HAZRIQ menanti penuh sabar walaupun penantiannya ibarat menanti buah
yang takkan gugur, namun dia nekad apa jadi pun dia akan terus bersabar. Sudah
lama dia memendam rasa hati, dan dia yakin penantiannya akan berakhir suatu
hari nanti.
"Woit...hang dok sekodeng apa? Dari tadi aku dok perati saja hang.
Macam ada yang tak kena ja. Hang jangan Hazriq.." tak tau dari mana Suraya
muncul dan menyergah. Mengelabah juga Hazriq jadinya.
"Ehh kak Sue..mana ada sekodeng pun. Saja ja..ambil angin petang di
sini." Hazriq auta saja apa yang sempat. Suraya pula sudah mencebik. Tidak
percaya langsung dengan kenyataan Hazriq.
"Hang suka dengan Suriakan? Lebih baik hang mengaku! " Suraya
serkap jarang. Sudah lama dia perasan gelagat Hazriq setiap kali Suria menolong
ibunya di gerai.
"Tak baik buat fitnah tau kak Sue. Hazriq bukan sekodeng dia pun...Hazriq
err Hazriq.."
"Hazriq apa!!!"
"Hazriq sekodeng mak kau!"
Terkejut dengan jerkahan Suraya, Hazriq
langsung tersasul. Suraya sudah mengekek ketawa melihat wajah gubra Hazriq.
"Hang sekodeng mak aku? Bukan mak aku tu mak hang jugak ka?"
Suraya terus menyakat Hazriq yang semakin mengelabah.
"Memang laa.."
"Habis, yang hang dok
sekodeng mak, pasai pa? Nak makan nasi lemak, pergilah masuk. Yang hang gatai
dok usyar dari jauh ni pasai pa? Malu? Hiesy...agak-agaklah nak malu dengan mak
pun."
"Aku bukan malu laa..."
"Habis tu?"
"Habis two, three, four, five..."
"Elehh..hang sekodeng Suria
kan?"
"Mengarut!"
"Hang sekodeng mak?"
"Tak! Aku sekodeng kau! Puas hati?" Hazriq berkata sambil
berlalu pergi. Suraya pula terkaku seketika. Dan selepas beberapa saat
ketawanya meledak kuat.
******************
‘’SUE memang tak pernah suka abang ke?’’
‘’Siapalah Sue ni, abang tak pandang pun. Berapa orang dah tanya abang,
suka Sue tak? Tapi, apa jawapan abang? Pernah abang mengaku, abang suka Sue?
Tak pernahkan?
‘’Bukan macam tu Sue, abang...’’
‘’Kalau betul abang sukakan Sue, pandai-pandailah abang cari kunci untuk
buka pintu hati Sue semula.’’
‘’Teruklah abang kali ni. Mana abang nak cari kunci tu?’’ Hazriq
kebingungan, dia tak tahu macam mana nak luahkan suara hatinya pada Suria. Dulu
mereka sekelas sebelum mereka berpindah ke Kuala Lumpur dan hubungan
persahabatan mereka terputus.
Kini Hazriq kembali ke kampung ini setelah dia bekerja. Antara dia dan
Suraya ada satu rahsia yang tersimpan. Mereka ditukarkan sejak kecil. Emak
Hazriq dan ibu Suria menukarkan mereka tanpa pengetahuan keluarga. Bila Hazriq
dewasa barulah ibu angkatnya menceritakan perkara sebenar. Hazriq pulang ke
kampung untuk mencari keluarga kandungnya dan dia jatuh hati pada Suria.
Bagi Suria pula Mak Senah adalah ibu kandungnya untuk selamanya. Dia tak
boleh terima kenyataan dia ditukarkan sejak kecil. Dia sudah bahagia menjadi
anak bongsu dalam keluarga besar ini sedangkan di Kuala Lumpur sana Hazriq
adalah anak tunggal.
‘’Pandai-pandailah abang cari.’’ Suria menjawab balas. Walaupun mereka
sebaya dan mereka lahir pada hari yang sama, Mak Senah suruh Suria memanggil
Hazriq dengan panggilan abang. Kata Mak Senah Hazriq lahir 5 jam lebih awal
daripada Suria.
Hazriq mengaru-garu kepala yang tidak gatal. Masalah dia dengan Suria
sudah bermula sejak dia pulang ke kampung lagi. Pada mulanya status mereka
diragui, adakah mereka adik beradik susuan. Tapi Mak Senah menafikannya. Dia
sudah berjanji dengan ibu kandung Suria untuk tidak memberi Suria susu badan.
Mak Senah melahirkan anak lelaki kembar tapi adik kembar Hazriq meninggal
ketika berumur 17 tahun dalam satu kemalangan. Hazriq lega kerana cintanya pada
Suria pasti takkan ada halangan namun halangan yang paling besar adalah dirinya
sendiri. Setiap kali ditanya tentang perasaannya pada Suria, dia tak pernah
mengaku. Kakak dan abang-abang kandung Hazriq pula kuat menyakat. Hazriq malu
setiap kali disakat. Dia hanya berani usya suria dari jauh saja.
****************
MAK Senah memerhatikan saja
cucunya bermain game sejak tadi. Bila dia ajak makan, Ammar buat tak dengar
saja. Mak Senah suruh Ammar pergi mandi pun langsung tak bersahut. Seolah-olah
Mak Senah bercakap dengan dinding.
Ammar terus fokus pada smartphone di tangan. Sekejap tubuhnya bergerak
ke kiri dan ke kanan, wajahnya tegang dan nampak tertekan.
"Ammar,
tak dengaq ka tok pangge ni? Orang cakap dengan dia, macam cakap dengan tunggui
kayu. Syok sangat ka main game tu?" Mak Senah membebel lagi. Matanya ralit
memandang ke arah Ammar yang masih tekun menatap skrin smartphone.
"Minta sini telepon tu! Bagi tok pulak main. Syok ter'ra mana,
sampai makan pun dak, mandi pun tak mau." smartphone di tangan Ammar terus
Mak Senah rampas tanpa amaran. Tercengang Ammar dibuatnya.
"Tok! Bagi la balik!" bergegar syiling rumah dengan suara
Ammar.
"Sat la, tok nak try main jugak. Syok tang mana?" Mak Senah
tak peduli pun dengan Ammar yang cuba merampas kembali smartphone yang Mak
Senah pegang. Dia terus melayan game seperti yang Ammar buat. Sekejap bahu Mak
Senah disengetkan ke kiri, sekejap ke kanan. Bukan saja tangan yang bergerak,
bahu, kepala termasuk tubuh Mak Senah turut mengikut ke mana saja arah kereta
yang dipandunya di dalam game meluncur.
"Allahu Akhbar! Excident la pulak!" Mak Senah bertempik bila
kereta yang dipandu dengan kelajuan 120 km/ jam itu berlanggar dengan kereta
hadapan.
"Tok tak gheti main! Mai
balik!" Ammar terus merampas smartphone dalam tangan Mak Senah namun Mak
Senah dengan pantas merampasnya semula.
"Pi
mandi, pi makan dulu! Nak balik henpon ni, kena dengaq cakap tok. Kalau dak,
tok report kat ayah hang." tegas sekali nada suara Mak Senah sambil
restart game kembali.
Vroooooommmmmmm....kereta
terus meluncur laju dan tubuh Mak Senah kembali beraksi seperti tadi. Ammar
terus meraung.
‘’Uwaaaa…’’
*****************
"ABANG suka Sue ka?"
Suria tanya Hazriq entah kali yang ke berapa. Dia sendiri tak pasti.
"Perasan!" sepatah Hazriq menjawab dan terus berlalu. Suria
hanya memerhatikan Hazriq mengorak langkah. Dia menarik nafas dan melepaskannya.
Kenapa kak Suraya kata Hazriq suka aku? Emak pun selalu mencanang pasal Hazriq
di telinga aku. Tapi, setiap kali aku tanya, Hazriq tak pernah mengaku.
‘’Kawan Sue nak masuk meminang kalau abang tak nak kat Sue. Sue ingat
nak terima saja pinangan dia…’’ Suria melaung pada Hazriq yang sudah berada
semeter darinya. Hazriq menghentikan langkahnya. Suria tersenyum senang hati.
‘’Apa kena mengena dengan abang?’’ Hazriq bertanya selamba, padahal
hatinya bagai ditikan sembilu, terasa perit mendengar ungkapan Suria sebentar
tadi. Rasa tercabar jiwanya.
‘’Oh..tak ada kena mengena ka?’’ Suria bertanya kembali, senyum yang
terpamer tadi terus hilang. Dadanya terasa sakit dan sebak terus bertandang.
Air mata turut bergenang tanpa dipinta. Hatinya bagai dilapah saat ini.
‘’Kena ada kena mengena ka?’’ Hazriq menyoal kembali. Nada suaranya
berubah sekelip mata akibat menahan sebak namun dia masih cuba menunjukkan
sikap selamba seolah-olah tiada apa yang mengugat hatinya.
‘’Tak payah! Sue pun tak suka abang ada kena mengena dalam hidup Sue!
Menyampah!’’ Suria bersuara tegas dan bangun menuju ke biliknya. Dalam diam
Suria mengesat air matanya yang sudah gugur ke pipi. Sakit betul dengan sikap
Hazriq yang berhati batu.
Hazriq yang ditinggalkan menepuk dadanya berkali-kali. Sakitnya tuh di
sini!
**********************
"HAI Hazriq..laju
hang kayuh, nak pi mana?" Suraya melaung Hazriq yang sedang mengayuh
basikal dan melepasinya.
"Haa, kak Sue..betoi ka Suria nak pi gheja di KL?" Hazriq yang
telah berhenti di depan Suraya bertanya balas. Nada suaranya agak mengelabah
dan nafasnya mengah.
"Awatnya, kalau dia pi gheja di KL?" Suraya tak menjawab
pertanyaan Hazriq, malahan menyoal Hazriq kembali.
"Err..saja tanya." Hazriq tersengeh. Tersipu-sipu jadinya bila
Suraya memandangnya dengan pandangan hairan.
"Betoi..Suria pi gheja di Syarikat bakal bapak mertua dia,
a.k.a..bap...ehhh," Suraya nyaris terkantoi. Niat asal nak kenakan Hazriq,
tapi dia sempat menokhtahkan kata sambil mencari ilham untuk membuat ayat.
"Bakal bapak mertua? Siapa?" Hazriq bertanya pantas. Dadanya
berombak laju. Terasa hatinya pedih bagai dihiris.
"Bapak tunang dia la, sapa lagi. Suria tak bagitau hang ka, dia dah
bertunang minggu lepas?" Suraya menjawab sambil mengulum senyum. Seronok
pula menyakat Hazriq yang seakan terkena renjatan elektrik di depannya ketika
ini.
"Tu..tu..tunang??" bulat anak mata Hazriq mendengar perkataan
tunang. Suria bertunang?
"Dengan siapa?"Hazriq menyambung kata. Suraya menahan gelak.
"Dengan lelaki la, takkan dengan perempuan? Sue kata, dia suka hang
tapi hang tak suka dia. Jadi, daripada menunggu buah nangka yang tak mungkin
luruh ke tanah, baik terima saja sapa yang masuk minang. Kebetulan, minggu
lepas, ada keluarga kawan dia masuk merisik. Dia suruh kami terima. Sue kata,
lebih baik terima orang yang nak kat dia.."
"Awat mudah sangat? Orang tu..orang tu..." Suraya belum lagi
selesai bercerita, Hazriq mencelah dengan nada suara yang tengelam timbul. Tawa
Suraya nyaris pecah melihat wajah Hazriq yang mengelabah.
"Orang tu? Tunang dia ka? Lawa baq hang, muka macam pelakon Korea.
Kak Sue tengok pun tergoda, tapi apa nak kata, depa mai minang adik, takkan kak
Sue pulak yang nak gedik, kan?" tanpa rasa bersalah, Suraya terus membuat
ayat. Wajahnya nampak tenang, padahal hati di dalam digeletek lucu.
Hazriq mengelabah..takkanlah…
***********************
MAJLIS yang berlangsung agak meriah, Hazriq hanya memerhati dari jauh.
Hatinya terasa pedih. Air mata cuba ditahan agar tidak gugur. Dia lelaki,
takkan nak menangis kerana seorang perempuan. Tidak, takkan sesekali dibiarkan
air matanya gugur walaupun luka hatinya terlalu parah.
Pap!
"Hang
buat pa tang ni? Jom, jom masuk. Tolong apa yang patut. Takkan nak usyar dari
jauh ja." seiring dengan tamparan kuat di belakang Hazriq, Solehin
bersuara tegas.
"Err..Hazriq nak pi kedai sat. Mak suruh beli bawang." Hazriq
mencari helah untuk melepaskan diri. Beli bawang? Hentam sajalah!
"Mak suruh hang beli bawang? Nak kelentong pun tak agak-agak.
Bawang seguni dalam rumah tu nak buat pa? Tuuu..mata hang berair pasai pa. Daripada
tadi lagi abang Ein dok perati hang, muka monyok ja. Dok intai-intai dari jauh,
hang cari sapa? Anak teruna tak sampai lagi. Anak dara? Tak guna dah nak
ngendap pun, bakal jadi bini orang dah." sengaja Solehin membakar api
dalam sekam. Yang terasa panasnya pastilah Hazriq seorang. Hatinya bagai
dicarik-carikkan. Sakitnya bagai dilapah. Mendengar saja ayat bakal bini orang,
terasa ingin menjerit untuk beritahu seluruh kampung. Hentikan semua ini. Suria
tak boleh nikah dengan orang lain!
"Hai..awat ni. Cuak semacam ja muka hang? Hang suka Sue ka? Kalau
suka habaq cepat. Jangan dok simpan perasaan tu dalam hati, berkarat satgi. Dah
jadi bini orang, tak boleh nak buat pa dah..melepas sudah.." sambil berkata
Solehin memandang wajah Hazriq. Jawapannya sudah ada, namun Solehin hanya ingin
menduga sejauh mana Hazriq ingin menafikan perasaannya.
"Cakap apa ni? Mana ada! Hazriq anggap Suria tu..macam.."
Hazriq tak jadi meneruskan ayatnya. Fikirannya berserabut. Sampai bila aku nak
elak? Sampai bila aku nak sorokkan perasaan ni? Sampai bila? Sampai Suria jadi
isteri orang? Sampai aku mati?
"Tak nak mengaku sudah. Jangan sampai jilat ludah. Menyesal tak
sudah..merana dahhh.." Solihin masih terus menguji. Hazriq meraung di
dalam hati.
‘’Hazriq!!!’’ Pak Meon melaung nama Hazriq. Solihin dan Hazriq menoleh
laju.
‘’Mai tang ni sat!’’ Pak Meon melambai berkali-kali. Solihin dan Hazriq
berlari-lari anak mendapatkan Pak Meon.
‘’Ada apa abah?’’ Hazriq bertanya penuh curiga. Solihin hanya berwajah
selamba namun nafasnya termengah-mengah.
‘’Tolong kami Hazriq. Anak teruna telefon nak batalkan majlis kahwin ni,
tak jadi kawen dengan Sue, kalau orang kampung tau..malu la kami. Tolong jadi
pengantin lelaki sat.’’ permintaan Pak Meon membuatkan Hazriq tercengang namun
beberapa saat kemudian bibir Hazriq terukir dengan senyuman.
‘’Boleh ka macam tu, abah?’’ Hazriq bertanya dengan perasaan gembira.
Wajahnya sengaja dibekukan agar perasaannya tak dapat diteka.
‘’Boleh..kalau nak..’’
‘’Tak mau pun tak pa..abang Ein rela jadi pak sanggup.’’ Selamba badak saja
Solihin mencelah.
‘’Ehh..boleh abah..boleh boleh, Hazriq boleh jadi pak sanggup, daripada
keluarga kita dapat malukan..’’ secepat kilat Hazriq memintas kata-kata
Solohin. Setiap orang yang mendengar sudah menghamburkan tawa. Berderai air
mata Suria yang sedang mengintai dari jendela biliknya.
‘’Alhamdulillah..pi la bersiap..’’
‘’Sekarang ka bah’’
‘’Sekarang la, kita nak bertolak pi masjid dah ni..’’
‘’Tak boleh tunda ka abah, esok ka atau lusa..’’
‘’Awat pulak? Tadi kata boleh?’’
‘’Tak boleh takpa, abang Ein
boleh saja..’’ Solehin mencelah lagi.’’
‘’Okey..Hazriq nak pi bersiap la
ni..tapi nak pakai baju apa abah’’
‘’Baju melayu la..takkan baju
kurung..’’ jawapan Pak Meon membuatkan halaman rumah mereka sekali lagi riuh
rendah dengan gelak ketawa. Hazriq mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Kena jadi pengantin lelaki segera ni bukan semudah yang disangka lebih-lebih
lagi dengan keadaan yang sukar diduga.
‘’Nah!’’ Mak Senah menghulurkan
sepasang baju melayu berwarna merah berserta sampin kepada Hazriq.
‘’Nak buat apa ni mak?’’ Hazriq
menyoal bodoh. Gelak ketawa kembali bergegar. Solihin menepuk bahu Hazriq
dengan kuat untuk menyedarkan Hazriq daripada lamunan.
‘’Tak mau ka? Bagi kat abang Ein
la..biaq abang Ein yang jadi pak sanggup.’’ Sekali lagi Solihin cuba menguji.
Laju Hazriq mengambil baju yang dihulurkan Mak Senah. Gelagat Hazriq sekali
lagi membuatkan halaman rumah mereka bergegar dengan suara ketawa.
**********
‘’Mohammad Hazriq bin Haji Sameon..aku nikahkan akan dikau dengan
Suriana Ashikin binti Dato Sameon yang berwalikan bapanya kepadaku dengan mas
kahwinnya lima ribu ringgit Malaysia, tunai.’’ Tok Iman yang memegang erat
tangan Hazriq mengoyangkan tangan Hazriq dengan kuat sehabis saja selesai dia
berkata-kata.
‘’Sah!’’ selamba Hazriq menjawab. Seluruh masjid tiba-tiba riuh dengan
gelak ketawa.
‘’Hang belum lafaz ijab dan
kabul lagi, sah apanya?’’ Tok iman berkata sambil tergelak. Hazriq tersipu-sipu
malu namun turut tersengeh sama. Jantungnya bagaikan ingin melompat keluar.
Tapak tangannya sudah sedingin salju.
‘’Kita mulai lagi..’’ tok iman berkata lagi. Suasana dalam masjid
kembali sunyi sepi.
‘’Mohammad Hazriq bin Haji Sameon..’’
‘’Saya..’’
‘’Aku nikahkan akan dikau dengan Suriana Ashikin binti Dato Sameon yang berwalikan
bapanya kepadaku dengan mas kahwinnya lima ribu ringgit Malaysia, tunai.’’
‘’Saya terima..’’
‘’Terima apa?’’
‘’Terima la, Suria jadi
isteri saya..’’ selamba badak saja Hazriq menjawab. Solihin yang berada di
sebelahnya sudah mengekek ketawa, tak terkecuali orang lain..masjid kembali
riuh, kali ini lebih riuh dari tadi..ada yang sampai mengalirkan air mata.
‘’Mangkit, mangkit..biaq abang Ein saja yang ganti hang pulak..’’ Solihin
menepuk bahu Hazriq dan menyuruhnya bangun.
‘’Ehh..mana boleh!’’ tegas sekali nada suara Hazriq.
‘’Habis tu..janganlah main-main..’’
‘’Orang gabra ni gabra..ingat senang ka nak jadi laki orang ni..’’
Hazriq terus menjawab balas.
Maka akad nikah pun bermula sekali lagi. Hazriq menarik nafas dan
melepaskannya perlahan. Dalam hati berdoa agar segalanya berjalan dengan
lancar.
‘’Aku terima nikahnya
Suriana Ashikin binti Dato Sameon dengan mas kahwinnya lima ringgit Malaysia tunai.’’
Lancar, tapi ada sesuatu yang hilang dalam lafaz ijab dan kabulnya.
‘’Lima ringgit saja? Ribunya mana? Awat yang hang kedekut sangat?’’ Kali
ni abang sulung Hazriq pula menyoal. Orang lain tak perlu disuruh,
berdekah-dekah mereka ketawa. Hazriq tersengeh malu, sempat pula dia menoleh ke
belakang melihat Suria yang sedang merenungnya tajam.
‘’Sorry, sorry..’’ sempat pula dia meminta maaf.
‘’Mohammad Hazriq bin Haji Sameon..aku
nikahkan akan dikau dengan Suriana Ashikin binti Dato Sameon yang berwalikan
bapanya kepadaku dengan mas kahwinnya lima ribu ringgit Malaysia, tunai.’’ Akad
dimulakan sekali lagi.
‘’Aku terima nikahnya Suriana Ashikin
binti Dato Sameon dengan mas kahwinnya lima ribu ringgit Malaysia tunai.’’
‘’Sah?’’
‘’Sah.’’
‘’Sah?’’
‘’Sah.’’
‘’Alhamdulillah..selamat sudah
majlis kita.’’ Pak Sameon berkata pada besannya dan mereka bersalaman.
Terpancar wajah ceria di wajah masing-masing.
‘’Alhamdulillah..nasib baiklah tak ada orang yang bakal gheyau tak
berlagu.’’ Said berkata disusuli ketawa panjang. Said adalah anak sulung Mak
Senah dan Pak Meon. Dia sudah berkahwin dan dikurniakan enam orang anak. Mak
Senah dan Pak Meon mempunyai sepuluh orang anak. Tapi dua orang anak mereka
sudah meninggal dalam kemalangan.
Seorang meninggal kerana mengidap penyakit jantung berlubang sejak
lahir. Kini anak mereka yang masih hidup
hanya tujuh orang. Bila Suria sudah berkahwin hanya tinggal Suraya dan Solihin
yang masih bujang. Umur mereka hanya berjarak beberapa tahun saja.
‘’Nasiblah…jual mahal sangat.’’ Suraya pula mencelah tiba-tiba. Wajah
Hazriq berubah dan telinganya sudah merah mendengar sindiran daripada abang dan
kakaknya.
‘’Lepas ni nak jual mahal lagi ka?’’
Asraf pula bertanya mewakili yang lain. Hazriq tersenyum kelat, mengeleng tak,
mengangguk pun tak.
‘’Tak payah gatai nak
juai mahai dah..mai sarung cincin ni..sah dah takkan nak usya dari jauh lagi.
Tak gentlemen la..’’ Suraya bersuara garang. Kadang-kadang dia geram juga
dengan sikap Hazriq..mau tapi malu. Hendak tapi jual mahal.
‘’Boleh ka?’’ Hazriq
menyoal bodoh.
‘’Oiii!’’ kuat Said
menjerkah tanpa sedar dan ruangan masjid terus gamat dengan hilai tawa. Hazriq
oh Hazriq..
**********
Usai semua majlis di kedua-dua belah pihak,
Hazriq dan Suria dihadiahkan dengan tiket kapal terbang oleh Dato Sameon. Mereka
akan berbulan madu di Korea selama seminggu. Suria awal-awal lagi sudah
mengodek info daripada Google agar senang menyesuaikan diri ketika di Korea
nanti. Hazriq pula hanya mengikut saja tanpa bantahan, yang penting Suria ada
di sisinya setiap masa.
‘’Annyeonghaseyo..’’ Suria mula
menyebut satu perkataan yang selalu dia dengar.
‘’Apa maksud tu?’’ Hazriq menyoal.
‘’Hat ni ayat yang selalu orang Korea guna bila depa jumpa orang.
Mungkin hello..apa khabar.’’ Suria meneka dalam kesamaran.
‘’Oooo..’’ membulat mulut Hazriq mendengar penerangan Suria, dia
langsung tak berminat untuk belajar bahasa Korea.
‘’La ni musim luruh di Korea..kalau pi musim bunga mesti lagi best..’’
Suria bersuara sayu. Niat di hati nak melawat festival bunga di Korea yang
diadakan setiap tahun seperti festival bunga cherry blossom, royal azalea,
tulip taean, cosmos, sakura dan banyak lagi. Festival bunga kekwa pun ada dan
lokasinya di Masan Gagopa, Iksan Ten Million, Hampyeong Grand. Selain bunga
kekwa ada juga bunga cosmos dan lavender.
‘’Ehh..dalam artikal ni musim luruh pun ada festival bunga la hingga
bulan oktober, bestnya..’’ Suria kembali bersuara ceria. Mereka mesti pergi
tengok, dia takkan melepaskan peluang untuk melawat tempat-tempat menarik di
Korea nanti.
‘’Sekarang ni musim panas la sayang. Jangan nak seronok sangat, di Korea
nanti abang nak kurung saja awak dalam bilik.’’ Selamba saja Hazriq mengenakan
Suria. Terus Suria menjeling geram.
‘’Baik tak payah pi..duduk saja di rumah..tak payah nak honeymoon
bagai..’’ Suria bersuara rajuk, namun matanya masih menatap skrin laptop dan
terus mencari info-info yang diperlukan.
‘’Good idea..jom kita mulakan aktiviti
berkurung dalam bilik sekarang..’’ terus Hazriq melompat bangun daripada sofa
dan menarik tangan Suria untuk masuk ke dalam bilik.
‘’Oppa! Mi-An-He-Yo (minta maaf) ‘’
‘’Tak payah nak ngelat, nak speaking Korea bagai..jomm..’’
‘’Alaa..Sue cuti la..baru ja tadi, so kita pi Korea esok selama seminggu
kita hanya boleh ronda saja, bab lain tu tolong bersabaq sikit na oppa..’’
Suria terus buat muka comel ala-ala macam heroin drama Korea sambil
mengedip-ngedipkan matanya.
‘’Huh! Bikin spoil..’’ dan Suria terus mengekek ketawa.
********************
Seoul, Korea..
Suria
berasa sangat teruja bila kakinya mula menjejaki lapangan terbang Incheon,
Hazriq pula hanya berlagak biasa di depan Suria..langsung tak tunjukkan
sebarang riak. Tak ada apa yang menarik berada di Korea kerana dia bukan Suria
peminat tegar drama Korea dan idol-idol K-Pop.
‘’Assalamualaikum..’’ ketibaan
mereka disambut ceria oleh sepupu Suria..yang baru pertama kali Suria kenal
sebaliknya bagi Hazriq. Mereka membesar bersama sejak kecil namun kak Asmah
lebih tua daripada mereka berdua. Kak Asmah tinggal di Korea kerana pernah
belajar di sini dan terus mendapat tawaran kerja.
‘’Waalaikumusalam..akak
sihat?’’ Suria bersalaman dengan Asmah manakala Hazriq pula berjabat tangan
dengan suami Asmah, orang Korea. Bila hati sudah terpaut maka cinta pun
bertaut. Asmah pula fasih berbahasa Korea maka tiada lagi halangan cinta
mereka. Keluarga kedua-dua belah pihak pun tidak membantah.
‘’Ann-nyeong..’’ Hazriq menyapa anak lelaki tunggal kak Asmah yang ikut
bersama sambil menghulurkan tangannya. Malu-malu anak kecil itu menyambut
tangan Hazriq dan menyalamnya.
‘’Mo-Gos-So?’’ (Dah makan?)
‘’A-Ni-Yo.’’ (Tidak)
‘’Aikk..abang, boleh pulak cakap Korea?’’ Suria bertanya hairan bila
mendengar Hazriq melayan si comel putih melepak dan ada iras-iras orang Korea.
‘’Hurm..sikit-sikit
saja. Pernah datang sini dulu dengan mama dan papa..sayang saja yang macam orang
jakun.’’ Selamba badak saja Hazriq menjawab. Suria mengebam bibir menahan
perasaan. Asmah dan suaminya tergelak kecil.
‘’Cehh..mengutuk orang
tak ingat dunia.’’ Suria membalas semula. Geram betul dia melihat gelagat
Hazriq yang langsung tak menunjukkan sebarang riak. Biasa saja wajahnya
sedangkan Suria rasa macam nak terbang di udara dapat berada di bumi Korea.
Mindanya sudah mula membayangkan untuk bertemu dengan artis-artis Korea dan
idol K-Pop yang diminatinya.
‘’Jangan dilayan sangat dia ni..memang
jenis hati beku, sepatutnya mai musim sejuk baru betul kalau nak ajar dia
ni..’’
‘’Tak mau la musim sejuk. Sue nak tengok bunga..ada lagi tak akak
festival bunga sekarang ni?’’
‘’In sha Allah..nanti akak bawa.’’
‘’Alaa kak Asmah, bagi chance la kami honeymoon puas-puas..tak best la
kalau akak ikut sekali.’’ Hazriq mencelah pantas. Kalau kak Asmah ikut sekali
mesti asyik berkepit dengan Suria memandangkan ini kali pertama mereka bertemu,
mesti banyak perkara nak dibualkan.
‘’Haih..ingat lagi ke jalan..nak pergi dengan apa?’’
‘’Kenderaan awamkan banyak.’’
‘’Sesat macam mana?’’ Suria tanya mushkil.
‘’Google map ada..translate google pun ada..guna la..’’ mudah sungguh
jawapannya. Asmah dan Suria saling berpandangan.
‘’Ikut suka kaulah Hazriq..sesat kalu pandai-pandailah cari jalan
balik.’’ Asmah berkata pasrah. Dia faham sangat dengan sikap Hazriq yang degil
dan keras hati. Kalau dia cakap A..jangan disuruh dia kata Z memang takkan dia
ikut.
****************
Mereka sampai di rumah kak Asmah di Itaewon, Seoul Korea. Kawasan ni
memang didiami oleh orang muslim Korea dan terdapat sebuah masjid. Di Korea
hanya ada 1% orang muslim namun di kawasan ini banyak terdapat restoran makanan
halal dan ada supermarket untuk orang Asia.
‘’Masjid ni hari Jumaat orang penuh. Tapi kebanyakannya yang mai dari
negara luar macam Timur Tengah dan India.’’ Ketika melewati masjid, Hazriq
memberi penerangan pada Suria. Kagum Suria mendengarnya, selama ini dia hanya
menonton drama dan variety show Korea yang penuh dengan arak dan makanan mereka
yang tak halal. Tak sangka di Korea juga ada orang muslim.
‘’Setiap kali masuk bulan Ramadhan pun masjid ni penuh time ifftar dan
solat tarawikh.’’ Kak Asmah yang berada di sebelah pemandu turut mencelah.
Suria hanya mengangguk sambil mata terus meliar memerhatikan kawasan sekitarnya
melalui tingkap kereta.
‘’Sue buat research dalam internet banyak restoran halal di kawasan
Itaewon ni..memang boleh makan ka kak?’’ Suria bertanya ragu-ragu. Ketika
mereka nak bertolak datang ke Korea Mak Senah sudah bekalkan mereka dengan
pelbagai jenis serunding dan sambal. Nasi impit segera juga dimasukkan dalam
beg mereka. Boleh dikatakan salah satu beg yang mereka bawa dipenuhi dengan
makanan. Mak Senah takut anak-anaknya akan mati tak makan di sini atau termakan
makanan yang tak halal.
‘’Asia mart pun ada di Korea ni..mak saja yang terlebih risau. Takkan
matilah kalau nak tinggal terus di sini pun.’’ Hazriq yang menjawab soalan
Suria. Bercahaya anak mata Suria mendengarnya.
‘’Wow! Boleh ka kita tinggal di sini terus? Sue nak la kalau macam tu.
Nak jumpa oppa-oppa Sue yang ada ramai di sini..’’ Suria bersuara galak, Hazriq
menjeling tajam. Amboi..oppa-oppa?
‘’Siapa tu? Oppa kenal ke?’’ suami kak Asmah bertanya dalam bahasa
melayu yang masih pelat.
‘’Kenal rasanya..’’ selamba saja Suria menjawab sambil mengerling
Hazriq.
‘’Suk Hee hyung tak
minat K-Popp la..’’ Hazriq mencelah lagi. Kak Asmah menahan ketawa mendengar
nada suara Hazriq yang sudah dilanda cemburu.
‘’Oh..Sue minat K-Pop
ke?’’ kak Asmah pula menyoal.
‘’Ya kak..masa papa tanya nak
berbulan madu di mana, Sue cakap nak ke Korea, tak sangka papa akan tunaikan
permintaan Sue..’’
‘’Ooo..berpakat
dengan papa rupanya, macam mana abang tak tahu ni?’’
‘’Abang tu yang lembab,
padahal masa papa tanya abang ada ja, asyik belek telefon macam tak ada orang
di sebelah.’’
‘’Bila?’’
‘’Tengok tu, tak
prihatin langsung..patut la mama kutuk abang pun abang diam saja..ingatkan anak
soleh tak nak menjawab..rupa-rupanya jasad ja ada bersama kami tapi jiwa melayang entah ke mana?’’
‘’Mama kata apa?’’
‘’Biarlah rahsia..sapa suruh tak fokus..’’ Suria menjawab sambil menoleh
ke arah luar kereta sekali lagi. Wow..cantiknya tak sia-sia dia datang ke
Korea.
********
Hari ke-2 di Korea, Suria semakin teruja apatah lagi keluarga suami kak
Asmah ramah-ramah belaka. Mereka tak fasih bahasa melayu kalau cakap pun masih
ada slang Korea tapi mereka faham bahasa melayu. Hazriq pula semakin kuat
cemburunya kerana adik-adik ipar lelaki kak Asmah sangat kacak dan ada rupa
artis-artis K-Pop.
Kebetulan keluarga suami kak Asmah juga muslim yang baru memeluk Islam.
Mereka berminat dengan Islam setelah kak Asmah tinggal dengan mereka. Kuat
betul pengaruh kak Asmah. Mereka bercerita tentang kedatangan kak Asmah ke
rumah mereka yang banyak pantang larangnya dan tak pernah meninggalkan solat
dan puasa. Mereka tertarik dengan Islam selepas kak Asmah memberi penerangan
tentang Syurga, Neraka dan hari akhirat. Kak Asmah juga bercerita tentang seksa
kubur dan kehidupan sesudah mati, bahawa hidup takkan berakhir setelah mati dan
mati hanyalah sekali, tak ada lagi kehidupan kedua di atas dunia ini.
Beg
mereka yang dipenuhi makanan juga diberikan pada keluarga kak Asmah. Suria
sangat teringin untuk makan makanan Korea. Hazriq pula menurut saja kehendak
Suria. Ke mana saja Suria nak pergi, dia akan bawa dan mereka sudah merasa
sebahagian makanan Korea yang ada di restoran halal di sini. Makanannya mungkin
tak sesedap makanan di Malaysia kerana lidah melayu sudah sebati dengan makanan
di Malaysia namun kesempatan berada di Korea, takkan dilepaskan begitu saja.
Hanya seminggu mereka akan merasa makanan yang ada di sini.
‘’Ke mana pula kita hari ni’’ macam biasa Hazriq hanya menjadi pak
turut. Ke mana saja Suria nak pergi, dia akan bawa tanpa banyak soal.
‘’Banyak tempat Sue nak pi..yang pertama nak pi Nami Island, Jeju
Island, Petite Franch, Namsam Tower..’’
‘’Satu-satu la…pi yang dekat dulu. Kalau nak pi semua dalam satu masa
mana sempat.’’ Suria belum habis mengarang semua tempat yang dia nak pergi,
Hazriq sudah memotong kata-katanya..
‘’Abang tanya, Sue cakap ja la. Jomlah pi hat mana pun, asalkan boleh pi
semua tempat-tempat tu..’’
‘’Sempat ka? Minggu depan kita dah nak balik Malaysia. Tiket kapal
terbang dah tempah, bukannya boleh tunda..’’ Hazriq mengingatkan, Suria
mencebik. Belum pergi lagi banyak pula songehnya. Suria mengutuk Hazriq di
dalam hati.
‘’In Sha Allah..perkara yang belum terjadi jangan ditanya, ada rezeki
Sue mesti sempat.’’ Tegas sekali nada suara Suria. Hazriq hanya merenung Suria
tanpa kata.
‘’Baiklah mem besar. Sebab sayang abang ikutkan sajalah.’’
‘’Mengaku pun.’’
‘’Mengaku apa?’’
‘’Sayangkan Sue.’’
‘’Sue lupa ka, abang ni pak sanggup saja tau.’’ Hazriq menjawab sambil
ketawa kecil. Sekali lagi Suria mencebik. Benci benar dia dengan gelagat Hazriq
yang satu ni, masih lagi nak menafikan perasaannya.
‘’Kalau tak sayang Sue, awat yang rela jadi pak sanggup?’’ Suria sengaja
ingin menguji.
‘’Abang kesian kat Sue la, malu pulak nanti kalau diumpat orang kampung.
Tunang Sue tak jadi kahwin dengan Sue pasai pa ya?’’
‘’Tunang Sue tu abang la. Tak jadi kahwin sebab ego. Selalu tak nak
ngaku sayangkan Sue tapi selalu sangat usya Sue dari jauh. Huh! Menyampah!’’
‘’Ehh..bila kita bertunang?’’
‘’Kita memang dah ditunangkan sejak kecil, itu perjanjian mama dengan
mak Senah. Sebab tu la emak diam-diam susukan abang dan mama susukan Sue ketika
kita kecil. Takkan abang tak tahu?’’
‘’Sumpah, abang tak tahu apa-apa pun. Mama cuma bagitau, abang bukan
anak kandung dia ketika abang berusia 20 tahun. Masa tu memang abang rasa down
sebab abang ingat kak Asmah sorang saja anak angkat mama dan papa. Abang memang
berlagak sikit dengan kak Asmah dulu, selalu buli dia tapi bila mama cakap
abang anak angkat masa tu abang rasa malu sangat dengan kak Asmah.’’
‘’Padan muka abang, yang abang berlagak pasai pa? Dah rasa diri tu
sempurna sangat?’’
‘’Amboih..sedap mengata abang.’’ Hazriq menjeling Suria yang sedang
tersengeh.
‘’Abang bukannya nak berlagak pun tapi perasaan tu rasa macam bangga
sebab jadi anak orang kaya sedangkan kak Asmah pula hanya anak angkat tapi bila
abang tahu abang pun anak angkat baru abang faham macam mana perasaan kak
Asmah. Abang menyesal betul dengan sikap abang dulu sampai kak Asmah merajuk
dan lari tinggal di Korea.’’
‘’Iya? Tapi kak Asmah untung dapat kahwin dengan orang Korea. Sue pun
nak jadi macam kak Asmah jugak.’’
‘’Tak cukup lagi ka dapat abang sorang?’’ Hazriq bersuara rajuk.
‘’Alaa..abangkan pak sanggup ja. Abang bukan sayang Sue betul-betul
pun.’’
‘’Sebab abang sayanglah abang sanggup. Ingat senang ka nak control
perasaan abang ni?’’
‘’Oh..jadi abang memang sayang
Sue la ni?’’
‘’Ya! Sarang hae. Puas hati?’’
‘’Cakap sarang hae pun macam orang marah ja.’’
‘’Banyak songeh..abang kiss satgi. Nak?’’
‘’Tak nak!’’ cepat-cepat Suria menutup mukanya dan menoleh ke arah lain.
Hazriq ketawa besar melihat gelagat Suria. Dia pun tahu malu walaupun berada di
tempat orang. Sengaja dia mengertak Suria sebab banyak sangat soalannya.
‘’Sue tahu tak, kenapa mama dan emak tukarkan kita dulu?’’
‘’Tahu.’’
‘’Sebab apa?’’
‘’Sebab arwah nenek ugut
mama nak kahwinkan papa dengan orang lain kalau mama tak dapat anak lelaki.
Masa tu mama takut sangat kehilangan papa, kebetulan mak Senah pula lahirkan
anak kembar sebab tu mama minta tolong mak Senah supaya selamatkan perkahwinan
mama dan papa.
‘’Habis tu macam mana mama boleh susukan Sue dan mak susukan abang?’’
‘’Sue tanya jugak tapi mama dan emak sepakat jawab..pandai-pandailah nak
hidup. Lepas tu depa gelak serentak..’’
‘’Sekurang-kurangnya depa cerita jugak dekat Sue..abang ni langsung tak
tau apa-apa.’’
‘’Sebab abang tak tanya.’’
‘’Abang juga yang salah?’’ Hazriq bersuara rajuk sekali lagi. Kecil hati
dengan kedua-dua orang ibunya..ditambah dengan gelagat isteri yang menyalahkan
dirinya.
‘’Sampai dah..jom turun.’’ Suria menamatkan perbualan mereka sebaik bas
berhenti. Tempat pertama yang mereka kunjungi adalah Petite France lokasi
pengambaran drama My Love From Star yang dilakonkan oleh Kim Soo Hyun dan Cheon
Sung Yi.
‘’Tempat paling cantik untuk memadu kasih..macam dalam filem..’’ Suria
mula berangan dia jadi heroin dalam filem dan berdating dengan heronya di
tempat ini. Dalam tak sedar dia sudah memaut lengan Hazriq erat. Hazriq apa
lagi terus tersenyum lebar. Rasa sangat bahagia dan rasa terawang-awangan.
Mereka mula menjelajah Petite France yang dikunjungi ramai orang
terutama pelancong dari luar dan orang Korea juga. Bangunan berwarna-warni dan
bunga-bunga yang ditanam mengindahkan lagi kawasan. Yang lecehnya kaki mesti
letih untuk mendaki bukit dan perlu naik dan turun tangga.
‘’Bestkan abang? Rasa macam nak mai sini hari-hari..’’
‘’Ya la best..balik nanti jangan merungut lenguh kaki sudahlah.’’
‘’Abangkan ada..Sue lenguh abang tolonglah picitkan.’’
‘’Habis, abang lenguh sapa nak picit?’’
‘’Abang picitlah sendiri.’’
‘’Banyak cantik muka Sue.’’
‘’Terima kasih..mak cakap Sue memang cantik
sejak kecik lagi.’’
‘’Sue ni..abang gigit baru tau..’’
‘’Haha..dah takdak gheja nak gigit orang. Kalah mengaku sajalah.’’
Sambil melangkah mereka terus berbual dan bergurau senda. Bahagia sungguh bulan
madu mereka dapat melawat tempat-tempat indah di negara Korea ini.
‘’Lepas ni kita pi Nami Island naa..teringin nak tengok lokasi drama
Winter Sonata pulak..esok kita pi Namsam Tower..lepas tu Pulau
Jeju..bestnya..’’ Suria terus berceloteh dan menyebut nama tempat-tempat lain
yang dia ingin pergi. Hazriq hanya mengangguk setuju. Selagi Suria ada di
sebelahnya ke mana saja dia akan ikut. Tak perlu lagi usya dari jauh kerana
orang yang selalu dia usya kini sudah menjadi miliknya. In sha allah untuk
selamanaya.
**************Tamat***************
Dialog tambahan..
Hazriq : Sue..bagitau la abang..mama kutuk apa?
Suria : Bila pulak mama kutuk abang?
Hazriq : Masa di Korea ghitukan Sue cakap mama kutuk
abang.
Suria : Haha..mana ada. Sue tipu abang ja kot.
Hazriq : Betul ni?
Suria : Betul la..yang abang sensitif sangat ni
pasai pa?
Hazriq : Habis tu..yang Sue pakat dengan papa tu
betul ka abang ada di sebelah?
Suria : Hat tu pun tipu. Papa suruh kita pi Korea
sebab nak suruh kita pujuk kak Asmah balik Malaysia tapi bila tengok kak Asmah
bahagia dan keluarga suami dia pun baik, Sue tak jadi nak pujuk. Kalau Sue jadi
kak Asmah pun Sue tak nak balik.
Hazriq : Dok Malaysia lagi seronok kot, tak sedap
mana pun makanan Korea tu..makan dalam keadaan was-was pulak tu. Abang kalau
dok di Korea kalau boleh nak makan buah saja.
Suria : Sue pun tak suka sangat makanan Korea tapi
Sue suka musim bunga di Korea.
Hazriq : Di Malaysia pun ada musim bunga..macam
musim bunga apa tu yang depa dok pangge bunga sakura tu..kalau berbunga kan
macam musim bunga di Korea juga. Di malaysia pun ada pesta flora dan fauna. Apa
yang bangga sangat tinggal di korea tu?
Suria : Alaa..di Korea ada oppa Yong Hwa, ada oppa
Yeo Seop, D.O, Kai, Sewon…
Hazriq : Dah..dah..mula dah la tu nak mengatal.
Suria : Hahahaha…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.