Selasa, 19 Februari 2013

SN & SM SETIA SELAMANYA










"ZEATI,...." Puan Habsah memanggil anak manja kesayangannya yang sedang kusyuk membaca novel.
Saisah Mazeati panggung kepala,pandangannya segera di arahkan pada ibunya itu.

"Ibu ada hal nak cakap dengan Zeati ni,berhentilah membaca tu kejap.Kalau dah dapat novel tu sampai tak ingat dunia.Nanti dah kawen, dengan suami sekali tak di layannya." Saisah Mazeati terus tergelak mendengar bebelan ibunya,novel yang di baca di lipat sedikit di hujungnya sebagai penanda mukasurat.Novel di tutup dan diletakkan di atas meja sofa di hadapannya lantas ibunya di dekati.Dia menghenyakkan punggungnya di atas sofa di sebelah ibunya lalu tangannya di depangkan.Ibunya terus di rangkul dalam pelukannya.

"Ibu dah ada calon ker?" Saisah bertanya ibunya selamba.Umur baru tujuh belas tahun tapi ibunya dah mengingatkan dirinya perihal suami.

"Calon apa plak?" Puan Habsah bertanya hairan.Saisah Mazeati di sebelah di pandang tak berkedip.Tak ada plak dia sebut pasal calon pun tadi.

"Haih..ibu ni tadi ibu sebut suami tu,ibu dah ada calon suami untuk Zeati ke?" Saisah Mazeati tersenyum lebar menayangkan giginya.Pantas saja Puan Habsah meluku anak daranya itu.Terlebih sudah!

" Macam tau-tau aja anak ibu ni.Memang dah ada pun.Mau atau tak mau, Zeati kena terima jugak calon ni.Hujung bulan ni nikah." serius saja wajah Puan Habsah menuturkannya.Saisah Mazeati yang menyangka ibunya sedang bergurau terus tergelak besar.Puan Habsah memandang geram.Anak dara siapa ni.Tak senonoh betul.Kalau ada orang yang tengok ni tentu bakal kena reject nak buat menantu.

"Hiesyy..gelak pulak dia.Ingat ibu bergurau ker?" Saisah Mazeati kaget.Ibunya di tenung semacam.Cuba mencari kebenaran di wajah itu.Seketika kemudian ketawanya meletus lagi.

"Ibuuu..kalau betul pun ibu nak buat lawak.Guna cara lain la ibu.Ibu lupa ke anak ibu ni baru nak ambil SPM tahun ni.Maknanya anak ibu ni baru berumur tujuh belas tahun.Sweet seven teen gitu." Saisah Mazeati pandang ibunya sambil mengedip-ngedipkan matanya berkali-kali.Wajah nakal di tayang selamba.Sempat pula Puan Habsah mengedip lembut paha anak gadisnya itu.

"Ouchhh..ibuuu.." Saisah Mazeati mengosok perlahan pahanya.

"Ibu serius dia main-main plak..kan dah dapat ketam batu free." Puan Habsah berfikir sejenak.Memang sukar nak menjelaskan pada anak gadisnya ini.Apa yang ingin di sampaikan ini adalah mengenai masa depan anaknya itu tapi semua ini harus di lakukan juga.Dia sudah berjanji dengan kawan baiknya Mawar.Dia dan Mawar senasib.Mereka sama-sama sudah menjadi ibu tunggal dan mereka hanya punya sorang anak.Dia hanya punya Saisah Mazeati manakala Mawar hanya punya Syahrul Nizar.Mereka sudah merancang untuk menyatukan kedua anak mereka kerana Mawar sekarang sudah hilang tempat bergantung.Dengan berbekalkan ikatan persahabatan mereka yang sudah sekian lama terjalin Puan Habsah telah menawarkan bantuan.Mawar dan Syahrul Nizar di pelawa tinggal bersama mereka tapi demi mengelakkan sesuatu yang tak di ingini mereka telah berpakat untuk menyatukan kedua-dua anak mereka itu.Hanya itulah jalan penyelesaiannya.

"Ibuu..sempat plak ibu ni nak berangan.Ibu angankan sape tu? Bagitau ar..bakal ayah Zeati yang baru ea?" Saisah Mazeati angkat kening,ala-ala Ziana Zain.Puan Habsah menjegilkan matanya.Serkap jarang anaknya itu buat dia jadi bengang seketika.

"Ibu tak fikir pun pasal ayah baru tapi ibu fikir pasal calon menantu ibu." Puan Habsah mengukirkan senyuman manisnya.Saisah Mazeati pula yang berjeda seketika.Ibu ni biar betul.Takkan aku yang masih kecik ni nak di nikahkan juga tapi kalau calon suaminya tu handsome macam watak-watak hero dalam novel yang di baca okey jugak.Why not? Pucuk di cita ulam mendatang.Kecil tapak tangan Stadium Bukit Jalil hamba tadahkan..hehe..
Saisah Mazeati sengeh sorang-sorang.Giliran Puan Habsah pula menjadi hairan.

"Ni pehal plak? Ribut tak,.. angin tak sengeh ja." Saisah Mazeati sengeh lagi.Dalam hati dah mula musykil.Ibu ni boleh di percayai ke? Jangan-jangan ibu sengaja nak menduga aku ni?..

"Ibu..agak-agak la kan,calon menantu ibu tu ada macam hero-hero film tak.Ala..ada pakej lengkap.Handsome,tinggi,berbadan tegap,macho..hehe.."

Puan Habsah senyum.Mula membayangkan wajah Syahrul Nizar yang di temuinya seminggu yang lalu.Syahrul Nizar pun masih muda.Baru tujuh belas tahun.Bila di fikirkan memang tak logik nak kahwinkan mereka berdua.Sama-sama masih bersekolah tapi keadaan terlalu mendesak.Mereka terpaksa membuat keputusan begitu.

"Ibuu.." Saisah Mazeati memanggil ibunya perlahan.

"Bolehlah..kalau nak di ikutkan lengkap juga la pakejnya."Puan Habsah tersenyum.Syahrul Nizar memang ada pakej jejaka idaman.Perfect!. Saisah Mazeati garu kepala yang tak gatal.Ibu macam serius ja.Uwaaa..aku betul-betul nak dapat suami ker? Ibunya di pandang lagi.Wajah ibu memang serius dan serius juga Saisah Mazeati dah rasa mengigil.Tak percaya la bro!!! Aku nak kena nikah?..Uwaaa..sukenyerrr...tapi keliru..


BAB 2


 MASA terus berlalu.Puan Habsah tak pernah bergurau.Saisah Mazeati dah sah jadi isteri Syahrul Nizar.Sebulan juga masa yang di ambil untuk menyelesaikan semua perkara.Bukan senang rupanya.Banyak pihak yang menentang pernikahan itu.Puas mereka menjelaskan alasannya.Akhirnya majlis berjalan juga dengan lancar di rumah adik ayahnya yang bongsu iaitu Pak Busu.Pak Busulah yang menjadi wali pada Saisah Mazeati memandangkan Saisah Mazeati sudah tidak punya ayah.Hanya Pak Busulah satu-satunya waris yang ada.
Persekolahan berjalan seperti biasa.Walaupun Saisah Mazeati sudah bergelar seorang isteri tapi title isteri yang di pegang tak menghalang dia untuk menjadikan dia seperti remaja lain.Saisah Mazeati tetap Saisah Mazeati yang aktif macam biasa.Remaja yang nakal dan ceria.Aktif dalam sukan dan bijak dalam pelajaran.

"Bangun." Ketua kelas 5 Sains Sukan bangun dan bersuara tegas dan lantang.Semua mengikut arahan bila guru kelas mereka cikgu Noriah Hj Suwito sudah terpacak di depan kelas.Bersamanya ada seorang pelajar lelaki yang agak handsome.

" Assalammualaikum cikgu..Selamat pagi cikgu." Ucapan salam dan selamat pagi di laungkan ketua kelas.

"Assalammualaikum cikgu..selamat pagi cikgu." bergema satu kelas dengan ucapan salam dari semua pelajar kelas 5 Sains Sukan.

"Okey kelas.Awak semua boleh duduk." Cikgu Noriah memandang semua wajah pelajarnya.

"Kita ada pelajar baru hari ini." cikgu Noriah pandang Syahrul Nizar.

" Awak kenalkan diri." Syahrul Nizar mengganguk.Dengan yakin dan berani dia mula bersuara.

"Assalammualaikum.Saya Syahrul Nizar bin Mohd Nizam." Walau ada gemuruh di dada Syahrul Nizar cuba berlagak tenang.Seluruh kelas di perhati.Wajah kawan-kawan barunya di pandang dan pandangannya terhenti pada seraut wajah yang amat di kenalinya.Alahh..sekelas la plak!

"Okey..Syahrul.Kamu boleh duduk di kerusi belakang sebelah Ramlan tu."Cikgu Noriah memberi arahan.Tanpa sebarang bantahan Syahrul menurut dan langkah terus di atur menuju meja yang masih kosong.Saisah Mazeati selamba memandang tanpa riak wajah terkejut.

Cikgu Noriah menuju ke meja guru.Sekarang time matapelajaran Bahasa Malaysia.Cikgu Noriah adalah guru Bahasa Malaysia dan sejarah.Perkara pertama yang di lakukan adalah ambil kedatangan pelajar kelas 5 Sains Sukan.

"Siapa yang tak datang hari ni." Cikgu Noriah donggakkan kepala mohon soalannya di balas.

" Atie solehah cikgu dengan Bie Nurul." Zalifah Hussein bersuara.

"Ada lagi cikgu..Adi pun tak datang cikgu." Adi ataupun nama penuhnya Rozaidi.Kawan-kawan sekelas memanggilnya Nujum Pak Belalang gara-gara nama facebooknya yang di beri nama Adi Nujun Adi Nujun.

Cikgu Noriah terus menyelesaikan tugasnya.Yang hadir di tanda satu manakala yang tak hadir di tulis kosong.Rozaidi paling kuat memonteng sekolah.Cikgu Noriah geleng kepala.Seminggu dua hari saja Rozaidi ke sekolah. Apa nak jadi dengan budak sorang ni.

"Hari ini kita buat karangan ya." Cikgu Noriah bangun dan menuju ke papan hitam.Kapor di capai dan beberapa perkataan di coretkan di papan hitam.

" Kenangan saya,.tajuk karangan hari ini.Saya nak kamu buat kerja senyap-senyap.Jangan bising." sehabis menulis cikgu Noriah mula memberi arahan.Dia kembali duduk di meja guru.Wajah serius di pamerkan.Cikgu Noriah memang seorang guru yang tegas.Jarang melihat dia tersenyum dan membuat lawak ketika mengajar.

Saisah Mazeati yang sudah mula menulis tersentak bila terasa ada yang mencuit pinggangnya.Dia menoleh ke arah Ejan yang sudah tersengeh.

"Handsomekan mamat tu." Ejan berbisik.Saisah berpaling ke meja sebelah.Kebetulan Syahrul turut sama berpaling ke arahnya.Syahrul tersenyum.Saisah buat selamba.Sebelum datang ke sekokah tadi masing-masing sudah membuat janji antara mereka tidak pernah saling mengenali.

"Kalau handsome kenapa? Kau berkenan?" Saisah juga berbisik.Bimbang kalau di dengar cikgu Noriah pasti mereka akan di denda.

"Ehh..kalau dia nak,apa salahnya.Aku on ja." Ejen sengeh gatal.Saisah tarik muncung.Dah terlambat Ejan aku dah cop mohor pun.Si mamat handsome tu dah jadi milik aku forever!..Saisah berdialog dalam hati.

"Eh..mamat tu pandang sini la." mereka masih berbual dengan suara perlahan.Saisah pandang sebelah.Syahrul buat selamba.Saisah angkat kening.Apa tengok-tengok? Nak kena cepuk dengan aku ker? Saisah hanya berbisik di dalam hati.Kerja yang cikgu Noriah beri di teruskan.Kenangan saya..apa punya tajuk kenangan.Kalau buat cerita kenangan di paksa nikah okey ke tak ni.Saisah ingin senyum tapi terpaksa di sembunyikan senyuman dengan mengigit bibirnya sendiri.Syahrul di pandang lagi.Syahrul sudah berbual dengan Ramlan.Dah boleh menyesuaikan diri la tu.
Karangan terus di karang tapi yang nyata bukan kenangan bersejarah yang berlalu beberapa hari yang lalu..hurm..cerita baru bermula.Kau dan aku sudah bersatu walau tanpa secubit perasaan cinta.Saisah mengeluh dan untk kesekian kalinya meja sebelah di pandang lagi.Mungkinkah cintaku padamu akan bersemi? Biar masa menentukannya.

BAB 3

 " WEYY,..! ..minta tengok karangan siang tadi." Saisah urut dada.Sedang asyik membaca novel 'Bila Rindu Pun Berlagu' dalam biliknya dia di kejutkan dengan suara Syahrul yang datang tiba-tiba ke biliknya.

"Tak boleh bagi salam dulu ke?.Main sergah ja.." Saisah kuatkan suara.Terkejut punya pasal.Biarlah..

"Ada aku kesah? Aku cari ea dalam beg kau." beg Saisah di atas meja tulis di tuju.Saisah pantas meletakkan novel dan segera menghalang Syahrul.

"Wey..apa ni?..ada plak nak baca karangan orang." beg sekolahnya yang sudah di pegang Syahrul di rampas.

Syahrul tersentak dengan tindakan pantas Saisah tapi sekejap cuma dia sudah mengukirkan senyuman.

"Ala..kejap ja,aku bukan nak ciplak pun.Aku just nak baca ja kenangan apa yang kau tulis." Syahrul masih mencuba.Letih juga dia memerah otak berfikir apa yang perlu di karang.Mana tahu kalau dengan membaca karangan Saisah boleh mendatangkan idea.

"Apa kes plak kau nak baca karangan aku.Kau dah tujuh belas tahun.Takkan kau langsung tak ada kenangan untuk di tulis." Saisah masih berkeras.Beg sekolahnya di larikan dan dia pergi semula duduk di sofa di sudut biliknya.Novel di pegang kembali.Beg sekolah di letakkan di sisinya.Syahrul yang masih tidak berputus asa turut mengekori Saisah dan duduk di sisi Saisah.

"Otak aku blurr ar..pinjam kejap.Aku nak baca." Syahrul buat muka simpati.Wajah Saisah di pandang sayu meminta belas.Saisah yang memandang terasa lucu tapi di sembunyikan senyumannya.Saja buat muka garang.Walhal dalam hati ada taman.

"Apa kenangan paling manis dalam hidup kau?" Saisah sekadar bertanya.Mana tahu nanti boleh menolong Syahrul yang konon-kononnya tengah blur tu.

"Err..tentu ar pegi dating dengan awek-awek cun." Syahrul tayang gigi.Sepantas kilat kepalanya di ketuk Saisah dengan novel.

"Woii..kepala jangan main la.Lagi blurr ar otak aku." Syahrul mengosok kepalanya yang sedikit sengal.

"Kenangan lain.Selain dating dengan awek." pantang betul aku kalau sebut awek-awek ni.Walau cinta belum bersemi tapi suami tetap suami.

"Masa sekolah rendah dulu ada ar,aku pegi rombongan sekolah di Langkawi." Syahrul tersenyum selepas habis berkata-kata.Ada sesuatu yang terlintas di fikirannya.Sejak sekolah rendah lagi Syahrul di minati ramai.Masa pergi rombongan di Langkawi tu ada seorang pelajar perempuan yang comel bagi hadiah padanya.

"Haa..tulis ajalah kenangan tu.Bukan payah sangat pun." Saisah mengajukan idea.Novel yang di pegang tidak jadi di sambung membacanya.Di letakkan di atas riba.

"Mana boleh." Syahrul menjawab kuat.Terkejut dengan saranan Saisah.

"Kenapa plak tak boleh?" Wajah Syahrul di pandang hairan.Apa yang tak boleh plak.Tulis ajalah cerita tu.Pergi rombongan kalau pandai mengolah ceritanya pasti akan jadi satu karangan yang baik.

"Giler! Takkan aku nak cerita ada awek kasi aku hadiah masa pegi rombongan tu kot." laju saja Syahrul bersuara dan laju saja Saisah memukul bahunya dengan novel.

"Mamat poyo." Saisah berkata kuat sambil menjelirkan lidahnya pada Syahrul."Wekkk..." novel di buka kembali.Mencari semula muka surat yang tak sempat di tanda tadi.

"Aku cakap betul apa.Memang ada awek kasi aku hadiah.Minta la kejap aku nak baca sikit aja.Nanti mana tahu idea aku tiba-tiba aja bleh datang..ala pleaseee..!!!" Saisah cebirkan bibir.Novel di baca penuh perasaan.Syahrul di sebelah tidak di pedulikan.Melihat Saisah sudah mula membaca dan tak menghiraukan dirinya Syahrul menjangkau tangannya dan merampas beg Saisah.

"Tak guna punya mamat poyo." mereka berkejaran dalam bilik.Tak cukup dengan itu mulut Saisah riuh membebel.

"Bagi ar balik beg aku tu!" Syahrul yang berada di sebelah kiri katil manakala Saisah di sebelah kanan katil.

"Yang kau kedekut taik idung masin sangat ni kenapa?" sungguh-sungguh Syahrul nak membaca juga apa yang di tulis Saisah.Apabila Saisah semakin berdegil Syahrul semakin meronta-ronta ingin tahu.

Akhirnya dalam kejar mengejar tu Syahrul dapat meloloskan diri.Beg sekolah Saisah di bawa bersama.Syahrul berlari ke biliknya dan bilik di kunci dari dalam.Saisah bengang..Uwaaa..aku tulis kenangan masa aku jatuh longkang masa form one.Tentu mamat poyo tu akan gelak sakan kalau dia baca karangan aku tu.Tak boleh jadi ni.Maunya sebulan la gamaknya dia bakal di ejek oleh mamat poyo tu.Saisah berkejar ke bilik Syahrul.Pintu bilik Syahrul di ketuk berkali-kali.Nasib baik ibu dan mak mentuanya tiada di rumah.Hanya tinggal mereka berdua.Kalau tidak teruk juga menahan telinga di leter keduanya.Syahrul dengan Saisah pasangan suami isteri yang bagaikan anjing dengan kucing.Pantang berjumpa mesti bercakaran.Dah nama pun budak-budak remaja.Alahai..!

Lima minit kemudian bergema ketawa kuat dari bilik Syahrul.Saisah yang mendengar diluar bilik mengetapkan bibirnya.
"Syahrulll...!!!

BAB 4


 "SYAHRUL,..,..macam mana sekolah di sini? Suka?" Puan Habsah menyoal Syahrul ketika mereka sedang menghadap sarapan pagi.Semua mata memandang Syahrul.

"Boleh la ibu.Tapi yang lecehnya kena sekelas dengan budak sebelah ni." Syahrul tayang gigi.Sengaja nak mengusik Saisah.Mamanya mengelengkan kepala.Tahu sangat dengan gelagat budak berdua tu.Saisah menjeling geram.

"Pagi-pagi lagi dah nak bergaduh Syahrul?" Puan Mawar bersuara juga.Bagaimana nak merapatkan anak menantunya.Kadang-kadang baik saja berbincang perihal kerja sekolah.Kadang-kadang bertekak bagai nak pecah rumah.

"Dia tu memang mama.Bukan kira pagi,petang,siang atau malam.Menyakitkan hati ja." Saisah bersuara sambil meneruskan suapan.Syahrul yang duduk di kerusi sebelah memicit hidungnya.Kuat.Saisah meradang.Kaki Syahrul di pijak.Kedua ibu yang memerhati saling berpandangan, akhirnya kedua-duanya mengelengkan kepala.

"Zeati!..Syahrul!..makan!!! Bergaduh saja ni..depan rezeki pun nak bergaduh ker?" Puan Habsah bersuara tegas.Syahrul dan Saisah menyengih.Dengan selamba Syahrul hulurkan tangan pada Saisah.

"Salam..cium tangan.Cepat!" arahan mandatori di beri.Saisah mencebik tapi dalam masa yang sama tangan Syahrul tetap di sambut dan di cium.Syahrul sengeh kemenangan.Puan Habsah dan Puan Mawar berbalas senyuman.Penuh makna.

"Ibu..mama..Zeati nak pergi sekolah dulu la." Saisah bangun mendapatkan ibunya dan ibu mentuanya.Tangan mereka di salam penuh hormat.Syahrul turut berbuat perkara yang sama.Mereka berjalan beriringan keluar dari rumah.

"Petang ni kau ambil tuisyen tak?" Syahrul yang baru melangkah keluar mula menyoal.Saisah tak menoleh.Rak kasut di tuju dan mengeluarkan kasut sekolahnya.Syahrul yang geram pertanyaannya tak di balas mencuit pinggang Saisah.

"Woii..pinggang jangan main ar!" garang bebenor bunyinya.

"Ada ar tuisyen mate petang ni..aku balik lewat sikit...kau tak join ker?" kasut dipakai.Syahrul yang sedang mengikat tali kasut mendongak memandang Saisah.

"Aku masuk kelab bola sepak.Petang ni kami ada latihan." motor di hampiri.Suis motor di masukkan.Kedua-duanya pergi ke sekolah berasingan motor.Mana boleh pergi sekolah sekali.Maunya glamer kena gosip.

"Kau pandai main ke bola? Bukan kaki bangku ke?" Saisah gelak.Bukan selalu dapat kenakan mamat poyo ni.

"See my leg la wey!" bahasa rojak tu jugak yang di gunakannya..

"Kalau minggu depan sekolah kita juara baru aku tengok kaki kau tu ea,tapi kalau sekadar jadi pemain simpanan..erm..tak payah ar nak berlagak lebih-lebih." sambil berbual starter ditekan dan motor meluncur laju bila minyak di pulas.Saisah berlalu meninggalkan Syahrul terpinga-pinga tanpa sempat membalas.

Saisah yang sampai dulu ke sekolah di hampiri Zalifah.Kebetulan mereka sampai serentak.Zalifah yang juga memarking motor di tempat yang sama tersenyum ke arahnya dan senyumannya berbalas.

"Kau baru sampai ke Saisah."Soalan bodoh.Dah sah-sah Saisah baru sampai di tanya lagi dan respon Saisah.
"Taklah..dari tahun lepas lagi aku dah sampai.Ngok betul... suka sangat tanya soalan bodoh ni kenapa?" dalam menjawab sempat lagi nak menyoal.Zalifah tersengeh.Dah tersalah tanya soalan sengeh ajalah.Nak cakap apa lagi.

"Woi minah rempit.Sikit punya laju ke bawa motor.Tak sayang nyawa." Syahrul yang baru tiba sempat melaung.Dia yang lelaki ni pun tak dapat mengejar.Risau juga tengok Saisah tadi.Tak pasal-pasal menduda di usia muda.Minta di jauhkanlah.Saisah buat pekak.Jangan di layan mamat poyo tu.Saisah ikut kata hati.Langkah di teruskan.

"Kau dengan Syahrul tu memang pantang jumpakan.Aku tengok sejak dia mula bersekolah di sini lagi korang dah macam kucing dengan anjing." Saisah pandang Zalifah.Macam mana di rumah macam tu la di dalam kelas.Lebih-lebih lagi Syahrul tu.Selalu menyakat dia.Pinjam pen la,pinjam buku la.Kalau mereka berbincang secara berkumpulan dan mereka dalam group yang sama mereka selalu bertelagah pendapat.

"Err..ya ka? Aku tak perasan plak Syahrul tu ada ekor dan satu lagi aku pun tak pernah ada ekor." Saisah berkata dengan wajah selamba.Biar kawan-kawan nak cakap mereka kucing dengan anjing.Itu lagi selamat dari di gelar loving couple..

"Menjawab saja kerja kau kan?" Zalifah membidas Saisah.Selalu dia saja yang menang.

"Sejak bila plak aku bisu.Dah boleh bercakap aku jawab ar." Syahrul yang berjalan di belakang memintas mereka berdua.

"Hai Ifa,..how are you?" ceh..mat saleh celup dah bersuara sambil menyengeh nakal.

"Hai Syahrul." Zalifah turut tersenyum.Saisah tunjuk penumbuk.Syahrul gelak besar.

" Nanti kita keluar date ea Ifa?." Syahrul mula mengayat.Sekadar menguji si isteri yang garang tu.

"Uwekkk!!!" Saisah naik meloya.Ayat tak boleh tahan nak dengar.Ayat mat romeo.

"Kenapa sayang? Meloya ker?" Syahrul gelak lagi dan gelak Syahrul bersatu dengan Zalifah.Saisah jeling geram keduanya.Huh! Ada ubi ada batas,ada lori ada bas.Saisah berbisik dalam hati.Syahrul jungkitkan kening.Saisah jelirkan lidah.Dalam bergaduh mereka sampai juga di kelas.


BAB  5


 "JOM KELUAR,..aku boring ar." Fokus Saisah yang sedang menonton drama korea bersiri terganggu.Entah dari mana la mamat poyo ni datang.Tau-tau dah terpacak tepi Saisah.

"Malas." Saisah jawab sepatah.Syahrul mengambil tempat disebelah Saisah.

"Kau tak boring ke? Tengok tv,baca novel,asyik berkurung aja.Jom ar.." Syahrul pandang Saisah yang asyik sangat dengan drama korea.Cakap Syahrul dia buat tak tau aja.

"Nanti kalau aku ajak Ifa ke,Ejan ke,Atie ke kau jugak nak marah.Jom ar aku boring ni.Ada kau boleh gak gaduh-gaduh." Syahrul ketawa lepas.

"Ramlan ada,Amin ada,Ayie pun ada yang gatal nak ajak Ifa,Atie,Ejan ni pehal?" Syahrul ketawa lagi bila mendengar soalan Saisah.Jelas sekali ada nada cemburu pada ayatnya.

"Jom ar! Pergilah siap! Aku tunggu!" lengan Saisah di tarik supaya bangun.Saisah keraskan badan.Malas betul melayan mamat poyo ni.

"Ahh sudah..nanti kalau tak mau keluar aku..." sengaja Syahrul tak menghabiskan ayatnya.Wajah Saisah di pandang untuk melihat apa reaksinya.Saisah berpaling dan jongketkan kening.

"Apa?" Saisah bertanya.Syahrul sengeh sambil matanya di halakan ke arah tv.

"Tu..aku buat macam tu.Kau mau."Aksi hero dan heroin korea yang sedang berpelukan di tv sedang di paparkan.Berubah wajah Saisah.Syahrul ketawa.

"Cehhh..tunggu kejap aku siap." Syahrul ketawa lagi.Tau pun takut.

Sepuluh minit kemudian Saisah keluar berseluar slack dan berbaju T lengan panjang.Tudung hitam labuh melepasi paras dada.Minah rempit muslimah.Syahrul terus bangun bila Saisah menghampiri.

"Naik motor aku.Motor kau tinggal.Jimat sikit duit minyak." arahan tegas dari seorang suami.

"Ikut ar.Aku pun malas nak merempit petang-petang ni.Kau yang paksa aku keluar.Naik motor kau ar.Nanti kita singgah makan ais kacang di tepi pantai ea?" Saisah terus menuju pintu.Syahrul bergegas mengambil kunci motor di atas meja ruang tamu.Bibirnya mengukirkan senyuman.Bukan senang nak ajak minah rempit ni keluar date.

Motor dihidupkan.Saisah yang kali pertama nak membonceng motor Syahrul masih ragu-ragu dengan keputusannya.Topi keledar di tangan masih di pandang sepi.Syahrul yang memerhatikan gelagat Saisah mula tersenyum lagi.Seolah dapat membaca apa yang sedang bersarang di fikiran Saisah.

"Naik sajalah.Jangan bimbanglah.Tak berdosa pun naik dengan aku.Nak peluk kejap-kejap pun aku tak kisah."Syahrul pamer wajah nakal.Senyuman di hadiahkan untuk Saisah dan Saisah..

"Woii..sakit la, tu baru berdosa.Pukul suami." hah! Kan dah kena hempuk dengan topi keledar.Tu la mulut tak berinsuran.

"Naik ar cepat.Meh sini aku tolong." topi keledar di tangan Saisah di ambil lalu di pakaikan di kepala Saisah.Amboi! Romantik jugak mamat poyo ni.Kembang hati Saisah di layan begitu rupa.Motor di panjat dan Saisah menselesakan diri dibelakang Syahrul.Alah! Relax ar,lagi ramai couple di luar sana yang baru bercinta dah bonceng bersama.Siap peluk-peluk lagi.Tak malu pun.Tapi,..kalau jumpa dengan kawan-kawan sekolah macam mana.Habislah kena gosip.Saisah berperang dalam hati.Sambil tu motor yang dipandu Syahrul sudah berada di lampu isyarat keluar dari taman perumahan mereka.

Destinasi yang di tuju pun tiba.Di tepi pantai.Angin sepoi-sepoi bahasa begitu menyegarkan.Saisah menuju ke tepi pantai bermain dengan ombak yang sedang pasang airnya.Syahrul berjalan di sebelah.Berjalan beriringan.Ada sepasang muda mudi yang duduk tersorok di celah batu yang menjadi perhatiannya.

" Iesy..nak merendek tak kira tempat.Tempat umum macam ni pun sempat lagi."Syahrul membebel.Saisah yang mendengar menoleh ke arah Syahrul.Langsung tak faham maksud Syahrul.

"Tu.." Syahrul muncungkan bibir ke arah sepasang muda mudi itu.Saisah tutup mata Syahrul dengan tangannya.

"Dah! Jangan mengatal nak tengok drama spektra yang tak di sunting itu." Saisah menarik tangannya kembali.Syahrul yang tersenyum nakal membuat dia rasa malu.

Tangan Saisah di pegang.Sengaja nak melihat reaksi Saisah Syahrul bersiul riang.

"Amboi! Mamat poyo!..nak romantik bukan di sini tempatnya.Baik lepas.Kang ada yang lebam kang." dah agak memang itu respon Saisah.

"Relax ar,bukan berdosa pun.Dapat pahala pe." ketika itu mereka melalui sekumpulan mak cik dan kebetulan perbualan mak cik-mak cik membuat mereka tersentak.

"Budak- budak remaja sekarang.Depan mak bapak pijak semut pun tak mati.Baik sangat.Keluaq rumah pakai tudung labuh tapi belakang mak bapak keluar dengan jantan.Berkepit.Pegang-pegang tangan." ayat super berbisa tu buat Syahrul spontan melepaskan tangan Saisah.Saisah yang terasa terus berubah wajah.Sebak dan sakit hati membuat airmatanya bergenang.

"Adoii! Ingatkan minah brutal rupanya dalam hati ada taman."Keras suara Syahrul.Niat nak mengusik tapi lain yang jadi.Airmata dah berjuraian laju.Saisah malu di umpat begitu walau hakikatnya mereka bukan berbuat dosa.

"Dah,dah..adoi..jom kita pekena ais kacang dulu.Ingat nak bersantai-santai.Hujan plak turun.Cuaca clear aja."Syahrul sengeh menatap Saisah yang dah mula mempamerkan senyuman.Senang terasa senang di pujuk rupanya..


BAB 6


Time rehat semua pelajar menuju ke kantin.Panjang betul barisan.Saisah and the geng pun turut sama beratur.Nak buat macam mana dah tradisinya macam tu.Mahu atau tidak kalau nak jugak isi perut yang dah berlagu rap tu beratur la jugak.Syahrul Nizar berbaris di barisan sebelah.Mereka berbalas pandang.Dengan nakal Syahrul kenyitkan mata pada Saisah.Saisah jelirkan lidah.Gelagat mereka di perhatikan kawan-kawan yang turut berbaris bersama.Kawan-kawan pun dah tak hairan dengan tingkah laku mereka yang pantang berdekatan.Sampai giliran mereka untuk membeli makanan.Banyak jenis makanan terhidang.Nasi campur,mee goreng,mee kuah,laksa,bihun dan sebagainya lagi.

"Syahrul tolong." Saisah yang nak makan nasi campur terpaksa meminta tolong Syahrul memandangkan nasi berada berdekatan Syahrul.

"Apa?" Syahrul pandang Saisah tak faham.

"Aku nak nasi.Tolong sendukkan.Kau baikkan." ayat bodek dah keluar.Kembanglah Syahrul tu bila di puji.Syahrul mengikut saja permintaan Saisah.Tak baik bergaduh depan rezeki.

"Terima kasih.Ni yang aku sayang kau sangat-sangat ni." Saisah sengeh,Matanya di kenyitkan pada Syahrul.

"Mak Cik Anni,.saya nak ayam goreng dengan kuah kari tu.Tolong ya sendukkan." pinggan nasi di hulur pula pada mak cik kantin.Mak cik kantin ni ramah orangnya.Semua pelajar sukakan dia.Mak cik Anni tak pernah lokek dengan senyuman.

"Itu aja ke? Sayur tak nak?" mak cik Anni ramah bertanya.Senyuman manisnya di ukirkan bersama lembutnya suara.

"Boleh juga,Mak cik Anni masukkan sikit sayur campur ya." permintaan Saisah di turuti.Pinggan nasi bertukar tangan.Saisah mencari pula meja kosong.Ternampak Atie yang sedang mengamit ke arahnya.Semua geng mereka berkumpul di meja yang sama.Ramai geng satu kelas mereka yang sudah mengadap makanan masing-masing.

"Nah air,..selalu macam ni.Beli makanan bukan nak beli air sekali.Tu nasi tu aku dah bayarkan.Tak pernah di buat orang.Beli tapi tak bayar." Saisah tepuk dahi.Dia boleh pulak lupa nak bayar.Ibunya buka restoran.Selalunya mereka akan makan di restoran ibunya.Ambil nasi dan lauk,order air,duduk dan makan sampai terbawa-bawa perbuatan tu hingga ke sekolah.

"Eee..ni yang aku sayang kau rapat-rapat ni." Saisah bersuara girang.Kawan-kawan lain mengeleng.Saisah dan Syahrul dalam selalu bergaduh mereka tetap saling membantu.

"Yalah tu.Aku sayang kau jugak." Syahrul bersuara selamba sambil duduk di sebelah Ramlan di sebelah kirinya dan Saisah di sebelah kanannya.Atie,Ejan,Ifa dah mula makan.Masing-masing memilih menu kegemaran masing-masing.Syahrul makan mee goreng.

"Bismillahiramanirahim..." bismillah dan doa makan di baca dan Saisah terus menyuapkan nasi ke mulut.Sekali sekala mereka membuka cerita.

"Aku hairanlah dengan korang berdua ni.Kadang-kadang macam belangkas.Kadang-kadang macam kucing dengan anjing." semua mata memandang Ramlan.Siapa yang dia maksudkan.Saisah blurr tapi seketika kemudian bila dia dan Syahrul pula yang jadi perhatian Saisah mula mengukirkan senyuman.

"Alah..kami gaduh-gaduh manja aja.Kan sayang?" Saisah sengaja bersuara manja sambil menoleh pada Syahrul.Syahrul tak membalas.Dia jongketkan kening sambil tersenyum.

"Korang ni kalau baik macam suami isteri.Saling ambil berat tapi kalau bergaduh macam bermusuh berkurun lamanya." Atie pula bersuara mewakili kawan-kawan yang lain.Syahrul dan Saisah berbalas pandang.Sedetik cuma sebelum sama-sama menghamburkan tawa.

"Dahh..pulakkk?" Zalifah pun turut keliru.

"Apa?" dalam ketawa Saisah masih sempat menyoal.

"Korang la,Apa yang lucunya?" Zalifah menyoal lagi.

"Biarlah rahsia!" Huh! Ayat yang selalu buat orang menyampah tu dah keluar.Yang lain saling memandang di antara satu sama lain dan akhirnya pandangan mereka di alihkan pada Syahrul dan Saisah.Keduanya hanya menyengeh tanpa suara.

"Lepas rehat cikgu Nurbayakan? Korang dah siap ke kerja sekolah yang cikgu Baya bagi kemarin.Kalau ada yang tak siap karang bernanah juga telinga aku ni nak dengar dia berleter." Saisah pandang satu persatu wajah rakan-rakannya.Syahrul tak payah di tanya.Kalau ada kerja sekolah mereka selalu siapkan bersama di rumah.

"Berehhh.." Ayie yang jadi pendengar sejak tadi bersuara.Ayie ni kalau dah jumpa makan slumber ja dia makan.Tak pandang kiri kanan dah.Orang dok di sebelah pun dah macam tak wujud dah.

"Eh Ayie..bukan kau ke yang selalu kena denda setiap kali cikgu Nurbaya masuk kelas."Ramlan pantas saja bertanya.Yang lain dah terangguk-angguk macam burung belatok.

"Hahaha..korang apa tau.Aku sengaja aja tu.Syok pa kalau dengar cikgu Nurbaya tu dok berleter." Ayie ketawa.Yang lain pandang semacam.Tak puas hati.Cikgu Nurbaya kalau dah mula berleter habis di ungkit sejarah lampau.Puji habis semua pelajar-pelajar favourite dia.Macam la mereka yang di leter tu teruk sangat.

"Banyak ar kau punya syok." Ejan bersuara mewakili yang lain.Ejan ni pun salah sorang dari mangsa cikgu Nurbaya jugak.Selalu kena leter.Mungkin dah hobi cikgu Baya kot or tak pun dah terlebih hormon.

"Kawan-kawan..dahh!!!.Jom masuk kelas." ...
Mereka terus berlalu dari kantin.Kelas di tuju untuk memulakan pelajaran yang seterusnya.


BAB  7


 PETANG yang damai.Macam biasa cuma tinggal Saisah dan Syahrul yang menjadi penghuni rumah mereka.Puan Habsah dan Puan Mawar terlalu sibuk menguruskan restoran dan kedai kek.Restoran makanan tradisional yang di tinggalkan oleh arwah ayah Saisah manakala kedai kek adalah hasil usaha Puan Habsah sendiri.Puan Mawar orang berada asalnya.Suaminya Mohd Nizam seorang usahawan terkenal tapi syarikatnya telah di khianati orang dalam syarikatnya sendiri.Mohd Nizam meninggal akibat serangan jantung kerana terkejut bila di istiharkan muflis oleh pihak bank.

Saisah dan Syahrul terpaksa di nikahkan kerana nak mengelak terjadinya fitnah oleh masyarakat sekeliling dan untuk mengelak terjadi sesuatu yang tidak di ingini bila di tinggalkan berdua.Bila lelaki dan perempuan tinggal berdua yang di tengahnya adalah syaitan.Oleh itu bila ikatan pernikahan sudah terjalin Puan Habsah dan Puan Mawar bolehlah keluar bekerja tanpa perlu memikirkan perihal anak-anak mereka.Kalau berlaku apa-apa sekurang-kurangnya dalam ikatan yang sah.

 Saisah dan Syahrul begitu tekun menyiapkan nota sejarah yang diberi oleh cikgu Noriah.Awal-awal lagi cikgu Noriah sudah memberi amaran nota harus disalin jangan di photostat.Sekali sekala Syahrul akan panggung kepala merenung wajah Saisah yang duduk bertentangan dengannya.Leka benar wajah itu di teliti.Wajah yang sudah berjaya mencuri hatinya.Sudah ada perasaan luar biasa yang mula bersarang di jiwanya.

"Lepas SPM nanti kau nak buat apa?" Syahrul bertanya serius.Saisah masih menulis.Langsung tak beriak wajahnya.

"Buat bodo aja la!" dalam buat tak tahu Saisah tetap menjawab. Syahrul bengang dengan jawapan Saisah pantas di tunjal kepala Saisah hingga kepala Saisah terdorong ke belakang.

"Woi! Main kasar nampak?" Saisah bersuara keras.Mencerlung matanya memandang Syahrul.

"Aku tanya sekali lagi.Kau jawab main-main siaplah kau! Lepas SPM kau nak buat apa." tanya soalan pun siap dengan amaran lagi.

"Lepas SPM la aku jawab." Saisah jawab selamba.Matanya masih tertumpu pada buku teks dan buku nota.Tangannya lincah menulis.

"Langsung tak ada perancangan masa depan!" Syahrul meneruskan kerjanya menulis.Saat Saisah pula membalas dendam.Bila di lihat Syahrul begitu khusyuk menulis Saisah mengambil pemadam dalam pencil box dan melontar ke wajah Syahrul.Tepat mengenai hidungnya.

"Weh!" Syahrul mengosok hidungnya.Saisah dah mengekek ketawa.Dalam menyiapkan kerja sekolah pun mereka sempat lagi berperang.

"Zeati...buatkan air! Aku dahaga la!" Saisah donggakkan kepala.Syahrul tayang wajah mohon simpati.

"Kalau ada kek ke biskut ke bawa ar sekali!" Syahrul bersuara lagi setelah melihat Saisah bangun.Sebrutal Saisah pun dia masih menurut setiap permintaan Syahrul.

Lima minit kemudian Saisah datang kembali dengan dua gelas juice oren juga sepiring kek keju dan sepiring chipsmore.

"Ni yang buat aku lagi sayang kau ni." Syahrul sengeh.Memang perkataan sayang itu dah jadi mainan di bibir mereka setiap kali permintaan mereka tertunai.

"Kau memang wajib sayang aku pun!" serius Saisah bersuara.Syahrul berhenti menulis.Dia mengadap pula hidangan yang Saisah bawa.Sambil tu wajah Saisah di renung dalam.

"Apa tengok-tengok?" Saisah bulatkan mata.Tak puas hati bila di renung begitu.Dalam bergaduh pun kadang-kadang hati Saisah tetap bergetar bila berduaan dengan Syahrul.

 "Aku..aku..aku...." Syahrul ingin meluahkan perasaannya pada Saisah tapi entah kenapa terasa sukar nak melafazkannya.Saisah yang memandang dah jadi hairan semacam.

"Sejak bila pulak kau gagap ni?" Saisah tayang gigi.Rasa lucu plak bila tengok mamat poyo boleh gabra macam tu sekali.

"Hiesy!" Syahrul jadi geram bila melihat Saisah tersenyum begitu.Tercabar perasaannya tiba-tiba.Dia bangun dan menghampiri Saisah.Dari duduk bertentangan di meja kini mereka bersebelahan.

"Apa hal ni?"Saisah bertanya cemas.Otaknya sudah mula berfikir yang bukan-bukan.

"Kau sayang aku tak?" Wajah Saisah direnung.Bahu Saisah di pegang dan di pusingkan mengadap dirinya.

Gulp! Saisah telan liur.Apa kena dengan mamat poyo ni? Adoii..

"Aku sayang kau! Serius! Tak main-main!!!" terhambur tawa Saisah.Bikin suspen betul Syahrul ni.Ingatkan apalah tadi.Syahrul bengang bila Saisah ketawa.Wajahnya di dekatkan ke wajah Saisah dan...

Saisah terus terkesima.Matanya dibulatkan pada Syahrul.Syahrul kerut kening dan akhirnya melebarkan senyuman.

"Alah! Habislah my first kiss!" Saisah merungut.Langsung tak menduga Syahrul akan bertindak begitu.

"Alah..sikit aja pun.Tu pun nak berkira!" Syahrul mencebik.Tulah orang nak luah perasaan boleh lagi nak main-main.

"Cehh..saja ja nak ambil kesempatan." Saisah tarik muncung.Dalam mindanya tertanya-tanya kenapa Syahrul sengaja ambil tindakan drastik tu.

"Alahh..bukan berdosa pun.Aku sikit punya serius ke cakap aku sayang kau yang kau bantai gelak siapa suruh." Syahrul terasa bila Saisah menuduh dia ambil kesempatan sedangkan sebagai suami Saisah memang dah jadi hak dia.

"Err..okey-okey..tukar topik k.." Saisah cuba meredakan perasaannya dari kejutan tadi.Terasa berbahang wajahnya bila topik perasaan di bincangkan.

"Kau tak jawab lagi soalan aku." Syahrul tak puas hati.Dia dah luahkan apa yang dia rasa tapi Saisah sengaja nak menukar topik.

Saisah buat isyarat tangan.Tangannya di unjukkan ke dada Syahrul dan di letakkan di dadanya.Sungguh Syahrul tak faham.

"Apa?" sepatah perkataan yang padat untuk mengambarkan bahawa dia langsung tak faham.

"143.." Saisah sebut ayat keramat tu dalam nombor pula tapi Syahrul tetap tak faham.Kepala yang tak gatal digaru.

"No ekor ke?" pantas saja bahunya di tampar Saisah.

"HACKS" Saisah guna pula perkataan paling glamer tu.

"Ya Allah,sekejap 143,sekejap HACKS..cakap ar betul-betul.Pening ar!" Syahrul berterus terang.Saisah mula hilang sabar.

"Apa punya ngok, I love you la,hanya aku cinta kau sorang.Huh!" Saisah lepaskan juga apa yang di rasa.Apa punya bengap la Syahrul ni..hahaha..

"Oh.." Syahrul sengeh.

"38 and KTDHS." Syahrul pula mengunakan bahasa yang tak pernah orang guna.Giliran Saisah plak garu kepala.

"Apa tu? Tak pernah dengar pun!" Soalan Saisah ajukan.Memang ini kali pertama dia dengar.

Sambil tersenyum Syahrul menjawab...

"Saisah Mazeati,kau dihatiku dan kau tetap dihatiku selamanya..1437..." Syahrul menarik nafas lega.Terlafaz juga ucapan itu.Mereka sama-sama berbalas senyuman.Moga bahagia akan terus bersama mereka dan moga cinta ini akan tetap bersemi selamanya.


P/S: KORANG TEMAN TERBAIKKU,..THANK A LOTS FOR EVERYTHING,..



4 ulasan:

  1. Balasan
    1. Asalnya cerpen ni sekadar menyakat rakan2 fb:),..dan cerita ni mengunakan nama rakan fb semuanya,..

      Padam
  2. best cepatlah sambung lagi .

    BalasPadam
  3. baby mio boleh baca dlm blog novel k,..http://szazayan.blogspot.com/

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.