Sabtu, 22 Ogos 2015

Aku Hanya Pekerja Separuh Masa

                ‘’Berambus!!! Aku tak mahu tengok muka kau lagi! Manusia tak kenang budi. Budi yang aku tabur, racun yang kau balas?! ‘’ aku sudah menangis teresak-esak mendengar tuduhan mak su. Tergamak mak su menghalau aku dari rumah aku sendiri. Sejak mak tok meninggal mak su tinggal bersama kami tapi bila ibu dan ayah bersama dua orang adik-adikku terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia, mak su mengambil alih membesarkan aku.

               ‘’Semua ini  cuma salah faham saja Yah. Janganlah bertindak melulu! Dengar dulu penjelasan kami.’’ Aku dengar pak su cuba memujuk mak su yang sudah dilanda taufan kemarahan.

                ‘’Salah faham? Eh! Kau nak tipu siapa? Aku tengok sendiri dengan mata aku ni. Korang berpeluk sakan tadikan? Depan aku pijak semut pun tak mati. Tapi belakang aku kau main kayu tigakan JANTAN?!’’ mak su memekik lagi. Aku sudah tidak mampu bersuara mendengar tuduhan demi tuduhan dari mak su. Aku terus menangis dan menangis menerima hukuman dari mak su.

                 ‘’Kejadian sebenarnya bukan macam tu Yah. Abang cuma nak,..’’

                 ‘’Diam!! Jangan nak karang cerita yang tak ada boleh tak? Aku tak sudi nak dengar!’’ mak su memintas kata-kata pak su. Aku sudah tertunduk dan tangisanku semakin kuat bila mak su menolak kepalaku dan menekan wajahku ke lantai.

                ‘’Sudah! Jangan nak seksa budak tu lagi. Kalau Yah tak mahu percayakan abang, tak apa! Abang tak kisah, tapi Ira ni anak saudara awak Yah. Darah daging awak sendiri. Selama ni pernah ke dia berkelakuan tak senonoh dalam rumah ni? Jangan nak menghukum mengikut nafsu Yah. Gunakan sama akal yang Allah berikan.’’ Pak su menyabarkan mak su yang sudah macam orang kerasukan. Dia menarik mak su agar jauh dariku. Aku dapat bernafas semula bila mak su melepaskan cengkamannya. Aku tak kisah kalau tubuh aku disakiti tapi sekarang ini hatiku yang lebih sakit bila mak su yang aku percaya akan membela aku bila aku dalam kesusahan membuat tuduhan melulu padaku.

              Mak su meluru masuk ke bilikku bila pak su menghalangnya dari menghampiriku lagi. Beberapa minit kemudian mak su keluar dari bilikku bersama beg pakaian dan baju-bajuku. Aku memerhatikan telatah mak su dengan mata pegun. Hati aku benar-benar takut andai mak su menghalau aku dari rumah ini. Ke mana aku akan membawa diri nanti? Aku tak kenal saudara mara yang lain selain mak su.

              ‘’Keluar kau dari rumah ni!’’ sebaris ayat mak su membuatkan badanku mengigil. Jangkaan aku benar. Mak su ingin menghalau aku dari rumah ini. Aku ingin menjadi kuat untuk mempertahankan hak aku. Ini rumah aku! Kenapa aku yang perlu keluar. Kalau mak su dah tak sukakan aku lagi, mak su yang harus keluar dari rumah ini, bukannya aku.

         ‘’Ini rumah Ira. Kenapa Ira pula yang harus keluar?’’ aku bersuara perlahan dalam esakan tangis yang masih bersisa. Aku memberanikan diri mengangkat muka dan merenung mak su. Laju langkah mak su menghala ke arahku. Belum sempat tangan mak su mencapai tubuhku, sekali lagi pak su mengheret mak su agar menjauhi aku.

               ‘’Kau jangan nak perasan eh! Rumah ni dah lama jadi hak milik aku. Aku bela kau sejak kecil lagi tau. Geran rumah ni dan geran tanah rumah ni pun nama aku tau. Kau tak ada hak nak cakap macam tu. Sekarang, ambil kain baju kau ni dan bungkus. Berambus dari rumah ni!!’’ minda aku membeku tiba-tiba. Bibir aku terketar-ketar mendengar ungkapan mak su. Selama ini mak su tak ikhlas memelihara aku!? Dia cuma nak rumah ni. Kenapa harus ada nama dia sedangkan akulah satu-satunya waris ayah yang masih hidup? Kenapa mak su buat aku begini? Apa salah aku?

               ‘’Ira!’’

               ‘’Shahira Yusriani!’’

               ‘’Oii,.kau melamun apa ni?’’ bahu aku ditolak kasar. Aku menoleh pantas dan memerhati wajah orang yang sudah duduk di sebelah aku. Keningnya dijungkitkan beberapa kali.

             ‘’Kau dah sampai planet mana ni? Kau dah balik ke bumi ke belum?’’ tangannya digawangkan di hadapanku. Aku mengukirkan senyuman melihat gelagatnya. Seminit kemudian aku mengeluh deras dan kembali merenung langit malam. Hanya DIA yang tahu perasaan aku sejak dihalau dari rumah oleh mak su sejak setahun yang lalu. Puncanya dia menuduh aku mengoda pak su walau hakikatnya pak su hanya menolong aku bila aku terjatuh. Mak su tak nampak part aku terjatuh tapi mak su hanya nampak bila pak su cuba merangkul aku bila aku tergelincir lagi selepas itu. Aksinya betul-betul macam drama di tv. Sukar nak percaya bila adegan itu mengena batang hidung aku sendiri.

          ‘’Macam mana kau tahu aku ada di sini? Kau guna mangkuk hikmat ke tengok aku kat mana?’’ aku cuba berseloroh dengan Nick atau nama sebenarnya Naimah. Kisah Naimah lebih tragis dari kisahku. Dia diperkosa bergilir-gilir dan dihalau dari rumah oleh ayahnya sendiri bila dia mengandung. Ayah Naimah tak percaya Naimah diperkosa dan menuduh Naimah berzina. Nasib Naimah lebih parah bila kandungannya gugur bila dia kemalangan jalan raya ketika kandungannya berusia lapan bulan dan Naimah kehilangan anaknya itu.

           ‘’Kau ingat kisah lama lagi ke? Tak payah nak ditoleh ke belakang lagi Ira. Dunia ini luas. Kita pun dah jumpa dunia baru kita.’’ Aku dengar Nick bersuara perlahan. Jari jemari aku digengamnya. Aku mengeluh lagi.

        ‘’Ya. Dunia baru kita yang hanya ada kita berdua.’’ Aku membalas kata-katanya dan memaksa bibirku untuk senyum. Aku menoleh ke arah Nick. Wajahnya yang putih bersih dan licin tanpa sebarang cela. Nampak comel sangat dengan hidungnya yang mancung. Berambut pendek macam lelaki dan Nick memang nampak macam lelaki. Gayanya juga agak kelelakian. Nick adalah tomboy comel yang menyelamatkan aku dari merempat di tepi jalan. Dia yang membawa aku ke dunia baru kami.

            ‘’Jom balik! Esok kita nak kerja. Kau pun sejak balik kerja petang tadi tak berehat lagi. Kalau sakit karang, siapa yang susah? Aku jugak!’’ Nick menarik tanganku supaya bangun. Aku patuh dan bangun sambil menyapu punggungku.

.............................................................

                      Kerja aku berjalan seperti biasa. Selepas subuh aku menolong Kak Kiah jiran sebelah rumah kami berniaga nasi lemak dan kuih muih. Pukul sepuluh pagi aku bekerja menjadi pencuci di sebuah Syarikat besar hingga pukul lima petang. Kerjanya tak banyak, hanya kadang-kadang aku diminta mengantikan pekerja-pekerja tetap yang bercuti.

                 Malam pula aku mengambil upah mencuci pinggan mangkuk di sebuah gerai makan yang beroperasi dari pukul 7.00 malam hingga pukul 12.00 malam. Hari minggu pula aku akan bekerja di rumah orang sebagai pembantu rumah. Kerja aku kemas rumah, cuci pakaian dan akan memasak andai diminta.

            ‘’Shahira! Kau nak buat kerja part time tak? Bos sedang cari orang untuk kemas rumah dan memasak di rumahnya. Kalau kau nak, aku nak bagitau bos. Kerjanya cuma dari pukul lima hingga pukul tujuh saja. Selepas pukul tujuh bos dah balik rumah, jadi kalau boleh bos tak mahu terserempak sebab dia kata kawasan perumahan dia tu banyak stalker.’’ Setiausaha syarikat tiba-tiba datang padaku dan menyoal aku dengan soalan yang tak pernah aku duga. Aku berfikir sejenak sebelum menjawab.

           ‘’Bos cakap, kalau ada orang nak kerja, dia akan bagi gaji hari,’’ Suzy menyambung kata. Aku sudah mula berminat mendengarnya sebab bila aku menolong kak Kiah upahnya tak menentu. Kadang-kadang kak Kiah bayar seminggu sekali. Adakalanya dua atau tiga minggu sekali. Kerja mencuci di sini pula sebulan sekali. Itu pun tak banyak sebab aku hanya dipanggil sekali sekala saja. Kerja di gerai pulak walau agak lumayan tapi selalunya terpulang pada majikan aku bila dia nak bayar. Dia bayar sesuka hati dia saja. Kadang-kadang banyak, kadang sikit, itu pun sebulan sekali.

              ‘’Nak! Nak!’’ tanpa berfikir panjang lagi aku menjawab sambil menganggukkan kepala berkali-kali. Dalam minda pula menghitung waktu. Mampukah aku mengejar masa? Aku bertanya diri sendiri.

              ‘’Jom ikut aku jumpa bos!’’ Suzy terus melangkah selepas habis berkata-kata. Aku tiada pilihan dan mengekorinya dari belakang. Setakat ni kerja aku hanya mencuci di koridor pejabat saja. Kali pertama aku dibawa masuk ke pejabat aku perhatikan seluruh pejabat yang lengkap dengan peralatan mewah. Komputer-komputer besar yang ada disetiap meja pekerja begitu membuat aku teruja. Dulu aku selalu juga masuk ke CC dengan kawan-kawan bila cuti sekolah. Sejak menjadi perantau ni aku belum berpeluang lagi menyentuh komputer. Sudah setahun aku tinggalkan dunia maya sejak aku bekerja di sini. Aku tak mampu lagi untuk membeli telefon bimbit. Semua barang aku mak su dah rampas. Nasib baik pak su curi-curi jumpa aku dan beri aku duit supaya aku dapat berhijrah ke sini.

         ‘’Bos! Dah dapat orang yang sanggup. Saya dah bawa dia ke sini.’’ Aku cuba mengintai wajah bos yang membelakangi kami. Dia berpusing dan memandang kami. Aku terus tunduk  sambil bermain dengan jari jemariku. Jantungku sudah berdegup dengan laju akibat takut bertentangan mata dengan bos yang tak pernah aku lihat wajahnya.

          ‘’Hmm,.awak boleh keluar. Saya nak interview dia sikit.’’ Aku sudah mula mengelabah bila Suzy melangkahkan kakinya ke arah pintu. Serba tak kena aku memandang Suzy yang sudah menjauh dan wajah bos yang sedang berdiri di hadapanku.

          ‘’Nama?’’ sepatah kata yang membuatkan tubuh aku berpeluh dan mengigil.

         ‘’Err,.aa,.Ira. Shahira. Shahira Yusriani Bt Mohd Yusri,’’ tergagap-gagap aku menjawab. Tubuhku terus mengigil. Seram sejuk aku berhadapan dengan bos kami.

        ‘’Umur?’’ aku mendonggak dan cuba bertentang mata dengan bos. Wajah bos yang serius membuatkan aku tunduk kembali. Sesaat kemudian aku kembali mendonggak sambil menjawab perlahan.

           ‘’Dua puluh tiga,’’ aku tertunduk lagi. Tanganku sudah mula berpeluh walau sedang berada dalam bilik pejabat yang berhawa dingin. Jantung aku semakin laju berlari. Aku menarik nafas dan cuba mengawal rentak jantungku.

           ‘’Pukul berapa awak balik?’’ aku memandang wajah bos lagi sambil mengangkat sebelah tanganku yang bermaksud pukul lima. Bos mengangguk dan menarik kerusi padaku dan menyuruh aku duduk.

           ‘’Kenapa? Tak sudi nak duduk? Awak takut saya makan awak ke? Jangan bimbang, saya tak pernah makan orang lagi seumur hidup saya. Duduk dulu dan tarik nafas perlahan-lahan. Tak pernah lagi dalam sejarah, ada orang pengsan dalam pejabat ni akibat mengelabah. Saya tak mahu  awak jadi orang pertama yang pengsan dalam pejabat saya ni.’’ Bos kami bersuara lagi bila aku masih berdiri kaku. Ayat-ayatnya telah membuatkan wajah aku berbahang dan bertukar warna. Malu tak terkata bila bos yang sedang berdiri di hadapanku dapat menangkap situasiku.

              Perlahan aku melangkah ke arah kerusi di hadapanku dan mula duduk. Aku memujuk diri agar berkelakuan baik dan tunjukkan wajah yang tenang. Bos terus merenung wajahku. Aku mengelabah lagi melihat gelagat bos. Bibirnya seakan ingin tersenyum namun tiada senyuman yang dipamerkan. Bos! Tolong jangan mendera perasaan aku macam ni. Aku berbisik di dalam hati.

          ‘’Tinggal di mana?’’ bos mula menyoal lagi.

           ‘’Taman Arjuna.’’ Aku menjawab perlahan sambil menundukkan wajah.

             ‘’Saya tak suka orang yang cakap dengan saya tapi tak mahu pandang wajah saya.’’ Bos bersuara tegas. Aku mendonggak pantas dan menatap wajah bos yang masih pegun memandang wajahku. Aku nekad takkan tunduk lagi walau wajah aku sudah berbahang dan warnanya terus berubah merah.

         ‘’Dengan siapa?’’ temudugaku terus berlangsung walau aku pasti langsung tiada kena mengena dengan kerja yang aku mohon.

           ‘’Kawan,’’ aku menjawab sepatah.

           ‘’Lelaki ke perempuan?’’ soalan tak logik bos membuatkan aku merenung tajam ke arahnya. Ingat aku ni teruk sangat ke sampai nak bersekedudukan dengan lelaki? Aku merungut di dalam hati.

          ‘’Perempuan.’’ Aku menjawab lemah dan mata aku terus terpaku ke arah wajah bos.

          ‘’Dah kahwin? Boyfriend? Kekasih?’’ aku mengeluh kasar mendengar soalan bos yang seterusnya. Aku rasa hatiku sudah tidak sabar untuk melenting.

          ‘’Bos nak cari calon isteri ke nak cari tukang cuci rumah?’’ dengan beraninya aku bersuara. Bos kami tergelak perlahan sambil  merenung wajahku. Aku sudah mengebam bibir menahan geram.

           ‘’Awak lulus temuduga. Ni kunci pendua rumah saya. Dan ini,.’’ Bos menghulurkan sekeping kertas dan memberikan aku kunci.

      ‘’Alamat rumah saya,.’’ Bos menyambung kata. Aku mencapai perlahan kertas yang bos beri. Alamat rumahnya tak jauh sangat dari rumah sewa kami. Aku mengangguk dan bangun. Kunci yang bos beri aku capai dan simpan dalam poket seluarku.

           ‘’Ni duit. Awak boleh mula hari ni, balik nanti awak beli barang untuk masak dan masakkan makan malam saya sekali. Selepas pukul tujuh malam saya akan balik, pastikan awak dah tinggalkan rumah ketika saya sampai. Balance duit ni awak boleh simpan. Gaji awak saya akan bayar esok.’’ Bos menghulurkan not seratus padaku. Aku mengambilnya dan berlalu keluar. Aku menarik nafas lega selepas pintu pejabat bos aku tutup.

......................................................

                  Aku memerhatikan nombor setiap rumah. Sampai di rumah paling hujung sekali aku belek sekali lagi alamat yang diberi. Bila aku pasti itulah rumahnya, aku mula menghampiri pintu pagar dan cuba memasukkan kunci namun bila aku baru saja menyentuh pintu pagar ada pengera berbunyi kuat. Aku panik! Terlalu panik hingga aku terfikir untuk lari dari rumah itu.

              Ponnnnnn!! Kuat bunyi hon kereta di belakangku dan pengera berhenti berbunyi dengan sendirinya. Pintu pagar terbuka perlahan-lahan. Pemilik kereta keluar dari kereta dan menghampiriku.

            ‘’Maaf! Saya lupa nak cakap tadi. Kunci tu untuk buka pintu pagar hujung sana ja. Pagar ni kena guna remote control. Awak masuk dulu. Saya nak keluar jumpa kawan. Sebelum maghrib nanti baru saya pulang. Pastikan awak dah balik sebelum saya balik.’’ Aku menganggukkan kepala dan meloloskan diri masuk. Selepas aku masuk pintu pagar ditutup oleh bos. Aku memerhatikan bos yang menghampiri keretanya semula. Kemudian dia berhenti melangkah dan menuju ke arah pintu pagar. Dia mengamit aku.

              ‘’Nanti awak keluar guna pintu hujung sana ya, ataupun keluar ikut pintu belakang.’’ Bos bersuara dan aku hanya mengangguk laju.

                ‘’Pergi masuk. Masak sedap-sedap, saya nak makan di rumah malam ni. Dah lama saya tak makan masakan rumah.’’ Aku tak tunggu lama, terus berpusing dan melangkah. Aku tak toleh belakang lagi selepas kakiku melangkah ke hadapan. Buka pintu dan tutup pintu dan,.wow! Aku terpegun melihat hiasan rumah yang hanya ada dua warna. Hitam dan putih yang menjadi tema di dalam rumah ini. Serius bukan warna yang aku suka tapi tetap menarik dipandangan mataku.

..................................................

                  Kerja aku semakin bertambah dan waktu rehat aku semakin pendek. Bila aku mula bekerja di rumah encik Ku Shairi masa rehat aku hanya dari pukul 12.00 hingga pukul 5.00, letih tak terkata kerana hari sabtu dan ahad pula aku membuat kerja sebagai pembantu rumah di rumah orang lain pula.

              Aku bukan sengaja nak mendera diri sendiri. Aku ada misi yang perlu aku laksanakan. Aku nak capai impianku untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Aku teringin nak mengenggam segulung ijazah yang aku idamkan dan seterusnya menjawat jawatan idamanku. Berdikit-dikit dahulu, berenang-renang kemudian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Biarlah pepatah ini yang aku pegang. Aku sebatang kara kini. Yang ada di sisiku hanyalah sahabat baikku Nick. Dia pun mungkin akan tinggalkan aku suatu hari nanti. Kita takkan dapat melihat masa depan jadi aku perlu bersedia untuk berdepan dengan masa depan yang aku sendiri belum pasti.

                 ‘’Shahira!’’ aku mendonggakkan wajah. Suzy sedang melangkah laju ke arahku. Aku terpaku memerhatikan langkahnya yang semakin menghampiriku. Mop yang aku pegang aku jadikan tongkat. Berlagak selamba walau hatiku sudah tepu dengan perbagai persoalan.

                ‘’Bos nak jumpa. Bos cakap ada barang dalam rumah dia yang dah hilang.’’ Suzy bersuara serius. Aku terlopong. Mulutku ternganga luas. Mindaku cuba mengingat kembali kalau-kalau ada barang di rumah bos yang sudah ku ambil dan dibawa pulang.

              ‘’Mana ada!’’ aku bersuara separuh kuat. Suzy angkat bahu dan berlalu. Aku tiada pilihan melainkan mengikut saja arahan yang diberi. Aku simpan dulu peralatan mencuci di dalam stor dan menuju ke bilik bos. Dada aku sudah sesak dan nafasku hampir terhenti bila mindaku tak sudah-sudah bekerja.

                   Aku ketuk pintu sebelum masuk. Bila terdengar suara dari dalam bilik bos menyuruh aku masuk barulah aku memulas tombol pintu dan meloloskan diri. Pintu aku tutup perlahan dan langkah goyahku juga perlahan menuju ke arah meja bos. Aku menatap wajah bos yang masih tekun bekerja. Sempat aku menganalisis wajah bos dengan sepasang mataku. Dari rambut, turun ke kening, mata, hidung dan bibirnya. Bila bos mendonggak aku terus kaku dan menundukkan wajah.

                 ‘’Gaji awak kelmarin dan duit untuk membeli bahan masakan hari ni. Sedap awak masak kelmarin. Mana awak tau saya suka makan masak lemak cili padi ketam?’’ bos menghulurkan beberapa keping not lima puluh padaku. Aku masih tak bergerak dan memandang wajah bos dan duit yang dihulurkan bersilih ganti.

             ‘’Suzy cakap, bos panggil sebab ada barang di rumah bos yang hilang. Barang apa yang hilang bos?’’ aku menyuarakan apa yang ingin aku katakan. Bos menatap tenang wajahku.

            ‘’Saya tak cakap pun. Saya cuma suruh Suzy panggil awak saja.’’ Aku mengaru tengkukku yang tak gatal. Aku tersalah dengar ke tadi? Aku berbisik di dalam hati.

           ‘’Suzy! Masuk sekejap!’’ bos menekan interkom dan bersuara serius. Aku hanya memandangnya dengan pandangan hairan.

              ‘’Ya bos?’’ Suzy masuk dan berdepan dengan bos. Aku menoleh sekilas ke arahnya dan memandang bos semula.

         ‘’Bila saya bagitau awak barang dalam rumah saya hilang?’’ bos menyoal terus. Aku pandang Suzy untuk melihat reaksinya dan menunggu jawapannya.

         ‘’Saya bergurau saja dengan Shahira tadi bos. Dia ni memang pelik sikit bos. Kalau bagitau dia bos nak jumpa takut dia buat-buat lupa tapi kalau bagitau ada barang hilang laju la dia masuk.’’ Suzy berkata dan kemudian memandang ke arahku sambil mengangkat dua jarinya.

           ‘’Peace!’’ aku membeliakkan mata pada Suzy melihat dia membuat peace padaku. Huh! Aku hampir pengsan tadi sebab takut. Sempat lagi dia nak buat lawak bodoh ni?

          ‘’Awak ni,. takkan awak tak tahu Shahira ni jenis yang gabra. Kalau dia pengsan tadi awak nak bertanggungjawab?’’ bos berkata sambil tergelak perlahan disusuli dengan ketawa dari Suzy. Wajah aku yang berbahang.

            ‘’Boskan ada. Kalau Shahira pengsan boslah tolong angkatkan.’’ Giliran Suzy pula bersuara sambil menjungkitkan keningnya. Aku memerhatikan keduanya dengan hati yang sakit. Sikap mengelabah aku juga yang dijadikan bahan gurauan mereka. Aku kebam bibir sambil menahan air mata yang sudah bergenang.

              ‘’Shahira,.ambil duit ni. Awak boleh keluar sekarang.’’ Aku mara ke arah bos. Empat keping not lima puluh yang bos letakkan di atas meja aku ambil kemudian aku pandang wajah bos. Hati ingin bersuara tapi bibir aku begitu berat untuk bertanya.

          ‘’Kalau tak ada apa lagi, saya keluar dululah bos.’’ Suzy berkata dan kakinya terus melangkah. Aku masih pegun berdiri di depan bos. Ada sesuatu yang aku ingin tanyakan padanya.

            ‘’Ada apa lagi Shahira?’’ bos yang bertanya dulu sebelum aku bersuara.

             ‘’Baki duit bos kelmarin pun ada lagi bos. Dan saya nak tanya bos gaji saya berapa? Duit ni macam terlebih saja.’’ Keluar juga apa yang ingin aku tahu. Aku pandang bos lagi. Dia berdiri dan berjalan menghampiriku. Dia menyandar di meja. Aku pula berganjak sedikit ke belakang.

              ‘’Balance duit yang saya beri tu kira duit gaji awak. Berapa pun awak ambil saja. Saya ikhlas.’’ Kali ini aku merenung lama wajah bos. Macam tak percaya sedangkan aku hanya bekerja dua jam saja di rumahnya. Selepas masak kelmarin aku terus pulang. Aku tak mengemas apa pun sebab bila selesai saja masak jarum jam sudah menunjukkan pukul 6.45 petang.

          ‘’Tapi bos,.’’ Aku tak sempat nak habiskan ayat aku bila bos meletakkan jari telunjuk di bibirnya sendiri menyuruh aku diam. Dia kembali ke kerusinya dan duduk lalu memberi isyarat agar aku keluar dari biliknya. Aku melepaskan nafas kasarku. Tidak mengerti dengan peel bos sendiri yang terlalu bermurah hati.

...................................................

                 Genap seminggu aku bekerja di rumah bos. Aku akan mengemas kalau aku sempat mengemas. Hari sabtu dan ahad aku berlalu seperti biasa dan aku hanya pergi ke rumah bos bila diminta. Hari ini aku mendapat gaji dari majikan gerai makan. Katanya perniagaan kurang untung untuk bulan ni. Duit gaji yang dia beri aku terlalu kurang berbanding apa yang aku dapat dari bos. Aku berhasrat untuk berhenti kerja di gerai makan dan luangkan masa malamku untuk belajar. Dengan duit simpanan yang aku ada, aku akan beli buku-buku yang perlu dan aku akan buat rujukan. Aku akan mengambil kelas malam. Itulah tekadku.

              Aku sudah membeli telefon bimbit yang murah. Zaman sekarang ni telefon bimbit murah pun sudah boleh membuka internet. Aku tak lepaskan peluang tu. Aku search nama bos dalam internet. Tak tahulah kenapa aku berminat untuk tahu lebih lanjut tentang bos kami yang baik hati tu. Jujurnya walau baru seminggu aku bekerja dengannya, aku sudah mampu simpan dari apa yang sepatutnya. Bayangkan kalau gaji aku yang diberinya sehari seratus ringgit. Belum lagi dicampur dengan baki duit untuk membeli bahan-bahan untuk dimasak. Tujuh hari bekerja duit yang ada dalam sakuku hampir seribu ringgit. Tiba-tiba hidup aku berubah dalam sekelip mata sejak aku buat kerja separuh masa di rumah bos. Mungkin inilah rahmat Allah untukku.

                ‘’Ku Shairi Arif Bin Ku Asraf Ahmad.’’ Aku berkata perlahan pada diri sendiri. Nama yang aku cari naik mencanak. Aku mula keliru yang mana satu harus aku klik. Akhirnya aku login facebook dan search pula nama tu dalam group syarikat bos.

             Yess! Akhirnya pencarian aku berhasil bila menjumpai profil bos yang menempel wajahnya sendiri. Aku stalker seketika laman encik Ku Shairi sebelum aku add namanya sebagai rakan facebookku. Beberapa minit kemudian dia menerima aku sebagai rakannya. Tahulah aku encik Ku Shairi juga sedang online ketika ini.

Ku Shairi : Sudi juga awak add saya sebagai rakankan?

             Aku terkejut bila menerima mesej di dalam peti masuk dari encik Ku Shairi. Lama juga aku merenung mesejnya itu dan berfikir sama ada harus membalas atau pun tidak.

Shahira Yusriani: Terima Kasih bos, sudi approve..

             Aku memang tak tahu ayat apa yang harus aku tulis selain mengucapkan terima kasih padanya. Siapalah aku ni untuk bercakap banyak. Hanya seorang pekerja separuh masa di rumahnya dan hanya seorang tukang cuci gantian di syarikatnya.

Ku Shairi: Tak buat kerja part time ke malam ni?

            Aduh! Encik Ku Shairi mesej aku lagi. Aku baru plan nak logout dan pergi tidur. Dah lama sangat aku tak tidur awal.

Shahira Yusriani: Tak

            Aku balas mesejnya dengan ringkas dan bersedia untuk logout bila peti masukku berwarna merah lagi. Aku terus klik dan membaca mesejnya.

Ku Shairi: Temankan saya keluar makan. Awak tak datang masak hari ni. Tak ada apa nak makan. Bersiap,.saya pergi jemput awak. Ini arahan bukan permintaan.

             Aku sudah melopong membaca mesejnya. Aku membuka profil encik Ku Shairi dan mencari nombor telefonnya. Nasib baik dia tak sorokkan nombor telefonnya dan aku tak menunggu lagi. Terus aku dail nombornya.

             ‘’Boss! Mengantuklah. Nak tidur awal, lagi pun saya dah kenyang sangat ni.’’ Mendengar saya panggilan aku diangkat, aku tak menunggu lama. Terus aku buat ayat menolak aku. Bukan tak sudi tapi aku rasa macam pelik sikit nak keluar makan dengan bos.

              ‘’Siap sekarang sebelum temperature saya naik. Saya tak suruh awak makan pun, saya suruh awak temankan saya saja. Keluar tunggu saya depan rumah. Sepuluh minit lagi saya sampai.’’ Panggilan diputuskan. Aku mengeluh keras dan bangun pantas. Aku salin baju dan tempel sedikit bedak. Pakai tudung dan keluar tunggu bos seperti yang diarahkan.

                ‘’Ira! Bukan kau cakap nak berhenti kerja ke semalam? Nak pergi mana ni? Semalam bukan main lagi. Nak tidur awallah. Nak berehat puas-puaslah.’’ Aku baru sampai di pintu pagar Nick pula baru pulang dengan motor kapcainya. Kata-kata yang keluar dari bibir dia buat aku tersenyum hambar.

              ‘’Bos aku buat part time cuci rumah tu paksa aku keluar makan.’’ Aku bersuara lemah dan Nick sudah melopong mendengarnya.

             ‘’Paksa?’’ sepatah ayat Nick dan aku sudah mengangguk laju.

               ‘’Dia bayar kau ke? Sejak bila kau jadi perempuan simpanan dia ni?’’ aku tersentap mendengar ayat Nick yang ini. Air mata aku sudah mula bergenang. Sampai hati Nick cakap macam tu kat aku. Akukan sahabat dia.

                 Kereta encik Ku Shairi berhenti di tepi motor Nick. Aku pandang kereta encik ku Shairi dengan perasaan serba salah. Baru kali pertama encik Ku Shairi nak bawa aku keluar sahabat baik aku sudah mengata aku ni perempuan simpanan. Bagaimana pula dengan pendapat masyarakat sekeliling? Aku berfikir sejenak dan mencari helah agar aku tak perlu mengikut arahan encik Ku Shairi.

             ‘’Maaf bos! Tiba-tiba perut saya meragam. Petang esok saya pergi masakkan untuk bos ya?’’ aku menekan perut dengan kuat. Kononnya sedang sakit yang teramat sangat dan mimik muka aku pun turut aku kerutkan.

               Bos keluar dari kereta dan berjalan menuju ke arah kami. Dia pandang Nick atas dan bawah. Kemudian dia pandang aku dan jungkitkan keningnya berkali-kali. Aku tak faham apa yang cuba disampaikannya hingga terlupa dengan lakonan aku sebentar tadi.

            ‘’Siapa ni? Boyfriend awak ke? Kekasih? Tunang? Suami?’’ soalan yang keluar dari encik Ku Shairi membuatkan aku mengerutkan keningku dan wajah Nick yang putih terus berubah. Telinga Nick juga turut merah. Aku tahu hati Nick sedang membara sekarang ni.

                ‘’Ya! Dia kekasih aku. Kau siapa nak menyibuk, Malam-malam nak ajak kekasih aku keluar pehal? Dah tak tahu adab ke nak bawa anak dara orang keluar malam-malam ni? Dah tak tau hukum halal dan haram?’’ Nick bersuara kasar. Aku terpaku di tempat aku berdiri. Encik Ku Shairi tersenyum sinis.

                 ‘’Tak ada bezanya antara kau dan aku. Kalau aku haram, kau pun haram. Bukankah kau juga lelaki macam aku?’’ encik Ku Shairi juga bersuara kasar. Nick sudah turun dari motornya dan menongkat motornya. Aku pegang tangan Nick untuk menyabarkan Nick.

                 ‘’Sabar Nick. Jangan macam ni. Bawa bertenang sikit.’’ Aku tarik Nick dari menghampiri encik Ku Shairi. Pandangan encik Ku Shairi tepat ke arah tanganku yang mengengam kemas jari jemari Nick yang runcing.

              ‘’Pegang tangan tak haram pulak?’’ encik Ku Shairi bersuara lagi. Nick meluru ke arahnya dan aku bertindak pantas. Aku rangkul Nick dan menolak Nick jauh dari encik Ku Shairi.

               ‘’Bos,.ni kawan serumah saya. Nama betul dia Naimah. Dia perempuan bos, bukan seperti apa yang bos fikir.’’ Aku cuba memberitahu kebenaran. Bos tergelak kuat. Nick mengenggam penumbuk.

            ‘’Awak tahu tak perempuan yang menyerupai lelaki tu pun berdosa tau. Lagi satu wanita Islam wajib menutup aurat. Awak bukan saja tak menutup aurat tapi pakaian awak juga menyerupai lelaki. Lain kali sebelum nak ajar orang lain pasal hukum, awak sendiri kena ikut peraturan yang Allah tetapkan. Bukan tahu cakap saja tapi buatnya tak.

             Okeylah Shahira. Esok awak pergi pagi ke rumah saya. Tolong buatkan sarapan, mengemas, masak makan tengahari saya dan makan malam sekali. Jangan bimbang malam ni saya tidur di rumah ibu saya. Jadi pagi esok saya cuma balik makan sarapan dan akan keluar lagi.’’ Bos berlalu ke keretanya. Buka pintu kereta dan meloloskan dirinya ke dalam perut kereta. Seketika kemudian keretanya memecut pergi. Aku masih mencerna kata-kata bos tadi.

             ‘’Huh! Jantan tak guna! Menyakitkan hati,.’’ Nick mendengus keras dan memecutkan motornya masuk ke halaman rumah kami yang sempit. Aku mengikut Nick dari belakang dan menutup pintu pagar semula.

           ‘’Minta maaf Nick. Aku tak tahu bos aku macam tu,.’’ Nick tak menghiraukan kata-kataku. Dia meluru masuk ke dalam rumah tanpa menoleh ke belakang lagi. Aku mengeluh lemah. Bila Nick terus masuk ke bilik, aku juga masuk ke bilikku dan merebahkan badanku ke katil. Beberapa minit kemudian telefon bimbitku berbunyi.

             ‘’Hello!’’

           ‘’Shahira! Saya ni,..’’

           ‘’Ya! Tahu bos!’’

           ‘’Maaf ya, pasal tadi.’’

            ‘’Okey.’’

              ‘’Esok awak datang  ya?’’ aku mengeluh lagi mendengar pertanyaan bos.

              ‘’Pukul berapa bos?’’ lemah aku bertanya sambil mata ku pejamkan. Aku cuba melupakan kejadian tadi. Marahkah Nick padaku? Minda aku bertanya. Hati aku resah.

               ‘’Saya nak keluar berjogging dulu. Pukul sembilan saya balik makan. Awak datang masak sebelum tu,..’’

             ‘’Okey,.’’ Lemah suaraku kedengaran.

                ‘’Shahira! Awak marah saya ke?’’ aku mengeluh lagi.

                ‘’Tak!’’ sepatah lagi ayat yang keluar dari bibirku.

                 ‘’Macam tak ada semangat saja. Cuba bersemangat sikit!’’

                 ‘’Saya mengantuk bos. Assalamualaikum,.’’ Aku memberi alasan dan memberi salam lantas talian aku putuskan. Tentu bos bengang giler dengan akukan? Ah! Biarlah! Ada aku kesah!

...............................................

               Aku singgah di pasar mini yang dibuka awal pagi yang berdekatan dengan taman perumahan kami. Terletak di tengah-tengah antara taman perumahan kami dan taman perumahan encik Ku Shairi. Aku berjalan kaki ke rumahnya. Aku ikut jalan belakang dan bercadang untuk masuk ikut pintu belakang.

            Aku bercadang untuk masak nasi lemak dan sambal sotong untuk encik Ku Shairi pagi ni. Aku sudah beli perencah sambal segera di pasar mini tadi dan satu pek santan cair segera. Memang sempoi zaman sekarang ni. Semuanya segerakan? Sebab itulah manusia sekarang semakin pemalas. Rahmat juga untuk aku sebab tak perlu guna banyak masa untuk memasak.

           Bila siap aku hidangkan di atas meja dan bancuhkan milo panas. Mungkin masih terlalu awal aku menghidangkannya tapi, biarlah! Aku pun masih banyak kerja lagi yang nak aku buat di sini. Semalam aku sudah telefon majikan lamaku memberitahu aku takkan pergi untuk mengemas di rumahnya hari ini. Apa nak buatkan, bos baru dah bagi arahan mendadak.

          ‘’Dah masak ke? Saya lapar ni.’’ Aku baru saja memegang vacum untuk menyedut habuk di atas permaidani sudah terdengar suara encik Ku Shairi di belakangku. Jantungku sudah berlari dengan laju. Aku mencari jam dinding dan melihat jarum jam. Baru pukul 8.00 pagi. Awal lagi, semalam dia cakap pukul sembilan baru dia balik. Aku sudah mula keliru.

           ‘’Dah hidang bos!’’ aku menjawab sambil memandang wajahnya. Bibirnya mengukirkan senyuman dan merenung tepat ke wajahku. Aku tak mahu fikir banyak dan tak mahu prasangka yang bukan-bukan. Aku hidupkan vacum dan meneruskan kerjaku.

            ‘’Kalau awak tak kerja di syarikat, selalunya awak kerja di mana?’’ aku berhentikan vacum dan meluruskan badan sebelum memandang wajah bos.

           ‘’Buat part time di supermarket. Jadi cashier atau pun kerja di rumah orang. Ikut permintaanlah bos. Kadang-kadang jadi baby sitter.’’ Aku berkata jujur. Bos duduk di sofa dan menyuruh aku duduk sekali. Ni apa hal pulak? Nak buat temuduga kali kedua ke?

          ‘’Awak tak penat ke? Semua kerja awak nak buat? Tak mahu jadi pekerja tetap ke?’’ aku mengeleng laju. Pekerja tetap? Jauh pangang dari api! Aku nak belajar lagi. Kalau kerja tetap macam mana aku nak tumpukan perhatian untuk study?

          ‘’Saya ada mission imposible saya sendiri bos. Saya tak mahu terikat dengan mana-mana majikan pun.’’ Aku berkata tegas. Bos masih tetap merenung aku. Sengaja aku tayang wajah selamba. Hati di dalam jangan ditanya. Minda aku sudah serabut dengan bermacam telahan. Aku paling takut kalau pencegah maksiat tiba-tiba mengetuk pintu rumah encik Ku Shairi. Habislah maruah aku.

             ‘’Kalau saya nak ikat awak pun awak tak mahu ke?’’ bibir encik Ku Shairi sudah tersenyum. Minda aku bekerja lagi, cuba mencerna kata-katanya.

             ‘’Ikat sebagai apa? Banyak makna ikat tu bos. Orang jual sayur pun kena ikat jugak. Jual mee pun kena ikat jugak. Orang kidnap orang pun ikat jugak.’’ Aku bertanya selamba sambil menyandar di sofa empuk. Aku beranikan diri merenung encik Ku Shairi.

               ‘’Ikat dengan ikatan pernikahan!’’ aku tersedak tiba-tiba sebab tertelan liur sendiri. Aku perhatikan wajah encik Ku Shairi untuk mencari bukti kebenaran kata-kata di wajah itu dan sepantas masa berlalu kepalaku aku geleng laju.

              ‘’Awak tak sudi? Saya bukan sukakan awak pun. Saya cuma kesiankan awak, sekurang-kurangnya kalau awak jadi isteri saya, awak boleh terus bekerja di sini sebagai pembantu rumah. Kita pun tak risau sangat macam sekarang ni. Awak tahu tak? Dalam hidup saya ni, saya paling takut berdua-duaan dengan perempuan macam sekarang ni.’’ Aku mengeluh perlahan. Dia ingat dia seorang saja yang takut? Aku ni perempuan. Aku lagi takut dari dia! Aku terus berdongkol di dalam hati.

                ‘’Saya belum bersedia untuk diikat bos. Kalau bos takut, saya sejuta kali lagi takut dari bos. Semalam bos cakap nak balik pukul 9.00 pagi, kenapa balik awal sangat? Saya belum mula mengemas pun lagi. Kalau macam tu, biar saya balik dulu, bila bos keluar nanti bos call saya dan saya akan datang semula buat kerja saya.’’ Aku menghabiskan ayatku dan bangun menuju ke pintu. Di muka pintu aku terpaku lagi. Ya Allah! Apa semua ini??

.......................................................
      
              ‘’Ku Shairi Arif Bin Ku Asraf Ahmad! Aku nikahkan akan dikau dengan Shahira Yusriani Binti Mohd Yusri dengan mas kahwinnya seribu ringgit, tunai!’’ kepalaku mula berpusing bila mendengar ayat-ayat dari jurunikah. Bila encik Ku Shairi menyambut kata-kata jurunikah aku masih mendengar kata-katanya dengan jelas tapi bila mendengar perkataan sah duniaku terus gelap dan aku sudah tidak tahu apa yang terjadi selepas itu.

                 Apa yang paling kami takuti akhirnya menjadi kenyataan. Betullah kata Suzy, di taman perumahan encik Ku Shairi ni banyak ‘stalker’ yang sedang memerhati. Aku baru merancang nak melepaskan diri tapi kami sudah terjerat sebelum sempat aku keluar. Agaknya mereka hanya menanti waktu yang sesuai untuk menyerbu. Aku betul-betul rasa tertekan dengan kejadian itu. Selepas aku sedar, aku minta diri untuk pulang ke rumah sewa kami. Nick memandang pelik ke arahku namun dia langsung tidak bertanya apa-apa padaku. Mungkin kemarahan Nick semalam masih belum surut lagi.

             Aku masuk ke dalam bilik dan berbaring namun mataku tak mahu pejam. Aku selongkar meja solekku dan mengambil dua biji pil tidur. Pil itu aku beli bila aku payah nak tidur. Aku sengaja simpan untuk persediaan saat-saat sakit hati seperti ini. Aku bukan tak mahu terima suratan takdir tapi hati aku adakalanya goyah bila berhadapan dengan situasi seperti ini. Aku hanya ingin tidur dan melupakan semua tragedi hidupku. Aku belum cukup kuat untuk redha dengan setiap cobaan. Maafkan aku Ya Allah! Bantulah hambaMU ini agar menjadi kuat! Agar jiwaku sentiasa kental dengan apa saja ujian yang Engkau turunkan untukku.

             Aku baru nak pejam mata yang semakin layu telefon bimbitku sudah menjerit nyaring. Aku capai telefon di atas almari solek dan tekapkan ke telinga sambil merebahkan tubuhku semula di atas katil.

            ‘’Shahira! Awak okey ke?’’ sayup-sayup suara encik Ku Shairi menyapa pendengaranku.

            ‘’Bos,.saya baru makan ubat dan sekarang saya tak ada mod nak berbual dengan sesiapa pun. Saya cuma nak tidur bos. Mata saya dah tak boleh nak angkat. Assalamualaikum bos,.’’ Aku berkata jujur dan memutuskan talian. Telefon bimbit aku offkan dan mata terus aku pejam. Aku tak mahu dera minda aku lagi untuk hari ni. Aku nak tidur sepuas-puasnya.

........................................................

               Aku mengeliat bebas. Terasa sangat lama aku terlelap walau mata aku masih mengantuk lagi. Aku cuba bangun dan aku terperasan sesuatu yang pelik dalam bilikku. Semuanya serba putih dan bilikku yang tak pernah berhawa dingin kini terlalu sejuk dan mengcengkam hingga ke tulang hitam. Tak sabar aku nak terjun dari katil dan menuju ke bilik air.

            ‘’Awak dah bangun? Lain kali jangan buat lagi! Awak buat saya risau. Walau pun saya tak sayangkan awak lagi tapi sekarang awak dah jadi isteri saya. Apa yang jadi pada awak dah menjadi tanggungjawab saya. Awak faham tu?’’ aku yang masih bingung cuba mencerna kata-kata itu. Agaknya aku masih bermimpi? Aku cubit kuat pipiku.

        ‘’Ouchhh! Bos!!,.kita ada di mana ni bos? Kenapa bos ada di sini? Apa maksud bos tadi? Saya tak mimpikan?’’ aku dengar bos tergelak. Aku keliru lagi. Mata aku masih mengantuk dan aku menguap luas.

             ‘’Oihh,.tutup mulut tu! Apa punya luas menganga. Masuk beribu ekor iblis dah tu.’’ Sambil berkata encik Ku Shairi tutup mulut aku dengan tangan kanannya. Aku tepis dan tutup mulut aku sendiri. Aku turun dari katil dan berlari ke bilik air selepas itu. Suasana bilik yang terlampau sejuk buat aku nak terkucil teramat sangat.

          ‘’Pakai tudung awak. Saya hantar awak balik atau kita balik rumah kita saja. Saya takut awak telan ubat tidur lagi.’’ Aku baru pijak sebelah kaki keluar bilik air encik Ku Shairi sudah bersuara. Dia tunggu aku di depan bilik air rupanya.

             ‘’Apa bos? Pakai tudung?’’ aku terus raba kepalaku. Wajah aku terus merah bila perasan kepalaku tidak bertutup. Malu pada encik Ku Shairi tidak terhingga. Dahlah tadi aku mengeliat sakan. Dah tu dengan gelagat aku yang menguap luas lagi dengan nak terkucil lagi. Ya Allah! Hanya Kau yang tahu betapa malunya aku hari ini dengan gelagat tak senonoh aku ni.

              Aku capai tudung yang tersangkut di dalam almari sebelah katilku. Bila fikiranku kembali waras baru aku perasan di mana aku berada. Setahu aku dua biji pil tidur saja yang aku telan. Takkan sampai dibawa ke hospital pulak. Aku pernah ambil dulu, tak memudaratkan pun cuma kesan mengantuk tu saja yang tak mampu aku tahan.

            ‘’Kita balik rumah kita ya? Saya risau awak buat lagi.’’ Encik Ku Shairi bertanya lagi. Aku mengaru kepala yang tidak gatal sebelum aku sarungkan tudung. Ini lagi satu masalah yang sedang aku hadapi.

          ‘’Tadi saya telan dua biji saja ubat tidur, kalau bos nak paksa saya macam ni, saya akan telan sepeket ubat tidur. Bos pilih saja mana yang harus saya buat dan apa yang harus bos buat. Kalau saya, mana-mana pun saya tak kisah.’’ Aku berkata geram. Encik ku Shairi merenung tajam ke arahku. Tanganku dipegangnya perlahan dan jantung aku tak semena-mena berdegup laju.

               ‘’Awak dengar sini baik-baik. Saya tak kisah kalau awak teringin sangat nak mati cepat tapi masalahnya sekarang ni awak dah jadi isteri saya yang sah. Awak buat dosa, saya yang akan tanggung dosa awak tu. Lagi pun mati dengan cara bunuh diri takkan menyelamatkan awak pun. Di akhirat esok awak akan lebih terseksa dari apa yang awak hadapi di dunia ni. Sekarang awak pilih pulak, awak nak hidup derita di dunia ke atau awak nak hidup derita di akhirat yang kekal abadi tu?’’ aku hilang kata-kata untuk memintas kata-kata encik Ku Shairi. Aku cuba mengelak dari bertentang mata dengannya. Tanganku yang masih dalam gengamannya cuba aku leraikan.

            ‘’Macam mana? Kita balik rumah kita ya?’’ dia tanya lagi dan tindakbalasku juga segera aku beri. Aku geleng laju kepalaku. Nanti tak pasal-pasal aku kena buat kerja part time atas katil dia pulak dengan alasan aku dah jadi isteri dia yang sah. Haih! Aku belum bersedia zahir dan batin untuk laksanakan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri. Tidak!

            ‘’Okey! Saya hantar awak balik rumah awak tapi awak kena berjanji, kalau ada apa-apa hal lagi selepas ini jangan telan ubat tidur lagi. Kalau sakit deman bagitau saya ja. Jangan tak bagitau pulak. Boleh macam tu?’’ kalau tadi aku mengeleng laju, sekarang ni aku sudah mengangguk laju. Semuanya serba laju. Almaklumlah,.zaman makanan segera sekarang ni,.wajiblah segalanya laju. Tak gitu?

..........................................

            Berbulan berlalu selepas aku menjadi isteri encik Ku Shairi. Aku masih bekerja separuh masa macam biasa cuma hari ahad dan sabtu saja aku dilarang bekerja di rumah orang lain. Aku hanya dibenarkan bekerja di rumahnya dari pukul tujuh pagi hingga pukul tujuh petang dan encik Ku Shairi bayar gaji double untuk aku.

           Kelas malam pula bermula dari pukul 8.00 malam hingga pukul 10.00 malam. Encik Ku Shairi yang menghantar dan mengambil aku. Kadang-kadang bila encik Ku Shairi sibuk Nick yang menjadi drebar tak bertauliah aku. Nick cakap encik ku Shairi bayar dia untuk menjadi drebar aku. Itu yang aku pelik sangat. Encik Ku Shairi kata dia tak sayang aku tapi bila dia terlalu ambil berat keselamatan aku, aku fikir sekali lagi. Apa motif dia sebenarnya? Adakah dia hanya nak melaksanakan tanggungjawab dia saja atau ada muslihat lain yang aku tak tahu?

             Aku pernah tanya Nick pasal hari kejadian aku telan ubat tidur tu. Nick cakap encik Ku Shairi yang datang cempung aku dan bawa aku ke hospital bila mereka kejutkan aku dan aku tak bangun-bangun. Pintu bilik aku tu siap kena pecah lagi sebab aku kunci pintu dari dalam sebelum tidur tapi selepas itu encik Ku Shairi menghantar orang untuk membaikinya.

            ‘’Ada kelas tak malam ni?’’ aku berhentikan kerja aku bila mendengar ada suara yang menyapa. Sejak bila pula dia ada di sini?

              ‘’Tak! Malam ni nak tidur awal.’’ Aku jawab sambil mengeleng. Mata pula aku perhatikan sekeliling koridor takut ada mata yang mengintai kami berdua. Takut ada khabar angin yang akan tersebar antara aku dan bos syarikat ini.

                  ‘’Awak cari siapa? Awak sedang tunggu seseorang ke?’’ aku mengeleng lagi.

                ‘’Bos! Lepas ni kalau ada apa-apa bos call saja. Jangan tegur saya time saya buat kerja ni. Nanti kena buah mulut orang pulak. Bos tu ketua, saya ni cleaner. Naya bos kalau kena gossip nanti. Tak sesuai!’’ aku menjawab lagi dan mata masih tertinjau-tinjau macam tadi. Bos turut berbuat perkara yang sama.

           ‘’Awak malu ke kalau kena gossip dengan saya?’’ aku mengeleng lagi sambil mengeluh berat. Tak faham lagi ke encik Ku Shairi ni betapa gossip itu akan buat seseorang tu rasa tertekan?

         ‘’Bukan masalah malu bos. Saya kesiankan boslah,.lagi pun manusia ni bos, bukan boleh percaya sangat. Mereka buat apa yang mereka suka tapi mereka tak pernah ambil tahu langsung apa yang orang lain tak suka,’’ aku menjawab lagi. Dalam aku tak mahu berbual dengan encik Ku Shairi di tempat terbuka, aku tetap melayannya dan menjawab setiap pertanyaannya.

          ‘’Petang ni awak balik rumah kita tak? Kalau balik awak jangan balik ke rumah sewa awak  macam biasa ya. Tunggu saya balik dulu nanti saya hantar awak balik.’’ Aku terharu mendengar ayat-ayatnya. Sejak aku jadi isterinya perkataan rumah kita tu dah sebati dengan bibirnya. Aku tersenyum bila memikirkannya.

            ‘’In Sha Allah,.saya pergi nanti. Encik nak makan apa? Nanti saya masakkan.’’ Aku tatap wajah encik Ku Shairi sambil bibirku tersenyum untuknya.

            ‘’Saya nak makan awak!’’ dia berbisik dan melangkah pergi. Hah? Aku memerhatikan langkahnya dengan tubuh yang mengigil. Serius petang ni aku nak ambil cuti.

             Shahira Yusriani: Bos! Saya nak ambil cuti setahun.

             Aku menghantar mesej kepada encik Ku Shairi. Kemudian aku sambung kerjaku yang terbengkalai tadi. Bila mendengar ada bunyi nada mesej, sengaja aku tidak melayannya. Ah! Biarkan telefon bimbitku berbunyi walau seribu kali pun hari ini, aku takkan membukanya. Takkan sesekali! Full stop!

.....................................

               ‘’Kenapa tak datang semalam? Awak cakap In Sha Allah tapi awak tak muncul. Kalau dah niat tak mau pergi kenapa nak mempermainkan perkataan In Sha Allah tu. Cakap saja tak mahu pergi. Kan senang.’’ Pagi-pagi lagi aku sudah dipanggil masuk ke bilik bos dan ayat pertama yang keluar dari bibirnya sudah membuatkan wajah aku berubah. Sudah seminggu aku bekerja di syarikat ini tanpa henti kerana mengantikan salah seorang cleaner yang bercuti kerana urusan keluarga. Khabarnya kak Syidah perlu menjaga ibunya yang sedang sakit. Aku yang dipanggil untuk mengambil alih kerjanya.

             ‘’Masa saya cakap In Sha Allah tu bos, saya memang ada niat nak pergi tapi selepas bos cakap nak makan saya tu, tetiba ja niat saya tu berubah. Bos tak boleh salahkan saya. Boskan tahu saya masih trauma, kenapa bos nak buat ayat macam tu?’’ bila encik Ku Shairi salahkan aku sebab aku tak pergi buat kerja part time di rumahnya setiap petang macam biasa, aku pula mereka alasan aku sendiri untuk menyalahkannya.

             ‘’Trauma? Maksud awak, awak trauma sebab terpaksa menjadi isteri saya? Macam tu?’’ suara serius encik Ku Shairi kedengaran lagi. Aku serba salah dan menyesal dengan kata-kataku sendiri. Kenapalah mulut aku ni lancar sangat berkata-kata? Aku mengutuk diri sendiri di dalam hati.

             ‘’Ehh,..bukan macam tu bos! Serius saya tak maksudkan macam yang bos fikir tu.’’ Aku menafikan kata-katanya dan dalam masa yang sama minda aku bekerja keras untuk membuat ayat yang sesuai.

            ‘’Terangkan maksud awak biar saya faham!’’ aku menarik nafas. Minda aku seakan beku sekarang ni. Aku tak ada jawapan yang nak aku beri. Jawapan yang tak akan menyakitkan hatiku dan menyakitkan hatinya.

             ‘’Bos cakap bos tak sayangkan saya tapi bos hanya kesiankan saya. Saya tak mahu bos terus kesiankan saya kerana saya rasa tak ada apa yang perlu dikesiankan. Sikap bos yang suka ambil berat ni kadang-kadang buat saya keliru. Saya bukan trauma sebab kena tangkap basah dengan bos, jauh sekali trauma sebab terpaksa jadi isteri bos. Maksud trauma saya adalah, saya takut pada bayang-bayang masa silam saya dan saya paling takut bila terlalu rapat dengan bos dan saya akan jatuh sayang dengan bos. Bila dah sayang pula saya takut kalau hati saya ni akan dikhianati dan bos akan membenci saya,.’’ Aku berhenti sekejap dan merenung wajah bos. Serius aku sendiri tak faham apa yang aku cakap.

             ‘’Apa maksud awak sebenarnya ni. Cuba jangan cakap berbelit.’’  Aku tertunduk memandang lantai bilik pejabat encik Ku Shairi. Kalau dia tak faham, aku lagi tak faham. Macam mana aku nak terangkan dengan jelas suara hati aku ni.

             ‘’Err,..saya dah TER fall in love kat bos,.tapi saya,..’’ tiba-tiba wajah aku merah bila encik Ku Shairi sudah melebarkan senyumannya. Apa yang aku dah cakap tadi? Arghhhh,..macam mana boleh keluar direct ni?

             ‘’Saya sakit perut bos!! Saya keluar dulu!’’ bila dah rasa wajah aku semakin berbahang, aku terus mencari alasan dan berlalu keluar dari bilik pejabat encik Ku Shairi. Sebelum aku  tutup pintu sempat aku mendengar encik Ku Shairi ketawa kuat.

 Everything  about us start coincidentally
At first I didn’t know that this was to be going love
But to think that this was actually love
My heart keeps on going thump thump
When you look at me
You keep on smilling
Without you  even noticing

And before you even realized you start  to fall for me
You’ve fallen for me
Fallen for me
You melted because of my sweet love
And I love you
I love you too
My heart is saying that it loves you

See you eyes
Its  looking at me
See you eyes
I love you
See my eyes
Even if this moment passes by  I’ll love you forever
See my eyes
Without even realizing
I also have fallen for you

           Aku baca mesej yang masuk ke dalam telefon bimbitku dengan wajah yang berbahang. Mesej dari encik Ku Shairi selepas aku keluar dari bilik pejabatnya. Aku baca bait-bait katanya dan aku pasti aku pernah melihatnya sebelum ini.

    Shahira Yusriani: Bos pun tengok drama Korea juga ke? Ni macam lirik lagu tema drama Heart Strings ja?

             Aku membalas mesej encik Ku Shairi sebelum memulakan kerja aku pagi ini. Aku mendengar nada mesej berbunyi. Aku tengok sekeliling dulu sebelum mengambil telefonku dan membaca mesej yang masuk.

Ku Shairi : Manalah saya tahu, saya copy dari facebook. Ada rakan facebook yang post J

           Lorhhh,..aku baru nak melompat tadi, ingatkan selepas ni boleh buat geng layan drama-drama Korea. Aku tak balas mesej encik Ku Shairi yang ini. Aku masukkan telefon bimbitku ke dalam poket seluarku dan menyambung kerja aku kembali.

.........................................

      Ku Shairi : Tugas isteri tak ada cuti dan tak ada tempoh expired selagi saya tak ceraikan awak. Faham tak??

              Aku membaca semula mesej encik Ku Shairi padaku yang dihantar dua hari lepas, selepas aku meminta cuti setahun padanya. Bibir aku spontan mengukirkan senyuman setiap kali aku membacanya.

                ‘’Oitt,.berangan apa tu? Sorang-sorang pun boleh senyum ke?’’ mendengar teguran Nick senyuman aku terus mati. Kantoi! Tertangkap dengan Nick saat aku baca mesej dari encik Ku Shairi. Mesej yang aku paling sayang nak padam dari peti masuk telefon bimbitku.

                ‘’Pehal ni? Sharelah dengan aku. Sejak kau ada orang lain ni, kau dah tak sudi share dengan aku lagi. Sedih aku tau! Macam dipinggirkan saja.’’ Nick buat ayat sentap padaku. Alahai! Aku ni bukan pandai sangat nak pujuk orang merajuk ni.

             ‘’Bukan tak mau share tapi sebetulnya tak ada benda best yang aku nak share. Kau tak kerja ke hari ni?’’ aku cuba menukar topik perbualan kami. Hari ni baru jumaat. Nick bekerja di KFC. Selalunya Nick hanya mengambil cuti pada hari ahad dan sabtu saja. Aku pula hari ini tidak dipanggil untuk mengantikan kak Syidah lagi. Dengar kata ibunya dah keluar dari hospital.

            ‘’Kau tanya aku, kau tu kenapa tak pergi kerja lagi?’’ aku tayang senyum hambar pada Nick mendengar pertanyaannya itu. Kerja bukan tak ada. Sepatutnya bila tak ada kerja lain aku akan buat kerja part time pergi mengemas dan membasuh baju di rumah encik Ku Shairi. Erkk?? Kerja part time di rumah suami sendiri. Apa yang aku mengarut ni? Bukan ke itu memang sudah menjadi tugas aku sebagai seorang isteri? Tiba-tiba minda aku bercelaru.

             ‘’Aku kompiuslah Nick! Sebenarnya,..’’ aku pandang wajah Nick. Haruskah aku mengaku pada Nick bahawa aku sudah TERmenikah dengan bos aku tu? Selama ni Nick tak tahu pun aku dah jadi isteri orang. Akan marahkah Nick pada aku nanti kerana aku merahsiakan perkara penting ni padanya?

             ‘’Nick! Aku ada perkara nak confess pada kau. Kau jangan marah aku erkk?’’ aku mengambil keputusan untuk berterus terang dengan Nick tapi aku takut Nick akan kecil hati dengan aku. Macam mana ni?

            ‘’Cakap dulu perkara apa. Baru aku tau sama ada nak marah atau pun tak.’’ Nick berkata selamba. Aku yang resah gelisah. Nak cakap ke tak? Aku bertanya diri aku sendiri.

               ‘’Sebenarnya Nick,.aku, aku,..’’

                 ‘’Ehh,..sejak bila kau gagap ni ha? Mesti kau buat salah besar ni kan??’’ aku tayang gigi untuk Nick. Sejak akhir-akhir ni Nick kuat betul melenting. Yang aku tak faham tu setiap kali aku pergi kerja di rumah encik Ku Shairi dia akan buat perangai pelik dan Nick pernah melarang aku untuk terus bekerja di rumah encik Ku Shairi. Macam manalah aku nak dengar cakap Nick sedangkan permintaan suami itu lebih utama yang perlu aku ikut.

                   ‘’Aku dah nikah Nick,.dengan bos aku,..’’ keluar juga ayat-ayat itu. Aku perhatikan wajah Nick untuk melihat reaksinya. Nick meluru laju ke arahku.

               ‘’Apa maksud kau ni? Kau jangan nak tipu aku!’’ Nick memegang dagu aku dan membuatkan kepala aku terdonggak. Kemudian Nick mencengkam leherku dengan kuat seolah nak mencekik aku. Aku sudah berpeluh melihat respon Nick. Aku meronta untuk melepaskan diri.

             ‘’Tak ada sebab aku nak tipu kau Nick. Lagi pun perkara ini bukan perkara main-main. Kenapa dengan kau ni Nick? Sepatutnya kau kena gembira sebab aku dah ada orang yang sayang aku dan aku dah ada tempat untuk bergantung harap.’’ Aku bersuara lagi selepas berjaya melepaskan diri dari Nick dan menjarakkan diri aku darinya.

            ‘’Sejak bila Ira? Sejak bila kau menduakan aku? Kau berjanji nak setia dan dunia ini hanya milik kita berdua. Kenapa kau tergamak mengkhianati aku Ira?’’ aku tergaman dengan pertanyaan Nick. Apa maksud dia?

            ‘’Apa maksud kau Nick? Kitakan masih sahabat. Dengan siapa pun aku nikah aku tetap sahabat kau dunia dan akhirat Nick. Aku tetap akan setia dengan persahabatan kita selagi nyawa aku dikandung badan Nick. Kau sahabat aku Nick.’’ Aku suarakan keraguan aku pada Nick. Kenapa dia tuduh aku macam tu? Aku bukan berniat nak putuskan persahabatan kami pun.

             ‘’Kalau kau setia dengan aku, kenapa kau nikah dengan orang lain?’’ Nick bersuara lantang sambil menghampiriku dengan laju. Aku berganjak ke belakang cuba mengelak dari Nick berlaku kasar dengan aku.

             Nick menolak aku hingga aku terdampar di tepi dinding. Sekali lagi Nick mencengkam leher aku. Ya Allah! Selamatkan aku! Aku berdoa di dalam hati. Entah kenapa Nick nak mengamuk? Salahkah aku kalau sudah sampai jodohku? Lagi pun, aku masih tinggal dengan Nick walau sudah setengah tahun aku menjadi isteri encik Ku Shairi. Aku bukan membuang Nick dari hidup aku. Aku masih sayang Nick sebagai sahabat aku macam dulu.

           “Aku sayangkan kau Ira! Aku cintakan kau,.kenapa kau nak curang dengan aku Ira? Apa salah aku?’’ cengkaman Nick semakin lemah bila Nick mengungkapkan ayat itu padaku. Nick melurut jatuh dan terduduk di atas lantai. Aku beristighfar tanpa sedar. Ya Allah! Apa yang sedang berlaku ni. Takkanlah Nick,.?

             ‘’Nick,.aku pun sayangkan kau Nick sebagai sahabat baik aku tapi cinta? Kenapa jadi macam ni Nick? Kau sedar tak ni,.bercinta sesama jantina ni berdosa Nick! Takkan kau nak jadi lesbian Nick. Bercinta sesama jenis? Berdosa besar Nick! Bertaubat Nick. Mohon keampunan kepada Allah! Kita ni cuma hamba Nick! Jangan buat kesilapan besar ni Nick,.’’ Aku rangkul Nick yang sedang teresak menangis dan cuba mententeramkan perasaannya. Sungguh! Aku tak tahu Nick menyimpan perasaan padaku. Aku langsung tak menyangka wujudnya perasaan luar biasa Nick padaku.

           ‘’Aku benci kaum lelaki Ira! Mereka rosakkan aku. Mereka ragut maruah aku. Mereka halau aku. Mereka caci aku. Mereka maki aku.Lelaki memang tak guna Ira!’’ Nick melenting sekali lagi. Aku rangkul Nick sekali lagi dan mengusap lembut belakangnya. Mudahan hati Nick akan sejuk.

            ‘’Bukan semua lelaki macam tu Nick. In Sha Allah,.semuanya ini akan berakhir dan apa yang lelaki-lelaki tu buat Allah akan bayar Nick. Tak bayar di dunia, pasti di akhirat nanti mereka akan terima balasannya. Kita kena redha Nick dengan apa yang Allah dah takdirkan untuk kita.’’ Aku cuba memujuk Nick lagi. Dalam pelukan aku Nick terus menangis.

              ‘’Menangislah Nick. Kalau menangis dapat melegakan hati kau. Orang yang tak suka menangis, hatinya sekeras batu. Allah suka Nick bila kita menangis, lebih-lebih lagi menangis atas sejadah dan mohon kemapunan dariNYA. Dia Maha Pengampun Nick. Dunia belum kiamat dan pintu taubat masih terbuka Nick. Aku sayangkan kau Nick dan aku tak nak kau terus melakukan dosa besar ini Nick,.’’ Aku masih terus berhujah. Walau aku tak pandai memujuk tapi demi Nick sahabat baik aku, aku akan berusaha apa saja yang aku termampu lakukan.

            ‘’Aku tak boleh Ira! Aku tak boleh!’’ Nick berkata dalam esak tangisnya yang semakin sayu. Aku turut sama menangis bersama Nick. Di dalam hatiku berdoa agar Allah berikan Hidayah buat sahabat baikku ini.

             ‘’Dengan izin Allah, segalanya mungkin Nick. Tak ada yang tak mungkin Nick. Dia Maha Mengetahui! Kita sama-sama bertaubat Nick. Aku pun banyak dosa Nick. Aku abaikan suami aku sepanjang aku menjadi isteri dia. Aku nafikan hak dia sebagai suami aku dan aku tak pernah menjadi isteri yang baik untuk dia. Aku pun berdosa Nick,.’’ Aku bersuara bersama air mata yang terus menderu di pipiku. Terbayang wajah encik Ku Shairi dalam mindaku membuatkan air mataku semakin galak mengalir. Ya Allah! Ampunkan dosa kami Ya Allah!

.............................................

             Selepas adegan aku menangis bersama Nick selesai aku datang ke rumah encik Ku Shairi. Aku memgemas dan membasuh baju-baju encik Ku Shairi. Aku lakukan kerja harianku. Kali pertama hari ini aku lakukan tugasku dan berniat di dalam hati tugas itu aku buat sebagai seorang isteri bukan sebagai seorang pekerja part time. Aku tak kisah kalau tak dibayar upah hari ini. Aku sedang mencari redha Allah dan sedang berusaha untuk menjadi hamba Allah yang taat dengan setiap perintahNYA.

           Ya Allah! Aku tahu Kau sedang menilai keikhlasanku. Bantulah aku untuk menjadi hambaMU yang paling ikhlas dalam melakukan setiap perintahMU. Aku tak mampu tanpa pertolonganMU!

            Aku berdoa lagi di dalam hati. Aku hanya hamba padaNYA. Aku lemah lagi hina. Aku banyak dosa. Aku banyak khilaf dan kesalahanku mungkin tak terkira.

                  ‘’Awal hari ni? Tak kerja ke?’’ aku baru nak mula memasak, ada suara yang menegurku. Aku berpusing pantas. Encik Ku Shairi sedang berdiri di belakangku sambil merenung wajahku. Aku pamerkan senyuman seikhlas hati buatnya.

                ‘’Kak Syidah dah datang kerja hari ni. Tak perlu ganti. Bos tak kerja ke? Kenapa masih berbaju tidur lagi ni? Pagi tadi tak bangun solat subuh ke?’’ aku membalas pertanyaan encik Ku Shairi dengan pertanyaan juga.

                 ‘’Saya MC hari ni. Tak sedap badan.’’ Aku tergaman mendengar jawapannya. Aku letakkan sayur yang aku pegang dalam singki dan menghampiri encik Ku Shairi. Aku pegang dahi encik Ku Shairi. Memang panas dahinya dan membuatkan tubuhku sama berbahang. Tak semena-mena encik Ku Shairi merangkul aku dan meletakkan kepalanya di bahuku. Jantung aku terus berlari marathon.

            ‘’Bos! Jangan macam ni!’’ aku bersuara separuh gugup. Tubuhku mula berpeluh.

           ‘’Sekejap saja!’’ encik Ku Shairi berkata sambil mengemaskan rangkulannya. Aku membiarkan saja sambil mengusap perlahan belakangnya.

            ‘’Jangan balik ya hari ni?’’

             ‘’Ok!’’

             ‘’Tidur di sini ya malam ni?’’

          ‘’Ok!’’

           ‘’Tidur dengan saya ya malam ni?’’

             ‘’Ok!,.ehh? Haa?’’ Encik Ku Shairi lepaskan rangkulannya. Dia tatap wajahku dan kenyitkan matanya.

            ‘’Dah janji, tak boleh mungkir. Nanti jadi orang munafik!’’ dia berkata sambil berlalu pergi, kemudian dia berhenti dan menoleh ke belakang.

            ‘’Saya nak makan ubat dan nak tidur. Nanti kejutkan saya ya bila dah siap masak?’’ aku mengangguk. Lidah dah kelu sebab dah terlepas kata.

            ‘’Jom tidur!’’ aku angguk lagi. Ehh?,.aku geleng pantas. Encik Ku Shairi dah gelak berlambak. Hampeh!

..............................................

                     Selesai memasak aku naik ke tingkat atas. Aku masuk ke bilik encik Ku Shairi. Seperti yang diminta encik Ku Shairi tadi aku berniat untuk mengejutkannya dan bangun makan tapi bila melihat encik Ku Shairi tidur pulas, tak tergamak pula aku nak kejut. Aku hanya memerhatikan wajahnya sambil duduk di birai katil.

               Ya Allah! Adakah jodoh kami akan berpanjangan? Kau Maha Tahu Ya Allah, betapa banyak kasihku untuknya. Aku sudah tidak mampu untuk membenci dirinya. Kasih dan sayangku untuknya sudah memenuhi setiap relung hatiku. Aku sayang dia Ya Allah! Aku cintai suamiku sepenuh hatiku!

             Aku berbisik di dalam hati dan air mataku mengalir perlahan ke pipi. Kenapa hatiku harus sayu begini? Aku tak mengerti Ya Allah! Berikan aku jawapannya. Ada kalanya aku takut pernikahan kami tak direstui keluarganya. Aku yakin keluarga encik Ku Shairi belum mengetahui perhubungan kami ni.

                 ‘’Dah siap masak?’’ sambil menyoal encik Ku Shairi menarik tanganku dan aku jatuh di atas dadanya. Dia rangkul aku kejap sambil melepaskan nafas berat. Sekali lagi jantung aku berlari marathon sambil cuba melepaskan diri.

                ‘’Diam-diamlah! Ishh,.bukan abang nak buat apa pun!’’ Haa?,.pelik pulak bunyinya bila dia membahasakan dirinya abang walau sebenarnya hati aku sudah kembang setaman.

                ‘’I Love You so much!’’ dan kali pertama dia kucup dahiku. Tiba-tiba hatiku berbunga mekar. Kata orang ada rama-rama yang sedang berterbangan riang di dalam hati.

                 ‘’Ira!’’

                 ‘’Hmm,.’’

                 ‘’Kita balik jumpa keluarga abang ya?’’

                   ‘’Haa?’’ aku melompat bangun dan duduk kaku. Aku menatap wajah encik Ku Shairi. Dia turut bangun dan menarik aku supaya duduk di sebelahnya.

              ‘’Abang berani jamin, keluarga abang takkan makan orang!’’ encik Ku Shairi berkata sambil tergelak. Muka aku yang menjadi pucat tiba-tiba.

              ‘’Jom makan! Abang dah lapar!’’ encik Ku Shairi bergerak turun dari katil dan menarik tangan aku bersamanya. Aku masih kaku dan membisu. Jujurnya jantung aku masih berdetup dengan laju dan rentaknya semakin mengila dengan gelagat encik Ku Shairi hari ni.

.................................................

                   Aku tunaikan janji aku pada encik Ku Shairi. Aku tidur bersamanya malam ni. Encik Ku Shairi masih deman dan selera makannya pun masih kurang. Walau pun begitu seharian hari ini dia menjadi Iman solat setiap kali masuk waktu. Terharunya aku kerana sudah lama aku tak merasai nikmat ini. Aku terasa benar-benar dicintai dan disayang. Betapa bertuahnya aku memiliki hatinya.

               ‘’Masih berangan lagi? Ingatkan Nick ke?’’ aku berpaling ke sebelah. Ingatkan orang sebelah dah tidur tadi sebab selepas makan ubat dia asyik menguap tanpa henti.

              ‘’Ingat juga! Bos tahu tak,.Nick,..’’ aku tak berani nak meneruskan kata. Aku pandang wajah encik Ku Shairi. Matanya masih terpejam tapi aku yakin dia belum tidur seratus peratus.

                  ‘’Kenapa dengan Nick?’’ dalam mata yang masih pejam encik Ku Shairi bertanya.

                ‘’Nick,.dia,.dia confess dekat,..err,..’’ aku keliru lagi. Apa yang harus aku kata? Nak bahasakan diriku Ira atau saya macam selalu. Serius sehari bersamanya hari ini aku keliru untuk membahasakan diri aku. Sekejap aku sebut Ira dan sekejap aku sebut saya hingga aku jadi bahan untuk encik Ku Shairi ketawakan aku.

                     ‘’Sini!’’ dia depakan tangannya sambil memanggil aku. Aku mengeleng pantas. Tak berani aku nak tidur atas lengan dia, walau itu juga yang pernah aku impikan dulu. Tidur berlapikkan lengan suami. Alangkah bahagianuya!

                    ‘’Jangan degil Ira! Abang demam. Abang takkan buat apa-apa pun. Abang janji,.’’ Perlahan-lahan aku menunaikan permintaannya. Hati yang kembang setaman sudah mekar dengan bunga-bunga cinta seluas lautan.

                ‘’Kenapa dengan Nick?’’ dia tanya aku lagi.

                 ‘’Nick cakap dia sayangkan Ira. Dia cintakan Ira. Macam pelik sangatkan bunyi ayat dia tu?’’ aku bercerita sambil menyoal. Aku donggakkan kepala untuk melihat reaksi encik Ku Shairi. Dia membuka mata dan bibirnya tersenyum lebar. Sekejap cuma matanya dipejamkan kembali.

               ‘’Lesbian!? Ira macam mana? Jangan duakan abang dengan kaum sejenis. Tak rela abang!’’ aku tampar dadanya sebaik dia habis berkata-kata. Dia mengaduh perlahan.

                   ‘’Ira sayangkan dia sebagai sahabat baik Ira tapi cinta itu terlalu mustahil untuk wujud pada orang lain sebab abang dah curi cinta Ira itu dalam diam,.’’ Aku berkata sambil sembunyikan wajahku di dadanya.

                ‘’Alhamdulillah! Aamiin!,.Dah,.abang nak tidur. Mata abang dah tak larat nak angkat.’’ Aku mengangguk dalam diam dan aku mendengar dengkuran halus encik Ku Shairi selepas itu.

                Terima kasih Ya Allah! Hari ini aku bahagia tak terkata kerana berada dalam rahmatMU. Semoga kau permudahkan hari esok dan hari-hari seterusnya. Moga kami sentiasa berada dalam lindungan kasihMU! Aamiin Ya Rabbal Alamin.

............................................

                     Sejak keluar dari rumah tadi jantung aku ni asyik mengepam darah dengan laju. Minda aku terlalu serabut memikirkan perbagai kemungkinan. Segala adegan dalam drama tertayang di ruangan mata. Adegan diseranah ibu mertua, dicaci dan dihina. Dalam masa yang sama aku tak henti-henti berdoa agar Allah permudahkan segalanya.

            ‘’Shahira Yusriani!!’’ aku berpaling ke sebelah. Encik Ku Shairi tersenyum padaku. Dia mengapai tanganku yang sejuk dan berpeluh dingin.

            ‘’Kenapa yang mengelabah teruk sangat ni? Relaxlah! Be cool. Tengok macam abang ni. Okey ja!’’ encik Ku Syairi tergelak perlahan. Aku mencebik.

            ‘’Memanglah bos okey,.yang nak jumpa mertua tu bukan bos tapi Ira,.’’ Aku bernada sayu. Gementar yang tak terkira. Takut dan sebagainya.

            ‘’Hiesyy,.mesti Ira fikir keluarga abang tu teruk sangatkan? Cerita dengan abang apa yang Ira fikir!’’ aku pandang encik Ku Shairi. Nak suruh aku cerita apa yang aku fikir? Agak-agak ar,.

           ‘’Hurm,.’’ Aku mengeluh perlahan. Untuk melegakan rasa hati aku menarik nafas dalam-dalam. Aku pandang keluar tingkap dan menghayati panorama alam.

          ‘’Positifkan minda okey!’’ kali ini encik Ku Shairi mengelus kepalaku pula.

          ‘'Bos fokus memandu sudah. Jangan nak pujuk Ira sangat, kang tak pasal-pasal Ira tak berkesempatan nak  jumpa mak mertua pulak.’’ Aku cuba menceriakan hati sendiri. Encik Ku Shairi ketawa lagi dan mengalihkan pandangannya ke depan semula. Aku pula on radio dan cuba menghilangkan rasa resahku dengan lagu yang diputarkan.

To Love Me (Shin Hye)

Since when did it all begin
You were  always in my heart
Even a little smile from you,
 Makes me really excited
As if it’s always been waiting for me
This fate like love
So it is you
I can feel it
Oh, you are my love

You’re just like a cotton candy
Melting my heart every day
You’re just like a sparkling rainbow
Shooting into my heart
With your sweet voice
Only say this to me, all right?
That also from the start your heart
Everyday, loving me
I love you
Just be my love

Since when was it
That you started coming into my heart
Thumb, thumb, my heart beats
Even you small smile
During all that time you waited for me
A love like fate
It was you
I can do it
Oh, my love is you

You, in my heart
Are like melting  cotton candy
You, in my heart
Are like a rainbow so bright
So that only I can hear
Tell me with your sweet voice

          Lagu Korea nyanyian Park Shin Hye yang telah dialih suara ke dalam bahasa Inggeris aku hayati liriknya. Macam best sajakan lirik lagunya? Begitu menyentuh hati dan membuatkan hatiku penuh dengan rasa cinta.

Everyday, loving me
I love you
Just be my love

             Tiga baris lirik lagu yang aku hayati dan aku begitu terpesona dengan maksudnya. Aku pandang lagi encik Ku Shairi di sebelah. Jantung aku berdegup laju. Sungguh! Cinta ini membuat aku begitu bahagia dalam rasa debaran yang mengila. Moga Allah merestui cinta kami hingga ke Jannah. Aamiin. Aku berdoa di dalam hati dan mengaminkannya.

                ‘’Abang lupa nak tanya. Lirik lagu yang abang bagi pada Ira tu best tak lagu dia?’’ aku tersenyum mendengar pertanyaan encik Ku Shairi. Main bagi sajakan, pada hal lagu tu pun tak pernah dengar.

              ‘’Lagu Korea tu. Yong Hwa yang menyanyi, You’ve Fallen For me. Mungkin rakan Facebook abang tu dah terjemahkan dalam bahasa Inggeris.’’ Aku memberitahu encik Ku Shairi apa yang aku tahu.

             ‘’Best tak lagu tu?’’ encik Ku Shairi bertanya lagi.

             ‘’Best tu terletak pada MINAT. Kalau minat mesti best, tapi kalau tak minat mesti tak best.’’ Aku menjawab sambil tersenyum. Kalau tanya aku best ke tak, jawapan aku memang best. Kali pertama dengar aku dah jatuh cinta, bila tau maksud lirik dia, lagilah aku jatuh cinta 99.9 %,.hihi

                ‘’Nyanyikan untuk abang!’’ aku sudah merenung encik Ku Shairi mendengar permintaannya. Sesaat kemudian aku melepaskan tawa galak. Nak cari nahas? Ada pulak suruh aku nyanyi lagu Korea. Kalau tak banjir, maunya kemarau seluruh Malaysia!

                  ‘’Sengaja betul bos ni nak tempah bala?! Ira ada ja lagu tu kalau bos nak dengar,.ada pulak suruh Ira menyanyi?’’ aku berkata perlahan sambil mengeluarkan telefon. Aku buka bahagian music video dan mainkannya.

                  ‘’Bila nak panggil abang ni?’’

                   ‘’Oppsss!!,..’’ aku menjeling encik Ku Shairi sekilas dan tersenyum lagi. Kemudian kami sama-sama mendengar lagu Yong Hwa tu. Aku pandang encik Ku Shairi untuk melihat responnya. Macam tak minat saja?!

              ‘’Best tak?’’ aku tanya encik Ku Shairi. Dia angkat bahu. Hurm,..mesti tak minat tengok drama Korea letew?

              ‘’Maksud lirik lagu tu boleh tahankan?’’ aku bertanya lagi. Encik Ku Shairi mengangguk.

               ‘’Bos suka tengok drama Korea tak?’’ encik Ku Shairi mengeleng.

               ‘’Tapi Ira suka! Hero dia cute giler!’’ aku berkata sambil tergelak.

               ‘’Ehemmmm,..’’ encik Ku Shairi berdehem panjang. Aku tergelak kuat. Hahaha,.masam semacam pulak wajah orang sebelah aku ni.

               ‘’Ira paling suka tengok muka Nickhun, Lee Min Ho, Choi Min Ho, dan akhir-akhir ni Ira macam dah jatuh cinta pula dengan Yong Hwa. Watak yang dia bawa dalam drama Heart Strings tu memang touching habis. Watak lelaki yang pemalu dan penuh dengan rasa cinta. Fuhh,..terbaeekkk!!’’ aku membebel sambil bibir terus menguntum senyum. Tau-tau orang sebelah sudah berhentikan kereta di tepi jalan. Dia merenung tajam ke arahku dan menjentik dahiku.

             ‘’Ouchhh,..sakitlah!’’

              ‘’Berangan? Orang sebelah ni tak cute ke or nak suruh abang bawa watak hero melayu paling pemalu dalam dunia?’’ aku gelak berlambak. Agak-agaklah encik Ku Shairi oii!!

.....................................

                       Akhirnya kami sampai ke destinasi. Aku perhatikan suasana di laman rumah yang riuh rendah dengan orang ramai. Aku pandang encik Ku Shairi, dia buat muka selamba ja sedangkan jantung aku kembali berentak rock. Bergendang sakan di dalam.

                  ‘’Kenapa ramai orang?’’ aku suarakan juga apa yang aku fikir. Encik Ku Shairi terus keluar dari kereta dan menonong laju masuk ke dalam rumah. Aku masih beku di dalam kereta. Sakit betul hati bila encik Ku Shairi langsung tak berpaling ke belakang lagi. Ketika ini aku rasa macam nak meraung saja melihat telatah encik Ku Shairi yang seolah tak menghiraukan aku.

               Air mata sudah bergenang, hanya menunggu masa untuk gugur. Kalau ikutkan hati aku yang sakit ni, aku bawa diri saja dan tinggalkan rumah ini seorang diri. Huh! Apa punya suami, disaat hati aku sedang resah dan gundah inilah dia nak menguji kesabaran aku pun. Tak apa, ada ubi ada batas. Ada hari pasti akan ku balas. Aku menjerit di dalam hati. Air mata yang bertakung sudah menuruni pipi. Sedih, sakit hati dan sebagainya sudah menyerang naluriku.

           ‘’Ira!’’ sedang asyik aku memikirkan nasib diri yang ditinggalkan suami seorang diri di dalam kereta di depan rumah keluarganya, pintu kereta di buka dari luar dan ada suara yang memanggil. Suara seorang wanita yang sudah lama tidak ku dengar.

          ‘’Mak su?’’ air mataku semakin laju mengalir. Entah mengapa dadaku begitu sebak sebaik melihat wajah mak su. Dia pegang tanganku dan menyuruh aku keluar dari kereta. Sebaik kedua belah kakiku memijak tanah, mak su merangkul erat tubuhku. Semakin kuat tangisanku bila mak su mencium pipiku kiri dan kanan. Aku dilanda perasaan keliru dan mindaku dihujani dengan perbagai persoalan.

           ‘’Jom kita masuk!’’ sebaik mak su melepaskan rangkulannya dia mengheret aku masuk ke dalam rumah. Di muka pintu pak su sudah tersenyum lebar. Aku pelik, kenapa mak su dan pak su pun ada di sini? Apa hubungan mereka dengan keluarga encik Ku Shairi. 

              Aku mengesat kering air mataku. Pak su memyambut kami di muka pintu. Masuk saja ke dalam rumah semua mata memandang ke arah kami. Aku cari wajah encik Ku Shairi yang meninggalkan aku di dalam kereta tadi. Bila bertembung mata dengannya aku tunjukkan wajah bekuku. Encik Ku Shairi pula pamerkan senyum manisnya. Apa senyum-senyum? Tunggu saja pembalasan dariku! Aku memberontak di dalam hati.

            ‘’Ira,.’’ Seorang wanita menyebut namaku dan menarik aku masuk ke dalam pelukannya. Seorang demi seorang wanita muda dan tua berbuat perkara yang sama padaku. Aku cuba mengimbas wajah mereka seorang demi seorang. Rasanya kami pernah bertemu sebelum ini tapi mindaku lambat bertindak. Aku tak ingat di mana kami bertemu.

           ‘’Ira tak ingat mama lagi? Kita pernah jumpa dulu.’’ Wanita pertama menyoalku. Aku melopong. Otak pantas bekerja tapi langsung tak berfungsi.

          ‘’Kalau tak ingat mama, mesti Ira ingat lagi dengan kak Yanikan? Dulu kak Yani selalu pergi rumah Ira,.’’ Mendengar saja kata-kata wanita yang bernama Yani bibirku secara spontan mengukirkan senyuman.

           ‘’Kawan mak su?’’ aku meneka pantas.

           ‘’Haa,..ingat pun!’’ dia memujiku. Aku mengangguk kepala berkali-kali.

               ‘’Abang, Ira tak ingat ke? Budak lelaki yang baling kulit rambutan kat Ira, lepas tu Ira kejar abang keliling rumah.’’ Encik Ku Shairi pula datang dan bertanya padaku. Aku paksa mindaku bekerja lagi.

              ‘’Kucai??’’ aku bertanya ragu.

             ‘’Ya taugeh!’’ dia membalas pertanyaanku sambil tersenyum. Aku tercengang lagi. Sungguh aku tak menduga. Dialah lelaki yang pernah bergaduh dengan aku dulu, tapi itulah kali pertama dan kali terakhir kami bertemu. Kenapalah aku tak cam dia? Sekarang kekeliruan aku semakin berkurang sedikit demi sedikit.

           ‘’Aku macam mana pulak? Engkau memang tak kenal akukan?’’ ada seseorang yang baru masuk ke dalam rumah bersuara. Aku menoleh pantas. Terpandang Suzy yang sudah tersenyum lebar sambil melangkah laju menghampiriku.

            ‘’Suzy,.apa pulak tak kenal? Selalu jumpa di tempat kerjakan?’’ kebingungan aku bertandang lagi bila Suzy mengeleng laju.

            ‘’Eh,..kau lupa ya? Dulu aku yang selalu jadi orang tengah bila kau dan abang Ku Shai bergaduh. Aku yang selalu back-up kau tau!’’ kepala aku rasa pening bila Suzy pula membuat pengakuan sebegitu. Serius minda aku tak dapat nak menangkap semua sejarah silam itu. Ketika itu aku baru darjah tiga. Encik Ku Shairi tua lima tahun dari aku dan Suzy tua setahun dari aku.

            ‘’Oh! Suzianakan?’’ aku meneka lagi bila wajahnya kembali menghiasi ruang mindaku.

          ‘’Haa,..tahu tak apa!’’ Suzy berkata ceria. Aku menarik nafas panjang kemudian aku memandang semua wajah-wajah yang sedang tersenyum di depan aku.

          ‘’Boleh tanya sikit tak?’’ tiba-tiba minda aku terfikir akan sesuatu. Rasa macam ada sesuatu yang tidak kena.

             ‘’Siapa perancang utama cerita ni? Siapa dalangnya?’’ bila semua orang diam aku terus mengajukan soalan. Semua wajah - wajah di depanku tersenyum lebar dan jari telunjuk masing-masing mengarah pada encik Ku Shairi. Aku sudah mengebam bibirku. Oh! Ada hati nak kenakan aku ya?

            ‘’Hari korang kena tangkap basah tu pun dia yang rancang!’’ Suzy bersuara dan encik Ku Shairi pantas menutup mulutnya. Aku sudah membeliakkan mataku.

           ‘’Hmm,..mama pun ada confession juga nak buat. Selepas Ira makan ubat tidur hari tu, Ada orang tu dah menangis tak berlagu. Macam-macam dia dah merapu. Menyesallah, apalah, sampai tak mau makan.’’ Ruang tamu rumah riuh dengan deraian tawa mendengar pengakuan mama. Mungkin dialah mak mertua aku?! Aku pun tak pasti lagi. Mereka asyik bercerita sedangkan diri masing-masing belum diperkenalkan lagi. Minda aku ni dah la lembab. Mereka mungkin kenal aku tapi memori aku pasal mereka macam zero saja.

          ‘’Alaa,.itu tandanya sayang!’’ encik Ku Shairi membela diri. Aku mencebik. Sayanglah sangat. Teruk aku dikenakan mereka. Huh!,.

            ‘’Kejap!,.’’ aku berkata sambil memandang pak su dan mak su silih berganti.

            ‘’Adegan kena halau tu pun lakonan jugak ke?’’ aku memandang tepat ke wajah mak su sambil menyoal. Mak su mengangguk laju dan matanya mengarah ke arah encik Ku Shairi.

            ‘’Tu pengarah, merangkap penerbitnya sekali. Dia siap belanja kami makan malam lagi malam tu,.’’ Aku menarik nafas berat. Geramnya!!

             ‘’Aku peragut beg kau di bas station lepas tu heroin aku datang selamatkan kau. Eh,.mana Naimah?’’ seorang lelaki berpakaian kemas pula datang membuat pengakuan yang paling tak ku sangka. Dia kemudiannya meninjau setiap sudut ruang tamu.

             Mendengar kata-kata lelaki itu otak aku bekerja lagi. Kali pertama aku datang ke sini, beg galas aku diragut dan,.Oh Tidak!,.Nick??

            ‘’Naimah!!’’ Encik Ku Shairi pula memanggil. Seorang perempuan yang berbaju kurung dan bertudung keluar dari ruang dapur. Aku perhatikan wajahnya. Eh,.macam aku kenallah!

           ‘’Nick??’’ aku bersuara lantang. Betul-betul aku terkejut melihat penampilan Nick hari ini. Memang cantik sangat. Nick juga mengenakan make-up di wajahnya. Aku nyaris tidak mengenali Nick.

            ‘’Naimahlah sayang! Dia adik sepupu abang. Dia arkitek di syarikat papa. Abang bayar dia untuk jaga sayang.’’ Encik Ku Shairi berdiri di sebelahku dan merangkul bahuku. Aku sudah mengengam penumbuk tanpa sedar.

          ‘’Tapi Nickkan,..’’ aku tak menghabiskan kata-kataku. Aku pandang tepat ke wajah Nick berharap dia menjawab semua persoalan yang menghuni mindaku sekarang.

             ‘’Aku pernah jadi pelakon sambilan dulu,.sebab tulah watak aku lagi banyak dari watak orang lain,.’’ Nick berkata sambil mengelus bahuku. Encik Ku Shairi menjauhkan diri dariku bila melihat aku mengengam penumbuk tadi. Aku yakin dia sudah dapat membaca minda dan hatiku yang sedang mendidih sekarang ni.

            ‘’Mama!,.Ira nak minta izin sikit boleh tak?’’ aku berpaling ke arah mama. Mama mengangguk. Aku ukirkan senyuman.

               ‘’Ira nak minta izin dari mama untukk,..kerjakan anak mama tu cukup-cukup!’’ aku bersuara lanjut sambil mencari encik Ku Shairi. Tahu-tahu dia sudah berlari laju keluar dari rumah.

              ‘’ENCIK KU SHAIRI ARIFFFFFFFFFFFFFF!!’’ aku melaung kuat dan seluruh rumah sudah ketawa melihat encik Ku Shairi yang sudah memulakan larian marathonnya.

********************TAMAT********************

Shahira Yusriani : Daripada aku kejar Kucai tu lebih baik aku layan music video Yong Hwa ni lagi best! Jom kita layan!




Lirik mungkin tak sama sbb sy copy dari drama Heart String


Szaza Zaiman : Selamat membaca semua! Jangan marah haa kalau cerita ni tak best,.peace! No War!,.






          


         

5 ulasan:

  1. Haha! Boleh masuk slot akasia ni kak, byk sgt drama... Kak, apa motif kucai buat mcm tu? Mohon jawab... Huhu

    BalasPadam
  2. Ya Allah! Bestnyaaaaaaa. Berbunga hati saya baca 💞

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..kalau dah berbunga dalam hati baca cerpen ni. Tapikan..dalam hati mak cik ni dah jadi taman bunga sbb ada orang sudi baca dan tinggalkan komen..🌹🌼🌻🌸❤💕

      Padam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.