Aku baru balik dari kelas KAFA dan menongkatkan basikalku di tepi pokok
rambutan yang sedang berbuah lebat. Pokok rambutan yang ditanam arwah atuk di
tepi rumah kami. Baru beberapa langkah aku berjalan terasa kepalaku sakit. Ada
benda yang jatuh dari atas pokok dan terkena kepalaku. Aku mendonggakkan
kepala.
‘’Aduh!’’
aku menjerit spontan bila benda yang jatuh tadi terkena dahiku pula.
‘’Hoi monyet! Turunlah!’’ aku bertempik kuat bila mendapati ada seorang
budak lelaki di atas pokok dan sedang rancak mengupas kulit buah rambutan.
‘’Sakitlah!!’’ aku menjerit lagi bila kulit rambutan yang dikupas
dibuang dan terkena kepalaku lagi.
‘’Hoi monyet! Kau memang sengaja nak cari pasalkan?’’ aku bertempik
kuat. Entah datang dari planet mana? Aku berdongkol di dalam hati.
‘’Nama aku Ku Shai, bukan monyetlah
bodoh!’’ budak lelaki tadi mula bersuara. Aku terasa lucu mendengar namanya
lalu aku ketawa kuat.
‘’Hahaha,.Kucai pandai naik pokok. Nama aku bukan bodohlah. Kalau nama
kau Kucai, nama aku Taugeh.’’ Aku sengaja berniat untuk menyindir dia jadi aku
bagitau nama aku taugeh sebab mak aku selalu goreng kucai bersama taugeh dan
mencampurkan taugeh dan kucai ke dalam cucur udang.
‘’Haa,.elok sangatlah tu. Sorang dah jadi kucai, sorang dah jadi taugeh.
Mari sini keduanya, boleh mak goreng untuk makan dengan nasi malam ni.’’
Terdengar suara emak, aku menoleh pantas. Di muka pintu rumah kami sudah ada
beberapa pasang mata yang sedang memandang.
Kucai turun dari pokok rambutan dan membaling kulit rambutan lagi
padaku. Aku tak sempat nak mengelak dan kulit rambutan itu hampir-hampir
terkena mataku. Aku hilang sabar lalu mencapai ranting rambutan yang sudah
kering lalu menghambatnya keliling rumah. Tak cukup kaki Kucai berlari kerana
takut dirembat dengan ranting kayu mati yang aku pegang.
Aku tersenyum seorang
diri mengingati peristiwa itu. Sebenarnya aku langsung tak menduga Kucai dengan
Taugeh sudah bersatu dalam sebuah rumah kini. Pelik betul kehidupan ini. Bila
aku menyangka aku sudah kehilangan segalanya sedangkan hakikatnya semua itu
hanyalah lakonan semata-mata. Berminggu juga aku mogok dan tak mahu menegur
Kucai tu. Puas juga dia memujuk aku tapi aku sengaja mendera perasaannya.
Setahun setengah dia menguji aku dan akhirnya dia tertewas juga kerana sudah
tidak sabar untuk mengaku dia mencintaiku.
Bila difikirkan balik semua kejadian yang telah berlaku, aku tak pasti
sama ada nak bergembira atau bersedih tapi bila difikirkan semula itu adalah
kehendak takdir dan ada hikmahnya, aku bersyukur sangat. Aku dapat pulang
semula ke rumah kami yang kini dihuni terus oleh mak su sekeluarga. Aku juga
mula menyambung semula pelajaranku yang tertangguh dulu. Aku memohon belajar di
sebuah Kolej swasta yang berdekatan dengan rumah Kucai kerana Kucai bertegas
agar aku tinggal bersamanya. Mak su dan pak su pun tidak membantah.
Naimah pula sudah melangsungkan perkahwinan dan sekarang mereka sedang
menunggu kelahiran zuriat sulung mereka. Aku dan Kucai masih begini saja. Itu
syarat yang aku kenakan pada Kucai. Aku tetap akan menjadi pekerja separuh masa
di rumah kami sebab aku masih perlu belajar. Walau pun tinggal serumah tapi
kami tinggal dalam bilik yang berasingan. Macam pelik sikitkan? Mungkin juga
semua yang berlaku ini ada pengaruhnya. Kalau kita baca novel atau cerpen hari
ini, memang banyak kisah macam ni dan aku ingin jadikan kisah dalam cerita itu
menjadi nyata. Agaknya mungkin aku sudah terpengaruh dengan apa yang aku baca?
‘’Ira! Belum tidur lagi? Boleh abang masuk?’’ aku berpaling ke arah
pintu bilik. Tanpa sempat aku berkata apa-apa Kucai sudah melangkah laju ke
arahku.
‘’Ira tak cakap pun bos boleh masuk?’’ aku sengaja menguji kesabaran
Kucai. Dia sudah merenung tajam ke arahku.
‘’Bos! Suzy telefon Ira tadi, dia cakap esok ada cleaner nak minta cuti
jadi dia tanya Ira sama ada Ira nak kerja atau pun tak, jadi Ira cakap Ira nak
kerja. Bolehkan Ira kerja macam biasa?’’ sambil bercerita aku menyoal. Kucai
pula melabuhkan punggungnya di atas katilku.
‘’Hmm,.boleh! Dengan syarat Ira tidur dengan abang malam ni.’’ Dia
berkata sambil bibirnya tersenyum. Aku mencebik tanpa sedar.
‘’Alaa,.sekadar nak tidur dengan bos apalah sangat. Boleh ja tapi Ira
nak bagitau awal-awal Ira sedang bercuti solat sekarang ni.’’ Aku berkata
selamba sambil kembali fokus pada buku di atas meja. Banyak betul kerja yang
diberi pensyarah kami. Letih betul mata aku nak mengadap komputer dan buku-buku
rujukan mencari maklumat yang diperlukan.
‘’Okeylah tu daripada abang tidur sorang-sorang dalam bilik abang.’’
Kucai membalas kata-kataku sambil merebahkan badannya di atas tilam. Aku
mengeleng kepala melihat gelagatnya dan kembali fokus pada kerjaku. Beberapa
minit kemudian sudah terdengar dengkuran halus di atas katil. Bibir aku spontan
memekarkan senyuman.
‘’Senang betul tidur? Agaknya itulah maksudnya jiwa yang tenang?’’ aku
berkata pada diri sendiri. Teringat kata-kata seorang ustaz, orang yang jiwanya
tenang mudah untuk tidur.
Aku menyambung kembali kerjaku. Sedang asyik melayan internet dan
membuka satu blog ke satu blog untuk mencari maklumat, telefon bimbit aku
berbunyi. Aku bangun dan mengambil telefon bimbitku yang terletak di atas
almari solek. Aku belek nama pemanggilnya dan bibirku tersenyum senang hati.
‘’Assalamualaikum! Apa khabar bakal ibu? Apa mimpi call aku malam-malam
ni?’’ aku memberi salam dan bertanya khabar sambil kakiku melangkah ke arah
katil. Aku duduk di birai katil dan menyandar di kepala katil.
‘’Waalaikumusalam,.aku baik saja. Ehh,.aku call Suzy tadi, dia kata kau
nak buat part time jadi cleaner lagi ke esok? Habis tu kuliah kau macam mana?’’
soalan cepubelian dari Naimah menyapa pendengaranku.
‘’Esok tak ada kuliah sebab tu aku setuju ja nak kerja. Lusa baru ada
kuliah semula. Takkan kau call aku sebab perkara ni kot?’’ aku menyoal dia
pulak. Macam pelik pula kalau dia telefon aku semata-mata nak tanya pasal kerja
aku.
‘’Tak adalah! Aku nak ingatkan kau, esok birthday Kucai. Dia pernah
cakap kat aku tahun ni dia nak sambut dengan orang yang tersayang. Aku takut
kau tak tahu saja. Kau tu bukan boleh harap sangat. Kalau dah mula kerja, orang
di sebelah pun kau dah tak perasan dah.’’ Aku terasa hati mendengar dia berkata
begitu. Teruk sangat ke aku ni? Aku tanya diriku di dalam hati.
‘’Betul ke? Serius aku tak tahu. Terima kasih ya sebab bagitau aku.’’
Aku menoleh ke sebelahku. Wajah Kucai yang sedang lena aku pandang sayang.
Sudah cukup umur rupanya dia? Aku pandang pula jam di dinding, sudah pukul
12.30 malam. Sudah lewat rupanya, patutlah Kucai letak saja kepala terus
berdengkur!
‘’Okey,.sama-sama. Jangan buat-buat lupa pulak esok. Abang sepupu aku tu
dah lama sangat berharap nak sambut birthday dia dengan kau.’’ Aku terkejut
lagi mendengar kenyataan dari Naimah. Betul ke? Agaknya sejak bila dia dah
jatuh sayang dengan aku?
‘’In
Sha Allah,.aku takkan lupa, kalau aku lupa kau tolonglah ingatkan!’’ aku
membalas sambil tergelak perlahan.
‘’Hmm,.kalau kau berani lupa. Kau tanggunglah sendiri. Abang Ku Shai tu
lagi kuat merajuk dari kau!’’ aku tergelak lagi. Malam ni baru aku tahu Kucai
aku pun juara merajuk ke?
‘’Aku nak bagitau tu saja. Laki aku dah panggil tu. Dia sedang berleter sebab
aku tidur lewat. Kau pun pergilah tidur. Kesian abang Ku Shai tu tidur
sorang-sorang,.’’ Aku dengar Naimah ketawa di hujung talian. Aku turut
tersenyum dan aku toleh ke arah Kucai lagi. Tangan kiriku sepontan mengelus
pipinya. Dia bergerak sedikit dan tangan aku ditepis perlahan. Haishh,.
Selepas menjawab dan berbalas salam kami pun memutuskan talian. Aku
kembali ke meja belajarku dan offkan komputer, tutup lampu dan buka lampu
tidur. Aku berbaring di sebelah Kucai.
‘’Abang kucai, Happy Birthday sayang!’’ aku berbisik ke telinganya dan
mengucup dahinya kemudian beralih pula pada kedua belah pipinya.
‘’Hmm,.terima kasih. Tidur! Esok nak kerja.’’ Aku terkejut mendengar
suara Kucai. Lorhh,.buat-buat tidur ke apa ni?
‘’Abang pura-pura tidur ke?’’ aku menyoal kalut.
‘’Abang dah terlelap pun tapi abang mimpi ada orang wish birthday kat
abang. Dia siap panggil sayang lagi. Sejuk hati abang ni dengar dia panggil
abang dan sayang tu,.’’ Kucai sudah melebarkan senyuman sambil tangannya
melingkar di pinggangku.
‘’Tidurlah! Esok mengantuk pulak pergi kerja. Ira curi tulang pergi
tidur dalam stor, abang potong separuh gaji. Satu lagi,.kalau nak kiss abang,
jangan kiss curi-curi,’’ Dalam mata yang masih pejam sempat lagi dia mengugut dan
menyakat aku? Hmm,..
.....................................
Kucai ajak aku pergi kerja bersamanya, aku menolak dengan baik dan
memberi alasan tak best pergi kerja dengan bos. Lagi pun aku takut kena gossip
dengan pekerja-pekerja bawahannya. Dia telefon Suzy dan suruh Suzy datang ambil
aku. Suzy adalah adik bongsu Kucai. Mereka tiga beradik. Kak Yani yang sulung,
Kucai anak nombor dua dan Suzy anak ke tiga. Kak Yani menolong papa di syarikat
papa tapi Kucai bekerja dengan syarikat pak long di cawangan kedua. Kucai
bukanlah bos besar di syarikat itu. Dia hanya bos nombor empat dengan kata lain
hanya bos untuk bahagiannya saja.
Bila Suzy tak dapat datang untuk ambil aku, Naimah pula yang mengantikan
Suzy kerana laluannya untuk ke pejabat satu hala denganku. Hidup-hidup aku
menyangka Naimah bekerja di KFC sebelum ni. Mereka tahu aku tak suka makan di
KFC kerana aku lebih suka masak sendiri ayam goreng tepung. Perancangan mereka
cukup sempurna dan memandangkan aku ni bukan jenis yang suka prasangka jadi
segalanya berjalan dengan lancar.
Perihal pengakuan Naimah mengenai perasaannya terhadapku juga sudah
terbongkar. Mengikut Naimah, Kucai yang paksa dia berlakon macam tu. Dia
mengaku dengan aku dalam pura-pura menangis sebenarnya dia sudah tak tahan nak
tergelak. Aku yang terkena kerana hari tu aku betul-betul menangis. Sebab tu
bila aku tinggal dengan Kucai pun aku masih tak menunaikan tanggungjawab aku
sebagai seorang isteri. Kadang-kadang geram juga bila memikirkan segala apa
yang telah mereka buat tu.
Aku
tahu aku berdosa kerana mengabaikan Kucai suamiku. Aku sendiri pun
kadang-kadang tak dapat untuk menerima apa yang aku lakukan. Adakalanya
keegoaan aku yang memaksa aku bersikap begini. Pernah terdetik dalam hatiku
untuk mendera Kucai selama mana dia mengenakan aku. Setahun setengah mereka
mendera perasaanku. Perlukan aku teruskan rasa egoku dan mendera Kucai selama
itu juga? Aku tak tahu. Aku keliru!
Ponnnnnnn,.nyaring bunyi hon yang
kedengaran. Aku melebarkan senyuman bila sebuah kereta sudah berhenti di
depanku. Inilah Naimah dengan wajah baru. Selama ni aku tak tahu pun Naimah
hanya memakai ‘topeng tomboy’. Dia benar-benar menghayati watak tomboy yang
diberikan Kucai. Malam dia bergaduh dengan Kucai tu dia kata, dia dah tak tahan
nak tergelak. Sebab tu dia tak menegur aku lagi hingga ke pagi. Ketika kami
bernikah pula Naimah ada bersama di dalam masjid. Hakikatnya kami bukan
berkahwin kerana tangkap basah. Semuanya sudah diuruskan dengan sempurna. Aku
ingat lagi dua bulan sebelum tu Naimah mengajak aku untuk mengambil kursus kahwin.
Aku tak banyak soal kerana alasan yang Naimah beri cukup memuaskan hatiku.
‘’Jodoh, ajal dan mautkan di tangan Allah. Kita tak tahu bila kita nak
mati, macam tu jugalah kita tak tahu bila jodoh kita akan sampai. Mana tahu
esok atau pun lusa tiba-tiba Allah temukan jodoh kita. Sekurang-kurangnya masa
tu kita dah ada sijil.
Macam
kita buat solat juga. Solat tu perintah Allah yang wajib kita tunaikan. Solat
juga akan menjamin kebahagiaan kita di dunia dan di akhirat. Kau solatkan?
Untuk apa kau solat? Supaya kau mati nanti kau tak terseksa di dalam kubur.
Sekurang-kurangnya kau sudah ada bekalan kalau Allah ambil nyawa kau. Macam tu
juga la dengan sijil kahwin ni. Takkan esok nak kahwin, hari ni baru nak pergi
ambil kursus?’’
Antara
kata-kata Naimah padaku bila dia mengajak aku pergi mengambil kursus kahwin.
Aku langsung tak syak apa-apa. Aku ikutkan saja saranannya tanpa banyak soal.
Tak terfikir pula untuk menyoal dia sebab ketika itu diakan berlagak sebagai
tomboy. Takkan tomboy ada hati nak kahwin?
Tapi,.sebenarnya tomboy juga manusia biasa macam kita jugakan. Mereka
juga ada perasaan dan keinginan. Mereka cuma sedang keliru identiti akibat
tersalah asuhan atau pengaruh rakan sebaya. Mungkin juga ada memori silam yang
tak dapat mereka lupakan, memaksa mereka jadi seperti itu?
‘’Kau
dah beli ke hadiah untuk abang Ku Shai? Tak nak share ke dengan aku apa yang
kau beli tu?’’ aku kembali ke dunia nyata bila Naimah mula bersuara. Aku toleh
ke arahnya dan mengeleng perlahan. Aku pun tak tahu nak beli apa sebagai
hadiah. Semua barang berjenama dia dah ada.
‘’Belum lagi. Aku tak tahu pun birthday dia hari ni. Nantilah time
keluar break aku pergi cari,.’’ Aku berkata perlahan. Minda sedang berkerja
keras.
‘’Kau ni,.memang pentingkan kerja melebihi orang tersayangkan? Agaknya
tarikh ulangtahun perkahwinan korang pun kau tak ingatkan?’’ aku menoleh ke
arah Naimah. Kemudian kepalaku geleng perlahan. Macam mana nak ingat sebab bagi
aku, hari itu adalah sejarah hitam yang ingin aku lupakan. Tau-tau dah jadi
isteri bos sedangkan aku juga ada impian dan keinginan untuk sambung belajar
dan mencapai kejayaan.
‘’Kau tahu tak abang Ku Shai tu dah mula sukakan kau sejak kecil lagi,
sebab tu la kali pertama kau jumpa dia, dia usik kau. Aku rapat dengan dia
dulu. Kami ni macam best friend sejak kami kecil. Semua masalah dia, aku orang
pertama yang akan tau. Hingga aku pun pernah simpan perasaan pada dia,.tapi,’’
Naimah terdiam lama. Aku turut terkesima dengan pengakuannya.
‘’Bila bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi, aku mula sedar aku
takkan mampu ambil tempat kau dalam hati dia. Abang Ku Shai belajar
bersungguh-sungguh dan berazam untuk kumpul duit dengan cepat dan melamar kau.
Bila dia mula kerja, dia cari maklumat pasal kau pada kak Yani. Masa tu kau
baru masuk kolej. Dia minta pendapat aku untuk dekati kau,.’’ Naimah berhenti
bercerita dan ketawa perlahan. Bibir aku sudah kelu untuk berkata-kata. Aku
langsung tak menduga itulah cerita sebenarnya kerana apa yang aku ingat kami
hanya berjumpa sekali saja ketika aku mengejarnya dengan ranting rambutan dan
seminggu dia di rumah kami bersama kak Yani dan Suzy kami asyik bergaduh tanpa
henti.
Ketika tu mama dan papa pergi keluar negeri kerana ada kerja yang harus
mereka lakukan. Mereka tiga beradik ditinggalkan di rumah kami. Semua tu
permintaan kak Yani kerana kak Yani dengan mak su bersahabat baik. Mak dan ayah
aku juga masih ada ketika itu. Adik-adikku pun masih kecil lagi. Cuma beberapa
tahun selepas itu mak dan ayah aku serta adik-adik terlibat dalam kemalangan.
Aku seolah orang yang kehilangan memori silamku. Aku cuba melupakan semua
kenanganku bersama mak, ayah dan adik-adik. Aku mengalami trauma besar dalam
hidupku.
‘’Semua idea nak kenakan aku tu dari kau ke?’’ aku bertanya perlahan.
Aku pandang Naimah dengan mata yang bergenang dengan air mata. Aku bukan sedih
mendengar cerita dia, tapi hati aku tiba-tiba terkenangkan arwah mak, ayah
serta adik-adik aku. Setiap kali aku paksa diri untuk mengingati memori silam
hati aku akan sakit. Dada aku menjadi sebak dan perasaan sayu akan segera
bertandang. Aku tak mampu untuk terus redha dengan pemergian mereka. Maafkan
aku Ya Allah! Adakalanya hatiku tak kuat untuk menerima kenyataan ini.
‘’Lima puluh, lima puluh..idea tu bukan dari aku sorang. Kami buat
mesyuarat tergempar dan merancang semua tu. Mak su kau yang banyak bagi
maklumat apa yang kau suka dan kau tak suka. Dia bagitau kami kau ni cepat
mengelabah dan senang pengsan. Kami takut juga nak buat rancangan ni pada
asalnya. Mak su pun tak tergamak nak halau kau dari rumah tapi bila abang Ku
Shai bagi jaminan akan pantau kau setiap masa, mak su serahkan kau seratus
peratus pada kami dengan syarat apa saja perkembangan kau kena report kat dia.
Kau
tahu tak, aku sentiasa tahu di mana kau berada kerana abang Ku Shai sentiasa
perhatikan kau. Setiap malam dia akan ikut ke mana saja kau pergi. Kalau dia
tengok kau asyik termenung dan menangis dia akan call aku dan suruh aku ajak
kau balik.’’ Naimah bercerita lagi sambil tergelak perlahan, sedangkan aku
sudah tersedu menangis. Aku tak tahu nak mengambarkan perasaan aku sekarang ni.
Antara terharu dan tidak percaya. Antara sedih dan bahagia, semuanya sedang
bersimpang siur dalam pemikiranku.
‘’Yang kau sedih sangat ni kenapa? Takkan cerita aku ni buat kau tangkap
syahdu kot? Kau terharu dengan cinta abang Ku Shai pada kau ke?’’ Naimah
bersuara kuat tiba-tiba. Aku menyapu air mata sambil mengelengkan kepala.
Kemudian aku tersenyum padanya.
‘’Aku tak boleh ingat kenangan lama tu,.bila aku cuba nak ingat pasal
Kucai mesti aku akan ingat mak, ayah dan adik-adik aku,.’’ Aku cuba terus
tersenyum walau pun hambar. Air mata yang menitis ke pipi aku kesat lagi.
‘’Sorry!
Aku terlupa. Mak su pernah bagi warning pada kami pasal tu. ‘’ Naimah terus
diam selepas itu. Aku juga berjeda lama sehingga minda aku teringatkan sesuatu.
‘’Hari kau confess kau cintakan aku
tu, kau betul-betul pura-pura menangis ke? Macam mana kau buat? Macam real
saja!’’ aku pandang Naimah lagi bila soalan itu aku ajukan. Naimah menoleh
sepintas lalu ke arahku dan memandang ke depan semula.
‘’Jujurnya,.masa aku confess kat kau tu, aku bayangkan aku luahkan
perasaan aku pada abang Ku Shai dan aku bayangkan abang Ku Shai reject cinta
aku. Kau jangan marah ya sebab pengakuan aku ni. Aku cuma tak nak kau salah
faham saja apa yang aku cerita. Aku pernah sukakan dia dulu tapi sekarang ni
cinta aku dah aku bagi pada encik hubby aku tu sepenuhnya. Kau pun belajarlah
sayangkan abang Ku Shai tu! Walau dia tak pernah bagitau pada aku lagi masalah
dia, tapi aku macam boleh baca ja apa yang ada dalam fikiran dia tu,..’’ aku
mengeluh perlahan. Naimah mengerling sekilas ke arahku. Ya! Aku tahu,.aku
berdosa. Aku akan cuba jadi isteri yang terbaik untuknya selepas ini.
‘’In Sha Allah! Aku akan cuba,.lagi pun aku rasa aku dah mula jatuh
sayang kat Kucai tu,.’’ Spontan bibir aku mekar dengan senyuman. Tiba-tiba rasa
malu pulak membuat pengakuan tu pada Naimah. Aku terdengar Naimah berdehem
kuat.
‘’Alhamdulillah! Sejak bila Taugeh mula jatuh cinta pada Kucai ni? Tak
nak share ke? Boleh aku tumpang bahagia sama,..’’ Naimah mengajukan soalan yang
aku sendiri tiada jawapannya. Sejak bila ya? Aku pun tak tahu macam mana nak
jawab. Aku pun tak pernah tahu bila hati aku mula berdebar setiap kali aku
pandang wajahnya. Aku pun tak tahu sejak bila aku mula rasa rindu padanya.
‘’Aku tak tahu! Serius aku tak tahu,.apa yang aku tahu, sekarang ni
kalau boleh aku nak dia sentiasa ada di sebelah aku. Kalau dia tak ada, aku
rasa macam rindu sangat kat dia,.err,.’’ wajah aku berubah warna. Aku dengar
Naimah sudah ketawa. Aku menoleh ke arah luar pura-pura tak ada apa-apa. Malu
pada Naimah menyapa naluriku.
‘’Abang Ku Shai tahu ke?’’ Naimah terus bertanya.
‘’Tahu! Aku dah termengaku pada dia secara tak sengaja sebelum kau cakap
kau cintakan aku lagi.’’ Aku bercakap sejujurnya. Naimah memandang aku lagi.
Aku angkat dua jari padanya. Peace!
‘’Uishh,.patutlah abang Ku Shai paksa aku confess kat kau, rupanya dia
dah tahu isi hati kau ya? Agaknya masa tu dia nak kau tinggal terus dengan dia
sebab tu dia suruh aku buat macam tu supaya kau takut dan tinggalkan aku?!’’
Naimah meneka. Aku terdiam lagi. Otak sedang berjalan dan mencerna kata-kata
Naimah. Mungkin jugak! Hati aku yang berkata-kata.
‘’Hmm,.dah sampai pun. Aku hantar kau sampai di sini sajalah. Kau
berjalan masuk sendirilah ya.’’ Aku menanggalkan tali pinggang yang sedang
membelit tubuhku. Aku menoleh pada Naimah sepintas lalu sebelum membuka pintu
kereta.
‘’Terima kasih Naimah! Agaknya hadiah apa yang dia suka?’’ selepas
mengucap terima kasih sempat aku bertanya Naimah. Aku memang tak ada klu
langsung sebab aku belum tahu lagi apa kesukaan dia. Memandangkan Naimah dah
mengaku mereka best friend apa salahnya kalau aku cungkil sikit maklumat dari
dia.
‘’Biarlah hadiah tu murah asalkan Ikhlas dari hati kau. Aku yakin abang
Ku Shai takkan reject apa saja hadiah yang kau bagi kat dia!’’ dengan yakinnya
Naimah bersuara. Aku menggangguk dan menutup pintu kereta. Laju langkahku
menuju ke arah bangunan tempat aku mencari rezeki. Semuanya rezeki yang aku
dapat dari pemberian Allah. Alhamdulillah Ya Allah! atas setiap pemberianMU
termasuk suami dan keluarga mertua juga kawan-kawan baik yang Kau anugerahkan
untukku. Aamiin.
..............................................
Bila tiba waktu rehat aku tak pergi makan
macam biasa. Tugas mencuci ni adakalanya tak teruk sangat. Siap saja tugas
mencuci kami boleh berehat dan pergi ke mana saja sesuka hati kami. Hari ini
tugas membuang sampah diserahkan pada pekerja baru yang mengantikan pekerja
lama. Kerja aku memang tak berat sangat hari ini.
Aku menyalin pakaian dan bergegas keluar dari bangunan pejabat. Niat
dalam hati untuk menuju ke mall dan mencari hadiah untuk Kucai. Dalam otak aku
masih belum ada benda yang muncul untuk dibeli. Aku memang belum ada idea
hadiah apa yang harus aku beli. Aku bercadang untuk meronda mall dulu dan
memilih yang terbaik. Naimah cakap biar murah asalkan ikhlas. Hmm,.
Aku
masuk dari satu kedai ke satu kedai untuk mencari hadiah termasuk kedai
cenderahati namun tiada hadiah yang aku rasakan menepati citarasaku. Aku keluar
dari mall dan meronda pula kaki lima kedai-kedai dan memerhatikan
persekitaranku. Saat itu aku terpandang sebuah gerai kecil di tepi jalan yang
menjual cenderahati yang dibuat dari kayu, tempurung dan bahan-bahan terpakai
seperti tin minuman dan botol plastik. Ada juga cenderahati dari siput yang
dibentuk cantik. Aku menghampiri gerai tersebut.
Aku berkenan dengan sebuah cenderahati dari kayu yang berbentuk love dan
masih kosong di atas permukaannya. Aku mengambil dan membelek lama kayu
berbentuk love tersebut. Kayu itu sudah dikilatkan. Terbit satu keinginan dalam
hati untuk mengasah bakat melukisku, aku spontan tersenyum simpul.
‘’Adik! Kalau akak nak beli yang ini, boleh akak lukis sendiri tak?’’
Aku bertanya pemilik kedai yang aku yakin umur dia lebih muda dari aku. Ah!
Lantaklah kalau dia tua dari aku pun. Apa ada pada umur?
‘’Boleh! Akak duduk di sini, nanti saya bagi bahan-bahan untuk akak
lukis.’’ Pemilik kedai menyuruh aku duduk di kerusi yang disediakan di tepi
gerainya. Ada juga meja disediakan. Aku membawa kayu berbentuk love itu dan
mula duduk. Otak aku bekerja mencari ayat-ayat yang sesuai untuk aku lukis dan
aku ukirkan di atasnya. ‘’Biar murah asalkan ikhlas.’’ Ayat-ayat Naimah tadi
kembali bergema dalam ingatanku. Akhirnya aku mendapat ilham untuk menulis
ayat-ayatku dan lukisan apa yang harus aku lukis.
TAUGEH LOVE KUCAI FOREVER
Aku ukirkan kata-kataku secantik mungkin, kemudian aku lukis gambar
kucai dan taugeh di atasnya. Aku tersenyum sendiri menyaksikan hasil seniku. Di
bawahnya pula aku tulis kata-kata luahan hatiku yang seikhlasnya.
Biarkan cintaku terus bersemadi di
hatimu
Kerana aku tak sanggup kehilanganmu
Kau cinta pertama dan terakhirku
Selamat Hari Lahir Sayang
Kau satu dalam sejuta!
Aku serahkan hasil seniku pada pemilik gerai dengan wajah yang selamba.
Control ayu sebenarnya sebab aku malu melihat dia membaca luahan hatiku itu
dengan senyum simpulnya. Dia menyuruh aku duduk dan menunggu lorekan yang aku
hasilkan itu kering sepenuhnya. Aku sabar menunggu kerana aku berhajat selepas
ini, aku nak menyerahkan terus pada Kucai di biliknya. Biarlah hadiah aku tak
mahal tapi kata-kata itu memang suara hatiku. Aku berbisik di dalam hati
memujuk hatiku sendiri.
...........................................
Aku melangkah laju menuju ke bilik Kucai. Tak sabar rasanya untuk
melihat reaksi dia menerima hadiah dariku. Masuk saja ke bangunan pejabat aku
terkejut melihat ramai pekerja yang membawa hadiah yang berbalut kemas dan
cantik. Sudah pastinya bungkusan hadiah mereka lebih besar dari hadiah yang aku
sediakan. Aku mula rasa rendah diri dan berfikir sekali lagi. Nak bagi ke tak?
Hati aku berteka teki di dalam. Aku memang macam ni, ada ketikanya aku selalu sangat berfikiran negatif. Aku
seringkali hilang keyakinan diri bila berhadapan dengan perkara seperti ini.
‘’Kau beli hadiah apa untuk bos tahun ni?’’ ketika aku menunggu lift
untuk naik ke tingkat atas, aku terdengar seorang pekerja bertanya pada pekerja
yang lain. Aku bertanya dengan diri sendiri. Baik sangat ke bos mereka a.k.a
suami aku tu sampaikan pekerja pun berlumba-lumba untuk beri hadiah pada dia?
‘’Boskan selalu bagi hadiah yang mahal-mahal untuk kita, takkan kita nak
beli hadiah tepi jalan pula untuk dia. Tentulah aku beli hadiah yang paling
berkualiti.’’ Yang ditanya terus menjawab tapi aku yang mendengar ni pula yang
tersentap. Akulah tu yang beli hadiah di tepi jalan untuk bos korang tu. Huhu,.
‘’Betul tu,.walau pun bos tak pernah minta kita balas balik supaya kita
bagi hadiah pada dia, tapi aku rasa macam tak puas hatilah kalau nak tunggu saja
birthday bos berlalu macam tu saja.’’ Telinga aku terus menangkap perbualan
pekerja-pekerja bawahan Kucai. Aku menarik nafas dan melepaskannya. Sesak betul
dada aku ni. Banyak pula yang aku fikir ketika ni. Macam tepu saja otak aku ni
dengan perbagai soalan.
‘’Aku dengar bos kita tu dah kahwin. Betul ke? Sampai hatikan bos tu tak
jemput kita pun?’’ aku memasang telinga selebarnya untuk mendengar perbualan
mereka. Semakin lama perbualan mereka tentang Kucai semakin menarik minat aku.
‘’Aku pun dengar khabar macam tu juga. Ada orang kata isteri bos tu
masih belajar lagi, sebab tu bos menikah diam-diam. Selepas isterinya habis
belajar barulah bos nak buat kenduri besar-besaran dan jemput kita semua.’’ Aku
memandang pekerja yang bersuara itu sekilas lalu. Dia turut memandang ke arahku
tapi cuma sekejap saja dia kembali menyambung kata.
‘’Ada orang kata isteri bos tu orang kampung. Anak yatim piatu. Bos dah
kenal budak tu sejak kecil lagi. Aku pun tak faham dengan taste bos. Kenapalah
kita yang anggun ni tak terpilih.’’ Aku dengar mereka melepaskan tawa selepas
itu. Bersabarlah duhai hati! Aku pujuk hatiku sendiri.
‘’Jom,.aku dah tak sabar nak dengar bos ucap terima kasih kat aku sebab
bagi dia hadiah. Jomlah naik!’’ bila lift sampai mereka terus masuk. Aku
berpusing ke belakang dan keluar dari bangunan pejabat. Hati aku walang
tiba-tiba dan aku terpaksa batalkan hasratku untuk segera naik dan bagi hadiah
tepi jalan aku ni untuk Kucai. Maaf ya sayang! Nanti Ira fikirkan kembali
hadiah apa yang perlu Ira beli. Aku bermonolog dalaman. Langkahku longlai
menuju ke jalan raya. Aku nak pergi ke tepi tasik tempat aku selalu lepak untuk
mencari ketenangan hati aku yang sedang sesak sekarang ni.
..........................................
Aku ambil teksi dan menuju ke destinasi pilihanku. Aku melangkah
perlahan menuju ke tempat kegemaranku setiap kali aku datang ke sini. Taman
rekreasi yang terdampar sebuah tasik luas dengan pokok bunga yang perbagai
warna menarik minatku. Kalau di kampung aku selalu melepak di tepi laut seorang
diri bila hati aku resah. Aku akan termenung sambil merenung laut yang luas.
Aku suka pandang langit dan laut bila hatiku bercelaru. Aku seolah
sedang berinteraksi dengan Allah secara bersemuka setiap kali aku pandang laut
dan mataku menghayati keindahan ciptaanNYA. Aku sering berbisik di dalam hati
dan memohon petunjuk dari Allah. Dia Maha Mendengar dan hanya Dia yang tahu isi
hatiku ini.
Ya
Allah! Hari ini aku datang lagi untuk menghayati ciptaanMu. Aku tahu Ya
Allah,.walau di mana saja aku berada Kau tetap mendengar suara hatiku.
Tapi,.alam ciptaanMU ini lebih mendamaikan hati dan menenangkan jiwaku.
Bantulah aku Ya Allah meleraikan kekusutan fikiranku ini dan bantulah aku
berfikiran positif.
‘’Aku
yakin abang Ku Shai takkan reject apa saja hadiah yang kau bagi kat dia!’’
kata-kata Naimah pagi tadi tiba-tiba bergema lagi dalam ingatanku. Ya! Aku pun
yakin dia takkan reject hadiah aku ni. Tapi,.kenapa hati aku ni jadi begini?
Macam tak sedap hati saja.
‘’Di sini rupanya isteri abang ni. Tadi Naimah call abang dia cakap
isteri abang nak bagi hadiah selepas waktu rehat. Penat tau abang tunggu dalam
pejabat sampai tak keluar makan, tapi tunggu punya tunggu, orang yang ditunggu
tak muncul-muncul.’’ Aku menoleh pantas ke sebelah. Mata aku terbelalak
seketika. Pandai betul dia cari aku di sini? Kemudian aku teringat lagi cerita
Naimah pagi tadi. Dia intip aku lagi ke?
‘’Abang pasang spy intip Ira ke?’’ aku tanya dia.
‘’Ulang sekali lagi! Tak berapa nak clear!’’ dia tersenyum sambil
menyuruh aku mengulang kata-kataku.
‘’Abang pasang spy suruh intip Ira ke?’’ aku kuatkan suaraku. Tak clear
sangat. Kalau tak dengar jugak aku nak kena bawa speaker la selepas ni.
‘’Yess! Akhirnya.’’ Dia tarik kepalaku ke arahnya dan kucup dahiku. Cium
pipi kiri dan kananku. Aku yang tergamam dengan tindakannya.
‘’Apa abang ni? Malu tau orang tengok!’’ aku suarakan kebimbanganku. Dia
tak peduli pun dengan apa yang aku cakap. Dia rebahkan tubuhnya dan tidur atas
ribaku. Semakin mengelabah aku dibuatnya. Cepat-cepat aku pandang sekeliling.
Manalah tahu ada mata yang memandang.
Kemudian Kucai bangun mendadak dan merampas
beg galasku pula. Dibuka dan diselongkarnya beg aku dan mengeluarkan hadiah
yang telah berbalut kemas. Dia buka dengan cermat bungkusan hadiah. Aku hanya
memerhatikan telatahnya itu dan juga menunggu respon darinya.
‘’Wow!’’ selesai berkata begitu dia menarik kepala aku dan mengucup
dahiku sekali lagi. Terbelalak mata aku. Sekali lagi aku perhatikan sekeliling.
Tak senonoh betullah! Aku memberontak di dalam hati.
‘’Terima kasih sayang! Hadiah ni paling mahal di antara hadiah lain yang
abang terima hari ni. Yang paling mahal adalah kata-kata yang sayang tulis atas
ni. Ada bakat juga isteri abang ni melukiskan? Tak kisahlah di mana sayang
beli, yang penting ini adalah hasil tangan sayang sendiri. I love you
too,.forever!’’ aku tergamam lagi mendengar kata-katanya. Dia intip aku lagi
ke?
‘’Abang tahu? Abang intip Ira lagi ke?’’ aku suarakan apa yang ingin aku
tahu. Dia mengangguk laju. Mataku terbelalak lagi. Dia sudah tergelak melihat
gelagatku.
‘’Abang sengaja ikut Ira tadi. Ingat nak ajak Ira pergi makan tapi
teringat pula Naimah bagitau abang tadi Ira nak pergi beli hadiah untuk abang.
Masa Ira sedang mengasah bakat tu, abang balik pejabat dan tunggu Ira dalam
bilik tapi puas tunggu Ira tak masuk-masuk. Abang tanya Suzy dia kata dia nampak
Ira naik teksi. Abang sengaja datang sini sebab abang tahu isteri abang selalu
lepak di sini bila hati tengah sedih. Apa yang sayang sedihkan? Ceritalah kat
abang!’’ aku menarik nafas dan melepaskannya. Rasanya tak perlulah aku cerita
tentang apa yang telah aku dengar tadi. Hal kecil saja pun. Lagi pun aku yang
tetiba jadi emosional tak bertempat.
‘’Tak ada apalah! Ira laparlah. Jom makan,.bos belanja.’’ Aku sengaja
nak menukar topik. Rupa Kucai tak semena-mena berubah masam.
‘’Tadi dah okey dah panggil abang. Ni kenapa harus ada BOS tu lagi?’’
dia tekankan perkataan bos tu. Aku spontan menekup mulutku. Baru aku
perasan,.serius tadi aku tak perasan aku panggil dia abang. Dengan gelagat dia
dan nekadku untuk berubah,aku pun turut terbuai dan panggilan abang tu meluncur
laju dari bibirku.
‘’Ya
ke? Ira tak perasan pun,.’’ Aku termalu sendiri. Dia mengeleng kepala
berkali-kali.
‘’Abang tak kira. Mulai hari ni takkan ada lagi kerja separuh masa untuk
isteri abang ni. Abang nak Ira tumpukan perhatian untuk belajar dan jadi suri
rumah sepenuh masa pula. Lepas tu takkan ada lagi bos dah yang akan keluar dari
mulut comel isteri abang ni. Kalau nak panggil abang sayang tak apa,.’’ Kucai
tersenyum lebar sambil mengapai tanganku. Dia suruh aku berdiri dan mengusap
perutnya.
‘’Jom makan! Abang lapar!’’
‘’Baik BOS!’’
‘’SHAHIRA YUSRIANI!!’’
‘’Baik abang sayang!’’
‘’Hmm,.macam tu la isteri abang!’’
................................................
‘’Abang! Ira nak tanya sikit, boleh tak?’’ malam ni kami luangkan masa
bersama. Aku ingin menunaikan permintaan hatiku sendiri untuk menjadi isteri
yang baik pada Kucai. Aku ingin buktikan rasa cintaku padanya.
‘’Banyak pun boleh!’’ seperti yang aku duga, dia memberikan kebenaran
dengan mudah. Inilah masanya aku nak cungkil segala rahsia.
‘’Sejak bila abang mula sukakan Ira?’’ aku pandang tepat ke wajahnya.
Dia pula masih membelek majalah di tangannya. Soalan aku tak segera dijawab.
Diselak helaian demi helaian majalah di depannya. Aku mengebam bibir dan
merampas majalah yang telah menganggu tumpuannya untuk menjawab soalanku.
‘’Ira?’’ mendengar dia memanggil namaku keras seakan ingin memarahiku, aku
pun membeliakkan mata ke arahnya. Bibirnya tersunging dengan senyuman.
‘’Okey! Okey,.abang jawab!’’ dia berkata sambil merebahkan tubuhnya di
atas sofa dan kepalanya direbahkan di atas pahaku. Aku mengebam bibir lagi tapi
seketika cuba aku kembali tenang. Tak pa! Akukan pernah impikan situasi begini?
Aku relakan pahaku menjadi bantalnya malam ini.
‘’Sejak Ira dilahirkan. Ira tau tak abang lelaki pertama yang kiss Ira
tau,.’’ Aku terlopong. Agak-agak ar nak tipu pun. Aku bermonolog di dalam hati.
‘’Kita berjiran dulu. Bila Ira dilahirkan, mama bawa abang dengan kak
Yani pergi melawat mak Ira. Masa Ira dibawa masuk ke dalam wad, mama angkat Ira
dan tunjukkan pada abang. Masa tu abang baru berumur lima tahun. Mama cerita,
bila mama letakkan Ira di atas katil sebelah mak Ira, abang kiss Ira di pipi
dan dahi. Lepas tu abang cakap ‘’Bila besar esok, angah nak kahwin dengan baby
comel ni. Boleh tak mama?’’ aku pandang wajah Kucai. Sama ada perlu percaya
atau tak pada ceritanya. Kening aku dijungkitkan sikit. Serius aku keliru.
‘’Masa Ira umur tiga tahun keluarga Ira berpindah dan balik tinggal di
kampung. Mama dan papa pula masa tu terlalu sibuk memajukan syarikat kami yang
baru nak bermula. Lama juga keluarga kita terputus hubungan hingga mak su dan
kak Yani bertemu semula bila mereka belajar dalam kolej yang sama.’’ Aku terus
mendengar cerita Kucai tanpa niat untuk mencelah.
‘’Masa mama tinggalkan kami tiga beradik di rumah Ira, abang dah masuk
tingkatan dua. Abang memang sengaja cari pasal dengan Ira tapi bila Ira kejar abang
dengan ranting rambutan, sebenarnya abang bukan takut kena sebat pun. Abang
sengaja nak Ira kejar.’’ Dia berhenti bercerita dan ketawa. Aku pula cuba
mengerah minda untuk mengingat namun minda aku langsung tak dapat mengimbas
semua itu. Cuma yang dapat ku ingat hanyalah bayangan yang samar. Macam filem
rosak saja!
‘’Ya
ke? Mentang-mentanglah Ira tak ingat sangat peristiwa tu. Pandai ja abang nak
kelentongkan? Kalau tak takut kenapa abang lari?’’ aku mencelah akhirnya.
Semakin rancak Kucai ketawa. Aku mula mushkil dengan cerita dia.
‘’Okey!,.takut sikit ja,..’’ Kucai tersenyum lebar sambil bangun dan
duduk di sebelahku. Dia memaut bahuku pula. Aku biarkan saja dan menunggu dia
menyambung ceritanya.
‘’Lepas mama dan papa balik dari luar negeri mereka bawa kami berpindah
ke Johor dan jarak antara kita semakin jauh. Kita dah tak berjumpa lagi selepas
tu tapi abang selalu teringatkan Ira dan setiap pergaduhan kita. Papa pula nak
abang masuk sekolah berasrama penuh. Kita terputus hubungan terus hinggakan
arwah mak dan ayah Ira meninggal pun kami tak tahu.
Kemudian kak Yani bertemu kembali dengan mak su dalam facebook. Mereka
buat pertemuan dengan rakan-rakan kolej dan juga rakan-rakan sekolah rendah.
Masa kak Yani cerita pasal mak su, barulah abang tahu tentang arwah mak dan
ayah. Bila abang tanya pasal Ira, mak su cakap Ira alami masalah gangguan
perasaan selepas kejadian mak dan ayah kemalangan dan kehilangan memori silam.
Bila
abang ingat Ira, abang akan ingat balik kejadian abang dikejar Ira dengan
ranting rambutan. Abang datang ke rumah Ira dengan mama dan kak Yani tapi
ketika tu Ira tak ada di rumah, Ira masih di sekolah. Abang mula mengintip Ira
diam-diam bila Ira mula belajar di kolej. Masa tulah abang rasa perasaan sayang
abang pada Ira semakin bercambah. Abang tak puas bila tengok Ira dari jarak
jauh. Sebab tu abang buat rancangan nak kenakan Ira. Bukan niat abang nak buat
Ira menderita macam tu. Mungkin abang pentingkan diri sendiri tapi mungkin masa
tu abang tak dapat nak berfikir dengan matang.
Abang tak tahu apa yang telah merasuk abang. Apa yang ada dalam fikiran
abang adalah Ira dan abang cuma nak Ira sentiasa ada di depan mata abang. Teruk
sangat ke abang ni?’’ Kucai berhenti bercerita lagi sambil mengajukan soalan
padaku. Aku hanya angkat bahu sebagai tanda, aku sendiri pun tiada jawapannya.
‘’Masa kita nikah tu betul ke abang yang rancang semua tu?
Jadi,.maknanya kita bukan nikah sebab kena tangkap basahlah?’’ terlintas dalam
kepala pasal kejadian hari itu aku lantas bertanya. Kucai mengeleng laju. Dia
menarik kepalaku dan mengucup dahiku lama.
‘’Maaf sayang! Sebenarnya bukan kita berdua saja yang ada dalam rumah
hari tu. Mak su, pak su, mama, papa, Suzy dan Naimah pun ada. Mereka
bersembunyi dalam bilik tamu. Kita bukan berdua hari tu. Ramai yang sedang
menunggu jurunikah datang. Semuanya sudah disediakan dari awal lagi. Cuba Ira
ingat semula kejadian hari tu!’’ aku mengeleng pantas mendengar permintaannya.
Otak aku blurr kerana itulah antara trauma terbesar dalam hidupku.
‘’Tak boleh! Otak Ira tak boleh nak
fokus sebab hari kita nikah tu merupakan sejarah hitam dalam hidup Ira. Maaf
abang,.bukan Ira sengaja. Abang tahukan Ira ada masalah yang Ira sendiri pun
tak tau macam mana nak luahkan. Kenapa abang tak luahkan saja perasaan abang
secara normal? Kenapa nak buat perkara macam ni? Abang takut Ira tak mahu
terima cinta abang ke?’’ aku mengajukan soalan untuk Kucai pula. Rasanya dia
bukanlah seseorang yang aku akan reject dalam sekelip mata. Dia ada pakej
lengkap sebagai seorang lelaki.
‘’Abang dah cakap pada mak su tapi mak su kata Ira dah nekad nak belajar
dulu baru nak fikir pasal cinta dan kahwin. Bila abang dengar mak su cakap
macam tu, abang hitung umur abang. Ira sendiri tahukan hari ni dah genap umur
abang 28 tahun, kalau nak tunggu Ira habis belajar,.hmm,.jadi bujang
terlajaklah abang. Nak tackle Ira pun mungkin bukan semudah yang abang sangka.
Abang paling takut dalam Ira belajar tu Ira akan tersangkut dengan orang
lain,..’’ Kucai berhenti bercerita dan memandang tepat ke wajahku. Aku
jungkitkan keningku. Tak memahami maksud yang cuba disampaikan dengan
pandangannya itu.
‘’Ira pernah ada orang lain tak sebelum abang?’’ aku tersenyum mendengar
pertanyaannya itu. Jujurnya aku pun tak pasti. Kalau setakat minat tu mungkin
pernah ada tapi mungkin tak sampai ke tahap jatuh cinta.
‘’Ira pernah minat dengan rakan sekelas masa Ira form five,.tapi minat
macam tu saja. Kemudian lepas Ira masuk kolej pun Ira pernah minat dengan seorang
pelajar senior tapi dia dah ada awek. Ira pun tak tau nak cakap macam mana.
Mungkin sekadar minat dan minat tak bermakna cintakan?’’ aku tanya Kucai
kembali, ingin mendengar pendapatnya.
‘’Orang yang Ira minat tu kalau dibandingkan dengan abang siapa lagi
handsome?’’ aku buntangkan mataku mendengar soalan Kucai yang ini, kemudian
bibir aku spontan mekar dengan senyuman. Tak semena-mena idea nakal muncul di
mindaku.
‘’Of course la mereka berdua lagi handsome. Yang first tu sebaya dengan
Ira. Yang nombor dua tu, tua setahun ja dari Ira. Abang dah tua!’’ aku berkata
sambil mengulum senyum. Wajah Kucai bertukar riak. Tangan yang memaut bahu aku
sejak tadi sudah dialih ke atas pahanya sendiri. Kemudian Kucai mencapai remote
control dan on tv.
‘’Abang! Naimah tu sebenarnya dia pakai tudung tak? Ira pelik sikitlah,
kalau sebelum ni dia pakai tudung, macam mana pulak dia boleh bawa watak tomboy
yang tak bertudung tu?’’ aku tak pedulikan Kucai yang sudah berubah wajah. Aku
luahkan lagi keinginanku untuk terus mengcungkil apa yang ingin aku tahu.
Kucai buat-buat tak dengar saja. Dia tumpukan perhatiannya pada skrin
tv. Senyumanku semakin lebar melihat telatahnya sekarang. Aku gapai tangannya
dan mengelus lembut. Dia terus buat tak peduli dan merentap tangannya kembali.
Aku tak putus asa. Aku dekati wajahku dengan wajahnya dan hadiahkan ciuman di
pipinya. Dia pandang sekilas lalu ke arahku kemudian kembali fokus ke arah
skrin tv.
‘’Hodohlah abang Kucai ni buat perangai macam ni. Adik Taugeh bergurau
ja tadi. Mana ada handsome pun. Antara mereka berdua tu kalau nak dibandingkan
dengan abang memang tak bolehlah sebab yang paling penting abang dapat curi
hati dan cinta Ira. Siapa lagi untung? Mereka atau abang? Ira cuma minat
gitu-gitu ja dengan mereka sedangkan abang dah miliki jiwa dan raga Ira tau!’’
aku cuba memujuk Kucai dengan ayat-ayat sweet lagi romantik aku tu. Kucai
tayang wajah kering lagi. Aku perhatikan gerak bibirnya memang ada tanda macam
orang nak tersenyum tapi tetap tak senyum pun. Aku tahu keegoan seorang lelaki.
Nak aku terus pujuk dia la tu?! Aku mengomel di dalam hati.
‘’Abang tengoklah tv tu sorang-sorang. Ira nak call Naimah. Cakap dengan
Naimah lagi best dari cakap dengan abang. Nak gurau sikit pun tak boleh!
Sensitif sangat,..’’ aku bangun dan ingin berlalu pergi. Dengan pantasnya Kucai
mengapai tanganku dan menyuruh aku duduk kembali. Aku merentap tanganku
kembali, kononnya aku nak merajuk pula dengan dia.
‘’Naimah tak berlakon jadi tomboy. Naimah memang macam tu sejak remaja
lagi. Dia cakap dia jadi macam tu sebab frust cinta dia ditolak. Selepas kami
bergaduh di depan Ira hari tu dia baru terfikir nak pakai tudung dan berubah.
Semuanya kerana Ira. Abang tak ada niat nak sindir dia pun. Abang cakap yang
betul saja tapi,.’’ Kucai berhenti lagi. Dia pandang aku dan berjeda lama
seolah sedang memikirkan sesuatu.
‘’Abang kenal tak lelaki yang tolak cinta Naimah tu?’’ sebelum Kucai
menyambung ceritanya, aku menyoal dia terlebih dahulu. Kucai mengeleng
perlahan. Dari mimik wajahnya aku tahu dia sedang memikirkan sesuatu.
‘’Nama lelaki tu Ku Shairi Arif Bin
Ku Asraf Ahmad,.merangkap abang sepupu Naimah sendiri tapi lelaki tu dah sukakan
orang lain,.kesian Naimahkan? Nasib baik dia dah jumpa orang lain. Kalau nak
tunggu lelaki yang dia cinta tu confess kat dia,.tak tau la apa yang akan
terjadi. Agaknya Naimah terpaksa membujang sampai ke tualah?’’ tanpa menunggu
jawapan dari Kucai lancar aku berkata-kata dan aku memandang wajah Kucai lagi
untuk melihat reaksinya. Ternyata mulutnya terlopong. Aku tak pasti apa
maknanya. Sama ada tak percaya kenyataan yang aku cakap tu atau sebaliknya.
‘’Mana Ira tau?’’ Laju jugak dia bertanya padaku.
‘’Naimah sendiri mengaku pagi tadi,.tapi dia dah bagi jaminan kat Ira.
Cinta dia pada abang, dia dah buang jauh-jauh dan dalam hati dia sekarang ni
hanya ada nama suami dia saja. Abang jangan bimbanglah, sebab Naimah kata dia
dah boleh terima kenyataan abang dengan dia tak berjodoh.’’ Sekali lagi aku
renung wajah Kucai untuk melihat reaksinya. Dia mengangguk perlahan, seketika
kemudian kepalanya digelengkan pula.
‘’Kenapalah Naimah tak mengaku dengan abang, dia sukakan abang. Kalau
tak, tentu abang boleh bagi madu kat Ira. Tentu Ira ada kawankan bila abang
pergi kerja.’’ Kucai berkata dengan selamba. Wajahnya memang selamba habis,
tiada senyum atau pun sebaliknya. Masa dia cakap macam tu macam orang tak ada
perasaan saja. Agaknya dia sengaja nak uji aku lagi letew?!
‘’Ira pun terfikir juga, agaknya kalau Naimah mengaku dia cintakan abang
tentu abang takkan kejar Ira dan aniaya Irakan? Kalau ikutkan Ira ni,.nak aja
Ira cakap macam tu kat Naimah pagi tadi. Kenapalah dia tak confess kat abang
perasaan dia tu,.hurm,’’ aku pura-pura mengeluh. Macam berat sangat beban yang
sedang aku tanggung.
‘’Oh! Jadi Ira menyesallah ni sebab abang kenakan Ira sampai Ira kena
jadi isteri abang? Macam tu??’’ pulak dah? Aku jugak yang kena ke? Time dia
testing hati aku ni, boleh saja tapi bila aku cuba nak test dia,.sentaplah
pulok?
‘’Lecehlah abang ni. Masa abang sakitkan hati Ira, abang nak Ira terima
semua tu tapi bila time Ira nak test abang,.mulalah abang nak buat ayat-ayat
sentap abang tu. Abang buat macam abang sorang saja yang ada perasaan. Ira ni
tak ada perasaan? Letihlah macam ni,.’’ Aku berkata serentak dengan kehadiran
air mata yang tiba-tiba hadir tanpa diundang. Aku terus bangun dan melangkah
pergi. Air mataku terus berjurai laju jatuh di pipiku.
‘’Ira! Nak ke mana tu? Sorry okey!’’ aku tak berpaling ke belakang lagi.
‘’Ira nak masuk bilik. Nak tidur,.’’ Dan aku berkata kuat sambil
melangkah dengan laju.
.....................................
Masuk ke dalam bilik aku capai telefon dan telefon Naimah. Memang leceh
sikit bercerita dengan Kucai. Aku asyik makan hati ja. Letih sangat, lebih baik
aku tanya sendiri dengan Naimah. Kali pertama aku dail panggilan aku tak
berjawab. Aku dail sekali lagi. Nasib baik dia jawab akhirnya dan selepas
berbalas salam, aku terus bertanya apa yang aku nak tahu.
‘’Sorry Naimah,.aku kacau kau malam-malam ni. Aku ada perkara nak tanya
kau ni.’’ Aku berkata dengan suara yang penuh teruja. Memang tak sabar sangat
nak tahu tentang apa yang aku nak tahu.
‘’Penting ke?’’ Naimah bertanya kembali.
‘’Tak penting,.cuma selagi aku tak tanya kau, aku takut aku tak boleh
tidur nyenyak ja malam ni,.’’ Aku cuba berseloroh dengan Naimah.
‘’Tadi Kucai kata kau memang tak berlakon jadi tomboy tapi kau memang
macam tu dah sebelum kita kenal. Betul ke? Kau cakap jujur ya sebab aku macam
tak boleh percaya ja dengan apa yang Kucai cakap tu,..’’ aku suarakan
keraguaanku. Sedetik kemudian aku terfikir kembali kalau soalan tu terlalu sensitif
untuk Naimah. Nak menyesal pun dah tak guna!
‘’Sorry
Naimah,.kalau soalan aku ni buat kau terasa. Kau tahu sendirilah aku masih
blurr lagi dengan apa yang telah berlaku. Kucai tu bukan nak cakap terus terang
pun. Banyak lagi perkara yang aku masih tak faham.’’ Aku berterus terang kerana
tak mahu Naimah tersentap dengan soalan aku.
‘’Aku bukan tomboy okey! Gaya aku ja macam tomboy dan aku masih ada
perasaan pada kaum lelaki bukan pada kaum perempuan.’’ Suara tegas Naimah kedengaran
di hujung talian. Aku tersenyum mendengar ayat-ayatnya. Alamak! Tersalah tanya
soalan la.
‘’Opss,.sorry! Sorry!,.err,.macam mana kau boleh berubah dengan sekelip
mata? Tak nak share ke?’’ aku copy ayat yang Naimah selalu katakan padaku.
‘’Semuanya sebab kau!’’ aku
tergaman mendengar kata-katanya. Aku berjeda lama dan menunggu ayat-ayat yang
bakal dia luahkan seterusnya.
‘’Skrip yang kami cakap bukan ditulis walau kami semua sedang berlakon
untuk menjayakan rancangan abang Ku Shai. Semuanya ayat-ayat spontan dan abang
Ku Shai tak pernah tegur aku macam tu. Dia selalu bertanya dengan aku bila aku
nak berubah. Tapi dia tak pernah buat ayat yang dia buat depan kau hari tu.
Mungkin dia pun tak terfikir nak buat ayat tu dan semuanya keluar secara
spontan saja.
Bila
difikir balik, ada benar juga kata-kata dia tu. Memang selepas kejadian tu aku
merajuk lama dengan dia dan tak bercakap dengan dia. Masa aku larang kau rapat
dengan abang Ku Shai tu sebenarnya aku memang sengaja nak kau jauhkan diri dari
dia. Dia tak pernah suruh aku buat macam tu. Aku cemburu pada kau. Tersangat
cemburu!’’ aku menarik nafas kasar dan melepaskannya. Dada aku sesak tiba-tiba.
Antara rasa bersalah dan terseksa kerana mengetahui kawan baik aku juga
mempunyai perasaan pada suami sendiri. Jujur,.aku rasa tak sedap hati.
‘’Kau marah ke? Janganlah marah. Kau cakap nak aku jujurkan? Aku sedang
jujur sekarang ni dan aku tak mahu simpan walau sedikit pun dari pengetahuan
kau.’’ Aku menarik nafas lagi. Kenyataan memang pahitkan? Bertabahlah duhai
hati. Aku pujuk diri sendiri.
‘’Teruskan! Aku tak marah pun,.tapi aku akan marah kalau ada sepatah
perkataan pun kau sembunyikan dari aku. Ceritakan semuanya apa yang kau tahu.’’
Aku luahkan suara hati aku. Apa hak aku nak marah dia, sedangkan dalam hal ini
aku rasa, akulah pesalah yang telah merampas Kucai dari Naimah.
‘’Kita whatssap. Aku ada benda nak post kat kau!’’ aku pun putuskan
talian sehabis Naimah berkata-kata. Beberapa minit selepas itu aku menerima
video dari Naimah. Aku menonton adegan aku dan Naimah yang sedang menangis
sambil berpelukan dengan wajah yang keliru. Kenapa adegan Naimah membuat pengakuan hari tu ada
video pula?
Naimah : Jangan marah aku. Abang Ku Shai yang suruh
rakam sebab nak dengar sendiri jawapan kau.
Shahira : Okey! Thanks,.aku ada perkara nak
selesaikan dengan abang Kucai aku. Nanti kita berbual lagi!
Selepas aku hantar mesej pada Naimah, aku keluar semula dari bilik.
Kucai masih setia di depan tv. Entah gambar apa yang dia tonton. Ingatkan dia
nak masuk bilik dan pujuk aku tadi tapi hampeh betul. Batang hidung pun tak
nampak!
‘’Abang! Apa ni?’’ aku tayang video yang Naimah hantar tu pada Kucai.
Dia ambil telefon aku dan membeleknya. Seketika kemudian bibirnya sudah
tersenyum. Aku mengebam bibir.
‘’Boleh jadi pelakon air mata ni.
Dalam video ni abang suka dengan babak akhir masa heroin buat pengakuan tu.
Heroin tu cakap,. Kita sama-sama bertaubat Nick. Aku pun banyak dosa Nick. Aku
abaikan suami aku sepanjang aku menjadi isteri dia. Aku nafikan hak dia sebagai
suami aku dan aku tak pernah menjadi isteri yang baik untuk dia. Aku pun
berdosa Nick. Masa abang dengar pengakuan heroin tu abang ingat dia nak insaf
dah tapi hurmm,..macam tu jugak. Tak teringin nak berubah ke?’’ Kucai bertanya
sambil jungkitkan keningnya berkali-kali. Aku menarik nafas dan melepaskan
nafasku dengan berat.
‘’Ira dah tinggal serumah. Dah panggil abang,.takkan tak cukup lagi?’’
aku bersuara perlahan. Aku tahu dia nak tuntut hak dia sebagai seorang suami.
Aku faham sangat dengan pertanyaan dia tu. Saja aku buat-buat tak faham. Nak
dengar apa pula pertanyaan dia seterusnya.
‘’Okey,.abang akan tunggu. Tapi jangan ambil masa lama sangat. Umur
abang semakin tua, nanti tak sempat
tengok cucu pulak.’’ Dia berkata selamba dan menoleh sekilas ke arahku kemudian
dia tumpukan lagi perhatiannya pada tv. Aku tak puas hati. Aku rampas remote
control dan off tv. Dia terus bersila atas sofa dan tarik tangan aku supaya
duduk di sebelah dia.
‘’Apa lagi ni?’’ Kucai tanya aku dengan wajah serius. Aku menghembuskan
nafasku lagi. Memang berat betul aku menanggung beban perasaan malam ni. Serius
aku dilanda taufan perasaan serba salah dan sebagainya.
‘’Kalau Ira tak boleh mengandung, macam mana?’’ entah kenapa boleh pulak
keluar soalan cepugangsa tu. Kucai sudah membuntangkan matanya.
‘’Belum cuba lagi pun. Mana Ira tau tak boleh mengandung? Inilah
masalahnya dengan mulut manusia ni. Tak pernah dengar ke? Setiap kata-kata yang
keluar dari mulut kita tu adalah doa. Abang kadang-kadang hairan betul. Ada orang
yang belum kahwin bila ditanya bila nak kahwin selalu cakap. Tak ada rezeki!
Orang yang tak ada anak pun selalu cakap belum ada rezeki.
Abang bantah keras bila orang mudah sangat nak berputus asa. Cuba ubah
ayat tu sikit. Bila orang tanya cakaplah, In Sha Allah, nanti ada rezeki.
Semuanya kehendak Allah! Ini tak,..’’ panjang berjela Kucai beri syarahannya
pada aku. Aku mengebam bibir menahan lucu bercampur geram. Tak pasal-pasal aku
yang kena dengar syarahan free dari dia.
‘’Yalah! Abang menang. Ira nak masuk tidur. Esok ada kuliah pagi.’’ Aku
meminta diri untuk masuk ke bilik. Kalau aku teruskan bertekak dan bersoal
jawab dengan Kucai, tak pasal-pasal nanti lain pulak jadinya.
‘’Sebelum tidur, tak reti-reti nak bersalam dengan abang dulu?’’
Duss,..berdesing telinga aku. Aku tak sempat nak bangun pun lagi dah kena
sedas. Aku capai tangannya dan bawa ke bibir. Aku tak berani nak panggung pun
kepala kerana wajah aku sudah berbahang.
‘’Abang tak nak tidur lagi ke?’’ aku ringankan bibir bertanya tanpa
memandang wajahnya.
‘’Bukan boleh tidur dengan isteri pun. Buat apa tidur awal-awal.
Lainlah,..’’ Kucai tak menghabiskan kata-katanya. Aku sudah faham walau dia tak
menghabiskan ayatnya. Semakin panas wajahku.
‘’Ira masuk tidur dulu!’’ aku terus bangun dan melangkah laju ke bilik.
‘’Alahai!,.dah nasib badann,.’’ Sempat aku mendengar Kucai membuat
ayat-ayat terakhirnya sebelum aku menjauh dan menghilang di dalam bilik. Masuk
ke dalam bilik aku bermenung panjang. Akhirnya sampai ke pukul tiga pagi aku
tak dapat melelapkan mata. Hati aku menjadi gundah gulana tiba-tiba. Rasa
bersalah dan berdosa menyerang seluruh ruang fikirku.
Maafkan Ira abang! Ya Allah! Ampunkan dosaku. Aku berdialog di dalam
hati. Sungguh! Terlalu beratnya perasaan yang ku tanggung ini tapi apakan daya.
Hati memberontak mahukan dirinya tapi fikiranku asyik menegahnya. Bila hati dan
minda tak seia dan sekata, jiwalah yang merana!
........................................
Tiga Tahun Sudah berlalu,.
Hari ini rumah keluarga mertuaku begitu
meriah dengan kunjungan sanak saudara. Suzy adik iparku akan berkahwin hari
ini. Aku dan Kucai masih belum dikurniakan anak lagi. Bila aku habis belajar,
Kucai pula sibuk dengan kerjanya dan aku masih lagi mengambil kerja separuh
masa macam dulu. Tak tahu kenapa aku masih belum mendapat kerja tetap. Ada saja
halangan untukku. Naimah pula sudah setahun menjadi ibu tunggal anak satu.
Suaminya meninggal kerana terlibat dengan satu kemalangan ngeri.
‘’Bilalah menantu kau tu nak bagi cucu?
Ku Shai sorang tu saja anak lelaki kau Sha. Kalau dia dah tak boleh
mengandung,.haa,.Imah tu boleh mengandung. Kau pinangkan saja Imah tu. Lagi
pun, bukan orang lain. Anak saudara kau jugak. Aku dapat tau Ku Shai tu pun
selalu membantu Imah dari segi kewangan. Tiap-tiap bulan dia masukkan duit
dalam akaun bank Imah tu. Kan lebih baik kalau mereka jadi suami dan isteri.
Taklah orang pandang serong.’’ Telinga aku berasap tiba-tiba mendengar suara
salah seorang saudara mama. Mungkin mereka tak perasankan aku yang kebetulan
ada di situ atau mereka memang sengaja nak buat aku terasa?
‘’Betul tu kak long,.lagi pun acik kesiankan Amira tu. Kecil lagi dah
hilang ayah. Ku Shai pun selalu manjakan budak tu. Mereka pun dah rapat sangat hinggakan
Amira tu dah panggil Ku Shai papa. Kak long tak kesiankan Amira ke? Dengan kak
long pun acik dengar tadi Amira panggil mak tok.’’ Adik mama pula mencelah. Aku
sudah tak tahan untuk mendengarnya. Hatiku sudah remuk redam di dalam. Sudah
hancur bagai dilapah dan dicincang lumat. Air mata sudah tidak sabar untuk
merembes.
Aku
masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu. Kalau ikutkan hati aku yang sedang
sakit ni, aku nak menangis sepuas-puas hatiku. Bagi aku inilah ujian yang
paling berat untuk aku tempuhi. Sejak aku habis belajar baru aku perasan Kucai
sudah tiada masa untukku lagi. Sebelum dia dapatkan aku dulu, dia selalu
mengintip ke mana saja aku pergi tapi sejak kebelakangan ini dia terlalu
menumpukan perhatiannya pada kerja. Dia selalu keluar bekerja di luar.
Adakalanya memakan masa berminggu atau berbulan. Kami selalu berjauhan.
Selepas kematian suami Naimah, Kucai
semakin sibuk menguruskan keperluan Naimah dan anak kecilnya. Aku tahu
Kucai seorang yang penyayang dan sukakan kanak-kanak kecil apatah lagi kami
masih belum dikurniakan cahayamata untuk menjadi penyeri rumah tangga kami.
Bukan aku tak mahu tapi kalau sudah takdir ingin menguji aku begini apa lagi
yang perlu aku lakukan. Mungkin ada hikmahnya di belakang hari. Aku tak tahu!
Yang aku tahu, aku tidaklah sekuat mana walau sudah banyak kali aku mencuba
untuk tabahkan hatiku.
Mungkin
sebab aku tak pernah merungut akan keakraban Naimah dan Kucai jadi mereka
mungkin menyangka aku tak kisah dengan hubungan rapat mereka tu. Sejak
akhir-akhir ini pula aku sering jatuh sakit. Aku selalu demam dan badan aku
selalu letih. Selera makan aku pun semakin berkurang. Banyak makanan yang
menjadi kegemaran aku sebelum ni pun, aku sudah tak minat lagi untuk
menjamahnya. Selera aku berubah secara mendadak.
Emosi
aku pun selalu tak stabil. Aku asyik melenting dan selalu panas baran tak bertempat.
Aku cuba kawal perasaanku dengan berdiam diri setiap kali aku terasa hati
dengan Kucai. Aku akan buat hal sendiri kalau Kucai ada di rumah. Aku akan
layan drama Korea atau membaca novel. Aku tahu sebagai seorang isteri, aku tak
harus abaikan dia tapi kalau aku sendiri tak dapat mengawal emosiku, bagaimana
aku nak melakukan yang terbaik untuknya. Kucai pun macam dah tak sayang aku
lagi. Masanya banyak dihabiskan untuk kerjaya dan di rumah Naimah. Aku tahu
walau pun bukan bersama Naimah tapi sekurang-kurangnya itu juga sudah menghancurkan hatiku. Mungkin juga aku
cemburu melihat Kucai menghabiskan masanya bersama anak kecil Naimah. Aku ni
bagai sudah tidak wujud lagi di hatinya.
Tok!
Tok! Tok!
Pintu bilik diketuk berkali-kali dari luar. Aku mengeluh keras. Macam
mana mereka tahu ada orang dalam bilik ni? Aku ingat nak tenangkan hati aku
yang membara ni. Ada saja yang nak menganggu ketenangan hatiku! Dengan malas
aku menuju ke arah pintu. Tombol pintu aku pulas perlahan. Kucai sudah terpacak
di depan pintu bilik dengan wajah selambanya. Aku tak ada hati untuk bertanya.
Aku biarkan dia di depan pintu bilik dan menuju ke bilik air. Aku masuk pula ke
dalam bilik air. Belum sempat pintu bilik air aku tutup Kucai sudah
menghalangnya.
‘’Kenapa ni? Orang lain sibuk di luar. Ira
berkurung dalam bilik. Kesian mama, orang asyik bertanya dia Ira pergi mana?
Ira tak datang ke? Menantu kau tak ada ke? Abang ni pun dah letih nak menjawab.
Jom keluar,.kalau Ira nak buat perangai. Tunggu selepas kenduri nanti.’’ Kucai
bersuara perlahan sambil memegang daguku agar memandang wajahnya. Air mataku
sudah lebat mengalir tanpa ku sedari. Aku dengar Kucai mengeluh berat.
‘’Tolonglah! Jangan nak layan perasaan sangat. Jangan nak ambil hati
sangat. Biarlah apa mereka nak cakap. Kalau betul pun abang nak ambil Naimah tu
sebagai isteri. Ira jugak yang untungkan. Ira boleh buat hal sendiri macam
selalu. Tak payah dah nak layan abang yang tak guna ni,.’’ Ya Allah! Pedih tak
terkata mendengar ayat-ayat Kucai. Aku ingatkan dia nak pujuk aku. Sungguh! Aku
rasa macam nak lari jauh dari dunia ni. Biar aku bawa hati aku yang lara ini ke
hujung dunia.
‘’Ikut sukalah! Buatlah apa yang abang suka. Siapa Ira ni nak menegah?
Ira bukannya siapa-siapa pun. Abang keluarlah,.nanti Ira keluar. Ira tunaikan
permintaan abang tu.’’ Aku buat keputusan muktamad tu dengan hati yang retak
seribu. Di bibir aku berkata begitu sedangkan hatiku sudah tidak sabar untuk
pergi dari rumah ini. Aku masuk ke dalam bilik air dan mencuci mukaku. Aku cuba
keraskan hatiku. Air mataku cuba ku tahan sedaya mungkin agar ia tak terus
mengalir. Aku mohon kekuatan dari Allah. Semoga Allah permudahkan hari ini
untukku.
Bila
aku keluar dari bilik air Kucai sudah tiada. Aku mengadap almari solek dan
memandang wajah aku di depan cermin. Aku capai alas bedak dan mula menempelkan
make-up di wajahku. Kali pertama hari ini aku bermake-up sedikit tebal. Biar
orang tak dapat meneka isi hatiku. Aku nekad nak melalui hari ini dengan wajah
yang sentiasa mekar dengan senyuman. Biarlah senyuman yang aku pamerkan penuh
dengan kepalsuan.
Aku tahu, aku banyak melukakan hati
Kucai sebelum ini. Mungkin inilah Kifarah yang sedang Allah bayar untukku.
Setiap titisan air mata yang mengalir ke pipiku mungkin ada jawapan yang Allah
sediakan. Aku akan menunggu untuk menerima jawapan itu. Aku hanya perlu kuatkan
hati dan terus bertabah. Selagi aku mampu bersabar aku akan cuba untuk bersabar
dan andai aku sudah tidak mampu bersabar lagi aku berharap agar Allah sentiasa
membimbing aku agar aku takkan tergelincir dari landasan iman.
‘’Haa,.ada pun. Isteri Ku Shaikan? Pergi
mana tadi? Ingatkan ikut rombongan pergi akad nikah di masjid tadi. Tengok anak
dara dah balik, dia tak nampak muka jugak.’’ Aku disapa oleh salah seorang
saudara papa. Dia memang baik sikit berbanding saudara mama yang lain. Baik
maksud aku ialah pada mulutnya yang tak pernah mengeluarkan perkataan yang
bukan-bukan.
‘’Ada ja mak ngah. Ira tak sihat sikit.
Pening kepala, ramai sangat orang.’’ Aku berkata ramah. Memang aku sengaja
mencipta alasan sebab alasan sebenarnya hati aku yang sakit. Kepala tak ada
masalah pun hari ini. Aku cuma rasa letih dan sedikit emo.
‘’Nak dapat orang baru kot? Dah berapa
orang anak dah?’’ aku tergaman seketika tapi kemudiannya aku cuba untuk
lebarkan senyuman. Biarlah bibir tersenyum, hati menangis hiba. Siapa yang sudi
mengerti hatiku ini?
‘’Setakat ini belum ada lagi mak ngah.
In Sha Allah! Mak ngah tolong doakan ya, mudahan ada rezeki tahun ni,.’’ Aku
berkata perlahan. Wanita yang kami panggil mak ngah mengusap perlahan bahuku.
‘’Bersabarlah ya,.Allah bukan tak
mahu bagi. Belum masanya lagi. Allah lebih tau apa yang terbaik untuk hambaNYA.
Kita hanya mampu meminta tapi Allah lebih tahu bila masa yang sesuai untuk
kita!’’ sejuk sikit hatiku mendengar kata-kata mak ngah. Aku mengangguk
perlahan. Air mata yang sudah bertakung aku tahan agar tidak gugur.
...............................................
Seharian hari ini aku membantu apa
yang perlu. Aku ceriakan hatiku dengan berkerja tanpa henti. Adakalanya
pinggang aku sakit yang tak terhingga dan bawah ari-ariku juga terasa sangat
sakit namun aku biarkan saja rasa sakit itu menyerang tubuhku. Aku tetap
bertahan hingga ke hujung hari. Petangnya pula bila orang ramai sudah semakin
berkurang aku meminta diri untuk pulang. Kucai pula tak pulang bersamaku. Dia
sudah memberitahuku bahawa dia akan menghantar Naimah pulang terlebih dahulu.
Aku relakan saja. Aku tahu Naimah ada anak kecil dan sukar untuk Naimah memandu
seorang diri. Ah! Biar apa pun alasannya aku sudah tidak kisah lagi.
Sebelum pulang aku bersalam dengan
semua orang. Aku bersalam dan mencium tangan Kucai lama. Dia menarik tangannya
sebelum aku melepaskannya. Biar pun terasa hati aku tetap tersenyum. Kemudian
aku salami Naimah, peluk Naimah dan cium pipi kiri dan pipi kanannya macam
selalu. Aku juga sempat mengagah baby Amira dan sengaja bergelak ketawa melihat
keletahnya. Sungguh! Semua itu hanyalah lakonanku untuk menghiburkan hati orang
lain. Terutamanya hati Kucai.
Aku memandu kereta Kancilku dengan
hati yang sedang berantakan. Fikiranku sedang bersimpang siur ibarat jalan yang
sedang aku lalui. Aku menekan minyak sambil otak berfikir. Aku tak mahu pulang
ke rumah! Aku tak mahu jumpa Kucai lagi. Aku nak cari ketenangan hati buat
sementara waktu. Aku masuk ke lebuh raya tanpa sedarku. Aku terus memandu tanpa
henti. Sedar-sedar aku sudah jauh dan semakin jauh dari rumah mama juga semakin
jauh dari rumah kami. Aku tidak akan berpatah balik lagi. Alang-alang sudah ada
barang peribadi dan beberapa helai baju di dalam beg aku teruskan perjalananku
tanpa arah tujuan.
Menjelang subuh aku sampai di
Bandaraya Alor Setar. Aku singgah sekejap untuk menunaikan hajat di tandas
Stesen bas Shahab Perdana. Pinggang dan ari-ariku semakin sakit. Mungkinkah
kerana jauhnya perjalananku dan aku duduk terlalu lama di dalam kereta? Aku
bertanya diri aku sendiri. Masuk ke dalam bilik air aku terkejut kerana dengan
tak semena-mena aku turun darah dengan banyaknya dan pinggang dan ari-ariku
terus sakit hingga mencengkam tulang paha. Selepas itu aku tak tahu lagi apa
yang terjadi.
.....................................
Bila aku sedar aku sudah berada di
dalam wad. Terdapat drip air yang tergantung di tepi katilku. Tangan kanan dan
kiriku juga sakit dan lebam. Aku memandang sekelilingku yang sudah dipenuhi
dengan pelawat. Mungkin sudah waktu untuk melawat agaknya? Bila menyedari
sesuatu, aku raba perutku. Hati aku tertanya-tanya apa yang sedang aku alami.
‘’Selamat petang Puan. Okey,.puan dah
sedar. Ada rasa sakit di mana-mana tak? Ada sakit ari-ari tak. Perut ada sakit
tak? Ada rasa pening ke, mual?’’ doktor yang datang dan memeriksaku bertanya
ramah. Aku hanya mampu tersenyum hambar sambil aku mengeleng kepala dengan
lemah. Sejujurnya selain letih aku juga tersangat lapar sekarang ni.
‘’Puan tahu tak puan mengandung? Tapi
Alhamdulillah,.janin puan masih sempat diselamatkan. Anak puan tak gugur na.
Puan kena jaga diri, jaga kesihatan puan. Jangan buat kerja berat. Jangan
terlampau stress.’’ Air mataku sudah bergenang mendengar ayat-ayat yang
diungkapkan oleh doktor selanjutnya.
‘’Saya tak tahu doktor. Period saya
datang tak tetap. Dah berapa bulan doktor?’’ dalam rasa sayu, aku masih boleh
bersuara. Dalam hati mengucap syukur yang tak terhingga. Kalau aku kehilangan
anak dalam kandunganku, akulah manusia yang paling sedih. Semuanya salah aku
kerana terlampau mengikut kata hati. Mungkin ini pengajaran Allah untukku?
Nasib baik anakku masih ada. Aamiin Ya Allah! Ampunkan dosaku Ya Allah!
‘’Kalau mengikut scan yang ada dalam
tangan saya ni, mungkin kandungan puan baru berusia lapan atau sembilan minggu.
Bila puan last datang period?’’ aku geleng kepala. Aku tak tahu. Aku tak ingat.
Bila aku stress period aku selalu bermasalah. Kadang-kadang berbulan tak
datang. Kadang-kadang berminggu tak mahu berhenti.
‘’Tak apa,.tapi kami kena tahan
puan di wad sampai kandungan puan stabil dulu. Kalau boleh cuba hubungi saudara
mara puan.’’ Aku mengeluh perlahan. Aku sudah jauh di utara melarikan diri
seorang diri. Siapa yang harus aku hubungi? Bila saat macam ni berlaku, baru
aku terfikir betapa perlunya orang-orang yang tersayang berada di sisiku.
‘’Keluarga saya jauh doktor. Tak ada
saudara mara di sini. Tak apalah doktor. Berapa lama pun kena tinggal di sini
saya tak kisah. Err,.doktor ada tak barang-barang saya yang dibawa ke sini
tadi, sebab seingat saya,.’’
‘’Ada! Dalam almari,.’’ Aku belum
sempat habis bertanya jururawat yang ada bersama kami sudah menjawabnya dan
membuka almari untuk menunjukkan padaku. Aku cuba kuatkan diri untuk bangun dan
meminta jururawat tersebut memberikan beg tangan kepadaku. Baru teringat beg
pakaian yang aku tinggalkan di dalam kereta. Semua pakaian peribadiku ada di
dalam beg tu. Aku mengeluh lagi. Nampaknya terpaksa aku meminta tolong
seseorang membeli yang baru untukku.
.......................................
Dua minggu aku di dalam wad dan
hari ini aku dibenarkan keluar dari wad bila janin dalam kandunganku semakin
sihat dan kesihatanku semakin pulih. Allah Maha Penyayang dan Maha pengasih.
Sepanjang aku di dalam wad Dia beri aku keluarga angkat. Mak cik Rogayah
seorang ibu tunggal anak lima datang menjaga anak keduanya yang terpaksa
dibedah kerana melahirkan anak sulung. Dia yang membantu aku membelikan semua
keperluanku. Kadang-kadang anak ketiganya yang menolong membelikan barang
keperluanku. Dia juga menemaniku untuk turun ke bawah dan mengeluarkan duit
dari bank.
Menantu sulung mak cik Gayah baru
meninggal kerana melahirkan anak ke tiga lima bulan yang lalu. Kesian aku
melihat tiga orang cucunya yang masih kecil. Mereka sudah kehilangan ibu tempat
mereka bermanja. Anak aku bagaimana pula? Adakah dengan kedegilan dan kerasnya
hati aku, anak aku bakal kehilangan kasih sayang seorang ayah? Ampunkan aku Ya
Allah! Kerana keputusan yang aku buat ini banyak hati yang telah terluka dan
ada hati yang bakal terluka. Aku berserah padamu Ya Allah untuk menentukan nasibku
selepas ini.
‘’Lepas keluar ni nak balik ke
mana?’’ aku terdiam seketika mendengar pertanyaan mak cik Gayah. Aku belum
bersedia untuk pulang. Aku teringin nak ke Pulau Langkawi dan meneruskan
hasratku untuk mencari ketenangan di sana. Aku mohon restumu Ya Allah!
Permudahkan segala urusanku nanti.
‘’Langkawi kot. Mak cik nak balik
mana?’’ aku tanya mak cik Gayah pula. Dua minggu dia jaga aku, macam-macam
cerita yang kami kongsi tapi tidak pula masing-masing bertanya asal usul masing-masing.
‘’Laa,..kami nak balik Langkawi la
ni. Langkawi dok tang mana?’’ aku mengeleng perlahan. Apa aku nak jawab? Aku
bercadang nak melancong saja di Langkawi. Bila hati dah betul-betul sejuk nanti
baru aku nak balik. Itu pun kalau hati aku sejuk!
‘’Tak tau lagi mak cik. Ikut
kakilah,.Saya ingat nak pergi melancong saja sambil ambil udara laut.’’ Aku
berkata sejujurnya. Wajah mak cik Gayah sudah nampak teruja. Dia pegang tangan
aku dan menyambung kata.
‘’Ikut kami balik la na? Mira pun dah
potong nama. Doktor kata dah boleh balik hari ni,.’’ Hati aku sudah kembang dan
rasa sangat bersyukur bila mendengar mak cik Gayah berkata begitu. Allah sudah
memudahkan urusanku. Alhamdulillah! Aku kena buat solat sunat syukur selepas
ni. Hatiku berkata-kata sendiri.
‘’Tak menyusahkan mak cik sekeluarga
ke?’’ aku tetap bertanya penuh keraguan. Aku hanya seorang perantau. Susah dan
senang biar aku tanggung sendiri. Aku tak mahu keegoaan aku akan membuatkan
orang lain turut terbeban tapi kalau mereka sudi terima aku seadanya aku takkan
sesekali menolak. Aku juga percaya semuanya anugerah Allah untukku.
‘’Nak susah apa aih,.mai surat yang
doktor bagi tadi. Mak cik nak suruh Hadi pi bayar sekali dengan had Mira. Pi
ambik ubat sekali la noo. Kesian kat hang, dua minggu dok tang ni, tak dak sapa
mai tengok,.’’ Aku sudah hampir menitiskan air mata. Terharu sangat dengan
kata-kata mak cik Gayah. Cuma ayat terakhir dia saja buat aku tersentap sikit. Bila
kita dalam keadaan macam ni, orang tak pandang salahnya kita tapi orang akan
prasangka pada keluarga kita padahal keluarga kita langsung tak tahu apa-apa.
Aku tahu saudara maraku termasuk Kucai dan keluarga mertuaku takkan membiarkan
aku di sini seorang diri kalau mereka tahu keadaan aku. Aku pasti dan tersangat
pasti tanpa sebarang syak. Semuanya salah aku yang terlampau menurut kata hati!
‘’Terima kasih mak cik. Maaf! Saya dah
menyusahkan mak cik sekeluarga.’’ Aku hulurkan surat berserta duit yang perlu
aku bayar. Mak cik Gayah masih ramah bersuara sambil mengarah Hadi melakukan
itu dan ini. Hadi adalah anak sulung mak cik Gayah yang baru kematian isteri.
Menurut cerita mak cik Gayah, Hadi dah bertunang semula dengan orang sekampung
dan bakal berkahwin hujung tahun ini.
Anak ketiga mak cik Gayah masih
belajar lagi dan baru berusia 19 tahun. Anak keduanya berkahwin dengan seorang
tentera dan mereka tinggal di Sabah, jadi sepanjang dia berpantang ini suaminya
tiada di sisi. Sedih sangat aku melihat dia. Adakalanya dia akan menelifon
suaminya sambil menangis. Bagaimana pula dengan nasib aku? Akan rindukah aku
pada Kucai nanti? Entahlah! Aku sendiri masih keliru dengan perasaan sendiri.
Hati aku masih bengkek dan jiwa aku masih parah. Aku tiada jawapan untuk
menjawab soalanku sendiri.
..........................................
Sebelum kami bertolak ke Langkawi
aku mengajak mereka untuk pergi mengambil keretaku di Shahab Perdana tapi puas
kami mencarinya keretaku tetap tak ditemui. Mereka membawa aku ke balai polis
untuk membuat laporan dan kemudian aku terpaksa mengeluarkan duit dengan jumlah
yang banyak dari bank. Kami pergi bershoping pakaianku selepas itu. Kopak jugak
duit aku tapi demi ketenangan hati yang aku cari, aku anggap semua ini sebagai
balasan Allah untukku. Aku tak mahu menuding jari. Aku tahu semua yang aku buat
ini adalah salah! Dan aku takkan berpatah balik untuk masa terdekat ni. Biar
masa yang menentukan. Kalau jodoh aku dengan Kucai masih panjang kami akan
bertemu kembali. Andai jodoh kami hanya setakat ini, aku akan pasrah.
Mengenai mak su dan pak su pula, aku
rasa aku nak berdiam diri untuk kali ini. Dulu mereka pernah berpakat dengan
Kucai untuk kenakan aku. Apa salahnya kalau kali ini aku betul-betul menghilangkan
diri. Mereka mungkin akan bimbangkan aku tapi ada aku kesah? Tetiba saja
kepalaku ditumbuhi tanduk dan hatiku teresap dengan semangat jahat. Haih! Aku
mohon keampunanMu Ya Allah. Aku bukan berniat untuk berbuat jahat tapi tak
salah kalau aku pula berniat untuk menguji kasih sayang mereka terhadapku. Ini
baru dinamakan ADILkan?
Aku dibawa ke perkampungan nelayan
yang terletak di tepi laut. Alangkah bahagianya aku dapat mengadap laut setiap
hari. Mak cik Gayah membuka kedai makan di tepi laut ini. Rumah dia dan kedai
makan itu bersambung dan aku akan membantu mak cik Gayah memasak bila dia sibuk atau keluar mencari
bahan-bahan untuk kedai makannya. Makanan laut di sini semuanya segar kerana
terdapat tempat pendaratan ikan berhampiran rumahnya.
Mak cik Gayah tak mempunyai
pembantu. Hanya anak-anak yang membantunya ketika mereka cuti sekolah.
Kebetulan anak ketiganya juga sedang bercuti selama empat bulan sekarang ni,
jadi aku dan Rina bergilir-gilir membantu mak cik Gayah. Adakalanya aku
membantu mereka menjaga bayi yang masih merah tu. Mohammad Danial yang comel
dan juga anak-anak abang Hadi yang keletah. Aku panggil dia abang sebab dia
lebih tua dari aku.
Anak ke empat mak Cik Gayah baru
tingkatan empat dan anak bongsunya baru darjah enam. Mereka juga periang dan
peramah. Aku gembira di rumah mak cik Gayah. Lebih-lebih lagi mereka sekeluarga
dapat menerima kehadiran aku di rumah ini. Aku tak pernah rasa terpinggir atau
disisihkan. Orang sekeliling juga tak banyak menyoal, cuma dalam aku bahagia
dan gembira terdengar juga desas desus mereka pasal aku. Mereka gossipkan aku
dengan abang Hadi. Bila mak cik Gayah cakap aku dah bersuami barulah mereka
terdiam. Aku pun pernah bertemu dengan tunang abang Hadi. Dia masih anak dara
cuma umurnya saja yang sudah berusia. Apa nak buatkan. Inilah hakikat
kehidupan, bila Allah tetapkan jodohnya terlewat sedikit.
‘’Kak Sha! Nasi goreng kampung
berulam satu!’’ aku tersedar dari lamunan seketikaku. Aku mengangguk dan
tersenyum. Nasi goreng yang aku reka mendapat permintaan ramai di kedai ini
sejak aku mula masuk ke dapur. Sengaja aku mereka resepi baru bila kali pertama
aku cuba memasak untuk pelanggan. Selepas itu menu nasi goreng kampung berulam
turut dimasukkan dalam senarai menu utama.
Aku mula menumbuk udang kering dan
ikan bilis bersama beberapa biji cili padi. Selepas menumbuk hingga lumat aku
mula memasukkan minyak ke dalam kuali. Aku tumiskan bawang yang sudah dikisar
dan masukkan bahan yang sudah aku tumbuk tadi. Setelah agak garing aku masukkan
isi ikan kembung rebus. Selalunya aku gunakan dua ekor ikan kembong. Selepas
memasukkan sedikit garam aku masukkan semangkuk nasi dan mengaulnya hingga agak
garing.
Bila nasi goreng siap aku gaul dengan
beberapa jenis ulam yang sudah aku cincang lumat. Selalunya aku gunakan daun
gajus, daun pegaga dan daun selom. Ikut saja ulam apa yang ada semuanya aku
gunakan. Lagi banyak lagi bagus. Selepas mengaulkan bersama nasi goreng, aku
masukkan dalam mangkuk kecil dan tekupkan di atas pinggan. Aku masukkan pula
dua keping keropok ikan, sambal belacan dan kuah sup yang ditabur dengan bawang
goreng dan daun sadri. Siap! Nasi goreng kampung berulam yang aku sediakan. Boleh
order bila-bila masa saja. Tapi kedai mak cik Gayah hanya dibuka dari pukul
6.00 pagi hingga pukul 12.00 tengah malam saja.
‘’Rina! Nasi goreng siap!!’’ aku laung
Rina yang sedang berada di kaunter. Adakalanya aku juga akan menjaga kaunter kerana
mak cik Gayah tak pandai sangat nak mengira. Anak-anak mak cik Gayah yang
banyak membantu dia. Aku ni dikira sebagai pekerja separuh masa la jugak sebab
aku perlu banyak berehat dan menjaga kandungan aku. Memang keletihan tu masih
bersisa lagi. Untungnya aku tak alah teruk. Sesekali aku muntah dan aku masih
boleh makan kembali selepas itu. Semuanya Rahmat dari Allah untuk aku dan
anakku. Lebih-lebih lagi, aku dapat makan sayur segar dan makanan laut segar di
sini. Mewah betul dengan makanan sejak aku tinggal di sini. Aku lupakan semua
kepahitan dan wajah aku pun semakin tembam agaknya sekarang ni?
‘’Kak Sha! Mak suruh masuk solat
dulu. Nanti mak keluar gantikan kak Sha,.’’ Aku tersenyum pada Rina mendengar
arahannya. Beginilah kami setiap hari. Bukan bergilir-gilir untuk membuat
kerja, kami juga bergilir-gilir untuk menunaikan solat. Kadang-kadang selepas
bersolat baru aku keluar bekerja. Semuanya terpulang pada keperluan
masing-masing. Resepi yang aku reka pun aku dah ajar pada Rina dan mak cik
Gayah. Kalau aku tak keluar memasak, mereka pun boleh masakkan nasi goreng tu.
Ah! Jangan nak kedekut resepi sangat okey! Kita share-share la!!
Aku masuk ke dalam rumah dan
membersihkan diri. Selepas solat aku berdoa panjang. Semoga Allah kabulkan
permintaanku. Permintaanku tak banyak, selain mendoakan kesejahteraan semua
orang aku juga mohon agar Allah sentiasa melindungi semua ahli keluargaku
termasuk ahli keluarga mertuaku. Juga aku selalu mendoakan agar jodoh aku dan
Kucai berpanjangan. Aku tak bencikan Kucai. Aku masih sayangkan dia dan cintakan
dia sepenuh hati aku. Aku cuma tersentap hati dengan dia, walaupun begitu doa
aku sentiasa mengiringi kebahagiaan dia biar di mana saja Kucai berada. Aku
sayang suamiku Ya Allah! Aku masih sayang suamiku sepenuh hatiku!
.......................................
Dua Tahun Kemudian,..
Pejam celik pejam celik dua tahun
sudah berlalu dan aku masih tinggal di Pulau Langkawi. Mak cik Gayah pun tak
pernah bertanya kenapa aku tak pulang ke rumah semula. Kalau mereka bertanya,
aku akan berterus terang dengan mereka akan situasi diriku sejujurnya.
Untungnya aku kerana mereka tak banyak soal dan aku pun tak berkeinginan untuk
bercerita.
Anak aku yang aku namakan Ku Shaini
Alif sudah berusia setahun lima bulan sekarang. Penat lelah aku mengandungkan
dia tanpa suami tidak terasa melihat dia membesar di depan mata. Dia tak banyak
kerenah kerana ada ramai kawan yang sentiasa bersamanya. Anak-anak abang Hadi
sentiasa ada untuk menjadi teman rapat Ku Shaini. Damia, Dania dan Danish yang
baru berusia 2 tahun 6 bulan. Dan sekarang, isteri baru abang Hadi pun sudah
mengandung anak sulungnya yang merupakan anak ke empat abang Hadi. Yang
sedihnya, bila Ku Shaini turut memanggil abang Hadi abah kerana mengikut
anak-anak abang Hadi. Kali pertama mendengar dia memanggil abah, aku ingin
meraung sekuatnya. Tapi aku hanya mampu meraung di dalam hati. Maafkan mama
sayang!
‘’Alif! Ya Allah,.anak mama ni. Nak
ke mana tu?’’ aku melaung kuat bila melihat Ku Shaini berlari laju menuju ke
pantai. Aku memanggilnya dengan nama Alif kerana tidak mahu ingatkan Kucai.
Nama merekakan nak sama. Sengaja aku gabungkan nama Ku Shai dengan nama
hujungku Yusriani.
‘’Alif!! ‘’ semakin kuat aku melaung
Ku Shaini semakin laju berlari sambil ketawa ceria. Ya Allah! Inilah anugerahmu
yang paling bermakna untukku. Kau lindungilah anakku Ya Allah. Aku masih sempat
berdoa bila melihat Ku Shaini sudah menghampiri laut. Air laut pula sedang
pasang sekarang ni. Mungkin salah aku sebab teralpa seketika tadi. Niat nak
bawa Ku Shaini berjalan-jalan di tepi pantai tapi terlepas pula tangan dia yang
aku pimpin. Memang dia lasak sikit sejak pandai berjalan.
Dari jauh aku melihat ada seorang
lelaki sudah menghalang Ku Shaini dari dia terus meluru ke depan. Lelaki itu
terus mendukung Ku Shaini dan mengagahnya. Aku menarik nafas lega dan terus
melangkah laju. Aku hampiri mereka dengan nafas tercunggap-cunggap.
‘’Terima kasih encik! Aduh,.penatnya.
Hiesyy,.degil betul anak mama ni kan?’’ aku mengambil Ku Shaini dari dalam
dukungan lelaki tadi tanpa memandang wajahnya. Sambil itu bibir aku terus
membebel. Ku Shaini hanya ketawa bila pipinya aku cubit dan ku cium pipi montel
itu.
‘’Degil macam mamanya jugak
agaknya?’’ aku tersentap mendengar kata-kata itu. Aku terpaku lama dan tak
berani untuk menoleh. Ku Shaini yang sudah berada dalam dukunganku aku peluk
kemas. Seolah takut dia akan dirampas pergi dari sisiku.
‘’Kenapa buat kami macam ni? Puas kami
cari Ira , rupanya di sini Ira bersembunyi. Masa kami jumpa kereta Ira tersadai
di tepi jalan dengan keadaan remuk teruk kami ingatkan Ira dah meninggal kerana
kemalangan jalan raya tapi kami tak jumpa mayat Ira sebagai bukti. Abang yakin
Ira masih hidup. Kenapa langsung tak hubungi kami,.hah! Ira tak ada perasaan
ke? Tak ada otak ke nak fikir?’’ amboih!,.baru kali pertama jumpa aku selepas
dua tahun tak berjumpa, bukannya nak bertanya khabar. Sedap saja dia tuding
jari kat akukan? Tunggu aku nak bagi dia jawapan!
‘’Hello! Kalau awak ni encik Ku
Shairi yang pernah kenakan saya dulu. Saya nak tanya awak. Masa awak kenakan
saya dan suruh mak su halau saya dari rumah tu, masa tu awak orang paling
BEROTAK dalam dunia la? Masa awak rancang supaya kita kena tangkap basah tu
sebab awak berotaklah? Masa awak,..’’ aku tak sempat menghabiskan ayat aku bila
Kucai sudah menutup mulutku dengan tangannya. Aku menepis kasar dan tanpa aku
sedari air mataku sudah meluncur laju. Mata Kucai juga merah sambil merenung
tepat ke wajahku.
‘’Maafkan abang!’’ Kucai berkata
dalam sedu. Kasihan pulak tengok dia menangis. Aku tak pernah tengok dia
menangis sebelum ni. Hanya aku yang sering menangis di depan dia, tapi kalau
aku kesiankan dia, aku macam mana pula? Siapa nak kesiankan aku.
‘’Huh! Kan senang kalau minta maaf
awal-awal tadi. Ini tak,.awal-awal lagi dah nak marahkan orang. Orang sedar
diri la orang ni sapa. Anak yatim piatu. Orang miskin. Tak sesuai dengan oarng
kaya yang berpangkat dan berharta macam encik tu. Orang tahu orang ni tak layak
dengan encik. Sebab itulah apa orang buat semua salah. Encik buat apa pun,
semuanya betul!’’ aku melepaskan lagi amarahku. Aku luahkan sepuasnya selagi
aku mampu melepaskannya. Sudah lama aku memendam rasa sakit hati aku ni. Inilah
masanya aku luahkan segalanya.
‘’Kita balik Ira!’’ Kucai bersuara
lagi.
‘’Balik? Untuk apa? Untuk dijadikan barangan
serba guna dalam rumah encik Kucai lagi ke? Untuk dijadikan ulam? Atau untuk
dijadikan perhiasan yang bakal dibuang bila-bila masa yang encik Kucai suka?’’ aku
tak mampu lagi untuk mengawal kata-kataku. Kalau tadi dia mulakan dengan ayat
yang menyenangkan hati, mungkin keadaannya bukan macam ni. Aku taklah zalim
sangat sampai nak mencemuh orang tanpa sebab. Dia yang mulakan dulu, kenapa aku
harus berlembut? Aku memberontak di dalam hati.
‘’Kenapa cakap macam tu? Teruk sangat
ke abang selama ni?’’ aku tersenyum sinis mendengar pertanyaannya.
‘’Orang tak cakap pun encik teruk
tapi orang rasa encik yang anggap orang ni teruk. Dua tahun tak jumpa bukan nak
tanya khabar. Kalau orang ni tak ada otak. Encik tu tak ada PERASAAN!’’ aku berkata kuat sambil berlalu pergi. Air
mata yang merembes laju aku kesat kasar. Aku ambil jalan belakang kedai dan
masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang. Perlahan-lahan aku menyusup masuk
ke dalam bilik dan melepaskan tangisanku semahunya. Ku Shaini sudah memandang
hairan ke arahku. Aku tatap wajah ku Shaini yang mirip wajah Kucai. Aku cium
pipi Ku Shaini semahunya.
Ya Allah! Walau apa pun yang akan
terjadi antara aku dan Kucai, tolong jangan pisahkan aku dengan anakku. Aku
berdoa di dalam hati. Aku takkan sanggup melepaskan satu-satunya anakku ini.
Kucai tak pernah ada ketika aku mengandung dan melahirkan dia. Walau dia ayah
kandung Ku Shaini, dia tak ada hak untuk pisahkan kami!
..................................
Selepas aku tidurkan Ku Shaini,
aku minta Rina jagakan dia. Malam ini pelanggan tak ramai dan mak cik Gayah
tutup kedai awal. Aku pula tak dapat melelapkan mata. Macam malam-malam
sebelumnya aku ingin menyusuri pantai lagi untuk mendengar suara ombak. Aku
bahagia di sini dengan adanya laut yang luas di depan mata. Aku bahagia sangat.
Kalau boleh aku nak terus menetap di sini dan melihat laut setiap hari.
Aku baru beberapa langkah berada di
depan kedai aku dapat melihat dua susuk tubuh sedang berbual di atas bangku
simen yang selalu aku duduki. Aku menghampiri mereka perlahan-lahan. Aku ingin
mengintip dan mendengar perbualan mereka. Dari baju yang mereka pakai dan susuk
tubuh mereka dari belakang aku tahu siapa gerangannya. Abang Hadi dengan Kucai
sedang berbual di tempat lepak aku setiap malam. Agaknya apa yang sedang mereka
bualkan?
Bila aku sudah hampir dengan
mereka aku cuba memasang telinga dengan teliti. Aku dengar Kucai mengeluh
beberapa kali. Aku hanya menanti kata-kata dari keduanya namun beberapa minit
berlalu suasana masih sunyi.
‘’Encik tak boleh salahkan Sha
seratus peratus. Saya tak tahu apa masalah encik dengan Sha. Apa yang saya
tahu, kami jumpa Sha pengsan dalam tandas awam di Shahab perdana dua tahun
lepas. Sha turun darah dan hampir keguguran. Dua minggu dia dimasukkan ke
hospital dan tiada saudara mara yang datang melawat. Dia kesunyian dan nampak
sangat menderita. Kami tahu, walau Sha sentiasa tersenyum tapi hati dia hanya
Allah yang tahu.
Saya ada isteri, saya tahu macam mana
susahnya seorang perempuan nak menghadapi saat-saat mengandung tu. Isteri
pertama saya meninggal kerana melahirkan anak ketiga kami. Perempuan yang
mengandung dan melahirkan ni bersabung nyawa demi seorang anak. Kita mungkin
tak tahu macam mana mereka mampu hadapi. Encik pun mungkin tak tahu apa yang
Sha dah lalui.’’ Abang Hadi berhenti bercerita. Jujurnya aku terkejut sedikit
kerana aku pun tak pernah tahu siapa yang selamatkan aku dan bawa aku ke
hospital. Rupanya mereka yang jumpa aku.
‘’Mak kesian dengan Sha. Dulu mak
saya pun kehilangan tempat bergantung selepas menjadi ibu tunggal. Dia yang
membesarkan kami lima beradik. Kami bawa Sha ke sini atas dasar
perikemanusiaan. Sha macam sudah hilang arah tujuan. Kalau encik jadi kami pun,
encik akan tolong Sha ketika itu. Saya tak tahulah kalau encik bukan jenis yang
suka tolong orang. Kalau tak takkan perempuan sebaik Sha akan lari tinggalkan
rumah,.’’ Abang Hadi berhenti bercerita lagi. Semakin kuat Kucai mengeluh. Aku
hanya menanti untuk mendengar apa reaksi dari Kucai.
‘’Kami jumpa kereta Sha tersadai di
tepi jalan dalam keadaan yang remuk teruk. Kami ingat Sha terlibat dalam
kemalangan dan telah meninggal dunia. Nasib baik ada pekerja saya yang nampak
Sha di sini bila dia bercuti di sini bulan lepas. Saya ada di Beijing ketika tu
kerana urusan kerja. Saya pulang semalam dan terus bergegas ke sini. Tapi apa
yang saya dapat hanya sumpah seranah.’’ Kali ni aku pula yang mengeluh kasar
kerana mendengar kata-kata Kucai. Aku sumpah seranah dia? Masa dia kata aku tak
ada otak tu, apa benda? Nampak orang ja yang salah! Huh!! Hati aku sudah berapi
di dalam.
‘’Sha tak pernah sumpah orang!
Mungkin encik yang mulakan dulu. Sha takkan buat benda tak elok kalau dia tak
terasa diancam,.’’ Abang Hadi berkata yakin. Aku masih menunggu respon dari
kucai.
‘’Saya dah kenal isteri saya tu
sejak bayi lagi. Saya tahu isteri saya tu macam mana. Awak baru kenal dua tahun
takkan awak lebih memahami dia dari saya?’’ aku kembali menjadi berang
mendengar kata-kata Kucai yang kedengaran begitu angkuh. Aku tak dapat melihat
riak abang Hadi sekarang ni. Aku menunggu balasan dari abang Hadi dengan sabar.
‘’Kalau encik dah tak sukakan dia,
lepaskan dia dengan cara baik. Sejak dia tinggal di sini, ramai pemuda kampung
ni yang suruh mak mereka masuk bertanya. Sha masih muda dan berhak hidup
bahagia. Saya mungkin tak kenal dia sebaik encik kenal dia tapi
sekurang-kurangnya sepanjang dua tahun di sini kami tak pernah sakitkan hati
dia macam yang encik buat. Sha mungkin pernah reyau dalam diam. Sha selalu
reyau bila dia lepak di sini setiap malam sorang-sorang. Saya juga pernah
tengok Sha reyau ketika sembahyang tapi saya tak pernah tengok Sha reyau teruk
macam hari ni. Maknanya walau encik kenal dia lebih dari kami tapi encik tak
pernah nak memahami hati dia pun,..’’ abang Hadi menyudahkan ayat-ayatnya
sambil bangun dan berlalu dari kerusi simen. Aku menyembunyikan diri di sebalik
rumpun pokok.
Bila abang Hadi melalui tempat aku
bersembunyi aku menoleh ke arahnya. Yang hairannya macam dia tahu saja aku ada
di situ dia juga menoleh ke arahku. Aku meletakkan jari telunjuk di bibirku dan
abang Hadi terus melangkah dan meninggalkan aku.
Aku bangun dan melalui belakang
tempat Kucai duduk dengan senyap. Aku berjalan perlahan-lahan hingga agak jauh
dari Kucai. Aku mula melangkah ke arah pantai dan menyusuri pantai lagi. Kali
ini langkah aku agak jauh dari kebiasaannya. Selalunya aku hanya berdiri
betul-betul di depan kedai mak cik Gayah. Malam ini agak jauh kerana nak
melarikan diri dari Kucai.
Aku berdiri di persisiran pantai
sambil membiarkan ombak membasahi kakiku. Suara ombak yang damai menenangkan
hatiku. Aku tak tahu sejak bila aku terlalu suka dengan laut. Mungkin laut
sentiasa mengingatkan aku tentang kebesaran Ilahi jadi aku teruja untuk berada
dalam keadaan sekarang setiap kali hatiku keresahan. Laut adalah penawar segala
duka laraku.
‘’Hai Sha! Jauh berjalan malam ni?
Selalunya Sha lepak depan kedai ja.’’ Pemuda kampung yang selalu ajak aku
berborak setiap kali pergi makan di kedai mak cik Gayah menegurku. Usianya
sebaya denganku tapi masih solo lagi. Dengarnya pernah putus tunang kerana
tunangnya curang dan berkahwin dengan orang lain. Rupanya agak kacak juga dan
berkulit kuning langsat. Dia bekerja sebagai pemandu pelancong di Langkawi ini.
Fasih berbahasa Inggeris. Tak tahu pulak aku apa kelulusan sebenar dia. Bukan
kerja aku nak cari maklumat pasal dia,
‘’Jauh berjalan, luas pandangan.’’
Aku menjawab selamba dengan wajah yang cukup tenang. Huhu,.tenang di luar tapi
berombak ganas di dalam.
‘’Boleh Akim temankan Sha?’’ aku
mengeleng pantas.
‘’Pi balik la Akim. Tak elok orang
tengok. Malam-malam pulak. Sha saja mai tang ni. Tempat Sha lepak dah ada orang
kebas.’’ Aku sengaja mengajuk loghat Kedah. Biarlah tak sebaik mana tapi aku
cuba jugaklah. Dua tahun aku di sini. Lidah pun dah sebati dah dengan loghat
Kedah yang aku dengar hari-hari.
‘’Boleh la Sha? Bukan selalu
boleh tengok Sha berjalan sampai sini.’’ Dia mengayat lagi. Aku tetap tunjukkan
wajah tenang aku. Hati di dalam dah panas membara. Dalam keadaan macam ni, aku
mudah naik angin bila ada orang tak faham dengan bahasa yang aku tuturkan. Aku
cakap bahasa tamil satgi baghu dia nak tau!
Aku tak mengendahkan permintaan Akim.
Aku berjalan menyusuri pantai menuju ke arah kedai mak cik Gayah. Cukuplah aku
berdiri untuk seketika saja malam ni. Selalunya macam ni la setiap malam.
Cukuplah lima minit atau sepuluh minit aku menatap laut. Paling lama aku
melepak di tepi pantai setiap malam adalah dua puluh minit. Aku tak heran pun
dengan umpatan orang terhadapku. Aku bukannya kacau orang pun. Aku hanya
menghayati ciptaan Ilahi di depan mata.
‘’Laa,.nak balik dah ka?’’ Akim
bersuara lagi. Aku hanya mampu berdoa agar dia tak mengikut aku dari belakang.
Aku menyusuri pantai hingga sampai di depan kedai mak cik Gayah. Aku terkejut
bila melihat Kucai masih berada di kerusi simen kegemaranku. Ah! Lantak hang la
Kucai, nak duduk di situ sampai pagi pun.
‘’Ira!’’ aku dengar Kucai panggil
aku. Aku buat-buat tak dengar dan terus berjalan. Seketika kemudian dia datang
dan menarik tanganku supaya mengikutnya. Dia suruh aku duduk atas kerusi simen.
Aku duduk dan menyilangkan tanganku ke dada. Aku menarik nafas dan
melepaskannya dengan berat. Mata aku hanya memandang ke arah laut tanpa menoleh
sedikit pun ke arah Kucai.
‘’Abang minta maaf! Tak apa kalau
Ira tak nak ikut abang balik. Abang kena balik ke KL awal pagi esok kerana ada
mesyuarat penting. Ira jangan pergi mana-mana ya! Nanti abang datang untuk
ambil Ira semula,.’’ Aku mengeleng laju. Aku tak setuju dengan permintaannya.
Nak balik, balik sajalah. Tak payah nak pujuk aku balik sekali. Tak datang
semula pun aku tak kisah. Aku berbisik di dalam hati padahal sebenarnya hati
aku turut sebak mendengarnya, Aku juga terlalu rindukan dia. Keegoaan aku yang
menidakkan kehadirannya.
‘’Orang tak mau balik! Orang nak
tinggal di sini. Tak payah nak susahkan diri encik la. Kalau encik sibuk tak
payah mai lagi. Orang tak mau kerana orang, lingkup pulak syarikat encik tu,.’’ Aku sengaja buat ayat-ayat
sentap tu. Memang sengaja nak cari pasal. Aku dengar Kucai menghembus nafas dengan kuat. Marah ke
encik Kucai?
‘’Ira tahu tak, apa yang Ira buat
ni berdosa? Ira tahu tak dosa Ira abang yang kena tanggung? Sampai bila abang nak
tanggung semua dosa-dosa Ira? Anak abang tu pun nak kenal ayah dia jugak. Mama dengan papa pun nak tengok zuriat
keturunan mereka jugak. Sampai bila nak berdegil macam ni? Berhentilah buat
perkara yang tak berfaedah ni. Sibuk-sibuk abang pun, abang datang sini nak
jumpa Ira. Nak pujuk Ira balik. Takkan itu pun Ira tak reti nak hargai?’’ Fuhh!
Terbaekk punya ayat. Ada aku tersentuh? Tak ada maknanya!
‘’Senang saja kalau encik dah tak
sanggup tanggung dosa orang. Encik buatlah keputusan untuk lepaskan orang yang
banyak buat dosa ni. Kalau pasal zuriat keturunan tu encik tak payah
bimbanglah. Rasanya Naimah pun boleh melahirkan ramai zuriat untuk kembangkan
keturunan keluarga encik. Dia lebih mampu dan zuriat dari rahim dia lebih
berkualiti dari zuriat yang orang lahirkan!’’ aku balas soalan dia dengan ayat
sentap lagi. Kalau dulu aku memang tak berani nak jawab lebih-lebih. Sekarang
ni sejak melalui pahit maung seorang diri, aku semakin yakin untuk berlawan
kata dengannya. Kucai menarik kasar rambutnya mendengar jawapan yang aku
berikan. Nampak sangat dia sedang tertekan dengan apa yang aku luahkan. Mati
kutu ke encik Kucai?
‘’Payahlah nak bercakap dengan orang
yang degil macam Ira ni!’’ dia berkata perlahan. Aku sudah berdiri untuk masuk
ke dalam rumah. Tempoh aku melepak sudah hampir habis.
‘’Kalau dah tau payah, buat apa
datang?’’ keluar lagi ayat pemanas jiwa dari aku. Aku menoleh sepintas lalu ke
arahnya dan dia sedang merenung tajam ke arahku. Aku tersenyum sinis dan
berlalu masuk ke rumah. Aku pasti selepas ini mata aku akan banjir lagi!
.............................................
Masuk ke dalam bilik aku perhatikan
wajah anakku yang sedang nyenyak tidur. Rina yang tidur sebilik denganku masih
melayan drama Korea di You Tube. Laju pulak line dalam laptop dia malam ni?
Selalunya asyik merungut saja ‘berukbank’ dia tu slowlah, lembablah dan
sebagainya.
‘’Tak tidur lagi Rina? Best tak drama tu? Tajuk apa?’’ aku bertanya
dalam nada ceria. Rina menoleh sepintas lalu ke arahku dan kembali memandang
skrin laptopnya.
‘’Nice
Guy kak Sha, kesian kat Joong Ki ,.’’ Rina menjawab selamba. Aku menghampirinya
dan mengintai skrin laptop. Tiba-tiba aku teringat pertanyaan aku pada Kucai
dulu. Kalau dulu aku berharap Kucai boleh jadi geng aku untuk menonton drama
Korea tapi hari ini aku sudah ada geng untuk menontonnya.
‘’Kak
Sha! Lelaki siang tadi suami kak Sha ka? Hensemnya!’’ Rina menoleh ke arahku
dan bertanya. Aku hanya mengangkat bahu tanpa menjawab pertanyaannya. Aku duduk
di sebelah Ku Shaini dan mengelus rambutnya. Aku perhatikan wajahnya dengan air
mata yang sudah bergenang. Maafkan mama sayang! Kalau kedegilan mama ini sudah
memisahkan anak mama dari papa. Aku berdialog di dalam hati.
‘’Kak
Sha nak tengok dak drama ni? Rina dah download semua episod tapi malam ni Rina
nak tidur awal. Esok baru nak layan kalau ada masa,.’’ Aku menoleh ke arah Rina
dan mengangguk. Bibir sudah tersenyum mendengar pelawaannya.
‘’Joong Ki si cute tu yang berlakon, mesti bestkan?’’ aku menghampiri
Rina sambil bertanya. Rina menolak laptop padaku. Aku mula mengadap skrin
laptop dan klik episod pertama.
‘’Sedih kak Sha, sedia tisu banyak-banyak. Rina dah tengok sampai episod
sepuluh. Marka Kang Ma Roo tu tak setia. Kak Sha tengoklah sendiri!’’ Rina
berkata dan kemudian dia bangun dan menuju ke bilik air.
Aku
mula layan Nice Guy dan fokus dengan setiap sari kata yang disiarkan untuk
memahami jalan ceritanya. Baru tengok separuh episod Rina keluar semula dari
bilik air dan menghampiri tempat tidurnya. Bila Rina sudah tidur lena aku masih
melayan Nice Guy dari satu episod ke satu episod. Memang menyayat hati dan bila
sampai part sedih aku menangis sesungguh hati. Sebenarnya aku bukan tersentuh
dengan drama tu sangat pun. Memang style aku bila sedih dan aku perlu
melepaskan rasa sedih tu aku akan layan gambar-gambar sedih atau membaca novel
sedih. Bila part sedih, aku akan lepaskan semua perasaan sedih aku tu.
Sebenarnya semua ini taktik aku sebab tak mahu orang baca suara hati
aku. Dulu aku pernah sakit hati dengan Kucai tapi aku pendamkan perasaan tu
jadi aku sengaja baca novel Siti Rosmizah yang kebanyakan ceritanya memang
sedih. Kucai kutuk aku bila melihat aku menangis hingga bengkak mata. Semakin
teruk aku menangis bila dengar dia kutuk aku.
Drama Nice Guy ni pun aku rasa aku pernah layan dulu. Pernah disiarkan
dalam tv juga tapi aku tak ingat pula siaran tv yang mana satu. Bila aku perlu
melepaskan perasaanku, aku akan layan apa saja yang terlintas dalam fikiranku.
Bila aku dah malas nak tengok dari episod
ke satu episod sebab malam sudah semakin larut, aku klik episod akhir dah mula
menonton endingnya. Bila masuk part heroin sudah tahu Kang Ma Roo ada kanser
otak aku mula menghayatinya dengan perasaan syahdu. Aku paling sedih bila Kang
Ma Roo menyuruh bekas kekasih pertamanya berubah dan menyerah diri pada polis
dan bila kekasih pertamanya tahu Kang Ma Roo ada kanser otak.
Aku tahu aku bukan Nice Girl atau pun Nice Women tapi sekurang-kurangnya
cerita ini mengambarkan tentang pengorbanan seorang kekasih yang tak pernah
dihargai. Mungkin cerita ini tak ada kena mengena dengan aku namun bila memikirkan
tentang pengorbanan yang tak dihargai kesedihan itu datang tanpa diundang.
Hakikat kehidupan di dunia ini memang banyak beginikan? Pengorbanan kita
selalu kita nak ungkit tapi pengorbanan orang lain pada kita, tak pernah kita
nampak. Aku tak tahu apa pengorbanan yang pernah aku buat dan aku tak tahu apa
pengorbanan Kucai yang harus aku hargai. Yang aku tahu pengorbanan mak su
membesarkan aku dan pengorbanan keluarga mak cik Gayah kerana sudi menerima aku
di rumah ini dan melayan aku sebaik mungkin.
Bila memikirkan semua pengorbanan mak su aku rasa bersalah kerana
menghilangkan diri dan membuatkan dia rasa bimbang. Tapi, dalam masa yang sama
aku seolah ingin membalas dendam pada mak su kerana pernah berpakat dengan
Kucai untuk mengenakan aku walau dia mungkin tak berniat untuk menyakitkan hati
aku.
Aku juga manusia biasa yang lemah.
Sebagai hamba Allah yang lemah aku juga mempunyai banyak kekurangannya.
Selalunya manusia mudah melupakan budi yang ditabur tapi kesan sakit hati yang
diberi lebih meninggalkan kesan yang mendalam di dalam hati. Budi yang ditabur
senang dilupakan orang tapi rasa dendam di hati pula walau dikikis masih tetap
bersisa.
Hurmmm,..aku mengeluh lagi. Tak tahu kenapa keluhan aku kali ini begitu
sukar aku rasakan. Hati dan fikiran aku bertelagah lagi. Bila hati dan fikiran
tak seia dan sekata, jiwa yang menjadi mangsa. Aku tahu sebagai hamba Allah aku
perlu bersedia dengan setiap ujian. Aku perlu Redha menerima takdirnya.
Masalahnya, bukan aku tak boleh terima. Bila minda berkata ya, hati pula
menidakkannya. Jiwa aku pun turut keliru, yang mana satu harus aku pilih?
Ya
Allah! Bantu aku meleraikan segala kekusutan ini. Aku benar-benar mengharapkan
bantuan dariMU ketika ini. Berikan aku jawapannya agar aku dapat membuat
keputusan yang takkan melukakan hati sesiapa pun. Esok Kucai akan pulang semula
ke Kuala Lumpur dan melakukan tugas hariannya. Aku akan kehilangannya lagi. Apa
keputusan yang harus aku beri? Perlukah aku terus berdegil? Atau haruskah aku
korbankan perasaanku demi Ku Shaini Alif?
Air
mata aku mengalir lagi bila aku mula merebahkan diri untuk melelapkan mata
dalam dinginnya dinihari. Malam yang semakin larut aku tempuhi dengan linangan
air mata keresahan dan kekeliruan. Aku manusia pendosa yang sedang membayar
Kifarah dariNYA. Allah sayangkan aku dan aku sedang dalam perhatianNYA. Aku
sedang diuji untuk memantapkan keimananku padaNYA. Semoga hari esok yang
mendatang menjanjikan rahmat dan berkat dariNYA.
................................................
Di awal pagi bila kedai baru saja dibuka Kucai sudah terpacak di depan
kedai. Mak cik Gayah mempelawa dia masuk dengan ramah dan memanggil aku di
dalam rumah. Aku mendukung Ku Shaini dan membawa dia berjumpa dengan Kucai.
Walau aku marahkan Kucai seteruk mana pun, aku tak boleh menafikan hak anak aku
untuk bertemu dengan ayah kandungnya. Itu yang aku fikir dan aku berharap anak
aku dapat mengenali Kucai sebagai ayahnya walau apa pun kemungkinan yang bakal
melanda perhubungan kami.
Sebaik aku berada di depan Kucai dia mengambil Ku Shaini dan
mendukungnya. Digomolnya Ku Shaini sepuas hatinya hingga Ku Shaini merenggek
dan menghulurkan tangannya padaku. Aku pula yang terasa sayu melihat telatah
Kucai. Kemudian dia mengajak aku duduk
dan menyuruh aku mengambil gambar dia bersama Ku Shaini. Bila aku tak
mahu menolongnya dia snap sendiri gambarnya bersama Ku Shaini.
‘’Ira
boh nama apa? Macam mana Ira daftar surat beranak dia? Setahu abang, Ira tak
bawa pun surat nikah kita. Ada ja surat nikah tu pada abang.’’ Mendengar soalan
Kucai aku teringat kembali detik-detik untuk mendaftarkan surat beranak Ku
Shaini di Pejabat Pendaftaran. Aku lahirkan Ku Shaini di Hospital Pulau Langkawi
tanpa sebarang masalah. Memang ada kesukaran bila nak mendaftarkan namanya tapi
memandangkan sekarang ni zaman komputer aku usahakan juga.
Aku ingat lagi dulu bila salah seorang
kawan sekolahku kehilangan surat beranak. Dia hanya perlu mengisi borang dan
mendapatkan surat beranak baru. Semuanya ada dalam komputer. Hanya beberapa
maklumat peribadi saja yang diperlukan. Aku pun lakukan perkara yang sama. Aku
cuma perlu buktikan aku sudah bernikah dan Ku Shaini anak yang lahir dari ikatan
pernikahan. Perkara yang sama aku lakukan macam yang kawan aku pernah lakukan.
Aku isi borang dan isikan maklumat peribadi yang aku tahu. Nasib baik aku dah
hafal nombor kad pengenalan Kucai kerana itulah maklumat terpenting yang perlu
aku isi. Pekerja pejabat pendaftaran hanya perlu cari saja dalam senarai yang
sudah wujud kerana pernikahan kami memang sudah didaftarkan secara sah.
‘’Panggil saja Alif!’’ aku berkata dengan tenang. Nama awal Ku Shaini
aku tak berani nak sebut. Nampak sangat aku masih ingatkan Kucai.
‘’Alif? Kenapa Alif?’’ Kucai tanya lagi. Banyak songeh sungguh!
‘’Sebab dia anak sulung. Alif tukan abjad pertama.’’ Aku jawab sambil
lewa saja, padahal alasan sebenarnya aku sengaja nak samakan nama Ku Shaini
dengan nama Kucai. Kalau ayahnya Ku Shairi Arif, anaknya mestilah Ku Shaini
Alif.
‘’Ooo,.jadi anak nombor dua nanti mesti kena boh nama Ba kan?’’ aku
macam nak tersenyum mendengar pertanyaannya tapi sengaja aku berwajah serius
dan membuntangkan mataku.
‘’Anak orang! Biarlah orang nak boh nama apa pun!’’ sengaja lagi aku nak
membakar hatinya. Dia hanya tersenyum sambil mencebik.
‘’Perasan! Ingat anak Ira sorang ja ke? Kalau tak ada abang ni, takkan
jadi tau!’’ Kucai membalas sambil tergelak perlahan. Giliran aku pula mencebik.
‘’Orang maksudkan anak nombor dua nanti. Bukan orang cakap pasal Alif.’’
Aku menjawab sambil menjegilkan mata. Kucai terus ketawa.
‘’Hei cik adik! Awak ingat Kucai ni nak lepaskan Taugeh macam tu saja
ke? Kalau ada kucai tapi tak ada taugeh, cucur udang takkan jadi tau!’’ aku
mengulum senyum mendengar kata-katanya. Tiba-tiba mod aku baik pulak pagi ni
mendengar setiap patah kata dari Kucai.
‘’Orang goreng cucur udang tanpa kucai dan taugeh okey ja. Menjadi jugak
cucur udang orang tu,.’’ Aku tak mahu mengalah. Jawab tetap jawab. Seketika
kemudian telefonnya berbunyi. Dia menyerahkan Ku Shaini padaku sambil bangun
dan menjawab telefon.
‘’Abang kena balik dulu. Abang tak tau lagi bila nak datang balik. Kalau
Ira rindu nak gaduh dengan abang, fikir dulu ayat-ayat bernas yang Ira nak
cakap. Abang tak mau gaduh dengan Ira lagi. Abang balik dulu. Tunggu abang
tau!’’ Kucai tuturkan ayat-ayatnya dalam keadaan tergesa-gesa dan mencium pipi
Ku Shaini lantas berlalu meninggalkan kami. Aku masih berdiri kaku memerhatikan
langkahnya yang semakin menjauh. Ishh,..dia pergi macam tu saja? Ini lecehnya
kalau berkahwin dengan orang yang sibuk sepanjang masa ni!
‘’Laa,.pi mana dah laki hang? Takkan balik dah kot? Mak dah buat ayaq
ni!’’ mak cik Gayah datang dengan dua cawan air milo panas. Aku mengangguk dan
memandang tepat ke arah wajah mak cik Gayah. Air mataku sudah bergenang dan aku
tak mampu nak menahan lagi. Perlahan air mata itu turun ke pipi. Mak cik Gayah
memandang simpati padaku.
‘’Awat yang hang reyau pulak ni? Kalau hang sayang kat dia awat tak ikut
dia balik? Mak bukan nak halau hang tapi bila dah jadi bini orang ni, marah
macam mana pun laki tetap kena utamakan dulu,.’’ Mendengar kata-kata mak cik
Gayah semakin galak air mata aku mengalir. Aku kesat air mataku yang tak mahu
berhenti. Aku cium pipi Ku Shaini dan peluk kemas anakku.
‘’Dia sibuk mak Gayah. Kalau Sha balik pun, dia bukan selalu ada di
rumah. Kadang-kadang berbulan dia ke luar negeri uruskan hal kerja dia. Kalau
mak Gayah izinkan Sha nak tinggal di sini terus. Sha dah suka sangat tinggal di
sini. Dah jatuh cinta dengan pantai dan laut. Dah tak boleh berpisah lagi
dah!’’ aku berkata lagi sambil mengesat air mata. Aku tergelak kecil cuba
menceriakan hati sendiri.
‘’Boleh
aih,.kalau nak duduk di sini teruih pun. Mak Gayah lagi suka. Jom kita pi
menyorok dulu. Ingatkan nak ajak laki hang menyorok sekali tadi, dia dah balik
pulak dah.’’ Mak cik Gayah berkata sambil mengusap lembut bahuku. Ku Shaini
pula sudah mendepakan tangannya pada mak cik Gayah. Anak aku pun dah panggil
tok kat mak cik Gayah. Nak buat macam manakan. Nama pun budak-budak kecil.
Kalau Damia, Dania dan Danish panggil tok, anak aku yang baru nak belajar cakap
pun akan ikut macam mana mereka panggil.
..................................
Seminggu selepas kedatangan Kucai, keluarga mak su pula menyusul.
Seminggu juga mereka bercuti di Pulau Langkawi ni. Mereka menyewa di homestay
yang berhampiran dengan pantai. Mak su cakap mereka jumpa kereta aku dan beg
pakaian aku di dalam kereta. Yang hairannya, walau pun kereta aku hilang di
Alor Setar tapi kereta aku dijumpai di Shah Alam Selangor. Mereka sangkakan aku
yang mengalami kemalangan. Kucai bercuti sebulan selepas itu dan mencari aku di
semua hospital di seluruh Perak dan selangor.
Mak
su kata Kucai alami kemurungan yang teruk selepas aku hilang. Setahun selepas
aku hilang barulah Kucai kembali pulih dan mula sibuk dengan kerja. Kucai gila
kerja selepas dia bangkit kembali dan tak menghiraukan lagi tentang
kehidupannya. Walau dipaksa untuk berkahwin sekali lagi, dia tak pernah
menghiraukannya. Bila Kucai rindukan aku, dia akan datang ke kampung kami dan
tidur di dalam bilikku yang mana tapak bilikku itu adalah tempat pokok rambutan
yang menjadi kenangan antara kami ketika masih kecil.
Bila diingatkan semula cerita mak su, ada sedikit rasa kelakar. Manusia
memang begitu sifatnyakan? Bila ada tak dihargai. Bila dah kehilangan, barulah
nak merindui. Hurm,.
Dua
hari selepas mak su pulang, mama dan papa pula datang bersama kak Yani, Suzy
dan keluarga masing-masing. Mereka juga menyewa homestay yang sama mak su sewa
kerana homestay itu lebih dekat dengan rumah mak cik Gayah. Siang dan malam
mereka datang menziarahiku dan ajak aku berbual. Mereka juga membawa aku dan Ku
Shaini pergi bershoping. Mereka hanya tinggal tiga hari dua malam di sini. Dua
malam juga aku menginap di homestay bersama mereka. Mama kata mereka datang
lewat kerana mereka baru balik dari London kerana melawat Naimah yang baru
melahirkan anak keduanya. Naimah berkahwin dengan mat saleh dan menetap di
London sekarang ni. Daebak! Naimah terbaeek! Lega aku mendengarnya.
Bila mama bercerita pula tentang Kucai selepas kehilangan aku, ceritanya
agak sedih berbanding cerita mak su. Kata mama, Kucai selalu mengelamun dan
meracau ketika tidur. Diri tak terurus dan kesihatannya tak menentu. Kucai juga
hilang selera makan. Badan Kucai susut teruk.
Suatu hari mama kata pada Kucai ‘’ Kalau angah sayangkan Ira, berdoalah
pada Allah agar Allah tempatkan Ira bersama orang-orang yang beriman tapi kalau
angah yakin Ira masih hidup, angah tak boleh melamun sepanjang hari macam ni.
Kalau Ira masih hidup tentu dia akan reject angah kalau angah selalu sakit dan
kurus macam ni. Angah mahu ke kena reject dengan Ira?’’
Dalam sedih aku tersenyum lucu mendengar cerita mama kerana ayat yang
mama karang itu telah membuatkan Kucai bangkit kembali. Cuma masalah lain pula
yang timbul. Kucai terlalu tumpukan pada kerja hingga lupakan masa untuk
berseronok. Amal ibadat memang Kucai buat tapi
Kucai dah jarang ke masjid. Solat pun selalunya di akhir waktu atau pun
Kucai selalu mengkhada solatnya kerana sering kesuntukan masa.
Selepas keluarga mertuaku pulang aku menanti kedatangan Kucai setiap
hari. Macam hari ini aku menyusuri tepi pantai lagi bersama Ku Shaini. Aku tak
bekerja hari ini. Mak cik Gayah macam tahu saja mod aku untuk bekerja sudah
hilang sejak Kucai datang ke sini.
Tak
tahulah kenapa hati aku berdegil untuk terus tinggal di sini. Pujukan mama, kak
Yani, Suzy serta mak su menyuruh aku kembali ke rumah kami tidak berhasil.
Mereka pulang dengan kehampaan. Tiada siapa yang boleh memaksa aku untuk
kembali ke sana. Kalau Kucai masih nakkan aku, dia yang harus tinggal di sini
bersama aku. Eh! Kejam sangat ke statement aku ni? Aku tak cakap pada
siapa-siapa pun suara hati aku ni. Aku hanya berkata pada diri sendiri. Aku
yakin Allah tahu isi hatiku. Aku akan sabar menanti apa yang bakal mendatang.
Aku percaya Allah dah tetapkan sesuatu yang terbaik untukku.
Aku tak mahu pulang ke Kuala Lumpur kerana
aku rasa hidup di sini lebih tenang dan damai. Kuala Lumpur sebuah bandar yang
penuh kesibukan dan kesesakan. Lagi pun Kucai bukan selalu ada di rumah. Bila
dah ada anak ni, aku pun sudah malas untuk pergi kerja lagi. Aku lebih suka
menjadi suri rumah sepenuh masa. Aku impikan seorang suami yang sentiasa ada
bila aku perlukannya. Bukan seorang suami yang sentiasa sibuk macam Kucai dan
selalu tinggalkan aku. Aku bukan ingin menolak kehendak takdir. Aku cuma
berharap untuk hidup sederhana dan bahagia.
‘’Ma,ma,ma,ma,..’’ Ku Shaini bersuara sambil menarik kainku. Aku
tersenyum sambil duduk bertinggung dan memandang wajahnya.
‘’Tam,tam,..’’ Ku Shaini menunjukkan beberapa ekor anak ketam kecil yang
sedang berlari-lari di atas pasir. Aku menangkap seekor ketam dan memberi
padanya. Dia sudah ketawa keriangan tapi tak berani memegang anak ketam itu.
Aku tersenyum lagi melihat gelagatnya.
‘’Alif,.’’ Aku tak tahu bila Kucai tiba. Dia panggil Ku Shaini dan
mendukungnya. Dia cium pipi Ku Shaini kiri dan kanan. Ku Shaini mendepakan
tangannya padaku sambil merenggek.
‘’Alif rindu papa tak?’’ aku mencebik pada Kucai. Anak dia tu baru dua
kali jumpa dia. Macam mana nak rindu. Jumpa pun baru beberapa minit saja hari
tu.
‘’Tanya mama,.mama rindu papa tak?’’ Kucai bersuara lagi. Eh! Dia yang
rindu aku, tak nak cakap!
‘’Papa cakap ajelah,.papa tu yang rindu mama dengan Alif. Tak payahlah
nak buat-buat tanya Alif pulak!’’ aku suarakan rasa hatiku. Kucai memandangku
dan menjungkitkan keningnya.
‘’Yalah! Abang tahulah,.abang sorang ja yang rindukan Alif dengan orang
tu tapi orang tu tak rindukan abang pun,.’’ Kucai bersuara lanjut. Aku mengulum
senyum lagi. Niat di hati nak menyakat dia dengan ayat-ayat sentap aku, tapi
aku teringat pula kata-kata terakhirnya sebelum dia pulang ke Kuala Lumpur.
Kalau aku nak bergaduh dengan dia lagi, aku kena buat ayat-ayat bernas kerana
dia tak mahu bergaduh dengan aku lagi. Aku pun dah malas nak bergaduh dengan
dia jugak. Lebih baik aku berhati-hati sebelum berkata.
‘’Macam mana encik Kucai tahu orang di sini tak rindukan orang di sana?
Encik boleh baca hati orang di sini ke?’’ aku
berkata lagi sambil tersenyum lucu.
‘’Kalau orang di sana, rindukan orang di sini jugak, kenapa orang di
sana nak berencik-encik pulak? Tak boleh panggil abang macam dulu-dulu ke?’’
Kucai mengikut rentak aku. Tanpa sedar aku sudah ketawa perlahan. Alahai,..
‘’Tak mau pangge abang. Nak pangge pak hang boleh dak?’’ tetiba aku
bercakap loghat Kedah. Kucai sudah ternganga memandang aku. Sesaat kemudian dia
sudah tergelak.
‘’Hodoh
sangat aih! Tak romantik langsung!’’ Kucai menjawab pertanyaanku sambil
bibirnya masih lebar dengan senyuman.
‘’Orang di sini bukan macam orang di sana. Romantiklah sangat, sampaikan
di tempat awam pun berani nak kiss orang. Macam dia sorang ja ada bini.’’ Aku
teringatkan adegan Kucai mengucup dahiku dan pipiku ketika hari lahirnya dulu.
Bila aku cakap macam tu, dia kenyitkan matanya dengan spontan dan bibirnya
semakin lebar dengan senyuman. Wajah aku pula yang berbahang. Huh!
Hampeh,.terlebih berfikir la tu!
‘’Amboih! Teringat lagi? Nak abang kiss Ira di tepi pantai ni pulak ke?
Buat kenangan seumur hidup.’’ Mata aku terbuntang mendengar kata-katanya. Kalau
berani buat macam tu dalam kampung ni, bukan kenangan seumur hidup namanya.
Maunya kena kutuk seumur hidup. Agak-agaklah nak tunjuk romantik punkan? Dalam
zaman sekarang ni, ramai orang dah hilang malu. Dalam facebook pun dah
macam-macam aku jumpa. Gambar couple pun ada yang masuk dalam fecebook bercium
mulut. Entah apa-apalah orang sekarang ni. Kalau gambar mat saleh aku tak
heran. Ini gambar orang melayu pulak tu. Dah sah beragama Islamkan sebab yang
perempuan memakai tudung.
Aku
tak mahu nak menyentuh isu ini kerana aku juga ada anak dan bakal ada cucu dan
cicit suatu hari nanti. Apa yang mampu aku buat hanya terus berdoa agar
keturunanku yang akan datang terhindar dari perangai tak senonoh ini. Mudahan
anak-anak, cucu dan cicit serta seluruh keturunan aku mempunyai sifat malu yang
tinggi dan malu yang dimaksudkan itu biarlah malu bertempat.
‘’Bukan teringat cuma mengingatkan supaya
encik Kucai tak buat lagi. Kita ni tinggal di Malaysia dan negara kita ni ada
adab tersendiri. Orang nak buat apapun, lantak merekalah. Kita jangan nak tiru
pulak budaya mat saleh tu. Tak sesuai langsung!’’ bila aku berkata begitu Kucai
sudah merenung wajahku. Mai dah perangai nak tenung orang ni. Aku pulak mula
nak mengelabah bila dia tenung aku macam tu. Aku ambil Ku Shaini yang masih
merenggek dan berkalih ke arah laut.
‘’Abang dah beli rumah di hujung sana tu, malam nanti Ira tidur di rumah
kita ya? Abang dah kemaskan dah sejak abang sampai petang kemarin. Ira cuma
balik tidur saja. Tak payah masak, kita makan di kedai saja untuk dua tiga hari
ni sebab belum ada barang dapur dan periuk belanga. Nanti kita pi shoping.’’
Aku berpaling pantas ke arahnya. Dia mengangguk dan tersenyum. Aku yang
terlopong seketika.
‘’Yang tepi homestay tu ke? Wow! Lanskap rumah tu cantik. Beli ke sewa
ja?’’ aku tanya lagi untuk kepastian. Tuan rumah tu baru berpindah sebulan
lepas. Ada orang cakap sewanya mahal sangat jadi ramai yang tak mampu nak sewa.
‘’Beli! Tapi abang sewa tempat pendaratan ikan. Abang dah berhenti kerja
di syarikat pak long. Abang nak jadi pemborong ikan di sini. Kita menetap di
sini ya sampai tua. Irakan suka tengok laut?’’ Hah? Yeaaa,.aku nak balik buat
solat sunat syukurlah kalau macam ni. Hajat aku dah tercapai. Terima kasih Ya
Allah kerana menunaikan impianku ini.
‘’Betul ni?’’ aku bertanya dan mata aku sudah berkaca-kaca kerana air
mata aku sudah tidak sabar untuk gugur ke pipi. Aku gembira sangat. Ini air
mata kegembiraan. Akhirnya Kucai kembali padaku dan dia akan sentiasa ada
bersamaku.
‘’Demi cinta abang untuk Ira abang hadiahkan rumah tu tapi Ira kena
berjanji untuk hadiahkan abang dengan anak yang ramai.’’ Kucai melafazkan lagi
kalimah cintanya padaku dengan bersyarat. Aku sudah kebam bibir dan memandang
ke arah lain. Merah jugak wajahku ini. Baru jumpa dah berangan nak anak ramai.
Huhu,..
‘’Hitamlah abang lepas ni,..selalu berjemur di tepi laut ni,..’’ Kucai
berkata lagi. Aku menoleh ke arahnya dan dia kenyitkan mata. Uishh,..entah
apa-apa. Nak mengorat bini sendiri.
‘’Hitam kulit tak apa,.hati tu yang penting! Dan paling penting adalah
kesetiaan. Lepas ni kalau nak berbaik dengan orang lagi, jangan nak layan bini
orang lain dah. Orang tak suka. Orang cemburu. Orang sakit hati! Faham tak?’’
terluah juga kata-kata itu. Aku renung Kucai untuk melihat reaksinya. Dia
mengangguk dan wajahnya nampak serius. Macam setuju saja?
‘’Okey ja! Tapi kenapa isteri abang ni asyik dok ‘orang-orang’ saja. Dah
teringin nak jadi orang-orang pulak ke? Abang pi letak tengah bendang untuk
halau burung ciak, baru tau!’’ aku
mencebik. Kalau ya pun, bagilah aku biasakan diri dulu. Malu tau nak
manja-manja dengan dia sekarang ni. Dah lama tak jumpakan?
‘’Biarlah!,.Jom kita balik Alif. Anak mama tak mandi lagi ni. Dah buchuk
masam tau.’’ Aku berkata pada Ku Shaini dan mencium pipinya bertubi-tubi.
‘’Hai,.ini yang abang cemburu ni. Cium anak saja ke?’’ aku jeling Kucai.
Mula dah la tu nak buat ayat-ayat nakal dia?
‘’Ini buah hati orang tau. Kenalkan Ku Shaini Alif Bin Ku Shairi
Arif,.hehe,..’’ aku sebut nama penuh Ku Shaini sambil melangkah laju. Kucai
mengikut aku dan berjalan beriringan denganku.
‘’Ooo,.Ku Shaini ya. Nampak sangat ada orang rindukan abang tapi tak nak
ngaku?’’
‘’Biarlah! Hati Ira bukan hati Kucai!’’
‘’Apa? Taugeh ni memang nak kenakan? Sejak bila kucai ada hati ni?
‘’Patutlah pun!’’
‘’Apa yang patut?’’
‘’Encik Ku Shairi tak ada hati?’’
‘’Eh! Jangan nak cakap berbelit hah! Abang cakap kucai yang tak ada
hati!’’
‘’Tak apa! Tengahari nanti Ira gorengkan kucai dengan hati ayam jamu
abang naa?’’
‘’Jangan lupa,.campur taugeh sama, tak ada taugeh tak sedap pulak
nanti.’’
‘’Nampak sangat kucai tak boleh hidup tanpa taugeh?’’
‘’Tahu tak apa!’’
********************TAMAT*************************
Nota; Dah malas nak edit,..ada salah dan silap, harap maaf!!
Err ok
BalasPadambest, tapi cuma sye nak tahu lagi sbb si kucai tu brprangai pelik dgn ira. sampai salam pun dia tarik tngan jer. kecil hati kawe hehehhe
BalasPadamSirah bk...wah, ronda sakan dia..terima kasih ya, sudi baca dan tinggalkan komen.
Padamhaa..nama pun Kucai, memanglah pelik sikit. Lepas ni boleh masukkan dalam tepung campur taugeh dengan udang sekali..hihi😂😂
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padam