Isnin, 7 Oktober 2013

INILAH NASIBKU!!!,.


           
          Rumah papan di tengah sawah itu riuh dengan suara kanak-kanak dan tangisan bayi kembar perempuan yang baru dilahirkan sejam yang lalu.Walau pun kehidupan mereka miskin tapi keluarga Pak Mahat sentiasa murah dengan anugerah Allah.

         Pak Mahat bertemu jodoh dengan isterinya sekarang setelah sama-sama bergelar ibu dan bapa tunggal.Isterinya sudah mempunyai dua orang anak dengan suami pertama,sedangkan Pak Mahat sudah tiga kali gagal dalam perkahwinan dan hanya bertahan selepas mendapat seorang anak.Bermakna Pak Mahat sudah mempunyai tiga orang anak dengan tiga orang isteri sebelum berkahwin dengan Siti Khatijah.

        Mungkin nasib Pak Mahat yang sering diuji atau salah Pak Mahat sendiri hanya Allah yang mengetahui.Mungkin juga jodoh Pak Mahat sudah ditakdirkan untuk Siti Khatijah kerana anak kembar ini adalah anak mereka yang ke lima.Bermakna mereka sudah mempunyai enam orang anak.Yang sulung baru berusia lapan tahun,Asmawi namanya.Kedua enam tahun,Asnah diikuti Saleha empat tahun dan Salima dua tahun.Anak-anak kembar belum sempat di berikan nama kerana Siti Khatijah masih belum sedarkan diri.Siti Khatijah diserang 'tarik' dan pengsan selepas melahirkan kembar tersebut.

          Tiga hari selepas anak-anak kembar Pak Mahat dilahirkan, isteri Pak Mahat masih belum sedarkan diri.Adik perempuan tunggal Pak Mahat sudah mula merungut kerana terpaksa menjaga anak-anak Pak Mahat yang masih kecil.Pak Mahat anak sulung dari lapan adik beradik.Tujuh lelaki dan seorang perempuan.Mak Uteh anak yang ke tiga.

       ''Abang At,.aku rasa, baik hang bagi kat oranglah budak-budak ni.Kak Tijah tu entah bila nak sedar,.'' Mak Uteh mula membuka cadangan.Pak Mahat merenung sayu anak-anaknya seorang demi seorang.Si kembar meraung serentak.Sejak lahir mereka belum sempat dibelai ibu kandung.

            Rusyidah anak tiri Pak Mahat segera mendapatkan adik-adik kembarnya.Selepas Siti Khatijah bercerai anak-anaknya terpaksa dipisahkan.Yang sulung Rusydi mengikut suaminya.Rusyidah dipelihara Siti Khatijah.Rusyidah sedih bila mendengar Mak Uteh berkata begitu tadi.Sekurang-kurangnya biarlah emak sedar dulu.Kesian emak.Sembilan bulan menahan azab membawa kandungannya dan begitu tersiksa melahirkan begitu senang Mak Uteh nak mengungkapkan kata-kata sebegitu.

           ''Macam mana abang At? Hang setuju dak dengan cadangan Teh ni.Petang satgi ada dua pasang suami isteri yang nak mai tengok.Hang bagi ja la.Senang cerita,.'' sambil bertanya Mak Uteh juga memberi jawapannya.Rusyidah yang mendengar sudah mula resah.

        ''Ayah!,.jangan bagi kat orang ayah.Kesian kat mak.Kesian kat adik-adik,.'' Rusyidah cuba merayu demi adik-adiknya.Mak Uteh sudah mencerlungkan matanya pada Rusyidah.

         ''Hang diam!!,.hang bukannya tau apa-apa pun.Lagi pun hang bukannya waris.Hang tak dak hak nak menghalang,.'' Rusyidah terus terkaku mendengar jerkahan Mak Uteh.Memang betul pun mereka bukan sebapa tapi mereka lahir dari perut yang sama.

            Rusyidah hanya berusia empat belas tahun.Apa yang mampu dia buat hanya memerhatikan saja adik-adik kembarnya dibawa pergi petang itu oleh dua pasang suami isteri yang tidak mempunyai anak.Walau pun kembar, adik-adiknya akan dibesarkan oleh keluarga yang berlainan.   
 
         Empat hari selepas itu Siti Khatijah baru sedar.Bila Rusyidah memberitahu ibunya bahawa dia telah melahirkan anak kembar.Dia langsung tak percaya.Walau Rusyidah terkilan tapi dia tetap sedih untuk ibunya.

           Rezeki Pak Mahat dan isteri terus murah.Dua tahun selepas itu Siti Khatijah melahirkan anak perempuan lagi.Ketika Rosnah berusia dua tahun Siti Khatijah bersalin lagi. Anak bongsu Pak Mahat ini juga perempuan dan diberi nama Zahira.Walau pun Pak Mahat hanya seorang tukang rumah namun hidup mereka tetap murah dengan rezeki.Rezeki dengan kelahiran anak-anak yang ramai.
...............................................................

17 TAHUN KEMUDIAN

Masriana

              Sudah sebulan Hafiz Azhan kembali belayar.Rindunya aku pada dia.Setiap kali dia kembali bertugas aku pasti sunyi.Kalau dia ada dialah yang selalu menceriakan hari aku.Mama dengan papa terlalu sibuk dengan kerja mereka.Bisnes sana,bisnes sini.Masa untuk aku langsung tak ada.Mungkin aku dilonggokkan dengan kekayaan tapi apalah ertinya bila aku selalu ditinggalkan keseorangan.

            Aku renung gambar mama dan papa di atas almari solek.Kadang-kadang ada jugak terdetik dihati kenapa wajah aku langsung tak ada persamaan dengan mereka.Aku pernah tanya pada mama,mungkin aku ini hanya anak angkat.Mama hanya tersenyum tanpa menjawab soalan aku.

        ~riana,.kau ada mn? jom wayang~

             Mesej dari Azie aku baca sambil mengeluh perlahan.Sikit-sikit wayang.Kalau tak ajak tengok wayang mesti ajak shopping.Aku sudah bosan dengan cara hidup begini.Mungkin mama dan papa tak pernah melarang aku untuk hidup bebas dengan kawan-kawan remajaku yang lain tapi aku tak suka sebenarnya.Aku cuma nak kasih sayang mama dan papa.Aku nak perhatian dari mereka.Kenapa mama dan papa tak pernah cuba untuk memahami aku?       

            Nada dering HP aku berbunyi.Aku jengok skrin HP.Hmm,.mesti Azie akan mengamuk sebab aku tak reply mesej dia.Aku biarkan saja panggilannya tak berjawab.Aku bangun dan mencapai tuala diampaian lalu menuju ke bilik air.Baru saja sebelah kakiku menjejaki bilik air,HP aku berbunyi lagi.Aku buat tak peduli.Letih mendail nanti berhentilah dia.Aku berdialog di dalam hati.

            Masuk ke bilik air aku capai lulur badan.Dah lama aku tak manjakan diri.Hari ini aku ingin lapangkan fikiran dengan menyental daki-daki dibadan.Aku masuk ke dalam tab mandi dan mulakan operasi.
...............................................

Rosilah

             Arghhh,.aku stress.Hari ini ayah buat hal lagi.Aku nyaris diperkosa entah untuk kali yang ke berapa.Aku tahu,aku ni hanya anak pungut tapi janganlah diperlakukan aku seperti ini.Sudah banyak kali aku ingin lari dari rumah namun aku tak sampai hati bila mengenangkan ibu yang banyak berjasa pada aku.Ibu melakukan perbagai kerja untuk menyara kami tiga beranak.Ayah aku penganggur 'terhormat'.Bukan dia tak pernah kerja tapi dia terlalu panas baran.Asal dapat kerja mesti lepas seminggu atau dua minggu diberhentikan.

               Aku ingat lagi kali pertama ayah cuba memperkosa aku.Ketika itu dia pulang dalam keadaan marah kerana telah dipecat akibat bergaduh ditempat kerja.Aku bernasib baik kerana ibu pulang dan berjaya meloloskan diri dari dianiaya ayah.Ibu dan ayah bergaduh selepas itu dan mereka hampir bercerai.Apa yang ayah persembahkan di depan aku hari itu buat aku trauma.

             Aku yang lembik,yang penuh dengan sifat sopan santun terus berubah wajah.Aku mula membenci lelaki bila melihat ayah memperlakukan ibu seperti binatang.Ayah meniduri ibu di depan aku dengan paksaan.Aku baru berumur 14 tahun ketika itu dan kejadian itu benar-benar buat aku menyampah dengan setiap lelaki.
.....................................................

        Masriana

            Hari ini mama dan papa akan pulang dari Dubai.Kebetulan esok ulangtahun perkahwinan mama dan papa.Aku ingat nak keluar ke mall.Nak cari hadiah untuk mama dan papa.Nak ajak siapa ya? Azie ke Miza? Ahh!,.tak payahlah ganggu mereka.Baik aku suruh Pak Karim hantar aje.

      ''Mak Kiah!,.Pak Karim mana?'' aku bertanya Mak Kiah pembantu rumah kami.Mak Kiah ni la yang aku ada pun.Nak mengadu ke,nak bermanja ke.Hanya Mak Kiah tempat aku menumpang kasih sejak kecil.

         ''Entah!,.tadi ada.Cuba Riana tengok di laman depan,.'' aku mengikut kata Mak Kiah dan menuju ke pintu.Aku keluar dari rumah dan meninjau keluar.

       ''Pak Karim!!,.tolong hantar Riana ke Mall kejap.Riana malaslah nak drive hari ni,.'' bila aku nampak Pak Karim yang sedang membelek pokok hiasan mama, terus aku melaung.Pak Karim ni tukang kebun merangkap driver sekali.Bila aku,mama atau pun papa kena penyakit malas nak drive barulah khidmat Pak Karim diperlukan.

         ''Nak ke mana Cik Riana? Giant? Jusco?'' aku tersenyum mendengar pertanyaan Pak Karim.Selalunya Pak Karim akan membawa Mak Kiah ke Giant atau Jusco untuk membeli barang-barang dapur.

       ''Riana nak beli hadiah untuk mama dan papa.Esok ulangtahun perkahwinan mama dan papa.Pak Karim ada cadangan tak?'' aku meminta pendapat Pak Karim yang sudah aku anggap macam ayah aku sendiri.

       ''Telekung dengan sejadah pun okey jugak.Al-Quran pun boleh,.'' aku menganggukkan kepala.Saranan Pak Karim menarik juga.Lagi pun mama dan papa terlalu sibuk mengejar kekayaan dunia.Sedangkan dunia ini hanyalah sementara.

         ''Pak Karim tau ke kedai mana yang boleh kita beli semua barang-barang tu?'' memandangkan aku memang tak ada pengalaman aku tanya ja Pak Karim.Aku mana pernah beli semua ni.Semuanya mama yang belikan.Aku cuma order ja.Kalau bab duit pula.Tak payah nak minta.Papa atau mama akan masukkan ke akaun aku setiap bulan.

     ''Err,.kita ajak Mak Kiah sekalilah.Pak Karim pun tak tahu,.'' Pak Karim tersengeh.Aku masuk semula ke dalam rumah.Aku cari Mak Kiah di dapur.

       ''Mak Kiah!,.Jom!,.'' sampai saja di tepi Mak Kiah aku terus pegang lengan Mak Kiah.Aku buat suara manja.Ayat bodek tu kena ada.

        ''Nak ke mana Riana? Mak Kiah nak masak ni,.'' Mak Kiah memandang pelik padaku.Aku masih berpaut pada lengan Mak Kiah sambil mengukirkan senyuman.

       ''Alaa,.hari ni Mak Kiah tak payah masaklah!.Kita makan kat luar jer.Mak Kiah pergilah siap.Riana nak belanja Mak Kiah dengan Pak Karim makan makanan special.Spagetti bolognese dengan chicken chop,.'' aku tergelak kecil bila melihat Mak Kiah mencebik.Tahu sangat.Selera Mak Kiah selera kampung.Takkan makanlah spagetti dengan chicken chop ni.

         ''Ishh,.Mak Kiah rela berpuasa tiga hari tiga malam.Kalau benda tulah yang Riana nak belanja Mak Kiah,.'' Mak Kiah menunjukkan riak geli geleman.Aku ketawa lepas.Alergik betul Mak Kiah dengan makanan orang-orang barat ni.

         ''Okey!,.okey!,.la ni Mak Kiah habaq ja Mak Kiah nak makan pa.Riana sanggup!,.asalkan Mak Kiah pergi bersiap,lepas tu kita keluar.Mak Kiah tolong pilih hadiah untuk mama dan papa.Boleh?'' aku menerangkan tujuan sebenar sambil tiru loghat utara yang kadang-kadang Mak Kiah tersasul.Jangan tak tau.Mak Kiah ni orang Kedah.Dulu,.mama dan papa pun asal dari Kedah tapi bila bisnes papa semakin berkembang.Kami berpindah ke Selangor.

         ''Laa,.awat tak habaq awai-awai!,.tak pa la.Mak Kiah nak pi siap dulu naa.Riana tunggu sat na.Mak Kiah nak tukaq baju ja,.'' tu dia!!,.mulalah jugakk!.Aku tergelak mendengar ayat Mak Kiah dan senyuman aku masih melebar walau pun Mak Kiah sudah berlalu ke biliknya.
..........................................

Rosilah

           ''Bro!!,.burger ayam satu!.Sos lebih naa!!'' aku dengar seorang pelanggan melaung.Mereka panggil aku 'bro' sejak aku berniaga burger di Pekan Rabu ni.Selepas aku habis SPM aku cari kerja untuk bantu ibu.Macam-macam kerja aku dah buat.Kerja kedai dobi,kedai makan,jadi cashier pasaraya, semua aku dah rasa.Gerai burger ni pun kebetulan saja dapat kat aku.Tuan punya gerai ni nak mencari kerja di Kuala Lumpur.Gerai ni dia suruh aku jaga untuk sementara.

         ''Okey!,.siap!!'' aku melaung kembali tanpa perasaan malu.Untuk meneruskan kehidupan ni aku perlu semangat yang kental.Aku tak peduli apa orang nak sok sek,sok sek pasal aku.Aku makan ke tidak,ada mereka ambil tau? Jangan harap!,.yang namanya manusia,mereka hanya tau mengutuk bila kita susah.

          ''Ilah!,.hang nak ikut aku dak?'' entah bila Aiman sudah berdiri tegak disebelah aku.Dia ni adik kepada tuan punya gerai burger ni.Tua setahun saja dari aku.Dia yang minta abang dia serahkan gerai burger ni kat aku.

        ''Nak pi mana?'' aku bertanya balas sambil menayang wajah cuak pada Aiman.Burger yang telah siap, aku bungkus lalu diserahkan pada pelanggan.Datang pula couple yang berpakaian sekolah.Aku mengeleng tanpa sedar memerhatikan kemesraan mereka.

          ''KL,.abang aku cakap dia dah dapat reja.Dia ajak aku pi reja sana.Hang nak ikut?'' aku berfikir sejenak.Inilah peluang keemasan aku untuk lari dari ayah tapi,.ahh,.aku takut, nanti lari dari perut buaya.Masuk pula ke perut harimau.

        ''Nantilah,.aku balik tanya mak aku dulu,.'' Aiman mengangguk.

        ''Eh!,.sat,sat,.kalau aku ikut hang,aku nak dok mana?'' bila fikir pasal tempat tinggal aku jadi sangsi balik.Walau pun aku ni dressing macam orang lelaki tapi aku tetap perempuan tulen.
            
        ''Hang jangan bimbang pasai tu.Abang aku kata untuk orang perempuan ada asrama disediakan,.'' aku pula yang mengangguk faham,tapi dalam hati aku ni tetap ada perasaan cuak.Sambil tangan ligat buat kerja kami terus berbual.Aiman akan turut membantu aku bila pelanggan ramai.Dialah satu-satunya kawan yang aku ada.Aku memang anti lelaki tapi Aiman terkecuali kerana dia tak pernah mengambil kesempatan terhadapku.Adanya dia aku rasa diri aku dihargai.
.........................................


Hafiz Azhan

          Aku mendapat panggilan kecemasan dari mama yang memberitahu Mak Tok sedang tenat.Aku terus dibenarkan pulang untuk menziarah Mak Tok di Alor Setar.Tiada sesiapa yang datang mengambil aku di Lumut.Aku hanya dihantar oleh seorang rakan setugas ke station bus Ipoh.Terpaksa aku menaiki bas express untuk ke Alor Setar.

        Bila aku sampai di Pekan Rabu Alor Setar, aku terus bergegas mencari tandas awam.Perut yang memulas tiba-tiba buat jiwa aku jadi kalut.Puas aku bertanya, hanya seorang mak cik penjual buah yang mahu menunjukkan aku di mana tandas.Rupanya aku sudah tersalah orang.Kalau sudah bertanya pada rombongan dari Kelantan yang baru pertama kali menjejak ke negeri Kedah.Memanglah mereka tak tahu.Hailah perut!,.kerana perut yang meragam inilah yang membuatkan aku hilang punca.Main aci redah ja.

           Mata aku terpaku tiba-tiba pada objek yang sedang berjalan keluar dari tandas perempuan.Masriana? Buat apa pula dia di sini? Takkan dia ikut mama balik?,.atau dia ikut Mak Kiah balik kampung? Pelbagai persoalan berligar dibenakku.Terus aku melangkah laju.Terlupa pada perut yang sedang memulas.

          ''Riana!'' aku menegur Masriana sambil memegang lengannya supaya dia tak berlalu pergi.Mungkin dia tak perasankan aku.Bila aku pegang lengannya dia terus menoleh.Aku ukirkan senyuman paling manis buat tatapan kekasih hati.

         Bukkkkk!!!,.

        Sebiji penumbuk singgah dipipi kiriku.Aku tersentap.Sejak bila Masriana belajar tinju ni? Boleh tahan sakitnya.Aku pandang Masriana atas bawak.Masriana kebam bibir dan,..

          ''Adoiii!!,.awak ni dah kenapa Riana? Sejak bila ambil tali pinggang hitam ni? Rambut ni,.kan Han dah larang Riana potong.Ni,.rupa dah macam lelaki.Ganas pulak tu!'' aku terus membebel bila betis aku pula ditendang Masriana.Gelagat kami di depan tandas awam ni diperhatikan orang ramai.Ada yang memandang pelik,tak kurang juga yang mentertawakan kami.

            ''Sapa Riana? Hang jaga kelaku sikit.Aku debik satgi,.kot ada yang hilang gigi,.'' akhirnya Masriana bersuara.Lantang dan kasar.Aku yang terpinga-pinga.Sekejap cuma bila perut aku memulas kembali.Aku berlari laju masuk ke tandas.
...................................
Masriana

            Bahagianya aku rasa bila dapat jumpa mama dan papa lagi.Mama belikan aku dan Mak Kiah kain pasang.Cantik sangat!,.yang paling best mama belikan aku selendang dengan warna kegemaran aku.Warna merah.Wah! pasal ni la aku sayang sangat kat mama aku ni.Tahu saja warna kesukaan aku.

          Aku belek lagi kain selendang pemberian mama.Aku bangun dan menuju ke almari solek.Aku letakkan selendang di atas kepala dan memandang wajahku di depan cermin.Aku teringat pada Hafiz Azhan.Dia pernah meminta supaya aku menutup rambutku.Aku belai pula rambut aku yang paras bahu.Kalau ikutkan hati aku,dah lama aku potong.Rimas betul.Aku tak tahan panas.Setiap kali aku potong rambut mesti Hafiz Azhan akan marah aku.
     
     ''Han!!,.rindunya aku kat kau,.'' aku capai I-pad dan mula membelek skrin.Wajah Hafiz Azhan sentiasa menjadi penghias muka depan.Senyumannya,.hmm,teringat pula saat-saat kami bersama.Sudah tiga tahun dia berkhidmat di TLDM.Memang minat dia lebih menjurus kepada pekerjaan ini.Katanya tentera ni sentiasa kemas.Lagi pula katanya dia nak berbakti untuk negara.Bersemangat waja,inilah dia Hafiz Azhan aku.

        Sebenarnya Hafiz Azhan ni tua lima tahun dari aku.Sudah banyak kali dia menyuruh aku memanggilnya abang.Takde maknanya.Dia bukan suami aku pun.Huhuhu,.

        Aku kenal dia ketika aku berada di tingkatan lima.Suatu hari tu Pak Karim terlambat mengambil aku kerana tayar kereta pancit.Hari pula hujan lebat.Hafiz Azhan datang jadi penyelamat bila beberapa orang warga Bangladesh datang mengusik aku.Kami berkenalan dan saling menukar no telefon.Hafiz Azhan bukan anak orang kaya.Keluarga dia sederhana tapi mama dia baik sangat.Mama dia suri rumah sepenuh masa.Ayah Hafiz Azhan hanya peniaga di pasar malam.Sejak hari itu kami mula rapat.Mama dan papa pun tak menghalang perhubungan kami.Kata Hafiz Azhan dia akan menghantar rombongan ke rumah aku setelah kewangannya sudah stabil dan aku tamat belajar.

               Aku masih lagi belajar sebenarnya, di Kolej Matrikulasi.Sekarang ni aku sedang cuti semester,sebab itulah aku rindu sangat dengan Hafiz Azhan.Ya!,.rindukan dia.Hafiz melarang aku untuk terus bergaul dengan Azie dan Miza.Kalau dulu aku bebas tapi sekarang Hafiz yang mengawal segala tingkah lakuku.Bila mama dan papa terlalu sibuk Hafiz Azhan yang selalu mengambil berat tentang diri aku.Rimas? Tak adalah! Aku memang dahagakan perhatian dan kasih sayang.Mak Kiah dan Pak Karim pun mengambil berat padaku tapi tidak sama dengan perhatian yang Hafiz Azhan berikan kerana Mak Kiah dan Pak Karim tak pernah menegur kesalahan aku seperti Hafiz Azhan tegur aku.

       ''Riana!,.pakaian tu boleh pakai yang sopan sikit tak? Cuba simpan kecantikan tu untuk suami.Jangan nak tayang sangat! Riana tak rimas ke orang pandang.Pakai baju tapi macam telanjang.Han tengok pun naik rimas tau tak,.'' aku tersenyum bila ingat kenangan itu.Hafiz Azhan kalau bercakap memang direct.Kalau lelaki lain lagi seksi aku pakai.Lagi tinggi pujian mereka untuk aku.

          Seketika cuma senyumanku mekar dibibir.Aku mengeluh kemudiannya.Merindui Hafiz buat jantung aku sakit.Aku simpan kembali selendang pemberian mama dan melangkah ke bilik air.Sekejap lagi waktu maghrib bakal masuk.Untuk apa aku terus menerus membayangkan wajah Hafiz Azhan yang bukan milikku lagi.Lebih baik aku mandi dan mengadap Penciptaku di atas sejadah.Merindui Allah itu seribu kali lebih baik.
..................................
Rosilah

       Hati aku sakit sangat hari ini,entah jantan mana yang mencuba mengambil kesempatan ke atas diriku.Siap pegang tangan aku lagi.Konon,.tersilap orang.Tak guna betul.Huh!,.padam muka dia!,.kena penumbuk sulung aku.Entah dari mana aku perolehi keberanian itu.Tau-tau penumbuk aku sudah melayang ke muka dia.Mungkin tindakan separa sedar aku.Kecik ja mamat tu aku tengok akibat terkejut dengan sikap biadap dia tu.

          ''Ilah jadi ka nak ikut Aiman ke Kuala Lumpur?'' lamunanku tercantas dengan suara ibu.Aku menoleh pada ibu yang sedang melipat kain.

     ''Tak tau lagi.Takpa ka kalau Ilah jadi pi?'' aku merenung ibu.Kalau bukan kerana ibu tentu aku tak berat hati begini.

       ''Ikut Ilahlah,.'' perlahan ibu bersuara.Mungkin ibu pun tahu aku dalam persimpangan sekarang.Nak berhadapan dengan perangai ayah lagi.Nak tinggalkan ibu pun aku tak sanggup.Manalah tau kalau ayah menganas lagi.

          ''Ibu,.Ilah nak tanya sikit boleh?'' ibu mendonggak memandangku namun bibirnya langsung tak bersuara.

         ''Ibu kenai dak sapa-sapa yang nama Riana?'' aku meneruskan dengan soalanku walau pun ibu tak berkata apa-apa.

      ''Masriana?'' ibu bertanya aku kembali.Kening aku berkerut.Wujudkah Riana tu? Itu yang ada dalam fikiran aku.

        ''Ibu kenai ka?'' ibu tak menjawab tapi kepala ibu terangguk-angguk.Wajah ibu sayu.Aku tak tahu apa yang ibu fikirkan.Sejak aku tanya pasal Riana wajah ibu sudah berubah mendung.

         ''Siapa Riana? Betoi ka muka dia macam Ilah?'' aku keluarkan juga keraguan yang bersarang difikiranku.Ibu sempat mengeluh sebelum menjawab soalanku.

         ''Dia kembar Ilah,.'' aku tersentak.Kelu lidahku untuk terus menyoal.Aku pandang wajah ibu tak berkelip.Ibu anggukkan kepalanya lagi.

       ''Depa tinggal di kampung sebelah.Masa umur Masriana setahun depa pindah pi Kuala Lumpur,.'' ibu memberitahu walau pun aku tak bertanya.Dalam hati aku ingin bertanya dimana keluarga kandungku tapi aku takut ibu kecil hati.

       ''Ilah nak jumpa keluaga Ilah?''

        ''Hah?'' soalan ibu buat aku tersentak lagi.

        ''Dulu keluarga Ilah asal orang Kedah jugak.Kami ambil Ilah di Kampung Beda Siam.La ni kampung tu dah tukaq nama kot.Orang kata dah jadi Kampung Setia Jaya.Kemudian keluarga Ilah pindah pula ke Gurun.Kali last ibu dengaq depa pindah pula ke Perak.Lepas tu terus senyap,.'' lancar ibu bercerita sedangkan aku sudah kelu seribu bahasa.Perlukah aku mencari keluarga yang telah membuang aku?

        ''Ibu!,.Ilah nak pi KL.Ilah nak pi cari Masriana.Bolehkan ibu?'' akhirnya aku buat juga keputusan.Ibu hanya mengangguk sebelum kembali bersuara.

          ''KL tu besar.Ilah tau ka,macam mana nak cari dia?'' aku garu kepala.Tiba-tiba mentol dalam kepala aku berkelip-kelip.Aku harus cari lelaki kemarin.Tentu dia tahu alamat Masriana.
....................................................
Zahira

                         Hidup ini takkan pernah berakhir dengan cabaran.Hari ini bahagia mengelilingi hidup,esok belum tentu.Sejak emak meninggal ketika aku berumur tujuh tahun aku tinggal dengan kakak Rusyidah.Bukan aku tak bahagia di sini.Bila Allah nak menguji ,kita tetap akan di uji.Tak kiralah siapa kita.Dimana kita berada.Ujian  dari Allah tetap akan datang.Cepat atau lambat bukanlah persoalannya,yang penting kita perlu bersedia dari segi mental dan fizikal.Kalau zaman kanak-kanak dulu memang aku langsung tak bersedia.Air mata sering menjadi peneman setia.

                     Musuh ketatku anak sulung kak Rusyidah.Faizi memang pembuli tegar.Kalau setakat sepak terajangnya aku pernah rasa.Memang 'sedap giler'.Aku nak balas dendam memang tak boleh.Dia lelaki,aku perempuan.Tak kena gaya balas dendam makan penendang lagi la aku.Aku pula terlalu sensitif.Ujian demi ujian yang menghujani hidupku tak mampu ku tepis.Aku letih sangat tapi aku tak kuat untuk menolak.Aku terima semua cobaan itu.

                     Sekarang cuti hujung tahun.Aku baru belajar bertatih untuk mencari kerja.Aku budak lepasan SPM. Sementara menunggu keputusan SPM keluar.Aku bercadang nak cari kerja.Hari ini seharian aku di Alor Setar.Aku singgah sebentar untuk membeli burger.Lapar pula perut ni.Sebiji burger dengan sebotol air mineral.Okeylah sekadar pengalas perut.

              ''Adik!,.sorang ja?'' aku menoleh bila merasakan ada yang menegur aku.Aku pandang dia atas bawah.Nak kata lelaki tapi wajah lembut macam perempuan.Nak kata perempuan dia punya dressing memang sebijik lelaki.Sempat aku memandang kiri dan kanan.Mana tahu dia sebenarnya menegur orang lain.

            ''Adik cari sapa?'' aku tersengih.Dah sahlah dia tegur aku.

        ''Haa,.sorang ja.Ni sapa? Kita kenai ka?'' aku tanya orang yang menegur aku tu.Bila tengok wajah dia yang seakan ada persamaan dengan wajahku.Aku terus tanya begitu.Mana tahu saudara mara aku ke.

          ''Tak! Tak kenai! Adik kenai Masriana?'' aku mengeleng tapi aku macam pernah dengar nama tu.Sejak aku tinggal dengan kak Rusyidah dia selalu bercerita pasal kedua orang kakak kembarku yang telah diberi pada orang ketika masih baby.

         ''Tak kenai tapi macam pernah dengar nama tu,.'' entah kenapa aku rasa macam sudah kenal lama dengan orang di hadapan aku ni.Bila dia ramah menyoal aku pun turut teruja untuk menjawab apa yang aku tahu.

         ''Di mana?'' orang yang menyoal aku seakan teruja mendengar jawapanku.Di matanya dapat ku lihat keterujaannya itu.

       ''Kakak saya selalu cerita.Katanya saya ada dua orang kakak kembar yang bernama Masriana dan Rosilah tapi,.tulah, ayah dah bagi dekat orang,.'' tanpa berselindung apa-apa aku terus bercerita.Tak tahulah kenapa orang yang menyoal aku ni tiba-tiba menyeka air matanya.Nampak brutal rupanya dalam hati ada taman.Aku pula yang diserang rasa bersalah.

         ''Sapa adik ni? Nama apa? Tinggal di mana? Anak sapa?'' erkk,.banyaknya soalan.Haih!,.menyesal pula aku lurus sangat tadi.Kalau aku tak cerita apa yang aku tahu tentu dia tak terus menyoal aku.

           ''Akak Rosilah.Kembar Masriana tapi akak tak tahu di mana Masriana sekarang.Adik tahu di mana Masriana?'' aku kerut dahi.Orang ni nak mainkan aku ka? Aku dah mula keliru dengan pengakuannya.

        ''Apa buktinya?'' ceh!,.mulut tak berinsuran aku ni sudah membuatkan orang di depanku spontan mendengus kasar.

        ''Adik tak perasan ka? Tengok muka kita pun dah ada persamaankan!,.'' perlahan aku mengangguk tapi dalam hatiku masih ada perasaan was-was.

         ''Macam ni,kalau adik tak percaya jugak,jom ikut kakak balik.Adik boleh tanya sendiri dengan ibu kakak,.'' aku mengeleng pantas.Kak Rusyidah selalu berpesan jangan mudah percaya dengan orang yang kita tak kenal.

         ''Kakak sajalah ikut saya balik,mungkin kak Rusyidah tahu di mana kak Masriana,.'' aku mula tawar menawar.Kalau betul dia kak Rosilah aku biar kak Rusyidah sendiri yang menjawab semua soalan.

         ''Adik tinggal di mana?'' aku dengar dia mengeluh sebelum kembali menyoal aku.

        ''Mak,ayah ada lagi? Kita berapa beradik semuanya?'' aku mula mengaru kepala.Walau pun soalannya terlalu mudah untukku jawab tapi kalau sudah disoal bertubi-tubi aku pun tak tahu mana satu yang harus ku jawab dulu.

        ''Kalau akak nak soalan akak tu berjawab,akak ikut ja saya balik.Mungkin kak Rusyidah lebih tahu tapi kalau pasai mak saya,.'' aku geleng kepala,sebak menguasai dada,Sejak emak meninggal kerana penyakit barah ayah kahwin lagi.Ah!,.ayah takkan betah hidup tanpa ditemani isteri di sisi.Anak di abaikan tidak menjadi hal.Hmm,..

       ''Kenapa dengan mak? Mak sakit ka? '' aku pandang perempuan yang mengaku sebagai kak Rosilah aku ni dengan mata yang bergenang.Dia tak tahukah emak aku sudah meninggal sepuluh tahun yang lalu.Kalau betul dia kakak kandungku memang kasihan, tak sempat menatap dan memeluk ibu kandung sendiri.

         ''Emak dah takdak.Sepuluh tahun dah.Mak mengidap barah.Kak Rusyidah kata mak keguguran anak lelaki.Selepas keguguran tu mak masih buat kerja seperti biasa.Mengambil upah menyemai padi di bendang orang,.'' aku ralit bercerita tanpa sedar air mata sudah berguguran di pipi.Terngiang-ngiang lagi cerita kak Rusyidah,katanya emak bekerja kuat tapi duit upahnya ayah yang 'sapu' dulu.Bila kerja selesai duit pun 'selesai' dihabiskan ayah.

            Aku menyeka air mataku.Baru aku sedar aku masih berada di tengah orang ramai.Aku cuba ukirkan senyuman.Aku terperasan mata kak Rosilah juga merah.Mungkin dia juga turut menangis bila minda aku hilang sebentar diulit kenangan silam.

          ''Adik ikut kak Ilah balik! Sat ja,.kak Ilah nak balik habaq kat ibu kak Ilah.Nanti boleh kak Ilah ikut adik balik.Ni nama sapa? Dari tadi lagi kak dok tanya,.'' aku tersengeh mendengar ayat terakhirnya.Was-was punya pasal aku tak berani nak memperkenalkan diri sendiri.

          ''Saya Zahira.Pangge Ira pun boley!'' aku menghulur tangan.Dah lama berbual baru teringat nak bersalam.Selepas bersalam kak Ilah membawa aku ke motornya.Dia membawa aku ke rumahnya di Kampung Sungai Baru Gunung Kriang.
.............................................
Hafiz Azhan

            Hari ini aku terserempak lagi dengan gadis yang menyerupai Masriana di Pekan Rabu Alor Setar.Aku baru nak menapak ke arahnya bila dia sudah berlalu pergi bersama seorang gadis lain.Cantik ayu berbaju kurung dan bertudung.Nampak sopan dan naif.

           Aku terus mengekorinya.Bila aku melihat dia sudah bersiap sedia untuk membonceng motor aku terus berjalan laju.Takut kehilangannya lagi seperti dua hari lepas.

         ''Tunggu!!'' aku terus melaung.Kedua orang gadis itu menoleh.Bila aku sudah berada di depan mereka aku terkejut.Aku seolah sedang berdepan dengan dua orang yang mirip Masriana.

         ''Siapa kamu sebenarnya?'' aku terus menyoal mereka dalam keadaan aku yang masih menggah.Kedua gadis tadi saling berpandangan.Gadis berbaju kurung menayangkan wajah blur manakala gadis yang menumbuk aku dua hari lepas kelihatan tenang.Tak lagi menyinga dan marah-marah.

         ''Aku memang nak jumpa kau.Aku nak alamat Masriana atau pun no HP dia.Aku nak jumpa dia,.'' tegas bunyinya walau tak sekasar dua hari lepas.Namun tetap tiada segaris senyuman pun diukirkan.

       ''Untuk apa? Siapa kau? Kenapa kau tak jawab apa yang aku tanya?'' aku sengaja menguji gadis tadi dengan menyoal dia kembali.Dalam hati memang ada sikit kemusykilan.

      ''Aku kembar dia.Ni adik kami,.'' terkejut aku mendengar pengakuan gadis itu.Setahu aku Masriana anak tunggal.Dari mana pula muncul mereka berdua ni.

        ''Aku tak percaya! Setahu aku Masriana anak tunggal.Dari mana da,..'' belum sempat aku menyambung ayat yang seterusnya kepala aku telah ditunjal kasar.

         ''Woii!,.sebelum ni pun aku ingat aku anak tunggal.Tapi lepas tu aku dapat tahu aku ni anak angkat dan dua hari lepas baru aku tahu aku ada kembar.Dah!,.jangan banyak songgeh.Aku nak alamat Masriana,.'' laju gadis itu berkata-kata.Tercengang aku dibuatnya.

       ''Kalau ya pun,.tak boleh minta elok-elok sikit?'' sepantas kilat kaki aku pula dipijak.Spontan aku terlompat.Mengaduh sakit tanpa sedar.

        ''Kau ni kenapa? Kalau nak alamat Riana pun.Mintalah cara elok,.'' aku menjarakkan diri sebelum terus menyambung kata.

     ''Apa bukti kau ni kembar Masriana?'' aku dengar dia mendengus keras.Gadis berbaju kurung di sebelahnya pula sudah tersenyum simpul.Aku tak tahu pula apa yang lucunya.

       ''Saudara!,.boleh tolong tak? Bagi alamat kak Masriana.Kesian mak kami, teringin sangat nak jumpa kak Masriana,.'' gadis berbaju kurung bersuara perlahan seakan merayuku.Gadis garang pula memandangnya pelik.

         ''Eh,.bukan ka tadi adik Ira cakap mak dah sepuluh tahun takdak ka?'' gadis berbaju kurung yang dipanggil adik Ira menepuk dahi lalu berpusing membelakangiku.Bahunya terinjut-injut.Bila gadis garang pergi dan berhadapan dengan gadis berbaju kurung, gadis garang terus menampar belakangnya selepas mereka berbisik sesuatu.

         Entah apa agaknya yang mereka bisikkan tapi yang pastinya alamat atau pun no HP Masriana takkan aku berikan pada orang yang aku tak kenal.Ingat lagi aku siang tadi selepas  puas kami berbalah akhirnya kedua gadis itu terus meninggalkan aku.Sebelum berlalu pergi gadis berbaju kurung sempat memberikan aku serangkap pantun.

Buah bidara di dalam timba,
Di tepi lorong ada kelapa,
Hari saudara belum tiba,
Tak nak tolong tak mengapa.

              Aku hanya tersenyum mendengar pantunnya sebelum gadis garang membuat pantun dua keratnya pula.

Muka hodoh macam serigala,
Dah bodoh sombong pula.

          Aku mencebik geram mendengar pantunnya.Belum sempat aku mengarang pantun balas motor mereka sudah bergerak laju meninggalkan aku terpinga-pinga.
.............................................
Masriana

              Aku terkejut menerima panggilan dari Hafiz Azhan pagi tadi katanya mak tok telah pergi mengadap Ilahi tiga hari lepas.Hafiz Azhan juga meminta maaf kerana tidak memberitahu aku.Sekarang Hafiz Azhan sudah berada di Lumut.Dalam perbualan kami pagi tadi Hafiz Azhan ada menyoal aku dengan beberapa soalan yang tak masuk akal.

         ''Han nak tanya Riana ni,Han harap Riana cakap jujur dengan Han,.'' aku mula resah dan berdebar-debar.Kenapa dengan Han ni.Sebelum ni mana pernah aku tipu dia.

         ''Han!,.kenapa ni? Han dah dengar apa-apa yang tak elok pasal Riana ka?'' aku bertanya Hafiz Azhan dengan suara yang sedikit sebak.Aku terasa, seolah kejujuran aku diragui.

           ''Riana!,.dengar dulu.Han bukan dengar yang tak elok pun cuma Han nak kepastian Riana ja,.'' dada aku berdegup kencang.Minda aku sudah mula meneka yang bukan-bukan.Apa yang Hafiz Azhan dah dengar?

              ''Riana ada kembar?''

                      ''Hah? Apa yang Han mengarut ni?'' aku tergelak kecil.Alangkah bagusnya kalau aku punya saudara kembar.Taklah aku sunyi di rumah ini.

                ''Han tak mengarut.Han serius ni Riana.Han balik Alor Setar baru ni Han jumpa kembar Riana bersama adik dia.Riana kenal tak sesiapa yang bernama Ira?'' aku berjeda seketika.Sejak kami berpindah ke Kuala Lumpur 20 tahun yang lalu aku sudah tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke Kedah lagi walau untuk mengikut Mak Kiah balik ke kampung.Mama dan papa tak benarkan.Tak tahulah kenapa.

             ''Riana!!'' suara Hafiz Azhan di hujung talian mengejutkan aku.

            ''Ya Han!'' aku menyahut perlahan.

          ''Riana dengar tak apa yang Han tanya?''

          ''Dengar!,.tapi Riana tak ada jawapannya Han,.'' aku mengaku sejujurnya.

           ''Tak apalah,.Han nak tanya ja.Han ada kerja ni.Lain kali Han call Riana lagi.Assalammualaikum,.''

        ''Waalaikummusalam,.'' salam Hafiz Azhan ku jawab perlahan.Mindaku mula berteka -teki sendiri.Benarkah aku ini hanya anak angkat? Kenapa mama selalu menafikannya setiap  kali aku bertanya? Perlukah aku pulang ke Kedah dan mencari jawapannya sendiri? Arghh,.aku buntu!
...................................

Rosilah

             Aku mengikut Zahira pergi ke Yan.Aku meminta tolong Aiman untuk membawa kami pergi ke sana.Hanya Aiman yang boleh diharap.Kebetulan Zahira juga sedang mencari kerja.Boleh juga aku meminta izin dari kak Rusyidah untuk membawa Zahira bersamaku ke Kuala Lumpur dua hari lagi.

         Setelah memperkenalkan diri pada kak Rusyidah aku dipeluk erat.Kak Rusyidah menangis sambil bercerita.Banyak cerita yang terungkap setelah bertemu kak Rusyidah.Dari kak Rusyidah juga aku tahu penyebab kami diberikan kepada orang.Takkan ku maafkan dia hingga ke akhir hayatku.Dia yang telah memisahkan aku dari keluargaku.

            Apa yang ku dengar dari kak Rusyidah ternyata mengejutkan.Selepas ibu meninggal keluarga kami berantakan.Adik bongsuku Zahira nyaris diberi pada orang lain tapi kak Rusyidah tak mengizinkannya dan meminta untuk tinggal bersamanya.Adikku Rosnah pula tinggal bersama kak Asnah.Abang Asmawi masih tinggal di Perak.Kak Saleha dan kak Salima pula pernah bekerja sebagai pembantu rumah demi sesuap nasi.Yang penting halal.

         Bila mendengar cerita kak Rusyidah aku sedih sangat.Rupanya seluruh ahli keluargaku turut diuji dengan ujian yang berat kerana keluargaku tergolong dalam golongan orang miskin.Aku bersyukur kerana diserahkan pada keluarga angkat.Ah!,.biarlah ayah angkatku tak serupa orang kerana panas barannya bukan selalu,cuma kadang-kadang bila dia terlalu stress dengan kerja.Entah bagaimana pula nasib Masriana? Aku tak sabar untuk bertemu dengannya.Bila ingat Masriana terus aku terbayangkan wajah lelaki yang menjengkelkan itu.
.........................................
Zahira

         Yess!!,.kak Rosilah nak membawa aku ke Kuala Lumpur.Aku gembira sangat,nanti bolehlah aku jumpa kak Rosnah.Aku baru telefon dia dua hari lepas,katanya dia berkerja  di Kuala Lumpur sebagai pembantu rumah sementara menunggu result STPM keluar.

       Aku tak perlu ragu-ragu lagi dengan kak Rosilah.Tak payah nak chek DNA bagai., kak Rusyidah sudah mengesahkannya.Kak Rusyidah kata wajah kak Rosilah mirip wajah emakku.Cehh!,.sebelum ni kak Rusyidah cakap wajah aku yang mirip emak.Hurmm,.mungkin betullah sebab wajah aku dan kak Rosilah ada persamaan.Cuma hidung aku dan kulit aku ikut ayah kot.Kelabu asap sikit.Hehehe,.

           Hari yang dinanti tiba akhirnya.Aku berangkat ke Kuala Lumpur bersama kak Rosilah dan kawan kak Rosilah. Abang Aiman sejak bertemu dengan aku renungannya semacam saja.Aku buat selamba sebab orang macam abang Aiman bukan taste aku.Lagi pun aku baru nak masuk lapan belas tahun,tahun depan.Muda lagi kot.Abang Aiman mungkin tua lima atau enam tahun dari aku.

        '' Agaknya ada tak harapan kita nak jumpa Masriana?'' aku menoleh ke arah kak Rosilah.Wajahnya penuh mengharap.

        ''InsyaAllah!,.'' aku memberinya harapan.Bagi aku kak Rosnah sudah berjanji untuk menunggu kami di Puduraya.Itu sudah lebih mencukupi.Tak sabar aku untuk memperkenalkan kak Rosilah kepadanya.Perjalanan kami ke Kuala Lumpur bermula seawal 6.00 pagi.Kami pergi menaiki bas.Selain kak Rosnah abang kepada abang Aiman pun akan turut menunggu kami di Puduraya.

      ''Lelaki yang kita jumpa di Pekan Rabu tu nama pa? Dia kenai kak Masriana ka?'' aku menyoal kak Rosilah bila teringatkan lelaki yang bergaduh dengannya itu.Ganas betul kak Rosilah melayan lelaki tu.Aku cuba juga nasib berlembut dengan caraku untuk meminta alamat kak Masriana, tapi kak Rosilah ni la pulak bikin spoil.Aku ingat bila dia tunjuk sikap brutal dia tu, tentu dia akan faham aku cuba nak kelentong lelaki tu.Tak sangka pula dalam brutal dia ada juga lurus bendulnya.

         ''Ntahlah! Kenal kot.Kali pertama kami jumpa dia panggil akak Masriana,.'' kak Rosilah menjawab ragu-ragu.Aku tergelak kecil.Teringat pantun dua kerat yang kak Rosilah karang secara spontan untuk lelaki tu.

          ''Pasai pa adik Ira gelak?'' kak Rosilah memandang aku pelik.

          ''Muka hodoh macam serigala,Dah bodoh sombong pula.Mesti dia bengang gilerkan dengan pantun kak Ilah tu.Muka dia hensem macam tu pun kak Ilah boleh cakap macam serigala,.'' kak Rosilah tergelak sambil mencebik.

       ''Padam muka dia!,.kedekut sangat.Takdak maknanya hensem kalau perangai ntah hapa-hapa,.'' kak Rosilah membidas balik kata-kataku.Aku hanya mampu tersenyum.Apa yang aku perhatikan kak Rosilah pun sama ja.Ganas tak bertempat.Nak minta alamat kak Masriana pun macam Ah long nak kutip hutang.
..........................................
Masriana

       Mama dan papa keluar negeri lagi.Kali ni mereka ke Singapura dan akan dijangka pulang selepas tiga minggu.Masa ni la aku harus bertindak untuk menyiasat siapa diri aku yang sebenarnya.Aku ajak Mak Kiah untuk balik ke Kedah tapi Mak Kiah tak mahu bersubahat takut dibuang kerja.Aku kecewa sebab aku tiada tempat untuk dituju.Aku hubungi Hafiz Azhan pun asyik suara operater yang menjawabnya.

               Aku suruh Pak Karim menghantarku ke Puduraya.Aku bercadang untuk mengambil tiket bas ke Alor Setar.Aku nekad kali ini.Memang sudah lama aku syak aku bukan anak kandung mama dan papa cuma aku tiada bukti.Sesampainya aku di Puduraya terus aku menuju ke kaunter tiket.

          ''Ilah!!!,.cepat pulak hampa sampai.Nasib baik aku mai awai.Aiman mana Aiman?'' seorang lelaki menarik tangan aku sambil bertanya soalan yang langsung aku tak faham.Panik sekejap aku.Mana tahu ini taktik peragut.Aku merentap tangan aku.Lelaki tadi memandang aku pelik.

            ''Sorry!,.abang Ady tak sengaja.Tengok Ilah jalan laju sangat tadi.Abang Ady dok sengeh kat Ilah pun Ilah buat don't know ja,.'' lelaki itu sengeh.Aku mula kecut perut.

         ''Abang Ady!!!,.'' seseorang melaung.Kami serentak menoleh ke arah suara tersebut.Aku kaget memerhatikan wajah-wajah yang sedang mendekati kami.Lelaki di sebelah aku turut memandang aku bersilih ganti dengan wajah-wajah di depan kami.Kakiku terus kaku.Aku seakan melihat tiga orang klon diriku sendiri cuma yang berbezanya dua orang yang bertudung.Seorang bertudung labuh ala-ala ustazah.Seorang bertudung biasa.Seorang lagi berseluar jeans dan bert-shirt lengan panjang dan berambut pendek dan wajah itu lebih mirip wajahku.

             ''Abang Ady!,.sapa ni? Abang mai dengan dia ka?'' lelaki yang melaung menyoal lelaki di sebelahku.Aku memerhatikan wajah-wajah di hadapanku.Tika ini bukan saja kaki aku yang kaku tapi lidahku juga turut kelu untuk bersuara.

        ''Ha,.tulah! Tadi abang ingatkan Ilah.Terkejut jugak abang,.'' semua orang memandang aku.Aku jadi cuak.

     ''Awak Masriana?'' klon aku yang berambut pendek bertanya.Aku hanya mampu mengangguk.Dia terus menerpa aku dan memeluk aku erat.Bahuku terasa basah.Dua orang lagi wanita turut merah matanya memandang kami.

        ''Saya Rosilah.Ini adik Nah dan adik Ira.Kita seibu dan sebapa kandung.Awak saudara kembar saya,.'' aku terkejut dengar penerangannya yang tanpa ku pinta itu.Apakah semuanya ini? Dalam aku masih tertanya-tanya di dalam hati dua lagi wanita turut sama mengambil bahagian memeluk aku sambil menghamburkan tangis.Entah mengapa aku rasa seakan telah berjumpa dengan identiti diriku yang telah hilang.Dalam pelukan mereka aku rasa tenang dan damai.

       ''Awak buat apa di sini.Tunggu orang ka?'' selesai adegan air mata aku disoal klon aku.Aku mengeleng perlahan.Masih lagi terkejut dengan kejutan yang tak pernah ku sangka ini.

      ''Saya nak ambil tiket bas.Saya nak pergi Alor Setar tapi rasanya macam terpaksa dibatalkan.Awak buat apa di sini? Mana tahu nama saya.Kita tak pernah jumpa pun kan?'' sambil menjawab aku turut menyoal.Banyak persoalan sebenarnya yang sedang berlegar dalam pemikiran aku ni.

         ''Buat apa nak pi Alor Setar? Nak jumpa 'mamat kerek' tu ka?'' aku tercengang.Mamat kerek mana pula ni?

          ''Mamat kerek? Siapa tu?''

       '' Hah! Kalau nak menyembang ka,nak tanya habaq apa ka.Jom cari kedai makan dulu.Cacing dalam perut aku ni dah menyanyi macam-macam lagu dah,.'' perbualan kami dicantas oleh lelaki yang melaung tadi.Semua ketawa mendengar ayatnya,kecuali aku.

       Kami dibawa oleh lelaki yang mula menegur aku tadi ke sebuah kedai makan.Aku mengikut mereka kerana aku pasti apa yang ku cari sudah ku temui.Kami sambung berbual sambil makan.Banyak persoalan aku yang terjawab.Si 'mamat kerek' rupanya Hafiz Azhan.Hmm,.rupanya klon aku inilah yang ditemui oleh Hafiz Azhan di Alor Setar dan kerana Hafiz tersilap oranglah dia tahu kewujudan aku.

        Dunia yang disangka luas rupanya terlalu kecil kalau Allah mengatur untuk kami bertemu.Mama,papa,.rahsia kalian sudah aku rungkaikan.Aku cuma perlu sabar menanti  mama dan papa pulang dari Singapura dan mendengar penjelasan mereka.
.....................................

Rosilah

        Alhamdulillah! Allah permudahkan segalanya.Aku bukan saja sudah bertemu dengan adik-adikku tapi tanpa terduga kami terserempak dengan Masriana di Puduraya.Dia memang mirip aku.Tak hairanlah kalau 'mamat kerek' tu tersilap orang.Eh!,.sejak bila pula aku pandai mengelar orang ni? Aku tersenyum di dalam hati.Ahh!,.lupakan dia! Yang penting sekarang aku dah jumpa apa yang aku nak.

        Sekarang kami empat beradik sedang berkumpul di rumah Masriana.Kami terpaksa ikut Masriana kerana dia yang memaksa kami.Beria-ia dia mengajak kami ke sini.Kebetulan mak dan ayah angkatnya tiada di rumah.Sebaik menapak di hadapan rumahnya aku sudah terpegun.Dia lebih bernasib baik rupanya.Aku tumpang bahagia kalau dia bahagia.

          ''Mai makan semua! Mak Kiah dah hidang tu,.nanti sejuk tak sedap.Ni orang Kedah ka semua ni? Nasib baik la Cik Riana jumpa hampa.Mak Kiah ni dok risau jugak dalam perut ni nak lepas Cik Riana ni pi sorang-sorang di Kedah nu,.'' kami dipelawa makan oleh pembantu rumah Masriana.Sejak kami sampai petang tadi dia yang paling ramah menyoal itu dan ini.

       ''Tak ada,saya dari Sabak Bernam Selangor,tapi sekarang kerja di Putra Jaya.Ni memang dah janji nak jumpa kat Puduraya,.dah mereka ajak ikut sekali tadi.Ikut jer la,.'' adik Nah menjawab bagi pihak aku dan adik Ira.Aku dan adik Ira hanya mengangguk mengiakan.

         ''Ya ka!,.reja pa tu?'' adik Nah tersenyum sebelum menjawab tersipu-sipu.Seperti keberatan untuk mengungkapkannya.

         ''Macam Mak Kiah jugak la,.''

       ''Dah,dahlah Mak Kiah.Kerja apa pun tak kisahlah.Janji halal sudah! Jom kita makan,.'' Masriana menyampuk sambil mengajak kami ke ruangan dapur.

          Malam pertama kami di Kuala Lumpur kami tidur di rumah Masriana.Adik Nah ada juga mengajak kami ke rumah kak Asnah di Sabak Bernam,juga rumah kak Salima dan abang Asmawi.Ramai rupanya adik beradik aku.Nampaknya perancangan aku untuk datang mencari kerja sudah tersasar selepas berjumpa dengan Masriana.Kata Masriana dia nak membawa kami ronda-ronda Kuala Lumpur sebelum mengikut adik Nah ke Sabak Bernam.Kami hanya mengangguk.Tiada niat untuk membantah sedikit pun.
...........................................
Zahira
   Aku tak tahu bagaimana nak ku gambarkan perasaanku sekarang ni.Dua orang kakak kembarku yang sudah lama ku tahu kewujudannya kini sudah ku temui.Pertemuan yang langsung tidak dirancang.Mungkin kerana wajah kami yang banyak persamaan jadi senang untuk kami mengecam diri masing-masing terutama kak Masriana dan kak Rosilah.Cuma sikap dan watak kami sikit berbeza.Kak Masriana walau baru ku kenal aku dapat melihat dia lebih sensitif berbanding kak Rosilah yang nampak agak brutal terutama dengan orang lelaki.

          Kakak Rosnah pula hatinya terlalu lembut dan selalu mengalah dalam semua hal.Ketika kami masih tinggal bersama kami amat rapat namun aku ni adik yang paling degil.Kakak Rosnah selalu mengalah dengan aku.Kami terpisah selepas ayah menghantar aku ke rumah kak Rusyidah dan kak Rosnah pula tinggal bersama kak Asnah.Ahh,.hidup ini memang aneh.Walau pun kami seibu dan sebapa tapi perjalanan hidup kami tetap berbeza.

         Takdir hidup ini memang memberi aku pengajaran yang tidak terhingga.Walau diuji dengan seribu badai yang mendatang aku tetap berdiri kukuh walau ada masanya aku goyah jua.Aku hanya manusia biasa yang kesabarannya hanya senipis kulit bawang.

      Bila mengingati perjalanan hidupku aku jadi teringat pada Faizi.Anak sulung kak Rusyidah si kaki buli.Sekarang dia pula menumpang di rumah bapa saudaranya di Temerloh Pahang.Setiap kali pulang ke Kedah dia mesti meminta maaf dengan aku kerana sikapnya yang suka membuli dulu.Langit tak selalunya cerah dan roda sentiasa berputar.Selepas tinggal di Pahang Faizi pula yang telah dibuli oleh sepupu perempuannya.Terbayar sudah pembalasan di dunia.Tak perlu aku membalas dendam kerana Allah sentiasa adil terhadap hamba-hambanya.

              ''Adik Ira!,.orang lain rancak menyembang,sempat pula dia melamun.Ingat sapa?'' aku tesentak bila bahuku ditampar kak Rosilah.Aku hanya menghadiahkan senyuman.Kak Masriana dan kak Rosnah sudah ketawa melihat aku yang terkebil-kebil disergah kak Rosilah.

         ''Ingat marka ka?'' giliran aku pula tergelak mendengar soalan kak Rosilah yang seterusnya.

          ''Muka ni mana ada orang yang nak,.'' aku cuba beralasan.Minda aku terus mengimbas zaman persekolahan.Entahlah,.cinta monyet bagiku hanya merugikan diri sendiri,lebih-lebih lagi kalau dah TERsuka pada orang yang tak tahu apa ertinya setia pada yang satu.Lelaki takkan pernah puas dengan apa yang mereka ada.Air mataku bergenang tiba-tiba.Haih!,.kenapa aku nak emosional pulak ni?

      ''Dahlah!,.bercinta saja lepas kawen.Baru kekal abadi.Kalau ada jodoh tu tak ke manalah,.'' kak Rosnah mengusap belakangku perlahan.Rahsia hatiku sesekali terlepas juga bila kami saling berhubung melalui telefon.Biasalah,.diakan kakakku.Tiada rahsia antara kami.

          ''Esok macam mana? Jadi ka nak ronda KL?'' kak Masriana memecahkan suasana hening yang bertandang seketika tadi.Suasana sayu yang menghambat hatiku bertukar jadi ceria semula.Yeay!!,.biarlah masa lalu terus berlalu pergi.Apa yang pasti masa sekarang ni yang harus kita hayati.Aku bahagia dikelilingi tiga orang kakakku dan akan aku nikmati saat ini sebaik-baiknya.
................................................
21 September 2013

                  Hari ini genap ulangtahun kak Masriana dan kak Rosilah yang ke 42 tahun,.sesungguhnya cerita ini telah diadun antara reality dan imaginasi.Kalau dalam imaginasinya endingnya akan aku kahwinkan kak Rosilah dengan Hafiz Azhan manakala Kak Masriana dengan abang Ady.Jangan ditanya kenapa kerana jodoh itu ketentuan Allah.Jangan terlalu membenci dan jangan juga terlalu memuja kerana kita takkan dapat melihat masa hadapan.

            Dalam realitynya kak Rosilah lebih bernasib baik dalam cinta.Berkahwin dengan lelaki pertama yang mencuri hatinya ketika berumur 14 tahun.Jodoh mereka panjang dan dikurniakan tiga orang cahayamata.Anak sulung sudah 18 tahun usianya sekarang.

               Kak Masriana,kak Rosnah dan aku.Kami berkahwin tanpa cinta.Dengan kata lain hanya berserah pada ketentuan takdir.Aku dan kak Masriana berkahwin pada tahun dan bulan yang sama namun kami diuji seketika.Kak Masriana diuji kerana lambat hamil sedangkan aku dengan keguguran yang kerap,.namun kini ujian itu dapat kami rentasi dengan jayanya.Kak Rosnah yang sedang menjadi Guru KAFA sekarang sudah memiliki tujuh orang anak walau dia berkahwin empat tahun lewat dari kami.Kak Masriana baru melahirkan anaknya yang ke empat ketika cerita ini bermula.

                Jangan pernah rasa gusar menghadapi apa saja corak kehidupan.Mungkin cerita ini bukan 100% kisah benar tapi tetap boleh dibuat panduan untuk kita terus berfikiran positif menempuhi hidup ini biar apa pun situasi yang kita lalui.MAAFKAN diri ini andai endingnya tidak menepati kehendak pembaca.Aku cuba lari dari topik cinta sebenarnya.Kalau nak diteruskan mungkin ceritanya bukan lagi di panggil CERPEN mungkin akan dipanggil NOVEL.

           ****TAMMAT******

Selasa, 3 September 2013

UKIRAN CINTA DI SUDUT HATI




Szaza : Bukan aku tak cinta. Bukan aku tak suka. Namamu sudah lama terukir di hatiku. Aku perlukan masa untuk meluahkannya. Cintaku terlalu mahal untuk dijaja terlalu awal. Sekali aku jatuh cinta, terlalu payah untuk aku melupakannya, kerana aku seorang pencinta yang setia.

Harris: Aku suka dia seadanya. Dia wanita sederhana, walau tak secantik mana tapi manisnya tetap ada. Walau dia sentiasa serius, tapi dia bukan seorang yang sombong, cuma dia terlalu berhati-hati memilih kawan. Aku memang tiada harta untuk memikat hatinya. Tapi aku ada cinta yang setia untuk dipersembahkan.

                 ''Mak, Szaza pergi dulu ya..'' aku melaung emakku dari pintu depan rumah kami.

               ''Haa, yalah. Baik-baik jalan tu, tengok kiri kanan kalau nak lintas jalan. Kalau jatuh, pandai-pandailah bangun sendiri.'' aku kerutkan keningku sambil menoleh ke belakang. Mak aku ni, berpesan macamlah aku ni budak sekolah rendah.

           ''Szaza tahulah mak!'' aku melaung kembali. Boleh terkeluar anak tekak aku ni.

           ''Semuanya kau tahu, tapi..kalau nak keluar tak pernah reti-reti nak bersalam dengan mak dulu?'' mak aku dah terconggak depan pintu. Aku tersengeh pada mak aku seraya menghulurkan tangan untuk bersalam.

          ''Szaza pergi dulu mak. Sayang mak, I lap U mak. Muah, muah, muah,..'' selepas mencium tangan mak, aku cium pula pipi mak aku kiri dan kanan.

         ''Lepas kerja nanti,balik rumah terus.Jangan nak merayap pulak!'' hadoi!!,.setiap kali aku nak keluar pergi kerja,macam-macam pesanan penaja yang mak aku keluarkan.Pada hal aku cuma bekerja di kedai makan depan simpang tu ja.

           ''Baiklah bos!,.roger.Arahan diterima!'' aku berlakon ala-ala polis mendapat perintah sambil mengangkat tabik dan menghentakkan kedua belah kakiku.Emakku membulatkan matanya.Aku mengekek ketawa sambil memusingkan tubuh serta melambaikan tangan pada mak aku yang masih berdiri di muka pintu.

       Aku melangkahkan kakiku ke arah jalan besar.Sambil berjalan fikiranku menerawang entah ke mana.Dalam pada tu mataku sempat menangkap sebuah motor yang sedang menuju ke arahku.Aku mula mengelabah tak tentu arah.Harris sudah mengukirkan senyumannya sedangkan lututku sudah berlaga.Jantungku sudah berdetak laju.Wajahku sudah membahang panas.

       Akibat perasaan malu yang begitu menebal aku menoleh ke arah lain tanpa menyedari ada batu sederhana besar di depanku yang sedang menunggu mangsa.Bila Harris sudah sampai di depanku dengan tak semena-mena akibat terlalu mengelabah batu yang terconggak depan aku pun aku dah sepak tanpa perasaan.

               ''Ya Allah!,.adoi!!'' aku terjerit kecil.Yang paling memalukan, aku dah jatuh tersungkur di depan Harris.Mana la aku nak letak muka aku yang tak berapa nak cun ni.

          ''Za!,.awak okey ke?'' Apa punya soalan.Dia ingat aku sengaja nak tayang free show depan dia? Hiesyy!,.. Mendengar soalan Harris aku dah mendengus geram dalam hati.

              ''Nak saya tolong?'' Harris bertanya lagi.Aku mengeleng sambil mengosok tapak tanganku yang sudah bercalar.Ada terasa pedih dikedua belah kakiku tapi aku tahan rasa sakit itu di depan Harris.

          ''Tak payah!!!!,.tadi mak Szaza dah siap pesan.Kalau jatuh pandai-pandailah bangun sendiri,.'' aku menjawab selamba sambil bangun.Cuba berwajah tenang walau jantungku masih laju mengepam darah.

            ''Za tengok apa tadi,sampai batu depan mata pun tak nampak?'' sambil menyoal aku dengar Harris ketawa kecil.Tak guna punya Harris! Sempat lagi nak sindir aku.Aku langsung tak berani nak menoleh ke arahnya.Aku masih berpura-pura menyapu kekotoran dibaju sambil menahan pedih dikakiku.

          ''Szaza jalan dulu la.Dah lambat ni.Nanti Mak Teh marah pulak,.'' aku tak menjawab soalan Harris.Malah aku beralasan untuk melarikan diri.

          ''Hati-hati jalan!,.kalau jatuh lagi nanti,siapa yang susah.Harris jugak!!!'' bila aku berlalu,aku dengar Harris bersuara lagi.Aku kebam bibir menahan geram.Bila masa pulak aku susahkan dia bila aku jatuh? Aku menoleh sekilas ke belakang.Harris masih memerhatikan aku sambil tersenyum.Haih!,.buat malu ja.Aku ingatkan dia dah blah.
...................................

                Bila aku sampai di kedai, Ameera sudah sedia menunggu aku dengan senyuman yang lebih manis dari gula.Lebar pula senyumannya hari ni.Aku pula yang menjadi musykil melihatnya.

              ''Seronok???'' soalan pertama yang keluar dari bibirnya.

            ''Apa yang seronok?'' aku tanya balik.

            ''Dating dengan abang Harris di tepi jalan?'' aku mengecilkan mataku.Bila masa pulak aku dating dengan Harris.Kalau setakat terserempak tepi jalan tu biasa sangatlah.Lagi pun rumah Harris dengan rumah aku bukannya jauh mana pun.Harris pun kerja di CC Jalur Lebar depan kedai Mak Teh ja pun.Hari-hari aku terserempak dengan dia.Cuma jarang bertegur sapa ja.

            ''Kau jangan nak buat cerita boleh tak?'' malas aku nak melayan Ameera.Aku berjalan laju masuk ke kedai.Sampai diruangan dapur aku cari tempat yang sedikit tersorok.Aku singkap sikit kain baju kurung yang ku pakai.Aku belek kesan luka dibetis dan lututku.

            ''Ya Allah! Kena apa tu Szaza?'' terkejut aku dengan sergahan Mak Teh cepat-cepat ku jatuhkan kainku sambil tersengeh pada Mak Teh.

          ''Jatuh tadi Mak Teh.Tersepak batu,.'' aku tersengeh lagi.Mak Teh mengelengkan kepalanya sambil membuka salah satu laci almari.

        ''Nah!,.minyak gamat.Sapu luka tu.Nanti melarat pulak.Macam mana sampai boleh tersepak batu?'' sambil menghulurkan minyak gamat padaku Mak Teh membebel.Aku tak membalas apa dah.Takut terkantoi.Ameera yang baru masuk ke ruangan dapur menjungkitkan kening padaku.Mak Teh terus meninggalkan kami  bila aku tak menjawab soalannya.

         ''Kau kenapa?'' aku bertanya Ameera geram.Ada la tu.Akal dia nak kenakan aku.Aku berbisik di dalam hati.

          ''Jangan-jangan,.kau jatuh sebab gabra dengan abang Harris?'' Ameera serkap jarang.Aku mengeleng pantas.Mana aku berani nak mengaku.Tak pasal-pasal dijadikan modal oleh Ameera untuk menyakat aku habis-habisan.

          ''Kau jangan nak mereka-rekakan cerita boleh tak? Aku sekeh jugak dia ni kang!,.'' aku pura-pura marah untuk mengelak Ameera dari terus menyoal aku.Minyak gamat yang diberi Mak Teh tadi aku bawa ke bilik air untuk disapu pada luka-lukaku.

         Keluar dari bilik air aku simpan kembali minyak gamat di dalam laci almari.Aku mula melakukan tugasku sebagai pembantu di dapur.Nampaknya sampah di dalam kedai dah clear,mungkin Ameera yang menyapunya.Bila aku mula untuk membersihkan ayam Ameera datang dan mencuit pinggangku.

      ''Za!,.ceta ar kat aku!'' aku menjeling Ameera.Ada lagi la tu yang dia tak puas hati.Aku buat tak peduli.Kalau aku bercerita hal sebenarnya tak pasal-pasal dia gelak tak ingat dunia pula nanti.

      ''Abang Harris dah sampai tu.Kau tak nak tengok ke? Alahai!,.sweetnya Za.Dia pandang sinilah.Mesti dia cari kau tu!'' aku dengar Ameera membebel.Aku terus diam.Ayam yang berada di depan aku ni terus aku lapah.

       ''Ishh,.aku cakap dengan kau ni.Buat derkk ja dia ni.Aku majuk jugak kang!!'' aku ingin tersenyum mendengar Ameera yang masih berceloteh tapi sengaja ku seriuskan wajahku.

            Bila aku langsung tak pedulikan Ameera,aku lihat Ameera mula sibukkan diri.Digeledahnya laci almari.Segala bawah kerusi dan meja di jengok seolah mencari sesuatu.Aku dah mula pelik dengan gelagatnya tapi aku masih diam.

       ''Cari apa tu Meera?'' aku menoleh bila mendengar suara Mak Teh.Ameera buat wajah blurr.

       ''Cari suara Szaza!,.entah dah hilang ke mana.Langsung tak berbunyi,.'' spontan aku tergelak.Ada-ada ja Ameera ni.Mak Teh dah mengeleng berkali-kali.

        ''Hah!!,.dah jumpa dah!,.dah jumpa.Ingatkan abang Harris dah kidnap dah suara tu tadi,.'' Ameera senyum nakal.Aku julingkan mata ke atas sambil mendengus geram.Tak habis-habis lagi!!

        Mak Teh tergelak sambil menampar perlahan bahu anak perempuan tunggal kesayangannya.Ameera la,.siapa lagi! Huhu,.Ameera nak sangat aku terima Harris tu sebab Harris tu abang sepupu dia.Aku pula sengaja jual mahal kerana aku percaya jodoh,ajal dan maut ditangan Allah.Aku panggil mak Ameera mak teh bukan kerana dia mak saudara aku.Tak ada kaitan sama sekali.Dah memang itu panggilan yang orang kampung dok panggil.Aku follow jer!!
.........................................

             Waktu tengahari kedai Mak Teh sudah dipenuhi pelanggan.Kebanyakannya pekerja-pekerja kilang plastik yang jaraknya 1KM dari kedai Mak Teh.Time ni memang paling sibuk.Aku turut mengambil bahagian memasak dan membuat air bila Ameera dan Mak Teh sibuk melayan pelanggan.

         ''Szaza!,.nasi goreng kampung satu dengan teh o limau ais.Nanti kau tolong hantar kat meja depan tu ya!'' aku jungkit kening pada Ameera.Selalunya kerja aku hanya bahagian dapur ja.Tugas melayan pelanggan ni tugas Ameera dengan Mak Teh.Cuma lauk pauk ja yang dimasak oleh Mak Teh.Kalau pelanggan tak ramai baru Mak Teh akan menjenguk ke dapur.

      ''Kenapa aku kena hantar? Kaulah hantar!'' aku menyoal sambil berkeras tidak mahu.Ameera senyum ja.Selepas membuat dua gelas milo ais dan segelas teh ais dia terus meletakkannya ke dalam dulang dan membawanya ke depan kedai.

           Aku terus memasak nasi goreng seperti yang diarahkan.Sedikit minyak dimasukkan ke dalam kuali.Sesudu besar bawang yang telah dikisar aku masukkan bila minyak dah mula panas.Cili padi ditumbuk bersama udang kering.Isi seekor ikan kembung rebus aku asingkan dari tulangnya.Bahan yang ditumbuk aku masukkan ke dalam kuali bersama isi ikan rebus tadi.Kacau dan biar sampai garing barulah aku pecahkan sebiji telur, kacau masukkan garam dan serbuk perisa.

         Akhir sekali aku masukkan semangkuk nasi dan sayur kangkung.Aku kacau hingga sebati di dalam kuali dan perlahankan api.Sementara nak tunggu nasi goreng masak aku buat teh o limau ais yang disuruh Ameera tadi.Aku kembali ke kuali untuk mengacau nasi goreng.Ameera datang ke dapur dan membancuh dua gelas oren sunkist,segelas bandung ais dan dua gelas teh o ais.

       Bila nasi goreng sudah masak aku masukkan ke dalam mangkuk.Aku tangkupkan ke dalam pinggan dan angkat mangkuk.Cantik saja.Aku hiaskan dengan dua keping keropok ikan,timun dan tomato.Sup aku masukkan ke dalam mangkuk kecil.Aku tabur sikit bawang goreng dan hirisan daun sup ke dalamnya.

            Aku masukkan ke dalam dulang dan tunggu Ameera datang.Bila aku nampak Ameera sudah berlenggang datang ke dapur aku isyaratkan padanya nasi goreng yang telah siap bersama teh o limau ais di dalam dulang.

            ''Kau tolong hantar kejap.Aku nak terkucil sangat ni.Tak tahan! Orang tu duduk meja depan tiga dari kiri.Lelaki yang pakai t-shirt warna biru,.'' Ameera memberi arahan sambil berlari ke bilik air.Aku tiada pilihan melainkan menanggalkan apron dan membawa makanan yang diorder keluar.Aku terconggak di depan pintu dapur mencari gerangan pelanggan yang dimaksudkan.Huh!,.sepatutnya aku dah boleh agak taktik Ameera ni.

     Aku melangkah penuh berhati-hati ke arah meja tersebut.Manalah tahu jantung yang berdetak laju tiba-tiba ni nak memalukan aku lagi.Buatnya tersadung,tersepak kaki sendiri ke.Tak ke niaya.

          ''Order awak ke ni?'' aku bertanya perlahan sambil memandang wajah Harris.Dia mengangguk sambil tersenyum.Aku keluarkan nasi goreng dan teh o limau ais dari dalam dulang lalu meletakkannya di depan Harris.

      ''So sweet! Macam isteri layan suami makan ja,.'' aku dengar suara Ameera di sebelahku.Hampeh punya kawan.Aku tahu memang dia sengaja nak kenakan aku.

        ''Terima kasih Za!,.makan sekali,.'' Harris mengucapkan terima kasih sambil pelawa aku makan.Aku mengeleng sambil berlalu ke dapur semula.Sempat aku menyepit lengan Ameera yang asyik tersengeh-sengeh di tepi aku.Dia mengaduh perlahan.Padam muka! Aku mengutuk Ameera di dalam hati.

      ''Mahu tapi malu!'' Ameera yang mengekor aku ke dapur bersuara.Aku buat tak peduli.

          ''Szaza!!,.nasi goreng cina satu!'' Mak Teh melaung dari depan kedai.Kalau tengahari macam ni kebanyakan pelanggan akan order nasi campur atau nasi goreng.Harris?,.kadang-kadang ja makan di kedai.Selalunya time rehat dia akan balik makan di rumah.Bukan aku sengaja usha pun,cuma aku ter'nampak' dia secara tak sengaja.

          ''Berselera benor abang Harris tu makan.Mesti licin pinggan tu nanti.Sesekali makan hasil air tangan Nur Zaizaliza binti Saari seminggu tak makan nasi pun tak apa,.'' sambil tangan buat kerja aku menjeling Ameera yang sedang berceloteh entah hapa-hapa tu.

            ''Yalah tu!,.tadi aku dah masukkan perencah specel dalam tu.Bukan takat seminggu,rasanya setahun tak makan pun dok kenyang lagi tu,.'' aku membalas kata-kata Ameera sambil tersenyum.Ameera cucuk pinggangku sambil mendengus marah.Menyenget tubuh aku mengelak sambil tergelak kecil.

        ''Kau hantar nasi goreng tu nanti.Orang tu duduk semeja dengan abang Harris.Aku sempat tengok tadi.Ensem giler.Kalah abang Harris.Cer kau test abang Harris sesekali!,.'' Ameera mengenyit matanya padaku.Dia ni biar betul.Nak test apa kebendanya.

          Seperti tadi Ameera tidak mahu menghantar nasi goreng pelanggan.Aku juga yang terpaksa melawan arus perasaan meredah depan kedai yang rata-ratanya terdiri dari pelanggan lelaki.Aku control hati aku yang sudah mula membuat hal sekali lagi.Kalau tak ada Harris dalam kedai ni tak ada maknanya aku nak rasa berdebar bagai ni.Aku tahu aku tak harus menyimpan perasaan pada lelaki yang bukan menjadi suamiku lagi tapi aku tak mampu untuk menghalang hati aku ni untuk terus menyukai dia.

         ''Eh awak! Awak ni Zaizalizakan?'' sebaik aku meletakkan nasi goreng di atas meja.Lelaki yang meng'order'nya menegur aku.Aku memandangnya sambil berfikir.Cuba mengimbas kembali wajah di hadapan aku ni.Seperti kata Ameera lelaki ni memang handsome.Berkulit cerah dan tinggi.Memang pakej lengkaplah juga.

      ''Zai tak ingat saya lagi? Ni Izzuanlah! Mohd Izzuan Iqbal,.'' dia bersuara lagi.Baru aku tersenyum dan mengangguk.Sempat aku menjeling Harris yang baru menghabiskan suapan terakhirnya.Wajahnya dah berubah mendung namun langsung tak memandang wajahku seperti selalu.

         ''Zai kerja di sini ke? Kalau macam tu bolehlah datang selalu,.'' Izzuan masih ramah menyoal walau aku langsung tak membalas.Harris sudah bangun dari kerusi.Dia memandang aku sekilas.Senyuman yang selalu dipamerkan untuk aku sudah tiada.Ke mana menghilangnya senyuman itu? Aku hanya memandang Harris keluar dari kedai tanpa kata.
................................................

              Selepas kehadiran Izzuan,Harris mula menjauhkan diri dari aku.Kalau kami berselisih di tengah jalan dia sudah tak menoleh ke arah aku lagi.Jauh sekali nak melemparkan senyuman.Tak tahulah kenapa dengan Harris ni? Walau aku sedih,aku tetap berfikiran positif.Mungkin ada hikmahnya juga semua ini.Allah sayangkan aku jadi DIA mungkin tak nak aku terus-terusan bermain dengan perasaan.Lagi pun Harris bukan suami aku pun.Biarlah dia!,.ku pujuk hatiku sendiri.

          Aku bekerja seperti biasa di kedai Mak Teh.Ameera sudah mula perasan dengan perubahan Harris.Katanya Harris tidak bertanya apa-apa lagi yang berkaitan dengan aku padanya.Izzuan pula hari-hari bertandang di kedai Mak Teh.Rupanya Izzuan baru bekerja di Pejabat Agama berdekatan.Kerja sebagai apa aku malas pula nak ambil tahu.Setiap kali dia datang ke kedai mesti dia kelihatan kemas dengan seluar slack dan kemeja lengan panjang.

            Sebenarnya Izzuan ni satu kelas dengan aku dulu sejak tingkatan satu.Tingkatan dua dia pernah cuba tackle aku hinggalah kami naik ke tingkatan tiga.Aku ni pulak payah sangat untuk diajak bercintan cintun ni.Cinta bagiku terlalu mahal untuk dijaja lebih-lebih lagi di zaman persekolahan.Nak ajak berdating lagilah aku tak suka.

         Masuk ke tingkatan empat Izzuan berpindah sekolah.Dengar kata dia mendapat tempat disebuah sekolah agama dan tinggal di asrama.Izzuan pelajar pintar sedangkan aku result PMR cukup-cukup makan ja.Lepas SPM aku dah tak melanjutkan pelajaran sebab keluarga aku tak mampu.Ayah aku kerja kampung ja pun.Mak aku pula surirumah sepenuh masa dan aku ada lima beradik.

               ''Szaza!,.kau perasan tak,...?''

              ''Tak!!!,.'' belum sempat Ameera menyambung ayatnya aku terlebih dahulu memotong.Aku macam dapat agak ja apa yang dia nak cakap kat aku.

           ''Hiesyy!!,.dengarlah dulu!'' dia menampar lenganku.Aku tergelak.Sekarang ni time pelanggan tak ramai,jadi sempat la kami berborak.Berbual kosong kata orang.

      ''Aku tahu kau nak cakap apa.Kalau tak pasal Harris mesti pasal Izzuan,.'' aku serkap jarang.Mana tahu mengena.Ameera tayang gigi.Betul la tu!

        ''Sejak bila kau pergi bertapa ni? Dah macam nujum mak belalang la pulakk!!'' aku tergelak.Manyaklah hang punya nujum mak belalang.Bukannya aku baru kenal dia.Kami berkawan sejak kecil lagi.Dia pula anak tunggal.Sebab itu dia beria-ia nak jodohkan aku dengan Harris supaya aku takkan tinggalkan dia.Itulah yang dia cakap kat aku tanpa dia sedar dalam diam aku pun dah lama sukakan Harris.

        ''Kenapa erkk,.abang Harris tu dah tak datang kedai lagi? Ha,.tu,.tu,.abang Harris tu.Panjang pulak umur hamba Allah sorang ni.Eh,.kenapa dia tak toleh kot sini macam selalu? Nak tengok dia senyum pun payah sangat sekarang ni tau! Aku tak faham betul dengan korang berdua ni.Korang bergaduh ke?'' aku dengar Ameera berceloteh sambil mataku memandang Harris di luar kedai.Seperti kata Ameera dia langsung tak menoleh ke arah kami.Entah kena salji Kutub Utara atau Kutub Selatan pun aku tak taulah.Dingin semacam ja.
             
      ''Oitt!,.aku tanya kau ni.Kau ni kan Szaza,. kalau abang Harris tak tengok kau,kau boleh dok tengok dia sampai tak berkelip mata.Kalau dia tengok kau,kau buat tak tau ja kan tapi dengan Izzuan tu ramah pulak kau layan.Aku rasa abang Harris mesti dah terkena virus ni,.'' aku mencebik bibir mendengar ayat -ayat Ameera.Ada ja perempuan ni nak mengada-adakan cerita.Sampai begitu sekali dia perhatikan aku.Aku masih diam.Sekali-sekala mata aku mengarah ke jalan.Memerhatikan orang yang lalu lalang.

      ''Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?'' Ameera menyoal aku lagi.Aku menjeling geram.

     ''Demegarmarlah!,.semejakmak bimilama amukumu pemekakmak?'' (dengarlah!,.sejak bila aku pekak?) aku guna ayat code rahsia kami berdua sejak kecil.Malu pulak kalau Mak Teh terdengar kami bercakap pasal Harris.

      ''Ishh,.kamakamau iminimi,.macamacamam tumutumu pumupunmun namakamak maharahmah!'' (Ishh,.kau ni,.macam tu pun nak marah!),.

       ''Amakumu bumukanman maharahmah,tamapimi kamakaumau tumutumu penyebukmuk samagatmat.Bimiarmarlah abamabangmang Hamarismis kamakaumau tumutumu tamatakmak mahamuhu temegokmok kimitama pumupunmum,.'' (Aku bukan marah,tapi kau tu penyibuk sangat.Biarlah abang Harris kau tu tak mau tengok kita pun,.) tak taulah kenapa aku terasa sangat kali ni.Sebenarnya lain yang keluar dari bibir,lain pula yang aku ungkap di hati.Apa salah aku pada kau Harris??

        ''Amakumu bumukanman amapama,.cumumama amakumu ramasama amabangmang Hamarismis tumutumu temerkenama mivirusmus cemurumu,.'' (Aku bukan apa,.cuma aku rasa abang Harris tu terkena virus cemburu,.) aku pandang Ameera dan mengjungketkan kening padanya beberapa kali.

         ''Makasudmud kamakaumau dimiama cemerumu demekatmat Imizuanman?'' (Maksud kau dia cemburu dekat Izzuan?) Ameera mengangguk.Aku terus lepaskan tawa sambil bangun dan menuju ke dapur kedai.Bila aku berpusing semula ke belakang aku tengok Ameera sedang berjalan keluar dari kedai.Mak Teh hanya memerhati tanpa bertanya ke mana Ameera nak pergi.Aku terus memerhatikan Ameera dari jauh.Aku jadi cuak bila Ameera mula membuka pintu CC Jalur Lebar.Haih!,.Ameera ni nak buat apa pulak?
...........................................

Malam ini aku sendiri
Menanti sebuah harapan
Biar pun hanya berteman
Bulan disebalik awan

Aku tetap kan setia
Bersama janji yang dibina
Mengapa engkau berubah
Kala cinta dipenghujungnya
Mengharapkan sinaran terang
Menyinari kerinduan
Agar terubat keresahan
Luka yang kau kirimkan

Biar aku biar
Diam membisu saja
Biar rindu biar
Diam begini lama
Akan ku leraikan segala kekusutan
Penantian,...

Biar aku biar
Diam membisu saja
Biar rindu biar
Diam begini lama
Akan ku leraikan segala kekusutan
Penantian,.
Satu penyeksaan

        ''Rindu ini terlalu sakit! Kerana inilah aku tak suka menjalin cinta,.'' tanpa sedar aku meluahkan kata-kata ini.Itu pun terkeluar selepas aku terleka seketika menghayati lirik lagu yang dipasang adik bongsu aku Mohd Afiq.

      ''Siapa nyanyi lagu ni Fiq? Best la pulak!'' aku tanya Afiq yang sedang ralit membelek handphone yang baru dibelinya.Entah dari mana dia dapat duit.Aku pun beli handphone second hand berharga rm80.00 ja.

        ''Rindu keresahan kumpulan Spin.Kenapa tanya? Sejak bila pula kak Szaza suka dengar lagu? Selalunya kalau Fiq pasang lagu,bisinglah,.memekaklah,.'' aku  merenung geram pada Afiq.Orang tanya tu jawab jerlah.Banyak pulak soalannya.

      ''Yang Fiq ni banyak songeh sangat,.dah kenapa? Burung pun reti nak berhijrah.Kak Szaza ni kan manusia biasa.Sekali sekala nak jugak berubah angin.Hiesy,.itu pun tak boleh ke?'' aku mendengus geram.Afiqah memandang aku pelik.Afiqah dan Afiq saling bermain mata.Aku tak puas hati betul dengan si kembar berdua ni lalu bantal yang kebetulan berada di sebelahku aku baling kepada Afiqah.

       ''Korang berdua ni tak puas hati kat mana?'' aku tanya Afiq dan Afiqah walau sebenarnya aku yang tak puas hati dengan mereka.Saja tiba-tiba teringin pulak nak cari pasal.

      ''Kak Szaza bergaduh dengan abang Harris ke? Selalunya kalau abang Harris jumpa Fiq,mesti nak berkirim salam.Sekarang ni abang Harris jumpa Fiq pun,senyum pun macam nak tak nak ja,.'' gulp!!,.aku telan air liur.Kenapa dengan Harris ni? Kalau dia marah aku sekali pun takkan sampai keluarga aku pun dia nak 'pulau' kot?,.aku mengeluh perlahan.

     ''Kak Szaza nak tau berita terkini pasal abang Harris tak? Tadi Shimah bagitau Piqah,.hujung minggu ni abang Harris nak bertunang dengan anak Pak Su mereka.Kak Szaza ingat tak dengan kak Rina?'' aku pandang Afiqah tak berkelip.Ameera dengan Mak Teh tak cakap apa-apa pun.Takkan mereka sengaja nak rahsiakan dari aku kot? Tergamak betul kalau mereka buat macam tu kat aku.Ameera tu kawan baik aku sejak kecil.

           Sedang aku memerah minda berfikir tentang Ameera,Mak Teh dan Harris aku terkejut dengan cahaya kilat yang memancar terang.Di ikuti dengan guruh yang berdentum kuat.Bila mengingati emak dan abahku yang belum balik dari surau.Aku pantas bangun dan berlalu ke dapur.Afiq dan Afiqah aku tinggalkan dengan seribu persoalan.

           Sampai di dapur aku ambil besen dan baldi lalu langkahku tuju pula ke arah bilik aku dan Afiqah.Bilik aku kalau hujan,dah macam air terjun yang turun dari langit.Rumah kami ni dah la kecil.Bumbung pula bocor.Kami hidup dalam serba kekurangan tapi kami tetap bahagia.Abang Zahid dengan kak Zaharah tinggal sebelah rumah kami ja.Mereka dah kahwin tapi mereka pun bukan orang senang.Macam kami juga.Kais pagi makan pagi.Kais petang makan petang.Senang cerita cukuplah untuk makan anak beranak.

     Bila hujan dah mula mencurah aku mengintai melalui tingkap.Macam seronok pula tengok hujan ni.Apa kata kalau sekali sekala aku buat kerja gila sikit.Biar kasi gempak! Aku tersenyum seorang diri.Heh!!,.bibir saja yang tersenyum sedangkan hati aku ni dah macam hujan kat luar tu ja.

        ''Kak Szaza nak ke mana tu? Tu payung,..''  bila aku mula membuka pintu depan Afiqah menegur aku.Aku langsung tak menoleh.Tak ada maknanya aku nak bawa payung bagai.Aku bukan nak pergi mana pun,cuma nak buat kerja gila sikit ja.Aku nakkk,...main hujannn!!  Horeyyy!!,.

        Aku terus berlari ke kawasan lapang di depan rumah.Dalam keseronokan aku bermain hujan,aku sebenarnya sudah menangis tersedu-sedu.Dalam gelak ketawa yang dibuat-buat, air mataku sudah mencurah laju menuruni pipiku.

''Ya Allah!,.andai dia bukan untukku,.tolonglah aku lupakan dia!'' aku melaung kuat dalam hujan bagai orang gila.Afiq dan Afiqah yang memerhatikan gelagat aku di muka pintu tidak aku hiraukan.Aku terus melompat-lompat keseronokan.Sekali- sekala aku depakan tangan seolah aku sedang terbang.

      ''Szaza!!!,.awak buat apa ni?'' sedang aku berseronok.Terlompat-lompat macam orang gila,aku ditegur seseorang.Aku menoleh dan aku tergamam melihat wajah yang sedang berdiri di hadapanku kini.Dia juga seperti aku lencun tak berpayung.Aku menilik diri sendiri.Dengan kepala yang tak bertudung.Dengan baju t-shirt dan seluar treck yang dah lencun.Makkk!!,.malunya Szaza!!,.aku terus berlari masuk ke rumah.Afiq dan Afiqah yang sedang mengelakkan aku di muka pintu aku rempuh tanpa perasaan.Laju aku berlari ke bilik air.Aku terus berkurung dalam bilik air dan sambung menangis.

        Kalau tadi aku menangis kerana sedih Harris nak bertunang tapi sekarang perasaan sedih tu dah bertukar.Aku malu!,.malu sangat-sangat pada orang yang sama sebab aku menangis tadi.Malam kot!! Macam mana dia boleh terserempak dengan aku yang tengah dok syok main hujan pulak? Hadoiii!,.
.........................................

         Tiga hari aku tak pergi kerja selepas kejadian bermain hujan malam tu.Aku demam dan demam aku tak mau nak kebah-kebah.Aku rasa aku demam bukan sebab hujan tapi sebab malu yang teramat pada Harris.Setiap kali aku bayangkan kejadian tu aku rasa mengigil seluruh badan.Aku tak mampu nak berdepan dengan Harris lagi.Rasa macam nak lari saja dari kampung ni.Huarghh,.beginilah aku selama tiga hari ni.Jiwa aku tak tenang.Alangkah bagusnya kalau aku hilang ingatan dan kejadian yang memalukan tu aku tak ingat dah.

            ''Szaza!,.Meera dengan Mak Teh datang ni,.'' aku menoleh ke arah pintu bilik.Ameera dah tersenyum lebar padaku.Mak dan Mak Teh turut masuk ke bilik.Aku singkap sedikit kain selimut yang menutup tubuhku.

         ''Amakumu demegarmar kamakaumau temelompatmat demepanmam amabangmang Hamarismis mamacamman kemerama kemenama bemelamacanman.Bemetumul kemekeme?'' (Aku dengar kau terlompat depan abang Harris macam kera kena belacan.Betul ke?) Ameera tergelak dengan ayatnya sendiri.Aku bulatkan mata padanya.Ameera pun tau? Habislah aku kena bahan.

      ''Dah tiga hari aku demam.Hari ni baru nampak batang hidung kau? Kau pergi mana?'' sengaja aku tukar topik.Kecil hati pun ada juga.Yalah!,.akukan kawan baik dia.Sampai hati kot,langsung tak jenguk aku.Bukan jauh mana pun rumah dia.

     ''Alaa,.Za,.kau ni kan demam.Asal aku datang ja mesti kau tidur.Asal kau tidur ja mesti aku datang.Eh,.bukan aku ja yang datang tau.Mak aku,abang Harris,Pak Long dan Mak Long aku pun hari-hari datang tengok kau tau,.'' aku tengok mak aku.Mak aku buat selamba ja.Ameera dah duduk di sebelah aku di tepi katil. Mak Teh dan mak aku masih berdiri.

        ''Mak tak bagitau Szaza pun?'' aku tanya mak aku.Terkilan sangat-sangat.

       ''Nak bagitau apanya.Demam tak bangun-bangun.Meracau entah apa-apa,.'' aku memuncungkan bibir.Aku langsung tak ingat apa-apa.

      ''Harris ada di luar tu.Dia nak bercakap dengan Szaza.Penting katanya.Boleh masuk ke tidak ni?,.'' gulp!!!,.aku telan liur.Dengar ja nama Harris badan aku terus mengigil.

       ''Tak nakkkkk!!,.'' aku menjerit sambil tarik selimut tutup muka.Terdengar suara Ameera,mak dan Mak Teh mengelakkan aku.Dah sah!,.berita kegilaan aku malam tu dah tersebar.

            ''Za!,.Harris nak cakap sikit dengan Za ni,.'' mendengar saja suara itu aku terus kaku dalam selimut.Aku tarik sikit kain selimut dan cuba mengintai.Ameera masih duduk di sebelah aku.Aku tak nampak mak dengan Mak Teh.

        ''Dah la Szaza!,.kau ni dengan abang Harris pun nak malu,.''

      ''Aku tak pakai tudung la ngok!,.'' tu dia,.bunyi dah ayat power aku tu.Ameera bangun dari katil dan mengambil tudung dari rak baju tepi almari solek.Harris berpusing membelakangkan kami.

     ''Okey!,.nak cakap apa? Cepat sikit!!,.'' aku bersuara setelah tudung aku sarung dan aku duduk menyandar pada Ameera yang kembali duduk di sebelah aku.

      ''Harris nak minta maaf pasal malam tu.Afiq call Harris,dia cakap Szaza dah macam orang tak siuman.Terlompat-lompat macam kera kena belacan tengah hujan selepas dengar Harris nak bertunang,..dia yang suruh Harris datang.Afiq kata hanya Harris yang dapat hentikan Szaza,.'' wajah aku dah rasa berbahang.Aku sorok wajah aku di belakang Ameera.Tubuh Ameera berhingut menahan gelak.Aku piat lengannya kuat.Spontan dia menjerit dan lepaskan tawa.Tak guna punya kawan! Tak guna Afiq dengan Afiqah.Rupanya kerja mereka.

       ''Harris nak tanya Szaza ni,.memandangkan Harris dah tengok semuanya.Harris rasa Harris perlu bertanggungjawab.Nur Zaizaliza binti Saari sudikah awak menjadi isteri kepada Mohd Harris bin Abidin yang tak punya rupa dan harta ni?'' spontan aku beralih dari belakang Ameera.Aku panggung kepala dan memandang Ameera.Ameera jatuhkan kepalanya berkali-kali.Aku beranikan diri mendonggak ke wajah Harris.

      ''Harris ikhlas!,.'' Harris turut merenung ke arahku.Tiba-tiba aku teringat apa yang Afiqah bagi tahu aku.

      "Ehh,.habis tu kak Rina macam mana? Bukan Harris nak bertunang dengan kak Rina ke?'' Harris tayang wajah blurr.Ameera di sebelah aku dah mengekek ketawa.

        ''Abang Harris tak tau apa-apalah ngok! Aku yang pakat dengan Pikah,dengan Fiq sekali.Tak tau la pulak kau nak buat susprize sampai macam tu sekali.Siap deman-deman lagi,.'' Ameera gelak lagi.Harris dah senyum sambil geleng kepala.Aku??,.

      ''Auww!!,.kau ni beranak tahun ketam ke Szaza?'' itulah kepakaran aku yang paling terpuji.Faham-faham sendirilah!!!

      ''Dah habis Harris? Kalau dah habis,..keluarlah!! Tak elok lama-lama dalam bilik anak dara orang ni,.'' mak Harris a.ka Mak Long Ameera masuk ke bilik.Aku malu sangat.Agaknya semua orang dah tahu apa yang terjadi antara aku dan Harris.

        ''Heronya dah tanya Mak Long cuma heroinnya ja yang belum jawab lagi,.'' Ameera pula yang sibuk menjawab bagi pihak Harris.Aku terkebil-kebil di sebelah Ameera.Apa kes  pulak dengan hero dan heroin bagai ni?

         ''Yang tu biar orang tua-tua yang jawab!,.Szaza dah sihat?'' aku semakin bingung tapi aku tetap mengangguk mendengar pertanyaan mak Harris tu.Harris pula sudah mengundur diri dan keluar dari bilik.Mak Harris atau Mak Lijah berjalan mendekati katil.

          ''Masih panas lagi ni.Dah!,.cepat sikit sihat.Kita selesaikan cepat sikit.Tak payah nak bertunang.Nikah saja terus.Buat yang mana patut ja.Boleh macam tu? Szaza dengan Harrris dah sama-sama suka.Tak elok nak tunggu lama-lama.Nanti jadi buah mulut orang kampung pulak,.'' walau pun aku masih blurr tapi kata-kata Mak Lijah tetap membuat wajah aku berbahang.Tangan Mak Lijah yang masih melekap di dahi, aku pegang dan aku salam.Macam biasa kalau bersalam dengan orang yang lebih tua ,aku cium tangan Mak Lijah.

         ''Hai!,.minta restu bakal mak mertua nampak?'' sempat pula Ameera ni nak kenakan aku.Aku menjeling geram padanya.Mak Lijah pamerkan senyum sebelum keluar dari bilik.

      ''Yesss!!,. akhirnya kau akan jadi kakak aku jugak!. Kak Szaza!,.Izzuan tu kau pas kat aku sajalah.Lagi pun aku kesian la pulak kat dia,dok tackle kau sejak sekolah lagi,masih tak dapat-dapat.Alang-alang tak dapat jadi isteri dia jadi kakak ipar sepupu pun okeylah tu,.'' aku mencebik.Ameera gelak.Ada hati rupanya Ameera ni dekat Izzuan tu.Elok sangatlah tu.Aku tengok mereka pun macam sepadan jer.Sorang handsome,sorang lagi cute.Hmm,.lepas ni bolehlah aku pakat dengan Harris untuk jodohkan mereka.Aku dah mula berangan-angan.Haih!!!!
................................................

                Sampai saatnya aku dan Harris bakal disatukan.Asalnya cuma nak buat majlis akad nikah secara kecil -kecilan saja memandangkan keluarga aku dan keluarga Harris tak berkemampuan.Ukur baju dibadan sendiri.Jangan sampai kerana nak kahwin sekali seumur hidup nanti tak pasal-pasal terpaksa membayar hutang sepanjang hayat.

             Kami hanya merancang tapi Allah yang menentukan.Mungkin kami miskin harta tapi kami tak miskin adik beradik.Ayah aku anak ke enam dari dua belas beradik.Mak aku anak ke tiga dari sepuluh beradik.Masing-masing ada anak yang ramai dan berkerjaya.

             Bila abah aku cakap nak buat kenduri masing-masing pakat nak sponsor.Bumbung rumah kami yang bocor pun Pak Long yang mengarahkan orang memperbaikinya.Abah memang tak mampu nak mengupah orang.Setiap kali aku tanya bila nak ganti bumbung baru,dengan selamba abah akan jawab ''Air terjun free masuk rumah.Biarlah!!,.rumah orang lain mana ada macam ni,.'' hai!,.macam tulah abah aku sentiasa selamba dan cool.Nak tengok abah marah memang payah.

            ''Szaza!,.dah siap semuanya? Akad nikah dah nak mula ni,.'' aku tersentak dengan teguran Mak Long Saerah yang masuk ke bilik tiba-tiba.Ameera menampar perlahan bahuku.Spontan aku mengangguk.Dalam dada aku dah dupdap dupdap.Dalam sikit masa lagi aku akan jadi isteri Harris.Macam mana aku nak berdepan dengan dia nanti?

         ''Szaza!!!,.Ya Allah,.Mak Long tanya ni,.'' suara Mak Long kedengaran lagi.Aku mendonggak.Ameera,Afiqah dan sepupu-sepupu perempuanku yang ada dalam bilik sudah riuh mentertawakan aku.

          ''Akad nikah dah nak bermula.Orang di luar suruh pengantin perempuan keluar,.'' mendengar saja ayat Mak Long aku dah mengeleng pantas.

         ''Tak maulah Mak Long.Szaza malu! Please Mak Long Szaza tak nak.Szaza takut!,.ni ha tangan Szaza dah sejuk,siap mengigil lagi,.'' aku merengek dan cuba beralasan.Semakin riuh suara-suara nakal yang mempermainkan aku dalam bilik ni.

            ''Jangan nak mengada-ngada.Jom!,.Mak Long temankan,.'' semakin laju jantung aku berdegup.Ya Allah tolong redakan perasaan aku ni.Yang nak pegang tangan Tok Kadi tu nanti Harris bukannya aku.Kenapa pula aku yang terlebih gabra ni.

         ''Alaa,.Mak Long,..'' tanpa menghiraukan rengekkan aku Mak Long tetap memegang tangan aku dan memimpin aku keluar.Aku hanya menundukkan wajah.Nasib baik ruang tamu rumah kami ni sempit jadi tak ramai orang yang menyaksikan upacara akad nikah nanti.

             Aku di dudukkan di belakang Harris.Emak aku datang duduk di sebelah kanan aku.Mak Harris duduk di sebelah kiri aku.Harris sudah bersedia di depan Tok Kadi.Lega aku bila mendengar Harris menjawab setiap soalan yang diajukan padanya dengan lancar.

             Bila selesai ijab dan kabul aku menarik nafas lega.Alhamdullilah,.dengan sekali lafaz aku sah bergelar isteri Harris.Buatnya Harris pun gabra macam aku,tak ke haru.Aku tak dapat bayangkannya.Tak kena gaya sekali dengan aku boleh berpeluh.Nasib baik Harris cool ja.

               ''Szaza!!!,.'' sambil nama aku diseru emak mencuit lengan aku.Aku menoleh memandang emak.Emak jegilkan mata.

          ''Harris nak sarung cincin tu!'' aku pantas menoleh ke hadapan semula.Ruang tamu rumah kami dah riuh dengan gelak tawa.Dalam keadaan gabra aku memang selalu blurr.Perlahan Harris mencapai tanganku.Demi tersentuh saja tanganku dengan tangan Harris aku rasa wajah aku dah semakin berbahang.

           ''Abang dah ada di depan pun nak melamun lagi? Entah dok ingat siapa lagi tu?'' sambil cincin disarungkan ke jariku Harris bersuara.Aku kecilkan mataku demi mendengar suara Harris.Eh!,.sejak bila pula Harris ni jadi abang aku.Aku panggungkan kepala dan memandang wajah Harris.

              ''Bila Harris jadi abang Szaza??'' sebaik soalan aku ajukan pada Harris ruang tamu gamat sekali lagi.Reaksi Harris yang paling aku tak sangka.Boleh pulak dia ketuk kepala aku.Lepas tu dia gosok pulak.

           ''Salam tangan suami tu Szaza!,.'' tanpa menghiraukan telatah kami berdua emak memberi arahan kepadaku.Aku mengapai tangan Harris lalu menyalaminya.

            ''Macam tu ja? Kenapa tak cium tangan suami tu?'' suara emak berbunyi lagi.

         ''Oh!,.kena cium sekali ya mak?'' aku bertanya lurus.Harris di depan aku ni dah bergegar badan tahan gelak.Aku buat tak tahu dengan suara-suara usikan dan gelak tawa yang lain.Aku tetap dengan perangai blurr aku.Tangan Harris aku capai sekali lagi dan ku bawa ke bibirku.Aku panggungkan kepala semula.Harris memegang daguku lalu mendekatkan wajahnya ke wajahku.Aku tergaman.Harris nak buat apa pulak ni? Depan orang ramai lagi.Aku berdialog di dalam hati.Aku sudah mula mengelisah.

            ''Awak nak buat apa pulak ni?'' tindakan spontan aku dengan gelagat Harris.Harris tercenggang di depan aku.Aku dah terasa perit di lengan terkena cubitan emak.Harris yang  tercenggang tiba-tiba berubah riak.Bibirnya terus melebarkan senyuman.

          ''Za boleh rilex tak? Cool la sikit!,.janganlah nak mengelabah sangat.Abang bukannya makan orang pun,.'' dalam senyumnya Harris, keluar juga 'ayat penyata' dia tu.Nampak sangat dia tengah bengang dengan aku.Harris meneruskan agendanya dengan mengucup dahiku.Selepas itu kami menyalami kedua ibu bapa kami.
............................................

           Selesai di ruang tamu jurukamera tak bertauliah Cik Ameera mengarahkan kami masuk ke bilik untuk bergambar.Hiasan dalam bilik semua dipinjamkan oleh sepupu-sepupu aku.Dari cadar hingga ke bunga perhiasan dan permaidani.Inilah untungnya ada ramai saudara mara.Tak payah nak menyewa mahal-mahal.Nak guna sehari ja pun.Dah masing-masing nak buat amal jariah.Biarlah!,.pucuk dicita ulam mendatang.Syukur,.Alhamdullillah.

         Nak bergambar pun kira berjimat juga.Tak perlu guna khidmat juru foto bagai.Hanya guna kamera digital Ameera.Hah!,.selamat RM.Dipihak Harris pun macam tu juga.Abah aku tak letak jumlah wang hantaran yang tinggi.Ikut kemampuan pihak lelaki.Mas kahwin abah tetapkan senaskhah Al-Quran.Yang penting abah cakap Harris kena jaga aku macam mana abah dan emak jaga aku.Kalau aku buat salah tegur aku cara baik.Jangan sesekali naik tangan atau sepak terajang.Sedih aku dengar amanat abah.Begitu sekali abah dan emak sayang aku.

        ''Szaza!!,.kau boleh pose elok-elok sikit tak? Dah macam patung cendana dah aku tengok.Keras macam kayu,.'' Ameera dah membebel.Yang ada dalam bilik sekarang ni cuma aku,Harris,Ameera,Hashimah dan Afiqah.Pintu bilik Ameera tutup.Kononnya nak suruh kami  memberikan pose-pose maut,supaya boleh dikenang seumur hidup.Hampeh!!

         ''Kejap!,.kejap!,.aku confused!. Maksud kau, aku keras macam patung cendana ke macam kayu?'' datang balik perangai blurr aku tu.Ameera dan Afiqah dah tepuk dahi.Harris  dan Hashimah dah pulun gelak.Aku buat selamba ja.

          ''Aku ketuk juga kepala dia ni kang!'' Ameera mendengus marah sambil datang kepada kami.Baju aku diperbetulkan sikit.Harris hanya jadi pemerhati.Aku membiarkan saja.

        ''Okey!,.apa yang penting kerjasama!. Abang Harris tolong sama isteri abang Harris yang tengah blurr tahap tak ingat tu,.'' Ameera terus memberikan arahan.Dia menyuruh Harris memeluk aku dari belakang.Belum sempat aku membantah Harris dah ikut perintah.Terus aku terkaku malu.

       ''Ya Allah Szaza!,.kau boleh tak,jangan tayang muka lempeng basi kau tu? Senyumlah sikit!!'' lantang suara Ameera marahkan aku.Afikah mengekek ketawa.Hashimah tersenyum simpul sambil mengelengkan kepala berulangkali.Mesti dia terlebih bangga tu sebab dapat kakak ipar yang macam aku ni.Hahaha,.

        ''Macam mana la isteri abang ni.Baru peluk sikit muka dah pucat lesi.Malam ni first night jangan ada yang pengsan sudah!,.'' Harris berbisik di telingaku.Dah tau aku ni gabra dengan dia,lagi nak gertak aku? Aku mendongkol dalam hati.Agaknya malam ni aku nak sembunyi kat mana erk? Dalam almari boleh tak??? Otak aku mula merencanakan misi gila.

       ''Aku nak kau tenung mata abang Harris dengan penuh perasaan!'' Ameera menyuruh Harris memeluk pinggang aku secara berdepan pula.Tangan aku pula disuruh memeluk leher Harris dan bertentangan mata.Baru aku nak mula merenung mata Harris,selamba Harris mengenyitkan matanya padaku.Berbahang lagi wajah aku.Kenapalah aku dapat suami yang nakal macam ni? Teruklah aku nanti.

           Dari aksi berdiri kini beralih pula aksi di atas katil.Macam tadi Ameera jadi pengarah dan jurufoto.Afiqah dan Hashimah jadi penonton dan tukang gelak.Harris masih selamba dan cool mengikut arahan.Dia yang banyak membantu aku.Sempat lagi dia bisikkan kata-kata cintanya dikala aku kaku di sisinya.

      ''Tak payah nak malu sangat dengan abang, kerana abang sedang bahagia di sisi Szaza.Abang nak Szaza rilex dan jangan rasa tertekan.Cinta abang tulus dan ikhlas.Hanya itu yang abang punya untuk dipersembahkan pada Szaza.Abang tak mahu kerana abang berada di sebelah Szaza,Szaza kena serangan jantung,.''

                Aku dah tak mampu berkata-kata.Mendengar bisikan Harris yang sebegitu membuatkan hatiku berbunga-bunga.Sekali lagi ku pahatkan ukiran cinta di hatiku buat Mohd Harris suamiku.Bukan sekadar di sudut hati.Rasanya ukiran cinta ini sudah memenuhi relung hatiku.Indah rupanya cinta ini bila sudah di ikat ijab dan kabul.
..........................................

              Rumah kami malam ni masih riuh rendah dengan saudara mara.Rumah kecil kami memang tak muat.Time makan,kami buat layan diri.Hidangkan lauk pauk dan nasi.Siapa yang nak makan pandai-pandailah cari tempat duduk.Bila dah lewat malam masing-masing bawa diri.Ada yang pergi bertamu di rumah abang Zahid.Ada yang menumpang tidur di rumah kak Zaharah.Ikut hati masing-masing ke mana mereka nak tuju.Dalam kampung ni ramai juga adik beradik abah dan mak.

          Harris balik tidur di rumah sendiri kerana sepupu-sepupu perempuanku akan tidur di rumah kami, jadi bilik pengantin dikhaskan untuk mereka.Bukan selalu nak berkumpul jadi Harris kenalah berkorban sikit,lagi pun esok majlis sambut menantu pula.Untuk malam ni ja kami berpisah.Malam esok aku kena tidur di rumah mertua.Hadoi!!,.bila terfikirkan pasal ni hati dan minda aku mula la nak buat pasal lagi.

              ~abang rindu~

        Mesej Harris masuk ke inbox handphoneku.Aku ukirkan senyuman sebelum aku reply mesejnya.

         ~mengada-ngada!!!,.~

            Aku menekan send dan menunggu mesejku berbalas.Keriuhan sepupuku yang lain tak ku hiraukan.Topik yang mereka bualkan,tak lain tak bukan K-Pop.Hah!,.memang geng Afiqahlah ni.

        ~ok,.malam ni bolehlah za nak berlagak dgn abg,.malam esok siap abang kerjakan~

            Mesej Harris masuk lagi ke inbox handphoneku.Aku berkira-kira dalam hati sama ada nak balas atau tidak.Baru tulis 'mengada-ngada' dia siap buat ugutan manja lagi.Nanti,.lagi aku melayan ntah ayat apa pula yang bakal keluar.Akhirnya aku biarkan saja mesej Harris tak berbalas.

        Lima belas minit berlalu,nada dering handphoneku berbunyi.Aku yang sudah merebahkan tubuh di atas toto mencapai handphone yang berada di sebelahku.Tadi bila mesej Harris tak dibalas aku sudah berkira-kira untuk melelapkan mata.Handphone aku bawa bersama.

          ''Za!,.abang ada kat luar ni.Keluar kejap!'' suara Harris kedengaran sebaik handphone aku lekapkan ke telinga.Mataku yang mula nak pejam sudah tercelik luas.

         ''Nak buat apa? Szaza dah tidur pun ni,tunggu nak hanyut dibuai mimpi ja lagi,.'' aku masih bersoal jawab.Dah malas nak bangun.Sempat aku kerling jam yang terletak di atas meja di tepiku.Pukul 11.45 malam.Patut la mata aku dah ngantuk sangat.Dengan keletihan siang tadi yang masih bersisa.Mata nak celik pun dah tak naik.

         ''Kejap ja Za!!!'' Harris dah mula bengang dengan aku barangkali.Tegas bunyi suaranya.Terpaksa juga aku mengalah.Bangun dan mendapatkan Harris di luar rumah.Bila aku keluar Harris bukan berseorangan.Ada Afiq,abang Zahid dan abah sekali.Mereka rancak berbual di atas pangkin di bawah  pokok rambutan.

            ''Nak apa?'' aku tanya dengan wajah masam sebaik aku sampai kepada mereka.Mereka saling berpandangan.Abah mengelengkan kepalanya berkali-kali.Afiq dah terkekeh-kekeh  ketawa.Aku pula yang jadi blurr.

           ''Dah macam tikus terjun tepung!'' kata-kata abang Zahid membuatkan aku mengecilkan mata.Sungguh!,.aku tak faham!

        ''Agaknya,.habis sebalang bedak sejuk mak hang tu.Dah jadi bini orang pun masih tak berubah,.'' mendengar saja abah cakap macam tu baru aku tersengeh.Memang hobi aku suka pakai bedak sejuk sebelum tidur.Nampaknya selepas ni kena ubah hobi baru la.Aku tak membalas cakap abah.Aku terus naik ke atas pangkin dan duduk bersila di sebelah Harris.

        ''Ada apa? Macamlah dah tak ada esok lagi!'' aku tak peduli dengan pandangan Afiq,abah dan abang Zahid.Aku terus menyoal Harris yang masih memandang pelik ke arahku.Apanya tak pelik.Maghrib tadi aku mandi aku basahkan rambut.Rambut aku dah la lebat.Panjang pula melebihi pinggang jadi memang lambat nak kering.Bila mengingatkan Harris dah jadi suami aku dan hanya ada sepupu perempuan dalam rumah,aku keluar tanpa tudung.Dengan bedak sejuk yang 'berlepung' dimuka,dengan rambut panjang yang sengaja aku lepaskan.Dah macam 'pontianak harum sundal malam'.

            ''Err,.abang nak ajak Szaza tidur di sana.Bolehkan abah?'' Harris menjawab soalanku sambil menyoal abah.Aku berubah wajah.Perut aku terus memulas.Aku sabar menanti jawapan abah.

       ''Dah jadi hak hang pun Aris.Hang bawak la pi mana pun.Jangan bawak pi terjun gaung sudah!'' tu dia,.selamba ja abah aku buat ayat.Aku yang dok tak sedap hati.Ayah aku ni orang utara.Dah lama dah kot kami tinggal di sini tapi ayah masih macam ni juga.Loghat Kedah dia cukup pekat.

        ''Kalau abang Eid jadi kau Harris,.takdenyer abang nak ajak 'pontianak' ni tidur sekali,.'' abang Zahid gelak dengan ayatnya sendiri.Afiq pun tumpang gelak sama.Aku tayang wajah selamba.Dah biasa sangat dengar ayat-ayat 'gurauan manja' adik beradik aku.Harris langsung tak beriak wajahnya.Abah angkat punggung.Turun dari pangkin dan masuk ke rumah.

          ''Abang Eid pun nak masuk dulu la.Fiq!!,.kau nak tunggu apa lagi,takkan nak jadi ulat makan daun pulak?'' bila abah beredar abang Zahid pun minta diri di ikuti dengan Afiq.

          ''Abang Harris,. hati-hati!!,.'' sebelum Afiq berlalu sempat Afiq meninggalkan pesan untuk Harris.Aku mencebik.Saja la tu!

     ''Jomlah!,.'' Harris capai tangan aku dan mengajak aku balik ke rumahnya.Aku mengeleng sambil menguap.Mata aku pejam celikkan.Nak bagitau Harris aku ni mengantuk sangat.Dengan muka tak malu aku lentokkan kepala di bahu Harris.Aku pejamkan mata.

           ''Szaza,.abang ajak balik dia tak nak, tapi sempat lagi dia nak goda abang,.'' spontan aku panggung kepala dan memandang wajah Harris.Nak bermanja sikit pun tak boleh.Macam tu pun dah dikira macam mengoda ke? Aku berdialog di dalam hati.

             ''Betul Szaza tak nak ikut abang?'' aku mengeleng pantas.Harris mengeluh tapi dia tak memaksa.Dia bangun dan turun dari pangkin.Aku berbuat perkara yang sama.Harris hulurkan tangan.Aku sambut, salam dan cium tangannya.

        ''Szaza dah tak malu dengan abang? Dah tak gabra lagi??'' soalan Harris membuatkan otakku terus berfungsi mencari jawapannya.Aku sendiri pun tak perasan sejak tadi jantung aku tak dupdap dupdap pun.Stabil saja.Mungkin tadi aku rasa marah sikit dengan Harris jadi perasaan gemuruh pun tak sempat nak dijemput.Haih! macam ni pun boleh ke?

              ''Err,.ntah!,.mungkin sebab Szaza rasa macam nak tumbuk ja abang tadi.Szaza dah tidur pun tadi abang masih nak jumpa lagi.Nasib baik ada abah,.'' aku sengaja berkata begitu sekadar bergurau.Harris dah tarik hidung aku yang tak mancung ni.Bedak sejuk aku disapunya.Sempat pula dia mengambil kesempatan membelai rambut aku.

        ''Abang balik dulu!,.nak tidur di sini pun.Tak ada orang pelawa masuk ,.'' Harris tersengeh.Aku kebam bibir.Aku capai tangannya dan berura-ura untuk mengheretnya masuk ke rumah.Sedap ja dia cakap orang tak pelawa dia masuk.

       ''Abang bergurau ja la,.abang balik dulu.Jumpa lagi esok.Tidur mimpi abang tau!,.'' aku hanya mengangguk.Nak balik dekat tu pun,sempat lagi nak sampaikan amanat.Aku hanya menghantar  Harris dengan pandangan mata.Bila motor Harris sudah hilang dari pandangan mata, aku pun pecut masuk ke rumah.Tiba-tiba naik meremang pula bulu tengkuk berdiri sorang-sorang bawah pokok rambutan ni, walau pun akulah 'pontianak harum sundal malamnya'.Hehe,.
...........................................

              Hari ini kenduri di rumah Harris.Mereka buat kenduri kecil-kecilan saja.Tak ada pelamin.Macam rumah aku juga.Bilik pengantin pun biasa-biasa saja.Mereka menjemput pun dengan berarak dari rumah Harris ke rumah aku.Pergi pun sama hanya berjalan kaki.Tercipta juga rekodnya.Baju pengantin hari ini disponsor oleh Mak Su Harris.Memang murah rezeki kami.Semuanya orang sponsor.Dah orang nak menghulur,kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.

             Malam pertama aku di rumah Harris tiada saudara mara yang bertamu.Masing-masing dah pulang ke rumah.Harris pula anak sulong,Hashimah anak kedua,sebaya dengan Afiq dan Afiqah.Baru tujuh belas tahun.Yang bongsu Hashim baru tingkatan satu.Aku dah biasa sangat dengan Mak Lijah dan Pak Bidin.Mak dan ayah mertua aku ni la.Aku kan kerja di kedai Mak Teh.Mak mertua aku ni anak tunggal.Ayah mertua aku pula cuma lima beradik.Ayah mertua aku yang sulong,Pak Ngah,Pak Lang,Mak Teh dan Mak su.

          ''Szaza!,.dah solat Maghrib?'' aku menoleh ke arah Harris yang baru masuk ke bilik.Mungkin dia baru pulang dari surau.Untuk menjawab soalannya aku hanya mengelengkan kepala sambil menghadiahkan senyuman semanis madu untuknya.

       ''Kenapa? Dah lewat ni?'' aku senyum lagi.Apa taknya,selepas mandi tadi tiba-tiba aku dapat surat m.c dari Allah.Bersorak aku dalam hati.Selamat!!!

       ''M.C,.'' hanya dua huruf yang membuatkan kening Harris berkerut dan dia terus duduk di tepi aku dibirai katil.

         ''M.C? Maksud Szaza,period?'' aku mengangguk.Harris tepuk dahi dan menghempaskan tubuhnya ke katil.Kuat pulak tu dan,..

Prakkkkkkk!!!!,.

          Aku terus terlentang ke belakang.Tilam yang tak berapa nak tebal ni terus berhimpun termasuk aku dan Harris.Terkial-kial aku dan Harris mencuba untuk bangun sebelum 'ketahuan'.

                Nasib kami memang tak berapa nak baik.Dalam kami berusaha keras untuk bangun pintu bilik kami sudah dikuak dari luar.Harris menolong aku untuk bangun dari katil yang  telah runtuh.Empat orang penghuni rumah yang lain sudah mengelakkan kami di muka pintu bilik.

         ''Ya Allah!,.apa yang ganas sangat ni Harris? Baru pukul lapan dah runtuh katil?'' mendengar  mak mertua aku berkata begitu aku dah berbahang wajah.Yang lain masih gelak termasuk Harris.Geram pula aku melihat Harris yang gelak tak ingat dunia.Tak lawaklah!!

       ''Belum sempat pegang lagi pun mak!!,.baru nak test katil.Tau-tau dah prakk daaa,.'' sempat Harris nak berseloroh dalam situasi ni.Dalam rasa malu aku ukirkan juga senyuman.Dalam hati aku berkata-kata ''Harap-harap jangan sampai Ameera dan adik-adik kembar aku tahu,..''
...............................................

              Masuk hari ke tiga pernikahan kami,aku sudah mula bekerja di kedai Mak Teh.Begitu juga dengan Harris.Tak ada maknanya nak cuti lama-lama.Bukannya mampu nak pergi honeymoon pun.Kalau selalunya aku excercise saja tapi hari ini aku pergi bersama Harris.Mak Teh buka kedai pukul 9.00 pagi.Begitu juga dengan CC Jalur Lebar.Sebab itulah aku selalu terserempak dengan Harris setiap kali nak pergi kerja.

          ''Wow!,.loving couple sudah mari.Macam mana semalam? Best? Aku dengar semalam,orang belum solat Isya,. korang katil dah runtuh,.'' terbuntang mataku.Ameera dah mengekek ketawa.Ni mesti kerja Shimah.Dia memang rapat dengan Ameera dan Afiqah.

        ''Kamakamau bomolehmeh dimiamam temetakmak? Amakumu semekehmeh kemekangmang!'' (Kau boleh diam tak? Aku sekeh kang!) sambil bercakap aku terus berjalan ke dapur.Aku senyum pada Mak Teh bila kami berselisih.

             ''Amadama amakumu kemesahmah!,.ceta ar Za!,.'' (Ada aku kesah!) aku berhenti dan mengadap Ameera.Dalam dok buat ayat 'ada aku kesah' dia suruh aku cerita jugak.Entah apa-apalah budak ni.

           ''Hanya dua ayat ja yang mampu aku cakap.'Syok giler' and full stop.Dah!,.aku nak buat kerja.Jangan kacau!!'' aku sengaja mereka-rekakan cerita.Padahal semalam tak jadi apa-apa pun.Bila katil dah runtuh,aku tidur di bilik Shimah.Harris pula tidur di ruang tamu dengan Hashim.Pagi ni dah masing-masing nak datang kerja.Harris kata kalau ada rezeki hujung bulan baru nak beli katil baru.Malam ni tidur ja atas tilam nipis tu dulu.

        ''Fuyooo!!,.syok gilerrr tu!!,.tak sabarlah nak nikah kalau macam ni.Oh,.mama,saya mahu kahwin.Kahwin dengan siapa,.dengan siapa saja!'' Ameera dah mula buat ayat gedik dia.Siap nyanyi-nyanyi lagi.

            Aku malas nak layan Ameera dah.Tanpa disuruh aku buat kerja aku macam biasa.Tolong Mak Teh siang ayam,ikan,sayur,kupas bawang dan cuci sekali.Pinggan mangkuk dan gelas pun kerja aku juga untuk mencucinya.Bila tak ada pelanggan untuk dilayan baru Ameera akan menolong aku sambil kami berbual.

          Waktu pagi macam ni selalunya pelanggan akan makan nasi lemak bungkus yang sudah diletakkan di atas setiap meja dan kuih muih yang diletakkan oleh orang-orang kampung.Pagi-pagi macam ni jarang pelanggan nak order nasi goreng,mee goreng atau sebagainya.Kalau ada pun Mak Teh yang akan masakkan.Aku ambil shift untuk time makan tengahari ja sebab Mak Teh sibuk melayan pelanggan yang nak makan nasi berlauk.Pak Teh pula jaga bahagian kaunter dan tolong kerja-kerja berat.Contohnya pergi beli barang dapur dengan Mak Teh dan angkat barang-barang berat.

        ''Kau agak,hari ni Izzuan datang tak?'' Ameera tanya aku ketika dia datang menolong aku mencuci gelas.Aku pandang wajahnya sambil menjungkitkan kening padanya.

        ''Kenapa tanya? Kau rindu dia ke?'' aku bertanya Ameera kembali.Ameera bulatkan matanya dan pantas tangannya menampar bahu aku.

       ''Aku tanya jer!,.cuba kau bayangkan kalau dia datang hari ni dan mengayat kau macam selalu,.'' mendengar saja kata-kata Ameera tiba-tiba saja aku dapat satu akal.Aku terus lemparkan senyuman.

         ''Kaukan pernah suruh aku test abang Harris.Apa kata kalau hari ni aku test dia? Kau tolong aku,bolehh?'' aku kenyitkan mata pada Ameera.Akhirnya dari wajah serius tadi kini wajah Ameera bertukar ceria.Lebar pulak senyumannya.Kalau bab nak menguji orang ni,aku tau sangat,Ameera ni memang boleh diharap.Terasa ada tanduk pula yang dah tumbuh dikepala kami.Harap-harap Ameera tak keterlaluan sangatlah nanti.Kalau tak, teruk pulak aku nak memujuk cik abang aku tu.
...............................................

           ''Szaza!,.ada orang nak jumpa kau!,.'' Ameera datang memanggil aku di dapur ketika aku sedang membasuh pinggan.Aku menoleh untuk bertanya siapa tapi belum sempat aku bertanya Ameera sudah mengangkat ibu jarinya.

           ''Line clear!,.abang Harris dengan Izzuan duduk semeja.Seperti yang dirancang,Izzuan masuk ja kedai terus tanya kau.Abang Harris tu pulak,muka langsung tak senyum,.kau nak teruskan ke?,.'' dalam terujanya Ameera keluar juga soalan cuak dia tu,sampai aku pun turut was-was sekali.

             ''Terpulanglah pada apa yang Izzuan cakap,.'' aku buat keputusan sambil melangkah ke hadapan kedai.Kami menghampiri meja Harris dan Izzuan.Seperti kata Ameera wajah Harris memang langsung tak ada senyuman walau pun aku ukirkan senyuman kat dia,boleh dia buat derk jer.

         ''Izzuan cari Szaza ke?'' aku terus tanya direct tanpa mempedulikan Izzuan yang tengah sedap menyuap itu.Harris pula seolah langsung tak pedulikan kami tapi aku tahu dia sedang mendengar dengan tekun.Izzuan pula terus meletakkan sudunya dan memandang tepat  ke wajahku.

           ''Yupp!!,.Izzuan nak confess sesuatu kat Zai!,.'' aku pandang Ameera.Dia bagi isyarat 'go on',.aku pula yang serba salah.Harris masih diam.Mak Teh dan Pak Teh sesekali akan memandang ke arah kami.

              ''Izzuan nak jumpa mak dengan ayah Zai boleh?'' aku pandang Ameera lagi.Kemudian aku pandang Harris.Harris turut merenung aku tapi bibirnya tetap dikunci.Aku tarik kerusi di hadapan mereka dan duduk.Ameera pula berlalu untuk melayan pelanggan.

          ''Pergilah rumah!,.ada ja mereka,lebih-lebih lagi mak Szaza tu,.'' aku buat-buat lurus walau pun aku dapat agak apa maksudnya.

               ''Boleh ke?'' Izzuan bertanya balas.Aku mengangguk mengiakan.

             ''Izzuan nak bawa rombongan sekali,pergi merisik Zai.Boleh ke?'' Izzuan tanya dengan penuh teruja sambil senyuman mekar dibibir sedangkan Harris yang sedang meminum air sudah tersedak.Tak sampai hati pulak aku tengok.Aku bangun dari kerusi dan menghampiri Harris.Aku urut perlahan belakang Harris.

        ''Minum sampai tersedak.Siapalah yang sebut agaknya tu?'' aku pura-pura bertanya sambil cuba sembunyi senyum.Izzuan dah memandang pelik ke arah kami berdua.Aku sengaja mengangkat kedua belah tanganku dan menayangkan inai dan cincin kahwin pada Izzuan.

        ''Suami Szaza!,.'' aku malas dah nak teruskan lakonan.Terus aku perkenalkan Harris pada Izzuan.Ameera datang pada kami dan memprotes.

          ''Apa cepat benor ngakunya Za?,.kau memanglahkan,tak tetap pendirian.Buat penat ja aku berpakat dengan Izzuan ni,.'' Ameera buka rahsia sendiri.Hmm,.patut la lancar saja Izzuan buat ayat.Rupanya dah ada pakatan tersembunyi.Sekali dengan aku terkena.Ingatkan betul la Izzuan nak melamar aku tadi.Hampas nyiok betoi Ameera ni!

           ''Apa semua ni Szaza?'' tu dia!!,. peti suara abang Harris aku baru dibuka 'pedal ayamnya'.Tadi kunci hilang kot?

          ''Tak ada apalah abang!,.Ameera ni ha,..minta tolong Szaza,.katanya tolong rekomenkan Izzuan ni untuk dia,.'' aku sengaja mengenakan Ameera balik.Merah wajah Ameera yang putih tu.

            ''Bila aku cakap?'' Ameera menafikannya.Mungkin dia tak sangka aku akan kenakan dia.Aku senyum senget sambil menjawab,.

        ''Kau jangan pura-pura lupa erkk,.masa aku demam hari tukan kau cakap,..''

       ''Kau suka aku ke Meera? Molek sangatlah tu.Tak dapat Zai untuk buat isteri boleh buat kakak ipar sepupu pun kira okey juga,.'' belum sempat aku sambung ayat-ayat aku Izzuan sudah mencelah.Aku dan Ameera saling berpandangan.

           ''Macam pernah ku dengar kata-kata itu!,.eh! kau copy kata-kata Ameera ke? Macam sejiwa la pulokkk!,.''  aku pandang Ameera.Pandang Mak Teh dan Pak Teh.Akhir sekali  aku pandang Izzuan dan Harris.

        ''Dah! dah!!,.Szaza!,.mee bandung satu.Meera,.tu pelanggan baru masuk.Ambil order,.'' serentak aku dan Ameera memandang ke arah Mak Teh seraya tersenyum.Kami meninggalkan Izzuan dan Harris dan menyambung kerja kami semula.Sekali sekala aku akan mengintai Harris.Nampaknya dia dah mula serasi dengan Izzuan.Entah apa mereka bualkan.
..........................................

              ''Za!,.lambat lagi ke?'' aku baru nak rebahkan badan ke tilam, Harris dah mula menyoal.Malam ni malam ke empat kami bergelar suami isteri.Baru dua malam kami tidur bersama.Walau pun tidur atas tilam nipis yang berlapikkan tikar getah.Biarlah!,.bahagia bukan terletak pada atas apa kita tidur.

            ''Apanya yang lambat?'' aku bersoal balas sambil merebahkan tubuh di sebelah Harris.Aku cuba rasa degupan jantung aku.Ada lagi dupdap dupdap tu cuma rentaknya semakin perlahan.

         ''M.C Za tu la! Bila nak habis?'' hah!!!,.apa punya soalan.Orang lelaki memang macam ni ke? Apa kata,alang-alang cik abang aku ni dah bertanya aku testing dia sikit.

      ''Hmm,.lambat lagi! habis lama pun 44 hari 44 malam.Kalau hormon tak berapa nak betul mungkin 100 hari,.'' aku nak tergelak tapi aku tahan.Harris dah terlompat bangun sambil duduk bersila mengadap aku.

         ''Biar betul Za? Tu bukan untuk orang pantang beranak ke?'' aku dah kebam bibir.Nak tergelak sangat-sangat.Akal masih berjalan.

         ''Betul,betul,betul,.memang untuk orang pantang beranak tapi hormon Szaza ni kadang-kadang dia gelong sikit.Kadang-kadang 3-4 bulan tak datang tapi kadang-kadang  5-6 bulan tak mau nak berhenti,.'' aku mula mereka-rekakan cerita,padahal normal ja period aku.Bila aku tengok Harris merebahkan tubuh semula sambil buat muka monyok dia tu aku tak tahan dah.Terus aku capai bantal dan letakkan atas muka aku.Aku dah tak mampu nak tayang wajah selamba.

              ''Szaza!!!,.Za tipu abang ya?'' Harris tarik bantal yang menutup muka aku.Aku dah mengekek ketawa.Harris tarik hidung aku kuat.Aku terjerit kecil.Sedar-sedar aku sudah berada dalam pelukan Harris.Cepat betul dia bertindak.

          ''Nakal rupanya isteri abang ni.Ingatkan pemalu sangat sampai tahap blurr,.dah habis malu dia,.mula la tu,nak tunjuk perangai sebenar,.'' aku tersenyum mendengar Harris berceloteh.Indahnya rasa dunia ni bila berada di sisi orang yang kita cinta.Orang yang kita sayang sepenuh hati.

          ''Abang!''

         ''Hmm,..''

          ''I Lap You!''

        ''Hah?''

      "Szaza cintakan abang! Sayangkan abang!,.In Sya Allah sepenuh hati Szaza hingga hujung nyawa,.'' aku terasa pelukan Harris semakin erat.

          ''Abang pun!!,.Abang tak ada harta untuk diberikan pada Szaza.Abang hanya punya hati dan cinta.Izinkan abang untuk terus mencintai Szaza dengan apa yang abang ada,.''  aku ukirkan senyuman bahagia.Dalam hati sudah nekad.Bila cinta sudah ku ukirkan biarlah ianya terus bertapak kukuh.Walau ada badai yang bakal menghempas namun cinta ini takkan pernah goyah.Moga Allah merestui perhubungan suci ini hingga hembusan nafas kami yang terakhir.

             Lengkap sudah ukiran cinta di sudut hati ini.Biarlah hidup tidak mewah di sisi Harris tapi penuh dengan kasih sayang dan gurauan senda.Andai poket penuh berisi tapi hati tak pernah berseri,.hidup di sisi tapi jarang berkomunikasi,tiada ertinya hidup ini.

           Hidup miskin tanpa hutang piutang itu lebih indah dari hidup mewah yang jiwanya tidak pernah tenteram kerana memikirkan hutang keliling pinggang.Jom tukar pepatah 'Biar papa asal bergaya' dengan pepatah baru 'Biar miskin asalkan hati bahagia' kerana cinta dan kasih sayang itu takkan boleh dijual beli.

 TAMMAT Sudahh!!!,.
P/S; Err,.cerita hanya rekaan semata-mata,.
        Buah ciku, buah cerry,
       Makan berhadap di depan Azmie,
      Maafkan daku,I'm sorry,
      Tersalah silap,please forgive me. :)

KOMEN Plezzz!!!!,.


Suka-suka santai kerana gatai tangan dan minda untuk buat sedikit sambungan untuk cerpen Ukiran Cinta Di Sudut Hati,.teringat zaman mengandung 16 tahun lalu teringin nak makan sukun goreng,.tapi cerita ni sekadar rekaan semata-mata,.jom baca!!

         ''Abang!,.dah banyak hari Szaza dok kecur liur tengok buah sukun yang berlambak atas pokok jiran sebelah rumah tu.Demi Szaza abang tolong la gi minta,sebiji pun cukuplah abang.Szaza teringin sangat ni.Abang tak kesian ke,nanti anak kita keluar,meleleh air liur dia,.'' aku memujuk Harris untuk kesekian kalinya.Pantang betul Harris kalau nak suruh dia pergi minta harta benda orang,kecuali kalau orang tu nak jual dia sanggup beli kalau dia berwang masa tu.Aku pula entah kenapa teringin sangat dengan buah sukun jiran sebelah rumah tu.Kalau nak beli memanglah mereka takkan jual.

          ''Nantilah,.abang keluar pekan sehari atau pasar malam,kalau abang jumpa buah sukun abang beli,.'' aku dah terasa sebak sambil mengusap perut yang kian memboyot.Sedih kot bila Harris masih mempertahankan prinsip dia tu.Aku pandang lagi buah sukun yang berjuntaian tu dengan air mata yang bergenang.

          ''Tak nak!,.Szaza tak nak buah sukun pasar malam! Szaza nak buah sukun yang rumah Tok Tam tu jugak! Abang gi la minta.Plezz,.abang sayang Szazakan?'' aku masih berdegil dengan permintaanku.Mata aku masih terpaku di depan.Reaksi Harris di sebelah langsung takku pandang.Aku terdengar Harris mendengus kasar sambil bangun dan meninggalkan aku.

           ''Abang nak ke mana pulak tu?'' aku bertanya Harris bila melihat Harris sudah mengeluarkan motornya.Harris menoleh sambil melebarkan senyuman.Inilah Harris aku,sedangkan aku yang selalu buat perangai ni pun masih lagi dia nak senyum kat aku.

        ''Nak ke pekan.Mana tau kalau ada orang jual sukun goreng nanti abang beli,.'' aku memasamkan wajah.Memang tak makan dek pujuk rayu betul.Nampak gayanya kenalah aku ikhtiar sendiri ni.

                  Selepas Harris menghilang aku bangun dari buaian yang aku duduk sejak tadi.Dengan perut yang kian membesar ni payah pulak aku nak bangun.Aku memegang kuat pada batang pokok ceri untuk memantulkan tubuhku.Inilah tempat aku setiap petang atas buaian yang di ikat pada pokok ceri.Sejuk bila sekali sekala angin datang menyapa tubuhku.Kadang-kadang aku kutip buah ceri yang sudah masak untuk dimakan.Orang cakap buah ceri boleh menurunkan darah tinggi.Entah betul ke tidak,tak tahu pulak aku.

             Aku melangkah perlahan ke rumah Tok Tam sambil mataku memerhatikan buah sukun di atas pokok.Sudah terbayang sukun goreng panas.Seakan sudah berada di kerongkongku.Aku menelan liur.Begini rupanya penangan orang mengidam.Setiap kali aku teringin nak makan sesuatu,aku hanya menginginkan yang itu saja.Tak boleh ditukar ganti dengan benda lain.

            ''Assalamualaikum,.Tok Tam.Szaza ni,..'' aku memberi salam sambil memanggil Tok Tam Miah.Tok Tam seorang warga emas yang kematian suami dan tiada anak.Di rumah ini dia hanya tinggal seorang diri.Kalau dia tak sihat anak-anak saudara Tok Tam yang akan datang menjaga dia.

         ''Tok Tam!!,.'' aku memanggil lagi,.lebih kuat dari tadi bila panggilan pertama tak bersahut.

      ''Ya,.sekejap!'' aku dengar suara dari dalam.Aku menarik nafas kelegaan.Ada pun Tok Tam.Ingatkan aku akan kempunan dah bila melihat pintu rumah Tok Tam yang tertutup.

             ''Tok Tam.Szaza nak minta buah sukun sebiji,boleh? Teringin la nak makan sukun goreng,.'' tanpa rasa malu dan segan aku terus meminta buah sukun tu sebaik wajah Tok Tam terjengol di muka pintu rumahnya.

              ''Ya Allah,.tak payah nak mintaklah.Ambil aja banyak mana Szaza nak.Tok Tam ni tinggal sorang ja.Bukan nak makan pun.Ambillah,nak goreng ke,buat kerepek,serawa ke,..semua pun boleh.Tok Tam tak marah.Ambil,ambil,..'' Tok Tam pelawa aku dengan suara ceria.Aku tersenyum lebar.Aku donggak ke atas pokok.Ishh,..tinggilah pulok!,.tadi nampak macam rendah ja.Aku cari galah kalau-kalau ada di tepi pokok.Nak tanya Tok Tam pun dia dah masuk ke rumah semula.Segan pulak nak kacau dia.

               Aku tengok kiri kanan tak ada orang,aku buat keputusan untuk panjat ja memandangkan aku pakai seluar panjang.Nampak banyak cabang tu,macam mudah ja.Macam senang ja.Macam best ja.Maka tanpa berfikir panjang,demi sukun goreng,aku pun mula memanjat.Aku cuma nampak buah sukun saja,yang lain tu aku langsung tak ambil peduli.

        ''Szaza!!!,.buat apa atas kat tu? Turun!!,.'' aku baru nak mencapai sebiji sukun yang agak besar dan tua,aku mendengar nama aku dilaung.Pantas aku menunduk ke bawah untuk mencari gerangan siapakah itu tapi sebaik aku melihat ke bawah aku terus rasa ngeri.Tingginya!,.mak!!,.tolong Szaza.Macam mana Szaza nak turun ni? Aku menjerit dalam hati.Aku peluk kuat batang pokok sukun.Gayat sangat.Air mata sudah berjuraian laju.Aku takut aku jatuh pokok dan kehilangan anak aku yang sudah berusia tujuh bulan.

            ''Abang!!,.tolong,. Szaza takut.Tinggi!!,.'' aku melaung Harris yang berada di bawah pokok.Akibat suara kami yang kuat melaung sesama kami  semua orang sudah berkumpul di bawah pokok.Cepat betul berita tersebar.Ada satelit kampung agaknya? Hadoi!!,.aku mula dilanda perasaan malu plus takut dan gayat.

          ''Ya Allah!,.hang dah buang tebiat ka Szaza? Dengan perut boyot tu pun hang teringin lagi nak 'rabat' pokok tu.Anak jantan kot dalam perut hang tu?'' itu suara abah.Aku langsung tak berani nak buka mata.Aku pejam mata sambil peluk batang pokok.Ada suara-suara sumbang yang sudah ketawa terbahak-bahak di bawah sana.Hampa nak gelak,gelaklah puas-puas.Aku mula merungut di dalam hati.

            ''Anak bertuah ni.Fikirlah sama anak dalam perut tu.Bukannya pandai naik pokok pun tu.Dok tak dok yang gatal nak  panjat pokok tu pasal apa?'' mak aku dah membebel kat bawah.Semakin laju air mata aku mengalir.

               ''Szaza!,.'' aku buka mata.Harris sudah ada di atas pokok bersama aku.Seperti aku,dia sedang memeluk kuat batang pokok.Wajah Harris pucat habis.Aku pulak yang menjadi cuak.Harris cuba bantu aku untuk turun dari pokok.Tangan Harris sejuk dan aku perasan badan Harris juga sedang menggigil.Tiba-tiba aku terasa lucu melihat keadaan Harris.Nampaknya aku yang terpaksa bertindak sebagai penyelamat pulak.

        ''Abang okey ke tak ni?'' aku tanya Harris sambil kakiku mula mencari dahan untukku pijak.Harris tak bersuara.Aku pegang tangan Harris kuat sambil berdoa dalam hati moga kami selamat turun.Sambil berusaha untuk turun bawah aku perhatikan wajah Harris.Perasaan takut terus ghaib bila melihat wajah Harris saat ini.Keadaan sudah jadi sebaliknya.Hero yang nak selamatkan aku terpaksa diselamatkan pula oleh heroin.Selepas ni tobat aku tak buat lagi kerja gila macam ni.Kesian pula tengok Harris.Tangan sejuk tapi dahinya berpeluh-peluh.

             ''Awatlah hang ni Szaza? Kalau ya pun lapaq sangat nak makan buah sukun,habaq la.Abang Zahid hang pun boleh tolong ambik.Tu,.apit pun ada.Dah nak jadi mak orang pun perangai tak semenggah lagi ni,.'' kali pertama aku dengar abah membebel.Aku hanya tersengeh.Harris sudah tersandar di batang pokok sukun.Aku hanya memerhatikan Harris sambil tersenyum.Rupanya Harris juga takut tinggi.Kantoi sudah! Kalau aku tak panjat pokok hari ini tentu aku tak tahu kelemahan Harris ini.Walau apa pun aku bangga sebab dapat suami macam Harris.Dalam takutnya Harris,dia tetap panjat pokok untuk selamatkan aku.Aku sayang kau Harris! Sayang yang teramat sangat.
                                         ***********************