Ahad, 28 Jun 2015

Hatimu Sedingin Ais


        ‘’Keputusan mama muktamad! Suha akan jadi menantu mama!!’’ tegas suara Puan Noreen.

           ‘’Tapi mak,.Ajib,..’’

             ‘’Tak ada tapi-tapi,.Ajib kena ikut cakap mama. Suha tu dah tak ada siapa- siapa lagi. Ajib kena pikul tanggungjawab tu. Kak Shariah dulu banyak berbudi pada keluarga kita. Ketika mama sibuk bekerja, dia yang jaga Ajib, siang dan malam. Harapkan papa,.huh!,..’’ Puan Noreen mendengus kasar bila fikirannya melayang seketika pada bekas suaminya itu.

          ‘’Mama tahukan,.Ajib dah ada Nieta! Lima tahun kami berkawan mama, takkan Ajib nak putuskan perhubungan kami macam tu aje? Lagi pun,.Ajib dah anggap Suha tu macam adik sendiri ma!’’ Ajib mencuba sedaya upaya agar mamanya faham dengan perasaannya. Dia langsung tak ada perasaan cinta terhadap Suha. Mamanya saja yang sudah terlalu sayang pada Suha dan tak sanggup melepaskan Suha pergi dari sisinya.

           ‘’Ajib,.jodoh, ajal dan maut tu di tangan Allah! Ajib anggaplah jodoh Ajib dengan Nieta tu langsung tak ada. Lagi pun,.apa kurangnya dengan Suha? Kita dah kenal dia sejak kecil lagi. Kita dah tahu hati budi dia!’’ Puan Noreen masih dengan keputusannya untuk bermenantukan Suha. Bukan dia tak suka dengan Nieta, cuma Nieta lebih sikit gaya modennya itu. Walau pun Nieta bertudung tapi tudung yang dipakai Nieta lebih mementingkan fesyen semasa dari tuntutan syariat.

               ‘’Yang nak kahwin tu Ajib ma! Biarlah Ajib yang buat pilihan!’’ Ajib masih berkeras dan dalam masa yang sama dia cuba membayangkan dirinya andai digandingkan dengan Suha. Dia mengeleng tanpa sedar. Suha mungkin gadis yang baik tapi Suha yang dikenalinya terlalu pemalu dan pendiam. Tidak! Suha bukan pilihannya!

.................................................................

                       Suha memandang kiri dan kanan jalan yang mereka lalui. Selepas dia dan anak majikannya dikahwinkan, suaminya berkeras untuk berpindah rumah walau dihalang oleh Puan Noreen. Ajib memberi mamanya syarat, andai dia setuju berkahwin dengan Suha, dia takkan tinggal dengan mamanya lagi. Puan Noreen pun serba salah dengan syarat yang diberikan Ajib. Bijak sungguh Ajib bermain helah!

                      ‘’Kenapa abang nak berpindah jugak? Kesian mama, tinggal sorang. Kalau dia sakit deman nanti macam mana?’’ Suha bersuara perlahan agar suasana hening di dalam kereta kembali ceria. Dia menoleh sepintas lalu ke arah Ajib yang sedang memandu dengan tenang.

           ‘’Abang!!’’ Suha memanggil Ajib bila pertanyaannya terus sunyi. Ajib pura-pura tidak mendengar. Dia melayan angan-angannya sendiri.

          ‘’Tak nak cakap sudahlah,..’’ Suha bersuara rajuk dan memuncungkan bibirnya. Hatinya sebak bila Ajib terus mendiamkan diri tanpa memandang sedikit pun ke arahnya. Air mata Suha sudah mula bergenang di kelopak mata. Cuba ditahannya agar tidak gugur.

              Suha menoleh ke arah luar dan mula melayan fikirannya. Wajah emak dan wajah ibu mertuanya datang silih berganti dalam mindanya. Dia sudah mula merindui mereka berdua walau mereka baru sejam keluar dari rumah. Emaknya Puan Shariah pula sudah lima bulan pergi mengadap Ilahi. Suha tak kenal dengan saudara maranya yang lain. Yang dia tahu emaknya sebatang kara.

          Apa yang dia sedang fikir agaknya? Adakah aku sudah menjadi beban untuknya? Suha berdialog di dalam hati. Dikerling sekali lagi Ajib yang berada di sebelah. Suha cuba merenung Ajib namun hatinya menjadi takut. Manalah tahu Ajib akan perasan akan gelagatnya itu. Tentu dia bakal diherdik atau sebagainya?

           Ya Allah! Berikan aku ketabahan untuk berhadapan dengan suamiku nanti. Aku tahu, dia tak sudi memperisterikan aku dan aku tahu dia terpaksa menurut kehendak mama semata-mata.

        Ya Allah! Hanya kau yang tahu,.sebenarnya dia sudah lama bersemadi dalam hati aku ni. Aku memang sayangkan dia sejak dulu. Aku cintakan dia sepenuh hati aku. Tapi apakan dayaku, dia dah ada kak Nieta tapi KAU tetap jodohkan aku dengan dia. Aku bersyukur Ya Allah! Cuma,.perasaan aku sekarang ni tidak tenteram. Aku tak tahu perasaannya bagaimana. Bantulah aku Ya Allah! Meleraikan kekusutan ini!

           Suha terus-terusan berdialog di dalam hati. Air mata yang cuba ditahannya gugur jua ke pipinya. Pantas Suha mengelapnya dengan telapak tangan. Dia duduk tegak dan memusingkan wajahnya ke arah luar agar Ajib tidak terkesan dengan kehadiran air matanya itu.

                    Kereta Ajib membelok masuk ke sebuah rumah teres dua tingkat. Cantik rumahnya walau tak semewah mana. Suha sudah mula mengukirkan senyuman bila melihat laman rumah yang masih kosong. Yess! Selepas ni, bolehlah aku habiskan masa luangku dengan bercucuk tanam. Terima kasih abang! Suha masih terus berdialog di dalam hati.

            Ajib parkirkan kereta selepas keretanya membolos masuk ke halaman rumah. Pintu pagar yang dibuka dengan remote control itu ditutupnya semula. Ajib bergegas ke pintu rumah tanpa menghiraukan Suha yang masih terkial-kial keluar dari kereta.

            ‘’Abang! Tunggulah Suha!’’ Suha memanggil Ajib namun tiada sahutan. Ajib yang melihat Suha sudah keluar dari kereta dan mengheret beg pakaiannya ke arah pintu mula menekan alarm kereta. Suha yang menjinjit beg yang berat langsung tiada keinginannya untuk dibantu.

           ‘’Kau ambil bilik bawah! Pilih saja mana yang kau suka. Bilik atas kau jangan gatal nak terjah!’’ sekian lama membisu, akhirnya Ajib bersuara juga. Namun suara yang berupa arahan dan ugutan.

          ‘’Takkan,..tapi Suha,..Suha,..’’ tergagap-gagap Suha nak meluahkan suara hatinya. Belum sempat fikirannya merangka ayat, Ajib sudah laju melangkah ke tingkat atas. Dada Suha sebak lagi.

             Nasib kaulah Suha Fasihah! Suha bermonolog dalaman lagi.

..........................................................

                 Sebulan berlalu dengan begitu pantas selepas mereka berpindah rumah. Hari-hari Suha berlalu dengan begitu payah sekali. Sunyi dan sepi seolah dunia ini langsung tidak berpenghuni.  Hati Suha mula rasa terjerut diperlakukan seperti itu oleh Ajib.

               Suha sentiasa bangun diawal pagi dan menyiapkan sarapan namun Ajib langsung tidak menyentuhnya. Begitu juga dengan makanan tengahari dan malam. Letih Suha memasak, Ajib tidak sudi menjamah walau sedikit pun. Bila Suha meminta izin untuk pulang menjenguk Puan Noreen, Ajib tak izinkan pula.

                ‘’Kau berani langkah muka pintu tu, tanpa izin aku, maka jatuhlah talak pada kau!’’ ugutan Ajib bila kali pertama Suha meminta izin darinya untuk keluar mencari kerja. Suha yang lurus terus menurut semua kata-kata Ajib. Walau batinnya terseksa, dia tabahkan juga hatinya. Bila sesekali ibu mertuanya menelifon Suha akan berlagak ceria, seolah dia terlalu bahagia di rumah itu.

Aku Burung di dalam sangkar!
Hidupku terkurung dan terseksa!
Namun aku tak berdaya,.
Untuk terbang bebas di ruang angkasa,.
Kakiku terbelit dengan rantai berbisa!
Dipasung dan dipintal kuat!
Aku hamba yang tak berdaya!

               Suha mencoret coretan di nota kecilnya. Ingin ditangisi nasib diri, terasa seolah tiada dayanya lagi. Air mata seakan kering dalam sebulan ini. Ajib tidak banyak bersuara. Kalau suaranya kedengaran, hanyalah kata-kata ugutan dan arahan. Suha terlalu letih menahan rasa kecewa dan terluka. Kasih sayang yang sering didamba, entah ke mana Ajib lontarkannya? Milik Nietakah kasih sayang dan cintanya? Kalau begitu, aku ini siapa di hatinya?

           Suha mengeluh kecil. Impiannya untuk bercucuk tanam di halaman rumah pun belum lagi tercapai. Kalau Ajib dah beri amaran, jangan langkah muka pintu. Macam mana dia nak keluar bercucuk tanam? Suha menjadi buntu sebuntunya!
.........................................................

                ‘’Abang,..Suha nak minta izin keluar ke halaman. Suha bosanlah abang dalam rumah ni. Sekurang-kurangnya kalau Suha boleh keluar, boleh juga Suha cabut rumput yang dah mula naik di halaman tu. Halaman belakang tu pun dah mula penuh dengan rumput. Kalau abang izinkan, boleh juga Suha tanam dengan pokok-pokok bunga atau pokok sayur di halaman belakang,..’’ suatu malam yang hening Suha memberanikan dirinya bersuara pada Ajib yang sentiasa berwajah serius.

             ‘’Baguslah tu,.daripada kau bela badan, goyang kaki ja dalam rumah ni,..’’ senada saja bunyinya. Ajib terus menumpukan perhatiannya di skrin tv di depannya.

            ‘’Kalau macam tu, esok abang tolong hantarkan Suha ke gerai depan tu ya? Masa kita datang hari tu, Suha tengok banyak pokok bunga di situ,..’’ Suha bersuara lagi, bila kali ini pertanyaannya mendapat respon memberansangkan.

            ‘’Pergi sendirilah! Bukannya jauh mana pun!’’ Ajib menjawab selamba. Matanya terus difokuskan ke arah skrin tv. Wajah Suha di sebelahnya  tak hingin dikerling pun.

           ‘’Yalah! Tapi,..Suha tak ada duit. Barang dapur pun dah habis. Dua tiga hari ni,.Suha makan roti ja. Itu pun dah hampir habis tarikh luput,.’’ Suha bersuara sayu. Barang dalam rumah mereka Ajib yang belikan. Bila Ajib tidak makan di rumah, dia pun sudah malas nak masak lagi. Bila barang dapur habis, Suha diamkan saja. Suha makan apa yang ada.

             ‘’Kenapa tak cakap! Kalau kau jatuh sakit. Mama salahkan aku. Kau siap!’’ Ajib bersuara lantang dan membuntangkan matanya. Kali pertama Ajib menoleh lama ke arah Suha yang sudah mula mengecilkan badannya demi mendengar suara halilintar dari Ajib. Huh!

              ‘’Abang tak tanya!,..’’

             ‘’Ehh,..kau banyak cakap sekarangkan? Mana Suha yang dulu tu? Tanya sepatah jawab sepatah. Kau ingat tak dulu, walau kita duduk serumah tapi aku cukup payah nak jumpa kau. Nak ajak berbual lagilah payah!’’ tiba-tiba Ajib mengungkit sejarah lama. Fikirannya mengimbas kembali akan gelagat Suha yang paling payah untuk diajak berbual. Tak macam sekarang ni. Memang berbeza sangat.

             ‘’Dulu Suha dengan abang bukan mahram. Berdosa kalau berjumpa dan berbual selalu. Nanti ada ‘orang ketiga’ ditengah-tengah. Sekarang,.abang dah jadi mahram Suha. Nak buat apa pun semua jadi pahala. Sepatutnya Suha yang tanya abang kenapa dosa abang nak, yang pahala abang abaikan pulak?’’ Suha bersuara berani. Semakin luas mata Ajib dibeliakkannya.

              ‘’Ohh,..jadi selama ni,..kau memang nak aku layan kaulah?! Kau nak aku jalankan tanggungjawab aku sebagai suami? Macam tu?’’ Ajib menyoal balas. Dia memusingkan terus tubuhnya dan mengadap Suha. Bahu Suha dipegang kuat dan dagu Suha dicengkam agar mendonggak dan memandang wajahnya.

           ‘’Lu fikirlah sendiri!’’ dengan tak semena-mena Suha pula bertindak kasar dan menepis tangan Ajib dari terus mencengkam dagu dan bahunya. Suha menolak Ajib dan melompat bangun dari sofa.

            ‘’Suha Fasihah!!’’ lantang bunyi suara Ajib. Langkah Suha terus dilajukan dan dia berlari-lari anak masuk ke bilik. Dia benar-benar takut kalau Ajib berani bertindak lebih lagi, seperti memukulnya atau sebaliknya.

.........................................................

                   Hari ini Suha ibarat burung yang baru terlepas dari sangkar. Bangun pagi ini Suha menjumpai sampul surat di atas meja sofa. Ada rm500.00 di dalam sampul surat tu dan Ajib juga meninggalkan nota.

Gunakan duit ni,.beli apa yang kau nak,.tapi ingat jangan boros sangat, aku bukan cop duit untuk kau. Beli barang makanan sama, aku tengok peti ais tu dah kosong. Kau ingat ni rumah terbiar ke apa? Kalau ada apa-apa beri tau aku tapi,.jangan gunakan kebebasan yang aku beri ni untuk berfoya-foya. Tak bermakna aku beri izin,.kau boleh buat sesuka hati kau!

p/s: Petang ni aku balik awal,.pastikan kau dah bersiap sebab kita akan balik rumah mama. Ingat! Jangan cerita apa yang berlaku dalam rumah ni pada mama!

               Nota ringkas dari Ajib yang penuh dengan ugutan dan arahan tapi Suha cukup ceria dengan nota itu. Suha simpan dalam diarinya. Dia rasa seolah dunia ini sudah jadi miliknya dengan hanya sekeping nota ringkas dari Ajib!
...........................................................

            ‘’Cantiknya bunga kembang sepuluh ni. Berapa ni pak cik?’’ Suha mula teruja bila melihat pokok bunga kembang sepuluh yang perbagai warna. Ada warna merah,oren,merah susu, merah hati, ungu, putih, kuning dan lain-lain. Cantik sangat dan berbagai corak. Tak pandai pulak nak mengungkapkannya bagaimana!

            ‘’Pasu campur ni Rm10.00,.yang satu warna ni rm7.00,.’’ penjual menjawab pertanyaan Suha sambil melebarkan senyuman. Suha terdiam berfikir. Agaknya kalau tinggal di kampung tentu boleh minta dengan percuma saja?

            ‘’Errr,..pak cik jual batanglah. Bagilah lima batang singgit ke setiap warna? Bolehlah pak cik?’’ Suha cuba memujuk penjual bunga tersebut. Dia memang berkenan dengan semua warna tapi kalau nak membeli semuanya, dia takut bajetnya tak cukup pula. Banyak lagi barang-barang yang belum dibeli.

             ‘’Hmm,.anak punya pasal,.bolehlah!’’’penjual itu tersenyum lagi sambil mematahkan batang-batang pokok mengikut permintaan Suha.

              ‘’Terima kasih pak cik!’’ Suha bersuara riang. Mudah rupanya berurusan dengan pak cik ni?! Suha mula membayangkan bunga kembang sepuluh itu mekar di laman rumah mereka.

           ‘’Pak cik!,..tanah ni jual macam mana pula pak cik? Pokok mawar tu pun macam lawa ja. Berapa sepokok tu pak cik?’’ mata Suha meninjau pula beg-beg plastik yang sudah diisi dengan tanah hitam dan deretan pokok mawar perbagai warna. Bukan itu saja, ada lagi pokok bunga lain yang menarik minatnya. Kalau ikutkan hati Suha, semuanya dia nak borong. Sekali dengan gerai ni pun kalau boleh Suha nak! Amboih!!,..

                ‘’Tanah ni kira satu beg ni rm10.00 tapi kalau nak banyak pak cik boleh kurangkan sikit,.’’ Penjual pokok bunga menjawab soalan Suha dengan tenang. Bibirnya masih terukir dengan senyuman ramah.

              ‘’Saya datang berjalan kaki ja ni. Boleh tak kalau pak cik tolong hantar ke rumah di taman perumahan depan tu?’’ Suha menjadi serba salah . Dia memerlukan tanah dan pasu bunga kalau nak membeli pokok-pokok bunga ni tapi dia tak ada kudrat untuk mengangkat semuanya balik ke rumah.

          ‘’Boleh saja! Bagi alamat,.nanti pak cik hantarkan. Kalau boleh sertakan nombor telefon sekali,.’’ Penjual bunga memberi jaminan untuk menghantarnya. Suha melebarkan senyumannya. Dalam hati ada sedikit rasa pilu. Kalau Ajib datang sekali, tentu tak perlu minta bantuan pak cik ni?

            ‘’Kalau macam tu saya nak tanah ni lima beg ya pak cik. Lepas tu pasu bunga tu tiga sudahlah dulu. Bunga mawar ni pun nak tiga pokok ja. Yang berbunga pink, merah terang dan warna kuning yang bunga besar ni, ya pak cik!’’ Suha bersuara lagi sambil menunjukkan pokok-pokok bunga dan pasu bunga pilihannya. Pokok bunga kembang sepuluh dimasukkan di dalam plastik yang diberi. Pokok bunga ni tak payahlah dimasukkan ke dalam pasu. Mesti cantik kalau hanya tanam di atas tanah saja?!

......................................................

                    Suha masuk ke mall seorang diri. Dia menuju ke arah bahagian barangan basah. Dia bercadang nak membeli ayam dan daging juga sayur-sayuran dan buah-buahan. Suha membeli juga snek dan makanan ringan yang lain. Sekadar makanan masa-masa bosannya di rumah.

             Dalam sibuk membeli Suha teringat dengan pesan Ajib di dalam nota yang ditinggalkannya. Petang nanti Ajib nak membawa dia pulang ke rumah ibu mertuanya. Suha tersenyum di dalam hati. Dia memang rindu dengan ibu mertuanya itu. Sementara dia sedang membeli barang-barang dapur, Suha juga membeli barang untuk dimasak dan dibawa pada ibu mertuanya.

                ‘’Alin! Kau kerja di sini ke?’’ Suha menyapa seorang cashier yang sedang mengira harga barang-barang di kaunter.

             ‘’Taklah!,.aku sedang berjoging sekarang ni. Kau tak nampak ke?’’ Alin pula sengaja berloyar buruk sambil menjeling Suha.

            ‘’Amboi kau! Cantiknya ayat?! Aku cepuk baru kau tahu!’’ Suha tahu Alin bergurau dengannya. Dia pun turut sama memberi respon yang sama.

            ‘’Aku dengar kau dah kahwin. Mana suami kau? Dia tak datang sekali ke? Mana dia? Takkan kau datang beli barang sorang-sorang jer?’’ bertalu-talu soalan dari Alin tanpa memberi respon dengan gurauan Suha tadi.

            ‘’Ceh!,.mana kau tahu ni? Setahu aku, masa kami nikah hari tu aku tak bagitau sesiapa pun kecuali Ida ja,.’’ Suha menyoal balas. Malas dia nak menjawab semua soalan Alin tu!

            ‘’Kau tu yang selalu ketinggalan zaman. Kami ada group whatssap la. Kau tak nak join ke? Berita terkini kawan-kawan kita semua di hujung jari tau!’’ Alin menempelak Suha. Mereka sudah lama mewujudkan group whatssap rakan-rakan sekolah tu tapi Suha tu saja yang belum menjadi ahli.

           ‘’Aku malaslah nak bergroup whatssap bagai ni. Err,.Ezri join group tu tak?’’ Suha menjawab malas dan mindanya tiba-tiba teringat dengan seorang rakan sekolah mereka yang pernah cuba memikatnya dulu. Ketika tu hatinya dah ada Ajib jadi dia terpaksa menolak Ezri.

              ‘’Ezri aje yang kau ingat ye? Habis tu geng-geng kita Imah, Ana, Aida dan lain-lain tu macam mana? Rugi tau kau tak join group tu. Kami selalu bertukar-tukar berita dalam group tu. Kadang-kadang kami berbual sampai ke pagi.’’ Suha mengeluh perlahan. Tangannya sudah memegang beg plastik yang sudah diisi dengan barang-barangnya tadi. Cekap betul Alin buat kerja. Mulut berjalan, tangan pun tangkas juga.

             ‘’Nantilah,.aku minta izin suami aku dulu. Kalau dia izinkan nanti aku whatssap kau untuk masuk group tu. Kau admin group tu kan?’’ sebelum berlalu pergi Suha memberi kata putus. Alin menganggukkan kepala sambil tersenyum lucu. Haih! Patuh betul dengan suami dia tu?! Nak masuk group whatssap pun kena minta izin ke?

...............................................................

Stretttttttttttttttttt,..bummmm,..
                Sebuah kereta telah memberhentikan keretanya secara mengejut. Suha yang terpinga-pinga tidak sempat mengelak. Bertaburan barang-barang yang telah dibelinya di tepi jalan. Suha jatuh terduduk dan mengigil seluruh badan. Wajahnya pucat kerana terkejut.

                 ‘’Cik!,.minta maaf. Saya tak sengaja!’’ seorang lelaki keluar dari kereta dan terburu-buru mendapatkan Suha.

                ‘’Mie,.orang tu okey tak?’’ seorang wanita separuh umur pula keluar dan menuju ke arah Suha dan lelaki tadi. Wanita itu nampak begitu cemas.

             ‘’Anak! Anak okey tak? Ada yang cedera?’’ wanita itu masih menyoal. Suha mengeleng pantas tapi dia masih beku di tepi jalan. Lututnya masih mengigil dan masih tidak dapat berdiri.

           ‘’Mie,.tolong papah dia masuk ke dalam kereta. Ya Allah! Habis semua barang-barang dia rosak. Tolong kutipkan Mie, kita hantar dia balik!’’ wanita itu memberi arahan pada lelaki yang bernama Mie itu. Tanpa banyak soal dia membantu Suha bangun dan memapah Suha masuk ke dalam kereta dibantu oleh wanita tadi. Suha terus kaku dan menurut saja apa yang mereka lakukan padanya.

                ‘’Anak tinggal di mana? Kami boleh tolong hantarkan! Atau kita ke klinik dulu, periksa kalau-kalau anak tercedera ke?’’ wanita itu bertanya ramah. Suha mengelengkan kepalanya laju. Mindanya menjadi blurr tiba-tiba. Otaknya masih belum dapat mencerna kejadian yang telah menimpanya itu. Sebenarnya Suha pernah kena langgar ketika dia berusia sepuluh tahun dan dia masih trauma dengan kejadian itu.

..................................................

                       Ajib pulang ke rumah petang itu dan mencari Suha di seluruh rumah. Digeledahnya bilik Suha juga. Peti ais pun diperiksanya. Bila mendapati peti ais masih kosong Ajib mencapai telefonnya dan menghubungi Suha namun hanya suara operator yang kedengaran.

              ‘’Mama,.Suha ada di sana tak?’’ Ajib mengambil keputusan untuk menelifon mamanya pula. Manalah tahu,.Suha pergi ke sana tanpa dirinya.

           ‘’Kenapa Ajib? Kan Ajib dah janji nak balik dengan Suha petang ni? Mama dah masakkan makan petang kita tapi Ajib dengan Suha tak sampai-sampai lagi!’’ Puan Noreen menjawab di hujung talian. Dia pun hairan dengan gelagat Ajib. Janji nak balik tapi masih tak munculkan diri.

            ‘’Memanglah Ajib nak balik. Ajib dah pesan pada Suha untuk bersiap tapi bila Ajib balik rumah, dia pulak tak ada. Dah puas Ajib cari. Manalah tahu Suha pergi dulu ke sana!’’ Ajib meneka dalam kesamaran. Kalau betul Suha ada di sana. Siaplah dia nanti! Tak sabar betul! Ajib merungut di dalam hati.

              ‘’Kau marah Suha ke Ajib? Apa kau dah buat pada Suha? Kau dera dia ya? Jangan-jangan Suha dah lari dari rumah?’’ giliran Puan Noreen pula serkap jarang. Dia kenal dengan Suha dan dia juga kenal dengan perangai anaknya yang panas baran tu.

           ‘’Mana ada ma,..’’

            ‘’Assalamualaikum!,.’’ belum sempat Ajib menangkis kata-kata mamanya gegendang telinganya mendengar orang memberi salam di luar rumah. Dia memutuskan talian dan meninjau ke luar. Pintu pagar dibukanya dengan remote control.

            ‘’Encik! Ini rumah Puan Suha Fasihah ke? Pak cik call dia tak dapat. Pagi tadi di ke tempat pak cik dan beli tanah dengan pokok-pokok bunga ni. Dia minta pak cik hantarkan,.’’ Lelaki di depan pagar bersuara nyaring. Ajib keluar dan mendapatkan lelaki itu. Ajib pun hairan. Tanah dan pokok bunga sampai ke rumah tapi pembelinya pergi mana?

           ‘’Ya!,.bila isteri saya pergi pak cik? Errr,..’’ Ajib kematian kata. Niat untuk bertanya tentang Suha dibatalkannya.

            ‘’Puan Suha ada encik? Pak cik nak pulangkan baki wang dia. Tadi pak cik tak ada wang kecil,.’’ Pak cik penjual bunga menyoal Ajib sambil menghulurkan beberapa keping wang kertas berwarna merah, biru dan hijau.

                        ‘’Tak! Dia tak ada,.belum pulang. Terima kasih ya! Tak kena bayar ke duit untuk penghantaran ni?’’ Ajib bersuara sambil mengambil wang yang dihulurkan. Dia teragak-agak dan bertanya kembali kalau-kalau dikenakan cas penghantara. Pak cik penjual bunga tersenyum dan mengelengkan kepala berkali-kali.

                    ‘’Tak payahlah. Bukannya jauh pun, Cuma depan tu saja. Pagi tadi pak cik sibuk sikit. Tak boleh nak hantar. Petang ni baru free,..’’ pak cik penjual bunga menolak duit yang dihulurkan semula oleh Ajib padanya. Dia kemudian berlalu meninggalkan Ajib yang masih berdiri di depan pintu pagar. Ajib memandang pokok-pokok bunga, pasu bunga dan beg tanah yang telah dihantar pak cik tadi. Dia memegang dagunya dan berfikir. Kalau dia beli bunga dan tanah punyalah banyak takkan dia nak lari dari rumah pulak? Ajib bersoal jawab di dalam hati.

            Ke mana kau pergi Suha Fasihah? Menyusahkan orang sajalah! Ajib berdongkol di dalam hati. Dia cuba menghubungi nombor telefon Suha sekali lagi namun dia tetap gagal.

..........................................................

               Bila Suha terus diam membisu mak long Munirah mengarahkan Shuhaimi membawa Suha pulang ke rumah mereka. Suha yang masih terkejut cuba ditenteramkan. Teruk betul trauma Suha! Dia dah macam orang kehilangan ingatan. Ditanya tak jawab dan langsung tidak memberi sebarang respon. Mak long Munirah pun semakin cemas riak wajahnya. Entah anak siapa yang mereka langgar?

                 Suha dibawa masuk ke bilik dan direhatkan. Mak long Munirah menemankan Suha hingga Suha tertidur. Kesian betul dia melihat keadaan Suha.

                 ‘’Macam mana dengan perempuan tu mak long? Dia ada cakap apa-apa tak?’’ Shuhaimi bertanya resah. Mak long Munirah mengelengkan kepalanya berkali-kali.

               ‘’Dia dah tidur Mie. Terkejut barangkali!’’ mak long Munirah meneka sendiri. Shuhaimi menganggukkan kepalanya tiba-tiba. Dia orang yang paling risau kalau sesuatu terjadi pada Suha kerana dia yang menyebabkan Suha jadi begitu.

             ‘’Dia macam orang trauma ja mak long! Mak long tak geledah beg dia ke,.kalau-kalau ada alamat rumahnya?’’ Shuhaimi menyoal lagi. Mak long Munirah berjeda seketika. Dia pun tak terfikir untuk mengeledah beg tangan Suha. Barang-barang Suha yang masih elok dan boleh digunakan disimpan seketika di dalam peti ais.

             ‘’Biar mak long cek dulu. Tentu keluarga dia risaukan?’’ mak long Munirah masuk semula ke bilik dan mencari beg tangan Suha. Dia mula membuka beg tangan Suha perlahan-lahan. Macam pencuri pulak lagaknya itu!

            Mak long Munirah menjumpai telefon Suha tapi telefon bimbit itu sudah terpadam. Mungkin sudah kehabisan bateri. Mak long menyelongkar pula beg duit Suha dan menjumpai kad pengenalannya.

               ‘’Suha Fasihah Bt Mohd Azam? Ehhh,..’’ mak long Munirah terkesima. Hatinya berdebar-debar tanpa sebab. Dia menyelongkar lagi beg duit Suha dan menjumpai sekeping gambar Suha bersama seorang perempuan. Air mata mak long Munirah sudah bergenang.

‘Suha rindu mak!’ ada tulisan yang tertulis di belakang gambar tersebut. Semakin laju air mata mak long Munirah mengalir. Dia membawa gambar itu dan keluar dari bilik.

            ‘’Mie!,.dia adik kandung kau Mie,.dia anak Yah! Dia anak Shariah, mak kau! Dia Suha Mie,.adik kandung kau! Ya Allah! Akhirnya selepas 21 tahun kau temukan kami semula. Terima kasih Ya Allah! Rindunya aku dengan Shariah!,..’’ mak long Munirah terus mengongoi dan mencium gambar itu bertubi-tubi. Adiknya Shariah yang telah lari dari rumah sehelai sepinggang 21 tahun yang lalu kerana kecewa dimadukan suaminya kini telah ditemui kembali tapi,..

                ‘’Mak kau di mana Mie? Kenapa Suha tulis begini di belakang gambar ni?’’ dia menyoal Shuhaimi yang masih terpingga-pingga. Shuhaimi mencapai gambar itu dan menatapnya. Dia juga membaca tulisan di belakang gambar itu dengan rasa terharu. Air mata jantannya juga turut bergenang.

            ‘’Ada jumpa alamat rumah tak mak long? Biar Mie pergi cari dan beritahu orang rumahnya. Mana tahu mereka sedang risaukan dia. Dah hampir malam ni mak long,.’’ Shuhaimi yang turut ditimpa perasaan sedih tidak mahu terus terbawa-bawa dengan perasaan itu. Nalurinya begitu kuat untuk bertemu ibunya kembali.

          ‘’Ada! Sekejap mak long ambil,.’’ Mak long Munirah masuk semula ke bilik dan mengambil kad pengenalan Suha. Dia keluar dan memberi kad pengenalan itu pada Shuhaimi.

...........................................................

                       Petang itu juga Shuhaimi pergi mencari rumah yang tertera alamatnya di kad pengenalan Suha. Gambar dan kad pengenalan Suha dibawanya bersama. Mungkin sebagai bukti Suha ada bersama mereka. Itu yang Shuhaimi fikir tapi dalam masa yang sama Shuhaimi juga rasa gementar andai Suha sudah bersuami dan dituduh yang bukan-bukan. Dia akui semuanya salah dirinya kerana asyik berbual di telefon ketika itu walau sudah diingatkan oleh mak long Munirah.  Namun,.bila Suha itu adalah adik kandungnya Shuhaimi rasa lega bila memikirkan bahawa semua kejadian ini adalah takdir untuk mempertemukan mereka semula.

                     Shuhaimi membelok masuk ke sebuah taman perumahan dan mengamati nombor setiap rumah. Dia memberhentikan keretanya bila tiba di sebuah rumah sederhana besar. Ada dua buah kereta di dalamnya. Shuhaimi berhenti di luar pagar dan keluar dari kereta. Dia menuju ke pintu pagar dan membunyikan loceng.

                      ‘’Encik!,.tumpang tanya! Ini rumah cik Suha ke?’’ Shuhaimi inginkan kepastian. Bila melihat seorang lelaki munculkan diri di depan rumah dia melaung kuat pada lelaki itu. Lelaki itu segera keluar dan menuju ke arahnya.

               ‘’Kau siapa?’’ lelaki yang keluar itu menyoal garang. Mindanya sudah merusuh dengan perbagai persoalan.

              ‘’Cik Suha kemalangan! Dia macam alami trauma dan tak mahu bercakap. Ni kad pengenalannya!’’ Shuhaimi memberi kad pengenalan Suha pada lelaki di depannya. Wajahnya boleh tahan. Ada rupa tapi sikap dia tu yang tak boleh tahan. Dingin dan langsung tiada senyuman yang diukirkan. Itu yang Shuhaimi fikir di dalam hatinya.

              ‘’Isteri saya sekarang di mana encik?’’ lembut sikit suara Ajib kali ini. Baru terbit rasa risaunya terhadap Suha.

          ‘’Oh! Encik suami dia ke?’’ Shuhaimi bertanya dalam riak terkejut kerana tidak menyangka Suha sudah berkahwin.

             ‘’Boleh saya berjumpa dengan mak Puan Suha?’’ Shuhaimi bertanya ragu-ragu sambil menjengok ke dalam pintu pagar. Ajib masih dengan sikap brutalnya itu. Pintu pagar langsung tidak dibukanya dan Shuhaimi tidak dipelawa masuk pun.

             ‘’Saya nak berjumpa dengan isteri saya! Di mana dia? Bawa saya ke sana!’’ soalan Shuhaimi tidak terjawab malahan,.soalan dan arahan pula yang Ajib beri.

            ‘’Ada di rumah kami encik. Kami dah bawa ke klinik tapi doktor cakap dia tak ada apa-apa. Kami bawa dia pulang ke rumah dulu sebab dia macam terkejut sikit.’’ Shuhaimi bercerita jujur, sebaliknya Ajib sudah menyingga mendengarnya.

           ‘’Kau dah tahu rumah kami di manakan? Kenapa tak bawa dia balik aje?’’ sekali lagi suara Ajib berubah nada. Shuhaimi mengelengkan kepalanya tanpa sedar.

           ‘’Dia dah tidur encik masa saya datang tadi. Biarlah dia berehat dulu. Kalau encik nak, boleh pergi ambil sendiri. Dia isteri encikkan?’’ Shuhaimi yang turut terasa hati dihendik menjawab semberono saja. Geram juga dia bila niat baik dia disalah ertikan dan diherdik begitu.

            ‘’Huh!’’ Ajib mendengus kuat dan berlalu masuk ke dalam rumah. Hanya beberapa langkah dia berpusing semula.

             ‘’Tunggu di situ! Aku nak panggil mak aku!’’ suara yang masih kasar itu berbunyi lagi. Shuhaimi menjatuhkan kepalanya perlahan. Dalam hati, dia kecil hati dengan gelagat Ajib. Langsung tiada adab sopan. Macam ni ke perangai adik ipar aku? Shuhaimi berbisik di dalam hati.

....................................................

                ‘’Ya Allah! Suha,.bangun sayang! Mama ni,..macam mana boleh jadi macam ni Suha?’’ Puan Noreen mengejutkan Suha sambil menangis. Ajib masih berdiri di sebelah katil tanpa ada sedikit pun keinginan untuk menyentuh Suha.

               Mak long Munirah memerhatikan dua beranak itu tanpa suara namun hatinya ingin bertanya di mana adiknya Shariah berada. Disabarkan dulu kehendak hatinya itu.

               ‘’Suha,.’’ Lembut suara Puan Noreen sambil membelai rambut Suha.

                 Suha membuka mata perlahan-lahan. Dia memandang Puan Noreen dengan pandangan kosong. Lagaknya bagai orang yang tiada perasaan. Ajib sudah memandang Suha dengan perasaan hairan.

                ‘’Suha Fasihah!’’ Ajib memanggil Suha namun Suha tak beriak langsung. Menoleh pun tidak ke arah Ajib. Suha bangun perlahan-lahan dan duduk sambil memegang kedua lututnya. Suha mengigil dan meracau tiba-tiba. Butir bicaranya tidak menentu. Puan Noreen memeluk Suha erat dan menangis di bahu Suha.

             ‘’Kenapa dengan menantu mama ni? Suha! Suha kenal mama tak?’’ Puan Noreen melepaskan pelukannya. Wajah Suha diangkat supaya memandang wajahnya tapi Suha mejatuhkan wajahnya kembali. Suha hanya tunduk merenung tilam.

           ‘’Ajib,.kita bawa Suha balik. Kita ubatkan Suha ya! Kesian menantu mama ni.’’ Puan Noreen memandang Ajib dan bersuara lagi. Ajib disuruhnya memapah Suha supaya bangun.

               ‘’Puan,.kalau boleh saya nak tahu, cik Suha ni ada keluarga tak? Ibu dia ke?’’ mak long Munirah yang melihat kedua beranak itu sudah bertindak untuk membawa Suha pulang sudah mula mengelabah. Dia betul-betul ingin tahu di mana Shariah berada.

               ‘’Besan saya dah meninggal lima bulan lepas kak. Menantu saya ni hanya ada kami saja sekarang ni.’’ Puan Noreen bersuara sayu. Mak long Munirah sudah terkelu lidahnya. Kakinya turut kaku ditempat dia berdiri. Air matanya terus bergenang tanpa dipinta.

             ‘’Minta maaf! Boleh saya tahu nama ibu kepada Suha ni?’’ Shuhaimi yang sedang mengintai di luar bilik menyerbu masuk dengan segera. Dia mendengar semua perbualan di dalam bilik itu. Hatinya tidak tenang.

                  ‘’Kak Shariah,.ya! Shariah binti Sharif.’’ Suara tenang Puan Noreen telah mengegarkan hati Shuhaimi dan mak long Munirah. Lutut mak long Munirah sudah mula longlai dan dia jatuh terduduk di situ. Dilepaskan tangisnya. Tidak disangka satu-satunya adiknya itu telah tiada di dunia ini.

                 ‘’Ehh,..kenapa ni kak?’’ Puan Noreen terkejut melihat situasi itu. Dia cuba membangunkan mak long Munirah. Ajib yang sedang memegang Suha untuk bangun juga menghentikan perbuatannya. Suha masih begitu, tenang tanpa perasaan.

              ‘’Suha ni anak saudara saya Puan! ‘’ hanya itu yang mampu mak long Munirah ungkapkan dan tangisannya berterusan.

            ‘’Sekejap,.kejap, kejap,.macam mana mak cik tahu Suha ni anak saudara mak cik. Setahu saya sejak Suha lahir tiada seorang pun saudara maranya yang bertandang ke rumah kami. Mak cik jangan cuba nak mengambil kesempatan ya?’’ Ajib sudah mula berprasangka yang bukan-bukan. Setahu dia ibu mertuanya mula bekerja dengan mereka ketika dia sedang mengandungkan Suha. Mustahil mereka boleh mengecam Suha.

            ‘’Tunggu dulu!’’ Shuhaimi bersuara lagi. Dia bergegas ke arah almari solek dan menyelongkar lacinya. Beberapa minit kemudian dia datang semula dengan album gambar dan beberapa pucuk surat.

           ‘’Ini buktinya! Mak Suha selalu kirimkan kami surat dan gambar dia bersama Suha setiap kali ulangtahun kelahiran Suha.’’ Shuhaimi berkata sambil mencampakkan surat dan album di atas katil. Sejak tadi hatinya begitu terbakar dengan kelakuan Ajib.

          ‘’Minta maaf kak! Kami tak tahu. Kak Shariah tak pernah cerita pun dia masih ada saudara. Dia dah lama bekerja dengan kami, sejak Suha di dalam kandungan lagi.’’ Puan Noreen yang terperasan dengan gelagat Ajib dan Shuhaimi yang sama-sama sudah baran cuba menenangkan suasana itu.

              ‘’Tak apa puan. Saya cuma ralat kerana tak dapat berjumpa dengan Shariah untuk kali terakhir. Puan! Kalau tak keberatan, boleh tak izinkan kami ubatkan Suha ni?’’ permintaan mak long Munirah yang ini membuatkan Ajib menjegilkan matanya.

               ‘’Saya takkan izinkan isteri saya tinggal di sini! Mama,.kita balik sekarang!’’ Ajib bertegas lagi. Puan Noreen pun seakan ingin meradang dengan ketegasan Ajib yang tak bertempat itu.

           ‘’Macam ni la. Kalau kita balik. Mama nak Ajib ambil cuti dan jaga Suha 24 jam hingga Suha sembuh. Hal syarikat kita serahkan pada pak ngah dulu. Biar dia yang uruskan. Setuju?’’ bijak Puan Noreen mengambil kesempatan. Terkelu seketika Ajib dibuatnya namun dia tetap menjatuhkan kepalanya perlahan-lahan selepas itu.

                ‘’Betul ni? Ajib janji akan mandikan Suha, suapkan Suha makan dan imankan solat-solat Suha?’’ Puan Noreen menyoal lagi. Suha yang seperti orang tiada perasaan itu tak semena-mena bangun dan lari mendapatkan mak long Munirah. Dipeluknya mak long Munirah dan menyembamkan wajahnya di dada mak long Munirah. Suha meracau lagi namun tidak pula jelas butir bicaranya. Suha bagaikan orang yang sedang dalam ketakutan.

               ‘’Suha Fasihah!!’’ Ajib memanggil lagi. Suha seperti faham dengan apa yang Puan Noreen cakapkan. Ajib sudah mula mushkil dengan gelagat Suha.

             ‘’Kita balik mama!’’ bila Ajib mengajak Puan Noreen balik untuk sekian kalinya, Suha semakin kuat merangkul mak long Munirah. Suha menangis dan terus menangis.

           ‘’Suha Fasihah sayang! Kita balik rumah kita ya sayang? Abang akan jaga Suha. Suhakan isteri abang. Suha tak suka ke abang jaga Suha?’’ Ajib melembutkan bicaranya dan duduk mencangkung di tepi Suha. Tangannya mengelus perlahan belakang Suha.

              Suha mengeleng berkali-kali. Tangannya masih erat memeluk mak long Munirah. Wajahnya disembamkan ke dada mak long Munirah lagi. Ajib sudah mula hilang sabar dengan kerenah Suha. Ikutkan hatinya nak diheretnya Suha itu pulang.

             ‘’Puan,.encik! izinkan kami ubatkan Suha? Sebenarnya tadi Suha kemalangan kerana kami.’’ Mak long Munirah meminta izin lagi dan menceritakan perkara yang sebenar. Ajib sudah berdiri. Wajahnya mula berbahang mendengar pengakuan mak long Munirah.

            ‘’Saya tak benarkan! Suha!!,.bangun! kalau tak nahas Suha abang kerjakan!’’ suara Ajib yang sebenar berbunyi lagi. Kali ini Puan Noreen pula yang menunjukkan kuasanya. Dipiatnya telinga Ajib tanpa sedar. Menyeringai Ajib menahan sakit dan rasa malu.

           ‘’Macam ni ke Ajib layan menantu mama? Dah! Ajib pergi balik sorang. Bawa baju mama dan baju Suha ke sini! Mama nak tinggal di sini dengan Suha. Biar kami yang ubatkan Suha dan jaga dia!’’ kali ini Puan Noreen pula menunjukkan ketegasannya. Shuhaimi sudah mula mengulum senyum melihat wajah kekalahan Ajib. Suha juga sudah berhenti menangis dan menyembunyikan wajahnya di dada mak long Munirah lagi.

           ‘’Ma,.Suha bukannya sakit pun. Dia mengada-ngada ja lebih. Mungkin dia pura-pura sakit jer tu. Mama tengoklah perangai dia tu. Dia macam faham je apa yang kita cakap!’’ Ajib cuba membela diri. Dikerlingnya Suha yang sudah beriak tenang itu.

               ‘’Ajib jangan banyak cakap! Ikut ja apa yang mama kata. Ajib balik dan kemaskan baju mama dan baju Suha. Bawa ke sini. Mama nak tinggal di sini sampai Suha sembuh. Boleh tak kak?’’ Sambil menyuruh Ajib,Puan Noreen menyoal mak long Munirah. Laju saja mak long Munirah mengangguk.

                ‘’Dah isyak pun. Saya minta diri dulu la. Nak ke masjid. Ajib nak ikut?’’ Shuhaimi yang mendiamkan diri dan mendengar saja setiap perbualan meminta diri bila azan Isyak berkumandang dari masjid berdekatan. Shuhaimi turut mengerling Ajib sekilas. Bila Ajib tidak memberi respon dia pun berlalu pergi meninggalkan ‘drama spektra’ sebabak itu.

.....................................................................

                    Selepas Ajib pulang dan keretanya hilang dari pandangan ,Suha terus menjadi tenang. Bibirnya terus tersenyum dalam diam. Dia memeluk ibu mertuanya pula namun masih tiada suara yang keluar dari kedua ulas bibirnya.

               ‘’Suha! Bagitau mama, sebenarnya Suha ni sakit ke tak?’’ Puan Noreen yang terpengaruh dengan kata-kata Ajib tadi mula menyoal Suha.

           Suha mengeleng dan melebarkan senyuman. ‘’Tak! Suha takut abang marah sebab pagi tadi abang bagi rm500 pada Suha dan Suha tak sengaja terhabiskan duit tu. Bila terjadi macam ni, tiba-tiba Suha dapat idea nak berlakon. Dan, bila Suha tahu Suha masih ada ibu saudara dan seorang abang, Suha ingat nak kenal mereka lebih lanjut lagi. Sebab tu Suha sengaja buat semua ni. Maaf ya mama!’’ panjang lebar Suha bercerita dan memeluk Puan Noreen lagi. Tergeleng-geleng kepala Puan Noreen mendengarnya.

              ‘’Bertuah punya menantu!’’ Puan Noreen bersuara dan membalas pelukan Suha. Mak long Munirah yang ada bersama mereka ketika ini sudah mula mengukirkan senyuman. Lega hatinya mendengar pengakuan Suha. Nakal rupanya anak saudaranya yang ini!

           ‘’Hmm,.anak jantan mama tu layan Suha teruk sangat ke sampai Suha takut sangat dengan dia?’’ Puan Noreen yang mula syak menyoal lagi. Terkumat-kamit bibir Suha hendak menjawab.

              ‘’Eh,.taklah teruk sangat mama, cuma,.mama tahulah dengan abang tu. Lagi pun abang dah bagi warning jangan habiskan duit tu. Pagi tadi Suha ke gerai menjual bunga di depan rumah kami tu. Suha beli bunga, tanah dan pasu bunga,..alamak!,..’’ Suha bercerita lagi. Seketika kemudian dia menepuk dahi sendiri.

             ‘’Matilah pokok bunga Suha. Kalau Suha tak balik siapa nak tanam dan siramkan pokok-pokok tu?’’ Suha mengeluh keras. Mak long Munirah dan Puan Noreen hanya mampu mengelengkan kepala.

              ‘’Hiesy!,..lagi sayang pokok bunga dia dari laki sendiri?! Berdosa tau Suha menipu suami!’’ mak long Munirah pula mencelah. Suha hanya tersenyum hambar. Lebih baik sayang pokok bunga dari sayang laki berhati kering tapi dingin macam ais tu. Huhu,..

..................................................

                           Ajib terus balik ke rumah mereka. Rumah terasa begitu sunyi tanpa Suha. Tiada Suha untuk diajak bergaduh buat dia resah sendiri. Tiada wajah Suha untuk diberikan jelingan dan renungan tajam buat jiwanya jadi berantakan. Ke mana saja dia pergi di sudut rumah buat dia ternampak wajah Suha. Akhirnya Ajib menuju ke bilik Suha. Dia mengemaskan beberapa helai baju Suha seperti yang diarahkan mamanya. Pagi esok baru dia pergi semula ke rumah itu. Itu yang sedang dirancangnya.

                  Ajib membuka laci almari solek Suha. Entah kenapa Ajib berminat dengan sebuah buku kecil di dalamnya. Ajib ambil dan mula membacanya. Dia mengeluh perlahan sambil memicit tengkuk sendiri.

     Suha dah lama sukakan aku rupanya? Ajib berdialog di dalam hati. Dia terus membaca luahan hati Suha yang tercatat di dalam buku kecil itu. Sesekali dia akan mengeluh.

             Suha! Suha!,.kenapa kau diam saja bila aku buli kau? Kan senang kalau kau luahkan semua suara hati kau tu. Baru aku tahu apa yang harus aku buat. Ajib berbisik lagi di dalam hatinya. Dia menutup buku kecil itu dan berbaring di katil Suha. Entah kenapa malam ini dia betul-betul rindukan Suha. Dia tertidur akhirnya di atas katil Suha.

................................................................

                      Ajib bangun pagi dengan senaman ringkas. Dia pergi bersolat subuh di masjid yang berdekatan dengan taman perumahan mereka. Selepas itu Ajib pergi bersarapan di gerai bersebelahan masjid. Ajib meronda pula taman reakreasi yang terdapat di situ. Mindanya sedang bekerja keras. Dia banyak berfikir sejak bangun pagi tadi. Dia nak menjadikan rumah tangganya sebagai ‘ Baiti Jannati’.

                    Ajib ingin melupakan Nieta. Dia bernekad untuk mencurahkan kasih sayangnya terhadap Suha. Dia sudah banyak melakukan dosa dengan melukai hati Suha. Mungkin Suha tidak sakit tapi Suha sengaja mengelak dari pulang bersamanya? Ajib meneka di dalam hati.

               Pulang ke rumah Ajib memandang pasu-pasu bunga dan tanah yang dibeli Suha. Hatinya meronta-ronta untuk melakukan sesuatu untuk Suha. Ajib menanam pokok-pokok bunga yang dibeli oleh Suha. Ajib menyiramnya selepas itu dan meletakkannya di sudut yang sesuai. Selesai kerjanya, Ajib mengambil gambar pokok-pokok bunga tersebut dan menghantar gambar itu melalui whatssap kepada Suha.

Ajib : Abang dah tanam pokok Suha. Cantik tak? Rajin tak abang? :D

                   Ajib sertakan bersama kata-kata mesra lagi romantik bersama icon senyuman lebar. Kemudian dia berselfie pula dan menghantar gambarnya yang sedang bergambar di tepi pokok bunga Suha. Macam tadi Ajib menghantar melalui whatssap pada Suha.

Ajib : Pokok bunga dan abang mana satu Suha paling sayang?

..................................................................

                       Suha nampak lebih bersemangat pagi ni. Suasana di kampung ini begitu nyaman dan indah sekali. Laman di hadapan rumah mak long Munirah yang dipenuhi dengan pokok-pokok bunga menambahkan keindahan. Selepas solat subuh berjemaah yang diimankan oleh Shuhaimi pagi tadi Suha bergegas mencari telefonnya di dalam beg tangan. Namun telefon bimbitnya yang sudah tak bercahaya kembali menyuramkan wajahnya.

                ‘’Suha!’’ kedengaran suara ibu mertuanya dari luar bilik. Suha bangun sambil membawa telefon bimbitnya bersama.

               ‘’Mama! Mama bawa cas henfon tak? Henfon Suha tak ada bateri la,.’’ Dengan wajah monyok Suha bertanya. Puan Noreen mengeleng laju. Sudah dipesannya pada Ajib supaya  bawakan pengecas telefon bimbitnya itu, tapi semalam selepas pulang Ajib terus diam. Tak ada khabar berita langsung dari Ajib.

           ‘’Alaa,..macam mana ni? Abang call mama tak?’’ Suha bertanya lagi. Puan Noreen mengeleng juga dengan soalan Suha yang ini.

            ‘’Kenapa Suha?’’ Shuhaimi menegur dari belakang. Di tangannya ada beberapa beg plastik kecil berisi kuih muih.

           ‘’Err,.abang Mie guna henfon apa? Henfon Suha tak ada bateri!’’ Suha menunjukkan telefon bimbitnya yang sudah tak bercahaya itu.

         ‘’Ohh,.henfon Suha sama dengan henfon mak long. Tu ha,..cas henfon mak long. Abang guna i-phone.’’ Shuhaimi memberitahu sambil menuding jari ke arah almari di ruang tamu. Suha tidak tunggu lama. Kata-kata Shuhaimi selepas itu langsung tidak didengarinya.

            Suha mengecas telefon bimbitnya dan mula menghidupkan telefonnya kembali. Selepas itu Suha bergegas ke dapur mengikut Shuhaimi dan mamanya yang sudah hilang di ruang tamu. Di dapur mak long Munirah sedang ralit menghidangkan sarapan pagi. Aroma mee goreng dan nasi lemak berlaukkan sambal udang memenuhi ruang dapur.

             ‘’Sedapnya mak long! Laparnya Suha,.’’ Suha bersuara sambil mengelus perutnya. Mak long memanggungkan kepala dan mengukirkan senyuman.

            ‘’Kita sarapan dulu Puan, Suha,.’’ Mak long bersuara ramah meraikan tetamu istimewanya.

           ‘’Hai mak long,.ini yang Mie nak merajuk ni. Ajak mereka saja ke? Mie ni macam mana?’’ Shuhaimi pula sengaja berseloroh. Sambil itu dia menuju ke rak pinggan dan megambil piring dan mengisi kuih muih yang dibelinya.

             ‘’Tu haa,.mak long gorengkan mee untuk kau. Makan aje la mee tu,..’’ mak long tak mahu kalah. Mee goreng yang masih panas di jadikan alasan untuk menutup kesalahannya. Alah,.bukan tak nak pelawa tadi, tapi Shuhaimi tu sejak kecil lagi tinggal dengan dia. Tak pelawa pun dia akan makan juga!

               ‘’Mie kena makan mee? Habislah Mie!’’ selamba Shuhaimi bersuara dan menarik kerusi dan mula duduk di sebelah mak long. Suha duduk di sebelah Puan Noreen dan berhadapan dengan Shuhaimi. Mereka berempat memulakan sarapan pagi itu dengan doa yang dibacakan oleh Shuhaimi.

               ‘’Eh! Kenapa abang Mie ambil nasi lemak tu? Bukan sepatutnya abang Mie kena habiskan mee tu ke?’’ Suha yang masih terasa lucu dengan perbualan mak long dan abangnya sengaja menambah rencah perbualan mereka bila melihat Shuhaimi mencapai bekas nasi lemak yang ada di hadapannya.

                  ‘’Abang mana makan Mie!’’ selamba saja Shuhaimi membalas kata-kata Suha.

               ‘’Ohhh,..’’ Suha kematian kata.

             ‘’Banyaknya kak Munirah masak? Memang selalu masak banyak macam ni ke? Dengan kuihnya lagi,..’’ Puan Noreen yang hanya mendengar saja perbualan mereka tadi mula membuka mulut. Rambang matanya untuk memilih. Kalau boleh semuanya dia nak rasa.

           ‘’Tak jugak! Kami berdua ja di rumah ni. Selalunya akak makan sarapan sorang-sorang ja. Mie pagi-pagi lagi dah pergi kerja. Malam baru balik. Tu pun kadang-kadang saja makan di rumah.’’  Mak long Munirah yang baru hendak menyuap, menjawab dulu pertanyaan Puan Noreen.

                ‘’Kalau ada tetamu saja masak banyak macam ni, Kalau tinggal sorang-sorang selalunya akak makan ja apa yang ada,..’’ mak long Munirah menyambung kata. Shuhaimi yang sudah menghabiskan nasi di pinggannya mencapai bekas mee goreng pula dan memasukkan ke dalam pinggannya. Suha sudah memandangnya dengan penuh tanda tanya.

             ‘’Tadi kata tak makan mee?’’ soalan pun keluar dari kedua ulas bibirnya yang berwarna merah semulajadi itu.

             ‘’Abang memang tak makan Mie,.M.I.E tapi mee goreng ni abang makan jer,.’’ Shuhaimi menjawab sambil tersenyum lebar. Ibu jarinya diangkat bangga menunjukkan rasa sedap.

             ‘’Ishhh,..terkena jugak Suha!’’ suasana pagi itu menjadi riuh dengan gelak ketawa mendengar jawapan Suha.

.............................................................

                ‘’Kenapa senyum-senyum tu? Boleh share?’’ Shuhaimi yang melihat Suha asyik tersenyum di depan telefonnya sejak tadi menegur. Suha menoleh sekilas lalu ke arah Shuhaimi dan kembali membelek skrin telefon bimbitnya.

                   ‘’Tak ada apalah! Suha baca whatssap ni,..’’ Suha menjawab selamba. Kedua ulas bibirnya masih mekar dengan senyuman. Hatinya kembang tiba-tiba melihat dan membaca whatssap yang dikirim Ajib.

                   ‘’Ada yang kelakar ke?’’ Shuhaimi tidak berputus asa. Cuba dicungkilnya rahsia yang membuatkan Suha masih terus tersenyum. Dihampirinya Suha dan cuba mengintai skrin telefon Suha.

              ‘’Bukanlah kelakar sangat pun. Abang Ajib ni ha,.macam ada something wrong, somewhere jer. Tak pernah-pernah dia hantar whatssap macam ni kat Suha. Selalunya kalau tak mengugut mesti ada benda yang dia nak marahkan Suha,.’’ Tanpa sedar Suha sudah terlepas cakap. Pantas Shuhaimi merampas telefon Suha dan membaca semua mesej dari Ajib yang belum dipadam Suha.

              ‘’Apa ni Suha? Macam mesej dari gengster ja?!’’ komen spontan dari Shuhaimi. Suha tergelak perlahan. Memang gengster pun! Suha berdialog di dalam hati.

            ‘’Alaa,..abang Ajib nampak je macam gengster tapi hatinya baik!’’ Suha sengaja membela Ajib. Tak mahu abangnya menyangka yang bukan-bukan.

          ‘’Kalau baik sangat laki Suha tu, kenapa sampai nak kena berlakon jadi orang sakit pulak?’’ Shuhaimi menyoal sambil merenung wajah Suha. Suha tayang gigi. Hilang punca dia nak menjawabnya.

              ‘’Saja! Suha teringin pulak nak testing abang Ajib tu!’’ Suha mencipta alasan.

                ‘’Berapa lama Suha plan nak test dia? Abang boleh tolong kalau Suha nak?!’’ Shuhaimi menawarkan bantuan. Mentol dalam minda Suha menyala dengan terang.

           ‘’Betul ni? Abang Mie ada awek tak? Kalau belum ada Suha nak minta tolong abang berlakon jadi pak we Suha. Lagi pun semalam abang Ajib tak tahu lagi abang Mie ni abang kandung Suha,.kan?’’ ada keraguan di hujung ayat Suha kerana dia tak pasti sama ada Ajib sudah tahu tentang Shuhaimi atau pun tak. Sekejap sangat Ajib di sini semalam sudah dihalau pulang oleh ibu mertuanya, hingga sekarang masih belum datang lagi.

                ‘’Ada! Tapi bakal kakak ipar Suha tu sedang berkursus sekarang ni. Tiga bulan lagi baru balik ke sini. Kalau dia ada pun dia bukan jenis yang cemburu buta,.’’ Selamba saja Shuhaimi menjawab sambil tersenyum manis. Suha jungkitkan keningnya. Ada la sesuatu yang menjengah mindanya.

            ‘’Yess! Kalau macam tu kita kena pakat dengan mama dan mak long sekali. Kalau tak, tentu rosak plan kita nanti,..’’ Suha bersuara ceria.

           ‘’Tapi,..kalau abang Ajib betul-betul percaya, macam mana?’’ dia berkata lagi. Bibirnya dimuncungkan sementara mindanya sudah membayangkan wajah Ajib yang sedang menyinga marah.

             ‘’Lagi bagus kalau dia percaya,.kita tunggu untuk tengok dia ‘melatah’ sudahlah!’’ tenang pula Shuhaimi menjawab sedangkan Suha masih meragui rancangan mereka.

           ‘’Apa Suha kena buat? Perlu ke Suha terus berlakon macam orang sakit di depan dia dan tak boleh bercakap?’’ Suha memandang wajah Shuhaimi. Dia perlukan cadangan yang bernas dari abangnya itu.

           ‘’Suha tinggal di sini lama sikit. Kalau dia datang nanti, Suha buat-buat tak kenal dia dan Suha hanya layan abang ja. Buat sampai dia cemburu!’’ Shuhaimi berkata yakin. Suha berfikir sejenak. Dalam hati memang tak sanggup nak buat begitu tapi bila terfikir Ajib pernah bermesra dengan Nieta di depannya minggu lepas, dia rasa dia perlu membalasnya. Suha anggukkan kepala dan terus bersetuju dengan rancangan abangnya.
...................................................................

          Ajib memandu kereta dengan perasaan gembira. Hari ini hatinya ingin menerima Suha sepenuhnya sebagai suri hidupnya. Dia ingin menjalankan kewajipan sebagai suami yang sebenarnya. Ajib membuat keputusan itu selepas membaca nota Suha yang penuh dengan luahan hatinya. Selama ini dia menyangka Suha juga sama sepertinya yang hanya mengahwininya kerana terpaksa. Namun sangkaannya itu ternyata salah. Suha mencintainya!

          Ajib dengan Nieta, walau mereka sudah lama berkawan tapi mereka belum melafazkan cinta terhadap satu sama lain. Masing-masing belum menaruh harapan terhadap hubungan mereka. Bila dia berkahwin dengan Suha adakalanya dia ingin menguji Suha dengan bermesra bersama Nieta. Suha sentiasa berlagak tenang di depannya. Ajib sendiri keliru dengan perasaan Suha. Hari ini dia yakin hati Suha miliknya seorang.

            Ajib membelokkan keretanya masuk ke halaman rumah mak long Munirah dengan hati yang ceria. Dia bersiul riang dan mendendangkan lagu cinta. Tapi,.sebaik saja keretanya diparkirkan, hatinya terbakar menyaksikan Suha yang sedang berdua-duaan dengan lelaki kelmarin. Lelaki yang dipanggil dengan nama Mie itu. Mereka seolah pasangan yang sedang bercinta. Lelaki itu begitu rancak bercerita dan bibir Suha tidak pernah lekang dengan senyuman.
             
             ‘’Suha!’’ Ajib memanggil Suha dengan tenang. Riak wajahnya cuba diselindungkan. Panas hatinya cuba ditutup dengan senyuman. Sebaliknya pula Suha seakan takut bila memandang Ajib. Dia memegang erat tangan Shuhaimi dan menarik Shuhaimi masuk ke dalam rumah. Hati Ajib semakin terbakar melihatnya!

           ‘’Suha Fasihah!’’ Ajib melaung. Suha melepaskan tangan Shuhaimi dan berlari-lari anak masuk ke rumah seorang diri. Dalam hatinya memang teringin nak mengenakan Ajib semula, tapi dalam masa yang sama, dia juga takut Ajib akan mengamuk.

            ‘’Ehh,..kau tahu dia tu isteri akukan?’’ soalannya ditujukan untuk Shuhaimi yang masih berdiri tegak di depan pintu. Dia tak masuk mengikut Suha tadi. Sengaja dia ingin melihat reaksi dari Ajib.

                ‘’Tahu! Kenapa?’’ Shuhaimi pura-pura bertanya. Dia pura-pura tidak perasan dengan gelagat Ajib yang sudah mula menampakkan api kemarahannya.

             ‘’Jangan kacau! Dah tak ada perempuan lain dah kau nak goda?’’ Ajib menempelak Shuhaimi. Selamba saja Shuhaimi melebarkan senyumannya. Ajib benar-benar rasa tercabar.  

              ‘’Kalau aku nak kacau jugak! Kalau aku nak goda jugak,.apa kau nak buat?’’ Shuhaimi sengaja menduga tanpa disedarinya Ajib sedang mengengam penumbuknya.

            ‘’Nah! Aku nak bagi ini!’’ terdorong Shuhaimi selangkah ke belakang bila Ajib dengan pantas melayangkan penumbuknya ke muka Shuhaimi. Pening seketika Shuhaimi. Dia meraba mulutnya yang mula mengeluarkan cecair merah.

           ‘’Ya Allah! Mie!,.’’ mak long Munirah menerpa keluar termasuk Suha dan Puan Noreen.

         ‘’Kenapa ni Ajib? Datang rumah orang, salam tak, apa pun tak. Nak mengamuk pulak?!’’ Puan Noreen cuba menenangkan Ajib. Ditarik Ajib agar menjauhi Shuhaimi.

            ‘’Dia kurang ajar mama! Biar Ajib ajar dia agar dia tahu hormat hak orang! Suha tu isteri Ajib ma,..’’ Ajib terus melepaskan amarahnya. Puan Noreen ingin tersenyum mendengar pengakuan Ajib namun dia sengaja menyembunyikan perasaannya itu.

                Suha mendapatkan Shuhaimi dan menarik Shuhaimi masuk ke dalam rumah, kemudian Suha bergegas ke dapur untuk mendapatkan tuala bersih dan air suam. Dia datang semula ke ruang tamu dan duduk di tepi Shuhaimi. Bibir Shuhaimi dituam dengan tuala yang sudah dibasahkan dengan air suam tadi. Shuhaimi mengaduh kecil. Suha pula teragak-agak untuk terus menuam.

             Seketika kemudian Ajib masuk ke dalam rumah bersama Puan Noreen dan menyaksikan kemesraan Suha dengan Shuhaimi itu. Semakin terbakarlah jiwanya!

               ‘’Huh! Konon baik sangat! Tak mahu berbual dan menyentuh yang bukan mahram?!’’ Ajib berkata sinis. Kata-katanya ditujukan untuk Suha.

          Suha mengulum senyum. Dia semakin teruja untuk meneruskan lakonannya. Dilapnya bibir Shuhaimi dengan jemarinya pula. Matanya pula merenung wajah Shuhaimi dengan penuh simpati. Mereka bermain mata pula dengan wajah yang ceria. Bersinar-sinar mata keduanya seolah sedang dilambung ombak cinta.

                   ‘’Sini!’’ Ajib tidak dapat mengawal perasaannya. Digapainya lengan Suha dan menarik Suha agar duduk di sebelahnya. Suha terus mengigil dan hanya tunduk merenung lantai. Air mata Suha sudah bergenang. Dia macam orang yang sedang menahan tangis.

                ‘’Sayang! Temankan abang pergi klinik boleh? Esok abang kena pergi kerja semula. Macam mana nak kerja dengan mulut yang pecah ni?!’’ Shuhaimi sengaja membakar lagi perasaan Ajib. Dipanggilnya Suha dengan panggilan sayang. Laju pulak Suha mengangguk dan terus bangun.

               ‘’Duduk sini! Nak pergi mana? Aku ni laki kau! Bukan dia!!’’ Ajib bersuara garang sambil meraih tangan Suha supaya terus duduk di sebelahnya. Shuhaimi sudah memandang ke arah lain sambil melebarkan senyuman. Puan Noreen dan mak long Munirah saling berpandangan. Suha sudah menunduk merenung lantai

                ‘’Mama! Kita balik sekarang!’’ Ajib mengarahkan mamanya pula. Puan Noreen membuntangkan matanya.

            ‘’Mama suruh Ajib bawa baju mama dengan baju Suha kelmarin, Ajib bawa tak?’’ Puan Noreen menyoal Ajib pula. Ajib mengeleng laju, padahal ada ja baju mamanya dan baju Suha di dalam bonet keretanya.

             ‘’Minta kunci kereta!’’ Puan Noreen menghulurkan tangannya pada Ajib.

             ‘’Mama nak buat apa? Kalau nak balik, biarlah Ajib yang memandu!’’ Ajib bertanya lurus.

          ‘’Ajib jangan banyak songeh! Mama nak kunci kereta. Bagi ajelah!’’ Puan Noreen bersuara tegas. Perlahan Ajib menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan kunci kereta yang diminta mamanya lalu dihulurkannya dengan teragak-agak. Puan Noreen merampas kasar. Terkebil-kebil mata Ajib melihatnya. Seketika kemudian Puan Noreen meraih pula lengan Suha dan menyuruh Suha bangun. Terus kelu lidah Ajib.

                ‘’Suha temankan abang ke klinik?’’ bila Suha bangun Shuhaimi terus bersuara dan mengikut Suha dan Puan Noreen keluar. Ajib kepanasan hati. Dia turut serta mengikut mereka dari belakang.

             Shuhaimi yang perasan dengan gelagat Ajib terus menarik tangan Suha dan menuju ke arah keretanya. Cepat-cepat dia menekan alarm kereta dan membuka pintu kereta untuk Suha. Puan Noreen pula membuka bonet kereta Ajib dan mengeluarkan beg-beg pakaian mereka. Ajib pula sudah tercengang menyaksikan adegan di depan mata.

              ‘’Mama,.apa kena dengan menantu mama tu? Dengan Ajib ni dia buat tak kenal saja! Dengan lelaki yang dia baru kenal tu, dia ikut ke mana saja?!’’ Ajib menyoal mamanya penuh keraguan.

               ‘’Mama juga nak tanya Ajib. Sepanjang Ajib jadi suami Suha ni, macam mana Ajib layan Suha?’’ Puan Noreen tidak melayan soalan Ajib malahan Ajib pula yang disoal kembali. Terkumat-kamit bibir Ajib.

             ‘’Err,.nak layan macam mana lagi. Ajib layan macam suami layan isterilah!’’ tergagap-gagap Ajib mengungkapkannya.

              ‘’Okey! Kalau macam tu, jom kita ikut mereka ke klinik. Mak nak suruh doktor chek Suha tu sama. ‘’ Puan Noreen bersuara tegas. Ajib blurr plus blank!

               ‘’Kenapa pulak mama? Suha sakit apa? Apa kaitannya?’’ Ajib bertanya resah.

            ‘’Mama nak suruh doktor chek Suha masih perawan atau tak?’’ Puan Noreen menjawab sambil tersenyum sinis.

              ‘’Eh! Tentulah tak mama! Kamikan dah sebulan lebih kahwin, takkan Ajib nak tengok saja Suha tu di depan mata?!’’ Ajib kawal suaranya agar tidak kedengaran dia sedang mengelabah. Sepanjang dia tinggal bersama Suha, tidur dengan Suha tu pun tak pernah. Apa tak mengelabahnya.

             ‘’Ajib tahu tak, orang tua macam mama ni, boleh tahu seseorang perempuan tu perawan atau tak? Lebih baik Ajib berterus terang dengan mama!’’ Puan Noreen sengaja menduga. Padahal manalah dia tahu semua tu!

            ‘’Ye ke mama? Err,..Ajib,.Ajib be,.be,..belum sentuh lagi Suha tu mama,.tapi Ajib janji lepas ni Ajib akan layan Suha seperti yang sepatutnya. Percayalah dengan Ajib mama, daripada mama biarkan Suha keluar dengan orang luar tu. Mama tak takut ke nanti mama yang kena fitnah? Ajib pun terkena tempias jugak!’’ Ajib mengaku akhirnya dan kemudian Ajib mengubah topik mereka pula. Puan Noreen mengelengkan kepalanya. Tahulah dia kenapa Suha berkelakuan begitu. Ada pasal rupanya?!

                ‘’Mama tak nak paksa Ajib lagi dan mama tak nak Suha tu terus menderita. Kalau Ajib tak suka Suha tu, Ajib lepaskanlah dia! Lepas tu Ajib buatlah hal sendiri!’’ Puan Noreen bersuara pasrah. Ajib terkesima. Dia sudah mula untuk sayangkan Suha tapi mamanya pula berkata begitu.

             ‘’Mama! Bagi Ajib peluang kedua! Ajib berjanji akan sayangkan Suha dan layan dia sebaiknya. Please mama!’’ Ajib berjanji sambil memegang tangan mamanya. Lega Puan Noreen mendengarnya tapi,.boleh ke percaya sebulat hati? Dia masih ragu-ragu dengan pengakuan Ajib.

             ‘’Ajib pujuk Suha balik ke rumah. Kalau Suha setuju, mama takkan menghalang. Kalau Suha tak setuju, Ajib izinkan saja Suha tinggal di sini buat sementara waktu. Ajib jangan nak bertegas sangat dengan Suha! Faham tu? Itu pun kalau Ajib nak mama beri Ajib peluang kedua!’’ Puan Noreen menguji Ajib lagi. Tanpa berfikir panjang Ajib terus mengangguk.

..............................................................

                      Sebaik kereta meluncur pergi dari halaman rumah mak long Munirah, Suha dan Shuhaimi melepaskan ketawa yang ditahan sejak tadi tapi seketika kemudian wajah Suha bertukar muram.

            ‘’Kenapa pulak tu?’’ seperti dapat meneka apa yang tersirat di dalam hati Suha,.Shuhaimi menyoal kalut.

              ‘’Apa abang Ajib fikir agaknya?’’ Suha mengungkapkan kata-katanya sambil memandang keluar kereta, kemudian dia memandang ke cermin sisi pula. Manalah tahu kereta Ajib mengikut mereka dari belakang.

                ‘’Biarlah apa yang Ajib nak fikir! Yang abang nak tahu sekarang ni apa yang ada dalam hati Suha? Suha suka ke apa yang sedang berlaku ni?’’ Suha mengeleng laju. Kalau boleh, dia nak ada di sisi Ajib. Layan Ajib sebagai isteri, bukan membodohkan Ajib sebegini rupa.

            ‘’Suha nak teruskan ke atau nak hentikan saja? Abang ni bukannya apa,.orang lelaki ni Suha bukan tahan sangat diuji. Lagi pun, orang lelaki ni pantang dicabar. Abang takut Ajib tu rasa tercabar dengan apa yang sedang berlaku sekarang ni dan akan duakan Suha ja,.’’ Shuhaimi menyuarakan rasa hatinya. Dalam ingin membantu, dia juga takut adiknya terus menderita andai Ajib membalas apa yang sedang mereka lakukan.

          ‘’Janganlah cakap macam tu abang Mie! Matilah Suha kalau abang Ajib duakan Suha!’’ Suha membalas pantas. Shuhaimi direnungnya.

             ‘’Kumbang bukan seekor dik! Kenapa sampai nak mati pulak? Dia tak nak, mungkin ada ramai lagi yang beratur nakkan Suha?!’’ Shuhaimi cuba memujuk. Walau Suha tak pernah bercerita, dia seakan tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga Suha.

             ‘’Masalahnya sekarang, kumbang yang seekor tu saja yang Suha sayang, yang Suha cinta sepenuh hati. Kami dah tinggal serumah sejak Suha lahir lagi. Dulu,..Suha cuba juga menganggap abang Ajib tu macam abang Suha tapi Suha tak boleh, sebab sayang Suha pada dia sudah terlajak melebihi abang sendiri. Macam mana Suha nak buat?’’ Suha berterus terang tanpa sedar. Air matanya sudah mula bergenang di kelopak matanya.

               ‘’Itulah dia! ‘’ hanya kata-kata itu yang mampu Shuhaimi ungkapkan. Bila hati sudah sayang, buatlah apa pun memang payah nak membuang rasa sayang itu. Alahai Suha Fasihah!

........................................................

                   Akhirnya Suha pulang juga ke rumah mereka. Bezanya Suha berubah laku. Kalau sebelum ni Ajib yang sering dingin dan membisu tapi kini Suha yang jadi ‘bisu’. Ajib teruskan bersabar melayan kerenah Suha. Dia tidak ingin menyalahkan Suha, malahan dia menganggap kelakuan Suha disebabkan oleh dirinya sendiri. Suha pula sedang berusaha kuat untuk menahan dirinya dari menerima layanan dari Ajib. Dia bekukan hatinya dari terus cair dengan perubahan Ajib.

                 ‘’Sayang! Nak pergi kedai bunga depan tu tak? Abang balik kerja kelmarin, abang tengok banyak pokok bunga mawar. Cantik tau sayang!’’ Ajib tahu kelemahan Suha. Sengaja dia memancing Suha agar bersuara. Suha yang sedang ralit membaca novel pura-pura tidak mendengar, hatinya pula melonjak-lonjak untuk menerima ajakan Ajib.

              ‘’Pak cik kedai bunga tu baikkan? Hari tu abang jumpa dia di mall, dia tanya Suha, kenapa tak datang kedai dia lagi? Abang pun tak tahu macam mana nak jawab!’’ Ajib masih berusaha untuk mengajak Suha berbual. Direnung Suha dari jarak dekat.

                  ‘’Suhaaaaaaa,..’’ lanjut saja bunyinya. Ajib mendekatkan wajahnya dengan wajah Suha. Jantung Suha sudah mengepam darah dengan laju. Suha terus menutup novel yang sedang dibacanya dan bangun.

                    ‘’Duduklah! Kita borak-borak kosong dulu,..’’ Ajib mengapai tangan Suha dan menarik Suha supaya duduk kembali. Suha berdecit geram. Kalau dia masih menunggu dan berada di sisi Ajib, dia pasti hatinya akan cair dengan mudahnya.

             Sekali lagi Suha cuba bangun. Macam tadi, setiap kali Suha bangun Ajib akan menarik tangannya agar duduk kembali. Kudrat Suha bukan kuat mana pun. Setiap kali Ajib menarik tangannya, Suha terduduk kembali.

             ‘’Sampai bila kita nak berperang dingin macam ni? Dulu abang dingin dengan Suha, bila abang nak berbaik dengan Suha,..Suha pulak buat perangai. Kawan-kawan abang semua dah dapat anak tau! Takkan Suha nak tunggu kita tua baru Suha nak beranakkan anak-anak untuk abang?’’ ayat Ajib yang seterusnya buat Suha berfikir sejenak. Betul juga kata Ajib, kalau mereka terus begini, apa pula kesudahannya?

              ‘’Mana aci! Suha baru seminggu dingin dengan abang! Abang tu berbulan dingin dan garang dengan Suha. Tunggulah sampai masanya Suha cairlah balik!’’ tanpa sedar Suha bersuara. Bibir Ajib sudah lebar dengan senyuman.

          ‘’Aikk!? Ada lagi rupanya suara isteri abang ni? Ingatkan suara dia dah hilang dalam gaung ke atau pun dah campak ke laut dalam dah?’’ Ajib mengenakan Suha dengan ayat-ayatnya. Suha mencebik dan pantas ingin melarikan diri. Kali ini Ajib tak tengok saja. Dirangkulnya Suha dari belakang dan dikemaskan pelukannya.

              ‘’Abang rayu Suha!,.cukuplah Suha dera abang! Abang tahu, abang bersalah! Abang minta maaf okey! Kita buang yang keruh kita ambil yang jernih. Lagi pun, Suha isteri yang baikkan? Suha tahukan betapa berdosanya seorang isteri kalau menderhaka dengan suami?’’ bijak pula Ajib bermain dengan kata-kata. Hampir cair hati dan jiwa Suha dibuatnya!

           ‘’Raya nantilah Suha maafkan abang!’’ Suha berkata perlahan sambil memboloskan dirinya dari rangkulan Ajib dan berlari masuk ke biliknya di tingkat bawah.

               ‘’Alaa,..Suha!! takkan abang kena tidur sorang lagi malam ni?’’

........................................................................................


        Shuhaimi : Dik! Esok kita keluar? Abang nak bawa Suha jumpa seseorang!

               Suha membuka whatssap dan menerima mesej dari Shuhaimi. Sekarang ni Suha sudah memberi izin untuk kawan-kawannya masukkan dia dalam group whatssap. Bertalu-talu masuk mesej dari semua group tu dalam telefon bimbitnya. Suha hanya scroll dan baca saja semua mesej yang masuk. Malas pula Suha nak mencelah perbualan kawan-kawannya,
Suha: Nak ke mana abang Mie? Suha nak kena minta izin abang Ajib la kalau macam tu?!

            Suha membalas mesej dari Shuhaimi. Hatinya masih ragu-ragu, sama ada nak meneruskan lakonan mereka atau sebaliknya. Kalau ikutkan hatinya sudah cair pun, bahkan dah melimpah ruah dengan perubahan Ajib terhadapnya.

    Shuhaimi : minta izin ja!

           Suha membaca mesej dari Shuhaimi pula. Dia berfikir sejenak. Ajib belum tahu lagi bahawa Shuhaimi tu abang kandung dia. Adakah Ajib akan benarkan?

Suha: Alaa,.macam mana ni? Suha tak bagitau lagi pun abang ni,.abang kandung Suha,.tentu dia tak kasi Suha keluar dengan abang!?

Shuhaimi: Suha nak teruskan ke perang dingin Suha dengan dia? Cukuplah! Nanti Suha jugak yang makan hati.

Suha: Belum makan hati lagi,..baru mengunyah,.tak hancur2 lagi pun L

Shuhaimi : Tukan? Dahlah,.adik berbaiklah dengan dia balik. Nanti kita ajak dia pergi sekali!

Suha : Suha try okey!

Shuhaimi: Tak payah try! Buat terus!

Suha : Wokey!

                    Suha cari pula nama Ajib dan menghantar mesej pada Ajib. Tentu Ajib belum tidur?! Suha meneka-neka dalam hati.

 Suha : Esok abang Mie ajak Suha keluar. Boleh tak??

             Suha sabar menunggu mesejnya berbalas. Lima minit berlalu Suha memeriksa whatssapnya. Yang ada hanya mesej-mesej dalam group. Tunggu lagi! Dua puluh minit berlalu. Periksa lagi!

Ajib: Buka pintu sekarang!

             Suha sudah tersenyum lebar. Dia bangun dan menuju ke pintu biliknya. Dia lakukan apa yang Ajib suruh tapi bukan bukakan pintu selebarnya. Suha cuma biarkan pintu tak berkunci.

Suha : Bukalah sendiri! Suha bukannya kunci pun!

          Seketika kemudian pintu bilik sudah dikuak dari luar. Suha yang sedang membaca mesej dari kawan-kawannya mendonggak seketika, kemudian kembali beriak biasa. Dalam hati jangan cakaplah. Jantung dia macam nak lompat keluar dah!!

            ‘’Kenapa Suha baik sangat dengan jantan tu? Apa yang istimewa sangat dengan dia berbanding abang? Suha kenal abang sejak kecil lagi, tapi jantan tu Suha baru kenal beberapa minggu ja!’’ mukadimah Ajib sebaik mendarat duduk di tepi Suha di atas katil.

           ‘’Tentulah dia lebih istimewa dari abang! Takkan dengan dia pun abang nak jeles kot?!’’ Suha menjawab dan bertanya serentak. Ajib mendengus kuat.

             ‘’Dayuslah abang kalau tak reti nak cemburu. Suha tu isteri abang! Sepatutnya Suha layan abang, bukan layan jantan tu lebih dari abang!’’ hati Ajib sudah berbahang. Suaranya terkuat sikit.

          ‘’Kenapa pulak? Dari mana abang belajar adik tak boleh layan abang kandungnya sendiri? Ustaz mana yang beritahu abang?’’ Suha masih beriak tenang. Dia menoleh sekilas lalu ke arah Ajib untuk melihat riak wajah Ajib.

         ‘’Apa Suha cakap tadi? Ulang sekali lagi!’’ Ajib blurr dengan kenyataan Suha.

       ‘’Tak tahu pulak Suha, dari bisu abang dah jadi pekak pulak!’’ Suha menjadi dingin lagi. Sengaja betul nak mencari pasal. Ajib hanya mampu kebam bibir mendengar jawapan Suha.

         ‘’Sejak bila Suha ada abang kandung ni? Abang tak tahu pun?!’’ soalan Ajib buat bibir Suha spontan tersenyum. Dengar pun! Saja buat-buat tak dengar!

         ‘’Sejak Suha kenal dengan abang Mie dan mak long!’’ Suha menjawab sambil bangun dan menuju ke pintu. Dia membuka pintu seluasnya.

           ‘’Suha nak tidur! Abang keluarlah,.pergi tidur bilik abang. Lagi pun, abang yang buat undang-undang dalam rumah ni kan. Bilik abang di atas. Bilik Suha di bawah!’’ Suha pulangkan paku buah keras. Ajib terkebil-kebil di atas katil tapi seketika kemudian bibirnya mengukirkan senyuman.

              ‘’Tak apa! Berkuatkuasa mulai malam ni, undang-undang tu dah tarikh luput. Tak boleh guna dah! Abang buat undang-undang baru! Suha kena tidur dengan abang. Dan undang-undang baru ni WAJIB dipatuhi!!’’ Ajib berkata penuh semangat. Suha pula yang termanggu di muka pintu.

            ‘’Okey!’’ sepatah kata yang keluar dari bibir Suha dan pintu bilik ditutup kembali. Suha padamkan lampu dan kembali ke katil.

         ‘’Yess!’’ Ajib menjerit keriangan.

           ‘’Abang nak tidur,.tidur aje! Jangan kacau Suha sudah. Suha tengah sengugut ni! Sakit perut. Abang kacau pun Suha bukannya boleh layan!’’ Suha berkata perlahan. Dia rebahkan tubuhnya dan memejamkan mata.

           ‘’Ish,..ish,..ishh,..cobaann!!’’ Ajib pula bersuara sayu.

..................................................

               Shuhaimi datang mengambil Suha di rumah. Ajib tak dapat pergi kerana sibuk. Dia izinkan Suha pergi selepas dia tahu Shuhaimi tu abang kandung Suha. Hari ini Shuhaimi berniat nak kenalkan Suha dengan ayah mereka dan keluarga mereka yang lain.

           ‘’Sebenarnya,.kita nak ke mana ni abang Mie?’’ Suha bertanya resah bila Shuhaimi memasuki taman perumahan elit. Rumah mewah yang berada di kiri kanan jalan terus membuatkan jiwanya resah.

              ‘’Dah sampai dah!’’ Shuhaimi menghentikan keretanya di sebuah banglo tiga tingkat. Besar rumahnya dan hati Suha semakin berdegup kencang.

          ‘’Jom masuk!’’ Shuhaimi berkata sambil meraih tangan Suha.

                 Mereka berdua menuju ke arah pintu pagar. Loceng rumah ditekan. Beberapa minit kemudian pembantu rumah menjenguk. Pintu pagar terbuka perlahan-lahan. Pak Mahat, tukang kebun bergegas mendapatkan mereka.

          ‘’Lama encik Shuhaimi tak datang?’’ Shuhaimi menghulurkan tangan dan bersalaman dengan Pak Mahat. Shuhaimi ukirkan senyuman selebarnya tanpa menjawab pertanyaan Pak Mahat.

             ‘’Mie masuk dulu! Papa ada tak?’’ soalan Shuhaimi ajukan. Suha mencuit lengan abangnya.

            ‘’Papa? Apa maksud abang?’’ Suha menyoal Shuhaimi lagi. Hatinya benar-benar tidak tenteram.

           ‘’Ada! Dato ada tetamu!’’ Pak Mahat memberitahu sebelum Shuhaimi menjawab pertanyaan Suha. Mereka terus berjalan masuk ke dalam rumah.

              ‘’Mie?! Lama kau tak datang sini? Amboi! Sejak bertunang ni,.baru nampak muka?!’’ seorang wanita anggun menegur ramah sebaik mereka masuk ke ruang tamu. Wajah-wajah lain memandang ke arah mereka berdua.

                 ‘’Baru hari ni nak bawa tunang ke sini?’’ seorang lelaki pulak menegur. Shuhaimi sudah ketawa ceria.

             ‘’Papa! Ummi! Sihat?’’ Shuhaimi bersalaman dengan semua orang. Suha sudah tersipu-sipu malu namun tangannya tetap dihulurkan untuk kedua orang wanita anggun yang ada di depannya.

            ‘’Papa! Sebenarnya,.Mie bukan bawa tunang Mie! Tunang Mie pergi kursus. Ini Suha Fasihah! Adik kandung Mie! Seibu dan sebapa dengan Mie!’’ sebelum duduk Shuhaimi memperkenalkan Suha kepada papanya. Suasana sunyi seketika. Jantung Suha semakin laju berdetup-detap.

            ‘’Maksud Mie?’’ lelaki yang dipanggil papa bertanya.

           ‘’Mudah sangat papa nak faham! Kalau Mie ni anak kandung papa,.maksudnya Mie bawa sekarang ni anak papa jugak!’’ Shuhaimi rasa bengang tiba-tiba. Suha lagilah,.terus keliru dan serabut untuk mencerna situasi ini.

            ‘’Ibu kau mana Mie? Papa nak jumpa dia!’’ Dato Azam bersoal balas. Sukar nak percaya Suha tu anak kandungnya.

            ‘’Ibu dah meninggal! Papa jangan bimbang,.Mie bawa Suha untuk kenalkan pada papa ja, bukan untuk rebut harta papa!’’ kenyataan Shuhaimi buat hati Dato Azam berbahang. Malu dia pada tetamu-tetamunya.

            ‘’Suha Fasihah! Macam pernah dengar?! Eh! Abang,.Suha ni bukan isteri Ajib ke? Menantu abang! Anak pembantu rumah Noreen?’’ salah seorang wanita anggun bersuara. Suha cuba mengamati wajah-wajah di hadapannya. Wajahnya turut berbahang.

               ‘’Hmm,.abang pun tak perasan tadi!’’ lelaki yang ditanya bersuara pula.

             ‘’Suha nak balik!’’ Suha terus bangun dan berlari ke pintu. Di muka pintu dia bertembung pula dengan seseorang.

            ‘’Suha? Apa kau buat di sini? Err,.aku dengar kau dah kahwin? Tahniah! Cuma aku keliru sikit,.kenapa kau kahwin dengan abang kau?’’ Suha bertembung dengan Ezri, rakan sekolahnya dulu. Lelaki yang pernah meluahkan perasaan padanya.

             ‘’Ezri! Dari mana ni? Bila balik dari oversea? Abang dengar sakan pergi bercuti?’’ Shuhaimi yang mengekori Suha menegur Ezri. Suha semakin buntu sebuntunya.

                ‘’Abang long? Kejap! Apa hubungan abang long dengan perempuan ni?’’ Ezri bertanya sambil jari telunjuknya ditudingkan pada Suha.

               ‘’Suha tak nak masuk campur! Suha nak balik!’’ Suha mula rasa pening. Dia berlari ke pintu pagar. Shuhaimi mengejarnya.

            ‘’Abang long! Nak ikut?’’ Ezri turut menyibuk. Dia nak tahu apa hubungan Shuhaimi dengan Suha.

                 Mereka keluar mengunakan pintu pendua. Suha menuju ke arah kereta Shuhaimi dan berdiri kaku di situ. Dia rasa ingin menjerit agar kekusutan dalam hatinya hilang. Paling dia tak boleh terima bila salah seorang wanita anggun tadi menamakan ibunya sebagai pembantu rumah. Dia rasa seolah wanita itu ingin menghina ibunya. Suha cuba mengingat kembali sama ada dia mengenali wanita itu.

           ‘’Siapa mereka tadi? Kenapa abang Mie buat macam ni kat Suha?’’ Suha melepaskan amarahnya terhadap Shuhaimi. Ezri yang turut ada bersama tercengang-cengang.

              ‘’Maaf dik! Abang ingat nak buat susprize. Tak sangka nak jadi macam ni!’’ Shuhaimi membela diri. Bila dia hanya merancang tapi rancangannya tak berjalan dengan lancar, apa lagi yang boleh dikatakan?!

                   ‘’Perhatian! Perhatian!,.abang long! Suha! Boleh tak jangan buat Ezri tension?! Apa sebenarnya ni? Cer ceta!’’ Ezri mencelah lagi. Geram betul dia bila dua hamba Allah di depan dia ni langsung tak pedulikan kewujudannya.

                 ‘’Hantar Suha balik! Jangan ajak Suha datang sini lagi! Suha tak hingin!!’’ Suha ingin menangis. Dia sendiri tak tahu kenapa hatinya rasa sakit yang tak terkata. Sukar nak dijelaskan.

                ‘’Tenang dulu dik! Abang bukan berniat nak buat Suha macam ni. Abang cuma nak kenalkan Suha dengan keluarga kita yang lain saja. Contohnya macam Ezri ni,.dia ni adik lang kita! Err,.abang tak pasti pulak sama ada dia adik atau abang Suha?!!’’ dalam ingin mengenalkan keduanya Shuhaimi turut dilanda keliru.

                  ‘’Adiklah! Suha lahir bulan Januari,.dia bulan May,..walau umur kami sebaya tapi Suha yang lahir dulu!’’ Suha membalas kata-kata Shuhaimi.

            ‘’Opppss,..tunggu dulu! Apa adik-adik pulak ni? Abang long! Tolong cerita biar terang sikit!’’ Ezri menjadi blurr, masih tidak memahami keadaan sebenar.

               ‘’Jomlah,.kita singgah di mana-mana. Nampaknya nak ajak Suha masuk ke dalam rumah semula, abang rasa mustahil sangat,.’’ Akhirnya Shuhaimi membuat keputusan untuk meninggalkan rumah itu. Alarm kereta ditekan dan Ezri pun turut meloloskan dirinya ke dalam kereta dan mengambil tempat di sebelah pemandu. Terpaksalah Suha duduk seorang di belakang.

.................................................

             ‘’Ohh,..macam tu ceritanya. Kau tahu tak Suha?,.dulukan aku pernah minta izin kat Ajib nak ambil kau buat awek. Kau tahu apa dia cakap?’’ Ezri yang sudah diterangkan kejadian sebenar mula bersuara.

              ‘’Dia kata kat aku macam ni tau,. Kalau kau nak dia, buat awek ke,.buat bini ke, ambillah tapi pastikan kau langkah mayat aku dulu! Lepas tu aku balaslah balik. Kalau kau dah mati siapa nak jadi wali dia? Kaukan abang kandung dia?’’ Ezri ketawa dengan ceritanya sendiri.

           ‘’Kenapa kau cakap dia abang kandung aku? Aku tak pernah cerita pun hal keluarga aku pada kau?!’’ Suha bertanya ragu.

               ‘’Manalah aku tahu! Aku selalu tengok kau keluar masuk rumah yang sama dengan Ajib, aku ingat korang ni dua beradiklah. Tapi bila mereka bercerita dalam group whatssap kau kahwin dengan Ajib. Aku jadi blank!’’ Ezri bercerita lagi. Suha hanya tersenyum hambar. Dia memang tak pernah bercerita ibunya hanya pembantu rumah. Kadang-kadang dia takut diri dia akan disisihkan.

            ‘’Aku tak pernah nampak nama kau naik pun dalam group whatssap tu? Kau tak pernah baca ke atau kau tak berminat dengan topik-topik mereka?’’  Suha terus berbual dengan Ezri. Shuhaimi mula menguap. Bila mereka langsung tak sedar dengan kewujudannya lagi.

            ‘’Abang nak pergi toilet kejap! Korang ni berbual tak hengat dunia. Abang di sebelah pun macam tak wujud dah!’’ Shuhaimi bersuara rajuk dan bangun. Kedua orang adiknya itu langsung tak bersahut. Mereka terus rancak berbual.

             ‘’Bohsan aku! Merapu ja lebih,.lebih-lebih lagi kaum perempuan. Entah apa-apa topik yang mereka chat. Kadang-kadang aku macam nak keluar ja dari group tu. Selalunya aku padam ja tanpa baca sikit pun.’’ Ezri mencebikkan wajahnya sambil bercerita.

             ‘’Macam mana kau tau aku dah kahwin, kalau kau tak baca pun?’’ Suha bertanya lagi. Ezri tersenyum.

                ‘’Mereka upload gambar kau bersanding dengan Ajib. Sebab tu aku blurr,.kenapa kau berkahwin dengan abang kau! Eh! Tak sangkakan? Macam mana kita boleh jadi adik beradik pulak? Nasib baik kau reject cinta aku dulu! Kalau tak mesti kita dah buat sumbang mahramkan?’’ Ezri berkata lagi. Tangannya menongkat dagu, cuba membayangkan situasi mereka berdua andai mereka sedang bercinta dan kenyataan mereka adalah adik beradik tiba-tiba terbongkar. Ezri mengelengkan kepalanya berkali-kali.

             ‘’Manyak ar kau punya sumbang mahram!’’ Suha membalas sambil tersenyum. Dalam rancak mereka berbual, tanpa diduga ada mata yang sedang memerhati dan pemilik mata itu sudah mengepal penumbuknya.

              ‘’Kita snap gambar nak? Lepas tu kita upload masuk dalam group whatssap. Biar kasi berasap group tu!’’ sambil bercakap Ezri sudah bersedia dengan telefon bimbitnya. Mereka berselfie sambil Ezri memeluk bahu Suha.

            Ezri terus muat naik gambar mereka dalam group whatssap teman-teman sekolah mereka dan menunggu respon kawan-kawan yang lain.

Idah : Fuyooo!!,. ö

Mira : Aku kompius tahap gaban dah ni? Korang buat apa ni? Abang Ajib ko tak jeles ke Suha????????

Imah : Daebak!!! Aku tabikk arrrrrrr,..

Amri : Phewitttttttttttttttt,.. LOL!

         Dan macam-macam lagi komen yang keluar. Suha dan Ezri langsung tak membalas. Mereka hanya membaca dalam telefon masing-masing sambil bibir tak henti-henti tersenyum.

              ‘’Ini kerja korang ya? Konon nak keluar dengan abang kandung?!’’ si pengintip sudah datang mendekat. Suha dan Ezri tercenggang-cenggang.

                ‘’Ambik kau!!’’ kolar baju Azri dicekak dan sebiji penumbuk dilayangkan ke muka Ezri. Terlalu pantas perkara itu terjadi dan Suha masih kaku. Seketika kemudian barulah Suha bangun dan mendapatkan Ezri dan Ajib yang sudah macam orang kerasukan.

          ‘’Abang!! ‘’  Suha cuba menarik Ajib dari terus memukul Ezri.

           ‘’Relax ar bro! Jangan mengamuk dulu boleh tak?’’ Ezri pula bersuara dan mengelak dari terus dipukul. Suha mencuba sedaya upaya menarik Ajib dari menghampiri Ezri.

              ‘’Suha! Ajib! Ezri! Kenapa ni? Abang tinggalkan korang sekejap ja. Dah jadi macam ni? Tak malu ke orang tengok? Haa,..Ajib! cemburu buta lagi la ni?’’ Shuhaimi datang menyelamatkan keadaan. Ezri ditolak agar menjauh dari Ajib. Shuhaimi berdiri di tengah-tengah antara keduanya.

              ‘’Cemburu buta apanya? Yang tak malu mereka berdua ni ha! Tengah khalayak ramai pun nak berpeluk-peluk ke?’’ Ajib menuding ke arah Ezri dan Suha. Tanpa sedar bahu Ajib Suha tampar.

                ‘’Bila masa pulak kami berpeluk? Abang tu yang entah apa-apa! Tak ada angin, tak ada ribut nak mengamuk? Kesalahan abang yang hari tu pun Suha tak maafkan lagi! Jangan sampai Suha lari rumah mak long lagi!!’’ Suha mengugut Ajib, sekadar nak menguji hati Ajib ni. Kalau betul dia ikhlas sayangkan Suha tentu dia akan tenang kembali.

             ‘’Dah! Dah!! Suha,.Ajib,..jangan panjangkan lagi hal ni! Abang ingat mungkin semua ini hanya salah faham saja. Ni abang kenalkan adik lang kami. Suha dengan Ezri ni dua beradik. Kalau abang dengan papa tak ada Ezri ni boleh jadi wali Suha tau!’’ Shuhaimi kenalkan Ezri pada Ajib. Ezri hulurkan tangan ingin bersalaman tapi Ajib tak memberi respon pun. Suha pegang tangan Ajib dan satukan tangannya dengan tangan Ezri.

               ‘’Kenapa masa kami nikah hari tu sorang wali pun tak muncul? Sekarang ni banyak pulak wali yang muncul ya??’’ Ajib masih kurang percaya dengan kata-kata Shuhaimi. Dia masih was-was dengan perhubungan mereka. Dia ingat lagi wajah Ezri yang pernah datang padanya meminta izin untuk berkawan dan sekaligus bercinta dengan Suha.

              ‘’Abang dah lama cari Suha dan ibu tapi takdir hanya mempertemukan kami selepas Suha ada suami. Nak buat macam mana? Takkan kita nak tolak kehendak takdir?!’’ Shuhaimi mula geram dengan kerenah Ajib yang cepat baran. Suha sudah muncungkan bibir. Dia berkira-kira kalau Ajib terus nak mengamuk di situ dia akan blah dan merajuk lagi. Amekaw!!

            ‘’Ajib!’’ suara seorang lelaki memanggil Ajib. Semua orang menoleh serentak. Suha memegang tangan Ajib erat. Dia kenal orang ini. Orang yang mereka jumpa tadi. Dua lelaki dan dua wanita anggun tadi mengekori mereka ke sini!

 .................................................................

      Sesuatu yang tak disangka,
     Seringkali mendatangi kita,
    Apakah suratan atau kebetulan.

                   Antara lirik lagu Suratan Atau Kebetulan seolah ditujukan untuk Suha Fasihah. Hidup ini memang berliku dengan dugaan. Kita tidak pernah menduga apa yang akan berlaku dikemudian hari. Ketika dia ingin menikah hari itu mereka mencari wali untuk Suha tapi mereka kebuntuan hingga terpaksa mengunakan wali hakim. Tapi,.bila dia sudah menjadi isteri Suha baru tahu dia masih punya ramai saudara mara yang boleh dijadikan wali. Kadang-kadang dia menjadi mushkil, sahkah pernikahan mereka?

                    ‘’Suha!!’’ Ajib memanggil Suha yang sedang berehat di laman rumah mereka. Suha menoleh dan bibirnya spontan menguntumkan senyum.

              ‘’Berangan apa? Dari tadi abang tengok asyik bertongkat dagu ja!’’ Ajib duduk di sebelah Suha. Wajah Suha direnungnya.

            ‘’Banyak yang Suha fikirkan abang. Entahlah,.kadang-kadang Suha macam tak percaya dengan semua yang berlaku ni. Sejak abang berubah dan menerima diri Suha,.rasanya dunia ini macam Suha yang punya! Dulu,.Suha ingat Suha akan terus menjadi pungguk yang sering rindukan bulan,.sedangkan ‘bulan’ tu tak sudi pun nak pandang wajah Suha ni!’’ Suha menjawab sambil merebahkan kepalanya di bahu Ajib. Dia mengimbas kembali waktu-waktu pahitnya bersama Ajib dulu.

               ‘’Siapa bulan tu? Jangan cakap bulan tu abang!’’ Ajib sengaja mengenakan Suha.

              ‘’Kalau bukan abang siapa lagi?’’ Suha mendonggak dan memandang wajah Ajib. Senyuman dibibir Ajib menenangkan hatinya. Kalau dulu nak tengok Ajib senyum pun payah.

             ‘’Suha suka tengok abang senyum. Agaknya hati abang tu dah cair sepenuhnya?’’ Suha menyambung kata. Ajib baru teragak-agak nak menjawab soalannya tadi.

             ‘’Kenapa Suha cakap macam tu? Kalau hati abang ni cair, habislah abang sebab hati abang tu ada nama Suha sekarang ni. Cair bermakna Suha pun akan hilang dan lenyap dibawa arus,..’’ Ajib cuba merangka ayat-ayat puitis walau kedengaran terlalu janggal dipendengaran.

              ‘’Dulu hati abang beku sebekunya sebab tu abang dingin dengan Suha!’’ Suha berkata selamba. Bibirnya lebar dengan senyuman.

            ‘’Kalau dah tahu hati abang ni beku kenapa Suha tak panaskan awal-awal lagi. Kenapa Suha tak mengaku saja Suha tu sukakan abang sejak dulu lagi? Abang ingat Suha benci abang sebab Suha tak mau layan abang. Suha sombong sangat dengan abang dulu!’’ Ajib mengasak Suha dengan persoalan yang membuatkan Suha merenungnya tak berkelip. Ajib kenyitkan matanya berkali-kali dan membalas renungan Suha dengan bibir masih menguntum senyum.

              ‘’Abang baca dairi Suha ke? Tak amanah betullah abang ni! Mana boleh baca dairi orang!!’’ melihat gelagat Ajib, Suha meneka sendiri. Ajib sudah ketawa ceria melihat mimik wajah Suha yang sudah cemberut.

              ‘’Suha patut bersyukur tau, sebab dairi Suha tu la abang jadi diri abang macam hari ini. Kalau abang tak tahu suara hati Suha tu, Suha ingat hati abang ni akan cair dengan sendiri ke?’’ Ajib pegang kedua pipi Suha dan doggakkannya. Maka mata pun bertentang mata.

          ‘’I LOVE YOU TOO Suha Fasihah!’’ Suha terkelu mendengar luahan Ajib tu.

          ‘’So sweet! Sejak bila abang jadi romantik ni?’’ Suha menyakat Ajib. Jari jemari Ajib digapainya dan dibawa ke bibir. Diciumnya jari jemari itu dengan rasa syukur yang tak terhingga.

              ‘’Sejak Suha berjanji nak bagi abang anak cepat-cepat!’’ sengaja Ajib berkata begitu. Terbelalak mata Suha dan dalam masa yang sama dia cuba mengingat kembali. Bila dia berjanji macam tu? Hatinya berkata-kata.

              ‘’Suha tak pernah cakap pun!’’ Suha menafikannya. Ajib mengenyitkan matanya sekali lagi.

              ‘’Tadi abang tengok Suha dah solat. Suha dah habiskan? Lepas ni pasti Suha kena bagi abang anak jugak!’’ Ajib jongketkan keningnya berkali-kali. Suha berpura-pura marah. Huh!

             ‘’Ishhh,.abang ni tak senonohlah! Tak nak kawanlah. Suha nak pergi gerai depan tu, nak cari pokok daisy pulak! Abang tak nak temankan Suha ke? Taman Suha ni dah banyak pokok mawar. Lepas tambah pokok daisy nanti abang buatkan rumah orkid pulak untuk Suha ya?’’ Suha yang terasa malu terus menukar topik mereka. Ajib ketawa kecil melihat wajah Suha yang sudah kemerah-merahan itu.

                  ‘’Yalah! Nanti abang temankan tapi janganlah Suha borong semua pokok-pokok tu! Muflislah abang nanti!’’ Ajib menyakat Suha lagi. Sesekali dia teringin juga mengikut kata-kata Suha. Macam cantik ja halaman rumah mereka dengan pokok-pokok bunga yang berbagai warna.

            ‘’Tapi,.malam ni Suha pulak temankan abang ya?’’ Ajib menyambung kata sambil mengedipkan matanya lagi. Suha tersipu-sipu lagi.

          ‘’Uishh,..abang niiiiiiiiiiiiii,..’’ Suha bangun dan melarikan diri masuk ke rumah. Ajib terus ketawa dan mengikut Suha.

Cinta! Ia tak pernah berkata dusta,.
Biar sedingin ais hadirnya!
Ia tetap ada,.
Ia bersemadi dalam jiwa,..
Lalu ternokhtah di dalamnya!

*****************************TAMMAT********************************

Dialog tambahan,..
Ajib : Sayang!,.raya nanti kita nak raya di mana dulu? Abang peninglah,.mama suruh beraya di rumah dia. Papa pulak cakap nak buat rumah terbuka dan suruh kita beraya di sana. Abang Mie pun dah whatssap abang. Dia cakap nak buat kenduri kesyukuran. Bapak mertua abang pula asyik call abang je, dia nak abang bawa anak dia yang degil ni pergi beraya di rumah dia. Sayang buatlah keputusan, abang ikut ja!

Suha : Hmm,.dulu Suha ingat abang anak tunggal dan Suha pun anak tunggal. Kita Cuma ada mama ja..tapi, bila kita dah tahu kita ada papa dan ada keluarga yang ramai, payahkan nak bahagiakan hati semua orang?

Ajib : Tu la kan? Tapi,..bila difikirkan balik macam meriah ja raya tahun ni. Mama tu pun macam nak maafkan papa ja!

Suha: Ya ke bang? Mama nak rujuk dengan papa semula ke?

Ajib: Tak semestinya berbaik tu kena rujuk semula! Suha pun tak sukakan kalau nak kongsi abang dengan wanita lain?

Suha: Jangan kata Suha,.abang tu pun dah berapa orang lebam kena penumbuk abang!

Ajib: Hehe,.itu tandanya abang sayang Suha!

Suha: Elehhhh,..sayanglah sangat sampai semuanya abang nak control! Nasib baik dengan pak cik jual pokok bunga tu abang tak jeles. Kalau tak melepaslah Suha nak belek bunga lama-lama di gerai bunga dia tu.

Ajib: Siapa cakap abang tak jeles. Suha lupa ya anak teruna dia tu bukan main hensem lagi. Was-was jugak abang nak lepaskan Suha pergi sorang-sorang ke gerai bunga pak cik tu!

Suha: Teruk betullah cemburu abang ni? Suha lagi suka masa hati abang berais dulu. Suha buat apa pun, abang buat tak peduli ja!

Ajib: Masa tu hati abang ni belum ada nama Suha lagi,.tapikan,.kalau Suha nak abang simpan nama orang lain dalam hati abang ni,..abang tak kesah!

Suha; Kalau berani abang buatlah!

Ajib: Mencabar nampak?!

Suha: Ingat abang sorang ja boleh buat macam tu? Dalam group whatssap tu kalau Suha layan,.ada ja yang berkenan dengan Suha ni!

Ajib: Suha Fasihah!

Suha: Hehe,.tukan! macam marah jer! Macam geram jer!

Ajib: Dahlah! Tukar topik! Raya ni nak beraya di mana?

Suha: Rumah mamalah! Lepas tu kita ajak mama ronda semua rumah. Kan adil macam tu!

Ajib: Hmm,.okey jugak! Tidurlah,.

Suha: Awal lagi, suha nak baca cerpen online ni dulu!

Ajib: Cerpen apa pulak?

Suha: Hatimu Sedingin Ais! Macam kisah kita ja!

Szaza Zaiman: Uishhh,..memang kisah korang pun! Hihi selamat membaca semua! Suha Fasihah? Macam pernah ku lihat nama ini! Tapi di mana ya? Suha ooo Suha! Mana kau ni Suha?          


             
Tunggukan Edisi Raya naa,dengan AIS perbagai perisa!
Hahahaha,.

8 ulasan:

  1. Suha Fasihah? Sounds familiar... Haha!

    Nice one Kak... Cuma Ajib tu mmg nama dia Ajib ke nama panggilan? Jangan nama sebenar dia Najib sudah... Lalala~

    *selamat berpuasa kak szaza :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat beruasa Suha,..hahaha,tak pa! Dun wori bi hepi,.kita ada lagi konsonan lain selain N,mula dengan ABCDEFGHIJKLMOQRSTUVWXYZ,..pilih ja mana satu nak letak kat depan tu,..Hajib,Majib,wajib,..hihi atau anggap ja nama manja dia ja Ajib tu,.nama sebenarnya lain .. :D

      Padam
    2. #Selamat Berpuasa!! P tak mau naik pulak!

      Padam
    3. Haha! Wajib pun boleyyy kak... Asalkan bukan mula dengan N... Hehe~

      Padam
    4. Sebenarnyakan,akak dah ada nama betoi Ajib,.nak tau? Tunggukan cerpen ni dalam edisi khas raya naa!

      Padam
    5. Waaaahhhh! Ada edisi khas raya!
      Ho ho ho hokeh... Akanku tunggu Kak... Excited ni...

      Kak, Penerbitan Layar Pena ada buat pemilihan cerpen utk dibukukan, akak taiplah cerpen n hantar pada mereka... Tarikh tutup 10 ogos nanti... Insya Allah sy akan cuba nasib jgk kalau berjaya taip cerita baru... Huhu...

      Padam
    6. Ya ka? akak macam malas ja! Macam segan ja nak join,tentu ada syarat2nyakan? Akak menulis ni untuk suka2 ja,kang menang nanti penulis lain tak boleh cari makan pulak!!,..hahaha PEACE!! :D

      Padam
    7. Syarat mcm biasa Kak...
      Tema salah satu: tentang cinta, tentang hidup atau tentang jenaka...
      Font Times New Roman, saiz 12, spacing 1.5, 10 - 20 muka Surat...

      Haha! Susah pulak kang penulis lain tak dapat cari makan... Tapi kalau akak tetiba tukar fikiran nanti trylah Kak... Sy pun tengah kumpul idea ni... Belum mula taip pun lagi... Hehe

      Padam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.