Selasa, 19 Februari 2013

CINTA PERTAMA


 
                    Sekumpulan pelajar lelaki sedang berkumpul di bawah sepohon ceri yang rendang. Riuh rendah dengan pekik dan sorak mereka. Masing-masing membuka cerita, dari perihal sukan, awek dan sebagainya. Biasalah, nama pun pelajar-pelajar sekolah. Sudah tentu masih remaja. Dunia mereka hanyalah keseronokan.

                     Nurul Natrah seorang gadis pemalu. Berwajah manis dan ayu. Lesung pipitnya yang dalam, menambahkan lagi keayuannya. Setiap kali dia tersenyum, pasti ramai yang akan tertawan. Hari ini, Nurul Natrah terlewat ke sekolah. Bukan disengajakan. Tiba-tiba tadi tayar basikalnya pancit. Terpaksa dia menyorongnya ke kedai basikal, dan bergegas ke sekolah berjalan kaki. Peluh membasahi diri, tapi Natrah tak kisah, yang penting dia sudah sampai ke sekolah. Ketika dia melewati tempat pelajar-pelajar lelaki berkumpul, terdengar siulan-siulan nakal mereka. Ahh..memerah juga pipi Natrah. Malu benar dia, bila mendengar usikan nakal pelajar-pelajar tersebut.

              “Arahh! Ehh, tunggu aku.” Terdengar seseorang memanggil dari belakang, Natrah menoleh.

            “Kau ni kenapa? Menonong saja jalan. Laju betul. Penat aku kejar tau.”  Salina bersuara dalam kepenatan. Natrah hanya tersenyum. Tahu benar dia dengan sikap rakannya yang seorang ini.

                Mereka  terus berjalan menuju ke kelas. Sebentar lagi, loceng pasti berbunyi. Nasib baik lagi mereka tak terbabas masa. Kalau mereka sampai selepas loceng berbunyi teruk la mereka. Di kelas,  suasana begitu bising, bagaikan pesta layaknya. Masing-masing sibuk bercerita. Natrah dan Salina menuju ke tempat duduk mereka.

              Tepat masanya loceng pun berbunyi. Hari ini tak  ada perhimpunan. Sementara menunggu guru  yang akan mengajar untuk pelajaran pertama pagi itu, mereka membuat hal masing-masing. Biasalah, kerja mereka membuat bising. Entah apa yang mereka ceritakan. Dalam riuh rendah tu tiba-tiba suasana menjadi sunyi sepi. Masing-masing sudah kembali ke tempat duduk.

           “Bangun! Selamat pagi cikgu.” Ketua kelas bangun dan menjalankan tugasnya.

               “Selamat pagi cikgu,” Semua murid di kelas 5 sastera itu menurut saja apa yang diarahkan oleh ketua kelas dan bangun beramai-ramai sambil memberikan ucap selamat. Kebetulan pagi ni matapelajaran pertama adalah bahasa Inggeris dan cikgunya adalah cikgu Lim.

             Cikgu Lim terus memandang semua pelajar-pelajar di kelas 5 sastera. Dia memandang ketua kelas dan satu persatu wajah pelajar-pelajarnya itu. Hairan dia, adakah dia yang  tersilap, atau pelajar-pelajarnya yang tersilap?

             “Saiful…awak masih mengantuk ke? Pukul berapa awak tidur semalam?” satu soalan cepumas ditujukan untuk ketua kelas.

                “Errr…semalam, semalam…memang, saya tidur lewat cikgu. Kenapa cikgu?” Saiful menyoal balas.

               “Kamu lupa sekarang ni pelajaran apa?” Cikgu Lim masih berteka-teki. Sambil tu Cikgu Lim menuju ke meja guru di hadapan kelas. Sementara Saiful masih bingung dengan soalan cikgu Lim tadi.

              “Tentulah matapelajaran bahasa Inggeris cikgu,” Dengan lurusnya, Saiful menjawab.

                “Hmm,..dalam bahasa Inggeris selamat pagi disebut apa Saiful?” Cikgu Lim menyoal sambil membetulkan cermin matanya yang senget sedikit. Saiful menepuk dahi, baru sedar akan kesilapannya sebentar tadi. Seisi kelas riuh rendah. Masing-masing baru terfikir akan maksud sebenar cikgu Lim.
**********************

                Masa  berlalu begitu pantas. Kalau tadi matapelajaran pertama, sekarang sudah sampai masanya untuk semua orang mengisi perut. Tibanya waktu rehat. Waktu yang dinanti-nantikan oleh setiap pelajar. Natrah macam biasa menghabiskan masanya di perpustakaan sekolah. Natrah memang minat membaca, jarang dia bersama-sama rakan yang lain ke kantin sekolah. Rimas,..ramai sangat orang sampai terpaksa berbaris panjang.

             Natrah menuju ke rak kegemarannya. Buku-buku novel tersusun kemas di rak. Satu persatu Natrah membelek tajuk-tajuknya. Ada sebuah novel yang begitu menarik minatnya,’Kau sayangku’, hasil karya penulis terkenal Bikash Nur Idris. Dicapainya novel tersebut.

          Semacam ada seseorang yang sedang memerhatikan dirinya. Natrah memanggungkan kepalanya. Dupp..tiba-tiba jantung Natrah berdegup kencang. Matanya sedang bersatu dengan sepasang mata lain yang begitu asyik memerhatikan dirinya di sebalik rak. Mereka saling berpandangan. Natrah merasakan seluruh urat nadinya juga sedang bergetar hebat. Apa tidaknya, itulah sepasang mata yang selalu jadi igauannya siang dan malam.

               Danial Hakim Faiz,itulah namanya. Memang Natrah sudah meminatinya sejak ditingkatan satu lagi. Entahlah kenapa? Natrah sentiasa rasa berdebar-debar setiap kali berbalas pandang dengannya.

              “Kau sayangku,.” Selafaz Faiz meluahkan kata dan berlalu pergi. Natrah masih terpaku di situ. Dia sedar Faiz hanya membaca tajuk novel yang dipegangnya. Ahh..Faiz ni bikin hatiku kacau saja. Natrah berkata- kata di dalam hati.

        “Arah, kau ni tak ada kerja lain? Asyik membaca saja. Tak boring ke?”

           “Entah, aku tengok kau ni asal rehat saja cari buku. Asal cari buku saja rehat.” Macam sepakat saja Salina dan seorang lagi kawan baik Natrah, Asmah. Mereka bertiga memang berkawan rapat sejak sekolah rendah lagi. Kawan-kawan mengelar mereka tiga sekawan.

               “Korang yang dengki sangat ni kenapa? Biarlah, dah ini saja minat aku.”

              “Bukan ada lagi ke yang kau minat?” Asmah cuba mengorek rahsia. Ketika mereka datang  tadi mereka terpandang Faiz. Sangka mereka, tentu Faiz bersama Natrah sebentar tadi. Bukan mereka tak tahu macam mana Natrah tu minat sangat dengan Faiz, dan Faiz pun selalu berkirim salam pada Natrah. Selalunya merekalah yang jadi orang tengah antara Natrah dan Faiz.

                “Minat apa pula? Mana ada. Kau ni Asmah, jangan melalut boleh tak?”

                “Aku pula yang melalut. Lina..kau tengok la kawan kita ni. Macam la kita ni tak nampakkan...”

         “Ntah, nak berahsialah pulak!” Salina mencuit bahu Natrah dan  mengenyitkan matanya. Natrah mengulum senyum. Faham benar apa yang dimaksudkan oleh kawan-kawannya itu. Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat. Tiga sekawan bergegas untuk ke kelas.


***********************

               ~As Salam, buat apa tu? Natrah sihat?’’~

               Hahh, siapa pula yang hantar mesej ni? Tak kenal pula nombor ni. Natrah tertanya-tanya pada dirinya sendiri. Namun Natrah tetap membalas mesej tersebut.

                 ~Waalaikumussalam, sape ni?~

                 Lalu  perkataan send terus di tekan. Sebentar kemudian, sekali lagi telefon bimbit  Natrah berbunyi menandakan ada mesej yang sedang masuk.

             ~Faiz~ 

                Natrah membaca mesej tersebut, Faiz? Faiz mana pula ni? Takkan Danial Hakim Faiz kot? Tak mungkin dia. Rasa-rasanya aku tak pernah bagi nombor telefon aku pada dia. Tapi, bagaimana dengan Asmah dan Salina? Ah, kacau ni. Natrah bermonolog dalaman.

~Faiz mana?~

~Berapa orang faiz yang natrah kenal~

~ramai~

~aduhh..hancur luluh hatiku~

~nape pula?~

              Natrah terasa lucu dan mula rasa berdebar. Jangan-jangan ini la Faiz aku? Natrah tersenyum sendirian. Lagak orang sewel pula.

            ~awak.. jangan la uji saya macam ni~ 

                  Mereka berbalas mesej. Natrah seakan terkena kejutan elektrik. Jantungnya sudah mula berdetak hebat. Adakah aku sedang bermesej dengan dia? Aku mesti dapatkan kepastiannya.

            ~ni danial faiz hakim ke?~

            ~ya la sayang, faiz mana lagi~

               Apa? sayang? Ya Allah, benarkah ini? Adakah aku sedang bermimpi? Yahoo..ya be da beduuu. Akhirnya, Natrah sudah mula ditimpa perasaan. Bibirnya sentiasa mengukirkan senyuman.

**********************

Beberapa tahun kemudian,…

                “Kenapa ni sayang? Sejak tadi abang tengok sayang senyum saja sorang-sorang?” Faiz menegur Natrah. Sudah seminggu mereka mendirikan rumahtangga. Tak sangka betul, cinta yang disemai dalam diam akan membuahkan hasil. Habis SPM mereka membawa haluan masing-masing. Mungkin sudah berjodoh. Mereka dipertemukan kembali.

             “Tak ada apa la bang. Arah teringat zaman persekolahan dulu.”

               “Sayang ingat siapa?”

            “Ingat abang la. Siapa lagi?” Natrah memancungkan bibirnya. Pura-pura merajuk la konon.

           “Abang dah ada di sisi sayangkan. Kenapa nak ingat lagi?”

              “Memang la, Arah bersyukur sangat. Tapi bila diingatkan kembali, kadang-kadang rasa lucu juga. Bila Arah mula suka kat abang, Arah ingat Arah hanya bertepuk sebelah tangan. Tapi, bila Asmah bagi tahu yang abang berkirim salam, Arah macam tak percaya jerr…” Natrah merebahkan kepalanya di bahu Faiz. Bahagianya bila dapat berbuat begitu. Rasa aman dan dilindungi. Membuak-buak perasaan kasih dan sayangnya terhadap suaminya itu.

           “Ehh, sekejap. Bukan sayang ke yang berkirim salam dulu pada abang?”

           “Ishh..mana ada.” Natrah mendongak memandang wajah Faiz. Mereka saling berpandangan.

                  “Abang yang berkirim salam dulu. Arah mana pernah pun berkirim salam dengan abang. Arah malu la nak buat macam tu. Nanti apa pula kata orang. Arah ni kan perempuan. Takkan perigi nak cari timba kot.” Faiz hilang kata-kata dan kebingungan, tapi selepas itu Faiz ketawa terbahak-bahak.

             Natrah memukul bahu suaminya. Suka pula dia. Mendengar saja Faiz ketawa, Natrah  terus penasaran. Entah apa yang begitu melucukan suaminya.

             “Abang ni kenapa?  Tiba-tiba jer? Lucu sangat ke bang?” Bertalu-talu soalan Natrah  pada suaminya itu. Faiz masih lagi dalam mod lucu. Patut la kali pertama Natrah keluar berdating dengannya, Natrah gugup semacam saja.

                “Tak ada apa la sayang. Tiba-tiba abang teringatkan waktu mula-mula abang keluar dengan sayang. Abang ingatkan sayang tak sihat masa tu. Siap mengigil lagi, tapi dahi tu berpeluh. Cemas juga abang masa tu.” Natrah turut tersenyum mendengar penjelasan suaminya. Itu semua Salina Dan Asmah punya pasal. Paksa dia keluar bertemu dengan Faiz. Mereka pun tahu, Natrah tu pemalu tapi mereka juga membantu Natrah sebenarnya. Pertemuan itu menjadikan hidup Natrah amat bermakna.

               “Abang tahu tak, masa tu Arah gugup sangat. Sebab abang la orang pertama yang Arah suka. Abanglah cinta pertama Arah. Bagi Arah, biarlah abang jadi cinta pertama dan terakhir dalam hidup Arah. Arah sayang abang.”

              “I love you too sayang. Sepatutnya kita kena ucap terima kasih pada Salina dan Asmah, kerana merekalah yang telah menyatukan kita. Bersyukur juga kepada Allah, kerana telah menjodohkan kita.” Faiz menarik Natrah dekat padanya. Dikucupnya dahi Natrah berkali-kali. Rasa bahagia menyelinap ke seluruh urat nadinya.

               Natrah juga cinta pertamanya tapi memandangkan Natrah selalu bersorong tarik dengannya, Faiz tak berani meluahkan perasaannya. Lagi pun, ketika itu Natrah digilai ramai. Tapi takdir menentukannya. Natrah kini sudah dimilikinya. Moga kebahagian  juga milik mereka hingga ke hujung nyawa.

Hasil Nukilan
Szaza Zaiman


2 ulasan:

  1. PLEASE do not leave any link in my blog. Just comment about my short story. Please understand! This is my blog, so don't make your blog and leave what you want!

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.