Rabu, 7 Oktober 2015

Cinta Tanpa Nokhtah




           ’’Din!,.aku ada di Alor Setar. Datang ambil aku sekarang!’’ tanpa memberi salam Hafizudin memberikan arahan untuk adik kembarnya Muizzudin. Walaupun mereka kembar tapi mereka telah dipisahkan sejak kecil apabila kedua ibu bapa mereka bercerai. Hafizudin tinggal bersama ayahnya di Kuala Lumpur manakala Muizzudin pula tinggal bersama ibunya di Kedah. Inilah percaturan hidup. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segalanya.

               ‘’Alor Setaq? Aku ada tengah laut ni. Aku mai mengail dengan kawan. Hang balik sendirilah. Takkan hang tak tau jalan kot?’’ dengan tenangnya Muiz bersuara. Pasti ada hal penting abang kembarnya itu datang ke Kedah. Kalau tak, kenapa dia nak datang ke Kedah dengan tiba-tiba? Muizzudin berbisik sendiri.

             ‘’Adoiiii,.aku mana ingat jalan. Lagi pun aku lupa nama kampung. Dah la dok ceruk hutan.’’ Selamba saja Hafiz bersuara. Muiz sudah berbahang telinga mendengarnya.

       ‘’Hutan? Sepuluh tahun sekali baru teringat nak jenguk kami, mana hang tau hutan?’’ Muiz sudah rasa terbakar tapi suaranya masih boleh dikawal. Bersabarlah hati kerana sabar itu separuh daripada Iman.

            ‘’Kalau dah tengah dusun, hutan la tu. Kau jangan nak banyak kerenah. Datang ambil aku sekarang. Aku ada di Shahab ni. Aku datang sehelai sepinggang saja.’’ Hafiz juga turut berapi bila permintaannya seolah tidak mendapat respon dari Muiz. Huh! Time aku sesak ni la dia nak pergi memancing pun. Hafiz berdialog di dalam hati. Wajahnya sudah berbahang dek rasa marah. Inilah perbezaan antara mereka berdua. Walaupun kembar perbezaan itu tetap ada!

             ‘’Laa,.hang ambik la bas ke Jeniang. Dah sampai Jeniang satgi hang tunggu ja di mana-mana kedai. Lepas tu mesti ada orang tumpang hang balik rumah. Aku gerenti ibu akan sambut hang macam mana dia sambut aku balik. Dah,.telepon aku nak habis bateri ni. Pandai-pandailah hang nak hidup.’’ Muiz menyudahkan ayat-ayatnya sambil memutuskan panggilan. Hafiz memerhatikan telefon bimbitnya tanpa kata tapi hati di dalam sudah berdongkol geram. Tak apa Muiz! Tak apa!,.lepas ni kau kena dengar cakap aku. Sekarang ni aku sengaja nak bagi kau peluang!  

......................................

                  ‘’Assalamualaikum!,.Din, pagi tadi sakan hang bawa joran. Kata nak pi mengail di Yan. Balik dah ka? Banyak dapat ikan?’’ Hafiz ditegur oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Dia baru saja tiba di Pekan Jeniang dan sedang mencari kedai makan untuk mengalas perutnya yang sedang berdondang sayang.   

             ‘’Tak jadi pi,.ada hal sikit di Alor Setar.’’ Hafiz  menjawab tanpa rasa bersalah. Dia tahu mungkin lelaki itu menyangka dia adalah Muiz. Sengaja dia menipu agar dia dapat terus menyamar sebagai Muiz dan dapat mengantikan Muiz buat sementara waktu. 

            ‘’Buat pa pi Alor Setar? Hang letak reta tang mana? Aku tak nampak reta hang pun.’’ Lelaki itu bersuara lagi sambil matanya melingas memerhatikan sekeliling seolah sedang mencari sesuatu.

                 ‘’Oh! Reta rosak. Baru ja turun dari bas.’’ Hafiz menipu lagi. Sebetulnya dia sedang lari dari rumah kerana bergaduh dengan ayahnya. Dia hanya membawa dompet duit bersamanya. Oleh kerana tak mahu dikesan ayahnya, Hafiz meninggalkan keretanya di Kuala Lumpur. Hajatnya datang ke Kedah untuk memaksa Muiz mengantikan tempatnya.

            ‘’Rosak ka? Pak long nak balik ni. Jomlah tumpang! Malam ni dengar kata ada ceramah di masjid. Hang jangan tak pi pulak. Satgi tak dak orang nak azan. Daripada Lebai Daruih yang azan, lebih baik hang azan. Boleh jugak panggil anak-anak muda kampung mai ramai-ramai di masjid.’’ Lelaki tadi berkata lagi. Hafiz sudah mengigil di dalam hati. Azan? Seumur hidup ni, masjid pun aku tak pernah pijak lagi. Inikan pulak nak suruh azan di masjid? Kenapalah Muiz ni rajin sangat pergi masjid? Inilah masalah aku paling besar kalau nak bertukar tempat dengan dia?

            ‘’Takpa! Takpa,.pak long balik dulu. Nanti Din balik, nak singgah makan sat. Lapaq!’’ tergagap-gagap Hafiz bersuara. Lelaki di depannya sudah memandang pelik ke arahnya.

               ‘’Hang demam ka Din? Selalunya kalau aku suruh hang panggil pak long, hang tak mau pangge. Macam-macam alasan hang bagi. Hari ni boleh pulak hang pangge aku pak long?’’ Hafiz tercenggang. Hatinya sedang berbolak balik. Siapa orang di hadapannya ini? Tadi dia bahasakan dirinya pak long. Ini dah bukan pak long pulak?

         ‘’Alah! Biasalah pak long, sedangkan pantai pun boleh berubah dipukul ombak, inikan pulak manusia,.’’ Hafiz berkata sambil ketawa kuat dan menampar-nampar bahu lelaki di hadapannya. Dia sedang berlakon untuk mengawal rasa kekalutan yang sedang menyerangnya di saat ini.

            ‘’Hang kena sampuk hantu tang mana ni Din? Awat yang aku tengok hang ni pelik sangat hari ni?’’ Hafiz sudah mula berpeluh mendengar soalan dari lelaki di depannya. Otaknya sedang ligat memerah idea untuk melepaskan diri.

              ‘’Eh! Tu macam kawan Din tu. Nak pi jumpa dia sat!’’ Hafiz terus melangkah pergi tanpa menoleh belakang lagi. Di dalam hatinya terus merunggut geram. Semua ni papa yang punya pasal! Kalau tak, tentu keadaan macam ni takkan aku hadapi!

.................................

                ‘’Hafiz kena juga kahwin dengan Farisha! Keputusan papa muktamad.’’ Encik Dzalkifli bersuara tegas. Dia sudah mengatur janji dengan kawan baiknya untuk menyatukan kedua orang anak mereka. Selepas dia kahwin lain, isteri keduanya tidak mampu melahirkan zuriat mereka. Dia hanya punya dua orang anak kembar dan Hafizudin telah dijaganya sejak kecil.

           ‘’Papa yang buat janji, papa sajalah yang kahwin. Hafiz dah ikut kehendak papa, bekerja di syarikat papa. Takkan bab nikah kahwin Hafiz pun papa nak tentukan juga. Zaman sekarang ni bukan zaman kahwin paksalah papa!’’ bila encik Dzalkifli bertegas, Hafiz juga tak mahu mengalah. Dia belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami, lagi pun Farisha yang dia kenal terlalu sosial. Dia takut dia takkan mampu untuk mengawal Farisha andai Farisha menjadi isterinya nanti.

          ‘’Papa tak peduli. Hafiz dah bertunang dengan Farisha dan dua minggu lagi Hafiz kena bersedia untuk menjadi seorang suami. Farisha pun dah habis belajar. Hafiz pun bukannya muda lagi. Papa rasa inilah masanya Hafiz memberikan kami menantu dan cucu,’’ Encik Dzalkifli bersuara dengan rasa teruja. Wajah cemberut Hafiz langsung tak dihiraukannya.

                 Hafiz termenung lama di depan sebuah kedai yang menjual barang-barang runcit di Pekan Jeniang. Selepas lari dari lelaki yang mengelarkan dirinya pak long, Hafiz bersembunyi di dalam kedai ini dan cuba menghubungi Muiz tapi panggilannya tidak bersambung. Kemudian Hafiz keluar dari kedai dan berdiri pula di tepi jalan berhadapan dengan kedai runcit tersebut. Hafiz teringat kembali perbualan dengan ayahnya tiga hari yang lalu hingga memaksa dia membawa diri ke Kedah.

              ‘’Abang Hafiz! Jom naik,.mak long suruh Ijal mai ambik abang Hafiz,.’’ Sedang asyik melayan fikiran yang sedang menerawang Hafiz ditegur pula oleh seorang remaja yang sudah memberhentikan motor di sebelahnya. Siapa pulak ni? Hafiz menyoal di dalam hati.

               ‘’Cepatlah abang Hafiz. Ijal nak kena pergi tuisyen pulak malam ni.’’ Remaja itu berkata lagi sambil memandang Hafiz.

            ‘’Abang Hafiz? Bukan abang Muiz?’’ Hafiz bertanya untuk mendapatkan kepastian.

           ‘’Abang Din telefon mak long, dia cakap abang Hafiz nak mai. Lepas tu abang Din suruh mak long minta Ijal tunggu abang Hafiz di sini sebab abang Din mungkin balik pagi esok,.’’ Hafiz sudah menganggukkan kepalanya tanda dia sudah memahami apa yang dikatakan oleh remaja tadi. Rupanya Muiz sudah memberitahu ibunya akan kedatangan dia,.tapi,...Ah! kalau ibu dah tahu macam mana aku nak paksa Muiz supaya tukar tempat dengan aku nanti?

            ‘’Macam mana boleh kenal abang?’’ Hafiz sengaja menguji remaja di depannya.

            ‘’Tengok orang la. Ni kan Ijal,.’’ Remaja tadi sudah menampar dadanya sendiri. Hafiz sudah mencebik dalam diam. Kalau pak long tadi pun menyangka dia adalah Muiz, mungkin remaja di depannya pun kenal dia kerana wajahnya yang seiras dengan Muiz.

           ‘’Yalah tu!’’ Hafiz berkata perlahan sambil melangkah naik di atas motor. Ijal terus memulas minyak dan memecut pulang.

..........................................

               ‘’Hmm,.Hafiz, mimpi apa ni? Tiba-tiba ja balik kampung?’’ sebaik Hafiz turun dari motor Puan Farizah sudah menyambutnya di muka pintu rumah. Bibir Puan Farizah sudah mekar dengan senyuman menyambut anak sulungnya itu.

            ‘’Tentulah rindukan ibu. Ibu sihat?’’ Hafiz menyalami ibunya sambil bertanya khabar. Dipeluk ibunya tanpa sedar. Puan Farizah pula tak semena-mena bergenang air mata. Bukan selalu dapat melihat anak sulungnya ini sejak dibawa pergi oleh bekas suaminya.

           ‘’Alhamdulillah! Masuklah Hafiz,.tinggal lama sikit ya kali ni?’’ Puan  Farizah bertanya Hafiz dengan rasa ragu. Dia memang sentiasa berharap agar Hafiz akan pulang dan tinggal bersamanya pula.

          ‘’Hafiz nak tinggal terus di sini boleh tak ibu? Kalau boleh nak minta ibu tolong carikan calon isteri untuk Hafiz,.’’ Hafiz bersuara dalam gurauan. Sengaja dia ingin menguji ibunya.

            ‘’Terima kasih Ijal!’’ Puan Farizah tidak segera menjawab pertanyaan Hafiz. Dia mengucapkan terima kasih pada Ijal yang masih memandang mereka dua beranak dari atas motor.

            ‘’Mak long! Nasib baik mak long habaq abang Hafiz yang nak mai,.kalau tak tadi mesti Ijal ingat abang Din yang dok berdiri di pekan tadi,.’’ Ijal berkata sambil tersenyum. Puan Farizah sudah tergelak. Hafiz mencebik lagi. Dah agak dah! Hafiz bermonolog di dalam hati.

             ‘’Ijal pi dulu mak long! Ada kelas tambahan,.’’ Ijal menyambung kata sambil memulas minyak motornya dan memecut pergi. Puan Farizah hanya memerhatikan motor Ijal hilang di sebalik simpang.

              ‘’Hafiz cakap apa tadi? Nak suruh ibu carikan calon isteri? Di Kuala Lumpur tu tak ada ke perempuan yang Hafiz berkenan? Lagipun,.zaman sekarang ni mana ada orang yang nak kahwin dengan pilihan mak ayah dah!’’ Puan Farizah menyoal Hafiz dengan rasa teruja. Bangga mendengar Hafiz menyuruhnya mencari calon isteri.

             ‘’Hafiz gurau ja ibu. Hafiz belum bersedia lagi pun nak jadi suami orang ni. Muda lagi kot! Tunggulah tua sikit,..’’ Hafiz mula mengelabah mendengar pertanyaan ibunya pula. Mahunya ibunya betul-betul mencarikan calon isteri untuknya,.haa,.ibarat lari dari mulut singa masuk ke mulut harimaulah jawabnya. Sengaja mencari nahas!

                ‘’Muda? Dah hampir tiga puluh tahun. Muda apanya?’’ Kali ini Puan Farizah pula yang terkejut. Umur Hafiz dengan Muiz sudah masuk ke usia dua puluh tujuh tahun. Lagi tiga tahun dah masuk tiga puluh. Memang dah sesuai sangat untuk mencari calon isteri.

               ‘’Ibu lupa ya? Orang lelaki ni ibu, ibarat buah kelapa. Makin tua makin banyak santannya.’’ Sambil duduk melepaskan lelah Hafiz tetap menjawab setiap pertanyaan ibunya. Puan Farizah sudah mengelengkan kepalanya. Bila menyebut bab kahwin Hafiz dan Muiz seolah sehati dan sejiwa. Takut sangat bila topik itu yang diutarakan.

           ‘’Nampaknya ibu tak sempatlah nak berkenal-kenal dengan menantu dan nak dukung cucu. Anak ibu cuma Hafiz dengan Din saja. Kalau dua-duanya bagi jawapan yang sama setiap kali ibu sebut pasal isteri. Meloponglah ibu,..’’ sengaja Puan Farizah bersuara sayu. Ditatapnya wajah Hafiz dengan rasa syukur yang tak terhingga. Hafiz hanya tergelak mendengar ungkapan ibunya. Tak apa ibu, nanti Hafiz akan pastikan ibu mendapat menantu. Hafiz akan paksa Din menikah dengan Farisha. Hafis berbisik di dalam hati.

..................................

                  Bila matahari sudah tegak di atas kepala barulah Muiz pulang ke rumah. Hafiz pula masih sedap berdengkur di dalam bilik. Puas sudah Puan Farizah mengejutkan Hafiz untuk bangun menunaikan solat subuh tapi Hafiz masih tidur tanpa ada keinginan untuk bangun, apatah lagi dengan suasana pagi di kampung mereka yang sangat sejuk. Semakin liatlah Hafiz nak bangun.

              Hafiz membesar di kota Kuala Lumpur sedangkan Muiz membesar dengan didikan agama yang diberikan Puan Farizah. Di kampung ini Muiz selalu menjadi muazim di masjid dan adakalanya dia menjadi imam dalam solat bila imam yang telah dilantik tiada atau tidak sihat.          Perbezaan personaliti keduanya memang sangat ketara. Hafiz adakalanya seorang yang panas baran. Muiz pula lebih tenang dan penyabar dalam apa saja situasi. Hanya wajah mereka saja yang seiras tapi watak masing-masing ibarat air dan api. Seorang mampu mendinginkan keadaan sedangkan seorang lagi akan menghangatkan keadaan.

            ‘’Hello bro,.burung-burung semua dah keluar cari makan, takkan hang dok melingkaq lagi atas tempat tidoq kot? Ibu pangge suruh mangkit makan. Ibu takut anak dia mati atas tilam pulak. Subuh pun tak mangkit sembahyang.’’ Muiz bersuara sambil menepuk bahu Hafiz. Semakin Hafiz menarik selimut mendengar suara Muiz.

            ‘’Hang tak mangkit aku curah ayaq atas hang satgi kot.’’ Sengaja Muiz mengertak supaya Hafiz segera bangun tapi nampaknya tak berhasil. Langsung tak ada respon. Muiz berlalu keluar dari bilik dan menuju ke arah dapur. Dia masuk ke dalam bilik air dan mencapai gayung. Dimasukkan air dan menuju ke bilik di mana Hafiz sedang tidur nyenyak.

           ‘’Din!’’ Puan Farizah memanggil Muiz yang sedang melangkah laju ke arah bilik.

            ‘’Sat ibu! Din nak tolong mandikan abang Hafiz.’’ Sempat lagi Muiz menyambut panggilan ibunya sedangkan kakinya terus melangkah. Puan Farizah sudah mula cuak mendengar kata-kata Muiz. Dia menerpa laju ke arah bilik yang sama.

           Bila tiba di dalam bilik Muiz tak mengambil masa yang lama. Air di dalam gayung terus dicurahkan ke wajah Hafiz. Tak sempat Puan Farizah untuk menyelamatkan keadaan bila dilihatnya Hafiz sudah terpinga-pinga bangun.

          ‘’Bila orang bandar masuk kampung macam ni la. Kena mandi ataih katil baru syiok!’’ Muiz berkata sambil tersenyum lebar. Hafiz yang masih mamai sudah memandang tajam ke arahnya.

           ‘’Banyak la kau punya syiok!’’ Hafiz membalas dengan hati yang membara kemudian dia terus bangun dan keluar dari bilik. Muiz sudah tergelak puas hati. Puan Farizah hanya mampu mengelengkan kepala. Bertahun tak jumpa pun dah macam kucing dengan anjing. Hurm,..

.....................................

                     Seminggu selepas Hafiz tinggal di kampung dia mengajak Muiz ke Kuala Lumpur dengan alasan papanya nak berjumpa dengan Muiz. Padahal dia nak mengenakan Muiz supaya  papanya encik Dzalkifli akan terperdaya dengan helahnya. Hafiz tahu papanya banyak spy dan sedang mencari Hafiz. Inilah  masanya Hafiz bertindak.

                ‘’Awatnya papa nak jumpa aku pulak? Awat dia tak mai saja di rumah ibu?’’ sudah beberapa kali Muiz bertanya soalan yang sama pada Hafiz namun Muiz tetap tidak memperolehi jawapan. Hafiz hanya tersenyum setiap kali ditanya. Muiz pula, dalam rasa tak puas hati dia tetap menunaikan permintaan Hafiz.

             Sebelum keluar dari rumah tadi Hafiz sudah memaksa Muiz memakai pakaiannya sedangkan Hafiz pula menyarung baju Muiz. Walau pun Muiz rasa pelik dengan sikap Hafiz, dia hanya menurut semua kemahuan Hafiz. Puan Farizah pun nyaris tersilap orang dan memanggil Hafiz dengan nama Din. Bila Muiz yang memakai baju Hafiz yang menyahut, baru dia tersedar akan hakikat yang sebenarnya.

            ‘’Payah sangat ka nak cakap? Awat yang papa nak jumpa aku?’’ Muiz bertanya lagi. Hafiz menoleh sekilas ke arahnya. Bibirnya sudah lebar dengan senyuman penuh bermakna.

          ‘’Kau ikut sajalah aku balik jumpa papa. Mungkin papa nak wariskan harta untuk kau kot.’’ Hafiz menjawab dengan tenang. Dia memandang sekilas ke arah Muiz di sebelahnya. Muiz sempat mencebikkan bibirnya sebelum bersuara.

           ‘’Pusing reta! Aku nak balik. Dahlah paksa aku pi KL. Reta aku hang buat macam reta hang ja, sampai baju aku pun hang teringin nak kebas? Aku taulah hang pakai baju ada jenama pun tapi yang aku tak faham ni, baju yang aku beli di pasar malam pun hang boleh berkenan pulak?’’ Muiz mula berleter. Segala apa yang bersarang di dalam hatinya, kalau boleh semuanya dia nak luahkan. Hafiz pula masih terus tersenyum kerana mindanya sedang merencanakan satu rancangan yang Muiz pun mungkin takkan terduga.

                   ‘’Dah terlambat! Kita dah sampai KL pun.’’ Hafiz berkata sambil menghentikan kereta dan  menghulurkan kunci keretanya pada Muiz. Rancangan Hafiz mudah saja. Dia hanya perlu tinggalkan Muiz di tempat letak kereta dan akan membiarkan spy papanya menjumpai Muiz dan membawa Muiz pulang ke rumah.

               ‘’Kau tolong aku.’’ Sambil menghulur kunci kereta Hafiz bersuara. Muiz memandangnya dengan seribu pertanyaan.

             ‘’Kita tukar kereta! Kereta aku ada di depan tu. Kau bawa kereta aku nanti kau ikut aku dari belakang.’’ Hafiz berkata selamba sambil bibirnya tersenyum. Dalam hati lain pula katanya. Maaf Din! Kereta aku ada ja di rumah. Kau carilah sampai malam, sebelum kau jumpa kereta aku mesti spy papa yang akan jumpa kau dulu!

              ‘’Hang ni pasai pa? Sejak kita jumpa hang ni pelik sangat. Dah la balik kampung selai sepinggan. Hari-hari dok pakai baju aku. Siap dok belek album gambar dan tanya macam-macam. Itulah, inilah,.orang tulah, orang nilah, semua hang nak kenai. Hang nak jadi aku pulak ka?’’ Muiz tak segera turun dari kereta. Dia masih ingin melepaskan suara hatinya. Hafiz masih begitu. Walau pun dia rimas dengan setiap pertanyaan Muiz, dia sengaja berlakon tenang dan tersenyum setiap masa.

            ‘’Aku nak tanya sikit ni. Hari first aku mai kampung. Ada sorang pak cik ni bahasakan diri dia pak long kat aku tapi bila aku panggil pak long. Dia cakap aku pelik. Siapa pak cik tu?’’ soalan Muiz langsung tak teringin Hafiz nak menjawab sebaliknya Hafiz pula yang mengajukan soalan.

           ‘’Sapa? Abang Lan ka?’’ Muiz bertanya kembali, kemudian bibirnya spontan tersenyum mekar dan merampas kunci kereta dari tangan Hafiz. Muiz keluar dari kereta dan mula mencari kereta Hafiz. Kemudian dia kembali ke keretanya bila kereta Hafiz yang dicari tetap tak berjumpa. Namun Muiz hampa bila kereta dia juga telah tiada. Keretanya hilang bersama Hafiz. Sedang dia memikirkan segala kemungkinan, Muiz telah ditarik masuk ke dalam kereta oleh beberapa orang lelaki. Walau pun Muiz meronta tapi kudratnya tidak dapat mengalahkan tenaga lelaki-lelaki yang menangkapnya.

.....................................
 Empat hari kemudian,.

            Setelah mereka bertukar tempat perbagai kesukaran yang menghujani hidup mereka. Hafiz sering dipaksa ibunya agar pergi bersolat di masjid. Bila dia pergi ke masjid, orang masjid pula menyuruh dia melaungkan azan dan menjadi imam. Hafiz yang panjang akal selalu memberikan bermacam alasan. Adakalanya bila tiba waktu solat, Hafiz akan bersembunyi dari ibunya.

           Manakala Muiz pula dipaksa papanya untuk berkahwin dengan Farisha. Walau dia bercakap benar bahawa dia bukan Hafiz  tapi encik Dzalkafli tidak mahu percaya. Hari-hari papanya memaksa Muiz untuk keluar bersama Farisha untuk bershoping barang-barang perkahwinan mereka dan sebagainya.

          Hari pertama Muiz disuruh keluar bersama Farisha dia telah meletakkan syarat andai mereka mahu dia meneruskan hasrat papanya untuk berkahwin dengan Farisha, mereka harus mengikut kehendaknya. Farisha memang mahu menentang syarat yang dikenakan oleh Muiz tapi dia tiada pilihan. Antara syarat yang dinyatakan Muiz adalah sangat bertepatan dengan status seorang wanita yang bakal bergelar seorang isteri.

        ‘’Aku tak mahu keluar dengan kau selagi kau berpakaian begini. Kau pergi tukar baju dulu, baru aku setuju keluar dengan kau!’’ Muiz memulakan syaratnya dengan permintaan yang Farisha tak mungkin tunaikan. Sengaja Muiz menukar gaya percakapannya mengikut gaya Hafiz kerana dia pasti Farisha juga tak mengecam dirinya seperti papa dan ibu tirinya.

          ‘’Apa yang tak kena dengan baju aku? Okey apa, aku pakai macam ni?’’ Farisha bertegas dengan pilihannya. Dipandangnya pakaian yang menutupi tubuhnya. Berbaju sendat, berskrit singkat dan berstoking panjang.

           ‘’Okey?? Kau ni bukan orang putih. Bukan anak mat saleh, jadi jangan nak perasan jadi orang barat. Kalau kau orang melayu yang beragama Islam WAJIB pakai pakaian yang menutup aurat. Berbaju longgar, labuh dan bertudung. Yang paling penting pula, memakai tudung tu haruslah mengikut syariat yang ditetapkan, bukan memakai tudung dengan niat nak berfesyen atau nak melawa. Faham??’’ Muiz memulakan mukadimah ceramah khasnya untuk Farisha. Terbelalak seketika mata Farisha dibuatnya.

              ‘’Apa? Eh! Ikut suka akulah nak pakai baju apa pun. Kau siapa nak control apa yang aku pakai? Papa dengan mama aku pun tak pernah menegur apa yang aku pakai!’’ kuat sekali suara Farisha sambil menghampiri Muiz dan menolak Muiz dengan kuat namun Muiz langsung tak berganjak dan hanya tersenyum sinis.

            ‘’Kau tanya siapa aku? Kau lupa ke, aku ni bakal suami kau? Kalau mak dan bapak kau tak pernah tegur, ni ha aku yang wajib tegur kau mulai hari ini kerana selepas kau jadi isteri aku, segala dosa kau, aku yang akan tanggung. Kecualilah kalau kau nak cancel semua ni. Aku tak kesah!’’ Muiz menjawab soalan Farisha dengan wajah yang tenang. Sengaja dia merenung wajah Farisha. Cantik jugak perempuan ni tapi sayang sekali, harapkan muka ja cantik tapi sikap sopan santun zero! Muiz sempat bermonolog di dalam hati.

             ‘’Ingat kau tu baik sangatlah?’’ Farisha membalas pantas.

               ‘’Baik? Tak ada manusia yang baik dalam dunia ni dan tak ada manusia yang sempurna melainkan Allah! Kita jadi pergi ka tak ni? Kalau tak jadi aku nak naik buat solat sunat Dhuha dulu. Nak minta Allah bagi rezeki kat aku. Rezeki yang aku maksudkan tu adalah agar aku mendapat seorang isteri yang bergelar wanita muslimah. Yang akan menyejutkan hati dan mendamaikan jiwa aku ketika aku memandangnya. Bukan yang macam kau. Bila sekali tengok ja, aku terus dapat dosa. Hiesyy,..minta simpang la,..’’ Muiz berceramah lagi sambil mulutnya mekar dengan senyuman. Kemudian dia berpusing untuk naik ke bilik. Farisha hanya memandang Muiz berlalu dengan wajah yang berbahang. Grrrr,..

              Lain pula dengan kisah Hafiz. Lelaki yang membahasakan dirinya pak long asyik datang ke rumah mereka dan mengulangi soalan yang sama padanya. Setiap kali dia datang dan berjumpa Hafiz dia akan bertanya.

             ‘’Bila hang nak pi rumah pak long?’’ selalunya Hafiz memberikan perbagai alasan sebab rumah pak long tu hanya berjarak satu kilometer saja dari rumah ibunya. Jawapan yang Hafiz beri pula seringkali membuatkan pak long atau pun abang Jazlan akan memandang pelik ke arahnya.

           ‘’Alah pak long,.relax ar, rumah pak long tu bukannya jauh sangat pun. Kalau tak pi sekarang, hari rayakan ada. Nanti Din ajak ibu pi sekali. Boleh macam tu pak long?’’ antara salah satu alasan yang Hafiz beri tanpa mengetahui tujuan pak long bertanya begitu padanya.

            ‘’Takkan hang nak pi dengan mak hang saja kot?’’ pak long masih menyoal sambil mengerutkan dahinya. Hafiz semakin bingung mendengar soalan pak long.

             ‘’Tak cukup ramai ka pak long? Takpa,.nanti Din ajak satu kampung pi rumah pak long. Teruklah pak long nanti. Tak pasai-pasai kena buat kenduri pulak.’’ Bila mendengar soalan Hafiz yang ini, bibir pak long spontan terukir dengan senyuman.

            ‘’Kalau hang dah bawak rombongan, memang wajiblah aku buat kenduri. Anak dara aku sorang tu ja pun,..’’ giliran Hafiz pula terlopong mendengar kata-kata pak long. Selepas pak long pulang Hafiz terus menghubungi Muiz.

            ‘’Din!! Kau jawab dengan jujur, kau dah janji apa dengan orang tua tu?’’ suara orang blurr plus blank pun berbunyi dengan penuh keraguan. Terdengar Muiz sudah ketawa rancak di hujung talian.

              ‘’Orang tua mana? Yang hang panggil pak long tu ka? Kalau pak long tu, hang kena tau satu ja. Dia dah lama berkenan dengan aku. Dia nak ambik aku buat menantu.’’ Muiz ketawa lagi selepas habis berkata-kata. Hafiz sudah mengebam bibirnya kerana geram.

           ‘’Takkan sebab aku panggil pak long saja, hari-hari dia mai bertenggek di rumah dan suruh aku bawak rombongan pi rumah dia? Tak logik kot?’’ dalam geram Hafiz terus menyoal.

            ‘’Dulu, bila dia suruh aku pangge kat dia pak long, aku cakap kat dia bila aku dah bersedia nak jadi menantu dia baru aku akan pangge dia pak long. Jadi bila hang dah gatai mulut nak pangge dia pak long, aku tak kesah kalau hang nak suruh aku nikah dengan Farisha sebab aku rasa walau perempuan tu tak cukup syarat untuk jadi bini aku sekurang-kurangnya dia ada juga citarasa. Okey! Aku nak kena pi pegang tangan tok kadi dah lepas ni. Selamat pengantin baru bro! Kau tak mau ucap kat aku jugak ka?’’ panjang lebar Muiz bercerita sambil mengucapkan selamat pada Hafiz padahal dia yang bakal kahwin dulu. Hafiz pula semakin bengang dengan kenyataan Muiz.

            ‘’Kau jangan nikah lagi. Tunggu aku balik dulu. Daripada aku kahwin dengan perempuan kampung yang langsung aku tak kenal, lebih baik aku kahwin dengan Farisha.’’ Tiba-tiba Hafiz bersuara kuat. Muiz hanya ketawa saja sebelum dia membuat lagi kenyataan yang membuatkan Hafiz lebih bengang.

             ‘’Sorry bro! Farisha dah ikut semua kehendak aku dan aku pun rasa aku dah fall in love pada dia. Aku tak mahu tukar dah. Sapa suruh hang hantaq aku mai sini?’’ Muiz terus memutuskan talian dan turun ke bawah. Hafiz pula rasa macam nak menjerit sekuat hati. Arrggghhhhhhhhhhhhhhhhhh,..Amekaw Hafizudin!

..................................
       
                ‘’Hafizudin bin Dzalkifli! Aku nikahkan akan dikau,..’’

                ‘’Sat! Sat!,.tak betoi ni,.macam mana boleh silap sebut nama pulak? Saya rasa saya dah isi dah borang nikah tu. Saya Muizzudin,.bukan Hafizudin!’’ jurunikah belum habis menyebut, Muiz sudah mencelah. Dia tak mahu tanggung dosa kerana tersalah menyebut nama. Walau saksi akan kata sah tapi hakikatnya pernikahan mereka takkan sah!

             ‘’Muizzudin?’’ encik Dzalkifli pula mencelah. Dahinya sudah berkerut seribu. Muiz mengangguk perlahan.

              ‘’Abang Hafiz ada di kampung. Dah banyak kali Din cakap kat papakan?’’  mendengar kenyataan Muiz suasana menjadi huru hara seketika. Farisha juga nampak agak mengelabah tapi seketika cuma dia kembali tenang. Diam-diam bibirnya sudah mengulum senyum.    

            ‘’Macam mana ni? Nak hentikan ke?’’ jurunikah pula bertanya. Encik Dzalkifli nampak resah.

            ‘’Saya tak kisah kalau nak diteruskan. Hafizudin atau Muizzudin, sama saja cuma,..’’  encik Dzalkifli bersuara lagi sambil memandang bakal besannya dan Farisha.

            ‘’Nampaknya kita kena tanya pengantin perempuan sekali lagi!’’ jurunikah bersuara lagi. Semua mata sudah memandang Farisha.

             ‘’Farisha! Macam mana?’’ ibu pengantin perempuan Puan Faeezah yang bertanya sendiri Farisha. Perlahan Farisha menjatuhkan kepalanya. Wajahnya sudah berbahang. Dia sendiri pun masih keliru kerana, bila dia memandang wajah Muiz ada rasa ketenangan di dalam hatinya. Lebih-lebih lagi sekarang ni bila Muiz mengenakan baju melayu. Muiz nampak lebih matang dan tenang berbanding sebelum ini. Dia kenal Hafiz yang lebih bersikap baran dan keanak-anakkan. Patutlah dia merasa pelik sejak akhir-akhir ini. Rupanya Hafiz di depannya bukanlah Hafiz yang sebenar!

           ‘’Kita teruskanlah seperti yang sepatutnya!’’ encik Zul Fatah pula bersuara mewakili anaknya Farisha. Jurunikah kembali membelek borang nikah dan menganggukkan kepalanya beberapa kali tanda berpuas hati sebelum mengengam tangan Muiz semula. Majlis akad nikah berlangsung dengan selamatnya selepas itu.

              Selepas doa diaminkan Muiz menoleh ke arah Farisha dan merenung wajah isterinya yang sudah bertudung itu. Terima kasih dengan pemberianMU ini Ya Allah! Semoga dia menjadi isteri solehah dan ibu yang baik untuk anak-anak kami kelak. Terima kasih juga untuk Hafizzudin, abangku! Muiz berdoa dan berbicara di dalam hati. Bila teringatkan Hafiz bibirnya spontan tersenyum lagi. Tentu abang Jazlan suka bila dah bertemu dengan bakal suami Zahra?

.....................................

           ‘’Ijal,.Ijal tahu tak rumah pak long Jazlan yang selalu datang ke rumah kami tu?’’ bila panggilan sudah diputuskan oleh Muiz dan Hafiz tidak dapat menghubungi Muiz lagi, dia keluar dan mencari Mifzal, salah seorang jiran ibunya. Remaja yang ramah, yang baru berusia tujuh belas tahun.

             ‘’Oh,.abang Lan ka? Awat! Abang Din nak bawak rombongan pi minang kak Zahra ka? Dulu abang Din penah cakap kat Ijal kalau abang Din nak ambik kak Zahra buat bini baru nak pangge pak long. Dah terbuka hati ka abang Din?’’ Mifzal yang tak perasan Hafiz dan Muiz sudah bertukar bertanya Hafiz kembali sambil tersenyum.

          ‘’Err,.bukan macam tu. Sebenarnya,.Ijal dah silap orang ni. Abang Din ada di KL. Kami, kami tukar tempat,.abang, abang pun tak tahu macam mana nak cakap,.’’ Tergagap-gagap Hafiz berkata. Ijal sudah merenung wajahnya dan memandang Hafiz atas dan bawah.

             ‘’Laa,.ni abang Hafiz ka? Bukan abang Din?’’ Ijal bertanya kalut dan Hafiz terus mengeleng laju.

         ‘’Bukan! Din balik KL. Abang paksa dia nikah dengan tunang abang. Abang pun tak tahu dia ada buat perjanjian dengan pak long Jazlan tu. Kalau tak tobat abang takkan panggil pak long. Tunang abang yang lawa tu pun abang reject, inikan pula perempuan yang abang langsung tak kenal,.’’ Hafiz berkata lagi. Mifzal berubah riak. Pelik, hairan dan semuanya sedang bersarang dalam mindanya.

            ‘’Abang gay ka?’’ soalan Mifzal pada Hafiz membuatkan Hafiz merenung tajam ke arahnya.

          ‘’Ada ke situ pulak? Tunang abang tu sosial sangat. Diri abang ni pun abang tak mampu nak urus. Kalau abang kahwin dengan dia nanti semakin bertambahlah dosa abang,.’’ Spontan Hafiz memberikan alasan. Mifzal pula sudah mengangguk seolah menyetujuinya.

            ‘’Abang Hafiz rasa abang Din mampu urus tak tunang abang tu?’’ Mifzal bertanya lagi. Hafiz berfikir sejenak dan kemudian dia hanya mengangkat bahunya tanpa memberikan jawapan. Hanya Allah saja yang tahu!

           ‘’Eh! Mak long tahu tak abang Din nak nikah?’’ teringat tentang Puan Farizah, Mifzal bersuara lagi. Hafiz mengeleng perlahan sambil menoleh ke arah Mifzal.

           ‘’Bila abang Din nak nikah?’’ terkeluar lagi soalan dari Mifzal.

            ‘’Rasanya dah nikah dah. Mungkin dah selamat dan selesai sebab abang baru call dia, katanya tok kadi dah sampai.’’ Sekali lagi Mifzal berubah riak mendengar jawapan dari Hafiz.

            ‘’Laa,.kesian kat mak long. Tak sempat nak tengok abang Din nikah,.’’ Suara Mifzal agak sayu dipendengaran Hafiz. Dia pun turut rasa bersalah kerana mungkin pernikahan Muiz adalah salah satu dari impian ibunya.

            ‘’Takpa! Nanti abang suruh Din balik dan kita buat kenduri untuk  sambut isteri dia di sini pulak. Kita buat kenduri sambut menantu,..’’ selamba Hafiz berkata dengan niat nak menyedapkan hati Mifzal. Pada ibu nantilah aku beritahu. Hafiz berkata pada dirinya sendiri.

          ‘’Abang Hafiz,.telefonlah abang Din. Ijal nak ucap tahniah kat dia!’’ Mifzal membuat permintaan pula. Hafiz memandang Mifzal dan merenung remaja itu. Dia berjeda seketika, kemudian dia mula mencapai telefon bimbitnya dan mencari nama Muiz. Dia membuka log panggilan dan mula menekan nombor Muiz.

            ‘’Assalamualaikum bro! Awat hang telefon aku lagi? Nak ucap tahniah ka? Terima kasih sebab sudi hadiahkan Farisha kat aku. Hang jangan menyesal na sebab Farisha cakap dia ikhlas terima aku sebagai laki dia,..’’ Muiz sudah bersuara rancak bila menyambut panggilan dari Hafiz. Tak sempat Hafiz nak menjawab salam lagi pun, laju saja Muiz bersuara.

           ‘’Sat,.aku nak hantar gambar aku bersanding dengan Farisha!’’ belum sempat Hafiz berkata apa-apa Muiz sudah memutuskan talian pula. Tercengang Hafiz dibuatnya. Seketika kemudian masuk pula mesej dari whatssap ke telefon bimbitnya. Hafiz  membuka whatssap dan menunggu gambar yang telah dikirim masuk sepenuhnya.

            Beberapa keping gambar telah Hafiz terima. Salah satu dari gambar yang dikirim adalah gambar selfie Muiz bersama Farisha. Seolah nak memberitahu Hafiz bahawa mereka sangat bahagia dengan pernikahan mereka. Farisha sedang mencium pipi Muiz sambil tersenyum bahagia. Berubah wajah Hafiz melihat gambar-gambar yang Muiz kirim sebelum Mifzal merampas telefonnya dan memuji-muji pasangan pengantin baru itu.

Muiz : Kirim salam dengan ibu,.tolong habaq kat ibu minggu depan aku bawa Farisha balik kampung selepas semua majlis di sini selesai. Ok,.aku tak boleh chat lama-lama. Ramai tetamu nak berkenalan dengan aku!

            Mesej seterusnya pula masuk. Mifzal menyerahkan telefon kepada Hafiz semula. Hafiz membaca mesej yang dihantar Muiz padanya dan kemudian Hafiz memberi telefonnya pada Mifzal kembali dan menyuruh Mifzal menceritakan segalanya pada Puan Farizah ibunya. Hafiz meminjam motor Mifzal selepas itu dan meronda sekeliling kampung. Hatinya sedang berkecamuk dan mindanya juga keliru. Niat nak kenakan Muiz tapi seolah dia yang teruk terkena. Ibarat bumerang yang dilontar, kembali menyerang dirinya.

           Sesungguhnya Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui segalanya!

...................................................

              Hari kedua Muiz dan Farisha bergelar suami dan isteri. Bagi Muiz apa yang berlaku padanya ibarat mimpi di siang hari. Bagi Farisha pula dia redha kalau Allah sudah takdirkan jodohnya dengan Muizzudin. Memang sukar untuk berubah menjadi lebih baik tapi Farisaha yakin selagi ada Muiz untuk membimbingnya kesukaran itu mungkin boleh diatasi sedikit demi sedikit. Apatah lagi Muiz seorang yang tegas dengan prinsipnya.

            Hafizudin pula hanya menghitung hari untuk menunggu kepulangan Muiz. Dia akan mengajak Muiz untuk pergi ke rumah abang Jazlan dan akan meminta Muiz membuat penjelasan. Hafiz dah tengok Zahra dari dekat dan dia langsung tak ada hati atau pun perasaan pada Zahra apatah lagi untuk melamar Zahra sebagai isterinya. Zahra memang gadis kampung tulen. Langsung tak menepati citarasa Hafiz.

           ‘’Abang Hafiz,.jom kita pi Yan. Dah lama tak pi pekena mee udang fresh di sana.’’ Sedang asyik Hafiz bermenung dan memikirkan nasib dirinya Mifzal datang dan mengajaknya pergi ke Yan.

          ‘’Mee udang? Awat! Di sini tak ada orang jual mee udang ka?’’ Hafiz bertanya kembali. Dia memandang tepat ke wajah Mifzal yang masih tersenyum ramah. Mifzal pula tak segera menjawab. Dia mula melabuhkan punggungnya di sebelah Hafiz.

              ‘’Sambil makan mee udang, kita jamu mata la abang Hafiz. Ishh,..macam tak faham pulak. Abang Dinkan dah ambik tunang abang Hafiz, apa kata abang Hafiz cuba tackle awek abang Din pulak?’’ kenyataan Mifzal buat Hafiz berjeda lama. Din dah ada awek? Habis tu kenapa dia kahwin dengan Farisha? Kenapa senang sangat dia ikut cakap aku kalau dia dah ada awek? Hafiz bermonolog di dalam hati. Dia merenung wajah Mifzal sambil bibirnya sudah bersedia untuk menyoal.

            ‘’Din ada awek?’’ keluar juga tiga patah perkataan tu. Mifzal tersenyum lagi. Dia mengangguk laju dan seketika kemudian dia mengeleng pula.

             ‘’Abang Din cuma minat ja kat awek tu tapi bila setiap kali abang Din nak tackle dia ada saja halangan. Awek tu susah sikit nak tackle sebab dia pemalu dan tak suka bergaul dengan orang lelaki. Kalau abang Din pun minat, mana tau abang Hafiz pun sangkut jugak nanti. Jomlah kita pi tengok dia abang Hafiz,.’’ Mifzal cuba mengumpan Hafiz, bibirnya masih mekar dengan senyuman. Hafiz bermenung seketika. Dalam mindanya cuba membayangkan wajah gadis itu. Gadis yang telah berjaya menarik minat Muiz tapi Muiz gagal mendapatkan cintanya. Hmm,..macam menarik saja! Agaknya boleh tak aku cuba tackle dia pulak?

.................................................

                Perjalanan dari Jeniang ke Yan taklah jauh mana sangat. Tak sampai sejam mereka dah sampai kerana jalan tak sesak. Perjalanan yang lancar tanpa ada sebarang sekatan jalan atau sebagainya. Tempat tujuan pertama mereka adalah tempat pendaratan ikan di Yan Kecil. Terdapat sebuah kedai makan di seberang jalan pelantar ikan dan di situlah gadis yang telah berjaya mencuit perasaan Muiz bekerja, namun sayang jodoh bukan milik mereka.

             Gadis yang mempunyai penampilan sederhana dan berwajah comel yang dipanggil sebagai Rani oleh orang-orang kampung. Mifzal yang masuk dulu ke dalam kedai dan mula membuat permintaan. Sepinggan mee udang dan milo ais untuk dirinya. Sedangkan dalam masa yang sama, Hafiz masih meninjau di sekitar pelantar ikan.

            ‘’Abang Din! Nak order apa? Cepatlah mai sini. Orang dah lapaq ni!’’ Mifzal melaung Hafiz  yang masih memerhatikan pekerja-pekerja pelantar ikan memilih ikan mengikut gred. Sengaja dia mengubah nama Hafiz dan memanggil Hafiz dengan nama abang Din kerana Muizzudin sudah dikenali di sini. Tak salah rasanya kerana Hafizzudin dan Muizzudin sudah bertukar tempat, lagi pun kedua-duanya pun ada nama Din di belakang nama mereka.

            Hafiz menoleh ke arah kedai dan mula melangkah. Seorang gadis berbaju kurung berwarna biru keluar menghantar order yang dipesan. Hafiz memerhatikan raut wajah gadis itu dengan rasa pegun. Hatinya tertanya sendiri. Inikah orangnya?

                 ‘’Abang Din! Jangan pandang lama sangat. Cair satgi payah pulak!’’ Mifzal bernada mengusik. Hafiz hanya mengukirkan senyuman. Gadis yang ada di depan mereka sudah memandang pada keduanya silih berganti. Dia tak mengerti apa yang mereka maksudkan.

            ‘’Apa yang special di sini?’’ Hafiz mula menyoal gadis di depannya. Gadis itu tidak menjawab sebaliknya berjalan masuk ke dalam kedai. Hafiz terkejut melihat tindakan gadis itu. Sebentar kemudian keluar seorang mak cik dan mengambil order.

            ‘’Nak order apa tak tau?’’ mak cik itu menyoal ramah. Hafiz memandang Mifzal dengan seribu tanda tanya. Memanglah tak tau sebab tak cakap pun lagi nak order apa,.huhu,.Hafiz bermonolog dalaman. Kadang-kadang dia pun keliru dengan loghat Kedah yang sering singgah di pendengarannya.

          ‘’Ada apa tak tau?’’ Hafiz meniru mak cik kedai itu. Dia bertanya soalan yang seakan sama. Mifzal sudah mula menyedut minuman yang sudah ada di depannya. Mee udang yang telah diordernya mungkin belum disiapkan lagi.

         ‘’Mee kuah, mee goreng, bihun, kuew teow, laksa, bihun sup, nasi goreng,...’’ mak cik kedai mula menyenaraikan makanan yang ada di kedainya. Hafiz berjeda lama. Dia memandang pelanggan di sebelah mejanya yang sedang menjamah mee goreng dengan udang besar yang mungkin lebih banyak dari mee yang ada di dalam pinggannya. Ishh,..mewah sungguh dengan udang.

             ‘’Mee udang. Udang kasi lebih, minum bagi teh limau.’’ Akhirnya Hafiz membuat keputusan untuk memesan mee udang. Terliur juga dia melihat pelanggan di meja sebelah. Mak cik kedai mengambil order dan berlalu masuk ke dalam kedai semula. Dia menyiapkan minuman dan melaung kepada pekerjanya untuk menyiapkan mee udang.

              ‘’Rani! Tolong mak long kira sat. Tu,.meja depan tu nak bayar kot?’’ mak cik kedai melaung pula nama pekerja kedainya yang bernama Rani dan mula memberi arahan. Rani keluar dengan selamba bersama senyuman manisnya. Mifzal sudah menjungkitkan keningnya pada Hafiz. Sekali lagi Hafiz merenung wajah Rani dengan asyik. Hatinya sudah berlagu cinta. Serius,.dia sendiri tidak faham dengan hatinya yang sudah mula berdetup-detap. Entah di mana silapnya? Besar sangatkah pengaruh Rani terhadap hatinya? Kenapa Rani? Sedangkan Farisha yang lebih anggun tidak pernah membuatkan jantungnya berlari selaju ini. Mindanya mula keliru dengan permainan hatinya sendiri.

              ‘’Rani!’’ Hafiz memanggil. Rani menoleh dan memandang Hafiz dengan rasa hairan.

               ‘’Ada facebook tak? Twet? IG?’’ Hafiz menyoal tanpa rasa malu, sebaliknya wajah Rani yang berubah merah. Wajahnya sudah berbahang dengan pertanyaan Hafiz yang selamba.

              ‘’Benda apa tu? Tak penah dengaq pun?’’ Rani bertanya kembali dengan nada serius dan berlalu masuk ke dalam kedai semula. Hafiz mengeluh perlahan. Mifzal sudah tergelak lucu. Hafiz memandang Mifzal dengan renungan tajam.

              ‘’Kak Rani buat lawak ja tu. Ada ja fb dia. Ijal memang dah friend dengan kak Rani. Sat Ijal nak log masuk. Satgi Ijal suggest nama kak Rani kat abang Hafiz. Eh! Kita belum friend lagi pun! Macam mana nak suggest?’’ sambil berkata Mifzal mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia log masuk ke facebook dan mula mencari nama Rani dalam senarai rakannya. Kemudian Mifzal memberikan telefonnya kepada Hafiz.

               ‘’Khairani Binti Hasbi,..’’ Mifzal menyebut nama penuh Rani. Hafiz sudah mengangguk laju. Dia turut mengeluarkan telefonnya dan log masuk ke facebook. Hafiz terus mencari nama Mifzal dan Rani dan add keduanya sebagai rakannya.

              ‘’Leceh betullah kalau nak berkawan dengan ‘permandangan’ ni!’’ Hafiz merungut sendiri bila tak ada gambar Rani di dalam profil facebooknya. Langsung tak ada walau pun sekeping. Gambar profilnya hanyalah gambar permandangan yang berlatar belakangkan gambar laut yang membiru. Sekali lagi Mifzal tergelak bila mendengar bebelan Hafiz.

            ‘’Dah dua tahun Ijal berkawan dengan kak Rani. Dia memang tak penah upload gambar dia. Selalunya gambar permandangan atau mutiara kata. Ada juga yang berbentuk keagamaan. Kak Rani tak pernah update status merapu. Selalunya status kak Rani berbentuk nasihat atau pun zikir.’’ Mifzal mula bercerita. Hafiz pula mula stalk wall facebook Rani yang memang boleh dilihat oleh umum. Rani masih belum menerima permintaannya sebagai rakan.

......................................................

           Rani pulang dari kerja pada pukul 5.00 petang. Selepas menunaikan solat asar dia bekerja pula di kedai makan yang terletak di tepi laut Sungai Udang. Kedai makan ini akan di buka hingga pukul 10.00 atau pukul 12.00 malam. Terpulanglah pada permintaan tuan kedai ataupun pelanggan yang tak menentu.

            Rani lebih suka bekerja di sini berbanding bekerja di kedai tepi pelantar ikan kerana di sini Rani akan dapat melihat laut dengan lebih dekat. Bila tiada pelanggan Rani akan datang bermenung di tepi laut. Laut adalah kedamaian buat Rani. Laut menenangkan jiwa Rani dan laut mampu membuatkan Rani berfikir dengan tenang.

          ‘’Rani! Ambik order. Ada orang nak order tu.’’ Tuan kedai Dzul Fahmi memberikan arahan bila dilihatnya Rani tiada kerja. Rani mendonggak dan memandang wajah bossnya itu. Dia kemudian menjengah ke luar kedai dan mencari orang yang dimaksudkan. Hatinya berdetup lagi seperti pagi tadi bila disapa oleh orang itu. Kenapa mereka datang ke sini pula? Aduh,.

            ‘’Nak makan apa?’’ Rani memberanikan diri bertanya dua orang lelaki di hadapannya. Seorang di antaranya sudah merenung Rani dengan pandangan yang sukar dimergertikan. Seorang lagi sudah tersenyum lebar pada Rani.

            ‘’Berapa banyak kedai awak kerja? Mesti awak ramai peminatkan?’’ soalan Rani tidak dijawab malahan Rani pula yang disoal kembali. Rani pura-pura selamba.

           ‘’Saya bukan artis pun. Kenapa pula nak ada peminat. Nak order apa?’’ Rani menyoal sekali lagi. Dia sudah mula rimas dengan gelagat lelaki di hadapannya yang asyik merenungnya berterusan.

            ‘’Kenapa tak approve saya? Khairani binti Hasbi tak sudi berkawan dengan saya ke?’’ Lelaki di depannya menyoal lagi. Kali ini Rani menunjukkan riak wajah terkejutnya. Dia tahu nama aku? Rani menoleh ke arah seorang lagi lelaki yang tak pernah lekang senyuman di bibirnya. Dia mengangkat dua jari pada Rani. Peace!

         ‘’Nak order ka dak ni?’’ Rani mula bertegas. Sejak tadi dia bertanya, malahan dia disoal kembali dengan soalan yang tak ada kena mengena.

            ‘’Nak! Ada apa ya di sini? Apa yang special?’’ Rani memandang wajah lelaki yang masih merenungnya itu. Dah sah-sah ada menu makanan terpapar di depan kedai. Siap ada replika udang besar lagi di tepi kedai. Masih lagi nak bertanya.

          ‘’Order ja nak makan apa!’’ Rani sudah semakin bengang. Tak tahu kenapa hatinya yang sedang berdetup detap ini tiba-tiba menaikkan temperature amarahnya. Dia kenal kedua orang lelaki di hadapannya ini sudah lama, cuma sebelum ini mereka tidak seramah ini menyoal itu dan ini. Selalunya mereka datang dan order, makan dan pergi. Dia pernah bertanya seorang di antaranya yang mempunyai akaun FB tentang lelaki yang selalu merenungnya. Katanya lelaki itu tiada facebook. Dia keliru sekarang. Apa mahunya hari ini? Dia berubah 99.9 peratus.

         ‘’Hmm,. Saya nak order awak boleh?’’ suara nakal lelaki itu mula kedengaran. Wajah Rani berbahang mendengarnya. Rani malas nak melayan lagi. Dia terus mengerakkan kakinya dan berlalu pergi. Hatinya sudah merasa tidak tenang. Kenapa mereka nak uji aku begini? Dia bertanya di dalam hati.

          ‘’Abang Dzul! Abang saja yang pi ambik order. Depa tak mau orang perempuan layan. Orang soal depa depa soal orang balik. Malazzzz nak layan!’’ Rani mendapatkan bossnya dan meluahkan apa yang sedang bersarang dalam hatinya. Dia masuk ke dalam kedai dan mula sibukkan diri. Rani mula mencuci pinggan mangkuk di dalam singki. Habis semua pinggan mangkuk dicuci dia keluar dan mengutip pula pinggan mangkuk di atas meja yang sudah ditinggalkan pelanggan.

             ‘’Rani!! ABC dua!,.’’ abang Dzul boss Rani melaung kuat. Rani mendonggak dan kemudiannya terus mengangguk. Rani menuju ke singki dan meninggalkan pinggan mangkuk yang dikutipnya di atas singki. Dia menuju ke arah mesin pengisar ais dan mula melakukan tugasnya. Berbagai perencah dimasukkan ke dalam mangkuk kecil dan ais ketul diambil dan mula diputar. Akhir sekali Rani curahkan susu pekat di atasnya. Air Batu Campur siap tapi siapa yang memesannya? Rani membawa ABC keluar dan memandang pada bossnya.

           ‘’Abang Dzul! Meja yang mana satu?’’ Rani menyoal bossnya. Abang Dzul memuncungkan bibirnya ke arah meja Hafiz dan Mifzal. Rani memasamkan wajah. Mereka lagi!

              ‘’Rani,.nanti approve saya ya!? Hafizudin Dzalkifli,.jangan silap nama pulak!’’ sebaik Rani melatakkan ABC di atas meja, Hafiz bersuara sambil matanya memandang tepat ke arah wajah Rani.

           ‘’In Sha Allah! Terima kasih kerana bagitau nama awak. Nanti senanglah saya nak block!’’ Rani bersuara acuh tak acuh. Bibirnya mengulum senyum bila melihat wajah Hafiz sudah berubah. Mifzal sudah ketawa galak.

             ‘’Sampai hati! Apa dosa saya kat awak? Kita belum kawan lagi pun. Takkan awak dah nak block saya?’’ Hafiz bersuara gusar. Kedengaran sayu dipendengaran Rani. Hati Rani sedikit tercuit. Dia menoleh ke arah Hafiz dan mata mereka bertembung. Jantung Rani mula berlari laju. Cepat-cepat Rani menoleh ke arah lain.

            ‘’Kak Rani! Terima sajalah abang Din ni,.kang makan tak lalu, mandi tak basah, tidur tak lena pulak!’’ Mifzal mencelah sambil tergelak. Rani hanya mengangkat bahu dan berlalu. Kedua lelaki itu ditinggalkan dengan seribu persoalan. Rani masuk ke dalam kedai dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Rani mula login facebook dan menyemak senarai nama yang sudah membuat permintaan untuk menjadi rakannya. Rani tak terima pun semua nama. Rina chek dulu profil nama-nama mereka yang telah membuat permintaan. Ada satu mesej di dalam peti masuk. Rani membukanya.

Hafizudin Dzalkifli : Please approve!

            Rani tersenyum membaca mesej itu. Entah kenapa hatinya digeletek lucu. Tak pernah lagi ada orang merayu dia di dalam peti masuk macam tu. Selalunya mereka hanya meminta dia memuat naik gambar dirinya. Ada juga yang menyindirnya kerana berkawan dengan gambar permandangan. Ah! Untuk apa nak mempamerkan diri di alam maya. Rani hanya suka-suka saja di alam maya ini. Bukan nak cari kekasih atau pun suami.

           Rani membuat keputusan untuk menerima Hafiz sebagai rakan facebook. Dia kemudian membalas mesej Hafiz dengan bibir yang masih tersenyum. Dia menunggu Hafiz memberi respon. Agaknya dia online tak sekarang ni. Rani meninjau keluar kedai dan mengintai Hafiz dan Mifzal yang sedang menjamah makanan yang telah diorder.

Khairani Binti Hasbi: Saya dah terima awak sebagai rakan. Puas hati sekarang?

           Mesej yang Rani hantar sudah masuk ke dalam peti masuk facebook Hafiz. Rani masih mengintai mereka dan melihat Hafiz mengeluarkan telefon bimbitnya. Bibir Hafiz tersenyum lebar dan menoleh ke arah kedai. Dia ternampak Rani yang sedang memandang ke arah mereka.

  Hafizudin Dzalkifli : TQ sudi approve,.sayang awak!

           Rani mengebam bibir bila membaca respon dari Hafiz. Jantungnya semakin laju berlari. Terlalu pantas pengakuannya itu. Dalam rasa gembira Rani juga turut keliru. Dia teringat kata-kata seorang rakan sekolahnya. Lelaki yang mudah melafazkan kata sayang adalah lelaki yang mudah melupakan rasa sayang itu dan lelaki itu juga mudah melahirkan rasa sayangnya pada perempuan lain. Benarkah?

Khairani Binti Hasbi

Lelaki yang mudah melafazkan rasa sayang dan cinta adalah lelaki yang tak setia dan mudah melupakan rasa sayang. Benarkah itu? Apakah sayang lelaki sebegini langsung tak boleh diguna pakai? Bolehkah menerima lelaki sebegini

yang hanya pandai melafazkan kata tapi mungkin dialah lelaki bermata keranjang yang hanya bijak bermain kata?

Lelaki yang mudah melafazkan kata sayang,.adakah dia boleh dipercayai?

P/S: Sapa nak tolong jawab.
Feeling: Kompius!

            Rani teringin nak menguji rakan baru facebooknya jadi Rani sengaja menulis status seperti itu. Rani tak teringin pun nak membalas mesej Hafiz tadi. Sambil membuat kerja-kerja hariannya Rani menunggu respon dari rakan-rakan facebooknya. Bibir Rani terus tersenyum mekar bila membaca bermacam komen yang masuk. Ada yang menyetujui kata-katanya dan ada yang menidakkannya. Hafiz pula menghantar mesej ke dalam peti masuk. Semakin lebar senyuman Rani membaca mesejnya.

Hafizudin Dzalkifli : Tuju kat saya ke status tu?

Khairani Binti Hasbi : Awak rasa?

Hafizudin Dzalkifli : Rasa pahit dan tawar.

Khairani Binti Hasbi : Kuang,kuang,kuang,..

             Sekali lagi hati Rani digeletek lucu. Dia ketawa seorang diri tanpa sedar, kemudian dia mengintai ke luar kedai dan melihat meja yang diduduki Hafiz dan Mifzal tadi. Mereka sudah tiada dan meja itu sudah diduduki orang lain. Ketawa Rani terus mati dan Rani meneruskan kerjanya seperti biasa. Dia logout dari facebook dan menyimpan telefon bimbitnya kembali.

......................................................

                    Seminggu berlalu begitu pantas sekali. Muiz telah mengotakan janjinya dan membawa Farisha pulang ke kampung. Orang yang paling gembira dan bahagia hari ini tentulah Puan Farizah. Tak sabar rasanya Puan Farizah untuk menatap wajah menantunya.

              Hafiz pula hanya beriak selamba. Gembira tak, sedih pun tak menerima kunjungan Farisha, apatah lagi Rani sudah menerima dirinya. Mereka selalu berbual melalui online bila berkesempatan namun bila diajak berjumpa Rani selalu menolak dengan perbagai alasan.

           ‘’Berseri kau sekarang ni bro,.amacam? Farisha dah bagi servis terbaik ke?’’ Hafiz sengaja berkata begitu sambil mengerling Farisha yang sudah mencebirkan bibirnya. Muiz sudah gelak berlambak mendengar pertanyaan Hafiz dan gelaknya semakin kuat bila melihat reaksi Farisha.

             ‘’Terima kasih untuk kau! Doakan kami bahagia naa. Kau macam mana? Dah pi rumah abang Jazlan? Dah pinang Zahra?’’ mata Hafiz terbuntang mendengar pertanyaan Muiz. Sakit hati dia mendengar ungkapan Muiz itu. Ada ke patut, aku bagi bini cantik kat dia. Zahra tu pulak yang dia nak sedekah kat aku? Hafiz berdongkol di dalam hati.

             ‘’Tak! Bukan Zahra,.tapi Rani. Khairani Binti Hasbi. Aku dah pikat dia dan nampaknya macam umpan aku mengena ja. Kau jangan jelous pulak!’’ Hafiz mendapat satu akal. Nama Rani sengaja disebutnya di depan Muiz. Berubah sekejap wajah Muiz namun Muiz tersenyum kembali. Dia memandang Farisha lama. Ada satu rasa yang sukar diungkapkan di dalam hatinya.

            ‘’Tahniah bro! Mungkin dah takdir, jodoh kau dengan dia,.’’ Ada sendu di dalam nada suara Muiz namun Muiz cuba tersenyum walau senyumannya ternyata hambar. Hanya Allah saja yang tahu perasaannya ketika ini. Nak menyesal pun tiada gunanya lagi. Dia dah jadi milik orang lain. Sekian lama Rani bertahta di hatinya tapi jodohnya Allah dah tetapkan dengan Farisha. Dia harus redha dengan ketentuan takdir ini.

          ‘’Kau tak menyesal ke?’’ Hafiz masih lagi ingin menduga hati adik kembarnya itu.

           ‘’Pasai pa nak menyesal pulak. Farishakan ada! Kan Sha?’’ Muiz sengaja bersuara ceria. Cuba menyembunyikan hatinya yang sedang gundah gulana. Dia memang pernah ada hati pada Khairani tapi dia tak berani mengungkapkan rasa sayang itu. Dia tak berani meluahkannya kerana dia sedar siapa dirinya. Dia takut Rani akan menolak hasrat hatinya. Mungkin ada hikmahnya semua ini. Muiz cuba memujuk hatinya sendiri.

          ‘’Aku ingat nak suruh ibu pi minang Rani untuk aku. Tak sabar nak tengok Rani datang kat aku dah aku tak sabar nak bergelar suami untuk Rani,..’’ ayat seterusnya yang diungkapkan Hafiz buat Muiz semakin terdera. Sengaja dia pura-pura tidak mendengar dan tangannya merangkul pinggang Farisha dan membawa Farisha masuk ke dalam rumah. Farisha pula sedang memikirkan apakah sebabnya Hafiz asyik menyebut nama Khairani berulangkali. Farisha merasa tidak sedap hati kerana dia tahu perkahwinan dia dan Muiz bukan atas dasar cinta. Hatinya sedang berteka-teki.

           ‘’Siapa Rani tu Muiz? Kekasih awak ke?’’ Farisha meluahkan juga suara hatinya. Muiz mengeleng lemah. Sesungguhnya dia dan Rani tak pernah pun bercinta, macam mana pula Rani tu nak jadi kekasihnya?

           ‘’Abang mana ada kekasih. Jangan layanlah cakap abang Hafiz tu. Dia tu sengaja nak kenakan kita ja. Dah,.lupakan semua tu. Jangan nak ingat lagi. Lagi pun Rani tukan bakal jadi biras awak jugak.’’ Dengan yakinnya Muiz berkata. Percaya sangat dia dengan kata-kata Hafiz tu, padahal Hafiz dan Rani tu belum bercinta pun lagi. Hanya berbual beberapa kali saja di dalam facebook. Itu pun hanya berbual perkara biasa saja. Hafiz yang sengaja menguji perasaan Muiz dengan statement yang tidak benar.

            ‘’Bukannya apa,.awak tahukan kita kahwin dalam keadaan terdesak. Hafiz tu yang paksa awak kahwin dengan Sha,.’’ Farisha berkata lagi dengan penuh keraguan. Muiz menghela nafasnya keras. Terpaksalah dia menenangkan hati Farisha pulak. Kenapalah Hafiz ni tergamak nak menyebut nama perempuan lain di depan Farisha sedangkan dia yang paksa aku berkahwin dengan tunang dia ni? Muiz berdongkol geram di dalam hati.

          ‘’Okey,.abang berterus terang dengan Sha. Abang memang pernah ada hati kat Rani tapi kami tak pernah bercinta sebab abang tak pernah luahkan perasaan abang pun. Abang pun tak tahu pun Rani tu macam mana. Sekarang ni, Sha jangan fikir pasal orang lain. Fikirkan masa depan kita saja. Kita dah jadi suami isteri, Sha jangan kata Sha menyesal pulak sebab tak kahwin dengan abang Hafiz!?’’ Muiz pulak menduga Farisha dengan kata-kata akhirnya. Farisha berjeda lama. Dia sendiri pun tak pasti dengan hatinya. Muizzudin atau pun Hafizudin tiada bezanya.

          ‘’Jangan tanya Sha! Sha tak tahu nak jawab. Bagi Sha awak atau Hafiz sama saja.’’ Senang saja Farisha memberikan jawapannya. Muiz menahan nafas dan menghembuskannya. Muiz sendiri sedang keliru dengan perasaannya. Sepanjang seminggu mereka bergelar suami dan isteri mereka memang sudah menunaikan tanggungjawab mereka.

             ‘’Sekarang Sha jawab dengan jujur. Setiap kali kita bersama, Sha bayangkan abang atau pun abang Hafiz?’’ Muiz bertanya tanpa ragu. Wajah Farisha sudah berubah. Wajahnya berbahang. Pantas saja tangannya memiat lengan Muiz. Hampeh!,..

           ‘’Dah nikah dengan Muizzudin takkan Sha nak bayangkan Hafizudin pulak? Dahlah,.Sha tak nak cakap dengan awak lagi,..’’ Farisha berlalu pergi meninggalkan Muiz yang sudah tersenyum lebar. Alahai! Abang sayang isteri abang ni. Muiz berbisik di dalam hati. Tiba-tiba hatinya diserbu rasa bahagia yang tak terhingga.

..........................................................

                  Malam itu Hafiz mengikut Muiz ke masjid. Hafiz nak Muiz membuat pengumuman akan status dirinya yang merupakan abang kembar pada Muiz dan Hafiz juga nak Muiz bersemuka dengan abang Jazlan. Hafiz rasa sangat terseksa bila memegang watak sebagai Muiz di dalam kampung ni kerana Hafiz bukanlah Muiz.

                 Orang kampung seakan terkejut bila melihat mereka bersama, lebih-lebih lagi abang Jazlan. Bila Muiz memberitahu dia sudah berkahwin dan yang memanggilnya pak long bukan dirinya tapi Hafiz sekali lagi wajah abang Jazlan berubah riak. Muiz meminta maaf pada abang Jazlan atas segala salah faham.

                Malam ini juga Muiz menjadi imam. Hafiz yang menjadi makmum di belakang tiba-tiba merasakan dirinya begitu kekurangan. Surah-surah Al-Quran yang dibacakan Muiz di dalam solat menyedarkan Hafiz betapa selama ini dia jauh ketinggalan. Dunianya hanya dipenuhi dengan keseronokan. Jauh berbeza antara dia dan Muiz. Beruntungnya Farisha kerana menjadi isteri pada Muiz. Rasanya aku tak salah dalam membuat keputusan memaksa Muiz berkahwin dengan Farisha. Kalau Farisha kahwin dengan aku tentu Farisha takkan berubah macam sekarang. Hafiz bermonolog di dalam hati.

            Hafiz pulang awal dari masjid manakala Muiz pula berniat untuk pulang lewat kerana sudah lama tidak berjumpa dengan kariah masjid yang lain. Kebetulan pula ada majlis bacaan Yasin di rumah salah seorang penduduk kampung malam ini. Hafiz mengelak untuk pergi dan pulang dahulu. Bila Hafiz sampai di halaman rumah dia melihat Farisha sedang berada di atas pangkin di halaman rumah. Perlahan-lahan Hafiz menghampiri Farisha dengan niat nak mengejutkan Farisha. Hati nakalnya turut tersenyum lucu bila cuba membayangkan Farisha yang akan menjerit ketakutan. Belum sempat Hafiz menepuk belakang Farisha tiba-tiba Farisha menoleh ke belakang. Hafiz yang terkejut melihat wajah Farisha di depannya.

              ‘’Makkkkkkkkkk!!’’ Hafiz menjerit kuat. Wanita di depannya sudah menyeringai. Hafiz tak tunggu lagi, Hafiz terus mengatur langkah seribu masuk ke dalam rumah. Kedengaran hilai tawa yang kuat dari wanita itu.

             ‘’Ya Allah! Hafiz,.awat tu?,.macam jumpa hantu.’’ Puan Farizah bertanya cemas. Di halaman rumah masih kedengaran suara wanita yang masih ketawa. Puan Farizah menuju ke pintu rumah dan menjengukkan wajahnya. Farisha masih ketawa sambil menekan-nekan perutnya. Air matanya sudah mengalir ke pipi. Farisha bukan sedih tapi hatinya sudah digeletek lucu melihat Hafiz yang berlari laju.

              ‘’Farisha! Awat ni?’’ Puan Farizah bertanya Farisha pula.

              ‘’Abang Hafiz tu ibu,.penakut mengalahkan perempuan. Risha pakai topeng saja pun,.’’ Farisha menjawab soalan Puan Farizah dalam ketawanya yang masih bersisa.

              ‘’Topeng? Topeng apa?’’ Puan Farizah masih menyoal. Farisha mengambil topeng muka getah yang dipakainya sebentar tadi. Memang niatnya nak mengenakan Hafiz malam tu. Kebetulan dia sudah berpakat dengan Muiz dan Mifzal untuk mengenakan Hafiz. Nampaknya pakatan mereka menjadi dan Hafiz benar-benar terkejut dengan apa yang dilihatnya.

               ‘’Topeng apa ni Farisha?’’ Puan Farizah mengambil topeng yang dipegang Farisha dan membeleknya. Kemudian Puan Farizah mengelengkan kepala berkali-kali.

              ‘’Topeng ni? Risha pinjam dari kawan Risha. Meh sini Risha pakai,..’’ Farisha mengambil kembali topeng tersebut dari tangan Puan Farizah dan mengenakan di wajahnya. Sambil itu Farisha melepaskan rambutnya yang panjang melepasi bahu. Memang menyeramkan dengan mata palsu merah dan wajah yang mengerutu.

              ‘’Buang,.buang,..seram ibu tengok. Patutlah Hafiz lari tak cukup kaki tadi,.hish,..hampa ni,.’’ Puan Farizah mengelengkan kepalanya lagi. Dia sudah kematian kata dengan gelagat anak menantunya. Ingatkan anak-anak kembarnya saja yang nakal, rupanya menantunya pun dah tersampuk sekali.

            ‘’Kan ibu? Ingatkan abang Hafiz tu berani sangat,.’’ Farisha berkata sambil terus ketawa. Setiap kali dia membayangkan gelagat Hafiz tadi ketawanya pecah lagi. Memang lawaklah!

....................................................

              Sudah tiga hari Hafiz demam tak kebah-kebah hingga terpaksa dimasukkan ke hospital. Encik Dzalkifli di Kuala Lumpur pun terpaksa datang ke Kedah untuk melawat Hafiz. Marah-marah encik Dzalkifli pun Hafiz tetap anaknya juga.

            Farisha pula merasa bersalah bila melihat keadaan Hafiz. Dia tak pernah menyangka Hafiz akan jatuh sakit kerana perkara malam itu. Pada mulanya dia hanya berniat untuk menyakat dan mengenakan Hafiz kembali tapi bila perkara sebaliknya yang terjadi hatinya mula gusar. Tak sangka semangat Hafiz selemah itu. Baru tengok hantu palsu dah jatuh sakit. Belum lagi terserempak dengan hantu sebenar. Ish,.ish,.ishh,.

           Muiz pula hanya ketawa bila Farisha menceritakan kejadian malam tu padanya. Bila Hafiz demam lagi sakanlah dia ketawa. Langsung tak ada rasa simpati terhadap Hafiz. Bagi Hafiz pula malam itu adalah pengalaman paling pahit dalam hidupnya. Niat nak kenakan Farisha tapi akhirnya dirinya yang terkena. Setiap kali dia berniat untuk kenakan orang lain, nampaknya dia yang terkena kembali.

         ‘’Hantu betul korangkan,.’’ Hafiz yang masih merasa sakit hati menghamburkan kemarahan pada Muiz bila dia tahu semua itu adalah pakatan mereka bertiga.

            ‘’Manalah kami tau hang ni lemah semangat. Sepatutnya malam tu hang ikut aku pi baca Yasin gerenti tak jadi macam ni.’’ Muiz cuba membela diri dan dalam masa yang sama dia juga tak mampu untuk menahan ketawa. Farisha yang ada di sebelah Muiz sudah mengulum senyum.

            ‘’Muka dah macam pontianak sundal malam, maunya aku tak terkejut,’’ Hafiz masih lagi meluahkan rasa tidak puas hatinya. Wajah Farisha berubah sekejap. Muiz menoleh ke arah Farisha dan memaut lengan Farisha. Dielusnya lengan Farisha perlahan untuk menenangkan hati Farisha yang mungkin sudah tersentap dengan kata-kata Hafiz.

            ‘’Allah Maha Mengetahui. Ijal bagitau aku hang pun berniat nak gempaq Farisha malam tu. Ijal nampak hang jalan terhendap-hendap di belakang Sha. Bila hang nak balik awal malam tu aku suruh Ijal ikut hang dari belakang. Lepas tu Ijal masuk ke rumah dulu ikut pintu belakang dan berpakat dengan Sha. Jadi,.hang tengok sendiri, Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Hang tak boleh salahkan kami seratus peratus kalau hang pun ada niat nak kenakan orang lain. Semuanya yang terjadi dengan izin Allah jugak. ‘’ panjang lebar Muiz memberi tazkirah. Hafiz terdiam sekejap. Mindanya memang mengakui kebenaran itu tapi hatinya menidakkannnya dan bibirnya sudah bersedia untuk membantah.

             ‘’Kalau Farisha tak ada di atas pangkin malam tu, tak ada maknanya aku nak gempaq dia. Dia memang sengaja tunggu untuk takutkan akukan?’’ Hafiz berkata lagi. Farisha yang berwajah muram tadi kembali tersenyum. Dia teringat semula bila Mifzal masuk dan memberitahunya Hafiz sudah pulang. Dia memang sengaja menunggu Hafiz di situ kerana dia tahu Hafiz akan kenakan dia dari belakang. Malam itu dia bermain mesej dengan Mifzal dan Mifzal yang report padanya segala pergerakan Hafiz.

           ‘’Memang pun! Sebelum kau kenakan aku, lebih baik aku kenakan kau dulu. Walau apa pun aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat kau sebab hadiahkan Muiz untuk aku. Inilah hadiah terindah dari kau untuk aku sejak aku kenal kau!’’ Farisha memulangkan paku buah keras sambil membelit tangannya di lengan Muiz. Kepalanya sengaja dilentokkan pada bahu Muiz. Sakit hati Hafiz melihat kemesraan mereka.

         ‘’Huh!’’ Hafiz mendengus geram. Dia berpaling ke arah lain. Muiz dan Farisha sudah bermain mata dan melebarkan senyum.

........................................................

          Selepas keluar dari hospital Hafiz datang ke Yan dan keluar untuk memancing sekadar melepaskan tekanan perasaannya yang sedang membara. Dia betul-betul rasa tercabar melihat kemesraan Muiz dan Farisha. Melihat kebahagiaan mereka hatinya menjadi sakit. Dia cuba memikat Rani dan meluahkan perasaannya namun Rani pula menjual mahal. Lagi bertambah sakit perasaan Hafiz.

        Sebelum menaiki bot Hafiz singgah di kedai makan tempat Rani bekerja. Macam biasa dia datang untuk melihat Rani, sebaliknya Rani seolah tak menyedari kehadirannya. Hafiz cuba menegur Rani macam biasa. Rani tak melayan. Dia login facebook dan menghantar mesej pada Rani pun Rani tak balas. Hatinya koyak rabak. Sakit tak terkata dengan gelagat Rani. Dia berharap Rani akan dapat melegakan hatinya bila hatinya terluka dengan kebahagiaan Muiz dan Farisha tapi sebaliknya hatinya tambah parah bila Rani langsung tak mengendahkan kehadirannya.

           Hari ini tekong bot yang Hafiz sewa membawa mereka memancing hingga ke Perairan Pulau Pinang. Mereka menaiki bot besar jadi mereka mampu menempuh perjalanan jarak jauh. Kebetulan laut pula tidak beralun. Di tengah lautan Hafiz merasakan hatinya sedikit terubat apatah lagi bila jorannya asyik mengena.

           Mereka kemudiannya singgah di tempat pendaratan ikan di daerah Kuala Muda Sungai petani, Kedah untuk menjual hasil pancingan mereka. Hafiz turun di Kuala Muda dan pulang ke Kuala Lumpur dari sini. Hatinya sudah tawar untuk turun di Yan. Dia memberikan kunci keretanya pada kenalan yang mengenali Muiz dan menyuruh mereka menghantar kereta Muiz yang digunakannya ke rumah ibunya di Jeniang.

           Dari Sungai Petani Hafiz mengambil bas untuk pulang ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur Hafiz menerima panggilan dari Muiz mengatakan papanya dan ibu tirinya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Apa lagi yang dapat Hafiz lakukan di atas bas selain terus bersabar hingga bas yang dinaiki tiba ke destinasi.

           ‘’Muiz!,.datang ambil aku di stesen bas. Papa macam mana?’’ selepas tiba ke destinasi Hafiz terus menghubungi Muiz. Mindanya bercelaru dalam menghadapi situasi seperti itu. Dia paling takut kalau tak sempat bertemu dengan papanya. Banyak dosanya terhadap encik Dzalkifli yang belum ditebusnya.

          ‘’Papa koma, tapi mama meninggal di tempat kejadian. Hang tak bawa ibu mai sekali ka?’’ Muiz bersuara sayu. Kebetulan selepas Hafiz bertolak ke Yan untuk memancing, Muiz bersama Farisha juga bertolak untuk pulang ke Kuala Lumpur. Encik Dzalkifli dan isterinya Puan Azzalea bertolak lebih awal dari mereka dan mereka terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

         ‘’Aku tak balik ke Jeniang. Aku ambil bas terus dari Sungai Petani.’’ Hafiz memberikan penjelasan dan kemudian talian diputuskan. Hati Hafiz semakin runsing bila memikirkan nasib papa dan ibu tirinya. Sekian lama dia hidup bersama mereka akhirnya dia ditinggalkan dan ibu tirinya telah pergi mengadap Ilahi. Dia sayangkan mamanya. Walau pun mereka tiada pertalian darah tapi sejak papanya mengambil dia dari ibunya, ibu tirinya itu yang memberikannya kasih sayang. Nak harapkan papanya, kerja adalah paling penting dalam hidup papanya.

............................................

              ‘’Bot Hassan karam tengah laut. Dengaq kata semua yang ada di dalam bot tak dapat diselamatkan termasuk pelancong yang pi mengail.’’ Jantung Rani berdegup kenyang mendengar berita yang dibawa oleh nelayan. Mereka rancak berbual di dalam kedai mak long.

            ‘’Ribut tak dak, angin tak dak macam mana boleh karam pulak?’’ tauke pelantar ikan bertanya pada pembawa berita.

           ‘’Aku dengaq depa habaq, bot karam ja. Tak tau lagi cerita sahih. Kita tunggu tengok dua tiga hari lagi mesti ada orang mai cerita.’’ Rani semakin gelisah kerana dia tahu satu-satunya lelaki yang telah meluahkan perasaan sayang padanya turut ada bersama dalam bot tersebut. Rani tahu kerana dalam diamnya Rani sebenarnya Rani juga menyimpan perasaan yang sama pada lelaki yang bernama Hafizudin itu. Rani sengaja menjual mahal kerana Rani tidak mahu dianggap sebagai perempuan kampung yang senang digoda. Rani bukan gadis yang macam tu. Bagi Rani perasaannya biar Allah saja yang tahu. Cinta bagi Rani biarlah selepas dia bergelar seorang isteri.

                 ‘’Ramai jugak yang pi mengail hari tu. Din Jeniang pun pi sekali. Tu kereta dia dok tersadai lagi belakang rumah Man. Ada berapa biji kereta dok tak berganjak lagi,.’’ Pak long Mat pula mencelah. Rani sudah merasa sebak. Dia tak mahu mendengar lagi cerita-cerita yang dibawa oleh orang kampung. Matanya hampir banjir dan Rani cuba mengawal perasaannya sekuat mungkin. Ya Allah! Selamatkan dia,.Rani hanya mampu berdoa di dalam hati.

......................................

               Selepas berita bot karam Rani tak pernah melihat Hafiz lagi. Facebook Hafiz juga terus sepi tanpa sebarang post. Rani ibarat pungguk yang sering rindukan bulan. Setiap hari kerjanya hanya melawat wall facebook Hafiz. Kalau berpeluang dia akan menatap lama gambar-gambar Hafiz di dalam facebook. Kadang-kadang Rani malu dengan diri sendiri. Dia tak pernah menduga hatinya akan jatuh cinta dan mengalami penyakit angau seperti ini. Baginya apa yang sedang dialaminya ini teramat sakit.

           Ya Allah! Kalau aku tahu rindu ini amat sakit, tak ingin aku jatuh cinta padanya. Ya Allah, andai aku tahu cinta ini bakal membuatkan diriku merana takkan ku simpan perasaan padanya. Mengapa harus ada rasa cinta andai aku bukan ditakdirkan untuknya?

           Rani terus meratap di dalam hati. Bukan niatnya untuk menyalahkan takdir tapi dia sedang keliru dengan perasaannnya sendiri. Sungguh! Dia sendiri tak pernah menduga bakal terjebak dalam jerat cinta ini.

          Ya Allah! Aku mohon padaMu agar Kau kuatkanlah jiwaku ini. Aku tak mahu kalah dengan perasaan dan rasa cintaku pada dia yang tak berhak. Biarlah aku simpan rasa cinta ini hanya buat suamiku. Bukan untuk dia yang bukan mahramku. Ampunkan aku Ya Allah kerana terjebak dalam dosa ini. Bukan ini yang aku perlukan tapi aku tak dapat menangkis perasaan ini. Apa yang harus aku lakukan Ya Allah? Tolong aku Ya Allah. Bantu aku meleraikan kekusutan ini!

            Air mata Rani sudah mengalir ke pipi. Esakan Rani semakin berterusan. Sakitnya hati dalam mengawal kemelut perasaan. Bagaimana pula orang lain boleh mengatakan cinta itu indah sedangkan cinta ini amat sakit bagiku? Adakah kerana cintaku ini bukan cinta biasa? Ah! Apa yang aku mengarut ni? Rani masih berdialog di dalam hati. Dalam masa yang sama jari jemarinya begitu rakus mengesat air matanya yang tak mahu berhenti. Mengalir dan terus mengalir ke pipinya.

            Hari seterusnya Rani hanya menghabiskan masa lapangnya di tepi laut. Rasa rindunya pada Hafiz menjadikan laut tempat dia melepaskan rindu. Hari-hari bekerja pula Rani akan tekun bekerja. Bibir Rani sudah jarang mengukirkan senyuman lagi. Rani amat terseksa kerana kerinduan yang dirasakannya. Dia cuba menjadi wanita yang tabah di hadapan orang lain sedangkan hatinya parah menahan perasaan.

           Apa yang merungsingkan kedua ibu bapa Rani bila kesihatan Rani semakin merosot hari demi hari. Mereka cuma mempunyai dua orang anak perempuan. Anak perempuan kembar seiras yang bernama Khairani dan Khairina. Sejak kecil Khairani memang mempunyai masalah. Rani pernah mengidap barah hati dan doktor pernah memberitahu barah itu akan kembali menyerang kalau Rani menghadapi tekanan. Segalanya dengan izin Allah. Dia yang menentukan segalanya.

             ‘’Kak Ani,.boleh Ina tanya sikit?’’ Khairina menghampiri kakak kembarnya. Dia sendiri pelik melihat kelainan kakaknya sejak akhir-akhir ini. Kakaknya yang periang dan banyak cakap berubah dalam sekelip mata. Khairani yang gemar bergurau menjadi murung dengan tiba-tiba. Satu situasi yang tak pernah diduga akan terjadi.

           ‘’Tanya ja la. Sampai nak minta izin bagai. Pehal?’’ Rani berpura-pura ceria, sedangkan saat ini hanya tubuhnya yang ada di depan Rina. Hatinya dan mindanya sudah menerawang entah  ke mana.

            ‘’Kak Ani sakit ka? Kak Ani tak makan vitamin yang mak beli tu ka? Kak Ani,.kalau sakit jangan tanggung sorang-sorang. Kamikan ada,.’’ Rina tak sanggup menghabiskan ayat-ayatnya bila Rani sudah mengeluh deras.

              ‘’Kak Ani letih ja sikit. Dahlah, kak Ani nak tidoq.’’ Sehabis berkata Rani merebahkan badannya di atas tilam. Matanya dipejamkan rapat. Dalam masa yang sama air matanya turut berjurai laju. Rani memegang dadanya yang terasa sakit. Ya Allah! Rindunya aku pada dia! Ampunkan aku Ya Allah. Rani merintih di dalam hati.

.......................................

                Di Kuala Lumpur Hafiz terlalu sibuk menguruskan syarikat papanya sejak papanya terlantar di atas katil hospital. Sementelah lagi keluarga ibu tirinya pula datang dan membuat onar menuntut hak sepencarian arwah ibu tirinya kononnya, sedangkan waris sah adalah Hafizudin dan Muizzudin yang masih hidup. Terpaksa mereka membawa kes ke mahkamah.

           Puan Farizah di bawa ke Kuala Lumpur untuk memberi dorongan kedua beradik itu menghadapi kemelut kehidupan di tengah kota raya yang rata-ratanya harta dunia menjadi rebutan separuh dari warganya. Muizzudin juga telah diajar untuk menguruskan syarikat. Farisha dilantik sebagai PA pada Muiz agar dapat membantu Muiz melaksanakan tugasnya. Almaklumlah di kampung Muiz hanya membuka sebuah bengkel membaiki kereta dan kepakarannya dalam menguruskan syarikat sangat terhad dan Muiz kurang pakar dalam hal berbisnes.

             Hari demi hari bulan demi bulan mereka bekerjasama dan hubungan mereka semakin erat. Hafiz sudah melupakan semua luka di hatinya. Kini Hafiz sudah dapat menerima kenyataan dan berfikiran positif. Kemelut hidup yang dihadapinya mematangkan fikiran Hafiz. Muiz yang banyak membantu Hafiz bangun dari lena yang panjang. Selama ini Hafiz terlalu leka dengan kenikmatan dunia dan kemewahan yang dikecapinya. Bila dia sendiri terpaksa bertungkus lumus untuk memastikan syarikat papanya terus stabil barulah Hafiz sedar rupanya hidup ini tidaklah semudah yang disangka.

             Encik Dzalkifli pula sudah sedar dari koma, cuma dia masih lagi menginap di katil hospital dan masih memerlukan pemantauan dari doktor-doktor pakar. Puan Farizah yang menguruskan keperluan encik Dzalkifli sepanjang dia terlantar sakit dibantu oleh jururawat yang bertugas. Mereka pernah menjadi suami isteri, walau segalanya telah menjadi kenangan namun kenangan itu takkan mungkin dilupakan sekelip mata. Sedikit kasih sayang itu masih lagi bersisa. Terutama sekali Puan Farizah yang tidak pernah berkahwin lagi selepas mereka bercerai berbelas tahun yang lalu.

          ‘’Ibu!,.ibu balik dulu. Biar Hafiz pula yang jaga papa. Nanti ibu pula yang sakit. Muiz tak datang kot hari ni. Tadi dia bagitau Hafiz, Farisha tak sihat. Dia nak bawa Farisha pergi chek-up.’’ Hafiz baru datang melawat papanya hari ni. Dia tak dapat datang hari-hari kerana sibuk bermesyuarat dan keluar daerah. Bila berkesempatan dan mempunyai masa terluang Hafiz akan datang menjengah, membantu apa yang perlu. Dia sedang belajar menjadi seorang anak yang bertanggungjawab.

          ‘’Hafiz tak reja ka hari ni? Kalau Hafiz letih biar ibu saja yang jaga.’’ Puan Farizah masih bertegas kerana dia tahu anak-anaknya terlalu sibuk sejak bekas suaminya terlantar sakit.

             ‘’Hafiz kerja separuh hari, hari ni. Esok Hafiz cuti. Ibu baliklah dulu. Balik dengan Pak Kassim. Dia ada di luar, nanti dia masuk, ibu ikut dia balik ya?’’ Hafiz juga turut bertegas. Papanya sudah terlantar dan masih tidak dapat bersuara. Dia tak mahu ibunya pula yang akan terlantar sama. Lagi pun mereka sudah mengupah jururawat peribadi untuk papanya. Seorang jururawat lelaki yang lebih mahir menguruskan orang sakit. Lagi pun ibunya dengan papanya bukan mahram. Tak manis dipandang orang kalau ibunya sentiasa ada di sisi papanya. Puan Farizah pun sedar akan hal itu, cuma hatinya tak sampai hati membiarkan bekas suaminya terlantar.

            Keluarga bekas suaminya hanya datang sesekali menjenguk. Kawan-kawan bekas suaminya pun sama. Datang tengok sekejap dan pergi. Tiada siapa yang sanggup menunggu dan menguruskan encik Dzalkifli yang tak berdaya. Sesekali saja bila Hafiz atau Muiz tidak sibuk mereka akan berjaga di hospital. Selalunya Hafiz yang lebih kerap menjaga papanya. Muiz terpaksa beralah sejak Farisha disahkan hamil sulung dan sering sakit-sakit kerana alahan teruk.

            ‘’Ibu baliklah dulu. Esok ibu tak payah datang. Hafiz cuti, lusa ibu datang semula.’’ Bukan niat Hafiz nak menghalau ibunya. Dia cuma bimbang akan kesihatan ibunya. Puan Farizah hanya mengangguk. Bila pak Kassim drebar mereka sampai, Puan Farizah pun meminta diri untuk pulang. Tinggallah Hafiz di dalam wad kelas satu itu seorang diri.

          Tak tahu apa yang hendak dilakukan Hafiz mengeluarkan telefon bimbitnya dan mula log masuk ke akaun facebooknya yang sudah berbulan tidak dijengah. Dia terlalu sibuk menguruskan itu dan ini sehingga kegiatan laman sosialnya pun terus dilupakan. Sejak cintanya ditolak oleh Khairani hatinya terluka teruk. Bukan sekadar luka malahan sudah terlalu parah. Sengaja dia menyibukkan diri sejak dia pulang ke Kuala Lumpur.

        Rani apa khabar agaknya? Sihatkah dia? Rindukah dia pada aku? Hafiz bertanya di dalam hati. Dia mencari nama Rani dan mula melawat wall Rani. Hanya status sedih yang dia jumpa dan kali pertama dia terjumpa puisi di dalam wall Rani. Sejak dia berkawan dengan Rani, tidak pernah Rani menulis status cinta tapi hari ini ada puisi cinta yang telah diupdate dalam wall Rani. Hafiz membaca bait-bait puisi itu dengan debaran di dada yang tak sekata. Jantungnya seakan ingin luruh. Nyawanya seakan dicabut keluar bila bait-bait akhir puisi dibacanya.

CINTA TANPA NOKHTAH

Tanpa sedar kehadirannya membisikkan cinta,
Hadirnya bagaikan mimpi di siang hari,
Tak ingin aku membuka mata
Kerana aku takut kehilangannya,.
Namun ternyata aku bukan berilusi,
Dia ada di depan mata,
Dia insan yang ku cinta.

Kini dia telah pergi dari hidupku,
Ternyata cintanya padaku hanyalah dusta,
Ungkapan sayangnya hanya sebuah kepura-puraan,
Dia hilang entah ke mana?
Adakah telah dibawa pergi?
Oleh arus lautan yang menganas?
Aku tak pasti kerana dia menghilang begitu saja.

Cintaku ini takkan pernah ada nokhtahnya,
Kerana dia insan pertama yang ku cinta,
Kini kehilangannya menjadi tanda tanya,
Hanya namanya yang terus bersemadi di hati ini,
Tiada langsung khabar berita,
Perit dan terluka,
Diasak rindu tak terkata,.

Biar sampai hujung nyawa,
Namamu akan tetap bersemadi,
Kerana cinta tanpa nokhtah ini,
Hanya milikmu abadi!
H di mana kau?
Lupakah kau padaku?
Lupakah kau pada kalimah sayang
Yang pernah kau lafazkan untukku?

Feeling : Sad L
Nota : Rindu tak terkata,.Biar ku bawa hingga ke hujung usia.
Selamat tinggal cinta.
Selamat tinggal sayang.

                Tanpa berfikir panjang Hafiz menghantar mesej ke peti masuk Rani. Dia ingin tahu keadaan Rani. Kenapa puisi Rani begitu? Kenapa Rani update puisi macam tu? Hatinya tertanya-tanya. Dia benar-benar ingin tahu kenapa? Hatinya merusuh membaca puisi itu. Hatinya tidak tenang selagi dia tak tahu keadaan  Rani yang sebenarnya.

Hafizudin Dzalkifli: As Salam Rani,.awak sihat? Lama kita tak chatkan?

          Hafiz sabar menanti mesejnya dibalas. Dalam menunggu, Hafiz menjengah wall Rani. Semua status Rani meluahkan kesedihannya. Banyak juga gambar laut yang Rani upload. Dan di setiap gambar, Rani luahkan rasa kerinduannya. Rani rindukan siapa? Akukah? Ah! Perasan pulak aku ni. Hafiz berdialog sendiri di dalam hati. Beribu persoalan menjengah mindanya saat ini.

Khairani Binti Hasbi : Awak kat mana Hafiz? Awak sihat?

            Soalan Hafiz tak dijawab malahan Rani bertanya perkara yang sama pada Hafiz. Bagi Hafiz, bila Rani sudi membalas mesejnya itu sudah lebih dari cukup.

Hafizudin Dzalkifli : Hospital,.papa kemalangan dan baru sedar dari koma. Saya jaga papa sekarang. Awak rindu siapa Rani. Rindu saya ke? Fb awak penuh dengan status rindu. Siapa hamba Allah yang bertuah tu?

           Hafiz membalas mesej Rani dan mengambil gambar selfie bersama papanya yang sedang nyenyak tidur dan masih berselirat dengan wayar. Dia memuat naik ke dalam peti masuk Rani.

Kharani binti Hasbi : Maafkan saya Hafiz,.saya tak tahu, moga awak dan keluarga awak tabah ya. Sejak bila papa awak kemalangan? Kenapa awak menghilang selama ni? Semua orang cakap bot awak karam. Hari awak hilang tu semua orang cakap awak dah meninggal. Kereta awak masih tersadai lagi di sini. Tak ada siapa pun yang datang ambil.

Hafizudin Dzalkifli : Apa maksud awak dengan bot karam tu? Kereta masih tersadai? Saya dah bagi kunci kat abang Min suruh tolong dia hantarkan kereta tu di rumah ibu saya di Jeniang. Kenapa dia tak pergi ambil?

Khairani Binti Hasbi : Abang Min? Maksud awak abang Amin Dollah ka? Dia kemalangan hari awak dan kawan-kawan awak disahkan hilang di laut. Semua pelancong dan tekong bot dah dijumpai dua hari selepas bot karam. Orang kampung semua hairan kerana mayat awak tak ditemui hingga sekarang. Saya pun terkejut terima mesej awak. Maafkan saya.

Hafizudin Dzalkifli : Ya Allah,.Inna lillahi wainnalillahiraji’un,.saya tak tahu apa2 pun,.sejak saya balik ke KL saya terlalu sibuk uruskan syarikat papa dan mama saya turut terkorban dalam kemalangan tu. Jadi sekarang ni saya dah jadi arwahlah? Awak sedang chat dengan arwahlah ni? J

Khairani Binti Hasbi : Kenapa awak kata macam tu? Alhamdulillah awak masih hidup. Macam mana awak boleh hilang sekelip mata hari tu. Bukan awak pi sekali ka?

Hafizudin Dzalkifli : Yupp,.tapi saya turun di kuala muda sungai petani dan terus balik KL,.saya frust sebab ada orang tu tolak cinta saya,.tu yang merajuk lama tu. Tahniah! Awak dah dapat penganti saya. Bertuah diakan? Cemburunya saya. Cinta tanpa nokhtah awak tu untuk dia ya? Kenapa awak ucapkan selamat tinggal. Awak dah putus ke?

Khairani Binti Hasbi : cinta tanpa nokhtah saya hanya untuk H yang pernah ungkapkan perkataan sayang untuk saya dan dia menghilang sekelip mata dan sekarang dia muncul kembali dengan tiba-tiba. Agaknya dia sihat tak sekarang ni? Awak kenal diakan? Okey,.saya nak kena logout dulu. Bye!

          Hafiz terpaku lagi. H? Hafizudinkah? Akukah? Rani,.kenapa kau nak berahsia dengan aku? Kan senang kalau kau sebut terus nama tu tanpa menimbulkan sebarang tanda tanya. Aku tak dapat balik ke Kedah sekarang ni. Kalau boleh aku nak terbang ke Kedah dan berdepan dengan Rani dan bertanya sendiri dengannya secara berdepan. Ah! Khairani,.kenapa buat aku macam ni? Hafiz merungut di dalam hati. Dia pegang dadanya yang terasa sebu dan sedang diasak dengan perbagai persoalan.

.............................................

            Rani menangis lagi entah kali yang ke berapa. Kali ini Rani menangis kerana tahu Hafiz masih hidup tapi tangisan Rani juga bukan bermaksud gembira. Rani dihujani dengan seribu satu perasaan yang dia sendiri pun tak faham. Alhamdulillah,.Hafiz masih hidup tapi kenyataan Hafiz membuatkan Rani terfikir kembali, siapa Hafiz yang sebenarnya?

           Perkataan papa, mama, syarikat dan segalanya yang disebut Hafiz membuatkan Rani kembali mencari butir-butir peribadi tentang Hafiz namun semua butir peribadi Hafiz yang Rani cari tidak tersenarai dalam profilnya. Tiada ahli keluarga, tiada syarikat tempat dia bekerja, tiada tempat tinggal atau pun nama sekolah dia pernah belajar. Maklumat peribadi dalam akaun facebook Hafiz langsung tiada selain namanya saja.

          Dalam mengeledah wall Hafiz, Rani teringatkan Ijal. Dia pernah berbual dengan Ijal dulu dalam facebook. Rani terus mencari nama Ijal sempoi Jeniang yang sudah menjadi rakan facebooknya.

Khairani Binti Hasbi : As salam Ijal,.kak rani nak tanya sikit, boleh dak?

          Rani menghantar mesej ke peti masuk Mifzal dan menunggu balasannya. Sambil tu Rani mengeledah pula wall Mifzal. Rani terkejut bila terjumpa gambar Mifzal bersama seorang lelaki dan seorang perempuan. Ada status yang ditulis bersama gambar itu yang menarik minat Rani untuk membacanya. ‘’Bersama abang Din dan isterinya kak Farisha’’. Tak semena-mena air mata Rani mencurah lagi. Hafiz dah kahwin? Rani berteka-teki di dalam hati.

Ijal sempoi Jeniang : Wassalam kak rani,.apa cer PM Ijal hari ni,.nak tanya apa? Tanya cepat selagi kaunter pertanyaan masih dibuka J

Khairani Binti Hasbi : Din dah kahwin ka?

                 Tanpa berfikir panjang Rani terus menghantar mesejnya kepada Mifzal kemudian dia membaca semula mesej yang telah dihantar. Allahu Akbar. Dah silap tanya soalan. Sebenarnya nak tanya soalan lain. Rani merungut di dalam hati. Mungkin fikirannya sedang bercelaru bila melihat status Mifzal sebentar tadi  jadi secara tak sengaja soalan itu pula yang ditaipnya.

Ijal sempoi Jeniang : Yupp,.abang Din dah kahwin,.sebenarnya kak Rani nak tanya pasal abang Din atau nak tanya pasal abang Hafiz J

Khairani Binti Hasbi : Sebenarnya bukan soalan tu yang kak Rani nak tanya,.tersilap tanya soalan tadi,.sapa Din yang sebenarnya? Dia tinggal di mana? Keluarga dia tu orang kaya ka?

Ijal sempoi Jeniang : Apa kata kak Rani tanya sendiri dengan abang Hafiz. Jangan tanya dengan abang Din nanti kak Farisha jeles, lagi pun abang Din takdak fb J

              Rani sudah mula bingung membaca mesej Mifzal. Mindanya bercelaru lagi. Adakah Hafiz dengan Din tu orang yang berbeza? Bukankah nama dia Hafizudin?

Khairani Binti Hasbi : Hafizudin dengan Din tu bukan orang yang sama ka?

 Ijal sempoi Jeniang: Jeng,jeng,jeng,.apa kata kak Rani tanya abang Hafiz sendiri.

Khairani Binti Hasbi : Alaa,...tak sporting L

Ijal sempoi Jeniang: kekekekeke J

                Rani menghembus nafasnya dengan kasar. Semua persoalannya masih belum terjawab. Nak tanya Hafiz rasanya mustahil sangat. Nampak sangat Rani nak ambil tahu pasal dirinya. Nanti mesti Hafiz akan syak wasangka. Hatinya bukan mudah untuk diteka. Selama ini Rani mengunci rapat pintu hatinya agar apa yang tersirat di dalam hatinya tak boleh dibaca oleh orang lain. Ahh,..letih juga memendam perasaan ini. Kenapa perasaan ini yang harus hadir disaat dia tiada di depan mata? Rani pening memikirkan semua kemungkinan dan permainan hatinya sendiri.

...................................................

Beberapa bulan kemudian,..

             Farisha selamat melahirkan anak sulung mereka. Seorang bayi perempuan yang diberi nama Azzalea Firzanah. Encik Dzalkifli pula sudah keluar dari wad tapi masih tidak dapat berjalan seperti biasa. Oleh kerana Puan Farizah bertegas untuk menjaga encik Dzalkifli jadi mereka bernikah semula untuk kali kedua. Keluarga Hafizudin dan Muizzudin sudah lengkap kini. Sekarang Puan Farizah cuma nak seorang lagi menantu untuk menyerikan rumah mereka.

           Hafizudin sudah mula kalut bila ibunya membuat keputusan untuk mencari bakal isterinya. Tanpa berfikir panjang Hafiz mencadangkan nama Rani pada ibunya. Muiz dan Farisha juga sebulat suara menyokong Hafiz.

Hafizudin Dzalkifli : Rani,.awak sihat?

         Sekali lagi Hafiz menghantar mesej ke dalam peti masuk facebook Rani. Dia tahu Rani sedang online sekarang kerana terdapat warna hijau pada nama Rani. Lama jugak Hafiz menunggu baru mesejnya berbalas.

  Khairani Binti Hasbi : Awak sapa? Saya adik Rani,.nama saya Rina. Kak Rani sekarang koma di hospital selepas membuat pembedahan hati dua minggu yang lepas. Kalau awak kenalan kak Rani sila datang ke hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk berjumpa kak Rani buat kali terakhir. Doktor cakap kak Rani sudah tiada harapan untuk sembuh. Harap maklum!

               Terkedu seketika Hafiz membaca mesej yang masuk ke dalam peti masuknya. Dia mengenal pasti sekali lagi nama yang tertera. Betul! Dia tak tersalah membaca mesej. Mesej itu betul-betul datang dari facebook Rani. Ya Allah! Benarkah ini.

Hafizudin Dzalkifli : Awak tak main2kan? Rani sakit apa?

Khairani Binti Hasbi : Main2? Kak Rani tu kakak kandung saya,.takkan saya nak tipu dengan perkara macam ni? Terpulang kat awak nak percaya ka tak.

Hafizudin Dzalkifli : Maaf,.saya terkejut sikit tadi dan kalau boleh saya tak mahu terima kenyataan tu. Saya sayangkan Rani dan cintakan dia sepenuh hati,.saya tak sanggup kehilangan Rani,.

Khairani Binti Hasbi : Awakkah H tu? Puisi yang kak Rani tulis tu untuk awak ka?

Hafizudin Dzalkifli : Saya tak pasti,.Rani tak pernah luahkan perasaan dia pada saya,.yang saya tahu, saya hanya sayangkan Rani seorang!

Khairani Binti Hasbi : Kak Rani ada barah hati sejak kecil. Dulu dia pernah buat pembedahan dan dia dah sembuh sepenuhnya, cuma sejak setahun lepas kak Rani menghadapi masalah kemurungan tanpa sebab. Dia dah tak ceria dan selalu termenung. Kak Rani suka berahsia. Selepas tu barah hati dia kembali menyerang. Kak Rani selalu abaikan kesihatan dia,.kalau awak masih sayangkan kak Rani tolong mai sini dan nasihatkan dia. Dialah satu2nya kakak yang saya ada. Saya merayu pada awak demi kak Rani.

                 Hafiz membaca mesej dengan air mata yang sudah bergenang. Hatinya tertanya-tanya samaada Rani kembali sakit kerananya. Setahun yang lepas papanya kemalangan dan Hafiz sibuk menguruskan syarikat papanya. Dia merajuk pada Rani yang menolak cintanya dan terus menyepikan diri. Ya Allah! Kalau Rani sakit kerana aku, berikan aku kesempatan untuk berbakti padanya sebelum kau ambil dia kembali. Aku benar-benar menyayanginya. Aku mahukan dirinya. Air mata Hafiz gugur jua ke pipi. Sebak dadanya menahan rasa.

Kembalikan Rani padaku Ya Allah andainya Rani juga menyimpan perasaan yang sama terhadapku. Jodohkan kami berdua andai kami saling mencintai. Aku tak pasti hati Rani tapi hanya Kau yang tahu kebenarannya. Aku mohon pertolonganMu Ya Allah. Tunjukkan aku kebenarannya. Cintakah Rani padaku sebagaimana aku mencintainya? Hafiz terus-terusan berdialog di dalam hati sambil berdoa agar Allah merestui cinta mereka.

.............................................

                 Rani membuka mata perlahan-lahan. Tubuhnya lemah dan letih. Tiada daya dan upaya. Serasakan hidupnya sudah sampai ke penghujungnya. Mesin di kiri dan kanannya berbunyi lemah seperti lemahnya tubuh Rani. Terdapat drip air tergantung di tepi katil Rani.

           Rani toleh kiri dan kanan. Ada pesakit yang terbaring kaku di sebelahnya. Rani mula mencerna mindanya. Apa yang berlaku padanya? Rani cuba mengimbas kembali. Apa yang Rani ingat, Rani pengsan ketika sedang bekerja di kedai abang Dzul Fahmi. Kemudian Rani sudah tak ingat lagi apa yang berlaku.

         Mak, abah, Rina,.maafkan Rani! Rani hampakan semua orang. Rani abaikan diri Rani kerana lelaki yang baru wujud dalam hidup Rani. Kerana cinta, Rani terlupa dengan kasih sayang mak, abah dan Rina. Ampunkan Rani mak, abah. Maafkan kak Rani Rina,.Maafkan Rani Hafiz kerana mencintai Hafiz tanpa izin. Ampunkan aku Ya Allah kerana mencintai hambaMU yang belum menjadi hak aku.

         Perlahan air mata Rani gugur ke pipi. Seketika kemudian Rani menyedari ada seseorang sedang melangkah masuk. Rani pejamkan mata rapat. Rani cuba mengerakkan tangannya dan mengelap air matanya tapi tangan Rani kaku dan tak dapat bergerak. Tubuh Rani kebas.

           ‘’Khairani Binti Hasbi! Saya sayangkan awak. Saya cintakan awak. Saya dah minta izin kedua ibu bapa awak untuk memperisterikan awak. Saya cuma perlu persetujuan awak untuk menjadi isteri saya hingga ke akhir hayat awak.’’ Terdengar suara seorang lelaki di tepinya. Jantung Rani seakan terhenti berdenyut. Dia ingin membuka matanya kembali dan melihat wajah lelaki itu. Tapi,..Rani tak mempunyai keberanian. Rani terus menunggu dan berpura-pura masih tidur.

               ‘’Rani! Tolong bangun dan jawab semua pertanyaan saya! Adakah H yang awak maksudkan itu adalah saya? Hafizudin bin Dzalkifli adakah cinta tanpa nokhtah awak tu untuk dia? Tolong bangun Rani dan jawab pertanyaan saya sejujurnya,.’’ Rani terdengar lagi suara lelaki itu disertai esakan halus. Perlahan-lahan Rani membuka matanya disertai air matanya yang gugur lagi ke pipi. Bibir Rani ingin tersenyum melihat wajah lelaki yang sedang berdiri di tepi katilnya tapi Rani tak mampu membuatkan bibirnya tersenyum lagi.

           ‘’Khairani,.awak dah sedar? Alhamdulillah,.terima kasih Ya Allah! Rani kita nikah ya?’’ air mata Rani gugur lagi. Ya Allah! Benarkah dia mencintai aku? Dalam keadaan aku yang macam ni pun, dia masih sudi memperisterikan aku? Bermimpikah aku? Katakan ini hanyalah mimpi Ya Allah. Semuanya ini bukan benar. Aku hanya bermimpi.

            ‘’Khairani Binti Hasbi tolong terima lamaran saya kalau awak juga mempunyai perasaan yang sama dengan saya. Saya nak berbakti pada awak Rani. Tolong tunaikan permintaan saya ni. Tolong Rani. Saya merayu. Tunaikan permintaan saya Rani untuk menjadikan awak sebagai suri dalam hati saya.’’ Lidah Rani kelu. Rani tak mampu berkata-kata. Hanya air mata yang sedang berbicara. Hafiz sendiri sudah kabur pandangannya dek air mata. Dilap rakus air matanya tapi air matanya itu terus mengalir tanpa henti. Hatinya nekad untuk memperisterikan Rani walau hanya untuk sejam, seminit atau pun sesaat. Dia ingin mengucup dahi Rani dan meluahkan rasa cintanya pada Rani dalam keadaan Rani sudah menjadi isterinya yang sah. Dia ingin Rani melafazkan kalimah cinta dengan bibir Rani sendiri.
.....................................................
Tiga hari kemudian,.

           Rani masih terlantar di atas katil hospital. Walau pun dia sudah dikeluarkan dari bilik I.C.U tapi Rani masih dipantau oleh doktor-doktor pakar. Keadaan Rani masih lemah. Sedangkan Hafiz sudah tidak sabar untuk menjadikan Rani suri di hatinya. Semua persediaan sudah disiapkan. Tunggu ijab dan kabul saja lagi. Hari ini adalah harinya.

               Degilnya Hafiz langsung tidak boleh dibantah. Hitam katanya, tiada siapa yang dapat menghalang lagi. Rani sendiri tidak dapat membuat keputusan. Walau ditolak, Hafiz tetap nekad untuk memperisterikan Rani. Dia tak peduli dengan buah mulut orang. Yang Hafiz tahu Rani harus jadi miliknya. Dia nak menjaga Rani. Buat masa sekarang Hafiz tak mahu fikirkan hal lain. Dia cuma nak jaga Rani. Hafiz cuma nak membahagiakan Rani selagi nyawa Rani masih dikandung badan.

            Puan Farizah pun tak pernah membantah. Encik Dzalkifli tak mahu masuk campur. Baik untuk Hafiz, baiklah untuknya juga. Muizzudin dan Farisha sentiasa menyokong apa saja yang Hafiz rasakan terbaik untuk dirinya. Kedua ibu bapa Rani pula amat bersyukur bila ada insan yang sanggup memperisterikan Rani dalam keadaan Rani yang terlantar seperti itu. Khairina juga tidak membantah. Dia gembira kalau kakaknya gembira. Dia sentiasa berdoa agar kakaknya menemui kebahagiaan yang dia cari.

                ‘’Khairani,.yang bermaksud kebaikanku. Abang sayangkan Khairani sepenuh hati abang. Alhamdulillah,.Allah makbulkan juga permintaan abang. Sekarang Rani dah jadi isteri abang yang sah. Abang dah boleh jaga Rani. Abang dah halal menyentuh Rani. Kalau doktor izinkan, abang nak jaga Rani 24 jam,.’’ Selepas akad nikah selesai di bilik wad persendirian yang menempatkan Rani mereka ditinggalkan berdua. Hafiz mengambil kesempatan untuk meluahkan lagi suara hatinya.

              ‘’Sekarang abang nak dengar pengakuan Rani pulak. Rani sayangkan abang tak? Rani cintakan abang tak? Tak salahkan Rani nak buat pengakuan tu sebab abang dah jadi suami Rani. Kita dah sah Rani. Jangan takut, tak berdosa pun kalau Rani luahkan perasaan Rani pada abang,.’’ Hafiz cuba mengumpan Rani. Dia teringin nak mendengar luahan hati Rani. Dia yakin Rani juga sayangkan dirinya.

           ‘’Rani!’’ bila Rani masih membisu Hafiz bersuara lagi. Hanya nama Rani yang disebutnya. Rani hanya mampu tersenyum. Tanpa sedar air mata Rani gugur lagi. Hafiz menyeka air mata Rani dan mengucup dahi Rani lama. Dia turut sebak bila melihat ke dalam mata Rani yang sudah merah.

             ‘’Tak apa! Abang tak paksa Rani. Rehatlah,.mungkin Rani letih selepas makan ubat tadi. Abang faham keadaan Rani. Tidurlah,..tapi jangan suruh abang tinggalkan Rani kerana abang tak sanggup nak pergi,.’’ Hafiz berkata lagi sambil mengapai tangan Rani. Dielus perlahan tangan Rani yang pucat.

             ‘’Rani sayang abang. Rani cintakan abang. Maafkan Rani sebab lambat melafazkan cinta Rani pada abang. Terima kasih sudi ambil Rani sebagai isteri dalam keadaan Rani macam ni. Terima kasih dengan cinta yang abang berikan pada Rani,..’’ dalam esakan, Rani meluahkan apa yang terpendam selama ini. Perlahan dan tertahan-tahan. Sekali lagi Hafiz mengucup dahi Rani. Air matanya turut sama meraikan suara hati Rani.

             ‘’Alhamdulillah! Cinta abang berbalas juga akhirnya. Rani memang cintakan abangkan selama ni? H tu Hafizudinkan?’’ Hafiz bertanya lagi soalan yang ingin didengarnya. Rani mengangguk lemah. Wajahnya rasa berbahang. Hafiz sudah tersenyum bahagia. Ingin sekali dia mendakap tubuh Rani untuk memberitahu betapa bahagianya dia saat ini tapi apakan daya. Walaupun begitu dia sudah berpuas hati dapat berada di sisi Rani dan berbual dengan Rani seperti ini.

           ‘’Rani memang dah sukakan abang sejak dulu, cuma ketika tu abang hanya pandang Rani dari jauh. Kenapa abang semakin berani sejak setahun lepas. Apa yang membuatkan abang jadi berani?’’ soalan Rani buat Hafiz berjeda lama. Dia teringat cerita Mifzal. Nampaknya ada salah faham di sini.

            ‘’Ermm,..rasanya isteri abang ni dah salah orang ni. Tunggu kejap,.’’ Hafiz berkata sambil melangkah pergi. Rani yang tercengang. Tak faham langsung dengan maksud Hafiz tadi.

            ‘’Ehhh?’’ bila Hafiz masuk semula dengan seorang lelaki yang seiras dengannya, wajah Rani berubah riak. Dia keliru. Nasib baik Hafiz memakai baju melayu, kalau tak tentu Rani tak dapat mengecam yang mana satu Hafiz.

            ‘’Ini Muizzudin,.adik kembar abang. Bila kali pertama abang jumpa Khairina, abang pun keliru dan menyangka Khairina adalah Rani. Macam sekarang ni abang tahu Rani pun keliru antara abang dan Din. Orang yang Rani suka pada mulanya bukan abang tapi adik kembar abang, Din. Maafkan abang sebab abang dah paksa orang yang Rani suka kahwin dengan tunang abang Farisha. Abang tak tahu pun dia dah ada peminat sebelum ni.’’ Hafiz membuat penjelasan. Rani masih buntu. Dalam masa yang sama dia turut merasa lucu. Rupanya dia menyukai orang yang berbeza dengan wajah yang sama. Dia teringat kembali mesejnya dengan Mifzal.

           ‘’Muizzudin,..kau tak ada apa nak cakap ke?’’ Hafiz memandang Muiz dan menjungkitkan keningnya.

             ‘’Oh! Ada,.ada,.cinta tak terlafaz dan jodoh itu sesungguhnya ketentuan Allah! Aku dah ada Farisha dan cinta aku hanya untuk Farisha dan Azzalea Firzanah saja sekarang ni. Hang tolong jaga Khairani baik-baik naa. Dah,..aku keluar dulu. Kesian Risha dok tunggu aku di luar tu,..’’ sempoi saja ayat-ayat yang Muiz katakan dan sehabis berkata-kata Muiz terus berlalu pergi. Wajah Rani berubah lagi dan bibirnya sudah mekar dengan senyuman. Hafiz duduk kembali di kerusi dan mengapai tangan Rani.

            ‘’Sekarang ni Rani bagitau abang, Rani sukakan Muizzudin atau pun Hafizudin?’’ Hafiz menyoal lagi. Rani hanya tersenyum. Bibirnya sudah bersedia untuk berkata-kata.

             ‘’Rani sukakan Muizzudin,..TAPI Rani cinta dan sayangkan Hafizudin sepenuh hati Rani. Boleh macam tu?’’ bibir Hafiz sudah lebar dengan senyuman. Dia rasa macam ingin melompat bila mendengar kata-kata Rani. Sekali lagi dahi Rani menjadi mangsa. Tak tahu lagi bagaimana harus melahirkan perasaan sayangnya pada Rani. Hanya kucupan kasih itu saja yang termampu dihadiahkannya buat masa ini.

          ‘’Rani letihlah abang,.Rani tidur dulu naa,..’’ Hafiz hanya mengangguk lemah dan dalam sekejapan saja mata Rani sudah tertutup rapat. Tidurlah sayang! Moga Isteri abang sentiasa dalam rahmat Allah hingga ke hujung usia. Abang sayang isteri abang walau hanya tinggal jasad yang sudah kaku kerana CINTA TANPA NOKHTAH ini hanya untuk isteri abang yang tersayang Khairani binti Hasbi.

.....................................................
LIMA tahun kemudian,..

Hafizudin Dzalkifli,.
Aku tak tahu apa maknanya cinta dan aku pernah berazam takkan jatuh cinta selagi belum bergelar seorang isteri. Aku mencuba untuk tidak jatuh cinta pada mana-mana lelaki. Aku cuba butakan mata hatiku dari memandang insan bernama lelaki tapi aku tewas sejak kau berani menyatakan sayang. Aku tewas sejak kau meluahkannya. Dalam rasa sangsi aku terjerat juga dengan perasaanku. Dalam diam dan tanpa sedarku akhirnya namamu telah bertahta dalam hatiku.

Hafizudin Dzalkifli,.

Kau tahu tak,.adakalanya aku ketawa pada diri sendiri,.terasa lucu dengan permainan hati ku dan terasa dipermaiankan oleh perasaanku sendiri. Aku mencintaimu sepenuh hati tapi aku tak mampu melafazkan cinta itu. Betapa terseksanya aku rasakan. Sedangkan kau mungkin tak pernah tahu bahawa cinta ini pernah wujud dalam hatiku padamu.

Hafizudin Dzalkifli,.

Sejak aku sudah pandai untuk merinduimu, kau pula menghilangkan diri. Orang kata kau sudah lemas dan hilang di tengah lautan. Aku tak percaya kerana aku yakin kau masih bernafas dan masih ada di atas muka bumi ini. Aku berdoa siang dan malam agar Allah sentiasa melindungimu kerana aku terlalu menyayangimu dan tak sanggup kehilanganmu. Hanya air mata yang menemaniku saat itu.

Hafizudin Dzalkifli,..

Bila kerinduanku padamu datang bertamu, aku akan buka facebook dan menatap lama wajahmu. Ketika itu aku akan tersenyum sambil air mataku berjuraian laju. Aku rasa lucu dan malu pada diri sendiri kerana berkelakuan seperti itu. Aku malu kepada Allah kerana aku tahu Allah mengetahui isi hatiku. Mencintaimu yang bukan hak milikku. Betapa berdosanya aku rasakan. Kalau orang lain tahu isi hatiku di mana harus aku sembunyikan wajahku ini? Mencintai insan yang entah di mana. Entah apa khabarnya dan entahkan juga, aku hanya bertepuk sebelah tangan. Merindui bayang-bayang hitam yang mendatangiku dalam gelapnya malam. Aku tak pasti dengan dirimu, yang aku tahu aku hanya mencintaimu. Cinta Tanpa Nokhtah hingga ke hujung usiaku.

Hafizudin Dzalkifli,..

Cintakah kau padaku? Aku sering bertanya begini di dalam hati. Adakalanya aku tak percaya dengan kata-katamu. Kau hanya melafazkannya beberapa kali,.itu pun ketika kita berbual di dalam facebook. Bolehkah dipercayai kata-katamu itu? Aku sangsi namun aku ingin memegang kata-kata itu. Biarpun kau hanya berdusta aku ingin menjadikan kata-kata itu sebagai kebenaran. Kadang-kadang aku juga terfikir adakah aku hanya berilusi seorang diri? Ataupun aku sedang bermimpi? Tapi,.bagaimana dengan perasaanku terhadapmu? Aku pasti perasaanku ini bukan satu penipuan. Aku benar-benar menyayangimu dan rasa rinduku padamu amat sakit.

Hafizudin Dzalkifli,..

Di mana kau telah menghilang? Andai kau masih bernyawa,.hadirlah di depanku kerana aku dapat merasakan hidupku ini sudah sampai penghujungnya. Aku sering letih dan tiada selera makan. Adakalanya aku terfikir, inikah yang dikatakan orang penyakit cinta? Sakit rupanya rasa cinta ini? Kau bagaimana pula? Adakah kau sihat sekarang? Andai kau masih ada di atas muka bumi ini,.aku berharap agar Allah akan temukan kita semula andai kaulah jodohku. Andai kau juga mempunyai rasa cinta yang sama denganku,.moga kita akan ditemukan kembali.

Hafizudin Dzalkifli di sini Khairani Binti Hasbi sentiasa menanti kehadiranmu dan bersedia untuk meluahkan rasa cintaku padamu. Aku rindu, aku sayang, aku cinta hanya padamu!

                 Hafiz menutup kembali buku catatan harian milik Rani yang diberikan oleh Rina padanya lima tahun yang lalu. Selepas Rani menghembuskan nafas terakhirnya selepas seminggu mereka bergelar suami dan isteri buku itu telah berada dalam simpanannya dan setiap kali Hafiz merindui Rani dia akan membacanya dengan mata yang bergenang.

            ‘’Abang! Rindu kak Ani lagi la tu? Hmm,.’’ Suara seorang perempuan menyapanya mesra. Hafiz menoleh pantas dan menyembunyikan buku yang dipegangnya.

          ‘’Hiesyyy,..Khairani dah ada depan mata abang. Hari-hari abang boleh tengok dia. Boleh peluk dia. Boleh kiss dia. Buat apa nak rindu lagi?’’ Hafiz menghulurkan tangan pada perempuan itu dan mendukung anak kecil yang dipegangnya. Diciumnya pipi anak kecil itu hingga si kecil ketawa tanpa henti.

             ‘’Khairani kecil papakan,.sayang papa ni. Nanti kita pergi melawat mama ya,.ibu nak ikut sekali tak? Hari ni kan birthday Rani dengan sayang? Kita pergi ya nanti, ziarah Rani?’’ Hafiz bertanya perempuan yang masih tersenyum di sebelahnya.

          ‘’Hmm,.cinta tanpa nokhtah abang dengan kak Ani memang tak mampu Ina tembus ya? Macam nak cemburu ja setiap kali abang sebut nama kak Ani tapi Ina tak mampu nak cemburu pada kak Ani sebab tanpa cinta dia pada abang tentu Ina pun takkan kahwin dengan abangkan?’’ Khairina bersuara sayu. Dia sedar dia hanya penganti kakak kembarnya. Tiga tahun yang lalu tiba-tiba Hafizudin bekas abang iparnya datang  melamar. Dia terima dengan senang hati walau tanpa perasaan cinta. Terharu dengan cinta kakak dan abang iparnya dia juga belajar untuk mencintai bekas abang iparnya itu.

          ‘’Kenapa cakap macam tu? Khairani atau Khairina,.kan sama saja? Dua-duanya pun abang sayang. Dua-duanya pun abang cinta,.lebih-lebih lagi sejak ada Khairani kecil ni,..’’ Hafiz cuba menenangkan hati Rina sambil menarik Rina dekat padanya. Dihadiahkan ciuman di dahi isterinya itu.

            ‘’Yalah tu,.terima kasih kerana sudi cintakan Ina dan sayangkan Ina,.’’ Rina melentokkan kepalanya di bahu Hafiz. Terasa bahagia menyelinap ke seluruh tubuhnya. Biarlah dia hanya menumpang tuah kakaknya, asalkan Hafizudin yang telah menjadi suaminya kini juga menyayanginya. Sementelah lagi setelah mereka mendapat seorang cahaya mata yang diberi nama Khairani Azzalea, yang bermaksud Kebaikanku yang kekal abadi. Nama arwah Khairani dan arwah ibu mertua tirinya yang digabungkan bersama.

        ‘’Nak ikut tak?’’ Hafiz bertanya sekali lagi. Rina yang tengelam dalam lamunan yang seketika memanggungkan kepala dan merenung wajah Hafiz.

           ‘’Nak pi mana?’’ dunggu seketika Rina dan dia bertanya balas.

            ‘’Laa,..pergi jumpa Rani!’’ Hafiz mengenyitkan mata. Rina tergelak perlahan.

             ‘’Nak ikutlah,.bila nak pergi?’’
         
              ‘’Sekarang! Pergi siap,.lepas jumpa Rani kita balik KL,.nak tengok orang baru. Abang lupa nak bagitau Rina, Farisha dah bersalin anak ketiga. Kali ni dapat sepasang kembar. Laju betul mereka berdua tu,..tak sempat kita nak kejar,.’’ Hafiz menghabiskan ayat-ayatnya sambil ketawa lepas. Rina sudah melebarkan senyumannya.

              ‘’Nasib baik abang dah simpan janggutkan,.kalau tak, boleh pening kepala Rina ni kalau abang dengan adik abang tu ada sekali.’’

             ‘’Sebab abang tau Rina akan silap oranglah, abang simpan janggut. Kalau Rina tersalah peluk. Abang juga yang cemburu nanti. Pergi siap sekarang. Jangan nak banyak soal lagi. Khairani abang ni, biar abang yang jaga,..’’ Hafiz mengarah Rina dan mengacah anak kecilnya. Rina bangun dan menuju ke bilik. Diam-diam Hafiz bangun dan mendukung anaknya dan menyimpan kembali buku harian milik Khairani. Tempat rahsia yang hanya dia seorang saja yang tahu. Sudah hampir lusuh buku itu ditatapnya setiap kali dia rindukan arwah Khairani. Sesungguhnya CINTA TANPA NOKHTAH ini takkan berakhir, walau cerita ini akan TAMMAT di sini! 
P/s : Cinta Tanpa Nokhtah hingga ke Jannah!         

6 ulasan:

  1. Balasan
    1. Terima kasih Vera Zahara,.nantikan cerpen yang seterusnya naa,.bakal terbit,.In Sha Allah Dengarlah Sayang Part 2 :)

      Padam
  2. Balasan
    1. Terima kasih Wani, sudi baca dan tinggalkan komen..

      Padam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.