab takkan tanya harta bakal menantunya tapi dia akan tanya solat lima waktu bakal menantunya. Al Qurannya sudah khatam atau belum. Lancar atau tidak membaca Al-Quran kerana rezeki tu akan ada pada setiap benda yang hidup. Kaya atau miskin takkan menjamin kebahagiaan kalau tiada iman di dada.

        ''Kalau bab tu aku serenda,.tapi,nanti aku sembahyang la. Alaa,.relax ar. Aku muda lagi pa!'' sekali lagi dia bersuara angkuh. Sebelum menjawab,aku tuding jari menunjukkan bangku batu yang ada di tepi pantai. Aku melangkah ke arah bangku tersebut. Nak berceramah pun kena cari tempat duduk dulu.

         ''Hang penah dengar dak,ada perempuan yang gugur dan ada bayi yang mati dalam perut? Nyawa kita ni milik Allah. Kalau asyik nanti dan nanti,tau-tau dah sampai ajai. Boleh dak hang bayangkan masuk dalam kubur tanpa amalan? Kita bukannya nak tau bila ajai kita nak sampai,'' sambil melangkah,aku berceloteh,mata pula aku fokus ke tengah lautan sambil mencari ilham untuk membidas kata-kata Syafik andai dia menjawab kata-kataku.

      ''Orang yang sembahyang tungging terbalik pun belum tentu lagi masuk syurga! hari tu aku dengar mak cik-mak cik yang balik dari surau dok mengumpat orang. Tu balik dari dengar ceramah dan sembahyang berjemaah,.'' aku menghela nafas. Ada saja dia nak jawab. Aku kerah otak untuk bekerja. Aku ni pun bukan pandai mana pun. Apa yang aku tau sembahyang tu tiang agama. Tanpa tiang macam mana nak bina rumah?

      ''Aku tau! Aku pun tak pandai sangat bab agama ni nak bagi ceramah kat hampa tapi sekurang-kurangnya kita sembahyang untuk diri sendiri dari terseksa di dalam kubur dan untuk kesenangan kita di akhirat nanti. Buat apa kita nak pedulikan orang lain? Biar depa dengan cara depa. Aku tegur ni sebab hampa kawan aku. Terpulang kat hampa,nak ikut atau dak tapi hampa kena tau jadi orang laki ni tanggungjawab kita berat. Kalau kita sembahyang tak tinggai pun,esok lusa kita kawen,isteri dan anak-anak kita tak sembahyang dan tak tutup aurat kita yang nak kena tanggung semua tu. Apatah lagi kalau kita sendiri pun tak sembahyang lagi berat kita nak kena tanggung di akhirat nanti,.'' aku meluahkan apa yang aku tahu. Terbayang dalam minda kata-kata ustaz dalam ceramah yang aku dengar. Sebagai seorang ayah,sebagai seorang abang yang punya adik perempuan,orang lelaki ni berat tanggungjawab mereka. Mampukah aku jadi seorang abang yang bertanggunjawab sepenuhnya? Mampukah aku menjadi pembimbing terhadap isteri dan anak-anakku kelak? Aku menghela nafas lagi bila memikirkan perkara ini. Berat juga tanggungjawab orang lelaki ni.

          ''Dahlah ustaz! Kami mai ikut hang ni,bukan nak dengar ceramah free hang. Kalau hang nak bagi ceramah free,.tu,kalau berani pi bagi ceramah kat orang perempuan yang dok mandi laut tu. Aku dah rasa semacam bila tengok baju depa yang dok melekat kat badan tu,'' Syafik berkata sambil tergelak. Semacam saja aku dengar ayat dia. Kami semua memandang ke arah yang Syafik tunjukkan. Memang ada sekumpulan wanita yang sedang mandi laut. Bukan mereka saja,ada lagi keluarga lain yang sedang mandi manda. Ada juga yang mandi sambil memakai tudung tapi memakai seluar dan baju yang sendat. Aku dah tak mampu nak bersuara bila melihat situasi di depan mata. Siapa aku untuk menegur semua orang. Tak pasal-pasal aku pula yang akan disumpah seranah nanti.

          ''Aku serenda! Moga Allah beri hidayah kat hampa semua!'' aku berkata selamba. Macam malas dah nak menegur orang dengan apa yang kita tau. Tak kena gaya nanti kawan baik pun bakal jadi musuh. Biar Allah yang menentukan segalanya.

..................................................

            ''Orang dulu-dulu bila balik dari laut,ikan depa hawing ja dekat sapa-sapa yang depa jumpa di tepi sungai. Orang dulu tak kedekut. Hasil tangkapan laut,depa sedekah kat ramai orang,sebab tu rezeki selalu murah,.'' kami dalam perjalanan balik ke Yan. Ayah aku mula bercerita kisah orang dulu-dulu turun ke laut. Aku dah banyak kali dengar cerita ni. Kadang-kadang ayah aku bercerita kat pelancong yang menyewa bot kami untuk pergi memancing.

           ''Pak Lang pi pukat bawai dulu. Kami guna cara tradisional. Daun nipah kami ikat dipelampung berderet turun ke bawah. Dibawah sekali kami ikat batu sauh bagi berat. Bila ikan bawai mula berkumpul baru kami tauk pukat. Dulu ikan bawai hitam atau bawai putih ni,taklah mahai sangat macam la. Orang dulu ada motor sebiji pun dah kira kaya sangat dah,'' ayah aku terus bercerita sambil tergelak. Sesekali kawan-kawan Syafik dan Fairus akan menyoal ayah. Syafik dan Fairus dah banyak kali turun ke laut bersaama kami jadi mereka dah hafal dengan cerita ayahku.

        ''Penah dengar ada orang guna pukat yang boleh tarik macam-macam ikan,udang dan ketam. Yang tu guna pukat pa pak cik?'' Amran menyoal ayahku. Aku dapat agak,mesti pukat tarik sebab boleh memerangkap semua jenis ikan. Ketika masih bersekolah dulu,aku pernah ikut ayah aku mengunakan pukat tarik. Masa tu ayah masih gunakan bot kecil. Kami cuma memukat di area yang berdekatan dengan pulau daerah Yan ni saja seperti Pulau Song-song,Pulau Bunting,Pulau Telur atau Pulau Bidan.

           ''Ooo,.yang tu pukat tarik tapi la ni pukat tarik kena ada lesen. Kerajaan dah haramkan pukat ni takut ikan akan pupus sebab kita tarik semua dengan anak-anak ikan, La ni nak buat apa pun kena ada lesen. Dulu senang! '' ayah aku diam seketika. Mungkin mindanya sedang mengimbas kenangan lama.

          ''Tapi la ni pak cik,kerajaan banyak membantu rakyat. Kerajaan dah bagi pukat kat nelayan,bagi duit bulanan lagi,bagi bot fiber lagi. Semua tu demi rakyat. Duit BRIM pun dah dinaikkan. Nelayan la pun bukan miskin macam dulu,'' wakil rakyat bebas Encik Fairus bin Ghani sudah mula bersuara. Aku hanya tersengeh mendengar ayat Fairus. Bab politik aku memang malas nak masuk campur. Bagi aku yang penting aku bahagia,itu sudah lebih dari mencukupi. Siapa perintah pun aku tak kisah. Buatlah apa yang patut. Masing-masing Allah dah bagi tanggungjawab di dunia ni,buatlah seperti yang diarahkan. Nak amanah ke tak,ikut sukalah!

        ''Betoi tu! Pak Lang pun sokong,apa yang kerajaan buat tu! Alhamdullillah,.Allah dah buka mata kerajaan untuk tengok keperitan rakyat yang hidup tersepit ni. Kalau nak dibandingkan nelayan dulu dan la,memang nelayan la banyak dibantu oleh kerajaan,lebih-lebih lagi bila nak PRU. Mencurah bantuan yang masuk. Alhamdullillah! Harap kerajaan tak salah hulurkan bantuanlah,sebab pak cik dengar ada jugak jerung yang dah kaya raya depa bantu,yang wajib dibantu ni pula terabai,.'' aku melopong dengar ayah aku berkata begitu,selalunya ayah aku lebih bersikap mendiamkan diri bila membabitkan kerajaan. Dia jarang bersuara mengutuk kerajaan dan sesiapa pun. Bagi aku pula,untuk apa bersuara dan menegangkan suasana yang dah sedia aman. Semuanya membuang masa saja. Aku percaya Allah mengetahui segalanya. Biarlah Allah yang memberi balasan kerana Allah Maha Adil.

        ''Pukat ikan temenung tu macam mana pulak pak cik?'' Atan yang hanya mendengar sejak tadi pula mula mencelah. Fazli jangan ditanya,macam mana ketika datang,macam tu juga ketika balik. Dia dah terlentok tidur dalam rumah bot sebab dah makan ubat tahan muntah.

       ''Pukat tangsi selalunya depa pi dengan perahu. La ni depa dok pi dengan bot fiber dah,senang banyak nelayan la ni,.'' ayah aku bercerita sambil mengulung rokok daunnya.

     ''Paling banyak berapa banyak ikan depa dapat? Selain ikan temenung,ada dak ikan lain?'' macam reporter pulak budak-budak berdua ni dok interview ayah aku. Aku hanya tersengeh mendengarnya.

      ''Tengok jugak la. Kalau hari jenuh tu bot kecik pun boleh dapat 200 kg sekali naik. Kalau bot besar penah dapat 1tan, tapi ikan temenung ni kalau jenuh,harga turun menjunam,'' aku mengakui kata-kata ayahku. Nelayan ni walau teruk meredah gelombang tapi yang cepat kaya adalah tokey pelantar ikan dan peraih ikan. Mereka yang akan menentukan harga. Kalau tokey ambil ikan kat nelayan dengan harga seringit dia mungkin akan jual kepada peraih dengan harga rm2 atau rm3. Nelayan tiada hak untuk menentukan harga. Peraih pula akan menjual dengan harga yang lebih mahal.

        ''Bot orang dulu guna enjin jugak ka pak cik?'' aku tersengeh lagi. Macam berminat sangat mereka ni. Mereka ni siapa agaknya?

        ''Ikut zaman la,.dulu guna layar. Kalau tahun pak lang kami dah guna kemudi. Stereng ni untuk bot besar ja. Kalau perahu pulak zaman pak lang kami guna enjin ekor. La ni orang dah guna enjin sangkut,.'' Atan dan Amran menganggukkan kepala tanda faham. Syafik dan Fairus yang tak join kedua orang ni menemuduga ayah aku mula memasak untuk makan malam ni. Kami dah memukat tadi dan hasil tangkapan kami hari ni lebih lumayan dari kami datang. Bertong ikan sudah kami perolehi hari ni. Paling banyak ikan tenggiri. Kami juga bernasib baik kerana dapat menaikkan dua ekor ikan layaran yang mungkin mencecah 20kg seekor. Atan,Amran dan Fazli terus mengeluarkan telefon bimbit masing-masing dan bergambar dengan ikan layaran tersebut. Teruja betul mereka melihat ikan layaran itu walau aku memberitahu mereka ikan layaran ni paling murah di antara banyak-banyak ikan yang kami dapat. Harganya hanya rm1.00 sekilo. Kadang-kadang ikan kembong lagi mahal harganya.

       ''Berapa tahun dah pak cik jadi nelayan ni?'' aku dah mula tergelak berdekah-dekah. Sebijik reporter! Itu yang aku fikir di dalam hati. Semua mata memandang ke arahku bila aku tergelak.

      ''Hang awat Pait? Takkan kena sampuk hantu laut kot?'' Fairus menyoal aku. Syafik yang sedang menumis rempah untuk dimasak gulai keling (gulai tanpa santan) juga sedang memandang cemas ke arahku.

      ''Kawan-kawan hampa reporter ka? Semacam ja soalan depa,macam nak tulih berita dalam surat habaq ja,.'' dalam sengehan aku bertanya,barulah mereka yang lain turut tersengeh sama.

     ''Dak aih,.aku nak tulih dalam blog,sebab tu aku tanya macam-macam. Ni pengalaman pertama aku turun ke laut. Kecik-kecik dulu penah juga ikut ayah aku mai mengail tapi lama sangat dah,.'' Amran menjawab kemuskilan aku. Oh! bloggers rupanya. Nanti bolehlah aku skodeng blog dia tu. Agaknya cerita apa yang dia akan tulis. Apa tajuknya? Mungkinkah bertajuk ' Tiga hari tiga malam' atau sebagainya?

        ''Apa alamat web blog hang?'' aku berminat nak tahu. Kalau tadi dia yang asyik menyoal,kini giliran dia pula disoal.

       ''Hang search apa-apa saja di google. Hang tengok alamat web amran blogsport,com. Hang klik yang tu ja la. Hang ada blog jugak ka?'' Amran memberitahu sambil menyoal aku kembali. Aku mengelengkan kepala. Aku nak buka blog nak kongsi apa. Lainlah kalau aku ni seorang penulis.

     ''Facebook ada la. Aku tak minat sangat dengan laman sosial ni. Facebook ni pun sebab nak cari kawan-kawan sekolah ja,.'' aku berlaku jujur. Dalam hati terdetik ''aku nak cari hang Aina Suhaini. Di mana hang la ni? Aku rindu kat hang!''

        ''Woii! Ustaz Faiz tu! Mana minat nak bersosial. Lainlah dengan kita ni. Betoi dak pak lang?'' Syafik dah menyindir aku di depan ayah aku. Ayah aku pula terus meraup mukanya seakan mengaminkan sesuatu.

       ''Amin,.kalau jadi ustaz betoi. Dahlah,satgi kita sambung lain. Pak lang nak sembahyang Isyak dulu. Perut pun dah lapaq dah bau hampa tumih gulai,.'' aku tergelak dengan ayat ayah aku. Syafik dah terkebil-kebil tapi selepas itu dia turut tersengeh.Amekaw Syafik! Hal macam tu pun nak dibuat main. Kalau betul doa hang tu makbul maknanya lepas ni aku kena belajar lagi la untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Ilmu aku cetek lagi dalam bab agama ni. Hmm,.

................................................................

         Hari ini hari isnin. Sejak pagi aku layan radio Kedahfm. Selepas seorang dj ke dj yang lain berkonti aku tetap setia,cuma aku tutup sekejap time aku sembahyang dan aku keluar rumah. Kadang-kadang aku keluar rumah dan bertapa di dalam bot pun aku masih mendengar radio yang aku beli dan tinggalkan di dalam bot. Ada kalanya aku dengar radio di telefon bimbitku.

        Pukul 10.00 malam, aku rancang nak telefon Kedahfm untuk membacakan sebuah puisi yang aku dah karang khas untuk Dj Kamelia. Dj malam ni adalah Dj Sya yang akan masuk untuk rancangan Bingkisan Syahdu.Entahlah! kenapa aku begitu meminati Dj Kamelia. Mungkinkah kerana suaranya seakan suara Aina Suhaini yang menyebabkan jiwaku memberontak dan menganggap Dj Kamelia sebagai Aina Suhaini? Gadis pertama yang berjaya mengetuk pintu hatiku.

Gadisku Kamelia!
Suaramu selalu menembusi ruang udara,
Merdunya dipendengaranku,
Walau wajahmu tak pernah ku pandang,
Cuba ku bayangkan dalam mindaku,
Senyummu yang semanis madu,
Lengok gayamu yang ayu jelita,
Paras wajahmu yang menawan jiwa

Gadisku Kamelia!
Ingin sekali ku bertentang mata,
Melihat sendiri wajahmu yang jelita,
Mungkinkah secantik yang aku duga?
Atau mungkin khayalanku saja?

Gadisku Kamelia!
 Sering ku tunggu kau ke udara,
Di sisi radio aku bertapa,
Menanti suaramu yang sentiasa ceria,
Mendengar suaramu mendebarkan dada,

Gadisku Kamelia!
Ingin sekali ku bersua,
Nantikan aku di sana,
Bila detiknya tiba,
Kita pasti berjumpa!

                     Aku baca kembali apa yang aku karang. Aku tak pandai sangat untuk berpuisi. Aku hanya menulis mengikut gerak hati dan naluriku. Aku menulis apa yang aku rasa. Bila aku menulis,aku membayangkan wajah Aina Suhaini sambil mendengar lagu Kamelia nyanyian kumpulan sweet Charity. Dulu aku pernah beronair di radio Kedahfm sekadar untuk membuat ucapan tapi dah lama aku menyepikan diri. Aku join pulak melalui facebook. Aku sering like status atau gambar-gambar yang dimuat naik oleh page Kedahfm dan facebook dj-djnya.Baru-baru ni aku telah menghantar biodataku ke dalam inbox Dj Rizal untuk menyertai rancangan Facebook Pilihan. Mudahan aku akan terpilih nanti. Ermm,.agaknya kalau aku terpilih,apa cerita yang akan aku kongsi nanti? Banyak juga soalan yang Dj Rizal tanya kepada mereka yang sudah terpilih. Aku dengar setiap minggu kecuali kalau aku terlupa atau aku pergi dengar ceramah di mana-mana.

           ''Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat malam saudara,salam penuh syahdu,salam kasih sayang bersama saya Sya yang akan bersama anda selama sejam ini. Sya kembali lagi untuk mendengar luahan hati anda. Apa yang dikongsikan diharap dapat menjadi renungan dan juga terapi bersama.
Kalau ada di antara anda yang nak kongsikan cerita bersama saya malam ini dan juga pendengar-pendengar setia Radio Malaysia Kedahfm,saya alu-alukan melalui talian 7713037. Mungkin ada cerita yang anda nak jadikan sebagai terapi. Terapi untuk diri anda dan terapi untuk rakan-rakan kita,memangnya saya alu-alukan ya. Banyak cerita ni sebab perjalanan hidup kita ni pastinya banyak ya,seperti yang Sya katakan minggu lepas.

          Ada perjalanannya bengkang bengkok,ada perjalanannya lurus. Jadi cantik untuk kita kongsikan bersama. Kita kongsikan pengalaman kita,cerita kita,kisah kita,untuk renungan ya. Terapi jugalah ya malam ni, yang mana kita bawakan untuk Bingkisan Syahdu.''

           Suara Dj Sya sudah berkumandang di radio menandakan rancangan Bingkisan Syahdu sudah bermula. Aku mula berdebar-debar sambil mula mendail. Kali pertama aku dail talian tak bersambut kerana Dj Sya masih sibuk berceloteh dan membaca mutiara kata dan kata-kata bijak pandai. Aku sabar menanti dan akhirnya panggilan pun putus. Selepas itu Dj Sya memasang pula lagu-lagu syahdu,sesuailah dengan nama rancangan ini, Bingkisan Syahdu.
         Dj Sya hanya memasang lagu-lagu syahdu berturut-turut. Aku tengok jam,dah melebihi 15 minit berlalu,masih belum ada coretan yang dibaca. Aku berhenti mendail untuk seketika. Mungkin Dj Sya nak pendengar-pendengar melayan lagu terlebih dahulu. Aku sabar menanti. Selepas tiga buah lagu dimainkan Dj Sya mula membaca sebuah puisi kiriman pendengar. Aku menghayati setiap bait kata-katanya. Hatiku turut tersentuh mendengarnya. Luahan perasaannya seakan sama dengan perasaan cintaku yang tak kesampaian terhadap Aina Suhaini.

''Kenangan Semalam...

Tika sendirian..
Kenangan bersamamu terus mengetuk pintu hati..
Terbayang renungan matamu..
Bergetar rasa dada..
Terus menyentuh jiwa..
Bibir ingin bersuara..
Namun lidah kelu dan membeku...

Sayang..
Indahnya perasaan itu..
Bagai berada di taman bunga,..
Yang di hiasi aneka warna...
Aku di belai seribu rasa,
Rasa cinta yang masih terasa..

Tika itu..
Kau dan aku saling berkasih..
Bahagia berdua memendam rasa..
Kerana di hati hadirnya cinta,.
Siang dan malam merindu saja,.
Terbayang wajah di mana-mana..

Namun kini tiada lagi...
Kau telah pergi dari sisi,
Membawa haluan sendiri,..
Mencari bahagia yang dicipta..
Hanya Kenangan Semalam jadi sejarah..
Biar terus abadi di hati ini..
Takkan mungkin dapat di lupa..
Kerana kau pernah ku cinta..

<Kau tetap dihati><cinta dalam diam><dan masih begitu> '
Bingkisan syahdu hasil kiriman seorang pendengar radio Kedahfm yang dikirimkan melalui facebook. Kiriman dari Pencinta Yang Setia. Ini nama samaran saja ya. Terpulang kepada anda sama ada nak memberi nama sebenar atau nama samaran ya. Kalau ada sesiapa yang masih ingin mendengar bingkisan anda dibacakan sila hantar ke inbox facebook Sya Kedahfm atau ke email bingkisansyahdu@gmail.com. Kepada pendengar yang nak sampaikan sendiri bingkisan anda hubungi saya sekarang,7713037,.untuk pendengar di luar kawasan yang tidak mendapat frekuensi radio Kedahfm anda boleh mendengar melalui radio online ya,. http://www.liveonlineradio.net/malaysia/kedah-fm.htm '' aku bingkas mencapai telefon kembali. Aku mendail dengan pantas tapi Dj Sya memasang lagu selepas dia bercakap tadi. Nasib aku baik bila panggilan aku kali ni bersambut.

       Dj Sya: Assalamualaikum. Selamat malam.

       Faiz: Waalaikummusalam. Selamat malam Dj Sya.

       Dj Sya: Ya saudara! Kita dalam bingkisan syahdu la ni. Ada bingkisan yang nak dibacakan ka?

      Faiz: Ya Dj Sya!

     Dj Sya: Nama sapa ni?

     Faiz: Mohammad Faiz!

     Dj Sya: Okey Faiz,tunggu selesai lagu ni dimainkan ya!

   Faiz: Ok!

           Sementara menunggu ke udara,jantung aku dah berdetup laju.  Ya Allah! Tenangkanlah jiwa aku ni. Kalau dok ketaq lutut macam ni,macam mana aku nak menghayati puisi ni dan membacanya dengan penuh perasaan. Sempat aku berdoa di dalam hati.

       ''Okey! Kita ada seseorang yang sedang menunggu ditalian untuk menyampaikan bingkisan syahdunya. Hello Faiz!'' suara Dj Sya kedengaran lagi di hujung talian. Aku tarik nafas sebelum bersuara.

        ''Hello Dj Sya!'' aku cuba menjawab dengan tenang.

          ''Faiz nak sampaikan bingkisan untuk seseorang atau meluahkan perasaan untuk seseorang?'' tiba-tiba Dj Sya menyoal begitu. Macam tau-tau saja Dj Sya ni. Aku berbisik di dalam hati.

         ''Ya Dj Sya! Untuk seseorang yang sedang bekerja di radio Kedahfm,'' dengan selamba aku menjawab.

        ''Wow! Sapakah gerangannya itu? Kita persilakan Faiz untuk menyampaikan bingkisannya'' aku dengar suara Dj Sya ketawa ceria. Aku turut tersenyum dalam diamku,lalu aku pun mula membacakan luahan hatiku itu hingga sampai ke rangkap terakhir,aku tersilap menyebut gadisku Aina Suhaini.

   ''Gadisku Aina Suhaini!
    Ingin sekali ku bersua,
    Nantikan aku di sana,
    Bila detiknya tiba,
   Kita pasti berjumpa!''

    ''Dj Sya!'' aku memanggil Dj Sya selepas selesai membaca rangkap yang terakhir.

      Dj Sya: Faiz!

      Faiz: Ya saya!

     Dj Sya: Kenapa nama berubah pada rangkap terakhir tu?

   Faiz: Sori Dj Sya! Tersilap!!

    Dj Sya: Bingkisan ni untuk orang yang samakan?

    Faiz: Untuk Dj Kamelia tapi ketika saya membacanya saya bayangkan wajah seorang rakan sekolah yang dah lama tak jumpa.

           Aku berterus terang sambil tergelak kecil. Dj Sya turut tergelak mendengar peneranganku. Kemudian,selepas saling memberi salam dan menjawab salam panggilan pun diputuskan. Puas rasa hatiku dapat meluahkan perasaanku melalui puisi ni. Bukan senang tau,nak mendengar Ustaz Faiz yang tak bertauliah ni berpuisi. Ingat ustaz ni semua serius ka? Aku ni ustaz jiwang tau! Aku mula perahsantan seorang diri sambil tersengeh.
       ''Aina Suhaini,.kalaulah kau turut mendengar bingkisan hatiku tadi!'' aku berdialog sendiri.

..................................................

            Pagi selasa,..
           Aku tak turun ke laut hari ini. Ayah aku tak sihat. Fairus dengan Shafik pula masing-masing ada hal. Aku keluar ke pelantar ikan dan join budak-budak remaja bermain carom. Selepas jemu aku naik ke atas bot dan mula membuka radio. Dj Mak Ngah Shatirah sedang berkonti. Ceria betul suara Mak Ngah pagi ni.

         ''Untuk soalan kuiz pagi,ada yang nak jawab. Sila dail 7713037 atau 7717608,.'' aku terus mengeluarkan telefon bimbit dan mula mendail. Manalah tahukan untung sabut timbul.

Tut! Tut! Tut!,.panggilan bersambung. Yes! Nampaknya aku bernasib baik. Sekali dail saja dah dapat,kalau selalu tu asal dail saja mesti toooooooooooooottttttttttt tu panjang sangat.

       ''Hello,.assalamualaikum!'' panggilanku berangkat. Aku sudah tersengeh seorang diri. Aku perlahankan suara radio dan bangun agar suara radio tak kedengaran. Aku duduk di hujung bot.

      ''Waalaikumusalam!'' aku jawab tenang.

        ''Sapa ni? Nak jawab soalan kuiz ka?'' suara Mak Ngah masih ceria menyoal seperti tadi.

        ''Ya Mak Ngah! Mohammad Faiz di sini,'' aku turut bersuara ceria.

       ''Buat panggilan dari mana ni Mohammad Faiz?'' soalan seterusnya menyusul.

       ''Kuala Sungai Yan Mak Ngah!''

       ''Mak Ngah pangge Faiz dah la naa? Ni Faiz pada 13 dan 14 Jun 2014 yang akan mai ni,Kedahfm akan mengadakan apa di perkarangan  RTM?'' aku mula berfikir. Kalau tak salah aku Dj Rizal pernah kongsi gambar sempena hari terbuka RTM tu.

      ''Sambutan Ulangtahun RTM yang ke-68 Mak Ngah!'' aku jawab dengan penuh yakin.

      ''Betoi tu betoi dah tapi Mak Ngah nak jawapan yang lain,Faiz cuba sekali lagi, Mak Ngah nak bagi jugak hadiah ni kat Faiz ni,.'' aku dah mula mengelabah dan,.tinggg!

        ''Rio to Malaysia @ Riuh di Kedahfm!'' aku menjawab pantas sebaik jawapannya sudah ku perolehi.

       ''Haa,.tu baru betoi! Faiz jangan letak telefon lagi naa,Mak Ngah nak ambik butiran peribadi,''

       ''Ok!'' aku sabar menunggu. Mak Ngah memasang lagu dan mula menyoal aku kembali,offair. Mak Ngah meminta nama penuh,nombor i.c dan nombor telefon.

      ''Ni 13 dan 14 ni nak mai dak?''

       ''Insya-Allah Mak Ngah!''

        ''Kena mai la na,.ni satgi kalau tak mai hadiah ni Mak Ngah bawa balik,.'' aku dengar mak ngah tergelak di hujung talian.

         ''Ok Mak Ngah,.err anak Mak Ngah yang bongsu tu mai dak?'' aku sengaja bertanya soalan nakal sambil tergelak.

       ''Aii,.apa kena mengena dengan anak bongsu Mak Ngah pulak ni? Nak mai ambik hadiah ka,nak mai ambik anak Mak Ngah?'' aku tergelak lagi. Nasib baik Mak Ngah tak marah.

      ''Mak Ngah nak bagi ka? Boleh jugak Mak Ngah,Faiz nak jadi menantu Mak Ngah boleh??'' aku berkata sambil terus tergelak.

      ''Nak jadi menantu Mak Ngah kena ada syaratnya!'' wah!,.Mak Ngah layan aku la. Hati aku dah kembang semacam ja. Mod  Mak Ngah baik la hari ni. Alhamdulillah! Amin

     ''Tak kisah Mak Ngah,nak jadi menantu Mak Ngah punya pasai,1001 satu syarat pun sanggup!'' kali ni Mak Ngah pula yang tergelak.

     ''Amboih! Semangat!!,.syaratnya sedulang hati kuman,setempayan ayaq mata,seratus ketul jongkong emas tulen!'' aku dah tepuk dahi.

     ''Adoi Mak Ngah! Kansel la,.'' aku tergelak. Mak Ngah turut tergelak. Amekaw Faiz! Nak melawak dengan dj Kedahfm yang pintar-pintar ni.

     ''Ok Faiz! Nanti mai Kedahfm bagi i.c Faiz kat urus setia yang bertugas atau jumpa Mak Ngah sendiri naa,.'' Mak Ngah sudah memutuskan untuk menghentikan perbualan. Aku akur Mak Ngah sedang bertugas. Mak Ngah dah layan lawak bodoh aku ni pun dah besar rahmat dah. Nasib baik Mak Ngah sporting.
     
     ''Ok Mak Ngah. Terima kasih. Assalamualaikum!'' selepas Mak Ngah menjawab salam, aku terus menekan punat merah di telefon bimbitku. Agaknya apa hadiahnya ya? Tak sabar aku nak menjengok Kedahfm,mudahan boleh jumpa Dj Kamelia. Yess! Hati aku kembali berbunga ceria.  

.......................................................

Gugusan hari-hari
Indah bersamamu Kamelia
Bangkitkan kembali
Rinduku,.mengajakku ke sana

Inginku berlari
Mengejar seribu bayangmu
Kamelia

            Lagu Kamelia dendangan kumpulan Sweet Charity aku nyanyikan sepenuh perasaan sambil melangkah menuju ke dapur. Dah pukul 9.30 malam,sebelum mula bertenggek di tepi radio aku nak layan perut terlebih dahulu. Malam ni rumah aku riuh rendah dengan suara adik-adik aku. Adik aku yang nombor dua Faridah juga ada di rumah malam ini. Dia sudah berhenti kerja di Penang dan akan memohon kerja baru. Katanya dia ingin mengambil kursus masakan membuat kek dan pastri. Mak aku menyokong 100 % keputusannya itu. Kata mak aku, lebih baik kerja masak memasak dari kerja kilang. Kerja kilang buat mak dan ayah aku risau sebab kilang di Malaysia ni sekarang lebih banyak warga asing dari warga tempatan.

           ''Mak! Nasik ada dak? Pait lapaq la!'' aku tanya mak aku yang sedang menganyam ketupat untuk kenduri di rumah mak cik aku esok. Kenduri arwah 44 hari pak cik aku,mak aku tawarkan diri untuk buat ketupat. Sebab ni la aku respect sangat kat mak aku,dalam dok kalut dengan anak kecil,masih ada hati nak membantu orang lain.

        ''Hai! Sejak bila pulak rumah kita tak dak nasik?'' aku sengeh. Salah tanya soalan daa.

        ''Tadi orang makan ramai-ramai,beridang,tak gatai nak makan!'' mak aku menyambung kata. Aku buat selamba sambil capai pinggan dan menuju ke arah periuk nasi lektrik di atas almari. Aku buka periuk nasi dan ceduk nasi sepinggan penuh. Ada kalanya aku suka makan berhidang ramai-ramai tapi selalunya aku suka makan kuah taruh atas. Layan diri orang cakap. Tak serabut perut! Kalau makan dengan adik-adik aku,tak kena gaya boleh tercekik. Macam-macam kerenah mereka.

          ''Satgi jangan gatai nak pi mana! Semalam mak dengar ada polis masuk kampung tangkap budak-budak yang dok main daun terup sambil minum ayaq daun ketum. Hang jangan gatai nak join pulak!'' aku baru nak ceduk masak lemak cili padi ikan sembilang ke dalam pinggan,mak aku bersuara lagi. Aku pun dengar jugak pasal hal tu. Aku tak pernah join budak-budak tu. Aku selalu join mereka main carom atau dam haji ja di pelantar ikan. Memang ada dua buah rumah di kampung ni yang selalu buat aktiviti tak sihat ni. Ada sorang ni dah berapa kali masuk keluar pusat serenti tapi tak pernah nak serik. Di kampung sebelah pula ada orang dok jual air daun ketum. Kenapa manusia ni suka sangat ambil benda terlarang? Dah tau benda tu memabukkan dan merosakkan diri,suka pulak cari penyakit. Aku geleng kepala tanpa sedar.

        ''Pait nak keluar dok atas bot sat. Pukui 11.00 satgi Pait balik!'' aku memang cadang nak keluar dan dengar radio atas bot. Malam ni ada segmen facebook pilihan. Dalam rumah ni kalau dengar radio malam-malam sakit hati. Adik-adik aku punya dok hingaq boleh pekak telinga.

        ''Cuba dengaq cakap mak sama! Kot satgi polis serbu lain,sekali dengan hang depa angkut,.'' mak aku bersuara risau.

       ''Alah! Polis tu bukan bodoh mak,nak angkut orang tanpa sebab. Pait nak pi dengaq radio ja pun. Habis rancangan facebook pilihan satgi Pait balik ar. Pait dah hantar penyertaan kat Dj Rizal,mana tau malam ni giliran Pait terpilih,boleh dapat hadiah eklusif!'' aku berkata sambil tergelak dan menarik kerusi untuk duduk dan makan.

       ''Beranganlah hang abang Pait oii!'' adik aku Faridah yang menolong mak aku,yang hanya mendengar sejak tadi mencelah.

       ''Eh! aku dah dapat pa,hadiah soalan kuiz. Hari sabtu ni aku dah ajak Syafik dengan Pirus pi ambik di Kedahfm. Jangan jeles haa,.'' sambil makan aku berlawan kata dengan Faridah. Dia mencebik kepadaku. Aku tak pedulikan cebikannya,aku terus menyuap perlahan-lahan. Rasa lega perut selepas suapan demi suapan memasukinya. Rasa keenakan isi sembilang dan kangkung goreng belacan begitu membuka seleraku.

          ''Elehh,.macam aku nak percaya! Bila hang jawab soalan kuiz? Aku tak dengaq pun!'' Faridah masih nak memperlekehkan aku.

           ''Pagi tadi,aku onair masa Mak Ngah Syatirah masuk konti!'' sekali lagi dia mencebik kepadaku. Tak percaya la tu!

            Aku terus makan nasi sambil bertekak dengan Faridah. Apa saja kataku cuba disangkalnya. Emak aku hanya menyampuk sekali sekala. Adik-adik aku yang lain buat hal masing-masing. Ada yang sedang membelek gajet masing-masing. Ada yang sedang menonton tv. Yang bongsu sudah lama dibuai mimpi. Yang nombor tujuh Atirah dijaga oleh adik aku yang nombor empat Afiq. Afiq sorang saja adik lelakiku yang boleh diharap membantu mak aku menjaga adik-adik kecilku kalau mak aku sedang sibuk membuat kerja. Nak harapkan adik-adik lelaki yang lain,hurmm,.selalunya mod baik baru mereka mahu membantu mak aku. Nasib mak aku la dapat ramai anak lelaki. Yang perempuan cuma Faridah seorang yang sudah besar. Aku,sesekali tolong juga mak aku menjaga kedua orang adik kecilku ini. Membawa mereka ronda-ronda naik motor keliling kampung.
.........................................................

        ''Mak! Handphone Pait mana?'' aku mula mengelabah bila mencari telefon bimbitku di merata tempat tapi masih tidak ku temui. Aku cuba mengingati bila kali terakhir aku mengunakannya.

         ''Aik! Telepon hang,pasai pa tanya mak pulak? Bukannya mak penah guna pun!'' mak aku bersuara kuat,melawan suara adik-adikku yang sedang bersorak riang menonton tv. Entah gambar apa mereka sedang tonton?

       ''Mana la tau,kot mak tengok,.'' sambil bertanya,aku kerah jugak minda untuk mengingat.  Sambil mencari telefon,mataku sempat mengerling jam di dinding. Alamak! jarum jam sudah menunjukkan tepat pukul 10.00 malam. Aku semakin mengelabah. Habislah!

         ''Mak! Cepatlah mak,tolong Pait cari sat. Dj Rizal dah masuk konti nu,satgi dia koll Pait, tak dapat pulak,.'' dalam kalut mencari,aku sempat nak buat lawak. Mak aku dah mencerlung,memandang ke arahku.

      ''Mak tak tau aih. Tak dak reja mak nak cari kat hang. Tak nikah lagi,dah nyanyuk dah,cuba hang ingat tengok,hang tinggai tang mana!'' ishh,.mak ni,aku dah la lambat nak dengar facebook pilihan. Sempat lagi mak nak berleter,siap kata kat aku nyanyuk lagi.

        ''Petang tadi Pait bawa naik bot,sambil dok dengaq radio Pait mesej dengan Pora. Eh mak! betoi ka Pora nak bertunang mak? Bukan ka dia tak habis belajar lagi? Tu Kak Naemah dengan kak Syidah pun tak nikah lagi,takkan dia nak langkah bendui kot!'' sambil bercerita,aku menyoal mak aku. Tiba-tiba topik aku berchatting dengan anak pak Long aku tu muncul dalam ingatan.

        ''Betoi ka? Mak tak tau apa-apa pun!'' soalan mak tak sempat aku jawab. Aku pantas berlari keluar dari rumah sebaik aku teringat telefon bimbit kesayangan aku tu dah tertinggal dalam bot. Habislah,kalau jumpa kat orang,mesti ghaiblah telefon kesayangan aku tu.

       ''Mak,.Pait tertinggai handphone Pait atas bot  la mak!'' aku melaung kuat kepada mak aku sambil kakiku terus laju melangkah. Macam mana aku boleh cuai sangat ni? Bila sampai di luar rumah,kunci motor pulak aku terlupa nak ambil. Bergegas pula aku masuk ke rumah. Aku cari atas rak tv,selalunya aku letak di situ. Aku geledah pula atas almari tepi tv. Tak jumpa jugak. Dj Rizal tunggu Pait tau! Aku dah mula melalut dalam hati. Aku kerling jam lagi,dah pukul 10.05. Cepat pula jarum jam ni berpusing!

        ''Pian! Kunci motor mana? Tadi lepas aku balik bukan hang naik ka?'' aku pandang Pian,adik aku yang nombor tiga dengan wajah tak puas hati. Suka sangat letak merata-rata. Bila ada kes kecemasan macam ni,aku juga yang nak kalut. Haih!

      ''Ada dalam almari di dapur. Dalam pasu kecik biru tu!'' Pian menjawab tanpa menoleh ke arahku. Aku mendengus kasar sambil kaki melangkah menuju dapur. Almari dapur aku tuju,Faridah yang ada di tepi almari aku tolak tanpa belas. Menganggu haluanku saja. Aku dengar dia berdecit marah. Aku tak pedulikan kemarahan dia,aku cari pasu kecil berwarna biru yang Pian maksudkan.

        ''Jangan dok meralit sampai tengah malam pulak!'' mak aku mengingatkan aku bila melihat aku sudah bergegas keluar dari rumah sekali lagi.

         ''Okey boss!'' aku menjawab pantas dan mendapatkan motor kapcai buruk aku. Motor baru aku yang Faridah guna sebelum ni,ayah aku bawa pergi masjid. Aku pergi juga tadi,tapi aku balik lepas Isyak. Ayah aku ada mesyuarat dengan orang-orang masjid agaknya.

            Vroooommmm,.aku pecut motor aku selaju mungkin. Erkkk,.selaju yang boleh la. Kapcai buruk,nak laju mana sangatkan. Hehehe,.ayat ja hyperbola sikit! Sampai di tepi sungai aku tuju bot kami. Dari jauh aku sudah mendengar lagu Ya ha na na di nyanyikan. Aku berlari pantas dan cuba melompat naik ke atas bot. Kalau ada lagu Ya ha na na,bermakna telefon bimbit aku masih selamat dan ada orang sedang membuat panggilan.

          Kecebummm!!,.lompatan aku tersasar. Aku terjatuh ke dalam sungai yang sedang penuh. Air laut baru mula nak pasang. Terdengar suara riuh rendah dari tempat orang bermain carom. Aku cuba berenang dan naik ke atas bot. Lagu Ya ha na  na berhenti.

         ''Woi! Ada orang jatuh sungai!'' aku dengar seseorang bertempik. Aku pantas memaut tepi bot dan melompat naik ke atas bot sebelum tertangkap jatuh ke sungai. Ni segmen facebook pilihan punya penanganlah ni! Sebaik aku berjaya naik atas bot lagu Ya ha na na berbunyi lagi. Aku berlari mendapatkan telefon bimbitku dalam keadaan basah kuyup.

        ''Sapa jatuh woi!'' suara-suara sumbang berbunyi lagi. Aku tak pedulikan pertanyaan mereka. Aku mengambil telefon dan memeriksa skrin. Nombor telefon Kedahfm tertera di atas skrin. Jantung aku terus berdegup laju.

           ''Hello!'' aku menjawab sebaik telefon di letakkan dekat telingaku.

          ''Hello! Saya nak bercakap dengan Mohammad Faiz bin Mohammad Rosdi atau nama facebooknya Pait Yan!'' suara Dj Rizal di hujung talian. Aku sudah tersengeh sampai ke telinga.

           ''Ya! Faiz di sini!'' aku jawab dengan nafas yang termengah.

           ''Awat yang dengaq penat semacam ja?'' aku tergelak mendengar soalan Dj Rizal.

          ''Baru lepas mandi sungai Dj Rizal!'' aku kelentongkan saja. Takkan nak bagitau aku jatuh sungai sebab kalut nak jawab telefon kot? Malu aih!

           ''Malam-malam mandi sungai?'' aku gelak lagi. Nampaknya segmen facebook pilihan malam ni tak bermula dengan yang sepatutnya. Mungkin akulah peserta yang paling istimewa soalannya. Hahaha,.

           ''Hangat sangat malam ni,bila dengaq handphone bunyi,tu yang kalut naik angkat tu!'' Hampeh!,.sejak bila aku belajar menipu ni? Orang tua-tua kata betulkan,.kalau kita mula menipu dari sekali menjadi dua kali. Okey! Kalau Dj Rizal tanya sekali lagi,aku jujur saja. Aku nekad dalam hati.

          '' Okey Faiz! Umur Faiz berapa la ni? Masih belajar atau sudah bekerja? Kalau tengok profil Faiz selalu Faiz muat naik gambar-gambar ikan dan permandangan-permandangan di laut,.adakah anda pencinta alam semulajadi?'' aku urut dada lega kerana Dj Rizal mula bertanya soalan yang berkaitan dengan facebook pilihan.

          ''Saya dah 21 dj Rizal. Dah tak belajar dah. Dok reja dengan ayah la ni. Pi ke laut,dengan kata lain jadi nelayanlah!'' aku berterus terang. Jangan malu dengan apa yang kita lakukan,yang penting halal. Kan?

        ''Dalam profil Faiz ni tulis bekerja sendirian berhad. Apa maksudnya tu. Dalam ni jugak tulis,sendiri bos,sendiri kuli. Macam mana tu?'' aku tergelak lagi. Aku sengaja tulis macam tu untuk menarik minat Dj Rizal. Bukan tujuan nak menipu pun. Aku jadi nelayan dan pergi dengan bot ayah aku. Aku jadi tekong dan aku tetap buat kerja lain,contohnya mengangkat ikan naik ke atas pelantar. Mengelas ikan mengikut gred dan sebagainya.

        ''Betul tu Dj Rizal! Saya pi ke laut dengan bot ayah. Selalunya saya yang jadi tekong. Kami pi dengan bot besar,selalunya kami akan tangkap ikan di laut dalam,.'' aku mula bercerita tentang kerjayaku. Cewahh!!,.

        ''Dah berapa tahun dah dok reja laut ni Pait? Tak dak ka impian macam orang lain? Nak reja pejabat ka?'' aku dah terbiasa dengan soalan macam ni,jadi aku dah bersedia nak menjawab dengan penuh yakin.

         ''Dok turun laut lepas habis SPM lagi. Kadang-kadang ada jugak keinginan nak pakai kemas macam orang lain ni tapi bila pikiaq balik,kalau semua orang reja pejabat,sapa pulak nak jadi nelayan. Habis semua orang tua yang reja,tak kesian ka? Orang muda ni kudrat kuat lagi,.'' amboi,.melebih pulak aku ni.

           ''Haa,.betoi jugak naa!,.berbalik pada facebook Faizkan,sejak bila mula ada facebook ni?'' mendengar soalan Dj Rizal yang ni,aku mula tergaru kepala. Agaknya dah berapa tahun aku ada facebook ni?

        ''Tak berapa nak pasti la Dj Rizal. Facebook ni adik yang tolong bukakan. Dia yang ajar saya ber'facebook' ni,.'' aku berterus terang. Dulu aku hanya layan game saja masa zaman persekolahanku. Bila zaman semakin canggih,banyak terjual gajet murah yang boleh melayari internet.Aku juga tak mahu melepaskan peluang. Bila kawan-kawan yang sebaya denganku sudah ada facebook,aku paksa Faridah ajar aku bagaimana nak buka akaun facebook untuk aku.

      ''Oh ya? Adik Faiz juga memiliki facebook? Apa nick name facebook adik Faiz?'' minda aku bekerja keras untuk mengingat,apa nama terakhir nick name facebook Faridah sebab Faridah selalu menukar nick name facebooknya.

      ''Nama adik saya Faridah tapi dia ni suka tukaq nama facebook dia,kali terakhir rasanya Puteri Diana sebab dia gabungkan nama ayah dengan mak,Mohammad Rosdi dan Rohana. Faridah ambil nama belakang mak dengan ayah.'' aku menjawab sambil tergelak. Di hujung talian Dj Rizal juga turut ketawa ceria. Haih! Macam-macamlah dengan adik aku yang sorang tu!

      ''Puteri Diana tu!,.okey Faiz,apa kegunaan facebook ni untuk Faiz?'' dengan sisa ketawa yang masih ada Dj Rizal menyoal aku dengan soalan yang seterusnya.

      ''Ermm,.pada mulanya nak cari kawan-kawan sekolah yang terputus hubungan tapi bila mula berjinak-jinak dengan facebook ni saya dapati facebook ni bukan sekadar laman untuk bersosial semata-mata. Banyak juga faedahnya kalau kita pandai mengunakannya. Ada juga info-info terkini yang dapat kita ketahui dengan lebih cepat. Ada juga pengetahuan agama yang boleh kita pelajari.Lagi satu yang paling pentinglah,..kalau dulu kita hanya mendengar suara Dj di radio tanpa kenal wajah,kini tak lagi. Kita dah boleh melihat wajah dj-dj pujaan kita yang handsome dan comei-comei tu,'' aku menjawab soalan Dj Rizal dengan panjang lebar sambil tergelak di hujung kata. Bukan nak membodek okey! Tapi,inilah hakikatnya!

       ''Hahaha,.beoi,betoi,betoi,.soalan terakhir,apa dugaan yang pernah Faiz lalui selepas ada facebook?'' aku melepaskan nafas. Berat soalan ni. Aku tak nafikan ujian yang aku lalui ni cukup mencabar jiwaku dan buat aku rasa tertekan untuk beberapa minggu.

       ''Dulu saya pernah ada adik angkat dalam facebook ni. Adik angkat perempuan. Saya dah anggap dia macam adik kandung walau saya pun ramai adik beradik. Satu hari tu saya tegur dia dalam inbox supaya menutup aurat. Saya tak kenal dia di dunia nyata tapi dia selalu muat naik gambarnya dengan pelbagai gaya dan yang pastinya tak pernah bertudung. Saya tegur dia secara ikhlas sebab saya dah mula sayangkan dia sebagai seorang adik tapi teguran saya tu buat saya kehilangan dia. Dia terus block FB saya lepas tu. Sampai la ni saya masih mendoakan dia agar Allah beri hidayah untuk dia,.'' aku cuba bersuara setenang mungkin walau dada aku sudah sebak bila mengingati Farhannah,adik angkat yang hanya aku kenal di alam maya. Aku cukup terharu dengan kisahnya yang sebatang kara dan tinggal dengan keluarga angkat. Itu yang diceritakannya kepadaku. Dari simpati timbul perasaan sayang tapi sayang aku tu hanya sayang seorang abang kepada seorang adik. Tak lebih dari tu.

          ''Waaa..sadisnya!. Faiz!''

          ''Ya saya!''

          ''Sebenarnyakan,di sebelah saya ni ada orang lain lagi ni,depa nak tau apa pengalaman Faiz ketika turun ke laut? Kalau ada pengalaman pahit atau pengalaman manis ka,boleh kongsikan kepada kami? Dj Faizal nak tau!'' aku dengar Dj Rizal tergelak dan juga suara Dj Faizal yang sayup-sayup kedengaran.

        ''Bot kami ni Dj Rizal kadang-kadang disewa untuk pelancong pi mengail. Kalau ada pengalaman pahit dan manis tu kerana pelanconglah selalunya. Contohnya ketika cuti tahun baru cina beberapa tahun yang lalu saya bawa beberapa pelancong berbangsa cina pi mengail. Ada yang bawa arak dan perempuan Indon dan membawa ke pulau bersama. Sebagai orang Islam memang ada sedikit rasa tak puas hati tapi dah berjanji nak bawa depa tak boleh nak mungkir janji. Terpaksa pejam mata saja. Satu lagi pengalaman pahit bila ada sorang pelancong ni yang terkena kail di mata masa nak lontar joran masuk ke laut. Memang cemas jugak la suasana masa tu. Pengalaman manis pula bila dapat tangkap ikan terbesarlah,dan ada pelancong yang bergambar dengan ikan tersebut dan depa muat naik masuk blog. Jadi selalunya memang nama saya akan disebut sekali la dalam blog tu. Secara tak langsung depa dah tolong promote bot kami ni,.'' aku tergelak lagi. Fuhh! Panjang jugakkan cerita aku?

       ''Woo,.itu sudah bagus. Faiz! Agaknya kalau team dari Kedahfm nak sewa bot Faiz,boleh dapat diskaun dak?'' Dj Rizal ketawa ceria disambut beberapa orang yang boleh didengar suaranya sayup-sayup itu.

        ''Boleh! Free lagi tapi kena buat temujanji dulu la!'' aku memberikan jaminan. Akhirnya sesi temubual aku bersama Dj Rizal pun berakhir juga setelah kami saling berbalas salam dan dj Rizal menunaikan permintaanku dengan memutarkan tiga lagu permintaan yang telah aku pilih. Sudah pastinya lagu-lagunya terdiri dari lagu Terlanjur Mencintaimu,Lagu Kamelia dan Tuju-tuju Rindu.

.......................................

                Sabtu,.14 Jun 2014

               Hari yang ku tunggu-tunggu tiba juga akhirnya. Hari ni aku pakai jean dengan T.shirt berlogokan Kedahfm yang aku beli dari salah seorang sahabat Kedahfm. Fairus tak jadi nak temankan aku,hanya Syafik yang akan temankan aku ke Kedahfm untuk mengambil hadiah kuiz dan hadiah segmen Facebook Pilihan. Aku bagitau kat Faridah,dia tak percaya. Dia kata tunjukkan bukti terlebih dulu,baru nak percaya. Huh!

           Semalam,dengar kata ada  Dramusical Aidilfitri oleh idola kecil Kedahfm dan Pelengaq Pak Teh Mat Yang telah dirakamkan di hadapan penonton. Aku cuma melihat dari laman wall facebook Dj Rizal dan wall page Kedahfm. Dalam radio Kedahfm juga diwar-warkan beberapa kali. Macam meriah saja bunyinya tapi malam-malam aku memang tak berpeluanglah nak keluar. Bukan sebab mak atau ayah tak izin tapi mak aku kata,.'' malam-malam ni,hang jangan nak pulun sangat na!'' Memandangkan aku ni anak contoh yang mendengar kata jadi aku ikutkan saja kata-kata mak aku tu. Jangan nak pulun sangat. Hehe,.

         ''Sue!'' seorang wanita yang berbaju kurung dan berselendang biru melintas di hadapanku. Spontan bibirku mengeluarkan kata tanpa dapat aku menahannya. Dia menoleh sekilas dan meneruskan langkahnya. Syafik di sebelah sudah aku tak pedulikan,aku kejar wanita itu dari belakang.

       ''Aina suhaini!'' aku memanggil namanya. Dia menghentikan langkah dan menoleh sekali lagi.

        ''Sue!,.awak tak kenai saya lagi? Saya Faiz! Mohammad Faiz Mohammad Rosdi. Tingkatan 5 Bidara SMY tahun 2009,'' aku tengok wajah Aina Suhaini berubah merah. Dia jadi tersipu-sipu mendengar aku mengenalkan diri.

        ''Awak,.awak buat apa kat sini Faiz?'' tergagap-gagap Aina Suhaini bersuara. Walau pun suaranya perlahan namun masih dapat aku ku tangkap pertanyaannya.

        '' Nak jumpa awaklah!'' aku sengaja bergurau. Berubah lagi wajah Aina Suhaini. Syafik datang kepada kami dan mencuit lenganku sambil menjongketkan kening. Mungkin Syafik tak kenal Aina Suhaini kerana dia bersekolah di Sekolah teknik Sungai petani.

        ''Lawak ja. Saya nak jumpa dj Rizal untuk ambil hadiah Facebook Pilihan. Sue tau dak tang mana nak jumpa dia. Kami baru sampai ni,.'' isyarat Syafik aku tak layan. Aku lebih fokus kepada Aina Suhaini yang ada di depan mata. Terubat rindu aku terhadapnya. Semakin comel dia sekarang.

         ''Oh,.Dj Rizal ada di tingkat atas kot. Cuma naik tengok di auditorium. Depa dok buat persiapan untuk show malam ni kot,.'' lembut lututku mendengar suara Aina Suhaini yang lembut dan merdu,tetiba mindaku teringatkan Dj Kamelia.

         ''Awak reja di sini ka Sue? Dj Kamelia tu awakkan?'' aku bertanyakan tentang kesangsianku. Perlahan Aina Suhaini menjatuhkan kepalanya berkali-kali. Ya Allah! Adakah kami memang berjodoh. Dialah pujaan hatiku sejak dulu hingga kini.

        ''Awak dengar Bingkisan Syahdu malam isnin hari tu?'' sekali lagi wajah Aina Suhaini berubah sambil tertunduk malu.

        '' Sejak bila Faiz?'' Aina Suhaini panggungkan kepalanya. Mata kami bertentangan untuk seketika dan Aina Suhaini menundukkan wajahnya sekali lagi.

        ''Form two. Awak tak perasan Sue? Awak tak ingat sajak yang saya bagi kat awak dulu?'' dia mengeleng. Syafik di sebelah sudah memeluk tubuh sambil tersenyum nakal. Dia jungkitkan keningnya lagi. Lantak hang la Syafik. Fikirlah apa hang nak fikir. Yang penting aku dah jumpa pujaan hatiku dan dia dah tau isi hatiku tanpa perlu aku luahkannya sekali lagi.

        ''Saya tak sempat baca pun. Nota yang awak bagi saya semua kena rampas,.'' aku terkedu. Kena rampas?

         ''Sapa yang rampas?'' aku bertanya penuh persoalan.

        ''Awak lupa ka,sayakan tinggal di rumah anak-anak yatim,di Rumah Budi Yan. Kami tak digalakkan bermain surat menyurat ni. Kami akan diperiksa sebaik balik dari sekolah.Mana yang tak patut ada dalam beg sekolah akan dirampas,.'' dia menjelaskan kepadaku. Baru aku faham,selama ni sia-sia saja aku meluahkan perasaan aku kepada dia. Mungkin Allah tak izinkan aku bermain dengan perasaan dalam usia yang masih muda. Aku sedar berdosa bila bercinta tanpa ikatan tapi aku tak mampu nak mengawal perasaanku ini.

       ''Saya ada kerja ni. Saya dah add awak dalam FB,pasai pa tak terima? Tak sudi ka?'' Aina Suhaini tersenyum di hujung soalannya. Terukir lesung pipit di kedua belah pipinya. Subhanallah! Cantiknya ciptaan Allah di depan aku ni.
       
        ''Oh! Ya ka Sue? Terima Kasih Sue,sudi add saya. Nanti kita chat dalam facebook naa?'' Aina Suhaini mengangguk sambil melangkah pergi. Aku memandang Aina Suhaini masuk ke pejabat hingga dia hilang dari pandanganku.

        ''Sapa tu? Lawa noo,.siap ada lesung pipit lagi. Aku ingatkan Pora paling comei,rupanya ada lagi yang comei. Hang tak mau kenaikan kat aku ka? Macam teringin ja aku nak tackle dia,.'' aku memandang Syafik sambil mengengam penumbuk. Aku angkat penumbuk ke arah mukanya.

        ''Hang nampak ni?'' Syafik tergelak kuat. Aku turut tersengeh dalam diam.

       ''Hahaha,.aku tak tau pulak ustaz Faiz yang tak bertauliah ni pun ada marka. Bercinta tu pun berdosa tau. Nikah cepat sikit. Sia-sia ja hang sembahyang tungging terbalik satgi,.'' aku tak menjawab pun kata-kata Syafik kerana ada kebenaran disebalik kata-katanya. Kakiku melangkah meninggalkan koridor tempat pertemuanku yang terindah dengan Aina Suhaini dan kami naik ke tingkat dua untuk berjumpa dengan Dj Rizal.

         Sebaik menerima hadiah kuiz dari Dj Mak Ngah Syatirah yang berupa  dua buah buku nota,1 bekas air, 1 tuala kecil dan sebatang pen aku hadiahkan pula kepada Aina Suhaini sebagai cenderahati kerana pertemuan semula kami. Hadiah facebook pilihan yang aku terima dari Dj Rizal pula lebih beerti untukku kerana ia merupakan sehelai T-shirt yang berlogo Kedahfm dan RTM 67 Terus Unggul,sebuah buku catatan dan sepasang sudu juga garfu. T-shirt aku berikan kepada Syafik kerana dia telah menemankan aku ke Kedahfm dan buku catatan mungkin aku akan berikan kepada Faridah kerana dia memang memerlukan buku itu untuk menyalin resepi selepas ini. Sudu dan garfu mungkin akan dihadiahkan kepada emakku saja nanti. Aku dah dapat Aina Suhaini aku kembali,itu sudah lebih dari mencukupi untukku. Akan ku semai kembali benih-benih cinta di hatiku buatnya.

           '' Makkk!!,.Pait nak nikah dengan Aina Suhaini!'' aku laung kata-kata itu di dalam hati. Emak aku mungkin tak mendengar tapi aku tahu Allah Maha Mendengar!

           Selepas menyaksikan perbarisan Semarak RioTo Malaysia  @ Riuh di Kedahfm bersama ex-player Kedah dan Kenari Kids Hicom Honda bersama Pancaragam 3 Armor DiRaja,juga nyanyian lagu keramat bersama Ex-player Kedah dan Kenari Kids Hicom Honda kami pun pulang. Masih terngiang-ngiang lagi lagu hijau kuning yang dimainkan di pendengaranku. Meriah sungguh dengan pelbagai acara yang diadakan di perkarangan RTM ini. Aku pula dalam menghayati setiap persembahan dan berkenalan dengan sahabat-sahabat baru,hatiku turut berbunga ceria bila setiap kali mataku bertentang dengan mata Aina Suhaini. Aku pasti hatinya juga untukku. Tadi,kami sempat berbual lagi,menurutnya,dia hanya menjadi Dj part time hingga hujung tahun ni saja. Aina Suhaini nak membuka butik sendiri di Pekan Guar Chempedak selepas ini.

         Semoga hubungan yang baru nak bermula ini takkan terputus di tengah jalan. Aku akan ikuti setiap perkembangan Aina Suhaini selepas ini. Dialah Aina Suhainiku. Dia jugalah Dj Kamelia pujaanku. Biarlah AKU hanya seorang NELAYAN, yang penting kerja yang aku lakukan ini halal. Tanpa nelayan,mana nak mai ikan untuk dipasarkan. Betoi dak?

      ******************Tammat*******************
p/s: Dah malas nak edit,.ada kesalahn di mana-mana harap maaf ya,.hehe,.

6 ulasan:

  1. Tudia aihh panjang berjela cerita pait. Ada sambungan ka? Gomo writer :).
    Psst dulupon minat jugak kat arwah DJ pakdin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cikyah.blogspot ada sambungan,.tunggu edisi puasa/raya,.Empat Dalam Satu,.Kita Pun Bersatu,.

      Padam
  2. Wahhhh karom!! Dah lama tak main... Permainan zaman kecik2 dulu... Hohoho

    nice story... Banyak pengtahuan baru dapat... Ada laa sikit2 loghat Kedah yang tak faham tapi main agak2 je maksud... Hehe

    Good job Kak ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suha Fasihan,.dalam cerita ni yang imaginasinya hanya watak Faiz,Aina Suhaini,kawan2 Faiz dan keluarga Faiz tapi yang lain tu adalah reality termasuk pengalaman Faiz dan Radio Kedahfm,.

      Terima Kasih yang sudi singgah dan meluangkan masa membaca cerpen ini ya! :D

      Padam
  3. Balasan
    1. Mak teh Syatirah tu sapa? Hihi..watak mk ngah Syatirah dlm cerpen ni memang wujud. Dj kedahfm kesayangan sy tu..😃😃

      Padam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.