‘’Bangun! Assalamualaikum cikgu!’’ laungan ketua kelas
bergema dalam kelas tingkatan Enam Sastera. Ikram Rafei adalah ketua kelas yang
telah dipilih berdasarkan ketegasannya. Dia seorang pelajar yang cemerlang
dalam pelajaran. Mempunyai penampilan yang agak menarik dan juga seorang yang
peramah.
‘’Assalamualaikum cikgu!’’ bergema pula
suara pelajar-pelajar lain. Cikgu Omar, guru matapelajaran Bahasa Malaysia
melangkah masuk dengan bergaya.
‘’Waalaikumusalam semua,.duduk! ‘’ salam
dijawab dan arahan pun diberi. Semua pelajar duduk semula.
Nor Nadhirah mencuit kawan di
sebelahnya, manakala matanya sedang memerhatikan cikgu Omar yang sudah duduk di
kerusi di hadapan kelas.
‘’Selepas ni Pjkan? Boring betullah aku
nak mengadap muka cikgu Raihan tu!’’ bibirnya sudah mula membebel. Walau pun
yang mengajarpendidikan Jasmani pelajar wanita adalah cikgu Nurain tapi
Nadhirah cukup meluat dengan cikgu Raihan yang sentiasa memandang benci ke
arahnya. Nadhirah sendiri tidak tahu, apa kesalahan yang telah dilakukannya.
Yang pasti setiap kali mereka bertembung mesti cikgu Raihan akan menjeling
tajam ke arahnya.
‘’Kau ni Dirah,.boring,boring,..itu
ja yang kau tahu. Aku takut dari boring memandang cikgu Raihan tu,.nanti jatuh
cinta pulak!’’ Fatin menempelak sahabat baiknya. Dia tahu Nadhiran bukan
seorang gadis yang cantik. Penampilannya sederhana, tubuhnya agak gempal dan
mukanya penuh dengan jerawat. Kalau Nadhirah tersenyum, giginya yang berkarat
itu menjengkelkan orang lain. Namun begitu Nadhirah seorang gadis yang baik.
Dia juga seorang sahabat yang setia dan suka membantu orang lain.
‘’Aku sedar dirilah,.agak-agaklah
kalau nak jatuh cinta dengan cikgu sendiri pun,.tapikan,..’’ Nadhirah tidak
meneruskan ayatnya bila cikgu Omar sudah bangun dari kerusi dan mula menuju ke
arah papan hitam.
‘’Hari ni kita buat karangan ya!
Tajuk hari ini bebas,..’’ cikgu Omar bersuara sambil menulis perkataan KARANGAN
di papan hitam. Matanya melingas memerhatikan satu persatu wajah
pelajar-pelajarnya.
‘’Tajuk bebas cikgu? Nak tulis tajuk
Awek saya,.boleh tak cikgu?’’ Muhammad Ikbal bersuara meriuhkan suasana kelas.
Cikgu Omar turut sama mempamerkan senyuman dengan pertanyaan Muhammad Ikbal.
‘’Boleh! Tapi pastikan KARANGAN awak
tu jangan ada gejala dating dan sebagainya. KARANGAN tu mesti menceritakan
tentang percintaan yang ada manfaat untuk semua. Contohnya ‘awek’ awak tu telah
mengubah awak dari jahat menjadi baik atau dari tak solat menjadi orang yang
warak dan tak pernah tinggal solat!’’ cikgu Omar memberikan penjelasan mengenai
isi karangan yang harus diketengahkan. Kalau nak cakap tak boleh nanti, banyak
pulak soalannya.
‘’Tapi awek saya ni kuat membebel
cikgu, mengalahkan nenek saya. Nak buat apa pun semua kena report dulu. Jadi
suami orang pun rasanya tak kena Queen control macam tu,..’’ seluruh kelas
gamat lagi dengan kenyataan Muhammad Ikbal.
‘’Mana awak tahu, jadi suami orang,
tak kena Queen Control? Awak pernah jadi suami orang ke?’’ soalan dari cikgu
Omar kepada Muhammad Ikbal juga mendapat sambutan dari seluruh kelas. Riuh
rendah dengan gelak ketawa.
‘’Mak saya mana pernah buat pun
cikgu. Ayah saya nak keluar rumah tak pernah nak report kat mak saya pun!’’
selamba saja Muhammad Ikbal menjawab.
‘’Terpulang kepada awak semua nak buat
tajuk apa. Tugas saya sebagai guru hanya memeriksa dan memastikan kerja yang
awak buat tu berkualiti,.kalau tak, awak faham sendirilah. Markah pasti rendah
atau markahnya adalah kosong!’’ cikgu Omar bersuara tegas. Beginilah,bila
berhadapan dengan pelajar-pelajar tingkatan enam yang sudah agak matang.
Kadang-kadang mereka lebih bijak berkata-kata daripada melakukan kerja yang
disuruh.
‘’Alaa,..kalau macam tu, saya pilih
tajuk Nenek Sayalah!’’ suara Muhammad Ikbal lagi. Cikgu Omar
mengeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum.
‘’Jangan banyak soal lagi! Buat
kerja masing-masing. Saya nak keluar sekejap. Jangan bising!!’’ cikgu Omar
menuju ke pintu. Semua pelajar memulakan kerja yang diberi. Tangan berjalan,
suara pun turut berbunyi.
‘’Kau nak tulis tajuk apa Dirah?’’
Fatin menyoal sambil mengintai Nadhirah.
‘’Entah! Tajuk Guru Jasmani Yang
Kerek,.agaknya boleh tak?’’ sengaja Nadhirah menduga Fatin.
‘’Ehemm,..kan aku dah cakap, jangan
asyik nak boring ja. Nampaknya cikgu Raihan dah berjaya bersemadi dalam hati
kau, sampai karangan kau pun khas untuk cikgu Raihan?!’’ Fatin mengusik
Nadhirah sambil mengenyitkan mata. Nadhirah menjeling geram.
‘’Ishh,.aku tanya ja! Tak ada makna
ehh,.bersemadi dalam hatilah konon. Kirim salam okey!’’ Nadhirah bersuara
geram.
‘’Tak ada maknalah sangat! Cikgu
Raihan tu pun okey apa? Hitam manis gitu,.aku suka kalau dia senyum. Lesung
pipit dia tu,.alamak! Sekali tengok boleh tergoda you!’’ sengaja Fatin bersuara
gatal sambil mengedip-ngedipkan matanya. Nadhirah sudah mencebik meluat.
‘’Yalah!,.sekali tengok tergoda,.dua
kali tengok, naik menyampah, you know!!’’ Nadhirah membalas bersahaja sambil
tangannya mula menulis tajuk karangannya.
‘’Kau Yang Ku Benci! Eh,..kau tulis
tajuk karangan ke tajuk cerpen ni?’’ Fatin yang mengintai buku karangan
Nadhirah bersuara lagi.
‘’Cerpen pun boley! Kitakan pelajar
SASTERA! Aku saja nak test bakat menulis
aku. Kenapa? Tak boleh ke?’’ Nadhirah menoleh ke arah Fatin dan menjungkitkan
keningnya beberapa kali. Bibirnya turut mengukirkan senyuman gatal.
‘’Boleh, boleh sangat! Cuma aku takut
Kau Yang Ku Benci nanti akan menjadi Kau Yang Ku Cinta, Kau yang ku Sayang, Kau
yang Ku rindu jer,..’’ Fatin berkata sambil ketawa perlahan. Mulutnya ditutup
dengan tangan agar ketawanya tidak kedengaran.
‘’Choih,.agak-agaklah!’’ Nadhirah
terus membalas dengan wajah masam. Dia cuba membayangkan dirinya berdiri di
sisi cikgu Raihan yang sentiasa menjeling tajam tu. Ishh,.kalau kata-kata Fatin
menjadi kenyataan, maunya juling mata cikgu Raihan tu sebab asyik menjeling.
Hihi,.Nadhirah tersengeh sendiri sambil kepalanya digelengkan berkali-kali.
...............................................
Cikgu Raihan keluar ke padang
dengan lagak yang garang. Wajahnya memang semulajadi begitu. Dia seorang guru
yang paling sukar untuk mengukirkan senyuman.
Cikgu Raihan melangkah ke arah
pelajar-pelajar lelaki yang sudah menunggunya di padang sekolah. Wisel ditiup
nyaring.
‘’Berbaris semua dan lari satu
pusingan!’’ cikgu Raihan memberi arahan dengan suara yang lantang dan tegas.
Pelajar-pelajar lelaki menurut arahannya.
‘’Haa,..yang di sana tu,.tunggu apa
lagi? Lari satu pusingan! Hari ini cikgu Nurain cuti. Saya akan take over
pendidikan jasmani hari ini!’’ cikgu Raihan melaung pula pelajar-pelajar
perempuan yang masih berkumpul di tepi padang.
‘’Alaa,..’’ semua pelajar perempuan
bersuara lemah. Nadhirah sudah memuncungkan bibirnya. Dia paling tak suka lari
keliling padang. Nadhirah akan cepat mengah dan selalu tertinggal di belakang.
‘’Cepat!! Jangan buang masa! Saya tak
suka dengan pelajar yang lembab. Tak ada stamina!’’ suara cikgu Raihan
kedengaran lagi. Tanpa berlengah pelajar-pelajar perempuan memulakan larian.
‘’Benci betul aku! Nanti kalau aku
semput lagi,.mesti dia akan kenakan aku cukup-cukup,.’’ Nadhirah sudah mula
membebel kepada Fatin di sebelahnya.
‘’Kau anggap ja kita sedang
berjogging sekarang ni. Kau jangan bimbang, aku takkan tinggalkan kau!’’ Fatin
mula buat janji. Lega sikit hati Nadhirah mendengarnya.
‘’Kalau cikgu kerek tu marah kau
sekali nanti, kau janji takkan marah aku balik ya?’’ Nadhirah menyoal Fatin.
Dia faham benar dengan ketegasan cikgu Raihan tu.
‘’Takkan marahlah! Aku kenyit mata
sikit ja, gerenti cikgu Raihan akan cair punyalah!’’ Fatin berkata yakin sambil
tergelak. Nadhirah mencebik. Macam tak percaya saja cikgu Raihan tu akan lembut
hati dengan Fatin.
‘’Macamlah aku tak kenal cikgu Raihan
tu macam mana! Kau ingat tak minggu lepas? Cikgu Raihan tengking budak form
five yang paling cun dalam sekolah ni. Itu budak cun, yang putih gebu. Sampai
menangis budak tu kena tengking. Kau tak ingat?’’ Nadhirah mula mengingatkan
Fatin bahawa cikgu Raihan tu bukan sebarangan orang. Dia bukan seorang guru
yang mudah lemah dengan godaan wanita.
‘’Oh! Budak paling pemes tu ke? Kau
belum dengar cerita ke, sebab apa dia kena tengking?’’ Fatin menyoal Nadhirah
kembali. Nadhirah mengeleng pantas. Fatin tersenyum bila peristiwa minggu lepas
diceritakan oleh adiknya yang juga sekelas dengan Risya, pelajar cun lagi
famous di sekolah mereka dengan kecantikannya.
‘’Kau tahu ke?’’ Nadhirah menyoal,
Fatin mengangguk laju.
‘’Dia bagi surat cinta kat cikgu
Raihan, dah tu tertangkap pula dengan pengetua. Maunya cikgu Raihan tak
mengamuk,..’’ Fatin bercerita sambil tergelak.
‘’Lorhh,..dengan cikgu Raihan yang
hitam dan garang tu pun ada orang jatuh hati ke?’’ Nadhirah berkata sambil
ketawa. Larian mereka berdua semakin lambat akibat bergossip tentang cikgu Raihan.
Akhirnya mereka berdua tertinggal jauh di belakang.
‘’Cepat Dirah! Mereka dah tinggalkan
kita la!’’ Fatin yang mula tersedar mereka telah ditinggalkan, segera mengesa
Nadhirah yang sudah tercunggap-cunggap kepenatan.
‘’Yea,.aku janji, tapi kau perasan
tak cikgu Raihan tu sudah menunggu kita sambil bercekak pinggang?’’ Fatin berkata
cemas. Dia menoleh ke arah Nadhirah di sebelah tapi,..
‘’Ya Allah Dirah!,.kita dah la kena
tinggal. Yang kau berhenti ni kenapa?’’ Fatin bertanya Nadhirah sambil berhenti
dan memegang lengan sahabatnya itu. Nadhirah yang kepenatan sudah memegang
dadanya sambil melepaskan nafasnya.
‘’Aku dah tak larat la Fatin!,..’’
perlahan suara Nadhirah.
Cikgu Raihan yang sedang
memerhatikan mereka di hujung padang sudah membunyikan wisel. Semua pelajar
lain sudah berkumpul di depan cikgu Raihan. Mereka semua menoleh ke arah Fatin
dan Nadhirah dengan bibir memekarkan senyuman.
‘’Kamu berdua,.cepat ke sini.
Janganlah lembab sangat!’’ suara lantang cikgu Raihan kedengaran. Fatin sudah
mengesa Nadhirah agar meneruskan larian.
‘’Kalau aku ada kuasa,.dah lama aku
sumpah cikgu Raihan ni. Biar jadi katak! Baru puas hati aku!’’ Nadhirah berkata
geram dalam suara termengah-mengah. Kakinya terus berlari walau nafasnya
semakin pendek. Terasa begitu jauh jarak antara mereka dan kawan-kawan mereka
yang lain.
‘’Hmm,.kalau aku ada kuasa pulak,..aku
nak seru hati kau,.biar jatuh cinta dengan cikgu Raihan tu dan cikgu Raihan tu
angau giler dengan kau,.’’ Fatin pula membalas sambil ketawa perlahan. Hanya
jelingan geram yang mampu Nadhirah hadiahkan. Dia sudah terlalu letih untuk
membalas.
‘’Kamu berdua! Oleh kerana, kamu
berdua lembab, lari lagi satu pusingan! Yang lain boleh mulakan aktiviti
ringan. Kita akan mula exercise dan,..’’
‘’Cikgu! Nadhirah pengsan!!’’ belum
sempat cikgu Raihan habis bercakap Fatin sudah menjerit kuat. Semua mata
tertumpu ke arah mereka. Cikgu Raihan paling cemas.
‘’Kenapa budak ni lembik sangat?
Harapkan badan ja besar, tapi lemah,.’’ Cikgu Raihan sudah mula meramas
rambutnya. Siapa yang nak angkat Nadhirah ni? Badan, dahlah semangat bukan
main!
‘’Macam mana nak buat ni cikgu? Takkan
nak biarkan dia tidur tepi padang ni?’’ Fatin bertanya resah. Dia ingin
mendapat pandangan cikgu Raihan yang ternyata hanya pandai bercakap ni?!
‘’Nak buat macam mana lagi? Takkan awak
nak suruh saya dukung dia?’’ cikgu Raihan menyoal Fatin kembali. Dia sendiri
tidak tahu apa yang harus dilakukan.
‘’Dirah! Bangunlah,.jangan buat aku
macam ni!’’ Fatin menepuk-nepuk pipi Nadhirah. Kawan-kawannya yang lain juga
cuba membantu mengejutkan Nadhirah.
‘’Aaa,.kenapa berpusing ni? Aku di
mana?’’ Nadhiran bertanya lemah. Matanya terbuka dan tertutup. Fatin dan
Nordiana cuba memapah Nadhirah agar bangun. Kudrat mereka yang tidak seberapa
itu nyaris-nyaris membuatkan mereka turut tumbang bersama.
‘’Hati-hati!’’ cikgu Raihan terpekik kuat. Risau dia melihat keadaan
pelajar-pelajarnya itu. Dalam hati ada sedikit kekesalan kerana menyebabkan
Nadhirah pengsan, namun kekesalan itu disembunyikan dalam hatinya.
‘’Cikgu! Kami bawa Dirah ke bilik
sakit ya?’’ Fatin meminta izin dari cikgu Raihan.
‘’Boleh ke ni? Hati-hati!,..’’ soalan
yang berunsurkan keraguan. Melihatkan dua orang gadis kecil cuba memapah gadis
gempal seperti Nadhirah hatinya tertanya-tanya kemampuan mereka berdua.
‘’Beres cikgu! Tak adalah berat mana
pun!’’ Fatin sengaja bernada gurau sambil tergelak kecil. Menbuntang mata cikgu
Raihan. Dia terasa seolah Fatin sedang menyindir dirinya yang selalu
memperlekehkan Nadhirah yang berbadan gempal.
........................................................
‘’Yess! Akhirnya,..’’ Nadhirah
bersuara ceria sebaik tiba di bilik sakit. Fatin dan Nordiana yang sudah tahu
Nadhirah hanya berpura-pura pengsan sudah tergelak mendengar kata-katanya.
‘’Pandai jugak kau berlakonkan? Aku
pun nyaris tertipu tadi,..’’ Nordiana turut tergelak dengan kenyataannya. Bila
mereka merasakan beban memapah Nadhirah tidak seberat mana, mereka sudah syak
bahawa Nadhirah masih sedar.
‘’Huh! Kalau aku tak buat-buat
pengsan tadi,.tak memasal kami kena lari lagi satu pusingan. Terror tak aku?
Akhirnya kancil pun tertipuu,..’’ Nadhirah meleretkan suaranya pada ayat
terakhir.
‘’Pandailah sangat! Sampai muka cikgu
Raihan pun dah pucat tengok kau tertidur atas padang tu. Agaknya apa yang dia
fikir?’’ persoalan yang ditimbulkan Fatin membuatkan Nadhirah dan Nordiana
saling berpandangan.
‘’Agaknya,.dalam hati dia
cakap..padam muka kau gemuk!?’’ Nadhirah serkap jarang sambil berwajah sayu.
Fatin mengelengkan kepalanya berkali-kali.
‘’Tak baik tau,.kau tuduh cikgu Raihan
macam tu! Aku rasa,.mesti dia menyesal sebab dah suruh kita berlari keliling
padang dan menyebabkan kau jatuh pengsan,.padahal sebenarnya tak!’’ Fatin menjungkitkan keningnya beberapa kali.
‘’Padan muka dia! Siapa suruh dera
aku. Bukannya dia tak tau,.orang gemuk macam aku ni cepat semput. Esok-esok
suruhlah aku jogging lagi,..’’ suara yang penuh dengan kemenangan. Tanpa mereka
duga, cikgu Raihan sudah melangkah laju ke arah bilik sakit.
‘’Hah! Awak dah okey ke? Fatin,
Diana,.kamu berdua buat apa lagi di sini?’’ mendengar saja suara cikgu Raihan,
ketiga orang gadis itu menoleh serentak. Berdegup laju jantung mereka.
‘’Kami temankan Dirah cikgu,.mana
tahu kalau dia perlukan apa-apa,.’’ Fatin memberikan alasan sambil tersengih.
Cikgu Raihan bercekak pinggang memandang ke tiga orang pelajar di hadapannya.
‘’ Kamu ni kalau bab nak memonteng,
memang nombor satukan?’’ cikgu Raihan
meneka dalam kesamaran. Dipandangnya wajah ke tiga orang pelajarnya satu
persatu dan pandangannya terhenti pada Nadhirah. Wajah itu direnung tajam.
‘’Harapkan badan saja besar, tapi
stamina langsung tak ada. Baru berlari sikit, dah jatuh pengsan. Awak tak
pernah excersice ke?’’ soalan keras diajukan untuk Nadhirah. Fatin memandang
simpati ke arah sahabatnya itu. Nordiana juga
turut memandang Nadhirah yang sudah menundukkan wajahnya. Air mata
Nadhirah sudah bergenang ditubir matanya.
‘’Awak berdua boleh keluar! Tak
payah nak berteman sangat,.biar dia berehat dan berfikir. Sampai bila dia nak
jadi manusia yang lemah macam ni?!’’ suara keras cikgu Raihan kedengaran lagi.
Nadhirah memusingkan wajahnya ke arah lain dan mengesat air matanya yang sudah
menitis ke pipi. Fatin dan Nordiana melangkah perlahan keluar dari bilik itu.
‘’Lemah!! Sikit-sikit
pengsan!,.sikit-sikit menangis!?’’ masih belum habis Nadhirah diseranah. Cikgu
Raihan seolah menyimpan dendam yang dalam ke atas Nadhirah. Masih tidak berpuas
hati melihat air mata Nadhirah.
‘’Kenapa diam? Suara awak dah hilang
di padang tadi ke?’’ Nadhirah sudah mendengus kasar mendengar soalan cikgu
Raihan. Hatinya cuba dikeraskan. Dia tak mahu menunjukkan kelemahannya di depan
cikgu Raihan. Air matanya dikesat hingga kering. Dia ingin membalas setiap
patah kata cikgu Raihan tapi dia takut cikgu Raihan akan membalas dengan
kata-kata yang lagi ‘pedas’.
‘’Nor Nadhirah! Saya sedang
bercakap dengan awak! Bukan bercakap dengan dinding. Pandang sini!’’ suara yang
masih kasar kedengaran lagi. Hati Nadhirah semakin pedih mendengar suara cikgu
Raihan yang bagaikan petir itu.
‘’Saya tak tau kenapa cikgu akan meroyan
setiap kali tengok saya?! Cikgu ni memang ada masalah mental ke atau saya ni
yang membuatkan cikgu sakit mental?’’ senada saja soalan Nadhirah. Hatinya yang
sakit harus diluahkan. Entah kenapa dia sengaja membakar kemarahan cikgu
Raihan.
‘’Apa awak kata? Eh! Berani awak
cakap saya sakit mental? Awak sedar tak apa yang awak cakap tu dan dengan siapa
awak sedang bercakap?’’ bertalu-talu soalan yang keluar dari bibir cikgu
Raihan.
‘’Masalahnya saya tak tahu, apa
dosa saya dengan cikgu? Kenapa cikgu nak menghina saya? Salahkah kalau berbadan
gemuk?? Berdosakah kalau berwajah hodoh? Cikgu pun bukannya hensem pun!’’
Nadhirah memberanikan dirinya untuk berlawan kata dengan cikgu Raihan. Dia harus
mempertahankan dirinya agar cikgu Raihan takkan berani memandang hina dirinya
lagi.
‘’Awak ni?!’’ cikgu Raihan kehilangan
kata. Dia mendengus kasar, langsung tak diduga Nadhirah akan tercabar pada
kata-katanya dan akan membalas kembali. Cikgu Raihan akhirnya meninggalkan
bilik sakit itu dengan hati yang berapi.
Nadhirah yang ditinggalkan
keseorangan sudah bersorak riang di dalam hati. Bibirnya mengukirkan senyuman
penuh bermakna. Puas hatinya dapat membalas balik setiap kata-kata cikgu Raihan
dan dapat meluahkan suara hatinya.Baru cikgu Raihan tahu, aku ni siapa!??
................................................
Cikgu Raihan termenung panjang di
biliknya. Setiap patah kata Nadhirah tadi masih terngiang-ngiang di mindanya.
Dia rasa terhinakah? Selama ini, itukah yang dia rasa? Cikgu Raihan bertanya
dirinya sendiri.
Dia bukan berniat untuk menghina
Nadhirah. Zaman kecilnya dulu juga seperti Nadhirah. Dia berbadan gempal dan
berkulit hitam. Bezanya mereka hanya pada gigi. Cikgu Raihan mempunyai gigi
yang putih dan tersusun cantik. Senyumannya juga memikat. Sejak dia dipermain
di sekolah rendah cikgu Raihan sudah bernekad untuk mengubah penampilannya.
Masuk ke sekolah menengah cikgu
Raihan selalu dibuli oleh kawan-kawannya. Oleh kerana badannya gempal mereka
selalu menyindir dan mengutuk. Cikgu Raihan tak mudah mengalah. Dia belajar
bersungguh-sungguh dan berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
pelajaran.
Bila dia menuntut di IPT dia mula
mengawal berat badannya. Dia selalu pergi bersenam dan mengikuti kelas
menurunkan berat badan. Cikgu Raihan juga meminta nasihat pakar pemakanan. Lama
kelamaan cikgu Raihan berjaya menurunkan berat badannya dan dia memohon pula
untuk belajar di maktab perguruan. Kini,.dia seorang guru. Dia sengaja memilih
matapelajaran pendidikan jasmani kerana mahu melihat anak didiknya sentiasa
menjaga kesihatan. Kebetulan Nadhirah yang menjadi tumpuan.
‘’Macam mana aku nak tolong dia kawal berat badan dia?’’ cikgu Raihan
bermonolog sendiri. Dia memerah mindanya agar mendapat idea untuk terus
menghampiri Nadhirah.
‘’Tapi,..cara aku ni, macam nak jaga
tepi kain dia saja!?’’ cikgu Raihan bersuara lagi sambil mengelus lehernya.
‘’Ehhh,..kenapa aku ni penyibuk
sangat? Lantak dialah, nak gemuk ke hodoh ke? Aku ni siapa,nak tolong dia?’’
akhirnya dia ketawa seorang diri.
‘’Tapi,.aku kesian betul tengok
dia,.macam aku dulu, Cuma aku rasa dia lagi teruk dari aku!’’ masih tak habis
lagi kerungsingannya. Memang pelik betul perangai cikgu Raihan ni. Mungkin satu
dalam sejuta manusia yang berperangai macam ni?
Tiba-tiba cikgu Raihan tersenyum. Dia
sudah mula mendapat ilham untuk mengawal Nadhirah. Dia memetik jarinya dan
bangun. Hujung bulan ni dia akan pulang ke kampung dan meminta tolong kedua
orang tuanya. Pasti setiap masalah akan selesai. Masalah apa??
................................................
‘’Mak,.tolonglah mak! Pinang dia untuk
Han! Lagi pun,.mak tak kesian ke tengok Han tinggal seorang di rumah tu.
Sekurang-kurang ada orang untuk jaga Han. Masakkan makanan untuk Han. Basuhkan
baju untuk Han,..’’
‘’Raihan! Budak perempuan tu kan
pelajar Han. Budak sekolah! Takkan Han dah tak ada orang lain untuk dibuat
bini? Lagi pun Han tu baru saja mengajar di sekolah tu,.mak takut pinangan tu
akan ditolak! Malulah kami nanti. Mana kami nak letak muka kami ni,..’’ belum
habis cikgu Raihan merayu, ibunya sudah mencelah. Angin tak, ribut
tak,.tahu-tahu suruh pinang anak orang. Budak sekolah pulak tu!
‘’Alaa,..kalau hati dah suka mak,
apa boleh buat. Kalau nak tunggu dia habis sekolah, nanti terlepas ke tangan
orang lain pulak!’’ cikgu Raihan sengaja mereka cerita, padahal hatinya sedikit
pun tak tersangkut dengan pelajarnya itu.
‘’Cantik sangat ke budak tu,
sampai Han dah macam orang angau ni?’’ soalan dari ibunya tak segera dijawab.
Cikgu Raihan mengeleng lemah. Cantik? Jauh panggang dari api!
‘’Cinta itukan buta mak! Tak
semestinya ada rupa yang cantik baru boleh jatuh cinta!’’ cikgu Raihan menjawab
bersahaja.
‘’Habis tu? Baik sangat ke budak tu?
Mak risau nanti, bukan dia yang masakkan untuk Han. Basuhkan baju Han.
Jangan-jangan Han yang kena buat semua kerja tu!’’ ibu cikgu Raihan masih
dengan hujahnya. Berat hatinya untuk mengikut arahan cikgu Raihan. Nak pinang
anak orang, bukannya nak beli binatang peliharaan orang!
‘’Bila dah jadi bini Han nanti, dia
tahulah tanggungjawab dia mak!’’ selamba saja cikgu Raihan berkata. Dia tak
tahu betapa pemalasnya Nadhirah tu!
............................................
‘’Kami dah terlanjur pak cik!’’
selepas pulang dari kampung, cikgu Raihan pergi berjumpa dengan ibu bapa
Nadhirah pula. Berani pulak dia mencipta alasan yang mengarut tu.
‘’Astaghfirullah! Kamu ni dah tak
ingat Tuhan ke?’’ beristighfar laju ayah Nadhirah mendengar pengakuan cikgu
Raihan.
‘’Minta maaf pak cik! Kami tak
sengaja!’’ cikgu Raihan berpura-pura sedih. Yang penting rancangannya nak
mengawal Nadhirah selepas ini berjaya. Biarlah cikgu yang tak hensem ni jadi
suami dia!
‘’Nadhirah!!’’ pak cik Seman melaung
Nadhirah. Cikgu Raihan sudah berdoa di dalam hati. Dia menanti dengan resah.
Pasti Nadhirah akan menafikan semua dakwaannya tadi.
‘’Nadhirah!! Keluar!’’ semakin kuat
laungannya. Nadhirah mengintai dari balik pintu dapur. Dadanya bergetar
mendengar laungan ayahnya. Pasti cikgu Raihan datang mengadu pada ayahnya
kerana sikap kurang ajarnya tempoh hari!?
‘’Haa,.pergilah! Ayah kau panggil
tu. Mengintai apa lagi? Pakai tudung! Tu,.cikgu kau ada di depan.’’ Emak
Nadhirah muncul dengan dulang air dan sepiring biskut.
‘’Cikgu Dirah datang untuk apa mak?
Dirah bukan buat salah apa pun!’’ Nadhirah masih tak berganjak. Laungan ayahnya
langsung tak dipedulikan. Ikutkan hatinya, nak lari saja ikut pintu dapur.
‘’Pergi pakai tudung! Lepas tu baru
keluar,.adalah tu,..’’ sekali lagi emak Nadhirah bersuara dan berlalu ke ruang
tamu. Nadhirah muncungkan bibir dan masuk semula ke bilik untuk menyarung
tudung. Dia memerhatikan penampilannya yang berbaju T shirt lengan pendek. Dia
mencapai hand sock dan memakainya.
‘’Esok pergi ambil kursus kahwin, hujung
minggu ni korang nikah!’’ ayat muktamad dari pak cik Seman buat Nadhirah
melopong.
‘’Mengarut! Agak-agaklah ayah,.nak
kena kahwin dengan cikgu Raihan ni. Orang nak belajar lagi la. Ayah tahukan
cita-cita Dirah? Dirah nak masuk U! Dirah nak belajar tinggi-tinggi!’’ Nadhirah
membantah keras. Dia memandang wajah ayah dan emaknya silih berganti, kemudian
dia memandang tajam ke arah cikgu Raihan. Gila ke apa?
‘’Keputusan ayah muktamad! Masa
korang berzina tu, ada kau terfikir nak sambung belajar? Hah??’’ kuat
tengkingan pak cik Seman. Cikgu Raihan menundukkan wajahnya. Nadhirah pula,
semakin luas mulutnya.
‘’Apa yang ayah mengarut ni? Apa
cikgu dah beritahu ayah saya?’’ pandangan tajam dihadiahkan ke arah cikgu
Raihan.
‘’Ayah awak dah restu Nadhirah! Itu
yang penting! Kita nikah ya? Tak apa! Awak boleh terus belajar. Saya akan izinkan!
Saya akan bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang telah saya lakukan!’’
tegas nada suara cikgu Raihan. Terbeliak mata Nadhirah melawan pandangan cikgu
Raihan. Sengaja pula cikgu Raihan mengenyitkan matanya.
‘’Cikgu memang dah buang tebiatkan?
Memang betullah cikgu ni sakit mental?!’’ air mata Nadhirah sudah merembes laju
dan dia berlari masuk ke bilik. Cikgu Raihan masih berwajah tenang.
............................................................
Pernikahan mereka berlangsung di
kampung cikgu Raihan. Kali pertama ibunya memandang Nadhirah dia hampir pitam.
Darahnya naik mendadak. Apa yang difikirkannya langsung tak tepat. Disangkanya
Nadhirah gadis yang cantik dengan tubuh yang langsing. Nadhirah hanya berkulit
putih, bahagian lain semuanya tak cantik.
Bila Nadhirah cuba tersenyum sekali
lagi dia terkejut. Otaknya tak dapat nak mencerna, di mana tarikan yang
Nadhirah ada hingga anaknya terpikat?! Bermula hari pernikahan mereka ibu cikgu
Raihan berjanji untuk menyiasat. Apa puncanya cikgu Raihan ingin sangat
memperisterikan Nadhirah?
Nadhirah pula masih tertanya-tanya,
kenapa cikgu Raihan membuat tindakan drastik untuk memperisterikannya. Adakah
kerana dendam? Mungkinkah kerana marah dituduh sakit mental? Nadhirah menjadi
buntu sebuntunya.
‘’Dirah! Lepas ni, kalau awak nak
tinggal terus di rumah keluarga awak pun saya tak kisah. Tapi,.semua belanja
persekolahan awak biar saya yang tanggung! Yang paling penting, awak kena
dengar cakap saya!’’ cikgu Raihan mula menunjukkan kuasanya sebagai suami.
Nadhirah sudah mencebik.
‘’Cikgu ni memang betul-betul dah
sakit mental ya?’’ soalan Nadhirah membuatkan cikgu Raihan membeliakkan matanya
tiba-tiba. Nadhirah yang sedang duduk di birai katil dihampiri. Nadhirah pula
sudah melompat bangun untuk melarikan diri.
‘’Awak tunggu di situ Dirah!’’ tegas
suara cikgu Raihan. Nadhirah kecut perut. Hatinya berdoa kalut. Cikgu Raihan
berhenti melangkah dan menjarakkan dirinya selangkah dari Nadhirah.
‘’Saya takkan sentuh awak pun! Awak
jangan bimbang. Buat masa sekarang, saya memang tiada keinginan langsung untuk
menyentuh awak. Saya cuma nak awak hormat saya sebagai suami ketika kita berdua
dan hormat saya sebagai cikgu ketika kita di sekolah. Selepas ni kita buat hal
masing-masing. Cuma depan ibu bapa kita, awak kena berlakon sikit, beritahu
mereka kita bahagia dengan pernikahan kita ni. Awak faham?’’ cikgu Raihan
berkata sambil merenung tajam Nadhirah yang sudah berdiri kaku.
‘’Satu lagi,.saya nak awak dengar
cakap saya! Itu yang paling utama!!’’ cikgu Raihan masih menunjukkan kuasa
vetonya. Memang niat dia berkahwin dengan Nadhirah untuk mengawal Nadhirah pun.
Niat dia baik sebenarnya, Cuma caranya saja yang keterlaluan dan tak masuk dek
akal langsung!
.......................................
Nadhirah pergi ke sekolah seperti
biasa. Puas kedua orang tuanya memaksa Nadhirah agar tinggal di rumah cikgu
Raihan tapi Nadhirah berdegil tidak mahu. Bila cikgu Raihan masuk campur, ibu
dan ayah Nadhirah pun turut terdiam.
Bila hari cuti cikgu Raihan akan
datang mengambil Nadhirah dan mengajak Nadhirah keluar berjogging pagi dan
petang. Nadhirah memang tiada alasan untuk menolak.
Di sekolah mereka selalu berlakon
seperti orang asing, apatah lagi Nadhirah. Sejak mereka menjadi suami isteri
Nadhirah semakin berani untuk melawan cikgu Raihan. Pantang ada kesempatan
mesti dia menjawab setiap patah kata cikgu Raihan. Hatinya puas bila dapat
membuatkan cikgu Raihan terdiam setiap kali dia melawan.
‘’Cikgu Raihan tu macam dah takut
sangat dengan kau sekarangkan Dirah? Aku hairan betullah, ilmu apa yang kau
guna?’’ Nadhirah tersengeh bila Fatin mengajukan soalan sebegitu kepadanya. Dia
sendiri pun tidak menyangka cikgu Raihan sudah tidak setegas dulu dengan dia.
Dengan orang lain cikgu Raihan masih garang macam dulu. Dengan Nadhirah saja
cikgu Raihan banyak beralah.
‘’Haa,..itulah kau tak tahu. Aku
adalah taktik aku. Tapi,.tak payah nak cerita kat kaulah. Biar jadi rahsia
peribadi aku saja!’’ Nadhirah berkata angkuh. Padahal,.tak ada pulak taktik
yang dia guna. Adakalanya, dia cuma mengikut arahan cikgu Raihan saja.
Contohnya bila cikgu Raihan ajak dia pergi berjogging, dia ikutkan saja
kehendak cikgu Raihan.
‘’Jangan-jangan kau dah jampikan
dengan ayat guna-guna kat cikgu Raihan tu apa?!’’ Fatin cuba berseloroh sambil
tergelak. Nadhirah mencebik.
‘’Woii! Berdosa tu! Tak ada pasal aku
nak guna-gunakan dia pun. Tak ada faedah langsung!’’ Nadhirah menyangkal
kata-kata Fatin. Kalau difikirkan secara logik, cikgu Raihan tu dah menjadi milik dia 100%, tak guna nak jampikan
cikgu Raihan tu pun. Tapi, Nadhirah masih sangsi satu perkara, kenapa cikgu
Raihan beria-ia nak kahwin dengan dia? Kemudian tak mahu pula tinggal serumah.
Cikgu Raihan pun, tak pernah anggap dia macam isteri pun.
‘’Aku rasa cikgu Raihan ni dah
macam misteri nusantara sekarang ni,.’’ Tanpa sedar Nadhirah mengeluarkan
kata-kata itu. Fatin merenung Nadhirah dengan penuh tanda tanya.
‘’Maksud kau?’’ Fatin menyoal balas.
‘’Haa?’’ Nadhirah terkejut dengan
soalan Fatin. Dia kembali ke alam nyata. Takkan nak berterus terang dengan
Fatin dia dah jadi isteri cikgu Raihan?
‘’Kau boleh simpan rahsia tak?’’
Nadhirah mencuba nasib. Kalau Fatin sudah tahu status dia, mungkin dia boleh
bertukar-tukar fikiran dengan Fatin? Itu yang ada dalam fikirannya. Sakit juga
otak bila menyimpan rahsia ini dan memikirkan setiap kemungkinan seorang diri.
‘’In sya Allah! Aku ni penyimpan
rahsia tegar!’’ yakin saja Fatin menjawab.
‘’Kau berjanji jangan ketawakan aku
ya?’’ Nadhirah menyoal lagi.
‘’Aku janji takkan ketawakan kau!’’
Fatin angkat tangannya hingga ke telinga, macam orang nak angkat sumpah.
Nadhirah tengok kiri kanan sebelum bercerita.
‘’Sebenarnya,.aku dan cikgu Raihan
dah nikah,..’’ Nadhirah belum habis bercerita, Fatin sudah ketawa
terbahak-bahak. Nadhirah terasa hati. Janji tinggal janji.
‘’Kau jangan nak buat lawak, boleh
tak? Agak-agaklah kalau nak bohong sunat pun?!’’ dalam ketawanya yang masih
bersisa Fatin memarahi Nadhirah. Langsung dia tak percaya dengan kenyataan yang
Nadhirah cakap tu. Memang tak masuk di akal!
‘’Kau janji tadi tak nak gelak?
Tapi, tengoklah, kau gelak tak ingat dunia! Sakitnya di sini!!’’ Nadhirah
pegang dada sambil nyanyi. Bibirnya dimuncungkan tanda dia sedang merajuk.
Geram betul dengan Fatin yang masih belum berhenti ketawa.
‘’Hahaha,..kau memang ada hati
dengan cikgu Raihan ke?’’ Fatin cuba serkap jarang. Nadhirah beliakkan matanya.
‘’Bukan aku yang ada hati kat
dia,..tulah, aku belum habis cerita. Kau dah menyampuk!’’ Nadhirah masih marah
dengan Fatin. Masam wajahnya usah dicakaplah.
‘’Tuu,..suami kau datang!’’ Fatin
yang baru berhenti ketawa memuncungkan bibirnya ke arah belakang Nadhirah.
Sepantas kilat Nadhirah menoleh. Laju langkah cikgu Raihan menuju ke arah
mereka. Jantung Nadhirah sudah bergetar kencang.
‘’Kau percaya?’’ Nadhirah menoleh ke
arah Fatin kembali dan menyoal Fatin.
‘’Kau perasan eh?’’ Fatin bernada
gurau. Dia sengaja menyindir Nadhirah tadi kerana dia betul-betul ingat
Nadhirah hanya bergurau.
‘’Dirah! Kita balik kampung
sekarang! Mak abang masuk hospital.’’ Cikgu Raihan sampai kepada mereka dan
mula bersuara. Dia memandang tepat ke wajah Nadhirah.
‘’Hah?’’ Nadhirah terpaku. Fatin
ternganga tanpa kata.
‘’Pergi masuk kelas, ambil beg.
Abang tunggu dalam kereta!’’ sebaik menyuruh Nadhirah pergi mengambil beg,
cikgu Raihan terus melangkah pergi. Nadhirah juga menarik tangan Fatin dan
masuk ke kelas untuk mengambil begnya.
‘’Kau bukan buat lawak ke tadi?’’
soalan cepumas dari Fatin. Nadhirah mengangguk laju.
‘’Kau jangan beritahu sesiapa ya! Kau
janji tau!,.’’ Nadhirah menuntut janji. Fatin yang masih tercenggang hanya
menjatuhkan kepalanya berkali-kali.
.................................................
‘’Fatin dah tahu pasal kita?’’ cikgu
Raihan ajukan soalan sebaik saja Nadhirah masuk ke kereta. Nadhirah tidak
segera menjawab. Dia memasang tali pinggang keledar dan menselesakan
kedudukannya.
‘’Nadhirah!,.jangan berlakon macam
orang pekak, boleh tak?’’ cikgu Raihan sudah memandang tajam ke arahnya.
‘’Tak! Tapi,. Tadi baru dia tahu,..yang
cikgu gatal nak berabang bagai tu kenapa?’’ Nadhirah sengaja nak menyalahkan
cikgu Raihan, padahal kalau cikgu Raihan tak membahasakan dirinya abang tadi,
kemungkinan Fatin masih belum percaya dengan
apa yang dia cakap.
‘’Saya ingatkan Fatin dah tahu.
Sorry!’’ Nadhirah sudah menoleh ke arah lain bila mendengar cikgu Raihan
meminta maaf. Bibirnya mengulum senyum.
‘’Boleh tak awak hormatkan saya
sebagai suami bila kita berdua ja? Tak boleh ke panggil saya abang? Lagi pun,
saya lagi tua dari awakkan?’’ cikgu Raihan membuat permintaan yang Nadhirah
sendiri tidak menduga. Dia memandang sekilas ke arah cikgu Raihan. Bibirnya
mencebik tapi dalam hati bersorak sakan.
‘’Hiesy,.tak da maknanya nak berabang
bagai. Tersasul di sekolah nanti, tak ke haru biru jadinya!?’’ Nadhirah
menjawab perlahan.
‘’Hmm,.betul jugak!’’ cikgu Raihan
membalas sambil mengangguk laju. Dia terfikir, kalau semua guru dan pelajar
tahu hubungannya dengan Nadhirah. Tiba-tiba, dia tersedar satu perkara.
‘’Allahu Akbar! Agaknya tadi, ada tak
orang lain yang tengok awak naik kereta saya ni?’’ cikgu Raihan menoleh sekilas
ke arah Nadhirah dan memandang ke hadapan semula. Nadhirah mengerutkan dahinya
sambil merenung cikgu Raihan di sebelah.
‘’Cikgu ingat saya ni belajar di
sekolah orang-orang buta ke? Kita pulang tadi time rehatkan? Of courselah semua
orang tengok. Kenapa? Cikgu dah takut ke, semua orang tahu, cikgu kahwin dengan
perempuan hodoh macam saya ni?’’ Nadhirah menjawab dan bertanya semula dengan
suara yang agak kasar. Soalan cikgu Raihan tadi benar-benar telah menyinggung
hatinya.
‘’Cuba awak belajar bersyukur dengan
apa yang Allah anugerahkan untuk awak! Saya tak pernah cakap pun awak ni hodoh.
Kenapa pula awak asyik ulang soalan yang sama? Awak beruntung sebab Allah
kurniakan kesempurnaan untuk awak Nadhirah! Cuma,.sebarang kekurangan yang ada
pada diri awak tu, awaklah penyebabnya.
Emak awak dah cerita kat saya Nadhirah.
Awak tu pemalas. Umur dah berbelas tahun tapi kerja rumah pun awak tak tahu
buat lagi. Bilik awak pun masih bersepah. Emak awak yang tolong kemaskan.
Pakaian awak pun mak awak yang tolong basuhkan. Dah tu, awak cuma tahu makan
dan tidur saja di rumah tu.
Emak awak cakap lagi, awak tu suka
sangat makan makanan ringan. Minuman bergas. Mandi pun malas. Nak gosok gigi
pun malas. Kalau awak tak ada berus gigi pun awak tak kisah. Emak awak belikan
ubat untuk jerawat awak pun, awak malas nak pakai. Semuanya awak malas. Boleh
pulak awak nak tuding jari salahkan orang lain?!’’ cikgu Raihan menoleh ke arah Nadhirah selepas
habis membebel.
‘’Nadhirah!’’ kuat cikgu Raihan
memanggil nama Nadhirah.
‘’Orang bercakap, boleh pulak dia
berdengkur?!’’ cikgu Raihan mengeluh perlahan melihat Nadhirah sudah terlentok
di sebelahnya.
Nadhirah yang sudah terlentok pula
menahan air matanya dari mengalir. Dia menangis di dalam hati. Malu kepada cikgu
Raihan yang sudah tahu dengan sikap sebenarnya. Tergamaknya emak nak malukan
aku di depan cikgu Raihan?!
.................................................
Bila mereka sampai di kampung cikgu
Raihan, mereka terus menuju ke hospital. Cikgu Raihan meninggalkan Nadhirah
yang sedang termengah-mengah mengejarnya dari belakang. Apa yang cikgu Raihan
fikir hanyalah ibunya. Dia terlupa sekejap dengan kewujudan isterinya yang tak
mampu bergerak laju.
‘’Aku dah la tak biasa dengan
tempat ni! Aku sesat karang, macam mana?’’ Nadhirah mengomel seorang diri.
Cikgu Raihan yang sudah berada jauh di depan sana cuba dikejar sepantas
mungkin. Dia berlari-lari anak untuk mendapatkan cikgu Raihan.
‘’Cikgu Raihan!!’’ Nadhirah sudah
mula mengelabah sambil menguatkan lagi suaranya. Geram dan penat sudah
bercampur dalam hatinya.
‘’Alaa,.’’ Nadhirah terasa ingin
menangis bila melihat pintu lif yang sudah tertutup. Dia sampai di depan pintu
lif sambil termengah-mengah. Air matanya sudah bergenang bila memikirkan sikap
cikgu Raihan.
Nadhirah tidak tahu di wad mana
ibu mertuanya di tempatkan. Dia tidak ingin mencari. Dia benar-benar sakit
hati. Dia meronda di sekitar hospital itu hinggalah dia menjumpai kantin
hospital. Bibirnya sudah menguntum senyum. Dia membuka beg galas dan
memeriksanya.
Alah,.sepuluh ringgit ja? Nadhirah
berkata di dalam hati.
Dia memang
tak bawa banyak duit. Mana dia tahu akan menghadapi keadaan seperti ini. Dia
mengeluh perlahan namun kaki terus melangkah menuju ke gerai-gerai di
hadapannya.
‘’Kak! Bagi milo ais satu,.err,.bakso
satu ya!’’ sebelum meminta order Nadhirah memeriksa harga makanan yang
dipamerkan terlebih dahulu. Cukup rasanya dengan duit yang dia ada untuk
membayar makanan yang dia minta.
‘’Jual ya!’’ jurujual bersuara
selepas menghulurkan baki rm5 kepada Nadhirah.
Nadhirah hanya mengangguk laju
tanpa suara. Dia mengambil makanan dan menuju pula ke arah meja yang
disediakan. Rata-rata meja sudah diduduki orang. Nadhirah meninjau lagi dan
terlihat olehnya meja kosong yang berada di luar kantin bersebelahan dengan
taman.
Sedang enak menjamu selera
kedengaran telefon bimbitnya berbunyi dari dalam beg galasnya. Nadhirah
berhenti menyuap dan memeriksa telefon di dalam beg. Terlihat olehnya nama di
skrin telefon. Dia sudah tahu siapa gerangannya.
‘’Cikgu sakit mental yang telefon!
Mesti nak marah aku letew? Nak jawab ke tak? Eh! Kalau tak jawab, dia tinggal
aku sorang-sorang di sini,.macam mana?’’ Nadhirah berdialog perlahan.
‘’Hello! Kenapa cikgu? Takkan dah
rindu kot?’’ selamba Nadhirah menyoal bila telefon sudah ditekapkan di
telinganya.
‘’Awak ni di mana Dirah? Kenapa tak
sampai-sampai lagi?’’ kedengaran kasar suara cikgu Raihan di hujung talian.
Nadhirah mencebik geram.
‘’Yang cikgu tinggal saya kenapa?
Mana saya tahu nak cari wad mak cikgu!’’ Nadhirah menjawab tenang.
‘’Awak di mana ni?’’ soalan Nadhirah
diabaikan, sebaliknya Nadhirah disoal lagi.
‘’Kantin! Makan!!’’ selamba Nadhirah
menjawab. Terdengar bunyi tut yang panjang selepas itu. Nadhirah memandang
telefon bimbitnya seketika dan mengangkat bahu. Dia menyimpan semula telefonnya
dan menyambung makan.
....................................................
Cikgu Raihan datang mencari
Nadhirah di kantin dengan wajah masam mencuka manakala Nadhirah pula berwajah
selamba badak dia jer. Bukan salah dia pun! Salah cikgu Raihanlah, kenapa
tinggalkan dia!
Cikgu Raihan terus mogok suara hingga
mereka pulang ke rumah mertua Nadhirah. Ibu mertuanya bukannya tenat pun. Dia
hanya mengalami tekanan darah rendah dan sudah dibenarkan pulang hari mereka
tiba.
Kebetulan pula cuti sekolah bermula
sehari selepas itu. Cikgu Raihan membuat keputusan untuk bercuti di kampung dan
menjaga ibunya yang tidak berapa sihat. Nadhirah terpaksa mengikut kata cikgu
Raihan walau telah direka beribu alasan.
‘’Kenapa cikgu tak bagitau awal-awal.
Orang bawa baju sepasang ja untuk salin!’’ alasan pertama yang Nadhirah beri.
Ini alasan yang benar, bukan rekaan semata-mata.
‘’Awak jangan bimbang! Bab baju,
belambak baju lama saya yang awak boleh pakai!’’ cikgu Raihan menepis alasan
Nadhirah dengan pantas. Nadhirah mencebik tidak percaya. Badan cikgu Raihan
walau nampak tough tapi rasanya takkan sesuai untuk dia. Itu yang Nadhirah
fikir.
‘’Baju cikgu bukan taste oranglah!
Orang tak mau pakai baju cikgu, lagi pun orang tak biasa tidur di rumah
orang,.’’ Alasan kedua Nadhirah yang sebetulnya rekaan semata-mata. Nadhirah ni
pantang letak kepala ja, di mana-mana pun dia boleh lentok. Kalau bab baju
pula, dia bukannya ada taste pun, janji masuk di tubuh dia, semuanya itu
bukanlah halangan baginya!
‘’Dah,dah,..keputusan saya muktamad!
Sebagai isteri, awak jangan nak membantah. Dua minggu ni, kita bercuti di sini!
Titik!!’’ cikgu Raihan menyudahkan ayatnya sambil berlalu pergi dengan wajah
garang.
Bila ditinggalkan seorang diri
Nadhirah mula membuka telefon bimbitnya kembali. Ada beberapa mesej dalam
whatssapp dari Fatin. Nadhirah membaca dan melebarkan senyuman.
Fatin : Beb,.kau dengan cikgu raihan tu
dah tido bersama ke?
Nadhirah yang masih tersenyum
meneruskan pembacaannya. Banyak betul mesej dari Fatin yang masuk ke dalam
whatssapnya.
Fatin: Aku
tak percaya beb,.betul-betul tak percaya kau dah kawen dengan cikgu raihan tu,
minda aku ni payah nak berkompromi dengan jiwa aku untuk mempercayainya. Apa
yang cikgu raihan tu tengok pada kau? Bukan dia benci kau ke selama ni?
Fatin :
Beb!,.balas la mesej aku ni, kenapa kau tak balas,eh mentang-mentanglah kau dah
ada cikgu raihan. Kau nak lupakan aku ya.
Nadhirah sudah mula mengaru
tengkuknya. Melampau betul Fatin ni, aku lambat balas whatssap dia pun, ada
pulak itu yang dituduhnya.
Nadhirah: kau ni nak tuduh aku pun
tak agak-agakkan? Aku mana sempat buka whatssap la. Kepala aku ni tengah
serabut ni. Cikgu raihan ajak aku bercuti dua minggu di sini. Aku dah la tak
bawa banyak baju, dah tu dia suruh aku pakai baju lama dia. Lagi pun, aku
boringlah, tak ada kawan di sini. Cikgu raihan ni, macam aku jugak rupanya. Dia
pun anak tunggal macam aku jugak. Rumah dia pula jauh dari rumah orang lain.
Dah tu terpencil sangat, nasib baik ada line tnet ni, kalo tak lagi bengang lah
aku ni. Tapi tak pa aku bawa yo seob bersama aku ke sini,..hihi
Nadhirah terus tersenyum lagi bila
dia menulis ayat terakhir. Tablet yang mengandungi perbagai show k-pop
dikerlingnya sekilas. Tablet itulah dunianya selain telefon pintar yang
dimilikinya. Tablet tu hanya boleh layan video, game dan layan internet tapi
tiada kad sim dan tiada whatssap.
Fatin : baru sekarang kau nak balas mesej
aku? Sori beb,.aku nak keluar ni, ada hal sikit, nanti kita chat lain. Bye!
Ceh!!. Orang dah balas mesej
dia,.dia pulak nak keluar! Aku layan k-pop lagi bagus. Nadhirah berdongkol di
dalam hati. Diletakkan telefonnya di sebelah dan dicapai pula tablet yang
bersarung merah jambu itu. Dia menekan butang dibahagian atas tablet untuk
menghidupkannya. Gambar Yo Seob yang sedang tersenyum manis dengan lesung pipit
di kedua pipinya itu menghiasi skrin tabletnya. Dia menekan home dan klik pada
file manager, kemudian dia klik pula sd card. Tujuannya hanya nak layan show
k-pop yang telah dimuat naik dalam memori tabletnya.
‘’Awak dah solat ke?’’ sedang rancak
dia melayan show dari kumpulan Beast, cikgu Raihan masuk ke dalam bilik.
Nadhirah mencapai telefon bimbitnya dan melihat jam yang tertera di atasnya.
‘’Kejap lagilah!’’ Nadhirah memberi
alasan. Belum pukul lapan lagi. Itu fikirnya.
‘’Awak ingat Maghrib tu nak tunggu awak?
Dah,.jangan mengada-ngada! Pergi solat sekarang!’’ tegas suara cikgu Raihan
sambil merampas tablet yang berada di depan Nadhirah. Terkesima Nadhirah
seketika dengan tindakan cikgu Raihan.
‘’Eh,.cikgu ni siapa, nak paksa-paksa
orang?’’ Nadhirah menguatkan suaranya sambil memasamkan wajah.
‘’Awak lupa ke? Saya ni suami awak
dan tanggungjawab saya memang untuk membimbing awak dan halang awak dari tengok
video-video yang tak berfaedah macam ni!’’ bila Nadhirah menguatkan suaranya,
cikgu Raihan juga tidak mahu mengalah. Sengaja dia menegaskan lagi suaranya
tapi nada suaranya terpaksa diperlahankan sikit, takut ibunya terkesan dengan
pergaduhan kecil mereka ini.
‘’Mintak balik tablet orang tu, baru
orang pergi solat!’’ Nadhirah memberi alasan lagi. Tabletnya yang berada dalam
tangan cikgu Raihan direnungnya.
‘’Tablet orang, bukan tablet awak pun!
Pergi solat dulu! Nanti saya kasi tablet ni dekat orang utan yang kesunyian!’’
cikgu Raihan berkata sambil mengulum senyum dan membawa tablet Nadhirah keluar
dari bilik.
‘’Cikgu!! Saya Nor Nadhirah binti
Seman nak balik tablet saya tu!’’ Nadhirah yang sudah bengang dengan kata-kata
cikgu Raihan menguatkan suaranya sekali lagi dan bangun lalu bertindak merampas
tabletnya dari tangan cikgu Raihan.
‘’Haih! Kenapa awak ni? Nak peluk
saya pulak!?’’ merah wajah Nadhirah bila cikgu Raihan berkata begitu. Tablet
yang dirampas tidak berjaya didapatkannya bila cikgu Raihan yang berpusing
tiba-tiba mengadapnya. Maka, dengan tak sengaja Nadhirah terpeluk cikgu Raihan.
‘’Jangan perasanlah cikgu! Saya nak
tablet saya ja,.’’ Nadhirah berpura-pura selamba dan mencuba sekali lagi
merampas tabletnya yang masih berada dalam tangan cikgu Raihan.
‘’Awak memang sengaja nak goda
sayakan!? Pandai pulak awak nak geselkan badan awak ni dengan badan saya?’’
cikgu Raihan mengulum senyum lagi. Sengaja dia merenung wajah Nadhirah yang
sudah memerah macam udang kena bakar.
‘’Benci!!,.’’ sepatah kata yang keluar
dari bibir Nadhirah dan dia meloloskan dirinya ke dalam bilik air untuk
mengambil wudhuk. Grrr,.hatinya tersangat sakit disaat ini. Aduhai! Tabletku
sudah dirampas oleh cikgu sakit mental! Huhu,..
Cikgu Raihan pula memerhatikan Nadhirah
yang sudah hilang di sebalik pintu bilik air dengan senyuman lebar. Mungkin
niatnya mengahwini Nadhirah hanya untuk mengawal Nadhirah tapi dia juga seorang
lelaki. Jantungnya tetap berdetak laju bila Nadhirah memberikan respon seperti
tadi. Cikgu Raihan tidak jadi keluar dari bilik. Dia ingin memastikan Nadhirah
mengerjakan solat. Dia duduk dibirai katil dan membuka tablet Nadhirah.
Memeriksa apa yang terkandung di dalamnya.
‘’Huh! Hantu k-pop rupanya! Apa yang best
sangat k-pop ni?!’’ cikgu Raihan menyoal dirinya sendiri. Kalau ikutkan
hatinya, nak dipadam semua video dan gambar artis-artis k-pop yang ada di
dalamnya namun, dia tak mahu menjadi musuh kepada Nadhirah. Dia ingin Nadhirah
mendengar setiap cakapnya dan dia akan cuba sedaya upaya untuk memikat
Nadhirah. Jeng,jeng,jeng!,.
...........................................................
Nadhirah keluar dari bilik air dengan
riak wajah terkejut. Disangkanya cikgu Raihan sudah keluar dari bilik. Macam
mana nak solat ni? Nadhirah menyoal dirinya sendiri di dalam hati. Sakit
hatinya belum habis lagi bila melihat cikgu Raihan asyik dok selfie dengan
tabletnya.
‘’Cikgu pergilah keluar! Saya nak
solat ni,..’’ Nadhirah menghalau cikgu Raihan dengan suara perlahan. Cikgu
Raihan yang masih mengambil gambarnya dengan tablet Nadhirah berpura-pura tidak
mendengar.
‘’Cikgu!! Pergilah keluar,.orang nak
solat ni. Orang tak solat kang, cikgu jugak yang nak menyibuk! Nak marah-marah
orang!’’ Nadhirah kuatkan sikit suaranya. Cikgu Raihan berhenti berselfie.
Direnungnya Nadhirah yang sudah menanggalkan tudungnya dan sedang berdiri kaku
di hadapannya. Dia jungkitkan keningnya kepada Nadhirah.
‘’Solatlah! Bila pulak saya larang awak
bersolat?’’ cikgu Raihan menyoal Nadhirah. Dia kembali berselfie dengan tablet
Nadhirah. Dia senyum lebar untuk menayangkan lesung pipit dikedua pipinya dan
telah menjadikan gambarnya yang paling elok sebagai gambar skrin tablet
Nadhirah.
‘’Orang tak reti nak bersolatlah,
kalau cikgu ada sekali!’’ Nadhirah bersuara lagi sambil memuncungkan bibirnya
melihat aksi cikgu Raihan yang menjadikan tabletnya sebagai hak sendiri.
‘’Orang mana yang tak reti bersolat tu?
Kalau awak yang tak reti solat, maknanya awak ni memang teruk! Umur awak ni dah
lapan belas tahun pun. Ibu bapa awak, saya tengok tak pernah pun tinggal solat.
Emak awak tu bertudung labuh. Ayah awak pun ahli jemaah masjid. Setiap waktu
pergi masjid dan salah seorang ahli jawatankuasa masjid. Awak memang sengaja
nak malukan mak dan ayah awakkan?’’ cikgu Raihan bersuara tenang. Wajah
Nadhirah sengaja direnung tajam. Sebenarnya dia faham maksud Nadhirah tu.
Nadhirah malu bersolat di depannya tapi dia sengaja nak mainkan Nadhirah.
‘’Orang reti la tapi kalau cikgu ada
nanti orang solat tak kusyuk!’’ Nadhirah mencuba lagi. Niat dia untuk menghalau
cikgu Raihan keluar dari bilik ini takkan tercapai.
‘’Solat tak kusyuk kalau saya ada?!
Tapi,.awak layan k-pop, saya ada pun awak ralit semacam ja!’’ cikgu Raihan
mencari helah dan menjawab setiap patah kata Nadhirah.
‘’Huh! Benci! Benci! Benci!’’ akhirnya
Nadhirah mengalah dan memulakan solatnya dengan perasaan benci dan darah yang
bergemuruh. Tentu cikgu Raihan akan memerhatikan setiap gerakannya dalam solat
dan akan menegur sekiranya ada kesilapan selepas ini? Nadhirah berdialog di dalam
hati. Sebelum mengangkat takbiratul-ihram/takbir
dia menjeling sekilas ke arah cikgu Raihan.
............................................
‘’Mak cik tahu, cikgu berbohongkan?
Bila cikgu cakap, cikgu dah terlanjur dengan Dirah. Mak cik kenal sangat dengan
anak mak cik tu. Walau dia nampak garang tapi sebenarnya dia cukup pemalu
dengan lelaki.
Kalau cikgu nak tahu, anak mak cik tu
pemalasnya tahap kritikal. Lebih baik cikgu fikirkan kembali niat cikgu nak
berkahwin dengan dia. Mak cik takut cikgu akan menyesal di kemudian hari.
Dirah tu
terlalu manja. Pantang ditegur kesilapannya, merajuknya berhari-hari.
Kadang-kadang mak cik pun takut nak menegur. Tapi,.tu la ditegur salah, tak
tegur lagilah salah. Walau dah besar panjang tapi Dirah masih tak reti nak
berdikari. Baju-baju dia, selalunya dia kumpul berminggu baru dia akan basuh.
Bila mak cik tak larat nak tengok baju dia yang berlonggok tu, mak cik akan
kutip basuh.
Bilik dia
pula usah cakaplah, kalau mak cik tak kemas, bersepah saja. Mak cik cerita ni
bukan nak buka keaiban anak mak cik tu, cuma nak cikgu fikirkan kembali niat
cikgu yang murni tu. Bagi mak cik, berjuta syukur kalau ada yang sudi nak ambil
Dirah sebagai isteri. Kami ni bukan reti nak memilih pun.’’
Cikgu Raihan teringat kembali
kata-kata ibu mertuanya bila memerhatikan Nadhirah yang sedang bersolat di
hadapannya. Lajunya bukan main lagi. Entah betul atau tak bacaan tajwidnya tu?
Walau pun dia sudah membuat pengakuan
kepada kedua ibu bapa Nadhirah bahawa dia sudah berbohong dengan mereka kerana
nak menikahi Nadhirah tapi tiada halangan dari pihak mereka. Cikgu Raihan sudah
berterus terang akan niatnya untuk mengahwini Nadhirah. Apa yang paling
menyenangkan hatinya, bila hasratnya dipersetujui seratus peratus oleh mereka.
Senang rupanya nak mengambil hati kedua ibu bapa Nadhirah.
‘’Awak solat naik bas ekspress ke
atau awak naik kapal terbang?’’ sebaik Nadhirah berdiri dan membuka telekung
cikgu Raihan terus mengajukan soalan. Nadhirah mengebam bibirnya kuat. Geram di
hatinya mendengar soalan cikgu Raihan. Sebab itulah dia menghalau cikgu Raihan
tadi.
‘’Naik jet!’’ Nadhirah tetap menjawab
perlahan. Dia mengerling sekilas tabletnya di tepi cikgu Raihan.
‘’Baguslah! Di Akhirat esok takut laju
jugak awak akan dihumban ke neraka tapi yang saya paling takut awak heret saya
sama untuk terjun ke neraka tu!’’ cikgu Raihan bersuara lagi. Wajah Nadhirah
direnung bersahaja.
‘’Bukan saya paksa cikgu nikah
dengan saya pun! Cikgu yang paksa saya nikah dengan cikgu! Padam muka cikgu!!’’
Nadhirah menjawab tanpa perasaan. Dia menuju ke arah katil dan mengambil
tabletnya pantas. Dan pantas juga cikgu Raihan mengapai lengan Nadhirah.
‘’Cikgu!!!’’ Nadhirah menjerit
geram bila tubuhnya sudah terduduk di atas katil di sebelah cikgu Raihan.
‘’Pandai awak menjawabkan?! Padam
muka saya? Sepatutnya awak kena berterima kasih dengan saya sebab sudi ambil
awak sebagai isteri. Awak nak tahu kenapa saya nak nikah dengan awak?’’ cikgu
Raihan membalas kata-kata Nadhirah sambil merenung tajam ke arah Nadhirah.
Lengan Nadhirah yang dipegangnya tadi dilepaskan kasar. Hatinya sakit mendengar
ayat-ayat Nadhirah.
‘’Saya bukan nujum mak belalang,
boleh baca hati cikgu! Cikgu bagitau
sajalah sebabnya,.’’ Nadhirah menjawab tenang sambil berdiri dan menjarakkan
dirinya dari cikgu Raihan.
Cikgu Raihan bangun dan menuju ke arah sebuah
almari lama yang terdapat dalam bilik itu. Dia membukanya dengan rakus.
Diselongkarnya almari itu. Nadhirah yang memerhatikan gelagat cikgu Raihan pada
mulanya kembali fokus pada tabletnya. Dia melihat skrin tabletnya yang sudah
bertukar wajah. Dicebikkan bibirnya bila melihat wajah cikgu Raihan yang
membuat aksi ‘comel’.
Nadhirah mula membuka file manager
dan berniat ingin menukar gambar skrin tabletnya dengan gambar Yo Seob kembali.
Sebelum tu dia terjumpa berpuluh gambar cikgu Raihan di dalamnya. Sekali lagi
dicebikkan bibirnya.
‘’Awak jangan cuba nak delete gambar
saya dalam tablet awak tu! Saya dah kira ada dua puluh keping semuanya. Saya
chek nanti,kalau gambar saya dah hilang, semua gambar artis k-pop awak tu
termasuk video, semua saya akan delete. Kalau perlu saya akan formatkan memori tablet
awak tu,.’’ Mendengar saja arahan dari cikgu Raihan, jari jemari Nadhirah yang
sedang rancak menanda gambar-gambar cikgu Raihan untuk dipadam terhenti.
‘’Kalau berani cikgu buatlah! Saya akan
formatkan memori telefon cikgu dan formatkan semua data dalam laptop cikgu.
Sekali dengan recycle bin pun saya delete.’’ Dengan beraninya Nadhirah membalas
balik dan serentak tangannya laju menyentuh perkataan delete. Selesai! Semua
gambar cikgu Raihan sudah dipadamnya. Sekarang dia mencari semula gambar Yo
Seob dan menjadikan gambar skrin tabletnya semula.
‘’Melawan!’’ satu perkataan saja yang
keluar dari bibir cikgu Raihan sambil menghempas beberapa buah album gambar
lama miliknya di atas katil. Nadhirah yang sudah meniarap di atas katil hanya
memandang album gambar itu sekilas lalu tanpa berminat untuk membukanya.
‘’Tu album lama saya, semua jawapan
kenapa saya nak awak jadi isteri saya ada di dalam tu. Awak tengoklah, saya nak
ke masjid. Tapi, bila saya balik nanti pastikan awak dah mandi dan solat Isyak.
Saya tahu, sejak balik tadi awak belum mandi lagi!? Baju salin ada dalam almari
lama tu. Saya yakin semua baju lama saya tu adalah saiz awak atau mungkin lebih
besar dari tubuh awak,..’’ cikgu Raihan menyudahkan ayatnya sambil melangkah
keluar dari bilik.
Nadhirah yang ditinggalkan seorang
diri di dalam bilik mula berminat untuk melihat album lama cikgu Raihan. Dia
mula mencapai sebuah album dan membukanya. Dahinya berkerut memerhatikan
gambar-gambar di dalam album itu.
‘’Lorh,.kata album lama dia,.tapi mana
satu gambar cikgu Raihan? Tak ada sekeping pun gambar dia dalam album ni?!’’
Nadhirah berdialog perlahan. Selesai satu album, dicapai album lain pula. Dia
masih tidak menemui gambar cikgu Raihan di dalam album tu. Yang ada hanyalah
gambar lelaki gemuk yang seiras cikgu Raihan. Siapa lelaki tu? Cikgu Raihan
anak tunggal. Takkan sepupu dia? Nadhirah menyoal pula dirinya sendiri di dalam
hati.
Ahh!,.lebih baik aku pergi mandi dulu.
Kalau cikgu Raihan balik karang, aku belum buat apa yang dia suruh, nahaslah
aku! Lagi pun perut aku ni lapar sangat! Nadhirah masih berdialog di dalam
hati. Almari lama yang cikgu Raihan buka tadi dihampirinya. Matanya terbeliak
bila memeriksa baju-baju t-shirt yang ada di dalamnya.
‘’Biar betul?!’’ spontan dia bersuara
dan kemudian dia menekup mulutnya dan mengekek ketawa. Dia kembali ke katil dan
membuka semula album lama yang cikgu Raihan beri tadi. Dia meneliti betul-betul
wajah di dalam album itu satu persatu.
‘’Cikgu Raihan lagi gemuk dari aku
dulu?! Mungkin dia kahwin dengan aku sebab simpati? Atau, dia teringatkan
dirinya yang lama? Aku kena tanya dia ni,..’’ Nadhirah menyoal dirinya sendiri.
Setiap persoalannya semakin terjawab sedikit demi sedikit.
Nadhirah kemudian menuju semula ke
arah almari dan memilih sehelai baju t dan sehelai seluar panjang. Dia mencapai
tuala dan menuju ke bilik air. Sambil berjalan ke bilik air dia cuba padankan
baju itu ke tubuhnya. Memang betul kata cikgu Raihan tadi. Baju itu nampak
sedikit besar dari saiz tubuhnya. Ini bermakna cikgu Raihan dulu lagi gemuk
dari dirinya?!
..............................................
Bila cikgu Raihan pulang dari
masjid, Nadhirah sedang bersolat Isyak. Cikgu Raihan masuk ke bilik untuk
mengajak Nadhirah keluar makan di luar. Ibunya dan ayahnya sudah makan kenduri
yang diadakan di masjid tadi. Cikgu Raihan tak makan kerana tahu Nadhirah juga
belum makan sejak pulang petang tadi. Ibunya juga tidak memasak di rumah kerana
baru keluar dari wad. Nak harapkan Nadhirah memasak,.hmm, hampeh!
Selepas memberi salam kiri dan kanan,
Nadhirah terus bangun dan menanggalkan telekung. Cikgu Raihan memandangnya
sambil mengelengkan kepala. Solat yang sangat sempoi dan ringkas! Langsung
tiada wirid atau doa.
‘’Sampai bila awak nak bersolat macam
tu? Dah la laju macam naik jet, dah tu langsung tak reti nak berdoa. Allah suka
kepada hambaNYA yang suka meminta-minta!’’
cikgu Raihan bertanya dalam nada sindiran bila dia menambah perkataan
‘naik jet’ dalam pertanyaannya.
‘’Cikgu! Cantik tak baju saya ni?’’
Nadhirah tidak mempedulikan pertanyaan cikgu Raihan, malahan dia bertanya pula
cikgu Raihan sambil memusingkan tubuhnya di depan cikgu Raihan sambil ketawa
dan menekupkan mulutnya.
‘’Perasan! Tu bukan baju saya ke?’’
cikgu Raihan membalas dengan pertanyaan juga.
‘’Hehehe,.cikgu kahwin dengan saya
sebab simpati ke atau cikgu rindukan diri cikgu yang dulu?!’’ Nadhirah kembali
bernada serius. Dia takut terlupa untuk bertanya kalau ditangguhkan persoalan
yang sudah menjengah di mindanya sejak tadi.
‘’Saya kesiankan awak dan saya nak awak
yang sekarang ni akan jadi macam saya sekarang. Bertubuh kecil tapi mantap!
Jiwa yang kuat dan kental, bukan lemah dan manja macam awak. Sikit-sikit nak
nangis. Harapkan badan saja besar tapi perangai langsung tak matang!’’ cikgu
Raihan pula bersuara tegas. Nadhirah terus mencebik dan berdecit geram.
‘’Bersiap! Pergi pakai tudung.Kita
pergi makan di luar. Nanti awak balik report kat mak, ayah pula kami dera awak
tak bagi makan!’’ cikgu Raihan bersuara lagi. Nadhirah pandang dirinya atas dan
bawah. Takkan nak pakai macam ni? Ah! Lantaklah,.janji perut aku kenyang!
‘’Kejap! Lengan baju ni pendek. Cikgu
ada baju lengan panjangkan?! Saya salin baju dulu, saya terlupa nak bawa hand sock!’’
Nadhirah bersuara kembali sambil berjalan menuju ke arah almari. Dibukanya
almari dan memilih baju t berlengan panjang.
Memang besar gedabak berbanding tubuhnya sekarang. Dah tu cikgu Raihan
ni tinggi.
‘’Banyak betul baju lama cikgu dalam
almari ni. Cikgu memang suka buat koleksi baju ke dulu?’’ sambil berjalan ke
bilik air, sempat pula Nadhirah menyoal cikgu Raihan.
‘’Cepatlah bersiap! Banyak tanya
pulak!’’ cikgu Raihan tidak menjawab soalan yang ditanya Nadhirah,malahan
Nadhirah disuruh segera bersiap. Nadhirah dijeling tajam. Banyak songeh
sungguh! Cikgu Raihan berbisik di dalam hati.
Nadhirah terus terdiam bila melihat
wajah cikgu Raihan yang sudah berubah garang. Dia berlari anak masuk ke bilik
air dan membawa baju dan tudung bersamanya. Bersiap saja di dalam bilik air.
Selamat!
.................................................................
Mereka makan di kedai makan yang
terletak di pekan. Jauh perjalanan dari rumah mertuanya ke kedai itu adalah
lima kilometer. Sempat pulak Nadhirah terlelap sepanjang jalan itu. Buka saja
mata, Nadhirah terus teruja melihat deretan kedai di depan matanya.
Apa yang tak terujanya. Bila melihat
majalah e-pop, majalah Klik dan berbagai lagi majalah mengenai artis Korea tersadai
di depan matanya. Di sebelahnya pula adalah kedai menjual telefon bimbit.
Kebetulan kredit telefonnya pun sudah habis. Nadhirah berkira-kira untuk
membodek cikgu Raihan dan meminta duit padanya.
‘’Cikgu!,..err,..cikgu!,.’’ Nadhirah
teragak-agak untuk meminta duit. Cikgu Raihan sudah memandang pelik ke arahnya.
Sebelum ni Nadhirah mana pernah gagap.
‘’Pehal? Tak kenyang lagi ke? Nak
apa lagi? Jangan nak minta snek pulak? Saya nak awak kawal berat badan awak
mulai sekarang! Esok kita pergi klinik gigi,.’’ Nadhirah belum lagi memulakan
mukadimahnya, cikgu Raihan sudah menyerang dengan kata-kata yang tak sedap
didengari oleh Nadhirah. Paling dia tak suka dengar bila cikgu Raihan cakap,
nak bawa dia pergi klinik gigi.
‘’Huh! Buat apa pergi klinik
gigi?’’ Nadhirah mendengus kasar. Cikgu Raihan sudah merenung tajam ke arahnya.
‘’Pergi klinik gigi nak buat apa
lagi? Nak cuci mata la! Apa punya soalan?!’’ cikgu Raihan membidas pantas. Sengaja
cikgu Raihan melencongkan jawapannya.Nadhirah mengeluh pula. Dia sudah
membayangkan dia berada di atas kerusi sambil dirinya dikerjakan. Tiba-tiba dia
rasa tekaknya meloya.
‘’Cikgu,.nak duit!!’’ tak mahu
terus membayangkan keadaannya lagi, Nadhirah pantas menukar topik. Laju
bibirnya bersuara sambil menadah tangan kepada cikgu Raihan. Wajahnya sudah
merah menahan malu, namun dia sengaja berpura-pura tenang sambil mengedipkan
matanya berkali-kali.
‘’Ehh,.awak ni siapa nak minta duit
kat saya?’’ cikgu Raihan yang sudah mengesan perubahan wajah Nadhirah sengaja
menyoal lagi. Nadhirah masamkan wajahnya sambil menoleh ke arah lain dan
berlalu pergi meninggalkan cikgu Raihan.
‘’Merajuk?! Sikit-sikit nak merajuk! Nak
bergurau sikit pun tak boleh?’’ cikgu Raihan mengejar Nadhirah dan mengapai
lengannya. Rm10.00 diletakkan di atas telapak tangan Nadhirah.
‘’Sepuluh ringgit jerr? Orang nak
beli prepaid, lepas tu orang nak beli majalah. Boringlah! Dua minggu bakal
duduk di rumah cikgu tu. Dahlah tak ada kawan!’’ Nadhirah mula bersunggut.
Cikgu Raihan bercekak pinggang sambil mengelengkan kepala.
‘’Tak payah nak berkawan sangat! Awak
tak mau sepuluh ringgit ni? Tak mau sudah! Lagi pun, kalau boleh saya nak bawa
awak pergi berjogging pagi dan petang. Kalau awak boring, banyak kerja yang
boleh awak buat di kampung ni.
Awak boleh
tolong emak mengemas. Belajar memasak dengan emak dan berkebun. Kebetulan sejak
emak tak sihat ni, saya tengok kebun belakang rumah tu dah tumbuh rumput.
Nanti, awak boleh luangkan masa awak yang mungkin banyak terluang tu untuk
mencabut rumput,..’’ cikgu Raihan menyudahkan kata-katanya sambil mengulum
senyum melihat wajah Nadhirah yang sudah monyok.
‘’Cikgu ni! Memang niat cikgu bawa
orang balik kampung cikgu ni, untuk mendera orang dari segi fizikal dan
mentalkan?’’ Nadhirah bertanya cikgu Raihan dan melangkahkan kakinya lagi. Dia
tak dapat menerima kenyataan ini. Selalunya hari-hari cutinya, dia akan keluar
bersama kawan-kawannya atau melepak saja di dalam bilik. Dia akan berjaga malam
melayan internet dan tidur di siang harinya. Bila lapar dia akan menjengah ke
dapur dan akan makan di dalam bilik di depan tabletnya. Kadang-kadang dia mengunakan
laptopnya.
‘’Itu semua untuk kebaikan awak
jugak! Cuba awak luangkan masa awak dengan kerja-kerja yang berfaedah. Bila
awak nak jadi matang dan nak terus bebankan emak awak? Awak sudah lapan belas
tahun Nor Nadhirah! Umur awak bukan lapan tahun! Awak kena ingat tu.’’ Cikgu
Raihan bersuara sambil laju tangannya mengheret lengan Nadhirah menuju ke arah
kereta.
‘’Mahu atau pun tak,.pagi esok
selepas subuh, kita keluar berjogging. Balik berjogging baru kita bersarapan
dan bersiap untuk pergi ke klinik gigi pula. Balik nanti, awak terus tidur.
Jangan gatal nak berjaga malam!’’ cikgu Raihan menyambung kata-katanya dan
alarm keretanya ditekan. Dia membuka pintu kereta dan menolak Nadhirah masuk
dahulu. Dia menuju pula ke tempat pemandu dan meloloskan diri ke dalam kereta.
Nadhirah yang masih berwajah masam dikerling sekilas.
‘’Sampai rumah nanti, kalau mak
dengan ayah masih belum tidur, awak jangan nak tunjuk muka monyok awak tu.
Kalau tak, tahulah apa saya nak buat!’’ sempat cikgu Raihan mengugut Nadhirah.
‘’Buatlah apa yang cikgu suka!
Orang memang dah jadi tawanan cikgu pun,..’’ lemah suara Nadhirah.
‘’Betul ni?! Awak jangan menyesal
kalau bulan depan awak disahkan mengandung!’’ cikgu Raihan tersenyum nakal.
‘’Gulp!!’’ pahit rasanya air liur yang
ditelan. Wajah Nadhirah rasa berbahang tiba-tiba, umpama dibakar di dalam api
yang marak menyala. Merah lagi wajahnya dan dia terus kaku tanpa kata.
........................................................
Malam ini kali pertama Nadhirah
tidur sebilik dengan cikgu Raihan. Malam pertama dulu, cikgu Raihan mengalah
dan tidur di ruang tamu bersama saudara maranya yang masih bertandang tapi
malam ini cikgu Raihan berdegil tidak mahu keluar bilik. Nadhirah kerungsingan!
‘’Ini bilik saya! Kenapa pula saya
harus keluar?,.dan awak jangan gatal-gatal nak keluar tidur di luar pulak!
Kalau mak dengan ayah tahu kita tak pernah tidur sekali, siaplah awak!’’ sambil
mempertahankan biliknya cikgu Raihan mengugut Nadhirah.
‘’Habis,..orang nak tidur mana?’’
Cikgu Raihan menjungkitkan keningnya mendengar pertanyaan Nadhirah.
‘’Katil ni tak cukup besar ke dengan
badan awak tu?’’ cikgu Raihan bertanya perlahan. Sengaja dia merenung Nadhirah
untuk membuatkan Nadhirah menjadi semakin cuak.
‘’Orang kesiankan cikgu jer. Orang
tidur lasak,.kan tertendang cikgu sampai jatuh katilkan, siapa yang sudah?
Cikgu jugak!’’ Nadhirah berkata selamba. Sebetulnya,.itulah juga hakikatnya!
‘’Tidur! Jangan banyak songeh! Kalau
awak tak mahu tidur atas katil, pandai-pandailah awak tapi jangan sampai keluar
dari bilik! Faham?’’ cikgu Raihan terus merebahkan tubuhnya di atas katil dan
membaca surah tiga Qul dan mengucap dua kalimah shahadah dan doa tidur. Selepas
itu dia memejamkan matanya dan pura-pura tertidur pulas.
Nadhirah yang masih terkebil-kebil,
terus berdiri di tepi katil. Mindanya ligat berfikir, apa yang harus
dilakukannya. Permaidani dalam bilik mereka memanglah tebal tapi rasanya bukan
tempat tidur yang selesa. Tiada pula sofa di dalam bilik itu untuk dijadikan
tempat tidurnya.
Dia menuju ke arah almari, membuka
almari dan menyelongkar isinya. Tiada pula toto atau alas tidur yang lebih
tebal untuknya. Kalau tak tidur pula, nanti kena marah lagi dengan cikgu
Raihan?!
Akhirnya,.Nadhirah merangkak perlahan
di atas katil dan merebahkan tubuhnya membelakangi cikgu Raihan. Diletakkan
bantal panjang di tengah-tengah agar tubuh mereka takkan bersentuhan. Cikgu
Raihan pula sudah tersenyum kemenangan bila merasakan ada gerakan di
sebelahnya.
Nadhirah cuba memejamkan matanya dan
mengusir perasaan malu yang masih menebal terhadap cikgu Raihan. Dia cuba
membayangkan itu adalah biliknya dan menghafal sifir hingga matanya terlelap.
Bila mendengar dengkuran halus
Nadhirah, cikgu Raihan memusingkan tubuhnya dan mengangkatkan kepalanya. Dia
merenung wajah Nadhirah dalam suasana bilik yang suram cahayanya. Hatinya
berdegup tiba-tiba. Jantungnya berdetak dengan laju. Tidak! Ini bukanlah
apa-apa,.aku takkan sesekali sukakan dia!? Cikgu Raihan berdialog di dalam
hati.
..........................................................
Bangun pagi ni cikgu Raihan asyik
mengaduh kesakitan. Rupanya Nadhirah bukan cakap kosong bila dia kata, dia
tidur lasak. Pada mulanya cikgu Raihan ingat Nadhirah hanya memberi alasan agar
mereka tak perlu tidur sekatil. Pagi ini baru dia akuinya.
Sepanjang malam dia asyik ditendang hingga
jatuh katil. Bila dia cuba kejutkan Nadhirah, dia ditendang lagi. Katil itu
ibarat Nadhirah yang punya!
‘’Kenapa cikgu?’’ selepas mandi dan
bersedia untuk solat subuh, Nadhirah baru perasan akan cikgu Raihan yang asyik
mengurut tubuhnya sendiri.
‘’Semalam saya mimpi, berlawan dengan
raksasa. Habis badan saya ni dikerjakan. Asyik jatuh katil ja,.’’ Selamba cikgu
Raihan menjawab dan memandang wajah Nadhirah yang sudah bertelekung.
‘’Kita solat dulu. Saya rasa tak
larat nak pergi masjid pagi ni. Kita jemaah sama-sama. Jogging pagi ni cancel
ya! Saya nak sambung tidur, semalam langsung tak boleh lelap. Raksasa asyik
serang hendap ja. Awak jangan nak tidur balik. Tolong emak masak sarapan di
dapur dan tolong emak mengemas dan berkebun selepas tu. Lagi pun, semalam awak
dah puas tidurkan?’’ perlahan cikgu Raihan memberikan arahan dan membuatkan
wajah Nadhirah berubah lagi. Dalam masa yang sama dia sudah menekup mulutnya menahan
ketawa.
‘’Apa gelak- gelak?!’’ cikgu Raihan
perasaan Nadhirah yang sedang mengetawakan dirinya. Dijelingnya Nadhirah
sebelum membentangkan sejadah.
‘’Sepatutnya,.cikgu kena cerita
lepas solat! Orang ingat orang mesti tak kusyuk nanti,..’’ perlahan suara
Nadhirah namun sempat didengari oleh cikgu Raihan.
‘’Awak gelak dulu puas-puas! Saya
nak buat sunat subuh dulu tapi pastikan suara awak tu tak kedengaran. Kalau
tak,.siap awak saya kerjakan!’’ cikgu Raihan mengugut lagi. Nadhirah sudah
mencebik.
Sepanjang cikgu Raihan mengerjakan
solat sunat subuh, Nadhirah duduk menunggu di atas sejadah di belakang cikgu
Raihan. Dia memerhatikan lengok tubuh cikgu Raihan bersolat dua rakaat itu.
Tidak pula tergerak hatinya untuk mengerjakan solat sunat itu.
Selepas cikgu Raihan memberi salam
kiri dan kanan, dia menoleh ke belakang memberi isyarat mata kepada Nadhirah
sambil tangannya mengurut lengannya yang masih sengal-sengal. Bila cikgu Raihan
memulakan Iqamah/Qamat, Nadhirah pun bangun untuk membacakan doa Iqamah/Qamat
dan menjadi makmum dalam solat subuh pagi ini.
..................................................
Dua minggu berlalu dengan begitu
cepat sekali. Nadhirah memang berkelakuan baik selepas menerima ugutan demi
ugutan dari cikgu Raihan.
Sepanjang dua minggu itu juga Nadhirah langsung tak menghubungi
kawan-kawannya kerana cikgu Raihan tidak menambah kredit dalam telefon
Nadhirah. Bila Nadhirah hendak menghubungi kedua ibu bapanya cikgu Raihan
menyuruh Nadhirah mengunakan telefon bimbitnya.
Nadhirah juga dilarang membuka
internet. Semuanya dalam kawalan cikgu Raihan. Kerja Nadhirah sehari-hari hanya
mengikut apa saja yang diperintahkannya. Nadhirah juga disuruh belajar memasak
dari ibunya, terutamanya masakan kegemaran cikgu Raihan.
Dan malam terakhir mereka di kampung
cikgu Raihan, merupakan malam pertama mereka yang tak disengajakan. Semuanya
berpunca kerana cikgu Raihan bertindak untuk mengelak dari ditendang oleh
Nadhirah seperti malam sebelumnya.
‘’Sorry semalam! Saya tak
sengaja. Awak pun bagi respon,.saya pun terbabaslah!’’ pagi yang hening, yang
penuh dengan perasaan malu. Nadhirah sudah tidak berani memandang wajah cikgu
Raihan lagi. Apatah lagi cikgu Raihan yang turut terasa ‘Bahangnya’ pagi ini.
‘’Nanti,.buat macam biasa ya?
Buat macam tak jadi apa-apa,..’’ permintaan cikgu Raihan kepada Nadhirah buat
Nadhirah mengangguk perlahan. Lidah Nadhirah sudah kelu untuk berkata-kata.
Ikutkan hati dia, bangun pagi tadi nak lari ja balik seorang diri. Tak nak
jumpa cikgu Raihan lagi.
‘’Awak marah ke?’’ Nadhirah
mengeleng pantas.
‘’Habis tu? Awak suka?’’ cikgu Raihan
bertanya lagi sambil mengulum senyum. Nadhirah di jeling sekilas. Semakin laju
Nadhirah mengeleng.
‘’Awak tak marah?! Awak pun tak
suka?! Sebenarnya awak ni macam mana? Cuba cerita!’’ suara nakal cikgu Raihan
berbunyi lagi. Nadhirah semakin resah di dalam hati.
‘’Diamlah cikgu! Banyak tanya
pulak!’’ akhirnya keluar juga suara emas Nadhirah. Merah wajahnya usah dicakap.
Cikgu Raihan sudah ketawa galak.
‘’Balik ni,.kita terus balik rumah
kita ya? Hari minggu, baru kita balik rumah mak, ayah,..’’ cikgu Raihan membuat
keputusan mendadak. Mereka dah tidur bersama sepanjang dua minggu ni, mana
mungkin dia akan mampu untuk tidur seorang diri lagi selepas ini. Kemungkinanya
bakal jadi mimpi ngeri pula. Siang teringat-ingat. Malam pulak terigau-igau.
Haih!
‘’Errr,..cikgu ni cakap tak serupa
bikinlah,.tadi cikgu jugak yang suruh buat macam biasa,..’’ Nadhirah memasamkan
wajahnya lagi. Cikgu Raihan mula nak mengawal dia terus. Huhu,..
‘’Yalah! Buat macam biasa,.kalau saya
goda perempuan lain selepas ni, awak jangan nak marah saya pulak!’’ sengaja
menduga Nadhirah, cikgu Raihan berkata begitu. Nadhirah mendengus kasar.
‘’Biasalah,.orang lelaki,.habis manis,
sepah dibuang! Nak cakap apa lagi.’’ Air mata Nadhirah sudah mula bergenang
sehabis dia berkata begitu. Dia terus keluar dari bilik dengan beg galasnya.
Cikgu Raihan terkesima seketika dan menepuk dahi selepas itu.
“Ya Allah! Sensitifnya bini aku
ni!’’ cikgu Raihan buru-buru mengemaskan beg bimbitnya dan mengejar Nadhirah.
Di ruang tamu mereka berlagak
selamba di depan kedua ibu bapa cikgu Raihan. Mereka bertolak pulang selepas
bersalaman. Emak cikgu Raihan sudah belajar untuk menerima menantu bukan
pilihannya itu. Kalau cikgu Raihan, sudah suka. Moga mereka bahagia hingga ke
syurga hendaknya.
..............................................
Persekolahan Nadhirah bermula
seperti biasa. Nadhirah pergi ke sekolah dengan motosikal kerana jarak rumah mereka
ke sekolah hanyalah satu kilometer. Cikgu Raihan pula tinggal di rumah sewa
bersebelahan dengan sekolah mereka.
Nadhirah mencuba sekuat mungkin
mengajak mindanya melupakan setiap kenangan manis bersama cikgu Raihan. Dia
memujuk hatinya supaya melupakan cikgu Raihan sebagai suaminya. Dia berjanji
dengan diri sendiri agar tidak gugup andai berselisih dengan cikgu Raihan
nanti. Inilah kelemahan Nadhirah, dia akan mengigil bila bertembung dengan
orang yang dia suka. Dia tak nafikan hatinya mula tersangkut dengan suaminya
sendiri.
Manakala cikgu Raihan pula kuat
mengasak mindanya untuk menerima Nadhirah sepenuh hati. Biar ada seribu godaan
yang mendatangi, dia bernekad hanya Nadhirah di hatinya.Mereka sama-sama
berlawan dengan perasaan mereka. Nadhirah cuba menafikan perasaannya sedangkan
cikgu Raihan pula cuba menyakinkan hatinya dengan perasaannya terhadap
Nadhirah.
‘’Dirah,..apa dia dah buat kat
kau? Dia tak bagi kau makan ke? Dia dera kau ke? Kau nampak susut sikit,.walau
tak ketara sangat.’’ Soalan Fatin di pagi hari hanya mengundang senyuman hambar
dari Nadhirah.
‘’Dia memang banyak mengubah
kaukan? Dua minggu aku tak jumpa kau,.memang lainlah!’’ Fatin bersuara lagi.
Nadhirah hanya menjungkitkan keningnya. Nadhirah tahu maksud Fatin tu. Jerawat
diwajahnya pun sudah rapat sedikit. Tak menonjol macam selalu. Giginya pun
sudah ada perubahan. Kalau hari-hari dia muntah hijau setiap kali pergi klinik
gigi. Inilah hasilnya!
‘’Baru kau nak tau! Cikgu Raihan tu
paksa aku guna ubat jerawat tradisional. Pedih gila muka aku ni. Setiap hari
dia paksa aku pakai dan inilah hasilnya. Semalam, nak tidur pun dia mesej aku
suruh pakai ubat tu,..aku abaikan ja sebab dia tak ada,..hehe,.’’ Nadhirah
bercerita dan tersengeh bangga. Bangga sebab tak perlu buat apa yang cikgu
Raihan suruh.
‘’Dia mesej kau? Kenapa kau tak
tinggal dengan dia ja?’’ Fatin bertanya sambil tersengeh nakal. Nadhirah
mencubit lengan Fatin perlahan.
‘’Gila kau, nak tinggal serumah
dengan dia. Aku gerenti, sebulan ja badan aku susut mengalahkan model. Ni baru
dua minggu, kau dah tegur,..’’ Nadhirah sengaja mengelak menjawab soalan yang
betul. Dia mencari helah memberi alasan yang lain, padahal dia faham sangat dengan
maksud Fatin yang sebenarnya.
‘’Ceh!,.kalau aku jadi kau,.tentu
aku suka, dapat suami yang prihatin macam tu. Kau ni memang tak reti nak
bersyukurlah!’’ Fatin membalas kata-kata Nadhirah dengan selamba. Memuncung saja
bibir Nadhirah selepas itu.
‘’Awak sajalah yang jadi isteri saya
Fatin? Dirah ni memang, tak reti nak bersyukur, dapat saya yang hensem ni,..’’
tanpa mereka sedari cikgu Raihan mendengar perbualan mereka. Kebetulan bila dia
melihat Nadhirah, dia sengaja melewati tempat mereka.
Fatin sudah ketawa galak dan
Nadhirah sudah mencebik. Meluatnya bila mendengar cikgu Raihan berkata begitu.
Cikgu Raihan pula berlalu pergi selepas mengenyitkan matanya.
‘’Awesome! Sportingnya dia! Mana
hilang sifat garang dia selama ni Dirah?!’’ Fatin sudah teruja bila cikgu
Raihan melebarkan senyumannya.
‘’’Huh! ‘’ Nadhirah mengeluh
perlahan. Kenangan yang tak mahu diingatnya terimbas dalam ingatannya.
Arghhh,..Nadhirah menjerit di dalam hati.
.........................................
Cikgu Raihan : Dear,.abang tak
boleh tidurlah..abang pergi ambil Dirah ya,.tidur di sini?
Nadhirah membuka whatssap yang
diterimanya dari cikgu Raihan. Dia mencebik dalam diam. Tak boleh tidurlah
sangat?! Sekejap kemudian, minda Nadhirah merusuh lagi. Dia rindukan aku ke?
Takkanlah? Atau,..Nadhirah berdialog di dalam hati. Jiwanya berbolak balik saat
ini. Hatinya kegelisahan. Mindanya asyik terfikir yang negatif saja.
Nadhirah : Tak nak! Pehal pulak,.tak boleh
tidur, buatlah kerja,.kenapa dirah pulak nak kena pergi sana?
Nadhirah membalas whatssap cikgu
Raihan. Hatinya berdetup laju menanti balasan dari cikgu Raihan.
Cikgu Raihan
: Ingat senang ke nak lupa,.takkan dirah dah lupa? Dirah sayang abang tak?
Jantung Nadhirah bagai nak gugur
membaca balasan dari cikgu Raihan. Berkali-kali dia taip dan padam jawapannya.
Apa aku nak tulis ni? Hatinya berdialog lagi.
Nadhirah :
sejak bila cikgu jadi cikgu sastera yang jiwang berkarat pulak ni? Cikgu lupa
ke cikgu tu cikgu pj,..mesti kena lasak,.kena ada stamina,.kena kuat,..hahaha
:D
Nadhirah sengaja menguji cikgu
Raihan dengan ayat sebegitu. Egonya terlalu kuat untuk mengakui suara hatinya.
Cikgu Raihan
: apa...ingat cikgu pj tak boleh jiwang-jiwang ke? Kalau tak, malam tu kita tak
ehem-ehem la,..
Wajah Nadhirah terus berbahang.
Bengang betul dia dengan kenyataan cikgu Raihan tu.
Nadhirah :
malas nak layan cikgu!!!!
Nadhirah terus memadam semua mesejnya bersama
cikgu Raihan dan dia telah off telefonnya. Geram betul dia, bila dia cuba
melupakannya, cikgu Raihan pula selalu mengingatkan dirinya. Hampeh!!
.....................................................
BEBERAPA BULAN
KEMUDIAN,..
Cikgu Raihan masih terus mengawal
Nadhirah. Bila dia kata A,.Nadhirah langsung tak boleh kata Z. Bila Nadhirah
tidak mahu tinggal bersamanya, dia akan datang dan tidur di rumah mertuanya.
Dan,.inilah hasilnya,..
‘’Orang tak kira! Orang nak jugak
pizza kimchi tu,.orang nak jugak!’’ Nadhirah bertegas dengan keputusannya.
Sejak dia menonton drama Korea yang bertajuk Marriage, Not Dating tu dia asyik
mengidam nak makan pizza kimchi yang dimasak oleh tukang masak hensem tu. Alahai!
Kalau dia senyum, cair jiwa Nadhirah dibuatnya. Wataknya yang sentiasa selamba
dan tenang itu, betul-betul buat Nadhirah angau. Lupa seketika dengan wajah Yo
Seob, artis kesukaannya.
‘’Mana abang nak cari? Takkan abang
nak kena pergi Korea kot? Kalau tengok tu, jangan sampai obses sangat. Tengok
gitu-gitu sudahlah. Nak jadi mak orang pun masih tak berubah-ubah jugak!’’
cikgu Raihan semakin meradang dengan sikap Nadhirah yang semakin keanak-anakkan
sejak dia termengandung ni.
‘’Okey,..kalau tak dapat pizza kimchi,.dapat
bibimbab pun bolehlah!’’ nama makanan lain pulak yang disebutnya. Cikgu Raihan
sudah mula mengaru tengkuknya. Kalau macam ni punya cerita,.cepat beruban
rambut aku ni! Cikgu Raihan berdongkol di dalam hati.
‘’Dahlah,..jangan dera abang macam
ni! Abang pergi beli satay ya? Atau abang pergi order pizza ja?’’ cikgu Raihan
cuba memujuk Nadhirah yang semakin naik tocang ni. Mentang-mentanglah cikgu
Raihan tu dah mengaku sayang kat dia.
‘’Abang masak pizza tu,.Dirah tak
mau yang order!’’ cikgu Raihan sudah terlalu bengang dengan permintaan Nadhirah
yang seterusnya.
‘’Baiklah! Minta sini tablet Dirah
tu,..lepas ni abang tunaikan semua permintaan Dirah!’’ cikgu Raihan mendapat
idea untuk menyelesaikan masalahnya.
‘’Nak buat apa? Ini tablet
Dirah!,..’’ Nadhirah mencapai tabletnya pantas dan cuba menyembunyikannya. Dia
seolah dapat menghidu rancangan cikgu Raihan.
‘’Macam ni la,..untuk berlaku
adil,..setiap kali abang tunaikan permintaan Dirah,..Dirah kena tunaikan jugak
permintaan abang. Abang tak mahu minta banyak, Cuma setiap kali abang tunaikan
permintaan Dirah,.Dirah wajib delete satu show Korea tu, dan begitulah
seterusnya. Dengan syarat, tak boleh download semula!’’ cikgu Raihan
mengutarakan pendapatnya sambil tersenyum kemenangan. Nadhirah sudah memasamkan
wajah. Adillah sangat! Hatinya berdialog sendiri.
‘’Kenapa abang benci sangat dengan
artis-artis Korea ni? Apa salah mereka dengan abang?’’ Nadhirah tidak puas hati
dengan keputusan cikgu Raihan.
‘’Sayang! Abang tak marah, kalau
Dirah nak sukakan mereka. Tapi,.abang geram sangat bila Dirah terlalu obses
dengan apa yang Dirah suka. Yang Allah suruh, yang Rasullullah suruh, Dirah tak
ikut seratus peratus pun. Dirah main-main aje. Solat pun,.tengoklah, berapa
kali dah abang tegur tapi solat Dirah macam tu juga. Laju macam naik jet,..’’
cikgu Raihan mengusap rambut Nadhirah. Tak tahulah kenapa harus ada rasa sayang
yang begitu mendalam dengan pelajar dia yang paling degil ni!?
‘’Cikgu ni,..’’ Nadhirah kehilangan
kata kerana apa yang cikgu Raihan cakap tu ada betulnya juga. Dia merebahkan
kepalanya di atas riba cikgu Raihan. Tangannya mengelus perlahan perutnya yang
sudah berbonjol sikit itu.
‘’Cikgu! Kalau anak kita muka macam
Yo Seob, tentu bestkan?’’ teringin Nadhirah menyakat cikgu Raihan, soalan tak
masuk di akal tu yang ditanya.
‘’Sejak bila DNA Yo Seob tu ada dalam
rahim isteri abang ni? Kalau dah DNA abang,.kenapa nak ikut muka artis Korea tu
pulak?’’ hangat betul hati cikgu Raihan melayan telatah Nadhirah yang tak makan
dek saman ni. Lagi dilarang, lagi suka, dia menghangatkan suasana.
‘’Cikgu perasan tak,.cerita kita ni,.sama
dengan cerita Korea yang Dirah tengok tiap-tiap petang tu. Cuma kita kena ubah
sikitlah tajuknya. Marriage NOT Dating Malayu Style!’’ Nadhirah sengaja
mengubah topik. Dia ketawa perlahan sambil mencapai tangan cikgu Raihan dan
dikucupnya.
‘’Hah?? Marriage NOT Dating Melayu
Style?’’ cikgu Raihan menyoal kembali.
‘’Salah tu cikgu! Cara cikgu cakap tu
macam cikgu masukkan tanda soal ja. Sepatutnya dihujung STYLE tu kena masukkan
tanda seru. Barulah betul!’’ Nadhirah ketawa lagi. Cikgu Raihan memicit
hidungnya.
‘’Yalah! Yalah tu!,.’’ cikgu Raihan
menyerah kalah.
‘’Cikgu,.nantikan, bila Dirah
lahirkan anak lelaki, kita namakan dia Nikhun ya? Sebab Nikhun tu bukan orang
Korea. Cikgukan tak suka artis Korea. Nikhun tu Cuma angota 2PM yang masuk geng
artis Korea ja tapi dia tu orang Thai,.’’ Nadhirah memesongkan topik mereka
lagi. Dia membayangkan wajah hensem Nikhun pula.
‘’Ouchhh!! Sakitlah cikgu!’’
Nadhirah terjerit kecil bila dahinya dijentik kuat oleh cikgu Raihan.
‘’Sudahlah berangan!,.bangunlah.
Jom solat!,.azan Isyak dah panggil dah!’’
Allahu Akbar Allahu
Akbar. (2X)
Asyhadu alla
illahaillallah. (2X)
Asyhadu anna
Muhammadar rasulullah. (2X)
Haiyaalas solah (2X)
Haiyaalal falah. (2X)
Allahu Akbar Allahu
Akbar.
La ilahaillallah.
Maksudnya:
Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar.
Aku menyaksikan
bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku menyaksikan
bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.
Marilah Sembahyang.
Marilah kepada
kejayaan.
Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar.
Tiada Tuhan melainkan
Allah.
P/S : Hah!
Tunggu lagi? Tak pergi solat lagi? K-Pop,.K-Pop Juga suruhan Allah dan Rasul
janganlah diabaikan ya!
Mak cik ni ada masalah time nak update cerpen ni,salah n silap mohon diampun ya,....
BalasPadamxnak habis kan ke..haha..mcm ada sambungan je..hehe
Padammcm2 la kamu ni Szaza
BalasPadamHehe,sesekali nak bawa watak remaja,.
PadamTingkatan 6 mana ada subjek pj lg...
BalasPadamHihi..terima kasih suhaidah dgn teguran tu..sebenarnya sy ada anak dara yg sekolah tingkatan 6 tp sy sengaja tulis cikgu raihan tu ngajar pj sbb cerpen ni sy tujukan khas untuk anak dara sy yg overdos minat k pop..nak minat tu boleh saja tp jgn terlalu obsed hgga abaikan yg lain.
PadamAmbil iktibar yg berguna dan kalau boleh harap abaikan yg tak penting tu. Boleh tak? Err..tak boleh ke? Lain kali tak buat lagi. Sorry...
Sy harap suatu hari nanti anak dara sy tu akan baca cerpen ni dan renungkan apa yg ingin sy sampaikan.
Terima kasih sudi singgah di sini, baca dan tinggalkan komen.
Bestnya kalau watak ckg raihan tu jelous 😍
BalasPadamYa Nabila..nk baca kisah suami cemburu, tunggukan cerpen seterusnya..ada tiga buah cerpen yg dah tamat dan akan diupdate
PadamSiHodoh & Si Miskin
Aku Takkan Tergoda
Cinderellakah Aku?
Wahhh!!cant wait..nk release stress lps exam sem!!yeah
BalasPadamDah update dah. Selamat membaca dan semoga terhibur.
BalasPadamwahh bestnya dpt mak y buat cerpen. tapi cerpen ni lawak la. best
BalasPadamTerima kasih Sirah bk..cerpen ni terhasil selepas menonton drama korea tajuk yg sama tapi ini Melayu Stail. Hihi..
Padamlawak tu untuk pengajaran, kot2 boleh dpt menantu yg tegas mcm cikgu Raihan tu berbaloi jugak😃😃
hehe betul2 kpop2 juga solat wajib jangan lupe
BalasPadamTerima kasih nurfaezah sudi singgah di sini😉..dan tinggalkan komen.
PadamHaha...baru jumpa cerpen ni. Serius best! Lawak, jalan citer very interesting. Enjoy jer baca! Gudjob akak...
BalasPadamBlogwalking here
http://menorasky.blogspot.com/
Terima kasih Norazizah..nanti akak terjah ya..😃
Padam