''Ayah! tolong Minah ayah..'' Minah berlari-lari anak sambil melaung ayahnya yang sedang membaiki pukat di atas pangkin di depan rumah mereka.
''Ayah!'' semakin dekat dengan ayahnya
semakin kuat pula Minah melaung. Pak Hamid menghentikan pekerjaannya serta
merta dan turun dari pangkin. Risau benar wajahnya melihat anak tunggal
kesayangannya yang sedang terjerit-jerit itu.
''Awat hang ni Minah?'' Minah sampai di
hadapan ayahnya dalam keadaan tercunggap-cunggap. Sambil itu tangannya
menuding-nuding ke arah pantai.
''Minah jumpa mayat ayah, di tepi
pantai,'' dalam keadaannya yang masih panik itu Minah bersuara. Deruan nafasnya
masih tidak teratur. Lelah bercampur terkejut dengan apa yang ditemuinya.
''Ya Allah, mayat sapa la pulak? Jom,
jom..kita pi tengok.'' langkah Pak Hamid
diatur laju menuju ke pantai. Minah
mengikut ayahnya dari belakang. Dari jauh kelihatan sesusuk tubuh yang sedang
tertiarap di tepi pantai. Semakin lama langkah Pak Hamid semakin laju. Setelah
berada berhampiran tubuh yang terdampar itu, Pak Hamid membongkokkan sikit
badannya dan meneliti tubuh yang masih berpakaian lengkap itu. Pak Hamid duduk
bertinggung di sisi tubuh lelaki itu dan meletakkan jari telunjuknya dekat
dengan hidung lelaki itu, sedetik kemudian Pak Hamid membongkokkan badannya dan
mendekatkan telinganya ke dada lelaki itu pula. Masih tidak berpuas hati, Pak
Hamid memegang pula pergelangan tangan lelaki itu dan merasa pula denyutan nadi
lelaki itu. Pandangannya di alih pula pada Minah yang masih kelihatan
takut-takut.
''Orang ni hidup lagi ni Minah, hang
pi turut sapa-sapa pun mai sini. Kita minta
tolong depa, hantaq pi hospital sat..'' Pak Hamid mengeluarkan arahan. Tanpa
berlengah Minah terus berlari dan berlalu dari tempat itu.
************************
Kehidupan Minah berubah mendadak bila
keluarganya telah menyelamatkan nyawa seorang usahawan berjaya. Seorang lelaki
yang bergelar Dato, yang cuba membalas budi pada keluarga Minah, dengan
mengambil Minah sebagai menantunya. Minah keberatan untuk menerima pinangan
usahawan tersebut, bila merasakan dia tidak layak untuk digandingkan dengan
anak Dato itu, yang ternyata mempunyai paras rupa yang agak menarik. Apatah
lagi, Minah anak seorang nelayan yang tidak berpelajaran tinggi dan bertubuh
agak berisi.
Namun takdir mengatasi segalanya, bila Minah
tetap dikahwinkan dengan Nur Hairy Harris bin Dato Hussaini. Setelah
dikahwinkan, Minah ataupun namanya di dalam kad pengenalan Nur Imanina bt Abd
Hamid telah dibawa tinggal di rumah keluarga mertuanya.
Turun saja dari kereta suaminya,
Minah sudah teruja memerhatikan halaman rumah mertuanya yang dihiasi dengan
lanskap yang sangat cantik. Macam masuk taman bunga saja rasanya. Suaminya pula
terus menonong saja masuk ke dalam rumah. Terkocoh-kocoh Minah mengikutnya dari
belakang. Bila melangkah masuk ke dalam rumah sekali lagi mulut Minah melopong.
Mak oii..macam masuk dalam istana.
Rumah sunyi sepi seolah tiada
penghuni. Minah memandang setiap sudut banglo mewah itu. Tiada sesiapa pun yang
menyambut kedatangan Minah di rumah itu. Minah rasa hairan. Rumah punyalah
besar, tapi sunyi sepi. Nak bertanya pada sang suami, jangan harap nak dapat
jawapannya. Sejak mereka mula bertolak dari kampung, hinggalah mereka sampai
tiada langsung keramahan dibibir lelaki itu, yang ada hanyalah jelingan tajam
yang mampu tembus hingga ke lubuk hati yang paling dalam. Minah terus mengikut
Nur Hairy Harris hingga ke tangga, tapi malang nasibnya bila lelaki yang baru
bergelar suaminya itu bersuara lantang padanya.
''Kau nak ke mana? Bilik kau di bawah.
Jom, aku tunjukkan!'' dengan kasar tangan Minah diheret. Sampai di bilik paling
hujung, tombol pintu dipulas dan tangan Minah dilepas. Minah mengosok perlahan
pergelangan tangannya yang terasa perit dan pedih.
''Mulai hari ini kau akan tidur dalam
bilik ni. Mana beg kau?'' Minah direnung tajam. Tak nampak pulak beg 'Minah'
ni.
''Ada dalam kereta...'' terbuntang mata
Hairy mendengar jawapan Minah.
''Kenapa kau tak ambil?'' tersentak Minah
mendengar jerkahan Hairy.
''Abang tak suruh.'' sekali lagi mata
Hairy terbuntang. Minah menundukkan wajahnya. Aku salah cakap lagi ka? Minah
bermonolog dalam hatinya. Kecut perutnya melihat wajah 'singa jadian' di
depannya itu.
''Siapa abang kau?'' sekali lagi Minah
tersentak. Terangkat bahunya. Menggeletar tubuhnya gara-gara terkejut dengan
jerkahan Hairy.
''Err..err..Minn, Minaa, Minah
dengar selalunya kalau orang yang dah kawen mereka pangge suami mereka
aaa...ab..bang, lagi pun..kan masa tinggal di kampung sebelum ni boleh saja
pangge abang.'' tergagap-gagap Minah menjawab. Semakin menyinga Hairy
dibuatnya.
''Siapa suami kau? Aku kahwin dengan kau
sebab terpaksa tau. Kalau tak mengenangkan keluarga kau dah tolong papa aku,
kau jangan berangan la nak jadi isteri aku. Kau ni hanya layak jadi orang gaji saja
dalam rumah ni.'' angkuh Hairy mengungkapkan kata. Minah tayang muka selamba.
Ada aku kesah. Ingat aku kebuluq sangat nak jadi bini hang! Minah bermonolog dalam hati.
''Dah! Aku nak keluar. Kau jangan
berangan nak jadi cik puan dalam rumah ni. Sementara papa dan mama tak ada, kau
akan jadi orang gaji dalam rumah ni. Kak Aina pun tak ada di Malaysia sekarang.''
sambil melangkah, sempat lagi Hairy memberi amaran. Minah hanya mencebirkan
bibirnya sambil mengejek percakapan Hairy perlahan. Terherot-herot bibirnya,
dan sedetik kemudian matanya mula terbuntang bila mengingatkan tentang beg
pakaiannya yang masih berada dalam kereta Hairy.
''Ehh..encik Nur Hairy Harris bin Dato
Hussaini, tunggu sat!'' hah, ambik kau..sekali Minah panggill nama penuh. Hairy
menoleh dan mengatur langkah laju menuju ke arah Minah. Melihat Hairy yang laju
melangkah ke arahnya Minah jadi kaget.
''Kau panggil aku apa tadi?''
dipulasnya telinga Minah yang masih berlapik dengan tudung. Minah menyeringai
kesakitan.
''Sakitlah encik Nur Hairy Harris. Encik ingat
Minah budak-budak lagi ka, main tarik-tarik telinga ni? Minah dah dua puluh
satu la.'' sekali lagi nama penuh Hairy Minah sebut. Semakin marah Hairy
mendengarnya.
''Just Hairy, okey!'' sambil
bercakap semakin kuat telinga Minah dipulas. Berkerut muka Minah menahan sakit.
''Okey..baiklah encik Just Hairy!''
''Ishh, hanya Hairy!''
''Okey! okey! Encik Hanya Hairy..''
''Hairy saja!'' Hairy semakin bengang. Dijerkahnya Minah.
''Yalah encik Hairy Saja. Ni yang
mana satu nak kena pangge ni? '' Minah membentak dan cuba melepaskan dirinya
dari cengkaman Hairy. Digosok telinganya yang terasa perit. Membuntang lagi
mata Hairy.
''Kau ni memang tak makan
samankan?''
''Memang la..saman mana boleh makan. Kalau
dah kena saman tu, pi bayar saja la..'' Minah menjawab dengan wajah selamba. Hairy
angkat tangan tinggi. Wajahnya dah berbahang panas. Hilang sabar melayan Minah
yang pandai menjawab. Melihatkan kemarahan Hairy, Minah pejam mata, bersedia
menerima apa saja hukuman.
''Hiesy...panas hati aku ni! Aku
nak keluar. Kalau kau nak makan, kau masak sendiri.'' bila melihat wajah Minah
yang kecut, Hairy menurunkan tangannya. Lucu pula rasanya. Hairy terus melangkahkan
kakinya dan berlalu dari situ. Dia menaiki tangga menuju ke biliknya di tingkas
atas. Minah yang melihat dah pandang Hairy semacam. Keliru.
''Encik Hairy, encik cakap nak
keluar?'' Minah tanya lurus.
''Aku nak naik. Mandi dan salin
baju dulu. Badan aku dah melekit.'' tanpa memandang Minah, Hairy menjelaskan
dengan nada mendatar. Minah dah terangguk-angguk faham. Setelah kelibat Hairy
hilang di tingkat atas, Minah menuju ke pintu keluar. Sambil menunggu Hairy di
laman depan, untuk mengambil beg pakaiannya yang tertinggal di dalam kereta, Minah
melihat-lihat landskap yang dipenuhi dengan pokok-pokok bunga pelbagai jenis.
********************
Minah yang ditinggalkan
berseorangan di dalam rumah besar itu menjadi resah. Nak mengemas, rasanya
tiada apa yang perlu dikemas. Selepas menyegarkan diri, Minah menuju ke dapur. Luas
ruangan dapur membuatkan Minah jakun (ibarat rusa masuk kampung) seketika. Nasib
baik Minah rajin membaca majalah-majalah yang memaparkan kediaman mewah
sebegini dan selalu menonton rancangan yang menyiarkan tentang pengubahsuaian
rumah orang kenamaan.
Pertama sekali yang Minah cari
adalah peti ais dan almari barangan dapur. Semua pintu yang Minah jumpa, Minah
buka. Nasib baik barang yang Minah cari, Minah jumpa. Ada ayam di dalam peti
beku dan sayur campur. Itu sajalah yang akan Minah masak untuk makan malamnya. Minah
memulakan kerjanya. Sementara menunggu ayam yang telah beku kembali lembut, Minah
membasuh beras dan memasak menggunakan rice cooker. Alah..di rumah Minah di
kampung pun dah lama guna rice cooker. Zaman dah canggih, basuh beras, masukkan
dalam periuk. Tutup periuk, lepas tu petik saja. Senangkan...
Langkah seterusnya, masak sayur
campur. Sayur dipotong dan dibersihkan. Selawat jangan dilupa setiap kali nak
membasuh makanan. Sediakan bahan-bahan untuk mengoreng sayur. Apa yang Minah
jumpa, itu saja yang Minah guna. Ikan bilis, udang kering, tiga biji cili padi
dan dua ulas bawang merah, Minah tumbuk hingga lumat. Bila tiba masa nak
menghidupkan api dapur, Minah termanggu seketika. Dapur di rumah Minah taklah
secanggih ini.
''Minah, chaiyokk! Hang boleh!''
Minah bercakap seorang diri sambil tangannya di gengam kejap dan diangkat,
kemudian sikunya diundurkan ke belakang. Ibarat memberi semangat pada diri
sendiri. Minah cuba menghidupkan dapur seperti yang ditonton dalam tv.
''Yess!'' Minah tersenyum senang
hati, bila misinya berjaya dilaksanakan. Minah pun mula memasak. Bahan yang
ditumbuk tadi, ditumis hingga naik bau. Selepas itu sayur campur seperti
brokoli, lobak merah, bunga kobis dan kacang buncis pun dimasukkan.
Selesai memasak sayur, Minah beralih pula
pada ayam di dalam singki. Minah dah jumpa bahan-bahan untuk memasak ayam. Selepas
ayam siap dibasuh, Minah mula memerap
ayam bersama tiga sudu rempah kari daging, secubit garam, lima biji cili
padi yang telah di tumbuk bersama seulas bawang putih dan dua ulas bawang
merah. Minah cari lagi dalam peti ais. Yes! Jumpa serbuk perisa secukup rasa.
Kalau di rumah Minah, selalunya Minah guna serbuk perencah Hilal. Selepas lima
belas minit ayam diperap, barulah Minah mengukus ayam hingga masak.
Bahan-bahan yang digunakan untuk memerap ayam
tadi, Minah masukkan dengan lima sudu tepung goreng segera. Tepung dibancuh
hingga sebati dan digaulkan ayam yang telah dikukus tadi di dalamnya. Selepas
minyak panas, barulah ayam yang telah disalut tepung dimasukkan. Berdesir
bunyinya. Bila ayam sudah garing, ruangan dapur sudah dipenuhi dengan bauan
ayam goreng tepung rekaan Minah sendiri. Minah memang suka makan makanan pedas.
Kalau tak pedas, Minah takkan berselera untuk menjamah.
Selesai tugas Minah di dapur, Minah
kembali ke biliknya. Nak makan pun awal lagi, jadi Minah hanya hidangkan makanan di atas
meja dan ditudung dengan tudung saji. Manalah tahu kalau tiba-tiba Hairy balik,
dan sedang lapar biarlah dia yang makan dulu. Itu yang Minah fikirkan.
***********************
Hairy yang ingin keluar bersantai pada mulanya,
rasa tak sedap hati bila memikirkan Minah yang tinggal seorang diri di rumah. Lebih-lebih
lagi bila memikirkan Minah sedang memasak. Pandai ke Minah tu guna dapur? Jumpa
ke barang-barang yang nak dimasak? Terbakar pula rumah tu karang? Perbagai
persoalan yang menjengah mindanya, membuatkan dia cepat-cepat pulang ke rumah.
Sampai saja di rumah, Hairy terus
cari Minah. Satu rumah Hairy cari. Dalam bilik pun Minah tak ada. Haih, mana
pulalah perempuan ni menyorok? Hairy buka pintu dapur. Hah! patut la pun. Ada saja
Minah di pondok rehat belakang rumah tu. Entah apa yang dia buat? Tersengih-sengih
sorang-sorang. Hairy masuk semula ke dalam rumah dan menuju ke arah peti ais.
Dahagalah pula. Sampai di meja makan, Hairy terhidu sesuatu yang membuka
seleranya. Diangkatnya tudung saji. Bibirnya dah mengukirkan senyuman. Buat
penat aku risau saja. Cepat pula perempuan ni masak. Memandangkan nasi dan lauk
masih panas dan semuanya sudah terhidang di depan mata, nak tunggu apa lagi.
Hairy duduk dan makan tanpa pandang
sekeliling lagi. Seminggu kot selepas mereka nikah dia dipaksa tinggal di
kampung Minah oleh papanya. Selepas itu papa dan mamanya bertolak ke Australia.
Kakak sulungnya kak Aina pula yang menyusul selepas itu bersama suami dan
anak-anaknya.
Pak Mod dan Mak Mah pembantu rumah
dan tukang kebun mereka pula diberi cuti oleh Hairy, sebelum Hairy membawa
Minah ke rumah mereka. Memang niat Hairy nak membuli Minah. Apatah lagi bila dia
tinggal di kampung Minah, Minah yang selalu buli dia.
Hairy akui Minah memang pandai memasak,
terutamanya ketam masak lemak cili padi. Perut tengah kenyang pun, kalau bau
aroma masakan Minah, mesti akan terasa lapar semula.
''Lahh..encik Hairy dah balik? Lega
Minah. Dah nak maghrib ni, ingatkan nak kena dok sorang-sorang dah kat rumah
ni. Seram...'' dengar saja suara Minah, Hairy yang tengah makan tu terus
tersedak. Cepat-cepat Minah tuangkan air dan hulurkan pada Hairy.
''Kau ni kenapa Minah? Tak pandai masak
ke? Ayam goreng ni punyalah pedas..'' lain di hati, lain pula yang keluar di mulut.
Walhal dia tersedak sebab terkejut dengan teguran Minah, bukan sebab ayam
goreng tu.
''Ya ka
pedas? Sorrylah encik Hairy, Minah tak rasa pun lagi. Pedas sangat ka?'' Minah sengaja bertanya begitu. Apa yang Minah
lihat, ayam goreng tu banyak juga yang dah luak. Kuat juga Hairy ni makan, tapi
mulut tu kalau tak komplen, tak sah.
''Ermm..memang
pedas pun. Kau rasalah sendiri.''
''Minah belum lapar lagi. Nantilah,
malam sikit baru Minah makan.'' Minah bukan belum lapar, cuma kalau boleh
biarlah Hairy yang makan dulu. Almaklumlah, baru saja sampai dia sudah dihina
oleh Hairy. Alang-alang dah kecil hati, biarlah dia terus mengalah. Minah pun
sedar siapa dia di mata Hairy. Semasa di kampung, walaupun Hairy tak banyak
cakap, tapi dia tak pernah pun berkasar dengan Minah. Seminggu mereka berkahwin,
Hairy tidak menyentuh dia walau mereka tidur sebilik. Minah tak kesah pun,
kerana Minah pun belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang
isteri.
''Yang kau tiba-tiba termenung saja depan aku
ni, kenapa?'' Minah tersentak. Bibirnya terus melebarkan senyuman.
''Ni encik Hairy, Minah nak tanya. Mana
semua orang dalam rumah ni?'' sejak tadi itulah soalan yang Minah nak tanya. Bila
Minah tengok mod Hairy macam okey saja, barulah Minah cuba memberanikan diri.
''Aku tanya kau, kau tak jawab. Aku pulak
yang kau soal?'' Hairy tak menjawab soalan Minah, malahan Minah pula dapat
habuan jelingan tajam dari Hairy. Selepas selesai mencuci tangan, Hairy terus
berlalu dan meninggalkan Minah di ruangan dapur. Minah kebam bibir sambil kepal
penumbuk. Sakit hati betul dengan Nur Hairy Harris sorang ni. Grrr...
********************
Seminggu mereka tinggal berdua di rumah besar
itu. Setiap kali Minah bertanya pada Hairy, di mana yang lain, Hairy tidak
pernah memberi jawapan. Akhirnya Minah malas nak bertanya lagi. Malam, mereka
memang tidak tidur sebilik, tapi memandangkan rumah itu terlalu besar dan Minah
takut tidur sorang-sorang di biliknya, dia akan menyusup masuk ke bilik Hairy
di tengah malam. Itu pun Minah pastikan dulu Hairy sudah tidur, barulah dia
berani menyusup masuk.
Setiap tengahari pula, Hairy akan pulang makan
di rumah. Satu sikap Hairy yang boleh dipuji, Hairy tak suka makan di luar. Biar
pun dia tak layan Minah sebagaimana seorang suami melayan isteri, tapi makanan
yang Minah masak, Hairy tetap makan dengan berselera, walaupun ada kalanya dia
merungut. Bukan merungut sebab makanan yang Minah masak tak sedap, tapi sengaja
nak cari pasal dengan Minah.
''Minah, nanti aku balik makan macam
biasa tau. Kau masak ayam goreng tepung perisa tom yam ya, dengan rendang ayam.
Tiba-tiba teringin pulak nak makan.'' agenda Hairy untuk membuli Minah bermula
lagi. Sejak seminggu mereka tinggal bersama, itulah kerja dia. Mengarah Minah
itu dan ini. Kalau Minah cakap tak pandai masak apa yang Hairy nak, Hairy akan
cakap balik, ‘’pandai-pandailah kau nak hidup’’ terpaksalah Minah tanya uncle
Google. Nasib baiklah Minah tak rabun IT.
''Encik Hairy, ayam tak ada la. Barang
dapur pun banyak yang dah habis.'' Hairy yang dah melangkah untuk keluar, terus
menghentikan langkahnya. Minah bersedia menahan telinga.
''Petang kemarin kenapa tak cakap? Aku dah nak
pergi kerja ni. Mana sempat nak bawa kau pergi beli barang.'' Hairy mendengus
marah. Dikeluarkan dompetnya dan dihulurkan empat keping not lima puluh pada
Minah.
''Kau pergi beli sendiri. Pandai-pandailah nak
hidup..'' Minah menyambut duit yang diberi Hairy sambil memandang Hairy tak
berkedip. Ingin diluahkan apa yang difikirkan, takut pula kena tengking pagi-pagi
ni, niaya saja.
''Apa lagi?'' Hairy bertanya. Minah sengeh.
Nak cakap? Tak payah cakap? Minah berkira-kira dalam hati.
''Dah la..aku pergi dulu. Layan
kau, tak jadi kerja pulak aku.''
''Eh, tunggu sat encik Hairy. Minah
nak guna duit ni untuk beli yang lain boleh dak? Minah bosan la tinggal
sorang-sorang di rumah. Kalau boleh, Minah nak beli novel..'' perlahan saja
Minah cakap. Macam takut-takut pun ada juga.
''Hmm..tu jer?'' Hairy pandang wajah Minah. Kadang-kadang
dia rasa macam nak ketawa bila lihat Minah takut-takut macam tu. Kadang-kadang
rasa macam nak terbakar saja hati dia bila Minah menjawab setiap apa yang dia
kata. Minah anggukkan kepala berkali-kali. Hairy keluarkan dompet sekali lagi
dan hulurkan dua keping not lima puluh.
'' Cukup?'' wahh..baiknya hati
encik Hairy ni. Minah dah tersengeh lebar.
''Dah lebih dari cukup.'' duit bertukar
tangan. Hairy berpusing semula dan melangkah keluar. Minah mengikut dari
belakang. Bila Hairy membuka pintu kereta, cepat-cepat Minah mengapai tangan
kanan Hairy dan menciumnya. Tergaman Hairy. Minah pula terus menonong lari
masuk ke dalam rumah. Takut kena hambur. Bukan boleh harap sangat, Nur Hairy
Harris tu!
*******************
Dari tadi Hairy masih tersengih-sengih
sorang-sorang sambil kepalanya digelengkan berkali-kali. Minah bukan pilihan
hatinya, tapi sejak Minah menjadi isterinya dia cukup terhibur dengan gelagat
Minah. Minah memang berasal dari kampung, tapi Minah bukanlah kekampungan
sangat pun. Sejak Hairy kenal Minah, sekali pun dia tidak pernah tengok Minah
memakai kain batik. Di rumah pun Minah memakai seluar panjang dengan baju
blaus. Minah cuma berisi sikit, tapi wajah Minah tetap comel.
Minah pun bukannya jenis perempuan
yang ketinggalan zaman. Selalu Hairy terserempak dengan Minah yang asyik
berkepit dengan netbook bila tak ada kerja. Bila malam selalu Hairy sekodeng
Minah di pondok rehat belakang rumah sambil menatap skrin netbook, dah tu ketawa
mengekek sorang-sorang. Entah apa yang lucu? Macam nak saja Hairy turut serta
bersama Minah dan ambil tahu apa yang Minah buat di pondok rehat tu.
Pagi tadi Hairy terkejut besar
bila Minah menyalami dan mencium tangannya. Itu kali kedua Minah mencium
tangannya. Kali pertama ketika pembatalan air sembahyang. Minah selalu meminta
mereka sembahyang jemaah bersama, tapi setiap kali juga Minah dijeling tajam. Bukan
dia tak mahu, tapi dia sendiri masih belum yakin pada diri sendiri untuk
menjadi imam dalam sembahyang bersama Minah. Ilmu agamanya masih terlalu cetek.
Sedang asyik bermenung HP Hairy berbunyi. Tersenarai
nama Minah di situ. Hairy tak segera
menjawab. Sengaja nak menguji Minah. Panggilan terhenti, masuk panggilan kedua,
juga tak dijawab. Hairy hanya membelek skrin telefon sambil tersenyum. Sambil
tu gambar Minah yang diset bersama nombor telefon Minah direnung. Dalam
mindanya sudah berteka-teki dengan hatinya. Sudah sayangkah dirinya pada Minah?
Sebelum mereka berkahwin Hairy baru putus
cinta dengan Kathy, seorang model. Memang dia terima Minah kerana terpaksa. Dalam
masa yang sama juga, sebab sakit hati dengan kekasihnya Kathy. Kerana pekerjaan
Kathy sebagai model, Kathy memutuskan perhubungan mereka bila Hairy selalu
memberitahu Kathy, bahawa dia nak ramai anak, memandangkan dia hanya dua
beradik dan Kathy pula anak tunggal.
Lamunan Hairy terhenti. Setelah
lima kali panggilan Minah tidak berjawab, masuk pula mesej. Pantas Hairy
membuka peti masuk telefon bimbitnya.
Minah : Encik Hairy, Minah sesat..
Laju saja tangan Hairy menekan nombor telefon
Minah, selepas membaca mesej tersebut. Wajahnya berubah riak. Terlukis
kerisauan di wajahnya. Tulah..tadi kau jual mahal sangat. Minah telefon, kau
tak mau angkatkan?
''Hello! kau di mana ni?'' sebaik
panggilannya dijawab, terus Hairy menyoal.
''Waalaikummusalam, encik Hairy..''
sempat pula Minah ni nak menyindir. Hairy pandang telefonnya. Nasib baik kau
tak ada depan ni Minah.
''Aku tanya tu, jawablah!''
''Tapi..salam tu kan wajib.''
''Yalah! Kau ada mana ni?''
''Encik Hairy, kalau Minah tau Minah ada di
mana, buat apa Minah nak bagitau encik Hairy yang Minah sesat? Alamak..bateri...''
Tutt, tut, tut..panggilan terputus.
Hairy resah. Macam mana boleh sesat pula ni? Hai Minah ni, menyusahkan
betullah! Hairy terus bangun dan menuju ke pintu biliknya. Tombol pintu dipulas
dan Hairy terus keluar dan menuju ke arah meja setiausahanya. Laju langkahnya
membuatkan dirinya menjadi perhatian semua pekerjanya.
''Kamilia! Saya ada hal sikit. Semua
meeting hari ini cancel.'' selepas memberitahu Kamilia setiausahanya, Hairy
terus melangkah laju.
''Tapi, encik Harris..hari ni kan..''
tak sempat nak meneruskan kata, Kamilia terhenti. Hairy langsung tak ambil
endah dengan apa yang ingin disampaikan oleh Kamilia.
****************
''Yess..jomlah. Nanti hang
hantaq aku balik tau.'' Minah teruja, tanpa diduga terjumpa kawan sekampungnya
yang masih belajar dan tinggal menyewa berdekatan dengan rumah mertuanya. Kebetulan
tadi, ketika Minah di pintu masuk pasaraya, Minah ditegur seseorang. Alang-alang
dah terjumpa kawan baik, apa salahnya kalau ronda-ronda dulu.
''Bos hang cakap apa?'' Minah
pandang wajah Shafinaz. Wajahnya berkerut.
''Bos?'' Minah soal balik. Laju
tangan Shafinaz bertindak mengetuk kepala Minah.
''Hang cakap dengan bos hang
tadikan? Minta cuti..'' barulah Minah melebarkan senyuman. Hari ni dah ada dua
orang hamba Allah yang dah kena kelentong dengan dia. Mula-mula sekali dia tipu
Shafinaz, kononnya dia jadi orang gaji dan kononnya tadi dia telefon bos dia
sebab nak minta cuti. Dengan Hairy pula, konon-kononnya dia sesat, tapi
penipuannya dengan Hairy berganda bila dia dengan sengaja offkan telefonnya,
konon-kononnya bateri telefon dah habis. Agak-agak Nur Hairy Harris tu akan
cari aku tak? Ahh..lantaklah, selalunya dia yang kenakan aku. Buli aku. Minah
berfikir dalam hati. Risau juga dia.
''Haa..betoi, betoi, betoi..aku cakap
dengan bos aku tadi. Bos aku cakap, ikut suka hati hang la. Jomlah, tadi hang
kata nak bawak aku ronda Kuala Lumpur.'' bersemangat Minah, tanpa dia sedar
Hairy dah macam kucing nak beranak cari dia.
''Hang nak pi mana? Kita pi tengok wayang
nak?'' Shafinaz memberi cadangan.
''Lama
dak? Aku nak kena balik masak ni.'' dengan pantas Shafinaz menampar bahu Minah.
Minah membulatkan matanya. Terkejut kot.
''Hang gelong ka apa? Tadikan dah mintak cuti?''
tersengeh Minah, menyedari keterlanjuran diri. Tak pernah menipu nak juga
menipu. Nyaris terkantoi.
''Hehe..sorry, sorry..aku lupa. Nanti hang hantar
aku balik tau. Jangan tinggal aku.'' nanti betoi-betoi aku sesat pulak kang. Minah
sambung dalam hati. Orang yang aku tipu tu bukan calang-calang orang. Laki aku
tu. Betoi ka dak apa yang aku buat ni? Minah berdialog dalam hati. Dalam geram
dengan Hairy, dia takut juga dengan hukum Tuhan ni. Kena suami dia tahu dan tak
redha, tak berkat la hidup dia nanti.
''Hang ni pasai pa? Taksat elok saja
aku tengok. Ni..dok tak dok monyok pulak.''
Minah sengeh lagi. Shafinaz ni macam tau-tau saja.
''Takdak pa aih, aku teringat kat ayah aku.
Kesian dia, tinggai sorang-sorang di kampung..'' Minah cover line. Tak pasal-pasal, nama ayah
dia juga yang terkait sekali.
*******************
Semua pasaraya berhampiran taman perumahan
mereka Hairy masuk. Semua orang yang dia jumpa dia tanya. Siap tunjuk gambar
Minah yang ada dalam telefon dia lagi. Risau benar dia. Macam orang hilang anak
pula. Eh..memanglah dia tak hilang anak, tapi hilang bini.
Lenguh kaki berjalan dari satu pasaraya ke
satu pasaraya, Hairy menuju ke KLCC, mana tahu Minah tersesat sampai ke sana. Ketika
tengah meninjau kiri dan kanan mencari Minah, tangannya ditarik orang. Hairy
menoleh.
''Harris, you buat apa di sini? Lama kita
tak jumpakan? I rindulah..'' tangan Hairy digenggam kejap. Tergaman Hairy
dengan perilaku Kathy. Terlentok-lentok kepalanya di bahu Hairy. Hairy rimas. Tak
pernah dia berperasaan seperti ini. Di mindanya hanya memikirkan Minah. Rasa
macam nak tolak saja Kathy, biar jatuh terlentang. Tergedik-gedik tak
bertempat.
''You
ni kenapa? Dah macam kucing miang saja I tengok. Kita dah putuskan? You nak apa
lagi?'' tangan yang digenggam Kathy cuba diuraikan, tapi semakin kejap pula
Kathy mengenggamnya.
''Harris please..I tak boleh lupakan you.
Kita kawen. I tak kisah, berapa orang anak you nak pun, I sanggup.'' Kathy tak berputus
asa. Dia terus merayu Nur Hairy Harris. Hairy ingin bersuara, tapi belum sempat
berkata apa, namanya sudah diseru seseorang.
''Encik Hairy...'' mata Minah jatuh
pada tangan kedua merpati sejoli yang berada di hadapannya. Ada air mata yang
sudah bergenang di tubir matanya, namun ditahan sekuat mungkin agar jangan
gugur. Sepantas kilat Hairy merentap tangannya, yang masih dalam genggaman Kathy.
''Kau ni ke mana? Puas aku cari.
Menyusahkan orang saja..'' wajah Minah yang sudah berubah riak tidak
dipedulikan. Ditariknya tangan Minah untuk keluar dari KLCC. Minah keraskan
badan, memprotes.
''Encik Hairy nak bawa Minah pi mana
ni? Minah tak mau. Minah nak ikut Pinas.'' dengan beraninya Minah bersuara. Sakit
hati punya pasal. Hah? Sakit hati sebab cemburu ler tu?
''Jangan degil boleh tak? Kaki aku dah nak
tercabut, sebab cari kau. Dah..jangan nak mengada-ngada. Jom balik!'' dua
pasang mata lagi yang menjadi pemerhati adegan pasangan suami isteri itu dah
terbuntang mata.
''Harris, siapa perempuan ni?'' Kathy
diulit rasa cemburu. Dari tadi Hairy memegang tangan Minah seakan tidak akan
dilepaskan lagi. Shafinaz pula penat bermain mata dengan Minah. Ingin tahu juga
siapa Hairy. Tadi Shafinaz yang menyangka Hairy dan Kathy sepasang kekasih yang
sedang berdating, terus dikutuknya mereka di depan Minah. Bila Minah menoleh ke
arah mereka, laju langkah Minah diatur ke arah mereka berdua. Penat Shafinaz
mengejar Minah dari belakang.
''Jom balik!'' sekali lagi tangan
Minah ditarik.
''Minah tak mau! Minah tetap nak
ikut Pinas!'' Hairy dah mula bengang dengan kerenah Minah. Dipandang
sekeliling. Semua orang sedang memandang hairan ke arah mereka. Hairy
mendekatkan wajahnya ke telinga Minah, lalu membisikkan sesuatu.
''Aku kiss kau kat sini, kau nak?''
Minah mengeleng pantas. Mahu atau tidak, terpaksa juga Minah mengikut Hairy
balik. Pada Shafinaz dilambaikan tangannya sambil melaung.
''Aku balik dulu Pinas. Satgi 'singa jadian'
mengamuk.'' dan laungannya tu membuatkan semua yang mendengar tersenyum simpul,
kecuali Hairy, Shafinaz dan Kathy. Masing-masing menunjukkan riak wajah yang
berbeza.
********************
''Jauh kau sesatkan? Sampai KLCC...'' masuk
saja dalam kereta, Minah dah kena smash dengan ayat sindiran dari Hairy.
''Eh..KLCC saja. Okey lagi tu, nak
heran apa. Kot sampai planet Marikh ka, Pluto ka, Zuhal ka, kot la nak heran.''
Minah menjawab selamba sambil memakai tali pinggang keledar. Wajahnya langsung
tak berani menoleh ke arah Hairy. Mesti Hairy sedang membuntangkan mata ke
arahnya.
''Menjawab! menjawab! Itu saja yang kau
tahu!'' Hairy pandang Minah. Geram pula dia dengan Minah yang langsung tak
menoleh ke arah dia. Dah la tadi gelar dia singa jadian.
''Siapa tadi tu?'' sambil memandu Minah
diajak berbual. Walaupun geram, Hairy tetap lega kerana dia dah jumpa Minah
dia. Minah tak menjawab. Sengaja dikuncikan peti suaranya. Menjawab karang kena
marah pula.
''Dah bisu pulak ke? Suara kau dah
tertinggal di KLCC tadi ke?'' Hairy masih cuba menarik minat Minah. Dipandangnya
Minah sekilas. Minah 'bo layan'(malas nak layan). Hairy membelok masuk ke
Restoran makanan Thai. Minah masih buat tak peduli. Kereta berhenti pun Minah
masih begitu. Minah tergaman, kerana dia tahu itu restoran abang sepupu dia
Ismadi. Dia pernah kerja di restoran ini, ketika sedang menunggu result SPM
dulu.
''Dah..jom turun. Makan dulu, aku lapar.''
Hairy terus turun tanpa memandang Minah di sebelah. Alarm kereta ditekan sambil
terus melangkah masuk ke dalam restoran. Bila nak duduk, baru Hairy perasan
Minah tak ikut dia. Hairy keluar semula dan matanya melilau mencari Minah. Akhirnya, Hairy membawa pandangannya
ke dalam kereta. Hairy tepuk dahi, lantas langkahnya dibawa menuju ke kereta. Alarm
ditekan. Pintu tempat duduk sebelah pemandu dibuka. Minah pandang Hairy tak
berkelip bila Hairy memasukkan kepalanya ke dalam kereta dan mendekatkan
wajahnya dengan wajah Minah.
''Kenapa dengan encik Hairy ni?''
Minah bersuara sambil mengeluarkan ear phone dari kedua belah telinganya. Sekali
lagi mata Hairy terbuntang. Maunya terkeluar biji mata Nur Hairy Harris ni.
''Ya Allah Minah..sejak bila hang
pakai benda alah tu?'' sekali Hairy ber'hang' la pula. Geram punya pasal. Hilang
sabar betoi dengan 'minah' sorang ni.
******************
Mereka berjalan masuk ke dalam restoran
beriringan. Tangan Minah Hairy pegang selamba, sampai Minah pun naik hairan. Selalunya
garang semacam saja, ini nak bawa watak mamat romantik pula ka?
Ismadi datang ke meja mereka sebaik saja
mereka duduk. Ismadi yang sedang berada di hadapan mereka mengenyitkan mata
pada Minah. Minah melebarkan senyuman, tapi bila melihat Hairy memandang ke
arahnya, Minah segera menutup mukanya dengan menu yang dipegang. Hairy pandang
Minah dengan Ismadi silih berganti. Terkesan sesuatu yang mencurigakan.
''Kenapa ni sayang?'' terkejut
Minah. Terus menu yang menutupi mukanya diturunkan dan dia memandang Hairy. Bila
dia pandang Ismadi, Ismadi menjongketkan kening padanya. Minah angkat bahu
sambil geleng kepala. Hairy hilang sabar dengan gelagat kedua hamba Allah di
depannya ini. Rasa tercabar juga keegoannya, bila isterinya tergamak bermain
mata dengan lelaki lain di depannya.
''Order encik?'' akhirnya Ismadi bersuara.
''Bagi nasi putih dua. Tomyam sea
food, siakap masak tiga rasa dan kangkung goreng belacan.'' Hairy yang membuat
semua pesanan. Ismadi memandang pula pada Minah.
''Macam biasa, Minah nak carrot
juice, erm..kalau ada rojak buah yang Minah suka sangat tu bawak sekali na. Dah
lama tak makan. Mengidam..'' Minah bersuara ceria. Sekali lagi Hairy memandang
dengan wajah kebingungan ke arahnya.
''Hai..takkan baru kawen dah
mengidam kot? Bunting pelamin ka apa?'' bengang Minah bila mendengar Ismadi berkata
begitu. Muncungnya ditarik.
''Mulut tu memang takdak insuran. Tau la
kak Ema dulu bunting pelamin pun. Huh!'' Ismadi lepaskan tawa. Sekali lagi
Hairy memandang mereka silih berganti.
''Encik Hairy nak minum apa?'' pertanyaan
dituju pula pada Hairy. Hairy yang semakin pelik dengan gelagat mereka seolah
terkunci bibir.
''Samalah abang Is, Minah dengan encik
Hairy ni kan sejiwa. Apa yang encik Hairy makan Minah makan, jadi apa yang
Minah minum encik Hairy pun minum jugaklah.'' Minah buat keputusan untuk Hairy.
Kalau tadi Hairy pesan makanan tanpa tanya dia, apa yang dia nak makan. Sekarang
dia bayar cash.
''No! watermelon juice please!'' Hairy dengan
senang hatinya membatalkan air yang telah Minah order. Minah tak mahu mengalah.
''Kalau macam tu cancel siakap masak tiga rasa
tu. Minah tak suka. Ganti dengan kerabu mempelam muda.'' Ismadi dah mengaru
kepalanya. Pening. Kalau sepuluh orang pelanggan yang mengaku sejiwa, tapi
langsung tak sejiwa, boleh kena darah tinggi dia.
''Eh..abang yang nak makankan? Minah tak suka
sudahlah.'' Hairy pun tak mahu mengalah. Akhirnya, Ismadi terus berlalu macam
tu saja.
Keputusan seri, bila semua yang
mereka order tiba di meja mereka, dan Ismadi join mereka makan. Sebab, dia kata
dia pun belum makan dan semua makanan yang telah diorder dia yang belanja, sempena
meraikan pengantin baru. Dalam sibuk menjamu selera mereka berbual. Terjawab
semua persoalan Hairy, bila Ismadi memberitahu bahawa Minah tu adik sepupu dia,
juga adik susuan kerana ibu Minah meninggal ketika melahirkannya. Kebetulan mak
Ismadi yang merupakan mak long Minah juga melahirkan adik bongsu Ismadi ketika
itu.
***************
Selepas makan Hairy bawa Minah ke pejabatnya. Semua
pekerjanya yang memandang dah bersoksek-soksek. Bergosip la, apa lagi. Selama
ini memang ramai perempuan yang datang mencari Nur Hairy Harris di pejabat,
tapi ini kali pertama Hairy bawa perempuan masuk pejabat. Sebetulnya, memang
tiada siapa yang tahu dia sudah bernikah. Mereka hanya di akad nikahkan di
kampung Minah. Selepas itu, papanya Dato Hussaini di bawa ke Australia untuk
menjalani rawatan di sana, sambil pergi makan angin. Menantu baru belum
diraikan lagi.
''Tunggu dalam ni, jangan pergi
mana-mana, abang ada meeting sekejap lagi.'' Hairy memberi arahan sebaik saja
mereka melangkah masuk ke bilik pejabat Hairy. Minah terus menuju ke sofa di
sudut bilik tanpa sepatah kata. Kelu barangkali, terkejut dengan perubahan
mendadak Nur Hairy Harris ni. Bila Hairy membahasakan dirinya abang di restoran
tadi, Minah ingat Hairy cuma berlakon di depan Ismadi, tapi bila Hairy masih
membahasakan dirinya abang, walaupun hanya ada mereka berdua, Minah sudah mula
keliru. Nampaknya 'singa jadian' dah jadi kucing parsi.
Minah sudah mula mengeluarkan netbook dari
dalam beg sandangnya. Nasib baik netbook itu di bawa ke mana saja dia pergi. Baru
saja on netbook, Minah dah mengeluh. Muncungnya ditarik tanpa sedar. Monyok
saja wajahnya Kelakuannya itu berjaya menarik minat Hairy yang masih membelek
fail untuk di bawa ke bilik meeting.
''Kenapa?'' sepatah Hairy menyoal. Minah mendongak
memandang wajah Hairy dengan bibir yang masih dimuncungkan.
''Dah macam muncung itik dah..'' Hairy
tergelak dengan ayatnya sendiri. Minah mencebik. Hairy berjalan menghampirinya dan
duduk di sofa di sebelah Minah.
''Kenapa?'' soalan diajukan lagi sambil
tangan Minah diraih. Minah muncungkan bibirnya ke arah netbook.
''Tu..bateri low...'' sambil tu matanya
tertumpu pada tangannya yang masih di pegang Hairy. Tiba-tiba, bibirnya yang
asyik muncung tadi mengukirkan senyuman. Tergambar kenakalan di benaknya. Tangan
kanannya ditekapkan ke dahi Hairy.
''Lahh..ingatkan demam ka apa ka. Okey
saja..'' Hairy pandang Minah sambil tersenyum. Berdebar hati Minah.
Wow..sweetnya. Suami siapa la ni? Minah bermonolog dalam hati.
''Sindir abang ya?'' perlahan
suara Hairy bertanya. Sekali lagi Hairy lebarkan senyuman untuk Minah. Hidung
Minah dicuit tanpa sedar. Lagi bertambah hairanlah Minah. Netbook Minah di atas
meja sofa, Hairy ambil dan di bawa ke meja kerjanya. Dia mencari plug kosong. Bila
nak mula mengecas, baru dia sedar charger untuk mengecas netbook tiada, lalu
Minah dipandang. Minah mengeleng.
''Minah tak bawak...'' mendatar
saja suaranya. Hairy tersengeh sambil kepalanya di gelengkan berkali-kali.
''Tu majalah banyak, baca saja majalah tu,
kalau boring. Kalau tak mau baca, tidur saja. Abang nak pergi meeting ni.
Jangan pergi mana-mana pulak.'' Hairy melihat jam di pergelangan tangannya. Selepas
itu terburu-buru dia mencapai fail dan keluar dari bilik pejabatnya.
Minah melonggo di atas sofa. Majalah di
bawah meja sofa di ambil. Semuanya dibelek, tapi satu pun tak dibacanya. Semuanya
majalah bisnes. Minah bangun dan berjalan ke arah meja kerja Hairy. Netbooknya
di ambil dan dia duduk di kerusi Hairy. Minah berangan sekejap jadi bos. Tumpuan
Minah kini jatuh pada netbook kesayangannya. Netbook yang sedang berbunyi minta
nyawa itu terus di shut down.
Nak buat apa ni? Kalau ikut Pinas tadi
boleh jugak aku ronda-ronda. Encik Hairy ni la. Macam mana boleh pulak jumpa
aku kat KLCC tu. Haih..macam tak percayalah pulak. Jangan-jangan dia dah pasang
alat pengesan kat badan aku ni pa? Minah bersoal jawab dengan diri sendiri di
dalam hati.
Sejam kemudian Minah dah mula resah. Berkurung
saja dalam bilik Hairy membuatkan dia panas punggung. Minah bangun dan mula
melangkah ke pintu bilik. Dipulasnya tombol pintu perlahan. Macam pengintip
saja gayanya. Terjenguk-jenguk Minah keluar. Cuma ada dua tiga orang pekerja
yang masih tekun membuat kerja. Perlahan Minah keluar, dan pintu ditutup
kembali.
''Cik..nak
tumpang tanya boleh?'' Sebaik Minah berada di depan seorang pekerja yang nampak agak peramah dan manis wajahnya,
Minah terus bertanya.
''Ya adik, boleh akak bantu?'' lemah
lembut orangnya. Suara pula merdu sangat. Minah ukirkan senyuman.
''Ya, Minah nak pi toilet. Boleh tolong
tunjuk dak?'' Minah lemparkan senyuman lagi. Pekerja tadi menghentikan kerjanya
dan bangun.
''Jom..akak tunjukkan. Adik ni yang
datang dengan encik Harris tadikan? Siapa dengan encik Harris tu?'' sambil
berjalan mereka berbual.
''Haa..Minah la tu. Tadi Minah
keluar cari barang, bila Minah call encik Hairy cakap Minah sesat, terus encik
Hairy keluar cari Minah. Minah gurau saja tadi tu. Tak sangka pulak encik Hairy
nak keluar cari Minah. Dah tu, jumpa pulak tu. Lepas bawa Minah makan, encik
Hairy bawa Minah mai sini..'' panjang berjela pula Minah menjawab.
''Minah orang kedah ka?'' pekerja
tu tanya lagi.
''Ha la..Minah tinggal di Yan, dekat
dengan Pulau Bunting. Cantik tau akak. Akak penah pi?'' peramah sangat Minah
ni. Pekerja tadi tergelak kecil dengar Minah bercakap.
''Baguih la lagu tu. Akak pun
orang Kedah jugak. Akak orang Jitra. Ni macam mana boleh kenai dengan encik
Harris ni. Eh..lupa pulak. Nama akak Ida Nazreen. Pangge kak Ida cukup.'' sembang punya sembang mereka pun sampai ke
tempat yang dituju.
''Dah sampai pun. Akak hantar dekat sini
saja kot. Akak nak sambung reja balik ni..'' mereka berbalas senyuman, sambil
Minah mengucapkan terima kasih pada Ida Nazreen. Minah urut dada selepas masuk
ke dalam tandas. Siapa dia dengan Hairy? Semput juga Minah nak jawab soalan tu.
Nak jawab orang gaji ka isteri? Nasib baik Minah pandai kona.
********************
Selepas keluar dari bilik meeting,
laju Hairy mengorak langkah ke bilik pejabatnya. Masuk saja ke bilik, Hairy dah
bercekak pinggang. Degil betul. Ke manalah pula Minah ni pergi? Hairy terus keluar
dari biliknya dan pantri dituju. Hanya ada seorang pekerja di situ.
''Encik Harris cari perempuan yang datang
dengan encik Harris tadi ke?'' Hairy ditegur oleh pekerjanya. Hairy mengangguk.
''Rasanya tadi dia pergi toilet, lepas tu
dia tolong mak cik cleaner cuci toilet sekali.'' pekerjanya memberitahu sambil
tergelak kecil. Hairy terus berubah wajah. Kesabarannya diuji lagi. Nak tunjuk
sangat kau rajin Minah? Tunggulah..balik rumah nanti aku bagi kau kerja. Hairy
berdialog dalam hati. Geram sangat!
Hairy
yang berada di depan toilet perempuan tak berani menjengah masuk. Tak
pasal-pasal nanti dicop lelaki miang yang nak ambil kesempatan. Lima minit dia
tunggu depan tu kelibat Minah tak muncul-muncul juga. Hairy buat keputusan
untuk meminta tolong pekerjanya mencari Minah.
''Ida..awak tolong saya cari,
err..tu...'' Hairy kehilangan kata. Nak cakap apa ya?
''Cari Minah ka encik Harris?''
''Mana awak tahu nama dia?'' Hairy
menyoal Ida. Entah apa Minah ni dah cerita.
''Tadi dah berkenalan.'' Ida serba
salah melihat wajah Hairy yang dah cemberut. Berkerut sakan. Entah apa yang dia
sedang fikir.
''Dahlah, suruh dia masuk bilik
saya. Cepat sikit!'' Hairy mengesa. Dalam bilik mesyuarat tadi dia langsung tak
dapat menumpukan perhatian. Asyik ingat Minah saja. Minah buat apa? Paling dia
takut, kalau Minah selongkar meja dia dan jumpa gambar dia bersama Kathy.
Kalut, tentu Minah akan fikir yang bukan-bukan.
***************************
''Encik Hairy cari Minah ka?'' masuk saja ke
bilik pejabat Hairy, Minah dah menyoal laju, tapi dia masih di muka pintu
bilik. Tak berani nak masuk terus bila melihat wajah Hairy yang macam orang
sedang marah tu. Ermm..pembetulan, bukan sedang marah, tapi memang sedang
marah.
Hairy bangun dan mendekati Minah. Minah
berundur sikit dan bersedia untuk menapak keluar. Dengan pantas Hairy
memanggil.
''Nak ke mana lagi tu Minah? Awak ni kan..''
pintu Hairy tutup dan dikunci. Bahu Minah Hairy paut. Minah mengecilkan
badannya. Seram Minah dengan gelagat Hairy ni.
''Abangkan dah pesan dengan Minah, jangan
pergi mana-mana. Degil tak habis-habis.'' Hairy pegang tangan Minah dan suruh
Minah duduk di sofa. Minah menurut.
''Minah pi toilet saja pun!'' Minah memberitahu Hairy tentang
keberadaannya.
''Lepas tu tolong mak cik cleaner
tu cuci toilet sekali, kan?'' Minah melopong. Takkan ada CCTV dalam toilet kot?
''Mana encik Hairy tahu?'' Hairy mendengus.
''Sampai bila nak panggil encik
ni? Sampai bercucu? bercicit?'' Minah tayang wajah cemberut. Anak pun belum
ada. Baru saja pegang tangan dah melalut sampai cucu-cicit ni apa kes?
''Anak pun belum ada, dah berangan sampai ke
cucu-cicit?'' Minah suarakan apa yang dia fikir. Hairy sudah tersenyum nakal
sambil merapatkan dirinya kepada Minah.
''Tak apa, belum terlambat lagi. Malam
ni kita buat anak ya sayang?'' Hairy kenyitkan matanya pada Minah. Minah
berubah wajah. Menyesal cakap macam tu. Malam nanti awal-awal lagi Minah nak
kunci pintu bilik.
''Jangan buat muka macam tu. Lagi
setengah jam kita balik. Kita singgah beli barang dapur. Nanti kalau awak pergi
sorang entah sesat ke planet mana pulak.'' Hairy menyambung kata. Sengaja dia
ingin menyakat Minah dengan ayat tadi. Hairy sendiri masih keliru dengan
perasaannya sendiri. Bila Minah cakap Minah sesat, memang dia risau. Bila Minah
tengok dia bersama Kathy, dia takut Minah akan salah faham. Bila Minah bermain
mata dengan Ismadi, dia sakit hati. Apakah semuanya ini?
**********************
Hujan lebat disertakan dengan ribut
petir membuatkan Minah rindukan ayahnya di kampung. Risau hatinya kalau ayahnya
turun ke laut dan bot ayahnya dipukul ribut. Macam-macam yang Minah bayangkan. Sedang
Minah ralit melamun mengingatkan ayahnya, pintu biliknya dibuka orang dari
luar. Minah yang sedang berkelubung di bawah selimut terus melompat bangun.
''Ada apa encik Hairy?'' Minah bertanya kalut.
Lebih-lebih lagi bila mengingatkan kata-kata Hairy siang tadi.
''Jom, pindah bilik abang. Esok
Pak Mod dengan Mak Mah balik kerja balik. Takkan Minah nak tidur sebilik dengan
mereka?'' Hairy melabuhkan punggungnya dibirai katil. Minah terdiam tak
berkutik. Mindanya sedang berfungsi untuk menghadam kata-kata Hairy.
''Sapa Pak Mod dengan Mak Mah tu?'' tercetus
soalan dari bibir Minah. Ini kali pertama Minah dengar nama-nama tu sejak
datang ke rumah besar ini.
''Orang gaji sebenar. Dah, jangan banyak soal.
Bawa semua barang Minah masuk bilik abang. Guruh kilat menyambar kat luar tu,
tak takut ka tidur sorang-sorang?'' Hairy senyum nakal. Matanya merenung tepat
ke wajah Minah.
''Guruh kilat di luar. Bukannya dalam
bilik ni.'' macam berani sangat Minah ni, walhal dari tadi lagi dah berkelubung
dalam selimut sebab terkejut guruh.
Hairy tersenyum mendengar Minah
bercakap begitu. Dalam mindanya sudah terencana satu idea nakal. Bukan dia tak
tahu, Minah selalu menyusup masuk ke bilik dia setiap malam. Kadang-kadang dia
pura-pura tidur awal. Kononnya letih sangat.
''Minah tahu tak, Pak Mod selalu cerita
kat abang, dalam bilik ni, setiap malam selepas pukul dua belas tengah malam,
mesti ada lembaga hitam berlegar-legar. Kadang-kadang, ada bunyi baby menangis.
Minah tak pernah dengar ka?'' Hairy buat muka serius sambil pandang keliling
bilik. Macam seram sangat cerita dia tu. Minah dah menghimpit Hairy. Lengan
Hairy di pegang kejap. Hairy dah gelak dalam hati.
''Encik Hairy tak tipukan?'' Minah
masih ingin bersoal jawab.
''Eh, buat apa nak tipu? Pak Mod
yang cerita kat abang. Kalau tak betul maknanya Pak Modlah yang tipu, bukannya
abang.'' Hairy jual buah terung (berbohong). Tak pasal-pasal Pak Mod pula yang
dapat nama.
''Mana barang-barang Minah?'' Hairy bertanya
sambil meninjau sekeliling bilik. Minah bangun dan turun dari katil. Baru melangkah
setapak, guruh dah berdentum kuat di luar rumah. Spontan Minah memeluk Hairy
yang turut berdiri di sisi Minah. Terkejut dengan tindakan spontan Minah
membuatkan jantung Hairy berdetak laju. Bila Minah tersedar dari rasa terkejut,
terus Minah rungkaikan pelukannya dan berlalu mendapatkan beg pakaiannya yang
di letakkan di tepi almari baju. Memandangkan kedua-dua almari di dalam bilik
ini berkunci, Minah tidak pernah mengemaskan baju-bajunya.
Minah mengikut Hairy naik ke biliknya di tingkat
atas. Tindakan spontannya tadi dilupakan begitu saja. Hairy pun macam buat tak
kisah saja. Masuk saja ke bilik, Minah pura-pura jakun. Macam baru pertama kali
masuk ke bilik Hairy.
''Luasnya bilik encik Hairy.'' Hairy
dah tergelak mendengar Minah cakap macam tu. Hairy tahu Minah sedang berlakon. Hairy
pun perah otak cari idea untuk berlakon sama.
''Wajib luas, nanti senang kalau
nak cukupkan kuota. Boleh letakkan katil banyak-banyak. Nanti senang
isteri-isteri abang layan abang sorang dalam satu bilik. Tak payah nak beli
rumah dua tiga buah. Membazir saja..'' Hairy sembunyi senyum. Wajah Minah
direnung.
''Eleh..sorang pun belum tentu
lepas di Akhirat esok. Inikan pula nak bagi cukup kuota. Jalan sengetlah nampaknya
encik Nur Hairy Harris bin Hussaini ni.'' terkedu Hairy mendengar ayat - ayat
Minah. Dua minggu mereka berkahwin memang banyak kesalahan dia pada Minah. Tak
mampu menjadi Imam pada setiap solat-solat Minah. Mendera Minah mental dan
fizikal, walaupun tak patah riuk. Perlahan Minah dihampiri. Hairy cuba bersifat
gentleman. Beg di tangan Minah di ambil dan diletakkan di tepi almari, kemudian
Hairy hampiri lagi Minah yang masih berdiri kaku di tengah bilik. Tangan Minah
Hairy pegang, dan Minah Hairy pimpin hingga ke katil.
''Kita mula semula. Mulai malam ni
kita jadi suami isteri yang sebenar. Minah panggil abang dengan paggilan abang.
Abang pula panggil Minah sayang. Boleh?'' Minah berjeda lama mendengar
permintaan Hairy. Mata Hairy direnung untuk mencari keikhlasannya disitu, walaupun
Minah pernah baca dalam novel Suami Aku Ustaz, ikhlas itu macam semut hitam
yang melata dalam gelap. Memang sukar nak dilihat dengan mata kasar.
''Boleh. Tapi abang kena jawab
semua soalan Minah malam ni sejujur-jujurnya.'' Minah pula buat permintaan
peribadi. Hehe..yalah, selama ni Hairy asyik berdolak dalih saja.
''Okey..permohonan Minah diterima. Isteri
perlu sentiasa di sisi suami. Kita tidur awal sikit malam ni. Minah nak tahu
apa. In Sya Allah abang akan jawab sejujur-jujurnya.'' Hairy merebahkan
tubuhnya. Minah pun turut sama merebahkan tubuhnya di sisi Hairy dalam rasa
debar yang semakin mengila. Dupdap, dupdap..heh!
''Cepatlah tanya, sebab abang pun
ada soalan nak tanya Minah.''
''Siapa perempuan yang pegang
tangan abang di KLCC tadi?''
''Kathy..''
''Siapa Kathy untuk abang?''
''Dulu kekasih abang, sekarang
bukan sesiapa pun. Kami dah putus tiga bulan lepas.''
''Habis kenapa dia
terlentok-lentok kat abang? Siap pegang-pegang tangan lagi.''
''Sayang cemburu?''
''Minah soal, abang jawab saja.
Jangan soal Minah balik.''
''Dia nak berbaik semula. Dia
ajak abang kahwin.'' Minah terkedu. Hilang debar timbul perasaan sebak. Minah
berpusing membelakangkan Hairy.
''Minah nak abang jujur, abang
dah jujur. Tapi jangan buat muka macam ni. Tak baik tau bagi belakang kat suami.''
Hairy rangkul Minah dari belakang. Tubuh Minah ditarik perlahan supaya
berpusing mengadap dia semula. Minah akur, dan Hairy pantas mengucup dahi
Minah.
''Abang nak berbaik semula dengan
dia?''
''Minah nak bagi abang senget. Jangan
kata di Akhirat. Entah-entah di dunia pun dah senget. Ingat senang nak layan
dua sekaligus.''
''Tau takpa. Abang nak tanya apa
kat Minah? Sementara kaunter pertanyaan masih di buka ni..'' Minah tanya
serius. Tak sabar nak tahu soalan apa yang akan ditanya Hairy.
''Minah dah bersedia?'' Hairy
tersenyum nakal.
''Dah...'' tanpa tahu apa maksud
Hairy, Minah menjawab pantas.
''Betul?''
''Abang tanya saja la. Minah
memang dah bersedia nak jawab..''
''Sayang, abang dah tanya pun
tadi. Dan, sayang jawab dah. Jom la, kita mulakan sekarang.''
''Mulakan apa?'' Minah blurr. Hairy
sudah ukirkan senyuman gatal.
''Tanggungjawab sebagai suami dan
isteri. Bagi cucu dekat mama dan papa...''
''Abangggg...''
***********************
''Minah, hang kena balik kampung. Ayah
hang...'' selepas Hairy bertolak pergi kerja pagi tu, Minah menerima paggilan
dari Pak Longnya di kampung.
''Awat dengan ayah, Pak Long? Ayah sakit
ka?'' Minah bertanya cemas. Jantungnya sudah berlari laju. Mindanya pula sudah
memikirkan yang bukan-bukan.
''Ayah hang hilang di laut Minah. Petang
kemarin dia keluaq ke laut. Sampai la tak balik-balik lagi. Kami pakat keluaq
pi cari. Merata Pulau kami dah jengok, kot-kot bot dia rosak, dia singgah dok
berehat di Pulau.Tapi tak jumpa jugak.'' panjang lebar Pak Long Piee bercerita.
Minah sudah lembut lutut. Wajah ayahnya dah terbayang di mata. Air mata dah mengalir
laju.
''Pak Long habaq kat abang Is dak
lagi?'' dalam sebak ,sempat lagi Minah bertanya.
''Pak Long habaq dah. Dia kata nak
ajak hang balik sekali. Hang try telepon dia tengok.'' Minah mengangguk, tanpa
sedar pak long dia tak nampak anggukkan dia tu. Selepas berbalas salam, talian
pun diputuskan. Minah telefon pula Hairy, tapi berkali-kali dia telefon panggilannya
tak berjawab. Minah buat keputusan untuk hantar mesej saja.
Minah : Abang, minah balik kampung. Pak long
call ayah hilang di laut.
Belum sempat send mesej, ada
panggilan masuk dari Ismadi. Minah terus tekan button hijau.
''Minah, abang dah ada depan
rumah Minah ni. Dah siap ka belum?'' sebaik telefon ditekapkan ke telinga,
suara Ismadi sudah kedengaran. Minah kalut.
''Sat abang Is, Pak Long baru call Minah. Tunggu sat na..'' Minah terus
berlari ke bilik selepas meletakkan telefonnya di atas meja. Lima belas minit
kemudian, Minah sudah siap dan mengunci semua pintu rumah. Kereta Ismadi yang
sedang menunggunya di luar pagar di tuju.
''Abang Is, kita pi pejabat abang
Hairy dulu na? Minah call dia tak dapat.'' masuk saja dalam kereta Ismadi, Minah
terus membuat permintaan tu. Risau juga Minah kalau tak minta izin Hairy
terlebih dulu. Ismadi hanya mengangguk tanpa sepatah kata. Dalam kereta,
masing-masing hanya membisu. Minah pula tak henti-henti mengelap air mata.
Sampai di depan bangunan pejabat
Hairy, Minah terus meluru keluar dari kereta. Laju kaki Minah melangkah dan
menuju ke arah lift. Bila pintu lift terbuka, cepat-cepat Minah masuk dan
menekan butang untuk ke tingkat lima. Sampai ke tingkat lima, pejabat Hairy di
tuju. Kakinya terus melangkah ke bilik pejabat Hairy. Pandangan pelik pekerja-pekerja
tidak dihiraukan. Sebaik Minah sampai di depan pintu bilik pejabat Hairy,
langkahnya ditahan oleh Kamilia.
''Maaf cik, encik Harris sedang
melayan client. Tak boleh diganggu.'' Minah terkaku di situ. Dia perlu jumpa
Hairy. Kalau Hairy tak mau ikut balik sekali pun, dia tak kisah. Janji Hairy beri
dia keizinan saja.
''Tolong cik, sat saja. Minah ada
hal penting sangat ni.'' Minah terpaksa merayu. Bila Kamilia buat tak layan. Minah
melangkah laju ke meja Ida Nazreen.
''Kak Ida..tolong Minah. Minah
nak jumpa encik Hairy.'' air mata Minah sudah kembali mengalir laju. Ida
Nazreen bangun dan berdiri di sisi Minah. Bahu Minah diusap perlahan. Simpatinya
pada Minah membuak-buak. Seterusnya langkahnya di atur ke meja Kamilia. Interkom
ditekan.
''Encik Harris, Minah nak jumpa. Dia macam
ada masalah saja.'' Kamilia hanya memandang perlakuan Ida Nazreen. Minah pula
dijeling tajam. Sebentar kemudian pintu bilik Hairy terkuak. Minah menyeka
sisa-sisa air matanya dengan telapak tangan.
''Kenapa ni sayang?'' mendengar saja suara
Hairy, perasaan sebak Minah kembali menyerang. Minah sangkakan Hairy akan marah
dia, kerana menganggu Hairy berbincang dengan client.
Air mata Minah bercucuran lagi. Tergaman
Hairy melihat Minah yang menangis sakan tu. Terus Minah dirangkul dalam
pelukannya, tanpa menghiraukan berapa banyak mata yang sedang memandang. Sedetik
cuma, Hairy melepaskan rangkulannya dan air mata Minah di seka.
''Kenapa ni? Beria-ia
menangis?'' Hairy bertanya gusar. Mesti ada apa-apa yang merungsingkan fikiran
Minah. Itu yang Hairy fikirkan. Minah berjeda lama. Pertanyaan Hairy tak segera
dijawab. Hairy memimpin Minah duduk di sudut menunggu dan cuba menenangkan
Minah. Tangan Minah dielus perlahan untuk memberi kekuatan pada Minah untuk
bersuara. Minah menarik nafas sebelum mula menyusun ayat.
''Minah nak minta izin dengan
abang. Minah nak balik kampung dengan abang Is. Ayah hilang di laut sejak
kemarin. Pak Long baru call Minah pagi ni..'' tersentak Hairy. Patutlah
beria-ia Minah menangis. Teringat kembali ketika bot papanya karam dulu.
Bagaimana mama dan kak Aina menangis siang dan malam mengenangkan nasib
papanya.
''Habis, sayang datang dengan siapa
ni?'' Hairy pamerkan wajah risau. Hari ini jadualnya padat. Nak menemani Minah
balik kampung, mustahil sangat.
''Abang Is tunggu Minah di bawah.''
sehabis Minah berkata begitu Hairy terus bangun sambil tangan Minah dipegang
erat.
''Jom..abang hantar Minah.'' mereka
jalan bergandingan. Sesekali wajah Minah Hairy pandang. Berat hati nak
melepaskan Minah pulang ke kampung. Mereka baru saja berbaik semalam, dan
melayari kehidupan berumah tangga dalam erti kata yang sebenar.
''Sayang take care ya. Bila kerja
abang selesai nanti, abang akan pergi sana. Apa-apa hal, call abang tau.''
Minah mengangguk. Minah pun berat hati nak tinggalkan Hairy, tapi Minah tiada
pilihan.
''Abang..Minah tertinggal telefon Minah atas meja dapur. Nanti abang
tolong bawak sekali tau.'' bila Hairy cakap suruh telefon dia, baru Minah
teringatkan telefon dia yang tertinggal.
''Laa..macam mana boleh tertinggal
pulak ni? Nanti malam-malam abang rindu, macam mana abang nak call Minah?''
Hairy cuba menceriakan Minah. Tak senang hati Hairy nak melepaskan Minah pulang
ke kampung dengan wajah yang sayu macam tu.
''Malam saja rindu? Siang tak
rindu?'' Minah menyoal sambil wajah Hairy dipandang. Bukan senang nak
tinggalkan seseorang yang sudah mula bertapak di dalam hati. Walaupun hanya untuk
sesaat.
''Rindu jugak, tapi malam lagi
rindu. Berganda-ganda rindunya. Lebih-lebih lagi kenangan yang macam semalam
tu.'' Hairy tertawa. Minah dah tertunduk malu bila mengingati apa yang berlaku
semalam.
Bila sampai di tingkat bawah
mereka masih berbual-bual kosong. Tangan Minah masih kemas dalam genggaman
Hairy. Dalam tak sedar, mereka sudah menghampiri kereta Ismadi. Semakin kejap
tangan Minah Hairy genggam. Minah mendongak dan memandang wajah Hairy lama. Tersedar
diri diperhati, Hairy menoleh. Langkah kedua-duanya terhenti. Ismadi
membunyikan hon kereta. Cepat-cepat Minah menyalami Hairy dan mencium tangan
Hairy.
Masuk ke dalam kereta, Minah lambaikan tangan
pada Hairy. Sebelum kereta meluncur laju, sempat Hairy membalas lambaian Minah,
sambil tersenyum manis. Aku cinta kau Minah. Hairy berdialog di dalam hati.
Minah pula diam tak diam air matanya
mengalir lagi. Di sebelah sini suami, di sebelah sana ayah. Dua-dua pun dia
sayang. Walaupun, sayangnya pada suami baru saja disemai. Minah melepaskan
keluhan berat, sambil menyandar lemah di kusyen kereta. Ismadi di sebelah hanya
memandang tanpa kata. Hanya pandangan simpati yang mampu diberikan.
******************
Kathy melangkah laju mengejar Hairy yang
sedang menunggu lift untuk naik ke
tingkat atas. Selepas bertemu Hairy di KLCC kemarin, dan Hairy meninggalkan
dia terpinga-pinga sambil mengheret wanita lain, Kathy nekad untuk membuat
perhitungan dengan Hairy. Tadi pula, selepas memarkir kereta dan sedang menuju
ke bangunan pejabat Hairy, hatinya bagai digilis lumat, menyaksikan kemesraan
Hairy dengan perempuan itu. Entah apa hubungan perempuan itu dengan Hairy.
''Harris! Tunggu!'' nama Harris di
laung bila melihat dia sudah masuk ke dalam lift. Hairy yang menyedari kelibat
Kathy yang sedang berlari ke arahnya, terus menekan butang di dalam lift yang
menuju ke pejabatnya di tingkat lima. Kathy terus berlari dan sempat meloloskan
dirinya masuk ke dalam lift.
'' I nak tahu, siapa perempuan
tu?'' dalam keadaan yang masih tercunggap-cunggap, Hairy terus disoal. Hairy
mendengus keras. Modnya tengah tak stabil setelah menghantar Minah tadi. Kini, Kathy pula datang menganggu gugat
perasaannya.
''Harris, I tanya you ni.''
Kathy semakin berang dengan gelagat Hairy yang langsung tak mengendahkan
kehadirannya. Hairy dihampiri dan lengan Hairy ingin dipaut, tapi belum sempat berbuat
apa-apa Hairy sudah mengelak. Jari telunjuknya diangkat lalu dihalakan ke wajah
Kathy.
''You jaga tingkah laku you tu.
Kita dah tak ada apa-apa hubungan. Faham?'' perlahan, tapi cukup tegas
dipendengaran Kathy. Hilang segala sikap baik dan prihatin yang Hairy tunjukkan
pada Khaty selama ini.
''You ni kenapa Harris? Dengan perempuan yang
entah siapa-siapa tu boleh pula you peluk-peluk. Dengan I ni you nak mengelak saja.
Kenapa? I nak tahu siapa perempuan tu?'' Kathy terus-terusan menyoal. Dia
takkan puas hati selagi tak mendapat jawapan yang dia nak.
Mereka sudah sampai ke tingkat lima. Sebaik
pintu lift terbuka, Hairy terus melangkah keluar tanpa menghiraukan Kathy yang
kuat mendesak tu. Langkahnya diatur laju menuju ke pejabat tanpa menghiraukan
pandangan pekerjanya yang mungkin sedang hairan dengan adegan demi adegan yang
telah dan bakal berlaku di depan mata.
''Harris!'' Kathy semakin
bengang dengan Nur Hairy Harris. Hairy langsung tak menoleh, malahan bilik
pejabatnya terus dibuka dan dia menghilang dibalik pintu. Kathy membentakkan
kakinya keras. Bila menyedari dirinya menjadi tontonan, Kathy mendengus kasar.
''Apa tengok-tengok? Buat
kerjalah! Makan gaji buta!'' Kathy melepaskan amarahnya. Semua orang yang
memandang tadi kembali fokus kepada kerja. Kathy melangkah masuk ke bilik
pejabat Hairy. Perhitungannya dengan Nur Hairy Harris masih belum selesai.
''You buat apa di sini? I banyak kerja nak buat.
Tak ada masa nak layan you.'' Hairy malas melayan Kathy. Fail di depannya
dicapai dan dibelek, tapi mindanya langsung tak boleh nak fokus. Fail ditutup
kembali. Wajahnya diraup kasar. Yang ada di fikirannya hanya wajah sayu Minah
sebentar tadi.
''I takkan keluar selagi you tak bagi tau I,
siapa perempuan tu?'' Hairy mendongakkan wajahnya. Terbang sekejap wajah Minah,
diganti pula dengan wajah Kathy yang sedang menyinga. Hairy bangun lalu
menghampiri pintu dan membuka pintu bilik pejabatnya dengan luas.
''Kau keluar sekarang!'' kuat
jerkahan Hairy membuatkan Kathy tersentak. Semua staf terkejut. Tak
pernah-pernah Encik Harris mereka menengking sebegitu.
''Harris..I cuma..'' Kathy takut-takut
nak meneruskan ayatnya.
''You nak tahu sangatkan, siapa
perempuan tu? Okey, I bagi tau you. She is my beloved wife. Puas hati? Sekarang
you keluar. I tak ada masa nak layan orang macam you. You yang buang I tiga
bulan lepas. You tak jijik ke, nak jilat ludah you balik?'' Hairy masih
bersuara kasar. Kathy sudah terlopong dengan apa yang dia dah dengar.
********************
Minah memandang di kejauhan. Lautan
yang luas, kian ganas dengan ombak yang membadai. Kehilangan ayahnya masih lagi
menjadi misteri. Entah bagaimanakah keadaannya? Masih hidupkah atau
bagaimanakah dia? Musim sekarang musim ribut dan musim air pasang besar. Dulu
Minah selalu bermenung di tepi pantai ini selepas cintanya ditolak oleh Pidot,
atau nama sebenarnya Mohd Firdaus. Cinta Minah ditolak kerana badan Minah yang
agak gempal. Bukan itu saja, Pidot juga turut menghina Minah.
Sekarang kehadirannya di sini
kerana menunggu seseorang yang begitu amat bermakna dalam hidupnya. Pak
Hamidlah pendorong dan penguat semangat Minah. Walaupun Minah membesar tanpa
kasih sayang seorang ibu, tapi Minah tidak pernah rasa kehilangan. Minah
sendiri pun membawa ke mana saja nama ibunya. Nur Imanina, itulah nama ibunya, tapi
selepas nama itu diberi kepada Minah, Minah asyik menangis tanpa henti sehingga
ayahnya memanggilnya dengan nama Minah.
Tak pernah jemu Minah memandang laut. Sesekali
kepalanya di dongakkan ke atas. Betapa Allah itu Maha Berkuasa menciptakan
langit dan bumi. Betapa tenang dan damainya hati saat memandang ciptaanNYA.Walau
sekusut mana pun jiwa. Sepedih mana pun hati. Dengan memandang dua anugerah
Allah di depan matanya ini, fikiran Minah pasti akan tenang kembali. Kehidupan
ibarat lautan. Adakalanya begitu tenang, tapi ada kala dilanda taufan. Hidup
tak semestinya akan bahagia berpanjangan. Sekali sekala Allah akan menguji
kesabaran dan ketabahan kita.
''Panjang isteri abang ni bermenung? Ingat
abang ke?'' Minah disapa seseorang. Entah sejak bila lelaki ini duduk di
sisinya. Minah langsung tak perasan. Mindanya jauh mengembara entah ke mana. Lelaki
di sisi direnung tidak berkelip. Hairy mengawang-gawangkan tangannya di hadapan
Minah, membuatkan Minah tersedar dan mengukirkan senyuman.
''Bila abang sampai?'' soalan diajukan sambil
tangan Hairy diraih dan di bawa ke bibirnya.
''Sayang rindu abang tak?'' Hairy bertanya
perlahan. Wajah di hadapan matanya di renung sepuas hati. Tiga hari tak jumpa
Minah, hidupnya serba tak kena. Makanan yang Mak Mah masak pun sudah tak enak
di tekaknya. Padahal selama ini masakan Mak Mahlah yang dibedalnya hari-hari.
''Rindu sangat. Minah rasa macam
nak peluk saja abang la ni. Tapi kesian pulak dekat orang lain yang dok tengok.
Satgi depa jeles pulak kat Minah.'' Minah berkata jujur dalam nada bergurau. Hairy
dah tersenyum nakal. Boleh tahan jugak Minah ni.
''Dah tu, jom la balik.'' Hairy
ambik ayat gurauan Minah tu sebagai ayat serius.
''Buat apa? Sat lagi la kita
balik. Minah nak tengok matahari terbenam.'' Minah halakan lagi pandangannya ke
tengah lautan. Ayah, cepat balik ayah. Minah rindu. Tak semena-mena air mata
Minah mengalir. Selepas balik ke kampung, Minah cuba menjadi kuat, tapi bila
Hairy sudah ada di sisi, entah kenapa Minah menjadi sebak. Minah seka air mata
cepat-cepat, agar Hairy tak sempat perasan kegusaran hatinya.
''Kenapa ni sayang? Sedih lagi?
Ayah tak apa-apa kot. Nanti ayah baliklah tu.'' Terkesan Hairy dengan wajah
Minah yang sayu membuat dia turut terasa sebak. Ditahannya perasaan sebak itu
sekuat mungkin.
''Bukan, Minah terharu. Allah
hadirkan abang dalam hidup Minah memang tepat pada masanya. Semuanya ada
hikmahnyakan? Minah kena kawen dengan abang. Mula-mula Minah tak boleh terima
kenyataan tu. Lebih-lebih lagi bila Minah terpaksa tinggalkan ayah dan ikut
abang ke Kuala Lumpur. Abang tu dah la garang macam singa jadian..'' Minah
terhenti seketika dan tertawa kecil. Pinggangnya dicucuk Hairy. Minah terjerit
kecil.
''Sedap saja cakap abang ni singa jadian.
Abang ngap baru tahu.'' Hairy pura-pura marah. Minah hanya ketawa, kemudian dia
sambung balik kata-katanya tadi.
''Kalau nak difikirkan secara
logik dengan akal yang waras, Allah memberi kita sesuatu tu mesti bersebabkan?
Dia bagi singa jadian kat Minah, dan dalam sekelip mata singa jadian tu
bertukar jadi kucing parsi yang manja dan mengoda.'' Minah terhenti dan ketawa
lagi bila Hairy mengeletek pinggang dia pula.
''Minah bersyukur sangat, sebab bila abang dah
bertukar jadi kucing parsi ni abang nampak sweet sangat.'' Minah menyambung
kata. Hairy kerutkan dahi. Macam tak kena saja ayat tu.
''Sweet? Kenapa tak macho ke, handsome
ke?'' Minah pula kerut dahi. Perasan sudah Nur Hairy Harris ni.
''Mata Minah, mulut Minah..ikut suka
Minah la, nak tengok abang macam mana pun. Nak cakap apa pun.'' Minah cakap
selamba, sambil mengawal dirinya agar tak gelak. Sekali lagi Minah kena
geletek. Bertubi-tubi Minah menepis. Akhirnya kedua belah tangan Hairy dipegang
dan mata mereka saling merenung di antara satu sama lain.
''Abang sayang Minah?'' tercetus pertanyaan
itu dari kedua ulas bibir Minah. Hairy tersenyum. Angguk tidak, geleng pun
tidak. Tapi Hairy tanya balik soalan kat Minah.
''Minah nak tahu ke?'' beria-ia Minah mengangguk.
Serius wajahnya. Hairy tak menjawab. Dihalakan pandangannya ke arah laut. Matanya
merenung jauh. Minah sabar menanti.
‘’Aku Cinta Kau Minah!'' tiba-tiba Hairy melaung. Terbelalak mata
Minah. Cepat-cepat Minah menekup mulut Hairy dengan tangan kanannya.
''Abang..kalau ya pun. Janganlah
bagi tau satu dunia.'' Hairy sudah ketawa mengekek. Dua tiga orang lelaki yang
sedang memancing berdekatan dengan jambatan Pulau Bunting memandang ke arah
mereka.
''Relax ar sayang. Biar la mereka
nak tengok pun. Bukannya nak luak.'' Hairy ketawa lagi. Akhirnya Minah pun
turut tersenyum sama.
*****************************
Bila ada Hairy, Minah mula tunjuk
sifat manjanya. Selepas solat maghrib, Minah ajak Hairy ke pasar malam. Kebetulan
setiap malam jumaat memang ada pasar malam di Sungai Yan. Bila Hairy cakap
letih, Minah pura-pura merajuk. Sayang bini punya pasal, Hairy ikutkan juga.
Sampai di pasar malam, tak semena-mena perut
Hairy memulas. Bila Minah tengok Hairy asyik tekan perut dengan dahi berkerut
Minah pun menegur.
''Abang okey ka?'' Hairy mengeleng. Mana nak
okeynya kalau perut tengah menganas di dalam.
''Tandas awam di mana? Abang dah
tak tahan ni.'' Minah terus tersenyum simpul sambil menunjukkan masjid di
seberang jalan.
''Ada masjid tu. Abang pi la.
Minah tunggu abang tang ni.'' Hairy angguk dan mula melangkah. Dalam dok tengok
kereta kiri dan kanan untuk melintas jalan, sempat dia menoleh dan berpesan
pada Minah.
''Tunggu tau, nanti abang sesat.''
Minah jatuhkan kepala berkali-kali sambil ketawa perlahan. Lima minit Minah
menunggu Hairy, Minah ditegur seseorang.
''Minah? Tak berubah langsung hang kan? Eh
Minah, hang tak teringgin ka nak diet? Belajar-belajar la diet Minah oii, aku
kesian kat hang, tak berlaki pulak satgi..'' Minah menoleh dan pandang Pidot
dengan wajah yang selamba. Mulut celupar tak habis-habis. Patutlah orang yang gemuk
dalam dunia ni sorang pun tak kawen. Hina sangat ka kalau badan gempal. Minah
hanya berperang dalam hati. Malas nak berlawan kata dengan Pidot.
''Kesiankan kalau sapa jadi laki
hang. Nak peluk pun tak sampai.'' Pidot tersenyum penuh sinis. Minah semakin
bengang. Minah tak la gemuk mana pun, sampai tak boleh nak dipeluk.
''Malang la sapa jadi laki hang.''
walaupun Minah tak membalas setiap kata-kata Pidot, tapi Pidot tetap mengutuk
Minah dengan selambanya. Salah Minah dengan Pidot ni sikit saja. Sebab Minah
pernah tersuka kat Pidot ni, dan selalu dok usha Pidot masa sekolah dulu. Sebab
tu saja. Perasaan suka tu bukannya boleh dikawal.
''Pasal pa malang?'' Hairy yang terdengar ayat
terakhir Pidot tadi bertanya, sambil memandang Pidot dan Minah silih berganti. Bila
Hairy pandang Minah, Minah angkat bahu. Air mata yang sudah bergenang, cuba
ditahan dengan menarik nafas dalam-dalam. Minah sedih sebab Hairy dah terdengar
Pidot kutuk dia.
''Malang la encik. Encik tengok la badan dia,
gemuk. Nak peluk pun tak sampai.'' Minah dah mencebik. Penyibuk saja. Allah
bayar cash baru tau. Kena, esok-esok dia gemuk macam kena pam baru ada akai. Minah
berdialog dalam hati lagi. Hairy menghampiri Minah. Sengaja Hairy berjalan
mengelilingi Minah. Lepas tu Hairy tengok Minah atas bawah, atas bawah, sampai
Minah pun dah naik cuak semacam. Hairy berhenti betul-betul di depan Minah dan
peluk Minah depan Pidot. Terbuntang mata Minah sebab terkejut.
''Okey saja. Siapa yang kata tak sampai? ''
selamba Hairy berkata sambil melepaskan pelukannya. Minah dah berpusing ke arah
lain. Nak tergelak bila tengok Pidot melopong menyaksikan tindakan spontan
Hairy.
''Encik, encik nampak dak masjid depan
tu? Encik tak malu ka buat maksiat depan masjid? Kalau encik tak malu dengan
saya pun, malu la dengan Allah! Hang pun Minah, boleh dok diam? Awat? Dah gatai
sangat ka?'' Pidot bagi ceramah free yang langsung tak boleh pakai. Masa dia
syok dok kutuk Minah, dia tak pernah nampak kesalahan dia tu. Tapi bila dia
rasa orang buat salah, tanpa siasat terlebih dulu terus dia seranah. Reti pula
nak bagi ceramah. Hailah manusia, bijak menuding jari ke arah orang lain, tapi
tak pernah cermin sikap sendiri pun. Ingat mengutuk fizikal orang tu mulia
sangatlah?
''Jomlah sayang, abang dah lapar ni.'’ Hairy
berkata pada Minah dan ingin berlalu, tapi baru selangkah bergerak, dia menoleh
ke arah Pidot semula.
‘’Oh ya saudara, sebelum mengutuk orang,
lain kali siasat terlebih dahulu. Minah ni isteri saya yang sah. Saya tahu,
sepatutnya saya tak perlu menunjuk-nunjuk di depan saudara tadi dengan memeluk
Minah di tempat awam. Tapi, niat saya cuma nak membuktikan pada saudara saja,
bahawa kenyataan saudara tadi tidak benar. Saudara, orang gemuk pun ada
perasaan tau. Lagi pun, isteri saya ni taklah gemuk mana pun. Rasanya..saudara
ni sudah tersalah orang untuk memberi nasihat. Sepatutnya saudara perlu
nasihatkan diri saudara dulu, sebelum bagi nasihat untuk orang lain.’’ Panjang
berjela Hairy mengungkapkan kata. Minah pun tak berani nak mencelah. Dia
biarkan saja Hairy berkata-kata. Terlopong Pidot mendengarnya sebelum melihat
Minah dan Hairy berlalu meninggalkannya berdiri terpinga-pinga di tepi jalan.
***************
Semalam Minah beli bahan-bahan
untuk buat laksa kat pasar malam, sebab Hairy teringin nak makan laksa utara. Laksa,
Minah dah rendam sejak semalam lagi. Pagi ni awal-awal lagi Minah dah siang ikan dan rebus. Kuah
laksa ni boleh guna macam-macam jenis ikan. Macam di kampung Minah ni selalunya
jenis ikan yang digunakan selain ikan kembung, boleh juga guna ikan selangat, ikan
put-put atau ikan parang. Untungnya tinggal di sini bila selalu dapat makan
ikan segar, kecuali kalau musim ribut. Makan saja apa yang ada.
Resepi kuah laksa Minah memang
sempoi sangat. Selain isi ikan yang telah dikisar ,Minah hanya guna cili padi
atau orang belah utara ni panggil cabai melaka. Selain tu Minah lebihkan bawang
besar. Bahan-bahan wajib lain tu biasalah. Daun kesom, bunga kantan, asam
keping, garam dan serbuk perisa. Alah..nak buat kuah laksa ni main
campak-campak saja. Yang penting, sesuaikan rasa garam dan asamnya. Jangan
terlebih dan jangan terkurang.
Untuk sampah sarapnya yang Minah
guna, eh..maksudnya daun yang ditaburkan atas laksa tu. Kalau ada pucuk lepai,
Minah akan masukkan pucuk lepai. Kalau tak ada, macam biasalah, daun selom, salad
atau pucuk gajus. Yang lain seperti bawang dan timun memang bahan yang wajib
ada setiap kali nak makan laksa. Kuah laksa baru mendidih, Minah dah kecur
liur. Semerbak bau hingga satu rumah boleh dihidu.
''Minah, buat laksa ka? Nanti huluq sepinggan.''
Ismadi dah melaung dari rumah sebelah. Haa..tu kan, bukan satu rumah boleh bau.
Sampai rumah Mak Long pun boleh bau. Tu, Minah tak guna belacan lagi tu.
''Okey abang Is. Bukan setakat sepinggan.
Berpinggan-pinggan pun boleh.'' Minah jengol kepala ikut pintu dapur dan
melaung balik pada Ismadi yang sedang berehat di atas pangkin di luar rumah.
''Sedapnya sayang, dah boleh makan ke belum
ni?'' Hairy sudah datang menjengah ke dapur. Minah yang sedang mengacau kuah
laksa di dalam periuk dihampiri.
''Belum lagi, kuah baru mendidih. Biar
lama sikit. Laksa pun baru rebus tu, belum lembut lagi.'' sambil berbual Minah
perlahankan api dapur. Petua untuk masak sedap ni senang saja, api dapur mesti
sentiasa perlahan. Lebih-lebih lagi bila mengunakan cabai atau rempah. Jangan
sampai rempah atau cabai masak mengejut. Selain tak sedap, masakan juga akan
cepat basi.
''Assalamualaikum, bila hang balik
Minah? Patutlah dari jauh lagi ayah dok bau kuah laksa. Rupa-rupanya ada orang
jauh balik.'' Hairy dan Minah sama-sama menoleh ke arah pintu dapur dan saling
berpandangan selepas itu. Minah meluru kepada ayahnya. Dipeluknya tubuh tua
itu.
''Ayah pi mana sebenarnya ni?''
Minah pimpin tangan ayahnya dan dibawa duduk di atas kerusi di ruangan dapur
tu. Belum sempat Pak Hamid menjawab, Pak Long, Mak Long dan Ismadi dah
terjengol di pintu dapur.
''Assalamualaikum..'' salam
berbalas. Minah menjemput mereka masuk. Sekejap saja selepas itu rumah Minah
sudah dipenuhi dengan penduduk kampung. Semuanya datang nak ziarah Pak Hamid
yang kononnya hilang di laut.
''Kawan aku pangge kenduri di Pulau Sayak. Malas
nak pi jalan darat, aku pi la dengan
bot. Bila tengok cuaca tak berapa elok, depa tahan aku, tak bagi aku balik...''
Pak Hamid buka cerita. Berkali-kali cerita yang sama bila sorang demi sorang
datang bertandang. Hari itu rumah Pak Hamid dah macam buat kenduri. Laku pula
laksa Minah. Tengahari tu pun pakat bergotong royong masak nasi di rumah Pak
Hamid. Ismadi jadi tukang masak. Yang lain tu tolong siang apa yang patut.
Hairy tolong keluarkan duit dan beli barang-barang masakan. Heh..nasib kaulah
Hairy!
*****************
''Alhamdulillah..ayah tak apa-apa. Lepas ni ayah tak payah pi ke laut
lagi la. Ayah ikut Minah dok Kuala Lumpur na. Bolehkan bang?'' sambil mengajak
ayahnya, Minah tanya juga pendapat Hairy. Hairy mengangguk sambil tersenyum,
tapi Pak Hamid pula yang mengeleng.
''Ayah tak boleh, laut ni dah
macam darah daging ayah dah. Dari muda lagi ayah dah turun laut. Tak pa la
Minah, hang jangan dok risau sangat la pasai ayah ni. Hidup mati ni, Allah dah
letak dah. Hang duduk pi la atas gunung mana pun, kalau dah sampai ajal tu dia
mati jugak.'' mendengar saja kata Pak Hamid, Minah dah jadi kelu. Hairy pun tak
berani nak menyampuk apa-apa. Pak Hamid sentiasa tegas dengan kata-katanya. Kalau
dia cakap hitam. Hitamlah. Takkan ada putih.
''Tapi minggu depan ayah kena pi jugak Kuala Lumpur.
Papa dengan mama nak balik. Papa cakap nak buat kenduri kesyukuran sikit. Sambil
tu nak sambut menantu baru.'' Hairy yang diam sejak tadi mula bersuara. Minah sudah
resah semacam.
''Ha..ayah hang macam mana Hairy?
Sihat dah dia?'' Pak Hamid turut berminat untuk mengetahui keadaan bisannya
itu. Dengar kata paru-parunya bermasaalah, selepas lemas di laut hari tu.
''Alhamdulillah ayah, dua tiga hari
lagi kalau tak ada apa-apa aral, papa dan mama akan balik ke Malaysia.'' ceria
saja Hairy bercerita. Minah sudah mula tarik muka, sebab dia langsung tak tahu
apa-apa. Kecik hati.
''Abang tak bagi tau kat Minah pun.''
Minah bersuara rajuk. Hairy tergelak. Timbul idea untuk menyakat Minah.
''Minah tak tanya. Lagi pun mana
boleh bagi tau Minah, nanti Minah mengamuk pulak.'' Sekali lagi Minah rasa
semacam. Tadi nak sambut menantu baru. Sekarang dah takut dia mengamuk pula. Sapa
nak kawen? Minah bersoal jawab dalam hati. Hairy dipandang sambil menjongketkan
keningnya beberapa kali. Hairy tak faham maksud Minah. Dia jongketkan balik
keningnya pada Minah.
''Hiesyy...'' Minah pegang tangan Hairy
dan heret Hairy keluar dari rumah. Pak Hamid hanya mengeleng melihat gelagat
anak dan menantunya. Teringat Pak Hamid ketika mereka baru berkahwin. Minah
paksa Hairy turun ke laut bersama dia. Kononnya, Minah nak suruh Hairy belajar
jadi menantu seorang nelayan. Sudahnya, tiga hari Hairy terlantar sebab mabuk
laut. Minah suruh Hairy belajar jahit pukat yang koyak. Minah juga suruh Hairy
tolong Minah masak dan macam-macam lagi yang Minah suruh. Hairy ikut saja apa
yang Minah suruh tanpa membantah sikit pun. Bagus sungguh Hairy tu. Pak Hamid
puji Hairy dalam hati. Pak Hamid pandang saja anak dan menantunya itu sampai
hilang dari pandangannya.
Minah heret Hairy menuju ke
pangkin belakang rumah yang mengadap ke laut. Mereka sama-sama melabuhkan
punggung di atas pangkin sambil mendengar ombak yang sesekali memukul pantai. Minah
selesakan kedudukannya sambil mengadap Hairy.
''Baik abang cakap betul-betul, sapa
yang nak kawen?'' Minah tanya Hairy dengan suara serius. Hairy pun buat muka
serius sama. Langsung tiada senyuman di bibirnya.
''Abang la, siapa lagi? Papa dengan mama nak
abang kawen untuk kali kedua.'' Minah terdiam. Hatinya bagai terhiris. Perasaannya
dah mula sebak. Mindanya sudah berfikir yang bukan-bukan. Rasa tersisih, tak
dihargai dan sebagainya. Melihat wajah Minah, Hairy sembunyi senyum. Jahat
bebenor hang ni Hairy.
''Dengan sapa?'' perlahan Minah bertanya.
''Yang pastinya bukan dengan
Minah.'' air mata Minah mula bergenang. Tersiat rasa hati. Minah sedarlah Minah
ni sapa. Minah bangun dan menuju ke arah laut. Langkahnya diatur satu persatu.
Hairy yang melihat langkah Minah yang menuju ke arah laut, mula mengelabah. Air
mata Minah semakin laju mengalir. Minah hanya membiarkan air matanya membasahi
pipinya. Laut yang dituju semakin hampir. Hairy dengan pantas menghentikan
langkah Minah. Kedua-dua bahu Minah dipegang. Hairy pusingkan tubuh Minah
supaya mengadap ke arahnya. Minah tundukkan wajah sambil menahan esakan.
''Minah tak mahu tahu ke abang
nak kawen dengan siapa?'' Minah mengeleng. Tangan Hairy yang memegang kedua
belah bahunya ditepis. Minah teruskan langkah menuju ke laut. Hairy tak berputus
asa. Minah terus diekori.
''Abang nak kawen dengan Nur
Imanina bt Abd Hamid!'' Hairy melaung kuat. Minah menghentikan langkahnya. Bibirnya
dikebam. Kau nak main-mainkan aku ya Nur Hairy Harris. Kau tunggu balasannya. Minah
berpusing ke belakang dan mengadap Hairy.
''Mak Minah dah lama tak ada, abang nak kawen
dengan mak Minah tu pasai pa?'' Minah bersuara kuat melawan deruan ombak.
''Bila pulak abang cakap abang nak
kawen dengan mak Minah?'' Hairy pula yang blurr.
''Abang baru saja cakap, abang nak
kawen dengan Nur Imanina bt Abd Hamid.'' Minah masih serius. Hairy semakin tak
mengerti.
''Betul la tu, habis yang Minah
cakap abang nak kawen dengan mak Minah tu, kenapa? '' Minah tak menjawab soalan
Hairy. Diheretnya Hairy masuk ke dalam rumah. Pak Hamid yang masih berada di
ruang tamu tersenyum simpul. Tadi Minah heret Hairy keluar. Sekarang dia heret
Hairy masuk ke dalam bilik pula. Hai..anak perempuan sorang ni. Masa nak suruh
menikah dulu beria-ia reyau tak mau kat Hairy. Takut kena dera la dan
macam-macam lagi alasan yang Minah bagi. Sekarang ni sapa yang dera sapa? Pak
Hamid gelengkan kepalanya berkali-kali.
Masuk ke bilik Minah dah selongkar
laci almari solek. Hairy hanya memandang tanpa kata. Cari punya cari, selongkar
punya selongkar, akhirnya Minah mengeluarkan sekeping kertas yang sudah berubah
warna. Dibelek seketika dan kemudian dihulurkan pada Hairy.
''Apa ni?'' Hairy cuak.
''Surat mati mak Minah.'' Minah masih
menghulurkan kertas itu kepada Hairy.
''Buat apa Minah bagi kat abang pulak?''
Hairy masih menyoal.
''Abang ambil saja la, baca.'' bila
Hairy masih tak mengambil kertas yang diberi, Minah memegang tangan Hairy dan
memaksa Hairy untuk membaca isi kandungannya. Hairy menurut. Sekejap kemudian
Hairy memandang Minah. Wajah terperanjat dipamerkan. Minah mengangguk.
''Cuba abang tengok masa dan tarikh. Sama
macam dalam surat beranak Minah. Sebab itu setiap kali birthday Minah, Minah
tak pernah sambut. Kami buat kenduri tahlil untuk arwah mak. Minah pun nak
minta kat abang, bila birthday Minah, Minah tak mau hadiah tapi Minah nak abang
bawa Minah ziarah kubur mak. Boleh?'' Minah pandang Hairy tak berkelip. Berharap
sangat dia Hairy akan tunaikan permintaannya. Hairy tak menjawab. Sengaja
membiarkan Minah tertunggu jawapannya. Tubuh Minah ditarik dalam pelukannya. Mindanya
sedang berfungsi mencari idea.
''Abang..'' Minah tolak tubuh Hairy
perlahan. Matanya memandang tepat ke wajah Hairy, mohon soalannya dijawab.
''Boleh..'' Minah dah ukirkan senyuman.
''Tapi, ada syaratnya.'' Hairy
menyambung kata. Senyuman Minah mati serta merta.
''Minah lahirkan ramai anak untuk
abang, boleh?'' Hairy bisikkan syaratnya ke telinga Minah. Kemudian tawa Hairy
meledak bila Minah membuntangkan matanya.
*******************
Suasana di perkarangan banglo Dato Husaini
meriah. Hairy dan Minah yang diraikan segak dengan pakaian pengantin berwarna
krim. Ramai pekerja sepejabat dengan Hairy yang hadir. Minah diperkenalkan pada
semua orang dengan nama Minah atas permintaan Minah sendiri.
''Hari ini adalah hari yang paling bertuah
untuk kita semua. Pengantin lelaki ingin menyanyikan sebuah lagu untuk
pengantin perempuannya.'' semua mata tertumpu di bawah khemah yang menempatkan
dj yang dijemput khas untuk memeriahkan majlis mereka.
''Dipersilakan Encik Nur Hairy
Harris.'' Hairy maju ke depan. Semua hadirin bertepuk tangan. Microfon bertukar
tangan. Muzik mula dimainkan. Dengan penuh perasaan Hairy mula melunakkan
suaranya mengikut tempo dan irama lagu. Jangan sampai lari piecing haa..hehe..
Tahukah engkau betapa
ku menyanjungimu
Tahukah engkau semua
cinta tercurah padamu
Biar bumi membelah
dua
Namun sayangku takkan
berubah
Bukan rayuan
Semua terucap dari
hatiku
Hanya dirimu
Selalu menjadi bunga
tidurku
Jangan biarkan ku
menunggu
Hadirlah kasih aku
merayu
Jangan biarkan ku
menuggu
Hadirlah kasih aku
merayu
Ketika menunggu untuk menyanyikan
chorus lagu Hairy memandang Minah sambil bersuara.
''Aku
Cinta Kau Minah!'' riuh dengan sorakan dan siulan nakal kawan-kawan Hairy. Minah
hanya tertunduk tersipu-sipu bila dirinya turut jadi perhatian.
Kau sudah dapat ku
miliki (Hairy ubah lirik sendiri)
Takkan lagi ku
lepaskan
Kaulah penghuni
relung hatiku
Sayang dan cintaku
untuk mu
Berjanji diriku pada
cintamu
Sumpah demi langit
dan bumi
Dirimu akan ku jaga
selalu
Sampai akhir batas
waktuku
Dirimu akan ku jaga
selalu
Sampai akhir batas
waktuku
Selepas lirik terakhir itu Hairy
serahkan kembali microfon kepada juruacara yang bertugas mengendalikan majlis
tersebut. Hairy kembali mendapatkan Minah di bawah khemah yang sedang berkumpul
bersama keluarganya.
''Tu dia, lagu dari seorang suami
buat isterinya yang tercinta Nur Imanina atau nama manjanya Minah.'' juruacara
buat wajah terkejut selepas menyebut nama Minah. Ada hadirin yang ketawa dan
ada yang hanya tersenyum simpul. Minah tayang wajah selamba.
''Apa ada pada nama. Yang penting,
bila cinta sudah bertapak di hati, nama bukanlah halangannya. Moga pasangan Nur
Hairy Harris dan Minah akan berbahagia hingga ke akhir hayat.'' juruacara
menyambung kata. Hairy dan Minah sudah bermain mata.
''Abang dah banyak kali cakap
abang cintakan Minah. Sayang bila lagi? Minah, do you love me?'' Hairy menyoal
Minah perlahan. Minah berjeda seketika sebelum menyusun kata.
''Abang..cinta itu tak perlu diucap.
Ia hadir di sini.'' Minah pegang dadanya.
' ''Terus bersemadi di hati ini sampai bila-bila
pun. Hanya perilaku yang akan memberi isyarat cinta. Akan terasa sakit bila
disakiti walau hanya kata-kata biasa. Mungkin takkan nampak pada wajah, tapi
akan nampak lukanya dalam air mata.'' ceh Minah, Hairy sudah tersenyum. Sekali
lagi mindanya mendapat idea nakal.
''Contohnya?'' perangkap pertama sudah ditahan.
Minah yang tak terfikirkan tentang muslihat Hairy terus merangka jawapan.
''Err..contohnya, kalau Minah
tak cinta abang, abang nak kawen banyak pun. Kawen saja, Minah tak kesah.''
Minah menjawab sambil senyum. Hairy pun senyum juga. Senyum ada makna.
''Minah buktikan pada abang,
Minah cintakan abang.'' Minah kerutkan dahi. Nak buktikan macam mana? Minah
blurr.
''Minah cakap cinta tu tak perlu
diucap, hanya perilaku yang akan memberi isyarat cinta. Perilaku yang macam
mana tu? Tunjukkan..'' Minah telan liur. Mati akal Minah untuk menjawab.
''Malam ni la Minah tunjuk.'' Minah menjawab
sambil lewa tanpa maksudkan apa-apa. Sedangkan Hairy sedang tayang senyum
herot. Minah ketap bibir. Grrr..tak habis-habis Nur Hairy Harris ni!
*******************
Lewat malam itu sebelum
masing-masing melelapkan mata, Hairy dan Minah berbual-bual. Banyak perkara
yang Hairy nak tanya Minah, dan begitu juga dengan Minah.
''Sayang..abang ada perkara nak
tanya sayang ni.'' setelah merebahkan badannya ke tilam empuk di bilik peraduan
mereka yang masih dihias indah, Hairy memulakan mukadimahnya. Minah yang juga baru
merebahkan tubuhnya mendongakkan wajahnya memandang Hairy, yang sedang
menongkatkan kepalanya dengan tangan dan mengiring mengadap Minah.
''Tanya saja, sejak bila pulak
encik Hairy ni teragak-agak nak tanya? Selalunya main redah saja.'' Minah
tersenyum memandang Hairy. Hairy buat muka tak puas hati. Ada saja jawapannya. Hairy
capai bantai dan mula rebahkan kepalanya. Tangannya didepangkan.
''Sayang, sini..bantal ori sayang
sedang menanti.'' Tanpa menunggu arahan seterusnya, terus Minah mendapatkan
bantal orinya itu. Ececeh..bestnya tidur berlapikkan bantal ori ni.
''Masa first datang sinikan sayang
selalu dok gelak sorang-sorang kat pondok rehat belakang rumah tu, sayang gelak
dengan siapa?'' Minah pandang Hairy lagi. Mereka saling merenung di antara satu
sama lain.
''Abang sekodeng Minah ka?''
mendengar soalan Minah, Hairy dah tergelak kecil. Kantoi sudah!
''Yupp, abang bukannya apa, abang
risau tengok Minah. Tiap-tiap malam mesti nak pergi pondok rehat tu. Dah tu
sekejap gelak. Kadang-kadang macam tengah menangis pun ada jugak. Macam orang
kena sampuk pulak?'' mendengar ayat terakhir Hairy, Minah tarik muka. Ada ka
kena sampuk?
''Manyak la abang punya sampuk. Tu semua abang
la punya pasai. Siang hari, dah la abang buli Minah. Dah tu malam-malam pula
abang 'pulau' Minah. Sedih tau. Minah dah la rindu kat ayah. Ada suami pula
anggap Minah macam orang gaji saja...'' Minah berpura-pura bersuara sayu. Hairy
yang mula rasa bersalah terus menarik kepala Minah, dahi Minah dikucup lama. Minah
sembunyi senyum dalam diam.
''Abang nak tau dak, pasai pa Minah dok gelak
sorang-sorang?'' Hairy angguk. Memang
itu yang dia nak tau dari tadi pun.
''Minah baca novel online. Ada satu novel tu
tajuk dia Hantu punya bos! Best cerita dia. Kisah bos yang garang dan ego
dengan pekerja dia yang kuat melatah. Minah ada juga terfikir nak tiru Abby tu
buat-buat melatah bila abang marah Minah. Biaq padam muka abang, tapi Minah tak
sampai hati la pulak. Singa-singa abang pun laki Minah jugak.'' Minah terus
tergelak kemudian dia menyambung lagi.
''Pasai Minah reyau pulak, Minah terbaca
satu cerpen sedih. Pengorbanan sorang isteri yang tak dihargai suami. Masa
Minah baca cerpen tu Minah terfikirkan nasib Minah..'' Minah berwajah monyok
pula. Terus Hairy rangkul Minah erat. Setiap kali diserbu rasa bersalah mesti
Minah dapat hadiah. Bestnya...
''Abang ada lagi soalan.'' ucap Hairy
serius.
''Silakan Encik Nur Hairy Harris.''
Minah bernada gurau sambil tersenyum manis.
''Abang Ismadi tu, kenapa hari
kita pergi makan di restoran dia, dia panggil abang encik Hairy? Dan..masa
abang dok seminggu di kampung, tak jumpa pun dengan abang Ismadi tu?'' Minah
berjeda lama sebelum menjawab soalan Hairy yang ini, tapi selepas itu Minah
melebarkan senyuman.
''Hehe..sebenarnyakan, abang Is
tukang masak. Dia tak pernah ambik order pun. Masa abang masuk restoran dan
tinggalkan Minah sorang-sorang dalam reta, Minah dah call abang Is. Minah suruh
abang Is ngorat Minah. Nak tengok abang jeles ka dak. Tak sangka abang akan pangge Minah sayang. Terkejut Minah tau,
nasib baik Minah tak pengsan. Yang hari kenduri tu pulak memang abang Is tak
balik pun, sebab kak Ema bersalin hari yang sama kita menikah.'' Minah tergelak
lagi. Pantas kepala Minah diketuk Hairy. Geram kot, tak pasal-pasal Hairy
terpaksa gadaikan ego dia.
''Nakal. Yang kes sesat tu macam
mana pulak?''
''Ermm..yang tu, dah sah-sah la
abang kena kelentong.'' Minah terus gapai tangan Hairy dan dibawa ke bibirnya.
''Abang, maafkan Minah ya. Minah
ingat saja ja nak kenakan abang, tapi Minah tak sangka pula abang akan pi cari
Minah.''
''Sayang tahu tak, abang punyalah
risau. Lain kali jangan buat lagi macam tu. Boleh putus nyawa abang ni.''
rambut Minah diusap sayang. Minah terleka seketika.
''Sejak bila abang mula sayang
Minah?'' soalan Minah buat Hairy terdiam lama.
''Entah, mungkin sejak abang pegang
tangan tok kadi kot. Bila papa suruh abang kawen dengan sayang, abang setuju
pun sebab nak balas dendam kat Kathy. Tapi bila sayang dah jadi isteri abang
tak sampai hati pula nak tinggalkan sayang. Lagi pun, sebelum abang jatuh cinta
dengan sayang, abang terlebih dulu dah terjatuh cinta dengan masakan sayang tu.''
Hairy tergelak. Minah lebarkan senyuman.
''Sayang, abang dah ngantuk sangat la.Siang tadi
sayang cakap nak tunjukkan sesuatu kat abangkan?'' Hairy bertanya sambil
tersenyum nakal. Minah kerutkan dahi berfikir. Ada ka?
''Sayangkan cakap nak buktikan cinta sayang
dengan prilaku?'' Hairy mengingatkan. Minah dah ketap bibir. Hiesyy...
*********************
Tiga
tahun kemudian...
''Abang..Haikal mana? Jangan biar sangat
dengan Haikal tu bang.'' Minah mengingatkan Hairy akan kenakalan anak sulung
mereka, Haikal Loqman yang sudah berusia dua tahun. Sementara anak kedua mereka,
Nur Irish Afrina yang berusia satu tahun, masih dalam dukungannya.
''Tu ha, Haikal ada dengan abang Is. Ada
kawan ramai tu, mana mau lagi dengan ummi dan abi dia ni.'' Hairy menuding
jarinya pada Haikal bersama anak-anak Ismadi yang seramai tiga orang tu. Kak
Ema, Ismadi dan Nani adik bongsu Ismadi, ada bersama untuk memantau budak-budak
berempat tu, yang sedang bermain air pasang di tepi pantai.
''Irish..mai kat abi sayang. Kesian kat
ummi..'' Irish bertukar tangan. Terlonjak-lonjak Irish ingin lepas bersama
Haikal di tepi pantai.
''Sayang okey? Morning sicknees pagi tadi
abang tengok teruk sangat.'' Hairy pandang Minah yang nampak sedikit pucat tapi
masih berseri. Berseri sebab membawa lagi, anak mereka yang nombor tiga.
''Tak okey pun demi abang jugak. Kan abang nak
Minah buktikan cinta Minah kat abang. Ni la buktinya yang paling nyata. Kalau
tak nampak jugak. Tak tau la..'' Minah pulang paku buah keras sambil tersenyum.
''Amboih sayang, sindir abang nampak?'' Minah
tergelak. Sebentar kemudian Hairy berlalu membawa Irish menuju ke pantai. Minah
melangkah ke arah pondok rehat yang dibina oleh ayahnya di tepi pantai itu. Dari
jauh Minah nampak Nani sudah melangkah ke arahnya. Minah tersenyum lebar. Ada
la tu berita terkini yang ingin disampaikan oleh sepupunya itu, merangkap
sahabat baiknya sejak kecil.
''Adoi..letih betoi layan budak-budak ni.
Hang tak letih ka Minah? Kerap sangat..'' Nani bertanya secara langsung. Minah
senyum saja.
''Dah rezeki aku Nani. Terima saja
la. Biar letih la ni. Bila tengok anak-anak membesar depan mata ni berbaloi
jugak. Hang tu, dah habis belajarkan. Bila lagi? Tak jeles ka dok tengok aku
dok bertambah setiap tahun ni?'' Minah tergelak dengan ayatnya sendiri. pun tumpang gelak sama.
''Tak teringin aku nak jeles kat hang. Wey, hang
nak dengar gosip terkini dak? Aku ada berita baik punya..'' Nani terover ceria
tiba-tiba. Minah geleng kepala.
''Tak payah nak bergosip sangatlah. Aku ni dok
mengandung. Tak pasal-pasal payah pulak aku nak beranak sebab dok buat dosa
mengutuk orang.'' Minah malas nak ambil tau hal-hal orang lain. Dia sedar, diri
sendiri pun tak sempurna.
''Alaa..ni pasai Pidot la. Hang tau dak, Pidot
dah kawen. Bini dia lagi gemuk dari hang dulu. Aku jumpa Pidot kat pasar malam
minggu lepas dengan bini dia. Pidot pun dah boroi semacam saja. Macam perempuan
mengandung dah aku tengok.'' Nani terus gelak. Minah geleng kepala lagi.
''Ishh..tak baik hang ni, dok
mengata kat dia macam tu.'' Minah mengingatkan Nani. Nani sebaya dengan Minah, cuma
Nani bernasib baik sebab dapat masuk Uiversiti Malaya. Baru habis belajar dan
sedang mengintai kerja.
''Hang tak sakit hati ka? Dulu kan Pidot
selalu kutuk hang kaw-kaw punya.'' Nani inginkan penjelasan walaupun dia tahu
Minah tak suka berdendam.
''Bagi aku la kan, kalau orang kata
kat kita, kita balas balik. Ibaratnya macam orang gila maki kita. Kita maki dia
balik. Maknanya kita dengan orang gila tak ada bezanya. 2x5 saja. Sama-sama
gila.'' Minah memberikan pendapatnya sambil tersenyum. Nani dah terkelu lidah.
Sesaat kemudian dia angkat tabik kat Minah.
''Sudah la, aku nak jalan-jalan
tepi pantai sat. Dah lama tak main ayaq laut.'' Minah bangun dan menuju ke
pantai. Melihat Hairy dan anak-anaknya, memberi seribu kebahagiaan untuk Minah.
Hidup ini memang banyak
cabarannya. Kita kena sentiasa melihat hidup ini dari sudut positif. Kita boleh
bahagia kalau kita nak bahagia. Dengan syarat kita kena sentiasa berfikiran
positif pada setiap apa yang kita lalui. Positif pada semua orang dan positif
pada semua yang kita lihat.
''Aku Cinta Kau Minah.'' bisikan itu
bergema lagi di telinga Minah.
''Terima kasih, kerana Minah sudi melahirkan
anak-anak abang.'' Minah mengukirkan senyuman. Siapa kata perempuan yang
bertubuh gempal seperti dia tak mampu mengecap bahagia?
''Minah pun cintakan abang. In
Sya Allah hingga akhir nafas Minah. Terima kasih juga untuk abang kerana
cintakan Minah, dan abang izinkan Minah bawa anak-anak abang dalam rahim Minah
ni.'' selesai saja Minah meluahkan perasaannya Hairy terus tersenyum nakal.
''Yang tu anytime la sayang. Memang
sudah menjadi tanggungjawab abang pun.'' Hairy kenyit matanya pada Minah.
''Abang...'' Minah bulatkan matanya pada Hairy. Suka
sangat double meaning. Dalam marah Minah tetap lebarkan senyuman.
Hidup ini memang indah kalau kita
tahu menghargainya. Miskin atau kaya, cantik atau hodoh bukanlah persoalannya. Yang
penting, bagaimana hati dan minda kita berpakat dengan jiwa untuk rasa bahagia.
Lagi pun dunia ni hanyalah
sementara. Jangan memandang siapa kita di sisi orang lain, tapi sentiasalah
bertanya pada diri sendiri siapa kita di sisi Allah.
Allah hidupkan kita di dunia,
untuk kita mencari amalan sebagai bekal untuk kita kekal bahagia di dunia yang
kekal abadi di Akhirat sana.
~ TAMMAT~
P/s ; Mungkin ada
kesalahan ejaan dan sebagainya, kerana insan yang bernama Szaza Zaiman @ Zaitun
Salleh ini bukanlah seorang Penulis.Saya cuma seorang penconteng yang ingin
mencuba mengasah bakat terendam ini. Nur Hairy adalah nama seorang rakan
Facebook. Setelah saya memberitahu untuk menulis cerpen terbaru, Nur Hairy
menawarkan namanya untuk watak utama. Menurut yang empunya nama, Nur Hairy bermaksud
Cahaya Kebaikkan.Saya percaya saja. Kalau salah, marahlah hero cerita ni. Hihi...
Nama Harris sengaja
saya tambah kerana dah lama saya mengidam untuk namakan watak hero sebagai
Harris.'I Love You Harris! Haha..tolong komen ya!
Minah, Pinas, Pidot
dan Nani mungkin nama-nama kampung yang tak glamer, tapi apa ada pada nama?
Nota : Cerpen ini
telah diedit semula pada bulan Disember 2016, andai masih terdapat sebarang
kesalahan, itu kerana penulisnya memang lemah dalam mengedit. Masih belajar
lagi untuk membetulkan segala kesilapan.
Cerita2 awak mmg best sangat.....
BalasPadamThank's Nitha sudi baca dan tinggalkan komen..
PadamBest sangat....biarpun minah kampung girl tapi tak lemah mcm crita2 dlm novel tu hehe.....
BalasPadamTerima kasih Nitha dan Bebe taurus sudi singgah di sini :D
Padamermmm mmg best dengan jalan ceritanya
BalasPadamThank's Siti Fazlina..
PadamBst la cite ni...x bosan membaca..
BalasPadamThank's Nur Faizah..
PadamBestnye cite mmg layan habis
BalasPadamThank's Cha Jannah..
Padam