Rabu, 8 Julai 2015

Hatimu Sedingin Ais (Edisi Raya)

                               Suha membelek kalendar dan menghitung hari sejak dia mula berbaik dengan Ajib. Hari ini mereka sedang berada dalam bulan Ramadhan. Lagi empat belas hari mereka akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Memang berbeza perasaan Suha tahun ini berbanding tahun-tahun sebelum ini. Cuma,.dalam rasa gembira untuk menyambutnya bersama keluarga baru Suha sendiri tidak faham dengan hatinya.

                    Sejak seminggu yang lalu Suha langsung tak boleh berada dalam jarak yang dekat dengan Ajib. Bahkan bila Ajib pulang ke rumah saja Suha sudah mula merasai kelainannya. Dengar bunyi deruan enjin kereta Ajib pun Suha sudah mula menyampah! Kadang-kadang dalam minda Suha terdetik fikiran negatif. Adakah dia telah diguna-gunakan oleh seseorang agar membenci Ajib?

               ‘’Suha!!’’ mendengar saja seruan Ajib Suha buru-buru ke bilik air. Dimuntahkan segala isi perutnya. Suha tidak mengerti apa yang sedang dialaminya. Terbayang saja wajah Ajib dalam pemikirannya dia akan rasa loya dan muntah-muntah. Macam Ajib tu busuk sangat! Itu yang Suha rasa.

          ‘’Suha!!’’ Ajib memanggil lagi. Suha sudah mula rimas mendengar suara Ajib berulangkali. Dia rasa macam nak lari saja dari rumah dan menjauhkan dirinya dari Ajib.

          ‘’Jangan datang!! Suha tak nak tengok abang!’’ Suha bersuara kuat sebaik Ajib berjaya menemuinya di bilik air. Tercenggang Ajib bila Suha berkata begitu. Bukan kali pertama Suha melarangnya begitu. Rasanya dah beribu kali Suha menyuruhnya menjauhkan diri sejak seminggu yang lalu. Sudah bencikah Suha padanya?

          ‘’Kenapa ni sayang?’’ Ajib menyoal dan masuk ke dalam bilik air. Belakang Suha digosok perlahan bila Suha terus muntah dan muntah.

          ‘’Abang busuk! Suha tak nak kawan dengan abang!’’ Suha bersuara lagi bila muntahnya kembali reda tapi tanganya menutup hidung. Sebelah lagi tangannya menolak Ajib keluar dari bilik air.

           ‘’Eh! Abang guna minyak wangi berjenama tau! Import lagi!’’ Ajib cuba berseloroh manakala Suha kembali mengeluarkan isi perutnya. Air matanya sudah berjuraian laju akibat tidak dapat menahan rasa seksa yang sedang dialaminya.

            ‘’Sayang sakit ke?’’ Ajib menyoal sambil kakinya melangkah masuk ke dalam bilik air semula. Kesian betul dia melihat Suha yang muntah teruk begitu. Ajib mengosok belakang Suha lagi.

            ‘’Suha okey ja kalau abang tak ada. Asal abang balik ja mesti loya Suha datang lagi. Kalau macam ni Suha nak tinggal dengan mama atau mak long saja. Abang tinggal sorang-sorang! Suha tak nak tengok abang. Abang busuk!’’ Suha bersuara sambil berlari keluar dari bilik air. Dia berlari masuk ke bilik tamu dan menguncikan pintunya. Ditutup hidungnya lagi sambil membayangkan sesuatu yang mungkin boleh menghilangkan loyanya. Bunga! Ya,..Suha sudah mengukirkan senyuman bila membayangkan dirinya sedang berada di sebuah taman yang penuh dengan bunga-bungaan.

.................................................

                      ‘’Mama! Kenapa dengan menantu mama tu. Macam dah benci Ajib ja?’’ adu Ajib pada Puan Noreen bila Suha mengurung diri dalam bilik tamu. Walau dipanggil berkali-kali pintu tetap tidak dibuka. Ajib terus mengambil keputusan untuk menelifon mamanya. Mungkin mamanya boleh merungkaikan kekusutan fikirannya.

               ‘’Benci? Apa yang Ajib cakap ni? Baru tiga bulan korang berbaik, takkan gaduh lagi? Ajib buli Suha lagi ke?’’ Puan Noreen menyoal Ajib dengan suara lantang. Tersentak Ajib mendengarnya. Dia mengeluh perlahan. Suha buat perangai,dia pulak yang kena! Mana aci!!

             ‘’Mana ada ma! Menantu mama tu asyik kata Ajib ni busuk. Dah tu asal Ajib ada ja mesti muntah-muntah. Ajib tanya kenapa, dia marah-marah pula. Kalau Ajib bertegas pulak, mesti dia ugut nak tinggal dengan mama dan tinggalkan Ajib sorang-sorang di rumah ni. Peninglah Ajib mama, kalau macam ni!’’ Ajib bercerita dengan Puan Noreen. Lancar saja ayat-ayatnya.

            ‘’Macam nak dapat berita baik ja tu?! Ajib dah bawa Suha pergi klinik?’’ Puan Noreen menyoal lagi. Kali ini suaranya berubah nada. Kedengaran lebih ceria dan gembira.

         ‘’Berita baik mama cakap? Ajib ni yang terseksa ma. Asyik kena halau ja. Dah seminggu Suha tu menjauhkan diri dari Ajib. Macam nak suruh ja mama pergi pinangkan Nieta tu. Biar padan muka menantu mama tu!’’ Ajib mendengus. Suaranya ditekankan agar mamanya tahu betapa terseksanya hatinya disaat ini.

              ‘’Amboi! Amboi!amboi!,.sedapnya dia cakap. Suha tu jadi macam tu sebab perbuatan Ajib. Tu tandanya mama nak dapat cucu. Mama dulu pun macam tu masa mengandungkan Ajib. Sebab tu papa kahwin lain. Kalau Ajib pun nak buat macam papa. Mama tak nak mengaku Ajib tu anak mama lagi!’’ Puan Noreen sudah mula geram dengan pengakuan Ajib. Terbayang apa yang pernah dialaminya dulu. Mabuk teruk setiap kali ada suaminya di rumah, akhirnya dalam diam dia dimadukan. Huh! Orang lelaki!

              ‘’Ya ke mama? Yess!,.maknanya Ajib ni lelaki sejati la?! Kalau macam tu mama datanglah ambil Suha. Kesian pulak Ajib tengok dia. Asyik muntah-muntah ja di sini. Mungkin kalau tinggal dengan mama sampai bersalin, dia okey semula?!’’ Ajib bersuara girang. Tapi,.hatinya sayu di dalam. Alahai,.macam mana la nak hidup nanti, tanpa isteri di sisi?

          ‘’Amboi! Nak lepas tangan pulak? Bukan lama pun, mama dulu masa kandungan masuk lima bulan. Okey la semula!’’ Puan Noreen bercerita lagi. Tak lama pun sebenarnya alahan tu. Kira-kira dua bulan saja, Cuma selepas itu teruk pula nak layan kes mengidam. Kalau dia nak makan sesuatu tu, mesti kecur liurnya selagi tak dapat. Nasib baiklah dia masih ada ibu dan ayah ketika itu. Merekalah yang banyak membantu dia ketika saat-saat sukar seperti itu.

           ‘’Ohh,.macam tu ke mama? Manalah Ajib tahu. Nanti mama datang ambil Suha ya? Suha tu langsung tak nak tengok muka Ajib ma,.’’ Sayu pula kedengaran suara Ajib kali ini. Puan Noreen sudah ketawa di hujung talian.

..........................................................

      Ajib : Sayang! Rindu abang tak?

                 Ajib yang tinggal keseorangan di rumah menghantar mesej melalui whatssap pada Suha. Bosan betul dia di rumah. Nak pergi ke rumah mamanya pun, awal-awal lagi Suha dah bagi amaran.

Suha : Gila

             Satu perkataan saja dari Suha yang masuk dan Ajib sudah memukul kepalanya sendiri dengan telefon bimbitnya.

Ajib : Abang rindu Suha. Rindu separuh gila dah ni!

              Ajib tidak berputus asa walau dia tahu balasan dari Suha pasti akan menyakitkan hatinya. Biarlah dia saja yang beralah. Itu yang Ajib fikirkan.

Suha : Zzzz,.nite!

             Grrrrrrrrr,.Ajib berdongkol di dalam hati. Geram tak terkata dengan balasan yang dia terima. Akhirnya Ajib membuka tv. Skrin tv besar di depan matanya langsung tak menarik minatnya. Ada saja yang tak kena dalam hatinya.

           ‘’Malam ni kan malam dua puluh Ramadhan? Dari aku layan perasaan bosan aku ni, baik aku baca Al-Quran.Dapat jugak pahala!’’ Ajib berdialog seorang diri. Dia menuju ke bilik dan mula membacanya.

BismillahirRahmanirRahim

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


97. Al-Qadr


[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,


[2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?


[3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.


[4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);


[5] Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.

            Ajib memulakan bacaannya dengan terjemahan surah Al-Qadr dan kemudian barulah disusuli dengan surah Al-Fatihah dan surah-surah lain. Ajib tahu sepatutnya Ajib harus mulakan bacaannya dengan surah Al-Fatihah tapi hatinya meruntun-runtun untuk tahu mengenai malam Lailatul-Qadar jadi dia membaca terjemahannya saja.

           Alangkah baiknya kalau aku jumpa malam Lailatul-Qadar  tu! Ajib berbisik di dalam hati. Beruntunglah hamba-hamba Allah yang menemui malam itu!

BismillahirRahmanirRahim
1. Al-Fatihah

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).


[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.

[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang
sesat.

              Kali ini Ajib membaca pula terjemahan surah Al-Fatihah. Sekarang ni Ajib perasan dalam tv pun selalu disiarkan bacaan Al-Fatihan berserta terjemahannya. Mudahan ianya akan berterusan kerana Al-Fatihah adalah permulaan surah dalam Al-Quran dan wajib dibaca dalam solat, sama ada solat fardu atau solat-solat sunat.

              Aku asyik sibuk saja dengan urusan-urusan duniaku. Siang aku bekerja. Malam pula aku berehat saja di rumah. Tarawikh kadang-kadang saja aku pergi. Bila terlalu letih aku ponteng! Ya Allah! Aku mohon bantuanMU Ya Allah agar aku menjadi hambaMU yang sentiasa bersyukur dan sentiasa melakukan suruhanMU, sama ada fardu atau pun yang sunat!

              Ajib berdialog di dalam hati, kemudian dia menyambung bacaannya dengan surah lain pula. Sambil membaca Ajib memerhatikan hukum-hukum tajwid. Ah! Ajib belum mahirkan diri dengan hukum-hukum tajwid ni. Banyak lagi yang Ajib ketinggalan. Barulah dia sedar selama ini dia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah. Dia tak pernah bersyukur dengan kenikmatan yang Allah beri untuknya. Kalau dia bersyukur tentu dia akan meluangkan masanya untuk belajar memahirkan dirinya dengan amalan-amalan sunat yang lain dan belajar membaca Al-Quran dengan betul.

             Ahhh,.aku memang teruk! Ajib mengutuk dirinya sendiri.

........................................................

                     Suha kini sudah pulih seperti sediakala bila dia tinggal di rumah ibu mertuanya. Suha sudah tidak alah lagi. Ini yang membuatkan Suha kebingungan. Adakah Ajib saja punca dia muntah-muntah? Kenapa agaknya?

            Semalam Ajib menghantar mesej melalui whatssap padanya. Suha terlalu letih dan mengantuk. Dia ingin membalas dengan ayat-ayat yang romantik juga tapi baru tulis satu perkataan Suha dah terklik perkataan send. Kemudian Ajib membalas mesejnya. Suha sudah malas melayan kerana matanya sudah terlalu berat untuk diangkat. Alam mimpi sudah menyeru-nyeru namanya. Namun dalam keadaan malas itu Suha tetap membalas mesej Ajib.

            Hari ini Suha begitu sibuk dengan ibu mertuanya di ceruk dapur. Mereka berpakat untuk membuat kuih raya. Setiap tahun mereka beli saja. Tahun ini Suha berkeinginan untuk membuatnya sendiri. Mungkinkah pembawaan budak? Suha sendiri pun keliru. Sejak dia mengandung ni badan dia terlalu letih. Yang dia tahu hanya tidur dan tidur. Tapi dalam masa yang sama citarasanya yang sudah berubah memaksa dia membuat cadangan pada ibu mertuanya. Suha teringin benar untuk makan biskut raya hasil tangan sendiri.

                  ‘’Mama! Abang Ajib tu kenapa dipanggil Ajib? Nama manja ya mama?’’ sambil mengadun bahan-bahan, mereka berbual. Suha memang sudah lama ingin bertanya perihal nama Ajib pada ibu mertuanya.

           ‘’Ada sejarahnya Suha!’’ Puan Noreen menjawab bersahaja sambil bibir menguntum senyum. Sementara itu tangannya ligat mencampurkan tepung di dalam bekas dan mengaulnya. Permintaan menantu yang sedang mengandung sulung haruslah dituruti.

           ‘’Ketika mama lahirkan Ajib dulu,.dia terkena sawan tangis. Kuat betul tangisnya. Siang dan malam asyik menangis saja.’’ Puan Noreen menyambung kata. Sesekali dia akan menoleh ke arah Suha yang sedang memotong ceri untuk dijadikan hiasan.

               ‘’Satu hari tu arwah atuk tiru filem Ahmad Albab, dia ketuk pintu dan dinding,kononnya nak Ajib tu berhenti menangis,.’’ Puan Noreen berhenti bercerita dan ketawa galak. Suha turut melebarkan senyumannya.

          ‘’Semakin diketuk semakin kuat Ajib melalak, atuk pun panggil nama Ajib,.. Ajibbb! Kuat sangat atuk panggil dan kebetulan pulak Ajib terus diam. Dia pandang ja wajah atuk tak berkelip.’’ Puan Noreen berhenti bercakap lagi. Dia ketawa dengan ceritanya sendiri.

           ‘’Kenapa atuk panggil Ajib, kenapa tak Haziq atau Hazami ja? Abangkan nama Haziq Hazami?’’ Suha yang kehairanan menyoal.

              ‘’Orang tua-tua Suha,.kalau bayi kuat menangis macam tu mereka akan tukar nama. Kata mereka mungkin nama yang ibu bapa beri tu tak sesuai dengan bayi. Yang peliknya selepas atuk panggil Ajib tu, sawan tangis Ajib terus sembuh, sebab tu nama Ajib ditukar.’’ Sambil bercerita bibir Puan Noreen tidak lekang dengan senyuman. Mindanya pula sudah mengimbas kenangan ketika itu.

                 ‘’Abang tak pernah tanya ke mama kenapa nama dia ditukar dan lain dari dalam surat beranak?’’ Suha menyoal Puan Noreen lagi. Kesempatan berdua inilah yang perlu dimanfaatkan untuk lebih mengenali suaminya itu.

             ‘’Hmm,.mama ingat lagi, suatu hari mama dipanggil ke sekolah oleh guru kelas Ajib. Cikgu dia report kat mama, cikgu dia kata Ajib tu degil. Dipanggil nama dia berkali-kali pun, dia buat tak tahu ja. Mama pun tanyalah, cikgu panggil nama apa,..’’ Puan Noreen berhenti lagi bercerita. Tangannya sibuk pula mengambil acuan dan membentuk adunannya menjadi bunga. Yang telah siap berbentuk cantik Suha letakkan ceri yang telah dipotong kecil di atasnya.

              ‘’Cikgu Ajib jawab,.panggil nama dialah puan. Haziq Hazami!’’ sekali lagi Puan Noreen berhenti bercerita. Dia menoleh ke arah Suha dan melebarkan senyuman. Suha sudah tidak sabar untuk mendengar cerita selanjutnya.

               ‘’Mama kata kat cikgu dia,.selepas ni cikgu cuba panggil Ajib pula. Yang kelakarnya semua guru sekolah dia dah tak panggil Haziq Hazami, semuanya panggil Ajib hinggalah satu hari tu Ajib dapat anugerah cemerlang untuk matapelajaran matematik. Cikgu yang bertugas menjadi juruacara majlis mengumunkan nama Haziq Hazami berkali-kali tapi Ajib tak naik ke atas pentas pun. Seorang guru datang dan berbisik,..’’ sekali lagi Puan Noreen berhenti bercakap. Dia memasukkan kuih yang sudah siap dibentuk cantik yang berada di dalam dulang ke dalam oven yang sudah dipanaskan.

                ‘’Bila cikgu yang menjadi juruacara majlis memanggil sekali lagi,.dia panggil macam ni,.Ajib anak Puan Noreen Binti Mohammad!,.barulah Ajib naik ke atas pentas. Selepas itu dewan terus riuh rendah dengan ketawa orang ramai.’’ Puan Noreen menyambung kata-katanya dan ketawa lagi. Suha turut ketawa dan cuba membayangkan situasi tu.

           ‘’Hahaha,.kelakar betulkan abang tu? Takkan dia tak tahu nama dia kot?’’ Suha masih menyoal sambil tangannya mencapai pula adunan dan memasukkan ke dalam acuan. Kali ini Suha pula membuat bentuk bunga yang cantik. Dia tersenyum melihat hasil kerjanya.

        ‘’Hmm,.nanti Suha tanyalah dia sendiri!’’ soalan Suha kali ini sengaja Puan Noreen tidak menjawabnya. Biarlah menjadi tanda tanya. Suha pula macam tidak sabar untuk mendapatkan jawapannya namun dia hanya beriak tenang. Suatu hari nanti pasti akan ditanyakan juga pada suaminya itu.

          ‘’Cantikkan mama?! Hari tu Suha tengok dalam facebook mereka campur-campurkan warna, lagi cantik mama. Lepas tu atas biskut ni, mereka letakkan manik-manik yang berwarna warni tu,.’’ Suha menukar topik perbualan mereka. Dia menceritakan pula apa yang dia pernah tengok dalam facebook.

          ‘’Manik??’’ Puan Noreen menyoal kembali.

         ‘’Alah mama,..manik untuk kuihlah mama. Yang kecil-kecil dan berwarna-warni tu,.entah apa namanya?’’ Suha menjawab sambil tersengih. Selalunya dia makan saja. Mana pernah buat. Kalau arwah ibunya ada dulu, selalu mereka buat kuih tradisional saja. Puan Noreen pula terlalu sibuk dengan kerjanya di pejabat. Selepas Shariah meninggal barulah Puan Noreen mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Semua urusan pejabat diserahkan pada dua orang adiknya dan Ajib.

         ‘’Ohh,..mama ingatkan manik yang buat baju tu, terkejut juga mama,.’’ Puan Noreen berkata sambil ketawa.

            ‘’Ishh,..mama ni!’’

.......................................................

                                                                Cahaya Di Aidilfitri

bila tiba hari raya
semua insan bergembira
tetapi bagiku hanya kesedihan
yang menyelubungi hidup
ayah dan juga ibuku
telah pergi selamanya
terbiarlah aku ibarat musafir
yang haus di padang pasir

chorus;
siapakah yang sudi
menghulurkan simpati kepada nasibku ini
agar dapatku  rasa nikmat berhari raya
seperti insan yang lain
ku meminta dan berdoa
kepada yang Maha Esa
tabahkan hatiku berilah pedoman
cahaya di aidilfitri




             Sudah 27 Ramadhan. Semua siaran radio sudah berkumandang dengan lagu-lagu raya. Ajib memandu keretanya memasuki taman perumahan mamanya. Dia terlalu rindukan Suha. Kalau tak boleh menyentuh Suha dan memandang Suha dari jarak dekat dapat tengok kelibat Suha pun jadilah!

            Bila sampai di depan rumah mamanya Ajib menghantar mesej pada Suha agar Suha keluar ke halaman rumah. Beberapa minit kemudian Suha membalas mesejnya.

          Suha : Suha keluar mall dengan mama. Kami shoping baju raya!

             Ajib mengeluh selepas membaca mesej dari Suha. Aduh! Datang silap time daa,.

         Ajib : Di mana?

     Suha : Abang jangan gatal nak datang ya!

    Ajib : Abang tanya jer! L

             Ajib membalas mesej Suha dan menyertakan dengan icon berwajah sedih kemudian dia menghantar pada Suha dan menunggu balasannya. Setengah jam berlalu Suha masih tidak membalas mesejnya. Ajib menunggu di dalam kereta dan terus melayan lagu-lagu raya dari radio. Dia merendahkan kusyen keretanya dan memejamkan matanya sementara telinganya masih menghayati lirik-lirik lagu.

Bersabarlah sayang

semua  insan sedang gembira
di hari ini sayang
hari yang mulia
marilah bersama berhari raya
hilangkan duka
lupakan saja kisah yang lalu
gantikan cerita baru
agar hatimu waspada selalu
jangan engkau kesalkan
jangan engkau tangiskan
pada mereka yang tak mengerti
menuduh dirimu
dijulang kesalahan saja
ku tak sampai hati
biarkan engkau begini
tetapi diriku dan juga temanmu
yang tahu kisah derita
dan duka didada
hanya aku harapkan
kau harus bersabar dan bertenang selalu

chorus;
pada mereka yang tak mengerti
menuduh dirimu
dijulang kesalahan saja
ku tak sampai hati
biarkan engkau sendiri
tetapi diriku dan juga temanmu
yang tahu kisah derita
dan duka didada
hanya aku harapkan
kau harus bersabar dan bertenang selalu




        
            Haih! Semua lagu raya sedih. Ini yang nak nangis ni! Ajib berbisik di dalam hati. Dia terus menutup radio dan keluar dari kereta. Alarm kereta ditekan dan Ajib menuju ke rumah mamanya. Ajib membuka pintu pagar pendua dan memboloskan diri ke dalam rumah. Ajib menuju pula ke bilik tamu dan menuju ke katil. Lagi sejam akan masuk waktu maghrib. Bolehlah dia melelapkan mata sekejap.

...................................................................


                   Suha dan Puan Noreen pulang dengan ceria ke rumah. Mereka sempat berbuka di luar. Mana larat lagi nak menyediakan juadah berbuka setelah keluar bershoping. Mereka beli juga lauk untuk makan sahur malam nanti. Beli apa yang patut saja. Mereka hanya berdua di dalam rumah ini. Entah apalah Ajib tu makan untuk berbuka?

                ‘’Eh mama! Pencuri masuk ke dalam rumah kita ke mama? Kenapa semua lampu terbuka ni?’’ Suha bertanya kalut. Masuk saja ke rumah sudah terang benderang.

               ‘’Kalau pencuri yang masuk takkan dia nak buka semua lampu ni kot Suha? Ajib balik agaknya?!’’ Puan Noreen menjawab dengan tenang. Suha mengangguk perlahan dan laju kakinya melangkah menuju ke biliknya, namun lampu di dalam biliknya tidak pula terpasang. Suha memetik suiz lampu. Tenang saja biliknya tanpa penghuni yang lain.

            ‘’Abang tak ada pun mama!’’ Suha keluar semula ke ruang tamu dan memberitahu Puan Noreen yang masih bersantai di atas sofa.

             ‘’Ajib sembunyi kot?! Agaknya dia tahu kita dah balik, jadi dia sembunyikan diri dari Suha,..’’ Puan Noreen meneka sambil ketawa. Bibir Suha spontan mengukirkan senyum.

             ‘’Kalau betul abang yang balik tak apalah mama. Yang Suha takut bukan abang ja, sebab sejak masuk ke rumah tadi,Suha tak rasa loya pula. Kalau abang ada tentu Suha dah muntah-muntah!’’ Suha berkata lagi sambil duduk di atas sofa di hadapan Puan Noreen.

            ‘’Abang dah tukar minyak wangi! Kalau Suha busuk jugak, tak tahulah!’’ tiba-tiba ada suara yang mencelah dari belakang. Ajib muncul dengan baju melayu dan kain pelikat. Atas kepalanya masih ada songkok. Entah dari mana dia datang?

              ‘’Wangi tak abang sekarang?’’ Ajib menyoal Suha sambil duduk di sebelah Suha.

            ‘’Bunga melur? Biar betul abang ni?! Abang dari mana ni?’’ Suha menyoal sambil mendekatkan wajahnya dan menghidu-hidu baju Ajib.

            ‘’Sedap pulak bau dia!,..’’ Suha menghidu sambil menarik nafas panjang. Lupa pula dengan ibu mertuanya yang sedang memerhatikan gelagat mereka berdua.

           ‘’Nak cium abang ke apa ni? Tu mama tengok!’’ Ajib bersuara pantas bila Suha masih mendekatkan wajahnya, seakan ingin mencium seluruh tubuh dia pula.

           ‘’Abang jangan perasan eh! Dari mana abang dapat minyak wangi ni? Suha nak jugak!’’ Suha yang baru tersedar dengan kelakuannya menjarakkan dirinya dari Ajib semula dan menyilangkan kedua belah tangannya ke dada lalu bersandar ke sofa. Matanya sudah mengerling ibu mertuanya yang sudah melebarkan senyuman.

              ‘’Kau dari mana ni Ajib? Siap dengan songkok lagi.’’ Puan Noreen yang perasaan dengan wajah Suha yang sudah kemerah-merahan bertanya Ajib dengan selamba. Suha pula sudah bangun dan menuju ke biliknya.

            ‘’Berbuka di masjid la mama! Dah maghrib tak ada pula makanan di dapur, jadi Ajib pergi masjid la. Selepas berbuka terus berjemaah maghrib sekali tadi. Banyak shoping ke mama? Baju Ajib beli tak? Ajib tak shoping pun lagi!’’ Ajib menjawab dan menyoal sekaligus. Matanya melingas memerhatikan Suha yang sudah berlenggang masuk ke bilik dan hilang disebalik pintu. Malu letew?! Ajib berdialog di dalam hati. Bibirnya tersungging dengan senyuman bahagia.

              ‘’Hurm!,.tanya mama tapi mata tu pandang bini!’’ Puan Noreen bersuara Sambil tersenyum. Tersipu-sipu Ajib dibuatnya.

             ‘’Mama,..Ajib masuk bilik kejap ya? Macam dah ok ja Suha tu,..’’ sambil bersuara Ajib bingkas bangun dan kakinya laju melangkah ke arah bilik. Puan Noreen tersenyum lagi. Orang-orang muda! Macam tu la. Almaklumlah baru tiga bulan berbaik, sudah terpisah.

          ‘’Dah nak Isyak ni Ajib! Jangan terbabas pulak tarawikh malam ni?’’ Puan Noreen sempat melaung sebelum Ajib menutup pintu bilik. Teringin pula dia nak menyakat anak tunggalnya itu.

....................................................

                         Takbir raya berkumandang di seluruh masjid. Tak ketinggalan dicorong-corong radio dan tv. Sebelum pergi bersolat sunat hari raya Puan Noreen berkumpul bersama anak dan menantu di ruang tamu. Mereka ingin bersalam-salaman dan bermaaf-maafan di pagi raya yang penuh syahdu ini.

              ‘’Ajib minta maaf kalau Ajib pernah menyakitkan hati mama!’’ Ajib yang memulakan dulu sesi meminta maaf dan menyalami tangan Puan Noreen. Diciumnya tangan Puan Noreen dengan rasa keinsafan. Kemudian giliran Suha pula bersalam dengan ibu mertuanya. Selain mencium tangan, dipeluknya ibu mertuanya sambil air matanya mengalir di pipi. Bertuahnya dapat ibu mertua yang baik dan memahami seperti Puan Noreen.

             ‘’Muah,muah,muahhh,..’’ Suha mencium pula pipi kiri dan kanan Puan Noreen. Kini Suha beralih pula ke arah Ajib. Dihulurkan kedua belah tangannya. Sebaik mencium tangan Ajib tak semena-mena Suha merasa isi perutnya ingin melonjak keluar.

            ‘’Uwekk,.uwekk,..uwekkk,..’’ berlambak muntah Suha di atas riba Ajib. Habis baju Ajib kotor. Terpaku Ajib tanpa kata. Dengan pantas Ajib menutup hidungnya. Tekaknya turut merasa loya dan bangun berlari ke bilik air.

                  ‘’Uwekkkkk,..uwekk,.uhukkk,..’’ Ajib memuntahkan semua isi perutnya. Seketika kemudian Suha pula menerpa masuk dan melakukan perkara yang sama.

              ‘’Kenapa abang guna lagi minyak wangi lama abang tu? Kan Suha tak boleh bau!’’ sebaik lega dari rasa loya Suha bersuara sambil menutup hidung. Ajib masih memuntahkan apa yang ditelannya seawal pagi tadi. Baju melayunya dilucutkan dari tubuh. Dibukanya shower tanpa peduli dengan Suha yang masih ada di dalam bilik air.

              ‘’Abanggggggg!! Habis basah Suha!’’ spontan Suha terpekik.

             ‘’Padam muka! Siapa suruh Suha muntah atas abang?!’’ Ajib bersuara tanpa rasa bersalah.

            ‘’Alang-alang dah basah tu, mehlah! Kita mandi berdua!’’ Ajib berkata lagi sambil tersengih. Suha sudah memasamkan wajahnya.

          ‘’Ya Allah! Orang dah nak mula solat hari raya. Korang berdua ni sempat lagi nak berdating dalam bilik air ni?’’ Puan Noreen yang kerisauan dengan anak menantunya datang menjenguk keadaan mereka di bilik air. Kebetulan pintu bilik air terbuka luas. Terkejut dia melihat keadaan keduanya yang sudah basah kuyup.

              ‘’Abang ni mama,.buka shower tak bagi amaran dulu. Tak sempat Suha nak keluar!’’ Suha bersuara rajuk. Geram pun ada bila Ajib sudah ketawa senang hati. Hiesyyyyyyyy!!,..

                 ‘’Busuk tau tak? Mana sempat nak bagi amaran!’’ Ajib cuba membela diri.

                ‘’Minyak wangi abang tu lagi busuk!’’ Suha tak mahu mengalah.

               ‘’Takkan abang nak pergi ke masjid dengan bau bunga melur tu? Malulah abang!’’ Ajib membidas kembali dan cuba membayangkan dirinya andai mengunakan minyak wangi yang berbau bunga-bungaan sebegitu. Tentu dia bakal jadi perhatian di masjid nanti?!

             ‘’Dah! Dah!!,.sempat lagi nak bergaduh?! Tunggu di sini! Mama tolong ambilkan tuala dan kain. Nanti lambat pula kita nak ke masjid.’’ Puan Noreen cuba menenangkan keadaan. Dia berlalu ke bilik Suha dan Ajib lalu membuka almari baju keduanya.

             Puan Noreen melangkah keluar dari bilik dan menuju ke arah bilik air semula. Di bilik air Suha dan Ajib masih bertegang urat. Tergeleng-geleng kepala Puan Noreen mendengarnya. Kadang-kadang lucu juga melihat gelagat Suha dan Ajib. Macam kanak-kanak pula walau masing-masing sudah dewasa dan bakal menjadi ibu dan ayah.

                  ‘’Baru abang tahu ke? Suha lagi teruk sebab mabuk-mabuk dengan bau badan abang tu?’’ Suha masih menyalahkan Ajib. Bila Ajib kata muntahnya busuk dia terasa hati. Muntah memanglah busuk! Tapi, agak-agaklah nak bercakap tu! Suha bukannya sengaja nak muntahkan atas dia. Dah terbabas apa nak buat!

                  ‘’Nah! kain dengan tuala! Mama tunggu dekat luar. Cepat sikit bersiap!’’ Puan Noreen menghulurkan tuala dan kain sambil memberi arahan untuk keduanya. Kalau nak melayan mereka berdua bergaduh, agaknya sampai malam nanti pun belum tentu akan selesai?!

               ‘’Habis basah tudung Suha! Nasib baik Suha dan seterika banyak helai baju semalam. Kalau tak, tentu semakin lambat nak bersiap! Abang la ni,.kalau ya pun, bagilah Suha keluar dulu. Yang kotor tu abang sorang jer!’’ Suha masih membebel, sementara tangannya laju membuang semua pakaiannya dan mengantikan dengan kain yang diberi. Ajib pula sudah selesai mandi dan menyalin juga kain yang Puan Noreen hulurkan tadi.

             ‘’Ada hikmahnya juga ya? Kalau tak jangan harap Suha nak mandi berdua dengan abang.’’ Ajib bersuara pula. Keningnya dijongket-jongketkan bila Suha menjeling tajam ke arahnya.

         ‘’Pagi-pagi raya ni jangan nak mengatal sangat ya!!’’ Suha bersuara perlahan tapi penuh dengan amaran. Ajib sudah ketawa kuat melihat mimik wajah Suha yang sudah kemerah-merahan.

           ‘’Abang mengatal dengan Suha ja,..atau Suha nak abang mengatal dengan Nieta pulak ke?’’ Ajib sengaja menguji. Kaki Suha yang sudah maju setapak di hadapan terhenti. Dipusingnya ke belakang dan berdepan dengan Ajib.

             ‘’Kalau abang berani,.cubalah!!’’ sambil bersuara dipiatnya perut Ajib yang tak berbaju.

            ‘’Ouchhh!,.sakitlah sayang!’’ Ajib menjerit. Digosoknya perut yang baru dilepaskan Suha.

               ‘’Padam muka!!!’’

               ‘’Oiiii,..tak habis lagi ke???? Kita dah lambat ni!!’’ Puan Noreen melaung dari ruang tamu. Buru-buru keduanya menuju ke bilik dan bersiap. Alahai!,.anak dan menantu siapalah tu?

....................................................................

                    Keluar dari masjid Puan Noreen mengajak Suha dan Ajib untuk menziarahi kubur besannya. Suha sudah bergenang air matanya kerana terharu dengan keprihatinan ibu mertuanya. Di awal pagi raya yang mulia ini mereka bertiga melangkah longlai ke arah batu-batu nisan yang berceracak.

                 ‘’Assalamualaikum ya ahli-ahli kubur!’’ Ajib bersuara perlahan sambil kakinya terus melangkah melewati batu-batu nisan di sepanjang perjalanannya. Sesungguhnya kawasan perkuburan begitu menginsafkan bagi orang-orang yang berilmu dan bijak berfikir. Dari Allah kita datang. Kepada Allah juga kita akan kembali.

                ‘’Eh! Kak Ngah! Abang Ajib!,.melawat kubur siapa?’’ kebetulan yang tak disangka. Baru beberapa langkah, mereka ditegur oleh seseorang. Suha menoleh pantas. Begitu juga dengan Ajib dan Puan Noreen.

                ‘’Suha! Ajib! Papa buat rumah terbuka hari ni. Nanti datang ya,.ajak mamanya sekali!’’  belum lagi terjawab soalan dari lelaki muda, seorang lelaki separuh umur pula bersuara.

              ‘’Suha! Papa nak lawat kubur ibu Suha. Boleh?’’ lelaki itu bertanya lagi. Suha dan Ajib saling berpandangan. Akhir sekali keduanya memandang Puan Noreen pula.

            ‘’Jomlah sekali! Kami memang nak ziarah kubur kak Shariah pun!’’ Puan Noreen mewakili Suha dan Ajib yang menjadi bisu seketika. Kemudian Puan Noreen menghulurkan tangan dan bersalaman dengan kaum perempuan. Suha dan Ajib juga mengikut rentak Puan Noreen dan bersalaman. Seorang wanita merangkul Suha ke dalam pelukannya. Tergaman sekejap Suha dibuatnya.

             ‘’Nanti Suha ajak Ajib dan mama Suha pergi beraya ke rumah kita ya! Boleh berkenalan dengan adik beradik yang lain. Ni adik-adik Suha. Dah kenal ke belum?’’ wanita itu bersuara selepas melepaskan rangkulannya. Suha memerhatikan pula wajah seorang demi seorang yang diperkenalkan sebagai adik-adiknya termasuk Ezri yang mula menegurnya tadi.

               ‘’Err,.jomlah kita berziarah dulu orang-orang di sini. Nantilah kita berbual lain.’’ Puan Noreen bersuara menyelamatkan keadaan. Melihat Suha yang bingung diasak dengan perbagai persoalan dia mencelah dan mematikan perbualan. Seterusnya mereka menuju ke destinasi.

              Di depan pusara ibu Suha, Dato Azam membaca doa dan Al-Fatihah turut disedekahkan. Datin Shamimi juga turut berbuat perkara yang sama. Dia tak sempat bertemu pun dengan bekas madunya ini. Bukan niat dia untuk merampas dulu. Kalau sudah jodoh dia dengan Dato Azam apa lagi yang harus dikatakan? Bukan kerana harta dia menikahi Dato Azam. Dulu Dato Azam orang biasa-biasa saja.

           Dato Azam adalah driver mereka dulu. Suatu hari kedua ibu bapa Datin Shamimi kemalangan dan arwah ayahnya sempat menurunkan wasiat kepada Dato Azam agar berkahwin dengan anak mereka iaitu Datin Shamimi.

         Selepas mereka berkahwin barulah Dato Azam pulang ke rumah Shariah dan memberitahu mengenai pernikahan keduanya. Shariah tak dapat menerima kenyataan itu dan lari dari rumah. Puas mereka mencari namun jejak Shariah tak dapat dikesan. Anak sulung Dato Azam ditinggalkan di rumah kakak iparnya. Mak long Munirah yang menjaga Shuhaimi, yang ketika itu baru berumur lima tahun.

         Sebenarnya mereka tak pernah tahu pun Shariah sedang mengandung ketika itu. Mereka tak pernah tahu tentang kewujudan Suha sehinggalah diberitahu oleh Shuhaimi selepas Shuhaimi menemui Suha. Menurut Shuhaimi mereka sengaja merahsiakan tentang kewujudan Suha kerana tak mahu Dato Azam mengupah penyiasat untuk mencari ibu dan adiknya.

        Shuhaimi takut seandainya Dato Azam bertindak dan ibunya akan terus memencilkan diri. Rajuk ibunya Shariah bukan sedikit hingga sanggup menghilangkan diri begitu lama. Kini hanya pusaranya yang tinggal untuk diziarahi.

               ‘’Kita balik rumah kita ya Suha, Ajib? Puan,.jomlah ikut sekali. Kami buat rumah terbuka hari ini. Dengar kata kak Munirah dengan Shuhaimi pun nak datang sekali nanti. Bolehlah jumpa mereka di sana!’’ sekali lagi Datin Shamimi bersuara sebaik mereka selesai menziarahi insan-insan tersayang di kawasan perkuburan ini.

                 ‘’Hmm,.kami pun tak ada plan nak ke mana-mana lagi ni. Boleh kot? Ajib,.Suha, macam mana?’’ Puan Noreen membalas kata-kata Datin Shamimi sambil memandang Suha dan Ajib. Suha terus membisu,hanya mengangkat bahu tanda isyarat tidak tahu.

              ‘’Ajib ikut Suha ma,.kalau Suha nak pergi, Ajib ikut ja!’’ Ajib memandang Suha sambil menjungkitkan keningnya. Belum sempat Suha berkata apa-apa, Ezri sudah menghampirinya sambil tersenyum lebar.

             ‘’Kak ngah mesti mahu punya! Jom! Naik kereta Ezri!,..’’ spontan Ezri mengheret tangan Suha dan meninggalkan orang lain yang terpingga-pingga dengan gelagatnya. Ajib lagi bengang melihat Ezri yang langsung tak mempedulikan responnya. Orang lain sudah saling berpandangan. Suha hanya menurut tanpa ada bantahan sedikit pun. Dia betul-betul keliru dan tak tahu untuk membuat keputusan.

           ‘’Eh! Budak ni,.main kidnap macam tu saja. Bini orang tu! Ezri!!’’ Datin Shamimi yang tergaman tadi baru dapat mencerna kejadian di depan mata. Kepalanya sudah tergeleng-geleng berkali-kali. Dato Azam pula ketawa tanpa sedar. Anak-anaknya yang lain turut ketawa melihat gelagat abang mereka yang tak semenggah tu.

          Huh! Tak guna betul adik ipar aku ni! Main heret macam tu saja bini aku tu?! Ajib berdongkol di dalam hati. Dia menoleh ke arah Puan Noreen yang turut dilanda kehairanan.

          ‘’Minta maaflah puan! Tak senonoh betul perangai anak-anak saya ni! Dah kenal lama agaknya tu?! Selepas Ezri tu tahu dia dengan Suha adik beradik, dia selalu cerita pasal Suha. Suha itulah, Suha inilah,..’’

             ‘’Memang dah kenal lama pun. Sejak sekolah rendah lagi,..dah nyaris bercinta tu. Ezri tu sampai datang minta izin dengan Ajib nak bercinta dengan Suha,..’’ Ajib terus mencelah dengan suara yang sedikit marah. Tercenggang sekejap Dato Azam dan Datin Shamimi.

          ‘’Astaghfirullah!,..betul ke ni? Nasib baiklah mereka tak betul-betul bercintakan?!’’ Datin Shamimi bersuara lagi.

            ‘’Baru Eriza ingat! Dulu macam pernah tengok gambar kak Suha dalam wallet abang!’’ gadis comel bertudung litup bersuara. Semua mata mengarah ke arahnya.

           ‘’Ummi tahu tak,.kenapa abang pergi bercuti baru-baru ni? Abang cakap dia nak release tension sebab buah hati dia dikebas orang!’’ gadis itu bersuara lagi.

         ‘’Huh!’’ tanpa sedar Ajib berdengus kasar. Puan Noreen mengusap belakang Ajib sambil tersenyum. Entah kenapa dia rasa lucu pulak melihat wajah Ajib sekarang tapi dalam masa yang sama Puan Noreen bersyukur melihat respon Ajib tu. Agaknya cinta Ajib pada Suha sudah bercambah di dalam hati!?

           ‘’Jomlah! Kita bertolak sekarang. Banyak lagi kerja nak buat di rumah. Jom Puan! Ajib!,..kita jumpa mereka di rumah. Ezri tu memang nak kena!’’ Datin Shamimi cuba menenangkan suasana. Dapat dilihatnya perubahan wajah Ajib yang sudah kemerahan. Siapa tak marah kalau isteri dilarikan di depan mata, walau yang melarikannya tu adiknya sendiri.

....................................................

             Kereta Ezri meluncur laju meninggalkan kawasan perkuburan. Suha yang duduk di sebelah pemandu masih memandang Ezri tidak berkelip sejak tadi. Ezri pula berwajah tenang dan meneruskan pemanduannya tanpa menghiraukan gelagat Suha.

              ‘’Buang tebiat agaknya orang tua ni?!’’ akhirnya kedengaran juga suara Suha. Ezri memandang sekilas ke arahnya dan tersenyum.

                 ‘’Kita nak ke mana ni? Lain ja jalan ni?!’’ Suha bersuara lagi. Ezri tak layan pun pertanyaannya. Ezri menghidupkan radio dan melayan lagu-lagu raya yang dipasang berterusan oleh Dj radio yang bertugas. Lagu-lagu koleksi raya evergreen yang begitu menyentuh kalbu.

                ‘’Ezri Effendi! Kau jangan berlakon jadi orang pekak pulak erkk!’’ Suha menguatkan suaranya bila pertanyaannya tidak bersahut.

              ‘’Sebenarnyakan,..kalau kita tak jumpa di kubur tadi pun, aku memang plan nak pergi ambil kau pun. Aku nak ajak kau pergi ambil Ezrin! Dulu Ezrin cabar aku, kalau aku dapat tackle kau dia akan luahkan perasaan dia kat perempuan yang dia berkenan tu. Nanti kau tolong aku ya?’’ Ezri bersuara akhirnya. Suha mengerutkan dahinya, tidak faham dengan apa yang didengarnya.

              ‘’Siapa pulak Ezrin ni? Watak tambahan apa pulak ni??’’ Suha sudah mula keliru. Sebelum ni dia mana kenal siapa-siapa yang bernama Ezrin.

            ‘’Tu la kau kak ngah! Dah tahu ada ramai adik beradik tapi langsung tak nak ambil tahu. Kami ada lima beradik tau! Termasuk along dengan kak ngah, maknanya kita ada tujuh beradik,.Ezrin tu adik bawah aku. Err,..maknanya dia yang nombor empat. Eriza nombor lima. Erina nombor enam dan Emilia nombor tujuh.’’ Ezri bercerita sambil memandang sekilas ke arah Suha. Dia tersenyum lagi melihat wajah Suha yang kebingungan.

          ‘’Kejap! Kejap!,..sejak bila kau panggil aku kak ngah pulak ni?’’

        ‘’Sejak tadi la! Takkan nak panggil nama ja? Kan kak ngah yang nak jadi kakak sangatkan?’’ Ezri membidas kata-kata Suha. Dikerlingnya Suha sekilas. Suha sudah menghembuskan nafasnya. Masih tidak dapat mencerna situasi ini.


                 ‘’Lantak kaulah dik Ezri oii!,.ni nak bawa kak ngah ambil dik Ezrin di mana pulak?’’ Suha mengikut rentak Ezri dan mengulum senyum. Ezri sudah ketawa kuat mendengar Suha mengubah nama panggilan mereka. Tetiba dirasakan begitu lucu dipendengarannya.

              ‘’Hotel!’’ sepatah kata dari Ezri membuatkan Suha terlopong. Dipandangnya Ezri dengan pandangan yang sukar dimergertikan.

          ‘’Kenapa hotel?’’ soalan terus diajukan.

          ‘’Ezrin belajar di Arab Saudi. Dia dah balik seminggu yang lalu tapi sengaja kami rahsiakan sebab nak buat kejutan untuk ummi dan papa. Jadi,.kononnya Ezrin sengaja balik hari ni dari Arab Saudi sebab nak beraya dengan ummi dan papa. Amacam! Mesti gempakkan? Tetiba ja Ezrin muncul di hari raya yang penuh syahdu ini?!’’ Ezri bercerita lagi sambil tersenyum ceria. Dia membayangkan pula wajah ceria umminya menerima kepulangan Ezrin.

        ‘’Hmm,..gempaklah sangat! Membazir saja, sewa hotel sampai seminggu. Kenapa tak tinggal di rumah adik beradik ja. Boleh jugak save bajet. Kalau iya pun nak buat susprize!’’ Suha sudah membebel. Dihitungnya dalam hati jumlah yang perlu Ezrin bayar.

           ‘’Haa,..tu lagi satu hal yang kak ngah tak tahu! Lain kali ambil tahu sama ye cik kak! Papa dan ummi ada saham dalam hotel tu, jadi kalau kami pergi menginap takkan dikenakan sewa atau sebaliknya,.free gitu!’’ Ezri membalas kata-kata Suha dengan suara yang sengaja dikuatkan sikit. Dia memuncungkan bibirnya diakhir bicara.

             Suha mengeluh lagi. Dia memang tak kenal siapa papa dan ibu tirinya ini. Dia memang langsung tak ingin nak ambil tahu. Nampaknya, selepas ini dia kena korek juga rahsia keluarga besar papanya. Pening juga bila berada dalam situasi begini!

.....................................................

                ‘’Aku kenalkan,.Suha Fasihah! Kau dah berjanjikan dulu? Kalau aku berjaya bawa dia jumpa kau, kau akan luahkan perasaan kau tu? Macam mana? Ada bran??’’ sebaik mereka bersua muka Ezri terus mengenalkan Suha pada Ezrin dan mengingatkan Ezrin tentang perjanjian mereka dulu.

                ‘’Eh! Tengok oranglah! Tapi,.aku nak tengok bukti dulu. Betul ke ini Suha Fasihah? Boleh tengok I.C ke pasport ke?!’’ Ezrin bersuara angkuh sedangkan dalam hatinya, hanya Allah saja yang tahu. Dalam masa yang sama dia merenung Suha yang sudah berada di depannya. Boleh tahan!

               ‘’Nak tengok bukti? Ingat abang kau ni penipu tegar ke hapa? Percayalah bro,.inilah dia Suha Fasihah yang aku gilakan dulu. Sampai angau dan sewaktu dengannya!’’ Ezri bersuara pula sambil mengenyitkan matanya pada Suha.

          ‘’Angaulah sangat!’’ Suha berkata perlahan. Matanya meratah wajah Ezrin yang sedang berdiri di depannya. Memang jauh bezanya berbanding dengan Ezri. Wajah Ezrin lebih seiras dengan wajah ibu tirinya dan Ezrin mempunyai janggut. Kulitnya pula putih kemerah-merahan dan hidungnya lebih mancung.

          ‘’Tunggu lagi tak call awek kau tu! Aku nak kau call dia sekarang jugak?’’ macam memaksa saja bunyi ayat-ayat Ezri ni. Ezrin sudah mula mengaru-garu tengkuknya.

             ‘’Jomlah! Nanti aku call dia dalam kereta. Aku dah tak sabar nak balik makan rendang dengan ketupat buatan ummi. Rindu gilerr!’’ Ezrin cuba mengelak. Diajaknya mereka berlalu dari tempat itu dan mereka berjalan perlahan menuju ke arah kereta yang diparkirkan di tempat parkir di hotel tersebut.

..............................................

              Di dalam kereta, Ezrin duduk di sebelah pemandu dan Suha duduk di belakang. Suha menerima mesej dari whatssap dan ada lima panggilan tak berjawab dari Ajib. Malas pula dia nak menghubungi Ajib kembali. Walau bagaimana pun mereka akan tetap bertemu di rumah papanya nanti. Biarkan Ajib tu! Walau kedengarannya begitu kejam tapi Suha berlagak selamba saja dengan suara hatinya.

                ‘’Dah call ke belum?’’ Ezri mula memecahkan keheningan selepas keretanya meninggalkan perkarangan hotel.

           ‘’Nak call la ni!’’ Ezrin bersuara lancar sedangkan tangannya sudah terketar-ketar. Jantungnya juga sudah mengepam darah dengan laju. Bukan senang wei nak buat sesi luahan perasaan terpaksa ni!

          Aishah Umaira: Assalamualaikum!

         Ezrin: Err,..waalaikumussalam!

       Aishah Umaira: Ya? Ezrin?

          Ezrin: Ya Umaira! Ezrin ada sesuatu nak cakap dengan Umaira ni!

       Aishah Umaira: Umaira pun nak cakap sesuatu dengan Ezrin. Umaira nak bertunang hari raya ke empat ni. Hujung bulan nanti kami akan dinikahkan. Nanti Umaira hantar kad jemputan ya!

          Ezrin: Tapi,.tapi,..tapi,..Ezrin sukakan Umaira! Ezrin sayangkan Umaira! Ezrin cintakan Umaira!

Aishah Umairah: Betul ke ni? Kenapa sekarang baru nak cakap? Umaira ingat,.Umaira bertepuk sebelah tangan selama ni! Umaira pun sayangkan Ezrin jugak!

 Ezrin: Kalau macam tu batalkan pertunangan Umaira tu. Tunggu Ezrin bawa keluarga pergi lamar Umaira ya?

Aishah Umaira: Anggaplah kita tak ada jodoh Ezrin! Keluarga Umaira dah buat keputusan dan keputusan tu takkan boleh ditarik balik.

Ezrin: Tak! Ezrin tak izinkan Umaira kahwin dengan orang lain selain Ezrin!

Aishah Umaira: Siapa Ezrin nak menghalang kehendak takdir? Ezrin yang lembab! Kita dah lama kenal, kenapa tak berterus terang saja sejak dulu?

Ezrin: Ezrin tak berani!

Aishah Umairah: Kenapa?

Ezrin: Takut Umaira reject Ezrin!

Aishah Umaira: Kenapalah Umaira bodoh sangat sebab sukakan Ezrin yang EGO ni? Kalau betul Ezrin sukakan Umaira,Buktikan!!

Ezrin: Haaa??

Aishah Umaira: Ezri dah bagi kad undangan rumah terbuka di rumah korang hari ni. Umaira dah ada di sini pun. Tunggu Ezrin ja tak sampai-sampai lagi. Nanti bila Ezrin dah sampai Umaira nak Ezrin laung kuat-kuat nama penuh Umaira dan cakap I love you! Ok,.bye-bye!

          Panggilan terputus. Ezrin sudah merenung telefon bimbitnya dan wajah Ezri silih berganti. Dia mengimbas kembali kata-kata terakhir Umaira tadi. Arghhhhhhhhhh,..apakah ini?

...................................................

          ‘’AISHAH UMAIRA BINTI MUHAMMAD IQBAL!! I LOVE YOUUUUUU!!’’ masuk saja ke  halaman rumah mereka yang sudah dipenuhi dengan orang ramai Ezrin sudah terpekik. Ezri sudah menekan perutnya akibat menahan tawa. Semua ini adalah pakatan dia bersama Umaira untuk mengenakan Ezrin yang pemalu tu. Tapi nampaknya demi cintanya terhadap Umaira, Ezrin yang pemalu pun sanggup melakukan apa saja?!

            ‘’Ezrin?? Kenapa ni? Ya Allah! Dahlah balik tak bagitahu! Ni dah kenapa, masuk aje dah terpekik, terlolong ni?’’ Datin Shamimi yang terkejut dengan kepulangan Ezrin yang tiba-tiba, menghampiri Ezrin dan menyoal kalut. Wajah Ezrin sudah kemerahan menahan malu, manakala Ezri yang sudah tidak mampu menahan tawanya sudah berdekah-dekah ketawa.

          ‘’Ummi,.’’ Ezrin menyalami Datin Shamimi dan memeluk umminya itu. Perlahan dia mengesat air matanya yang hampir gugur ke pipi. Malu tak terkata dengan kelakuannya tadi hingga menyebabkan dia ingin menangis.

           ‘’Ezrin! Sorry!! Umaira tipu ja tadi,.Ezri yang rancang semua ni. Kalau nak marah, Ezrin marahlah dia! Jangan marah Umaira. Umaira cuma jadi pengikut jer!’’ entah dari mana Umaira datang dan bersuara. Dia rasa bersalah melihat Ezrin. Dia dengar dan saksikan semuanya dan sempat melihat Ezrin mengelapkan air matanya. Timbul rasa bersalah yang tak terhingga di lubuk hatinya.

            ‘’Tipu? Yang mana satu?’’ Ezrin melepaskan rangkulan umminya dan menyoal Umaira. Dia tidak memahami maksud Umaira.

          ‘’Umaira tak bertunang pun lagi! Umairakan masih belajar. Kenapa Ezrin cepat sangat percaya dan ikut semua kata-kata Umaira? Umaira ingat Ezrin tak berani buat macam tu! Sorry again!’

            Mendengar saja penjelasan Umaira, Ezrin sudah berkalih pandang ke arah Ezri. Spontan Ezri lari bersembunyi di belakang Suha sambil ketawa mengekek.

             ‘’Eh jantan! Apa hal bersembunyi belakang awek? Tak ada class la bro!’’ geram punya pasal. Ezrin main hentam kromo ja bercakap. Jantan pun jantanlah! Nak marah ke nak hapa ke? Ada aku kesah! Ezrin berbisik di dalam hatinya.

         ‘’Ala,..sekurang-kurangnya aku bukan penakut macam kau! Tengoklah! Selamba saja aku layan awek aku ni!’’ Ezri sengaja tunjuk lagak di depan Ezrin sambil memaut bahu Suha. Ezrin sudah terjegil matanya,

           ‘’Hari raya pun kau nak buat dosa kering ke? Agak-agaklah wei!’’ Ezrin yang lebih berilmu dalam bab agama sudah mula nak membebel. Suha dan Ezri hanya tersenyum tanpa rasa bersalah. Dalam masa yang sama, mata Suha liar memerhatikan sekeliling, mencari encik suami yang entah di mana!

             ‘’Mana lagi berdosa? Kau atau pun aku? Kau baru jer luahkan perasaan kau pada perempuan yang bukan mahram kau di khalayak ramai. Bercinta pun berdosa tau, kecualilah kalau bercinta selepas nikah! Haa,.cer jawab sikit!’’ Ezri membidas semula kata-kata Ezrin. Dia taklah pandai sangat dalam bab-bab agama ni tapi dia pernah juga dengar ceramah agama sesekali bila ada masa terluang.

           ‘’Kaulah lagi berdosa! Kau sentuh perempuan yang bukan mahram tau!!’’ Ezrin tak mahu mengaku kalah. Datin Shamimi yang sudah memahami perbalahan kedua orang anak terunanya sudah mengelengkan kepala berkali-kali.

              ‘’Suha! Masuklah,.jangan dilayan budak berdua ni! Tu suami Suha dari tadi lagi, dah macam cacing kepanasan. Tunggu Suha tak sampai-sampai. Shuhaimi dengan mak long Munirah Suha pun dah ada di dalam rumah. Jomlah kita masuk!’’ Datin Shamimi mencelah perbualan keduanya dan mengapai lengan Suha dan mengajaknya masuk ke dalam rumah. Ezri dan Ezrin dibiarkan terus berbalah di depan pintu pagar. Umaira juga diajaknya masuk ke dalam rumah bersamanya.

            ‘’Kejap ummi! Apa maksud ummi dengan suami Suha?’’ Ezrin bertanya laju. Ezri sudah tersengeh di sebelahnya. Datin Shamimi tidak jadi melangkah.

           ‘’Kenapa Ezrin tanya macam tu? ‘’ Datin Shamimi menyoal balas.

           ‘’Bukan Suha ni awek abang Ezri ke?,..’’ Ezrin menyoal kembali sambil menoleh sepintas lalu ke arah Ezri. Suha dan Ezri sama-sama mengulum senyum. Hari raya pun dah ada orang kena kelentong!

            ‘’Hmm,..ummi pun nak tahu jugak! Betul ke Ezri dengan Suha pernah bercinta dulu?’’ Datin Shamimi memandang Suha dan Ezri silih berganti.

          ‘’Mana ada ummi! Ezri bertepuk sebelah tangan jer. Cinta tak berbalas. Kak ngah tu dulu sombong gilerr dengan Ezri!’’ Ezri menjawab sambil menjelirkan lidahnya pada Suha. Suha sudah mencebikkan bibir dan tersenyum lebar. Ezrin kebuntuan.

               ‘’Kak Ngah????’’  Ezrin menyoal lagi. Datin Shamimi malas nak melayan. Ditinggalkan Ezri dan Ezrin dan mengajak Suha dan Umaira masuk ke dalam rumah sekali lagi. Ezrin yang rasa tertipu memandang tajam ke arah abangnya. Ezri pula pura-pura tidak tahu apa-apa dan berjalan selamba masuk ke dalam rumah sambil bersiul riang. Lalalala,..

..............................................

                         Bila masuk ke dalam rumah, Suha tak duduk saja. Dia cuba meringankan tangannya menolong ibu tiri dan adik-adiknya membuat kerja. Walau dilarang berkali-kali Suha masih tetap berdegil untuk melakukannya.

                 Ajib pula keresahan kerana Nieta turut ada bersama dalam majlis rumah terbuka ini. Ke mana saja Ajib pergi, Nieta akan mengikutnya. Rupanya Nieta adalah pekerja di syarikat Dato Azam dan dia merupakan setiausaha pada Shuhaimi. Kecil juga bumi Malaysia ini. Pi mai pi mai depa jumpa tang ni! Tu orang Kedah yang cakap!! Hihi,..

              Shuhaimi juga turut membantu kerja-kerja berhidang. Boleh dikatakan semuanya mengambil bahagian. Suha pula sambil membuat kerja, dia turut diperkenalkan dengan adik beradik papanya dan saudara mara ibu tirinya. Ada seorang sepupunya yang merupakan anak pada bapa saudaranya yang berkahwin dengan wanita berdarah campuran yang terlalu peramah.

                Iskandar yang berwajah kacukan seringkali dilihat menolong Suha melakukan kerja. Dia begitu berminat untuk mengenali Suha dengan lebih dekat lagi walau  diberitahu Suha sudah bersuami. Sementelah lagi, bila mereka melihat Ajib asyik berkepit saja dengan Nieta, Ezri pun memulakan rancangannya agar Ajib turut menerima ‘tempias’ yang sama.

          Ezri tahu dengan melihat reaksi Suha yang asyik merenung tajam ke arah Ajib dan Nieta. Suha berkemungkinan ditimpa perasaan cemburu dan sakit hati, jadi dia berpakat dengan Iskandar agar menjadi rapat dengan Suha supaya Ajib juga turut cemburu dan menjarakkan dirinya dari Nieta. Setakat ini rancangan mereka berjaya bila Ajib turut bangun dan membantu mereka melakukan apa saja kerja yang perlu.

              ‘’Kau ni memang tak reti nak bersyukurkan? Dah ada suami pun masih lagi nak mengatal dengan jantan lain. Kalau kau tak nak Ajib tu, pas jer kat aku!’’ Nieta yang mendapat kesempatan untuk berdua-duaan dengan Suha mula bersuara. Hatinya begitu sakit bila Ajib tidak melayannya dan mengikut Suha ke mana saja.

              ‘’Kalau kak Nieta nak abang Ajib tu, ambillah! Tak payah nak minta kat Suha pun. Lelaki bukannya sorang dalam dunia ni!’’ Suha membalas geram. Bukan sekadar geram dengan Nieta tapi geram dengan Ajib juga.

         ‘’Huh! Bajet bagus sangatlah tu? Macamlah semua jantan dalam dunia ni akan berkenan dengan kau? Cermin dirilah! Anak orang gaji jer pun!’’ Nieta bersuara lagi. Suha mengeluh keras bila pekerjaan ibunya diungkit kembali.

           ‘’Kak Nieta!! Di sisi Allah,.siapa pun kita, tak penting! Allah hanya pandang amalan kita. Kalau kita ni kaya sekali pun, ada harta seluas lautan tapi kalau asyik nak berbangga dengan harta tu, tak ke manalah kita. Sedangkan nyawa kita ni pun milik Allah! Bila-bila masa ja Allah akan ambil balik!’’ Suha cuba menyedarkan Nieta tentang hakikat kehidupan ini. Semuanya milik Allah! Tiada satu pun yang kita punya atas muka bumi ini!

          ‘’Tapi,.orang yang masuk syurga itu kerana adanya Rahmat dari Allah, bukan kerana amalan yang mereka lakukan! ‘’ Suha menyambung katanya. Nieta sudah menjeling tajam ke arahnya.

            ‘’Eh! Dah jadi ustazah pulak? Ceramah kau tak lakulah!’’ Nieta mencebik mendengar ayat-ayat yang dituturkan oleh Suha.

       ‘’Suha! Dahlah buat kerja tu! Tadi, mertua Suha cakap, Suha nak bagi abang anak saudara ya? Jom! Rehat dulu. Jangan banyak sangat buat kerja. Semua kerja ni biar kami yang buat. Jadi apa-apa karang, Ajib tu saman kami pulak!’’ Shuhaimi yang melihat Suha bertungkus lumus menolong sejak tadi mula merasa risau. Dia menghampiri Suha dan meminta Suha berehat. Sambil itu bibirnya turut melebarkan senyuman untuk Nieta.

              ‘’Nieta! Awak tu tetamu kami. Datang makan sudahlah. Dah! Tak payah buat kerja! Pergi makan di depan sana!’’ Shuhaimi berkata pada Nieta pula. Kembang hati Nieta bila bosnya berkata begitu.

          ‘’Tak apalah bos! Bukan selalu saya nak datang rumah bos ni! Nak tanya sikit boleh tak bos?’’ Nieta cuba membodek, padahal satu kerja pun dia tak buat. Sekadar menghampiri Suha dan menyindir Suha saja kerjanya sedari tadi.

           ‘’Nak tanya apa? Sejak bila awak dah pandai minta izin nak tanya saya ni. Selalunya tak pernah minta izin pun!’’ Nieta sudah tersengeh mendengar kata-kata dari Shuhaimi.

           ‘’Macam ni bos,..hari tu bos cakap rumah terbuka yang Dato buat ni cuma untuk pekerja Syarikat dan saudara mara jer. Tapi,.ada orang yang tak ada kena mengena dengan bos pun, rasanya ada jer dalam rumah ni!’’ Nieta menjawab sambil menjeling Suha.

         ‘’Siapa pulak yang tak ada kena mengena tu?’’ Shuhaimi menyoal pula sambil melihat sekelilingnya. Semuanya orang-orang yang dia kenal. Siapa yang Nieta maksudkan? Hati Shuhaimi berkata-kata.

           ‘’Ni,.orang di sebelah kita ni,.’’ Nieta berkata lagi sambil memandang Suha. Shuhaimi sudah melebarkan senyumannya.

            ‘’Suha Fasihah binti Mohd Azam! Kenapa awak cakap dia tak ada kena mengena dengan saya pulak? Awak tak perasan ke kami ni berbin dan berbinti sama?’’ Shuhaimi menyoal Nieta lagi. Nieta mengeleng pantas.

             ‘’Saya tak faham maksud bos,.takkan bos nak cakap dia ni adik bos? Kalau betul dia adik bos kenapa dia jadi orang gaji pulak? ‘’Nieta sudah buntu. Dia langsung tak boleh menerima kenyataan, perempuan yang baru dihinanya sebentar tadi adalah adik bosnya sendiri.

           ‘’Suha!  Di sini pun dia!,.mari,.papa nak kenalkan dengan abang sulung papa. Pak long Suha baru ja sampai tu. Mie! Jom sekali,.pak long nak jumpa Mie jugak!’’ Dato Azam pula menghampiri mereka bertiga. Shuhaimi mengapai tangan Suha dan mengikut Dato Azam dari belakang. Nieta yang ditinggalkan seorang diri masih terkebil-kebil di tempat dia berdiri. Mustahil! Ini tak mungkin terjadi! Hati Nieta menjerit di dalam.

....................................................

Ajib : Sayang! Kenapa buat abang macam ni?

             Suha menerima mesej melalui whatssap dari Ajib. Dia membaca sambil mengerling Ajib yang duduk agak jauh darinya. Demi membalas dendam terhadap Ajib yang asyik berkepit dengan Nieta, Suha sengaja mendera perasaan Ajib. Suha mula rapat dengan Iskandar dan duduk dikelilingi adik-adiknya dan sepupu-sepupunya yang lain. Kebetulan pula Iskandar yang duduk di sebelah Suha. Sengaja pula Suha melayan setiap pertanyaan Iskandar padanya. Sambil berbual, mereka bergelak ketawa dengan riangnya.

Suha : Buat apa?

Ajib: Kenapa layan orang luar?,.Suha tak layan abang pun!

Suha; Abang ke Suha yang layan orang luar?

Ajib: Bila pulak abang layan orang luar?

Suha: Habis,.Nieta tu orang dalamlah?

Ajib: Suha cemburu ke?

Suha: Langsung tak! Buat apa nak cemburu? Abang ada Nieta, Suha ada Is,.lagi hensem dari abang :p

Ajib: Suha Fasihah!

Suha: Kenapa?

Ajib: Jangan macam ni!

Suha: Macam apa?

Ajib: Suha ingat abang ni apa?

Suha: Abang manusia la atau abang lain dari yang Suha sangka?????

Ajib: Suha Fasihah!

Suha: Apa??????

Ajib : Jom kita baliklah, kalau Suha nak degil macam ni?

Suha: Abang pergi la balik sorang2,.Suha belum puas lagi berbual dengan Is :p

               Suha terus melayan Iskandar berbual selepas menghantar mesejnya yang itu. Iskandar pula pandai buat lawak. Dia bercerita dan terus bercerita. Suha sudah ketawa ceria. Ajib yang memerhati semakin terbakar hatinya.

Ajib: Abang pergi sana, Suha siap!

             Ajib menghantar mesej pada Suha lagi. Kali ini bila Suha membuka mesejnya, dengan tak semena-mena Iskandar merampas telefon bimbit Suha dan membacanya. Bibirnya sudah lebar dengan senyuman.

                ‘’Ajib dah mengamuk tu! Balaslah cepat!’’ Iskandar memberi semula telefon pada Suha dan menyuruh Suha membalas mesej Ajib sambil berbisik.

              Suha: Is ajak Suha date! Dia ajak Suha tengok wayang. Suha ingat nak pergilah, lagi pun, abang tak pernah pun ajak Suha tengok wayang!

P/s: Abang datang sini, Suha buat macam Suha buat di rumah pagi tadi! Ingat lagi tak apa yang jadi pagi tadi? Kalau abang nak Suha muntah atas abang lagi. Datanglah sini!

               Suha tekan send. Ajib yang menerima mesej itu sudah mendengus kasar. Suha ni semakin melampau! Dia berdongkol di dalam hati. Geram tak terkata dengan gelagat Suha sekarang ni.

Ajib: Ok! FINE!! Buatlah apa yang Suha suka! Bye2,..

                Ajib membalas mesej Suha dan melangkah keluar dari rumah itu. Rumah yang banyak menguji kesabarannya dihari yang mulia ini. Terbakar rasa hatinya diperlakukan oleh isteri sendiri sebegini rupa.

                Suha pula sudah mula mengelabah menerima respon begitu dari Ajib. Dia bangun untuk mengejar Ajib yang sudah hilang dari pandangannya. Belum sempat melangkah Suha merasakan lantai yang dipijak seakan tiada. Gelap pandangannya dan Suha tidak tahu apa yang berlaku selepas itu.

...............................................................

                  Ajib merenung wajah Suha yang masih tidak sedarkan diri dengan perasaan bersalah. Selepas dia merajuk dengan Suha tadi dia terus keluar dari rumah itu dan memandu keretanya tanpa tujuan. Baru beberapa minit keretanya meluncur di jalan raya mamanya menelifon memberitahu Suha tidak sedarkan diri.

            Dia kembali semula ke rumah itu tapi Suha sudah di bawa ke hospital oleh Shuhaimi. Dia berkejar pula ke hospital. Tiga jam Suha di dalam bilik kecemasan dan baru beberapa minit tadi Suha dimasukkan ke dalam wad. Suha mengalami masalah tekanan darah rendah namun tidak memudaratkan janin di dalam kandungan.

            ‘’Sayang! Bangunlah,.jangan buat abang macam ni!’’ Ajib mengelus wajah Suha. Tangan Suha dipegangnya dan dibawa ke bibir. Diciumnya jari-jari lembut itu berkali-kali. Air mata Ajib sudah bergenang di kelopak mata. Tidak pernah dia serisau ini seumur hidupnya.

                   Wajah Suha Ajib perhatikan lagi, tiba-tiba nafas Suha tercunggap-cunggap. Mesin yang berada di hujung kepala Suha berbunyi bipp dengan kuat. Ajib semakin cemas melihat keadaan Suha. Air mata jantannya terus gugur ke pipi. Ajib serba salah, dia tak tahu apa yang harus dilakukannya.

        ‘’Doktor!! Nurse!!’’ Ajib melaung kuat dari katil. Dia tak tergamak nak meninggalkan Suha dalam keadaan kritikal seperti itu. Nafas Suha turun naik semakin laju dan perlahan-lahan menjadi longlai. Mesin di hujung kepalanya turut berhenti berbunyi.

            ‘’Suhaaaaaaaaaaaaa!!’’ Ajib meraung. Dia menangis terisak-isak memerhatikan wajah Suha yang sudah kaku. Air matanya mengalir dengan laju. Dan Ajib terus meraung dan meraung memanggil nama Suha.

                ‘’Abang! Hodoh betul abang menangis macam tu!’’ Ajib yang sedang menyembamkan wajahnya di dada Suha mengangkat kepalanya perlahan-lahan. Suha melebarkan senyuman dan membuat simbol peace!

           ‘’Suha! Suha tak apa-apa? Suha hidup lagikan?’’ Ajib yang kebuntuan menyoal kalut. Spontan Suha mengelengkan kepalanya. Jari jemari Suha mengesat air mata Ajib. Bibirnya menguntum senyum lagi.

              ‘’Tapi,.tapi,.kenapa mesin tu berbunyi tadi?’’ Ajib menyoal macam orang bodoh. Suha sudah ketawa galak melihat kebuntuan Ajib.

           ‘’Mesin tu bukan Suha punya. Kami yang kenakan kau! Sesekali boleh tengok hero menangis pun best jugak.’’ Beberapa lelaki muncul dari sebalik tirai. Mereka menolak mesin yang berbunyi tadi ke katil sebelah. Ajib sudah merah wajahnya. Malu dan marah sudah bersatu dalam dirinya.

           ‘’Macam ni pun korang buat bergurau ke?’’ Ajib akhirnya meluahkan perasaannya. Ezri dan Iskandar mengangkat kedua belah tangan tanda menyerah kalah. Ezrin dan Shuhaimi yang hanya memerhatikan plan jahat Ezri dan Iskandar hanya beriak selamba.

           ‘’Tergamakkan Suha buat abang macam ni?’’ soalan diajukan untuk Suha pula. Matanya merenung tajam ke arah Suha yang masih tersenyum dari tadi.

            ‘’Alaa,..sekurang-kurangnya Suha tahu abang sayang overdos kat Suha!’’ Suha bersuara sambil mengapai tangan Ajib. Disuruhnya Ajib duduk di tepi katil. Ajib menurut saja tanpa bantahan.

              ‘’Kalau abang tak sayang Suha,..Suha ingat ada ke orang kat dalam tu? Perut Suha tu pun mungkin masih kosong lagi tau!’’ Ajib berkata perlahan namun wajah Suha sudah bertukar merah bila empat jejaka yang ada berhampiran katil sudah melebarkan senyuman.

            ‘’Hiesy,.abang ni,.’’ Wajah Suha monyok kerana malu. Hilang sudah senyumannya yang mekar tadi.

        ‘’Elehh,..malulah pulok! Bangunlah,.doktor cakap kak ngah dah boleh balik dah!’’ Ezri yang bersuara. Suha memandang Shuhaimi dan Shuhaimi menganggukkan kepalanya. Suha terus bangun dari katil dan menyarung kasutnya.

          ‘’Jom abang! Kita pergi tengok wayang? Kalau abang tak nak pergi Suha ajak Is jer!’’ Suha masih ingin menyakat Ajib, sengaja lagi nak mencari pasal.

           ‘’Pergilah dengan Is! Tadi abang tengok Eriza pun ada di luar tu dengan mama. Abang ajak Eriza aje pergi berjalan-jalan hari ni. Lagi pun, kalau bawa Suha, pengsan lagikan, teruklah abang nak kena dukung.’’ Ajib bersuara selamba. Giliran Suha pula tunjuk perasaan. Dikebam bibirnya geram.

                 ‘’Abang Mie tengok korang berdua ni, macam takut ja nak kahwin. Tapi dalam gaduh-gaduh korang pun perut berisi jugak! Tak faham betul abang!’’ Shuhaimi bersuara sebelum melangkah meninggalkan katil. Ezri, Ezrin dan Iskandar mengikut Shuhaimi dari belakang. Ajib dan Suha saling berpandangan. Seketika cuma keduanya sudah ketawa.

               ‘’Jom balik!’’ tangan Suha Ajib pegang. Suha pula kakukan langkah.

           ‘’Tak nak balik! Jomlah kita dating kat mana-mana!’’ Suha bersuara manja. Disandarkan kepalanya di bahu Ajib.

         ‘’Suha pengsan lagi macam mana?’’ Ajib menyoal Suha. Takut juga dia kalau kesihatan Suha terjejas.

            ‘’Tadi Suha bukan pengsan pun. Suha pitam kejap ja. Itu pun sebab stress dengan abang. Dahlah layan kak Nieta tu depan Suha!’’ Suha berterus terang. Sejak di rumah papanya lagi Suha tak makan apa-apa pun. Maunya tak pitam. Geram sangat dia dengan Nieta dan Ajib yang asyik berkepit saja.

             ‘’Lah,.mana abang tahu Nieta pun ada sekali di sana. Kalau abang tahu, tak naklah abang pergi! Suha nak kata kat abang, Suha pun sama,.2x5 layankan Is tu kenapa? Ingat Suha ja tau nak marah. Abang pun ada perasaan jugak tau. Dahlah Suha asyik bertempek aje dengan mat saleh celup tu!’’ Ajib pula pulang paku buah keras. Suha tersenyum pula. Sikit pun dia tak terasa dengan kata-kata Ajib, bahkan dia merasa betapa bahagianya dia bila Ajib tunjukkan rasa cemburunya.

              ‘’Hmm,.abang,jom balik rumah kita!’’ lunak suara Suha membuatkan Ajib merenung lama ke arahnya. Suha kenyitkan mata.

           ‘’Jom! Ini yang abang nak dengar sangat ni. Suha tak alah lagikan dengan abang?’’ tangan Suha terus diheret Ajib keluar dari wad. Suha pula merangkul lengan Ajib kejap.

         ‘’Lepas ni abang guna pewangi melur tu ya. Abang buang ajelah pewangi abang yang berjenama tu. Harapkan harga ja mahal, tapi busuk!’’ sambil berjalan mereka terus berbual.

               ‘’Suha punya pasal,.melur pun melurlah! Asalkan Suha jangan buang abang sudah!’’ Ajib membuat janji. Semakin kejap jari jemari Suha digengam.

                ‘’Dah sayang sangat letew?!’’ Suha mencelah sambil membalas pegangan Ajib. Bahagia rasanya bila dapat berpimpin tangan begini.

                  ‘’Siapa tak sayang bini oii!’’  Ajib ketawa dengan kata-katanya. Selepas itu Ajib menghubungi mamanya supaya pulang dengan Shuhaimi. Haih! Kerana isteri sanggup tinggal ibu ke Ajib?

.....................................................................................

DIALOG SEMATA-MATA,..

Suha: Mama pernah cerita pada Suha asal usul nama Ajib ni, kenapa abang suka sangat nama Ajib ni? Sebab sama dengan nama PM kita ke?

Ajib: Tolong sikit erkk! Tak ada kena mengena dengan Najib pun. Abang lebih rela tambah W dari tambah N di depan nama abang tu!

Suha: Eh! Samalah dengan Suha. Biarlah abang Wajib jadi milik Suha selamanya,.tapikan abangkan nama Haziq Hazami,.kan nama Haziq Hazami ni lagi sedap didengar?

Ajib: Nama Ajib ni atok yang kasi. Masa kecil dulu abang cuma rapat dengan atok ja. Abang tak kenal pun siapa papa. Lagi pun mak tiri abang bukan macam mak tiri Suha. Mak tiri abang tu mulut laser sikit. Dulu,.papa pernah datang ambil abang dan bawa pergi rumah dia. Huh! Teruk abang kena dera. Lepas tu mama tak benarkan papa bawa abang pergi sana lagi.

Suha: Oh! Suha tak tahu pun! Suha nak tanya sikit boleh?

Ajib: Tanya aje!

Suha: Mama cakap masa sekolah rendah bila cikgu abang panggil nama Haziq Hazami abang bo layan jer. Kenapa erkk? Abang terlupa nama abang ke atau abang sengaja buat-buat tak dengar?

Ajib : Abang pun tak ingat!

Suha: Lorh,.kenapa tak ingat?

Ajib: Sebab abang tak ingatlah. Dah! Jangan kacau abang lagi. Abang jumpa cerpen online Edisi Raya ni. Abang nak baca dulu. Lepas ni baru Suha baca pulak!

Suha: Ye ke bang? Bagi Suha baca dululah!

Ajib: Ehh,.abang yang jumpa dulu! Bagi abanglah baca dulu!

Suha: Syioh! Syioh! Nah seposen duit raya. Abang pergi main jauh-jauh!!

Ajib: Okey! Okey!,.abang nak baca tajuk jer!

Suha: Tajuknya,.hmm, HATIMU SEDINGIN AIS,.dalam kurungan Edisi Raya. Karya oleh Szaza Zaiman.

Ajib: Huh! Dengar nama pun dah tau,.mesti tak best!

Suha: Best tak best belakang kira! Janji Suha yang baca dulu.

Ajib: Suha baca jer la. Abang nak tidur, nanti Suha cerita kat abang ya!

Suha: Kirim salam! Abang bacalah sendiri!

Ajib: Kita baca sama-samalah kalau macam tu!

Suha: Dah cakap tak bestkan tadi? Tergedik pulak nak baca!

Ajib: Tak kasi sudah! Abang nak merajuk la kalau macam ni!

Szaza Zaiman: Oiii,..cukup-cukuplah tu! Asyik nak bergaduh ja. Sikit-sikit nak merajuk! Bila cerita ni nak habis? Aku dah malas nak menaip daaa!

P/S: PEACE!!!!!! Selamat membaca dan jangan lupa tinggalkan komen anda. Best ke tak belakang kira haa,..yang penting,.yang baik jadikan pengajaran. Yang tak baik tu pandang sebelah mata udah ler,..kerana yang baik itu dari Allah, yang tak baik itu kelemahan saya!

                              Selamat Hari Raya Aidilfitri
                                   Maaf Zahir Dan Batin
                        Dari Szaza Zaiman dan keluarga.

Ketupat dan rendang sudah terhidang,
Di atas meja bermacam juadah,
Jangan dipandang cerpenku sayang!
Baca saja sebagai riadah.


Nasi impit berkuah kacang,
Bersama rendang pun sedap juga,
Kuih samprit bukannya calang,
Cantik terhidang di atas meja.

Nota: Tiba-tiba teringin pulak nak asah minda tulis pantun,.







11 ulasan:

  1. Yeah abang Wajib! Haha... Haziq Hazami rupa2nya...

    Kelakarlah dialog diorang Kak... Nice!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suha!,agaknya dari mana akak dapat idea untuk tulih dialog tu? Cer teka!! Hahaha,...

      Padam
    2. Baru baca komen kt sini lepas baca ceren baru... Hehe... Mana dpt idea tu Kak? Hee~

      Padam
  2. Balasan
    1. Alhamdulillah kalau best,kembang jantung akak ni dikkk,hihi,terima kasih semua yang sudi singgah di sini,jangan malu2 datang lagi tau!

      Maaf ya akak lambat reply,line chipsmore,paham2 sajalah,..,

      Padam
  3. Terima kasizh Vera Zahara,sudi singgah,baca dan komen,datang lagi naa,..hihi

    BalasPadam
  4. Macam drama tv3 & astro ria (siap ada edisi raya lagi)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi..apa nak buat, cerpen pun nak raya jugak..layan jer laa..

      Padam
  5. Balasan
    1. Terima kasih erlinna erzlin..sudi singgah, baca dan tinggalkan komen di ruangan ini😃😉

      Padam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.