Jumaat, 5 Jun 2015

Marriage, Not Dating,. Melayu Style!


         ‘’Bangun! Assalamualaikum cikgu!’’ laungan ketua kelas bergema dalam kelas tingkatan Enam Sastera. Ikram Rafei adalah ketua kelas yang telah dipilih berdasarkan ketegasannya. Dia seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajaran. Mempunyai penampilan yang agak menarik dan juga seorang yang peramah.

        ‘’Assalamualaikum cikgu!’’ bergema pula suara pelajar-pelajar lain. Cikgu Omar, guru matapelajaran Bahasa Malaysia melangkah masuk dengan bergaya.

            ‘’Waalaikumusalam semua,.duduk! ‘’ salam dijawab dan arahan pun diberi. Semua pelajar duduk semula.

         Nor Nadhirah mencuit kawan di sebelahnya, manakala matanya sedang memerhatikan cikgu Omar yang sudah duduk di kerusi di hadapan kelas.

        ‘’Selepas ni Pjkan? Boring betullah aku nak mengadap muka cikgu Raihan tu!’’ bibirnya sudah mula membebel. Walau pun yang mengajarpendidikan Jasmani pelajar wanita adalah cikgu Nurain tapi Nadhirah cukup meluat dengan cikgu Raihan yang sentiasa memandang benci ke arahnya. Nadhirah sendiri tidak tahu, apa kesalahan yang telah dilakukannya. Yang pasti setiap kali mereka bertembung mesti cikgu Raihan akan menjeling tajam ke arahnya.

            ‘’Kau ni Dirah,.boring,boring,..itu ja yang kau tahu. Aku takut dari boring memandang cikgu Raihan tu,.nanti jatuh cinta pulak!’’ Fatin menempelak sahabat baiknya. Dia tahu Nadhiran bukan seorang gadis yang cantik. Penampilannya sederhana, tubuhnya agak gempal dan mukanya penuh dengan jerawat. Kalau Nadhirah tersenyum, giginya yang berkarat itu menjengkelkan orang lain. Namun begitu Nadhirah seorang gadis yang baik. Dia juga seorang sahabat yang setia dan suka membantu orang lain.

         ‘’Aku sedar dirilah,.agak-agaklah kalau nak jatuh cinta dengan cikgu sendiri pun,.tapikan,..’’ Nadhirah tidak meneruskan ayatnya bila cikgu Omar sudah bangun dari kerusi dan mula menuju ke arah papan hitam.

           ‘’Hari ni kita buat karangan ya! Tajuk hari ini bebas,..’’ cikgu Omar bersuara sambil menulis perkataan KARANGAN di papan hitam. Matanya melingas memerhatikan satu persatu wajah pelajar-pelajarnya.

         ‘’Tajuk bebas cikgu? Nak tulis tajuk Awek saya,.boleh tak cikgu?’’ Muhammad Ikbal bersuara meriuhkan suasana kelas. Cikgu Omar turut sama mempamerkan senyuman dengan pertanyaan Muhammad Ikbal.

         ‘’Boleh! Tapi pastikan KARANGAN awak tu jangan ada gejala dating dan sebagainya. KARANGAN tu mesti menceritakan tentang percintaan yang ada manfaat untuk semua. Contohnya ‘awek’ awak tu telah mengubah awak dari jahat menjadi baik atau dari tak solat menjadi orang yang warak dan tak pernah tinggal solat!’’ cikgu Omar memberikan penjelasan mengenai isi karangan yang harus diketengahkan. Kalau nak cakap tak boleh nanti, banyak pulak soalannya.

           ‘’Tapi awek saya ni kuat membebel cikgu, mengalahkan nenek saya. Nak buat apa pun semua kena report dulu. Jadi suami orang pun rasanya tak kena Queen control macam tu,..’’ seluruh kelas gamat lagi dengan kenyataan Muhammad Ikbal.

            ‘’Mana awak tahu, jadi suami orang, tak kena Queen Control? Awak pernah jadi suami orang ke?’’ soalan dari cikgu Omar kepada Muhammad Ikbal juga mendapat sambutan dari seluruh kelas. Riuh rendah dengan gelak ketawa.

          ‘’Mak saya mana pernah buat pun cikgu. Ayah saya nak keluar rumah tak pernah nak report kat mak saya pun!’’ selamba saja Muhammad Ikbal menjawab.

        ‘’Terpulang kepada awak semua nak buat tajuk apa. Tugas saya sebagai guru hanya memeriksa dan memastikan kerja yang awak buat tu berkualiti,.kalau tak, awak faham sendirilah. Markah pasti rendah atau markahnya adalah kosong!’’ cikgu Omar bersuara tegas. Beginilah,bila berhadapan dengan pelajar-pelajar tingkatan enam yang sudah agak matang. Kadang-kadang mereka lebih bijak berkata-kata daripada melakukan kerja yang disuruh.

         ‘’Alaa,..kalau macam tu, saya pilih tajuk Nenek Sayalah!’’ suara Muhammad Ikbal lagi. Cikgu Omar mengeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum.

            ‘’Jangan banyak soal lagi! Buat kerja masing-masing. Saya nak keluar sekejap. Jangan bising!!’’ cikgu Omar menuju ke pintu. Semua pelajar memulakan kerja yang diberi. Tangan berjalan, suara pun turut berbunyi.

             ‘’Kau nak tulis tajuk apa Dirah?’’ Fatin menyoal sambil mengintai Nadhirah.

           ‘’Entah! Tajuk Guru Jasmani Yang Kerek,.agaknya boleh tak?’’ sengaja Nadhirah menduga Fatin.

          ‘’Ehemm,..kan aku dah cakap, jangan asyik nak boring ja. Nampaknya cikgu Raihan dah berjaya bersemadi dalam hati kau, sampai karangan kau pun khas untuk cikgu Raihan?!’’ Fatin mengusik Nadhirah sambil mengenyitkan mata. Nadhirah menjeling geram.

         ‘’Ishh,.aku tanya ja! Tak ada makna ehh,.bersemadi dalam hatilah konon. Kirim salam okey!’’ Nadhirah bersuara geram.

          ‘’Tak ada maknalah sangat! Cikgu Raihan tu pun okey apa? Hitam manis gitu,.aku suka kalau dia senyum. Lesung pipit dia tu,.alamak! Sekali tengok boleh tergoda you!’’ sengaja Fatin bersuara gatal sambil mengedip-ngedipkan matanya. Nadhirah sudah mencebik meluat.

          ‘’Yalah!,.sekali tengok tergoda,.dua kali tengok, naik menyampah, you know!!’’ Nadhirah membalas bersahaja sambil tangannya mula menulis tajuk karangannya.

          ‘’Kau Yang Ku Benci! Eh,..kau tulis tajuk karangan ke tajuk cerpen ni?’’ Fatin yang mengintai buku karangan Nadhirah bersuara lagi.

         ‘’Cerpen pun boley! Kitakan pelajar SASTERA!  Aku saja nak test bakat menulis aku. Kenapa? Tak boleh ke?’’ Nadhirah menoleh ke arah Fatin dan menjungkitkan keningnya beberapa kali. Bibirnya turut mengukirkan senyuman gatal.

        ‘’Boleh, boleh sangat! Cuma aku takut Kau Yang Ku Benci nanti akan menjadi Kau Yang Ku Cinta, Kau yang ku Sayang, Kau yang Ku rindu jer,..’’ Fatin berkata sambil ketawa perlahan. Mulutnya ditutup dengan tangan agar ketawanya tidak kedengaran.

         ‘’Choih,.agak-agaklah!’’ Nadhirah terus membalas dengan wajah masam. Dia cuba membayangkan dirinya berdiri di sisi cikgu Raihan yang sentiasa menjeling tajam tu. Ishh,.kalau kata-kata Fatin menjadi kenyataan, maunya juling mata cikgu Raihan tu sebab asyik menjeling. Hihi,.Nadhirah tersengeh sendiri sambil kepalanya digelengkan berkali-kali.

...............................................

                 Cikgu Raihan keluar ke padang dengan lagak yang garang. Wajahnya memang semulajadi begitu. Dia seorang guru yang paling sukar untuk mengukirkan senyuman.
 
          Cikgu Raihan melangkah ke arah pelajar-pelajar lelaki yang sudah menunggunya di padang sekolah. Wisel ditiup nyaring.

           ‘’Berbaris semua dan lari satu pusingan!’’ cikgu Raihan memberi arahan dengan suara yang lantang dan tegas. Pelajar-pelajar lelaki menurut arahannya.

            ‘’Haa,..yang di sana tu,.tunggu apa lagi? Lari satu pusingan! Hari ini cikgu Nurain cuti. Saya akan take over pendidikan jasmani hari ini!’’ cikgu Raihan melaung pula pelajar-pelajar perempuan yang masih berkumpul di tepi padang.

         ‘’Alaa,..’’ semua pelajar perempuan bersuara lemah. Nadhirah sudah memuncungkan bibirnya. Dia paling tak suka lari keliling padang. Nadhirah akan cepat mengah dan selalu tertinggal di belakang.

         ‘’Cepat!! Jangan buang masa! Saya tak suka dengan pelajar yang lembab. Tak ada stamina!’’ suara cikgu Raihan kedengaran lagi. Tanpa berlengah pelajar-pelajar perempuan memulakan larian.

         ‘’Benci betul aku! Nanti kalau aku semput lagi,.mesti dia akan kenakan aku cukup-cukup,.’’ Nadhirah sudah mula membebel kepada Fatin di sebelahnya.

          ‘’Kau anggap ja kita sedang berjogging sekarang ni. Kau jangan bimbang, aku takkan tinggalkan kau!’’ Fatin mula buat janji. Lega sikit hati Nadhirah mendengarnya.

            ‘’Kalau cikgu kerek tu marah kau sekali nanti, kau janji takkan marah aku balik ya?’’ Nadhirah menyoal Fatin. Dia faham benar dengan ketegasan cikgu Raihan tu.

          ‘’Takkan marahlah! Aku kenyit mata sikit ja, gerenti cikgu Raihan akan cair punyalah!’’ Fatin berkata yakin sambil tergelak. Nadhirah mencebik. Macam tak percaya saja cikgu Raihan tu akan lembut hati dengan Fatin.

          ‘’Macamlah aku tak kenal cikgu Raihan tu macam mana! Kau ingat tak minggu lepas? Cikgu Raihan tengking budak form five yang paling cun dalam sekolah ni. Itu budak cun, yang putih gebu. Sampai menangis budak tu kena tengking. Kau tak ingat?’’ Nadhirah mula mengingatkan Fatin bahawa cikgu Raihan tu bukan sebarangan orang. Dia bukan seorang guru yang mudah lemah dengan godaan wanita.

            ‘’Oh! Budak paling pemes tu ke? Kau belum dengar cerita ke, sebab apa dia kena tengking?’’ Fatin menyoal Nadhirah kembali. Nadhirah mengeleng pantas. Fatin tersenyum bila peristiwa minggu lepas diceritakan oleh adiknya yang juga sekelas dengan Risya, pelajar cun lagi famous di sekolah mereka dengan kecantikannya.

          ‘’Kau tahu ke?’’ Nadhirah menyoal, Fatin mengangguk laju.

         ‘’Dia bagi surat cinta kat cikgu Raihan, dah tu tertangkap pula dengan pengetua. Maunya cikgu Raihan tak mengamuk,..’’ Fatin bercerita sambil tergelak.

         ‘’Lorhh,..dengan cikgu Raihan yang hitam dan garang tu pun ada orang jatuh hati ke?’’ Nadhirah berkata sambil ketawa. Larian mereka berdua semakin lambat akibat bergossip tentang cikgu Raihan. Akhirnya mereka berdua tertinggal jauh di belakang.

           ‘’Cepat Dirah! Mereka dah tinggalkan kita la!’’ Fatin yang mula tersedar mereka telah ditinggalkan, segera mengesa Nadhirah yang sudah tercunggap-cunggap kepenatan.

          ‘’Biarlah! Aku macam nak pengsan dah ni. Tadi kaudah janji, takkan tinggalkan akukan?’’ Nadhirah bersuara menuntut janji.

            ‘’Yea,.aku janji, tapi kau perasan tak cikgu Raihan tu sudah menunggu kita sambil bercekak pinggang?’’ Fatin berkata cemas. Dia menoleh ke arah Nadhirah di sebelah tapi,..

        ‘’Ya Allah Dirah!,.kita dah la kena tinggal. Yang kau berhenti ni kenapa?’’ Fatin bertanya Nadhirah sambil berhenti dan memegang lengan sahabatnya itu. Nadhirah yang kepenatan sudah memegang dadanya sambil melepaskan nafasnya.

           ‘’Aku dah tak larat la Fatin!,..’’ perlahan suara Nadhirah.

                   Cikgu Raihan yang sedang memerhatikan mereka di hujung padang sudah membunyikan wisel. Semua pelajar lain sudah berkumpul di depan cikgu Raihan. Mereka semua menoleh ke arah Fatin dan Nadhirah dengan bibir memekarkan senyuman.

               ‘’Kamu berdua,.cepat ke sini. Janganlah lembab sangat!’’ suara lantang cikgu Raihan kedengaran. Fatin sudah mengesa Nadhirah agar meneruskan larian.

          ‘’Kalau aku ada kuasa,.dah lama aku sumpah cikgu Raihan ni. Biar jadi katak! Baru puas hati aku!’’ Nadhirah berkata geram dalam suara termengah-mengah. Kakinya terus berlari walau nafasnya semakin pendek. Terasa begitu jauh jarak antara mereka dan kawan-kawan mereka yang lain.

      ‘’Hmm,.kalau aku ada kuasa pulak,..aku nak seru hati kau,.biar jatuh cinta dengan cikgu Raihan tu dan cikgu Raihan tu angau giler dengan kau,.’’ Fatin pula membalas sambil ketawa perlahan. Hanya jelingan geram yang mampu Nadhirah hadiahkan. Dia sudah terlalu letih untuk membalas.

              ‘’Kamu berdua! Oleh kerana, kamu berdua lembab, lari lagi satu pusingan! Yang lain boleh mulakan aktiviti ringan. Kita akan mula exercise dan,..’’

         ‘’Cikgu! Nadhirah pengsan!!’’ belum sempat cikgu Raihan habis bercakap Fatin sudah menjerit kuat. Semua mata tertumpu ke arah mereka. Cikgu Raihan paling cemas.

          ‘’Kenapa budak ni lembik sangat? Harapkan badan ja besar, tapi lemah,.’’ Cikgu Raihan sudah mula meramas rambutnya. Siapa yang nak angkat Nadhirah ni? Badan, dahlah semangat bukan main!

        ‘’Macam mana nak buat ni cikgu? Takkan nak biarkan dia tidur tepi padang ni?’’ Fatin bertanya resah. Dia ingin mendapat pandangan cikgu Raihan yang ternyata hanya pandai bercakap ni?!

        ‘’Nak buat macam mana lagi? Takkan awak nak suruh saya dukung dia?’’ cikgu Raihan menyoal Fatin kembali. Dia sendiri tidak tahu apa yang harus dilakukan.

         ‘’Dirah! Bangunlah,.jangan buat aku macam ni!’’ Fatin menepuk-nepuk pipi Nadhirah. Kawan-kawannya yang lain juga cuba membantu mengejutkan Nadhirah.

         ‘’Aaa,.kenapa berpusing ni? Aku di mana?’’ Nadhiran bertanya lemah. Matanya terbuka dan tertutup. Fatin dan Nordiana cuba memapah Nadhirah agar bangun. Kudrat mereka yang tidak seberapa itu nyaris-nyaris membuatkan mereka turut tumbang bersama.

         ‘’Hati-hati!’’ cikgu Raihan terpekik kuat. Risau dia melihat keadaan pelajar-pelajarnya itu. Dalam hati ada sedikit kekesalan kerana menyebabkan Nadhirah pengsan, namun kekesalan itu disembunyikan dalam hatinya.

          ‘’Cikgu! Kami bawa Dirah ke bilik sakit ya?’’ Fatin meminta izin dari cikgu Raihan.

         ‘’Boleh ke ni? Hati-hati!,..’’ soalan yang berunsurkan keraguan. Melihatkan dua orang gadis kecil cuba memapah gadis gempal seperti Nadhirah hatinya tertanya-tanya kemampuan mereka berdua.

         ‘’Beres cikgu! Tak adalah berat mana pun!’’ Fatin sengaja bernada gurau sambil tergelak kecil. Menbuntang mata cikgu Raihan. Dia terasa seolah Fatin sedang menyindir dirinya yang selalu memperlekehkan Nadhirah yang berbadan gempal.

........................................................

         ‘’Yess! Akhirnya,..’’ Nadhirah bersuara ceria sebaik tiba di bilik sakit. Fatin dan Nordiana yang sudah tahu Nadhirah hanya berpura-pura pengsan sudah tergelak mendengar kata-katanya.

           ‘’Pandai jugak kau berlakonkan? Aku pun nyaris tertipu tadi,..’’ Nordiana turut tergelak dengan kenyataannya. Bila mereka merasakan beban memapah Nadhirah tidak seberat mana, mereka sudah syak bahawa Nadhirah masih sedar.

          ‘’Huh! Kalau aku tak buat-buat pengsan tadi,.tak memasal kami kena lari lagi satu pusingan. Terror tak aku? Akhirnya kancil pun tertipuu,..’’ Nadhirah meleretkan suaranya pada ayat terakhir.

          ‘’Pandailah sangat! Sampai muka cikgu Raihan pun dah pucat tengok kau tertidur atas padang tu. Agaknya apa yang dia fikir?’’ persoalan yang ditimbulkan Fatin membuatkan Nadhirah dan Nordiana saling berpandangan.

          ‘’Agaknya,.dalam hati dia cakap..padam muka kau gemuk!?’’ Nadhirah serkap jarang sambil berwajah sayu. Fatin mengelengkan kepalanya berkali-kali.

         ‘’Tak baik tau,.kau tuduh cikgu Raihan macam tu! Aku rasa,.mesti dia menyesal sebab dah suruh kita berlari keliling padang dan menyebabkan kau jatuh pengsan,.padahal sebenarnya tak!’’  Fatin menjungkitkan keningnya beberapa kali.

            ‘’Padan muka dia! Siapa suruh dera aku. Bukannya dia tak tau,.orang gemuk macam aku ni cepat semput. Esok-esok suruhlah aku jogging lagi,..’’ suara yang penuh dengan kemenangan. Tanpa mereka duga, cikgu Raihan sudah melangkah laju ke arah bilik sakit.

          ‘’Hah! Awak dah okey ke? Fatin, Diana,.kamu berdua buat apa lagi di sini?’’ mendengar saja suara cikgu Raihan, ketiga orang gadis itu menoleh serentak. Berdegup laju jantung mereka.

          ‘’Kami temankan Dirah cikgu,.mana tahu kalau dia perlukan apa-apa,.’’ Fatin memberikan alasan sambil tersengih. Cikgu Raihan bercekak pinggang memandang ke tiga orang pelajar di hadapannya.

          ‘’ Kamu ni kalau bab nak memonteng, memang nombor satukan?’’  cikgu Raihan meneka dalam kesamaran. Dipandangnya wajah ke tiga orang pelajarnya satu persatu dan pandangannya terhenti pada Nadhirah. Wajah itu direnung tajam.

           ‘’Harapkan badan saja besar, tapi stamina langsung tak ada. Baru berlari sikit, dah jatuh pengsan. Awak tak pernah excersice ke?’’ soalan keras diajukan untuk Nadhirah. Fatin memandang simpati ke arah sahabatnya itu. Nordiana juga   turut memandang Nadhirah yang sudah menundukkan wajahnya. Air mata Nadhirah sudah bergenang ditubir matanya.

           ‘’Awak berdua boleh keluar! Tak payah nak berteman sangat,.biar dia berehat dan berfikir. Sampai bila dia nak jadi manusia yang lemah macam ni?!’’ suara keras cikgu Raihan kedengaran lagi. Nadhirah memusingkan wajahnya ke arah lain dan mengesat air matanya yang sudah menitis ke pipi. Fatin dan Nordiana melangkah perlahan keluar dari bilik itu.

           ‘’Lemah!! Sikit-sikit pengsan!,.sikit-sikit menangis!?’’ masih belum habis Nadhirah diseranah. Cikgu Raihan seolah menyimpan dendam yang dalam ke atas Nadhirah. Masih tidak berpuas hati melihat air mata Nadhirah.

          ‘’Kenapa diam? Suara awak dah hilang di padang tadi ke?’’ Nadhirah sudah mendengus kasar mendengar soalan cikgu Raihan. Hatinya cuba dikeraskan. Dia tak mahu menunjukkan kelemahannya di depan cikgu Raihan. Air matanya dikesat hingga kering. Dia ingin membalas setiap patah kata cikgu Raihan tapi dia takut cikgu Raihan akan membalas dengan kata-kata yang lagi ‘pedas’.

              ‘’Nor Nadhirah! Saya sedang bercakap dengan awak! Bukan bercakap dengan dinding. Pandang sini!’’ suara yang masih kasar kedengaran lagi. Hati Nadhirah semakin pedih mendengar suara cikgu Raihan yang bagaikan petir itu.

         ‘’Saya tak tau kenapa cikgu akan meroyan setiap kali tengok saya?! Cikgu ni memang ada masalah mental ke atau saya ni yang membuatkan cikgu sakit mental?’’ senada saja soalan Nadhirah. Hatinya yang sakit harus diluahkan. Entah kenapa dia sengaja membakar kemarahan cikgu Raihan.

            ‘’Apa awak kata? Eh! Berani awak cakap saya sakit mental? Awak sedar tak apa yang awak cakap tu dan dengan siapa awak sedang bercakap?’’ bertalu-talu soalan yang keluar dari bibir cikgu Raihan.

               ‘’Masalahnya saya tak tahu, apa dosa saya dengan cikgu? Kenapa cikgu nak menghina saya? Salahkah kalau berbadan gemuk?? Berdosakah kalau berwajah hodoh? Cikgu pun bukannya hensem pun!’’ Nadhirah memberanikan dirinya untuk berlawan kata dengan cikgu Raihan. Dia harus mempertahankan dirinya agar cikgu Raihan takkan berani memandang hina dirinya lagi.

          ‘’Awak ni?!’’ cikgu Raihan kehilangan kata. Dia mendengus kasar, langsung tak diduga Nadhirah akan tercabar pada kata-katanya dan akan membalas kembali. Cikgu Raihan akhirnya meninggalkan bilik sakit itu dengan hati yang berapi.

           Nadhirah yang ditinggalkan keseorangan sudah bersorak riang di dalam hati. Bibirnya mengukirkan senyuman penuh bermakna. Puas hatinya dapat membalas balik setiap kata-kata cikgu Raihan dan dapat meluahkan suara hatinya.Baru cikgu Raihan tahu, aku ni siapa!??

................................................

          Cikgu Raihan termenung panjang di biliknya. Setiap patah kata Nadhirah tadi masih terngiang-ngiang di mindanya. Dia rasa terhinakah? Selama ini, itukah yang dia rasa? Cikgu Raihan bertanya dirinya sendiri.

        Dia bukan berniat untuk menghina Nadhirah. Zaman kecilnya dulu juga seperti Nadhirah. Dia berbadan gempal dan berkulit hitam. Bezanya mereka hanya pada gigi. Cikgu Raihan mempunyai gigi yang putih dan tersusun cantik. Senyumannya juga memikat. Sejak dia dipermain di sekolah rendah cikgu Raihan sudah bernekad untuk mengubah penampilannya.

            Masuk ke sekolah menengah cikgu Raihan selalu dibuli oleh kawan-kawannya. Oleh kerana badannya gempal mereka selalu menyindir dan mengutuk. Cikgu Raihan tak mudah mengalah. Dia belajar bersungguh-sungguh dan berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

         Bila dia menuntut di IPT dia mula mengawal berat badannya. Dia selalu pergi bersenam dan mengikuti kelas menurunkan berat badan. Cikgu Raihan juga meminta nasihat pakar pemakanan. Lama kelamaan cikgu Raihan berjaya menurunkan berat badannya dan dia memohon pula untuk belajar di maktab perguruan. Kini,.dia seorang guru. Dia sengaja memilih matapelajaran pendidikan jasmani kerana mahu melihat anak didiknya sentiasa menjaga kesihatan. Kebetulan Nadhirah yang menjadi tumpuan.

           ‘’Macam mana aku nak tolong dia kawal berat badan dia?’’ cikgu Raihan bermonolog sendiri. Dia memerah mindanya agar mendapat idea untuk terus menghampiri Nadhirah.

         ‘’Tapi,..cara aku ni, macam nak jaga tepi kain dia saja!?’’ cikgu Raihan bersuara lagi sambil mengelus lehernya.

           ‘’Ehhh,..kenapa aku ni penyibuk sangat? Lantak dialah, nak gemuk ke hodoh ke? Aku ni siapa,nak tolong dia?’’ akhirnya dia ketawa seorang diri.

           ‘’Tapi,.aku kesian betul tengok dia,.macam aku dulu, Cuma aku rasa dia lagi teruk dari aku!’’ masih tak habis lagi kerungsingannya. Memang pelik betul perangai cikgu Raihan ni. Mungkin satu dalam sejuta manusia yang berperangai macam ni?

          Tiba-tiba cikgu Raihan tersenyum. Dia sudah mula mendapat ilham untuk mengawal Nadhirah. Dia memetik jarinya dan bangun. Hujung bulan ni dia akan pulang ke kampung dan meminta tolong kedua orang tuanya. Pasti setiap masalah akan selesai. Masalah apa??

................................................

               ‘’Mak,.tolonglah mak! Pinang dia untuk Han! Lagi pun,.mak tak kesian ke tengok Han tinggal seorang di rumah tu. Sekurang-kurang ada orang untuk jaga Han. Masakkan makanan untuk Han. Basuhkan baju untuk Han,..’’

           ‘’Raihan! Budak perempuan tu kan pelajar Han. Budak sekolah! Takkan Han dah tak ada orang lain untuk dibuat bini? Lagi pun Han tu baru saja mengajar di sekolah tu,.mak takut pinangan tu akan ditolak! Malulah kami nanti. Mana kami nak letak muka kami ni,..’’ belum habis cikgu Raihan merayu, ibunya sudah mencelah. Angin tak, ribut tak,.tahu-tahu suruh pinang anak orang. Budak sekolah pulak tu!

           ‘’Alaa,..kalau hati dah suka mak, apa boleh buat. Kalau nak tunggu dia habis sekolah, nanti terlepas ke tangan orang lain pulak!’’ cikgu Raihan sengaja mereka cerita, padahal hatinya sedikit pun tak tersangkut dengan pelajarnya itu.

              ‘’Cantik sangat ke budak tu, sampai Han dah macam orang angau ni?’’ soalan dari ibunya tak segera dijawab. Cikgu Raihan mengeleng lemah. Cantik? Jauh panggang dari api!

         ‘’Cinta itukan buta mak! Tak semestinya ada rupa yang cantik baru boleh jatuh cinta!’’ cikgu Raihan menjawab bersahaja.

         ‘’Habis tu? Baik sangat ke budak tu? Mak risau nanti, bukan dia yang masakkan untuk Han. Basuhkan baju Han. Jangan-jangan Han yang kena buat semua kerja tu!’’ ibu cikgu Raihan masih dengan hujahnya. Berat hatinya untuk mengikut arahan cikgu Raihan. Nak pinang anak orang, bukannya nak beli binatang peliharaan orang!

          ‘’Bila dah jadi bini Han nanti, dia tahulah tanggungjawab dia mak!’’ selamba saja cikgu Raihan berkata. Dia tak tahu betapa pemalasnya Nadhirah tu!

............................................

              ‘’Kami dah terlanjur pak cik!’’ selepas pulang dari kampung, cikgu Raihan pergi berjumpa dengan ibu bapa Nadhirah pula. Berani pulak dia mencipta alasan yang mengarut tu.

            ‘’Astaghfirullah! Kamu ni dah tak ingat Tuhan ke?’’ beristighfar laju ayah Nadhirah mendengar pengakuan cikgu Raihan.

          ‘’Minta maaf pak cik! Kami tak sengaja!’’ cikgu Raihan berpura-pura sedih. Yang penting rancangannya nak mengawal Nadhirah selepas ini berjaya. Biarlah cikgu yang tak hensem ni jadi suami dia!

          ‘’Nadhirah!!’’ pak cik Seman melaung Nadhirah. Cikgu Raihan sudah berdoa di dalam hati. Dia menanti dengan resah. Pasti Nadhirah akan menafikan semua dakwaannya tadi.

          ‘’Nadhirah!! Keluar!’’ semakin kuat laungannya. Nadhirah mengintai dari balik pintu dapur. Dadanya bergetar mendengar laungan ayahnya. Pasti cikgu Raihan datang mengadu pada ayahnya kerana sikap kurang ajarnya tempoh hari!?

           ‘’Haa,.pergilah! Ayah kau panggil tu. Mengintai apa lagi? Pakai tudung! Tu,.cikgu kau ada di depan.’’ Emak Nadhirah muncul dengan dulang air dan sepiring biskut.

           ‘’Cikgu Dirah datang untuk apa mak? Dirah bukan buat salah apa pun!’’ Nadhirah masih tak berganjak. Laungan ayahnya langsung tak dipedulikan. Ikutkan hatinya, nak lari saja ikut pintu dapur.

         ‘’Pergi pakai tudung! Lepas tu baru keluar,.adalah tu,..’’ sekali lagi emak Nadhirah bersuara dan berlalu ke ruang tamu. Nadhirah muncungkan bibir dan masuk semula ke bilik untuk menyarung tudung. Dia memerhatikan penampilannya yang berbaju T shirt lengan pendek. Dia mencapai hand sock dan memakainya.

              ‘’Esok pergi ambil kursus kahwin, hujung minggu ni korang nikah!’’ ayat muktamad dari pak cik Seman buat Nadhirah melopong.

            ‘’Mengarut! Agak-agaklah ayah,.nak kena kahwin dengan cikgu Raihan ni. Orang nak belajar lagi la. Ayah tahukan cita-cita Dirah? Dirah nak masuk U! Dirah nak belajar tinggi-tinggi!’’ Nadhirah membantah keras. Dia memandang wajah ayah dan emaknya silih berganti, kemudian dia memandang tajam ke arah cikgu Raihan. Gila ke apa?

           ‘’Keputusan ayah muktamad! Masa korang berzina tu, ada kau terfikir nak sambung belajar? Hah??’’ kuat tengkingan pak cik Seman. Cikgu Raihan menundukkan wajahnya. Nadhirah pula, semakin luas mulutnya.

           ‘’Apa yang ayah mengarut ni? Apa cikgu dah beritahu ayah saya?’’ pandangan tajam dihadiahkan ke arah cikgu Raihan.

         ‘’Ayah awak dah restu Nadhirah! Itu yang penting! Kita nikah ya? Tak apa! Awak boleh terus belajar. Saya akan izinkan! Saya akan bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang telah saya lakukan!’’ tegas nada suara cikgu Raihan. Terbeliak mata Nadhirah melawan pandangan cikgu Raihan. Sengaja pula cikgu Raihan mengenyitkan matanya.

            ‘’Cikgu memang dah buang tebiatkan? Memang betullah cikgu ni sakit mental?!’’ air mata Nadhirah sudah merembes laju dan dia berlari masuk ke bilik. Cikgu Raihan masih berwajah tenang.

    ............................................................

              Pernikahan mereka berlangsung di kampung cikgu Raihan. Kali pertama ibunya memandang Nadhirah dia hampir pitam. Darahnya naik mendadak. Apa yang difikirkannya langsung tak tepat. Disangkanya Nadhirah gadis yang cantik dengan tubuh yang langsing. Nadhirah hanya berkulit putih, bahagian lain semuanya tak cantik.

           Bila Nadhirah cuba tersenyum sekali lagi dia terkejut. Otaknya tak dapat nak mencerna, di mana tarikan yang Nadhirah ada hingga anaknya terpikat?! Bermula hari pernikahan mereka ibu cikgu Raihan berjanji untuk menyiasat. Apa puncanya cikgu Raihan ingin sangat memperisterikan Nadhirah?

            Nadhirah pula masih tertanya-tanya, kenapa cikgu Raihan membuat tindakan drastik untuk memperisterikannya. Adakah kerana dendam? Mungkinkah kerana marah dituduh sakit mental? Nadhirah menjadi buntu sebuntunya.

           ‘’Dirah! Lepas ni, kalau awak nak tinggal terus di rumah keluarga awak pun saya tak kisah. Tapi,.semua belanja persekolahan awak biar saya yang tanggung! Yang paling penting, awak kena dengar cakap saya!’’ cikgu Raihan mula menunjukkan kuasanya sebagai suami. Nadhirah sudah mencebik.

          ‘’Cikgu ni memang betul-betul dah sakit mental ya?’’ soalan Nadhirah membuatkan cikgu Raihan membeliakkan matanya tiba-tiba. Nadhirah yang sedang duduk di birai katil dihampiri. Nadhirah pula sudah melompat bangun untuk melarikan diri.

         ‘’Awak tunggu di situ Dirah!’’ tegas suara cikgu Raihan. Nadhirah kecut perut. Hatinya berdoa kalut. Cikgu Raihan berhenti melangkah dan menjarakkan dirinya selangkah dari Nadhirah.

          ‘’Saya takkan sentuh awak pun! Awak jangan bimbang. Buat masa sekarang, saya memang tiada keinginan langsung untuk menyentuh awak. Saya cuma nak awak hormat saya sebagai suami ketika kita berdua dan hormat saya sebagai cikgu ketika kita di sekolah. Selepas ni kita buat hal masing-masing. Cuma depan ibu bapa kita, awak kena berlakon sikit, beritahu mereka kita bahagia dengan pernikahan kita ni. Awak faham?’’ cikgu Raihan berkata sambil merenung tajam Nadhirah yang sudah berdiri kaku.

           ‘’Satu lagi,.saya nak awak dengar cakap saya! Itu yang paling utama!!’’ cikgu Raihan masih menunjukkan kuasa vetonya. Memang niat dia berkahwin dengan Nadhirah untuk mengawal Nadhirah pun. Niat dia baik sebenarnya, Cuma caranya saja yang keterlaluan dan tak masuk dek akal langsung!

.......................................

              Nadhirah pergi ke sekolah seperti biasa. Puas kedua orang tuanya memaksa Nadhirah agar tinggal di rumah cikgu Raihan tapi Nadhirah berdegil tidak mahu. Bila cikgu Raihan masuk campur, ibu dan ayah Nadhirah pun turut terdiam.

             Bila hari cuti cikgu Raihan akan datang mengambil Nadhirah dan mengajak Nadhirah keluar berjogging pagi dan petang. Nadhirah memang tiada alasan untuk menolak.

        Di sekolah mereka selalu berlakon seperti orang asing, apatah lagi Nadhirah. Sejak mereka menjadi suami isteri Nadhirah semakin berani untuk melawan cikgu Raihan. Pantang ada kesempatan mesti dia menjawab setiap patah kata cikgu Raihan. Hatinya puas bila dapat membuatkan cikgu Raihan terdiam setiap kali dia melawan.

              ‘’Cikgu Raihan tu macam dah takut sangat dengan kau sekarangkan Dirah? Aku hairan betullah, ilmu apa yang kau guna?’’ Nadhirah tersengeh bila Fatin mengajukan soalan sebegitu kepadanya. Dia sendiri pun tidak menyangka cikgu Raihan sudah tidak setegas dulu dengan dia. Dengan orang lain cikgu Raihan masih garang macam dulu. Dengan Nadhirah saja cikgu Raihan banyak beralah.

            ‘’Haa,..itulah kau tak tahu. Aku adalah taktik aku. Tapi,.tak payah nak cerita kat kaulah. Biar jadi rahsia peribadi aku saja!’’ Nadhirah berkata angkuh. Padahal,.tak ada pulak taktik yang dia guna. Adakalanya, dia cuma mengikut arahan cikgu Raihan saja. Contohnya bila cikgu Raihan ajak dia pergi berjogging, dia ikutkan saja kehendak cikgu Raihan.

           ‘’Jangan-jangan kau dah jampikan dengan ayat guna-guna kat cikgu Raihan tu apa?!’’ Fatin cuba berseloroh sambil tergelak. Nadhirah mencebik.

          ‘’Woii! Berdosa tu! Tak ada pasal aku nak guna-gunakan dia pun. Tak ada faedah langsung!’’ Nadhirah menyangkal kata-kata Fatin. Kalau difikirkan secara logik, cikgu Raihan tu dah  menjadi milik dia 100%, tak guna nak jampikan cikgu Raihan tu pun. Tapi, Nadhirah masih sangsi satu perkara, kenapa cikgu Raihan beria-ia nak kahwin dengan dia? Kemudian tak mahu pula tinggal serumah. Cikgu Raihan pun, tak pernah anggap dia macam isteri pun.

            ‘’Aku rasa cikgu Raihan ni dah macam misteri nusantara sekarang ni,.’’ Tanpa sedar Nadhirah mengeluarkan kata-kata itu. Fatin merenung Nadhirah dengan penuh tanda tanya.

           ‘’Maksud kau?’’ Fatin menyoal balas.

        ‘’Haa?’’ Nadhirah terkejut dengan soalan Fatin. Dia kembali ke alam nyata. Takkan nak berterus terang dengan Fatin dia dah jadi isteri cikgu Raihan?

          ‘’Kau boleh simpan rahsia tak?’’ Nadhirah mencuba nasib. Kalau Fatin sudah tahu status dia, mungkin dia boleh bertukar-tukar fikiran dengan Fatin? Itu yang ada dalam fikirannya. Sakit juga otak bila menyimpan rahsia ini dan memikirkan setiap kemungkinan seorang diri.

            ‘’In sya Allah! Aku ni penyimpan rahsia tegar!’’ yakin saja Fatin menjawab.

         ‘’Kau berjanji jangan ketawakan aku ya?’’ Nadhirah menyoal lagi.

         ‘’Aku janji takkan ketawakan kau!’’ Fatin angkat tangannya hingga ke telinga, macam orang nak angkat sumpah. Nadhirah tengok kiri kanan sebelum bercerita.

          ‘’Sebenarnya,.aku dan cikgu Raihan dah nikah,..’’ Nadhirah belum habis bercerita, Fatin sudah ketawa terbahak-bahak. Nadhirah terasa hati. Janji tinggal janji.

            ‘’Kau jangan nak buat lawak, boleh tak? Agak-agaklah kalau nak bohong sunat pun?!’’ dalam ketawanya yang masih bersisa Fatin memarahi Nadhirah. Langsung dia tak percaya dengan kenyataan yang Nadhirah cakap tu. Memang tak masuk di akal!

              ‘’Kau janji tadi tak nak gelak? Tapi, tengoklah, kau gelak tak ingat dunia! Sakitnya di sini!!’’ Nadhirah pegang dada sambil nyanyi. Bibirnya dimuncungkan tanda dia sedang merajuk. Geram betul dengan Fatin yang masih belum berhenti ketawa.

           ‘’Hahaha,..kau memang ada hati dengan cikgu Raihan ke?’’ Fatin cuba serkap jarang. Nadhirah beliakkan matanya.

          ‘’Bukan aku yang ada hati kat dia,..tulah, aku belum habis cerita. Kau dah menyampuk!’’ Nadhirah masih marah dengan Fatin. Masam wajahnya usah dicakaplah.

            ‘’Tuu,..suami kau datang!’’ Fatin yang baru berhenti ketawa memuncungkan bibirnya ke arah belakang Nadhirah. Sepantas kilat Nadhirah menoleh. Laju langkah cikgu Raihan menuju ke arah mereka. Jantung Nadhirah sudah bergetar kencang.

          ‘’Kau percaya?’’ Nadhirah menoleh ke arah Fatin kembali dan menyoal Fatin.

             ‘’Kau perasan eh?’’ Fatin bernada gurau. Dia sengaja menyindir Nadhirah tadi kerana dia betul-betul ingat Nadhirah hanya bergurau.

              ‘’Dirah! Kita balik kampung sekarang! Mak abang masuk hospital.’’ Cikgu Raihan sampai kepada mereka dan mula bersuara. Dia memandang tepat ke wajah Nadhirah.

           ‘’Hah?’’ Nadhirah terpaku. Fatin ternganga tanpa kata.

            ‘’Pergi masuk kelas, ambil beg. Abang tunggu dalam kereta!’’ sebaik menyuruh Nadhirah pergi mengambil beg, cikgu Raihan terus melangkah pergi. Nadhirah juga menarik tangan Fatin dan masuk ke kelas untuk mengambil begnya.

              ‘’Kau bukan buat lawak ke tadi?’’ soalan cepumas dari Fatin. Nadhirah mengangguk laju.

          ‘’Kau jangan beritahu sesiapa ya! Kau janji tau!,.’’ Nadhirah menuntut janji. Fatin yang masih tercenggang hanya menjatuhkan kepalanya berkali-kali.

.................................................

              ‘’Fatin dah tahu pasal kita?’’ cikgu Raihan ajukan soalan sebaik saja Nadhirah masuk ke kereta. Nadhirah tidak segera menjawab. Dia memasang tali pinggang keledar dan menselesakan kedudukannya.

            ‘’Nadhirah!,.jangan berlakon macam orang pekak, boleh tak?’’ cikgu Raihan sudah memandang tajam ke arahnya.

           ‘’Tak! Tapi,. Tadi baru dia tahu,..yang cikgu gatal nak berabang bagai tu kenapa?’’ Nadhirah sengaja nak menyalahkan cikgu Raihan, padahal kalau cikgu Raihan tak membahasakan dirinya abang tadi, kemungkinan Fatin masih belum percaya dengan  apa yang dia cakap.

          ‘’Saya ingatkan Fatin dah tahu. Sorry!’’ Nadhirah sudah menoleh ke arah lain bila mendengar cikgu Raihan meminta maaf. Bibirnya mengulum senyum.

         ‘’Boleh tak awak hormatkan saya sebagai suami bila kita berdua ja? Tak boleh ke panggil saya abang? Lagi pun, saya lagi tua dari awakkan?’’ cikgu Raihan membuat permintaan yang Nadhirah sendiri tidak menduga. Dia memandang sekilas ke arah cikgu Raihan. Bibirnya mencebik tapi dalam hati bersorak sakan.

          ‘’Hiesy,.tak da maknanya nak berabang bagai. Tersasul di sekolah nanti, tak ke haru biru jadinya!?’’ Nadhirah menjawab perlahan.

          ‘’Hmm,.betul jugak!’’ cikgu Raihan membalas sambil mengangguk laju. Dia terfikir, kalau semua guru dan pelajar tahu hubungannya dengan Nadhirah. Tiba-tiba, dia tersedar satu perkara.

         ‘’Allahu Akbar! Agaknya tadi, ada tak orang lain yang tengok awak naik kereta saya ni?’’ cikgu Raihan menoleh sekilas ke arah Nadhirah dan memandang ke hadapan semula. Nadhirah mengerutkan dahinya sambil merenung cikgu Raihan di sebelah.

         ‘’Cikgu ingat saya ni belajar di sekolah orang-orang buta ke? Kita pulang tadi time rehatkan? Of courselah semua orang tengok. Kenapa? Cikgu dah takut ke, semua orang tahu, cikgu kahwin dengan perempuan hodoh macam saya ni?’’ Nadhirah menjawab dan bertanya semula dengan suara yang agak kasar. Soalan cikgu Raihan tadi benar-benar telah menyinggung hatinya.

          ‘’Cuba awak belajar bersyukur dengan apa yang Allah anugerahkan untuk awak! Saya tak pernah cakap pun awak ni hodoh. Kenapa pula awak asyik ulang soalan yang sama? Awak beruntung sebab Allah kurniakan kesempurnaan untuk awak Nadhirah! Cuma,.sebarang kekurangan yang ada pada diri awak tu, awaklah penyebabnya.

          Emak awak dah cerita kat saya Nadhirah. Awak tu pemalas. Umur dah berbelas tahun tapi kerja rumah pun awak tak tahu buat lagi. Bilik awak pun masih bersepah. Emak awak yang tolong kemaskan. Pakaian awak pun mak awak yang tolong basuhkan. Dah tu, awak cuma tahu makan dan tidur saja di rumah tu.

         Emak awak cakap lagi, awak tu suka sangat makan makanan ringan. Minuman bergas. Mandi pun malas. Nak gosok gigi pun malas. Kalau awak tak ada berus gigi pun awak tak kisah. Emak awak belikan ubat untuk jerawat awak pun, awak malas nak pakai. Semuanya awak malas. Boleh pulak awak nak tuding jari salahkan orang lain?!’’  cikgu Raihan menoleh ke arah Nadhirah selepas habis membebel.

         ‘’Nadhirah!’’ kuat cikgu Raihan memanggil nama Nadhirah.

          ‘’Orang bercakap, boleh pulak dia berdengkur?!’’ cikgu Raihan mengeluh perlahan melihat Nadhirah sudah terlentok di sebelahnya.

          Nadhirah yang sudah terlentok pula menahan air matanya dari mengalir. Dia menangis di dalam hati. Malu kepada cikgu Raihan yang sudah tahu dengan sikap sebenarnya. Tergamaknya emak nak malukan aku di depan cikgu Raihan?!    

.................................................

                   Bila mereka sampai di kampung cikgu Raihan, mereka terus menuju ke hospital. Cikgu Raihan meninggalkan Nadhirah yang sedang termengah-mengah mengejarnya dari belakang. Apa yang cikgu Raihan fikir hanyalah ibunya. Dia terlupa sekejap dengan kewujudan isterinya yang tak mampu bergerak laju.

            ‘’Aku dah la tak biasa dengan tempat ni! Aku sesat karang, macam mana?’’ Nadhirah mengomel seorang diri. Cikgu Raihan yang sudah berada jauh di depan sana cuba dikejar sepantas mungkin. Dia berlari-lari anak untuk mendapatkan cikgu Raihan.

              ‘’Cikgu!!’’ Nadhirah melaung kuat bila melihatmelihat cikgu Raihan sudah memboloskan dirinya ke dalam lif. Nadhirah memanjangkan langkahnya.

          ‘’Cikgu Raihan!!’’ Nadhirah sudah mula mengelabah sambil menguatkan lagi suaranya. Geram dan penat sudah bercampur dalam hatinya.

           ‘’Alaa,.’’ Nadhirah terasa ingin menangis bila melihat pintu lif yang sudah tertutup. Dia sampai di depan pintu lif sambil termengah-mengah. Air matanya sudah bergenang bila memikirkan sikap cikgu Raihan.

             Nadhirah tidak tahu di wad mana ibu mertuanya di tempatkan. Dia tidak ingin mencari. Dia benar-benar sakit hati. Dia meronda di sekitar hospital itu hinggalah dia menjumpai kantin hospital. Bibirnya sudah menguntum senyum. Dia membuka beg galas dan memeriksanya.

           Alah,.sepuluh ringgit ja? Nadhirah berkata di dalam hati.
Dia memang tak bawa banyak duit. Mana dia tahu akan menghadapi keadaan seperti ini. Dia mengeluh perlahan namun kaki terus melangkah menuju ke gerai-gerai di hadapannya.

           ‘’Kak! Bagi milo ais satu,.err,.bakso satu ya!’’ sebelum meminta order Nadhirah memeriksa harga makanan yang dipamerkan terlebih dahulu. Cukup rasanya dengan duit yang dia ada untuk membayar makanan yang dia minta.

          ‘’Jual ya!’’ jurujual bersuara selepas menghulurkan baki rm5 kepada Nadhirah.
             Nadhirah hanya mengangguk laju tanpa suara. Dia mengambil makanan dan menuju pula ke arah meja yang disediakan. Rata-rata meja sudah diduduki orang. Nadhirah meninjau lagi dan terlihat olehnya meja kosong yang berada di luar kantin bersebelahan dengan taman.

             Sedang enak menjamu selera kedengaran telefon bimbitnya berbunyi dari dalam beg galasnya. Nadhirah berhenti menyuap dan memeriksa telefon di dalam beg. Terlihat olehnya nama di skrin telefon. Dia sudah tahu siapa gerangannya.

           ‘’Cikgu sakit mental yang telefon! Mesti nak marah aku letew? Nak jawab ke tak? Eh! Kalau tak jawab, dia tinggal aku sorang-sorang di sini,.macam mana?’’ Nadhirah berdialog perlahan.

          ‘’Hello! Kenapa cikgu? Takkan dah rindu kot?’’ selamba Nadhirah menyoal bila telefon sudah ditekapkan di telinganya.

          ‘’Awak ni di mana Dirah? Kenapa tak sampai-sampai lagi?’’ kedengaran kasar suara cikgu Raihan di hujung talian. Nadhirah mencebik geram.

             ‘’Yang cikgu tinggal saya kenapa? Mana saya tahu nak cari wad mak cikgu!’’ Nadhirah menjawab tenang.

          ‘’Awak di mana ni?’’ soalan Nadhirah diabaikan, sebaliknya Nadhirah disoal lagi.

          ‘’Kantin! Makan!!’’ selamba Nadhirah menjawab. Terdengar bunyi tut yang panjang selepas itu. Nadhirah memandang telefon bimbitnya seketika dan mengangkat bahu. Dia menyimpan semula telefonnya dan menyambung makan.

....................................................

              Cikgu Raihan datang mencari Nadhirah di kantin dengan wajah masam mencuka manakala Nadhirah pula berwajah selamba badak dia jer. Bukan salah dia pun! Salah cikgu Raihanlah, kenapa tinggalkan dia!

          Cikgu Raihan terus mogok suara hingga mereka pulang ke rumah mertua Nadhirah. Ibu mertuanya bukannya tenat pun. Dia hanya mengalami tekanan darah rendah dan sudah dibenarkan pulang hari mereka tiba.

        Kebetulan pula cuti sekolah bermula sehari selepas itu. Cikgu Raihan membuat keputusan untuk bercuti di kampung dan menjaga ibunya yang tidak berapa sihat. Nadhirah terpaksa mengikut kata cikgu Raihan walau telah direka beribu alasan.

          ‘’Kenapa cikgu tak bagitau awal-awal. Orang bawa baju sepasang ja untuk salin!’’ alasan pertama yang Nadhirah beri. Ini alasan yang benar, bukan rekaan semata-mata.

           ‘’Awak jangan bimbang! Bab baju, belambak baju lama saya yang awak boleh pakai!’’ cikgu Raihan menepis alasan Nadhirah dengan pantas. Nadhirah mencebik tidak percaya. Badan cikgu Raihan walau nampak tough tapi rasanya takkan sesuai untuk dia. Itu yang Nadhirah fikir.

             ‘’Baju cikgu bukan taste oranglah! Orang tak mau pakai baju cikgu, lagi pun orang tak biasa tidur di rumah orang,.’’ Alasan kedua Nadhirah yang sebetulnya rekaan semata-mata. Nadhirah ni pantang letak kepala ja, di mana-mana pun dia boleh lentok. Kalau bab baju pula, dia bukannya ada taste pun, janji masuk di tubuh dia, semuanya itu bukanlah halangan baginya!

           ‘’Dah,dah,..keputusan saya muktamad! Sebagai isteri, awak jangan nak membantah. Dua minggu ni, kita bercuti di sini! Titik!!’’ cikgu Raihan menyudahkan ayatnya sambil berlalu pergi dengan wajah garang.

            Bila ditinggalkan seorang diri Nadhirah mula membuka telefon bimbitnya kembali. Ada beberapa mesej dalam whatssapp dari Fatin. Nadhirah membaca dan melebarkan senyuman.

        Fatin : Beb,.kau dengan cikgu raihan tu dah tido bersama ke?

            Nadhirah yang masih tersenyum meneruskan pembacaannya. Banyak betul mesej dari Fatin yang masuk ke dalam whatssapnya.

Fatin: Aku tak percaya beb,.betul-betul tak percaya kau dah kawen dengan cikgu raihan tu, minda aku ni payah nak berkompromi dengan jiwa aku untuk mempercayainya. Apa yang cikgu raihan tu tengok pada kau? Bukan dia benci kau ke selama ni?

Fatin : Beb!,.balas la mesej aku ni, kenapa kau tak balas,eh mentang-mentanglah kau dah ada cikgu raihan. Kau nak lupakan aku ya.

             Nadhirah sudah mula mengaru tengkuknya. Melampau betul Fatin ni, aku lambat balas whatssap dia pun, ada pulak itu yang dituduhnya.

           Nadhirah: kau ni nak tuduh aku pun tak agak-agakkan? Aku mana sempat buka whatssap la. Kepala aku ni tengah serabut ni. Cikgu raihan ajak aku bercuti dua minggu di sini. Aku dah la tak bawa banyak baju, dah tu dia suruh aku pakai baju lama dia. Lagi pun, aku boringlah, tak ada kawan di sini. Cikgu raihan ni, macam aku jugak rupanya. Dia pun anak tunggal macam aku jugak. Rumah dia pula jauh dari rumah orang lain. Dah tu terpencil sangat, nasib baik ada line tnet ni, kalo tak lagi bengang lah aku ni. Tapi tak pa aku bawa yo seob bersama aku ke sini,..hihi

            Nadhirah terus tersenyum lagi bila dia menulis ayat terakhir. Tablet yang mengandungi perbagai show k-pop dikerlingnya sekilas. Tablet itulah dunianya selain telefon pintar yang dimilikinya. Tablet tu hanya boleh layan video, game dan layan internet tapi tiada kad sim dan tiada whatssap.

   Fatin : baru sekarang kau nak balas mesej aku? Sori beb,.aku nak keluar ni, ada hal sikit, nanti kita chat lain. Bye!

           Ceh!!. Orang dah balas mesej dia,.dia pulak nak keluar! Aku layan k-pop lagi bagus. Nadhirah berdongkol di dalam hati. Diletakkan telefonnya di sebelah dan dicapai pula tablet yang bersarung merah jambu itu. Dia menekan butang dibahagian atas tablet untuk menghidupkannya. Gambar Yo Seob yang sedang tersenyum manis dengan lesung pipit di kedua pipinya itu menghiasi skrin tabletnya. Dia menekan home dan klik pada file manager, kemudian dia klik pula sd card. Tujuannya hanya nak layan show k-pop yang telah dimuat naik dalam memori tabletnya.

            ‘’Awak dah solat ke?’’ sedang rancak dia melayan show dari kumpulan Beast, cikgu Raihan masuk ke dalam bilik. Nadhirah mencapai telefon bimbitnya dan melihat jam yang tertera di atasnya.

           ‘’Kejap lagilah!’’ Nadhirah memberi alasan. Belum pukul lapan lagi. Itu fikirnya.

           ‘’Awak ingat Maghrib tu nak tunggu awak? Dah,.jangan mengada-ngada! Pergi solat sekarang!’’ tegas suara cikgu Raihan sambil merampas tablet yang berada di depan Nadhirah. Terkesima Nadhirah seketika dengan tindakan cikgu Raihan.

          ‘’Eh,.cikgu ni siapa, nak paksa-paksa orang?’’ Nadhirah menguatkan suaranya sambil memasamkan wajah.

            ‘’Awak lupa ke? Saya ni suami awak dan tanggungjawab saya memang untuk membimbing awak dan halang awak dari tengok video-video yang tak berfaedah macam ni!’’ bila Nadhirah menguatkan suaranya, cikgu Raihan juga tidak mahu mengalah. Sengaja dia menegaskan lagi suaranya tapi nada suaranya terpaksa diperlahankan sikit, takut ibunya terkesan dengan pergaduhan kecil mereka ini.

           ‘’Mintak balik tablet orang tu, baru orang pergi solat!’’ Nadhirah memberi alasan lagi. Tabletnya yang berada dalam tangan cikgu Raihan direnungnya.

         ‘’Tablet orang, bukan tablet awak pun! Pergi solat dulu! Nanti saya kasi tablet ni dekat orang utan yang kesunyian!’’ cikgu Raihan berkata sambil mengulum senyum dan membawa tablet Nadhirah keluar dari bilik.

         ‘’Cikgu!! Saya Nor Nadhirah binti Seman nak balik tablet saya tu!’’ Nadhirah yang sudah bengang dengan kata-kata cikgu Raihan menguatkan suaranya sekali lagi dan bangun lalu bertindak merampas tabletnya dari tangan cikgu Raihan.

           ‘’Haih! Kenapa awak ni? Nak peluk saya pulak!?’’ merah wajah Nadhirah bila cikgu Raihan berkata begitu. Tablet yang dirampas tidak berjaya didapatkannya bila cikgu Raihan yang berpusing tiba-tiba mengadapnya. Maka, dengan tak sengaja Nadhirah terpeluk cikgu Raihan.

        ‘’Jangan perasanlah cikgu! Saya nak tablet saya ja,.’’ Nadhirah berpura-pura selamba dan mencuba sekali lagi merampas tabletnya yang masih berada dalam tangan cikgu Raihan.

        ‘’Awak memang sengaja nak goda sayakan!? Pandai pulak awak nak geselkan badan awak ni dengan badan saya?’’ cikgu Raihan mengulum senyum lagi. Sengaja dia merenung wajah Nadhirah yang sudah memerah macam udang kena bakar.

       ‘’Benci!!,.’’ sepatah kata yang keluar dari bibir Nadhirah dan dia meloloskan dirinya ke dalam bilik air untuk mengambil wudhuk. Grrr,.hatinya tersangat sakit disaat ini. Aduhai! Tabletku sudah dirampas oleh cikgu sakit mental! Huhu,..

       Cikgu Raihan pula memerhatikan Nadhirah yang sudah hilang di sebalik pintu bilik air dengan senyuman lebar. Mungkin niatnya mengahwini Nadhirah hanya untuk mengawal Nadhirah tapi dia juga seorang lelaki. Jantungnya tetap berdetak laju bila Nadhirah memberikan respon seperti tadi. Cikgu Raihan tidak jadi keluar dari bilik. Dia ingin memastikan Nadhirah mengerjakan solat. Dia duduk dibirai katil dan membuka tablet Nadhirah. Memeriksa apa yang terkandung di dalamnya.

        ‘’Huh! Hantu k-pop rupanya! Apa yang best sangat k-pop ni?!’’ cikgu Raihan menyoal dirinya sendiri. Kalau ikutkan hatinya, nak dipadam semua video dan gambar artis-artis k-pop yang ada di dalamnya namun, dia tak mahu menjadi musuh kepada Nadhirah. Dia ingin Nadhirah mendengar setiap cakapnya dan dia akan cuba sedaya upaya untuk memikat Nadhirah. Jeng,jeng,jeng!,.

...........................................................

         Nadhirah keluar dari bilik air dengan riak wajah terkejut. Disangkanya cikgu Raihan sudah keluar dari bilik. Macam mana nak solat ni? Nadhirah menyoal dirinya sendiri di dalam hati. Sakit hatinya belum habis lagi bila melihat cikgu Raihan asyik dok selfie dengan tabletnya.

          ‘’Cikgu pergilah keluar! Saya nak solat ni,..’’ Nadhirah menghalau cikgu Raihan dengan suara perlahan. Cikgu Raihan yang masih mengambil gambarnya dengan tablet Nadhirah berpura-pura tidak mendengar.

          ‘’Cikgu!! Pergilah keluar,.orang nak solat ni. Orang tak solat kang, cikgu jugak yang nak menyibuk! Nak marah-marah orang!’’ Nadhirah kuatkan sikit suaranya. Cikgu Raihan berhenti berselfie. Direnungnya Nadhirah yang sudah menanggalkan tudungnya dan sedang berdiri kaku di hadapannya. Dia jungkitkan keningnya kepada Nadhirah.

         ‘’Solatlah! Bila pulak saya larang awak bersolat?’’ cikgu Raihan menyoal Nadhirah. Dia kembali berselfie dengan tablet Nadhirah. Dia senyum lebar untuk menayangkan lesung pipit dikedua pipinya dan telah menjadikan gambarnya yang paling elok sebagai gambar skrin tablet Nadhirah.

         ‘’Orang tak reti nak bersolatlah, kalau cikgu ada sekali!’’ Nadhirah bersuara lagi sambil memuncungkan bibirnya melihat aksi cikgu Raihan yang menjadikan tabletnya sebagai hak sendiri.

        ‘’Orang mana yang tak reti bersolat tu? Kalau awak yang tak reti solat, maknanya awak ni memang teruk! Umur awak ni dah lapan belas tahun pun. Ibu bapa awak, saya tengok tak pernah pun tinggal solat. Emak awak tu bertudung labuh. Ayah awak pun ahli jemaah masjid. Setiap waktu pergi masjid dan salah seorang ahli jawatankuasa masjid. Awak memang sengaja nak malukan mak dan ayah awakkan?’’ cikgu Raihan bersuara tenang. Wajah Nadhirah sengaja direnung tajam. Sebenarnya dia faham maksud Nadhirah tu. Nadhirah malu bersolat di depannya tapi dia sengaja nak mainkan Nadhirah.

           ‘’Orang reti la tapi kalau cikgu ada nanti orang solat tak kusyuk!’’ Nadhirah mencuba lagi. Niat dia untuk menghalau cikgu Raihan keluar dari bilik ini takkan tercapai.

          ‘’Solat tak kusyuk kalau saya ada?! Tapi,.awak layan k-pop, saya ada pun awak ralit semacam ja!’’ cikgu Raihan mencari helah dan menjawab setiap patah kata Nadhirah.

       ‘’Huh! Benci! Benci! Benci!’’ akhirnya Nadhirah mengalah dan memulakan solatnya dengan perasaan benci dan darah yang bergemuruh. Tentu cikgu Raihan akan memerhatikan setiap gerakannya dalam solat dan akan menegur sekiranya ada kesilapan selepas ini? Nadhirah berdialog di dalam hati. Sebelum mengangkat  takbiratul-ihram/takbir dia menjeling sekilas ke arah cikgu Raihan.

............................................

           ‘’Mak cik tahu, cikgu berbohongkan? Bila cikgu cakap, cikgu dah terlanjur dengan Dirah. Mak cik kenal sangat dengan anak mak cik tu. Walau dia nampak garang tapi sebenarnya dia cukup pemalu dengan lelaki.
 Kalau cikgu nak tahu, anak mak cik tu pemalasnya tahap kritikal. Lebih baik cikgu fikirkan kembali niat cikgu nak berkahwin dengan dia. Mak cik takut cikgu akan menyesal di kemudian hari.

Dirah tu terlalu manja. Pantang ditegur kesilapannya, merajuknya berhari-hari. Kadang-kadang mak cik pun takut nak menegur. Tapi,.tu la ditegur salah, tak tegur lagilah salah. Walau dah besar panjang tapi Dirah masih tak reti nak berdikari. Baju-baju dia, selalunya dia kumpul berminggu baru dia akan basuh. Bila mak cik tak larat nak tengok baju dia yang berlonggok tu, mak cik akan kutip basuh.

Bilik dia pula usah cakaplah, kalau mak cik tak kemas, bersepah saja. Mak cik cerita ni bukan nak buka keaiban anak mak cik tu, cuma nak cikgu fikirkan kembali niat cikgu yang murni tu. Bagi mak cik, berjuta syukur kalau ada yang sudi nak ambil Dirah sebagai isteri. Kami ni bukan reti nak memilih pun.’’

            Cikgu Raihan teringat kembali kata-kata ibu mertuanya bila memerhatikan Nadhirah yang sedang bersolat di hadapannya. Lajunya bukan main lagi. Entah betul atau tak bacaan tajwidnya tu?

         Walau pun dia sudah membuat pengakuan kepada kedua ibu bapa Nadhirah bahawa dia sudah berbohong dengan mereka kerana nak menikahi Nadhirah tapi tiada halangan dari pihak mereka. Cikgu Raihan sudah berterus terang akan niatnya untuk mengahwini Nadhirah. Apa yang paling menyenangkan hatinya, bila hasratnya dipersetujui seratus peratus oleh mereka. Senang rupanya nak mengambil hati kedua ibu bapa Nadhirah.

             ‘’Awak solat naik bas ekspress ke atau awak naik kapal terbang?’’ sebaik Nadhirah berdiri dan membuka telekung cikgu Raihan terus mengajukan soalan. Nadhirah mengebam bibirnya kuat. Geram di hatinya mendengar soalan cikgu Raihan. Sebab itulah dia menghalau cikgu Raihan tadi.

          ‘’Naik jet!’’ Nadhirah tetap menjawab perlahan. Dia mengerling sekilas tabletnya di tepi cikgu Raihan.

        ‘’Baguslah! Di Akhirat esok takut laju jugak awak akan dihumban ke neraka tapi yang saya paling takut awak heret saya sama untuk terjun ke neraka tu!’’ cikgu Raihan bersuara lagi. Wajah Nadhirah direnung bersahaja.

            ‘’Bukan saya paksa cikgu nikah dengan saya pun! Cikgu yang paksa saya nikah dengan cikgu! Padam muka cikgu!!’’ Nadhirah menjawab tanpa perasaan. Dia menuju ke arah katil dan mengambil tabletnya pantas. Dan pantas juga cikgu Raihan mengapai lengan Nadhirah.

            ‘’Cikgu!!!’’ Nadhirah menjerit geram bila tubuhnya sudah terduduk di atas katil di sebelah cikgu Raihan.

          ‘’Pandai awak menjawabkan?! Padam muka saya? Sepatutnya awak kena berterima kasih dengan saya sebab sudi ambil awak sebagai isteri. Awak nak tahu kenapa saya nak nikah dengan awak?’’ cikgu Raihan membalas kata-kata Nadhirah sambil merenung tajam ke arah Nadhirah. Lengan Nadhirah yang dipegangnya tadi dilepaskan kasar. Hatinya sakit mendengar ayat-ayat Nadhirah.

             ‘’Saya bukan nujum mak belalang, boleh baca hati cikgu!  Cikgu bagitau sajalah sebabnya,.’’ Nadhirah menjawab tenang sambil berdiri dan menjarakkan dirinya dari cikgu Raihan.

            Cikgu Raihan bangun dan menuju ke arah sebuah almari lama yang terdapat dalam bilik itu. Dia membukanya dengan rakus. Diselongkarnya almari itu. Nadhirah yang memerhatikan gelagat cikgu Raihan pada mulanya kembali fokus pada tabletnya. Dia melihat skrin tabletnya yang sudah bertukar wajah. Dicebikkan bibirnya bila melihat wajah cikgu Raihan yang membuat aksi ‘comel’.

          Nadhirah mula membuka file manager dan berniat ingin menukar gambar skrin tabletnya dengan gambar Yo Seob kembali. Sebelum tu dia terjumpa berpuluh gambar cikgu Raihan di dalamnya. Sekali lagi dicebikkan bibirnya.

         ‘’Awak jangan cuba nak delete gambar saya dalam tablet awak tu! Saya dah kira ada dua puluh keping semuanya. Saya chek nanti,kalau gambar saya dah hilang, semua gambar artis k-pop awak tu termasuk video, semua saya akan delete. Kalau perlu saya akan formatkan memori tablet awak tu,.’’ Mendengar saja arahan dari cikgu Raihan, jari jemari Nadhirah yang sedang rancak menanda gambar-gambar cikgu Raihan untuk dipadam terhenti.

        ‘’Kalau berani cikgu buatlah! Saya akan formatkan memori telefon cikgu dan formatkan semua data dalam laptop cikgu. Sekali dengan recycle bin pun saya delete.’’ Dengan beraninya Nadhirah membalas balik dan serentak tangannya laju menyentuh perkataan delete. Selesai! Semua gambar cikgu Raihan sudah dipadamnya. Sekarang dia mencari semula gambar Yo Seob dan menjadikan gambar skrin tabletnya semula.

          ‘’Melawan!’’ satu perkataan saja yang keluar dari bibir cikgu Raihan sambil menghempas beberapa buah album gambar lama miliknya di atas katil. Nadhirah yang sudah meniarap di atas katil hanya memandang album gambar itu sekilas lalu tanpa berminat untuk membukanya.

            ‘’Tu album lama saya, semua jawapan kenapa saya nak awak jadi isteri saya ada di dalam tu. Awak tengoklah, saya nak ke masjid. Tapi, bila saya balik nanti pastikan awak dah mandi dan solat Isyak. Saya tahu, sejak balik tadi awak belum mandi lagi!? Baju salin ada dalam almari lama tu. Saya yakin semua baju lama saya tu adalah saiz awak atau mungkin lebih besar dari tubuh awak,..’’ cikgu Raihan menyudahkan ayatnya sambil melangkah keluar dari bilik.
         Nadhirah yang ditinggalkan seorang diri di dalam bilik mula berminat untuk melihat album lama cikgu Raihan. Dia mula mencapai sebuah album dan membukanya. Dahinya berkerut memerhatikan gambar-gambar di dalam album itu.

         ‘’Lorh,.kata album lama dia,.tapi mana satu gambar cikgu Raihan? Tak ada sekeping pun gambar dia dalam album ni?!’’ Nadhirah berdialog perlahan. Selesai satu album, dicapai album lain pula. Dia masih tidak menemui gambar cikgu Raihan di dalam album tu. Yang ada hanyalah gambar lelaki gemuk yang seiras cikgu Raihan. Siapa lelaki tu? Cikgu Raihan anak tunggal. Takkan sepupu dia? Nadhirah menyoal pula dirinya sendiri di dalam hati.

         Ahh!,.lebih baik aku pergi mandi dulu. Kalau cikgu Raihan balik karang, aku belum buat apa yang dia suruh, nahaslah aku! Lagi pun perut aku ni lapar sangat! Nadhirah masih berdialog di dalam hati. Almari lama yang cikgu Raihan buka tadi dihampirinya. Matanya terbeliak bila memeriksa baju-baju t-shirt yang ada di dalamnya.

       ‘’Biar betul?!’’ spontan dia bersuara dan kemudian dia menekup mulutnya dan mengekek ketawa. Dia kembali ke katil dan membuka semula album lama yang cikgu Raihan beri tadi. Dia meneliti betul-betul wajah di dalam album itu satu persatu.

           ‘’Cikgu Raihan lagi gemuk dari aku dulu?! Mungkin dia kahwin dengan aku sebab simpati? Atau, dia teringatkan dirinya yang lama? Aku kena tanya dia ni,..’’ Nadhirah menyoal dirinya sendiri. Setiap persoalannya semakin terjawab sedikit demi sedikit.

            Nadhirah kemudian menuju semula ke arah almari dan memilih sehelai baju t dan sehelai seluar panjang. Dia mencapai tuala dan menuju ke bilik air. Sambil berjalan ke bilik air dia cuba padankan baju itu ke tubuhnya. Memang betul kata cikgu Raihan tadi. Baju itu nampak sedikit besar dari saiz tubuhnya. Ini bermakna cikgu Raihan dulu lagi gemuk dari dirinya?!

..............................................

              Bila cikgu Raihan pulang dari masjid, Nadhirah sedang bersolat Isyak. Cikgu Raihan masuk ke bilik untuk mengajak Nadhirah keluar makan di luar. Ibunya dan ayahnya sudah makan kenduri yang diadakan di masjid tadi. Cikgu Raihan tak makan kerana tahu Nadhirah juga belum makan sejak pulang petang tadi. Ibunya juga tidak memasak di rumah kerana baru keluar dari wad. Nak harapkan Nadhirah memasak,.hmm, hampeh!

          Selepas memberi salam kiri dan kanan, Nadhirah terus bangun dan menanggalkan telekung. Cikgu Raihan memandangnya sambil mengelengkan kepala. Solat yang sangat sempoi dan ringkas! Langsung tiada wirid atau doa.

          ‘’Sampai bila awak nak bersolat macam tu? Dah la laju macam naik jet, dah tu langsung tak reti nak berdoa. Allah suka kepada hambaNYA yang suka meminta-minta!’’  cikgu Raihan bertanya dalam nada sindiran bila dia menambah perkataan ‘naik jet’ dalam pertanyaannya.

           ‘’Cikgu! Cantik tak baju saya ni?’’ Nadhirah tidak mempedulikan pertanyaan cikgu Raihan, malahan dia bertanya pula cikgu Raihan sambil memusingkan tubuhnya di depan cikgu Raihan sambil ketawa dan menekupkan mulutnya.

            ‘’Perasan! Tu bukan baju saya ke?’’ cikgu Raihan membalas dengan pertanyaan juga.

          ‘’Hehehe,.cikgu kahwin dengan saya sebab simpati ke atau cikgu rindukan diri cikgu yang dulu?!’’ Nadhirah kembali bernada serius. Dia takut terlupa untuk bertanya kalau ditangguhkan persoalan yang sudah menjengah di mindanya sejak tadi.

            ‘’Saya kesiankan awak dan saya nak awak yang sekarang ni akan jadi macam saya sekarang. Bertubuh kecil tapi mantap! Jiwa yang kuat dan kental, bukan lemah dan manja macam awak. Sikit-sikit nak nangis. Harapkan badan saja besar tapi perangai langsung tak matang!’’ cikgu Raihan pula bersuara tegas. Nadhirah terus mencebik dan berdecit geram.

           ‘’Bersiap! Pergi pakai tudung.Kita pergi makan di luar. Nanti awak balik report kat mak, ayah pula kami dera awak tak bagi makan!’’ cikgu Raihan bersuara lagi. Nadhirah pandang dirinya atas dan bawah. Takkan nak pakai macam ni? Ah! Lantaklah,.janji perut aku kenyang!

          ‘’Kejap! Lengan baju ni pendek. Cikgu ada baju lengan panjangkan?! Saya salin baju dulu, saya terlupa nak bawa hand sock!’’ Nadhirah bersuara kembali sambil berjalan menuju ke arah almari. Dibukanya almari dan memilih baju t berlengan panjang.  Memang besar gedabak berbanding tubuhnya sekarang. Dah tu cikgu Raihan ni tinggi.

          ‘’Banyak betul baju lama cikgu dalam almari ni. Cikgu memang suka buat koleksi baju ke dulu?’’ sambil berjalan ke bilik air, sempat pula Nadhirah menyoal cikgu Raihan.

         ‘’Cepatlah bersiap! Banyak tanya pulak!’’ cikgu Raihan tidak menjawab soalan yang ditanya Nadhirah,malahan Nadhirah disuruh segera bersiap. Nadhirah dijeling tajam. Banyak songeh sungguh! Cikgu Raihan berbisik di dalam hati.

           Nadhirah terus terdiam bila melihat wajah cikgu Raihan yang sudah berubah garang. Dia berlari anak masuk ke bilik air dan membawa baju dan tudung bersamanya. Bersiap saja di dalam bilik air. Selamat!

.................................................................

            Mereka makan di kedai makan yang terletak di pekan. Jauh perjalanan dari rumah mertuanya ke kedai itu adalah lima kilometer. Sempat pulak Nadhirah terlelap sepanjang jalan itu. Buka saja mata, Nadhirah terus teruja melihat deretan kedai di depan matanya.

       Apa yang tak terujanya. Bila melihat majalah e-pop, majalah Klik dan berbagai lagi majalah mengenai artis Korea tersadai di depan matanya. Di sebelahnya pula adalah kedai menjual telefon bimbit. Kebetulan kredit telefonnya pun sudah habis. Nadhirah berkira-kira untuk membodek cikgu Raihan dan meminta duit padanya.

          ‘’Cikgu!,..err,..cikgu!,.’’ Nadhirah teragak-agak untuk meminta duit. Cikgu Raihan sudah memandang pelik ke arahnya. Sebelum ni Nadhirah mana pernah gagap.

           ‘’Pehal? Tak kenyang lagi ke? Nak apa lagi? Jangan nak minta snek pulak? Saya nak awak kawal berat badan awak mulai sekarang! Esok kita pergi klinik gigi,.’’ Nadhirah belum lagi memulakan mukadimahnya, cikgu Raihan sudah menyerang dengan kata-kata yang tak sedap didengari oleh Nadhirah. Paling dia tak suka dengar bila cikgu Raihan cakap, nak bawa dia pergi klinik gigi.

             ‘’Huh! Buat apa pergi klinik gigi?’’ Nadhirah mendengus kasar. Cikgu Raihan sudah merenung tajam ke arahnya.

             ‘’Pergi klinik gigi nak buat apa lagi? Nak cuci mata la! Apa punya soalan?!’’ cikgu Raihan membidas pantas. Sengaja cikgu Raihan melencongkan jawapannya.Nadhirah mengeluh pula. Dia sudah membayangkan dia berada di atas kerusi sambil dirinya dikerjakan. Tiba-tiba dia rasa tekaknya meloya.

             ‘’Cikgu,.nak duit!!’’ tak mahu terus membayangkan keadaannya lagi, Nadhirah pantas menukar topik. Laju bibirnya bersuara sambil menadah tangan kepada cikgu Raihan. Wajahnya sudah merah menahan malu, namun dia sengaja berpura-pura tenang sambil mengedipkan matanya berkali-kali.

         ‘’Ehh,.awak ni siapa nak minta duit kat saya?’’ cikgu Raihan yang sudah mengesan perubahan wajah Nadhirah sengaja menyoal lagi. Nadhirah masamkan wajahnya sambil menoleh ke arah lain dan berlalu pergi meninggalkan cikgu Raihan.

       ‘’Merajuk?! Sikit-sikit nak merajuk! Nak bergurau sikit pun tak boleh?’’ cikgu Raihan mengejar Nadhirah dan mengapai lengannya. Rm10.00 diletakkan di atas telapak tangan Nadhirah.

          ‘’Sepuluh ringgit jerr? Orang nak beli prepaid, lepas tu orang nak beli majalah. Boringlah! Dua minggu bakal duduk di rumah cikgu tu. Dahlah tak ada kawan!’’ Nadhirah mula bersunggut. Cikgu Raihan bercekak pinggang sambil mengelengkan kepala.

          ‘’Tak payah nak berkawan sangat! Awak tak mau sepuluh ringgit ni? Tak mau sudah! Lagi pun, kalau boleh saya nak bawa awak pergi berjogging pagi dan petang. Kalau awak boring, banyak kerja yang boleh awak buat di kampung ni.

Awak boleh tolong emak mengemas. Belajar memasak dengan emak dan berkebun. Kebetulan sejak emak tak sihat ni, saya tengok kebun belakang rumah tu dah tumbuh rumput. Nanti, awak boleh luangkan masa awak yang mungkin banyak terluang tu untuk mencabut rumput,..’’ cikgu Raihan menyudahkan kata-katanya sambil mengulum senyum melihat wajah Nadhirah yang sudah monyok.

          ‘’Cikgu ni! Memang niat cikgu bawa orang balik kampung cikgu ni, untuk mendera orang dari segi fizikal dan mentalkan?’’ Nadhirah bertanya cikgu Raihan dan melangkahkan kakinya lagi. Dia tak dapat menerima kenyataan ini. Selalunya hari-hari cutinya, dia akan keluar bersama kawan-kawannya atau melepak saja di dalam bilik. Dia akan berjaga malam melayan internet dan tidur di siang harinya. Bila lapar dia akan menjengah ke dapur dan akan makan di dalam bilik di depan tabletnya. Kadang-kadang dia mengunakan laptopnya.

               ‘’Itu semua untuk kebaikan awak jugak! Cuba awak luangkan masa awak dengan kerja-kerja yang berfaedah. Bila awak nak jadi matang dan nak terus bebankan emak awak? Awak sudah lapan belas tahun Nor Nadhirah! Umur awak bukan lapan tahun! Awak kena ingat tu.’’ Cikgu Raihan bersuara sambil laju tangannya mengheret lengan Nadhirah menuju ke arah kereta.

           ‘’Mahu atau pun tak,.pagi esok selepas subuh, kita keluar berjogging. Balik berjogging baru kita bersarapan dan bersiap untuk pergi ke klinik gigi pula. Balik nanti, awak terus tidur. Jangan gatal nak berjaga malam!’’ cikgu Raihan menyambung kata-katanya dan alarm keretanya ditekan. Dia membuka pintu kereta dan menolak Nadhirah masuk dahulu. Dia menuju pula ke tempat pemandu dan meloloskan diri ke dalam kereta. Nadhirah yang masih berwajah masam dikerling sekilas.

           ‘’Sampai rumah nanti, kalau mak dengan ayah masih belum tidur, awak jangan nak tunjuk muka monyok awak tu. Kalau tak, tahulah apa saya nak buat!’’ sempat cikgu Raihan mengugut Nadhirah.

            ‘’Buatlah apa yang cikgu suka! Orang memang dah jadi tawanan cikgu pun,..’’ lemah suara Nadhirah.

           ‘’Betul ni?! Awak jangan menyesal kalau bulan depan awak disahkan mengandung!’’ cikgu Raihan tersenyum nakal.

         ‘’Gulp!!’’ pahit rasanya air liur yang ditelan. Wajah Nadhirah rasa berbahang tiba-tiba, umpama dibakar di dalam api yang marak menyala. Merah lagi wajahnya dan dia terus kaku tanpa kata.

........................................................

             Malam ini kali pertama Nadhirah tidur sebilik dengan cikgu Raihan. Malam pertama dulu, cikgu Raihan mengalah dan tidur di ruang tamu bersama saudara maranya yang masih bertandang tapi malam ini cikgu Raihan berdegil tidak mahu keluar bilik. Nadhirah kerungsingan!

             ‘’Ini bilik saya! Kenapa pula saya harus keluar?,.dan awak jangan gatal-gatal nak keluar tidur di luar pulak! Kalau mak dengan ayah tahu kita tak pernah tidur sekali, siaplah awak!’’ sambil mempertahankan biliknya cikgu Raihan mengugut Nadhirah.

          ‘’Habis,..orang nak tidur mana?’’ Cikgu Raihan menjungkitkan keningnya mendengar pertanyaan Nadhirah.

           ‘’Katil ni tak cukup besar ke dengan badan awak tu?’’ cikgu Raihan bertanya perlahan. Sengaja dia merenung Nadhirah untuk membuatkan Nadhirah menjadi semakin cuak.

             ‘’Orang kesiankan cikgu jer. Orang tidur lasak,.kan tertendang cikgu sampai jatuh katilkan, siapa yang sudah? Cikgu jugak!’’ Nadhirah berkata selamba. Sebetulnya,.itulah juga hakikatnya!

          ‘’Tidur! Jangan banyak songeh! Kalau awak tak mahu tidur atas katil, pandai-pandailah awak tapi jangan sampai keluar dari bilik! Faham?’’ cikgu Raihan terus merebahkan tubuhnya di atas katil dan membaca surah tiga Qul dan mengucap dua kalimah shahadah dan doa tidur. Selepas itu dia memejamkan matanya dan pura-pura tertidur pulas.

           Nadhirah yang masih terkebil-kebil, terus berdiri di tepi katil. Mindanya ligat berfikir, apa yang harus dilakukannya. Permaidani dalam bilik mereka memanglah tebal tapi rasanya bukan tempat tidur yang selesa. Tiada pula sofa di dalam bilik itu untuk dijadikan tempat tidurnya.

         Dia menuju ke arah almari, membuka almari dan menyelongkar isinya. Tiada pula toto atau alas tidur yang lebih tebal untuknya. Kalau tak tidur pula, nanti kena marah lagi dengan cikgu Raihan?!

        Akhirnya,.Nadhirah merangkak perlahan di atas katil dan merebahkan tubuhnya membelakangi cikgu Raihan. Diletakkan bantal panjang di tengah-tengah agar tubuh mereka takkan bersentuhan. Cikgu Raihan pula sudah tersenyum kemenangan bila merasakan ada gerakan di sebelahnya.

          Nadhirah cuba memejamkan matanya dan mengusir perasaan malu yang masih menebal terhadap cikgu Raihan. Dia cuba membayangkan itu adalah biliknya dan menghafal sifir hingga matanya terlelap.

         Bila mendengar dengkuran halus Nadhirah, cikgu Raihan memusingkan tubuhnya dan mengangkatkan kepalanya. Dia merenung wajah Nadhirah dalam suasana bilik yang suram cahayanya. Hatinya berdegup tiba-tiba. Jantungnya berdetak dengan laju. Tidak! Ini bukanlah apa-apa,.aku takkan sesekali sukakan dia!? Cikgu Raihan berdialog di dalam hati.

..........................................................

             Bangun pagi ni cikgu Raihan asyik mengaduh kesakitan. Rupanya Nadhirah bukan cakap kosong bila dia kata, dia tidur lasak. Pada mulanya cikgu Raihan ingat Nadhirah hanya memberi alasan agar mereka tak perlu tidur sekatil. Pagi ini baru dia akuinya.

     Sepanjang malam dia asyik ditendang hingga jatuh katil. Bila dia cuba kejutkan Nadhirah, dia ditendang lagi. Katil itu ibarat Nadhirah yang punya!

            ‘’Kenapa cikgu?’’ selepas mandi dan bersedia untuk solat subuh, Nadhirah baru perasan akan cikgu Raihan yang asyik mengurut tubuhnya sendiri.

          ‘’Semalam saya mimpi, berlawan dengan raksasa. Habis badan saya ni dikerjakan. Asyik jatuh katil ja,.’’ Selamba cikgu Raihan menjawab dan memandang wajah Nadhirah yang sudah bertelekung.

              ‘’Kita solat dulu. Saya rasa tak larat nak pergi masjid pagi ni. Kita jemaah sama-sama. Jogging pagi ni cancel ya! Saya nak sambung tidur, semalam langsung tak boleh lelap. Raksasa asyik serang hendap ja. Awak jangan nak tidur balik. Tolong emak masak sarapan di dapur dan tolong emak mengemas dan berkebun selepas tu. Lagi pun, semalam awak dah puas tidurkan?’’ perlahan cikgu Raihan memberikan arahan dan membuatkan wajah Nadhirah berubah lagi. Dalam masa yang sama dia sudah menekup mulutnya menahan ketawa.

           ‘’Apa gelak- gelak?!’’ cikgu Raihan perasaan Nadhirah yang sedang mengetawakan dirinya. Dijelingnya Nadhirah sebelum membentangkan sejadah.

           ‘’Sepatutnya,.cikgu kena cerita lepas solat! Orang ingat orang mesti tak kusyuk nanti,..’’ perlahan suara Nadhirah namun sempat didengari oleh cikgu Raihan.

           ‘’Awak gelak dulu puas-puas! Saya nak buat sunat subuh dulu tapi pastikan suara awak tu tak kedengaran. Kalau tak,.siap awak saya kerjakan!’’ cikgu Raihan mengugut lagi. Nadhirah sudah mencebik.

            Sepanjang cikgu Raihan mengerjakan solat sunat subuh, Nadhirah duduk menunggu di atas sejadah di belakang cikgu Raihan. Dia memerhatikan lengok tubuh cikgu Raihan bersolat dua rakaat itu. Tidak pula tergerak hatinya untuk mengerjakan solat sunat itu.

             Selepas cikgu Raihan memberi salam kiri dan kanan, dia menoleh ke belakang memberi isyarat mata kepada Nadhirah sambil tangannya mengurut lengannya yang masih sengal-sengal. Bila cikgu Raihan memulakan Iqamah/Qamat, Nadhirah pun bangun untuk membacakan doa Iqamah/Qamat dan menjadi makmum dalam solat subuh pagi ini.

..................................................

             Dua minggu berlalu dengan begitu cepat sekali. Nadhirah memang berkelakuan baik selepas menerima ugutan demi ugutan dari cikgu Raihan.            Sepanjang dua minggu itu juga Nadhirah langsung tak menghubungi kawan-kawannya kerana cikgu Raihan tidak menambah kredit dalam telefon Nadhirah. Bila Nadhirah hendak menghubungi kedua ibu bapanya cikgu Raihan menyuruh Nadhirah mengunakan telefon bimbitnya.

          Nadhirah juga dilarang membuka internet. Semuanya dalam kawalan cikgu Raihan. Kerja Nadhirah sehari-hari hanya mengikut apa saja yang diperintahkannya. Nadhirah juga disuruh belajar memasak dari ibunya, terutamanya masakan kegemaran cikgu Raihan.

           Dan malam terakhir mereka di kampung cikgu Raihan, merupakan malam pertama mereka yang tak disengajakan. Semuanya berpunca kerana cikgu Raihan bertindak untuk mengelak dari ditendang oleh Nadhirah seperti malam sebelumnya.

                 ‘’Sorry semalam! Saya tak sengaja. Awak pun bagi respon,.saya pun terbabaslah!’’ pagi yang hening, yang penuh dengan perasaan malu. Nadhirah sudah tidak berani memandang wajah cikgu Raihan lagi. Apatah lagi cikgu Raihan yang turut terasa ‘Bahangnya’ pagi ini.

                ‘’Nanti,.buat macam biasa ya? Buat macam tak jadi apa-apa,..’’ permintaan cikgu Raihan kepada Nadhirah buat Nadhirah mengangguk perlahan. Lidah Nadhirah sudah kelu untuk berkata-kata. Ikutkan hati dia, bangun pagi tadi nak lari ja balik seorang diri. Tak nak jumpa cikgu Raihan lagi.

            ‘’Awak marah ke?’’ Nadhirah mengeleng pantas.

          ‘’Habis tu? Awak suka?’’ cikgu Raihan bertanya lagi sambil mengulum senyum. Nadhirah di jeling sekilas. Semakin laju Nadhirah mengeleng.

            ‘’Awak tak marah?! Awak pun tak suka?! Sebenarnya awak ni macam mana? Cuba cerita!’’ suara nakal cikgu Raihan berbunyi lagi. Nadhirah semakin resah di dalam hati.

            ‘’Diamlah cikgu! Banyak tanya pulak!’’ akhirnya keluar juga suara emas Nadhirah. Merah wajahnya usah dicakap. Cikgu Raihan sudah ketawa galak.

            ‘’Balik ni,.kita terus balik rumah kita ya? Hari minggu, baru kita balik rumah mak, ayah,..’’ cikgu Raihan membuat keputusan mendadak. Mereka dah tidur bersama sepanjang dua minggu ni, mana mungkin dia akan mampu untuk tidur seorang diri lagi selepas ini. Kemungkinanya bakal jadi mimpi ngeri pula. Siang teringat-ingat. Malam pulak terigau-igau. Haih!

            ‘’Errr,..cikgu ni cakap tak serupa bikinlah,.tadi cikgu jugak yang suruh buat macam biasa,..’’ Nadhirah memasamkan wajahnya lagi. Cikgu Raihan mula nak mengawal dia terus. Huhu,..

         ‘’Yalah! Buat macam biasa,.kalau saya goda perempuan lain selepas ni, awak jangan nak marah saya pulak!’’ sengaja menduga Nadhirah, cikgu Raihan berkata begitu. Nadhirah mendengus kasar.

         ‘’Biasalah,.orang lelaki,.habis manis, sepah dibuang! Nak cakap apa lagi.’’ Air mata Nadhirah sudah mula bergenang sehabis dia berkata begitu. Dia terus keluar dari bilik dengan beg galasnya. Cikgu Raihan terkesima seketika dan menepuk dahi selepas itu.

                “Ya Allah! Sensitifnya bini aku ni!’’ cikgu Raihan buru-buru mengemaskan beg bimbitnya dan mengejar Nadhirah.

             Di ruang tamu mereka berlagak selamba di depan kedua ibu bapa cikgu Raihan. Mereka bertolak pulang selepas bersalaman. Emak cikgu Raihan sudah belajar untuk menerima menantu bukan pilihannya itu. Kalau cikgu Raihan, sudah suka. Moga mereka bahagia hingga ke syurga hendaknya.

..............................................

            Persekolahan Nadhirah bermula seperti biasa. Nadhirah pergi ke sekolah dengan motosikal kerana jarak rumah mereka ke sekolah hanyalah satu kilometer. Cikgu Raihan pula tinggal di rumah sewa bersebelahan dengan sekolah mereka.

            Nadhirah mencuba sekuat mungkin mengajak mindanya melupakan setiap kenangan manis bersama cikgu Raihan. Dia memujuk hatinya supaya melupakan cikgu Raihan sebagai suaminya. Dia berjanji dengan diri sendiri agar tidak gugup andai berselisih dengan cikgu Raihan nanti. Inilah kelemahan Nadhirah, dia akan mengigil bila bertembung dengan orang yang dia suka. Dia tak nafikan hatinya mula tersangkut dengan suaminya sendiri.

         Manakala cikgu Raihan pula kuat mengasak mindanya untuk menerima Nadhirah sepenuh hati. Biar ada seribu godaan yang mendatangi, dia bernekad hanya Nadhirah di hatinya.Mereka sama-sama berlawan dengan perasaan mereka. Nadhirah cuba menafikan perasaannya sedangkan cikgu Raihan pula cuba menyakinkan hatinya dengan perasaannya terhadap Nadhirah.

                ‘’Dirah,..apa dia dah buat kat kau? Dia tak bagi kau makan ke? Dia dera kau ke? Kau nampak susut sikit,.walau tak ketara sangat.’’ Soalan Fatin di pagi hari hanya mengundang senyuman hambar dari Nadhirah.

            ‘’Dia memang banyak mengubah kaukan? Dua minggu aku tak jumpa kau,.memang lainlah!’’ Fatin bersuara lagi. Nadhirah hanya menjungkitkan keningnya. Nadhirah tahu maksud Fatin tu. Jerawat diwajahnya pun sudah rapat sedikit. Tak menonjol macam selalu. Giginya pun sudah ada perubahan. Kalau hari-hari dia muntah hijau setiap kali pergi klinik gigi. Inilah hasilnya!

            ‘’Baru kau nak tau! Cikgu Raihan tu paksa aku guna ubat jerawat tradisional. Pedih gila muka aku ni. Setiap hari dia paksa aku pakai dan inilah hasilnya. Semalam, nak tidur pun dia mesej aku suruh pakai ubat tu,..aku abaikan ja sebab dia tak ada,..hehe,.’’ Nadhirah bercerita dan tersengeh bangga. Bangga sebab tak perlu buat apa yang cikgu Raihan suruh.

            ‘’Dia mesej kau? Kenapa kau tak tinggal dengan dia ja?’’ Fatin bertanya sambil tersengeh nakal. Nadhirah mencubit lengan Fatin perlahan.

           ‘’Gila kau, nak tinggal serumah dengan dia. Aku gerenti, sebulan ja badan aku susut mengalahkan model. Ni baru dua minggu, kau dah tegur,..’’ Nadhirah sengaja mengelak menjawab soalan yang betul. Dia mencari helah memberi alasan yang lain, padahal dia faham sangat dengan maksud Fatin yang sebenarnya.

            ‘’Ceh!,.kalau aku jadi kau,.tentu aku suka, dapat suami yang prihatin macam tu. Kau ni memang tak reti nak bersyukurlah!’’ Fatin membalas kata-kata Nadhirah dengan selamba. Memuncung saja bibir Nadhirah selepas itu.

           ‘’Awak sajalah yang jadi isteri saya Fatin? Dirah ni memang, tak reti nak bersyukur, dapat saya yang hensem ni,..’’ tanpa mereka sedari cikgu Raihan mendengar perbualan mereka. Kebetulan bila dia melihat Nadhirah, dia sengaja melewati tempat mereka.

           Fatin sudah ketawa galak dan Nadhirah sudah mencebik. Meluatnya bila mendengar cikgu Raihan berkata begitu. Cikgu Raihan pula berlalu pergi selepas mengenyitkan matanya.

            ‘’Awesome! Sportingnya dia! Mana hilang sifat garang dia selama ni Dirah?!’’ Fatin sudah teruja bila cikgu Raihan melebarkan senyumannya.

             ‘’’Huh! ‘’ Nadhirah mengeluh perlahan. Kenangan yang tak mahu diingatnya terimbas dalam ingatannya. Arghhh,..Nadhirah menjerit di dalam hati.

.........................................

              Cikgu Raihan : Dear,.abang tak boleh tidurlah..abang pergi ambil Dirah ya,.tidur di sini?

         Nadhirah membuka whatssap yang diterimanya dari cikgu Raihan. Dia mencebik dalam diam. Tak boleh tidurlah sangat?! Sekejap kemudian, minda Nadhirah merusuh lagi. Dia rindukan aku ke? Takkanlah? Atau,..Nadhirah berdialog di dalam hati. Jiwanya berbolak balik saat ini. Hatinya kegelisahan. Mindanya asyik terfikir yang negatif saja.

    Nadhirah : Tak nak! Pehal pulak,.tak boleh tidur, buatlah kerja,.kenapa dirah pulak nak kena pergi sana?

         Nadhirah membalas whatssap cikgu Raihan. Hatinya berdetup laju menanti balasan dari cikgu Raihan.

Cikgu Raihan : Ingat senang ke nak lupa,.takkan dirah dah lupa? Dirah sayang abang tak?

            Jantung Nadhirah bagai nak gugur membaca balasan dari cikgu Raihan. Berkali-kali dia taip dan padam jawapannya. Apa aku nak tulis ni? Hatinya berdialog lagi.

Nadhirah : sejak bila cikgu jadi cikgu sastera yang jiwang berkarat pulak ni? Cikgu lupa ke cikgu tu cikgu pj,..mesti kena lasak,.kena ada stamina,.kena kuat,..hahaha :D

             Nadhirah sengaja menguji cikgu Raihan dengan ayat sebegitu. Egonya terlalu kuat untuk mengakui suara hatinya.

Cikgu Raihan : apa...ingat cikgu pj tak boleh jiwang-jiwang ke? Kalau tak, malam tu kita tak ehem-ehem la,..

             Wajah Nadhirah terus berbahang. Bengang betul dia dengan kenyataan cikgu Raihan tu.

Nadhirah : malas nak layan cikgu!!!!

          Nadhirah terus memadam semua mesejnya bersama cikgu Raihan dan dia telah off telefonnya. Geram betul dia, bila dia cuba melupakannya, cikgu Raihan pula selalu mengingatkan dirinya. Hampeh!!

.....................................................
BEBERAPA BULAN KEMUDIAN,..

         Cikgu Raihan masih terus mengawal Nadhirah. Bila dia kata A,.Nadhirah langsung tak boleh kata Z. Bila Nadhirah tidak mahu tinggal bersamanya, dia akan datang dan tidur di rumah mertuanya. Dan,.inilah hasilnya,..

          ‘’Orang tak kira! Orang nak jugak pizza kimchi tu,.orang nak jugak!’’ Nadhirah bertegas dengan keputusannya. Sejak dia menonton drama Korea yang bertajuk Marriage, Not Dating tu dia asyik mengidam nak makan pizza kimchi yang dimasak oleh tukang masak hensem tu. Alahai! Kalau dia senyum, cair jiwa Nadhirah dibuatnya. Wataknya yang sentiasa selamba dan tenang itu, betul-betul buat Nadhirah angau. Lupa seketika dengan wajah Yo Seob, artis kesukaannya.

           ‘’Mana abang nak cari? Takkan abang nak kena pergi Korea kot? Kalau tengok tu, jangan sampai obses sangat. Tengok gitu-gitu sudahlah. Nak jadi mak orang pun masih tak berubah-ubah jugak!’’ cikgu Raihan semakin meradang dengan sikap Nadhirah yang semakin keanak-anakkan sejak dia termengandung ni.

              ‘’Okey,..kalau tak dapat pizza kimchi,.dapat bibimbab pun bolehlah!’’ nama makanan lain pulak yang disebutnya. Cikgu Raihan sudah mula mengaru tengkuknya. Kalau macam ni punya cerita,.cepat beruban rambut aku ni! Cikgu Raihan berdongkol di dalam hati.

            ‘’Dahlah,..jangan dera abang macam ni! Abang pergi beli satay ya? Atau abang pergi order pizza ja?’’ cikgu Raihan cuba memujuk Nadhirah yang semakin naik tocang ni. Mentang-mentanglah cikgu Raihan tu dah mengaku sayang kat dia.

            ‘’Abang masak pizza tu,.Dirah tak mau yang order!’’ cikgu Raihan sudah terlalu bengang dengan permintaan Nadhirah yang seterusnya.

           ‘’Baiklah! Minta sini tablet Dirah tu,..lepas ni abang tunaikan semua permintaan Dirah!’’ cikgu Raihan mendapat idea untuk menyelesaikan masalahnya.

          ‘’Nak buat apa? Ini tablet Dirah!,..’’ Nadhirah mencapai tabletnya pantas dan cuba menyembunyikannya. Dia seolah dapat menghidu rancangan cikgu Raihan.

          ‘’Macam ni la,..untuk berlaku adil,..setiap kali abang tunaikan permintaan Dirah,..Dirah kena tunaikan jugak permintaan abang. Abang tak mahu minta banyak, Cuma setiap kali abang tunaikan permintaan Dirah,.Dirah wajib delete satu show Korea tu, dan begitulah seterusnya. Dengan syarat, tak boleh download semula!’’ cikgu Raihan mengutarakan pendapatnya sambil tersenyum kemenangan. Nadhirah sudah memasamkan wajah. Adillah sangat! Hatinya berdialog sendiri.

           ‘’Kenapa abang benci sangat dengan artis-artis Korea ni? Apa salah mereka dengan abang?’’ Nadhirah tidak puas hati dengan keputusan cikgu Raihan.

          ‘’Sayang! Abang tak marah, kalau Dirah nak sukakan mereka. Tapi,.abang geram sangat bila Dirah terlalu obses dengan apa yang Dirah suka. Yang Allah suruh, yang Rasullullah suruh, Dirah tak ikut seratus peratus pun. Dirah main-main aje. Solat pun,.tengoklah, berapa kali dah abang tegur tapi solat Dirah macam tu juga. Laju macam naik jet,..’’ cikgu Raihan mengusap rambut Nadhirah. Tak tahulah kenapa harus ada rasa sayang yang begitu mendalam dengan pelajar dia yang paling degil ni!?

            ‘’Cikgu ni,..’’ Nadhirah kehilangan kata kerana apa yang cikgu Raihan cakap tu ada betulnya juga. Dia merebahkan kepalanya di atas riba cikgu Raihan. Tangannya mengelus perlahan perutnya yang sudah berbonjol sikit itu.

          ‘’Cikgu! Kalau anak kita muka macam Yo Seob, tentu bestkan?’’ teringin Nadhirah menyakat cikgu Raihan, soalan tak masuk di akal tu yang ditanya.

         ‘’Sejak bila DNA Yo Seob tu ada dalam rahim isteri abang ni? Kalau dah DNA abang,.kenapa nak ikut muka artis Korea tu pulak?’’ hangat betul hati cikgu Raihan melayan telatah Nadhirah yang tak makan dek saman ni. Lagi dilarang, lagi suka, dia menghangatkan suasana.

           ‘’Cikgu perasan tak,.cerita kita ni,.sama dengan cerita Korea yang Dirah tengok tiap-tiap petang tu. Cuma kita kena ubah sikitlah tajuknya. Marriage NOT Dating Malayu Style!’’ Nadhirah sengaja mengubah topik. Dia ketawa perlahan sambil mencapai tangan cikgu Raihan dan dikucupnya.

         ‘’Hah?? Marriage NOT Dating Melayu Style?’’ cikgu Raihan menyoal kembali.

          ‘’Salah tu cikgu! Cara cikgu cakap tu macam cikgu masukkan tanda soal ja. Sepatutnya dihujung STYLE tu kena masukkan tanda seru. Barulah betul!’’ Nadhirah ketawa lagi. Cikgu Raihan memicit hidungnya.

          ‘’Yalah! Yalah tu!,.’’ cikgu Raihan menyerah kalah.

          ‘’Cikgu,.nantikan, bila Dirah lahirkan anak lelaki, kita namakan dia Nikhun ya? Sebab Nikhun tu bukan orang Korea. Cikgukan tak suka artis Korea. Nikhun tu Cuma angota 2PM yang masuk geng artis Korea ja tapi dia tu orang Thai,.’’ Nadhirah memesongkan topik mereka lagi. Dia membayangkan wajah hensem Nikhun pula.

            ‘’Ouchhh!! Sakitlah cikgu!’’ Nadhirah terjerit kecil bila dahinya dijentik kuat oleh cikgu Raihan.

            ‘’Sudahlah berangan!,.bangunlah. Jom solat!,.azan Isyak dah panggil dah!’’

Allahu Akbar Allahu Akbar. (2X)
Asyhadu alla illahaillallah. (2X)
Asyhadu anna Muhammadar rasulullah. (2X)
Haiyaalas solah (2X)
Haiyaalal falah. (2X)
Allahu Akbar Allahu Akbar.
La ilahaillallah.

Maksudnya:

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Aku menyaksikan bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.
Marilah Sembahyang.
Marilah kepada kejayaan.
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Tiada Tuhan melainkan Allah.

P/S : Hah! Tunggu lagi? Tak pergi solat lagi? K-Pop,.K-Pop Juga suruhan Allah dan Rasul janganlah diabaikan ya!

16 ulasan:

  1. Mak cik ni ada masalah time nak update cerpen ni,salah n silap mohon diampun ya,....

    BalasPadam
  2. Tingkatan 6 mana ada subjek pj lg...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi..terima kasih suhaidah dgn teguran tu..sebenarnya sy ada anak dara yg sekolah tingkatan 6 tp sy sengaja tulis cikgu raihan tu ngajar pj sbb cerpen ni sy tujukan khas untuk anak dara sy yg overdos minat k pop..nak minat tu boleh saja tp jgn terlalu obsed hgga abaikan yg lain.

      Ambil iktibar yg berguna dan kalau boleh harap abaikan yg tak penting tu. Boleh tak? Err..tak boleh ke? Lain kali tak buat lagi. Sorry...

      Sy harap suatu hari nanti anak dara sy tu akan baca cerpen ni dan renungkan apa yg ingin sy sampaikan.

      Terima kasih sudi singgah di sini, baca dan tinggalkan komen.

      Padam
  3. Bestnya kalau watak ckg raihan tu jelous 😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Nabila..nk baca kisah suami cemburu, tunggukan cerpen seterusnya..ada tiga buah cerpen yg dah tamat dan akan diupdate

      SiHodoh & Si Miskin
      Aku Takkan Tergoda
      Cinderellakah Aku?

      Padam
  4. Wahhh!!cant wait..nk release stress lps exam sem!!yeah

    BalasPadam
  5. Dah update dah. Selamat membaca dan semoga terhibur.

    BalasPadam
  6. wahh bestnya dpt mak y buat cerpen. tapi cerpen ni lawak la. best

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sirah bk..cerpen ni terhasil selepas menonton drama korea tajuk yg sama tapi ini Melayu Stail. Hihi..
      lawak tu untuk pengajaran, kot2 boleh dpt menantu yg tegas mcm cikgu Raihan tu berbaloi jugak😃😃

      Padam
  7. hehe betul2 kpop2 juga solat wajib jangan lupe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih nurfaezah sudi singgah di sini😉..dan tinggalkan komen.

      Padam
  8. Haha...baru jumpa cerpen ni. Serius best! Lawak, jalan citer very interesting. Enjoy jer baca! Gudjob akak...

    Blogwalking here
    http://menorasky.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Norazizah..nanti akak terjah ya..😃

      Padam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.