Ahad, 30 Ogos 2015

Aku Hanya Pekerja Separuh Masa ( Part 2 )

                 Aku baru balik dari kelas KAFA dan menongkatkan basikalku di tepi pokok rambutan yang sedang berbuah lebat. Pokok rambutan yang ditanam arwah atuk di tepi rumah kami. Baru beberapa langkah aku berjalan terasa kepalaku sakit. Ada benda yang jatuh dari atas pokok dan terkena kepalaku. Aku mendonggakkan kepala.

            ‘’Aduh!’’ aku menjerit spontan bila benda yang jatuh tadi terkena dahiku pula.

            ‘’Hoi monyet! Turunlah!’’ aku bertempik kuat bila mendapati ada seorang budak lelaki di atas pokok dan sedang rancak mengupas kulit buah rambutan.

               ‘’Sakitlah!!’’ aku menjerit lagi bila kulit rambutan yang dikupas dibuang dan terkena kepalaku lagi.

               ‘’Hoi monyet! Kau memang sengaja nak cari pasalkan?’’ aku bertempik kuat. Entah datang dari planet mana? Aku berdongkol di dalam hati.

              ‘’Nama aku Ku Shai, bukan monyetlah bodoh!’’ budak lelaki tadi mula bersuara. Aku terasa lucu mendengar namanya lalu aku ketawa kuat.

               ‘’Hahaha,.Kucai pandai naik pokok. Nama aku bukan bodohlah. Kalau nama kau Kucai, nama aku Taugeh.’’ Aku sengaja berniat untuk menyindir dia jadi aku bagitau nama aku taugeh sebab mak aku selalu goreng kucai bersama taugeh dan mencampurkan taugeh dan kucai ke dalam cucur udang.

               ‘’Haa,.elok sangatlah tu. Sorang dah jadi kucai, sorang dah jadi taugeh. Mari sini keduanya, boleh mak goreng untuk makan dengan nasi malam ni.’’ Terdengar suara emak, aku menoleh pantas. Di muka pintu rumah kami sudah ada beberapa pasang mata yang sedang memandang.

                Kucai turun dari pokok rambutan dan membaling kulit rambutan lagi padaku. Aku tak sempat nak mengelak dan kulit rambutan itu hampir-hampir terkena mataku. Aku hilang sabar lalu mencapai ranting rambutan yang sudah kering lalu menghambatnya keliling rumah. Tak cukup kaki Kucai berlari kerana takut dirembat dengan ranting kayu mati yang aku pegang.

                        Aku tersenyum seorang diri mengingati peristiwa itu. Sebenarnya aku langsung tak menduga Kucai dengan Taugeh sudah bersatu dalam sebuah rumah kini. Pelik betul kehidupan ini. Bila aku menyangka aku sudah kehilangan segalanya sedangkan hakikatnya semua itu hanyalah lakonan semata-mata. Berminggu juga aku mogok dan tak mahu menegur Kucai tu. Puas juga dia memujuk aku tapi aku sengaja mendera perasaannya. Setahun setengah dia menguji aku dan akhirnya dia tertewas juga kerana sudah tidak sabar untuk mengaku dia mencintaiku.

                Bila difikirkan balik semua kejadian yang telah berlaku, aku tak pasti sama ada nak bergembira atau bersedih tapi bila difikirkan semula itu adalah kehendak takdir dan ada hikmahnya, aku bersyukur sangat. Aku dapat pulang semula ke rumah kami yang kini dihuni terus oleh mak su sekeluarga. Aku juga mula menyambung semula pelajaranku yang tertangguh dulu. Aku memohon belajar di sebuah Kolej swasta yang berdekatan dengan rumah Kucai kerana Kucai bertegas agar aku tinggal bersamanya. Mak su dan pak su pun tidak membantah.

             Naimah pula sudah melangsungkan perkahwinan dan sekarang mereka sedang menunggu kelahiran zuriat sulung mereka. Aku dan Kucai masih begini saja. Itu syarat yang aku kenakan pada Kucai. Aku tetap akan menjadi pekerja separuh masa di rumah kami sebab aku masih perlu belajar. Walau pun tinggal serumah tapi kami tinggal dalam bilik yang berasingan. Macam pelik sikitkan? Mungkin juga semua yang berlaku ini ada pengaruhnya. Kalau kita baca novel atau cerpen hari ini, memang banyak kisah macam ni dan aku ingin jadikan kisah dalam cerita itu menjadi nyata. Agaknya mungkin aku sudah terpengaruh dengan apa yang aku baca?

             ‘’Ira! Belum tidur lagi? Boleh abang masuk?’’ aku berpaling ke arah pintu bilik. Tanpa sempat aku berkata apa-apa Kucai sudah melangkah laju ke arahku.

              ‘’Ira tak cakap pun bos boleh masuk?’’ aku sengaja menguji kesabaran Kucai. Dia sudah merenung tajam ke arahku.

                 ‘’Bos! Suzy telefon Ira tadi, dia cakap esok ada cleaner nak minta cuti jadi dia tanya Ira sama ada Ira nak kerja atau pun tak, jadi Ira cakap Ira nak kerja. Bolehkan Ira kerja macam biasa?’’ sambil bercerita aku menyoal. Kucai pula melabuhkan punggungnya di atas katilku.

              ‘’Hmm,.boleh! Dengan syarat Ira tidur dengan abang malam ni.’’ Dia berkata sambil bibirnya tersenyum. Aku mencebik tanpa sedar.

             ‘’Alaa,.sekadar nak tidur dengan bos apalah sangat. Boleh ja tapi Ira nak bagitau awal-awal Ira sedang bercuti solat sekarang ni.’’ Aku berkata selamba sambil kembali fokus pada buku di atas meja. Banyak betul kerja yang diberi pensyarah kami. Letih betul mata aku nak mengadap komputer dan buku-buku rujukan mencari maklumat yang diperlukan.

             ‘’Okeylah tu daripada abang tidur sorang-sorang dalam bilik abang.’’ Kucai membalas kata-kataku sambil merebahkan badannya di atas tilam. Aku mengeleng kepala melihat gelagatnya dan kembali fokus pada kerjaku. Beberapa minit kemudian sudah terdengar dengkuran halus di atas katil. Bibir aku spontan memekarkan senyuman.

              ‘’Senang betul tidur? Agaknya itulah maksudnya jiwa yang tenang?’’ aku berkata pada diri sendiri. Teringat kata-kata seorang ustaz, orang yang jiwanya tenang mudah untuk tidur.

                 Aku menyambung kembali kerjaku. Sedang asyik melayan internet dan membuka satu blog ke satu blog untuk mencari maklumat, telefon bimbit aku berbunyi. Aku bangun dan mengambil telefon bimbitku yang terletak di atas almari solek. Aku belek nama pemanggilnya dan bibirku tersenyum senang hati.

            ‘’Assalamualaikum! Apa khabar bakal ibu? Apa mimpi call aku malam-malam ni?’’ aku memberi salam dan bertanya khabar sambil kakiku melangkah ke arah katil. Aku duduk di birai katil dan menyandar di kepala katil.

            ‘’Waalaikumusalam,.aku baik saja. Ehh,.aku call Suzy tadi, dia kata kau nak buat part time jadi cleaner lagi ke esok? Habis tu kuliah kau macam mana?’’ soalan cepubelian dari Naimah menyapa pendengaranku.

             ‘’Esok tak ada kuliah sebab tu aku setuju ja nak kerja. Lusa baru ada kuliah semula. Takkan kau call aku sebab perkara ni kot?’’ aku menyoal dia pulak. Macam pelik pula kalau dia telefon aku semata-mata nak tanya pasal kerja aku.

            ‘’Tak adalah! Aku nak ingatkan kau, esok birthday Kucai. Dia pernah cakap kat aku tahun ni dia nak sambut dengan orang yang tersayang. Aku takut kau tak tahu saja. Kau tu bukan boleh harap sangat. Kalau dah mula kerja, orang di sebelah pun kau dah tak perasan dah.’’ Aku terasa hati mendengar dia berkata begitu. Teruk sangat ke aku ni? Aku tanya diriku di dalam hati.

              ‘’Betul ke? Serius aku tak tahu. Terima kasih ya sebab bagitau aku.’’ Aku menoleh ke sebelahku. Wajah Kucai yang sedang lena aku pandang sayang. Sudah cukup umur rupanya dia? Aku pandang pula jam di dinding, sudah pukul 12.30 malam. Sudah lewat rupanya, patutlah Kucai letak saja kepala terus berdengkur!

            ‘’Okey,.sama-sama. Jangan buat-buat lupa pulak esok. Abang sepupu aku tu dah lama sangat berharap nak sambut birthday dia dengan kau.’’ Aku terkejut lagi mendengar kenyataan dari Naimah. Betul ke? Agaknya sejak bila dia dah jatuh sayang dengan aku?

          ‘’In Sha Allah,.aku takkan lupa, kalau aku lupa kau tolonglah ingatkan!’’ aku membalas sambil tergelak perlahan.

            ‘’Hmm,.kalau kau berani lupa. Kau tanggunglah sendiri. Abang Ku Shai tu lagi kuat merajuk dari kau!’’ aku tergelak lagi. Malam ni baru aku tahu Kucai aku pun juara merajuk ke?

            ‘’Aku nak bagitau tu saja. Laki aku dah panggil tu. Dia sedang berleter sebab aku tidur lewat. Kau pun pergilah tidur. Kesian abang Ku Shai tu tidur sorang-sorang,.’’ Aku dengar Naimah ketawa di hujung talian. Aku turut tersenyum dan aku toleh ke arah Kucai lagi. Tangan kiriku sepontan mengelus pipinya. Dia bergerak sedikit dan tangan aku ditepis perlahan. Haishh,.

               Selepas menjawab dan berbalas salam kami pun memutuskan talian. Aku kembali ke meja belajarku dan offkan komputer, tutup lampu dan buka lampu tidur. Aku berbaring di sebelah Kucai.

              ‘’Abang kucai, Happy Birthday sayang!’’ aku berbisik ke telinganya dan mengucup dahinya kemudian beralih pula pada kedua belah pipinya.

               ‘’Hmm,.terima kasih. Tidur! Esok nak kerja.’’ Aku terkejut mendengar suara Kucai. Lorhh,.buat-buat tidur ke apa ni?

              ‘’Abang pura-pura tidur ke?’’ aku menyoal kalut.

              ‘’Abang dah terlelap pun tapi abang mimpi ada orang wish birthday kat abang. Dia siap panggil sayang lagi. Sejuk hati abang ni dengar dia panggil abang dan sayang tu,.’’ Kucai sudah melebarkan senyuman sambil tangannya melingkar di pinggangku.

              ‘’Tidurlah! Esok mengantuk pulak pergi kerja. Ira curi tulang pergi tidur dalam stor, abang potong separuh gaji. Satu lagi,.kalau nak kiss abang, jangan kiss curi-curi,’’ Dalam mata yang masih pejam sempat lagi dia mengugut dan menyakat aku? Hmm,..

.....................................

            Kucai ajak aku pergi kerja bersamanya, aku menolak dengan baik dan memberi alasan tak best pergi kerja dengan bos. Lagi pun aku takut kena gossip dengan pekerja-pekerja bawahannya. Dia telefon Suzy dan suruh Suzy datang ambil aku. Suzy adalah adik bongsu Kucai. Mereka tiga beradik. Kak Yani yang sulung, Kucai anak nombor dua dan Suzy anak ke tiga. Kak Yani menolong papa di syarikat papa tapi Kucai bekerja dengan syarikat pak long di cawangan kedua. Kucai bukanlah bos besar di syarikat itu. Dia hanya bos nombor empat dengan kata lain hanya bos untuk bahagiannya saja.

              Bila Suzy tak dapat datang untuk ambil aku, Naimah pula yang mengantikan Suzy kerana laluannya untuk ke pejabat satu hala denganku. Hidup-hidup aku menyangka Naimah bekerja di KFC sebelum ni. Mereka tahu aku tak suka makan di KFC kerana aku lebih suka masak sendiri ayam goreng tepung. Perancangan mereka cukup sempurna dan memandangkan aku ni bukan jenis yang suka prasangka jadi segalanya berjalan dengan lancar.

          Perihal pengakuan Naimah mengenai perasaannya terhadapku juga sudah terbongkar. Mengikut Naimah, Kucai yang paksa dia berlakon macam tu. Dia mengaku dengan aku dalam pura-pura menangis sebenarnya dia sudah tak tahan nak tergelak. Aku yang terkena kerana hari tu aku betul-betul menangis. Sebab tu bila aku tinggal dengan Kucai pun aku masih tak menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri. Kadang-kadang geram juga bila memikirkan segala apa yang telah mereka buat tu.

        Aku tahu aku berdosa kerana mengabaikan Kucai suamiku. Aku sendiri pun kadang-kadang tak dapat untuk menerima apa yang aku lakukan. Adakalanya keegoaan aku yang memaksa aku bersikap begini. Pernah terdetik dalam hatiku untuk mendera Kucai selama mana dia mengenakan aku. Setahun setengah mereka mendera perasaanku. Perlukan aku teruskan rasa egoku dan mendera Kucai selama itu juga? Aku tak tahu. Aku keliru!

          Ponnnnnnn,.nyaring bunyi hon yang kedengaran. Aku melebarkan senyuman bila sebuah kereta sudah berhenti di depanku. Inilah Naimah dengan wajah baru. Selama ni aku tak tahu pun Naimah hanya memakai ‘topeng tomboy’. Dia benar-benar menghayati watak tomboy yang diberikan Kucai. Malam dia bergaduh dengan Kucai tu dia kata, dia dah tak tahan nak tergelak. Sebab tu dia tak menegur aku lagi hingga ke pagi. Ketika kami bernikah pula Naimah ada bersama di dalam masjid. Hakikatnya kami bukan berkahwin kerana tangkap basah. Semuanya sudah diuruskan dengan sempurna. Aku ingat lagi dua bulan sebelum tu Naimah mengajak aku untuk mengambil kursus kahwin. Aku tak banyak soal kerana alasan yang Naimah beri cukup memuaskan hatiku.

                ‘’Jodoh, ajal dan mautkan di tangan Allah. Kita tak tahu bila kita nak mati, macam tu jugalah kita tak tahu bila jodoh kita akan sampai. Mana tahu esok atau pun lusa tiba-tiba Allah temukan jodoh kita. Sekurang-kurangnya masa tu kita dah ada sijil.

         Macam kita buat solat juga. Solat tu perintah Allah yang wajib kita tunaikan. Solat juga akan menjamin kebahagiaan kita di dunia dan di akhirat. Kau solatkan? Untuk apa kau solat? Supaya kau mati nanti kau tak terseksa di dalam kubur. Sekurang-kurangnya kau sudah ada bekalan kalau Allah ambil nyawa kau. Macam tu juga la dengan sijil kahwin ni. Takkan esok nak kahwin, hari ni baru nak pergi ambil kursus?’’

         Antara kata-kata Naimah padaku bila dia mengajak aku pergi mengambil kursus kahwin. Aku langsung tak syak apa-apa. Aku ikutkan saja saranannya tanpa banyak soal. Tak terfikir pula untuk menyoal dia sebab ketika itu diakan berlagak sebagai tomboy. Takkan tomboy ada hati nak kahwin?

          Tapi,.sebenarnya tomboy juga manusia biasa macam kita jugakan. Mereka juga ada perasaan dan keinginan. Mereka cuma sedang keliru identiti akibat tersalah asuhan atau pengaruh rakan sebaya. Mungkin juga ada memori silam yang tak dapat mereka lupakan, memaksa mereka jadi seperti itu?

        ‘’Kau dah beli ke hadiah untuk abang Ku Shai? Tak nak share ke dengan aku apa yang kau beli tu?’’ aku kembali ke dunia nyata bila Naimah mula bersuara. Aku toleh ke arahnya dan mengeleng perlahan. Aku pun tak tahu nak beli apa sebagai hadiah. Semua barang berjenama dia dah ada.

          ‘’Belum lagi. Aku tak tahu pun birthday dia hari ni. Nantilah time keluar break aku pergi cari,.’’ Aku berkata perlahan. Minda sedang berkerja keras.

           ‘’Kau ni,.memang pentingkan kerja melebihi orang tersayangkan? Agaknya tarikh ulangtahun perkahwinan korang pun kau tak ingatkan?’’ aku menoleh ke arah Naimah. Kemudian kepalaku geleng perlahan. Macam mana nak ingat sebab bagi aku, hari itu adalah sejarah hitam yang ingin aku lupakan. Tau-tau dah jadi isteri bos sedangkan aku juga ada impian dan keinginan untuk sambung belajar dan mencapai kejayaan.

          ‘’Kau tahu tak abang Ku Shai tu dah mula sukakan kau sejak kecil lagi, sebab tu la kali pertama kau jumpa dia, dia usik kau. Aku rapat dengan dia dulu. Kami ni macam best friend sejak kami kecil. Semua masalah dia, aku orang pertama yang akan tau. Hingga aku pun pernah simpan perasaan pada dia,.tapi,’’ Naimah terdiam lama. Aku turut terkesima dengan pengakuannya.

            ‘’Bila bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi, aku mula sedar aku takkan mampu ambil tempat kau dalam hati dia. Abang Ku Shai belajar bersungguh-sungguh dan berazam untuk kumpul duit dengan cepat dan melamar kau. Bila dia mula kerja, dia cari maklumat pasal kau pada kak Yani. Masa tu kau baru masuk kolej. Dia minta pendapat aku untuk dekati kau,.’’ Naimah berhenti bercerita dan ketawa perlahan. Bibir aku sudah kelu untuk berkata-kata. Aku langsung tak menduga itulah cerita sebenarnya kerana apa yang aku ingat kami hanya berjumpa sekali saja ketika aku mengejarnya dengan ranting rambutan dan seminggu dia di rumah kami bersama kak Yani dan Suzy kami asyik bergaduh tanpa henti.

            Ketika tu mama dan papa pergi keluar negeri kerana ada kerja yang harus mereka lakukan. Mereka tiga beradik ditinggalkan di rumah kami. Semua tu permintaan kak Yani kerana kak Yani dengan mak su bersahabat baik. Mak dan ayah aku juga masih ada ketika itu. Adik-adikku pun masih kecil lagi. Cuma beberapa tahun selepas itu mak dan ayah aku serta adik-adik terlibat dalam kemalangan. Aku seolah orang yang kehilangan memori silamku. Aku cuba melupakan semua kenanganku bersama mak, ayah dan adik-adik. Aku mengalami trauma besar dalam hidupku.

        ‘’Semua idea nak kenakan aku tu dari kau ke?’’ aku bertanya perlahan. Aku pandang Naimah dengan mata yang bergenang dengan air mata. Aku bukan sedih mendengar cerita dia, tapi hati aku tiba-tiba terkenangkan arwah mak, ayah serta adik-adik aku. Setiap kali aku paksa diri untuk mengingati memori silam hati aku akan sakit. Dada aku menjadi sebak dan perasaan sayu akan segera bertandang. Aku tak mampu untuk terus redha dengan pemergian mereka. Maafkan aku Ya Allah! Adakalanya hatiku tak kuat untuk menerima kenyataan ini.

           ‘’Lima puluh, lima puluh..idea tu bukan dari aku sorang. Kami buat mesyuarat tergempar dan merancang semua tu. Mak su kau yang banyak bagi maklumat apa yang kau suka dan kau tak suka. Dia bagitau kami kau ni cepat mengelabah dan senang pengsan. Kami takut juga nak buat rancangan ni pada asalnya. Mak su pun tak tergamak nak halau kau dari rumah tapi bila abang Ku Shai bagi jaminan akan pantau kau setiap masa, mak su serahkan kau seratus peratus pada kami dengan syarat apa saja perkembangan kau kena report kat dia.

           Kau tahu tak, aku sentiasa tahu di mana kau berada kerana abang Ku Shai sentiasa perhatikan kau. Setiap malam dia akan ikut ke mana saja kau pergi. Kalau dia tengok kau asyik termenung dan menangis dia akan call aku dan suruh aku ajak kau balik.’’ Naimah bercerita lagi sambil tergelak perlahan, sedangkan aku sudah tersedu menangis. Aku tak tahu nak mengambarkan perasaan aku sekarang ni. Antara terharu dan tidak percaya. Antara sedih dan bahagia, semuanya sedang bersimpang siur dalam pemikiranku.

            ‘’Yang kau sedih sangat ni kenapa? Takkan cerita aku ni buat kau tangkap syahdu kot? Kau terharu dengan cinta abang Ku Shai pada kau ke?’’ Naimah bersuara kuat tiba-tiba. Aku menyapu air mata sambil mengelengkan kepala. Kemudian aku tersenyum padanya.

             ‘’Aku tak boleh ingat kenangan lama tu,.bila aku cuba nak ingat pasal Kucai mesti aku akan ingat mak, ayah dan adik-adik aku,.’’ Aku cuba terus tersenyum walau pun hambar. Air mata yang menitis ke pipi aku kesat lagi.

          ‘’Sorry! Aku terlupa. Mak su pernah bagi warning pada kami pasal tu. ‘’ Naimah terus diam selepas itu. Aku juga berjeda lama sehingga minda aku teringatkan sesuatu.

           ‘’Hari kau confess kau cintakan aku tu, kau betul-betul pura-pura menangis ke? Macam mana kau buat? Macam real saja!’’ aku pandang Naimah lagi bila soalan itu aku ajukan. Naimah menoleh sepintas lalu ke arahku dan memandang ke depan semula.

            ‘’Jujurnya,.masa aku confess kat kau tu, aku bayangkan aku luahkan perasaan aku pada abang Ku Shai dan aku bayangkan abang Ku Shai reject cinta aku. Kau jangan marah ya sebab pengakuan aku ni. Aku cuma tak nak kau salah faham saja apa yang aku cerita. Aku pernah sukakan dia dulu tapi sekarang ni cinta aku dah aku bagi pada encik hubby aku tu sepenuhnya. Kau pun belajarlah sayangkan abang Ku Shai tu! Walau dia tak pernah bagitau pada aku lagi masalah dia, tapi aku macam boleh baca ja apa yang ada dalam fikiran dia tu,..’’ aku mengeluh perlahan. Naimah mengerling sekilas ke arahku. Ya! Aku tahu,.aku berdosa. Aku akan cuba jadi isteri yang terbaik untuknya selepas ini.

           ‘’In Sha Allah! Aku akan cuba,.lagi pun aku rasa aku dah mula jatuh sayang kat Kucai tu,.’’ Spontan bibir aku mekar dengan senyuman. Tiba-tiba rasa malu pulak membuat pengakuan tu pada Naimah. Aku terdengar Naimah berdehem kuat.

          ‘’Alhamdulillah! Sejak bila Taugeh mula jatuh cinta pada Kucai ni? Tak nak share ke? Boleh aku tumpang bahagia sama,..’’ Naimah mengajukan soalan yang aku sendiri tiada jawapannya. Sejak bila ya? Aku pun tak tahu macam mana nak jawab. Aku pun tak pernah tahu bila hati aku mula berdebar setiap kali aku pandang wajahnya. Aku pun tak tahu sejak bila aku mula rasa rindu padanya.

          ‘’Aku tak tahu! Serius aku tak tahu,.apa yang aku tahu, sekarang ni kalau boleh aku nak dia sentiasa ada di sebelah aku. Kalau dia tak ada, aku rasa macam rindu sangat kat dia,.err,.’’ wajah aku berubah warna. Aku dengar Naimah sudah ketawa. Aku menoleh ke arah luar pura-pura tak ada apa-apa. Malu pada Naimah menyapa naluriku.

         ‘’Abang Ku Shai tahu ke?’’ Naimah terus bertanya.

           ‘’Tahu! Aku dah termengaku pada dia secara tak sengaja sebelum kau cakap kau cintakan aku lagi.’’ Aku bercakap sejujurnya. Naimah memandang aku lagi. Aku angkat dua jari padanya. Peace!

            ‘’Uishh,.patutlah abang Ku Shai paksa aku confess kat kau, rupanya dia dah tahu isi hati kau ya? Agaknya masa tu dia nak kau tinggal terus dengan dia sebab tu dia suruh aku buat macam tu supaya kau takut dan tinggalkan aku?!’’ Naimah meneka. Aku terdiam lagi. Otak sedang berjalan dan mencerna kata-kata Naimah. Mungkin jugak! Hati aku yang berkata-kata.

         ‘’Hmm,.dah sampai pun. Aku hantar kau sampai di sini sajalah. Kau berjalan masuk sendirilah ya.’’ Aku menanggalkan tali pinggang yang sedang membelit tubuhku. Aku menoleh pada Naimah sepintas lalu sebelum membuka pintu kereta.

            ‘’Terima kasih Naimah! Agaknya hadiah apa yang dia suka?’’ selepas mengucap terima kasih sempat aku bertanya Naimah. Aku memang tak ada klu langsung sebab aku belum tahu lagi apa kesukaan dia. Memandangkan Naimah dah mengaku mereka best friend apa salahnya kalau aku cungkil sikit maklumat dari dia.

            ‘’Biarlah hadiah tu murah asalkan Ikhlas dari hati kau. Aku yakin abang Ku Shai takkan reject apa saja hadiah yang kau bagi kat dia!’’ dengan yakinnya Naimah bersuara. Aku menggangguk dan menutup pintu kereta. Laju langkahku menuju ke arah bangunan tempat aku mencari rezeki. Semuanya rezeki yang aku dapat dari pemberian Allah. Alhamdulillah Ya Allah! atas setiap pemberianMU termasuk suami dan keluarga mertua juga kawan-kawan baik yang Kau anugerahkan untukku. Aamiin.

..............................................

                   Bila tiba waktu rehat aku tak pergi makan macam biasa. Tugas mencuci ni adakalanya tak teruk sangat. Siap saja tugas mencuci kami boleh berehat dan pergi ke mana saja sesuka hati kami. Hari ini tugas membuang sampah diserahkan pada pekerja baru yang mengantikan pekerja lama. Kerja aku memang tak berat sangat hari ini.  

             Aku menyalin pakaian dan bergegas keluar dari bangunan pejabat. Niat dalam hati untuk menuju ke mall dan mencari hadiah untuk Kucai. Dalam otak aku masih belum ada benda yang muncul untuk dibeli. Aku memang belum ada idea hadiah apa yang harus aku beli. Aku bercadang untuk meronda mall dulu dan memilih yang terbaik. Naimah cakap biar murah asalkan ikhlas. Hmm,.

          Aku masuk dari satu kedai ke satu kedai untuk mencari hadiah termasuk kedai cenderahati namun tiada hadiah yang aku rasakan menepati citarasaku. Aku keluar dari mall dan meronda pula kaki lima kedai-kedai dan memerhatikan persekitaranku. Saat itu aku terpandang sebuah gerai kecil di tepi jalan yang menjual cenderahati yang dibuat dari kayu, tempurung dan bahan-bahan terpakai seperti tin minuman dan botol plastik. Ada juga cenderahati dari siput yang dibentuk cantik. Aku menghampiri gerai tersebut.

            Aku berkenan dengan sebuah cenderahati dari kayu yang berbentuk love dan masih kosong di atas permukaannya. Aku mengambil dan membelek lama kayu berbentuk love tersebut. Kayu itu sudah dikilatkan. Terbit satu keinginan dalam hati untuk mengasah bakat melukisku, aku spontan tersenyum simpul.

             ‘’Adik! Kalau akak nak beli yang ini, boleh akak lukis sendiri tak?’’ Aku bertanya pemilik kedai yang aku yakin umur dia lebih muda dari aku. Ah! Lantaklah kalau dia tua dari aku pun. Apa ada pada umur?

            ‘’Boleh! Akak duduk di sini, nanti saya bagi bahan-bahan untuk akak lukis.’’ Pemilik kedai menyuruh aku duduk di kerusi yang disediakan di tepi gerainya. Ada juga meja disediakan. Aku membawa kayu berbentuk love itu dan mula duduk. Otak aku bekerja mencari ayat-ayat yang sesuai untuk aku lukis dan aku ukirkan di atasnya. ‘’Biar murah asalkan ikhlas.’’ Ayat-ayat Naimah tadi kembali bergema dalam ingatanku. Akhirnya aku mendapat ilham untuk menulis ayat-ayatku dan lukisan apa yang harus aku lukis.

            TAUGEH LOVE KUCAI FOREVER

            Aku ukirkan kata-kataku secantik mungkin, kemudian aku lukis gambar kucai dan taugeh di atasnya. Aku tersenyum sendiri menyaksikan hasil seniku. Di bawahnya pula aku tulis kata-kata luahan hatiku yang seikhlasnya.

Biarkan cintaku terus bersemadi di hatimu
Kerana aku tak sanggup kehilanganmu
Kau cinta pertama dan terakhirku
Selamat Hari Lahir Sayang
Kau satu dalam sejuta!


              Aku serahkan hasil seniku pada pemilik gerai dengan wajah yang selamba. Control ayu sebenarnya sebab aku malu melihat dia membaca luahan hatiku itu dengan senyum simpulnya. Dia menyuruh aku duduk dan menunggu lorekan yang aku hasilkan itu kering sepenuhnya. Aku sabar menunggu kerana aku berhajat selepas ini, aku nak menyerahkan terus pada Kucai di biliknya. Biarlah hadiah aku tak mahal tapi kata-kata itu memang suara hatiku. Aku berbisik di dalam hati memujuk hatiku sendiri.

...........................................

                 Aku melangkah laju menuju ke bilik Kucai. Tak sabar rasanya untuk melihat reaksi dia menerima hadiah dariku. Masuk saja ke bangunan pejabat aku terkejut melihat ramai pekerja yang membawa hadiah yang berbalut kemas dan cantik. Sudah pastinya bungkusan hadiah mereka lebih besar dari hadiah yang aku sediakan. Aku mula rasa rendah diri dan berfikir sekali lagi. Nak bagi ke tak? Hati aku berteka teki di dalam. Aku memang macam ni, ada ketikanya  aku selalu sangat berfikiran negatif. Aku seringkali hilang keyakinan diri bila berhadapan dengan perkara seperti ini.

              ‘’Kau beli hadiah apa untuk bos tahun ni?’’ ketika aku menunggu lift untuk naik ke tingkat atas, aku terdengar seorang pekerja bertanya pada pekerja yang lain. Aku bertanya dengan diri sendiri. Baik sangat ke bos mereka a.k.a suami aku tu sampaikan pekerja pun berlumba-lumba untuk beri hadiah pada dia?

              ‘’Boskan selalu bagi hadiah yang mahal-mahal untuk kita, takkan kita nak beli hadiah tepi jalan pula untuk dia. Tentulah aku beli hadiah yang paling berkualiti.’’ Yang ditanya terus menjawab tapi aku yang mendengar ni pula yang tersentap. Akulah tu yang beli hadiah di tepi jalan untuk bos korang tu. Huhu,.

               ‘’Betul tu,.walau pun bos tak pernah minta kita balas balik supaya kita bagi hadiah pada dia, tapi aku rasa macam tak puas hatilah kalau nak tunggu saja birthday bos berlalu macam tu saja.’’ Telinga aku terus menangkap perbualan pekerja-pekerja bawahan Kucai. Aku menarik nafas dan melepaskannya. Sesak betul dada aku ni. Banyak pula yang aku fikir ketika ni. Macam tepu saja otak aku ni dengan perbagai soalan.

              ‘’Aku dengar bos kita tu dah kahwin. Betul ke? Sampai hatikan bos tu tak jemput kita pun?’’ aku memasang telinga selebarnya untuk mendengar perbualan mereka. Semakin lama perbualan mereka tentang Kucai semakin menarik minat aku.

            ‘’Aku pun dengar khabar macam tu juga. Ada orang kata isteri bos tu masih belajar lagi, sebab tu bos menikah diam-diam. Selepas isterinya habis belajar barulah bos nak buat kenduri besar-besaran dan jemput kita semua.’’ Aku memandang pekerja yang bersuara itu sekilas lalu. Dia turut memandang ke arahku tapi cuma sekejap saja dia kembali menyambung kata.

            ‘’Ada orang kata isteri bos tu orang kampung. Anak yatim piatu. Bos dah kenal budak tu sejak kecil lagi. Aku pun tak faham dengan taste bos. Kenapalah kita yang anggun ni tak terpilih.’’ Aku dengar mereka melepaskan tawa selepas itu. Bersabarlah duhai hati! Aku pujuk hatiku sendiri.

             ‘’Jom,.aku dah tak sabar nak dengar bos ucap terima kasih kat aku sebab bagi dia hadiah. Jomlah naik!’’ bila lift sampai mereka terus masuk. Aku berpusing ke belakang dan keluar dari bangunan pejabat. Hati aku walang tiba-tiba dan aku terpaksa batalkan hasratku untuk segera naik dan bagi hadiah tepi jalan aku ni untuk Kucai. Maaf ya sayang! Nanti Ira fikirkan kembali hadiah apa yang perlu Ira beli. Aku bermonolog dalaman. Langkahku longlai menuju ke jalan raya. Aku nak pergi ke tepi tasik tempat aku selalu lepak untuk mencari ketenangan hati aku yang sedang  sesak sekarang ni.

..........................................

                 Aku ambil teksi dan menuju ke destinasi pilihanku. Aku melangkah perlahan menuju ke tempat kegemaranku setiap kali aku datang ke sini. Taman rekreasi yang terdampar sebuah tasik luas dengan pokok bunga yang perbagai warna menarik minatku. Kalau di kampung aku selalu melepak di tepi laut seorang diri bila hati aku resah. Aku akan termenung sambil merenung laut yang luas.

              Aku suka pandang langit dan laut bila hatiku bercelaru. Aku seolah sedang berinteraksi dengan Allah secara bersemuka setiap kali aku pandang laut dan mataku menghayati keindahan ciptaanNYA. Aku sering berbisik di dalam hati dan memohon petunjuk dari Allah. Dia Maha Mendengar dan hanya Dia yang tahu isi hatiku ini.

            Ya Allah! Hari ini aku datang lagi untuk menghayati ciptaanMu. Aku tahu Ya Allah,.walau di mana saja aku berada Kau tetap mendengar suara hatiku. Tapi,.alam ciptaanMU ini lebih mendamaikan hati dan menenangkan jiwaku. Bantulah aku Ya Allah meleraikan kekusutan fikiranku ini dan bantulah aku berfikiran positif.

              ‘’Aku yakin abang Ku Shai takkan reject apa saja hadiah yang kau bagi kat dia!’’ kata-kata Naimah pagi tadi tiba-tiba bergema lagi dalam ingatanku. Ya! Aku pun yakin dia takkan reject hadiah aku ni. Tapi,.kenapa hati aku ni jadi begini? Macam tak sedap hati saja.

             ‘’Di sini rupanya isteri abang ni. Tadi Naimah call abang dia cakap isteri abang nak bagi hadiah selepas waktu rehat. Penat tau abang tunggu dalam pejabat sampai tak keluar makan, tapi tunggu punya tunggu, orang yang ditunggu tak muncul-muncul.’’ Aku menoleh pantas ke sebelah. Mata aku terbelalak seketika. Pandai betul dia cari aku di sini? Kemudian aku teringat lagi cerita Naimah pagi tadi. Dia intip aku lagi ke?

            ‘’Abang pasang spy intip Ira ke?’’ aku tanya dia.

              ‘’Ulang sekali lagi! Tak berapa nak clear!’’ dia tersenyum sambil menyuruh aku mengulang kata-kataku.

            ‘’Abang pasang spy suruh intip Ira ke?’’ aku kuatkan suaraku. Tak clear sangat. Kalau tak dengar jugak aku nak kena bawa speaker la selepas ni.

           ‘’Yess! Akhirnya.’’ Dia tarik kepalaku ke arahnya dan kucup dahiku. Cium pipi kiri dan kananku. Aku yang tergamam dengan tindakannya.

           ‘’Apa abang ni? Malu tau orang tengok!’’ aku suarakan kebimbanganku. Dia tak peduli pun dengan apa yang aku cakap. Dia rebahkan tubuhnya dan tidur atas ribaku. Semakin mengelabah aku dibuatnya. Cepat-cepat aku pandang sekeliling. Manalah tahu ada mata yang memandang.

             Kemudian Kucai bangun mendadak dan merampas beg galasku pula. Dibuka dan diselongkarnya beg aku dan mengeluarkan hadiah yang telah berbalut kemas. Dia buka dengan cermat bungkusan hadiah. Aku hanya memerhatikan telatahnya itu dan juga menunggu respon darinya.

           ‘’Wow!’’ selesai berkata begitu dia menarik kepala aku dan mengucup dahiku sekali lagi. Terbelalak mata aku. Sekali lagi aku perhatikan sekeliling. Tak senonoh betullah! Aku memberontak di dalam hati.

            ‘’Terima kasih sayang! Hadiah ni paling mahal di antara hadiah lain yang abang terima hari ni. Yang paling mahal adalah kata-kata yang sayang tulis atas ni. Ada bakat juga isteri abang ni melukiskan? Tak kisahlah di mana sayang beli, yang penting ini adalah hasil tangan sayang sendiri. I love you too,.forever!’’ aku tergamam lagi mendengar kata-katanya. Dia intip aku lagi ke?

            ‘’Abang tahu? Abang intip Ira lagi ke?’’ aku suarakan apa yang ingin aku tahu. Dia mengangguk laju. Mataku terbelalak lagi. Dia sudah tergelak melihat gelagatku.

          ‘’Abang sengaja ikut Ira tadi. Ingat nak ajak Ira pergi makan tapi teringat pula Naimah bagitau abang tadi Ira nak pergi beli hadiah untuk abang. Masa Ira sedang mengasah bakat tu, abang balik pejabat dan tunggu Ira dalam bilik tapi puas tunggu Ira tak masuk-masuk. Abang tanya Suzy dia kata dia nampak Ira naik teksi. Abang sengaja datang sini sebab abang tahu isteri abang selalu lepak di sini bila hati tengah sedih. Apa yang sayang sedihkan? Ceritalah kat abang!’’ aku menarik nafas dan melepaskannya. Rasanya tak perlulah aku cerita tentang apa yang telah aku dengar tadi. Hal kecil saja pun. Lagi pun aku yang tetiba jadi emosional tak bertempat.

           ‘’Tak ada apalah! Ira laparlah. Jom makan,.bos belanja.’’ Aku sengaja nak menukar topik. Rupa Kucai tak semena-mena berubah masam.

               ‘’Tadi dah okey dah panggil abang. Ni kenapa harus ada BOS tu lagi?’’ dia tekankan perkataan bos tu. Aku spontan menekup mulutku. Baru aku perasan,.serius tadi aku tak perasan aku panggil dia abang. Dengan gelagat dia dan nekadku untuk berubah,aku pun turut terbuai dan panggilan abang tu meluncur laju dari bibirku.

          ‘’Ya ke? Ira tak perasan pun,.’’ Aku termalu sendiri. Dia mengeleng kepala berkali-kali.

            ‘’Abang tak kira. Mulai hari ni takkan ada lagi kerja separuh masa untuk isteri abang ni. Abang nak Ira tumpukan perhatian untuk belajar dan jadi suri rumah sepenuh masa pula. Lepas tu takkan ada lagi bos dah yang akan keluar dari mulut comel isteri abang ni. Kalau nak panggil abang sayang tak apa,.’’ Kucai tersenyum lebar sambil mengapai tanganku. Dia suruh aku berdiri dan mengusap perutnya.

             ‘’Jom makan! Abang lapar!’’

              ‘’Baik BOS!’’

               ‘’SHAHIRA YUSRIANI!!’’

               ‘’Baik abang sayang!’’

               ‘’Hmm,.macam tu la isteri abang!’’

................................................

              ‘’Abang! Ira nak tanya sikit, boleh tak?’’ malam ni kami luangkan masa bersama. Aku ingin menunaikan permintaan hatiku sendiri untuk menjadi isteri yang baik pada Kucai. Aku ingin buktikan rasa cintaku padanya.

             ‘’Banyak pun boleh!’’ seperti yang aku duga, dia memberikan kebenaran dengan mudah. Inilah masanya aku nak cungkil segala rahsia.

            ‘’Sejak bila abang mula sukakan Ira?’’ aku pandang tepat ke wajahnya. Dia pula masih membelek majalah di tangannya. Soalan aku tak segera dijawab. Diselak helaian demi helaian majalah di depannya. Aku mengebam bibir dan merampas majalah yang telah menganggu tumpuannya untuk menjawab soalanku.

          ‘’Ira?’’ mendengar dia memanggil namaku keras seakan ingin memarahiku, aku pun membeliakkan mata ke arahnya. Bibirnya tersunging dengan senyuman.

           ‘’Okey! Okey,.abang jawab!’’ dia berkata sambil merebahkan tubuhnya di atas sofa dan kepalanya direbahkan di atas pahaku. Aku mengebam bibir lagi tapi seketika cuba aku kembali tenang. Tak pa! Akukan pernah impikan situasi begini? Aku relakan pahaku menjadi bantalnya malam ini.

            ‘’Sejak Ira dilahirkan. Ira tau tak abang lelaki pertama yang kiss Ira tau,.’’ Aku terlopong. Agak-agak ar nak tipu pun. Aku bermonolog di dalam hati.

           ‘’Kita berjiran dulu. Bila Ira dilahirkan, mama bawa abang dengan kak Yani pergi melawat mak Ira. Masa Ira dibawa masuk ke dalam wad, mama angkat Ira dan tunjukkan pada abang. Masa tu abang baru berumur lima tahun. Mama cerita, bila mama letakkan Ira di atas katil sebelah mak Ira, abang kiss Ira di pipi dan dahi. Lepas tu abang cakap ‘’Bila besar esok, angah nak kahwin dengan baby comel ni. Boleh tak mama?’’ aku pandang wajah Kucai. Sama ada perlu percaya atau tak pada ceritanya. Kening aku dijungkitkan sikit. Serius aku keliru.

            ‘’Masa Ira umur tiga tahun keluarga Ira berpindah dan balik tinggal di kampung. Mama dan papa pula masa tu terlalu sibuk memajukan syarikat kami yang baru nak bermula. Lama juga keluarga kita terputus hubungan hingga mak su dan kak Yani bertemu semula bila mereka belajar dalam kolej yang sama.’’ Aku terus mendengar cerita Kucai tanpa niat untuk mencelah.

              ‘’Masa mama tinggalkan kami tiga beradik di rumah Ira, abang dah masuk tingkatan dua. Abang memang sengaja cari pasal dengan Ira tapi bila Ira kejar abang dengan ranting rambutan, sebenarnya abang bukan takut kena sebat pun. Abang sengaja nak Ira kejar.’’ Dia berhenti bercerita dan ketawa. Aku pula cuba mengerah minda untuk mengingat namun minda aku langsung tak dapat mengimbas semua itu. Cuma yang dapat ku ingat hanyalah bayangan yang samar. Macam filem rosak saja!

         ‘’Ya ke? Mentang-mentanglah Ira tak ingat sangat peristiwa tu. Pandai ja abang nak kelentongkan? Kalau tak takut kenapa abang lari?’’ aku mencelah akhirnya. Semakin rancak Kucai ketawa. Aku mula mushkil dengan cerita dia.

           ‘’Okey!,.takut sikit ja,..’’ Kucai tersenyum lebar sambil bangun dan duduk di sebelahku. Dia memaut bahuku pula. Aku biarkan saja dan menunggu dia menyambung ceritanya.

            ‘’Lepas mama dan papa balik dari luar negeri mereka bawa kami berpindah ke Johor dan jarak antara kita semakin jauh. Kita dah tak berjumpa lagi selepas tu tapi abang selalu teringatkan Ira dan setiap pergaduhan kita. Papa pula nak abang masuk sekolah berasrama penuh. Kita terputus hubungan terus hinggakan arwah mak dan ayah Ira meninggal pun kami tak tahu.

          Kemudian kak Yani bertemu kembali dengan mak su dalam facebook. Mereka buat pertemuan dengan rakan-rakan kolej dan juga rakan-rakan sekolah rendah. Masa kak Yani cerita pasal mak su, barulah abang tahu tentang arwah mak dan ayah. Bila abang tanya pasal Ira, mak su cakap Ira alami masalah gangguan perasaan selepas kejadian mak dan ayah kemalangan dan kehilangan memori silam.

          Bila abang ingat Ira, abang akan ingat balik kejadian abang dikejar Ira dengan ranting rambutan. Abang datang ke rumah Ira dengan mama dan kak Yani tapi ketika tu Ira tak ada di rumah, Ira masih di sekolah. Abang mula mengintip Ira diam-diam bila Ira mula belajar di kolej. Masa tulah abang rasa perasaan sayang abang pada Ira semakin bercambah. Abang tak puas bila tengok Ira dari jarak jauh. Sebab tu abang buat rancangan nak kenakan Ira. Bukan niat abang nak buat Ira menderita macam tu. Mungkin abang pentingkan diri sendiri tapi mungkin masa tu abang tak dapat nak berfikir dengan matang.

            Abang tak tahu apa yang telah merasuk abang. Apa yang ada dalam fikiran abang adalah Ira dan abang cuma nak Ira sentiasa ada di depan mata abang. Teruk sangat ke abang ni?’’ Kucai berhenti bercerita lagi sambil mengajukan soalan padaku. Aku hanya angkat bahu sebagai tanda, aku sendiri pun tiada jawapannya.

             ‘’Masa kita nikah tu betul ke abang yang rancang semua tu? Jadi,.maknanya kita bukan nikah sebab kena tangkap basahlah?’’ terlintas dalam kepala pasal kejadian hari itu aku lantas bertanya. Kucai mengeleng laju. Dia menarik kepalaku dan mengucup dahiku lama.

             ‘’Maaf sayang! Sebenarnya bukan kita berdua saja yang ada dalam rumah hari tu. Mak su, pak su, mama, papa, Suzy dan Naimah pun ada. Mereka bersembunyi dalam bilik tamu. Kita bukan berdua hari tu. Ramai yang sedang menunggu jurunikah datang. Semuanya sudah disediakan dari awal lagi. Cuba Ira ingat semula kejadian hari tu!’’ aku mengeleng pantas mendengar permintaannya. Otak aku blurr kerana itulah antara trauma terbesar dalam hidupku.

               ‘’Tak boleh! Otak Ira tak boleh nak fokus sebab hari kita nikah tu merupakan sejarah hitam dalam hidup Ira. Maaf abang,.bukan Ira sengaja. Abang tahukan Ira ada masalah yang Ira sendiri pun tak tau macam mana nak luahkan. Kenapa abang tak luahkan saja perasaan abang secara normal? Kenapa nak buat perkara macam ni? Abang takut Ira tak mahu terima cinta abang ke?’’ aku mengajukan soalan untuk Kucai pula. Rasanya dia bukanlah seseorang yang aku akan reject dalam sekelip mata. Dia ada pakej lengkap sebagai seorang lelaki.

             ‘’Abang dah cakap pada mak su tapi mak su kata Ira dah nekad nak belajar dulu baru nak fikir pasal cinta dan kahwin. Bila abang dengar mak su cakap macam tu, abang hitung umur abang. Ira sendiri tahukan hari ni dah genap umur abang 28 tahun, kalau nak tunggu Ira habis belajar,.hmm,.jadi bujang terlajaklah abang. Nak tackle Ira pun mungkin bukan semudah yang abang sangka. Abang paling takut dalam Ira belajar tu Ira akan tersangkut dengan orang lain,..’’ Kucai berhenti bercerita dan memandang tepat ke wajahku. Aku jungkitkan keningku. Tak memahami maksud yang cuba disampaikan dengan pandangannya itu.

           ‘’Ira pernah ada orang lain tak sebelum abang?’’ aku tersenyum mendengar pertanyaannya itu. Jujurnya aku pun tak pasti. Kalau setakat minat tu mungkin pernah ada tapi mungkin tak sampai ke tahap jatuh cinta.

           ‘’Ira pernah minat dengan rakan sekelas masa Ira form five,.tapi minat macam tu saja. Kemudian lepas Ira masuk kolej pun Ira pernah minat dengan seorang pelajar senior tapi dia dah ada awek. Ira pun tak tau nak cakap macam mana. Mungkin sekadar minat dan minat tak bermakna cintakan?’’ aku tanya Kucai kembali, ingin mendengar pendapatnya.

            ‘’Orang yang Ira minat tu kalau dibandingkan dengan abang siapa lagi handsome?’’ aku buntangkan mataku mendengar soalan Kucai yang ini, kemudian bibir aku spontan mekar dengan senyuman. Tak semena-mena idea nakal muncul di mindaku.

           ‘’Of course la mereka berdua lagi handsome. Yang first tu sebaya dengan Ira. Yang nombor dua tu, tua setahun ja dari Ira. Abang dah tua!’’ aku berkata sambil mengulum senyum. Wajah Kucai bertukar riak. Tangan yang memaut bahu aku sejak tadi sudah dialih ke atas pahanya sendiri. Kemudian Kucai mencapai remote control dan on tv.

          ‘’Abang! Naimah tu sebenarnya dia pakai tudung tak? Ira pelik sikitlah, kalau sebelum ni dia pakai tudung, macam mana pulak dia boleh bawa watak tomboy yang tak bertudung tu?’’ aku tak pedulikan Kucai yang sudah berubah wajah. Aku luahkan lagi keinginanku untuk terus mengcungkil apa yang ingin aku tahu.

                Kucai buat-buat tak dengar saja. Dia tumpukan perhatiannya pada skrin tv. Senyumanku semakin lebar melihat telatahnya sekarang. Aku gapai tangannya dan mengelus lembut. Dia terus buat tak peduli dan merentap tangannya kembali. Aku tak putus asa. Aku dekati wajahku dengan wajahnya dan hadiahkan ciuman di pipinya. Dia pandang sekilas lalu ke arahku kemudian kembali fokus ke arah skrin tv.

           ‘’Hodohlah abang Kucai ni buat perangai macam ni. Adik Taugeh bergurau ja tadi. Mana ada handsome pun. Antara mereka berdua tu kalau nak dibandingkan dengan abang memang tak bolehlah sebab yang paling penting abang dapat curi hati dan cinta Ira. Siapa lagi untung? Mereka atau abang? Ira cuma minat gitu-gitu ja dengan mereka sedangkan abang dah miliki jiwa dan raga Ira tau!’’ aku cuba memujuk Kucai dengan ayat-ayat sweet lagi romantik aku tu. Kucai tayang wajah kering lagi. Aku perhatikan gerak bibirnya memang ada tanda macam orang nak tersenyum tapi tetap tak senyum pun. Aku tahu keegoan seorang lelaki. Nak aku terus pujuk dia la tu?! Aku mengomel di dalam hati.

           ‘’Abang tengoklah tv tu sorang-sorang. Ira nak call Naimah. Cakap dengan Naimah lagi best dari cakap dengan abang. Nak gurau sikit pun tak boleh! Sensitif sangat,..’’ aku bangun dan ingin berlalu pergi. Dengan pantasnya Kucai mengapai tanganku dan menyuruh aku duduk kembali. Aku merentap tanganku kembali, kononnya aku nak merajuk pula dengan dia.

          ‘’Naimah tak berlakon jadi tomboy. Naimah memang macam tu sejak remaja lagi. Dia cakap dia jadi macam tu sebab frust cinta dia ditolak. Selepas kami bergaduh di depan Ira hari tu dia baru terfikir nak pakai tudung dan berubah. Semuanya kerana Ira. Abang tak ada niat nak sindir dia pun. Abang cakap yang betul saja tapi,.’’ Kucai berhenti lagi. Dia pandang aku dan berjeda lama seolah sedang memikirkan sesuatu.

          ‘’Abang kenal tak lelaki yang tolak cinta Naimah tu?’’ sebelum Kucai menyambung ceritanya, aku menyoal dia terlebih dahulu. Kucai mengeleng perlahan. Dari mimik wajahnya aku tahu dia sedang memikirkan sesuatu.

             ‘’Nama lelaki tu Ku Shairi Arif  Bin Ku Asraf Ahmad,.merangkap abang sepupu Naimah sendiri tapi lelaki tu dah sukakan orang lain,.kesian Naimahkan? Nasib baik dia dah jumpa orang lain. Kalau nak tunggu lelaki yang dia cinta tu confess kat dia,.tak tau la apa yang akan terjadi. Agaknya Naimah terpaksa membujang sampai ke tualah?’’ tanpa menunggu jawapan dari Kucai lancar aku berkata-kata dan aku memandang wajah Kucai lagi untuk melihat reaksinya. Ternyata mulutnya terlopong. Aku tak pasti apa maknanya. Sama ada tak percaya kenyataan yang aku cakap tu atau sebaliknya.

           ‘’Mana Ira tau?’’ Laju jugak dia bertanya padaku.

             ‘’Naimah sendiri mengaku pagi tadi,.tapi dia dah bagi jaminan kat Ira. Cinta dia pada abang, dia dah buang jauh-jauh dan dalam hati dia sekarang ni hanya ada nama suami dia saja. Abang jangan bimbanglah, sebab Naimah kata dia dah boleh terima kenyataan abang dengan dia tak berjodoh.’’ Sekali lagi aku renung wajah Kucai untuk melihat reaksinya. Dia mengangguk perlahan, seketika kemudian kepalanya digelengkan pula.

          ‘’Kenapalah Naimah tak mengaku dengan abang, dia sukakan abang. Kalau tak, tentu abang boleh bagi madu kat Ira. Tentu Ira ada kawankan bila abang pergi kerja.’’ Kucai berkata dengan selamba. Wajahnya memang selamba habis, tiada senyum atau pun sebaliknya. Masa dia cakap macam tu macam orang tak ada perasaan saja. Agaknya dia sengaja nak uji aku lagi letew?!

           ‘’Ira pun terfikir juga, agaknya kalau Naimah mengaku dia cintakan abang tentu abang takkan kejar Ira dan aniaya Irakan? Kalau ikutkan Ira ni,.nak aja Ira cakap macam tu kat Naimah pagi tadi. Kenapalah dia tak confess kat abang perasaan dia tu,.hurm,’’ aku pura-pura mengeluh. Macam berat sangat beban yang sedang aku tanggung.

          ‘’Oh! Jadi Ira menyesallah ni sebab abang kenakan Ira sampai Ira kena jadi isteri abang? Macam tu??’’ pulak dah? Aku jugak yang kena ke? Time dia testing hati aku ni, boleh saja tapi bila aku cuba nak test dia,.sentaplah pulok?

         ‘’Lecehlah abang ni. Masa abang sakitkan hati Ira, abang nak Ira terima semua tu tapi bila time Ira nak test abang,.mulalah abang nak buat ayat-ayat sentap abang tu. Abang buat macam abang sorang saja yang ada perasaan. Ira ni tak ada perasaan? Letihlah macam ni,.’’ Aku berkata serentak dengan kehadiran air mata yang tiba-tiba hadir tanpa diundang. Aku terus bangun dan melangkah pergi. Air mataku terus berjurai laju jatuh di pipiku.

         ‘’Ira! Nak ke mana tu? Sorry okey!’’ aku tak berpaling ke belakang lagi.

           ‘’Ira nak masuk bilik. Nak tidur,.’’ Dan aku berkata kuat sambil melangkah dengan laju.

.....................................

                  Masuk ke dalam bilik aku capai telefon dan telefon Naimah. Memang leceh sikit bercerita dengan Kucai. Aku asyik makan hati ja. Letih sangat, lebih baik aku tanya sendiri dengan Naimah. Kali pertama aku dail panggilan aku tak berjawab. Aku dail sekali lagi. Nasib baik dia jawab akhirnya dan selepas berbalas salam, aku terus bertanya apa yang aku nak tahu.

              ‘’Sorry Naimah,.aku kacau kau malam-malam ni. Aku ada perkara nak tanya kau ni.’’ Aku berkata dengan suara yang penuh teruja. Memang tak sabar sangat nak tahu tentang apa yang aku nak tahu.

              ‘’Penting ke?’’ Naimah bertanya kembali.

              ‘’Tak penting,.cuma selagi aku tak tanya kau, aku takut aku tak boleh tidur nyenyak ja malam ni,.’’ Aku cuba berseloroh dengan Naimah.

           ‘’Tadi Kucai kata kau memang tak berlakon jadi tomboy tapi kau memang macam tu dah sebelum kita kenal. Betul ke? Kau cakap jujur ya sebab aku macam tak boleh percaya ja dengan apa yang Kucai cakap tu,..’’ aku suarakan keraguaanku. Sedetik kemudian aku terfikir kembali kalau soalan tu terlalu sensitif untuk Naimah. Nak menyesal pun dah tak guna!

             ‘’Sorry Naimah,.kalau soalan aku ni buat kau terasa. Kau tahu sendirilah aku masih blurr lagi dengan apa yang telah berlaku. Kucai tu bukan nak cakap terus terang pun. Banyak lagi perkara yang aku masih tak faham.’’ Aku berterus terang kerana tak mahu Naimah tersentap dengan soalan aku.

          ‘’Aku bukan tomboy okey! Gaya aku ja macam tomboy dan aku masih ada perasaan pada kaum lelaki bukan pada kaum perempuan.’’ Suara tegas Naimah kedengaran di hujung talian. Aku tersenyum mendengar ayat-ayatnya. Alamak! Tersalah tanya soalan la.

          ‘’Opss,.sorry! Sorry!,.err,.macam mana kau boleh berubah dengan sekelip mata? Tak nak share ke?’’ aku copy ayat yang Naimah selalu katakan padaku.

              ‘’Semuanya sebab kau!’’ aku tergaman mendengar kata-katanya. Aku berjeda lama dan menunggu ayat-ayat yang bakal dia luahkan seterusnya.

          ‘’Skrip yang kami cakap bukan ditulis walau kami semua sedang berlakon untuk menjayakan rancangan abang Ku Shai. Semuanya ayat-ayat spontan dan abang Ku Shai tak pernah tegur aku macam tu. Dia selalu bertanya dengan aku bila aku nak berubah. Tapi dia tak pernah buat ayat yang dia buat depan kau hari tu. Mungkin dia pun tak terfikir nak buat ayat tu dan semuanya keluar secara spontan saja.

         Bila difikir balik, ada benar juga kata-kata dia tu. Memang selepas kejadian tu aku merajuk lama dengan dia dan tak bercakap dengan dia. Masa aku larang kau rapat dengan abang Ku Shai tu sebenarnya aku memang sengaja nak kau jauhkan diri dari dia. Dia tak pernah suruh aku buat macam tu. Aku cemburu pada kau. Tersangat cemburu!’’ aku menarik nafas kasar dan melepaskannya. Dada aku sesak tiba-tiba. Antara rasa bersalah dan terseksa kerana mengetahui kawan baik aku juga mempunyai perasaan pada suami sendiri. Jujur,.aku rasa tak sedap hati.

          ‘’Kau marah ke? Janganlah marah. Kau cakap nak aku jujurkan? Aku sedang jujur sekarang ni dan aku tak mahu simpan walau sedikit pun dari pengetahuan kau.’’ Aku menarik nafas lagi. Kenyataan memang pahitkan? Bertabahlah duhai hati. Aku pujuk diri sendiri.

            ‘’Teruskan! Aku tak marah pun,.tapi aku akan marah kalau ada sepatah perkataan pun kau sembunyikan dari aku. Ceritakan semuanya apa yang kau tahu.’’ Aku luahkan suara hati aku. Apa hak aku nak marah dia, sedangkan dalam hal ini aku rasa, akulah pesalah yang telah merampas Kucai dari Naimah.

          ‘’Kita whatssap. Aku ada benda nak post kat kau!’’ aku pun putuskan talian sehabis Naimah berkata-kata. Beberapa minit selepas itu aku menerima video dari Naimah. Aku menonton adegan aku dan Naimah yang sedang menangis sambil berpelukan dengan wajah yang keliru. Kenapa  adegan Naimah membuat pengakuan hari tu ada video pula?

Naimah : Jangan marah aku. Abang Ku Shai yang suruh rakam sebab nak dengar sendiri jawapan kau.

Shahira : Okey! Thanks,.aku ada perkara nak selesaikan dengan abang Kucai aku. Nanti kita berbual lagi!

            Selepas aku hantar mesej pada Naimah, aku keluar semula dari bilik. Kucai masih setia di depan tv. Entah gambar apa yang dia tonton. Ingatkan dia nak masuk bilik dan pujuk aku tadi tapi hampeh betul. Batang hidung pun tak nampak!

           ‘’Abang! Apa ni?’’ aku tayang video yang Naimah hantar tu pada Kucai. Dia ambil telefon aku dan membeleknya. Seketika kemudian bibirnya sudah tersenyum. Aku mengebam bibir.

          ‘’Boleh jadi pelakon air mata ni. Dalam video ni abang suka dengan babak akhir masa heroin buat pengakuan tu. Heroin tu cakap,. Kita sama-sama bertaubat Nick. Aku pun banyak dosa Nick. Aku abaikan suami aku sepanjang aku menjadi isteri dia. Aku nafikan hak dia sebagai suami aku dan aku tak pernah menjadi isteri yang baik untuk dia. Aku pun berdosa Nick. Masa abang dengar pengakuan heroin tu abang ingat dia nak insaf dah tapi hurmm,..macam tu jugak. Tak teringin nak berubah ke?’’ Kucai bertanya sambil jungkitkan keningnya berkali-kali. Aku menarik nafas dan melepaskan nafasku dengan berat.

           ‘’Ira dah tinggal serumah. Dah panggil abang,.takkan tak cukup lagi?’’ aku bersuara perlahan. Aku tahu dia nak tuntut hak dia sebagai seorang suami. Aku faham sangat dengan pertanyaan dia tu. Saja aku buat-buat tak faham. Nak dengar apa pula pertanyaan dia seterusnya.

          ‘’Okey,.abang akan tunggu. Tapi jangan ambil masa lama sangat. Umur abang semakin tua,  nanti tak sempat tengok cucu pulak.’’ Dia berkata selamba dan menoleh sekilas ke arahku kemudian dia tumpukan lagi perhatiannya pada tv. Aku tak puas hati. Aku rampas remote control dan off tv. Dia terus bersila atas sofa dan tarik tangan aku supaya duduk di sebelah dia.

            ‘’Apa lagi ni?’’ Kucai tanya aku dengan wajah serius. Aku menghembuskan nafasku lagi. Memang berat betul aku menanggung beban perasaan malam ni. Serius aku dilanda taufan perasaan serba salah dan sebagainya.

            ‘’Kalau Ira tak boleh mengandung, macam mana?’’ entah kenapa boleh pulak keluar soalan cepugangsa tu. Kucai sudah membuntangkan matanya.

           ‘’Belum cuba lagi pun. Mana Ira tau tak boleh mengandung? Inilah masalahnya dengan mulut manusia ni. Tak pernah dengar ke? Setiap kata-kata yang keluar dari mulut kita tu adalah doa. Abang kadang-kadang hairan betul. Ada orang yang belum kahwin bila ditanya bila nak kahwin selalu cakap. Tak ada rezeki! Orang yang tak ada anak pun selalu cakap belum ada rezeki.

          Abang bantah keras bila orang mudah sangat nak berputus asa. Cuba ubah ayat tu sikit. Bila orang tanya cakaplah, In Sha Allah, nanti ada rezeki. Semuanya kehendak Allah! Ini tak,..’’ panjang berjela Kucai beri syarahannya pada aku. Aku mengebam bibir menahan lucu bercampur geram. Tak pasal-pasal aku yang kena dengar syarahan free dari dia.

          ‘’Yalah! Abang menang. Ira nak masuk tidur. Esok ada kuliah pagi.’’ Aku meminta diri untuk masuk ke bilik. Kalau aku teruskan bertekak dan bersoal jawab dengan Kucai, tak pasal-pasal nanti lain pulak jadinya.

           ‘’Sebelum tidur, tak reti-reti nak bersalam dengan abang dulu?’’ Duss,..berdesing telinga aku. Aku tak sempat nak bangun pun lagi dah kena sedas. Aku capai tangannya dan bawa ke bibir. Aku tak berani nak panggung pun kepala kerana wajah aku sudah berbahang.

          ‘’Abang tak nak tidur lagi ke?’’ aku ringankan bibir bertanya tanpa memandang wajahnya.

            ‘’Bukan boleh tidur dengan isteri pun. Buat apa tidur awal-awal. Lainlah,..’’ Kucai tak menghabiskan kata-katanya. Aku sudah faham walau dia tak menghabiskan ayatnya. Semakin panas wajahku.

            ‘’Ira masuk tidur dulu!’’ aku terus bangun dan melangkah laju ke bilik.

       
       ‘’Alahai!,.dah nasib badann,.’’ Sempat aku mendengar Kucai membuat ayat-ayat terakhirnya sebelum aku menjauh dan menghilang di dalam bilik. Masuk ke dalam bilik aku bermenung panjang. Akhirnya sampai ke pukul tiga pagi aku tak dapat melelapkan mata. Hati aku menjadi gundah gulana tiba-tiba. Rasa bersalah dan berdosa menyerang seluruh ruang fikirku.

        Maafkan Ira abang! Ya Allah! Ampunkan dosaku. Aku berdialog di dalam hati. Sungguh! Terlalu beratnya perasaan yang ku tanggung ini tapi apakan daya. Hati memberontak mahukan dirinya tapi fikiranku asyik menegahnya. Bila hati dan minda tak seia dan sekata, jiwalah yang merana!

........................................

          Tiga Tahun Sudah berlalu,.

               Hari ini rumah keluarga mertuaku begitu meriah dengan kunjungan sanak saudara. Suzy adik iparku akan berkahwin hari ini. Aku dan Kucai masih belum dikurniakan anak lagi. Bila aku habis belajar, Kucai pula sibuk dengan kerjanya dan aku masih lagi mengambil kerja separuh masa macam dulu. Tak tahu kenapa aku masih belum mendapat kerja tetap. Ada saja halangan untukku. Naimah pula sudah setahun menjadi ibu tunggal anak satu. Suaminya meninggal kerana terlibat dengan satu kemalangan ngeri.

              ‘’Bilalah menantu kau tu nak bagi cucu? Ku Shai sorang tu saja anak lelaki kau Sha. Kalau dia dah tak boleh mengandung,.haa,.Imah tu boleh mengandung. Kau pinangkan saja Imah tu. Lagi pun, bukan orang lain. Anak saudara kau jugak. Aku dapat tau Ku Shai tu pun selalu membantu Imah dari segi kewangan. Tiap-tiap bulan dia masukkan duit dalam akaun bank Imah tu. Kan lebih baik kalau mereka jadi suami dan isteri. Taklah orang pandang serong.’’ Telinga aku berasap tiba-tiba mendengar suara salah seorang saudara mama. Mungkin mereka tak perasankan aku yang kebetulan ada di situ atau mereka memang sengaja nak buat aku terasa?

           ‘’Betul tu kak long,.lagi pun acik kesiankan Amira tu. Kecil lagi dah hilang ayah. Ku Shai pun selalu manjakan budak tu. Mereka pun dah rapat sangat hinggakan Amira tu dah panggil Ku Shai papa. Kak long tak kesiankan Amira ke? Dengan kak long pun acik dengar tadi Amira panggil mak tok.’’ Adik mama pula mencelah. Aku sudah tak tahan untuk mendengarnya. Hatiku sudah remuk redam di dalam. Sudah hancur bagai dilapah dan dicincang lumat. Air mata sudah tidak sabar untuk merembes.

          Aku masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu. Kalau ikutkan hati aku yang sedang sakit ni, aku nak menangis sepuas-puas hatiku. Bagi aku inilah ujian yang paling berat untuk aku tempuhi. Sejak aku habis belajar baru aku perasan Kucai sudah tiada masa untukku lagi. Sebelum dia dapatkan aku dulu, dia selalu mengintip ke mana saja aku pergi tapi sejak kebelakangan ini dia terlalu menumpukan perhatiannya pada kerja. Dia selalu keluar bekerja di luar. Adakalanya memakan masa berminggu atau berbulan. Kami selalu berjauhan.

         Selepas kematian suami Naimah, Kucai  semakin sibuk menguruskan keperluan Naimah dan anak kecilnya. Aku tahu Kucai seorang yang penyayang dan sukakan kanak-kanak kecil apatah lagi kami masih belum dikurniakan cahayamata untuk menjadi penyeri rumah tangga kami. Bukan aku tak mahu tapi kalau sudah takdir ingin menguji aku begini apa lagi yang perlu aku lakukan. Mungkin ada hikmahnya di belakang hari. Aku tak tahu! Yang aku tahu, aku tidaklah sekuat mana walau sudah banyak kali aku mencuba untuk tabahkan hatiku.

        Mungkin sebab aku tak pernah merungut akan keakraban Naimah dan Kucai jadi mereka mungkin menyangka aku tak kisah dengan hubungan rapat mereka tu. Sejak akhir-akhir ini pula aku sering jatuh sakit. Aku selalu demam dan badan aku selalu letih. Selera makan aku pun semakin berkurang. Banyak makanan yang menjadi kegemaran aku sebelum ni pun, aku sudah tak minat lagi untuk menjamahnya. Selera aku berubah secara mendadak.

       Emosi aku pun selalu tak stabil. Aku asyik melenting dan selalu panas baran tak bertempat. Aku cuba kawal perasaanku dengan berdiam diri setiap kali aku terasa hati dengan Kucai. Aku akan buat hal sendiri kalau Kucai ada di rumah. Aku akan layan drama Korea atau membaca novel. Aku tahu sebagai seorang isteri, aku tak harus abaikan dia tapi kalau aku sendiri tak dapat mengawal emosiku, bagaimana aku nak melakukan yang terbaik untuknya. Kucai pun macam dah tak sayang aku lagi. Masanya banyak dihabiskan untuk kerjaya dan di rumah Naimah. Aku tahu walau pun bukan bersama Naimah tapi sekurang-kurangnya itu juga sudah  menghancurkan hatiku. Mungkin juga aku cemburu melihat Kucai menghabiskan masanya bersama anak kecil Naimah. Aku ni bagai sudah tidak wujud lagi di hatinya.

         Tok! Tok! Tok!

          Pintu bilik diketuk berkali-kali dari luar. Aku mengeluh keras. Macam mana mereka tahu ada orang dalam bilik ni? Aku ingat nak tenangkan hati aku yang membara ni. Ada saja yang nak menganggu ketenangan hatiku! Dengan malas aku menuju ke arah pintu. Tombol pintu aku pulas perlahan. Kucai sudah terpacak di depan pintu bilik dengan wajah selambanya. Aku tak ada hati untuk bertanya. Aku biarkan dia di depan pintu bilik dan menuju ke bilik air. Aku masuk pula ke dalam bilik air. Belum sempat pintu bilik air aku tutup Kucai sudah menghalangnya.

         ‘’Kenapa ni? Orang lain sibuk di luar. Ira berkurung dalam bilik. Kesian mama, orang asyik bertanya dia Ira pergi mana? Ira tak datang ke? Menantu kau tak ada ke? Abang ni pun dah letih nak menjawab. Jom keluar,.kalau Ira nak buat perangai. Tunggu selepas kenduri nanti.’’ Kucai bersuara perlahan sambil memegang daguku agar memandang wajahnya. Air mataku sudah lebat mengalir tanpa ku sedari. Aku dengar Kucai mengeluh berat.

           ‘’Tolonglah! Jangan nak layan perasaan sangat. Jangan nak ambil hati sangat. Biarlah apa mereka nak cakap. Kalau betul pun abang nak ambil Naimah tu sebagai isteri. Ira jugak yang untungkan. Ira boleh buat hal sendiri macam selalu. Tak payah dah nak layan abang yang tak guna ni,.’’ Ya Allah! Pedih tak terkata mendengar ayat-ayat Kucai. Aku ingatkan dia nak pujuk aku. Sungguh! Aku rasa macam nak lari jauh dari dunia ni. Biar aku bawa hati aku yang lara ini ke hujung dunia.

               ‘’Ikut sukalah! Buatlah apa yang abang suka. Siapa Ira ni nak menegah? Ira bukannya siapa-siapa pun. Abang keluarlah,.nanti Ira keluar. Ira tunaikan permintaan abang tu.’’ Aku buat keputusan muktamad tu dengan hati yang retak seribu. Di bibir aku berkata begitu sedangkan hatiku sudah tidak sabar untuk pergi dari rumah ini. Aku masuk ke dalam bilik air dan mencuci mukaku. Aku cuba keraskan hatiku. Air mataku cuba ku tahan sedaya mungkin agar ia tak terus mengalir. Aku mohon kekuatan dari Allah. Semoga Allah permudahkan hari ini untukku.

         Bila aku keluar dari bilik air Kucai sudah tiada. Aku mengadap almari solek dan memandang wajah aku di depan cermin. Aku capai alas bedak dan mula menempelkan make-up di wajahku. Kali pertama hari ini aku bermake-up sedikit tebal. Biar orang tak dapat meneka isi hatiku. Aku nekad nak melalui hari ini dengan wajah yang sentiasa mekar dengan senyuman. Biarlah senyuman yang aku pamerkan penuh dengan kepalsuan.

             Aku tahu, aku banyak melukakan hati Kucai sebelum ini. Mungkin inilah Kifarah yang sedang Allah bayar untukku. Setiap titisan air mata yang mengalir ke pipiku mungkin ada jawapan yang Allah sediakan. Aku akan menunggu untuk menerima jawapan itu. Aku hanya perlu kuatkan hati dan terus bertabah. Selagi aku mampu bersabar aku akan cuba untuk bersabar dan andai aku sudah tidak mampu bersabar lagi aku berharap agar Allah sentiasa membimbing aku agar aku takkan tergelincir dari landasan iman.

         ‘’Haa,.ada pun. Isteri Ku Shaikan? Pergi mana tadi? Ingatkan ikut rombongan pergi akad nikah di masjid tadi. Tengok anak dara dah balik, dia tak nampak muka jugak.’’ Aku disapa oleh salah seorang saudara papa. Dia memang baik sikit berbanding saudara mama yang lain. Baik maksud aku ialah pada mulutnya yang tak pernah mengeluarkan perkataan yang bukan-bukan.

       ‘’Ada ja mak ngah. Ira tak sihat sikit. Pening kepala, ramai sangat orang.’’ Aku berkata ramah. Memang aku sengaja mencipta alasan sebab alasan sebenarnya hati aku yang sakit. Kepala tak ada masalah pun hari ini. Aku cuma rasa letih dan sedikit emo.

        ‘’Nak dapat orang baru kot? Dah berapa orang anak dah?’’ aku tergaman seketika tapi kemudiannya aku cuba untuk lebarkan senyuman. Biarlah bibir tersenyum, hati menangis hiba. Siapa yang sudi mengerti hatiku ini?

         ‘’Setakat ini belum ada lagi mak ngah. In Sha Allah! Mak ngah tolong doakan ya, mudahan ada rezeki tahun ni,.’’ Aku berkata perlahan. Wanita yang kami panggil mak ngah mengusap perlahan bahuku.

          ‘’Bersabarlah ya,.Allah bukan tak mahu bagi. Belum masanya lagi. Allah lebih tau apa yang terbaik untuk hambaNYA. Kita hanya mampu meminta tapi Allah lebih tahu bila masa yang sesuai untuk kita!’’ sejuk sikit hatiku mendengar kata-kata mak ngah. Aku mengangguk perlahan. Air mata yang sudah bertakung aku tahan agar tidak gugur.

...............................................

           Seharian hari ini aku membantu apa yang perlu. Aku ceriakan hatiku dengan berkerja tanpa henti. Adakalanya pinggang aku sakit yang tak terhingga dan bawah ari-ariku juga terasa sangat sakit namun aku biarkan saja rasa sakit itu menyerang tubuhku. Aku tetap bertahan hingga ke hujung hari. Petangnya pula bila orang ramai sudah semakin berkurang aku meminta diri untuk pulang. Kucai pula tak pulang bersamaku. Dia sudah memberitahuku bahawa dia akan menghantar Naimah pulang terlebih dahulu. Aku relakan saja. Aku tahu Naimah ada anak kecil dan sukar untuk Naimah memandu seorang diri. Ah! Biar apa pun alasannya aku sudah tidak kisah lagi.

        Sebelum pulang aku bersalam dengan semua orang. Aku bersalam dan mencium tangan Kucai lama. Dia menarik tangannya sebelum aku melepaskannya. Biar pun terasa hati aku tetap tersenyum. Kemudian aku salami Naimah, peluk Naimah dan cium pipi kiri dan pipi kanannya macam selalu. Aku juga sempat mengagah baby Amira dan sengaja bergelak ketawa melihat keletahnya. Sungguh! Semua itu hanyalah lakonanku untuk menghiburkan hati orang lain. Terutamanya hati Kucai.

             Aku memandu kereta Kancilku dengan hati yang sedang berantakan. Fikiranku sedang bersimpang siur ibarat jalan yang sedang aku lalui. Aku menekan minyak sambil otak berfikir. Aku tak mahu pulang ke rumah! Aku tak mahu jumpa Kucai lagi. Aku nak cari ketenangan hati buat sementara waktu. Aku masuk ke lebuh raya tanpa sedarku. Aku terus memandu tanpa henti. Sedar-sedar aku sudah jauh dan semakin jauh dari rumah mama juga semakin jauh dari rumah kami. Aku tidak akan berpatah balik lagi. Alang-alang sudah ada barang peribadi dan beberapa helai baju di dalam beg aku teruskan perjalananku tanpa arah tujuan.

          Menjelang subuh aku sampai di Bandaraya Alor Setar. Aku singgah sekejap untuk menunaikan hajat di tandas Stesen bas Shahab Perdana. Pinggang dan ari-ariku semakin sakit. Mungkinkah kerana jauhnya perjalananku dan aku duduk terlalu lama di dalam kereta? Aku bertanya diri aku sendiri. Masuk ke dalam bilik air aku terkejut kerana dengan tak semena-mena aku turun darah dengan banyaknya dan pinggang dan ari-ariku terus sakit hingga mencengkam tulang paha. Selepas itu aku tak tahu lagi apa yang terjadi.

.....................................

             Bila aku sedar aku sudah berada di dalam wad. Terdapat drip air yang tergantung di tepi katilku. Tangan kanan dan kiriku juga sakit dan lebam. Aku memandang sekelilingku yang sudah dipenuhi dengan pelawat. Mungkin sudah waktu untuk melawat agaknya? Bila menyedari sesuatu, aku raba perutku. Hati aku tertanya-tanya apa yang sedang aku alami.

          ‘’Selamat petang Puan. Okey,.puan dah sedar. Ada rasa sakit di mana-mana tak? Ada sakit ari-ari tak. Perut ada sakit tak? Ada rasa pening ke, mual?’’ doktor yang datang dan memeriksaku bertanya ramah. Aku hanya mampu tersenyum hambar sambil aku mengeleng kepala dengan lemah. Sejujurnya selain letih aku juga tersangat lapar sekarang ni.

        ‘’Puan tahu tak puan mengandung? Tapi Alhamdulillah,.janin puan masih sempat diselamatkan. Anak puan tak gugur na. Puan kena jaga diri, jaga kesihatan puan. Jangan buat kerja berat. Jangan terlampau stress.’’ Air mataku sudah bergenang mendengar ayat-ayat yang diungkapkan oleh doktor selanjutnya.

         ‘’Saya tak tahu doktor. Period saya datang tak tetap. Dah berapa bulan doktor?’’ dalam rasa sayu, aku masih boleh bersuara. Dalam hati mengucap syukur yang tak terhingga. Kalau aku kehilangan anak dalam kandunganku, akulah manusia yang paling sedih. Semuanya salah aku kerana terlampau mengikut kata hati. Mungkin ini pengajaran Allah untukku? Nasib baik anakku masih ada. Aamiin Ya Allah! Ampunkan dosaku Ya Allah!

         ‘’Kalau mengikut scan yang ada dalam tangan saya ni, mungkin kandungan puan baru berusia lapan atau sembilan minggu. Bila puan last datang period?’’ aku geleng kepala. Aku tak tahu. Aku tak ingat. Bila aku stress period aku selalu bermasalah. Kadang-kadang berbulan tak datang. Kadang-kadang berminggu tak mahu berhenti.

             ‘’Tak apa,.tapi kami kena tahan puan di wad sampai kandungan puan stabil dulu. Kalau boleh cuba hubungi saudara mara puan.’’ Aku mengeluh perlahan. Aku sudah jauh di utara melarikan diri seorang diri. Siapa yang harus aku hubungi? Bila saat macam ni berlaku, baru aku terfikir betapa perlunya orang-orang yang tersayang berada di sisiku.

          ‘’Keluarga saya jauh doktor. Tak ada saudara mara di sini. Tak apalah doktor. Berapa lama pun kena tinggal di sini saya tak kisah. Err,.doktor ada tak barang-barang saya yang dibawa ke sini tadi, sebab seingat saya,.’’

        ‘’Ada! Dalam almari,.’’ Aku belum sempat habis bertanya jururawat yang ada bersama kami sudah menjawabnya dan membuka almari untuk menunjukkan padaku. Aku cuba kuatkan diri untuk bangun dan meminta jururawat tersebut memberikan beg tangan kepadaku. Baru teringat beg pakaian yang aku tinggalkan di dalam kereta. Semua pakaian peribadiku ada di dalam beg tu. Aku mengeluh lagi. Nampaknya terpaksa aku meminta tolong seseorang membeli yang baru untukku.

.......................................

              Dua minggu aku di dalam wad dan hari ini aku dibenarkan keluar dari wad bila janin dalam kandunganku semakin sihat dan kesihatanku semakin pulih. Allah Maha Penyayang dan Maha pengasih. Sepanjang aku di dalam wad Dia beri aku keluarga angkat. Mak cik Rogayah seorang ibu tunggal anak lima datang menjaga anak keduanya yang terpaksa dibedah kerana melahirkan anak sulung. Dia yang membantu aku membelikan semua keperluanku. Kadang-kadang anak ketiganya yang menolong membelikan barang keperluanku. Dia juga menemaniku untuk turun ke bawah dan mengeluarkan duit dari bank.  

          Menantu sulung mak cik Gayah baru meninggal kerana melahirkan anak ke tiga lima bulan yang lalu. Kesian aku melihat tiga orang cucunya yang masih kecil. Mereka sudah kehilangan ibu tempat mereka bermanja. Anak aku bagaimana pula? Adakah dengan kedegilan dan kerasnya hati aku, anak aku bakal kehilangan kasih sayang seorang ayah? Ampunkan aku Ya Allah! Kerana keputusan yang aku buat ini banyak hati yang telah terluka dan ada hati yang bakal terluka. Aku berserah padamu Ya Allah untuk menentukan nasibku selepas ini.

          ‘’Lepas keluar ni nak balik ke mana?’’ aku terdiam seketika mendengar pertanyaan mak cik Gayah. Aku belum bersedia untuk pulang. Aku teringin nak ke Pulau Langkawi dan meneruskan hasratku untuk mencari ketenangan di sana. Aku mohon restumu Ya Allah! Permudahkan segala urusanku nanti.

         ‘’Langkawi kot. Mak cik nak balik mana?’’ aku tanya mak cik Gayah pula. Dua minggu dia jaga aku, macam-macam cerita yang kami kongsi tapi tidak pula masing-masing bertanya asal usul masing-masing.

           ‘’Laa,..kami nak balik Langkawi la ni. Langkawi dok tang mana?’’ aku mengeleng perlahan. Apa aku nak jawab? Aku bercadang nak melancong saja di Langkawi. Bila hati dah betul-betul sejuk nanti baru aku nak balik. Itu pun kalau hati aku sejuk!

           ‘’Tak tau lagi mak cik. Ikut kakilah,.Saya ingat nak pergi melancong saja sambil ambil udara laut.’’ Aku berkata sejujurnya. Wajah mak cik Gayah sudah nampak teruja. Dia pegang tangan aku dan menyambung kata.

          ‘’Ikut kami balik la na? Mira pun dah potong nama. Doktor kata dah boleh balik hari ni,.’’ Hati aku sudah kembang dan rasa sangat bersyukur bila mendengar mak cik Gayah berkata begitu. Allah sudah memudahkan urusanku. Alhamdulillah! Aku kena buat solat sunat syukur selepas ni. Hatiku berkata-kata sendiri.

         ‘’Tak menyusahkan mak cik sekeluarga ke?’’ aku tetap bertanya penuh keraguan. Aku hanya seorang perantau. Susah dan senang biar aku tanggung sendiri. Aku tak mahu keegoaan aku akan membuatkan orang lain turut terbeban tapi kalau mereka sudi terima aku seadanya aku takkan sesekali menolak. Aku juga percaya semuanya anugerah Allah untukku.

         ‘’Nak susah apa aih,.mai surat yang doktor bagi tadi. Mak cik nak suruh Hadi pi bayar sekali dengan had Mira. Pi ambik ubat sekali la noo. Kesian kat hang, dua minggu dok tang ni, tak dak sapa mai tengok,.’’ Aku sudah hampir menitiskan air mata. Terharu sangat dengan kata-kata mak cik Gayah. Cuma ayat terakhir dia saja buat aku tersentap sikit. Bila kita dalam keadaan macam ni, orang tak pandang salahnya kita tapi orang akan prasangka pada keluarga kita padahal keluarga kita langsung tak tahu apa-apa. Aku tahu saudara maraku termasuk Kucai dan keluarga mertuaku takkan membiarkan aku di sini seorang diri kalau mereka tahu keadaan aku. Aku pasti dan tersangat pasti tanpa sebarang syak. Semuanya salah aku yang terlampau menurut kata hati!

        ‘’Terima kasih mak cik. Maaf! Saya dah menyusahkan mak cik sekeluarga.’’ Aku hulurkan surat berserta duit yang perlu aku bayar. Mak cik Gayah masih ramah bersuara sambil mengarah Hadi melakukan itu dan ini. Hadi adalah anak sulung mak cik Gayah yang baru kematian isteri. Menurut cerita mak cik Gayah, Hadi dah bertunang semula dengan orang sekampung dan bakal berkahwin hujung tahun ini.

          Anak ketiga mak cik Gayah masih belajar lagi dan baru berusia 19 tahun. Anak keduanya berkahwin dengan seorang tentera dan mereka tinggal di Sabah, jadi sepanjang dia berpantang ini suaminya tiada di sisi. Sedih sangat aku melihat dia. Adakalanya dia akan menelifon suaminya sambil menangis. Bagaimana pula dengan nasib aku? Akan rindukah aku pada Kucai nanti? Entahlah! Aku sendiri masih keliru dengan perasaan sendiri. Hati aku masih bengkek dan jiwa aku masih parah. Aku tiada jawapan untuk menjawab soalanku sendiri.

..........................................

             Sebelum kami bertolak ke Langkawi aku mengajak mereka untuk pergi mengambil keretaku di Shahab Perdana tapi puas kami mencarinya keretaku tetap tak ditemui. Mereka membawa aku ke balai polis untuk membuat laporan dan kemudian aku terpaksa mengeluarkan duit dengan jumlah yang banyak dari bank. Kami pergi bershoping pakaianku selepas itu. Kopak jugak duit aku tapi demi ketenangan hati yang aku cari, aku anggap semua ini sebagai balasan Allah untukku. Aku tak mahu menuding jari. Aku tahu semua yang aku buat ini adalah salah! Dan aku takkan berpatah balik untuk masa terdekat ni. Biar masa yang menentukan. Kalau jodoh aku dengan Kucai masih panjang kami akan bertemu kembali. Andai jodoh kami hanya setakat ini, aku akan pasrah.

           Mengenai mak su dan pak su pula, aku rasa aku nak berdiam diri untuk kali ini. Dulu mereka pernah berpakat dengan Kucai untuk kenakan aku. Apa salahnya kalau kali ini aku betul-betul menghilangkan diri. Mereka mungkin akan bimbangkan aku tapi ada aku kesah? Tetiba saja kepalaku ditumbuhi tanduk dan hatiku teresap dengan semangat jahat. Haih! Aku mohon keampunanMu Ya Allah. Aku bukan berniat untuk berbuat jahat tapi tak salah kalau aku pula berniat untuk menguji kasih sayang mereka terhadapku. Ini baru dinamakan ADILkan?

                     Aku dibawa ke perkampungan nelayan yang terletak di tepi laut. Alangkah bahagianya aku dapat mengadap laut setiap hari. Mak cik Gayah membuka kedai makan di tepi laut ini. Rumah dia dan kedai makan itu bersambung dan aku akan membantu mak cik Gayah  memasak bila dia sibuk atau keluar mencari bahan-bahan untuk kedai makannya. Makanan laut di sini semuanya segar kerana terdapat tempat pendaratan ikan berhampiran rumahnya.

            Mak cik Gayah tak mempunyai pembantu. Hanya anak-anak yang membantunya ketika mereka cuti sekolah. Kebetulan anak ketiganya juga sedang bercuti selama empat bulan sekarang ni, jadi aku dan Rina bergilir-gilir membantu mak cik Gayah. Adakalanya aku membantu mereka menjaga bayi yang masih merah tu. Mohammad Danial yang comel dan juga anak-anak abang Hadi yang keletah. Aku panggil dia abang sebab dia lebih tua dari aku.

        Anak ke empat mak Cik Gayah baru tingkatan empat dan anak bongsunya baru darjah enam. Mereka juga periang dan peramah. Aku gembira di rumah mak cik Gayah. Lebih-lebih lagi mereka sekeluarga dapat menerima kehadiran aku di rumah ini. Aku tak pernah rasa terpinggir atau disisihkan. Orang sekeliling juga tak banyak menyoal, cuma dalam aku bahagia dan gembira terdengar juga desas desus mereka pasal aku. Mereka gossipkan aku dengan abang Hadi. Bila mak cik Gayah cakap aku dah bersuami barulah mereka terdiam. Aku pun pernah bertemu dengan tunang abang Hadi. Dia masih anak dara cuma umurnya saja yang sudah berusia. Apa nak buatkan. Inilah hakikat kehidupan, bila Allah tetapkan jodohnya terlewat sedikit.

          ‘’Kak Sha! Nasi goreng kampung berulam satu!’’ aku tersedar dari lamunan seketikaku. Aku mengangguk dan tersenyum. Nasi goreng yang aku reka mendapat permintaan ramai di kedai ini sejak aku mula masuk ke dapur. Sengaja aku mereka resepi baru bila kali pertama aku cuba memasak untuk pelanggan. Selepas itu menu nasi goreng kampung berulam turut dimasukkan dalam senarai menu utama.

          Aku mula menumbuk udang kering dan ikan bilis bersama beberapa biji cili padi. Selepas menumbuk hingga lumat aku mula memasukkan minyak ke dalam kuali. Aku tumiskan bawang yang sudah dikisar dan masukkan bahan yang sudah aku tumbuk tadi. Setelah agak garing aku masukkan isi ikan kembung rebus. Selalunya aku gunakan dua ekor ikan kembong. Selepas memasukkan sedikit garam aku masukkan semangkuk nasi dan mengaulnya hingga agak garing.

         Bila nasi goreng siap aku gaul dengan beberapa jenis ulam yang sudah aku cincang lumat. Selalunya aku gunakan daun gajus, daun pegaga dan daun selom. Ikut saja ulam apa yang ada semuanya aku gunakan. Lagi banyak lagi bagus. Selepas mengaulkan bersama nasi goreng, aku masukkan dalam mangkuk kecil dan tekupkan di atas pinggan. Aku masukkan pula dua keping keropok ikan, sambal belacan dan kuah sup yang ditabur dengan bawang goreng dan daun sadri. Siap! Nasi goreng kampung berulam yang aku sediakan. Boleh order bila-bila masa saja. Tapi kedai mak cik Gayah hanya dibuka dari pukul 6.00 pagi hingga pukul 12.00 tengah malam saja.

         ‘’Rina! Nasi goreng siap!!’’ aku laung Rina yang sedang berada di kaunter. Adakalanya aku juga akan menjaga kaunter kerana mak cik Gayah tak pandai sangat nak mengira. Anak-anak mak cik Gayah yang banyak membantu dia. Aku ni dikira sebagai pekerja separuh masa la jugak sebab aku perlu banyak berehat dan menjaga kandungan aku. Memang keletihan tu masih bersisa lagi. Untungnya aku tak alah teruk. Sesekali aku muntah dan aku masih boleh makan kembali selepas itu. Semuanya Rahmat dari Allah untuk aku dan anakku. Lebih-lebih lagi, aku dapat makan sayur segar dan makanan laut segar di sini. Mewah betul dengan makanan sejak aku tinggal di sini. Aku lupakan semua kepahitan dan wajah aku pun semakin tembam agaknya sekarang ni?

           ‘’Kak Sha! Mak suruh masuk solat dulu. Nanti mak keluar gantikan kak Sha,.’’ Aku tersenyum pada Rina mendengar arahannya. Beginilah kami setiap hari. Bukan bergilir-gilir untuk membuat kerja, kami juga bergilir-gilir untuk menunaikan solat. Kadang-kadang selepas bersolat baru aku keluar bekerja. Semuanya terpulang pada keperluan masing-masing. Resepi yang aku reka pun aku dah ajar pada Rina dan mak cik Gayah. Kalau aku tak keluar memasak, mereka pun boleh masakkan nasi goreng tu. Ah! Jangan nak kedekut resepi sangat okey! Kita share-share la!!

         Aku masuk ke dalam rumah dan membersihkan diri. Selepas solat aku berdoa panjang. Semoga Allah kabulkan permintaanku. Permintaanku tak banyak, selain mendoakan kesejahteraan semua orang aku juga mohon agar Allah sentiasa melindungi semua ahli keluargaku termasuk ahli keluarga mertuaku. Juga aku selalu mendoakan agar jodoh aku dan Kucai berpanjangan. Aku tak bencikan Kucai. Aku masih sayangkan dia dan cintakan dia sepenuh hati aku. Aku cuma tersentap hati dengan dia, walaupun begitu doa aku sentiasa mengiringi kebahagiaan dia biar di mana saja Kucai berada. Aku sayang suamiku Ya Allah! Aku masih sayang suamiku sepenuh hatiku!

.......................................

Dua Tahun Kemudian,..

             Pejam celik pejam celik dua tahun sudah berlalu dan aku masih tinggal di Pulau Langkawi. Mak cik Gayah pun tak pernah bertanya kenapa aku tak pulang ke rumah semula. Kalau mereka bertanya, aku akan berterus terang dengan mereka akan situasi diriku sejujurnya. Untungnya aku kerana mereka tak banyak soal dan aku pun tak berkeinginan untuk bercerita.

            Anak aku yang aku namakan Ku Shaini Alif sudah berusia setahun lima bulan sekarang. Penat lelah aku mengandungkan dia tanpa suami tidak terasa melihat dia membesar di depan mata. Dia tak banyak kerenah kerana ada ramai kawan yang sentiasa bersamanya. Anak-anak abang Hadi sentiasa ada untuk menjadi teman rapat Ku Shaini. Damia, Dania dan Danish yang baru berusia 2 tahun 6 bulan. Dan sekarang, isteri baru abang Hadi pun sudah mengandung anak sulungnya yang merupakan anak ke empat abang Hadi. Yang sedihnya, bila Ku Shaini turut memanggil abang Hadi abah kerana mengikut anak-anak abang Hadi. Kali pertama mendengar dia memanggil abah, aku ingin meraung sekuatnya. Tapi aku hanya mampu meraung di dalam hati. Maafkan mama sayang!

            ‘’Alif! Ya Allah,.anak mama ni. Nak ke mana tu?’’ aku melaung kuat bila melihat Ku Shaini berlari laju menuju ke pantai. Aku memanggilnya dengan nama Alif kerana tidak mahu ingatkan Kucai. Nama merekakan nak sama. Sengaja aku gabungkan nama Ku Shai dengan nama hujungku Yusriani.

             ‘’Alif!! ‘’ semakin kuat aku melaung Ku Shaini semakin laju berlari sambil ketawa ceria. Ya Allah! Inilah anugerahmu yang paling bermakna untukku. Kau lindungilah anakku Ya Allah. Aku masih sempat berdoa bila melihat Ku Shaini sudah menghampiri laut. Air laut pula sedang pasang sekarang ni. Mungkin salah aku sebab teralpa seketika tadi. Niat nak bawa Ku Shaini berjalan-jalan di tepi pantai tapi terlepas pula tangan dia yang aku pimpin. Memang dia lasak sikit sejak pandai berjalan.

             Dari jauh aku melihat ada seorang lelaki sudah menghalang Ku Shaini dari dia terus meluru ke depan. Lelaki itu terus mendukung Ku Shaini dan mengagahnya. Aku menarik nafas lega dan terus melangkah laju. Aku hampiri mereka dengan nafas tercunggap-cunggap.

         ‘’Terima kasih encik! Aduh,.penatnya. Hiesyy,.degil betul anak mama ni kan?’’ aku mengambil Ku Shaini dari dalam dukungan lelaki tadi tanpa memandang wajahnya. Sambil itu bibir aku terus membebel. Ku Shaini hanya ketawa bila pipinya aku cubit dan ku cium pipi montel itu.

          ‘’Degil macam mamanya jugak agaknya?’’ aku tersentap mendengar kata-kata itu. Aku terpaku lama dan tak berani untuk menoleh. Ku Shaini yang sudah berada dalam dukunganku aku peluk kemas. Seolah takut dia akan dirampas pergi dari sisiku.

         ‘’Kenapa buat kami macam ni? Puas kami cari Ira , rupanya di sini Ira bersembunyi. Masa kami jumpa kereta Ira tersadai di tepi jalan dengan keadaan remuk teruk kami ingatkan Ira dah meninggal kerana kemalangan jalan raya tapi kami tak jumpa mayat Ira sebagai bukti. Abang yakin Ira masih hidup. Kenapa langsung tak hubungi kami,.hah! Ira tak ada perasaan ke? Tak ada otak ke nak fikir?’’ amboih!,.baru kali pertama jumpa aku selepas dua tahun tak berjumpa, bukannya nak bertanya khabar. Sedap saja dia tuding jari kat akukan? Tunggu aku nak bagi dia jawapan!

           ‘’Hello! Kalau awak ni encik Ku Shairi yang pernah kenakan saya dulu. Saya nak tanya awak. Masa awak kenakan saya dan suruh mak su halau saya dari rumah tu, masa tu awak orang paling BEROTAK dalam dunia la? Masa awak rancang supaya kita kena tangkap basah tu sebab awak berotaklah? Masa awak,..’’ aku tak sempat menghabiskan ayat aku bila Kucai sudah menutup mulutku dengan tangannya. Aku menepis kasar dan tanpa aku sedari air mataku sudah meluncur laju. Mata Kucai juga merah sambil merenung tepat ke wajahku.

          ‘’Maafkan abang!’’ Kucai berkata dalam sedu. Kasihan pulak tengok dia menangis. Aku tak pernah tengok dia menangis sebelum ni. Hanya aku yang sering menangis di depan dia, tapi kalau aku kesiankan dia, aku macam mana pula? Siapa nak kesiankan aku.

         ‘’Huh! Kan senang kalau minta maaf awal-awal tadi. Ini tak,.awal-awal lagi dah nak marahkan orang. Orang sedar diri la orang ni sapa. Anak yatim piatu. Orang miskin. Tak sesuai dengan oarng kaya yang berpangkat dan berharta macam encik tu. Orang tahu orang ni tak layak dengan encik. Sebab itulah apa orang buat semua salah. Encik buat apa pun, semuanya betul!’’ aku melepaskan lagi amarahku. Aku luahkan sepuasnya selagi aku mampu melepaskannya. Sudah lama aku memendam rasa sakit hati aku ni. Inilah masanya aku luahkan segalanya.

         ‘’Kita balik Ira!’’ Kucai bersuara lagi.

           ‘’Balik? Untuk apa? Untuk dijadikan barangan serba guna dalam rumah encik Kucai lagi ke? Untuk dijadikan ulam? Atau untuk dijadikan perhiasan yang bakal dibuang bila-bila masa yang encik Kucai suka?’’ aku tak mampu lagi untuk mengawal kata-kataku. Kalau tadi dia mulakan dengan ayat yang menyenangkan hati, mungkin keadaannya bukan macam ni. Aku taklah zalim sangat sampai nak mencemuh orang tanpa sebab. Dia yang mulakan dulu, kenapa aku harus berlembut? Aku memberontak di dalam hati.

          ‘’Kenapa cakap macam tu? Teruk sangat ke abang selama ni?’’ aku tersenyum sinis mendengar pertanyaannya.

           ‘’Orang tak cakap pun encik teruk tapi orang rasa encik yang anggap orang ni teruk. Dua tahun tak jumpa bukan nak tanya khabar. Kalau orang ni tak ada otak. Encik tu tak ada PERASAAN!’’  aku berkata kuat sambil berlalu pergi. Air mata yang merembes laju aku kesat kasar. Aku ambil jalan belakang kedai dan masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang. Perlahan-lahan aku menyusup masuk ke dalam bilik dan melepaskan tangisanku semahunya. Ku Shaini sudah memandang hairan ke arahku. Aku tatap wajah ku Shaini yang mirip wajah Kucai. Aku cium pipi Ku Shaini semahunya.

        Ya Allah! Walau apa pun yang akan terjadi antara aku dan Kucai, tolong jangan pisahkan aku dengan anakku. Aku berdoa di dalam hati. Aku takkan sanggup melepaskan satu-satunya anakku ini. Kucai tak pernah ada ketika aku mengandung dan melahirkan dia. Walau dia ayah kandung Ku Shaini, dia tak ada hak untuk pisahkan kami!

..................................

             Selepas aku tidurkan Ku Shaini, aku minta Rina jagakan dia. Malam ini pelanggan tak ramai dan mak cik Gayah tutup kedai awal. Aku pula tak dapat melelapkan mata. Macam malam-malam sebelumnya aku ingin menyusuri pantai lagi untuk mendengar suara ombak. Aku bahagia di sini dengan adanya laut yang luas di depan mata. Aku bahagia sangat. Kalau boleh aku nak terus menetap di sini dan melihat laut setiap hari.

           Aku baru beberapa langkah berada di depan kedai aku dapat melihat dua susuk tubuh sedang berbual di atas bangku simen yang selalu aku duduki. Aku menghampiri mereka perlahan-lahan. Aku ingin mengintip dan mendengar perbualan mereka. Dari baju yang mereka pakai dan susuk tubuh mereka dari belakang aku tahu siapa gerangannya. Abang Hadi dengan Kucai sedang berbual di tempat lepak aku setiap malam. Agaknya apa yang sedang mereka bualkan?

               Bila aku sudah hampir dengan mereka aku cuba memasang telinga dengan teliti. Aku dengar Kucai mengeluh beberapa kali. Aku hanya menanti kata-kata dari keduanya namun beberapa minit berlalu suasana masih sunyi.

          ‘’Encik tak boleh salahkan Sha seratus peratus. Saya tak tahu apa masalah encik dengan Sha. Apa yang saya tahu, kami jumpa Sha pengsan dalam tandas awam di Shahab perdana dua tahun lepas. Sha turun darah dan hampir keguguran. Dua minggu dia dimasukkan ke hospital dan tiada saudara mara yang datang melawat. Dia kesunyian dan nampak sangat menderita. Kami tahu, walau Sha sentiasa tersenyum tapi hati dia hanya Allah yang tahu.

        Saya ada isteri, saya tahu macam mana susahnya seorang perempuan nak menghadapi saat-saat mengandung tu. Isteri pertama saya meninggal kerana melahirkan anak ketiga kami. Perempuan yang mengandung dan melahirkan ni bersabung nyawa demi seorang anak. Kita mungkin tak tahu macam mana mereka mampu hadapi. Encik pun mungkin tak tahu apa yang Sha dah lalui.’’ Abang Hadi berhenti bercerita. Jujurnya aku terkejut sedikit kerana aku pun tak pernah tahu siapa yang selamatkan aku dan bawa aku ke hospital. Rupanya mereka yang jumpa aku.

             ‘’Mak kesian dengan Sha. Dulu mak saya pun kehilangan tempat bergantung selepas menjadi ibu tunggal. Dia yang membesarkan kami lima beradik. Kami bawa Sha ke sini atas dasar perikemanusiaan. Sha macam sudah hilang arah tujuan. Kalau encik jadi kami pun, encik akan tolong Sha ketika itu. Saya tak tahulah kalau encik bukan jenis yang suka tolong orang. Kalau tak takkan perempuan sebaik Sha akan lari tinggalkan rumah,.’’ Abang Hadi berhenti bercerita lagi. Semakin kuat Kucai mengeluh. Aku hanya menanti untuk mendengar apa reaksi dari Kucai.

            ‘’Kami jumpa kereta Sha tersadai di tepi jalan dalam keadaan yang remuk teruk. Kami ingat Sha terlibat dalam kemalangan dan telah meninggal dunia. Nasib baik ada pekerja saya yang nampak Sha di sini bila dia bercuti di sini bulan lepas. Saya ada di Beijing ketika tu kerana urusan kerja. Saya pulang semalam dan terus bergegas ke sini. Tapi apa yang saya dapat hanya sumpah seranah.’’ Kali ni aku pula yang mengeluh kasar kerana mendengar kata-kata Kucai. Aku sumpah seranah dia? Masa dia kata aku tak ada otak tu, apa benda? Nampak orang ja yang salah! Huh!! Hati aku sudah berapi di dalam.

          ‘’Sha tak pernah sumpah orang! Mungkin encik yang mulakan dulu. Sha takkan buat benda tak elok kalau dia tak terasa diancam,.’’ Abang Hadi berkata yakin. Aku masih menunggu respon dari kucai.

            ‘’Saya dah kenal isteri saya tu sejak bayi lagi. Saya tahu isteri saya tu macam mana. Awak baru kenal dua tahun takkan awak lebih memahami dia dari saya?’’ aku kembali menjadi berang mendengar kata-kata Kucai yang kedengaran begitu angkuh. Aku tak dapat melihat riak abang Hadi sekarang ni. Aku menunggu balasan dari abang Hadi dengan sabar.

         ‘’Kalau encik dah tak sukakan dia, lepaskan dia dengan cara baik. Sejak dia tinggal di sini, ramai pemuda kampung ni yang suruh mak mereka masuk bertanya. Sha masih muda dan berhak hidup bahagia. Saya mungkin tak kenal dia sebaik encik kenal dia tapi sekurang-kurangnya sepanjang dua tahun di sini kami tak pernah sakitkan hati dia macam yang encik buat. Sha mungkin pernah reyau dalam diam. Sha selalu reyau bila dia lepak di sini setiap malam sorang-sorang. Saya juga pernah tengok Sha reyau ketika sembahyang tapi saya tak pernah tengok Sha reyau teruk macam hari ni. Maknanya walau encik kenal dia lebih dari kami tapi encik tak pernah nak memahami hati dia pun,..’’ abang Hadi menyudahkan ayat-ayatnya sambil bangun dan berlalu dari kerusi simen. Aku menyembunyikan diri di sebalik rumpun pokok.

          Bila abang Hadi melalui tempat aku bersembunyi aku menoleh ke arahnya. Yang hairannya macam dia tahu saja aku ada di situ dia juga menoleh ke arahku. Aku meletakkan jari telunjuk di bibirku dan abang Hadi terus melangkah dan meninggalkan aku.

            Aku bangun dan melalui belakang tempat Kucai duduk dengan senyap. Aku berjalan perlahan-lahan hingga agak jauh dari Kucai. Aku mula melangkah ke arah pantai dan menyusuri pantai lagi. Kali ini langkah aku agak jauh dari kebiasaannya. Selalunya aku hanya berdiri betul-betul di depan kedai mak cik Gayah. Malam ini agak jauh kerana nak melarikan diri dari Kucai.

         Aku berdiri di persisiran pantai sambil membiarkan ombak membasahi kakiku. Suara ombak yang damai menenangkan hatiku. Aku tak tahu sejak bila aku terlalu suka dengan laut. Mungkin laut sentiasa mengingatkan aku tentang kebesaran Ilahi jadi aku teruja untuk berada dalam keadaan sekarang setiap kali hatiku keresahan. Laut adalah penawar segala duka laraku.

           ‘’Hai Sha! Jauh berjalan malam ni? Selalunya Sha lepak depan kedai ja.’’ Pemuda kampung yang selalu ajak aku berborak setiap kali pergi makan di kedai mak cik Gayah menegurku. Usianya sebaya denganku tapi masih solo lagi. Dengarnya pernah putus tunang kerana tunangnya curang dan berkahwin dengan orang lain. Rupanya agak kacak juga dan berkulit kuning langsat. Dia bekerja sebagai pemandu pelancong di Langkawi ini. Fasih berbahasa Inggeris. Tak tahu pulak aku apa kelulusan sebenar dia. Bukan kerja aku nak cari maklumat pasal dia,

            ‘’Jauh berjalan, luas pandangan.’’ Aku menjawab selamba dengan wajah yang cukup tenang. Huhu,.tenang di luar tapi berombak ganas di dalam.

            ‘’Boleh Akim temankan Sha?’’ aku mengeleng pantas.

             ‘’Pi balik la Akim. Tak elok orang tengok. Malam-malam pulak. Sha saja mai tang ni. Tempat Sha lepak dah ada orang kebas.’’ Aku sengaja mengajuk loghat Kedah. Biarlah tak sebaik mana tapi aku cuba jugaklah. Dua tahun aku di sini. Lidah pun dah sebati dah dengan loghat Kedah yang aku dengar hari-hari.

                ‘’Boleh la Sha? Bukan selalu boleh tengok Sha berjalan sampai sini.’’ Dia mengayat lagi. Aku tetap tunjukkan wajah tenang aku. Hati di dalam dah panas membara. Dalam keadaan macam ni, aku mudah naik angin bila ada orang tak faham dengan bahasa yang aku tuturkan. Aku cakap bahasa tamil satgi baghu dia nak tau!

                 Aku tak mengendahkan permintaan Akim. Aku berjalan menyusuri pantai menuju ke arah kedai mak cik Gayah. Cukuplah aku berdiri untuk seketika saja malam ni. Selalunya macam ni la setiap malam. Cukuplah lima minit atau sepuluh minit aku menatap laut. Paling lama aku melepak di tepi pantai setiap malam adalah dua puluh minit. Aku tak heran pun dengan umpatan orang terhadapku. Aku bukannya kacau orang pun. Aku hanya menghayati ciptaan Ilahi di depan mata.

            ‘’Laa,.nak balik dah ka?’’ Akim bersuara lagi. Aku hanya mampu berdoa agar dia tak mengikut aku dari belakang. Aku menyusuri pantai hingga sampai di depan kedai mak cik Gayah. Aku terkejut bila melihat Kucai masih berada di kerusi simen kegemaranku. Ah! Lantak hang la Kucai, nak duduk di situ sampai pagi pun.

            ‘’Ira!’’ aku dengar Kucai panggil aku. Aku buat-buat tak dengar dan terus berjalan. Seketika kemudian dia datang dan menarik tanganku supaya mengikutnya. Dia suruh aku duduk atas kerusi simen. Aku duduk dan menyilangkan tanganku ke dada. Aku menarik nafas dan melepaskannya dengan berat. Mata aku hanya memandang ke arah laut tanpa menoleh sedikit pun ke arah Kucai.

           ‘’Abang minta maaf! Tak apa kalau Ira tak nak ikut abang balik. Abang kena balik ke KL awal pagi esok kerana ada mesyuarat penting. Ira jangan pergi mana-mana ya! Nanti abang datang untuk ambil Ira semula,.’’ Aku mengeleng laju. Aku tak setuju dengan permintaannya. Nak balik, balik sajalah. Tak payah nak pujuk aku balik sekali. Tak datang semula pun aku tak kisah. Aku berbisik di dalam hati padahal sebenarnya hati aku turut sebak mendengarnya, Aku juga terlalu rindukan dia. Keegoaan aku yang menidakkan kehadirannya.

            ‘’Orang tak mau balik! Orang nak tinggal di sini. Tak payah nak susahkan diri encik la. Kalau encik sibuk tak payah mai lagi. Orang tak mau kerana orang, lingkup pulak syarikat  encik tu,.’’ Aku sengaja buat ayat-ayat sentap tu. Memang sengaja nak cari pasal. Aku dengar  Kucai menghembus nafas dengan kuat. Marah ke encik Kucai?

            ‘’Ira tahu tak, apa yang Ira buat ni berdosa? Ira tahu tak dosa Ira abang yang kena tanggung? Sampai bila abang nak tanggung semua dosa-dosa Ira? Anak abang tu pun nak kenal ayah dia jugak.  Mama dengan papa pun nak tengok zuriat keturunan mereka jugak. Sampai bila nak berdegil macam ni? Berhentilah buat perkara yang tak berfaedah ni. Sibuk-sibuk abang pun, abang datang sini nak jumpa Ira. Nak pujuk Ira balik. Takkan itu pun Ira tak reti nak hargai?’’ Fuhh! Terbaekk punya ayat. Ada aku tersentuh? Tak ada maknanya!

           ‘’Senang saja kalau encik dah tak sanggup tanggung dosa orang. Encik buatlah keputusan untuk lepaskan orang yang banyak buat dosa ni. Kalau pasal zuriat keturunan tu encik tak payah bimbanglah. Rasanya Naimah pun boleh melahirkan ramai zuriat untuk kembangkan keturunan keluarga encik. Dia lebih mampu dan zuriat dari rahim dia lebih berkualiti dari zuriat yang orang lahirkan!’’ aku balas soalan dia dengan ayat sentap lagi. Kalau dulu aku memang tak berani nak jawab lebih-lebih. Sekarang ni sejak melalui pahit maung seorang diri, aku semakin yakin untuk berlawan kata dengannya. Kucai menarik kasar rambutnya mendengar jawapan yang aku berikan. Nampak sangat dia sedang tertekan dengan apa yang aku luahkan. Mati kutu ke encik Kucai?

         ‘’Payahlah nak bercakap dengan orang yang degil macam Ira ni!’’ dia berkata perlahan. Aku sudah berdiri untuk masuk ke dalam rumah. Tempoh aku melepak sudah hampir habis.

       ‘’Kalau dah tau payah, buat apa datang?’’ keluar lagi ayat pemanas jiwa dari aku. Aku menoleh sepintas lalu ke arahnya dan dia sedang merenung tajam ke arahku. Aku tersenyum sinis dan berlalu masuk ke rumah. Aku pasti selepas ini mata aku akan banjir lagi!

.............................................

                  Masuk ke dalam bilik aku perhatikan wajah anakku yang sedang nyenyak tidur. Rina yang tidur sebilik denganku masih melayan drama Korea di You Tube. Laju pulak line dalam laptop dia malam ni? Selalunya asyik merungut saja ‘berukbank’ dia tu slowlah, lembablah dan sebagainya.

            ‘’Tak tidur lagi Rina? Best tak drama tu? Tajuk apa?’’ aku bertanya dalam nada ceria. Rina menoleh sepintas lalu ke arahku dan kembali memandang skrin laptopnya.

             ‘’Nice Guy kak Sha, kesian kat Joong Ki ,.’’ Rina menjawab selamba. Aku menghampirinya dan mengintai skrin laptop. Tiba-tiba aku teringat pertanyaan aku pada Kucai dulu. Kalau dulu aku berharap Kucai boleh jadi geng aku untuk menonton drama Korea tapi hari ini aku sudah ada geng untuk menontonnya.

        ‘’Kak Sha! Lelaki siang tadi suami kak Sha ka? Hensemnya!’’ Rina menoleh ke arahku dan bertanya. Aku hanya mengangkat bahu tanpa menjawab pertanyaannya. Aku duduk di sebelah Ku Shaini dan mengelus rambutnya. Aku perhatikan wajahnya dengan air mata yang sudah bergenang. Maafkan mama sayang! Kalau kedegilan mama ini sudah memisahkan anak mama dari papa. Aku berdialog di dalam hati.

         ‘’Kak Sha nak tengok dak drama ni? Rina dah download semua episod tapi malam ni Rina nak tidur awal. Esok baru nak layan kalau ada masa,.’’ Aku menoleh ke arah Rina dan mengangguk. Bibir sudah tersenyum mendengar pelawaannya.

         ‘’Joong Ki si cute tu yang berlakon, mesti bestkan?’’ aku menghampiri Rina sambil bertanya. Rina menolak laptop padaku. Aku mula mengadap skrin laptop dan klik episod pertama.

          ‘’Sedih kak Sha, sedia tisu banyak-banyak. Rina dah tengok sampai episod sepuluh. Marka Kang Ma Roo tu tak setia. Kak Sha tengoklah sendiri!’’ Rina berkata dan kemudian dia bangun dan menuju ke bilik air.

           Aku mula layan Nice Guy dan fokus dengan setiap sari kata yang disiarkan untuk memahami jalan ceritanya. Baru tengok separuh episod Rina keluar semula dari bilik air dan menghampiri tempat tidurnya. Bila Rina sudah tidur lena aku masih melayan Nice Guy dari satu episod ke satu episod. Memang menyayat hati dan bila sampai part sedih aku menangis sesungguh hati. Sebenarnya aku bukan tersentuh dengan drama tu sangat pun. Memang style aku bila sedih dan aku perlu melepaskan rasa sedih tu aku akan layan gambar-gambar sedih atau membaca novel sedih. Bila part sedih, aku akan lepaskan semua perasaan sedih aku tu.

                 Sebenarnya semua ini taktik aku sebab tak mahu orang baca suara hati aku. Dulu aku pernah sakit hati dengan Kucai tapi aku pendamkan perasaan tu jadi aku sengaja baca novel Siti Rosmizah yang kebanyakan ceritanya memang sedih. Kucai kutuk aku bila melihat aku menangis hingga bengkak mata. Semakin teruk aku menangis bila dengar dia kutuk aku.

             Drama Nice Guy ni pun aku rasa aku pernah layan dulu. Pernah disiarkan dalam tv juga tapi aku tak ingat pula siaran tv yang mana satu. Bila aku perlu melepaskan perasaanku, aku akan layan apa saja yang terlintas dalam fikiranku.

              Bila aku dah malas nak tengok dari episod ke satu episod sebab malam sudah semakin larut, aku klik episod akhir dah mula menonton endingnya. Bila masuk part heroin sudah tahu Kang Ma Roo ada kanser otak aku mula menghayatinya dengan perasaan syahdu. Aku paling sedih bila Kang Ma Roo menyuruh bekas kekasih pertamanya berubah dan menyerah diri pada polis dan bila kekasih pertamanya tahu Kang Ma Roo ada kanser otak.

            Aku tahu aku bukan Nice Girl atau pun Nice Women tapi sekurang-kurangnya cerita ini mengambarkan tentang pengorbanan seorang kekasih yang tak pernah dihargai. Mungkin cerita ini tak ada kena mengena dengan aku namun bila memikirkan tentang pengorbanan yang tak dihargai kesedihan itu datang tanpa diundang.

         Hakikat kehidupan di dunia ini memang banyak beginikan? Pengorbanan kita selalu kita nak ungkit tapi pengorbanan orang lain pada kita, tak pernah kita nampak. Aku tak tahu apa pengorbanan yang pernah aku buat dan aku tak tahu apa pengorbanan Kucai yang harus aku hargai. Yang aku tahu pengorbanan mak su membesarkan aku dan pengorbanan keluarga mak cik Gayah kerana sudi menerima aku di rumah ini dan melayan aku sebaik mungkin.

           Bila memikirkan semua pengorbanan mak su aku rasa bersalah kerana menghilangkan diri dan membuatkan dia rasa bimbang. Tapi, dalam masa yang sama aku seolah ingin membalas dendam pada mak su kerana pernah berpakat dengan Kucai untuk mengenakan aku walau dia mungkin tak berniat untuk menyakitkan hati aku.

              Aku juga manusia biasa yang lemah. Sebagai hamba Allah yang lemah aku juga mempunyai banyak kekurangannya. Selalunya manusia mudah melupakan budi yang ditabur tapi kesan sakit hati yang diberi lebih meninggalkan kesan yang mendalam di dalam hati. Budi yang ditabur senang dilupakan orang tapi rasa dendam di hati pula walau dikikis masih tetap bersisa.

          Hurmmm,..aku mengeluh lagi. Tak tahu kenapa keluhan aku kali ini begitu sukar aku rasakan. Hati dan fikiran aku bertelagah lagi. Bila hati dan fikiran tak seia dan sekata, jiwa yang menjadi mangsa. Aku tahu sebagai hamba Allah aku perlu bersedia dengan setiap ujian. Aku perlu Redha menerima takdirnya. Masalahnya, bukan aku tak boleh terima. Bila minda berkata ya, hati pula menidakkannya. Jiwa aku pun turut keliru, yang mana satu harus aku pilih?

         Ya Allah! Bantu aku meleraikan segala kekusutan ini. Aku benar-benar mengharapkan bantuan dariMU ketika ini. Berikan aku jawapannya agar aku dapat membuat keputusan yang takkan melukakan hati sesiapa pun. Esok Kucai akan pulang semula ke Kuala Lumpur dan melakukan tugas hariannya. Aku akan kehilangannya lagi. Apa keputusan yang harus aku beri? Perlukah aku terus berdegil? Atau haruskah aku korbankan perasaanku demi Ku Shaini Alif?

          Air mata aku mengalir lagi bila aku mula merebahkan diri untuk melelapkan mata dalam dinginnya dinihari. Malam yang semakin larut aku tempuhi dengan linangan air mata keresahan dan kekeliruan. Aku manusia pendosa yang sedang membayar Kifarah dariNYA. Allah sayangkan aku dan aku sedang dalam perhatianNYA. Aku sedang diuji untuk memantapkan keimananku padaNYA. Semoga hari esok yang mendatang menjanjikan rahmat dan berkat dariNYA.

................................................

              Di awal pagi bila kedai baru saja dibuka Kucai sudah terpacak di depan kedai. Mak cik Gayah mempelawa dia masuk dengan ramah dan memanggil aku di dalam rumah. Aku mendukung Ku Shaini dan membawa dia berjumpa dengan Kucai. Walau aku marahkan Kucai seteruk mana pun, aku tak boleh menafikan hak anak aku untuk bertemu dengan ayah kandungnya. Itu yang aku fikir dan aku berharap anak aku dapat mengenali Kucai sebagai ayahnya walau apa pun kemungkinan yang bakal melanda perhubungan kami.

           Sebaik aku berada di depan Kucai dia mengambil Ku Shaini dan mendukungnya. Digomolnya Ku Shaini sepuas hatinya hingga Ku Shaini merenggek dan menghulurkan tangannya padaku. Aku pula yang terasa sayu melihat telatah Kucai. Kemudian dia mengajak aku duduk  dan menyuruh aku mengambil gambar dia bersama Ku Shaini. Bila aku tak mahu menolongnya dia snap sendiri gambarnya bersama Ku Shaini.

              ‘’Ira boh nama apa? Macam mana Ira daftar surat beranak dia? Setahu abang, Ira tak bawa pun surat nikah kita. Ada ja surat nikah tu pada abang.’’ Mendengar soalan Kucai aku teringat kembali detik-detik untuk mendaftarkan surat beranak Ku Shaini di Pejabat Pendaftaran. Aku lahirkan Ku Shaini di Hospital Pulau Langkawi tanpa sebarang masalah. Memang ada kesukaran bila nak mendaftarkan namanya tapi memandangkan sekarang ni zaman komputer aku usahakan juga.

                   Aku ingat lagi dulu bila salah seorang kawan sekolahku kehilangan surat beranak. Dia hanya perlu mengisi borang dan mendapatkan surat beranak baru. Semuanya ada dalam komputer. Hanya beberapa maklumat peribadi saja yang diperlukan. Aku pun lakukan perkara yang sama. Aku cuma perlu buktikan aku sudah bernikah dan Ku Shaini anak yang lahir dari ikatan pernikahan. Perkara yang sama aku lakukan macam yang kawan aku pernah lakukan. Aku isi borang dan isikan maklumat peribadi yang aku tahu. Nasib baik aku dah hafal nombor kad pengenalan Kucai kerana itulah maklumat terpenting yang perlu aku isi. Pekerja pejabat pendaftaran hanya perlu cari saja dalam senarai yang sudah wujud kerana pernikahan kami memang sudah didaftarkan secara sah.

          ‘’Panggil saja Alif!’’ aku berkata dengan tenang. Nama awal Ku Shaini aku tak berani nak sebut. Nampak sangat aku masih ingatkan Kucai.

         ‘’Alif? Kenapa Alif?’’ Kucai tanya lagi. Banyak songeh sungguh!

             ‘’Sebab dia anak sulung. Alif tukan abjad pertama.’’ Aku jawab sambil lewa saja, padahal alasan sebenarnya aku sengaja nak samakan nama Ku Shaini dengan nama Kucai. Kalau ayahnya Ku Shairi Arif, anaknya mestilah Ku Shaini Alif.

           ‘’Ooo,.jadi anak nombor dua nanti mesti kena boh nama Ba kan?’’ aku macam nak tersenyum mendengar pertanyaannya tapi sengaja aku berwajah serius dan membuntangkan mataku.

            ‘’Anak orang! Biarlah orang nak boh nama apa pun!’’ sengaja lagi aku nak membakar hatinya. Dia hanya tersenyum sambil mencebik.

           ‘’Perasan! Ingat anak Ira sorang ja ke? Kalau tak ada abang ni, takkan jadi tau!’’ Kucai membalas sambil tergelak perlahan. Giliran aku pula mencebik.

          ‘’Orang maksudkan anak nombor dua nanti. Bukan orang cakap pasal Alif.’’ Aku menjawab sambil menjegilkan mata. Kucai terus ketawa.

            ‘’Hei cik adik! Awak ingat Kucai ni nak lepaskan Taugeh macam tu saja ke? Kalau ada kucai tapi tak ada taugeh, cucur udang takkan jadi tau!’’ aku mengulum senyum mendengar kata-katanya. Tiba-tiba mod aku baik pulak pagi ni mendengar setiap patah kata dari Kucai.

           ‘’Orang goreng cucur udang tanpa kucai dan taugeh okey ja. Menjadi jugak cucur udang orang tu,.’’ Aku tak mahu mengalah. Jawab tetap jawab. Seketika kemudian telefonnya berbunyi. Dia menyerahkan Ku Shaini padaku sambil bangun dan menjawab telefon.

          ‘’Abang kena balik dulu. Abang tak tau lagi bila nak datang balik. Kalau Ira rindu nak gaduh dengan abang, fikir dulu ayat-ayat bernas yang Ira nak cakap. Abang tak mau gaduh dengan Ira lagi. Abang balik dulu. Tunggu abang tau!’’ Kucai tuturkan ayat-ayatnya dalam keadaan tergesa-gesa dan mencium pipi Ku Shaini lantas berlalu meninggalkan kami. Aku masih berdiri kaku memerhatikan langkahnya yang semakin menjauh. Ishh,..dia pergi macam tu saja? Ini lecehnya kalau berkahwin dengan orang yang sibuk sepanjang masa ni!

          ‘’Laa,.pi mana dah laki hang? Takkan balik dah kot? Mak dah buat ayaq ni!’’ mak cik Gayah datang dengan dua cawan air milo panas. Aku mengangguk dan memandang tepat ke arah wajah mak cik Gayah. Air mataku sudah bergenang dan aku tak mampu nak menahan lagi. Perlahan air mata itu turun ke pipi. Mak cik Gayah memandang simpati padaku.

          ‘’Awat yang hang reyau pulak ni? Kalau hang sayang kat dia awat tak ikut dia balik? Mak bukan nak halau hang tapi bila dah jadi bini orang ni, marah macam mana pun laki tetap kena utamakan dulu,.’’ Mendengar kata-kata mak cik Gayah semakin galak air mata aku mengalir. Aku kesat air mataku yang tak mahu berhenti. Aku cium pipi Ku Shaini dan peluk kemas anakku.

          ‘’Dia sibuk mak Gayah. Kalau Sha balik pun, dia bukan selalu ada di rumah. Kadang-kadang berbulan dia ke luar negeri uruskan hal kerja dia. Kalau mak Gayah izinkan Sha nak tinggal di sini terus. Sha dah suka sangat tinggal di sini. Dah jatuh cinta dengan pantai dan laut. Dah tak boleh berpisah lagi dah!’’ aku berkata lagi sambil mengesat air mata. Aku tergelak kecil cuba menceriakan hati sendiri.

       ‘’Boleh aih,.kalau nak duduk di sini teruih pun. Mak Gayah lagi suka. Jom kita pi menyorok dulu. Ingatkan nak ajak laki hang menyorok sekali tadi, dia dah balik pulak dah.’’ Mak cik Gayah berkata sambil mengusap lembut bahuku. Ku Shaini pula sudah mendepakan tangannya pada mak cik Gayah. Anak aku pun dah panggil tok kat mak cik Gayah. Nak buat macam manakan. Nama pun budak-budak kecil. Kalau Damia, Dania dan Danish panggil tok, anak aku yang baru nak belajar cakap pun akan ikut macam mana mereka panggil.

..................................

               Seminggu selepas kedatangan Kucai, keluarga mak su pula menyusul. Seminggu juga mereka bercuti di Pulau Langkawi ni. Mereka menyewa di homestay yang berhampiran dengan pantai. Mak su cakap mereka jumpa kereta aku dan beg pakaian aku di dalam kereta. Yang hairannya, walau pun kereta aku hilang di Alor Setar tapi kereta aku dijumpai di Shah Alam Selangor. Mereka sangkakan aku yang mengalami kemalangan. Kucai bercuti sebulan selepas itu dan mencari aku di semua hospital di seluruh Perak dan selangor.

          Mak su kata Kucai alami kemurungan yang teruk selepas aku hilang. Setahun selepas aku hilang barulah Kucai kembali pulih dan mula sibuk dengan kerja. Kucai gila kerja selepas dia bangkit kembali dan tak menghiraukan lagi tentang kehidupannya. Walau dipaksa untuk berkahwin sekali lagi, dia tak pernah menghiraukannya. Bila Kucai rindukan aku, dia akan datang ke kampung kami dan tidur di dalam bilikku yang mana tapak bilikku itu adalah tempat pokok rambutan yang menjadi kenangan antara kami ketika masih kecil.

           Bila diingatkan semula cerita mak su, ada sedikit rasa kelakar. Manusia memang begitu sifatnyakan? Bila ada tak dihargai. Bila dah kehilangan, barulah nak merindui. Hurm,.

        Dua hari selepas mak su pulang, mama dan papa pula datang bersama kak Yani, Suzy dan keluarga masing-masing. Mereka juga menyewa homestay yang sama mak su sewa kerana homestay itu lebih dekat dengan rumah mak cik Gayah. Siang dan malam mereka datang menziarahiku dan ajak aku berbual. Mereka juga membawa aku dan Ku Shaini pergi bershoping. Mereka hanya tinggal tiga hari dua malam di sini. Dua malam juga aku menginap di homestay bersama mereka. Mama kata mereka datang lewat kerana mereka baru balik dari London kerana melawat Naimah yang baru melahirkan anak keduanya. Naimah berkahwin dengan mat saleh dan menetap di London sekarang ni. Daebak! Naimah terbaeek! Lega aku mendengarnya.

                Bila mama bercerita pula tentang Kucai selepas kehilangan aku, ceritanya agak sedih berbanding cerita mak su. Kata mama, Kucai selalu mengelamun dan meracau ketika tidur. Diri tak terurus dan kesihatannya tak menentu. Kucai juga hilang selera makan. Badan Kucai susut teruk. 

              Suatu hari mama kata pada Kucai ‘’ Kalau angah sayangkan Ira, berdoalah pada Allah agar Allah tempatkan Ira bersama orang-orang yang beriman tapi kalau angah yakin Ira masih hidup, angah tak boleh melamun sepanjang hari macam ni. Kalau Ira masih hidup tentu dia akan reject angah kalau angah selalu sakit dan kurus macam ni. Angah mahu ke kena reject dengan Ira?’’

          Dalam sedih aku tersenyum lucu mendengar cerita mama kerana ayat yang mama karang itu telah membuatkan Kucai bangkit kembali. Cuma masalah lain pula yang timbul. Kucai terlalu tumpukan pada kerja hingga lupakan masa untuk berseronok. Amal ibadat memang Kucai buat tapi  Kucai dah jarang ke masjid. Solat pun selalunya di akhir waktu atau pun Kucai selalu mengkhada solatnya kerana sering kesuntukan masa.

          Selepas keluarga mertuaku pulang aku menanti kedatangan Kucai setiap hari. Macam hari ini aku menyusuri tepi pantai lagi bersama Ku Shaini. Aku tak bekerja hari ini. Mak cik Gayah macam tahu saja mod aku untuk bekerja sudah hilang sejak Kucai datang ke sini.

        Tak tahulah kenapa hati aku berdegil untuk terus tinggal di sini. Pujukan mama, kak Yani, Suzy serta mak su menyuruh aku kembali ke rumah kami tidak berhasil. Mereka pulang dengan kehampaan. Tiada siapa yang boleh memaksa aku untuk kembali ke sana. Kalau Kucai masih nakkan aku, dia yang harus tinggal di sini bersama aku. Eh! Kejam sangat ke statement aku ni? Aku tak cakap pada siapa-siapa pun suara hati aku ni. Aku hanya berkata pada diri sendiri. Aku yakin Allah tahu isi hatiku. Aku akan sabar menanti apa yang bakal mendatang. Aku percaya Allah dah tetapkan sesuatu yang terbaik untukku.

            Aku tak mahu pulang ke Kuala Lumpur kerana aku rasa hidup di sini lebih tenang dan damai. Kuala Lumpur sebuah bandar yang penuh kesibukan dan kesesakan. Lagi pun Kucai bukan selalu ada di rumah. Bila dah ada anak ni, aku pun sudah malas untuk pergi kerja lagi. Aku lebih suka menjadi suri rumah sepenuh masa. Aku impikan seorang suami yang sentiasa ada bila aku perlukannya. Bukan seorang suami yang sentiasa sibuk macam Kucai dan selalu tinggalkan aku. Aku bukan ingin menolak kehendak takdir. Aku cuma berharap untuk hidup sederhana dan bahagia.

                 ‘’Ma,ma,ma,ma,..’’ Ku Shaini bersuara sambil menarik kainku. Aku tersenyum sambil duduk bertinggung dan memandang wajahnya.

            ‘’Tam,tam,..’’ Ku Shaini menunjukkan beberapa ekor anak ketam kecil yang sedang berlari-lari di atas pasir. Aku menangkap seekor ketam dan memberi padanya. Dia sudah ketawa keriangan tapi tak berani memegang anak ketam itu. Aku tersenyum lagi melihat gelagatnya.

          ‘’Alif,.’’ Aku tak tahu bila Kucai tiba. Dia panggil Ku Shaini dan mendukungnya. Dia cium pipi Ku Shaini kiri dan kanan. Ku Shaini mendepakan tangannya padaku sambil merenggek.

              ‘’Alif rindu papa tak?’’ aku mencebik pada Kucai. Anak dia tu baru dua kali jumpa dia. Macam mana nak rindu. Jumpa pun baru beberapa minit saja hari tu.

            ‘’Tanya mama,.mama rindu papa tak?’’ Kucai bersuara lagi. Eh! Dia yang rindu aku, tak nak cakap!

            ‘’Papa cakap ajelah,.papa tu yang rindu mama dengan Alif. Tak payahlah nak buat-buat tanya Alif pulak!’’ aku suarakan rasa hatiku. Kucai memandangku dan menjungkitkan keningnya.

          ‘’Yalah! Abang tahulah,.abang sorang ja yang rindukan Alif dengan orang tu tapi orang tu tak rindukan abang pun,.’’ Kucai bersuara lanjut. Aku mengulum senyum lagi. Niat di hati nak menyakat dia dengan ayat-ayat sentap aku, tapi aku teringat pula kata-kata terakhirnya sebelum dia pulang ke Kuala Lumpur. Kalau aku nak bergaduh dengan dia lagi, aku kena buat ayat-ayat bernas kerana dia tak mahu bergaduh dengan aku lagi. Aku pun dah malas nak bergaduh dengan dia jugak. Lebih baik aku berhati-hati sebelum berkata.

          ‘’Macam mana encik Kucai tahu orang di sini tak rindukan orang di sana? Encik boleh baca hati orang di sini ke?’’ aku  berkata lagi sambil tersenyum lucu.

           ‘’Kalau orang di sana, rindukan orang di sini jugak, kenapa orang di sana nak berencik-encik pulak? Tak boleh panggil abang macam dulu-dulu ke?’’ Kucai mengikut rentak aku. Tanpa sedar aku sudah ketawa perlahan. Alahai,..

          ‘’Tak mau pangge abang. Nak pangge pak hang boleh dak?’’ tetiba aku bercakap loghat Kedah. Kucai sudah ternganga memandang aku. Sesaat kemudian dia sudah tergelak.

          ‘’Hodoh sangat aih! Tak romantik langsung!’’ Kucai menjawab pertanyaanku sambil bibirnya masih lebar dengan senyuman.

         ‘’Orang di sini bukan macam orang di sana. Romantiklah sangat, sampaikan di tempat awam pun berani nak kiss orang. Macam dia sorang ja ada bini.’’ Aku teringatkan adegan Kucai mengucup dahiku dan pipiku ketika hari lahirnya dulu. Bila aku cakap macam tu, dia kenyitkan matanya dengan spontan dan bibirnya semakin lebar dengan senyuman. Wajah aku pula yang berbahang. Huh! Hampeh,.terlebih berfikir la tu!

          ‘’Amboih! Teringat lagi? Nak abang kiss Ira di tepi pantai ni pulak ke? Buat kenangan seumur hidup.’’ Mata aku terbuntang mendengar kata-katanya. Kalau berani buat macam tu dalam kampung ni, bukan kenangan seumur hidup namanya. Maunya kena kutuk seumur hidup. Agak-agaklah nak tunjuk romantik punkan? Dalam zaman sekarang ni, ramai orang dah hilang malu. Dalam facebook pun dah macam-macam aku jumpa. Gambar couple pun ada yang masuk dalam fecebook bercium mulut. Entah apa-apalah orang sekarang ni. Kalau gambar mat saleh aku tak heran. Ini gambar orang melayu pulak tu. Dah sah beragama Islamkan sebab yang perempuan memakai tudung.

           Aku tak mahu nak menyentuh isu ini kerana aku juga ada anak dan bakal ada cucu dan cicit suatu hari nanti. Apa yang mampu aku buat hanya terus berdoa agar keturunanku yang akan datang terhindar dari perangai tak senonoh ini. Mudahan anak-anak, cucu dan cicit serta seluruh keturunan aku mempunyai sifat malu yang tinggi dan malu yang dimaksudkan itu biarlah malu bertempat.

           ‘’Bukan teringat cuma mengingatkan supaya encik Kucai tak buat lagi. Kita ni tinggal di Malaysia dan negara kita ni ada adab tersendiri. Orang nak buat apapun, lantak merekalah. Kita jangan nak tiru pulak budaya mat saleh tu. Tak sesuai langsung!’’ bila aku berkata begitu Kucai sudah merenung wajahku. Mai dah perangai nak tenung orang ni. Aku pulak mula nak mengelabah bila dia tenung aku macam tu. Aku ambil Ku Shaini yang masih merenggek dan berkalih ke arah laut.

           ‘’Abang dah beli rumah di hujung sana tu, malam nanti Ira tidur di rumah kita ya? Abang dah kemaskan dah sejak abang sampai petang kemarin. Ira cuma balik tidur saja. Tak payah masak, kita makan di kedai saja untuk dua tiga hari ni sebab belum ada barang dapur dan periuk belanga. Nanti kita pi shoping.’’ Aku berpaling pantas ke arahnya. Dia mengangguk dan tersenyum. Aku yang terlopong seketika.

              ‘’Yang tepi homestay tu ke? Wow! Lanskap rumah tu cantik. Beli ke sewa ja?’’ aku tanya lagi untuk kepastian. Tuan rumah tu baru berpindah sebulan lepas. Ada orang cakap sewanya mahal sangat jadi ramai yang tak mampu nak sewa.

          ‘’Beli! Tapi abang sewa tempat pendaratan ikan. Abang dah berhenti kerja di syarikat pak long. Abang nak jadi pemborong ikan di sini. Kita menetap di sini ya sampai tua. Irakan suka tengok laut?’’ Hah? Yeaaa,.aku nak balik buat solat sunat syukurlah kalau macam ni. Hajat aku dah tercapai. Terima kasih Ya Allah kerana menunaikan impianku ini.

         ‘’Betul ni?’’ aku bertanya dan mata aku sudah berkaca-kaca kerana air mata aku sudah tidak sabar untuk gugur ke pipi. Aku gembira sangat. Ini air mata kegembiraan. Akhirnya Kucai kembali padaku dan dia akan sentiasa ada bersamaku.

          ‘’Demi cinta abang untuk Ira abang hadiahkan rumah tu tapi Ira kena berjanji untuk hadiahkan abang dengan anak yang ramai.’’ Kucai melafazkan lagi kalimah cintanya padaku dengan bersyarat. Aku sudah kebam bibir dan memandang ke arah lain. Merah jugak wajahku ini. Baru jumpa dah berangan nak anak ramai. Huhu,..

          ‘’Hitamlah abang lepas ni,..selalu berjemur di tepi laut ni,..’’ Kucai berkata lagi. Aku menoleh ke arahnya dan dia kenyitkan mata. Uishh,..entah apa-apa. Nak mengorat bini sendiri.

            ‘’Hitam kulit tak apa,.hati tu yang penting! Dan paling penting adalah kesetiaan. Lepas ni kalau nak berbaik dengan orang lagi, jangan nak layan bini orang lain dah. Orang tak suka. Orang cemburu. Orang sakit hati! Faham tak?’’ terluah juga kata-kata itu. Aku renung Kucai untuk melihat reaksinya. Dia mengangguk dan wajahnya nampak serius. Macam setuju saja?

          ‘’Okey ja! Tapi kenapa isteri abang ni asyik dok ‘orang-orang’ saja. Dah teringin nak jadi orang-orang pulak ke? Abang pi letak tengah bendang untuk halau burung ciak,  baru tau!’’ aku mencebik. Kalau ya pun, bagilah aku biasakan diri dulu. Malu tau nak manja-manja dengan dia sekarang ni. Dah lama tak jumpakan?

           ‘’Biarlah!,.Jom kita balik Alif. Anak mama tak mandi lagi ni. Dah buchuk masam tau.’’ Aku berkata pada Ku Shaini dan mencium pipinya bertubi-tubi.

             ‘’Hai,.ini yang abang cemburu ni. Cium anak saja ke?’’ aku jeling Kucai. Mula dah la tu nak buat ayat-ayat nakal dia?

               ‘’Ini buah hati orang tau. Kenalkan Ku Shaini Alif Bin Ku Shairi Arif,.hehe,..’’ aku sebut nama penuh Ku Shaini sambil melangkah laju. Kucai mengikut aku dan berjalan beriringan denganku.

            ‘’Ooo,.Ku Shaini ya. Nampak sangat ada orang rindukan abang tapi tak nak ngaku?’’

             ‘’Biarlah! Hati Ira bukan hati Kucai!’’

              ‘’Apa? Taugeh ni memang nak kenakan? Sejak bila kucai ada hati ni?

               ‘’Patutlah pun!’’

                ‘’Apa yang patut?’’

                 ‘’Encik Ku Shairi tak ada hati?’’

                  ‘’Eh! Jangan nak cakap berbelit hah! Abang cakap kucai yang tak ada hati!’’

                 ‘’Tak apa! Tengahari nanti Ira gorengkan kucai dengan hati ayam jamu abang naa?’’

                   ‘’Jangan lupa,.campur taugeh sama, tak ada taugeh tak sedap pulak nanti.’’

                  ‘’Nampak sangat kucai tak boleh hidup tanpa taugeh?’’

                 ‘’Tahu tak apa!’’

********************TAMAT*************************


 Nota; Dah malas nak edit,..ada salah dan silap, harap maaf!!

4 ulasan:

  1. best, tapi cuma sye nak tahu lagi sbb si kucai tu brprangai pelik dgn ira. sampai salam pun dia tarik tngan jer. kecil hati kawe hehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sirah bk...wah, ronda sakan dia..terima kasih ya, sudi baca dan tinggalkan komen.
      haa..nama pun Kucai, memanglah pelik sikit. Lepas ni boleh masukkan dalam tepung campur taugeh dengan udang sekali..hihi😂😂

      Padam
    2. Sirah bk...wah, ronda sakan dia..terima kasih ya, sudi baca dan tinggalkan komen.
      haa..nama pun Kucai, memanglah pelik sikit. Lepas ni boleh masukkan dalam tepung campur taugeh dengan udang sekali..hihi😂😂

      Padam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.