AISHAH sibuk mengemop lantai di ruang tamu
rumah agam Dato Rozaidi. Sudah seminggu dia bekerja sebagai pembantu rumah Dato
Rozaidi dan Datin Rosma ini. Bukan tak ada kerja lain yang nak dipohon. Kebetulan
Aishah sedang menyiapkan novel terbarunya yang mengisahkan seorang gadis
pembantu rumah. Jadi, demi novel tersebut, Aishah sanggup berkorban untuk
bekerja sebagai pembantu rumah sementara.
Bukan senang nak menulis novel ni tanpa
pengalaman dan pengetahuan. Aishah ingin menghidupkan watak dan jalan ceritanya
agar pembaca-pembaca tak bosan dengan gaya penulisannya.
"Ecah, nanti lepas mop lantai
ni, Ecah jangan lupa cuci toilet pula. Saya nak keluar. Awak jangan berani nak
curi tulang. Bila saya pulang nanti, saya nak semua kerja dah settle. Faham?"
Datin Rosma memberi arahan.
Aishah tersentak seketika. Dipandang wajah
Datin Rosma yang anggun bergaya. Gaya seorang isteri orang korporat. Aishah tak
hairan, kerana Aishah sendiri dilahirkan dari golongan orang berada. Walidnya
Tan Sri Zainal Abidin, manakala ibunya Puan Sri Khadijah Husna. Memang agak
pelik sikit bila anak orang berada seperti Aishah sanggup jadi pembantu rumah. Memang
tak logik dan tak masuk dek akal tapi, Aishah dah pecahkan rekodnya demi minat
yang mendalam dalam bidang penulisan dan demi kepuasan pembaca-pembacanya.
"Baiklah datin." perlahan Aishah
bersuara. Datin Rosma terus mengayun langkah menuju ke muka pintu, manakala
Aishah meneruskan kerjanya. Selesai di ruang tamu. Aishah menuju ke ruangan
dapur. Clear!
Dapur sudah bersih. Hanya tinggal bilik
air saja lagi yang belum disental. Kerja ini yang paling Aishah alegik sekali. Tapi,
apa nak buat. Mahu atau tak, terpaksa juga Aishah lakukan. Wajib!
"Woi, perempuan! Kau buat
apa tu? Keluar! Aku nak masuk!" Aishah toleh ke belakang. Terpandang wajah
anak sulung Datin Rosma. Zul Fazli sedang merenungnya tajam.
"Tapi Encik Zul, di bilik Encik
Zul kan ada bilik air juga. Kenapa tak masuk bilik air dalam bilik Encik Zul
aje? Lagipun saya belum habis lagi
mencuci." Aishah memprotes. Dia baru saja mula mencuci. Dalam rumah agam
ini ada banyak bilik air, kenapa bilik air ini juga yang nak dimasuknya?
"Dahh, kau jangan banyak songeh
pula. Aku cakap keluar. Keluar saja la. Kau tak faham bahasa ke? Kau nak aku
cakap bahasa apa? Mandarin? Tamil? Sepanyol?" memerah wajah Aishah menahan amarah. Anak majikannya ini
memang tak tahu adap sopan. Semua pembantu rumah dianggap tak punya perasaan.
Aishah tak peduli. Dia tetap tak akan keluar selagi kerja mencucinya tak
selesai.
"Encik Zul, dalam rumah sebesar ni, setahu
saya setiap bilik ada bilik air. Jadi, lebih baik Encik Zul pergi saja bilik
air lain. Saya takkan keluar selagi kerja saya tak selesai." Aishah
meneruskan kerja mencucinya dangan selamba. Berlagak tahap gaban. Ingat besar
sangat jadi anak Dato?
"I said, get out!" Zul
Fazli bersuara lantang. Aishah tenung wajah Zul Fadzli. Wah, dia nak speaking
dengan aku?
"Saya tak fahamlah, Encik cakap
apa? Maaflah Encik Zul, dulu saya sekolah tak tinggi. Tak sempat nak habis
sekolah, cikgu dah meninggal. Cakap-cakap omputih ni, saya tak faham la."
selamba Aishah menuturkannya. Aku ni penulis, tapi kalau setakat nak berlakon
ni, tak ada hal la. Aishah senyum dalam hati.
"Hey perempuan ni, menjawab pula. Aku
suruh kau keluar la bongok! Bahlul!"
Aishah tersenyum. Dia sedang berfikir. Agak-agak, dialog Encik Zul ni
boleh tak digunakan dalam novel aku nanti?
"Aku marah kau, boleh lagi kau
senyum macam kerang busuk tu? Kau ni manusia ke hapa hah?" Zul Fadzli
sudah bengang. Tujuannya nak menyakitkan hati pembantu rumah baru tu tak
menjadi. Boleh lagi minah ni senyum.
"Apa Encik Zul?" Aishah
sengaja mahu memarakkan lagi hati anak majikannya itu. Tiba-tiba dia mendapat
ilham untuk berlawan kata. Untung-untung boleh dijadikan modal dalam novelnya
nanti.
"Kau ni pekak ke hapa?" Aishah
senyum lagi.
"Dah sah la perempuan ni dah
biul. Samdol!" Temperature Zul Fadzli dah naik. Mukanya dah merah
berbahang. Niat nak menyakitkan hati Aishah, tapi alih-alih hatinya yang sedang
mendidih.
"Terima kasih Encik Zul."
Aishah mengukirkan senyumannya yang paling manis. Terserlah lesung pipit di kedua
belah pipinya. Sengaja menduga hati anak majikanya yang sudah mula berbahang.
Aishah tahu dari wajah Zul Fazli yang nampak tegang.
"Terima kasih untuk apa?" Zul Fazli
jadi pelik. Aku marah dia boleh lagi dia ucap terima kasih.
"Atas pujian Encik Zul tadi." Aishah jawab selamba.
"Bila masa pula aku puji
kau?"Zul Fazli dah mula mengaru kepalanya yang tak gatal.
"Tadi, bukan En Zul puji saya ke?"
Lakonan yang mantap.
"Ahh...sudahlah! Buang masa aku saja,
layan kau yang tak betul ni." Zul Fazli terus berlalu pergi. Dalam diam Aishah
bersorak menang. Padam muka, anak bos sombong! Kerja yang tergendala tadi
diteruskan. Aishah tahu, bukan senang nak jadi pembantu rumah, tapi dia nekad
takkan mengaku kalah.
********************
ZUL FAZLI termenung di atas sofa di
biliknya. Sejak kali pertama terpandang pembantu rumah baru tu, hatinya sudah
bergetar semacam. Selalu saja dia cuba mencari kesalahan pembantu rumah yang
bernama Ecah tu, tapi setiap kali dia juga yang kalah. Ecah nampak sangat naif
dimatanya, tapi orangnya boleh tahan juga degilnya. Ecah ni payah nak tersenyum,
tapi sekali tersenyum, senyumannya begitu amat memukau dan mempesonakan.
Setiap kali nak berbual dengan
Ecah, Zul Fazli akan berbuat apa saja termasuk menaikkan kemarahan Ecah, tapi
yang peliknya Ecah ni tak pernah nak marah. Mungkin statusnya sebagai pembantu
rumah yang menjadikan dia begitu. Sedang Zul Fazli asyik termenung tu telefon
bimbitnya berbunyi.
"Hello, apa kau nak?" kasar Zul
Fazli menjawab.
"Sorry, aku tak ada mod nak
keluar hari ini." masih lagi kasar nada suaranya.Sesungguhnya Zul Fazli
masih memikirkan kejadian di bilik air bersama Ecah tadi. Panggilan itu
benar-benar menggangu kosentarasinya merangka rancangan untuk menghampiri Ecah.
Biarpun Ecah hanya seorang pembantu rumah, tapi Ecah tetap istimewa di matanya.
Telefon bimbit diletakkan semula. Zul Fazli
langsung tak ada hati untuk melayan sesiapa pun hari ini. Tiba-tiba perutnya
berbunyi. Baru dia teringat dia belum lagi bersarapan pagi. Langkah terus
diayun. Perut yang kosong harus diisi segera.
Sampai di ruangan dapur, Zul Fazli
bertembung dengan Mak Temah dan Ecah yang sedang menjamu selera. Dua orang
pembantu rumah yang berlainan usia. Mak Temah sudah lama bekerja di sini, tapi
kerja Mak Temah hanya sebagai tukang masak. Sebelum ini ada pekerja dari
seberang yang bekerja sebagai tukang cuci, tapi khidmatnya terpaksa dihentikan
kerana permit kerjanya sudah tamat tempoh. Ecah pula yang jadi penganti sejak
seminggu yang lalu.
"Zul nak makan ke?" Mak Temah
bertanya pada anak majikannya itu.
"Ya Mak Temah, Mak Temah masak apa
pagi ni?" Ramah Zul Fazli bertanya. Aishah memandang sekilas. Kadang
-kadang Aishah hairan, dengan Mak Temah elok saja layanan anak majikannya, tapi
dengan aku ni macam nak dibuat musuh pula.
"Mak Temah dah hidang dah kat
meja tengah. Zul makan kat sana ya." Mak Temah menjawab mesra, tapi Zul
Fazli tarik kerusi yang bertentangan dengan Aishah dan terus duduk.
"Saya makan kat sini sajalah Mak
Temah." Aishah dah mula rasa tak selesa. Letih badannya selepas
menyelesaikan semua kerja tadi membuatkan perutnya teramat lapar, tapi baru
saja nak menghadap hidangan, anak majikannya yang sorang ni pula dah tercongok
kat depan ni. Aishah cuba buat selamba menyuap makanan ke mulutnya tanpa
menghiraukan anak majikanya itu.
"Err..mana boleh macam tu Zul."
MakTemah gugup. Selalunya ruangan dapur ni hanya untuk pembantu rumah. Tak
pernah-pernah anak majikannya ini nak makan bersama mereka.
"Apasal tak boleh pula?"
Mendengar soalan Zul Fazli, Aishah dah mula mendengus keras. Apa hal pula
dengan mamat sorang ni. Tadi nak berebut bilik air. Takkan meja makan pun nak
direbutnya juga?
"Encik Zul, kalau Encik Zul
tak suka saya kerja di sini bagitau sajalah. Sekarang juga saya berhenti. Yang
Encik Zul berkeras juga nak makan kat sini kenapa? Kan Mak Temah dah cakap
sarapan Encik Zul dah Mak Temah hidangkan kat meja tengah. Meja ni hanya untuk
pembantu rumah macam kami saja." Aishah dah mula naik berang, namun
ditahankan juga perasaannya itu.
"Ehh, kau sibuk kenapa? Ini rumah aku.
Aku punya suka la di mana aku nak makan pun." Zul Fazli gembira bila Ecah
bersuara. Itulah yang ditunggu-tunggunya. Mendengar suara Ecah.
"Ikut suka hati Encik Zul la.."
Aishah bangun dan ingin beredar.
"Kau nak ke mana pula tu?
Duduk, temankan aku makan." Arahan sudah dikeluarkan, namun Aishah tetap
berlalu pergi. Ingat aku kisah sangat. Tak kuasa aku nak temankan kau makan.
Kirim salam!
"Woi perempuan! Kau ni memang
pekakkan?" Aishah berpaling. Terlintas
fikiran nakal di mindanya.
"Hah? Apa Encik Zul? Kakak? Bukan
Encik Zul anak sulung Datin dengan Dato ke? Mana pula datang kakak tu?"
sengaja ditekankan perkataan kakak tu.
"Kau! Dah la. Whatever..."
Zul Fazli dah hilang punca. Takkan minah ni betul-betul pekak kot?'' Harapkan
muka ja lawa. Huh!
Aishah terus berpaling. Takut
tawanya tercetus. Kang terkantoi pula dengan anak majikannya ini. Biarlah dia
dianggap sebagai pembantu rumah yang bodoh dan tak tahu apa-apa. Biarlah dia
buat selamba setiap kali berhadapan dengan anak majikannya yang sombong ini. Namun,
yang penting baginya, novelnya kali ini harus terbaik. Itulah harapannya.
Sejak dia bekerja di sini, hanya
anak majikannya yang sulung ni saja yang banyak songgeh sikit. Dato Rozaidi tak
ada masalah. Datin Rosma pula ikut mod. Kadang -kadang okey saja. Kadang-kadang
tension juga dengan arahan mandatorinya itu. Almaklumlah, kalau di rumah
sendiri mana pernah Aishah buat semua kerja ni. Cuma kadang-kadang saja Aishah
turun ke dapur menolong ibu dan bibik memasak. Kerja-kerja rumah yang lain
bibik yang lakukan. Aishah hanya mengadap laptop. Menulis dan berinternet. Aishah
ada butik perkahwinan yang walid dan ibu hadiahkan, tapi diuruskan oleh
pembantunya.
Sebulan berlalu. Novelnya hampir siap. Siang
bekerja, malam Aishah curi-curi menulis. Bila ideanya tak muncul, sekali sekala
Aishah akan melangut depan skrin laptop dan layan alam maya. Apalagi kerja dia,
mengadap Facebook saja la. Di rumah ni, kerja dia taklah berat sangat, sebab
adanya Mak Temah. Penghuni rumah pun tak ramai sangat. Dah tu jarang pula ada
di rumah. Cuma Zul Fazli saja yang jarang keluar.
Balik kerja selalunya anak majikannya ini
memerap saja di rumah. Kadang-kadang Aishah pun hairan, selalunya anak-anak
muda macam anak majikannya itu tak suka sangat melepak di rumah. Pernah juga
dia risik-risik dari Mak Temah. Kononnyalah, sebelum ni anak majikannya ni
selalu juga menghilang. Lebih-lebih lagi kalau hari minggu. Anak Dato dan Datin
yang lain pula, yang sorang belajar di luar negeri. Yang bongsu pula tinggal di
asrama penuh. Sekali sekala saja balik ke rumah.
**********************
PETANG tu Aishah menyiram pokok bunga di
laman. Sambil tu dia menyanyi-nyanyi kecil. Teringat ketika di rumah sendiri,
selalu juga dia menolong ibunya menghias langskap di laman rumah mereka yang
dipenuhi pokok-pokok bunga berwarna -warni. Ibunya memang rajin menghabiskan
masa dengan berkebun, dan Aishah berkongsi hobi yang sama dengan ibunya.
"Pohon beringin tegaknya rendang..."
lagu filem bawang putih dan bawang merah pula yang dinyanyikannya. Leka benar
dia hingga tak sedar ada sepasang mata yang asyik memerhatikannya sejak tadi.
"Berangan nak kahwin dengan anak raja la
tu?" perlahan suara itu menyapa di pendengarannya. Terhenti Aishah
seketika. Kaget, terus dia berpaling.
"Opocot!" terkejut bukan kepalang. Aishah
mengelak pantas. Nyaris wajahnya bertemu wajah dengan Zul Fazli. Terlalu hampir
sangat. Merah mukanya tiba-tiba. Hantu punya Zul Fazli!
"Encik Zul ni kenapa? Dah buang
tebiat ke apa?" kali pertama Aishah bersuara lantang. Bengang dengan
tindakan Zul Fazli seketika tadi, tapi kemarahannya itu hanya disambut dengan
gelak tawa Zul Fazli. Suka la tu?
"Sedap suara awak." Aishah terkesima. Rasa macam bermimpi. Dia
puji aku ke? Selalunya garang saja suara dia. Boleh pula cakap sopan macam tu.
"Kenapa awak diam? Nyanyilah lagi, saya
nak dengar." Zul Fazli mencuba nasib. Sudah jemu dia bertelagah dengan
gadis ini. Hari ini dia menukar taktik baru. Mana tahu taktik kali ni untuk
berbual lama dengan Ecah menjadi.
"Encik Zul ni mimpi apa semalam? Mimpi
dapat durian runtuh kot?" Aishah mengambil kesempatan itu untuk berbual
dengan Zul Fazli. Selama sebulan di sini, hanya wajah garang yang di hadapnya,
tapi hari ini angin anak majikannya ini dah berubah arah agaknya.
"Yupp, saya mimpi bagus punya
semalam. Mimpi kawin dengan puteri kayangan. Cantik, macam awak." Aishah
pandang Zul Fazli. Tak percaya. Nada percakapan Zul Fazli berubah terus. Mesra
sangat.
"Kalau Puteri Kayangan tu macam saya. Maknanya,
mimpi Encik Zul tu takkan jadi kenyataan, kerana saya tak pernah naik pun atas
kayangan tu." Zul Fazli tergelak senang.
"Ada saja awak nak menjawabkan?"
Aishah senyum. Bukan Aishah namanya kalau tak pandai menjawab.
"Ecah..." Zul Fazli
memanggil. Aishah berpaling. Hairan, kali pertama Zul Fazli memanggil namanya.
"Ada apa Encik Zul?" Aishah cuba
melawan pandangan dengan Zul Fazli. Redup pandangan itu. Sukar untuk
dimergertikan.
"Err..nothing." gugup Zul Fazli.
"What? Oppss..." Aishah
segera menutup mulutnya dengan telapak tangan. Kantoi!
"Awak cakap apa tadi?" Zul Fazli
bertanya balas. Minah ni pandai speaking juga ke atau aku yang silap dengar?
Zul Fazli berbicara di dalam hati.
"Tak ada apa la Encik Zul. Saya masuk
dalam dulu la. Nak tolong Mak Temah masak untuk makan malam." Sepantas
kilat Aishah cuba mengelak. Lebih baik dia segera beredar. Nanti entah apa-apa
lagi yang bakal keluar. Tentu penyamarannya bakal tertangkap.
Zul Fazli membiarkan Aishah berlalu pergi. Dipandangnya
Aishah hingga hilang di balik pintu. Harapannya berbunga ceria. Ecah...
******************
Aishah terus masuk ke bilik. Alasannya
untuk membantu Mak Temah memasak tu hanyalah rekaan. Hakikatnya lauk tengahari
tadi masih banyak berbaki, dan kebetulan Dato Rozaidi dan Datin Rosma takkan
pulang malam ini. Cukup makanan yang ada untuk mereka bertiga.
Laptop dicapai dan Aishah mula menghidupkan
laptopnya. Dia berazam untuk segera selesaikan penulisannya. Selepas ini dia
boleh berhenti kerja dan kembali pada kehidupan asalnya. Rindunya pada ibu dan
walid, along, angah dan alang sudah tidak tertanggung rasanya. Sebulan di sini,
dia sengaja menyepikan diri untuk menghidupkan watak si gadis pembantu rumah
yang dah jadi sebatang kara. Entah apa pengakhiran novelnya, masih dalam
perancangan. Tapi yang penting penghujungnya mesti happy ending. Aishah tak
suka pada cerita tergantung. Mungkin pembaca di luar sana pun begitu?
Aishah mula menyambung menulis
novelnya. Penuh penghayatan. Imaginasinya terus berkerja, ideanya datang
mencurah-curah. Menaip dan terus menaip hingga dia terleka hari sudah hampir
senja.
Usai solat maghrib, Aishah
menyambung kembali. Entah kenapa dia benar-benar teruja untuk terus menulis.
*******************
"ECAH, jom kita keluar." suatu hari
tu tiba-tiba Zul Fazli menghampiri Aishah. Bosan juga kalau hari-hari memerap
saja di rumah, lagi pun dia kesian pada Ecah. Sebulan lebih bekerja di rumahnya,
Ecah tak pernah keluar ke mana-mana.
"Nak ke mana Encik Zul? Saya
banyak kerjalah." Memang, sejak akhir-akhir ni Zul Fazli melayan Aishah
dengan baik. Aishah pula senang dengan layanan itu. Novelnya pula dah pasti
meletop kerana pengakhirannya gadis orang gaji tu akan berkahwin dengan anak
majikannya. Sebijik dengan kisah yang dilaluinya. Bermusuh, berkawan dan
bercinta. Biarpun dia dengan Zul Fazli belum masuk zon bercinta. Imaginasi
seorang penulis dengan cerita rekaannya. Mesti gempak!
"Kerja ni Ecah, takkan pernah selesai.
Jomlah..saya bawa awak ronda-ronda KL.." Zul Fazli masih mencuba, mana
tahu, cubaannya kali ini berhasil.
"Encik Zul tak malu ke? Nak berjalan
dengan perempuan selekeh macam saya ni?" Aishah sengaja menguji.
"Nak malu apa? Ecah bukannya tak pakai
baju."Zul Fazli ketawa diakhir ayatnya. Mencerlung mata Aishah.
"Hiessy..Encik Zul ni..." Aishah buat muka. Bengang dengan anak
majikannya yang sorang ni.
"Pergilah siap." Aishah pandang Zul Fazli. Paksa nampak?
Aishah berfikir seketika. Kerjanya dah hampir
siap sebenarnya. Kebetulan, dia pun dah lama tak keluar cuci mata, tapi dalam
masa yang sama dia juga risau bakal bertembung dengan orang-orang yang dia
kenal. Tak nahas ke, pecah lobang pula nanti.
"Ecah, jom la. Sekali ni saja."
Zul Fazli masih tak putus asa.
"Encik Zul nak ajak saya keluar dating
erkk?" Aishah angkat kening sambil tersenyum nakal pada Zul Fazli. Pecah
tawa Zul Fazli.
"Kalau ya, kenapa?"
Aishah tayang wajah terkejut. Dia sekadar nak bergurau saja tadi.
"Hah? Kalau macam tu, tak
maulah." Aksi jual mahal.
"Ecah tak sudi? Tak apalah kalau tak
sudi. Saya nak merajuklah, kalau macam ni.." Aishah lepaskan tawa.
"Hodoh kalau orang lelaki merajuk. Tak
sesuai.." sebaik menuturkannya Aishah mengayun langkahnya ingin berlalu.
"Ecah nak ke mana tu?" Zul Fazli
cemas. Taktik tak mengena ke?
"Tunggu kejap. Ecah nak bersiap."
Zul Fazli tarik nafas lega.
************************
TEMPAT pertama mereka tuju adalah
KLCC. Ramai betul orang di hari minggu macam ni. Pada mulanya Zul Fazli
menyangka Ecah mesti teruja macam rusa masuk kampung, tapi telahannya ternyata
meleset. Ecah selamba saja. Macam sudah biasa benar dengan tempat ini.
"Ecah dah pernah ke sini ke?"
persoalannya harus dijawab.
"Err..pernah juga la. Ikut rombongan
sekolah.’’ Aishah gugup. Kelentong sajalah.
"Bila tu?" Zul Fazli masih tak puas
hati. Aishah dah jadi serba salah sangat. Banyak soal pula Encik Zul ni. Alang-alang
dah menipu. Teruskan saja. Fikir Aishah.
"Dah lama dah. Dulu, masa
sekolah rendah lagi." bedal sajalah. Aishah senyum sumbing, tapi wajahnya
tak berani memandang Zul Fazli, takut pembohongannya dapat dikesan.
"Hmm, lama juga tu. Sekarang umur Ecah
berapa?" Zul Fazli ni pula dah kenapa? Tiba-tiba nak jadi penyiasat
persendirianlah pula. Asyik menyoal saja.
"Biarlah rahsia..."
selamba tapi bermakna. Banyak songeh pula mamat ni.
"Hmm..rahsialah pulak." Zul Fazli tak kisah sangat. Dia pun tak mahu
nak memaksa. Mereka terus berjalan beriringan. Aishah yang selamba berpakaian
baju kurung kain kapas ala-ala gadis kampung, sementara Zul Fazli segak bergaya
dengan baju berjenama. Memang nampak janggal sangat. Ramai pengunjung yang
memandang hairan pada mereka, tapi mereka tetap buat selamba. Biarkan..
"Noor Aishah Zafirah!" nun
di depan sana berdiri sorang gadis jelita yang anggun bergaya. Aishah kaget
tapi gembira.
"Ya Allah, lamanya aku tak jumpa
kau. How are you?" mereka berpelukan. Zul Fazli mula tercengang.
"Ya la kan? Dah lama kita tak jumpa. What
are doing here? Bukan kau sepatutnya ada di Brunei ke sekarang?'' Dari berbalas
pelukan mereka berbalas soalan pula.
"Kenapa? Kalau aku dah tinggal di Brunei
tu, aku dah tak boleh balik Malaysia lagi ke? Hey cik Aishah, Malaysia ni
tempat tumpah darah aku juga tau, bukan kau sorang saja." Aishah lepaskan tawanya. Masih sensitif
seperti dulu juga Shazwina ni. Tak berubah.
"Ecah, siapa ni?" Zul Fazli
menghampiri dua wanita di hadapannya. Ecah yang dia kenal berubah watak
tiba-tiba.
"Err..Encik Zul. Ini kawan baik
saya, Shazwina." Aishah mula mengelabah. Habislah aku. Masak la lepas ni.
Bila jumpa dengan Shazwina, memang Aishah akan lupa diri. Inilah kawan baiknya
sejak sekolah lagi, hinggalah mereka sama-sama menuntut di UIA.
"Who’s that? Your boyfriend
erk? Diam-diam ubi kau ni kan? '' Soalan Shazwina membuat wajah Aishah berubah.
"Hiesy, kau ni. Dia bos aku
la. Anak majikan aku." Aishah menjawab persoalan temannya itu. Malu juga
bila Zul Fazli dikatakan sebagai teman lelakinya.
"Hah? Bos? Anak majikan? Hey, sejak
bila ni? Bukan kau dah buka butik pengantin ke? Dulu bukan kau pernah cakap
ke..." Aishah segera menekup mulut teman baiknya itu. Terima Kasih
Shazwina. Kau dah bocorkan rahsia aku.
*******************
ZUL FAZLI rasa tertipu. Pembantu rumah yang disangka
naif, yang dibuli dan disangka tak tahu apa-apa tu, ternyata bukan seperti apa
yang diduga. Benarlah kata pepatah Don't judge a book by it cover. Bijak benar
Ecah berlakon, hingga lakonannya benar-benar berjaya mengaburi mata mereka
sekeluarga. Ingat lagi dia pertemuan demi pertemuan Ecah dengan orang-orang
yang mengenalinya di KLCC tadi. Bermula dengan Shazwina, diikuti dengan kawan
sepejabatnya Taufik Hidayat yang mengakui sebagai abang kandung Ecah. Ecah pula
selamba saja membahasakan dirinya sebagai Ucu dan memanggil Angah pada Taufik
Hidayat. Zul Fazli meraup mukanya. Terbayang lagi kejadian tadi yang masih
segar di ingatannya.
"Siapa awak sebenarnya?"
kekeliruan Zul Fazli semakin ketara. Sementara Aishah dalam dilema.
"Ehh, kau tulis novel baru
erk? Apa pula watak kau pegang kali ni? Kau ni kan, masih tak berubah. Aku tak
pernah jumpa tau, penulis yang gila macam kau ni." Shazwina bersuara. Melihat
penampilan Aishah dan mendengar pertanyaan Zul Fazli, Shazwina sudah dapat
mengagak.
"Hiesy, mulut tak ada insuran
ke? Sedap saja mengata aku. Aku cili kang baru tahu." Shazwina mengekek
ketawa. Zul Fazli ingin bertanya lagi, tapi belum sempat membuka mulut ada lagi
suara yang menegur.
"Ucu! Ya Allah Ucu, ke mana
menghilang? Suka sangat cari pasal. Ibu di rumah punyalah risau." seorang
lelaki siap berkot dan bertali leher menghampiri mereka. Aishah segera
menghampiri lelaki tersebut. Bersalaman dan mencium tangan lelaki tersebut. Zul
Fazli semakin bingung. Bukan dia tak kenal lelaki itu. Kenal sangat-sangat.
"Angah, maaf la Angah. Bukan Ucu
sengaja pun. Lagi pun sebelum pergi Ucu dah bagitau ibu. Tapi tulah ibu tu,
risau tak bertempat." Taufik Hidayat merangkul bahu adik kesayangannya
itu. Dia mengelengkan kepalanya. Dia pandang Zul Fazli.
"Zul, inilah adik bongsu aku
yang paling degil dalam dunia.." Aishah menundukkan wajah. Ketika ini
ingin saja dia ghaib dari tempat ini. Shazwina pula galak ketawa. Faham benar
dia dengan situasi kawan baiknya itu. Bila melihat keadaan kawan baiknya yang
dalam keadaan serba salah itu, maksudnya lobang dah pecah.
*********************
TERGAMAK kau Ecah, rupa-rupanya kau bukan
sebarangan gadis. Kau anak bongsu pada Tan Sri Zainal Abidin. Bos aku sendiri,
merangkap adik kawan baik aku. Aku benar-benar tak menyangka sama sekali.
Terlakar kekusutan diwajah Zul Fazli. Malu
dan geram bersatu dalam hati. Ecah, kau dah buat hati aku sakit yang teramat. Kau
memang pelakon yang terbaik. Aku pasti, kalau kau jadi artis, mesti kau akan dapat
anugerah untuk pelakon wanita terbaik.
Arghh..Zul Fazli meraup mukanya untuk ke
sekian kalinya. Kusut fikirannya memikirkan gadis yang sudah mula bertahta di hatinya.
Selepas kejadian di KLCC tadi, mereka berpisah haluan. Entah dengan siapa Ecah
pulang. Akibat rasa kecewa yang terlalu dalam, Ecah ditinggalkan. Pandailah dia
bawa haluan sendiri. Manakala Zul Fazli pula pergi menenangkan dirinya di Taman
Rekreasi.
Bila
pulang tadi dia ingin berjumpa dengan Ecah untuk mendengar penjelasannya, tapi
apa yang disampaikan Mak Temah begitu menghancur luluhkan hatinya.
"Ecah dah berhenti kerja. Lepas dia
pulang tadi, terus dia kemas barang-barang dan pergi macam tu saja. Mak Temah
tanya juga tadi, tapi Ecah cuma pesan dia minta maaf pada semua terutama pada
Zul. Kenapa Zul? Zul bergaduh dengan dia ke? Tadi Mak Temah tengok Zul keluar
dengan Ecah tapi pulang asing-asing.." Panjang lebar Mak Temah
menjelaskannya sambil menyoal juga. Zul Fazli hanya mengeleng. Bagaimana Ecah
datang dalam hidupnya, begitu juga la Ecah pergi. Sekelip mata.
*******************
AISHAH sudah pulang ke pangkuan
keluarga. Selepas Zul Fazli pergi, dia meminta Shazwina menghantarnya ke rumah
agam Dato Rozaidi. Mengemas barang-barangnya dan keluar dari rumah itu. Dia tak
sanggup lagi nak berhadapan dengan Zul Fazli. Mesti anak majikannya itu akan
marah sakan padanya. Mesti anak majikannya itu akan menyangka yang bukan-bukan
pada dia. Selama ni, anak majikannya itu suka membuli dirinya. Menengking, marah
sesedap rasa dirinya. Tentu dia malu bila dia tahu siapa aku. Tapi aku langsung
tak kisah. Sebaliknya aku suka sangat apa yang terjadi kerana kejadian-kejadian
itulah novel aku dapat disiapkan.
Semua yang terjadi bukan dalam perancangannya.
Menyesal pula dia bila buat keputusan untuk keluar dengan Zul Fazli tadi. Kalau
tak, tentu semua tu takkan terjadi. Tapi bila difikirkan pada ketentuan takdir,
Aishah redha. Kita hanya merancang, tapi hanya Allah yang menentukan segalanya.
Aishah pun tidak menyangka, Zul Fazli yang selalu membulinya itu adalah kawan
baik Angah. Kecil betul dunia ini.
Dalam ramai-ramai orang dalam KL ni, Aishah
pula boleh bekerja sebagai pembantu rumah di rumah rakan kongsi syarikat milik
walidnya. Aishah memang tak pernah langsung ambil tahu kerana dia langsung tak
minat dalam urusan bisnes. Jiwanya lebih kepada seni. Cita-citanya hanya untuk
menjadi seorang penulis. Biarlah digelar sebagai penulis gila, janji dia puas
dengan apa yang dia ada dan dengan apa yang dah dicapai. Aishah senyum sendiri.
**************
"ECAH!" Datin Rosma
melaung nama Ecah. Melampau betul. Pantang dibagi muka. Dah dinihari, tapi rupa
pembantu rumah baru tu masih tak nampak lagi. Membuta agaknya?
"Ecahh!" semakin kuat
laungannya. Terkocoh-kocoh Mak Temah berlari keluar.
"Datin, Ecah dah berhenti
kerja Datin. Maaf Datin. Semalam Mak Temah tak sempat nak bagi tahu." Mak
Temah menunduk merenung lantai. Pasti Datin Rosma akan mengamuk kerana Ecah
berhenti tiba-tiba.
"Berhenti?" Datin Rosma bertanya
kembali.
"Ya Datin." Mak Temah resah. Terangguk-angguk
kepalanya berkali-kali.
"Kenapa dia berhenti?" Datin Rosma pandang tepat ke wajah Mak Temah
inginkan jawapan, tapi Mak Temah mengeleng.
"Tak tahu Datin, semalam Ecah keluar
dengan Encik Zul. Selepas tu dia pulang dan terus kemas baju." Mak Temah
berkata jujur.
"Keluar dengan Zul? Ke
mana?" Datin Rosma masih tak puas hati. Mak Temah pula menjadi mangsa diajukan
soalan.
"Kenapa ni mama? Dari atas lagi Zul dah
dengar suara mama. Apa yang berlaku?" Zul Fazli bertanya pada Datin Rosma.
Pagi-pagi lagi dia dah dengar mamanya mengamuk. Terjerit-jerit. Ingin juga dia
tahu apa punca mamanya bersuara lantang sebegitu.
"Ha Zul, baik Zul jelaskan
dengan mama. Apa Zul dah buat dengan Ecah? Kenapa pula Ecah boleh berhenti
tiba-tiba ni?" Datin Rosma mengadap memandang anak bujangnya itu. Hairan
apa pula kaitannya dengan Ecah. Jangan-jangan...
"Korang berdua ni.."
Datin Rosma tak sempat menghabiskan ayatnya bila Zul Fazli pula menjawab.
"Biarlah mama dia nak berhenti. Dia
memang tak layak kerja dengan kita pun." Zul Fazli bersuara sayu. Pedih
hatinya masih belum terubat.
"Kenapa Zul? Apa yang tak
kena?"Datin Rosma dah mula cuak bila melihat wajah Zul Fazli yang berubah
mendung.
"Tak ada apalah mama..."
cuba menyembunyikan rahsia hati sebenar. Zul Fazli terus melangkah ke luar
rumah. Datin Rosma terpempam seketika. Tidak pernah dilihat anak bujangnya
berkeadaan sedemikian. Datin Rosma mengekori langkah Zul Fazli hingga ke ruang
rehat laman depan rumah.
"Zul bergaduh dengan Ecah? Zul
halau Ecah?" Diam. Zul Fazli hanya memandang ke depan. Fikirannya jauh
menerawang.
"Zul, mama tanya Zul ni. Lebih
baik Zul jelaskan, apa sebenarnya yang berlaku?" Datin Rosma duduk di sisi
Zul Fazli. Meneliti wajah anak bujangnya itu.
"Ecah tu penipu mama. Dia bukan
seperti apa yang kita sangka. Sudahlah mama, Zul tak mahu fikir pasal Ecah
lagi." Lain di mulut tapi lain pula di hati. Kalaulah mama tahu siapa Ecah
tu.
"Haa..baguslah semua ada di
sini.."Dato Rozaidi muncul menyertai mereka. Perbualan kedua beranak itu
terhenti seketika.
"Kenapa bang?" Datin Rosma
bertanya. Kalau Dato Rozaidi berkata begitu mesti ada sebabnya. Dato Rozaidi
melabuhkan punggungnya di kerusi. Memandang Datin Rosma dan Zul Fazli silih
berganti.
"Malam ni ada majlis di rumah Tan Sri.
Kita sekeluarga dijemput." Dato Rozaidi merungkaikan tanda tanya isteri
dan anaknya.
"Tan Sri mana?"Datin Rosma bertanya
kembali.
"Awak ni, Tan Sri mana lagi. Tan Sri
Zainal la. Awak nak pergi ke tak?" Dato Rozaidi membetulkan duduknya. Wajah
isterinya direnung mohon jawapan.
"Bolehlah, kebetulan memang malam ni saya
tak ke mana-mana. Zul ni jangan tanyalah. Takkan dia tak pergi rumah kawan baik
dia.." Datin Rosma beralih memandang Zul Fazli.
"In Sya Allah, tengoklah, kalau mod Zul
elok malam ni." Zul Fazli jawab selamba. Kalaulah mama tahu tu bukan saja
rumah kawan baik aku, tapi juga rumah Ecah, orang gaji mama dan rumah
satu-satunya gadis yang dah berjaya mencuri hati aku ni.
"Hmm..ada pula macam tu. Takkan Taufik
tak ajak Zul kot?" Datin Rosma inginkan kepastian.
"Ada, tengoklah macam mana nanti."Zul
Fazli jawab malas. Memang Taufik Hidayat ada bagi tahu dia seminggu yang lalu,
tapi ketika itu jiwanya tak sekacau ini. Sekarang hatinya dah berbelah bahagi.
Ecah, aku tak tahu bagaimana harus
aku hadapi. Perasaan aku terhadapnya sukar nak ku lontarkan jauh-jauh. Semakin
aku cuba lupakan dirinya, aku rasa semakin terseksa. Aku inginkan dirinya. Aku
inginkan hatinya juga. Tapi bagaimana?
Perlukah aku luahkan perasaan aku ini? Ahh,
kusut. Kalaulah dia tahu apa yang sedang aku fikirkan. Zul Fazli meraup mukanya.
Aku perlu jumpa Ecah. Aku harus jumpa dia. Keputusan sudah dibuat. Nekad.
********************
SUASANA malam ini sungguh meriah. Rumah Tan
Sri Zainal Abidin sudah dipenuhi dengan sanak saudara dan kenalan. Majlis
diadakan sempena menyambut kepulangan anak sulung Tan Sri Zainal Abidin bersama
isteri dan anaknya yang selama ini menetap di London. Gembira dengan kepulangan
anak menantu dan cucunya, Tan Sri adakan Majlis kesyukuran. Sementelah lagi
anak bongsu kesayangan pun sudah ada bersama.
Malam ini Aishah kelihatan anggun
dengan kurung moden dan dihiasi dengan gaya lilitan selendang yang senada
dengan warna bajunya. Wajahnya yang disolek nipis memang nampak ayu. Tak jemu
mata memandang. Ditambah pula bila setiap kali dia melemparkan senyuman, begitu
memukau pandangan. Ala-ala heroin hindi Pretty Zinta gitu. Hahaha..comel.
"Ucu..cantiknya adik kakak ni.."puji
Zafirah Amira pada adik bongsunya itu.
"Tengoklah adik siapa? Adik Along,
Angah dan Alang jugakkan?" Aishah tak mahu kalah.
"Tengoklah siapa yang lahirkan.."
Puan Sri Khatijah Husna pula menyampuk. Riuh suasana jadinya bila ketiga-tiganya
melepaskan tawa selepas itu.
"Apa yang suka sangat ni? Boleh Along
join sekali?" Zafri Adha pula datang menghampiri, diikuti Taufik Hidayat. Kegembiraan
ibu dan adik-adiknya menarik minat mereka.
"Angah pun nak join jugak la.
Apa ceta? Kongsilah." Taufik Hidayat tak mahu melepaskan peluang.
"Ni rahsia orang perempuan. Angah dengan
Along mana boleh join. Menyibuk aje tau." Sengaja Aishah berkata begitu.
Taufik Hidayat letakkan tangannya atas bahu Aishah. Sambil tu keningnya
dijongketkan beberapa kali.
"Kenapa? Ucu dah nak kawin ke?
Selagi Angah tak naik pelamin, Ucu jangan harap nak langkah bendul haa.."
Taufik Hidayat senyum. Dia ingat pada pertemuannya dengan Zul Fazli dan Aishah
di KLCC beberapa hari yang lalu. Tak sangka, selama sebulan lebih menghilangkan
diri, adiknya bersembunyi di rumah kawan baiknya sendiri. Dia sendiri terkejut
bila Aishah memberitahu sebab-sebabnya. Adik bongsunya itu memang lain dari
yang lain. Untuk menghasilkan sebuah novel, macam-macam penyamaran yang pernah
dilakukannya, termasuk pernah menyamar sebagai orang gila.
"Angah jangan buat cerita pulak. Bila
masa pulak Ucu cakap Ucu nak kawin? Tu Alang tu dah bertunang. Angah pun takkan
nak biar Kak Sarah tu tunggu Angah sampai bertanduk kot? Pandai-pandai aje
angah ni." Aishah muncungkan mulut. Ditepis tangan Angahnya yang sedap
landing atas bahunya itu, tanda protes, tak suka.
"Eleh Ucu ni, sikit-sikit nak
muncung. Ikat mulut tu baru tau. Ni nanti kawan Angah, Zul Fazli tu nak datang.
Err, Ucu dengan Zul tu ada apa-apa ke?" Taufik Hidayat pandang Aishah. Yang lain pun melakukan hal yang
sama. Masing-masing menanti jawapan. Aishah jadi rimas.
"Angah ni, biarlah kalau Encik Zul nak
datang pun. Angah dah jemput. Ada Ucu kisah. Apa kena mengena dengan Ucu pulak?"
memerah wajah Aishah. Malu bila Angahnya mengajukan soalan sebegitu.
"Betul ke tak kisah? Okey, kita tunggu
dan lihat. Jomlah Along, tetamu dah ramai yang datang tu. Kesian pulak walid.."
Taufik Hidayat dan Zafri Adha berlalu ke laman depan. Bersalaman dengan tetamu
yang semakin ramai datang. Puan Sri pun berbuat perkara yang sama. Tetamu yang
datang harus dilayan. Hari bahagia buat dirinya bila anak-anaknya sudah
berkumpul semuanya.
"Ucu..siapa Zul Fazli
tu?" Zafirah Amira mula mengorek rahsia.
"Bekas bos Ucu. Alah alang
ni, tadikan Angah dah bagi tau, Encik Zul tu kawan dia. Lagi mau tanya ke? Saja aje Alang ni kan.." Aishah berdebar
tiba-tiba. Bila mengenangkan Zul Fazli, hatinya jadi resah. Risau benar bakal
bertembung nanti. Dato Rozaidi dan Datin Rosma juga pasti ada sama. Habislah...
"Ya la tu. Dengan Alang pun nak berahsia
erk? Tak apa, takkan lari gunung dikejar. Nanti mesti Ucu akan cari Alang
jugakan?" Zafirah Amira melemparkan senyumannya dan berlalu mendapatkan
kakak iparnya yang sedang melayan kerenah anak kecilnya yang baru berusia
setahun.
Tinggal Aishah di ruang tengah rumah
dengan jiwa yang resah gelisah. Tak mahu berfikir panjang Aishah menuju ke
dapur. Bersembunyi di ruangan dapur mungkin lebih selamat. Dah sah-sah Zul
Fazli atau Dato Rozaidi ataupun Datin Rosma takkan bertemu dia di ruangan ini. Acara
makan-makan berlangsung di dalam khemah di laman depan. Aishah senyum sendiri. Selamat!
"Aishah, my friend. Ni apa
kes, orang lain riuh kat depan, yang kau ni melangut kat sini apa hal?"
Shazwina menyapa teman baiknya itu. Sejak sampai tadi merata dicarinya temannya
itu. Puas bertanya barulah kak Zafirah memberitahunya akan kedudukan Aishah.
"Shazwina, dah lama kau
sampai?" terkejut Aishah. Terlupa, dia juga menjemput Shazwina.
"Dah letih aku merayau cari kau. Dah
letih aku bertanya. Rupa-rupanya kat sini kau sembunyi. Sejak bila kau jadi pemalu
pulak ni?" Shazwina tenung Aishah. Tahu sangat dia kalau wajah temannya
itu dah mendung begitu, adalah perkara yang menggangu fikirannya.
"Aku takutlah Wina." Aishah menopang
dagunya di meja. Hatinya berbolak balik.
"Apa hal? Kau ni takut apa? Aku tak
faham. Explain. Mana tahu aku boleh tolong.." Perhatian seorang teman
setia. Shazwina sendiri tidak suka melihat wajah temannya yang happy go lucky
sebelum ini berubah mendung begitu.
"Angah cakap Encik Zul nak datang. Aku
takutlah..." Aishah jawab perlahan. Dia tegakkan badannya semula. Shazwina
yang sudah menarik kerusi di sisinya dipandang.
"Lah..aku ingatkan apalah tadi.."
Shazwina dah mula senyum. Faham maksud Aishah tu.
"Ucu...dekat sini rupanya. Puas Angah
cari. Ada orang nak jumpa Ucu." Aishah dengan Shazwani saling
berpandangan. Zul Fazli muncul di belakang Taufik Hidayat. Senyuman
dilemparkan. Hambar, Aishah usah dicakap. Pucat wajahnya. Dadanya berombak
laju. Tapi dikawal sebaik mungkin. Hampeh Angah ni...
"Boleh kita berbual sebentar?" Zul
Fazli memulakan kata. Berhati-hati. Aishah anggukkan kepala. Sempat dikerling
Shazwina di sebelah. Taufik Hidayat pula senyum memanjang sambil memandang
tepat ke wajah Aishah. Sejak Zul Fazli tiba tadi matanya asyik meliar memandang
sekeliling. Dia sudah dapat mengagak siapa yang dicari temannya itu.
Shazwina dan Taufik Hidayat mohon berlalu.
Aishah membawa Zul Fazli ke ruangan tengah. Tiada siapa di ruangan ini. Mungkin
inilah masanya mereka selesaikan kekeliruan di antara mereka.
"Maaflah Encik Zul, saya..." Aishah gugup. Tapi belum habis Aishah
mengungkapkan kata, Zul Fazli dah bersuara.
"Cantik awak malam ni. Comey
sangat-sangat. '' Aishah pandang Zul Fazli, tapi seketika cuma. Wajahnya
ditundukkan. Rasa wajahnya berbahang. Malu.
"Apa saya nak panggil awak? Ecah? Or
Noor Aishah Zafirah?" Zul Fazli bertanya. Gadis di depannya ini memang
berbeza dengan Ecah yang dia kenal. Dia sendiri hampir tidak mengenali. Nasib
baik Taufik Hidayat yang membawanya berjumpa Aishah.
"Terpulanglah. Tak kisahlah Encik Zul. Ecah
pun boleh. Ikut Encik Zul la.." Aishah tarik nafas perlahan. Duhai hati,
kenapa begini? Aku dah tak berdaya nak menghadapi debaran ini. Apa semua ini?
"Sayang boleh?"
"Hah?" Terpana seketika Aishah. Dia
pandang Zul Fazli mencari jawapan di situ, tapi renungan Zul Fazli buat dia
mengelabah.
"Kenapa pulak?" Aishah bertanya
balas.
"Sebab saya sayang
awak." Wah, direct nampak.
"Jangan main-main Encik Zul. Bukan Encik
Zul tak suka saya ke?"
"Siapa cakap..hmm?"
Mereka saling berpandangan. Aishah dah semakin berani. Kalau tadi dia takut di marahi,
tapi sekarang perasaan takut itu sudah tiada.
"Tak ada siapa cakap. Saya
agak aje la."
"Kalau macam tu, awak tak
berlaku adil dengan saya." Aishah mengeluh perlahan. Hilang modal untuk
menjawab. Ini bukan Aishah. Wake up Aishah!
"Awak dah sampai ke mana? Ecah yang saya
kenal bukan macam ni. Selalunya ada saja awak nak jawab, tapi kenapa malam ni
awak jadi pendiam pulak? Suara awak dah sesat kat mana-mana ke? Boleh saya
tolong cari?" Aishah tersenyum. Pandai pula Encik Zul ini nak buat lawak.
"So cute, so sweet. Macam Preety
Zinta.."
"Apa Encik Zul?"
"Tak ada, saya nak minta
tolong awak sikit. Boleh?" Zul Fazli renung wajah Aishah. Sejak tadi
panggilan Encik Zul tu masih meniti di bibirnya. Langsung tiada kemesraan.
"Tolong? Tolong apa? Kalau mampu, saya
tolonglah?" Aishah menselesakan kedudukannya. Pertolongan apa yang perlu
diberi? Hatinya bertanya sendiri.
"Awak mampu buat. Saya pasti, sebab
pertolongan yang saya nak ni simple sangat." Zul Fazli berhenti seketika. Mengambil
nafas lalu meneruskan kata.
"Sejak tadi awak panggil saya Encik
Zul. Awak lupa awak dah tak kerja dengan kami. Lagipun saya sebaya abang awak. Awak
tak boleh ke hormat saya sebagai orang yang lebih tua. Panggil abang ke
contohnya..." Zul Fazli lemparkan senyuman. Keningnya diangkat sikit,
sedangkan matanya masih merenung Aishah.
"Huh, tak kuasa.."
Aishah mencebirkan bibirnya. Nak berabang-abang bagai. Mengada-ngada la pulak.
"Kenapa? Awak tak setuju?"
"Err...panggil Zul aje boleh?" Zul
Fazli senyum. Nampak nakal sikit. Gatal pun ada juga.
"Kalau abang apa salahnya?" Aishah
dah naik bengang. Entah ulat bulu mana yang merayap. Lain benar Encik Zul malam
ni. Tadi dia nak panggil aku sayang. Sekarang dah disuruhnya aku panggil dia
abang pula. Aishah mengeluh lagi. Pening...
******************
Setahun berlalu....
NOVEL Orang Gajiku Sayangku, meletop
di pasaran. Aishah gembira. Bukan itu saja, hari ini banyak perkara yang
mengembirakan dirinya. Alang dah sarat mengandung anak pertama. Angah pula
bakal jadi suami kak Siti Sarah hari ini, dan Aishah pula bakal jadi tunangan
pada Zul Fazli.
Nampaknya orang gajiku sayangku, bukan
sekadar novel tapi juga kenyataan bila Zul Fazli melafazkan kata cintanya. Pelik
tapi benar, bila Zul Fazli yang disangka membenci, rupa-rupanya mencintai
dirinya. Aishah tersenyum dalam debaran. Selepas majlis akad nikah Angah, malam
ini bakal berlangsung pula majlis pertunangannya dengan Zul Fazli. Berbaloi
juga kiranya pengorbanannya menjadi orang gaji selama sebulan lebih itu.
Pengorbanan itu menemukannya dengan cinta
hatinya. Pada mulanya Datin Rosma dan Dato Rozaidi memang terkejut, tapi
akhirnya setelah dijelaskan secara terperinci barulah mereka dapat menerima
kenyataan. Aishah bukan sengaja nak menipu.
"Tahniah Angah. Bahagiakan kak
Sarah tau. Macam tak percaya pulak, abang Ucu ni dah jadi suami orang."
Aishah menemui Taufik Hidayat sejurus selepas semuanya selesai. Bahagia
rasanya. Lengkap sudah keluarga mereka. Ibu dan walid pun nampak ceria saja. Apa
taknya, hari ni terima menantu. Tak lama lagi bakal timang cucu lagi. Tahun
depan, kalau rezeki murah dapat cucu lagi. Wah, meriah keluarga Tan Sri Zainal
Abidin selepas ini.
"Ucu pun tak ke mana.vUcu ingat Zul tu
nak biar Ucu lama-lama. Malam ni bertunang, jangan-jangan minggu depan dah kena
nikah." Riuh dengan gelak tawa sehabis Taufik Hidayat bersuara. Semua
wajah memandang Aishah. Malu punya pasal, bahu Taufik Hidayat ditampar kuat.
"Hiesy, Angah ni kan. Memang
sengajakan?"
"Memang pun.." Taufik
Hidayat ketawa lagi. Tidak peduli dengan wajah Aishah yang sudah mula memerah.
"Tak suka la Angah ni. Ucu
merajuk kang baru tahu." Aishah palingkan muka. Bencinya!
"Nak merajuk tunggu malam sikit. Sekarang
ni Zul tengah sibuk. Nanti malam mesti dia datang sekali. olehlah dia pujuk Ucu.
Angah dah ada kak Sarah. Tak kuasa nak pujuk-pujuk Ucu lagi.." Gamat lagi
suasana. Aishah buat muka sedih. Dihampiri Puan Sri Khatijah Husna. Nak
mengadulah tu.
"Tak nak kawanlah dengan Angah. Kawan
dengan ibu lagi best. Kan, ibukan?" Aishah duduk di sisi ibunya. Kepalanya
dilentokkan pada bahu ibunya. Manja sekali.
"Anak ibu ni dah besar pun. Sekarang ni
bolehlah bermanja dengan ibu lagi. Dah kawin dengan Zul nanti, jangan-jangan
ibu pun dah tak ingat dah.." Aishah panggungkan kepala. Wajah ibunya
dipandang sayu.
"Ada pulak macam tu. Ibu dengan abang Zul
mana sama. Ucu sayang ibu tau. Sayang sangat-sangat. Kalau Ucu ada sepuluh
orang abang Zul pun, Ucu takkan lupakan ibu tau.." Aishah memeluk ibunya
erat. Kasih ibu sukar diganti. Walau cinta Zul Fazli seluas lautan, tapi kasih
ibu seluas alam.
"Dengan walid tak sayang ke?" Tan
Sri Zainal pun nak tumpang sekaki. Bahagia melihat anak-anaknya bahagia. Aishah
menghampiri walidnya pula.
"Dengan walid lagi la sayang. Walidkan
boyfriend Ucu." Aishah memeluk walidnya pula. Semuanya tersenyum bahagia.
"Along? Ucu tak sayang
along?" Zafri Adha menyampuk. Suka mengenakan adik bongsunya itu.
"Huh, Along ni..saja la tu.
Nanti kalau Ucu cakap sayang kat Along, mesti Angah pulak tanya. Lepas tu
Alang, senang cerita..Ucu sayang semua la. Puas hati?" Riuh lagi rumah
agam itu dengan gelak tawa. Keluarga bahagia mereka bakal lengkap.
***********************
MALAM itu Aishah nampak berseri. Wajahnya
dirias indah. Sewaktu Datin Rosma selesai menyarungkan cincin pertunangan, Shazwina
yang turut ada bersama memeluk dirinya dan mengucapkan tahniah.
"Akhirnya orang gajiku menjadi tunangku
sayang.." Shazwina melepaskan kata sambil memandang Aishah. Hanya senyuman
yang mampu Aishah berikan.
~Ecahku sayang, Selamat
bertunang. Hanya kau di hatiku sayang. Moga bahagia menanti kita di gerbang
perkahwinan. You everything in my life. Love you forever~
Mesej dari Zul Fazli diterima. Aishah
tersenyum. Sesungguhnya dicintai itu terlalu indah dan mencintai orang yang
mencintai itu lagi indah. Hidup ini sepi tanpa cinta kerana cinta memberi
bahagia.
~Love you too sayang~
Mesej berbalas. Itulah
kata hatinya. Hanya kau di hati, kini dan selamanya.
************Tammat
sudah*****************
p/s: Seronok berimaginasi.
Kata Dr Hm Tuah, jangan berangan macam Mat Jenin, tapi Binalah Imaginasi
cemerlang. Terima kasih Dr Tuah. Kerana buku Membina Imaginasi Cemerlang aku
mampu menulis walau tak seGAH orang lain. Yang penting aku puas. Terima kasih
pada yang sudi membaca. Tak kisah siapa anda. Hanya Kau Di hati.
Nota : Cerpen ini
bermula kerana ingin merealisasikan impianku sebagai orang gaji. Kerana cerpen
ini, bermula pula cerpen kedua yang bertajuk Orang Gaji. Kini..cerpen Orang
Gaji muncul pula dalam bentuk novel yang bertajuk Penyamar. Betapa gilanya aku
untuk menjadi orang gaji hingga aku realisasikan angan-angan itu menjadi sebuah
cerita. Padahal, menjadi orang gaji sebenar, bukan seindah berimaginasi. Kan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.