Ahad, 21 April 2013

AKU UNTUK DIA







Aku; I dengan U pelengkap hidup!

Dia;U yakin?

Aku;Yupp!!,.cer U eja H.I.D.U.P,..kalau tanpa I dengan U jadi H.D.P sajakan?,.cer U tambah A,.akan jadi H.A.D.A.P,..tambah I plak jadi H.I.D.I.P,..maknanya tanpa I dengan U HIDUP takkan sempurna.
.................................................................

"Ibu,..abah..tengoklah adik Aleesya ni,dah pandai ketawa pun."

Aku berkalih pandang pada anak sulungku Afif,begitu juga dengan suamiku.Kami sama-sama tersenyum melihat keletah Aleesya apabila di agah oleh abang-abangnya.

Lima belas tahun hidup bersama kami sudah pun dikurniakan dengan empat orang cahayamata.Anak sulungku Afifzuddin,kedua Azim,ketiga Arash dan yang bongsu Aleesya.
Setelah mengharungi pelbagai rintangan akhirnya aku Tengku Fazlina Adriana selamat bersatu bersama suamiku Jefryzal Andrian.Mahligai yang kami bina semakin meriah dengan kehadiran putera-putera dan puteri kami.Keletah mereka sentiasa menghiburkan.Merekalah kekuatan hidup kami yang bakal menyambung generasi kekuarga kami,juga pemangkin kebahagiaan kami.
Apabila mengenang masa lalu,begitu mencuit hati.Penyatuan kami sebenarnya adalah kerana kehendak keluarga.Aku imbas kembali kenangan itu.

..............................................................

Tujuh belas tahun yang lalu...

Aku merajuk dan membawa diri ke rumah opah di Utara Semenanjung.Sebelum ini puas juga mama memujuk supaya aku terima jodoh ini.Aku terkejut besar bila suatu hari tu mama mendatangiku.

"Lyna,..mama harap Lyna jangan kecil hati.Semua ini bukan kehendak mama dan abah,tapi wasiat arwah datuk yang nak sangat berkeluarga dengan Dato Abu Seman.Mama dan abah tak boleh nak menolak."

Mama usap belakangku dengan perlahan.Aku menangis di bahu mama.Aku masih muda.Masih remaja tapi tiba-tiba mama sudah memberi larangan kepadaku agar jangan berkawan dengan mana-mana lelaki.Kata mama aku sudah di tunangkan sejak kecil.Siapa yang tidak terkejut mendengar berita seperti itu.Aku juga seperti remaja lain ingin merasai apa itu perasaan di cintai dan mencintai.

"Tapi..kenapa Lyna ma? Kenapa tak along ja?"

Aku mula menyoal.Tak puas hati semestinya.

"Ishh..along mana boleh.Jefryzal tu kan sebaya dengan Lyna.Tu la masa Lyna kecil lagi datuk Lyna dah buat janji tu dan kata sepakat telah di buat.Besar harapan datuk Lyna,. untuk menyatukan dua keluarga."

Mama masih memujuk.Aku yang mendengar sudah mula resah.Dalan zaman siber yang serba moden dan canggih ini masih ada lagi adat menjodohkan anak-anak.Ketika itu memang aku marah sangat dan mengambil keputusan untuk tinggal bersama opah.

.......................................................

Aku menguak langsir bilikku dan memandang ke luar rumah menerusi jendela yang terbuka luas.Nyamannya pagi ini,sejuk terasa kerana semalam hujan lebat.Pagi ini aku bangun awal kerana hari ini ada exam,jadi sebelum bersiap ke sekolah aku mengulangkaji terlebih dahulu.Mudah-mudahan aku dapat menjawab setiap soalan dengan sempurna.Aku sudah berusaha dan aku hanya ingin membuktikan pada mama dan abah bahawa bersekolah di kampung pun aku mampu mencapai kejayaan.Bukan seperti apa yang mama dan abah duga ketika aku membuat keputusan untuk tinggal bersama opah.Kata abah di kampung tak ada kemajuan.Nanti pelajaranku entah ke mana.Mama pula terus menyokong abah walaupun opah adalah ibu mama sendiri.Aku cuma mahu menemani opah melewati hari-hari tuanya.Opah seorang diri di kampung.Selepas mama kahwin dengan abah dan atuk meninggal,opah tinggal sendirian.Walau puas mama memujuk untuk tinggal bersama kami tapi opah tetap tak mahu.Kata opah rumah ini rumah pusaka dan banyak kenangan opah bersama atuk di sini.

Wah! Tak sangka romantik juga opah!

Aku tersenyum sendirian.Aku mengayun langkah menuju ke dapur untuk membantu opah menyiapkan sarapan.

"Pagi opah,..opah masak apa tu opah?" Aku merangkul opah dari belakang.Sempat ku curi mencium pipi opah yang sudah di mamah usia.

"Awainya cucu opah mangkit?" Opah menghadiahkan sebuah senyuman.Cantik!

Opah anak mami,hidung opah mancung.Kawan-kawan sekolah aku selalu bergurau denganku,kata mereka hidung aku boleh buat gantung cawan.Aku hanya ketawa bila di giat begitu.Mungkin kerana itulah juga abahku Tengku Ismail terpikat dengan mama.Bukan calang-calang orangnya.Tapi jiwaku ini lebih kekampungan.Aku lebih suka menetap di kampung berbanding bandar yang sibuk dan bising saban masa.

"Opah..pagi ni kan,Lyna ada exam.Opah tolong doakan Lyna ya.''  Aku meletakkan daguku di bahu opah.Hanya opah tempat aku bermanja.Opah meneruskan kerjanya mengoreng mihun untuk kami berdua.

"In Sya Allah,.cucu opah ni bijak.Opah jamin mesti lulus.Selain usaha,bertawakkal dan berdoa pada Allah selalu.Usaha kita pasti tak ke mana.Pasti membuahkan hasil,.ni cucu opah ni dah sembahyang subuh ka?" Opah pandang aku sekilas.Aku rangkul opah lagi.

"Dah la opah!!,..awal lagi tadi."

"Bagus la tu,..dah!!!,.jom kita makan dulu.Satgi lambat pulak nak pi sekolah.Ni yang dari tadi lagi dok peluk-peluk opah,tak mau lepas-lepas awatnya?"

"Sejuk la opah,..ermm..sayang opah Lyna ni." Aku ketawa manja,saja mengiat opah.Setiap pagi memang ini kerja aku pun.Dalam sehari kalau aku tak usik opah rasanya hidup aku ni serba tak sempurna.

"Dah gian nak nikah kot?" Aku tepuk perlahan bahu opah.Dah mula la opah tu nak kenakan aku pulak.

"Ke situ pulak opah ni." Aku pura-pura merajuk.Sengaja aku muncungkan bibir.

"Lawa ka budak Jefry tu?" Opah masih menyoal balas,buat-buat tak nampak wajahku yang dah mula mencuka.

"Tak suka la opah ni.Tak nak kawan dengan opah la." Opah terus ketawa,tak peduli langsung dengan ugutanku.

"Cucu opah dah besar.Dah ada tunang pun.Mana nak kawan dengan opah lagi.Nanti dah nikah dapat peluk laki langsung dah tak ingat opah lagi." Aku mula mengaru kepalaku yang tak gatal.Opah ni...!!!

"Kenapa opah cakap macam tu? Lyna akan tetap ingat opah dan akan tetap menemani opah,sampai bila-bila pun." Aku cuba menyakinkan opah.Kami bersama-sama menuju ke meja makan.Aku pandang wajah opah.Opah pun sama memandang ke arahku dan tersenyum padaku.

"Opah ni dah tak lama Lyna.Opah dah tua.Ntahkan esok,ntahkan lusa Opah dah pi."

"Opah nak pi mana?" Sengaja aku berpura-pura dungu.Sejak akhir-akhir ini opah selalu merungut begitu.Sebak aku mendengarnya.

" Nak pi mana lagi,dah tua-tua ni.Rumah dok kata pi,kubur dok pangge mai-mai."

"Tergamak opah cakap macam tu.Opah dah tak sayangkan Lyna lagi ka?" Airmataku sudah mula bergenang,ku pandang opah sayu.Tapi opah tetap selamba memandangku dengan senyuman.
"Opah."

"Ha..awat pulak???"

"Opah cantik la!" Aku tukar topik,tak mahu lagi mendengar opah mengungkit pasal kematian.Opah pandang wajahku.Aku pula jadi cuak semacam.

"Kenapa opah?" Opah mengeleng.Tiba-tiba opah jadi pendiam.Salah ke apa yang aku cakap tadi? Opah terasa ke?  Ahh...kenapa wajah opah yang ceria tadi jadi mendung pula? Opah tolong la jangan macam ni!!!

"Kenapa ni opah? Cakap la!" Opah masih mengeleng.Perlahan opah mengeluh.

" Dah!!..makan dulu,satgi lambat pulak nak pi sekolah.Nak periksa hari ni kan.Hah! Makan banyak sikit!!!" Opah pula mula main tarik tali dengan aku.Aku ingatkan aku saja yang pandai tukar topik.Opah pun sama rupanya.Ermm,..mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan!.

...........................................................................

Akhirnya,. Selesai juga exam kami.Penat lelah kami mentelaah selama ini aku harap berbaloi la dengan keputusannya nanti.Aku taklah bercita-cita tinggi sangat cuma sekadar nak membuktikan pada abah dan mama bahawa anak kampung juga mampu untuk berjaya.

"Wehh,..Lyna!!,agak-agak hang la,.sementara nak tunggu result keluaq ni,hang nak buat apa?" Teman terbaikku Warda dah mula nak buat kepoh.

"Tak tau la lagi,kau pulak?" Aku menoleh pada Warda.Menatap wajahnya yang ayu begitu menenangkan hati.Cuma mulutnya yang macam murai tercabut ekor tu yang kadang-kadang kami tak tahan.Sesedap rasa dia saja kalau nak bercakap.

"Aku ingat nak reja la.Tentu fed-up habis kalau melepak ja di qumah." Aku mula tersenyum,idea nakal mula bermain di mindaku.

"Okey pa! Kat rumah pun reja jugak!" Aku pandang Warda.Senyuman nakal aku hadiahkan untuknya.

"Reja pa? Makan tidoq?"

"TLDM" aku jawab selamba sambil mengenyitkan mata pada Warda.

"Mak aii,...sejak bila qumah opah hang ada kapai? Nak reja TLDM di qumah ni?" Warda pandang aku.Keningnya di jongketkan sedikit.

"Tak perlu ada kapal.Aku cuma perlu Lepak,Tidur Dan Makan ja." Aku bantai gelak.Terbeliak mata Warda memandangku.Mungkin tak sangka aku akan mengenakan dia.Selalunya dia yang kenakan kami.

"Aku belasah jugak perempuan ni kang.Aku serius gler dia boleh main-main plak." Warda membalas.Tak puas hati la tu.

"Ada kau nampak aku sedang main ka? Aku duduk diam aja ni.Tak main apa-apa pun." Sengaja membakar hati Warda aku bersuara lagi.Mana boleh kalah!

"Dahh,.layar buruk tak jalan.Bila nak sampai ke pulau harapan."

"Kita berenang la." Aku buat gaya orang sedang berenang.Warda cebikkan bibirnya.

"Oii cik adik sayang,tak daknya kita-kita.Hang sorang ja.Aku tak kawin lagi tau,amalan pun tak cukup lagi."

"Ehh..aku cuma ajak kau berenang.Yang kau melalut dengan amalan,kawin ni apa kes?" Ishh..minah kepoh ni.Dah mula la tu nak melalut yang bukan-bukan.

"Habis tu,.dah hang ajak beqenang.Hang tau kan aku ni mana reti beqenang.Hee..tak sanggup aku,trauma beb..!!" Aku tayang muka tak bersalah,sambil menghadiahkan senyuman serba sumbing buat Warda.

"Ohh..aku lupa plak.Cik Warda aku ni takut ayaq." Sekali sekala terkeluar juga loghat Penang aku tu.Dah bergaul dengan kawan-kawan di sini kadang-kadang aku terbawa-bawa juga dengan percakapan mereka.Dah dua tahun pun aku tinggal dengan opah,dan aku sudah pandai menyesuaikan diri.

"Heh kawan,tolong sikit..."

"Ya cik Warda sayang.Nak tolong apa?"

Belum habis Warda bercakap,dah ada suara garau yang menyampuk dari belakang.Dah semestinya si romeo Darwish yang empunya suara.

"Apa sayang-sayang? Hang ni kalau sehari tak menyampuk tak boleh ka? Aku hempuk baqu hang tau.Kalau ya pun bagi la salam dulu.Ni,hang main langgaq ja lampu isyarat.Merah ka kuning ka hang main jalan ja noh."

Aku tergelak besar.Hah! Ambik kau Darwish.Dengan minah kepoh sorang ni memang tak takut kena saman.Dia cakap ikut sedap mulut dia ja.

"Ishh..hang ni Warda,harap muka ja comey tapi lidah berbisa woo...!!!"

"Comey ka? Tak perasan plak aku!" Warda buat muka orang tak ada perasaan.Aku pula hanya mampu tersenyum sambil memandang mereka berdua silih berganti.

"Dah,..dah,korang berdua ni bukan boleh di layan sangat.Kalau dah mula bertekak tu satgi aku pun korang dah tak nampak."

Aku cuba menenangkan keadaan,dah lumrah Warda dengan Darwish ni suka sangat berbalah sesama sendiri.Nanti kalau dah sama-sama terasa aku juga yang kena jadi orang tengah.

"Korang berdua bincang apa ni? Boleh aku join? Macam best ja?"

Tu dia!,. Soalan 3 in 1.Darwish memandang kami sorang demi sorang sambil menjongketkan keningnya.Erm..auranya yang tersendiri.Handsome dan mancho.Berlumba-lumba pelajar-pelajar yang hendakkan dia.Cuma kami berdua saja yang anggap dia macam kawan baik.Darwish ni pun bukan calang-calang orangnya.Menyedari kelebihan diri yang di milikinya menyebabkan Darwish suka mengambil kesempatan.Berjoli sakan dia,date sana,date sini.Aku dan Warda selalu gelar dia 'boya dua alam'.Apa taknya semua pelajar yang nak berkawan semua dia.Dia rembat,tapi selalunya dia buat adik angkat.Itu,.dialah yang cakap!

"Hang ni mai dari mana?" Warda bertanya.

"Mai sini la." Jawab Darwish.

"Woii...telinga hang tu cuba korek sikit.Aku tanya hang mai dari mana?" Mereka nak mula lagi.

"Lain kali,cakap biaq terangggg!!!" Darwish bersuara lagi sambil duduk di kerusi yang bertentangan dengan kami.

"Aku ingat telinga ja pekak.Mata pun rabun jugak ka?Matahari punya dok terpacak atas kepala,awat hang nampak malap ka?" Warda tergelak dengan ayatnya sendiri.Aku pun tumpang senyum.Ahh! Kalau dah suka loyar buruk tu,eden pun tak mampu nak tolong dah!

"Minah senget ni,aku pulas telinga satgi baqu hang tau." Darwish tak mahu mengaku kalah.Dia buat gaya macam nak mencapai telinga Warda.Warda mengelak sikit.

"Woii..hang cermat sikit,nama aku mak dengan ayah aku bagi sedap dah.Sesedap rasa hang ja nak pangge aku minah senget."

Sekali lagi perang mulut bermula.Agak-agak kalau aku panggil Tok Kadi dan nikahkan mereka berdua ni apa bakal terjadi.

"Korang ni kan,kalau menikah apa akan jadi agaknya?"

"Jadi anak la!!!" Spontan Warda dan Darwish menjawab.Serentak! Macam berpakat la pulak.

"Lahh..sejiwa jugak korang ni kan?"

"Sejiwa tapi tak sebulu." balas Warda.Darwish gelak.Aku sengeh saja.

"Rosak bahasa!!!"

Aku tepuk dahi sendiri.Kami sama-sama ketawa selepas itu.

.................................................................................................

 Cuti semester akhir bermula.Mama dengan angah datang ke rumah opah untuk memujuk aku bercuti di Kuala Lumpur.Tapi,aku bagi alasan pada mama bahawa aku sudah berjanji dengan kawan-kawan untuk bekerja bersama mereka sementara menunggu result STPM keluar.Mama seakan kecil hati dengan aku.Opah pula ku lihat seakan berat hati untuk meninggalkan rumah.

" Lyna,.takkan masih marahkan kami lagi? Mama dengan abah tak boleh ubah keputusan tu."

Mama masih tak putus asa untuk memujuk.Aku serahkan segalanya pada takdir.Buat masa sekarang aku tak mahu fikirkan lagi pasal jodoh ni.

"Lyna dah tak kuasa nak marah ma.Biar takdir yang tentukan.Mama dan abah buatlah apa yang patut.Tapi Lyna cuma nak minta mama dan abah beri Lyna masa.Berkahwin bagi Lyna adalah untuk seumur hidup."

Aku merenung wajah mama,mengharap agar mama mengerti.

"Excuse me!!,.angah nak mencelah sikit.Ni yang adik takut sangat ni kenapa?"
Angah mencuit bahuku.

"Bila masa plak orang cakap orang takut? Ada? Tak ada pun kan?''

Aku menjauhkan diri dari angah.Aku cari opah dan duduk di sisi opah.

"Tu,.dengan angah pun takut.Dah cabut lari!"

Aku mencebirkan bibir sambil menunjukkan penumbuk pada angah.Ala-ala gangster gitu!

"Tak da maknanya!"

Aku jawab selamba.Angah mencerlungkan matanya padaku.Macam la aku takut!

"Tadi mama dengar,nak kerja ya? Dimana tu?"

Mama mula mencelah.Dah tahu dah kalau aku dan angah dah mula bersuara, boleh sampai sehari kami takkan berhenti bertekak.Tapi,gaduh-gaduh sayang gitu!.Angah memang!!, .sejak kecil suka sangat menyakat aku dan aku senang dengan usikan angah.

"Tak tau lagi ma!!,.kenapa ma?" aku menyoal mama kembali.

"Tak adalah!!,.kebetulan mama dengar Jefry ada buat praktikal berhampiran sini.Tak tahu pula mama di mana!,.tapi kalau Lyna nak kerja nanti boleh mama minta tolong abah.Tolong rekomenkan.Kebetulan Dato Abu Seman memang ada melabur dalam salah sebuah kilang di Prai ni."

Panjang lebar mama memberikan penjelasan.Ahh..Jefry lagi!!! Asyik-asyik nama tu.Kenapa?Dah tak ada nama lain ka? Aku mula memberontak dalam hati.

"Kebetulan pula Jefry tu memang kawan baik angah.Hmm..adik tak teringin nak jumpa dia ker?"

"Tak da maknanya." aku jawab malas.Angah menghampiriku.Sedaya upaya aku cuba mengelak.

"Dah tak ada benda lain nak cakap?" Angah dah mula bengang la tu.Aku senyum menang.Mama dan opah mengeleng.Sejak tadi aku perasan opah diam saja.Mungkin opah tak mahu masuk campur.Yang menjodohkan aku dengan Jefry adalah Tengku Sulaiman.Atuk sebelah abah.

"Punya suka la,.mulut orang.Biarlah orang nak cakap apa pun."

Sekali lagi aku lihat mama dan opah mengelengkan kepala melihat gelagat aku dan angah.Memang sikap kami begini.Pantang bertemu muka ada saja yang ingin kami gaduhkan.Mama selalu cakap kami ni macam belangkas tapi belangkas yang tak boleh melekat pasti nak bertumbuk.Ingat lagi aku ketika itu.Teruk juga mama di kenakan oleh aku dan angah.Apa taknya kalau dah belangkas mana boleh bertumbuk sebabnya belangkas mana ada tangan.Hampeh punya anak-anak!
Tulah sebabnya,setegas mama dan abah masih boleh lagi nak berkompromi.Masih boleh di bawa bergurau.

"Cuba adik beri peluang pada diri adik sendiri.Okey,..kalau adik anggap semua ni kolot dan ketinggalan zaman.Cuba adik kenal dulu dengan Jefry tu.Kenal hati budi dia dulu.Lepas tu barulah adik buat keputusan."

"Alah..tak da mak...."

"Hahh!!,.. Sebut lagi perkataan tak da makna tu.Angah pulas telinga." Angah tuding jari padaku.Nak mengugut la tu.Konon-kononnya.

"Ya la! Tak sebut lagi.Tak da pekdahnya!!!" Aku lari bersembunyi di belakang opah sambil gelak mengekek.Padam muka angah.Dah tahu aku tak suka.Nak paksa lagi.Tahulah kawan baik dia pun.

"Adik!!,.tak kenal maka tak cinta tau!" Eleh..nak berfalsampah plak angah ni.

"Alah!!,.di sekolah tu ramai lelaki yang orang kenal.Tak jatuh cinta pun." Aku tak mahu mengaku kalah.Tak ada maknanya mengaku kalah sebelum berjuang.Hahahaha...

"Adik,..nanti temankan angah! Boleh?" Angah mula keluar dari topik.Mungkin nak cari idea baru nak pujuk aku.Mama dengan opah dah lama tinggalkan kami.Tak kuasa nak melayan gelagat kami barangkali.

"Ke mana? Sejak bila nak kena berteman plak ni?" Aku pandang angah untuk mendapatkan jawapan.Buang tabiat ker hapa? Risau jugak aku.

"Angah dah janji nak jumpa kawan.Tapi angah tak biasa dengan kawasan sini.Jomlah!,. Temankan angah kejap."

"Laki ka pompuan?" Aku mulakan sesi penyiasatan.

"Laki la.Ishh..banyak songgeh la plak."

"Laki? Malas la!" Aku buat muka bosan.

"Tengok tu,macam tak da jiwa ja.Mana tau hati adik berkenan nanti boleh la reject si Jefry tu." Angah sengeh.Aku pandang angah.Tak percaya angah akan cakap macam tu.

"Boleh ka? "soalku bodoh.

"Belum cuba belum tau."

"Mana nak jumpa?" Angah senyum padaku.Aku tepuk bahu angah kuat.

"Orang tanya ni mana nak jumpa.Senyum-senyum plak."

"Tu,ambil tau tu,berminat la tu?" Aku pandang angah.Geram.Dah tadi ajak orang,ni nak main sorong tarik la plak.

"Dah la!!! Tak jadi.Cancel!"

Aku bangun dan tinggalkan angah termanggu sorang di ruang tamu.

.....................................................................

Petang tu angah paksa juga aku temankan dia.Kami menuju ke Padang Kota,tempat budak-budak remaja melepak dan berdating di waktu petang.Aku macam biasa,pakaian yang aku pakai simple dan ringkas.Angah tegur juga aku tadi supaya aku tukar baju,katanya macam samseng nak pi berperang.Ada ka patut!!!
Tapi aku tak peduli.Aku siap bagi warning lagi.Kalau nak aku temankan dia.Jangan paksa-paksa aku.Muktamad! Lama juga kami tunggu kawan angah tu.Hampir setengah jam juga.Alahh..janji melayu memang begitu.Jarum jam lambat gerak.

"What up bro? Lama kau tunggu,sorry la tadi jambatan jammed,ada accident." Alah,seribu satu alasan tu tetap ada.Aku bermonolog dalam hati.

"Okey ja,tak lama mana sangat pun." Aku jeling angah di sebelah.Pandai betul angah ni nak bodek kawan dia.Nak tunjuk baik la konon.

"Kau cakap nak datang sorang? Pehal bawa awek plak ni?" Ini yang aku tak suka ni.Ikut suka hati aku la.Aku ikut angah aku,bukan ikut kau.Penyibuk!

"Oh..ni bukan awek aku,tapi awek kau." Angah gelak tapi aku yang benggang giler.Aku pandang wajah kawan angah.Dalam masa yang sama dia pun sedang memandang aku dan kami berbalas pandangan.Aku buat muka blurr.Muka orang tak ada perasaan.Menyampah!!.Err..tapi mamat ni boleh tahan juga. Not bad!

"Aku kenalkan,.adik aku Tengku Fazlina Adriana.Adik ni kawan angah, Ryzal atau..."

"Eh..Adri kau bila datang Prai ni,dah berapa hari?" Belum sempat angah habis memperkenalkan kawan dia tu,kawan dia pula sibuk nak mencelah.Entah apa-apa la.Angah senyum pada kawannya itu.Mereka mula berborak sesama mereka.Aku pula di biarkan kebosanan.Binggung dengan keadaan tersebut aku mula pandang sekeliling.Sekali sekala aku pandang angah dan kawannya.Aku pun tak tahu kenapa kawan dia tu macam pernah aku lihat,cuma samar-samar la.Aku pun tak perasan sangat.
Ryzal ni pula asyik renung aku semacam saja.Aku buat selamba.Cute sangat ke aku ni.Asyik tengok-tengok saja jatuh cinta karang baru tahu.Boring punya pasal aku dah mula nak melalut.

Dalam sibuk aku pandang keliling mata aku tertangkap satu pasangan yang sedang bergurau betul-betul di belakang Ryzal.Aku leka memerhati.Sedar-sedar Ryzal pula yang tekun memerhatikan aku.Aku senyum tapi bukan pada Ryzal tapi pada pasangan di belakangnya.
Yess! Aku dah jumpa geng aku.

"Angah! orang nak chow dulu." Aku minta permisi dari angah dan terus bangun untuk berlalu.

"Adik nak ke mana?"

"Adalah..nanti angah balik sendiri tau.Pandai-pandailah cari jalan balik." Aku terus mendapatkan Darwish dan Warda.

"Weh,..korang ni keluar dating tak ajak aku pun." Aku sergah Warda dan Darwish.

"Hang ni sejak bila dah tak reti nak bagi salam ni....."

"Tu,aku nampak lampu hijau di lampu isyarat depan tu,aku jalan la." Belum sempat Warda habis membebel,terlebih dahulu aku menambah asam garamnya.Dah hafal dah ayat selanjutnya.

"Banyak la hang punya lampu hijau." Aku senyum ja,manakala Darwish dah mula gelak sebaik mendengar jawapan aku.

"Hang dari mana ni? Sedaq-sedaq dah tercongak di sini?"

"Tu,aku datang dengan dua orang jejaka di belakang sana." Aku tuding jariku pada angah dan Ryzal.

"Hah!!! Hang ni biaq betoi? Aku ingatkan Daswish ni ja 'boya dua alam',tapi kawan aku yang lagi sorang ni lagi tequk." Warda dah bagi ayat power yang tak pernah berlapik.Darwish plak terus angkat tangan buat tabik polis kat aku.

"Tu la korang mana tau,tu la kepakaran aku yang sebenarnya.Tu baru dua,lepas ni aku nak pecah rekod,nak bawa ermm...5,6,7,8,9,10 sekaligus." Alang-alang Warda dah cop aku macam tu,lebih baik jangan mengaku kalah.

"Mak aii..tu dah tahap boya Pulau Amazon.Spesis ikan pirahna ka apa hang ni?" Aku pandang Warda.Mak aii..mulut,.takdak insuran langsung.Ikan pirahna?

"Banyak la hang punya ikan pirahna.Orang pertama aku nak ngap hang la.Tu angah aku la,a.k.a abang kembar aku Tengku Fazli Adri.Ada faham? Yang sorang lagi tu kawan dia." Warda dah mula sengeh.Macam kerang busuk plak aku tengok.Yang Darwish ni plak dok bantai gelak ja dari tadi.

Bukan salah aku pun.Dah hang yang mula dulu." Darwish toleh belakang,kemudian dia pandang aku.

"Apa pandang-pandang? Ni nampak?" aku ajukan penumbuk pada Darwish.

"Nampak,nampak,..mata aku clear lagi.Hang ada abang kembar ka? Tak tahu plak aku."

"Kenapa? Tak pecaya?" aku tiru iklan tv,sambil lentokkan kepala ala awek ngada-ngada gitu.Sambil tu aku sempat pandang angah dan kawannya.Ryzal dah tukar tempat duduk rupanya.Tak perasan pula aku.Tempat duduk aku tadi dah jadi tempat duduk dia dan ketika aku pandang tadi dia pun sedang pandang aku.Huh!!! Tak faham betul aku.Angah pula buat tak kisah aja.Macam merestui saja.Sporting juga angah aku ni kan.

Aku balik tumpang Warda.Bonceng motosikal dia la,apa lagi.Sampai di rumah aku terus masuk bilik,landing atas katil sambil imbas kejadian di Padang Kota tadi.Segalanya macam tayangan filem yang baru aku saksikan.Ryzal? Macam pernah jumpa.Tapi di mana ya?. Puas juga aku memerah otak berfikir tapi jawapannya tetap tak ku temui.Ahh..biarlah,mungkin perasaan aku saja kot.
Selepas berehat seketika aku masuk ke bilik air untuk menyegarkan badan.Mandi la apa lagi.Selesai mandi aku keluar ke depan.Terdengar mama,opah dan angah sedang berbual.Aku terus terpa ke ruang tamu sambil menyanyi.

Oh dunia ini penuh kepalsuan
oh mungkinkah tiada keikhlasan
apakah ini suatu kebetulan
ku sedar kebesaranmu tuhan
aku bagai...

Lagu Aishah yang aku dendangkan terpaksa di hentikan.Sedang syok dok men'sumbang'kan lagu Aishah baru aku sedar ada tetamu lain yang sama-sama mendengar lagu yang aku dendangkan itu.Malunya aku! Berbahang juga wajahku ini.Patutlah rancak benar mereka berborak.Rupanya kawan angah tadi ada bersama.

"Err..ada tetamu ka? Tak perasan plak tadi." Aku sengeh.Saja nak cover line.

"Adik,meh dok sini." Angah panggil aku sambil menepuk tempat duduk kosong di sebelahnya.

"Tak da maknanya." Aku buat muka blurr.Aku pandang Ryzal.Dia pun pandang aku sambil melemparkan senyuman.Aku toleh ke arah mama.Mama senyum padaku,begitu juga dengan opah ceria semacam saja mereka.

"Tak da makna lagi? Apa yang bermaknanya?" Angah ni depan kawan dia pun nak banyak songeh lagi.Kenapa seluruh keluarga aku ni sporting sangat.Apa la yang istimewa sangat dengan budak Ryzal ni pun aku tak tahu la.Malas aku nak melayan angah aku melangkahkan kakiku menuju ke dapur.Aku hilangkan dahaga tekakku yang haus.

"Bilik air di mana?" Sedang aku asyik minum ada suara yang menyapa.Kalau ya pun bagilah salam dulu.Terkejut betul aku.Dah la termalu tadi tak habis lagi,maunya tersedak tadi bertambah lagi malu aku tu.

"Tak reti nak bagi salam ka?" Wah! Ayat power dah keluar.

"Err..assalamualaikum,.bilik air mana?" Ryzal senyum padaku,aku senyum dalam hati.Bendul juga rupanya mamat ni.

"Waalaikummussalam,.sana tu ha.Masuk kiri,depan tu yang banyak air tu ha,.bilik air la tu." Aku saja nak buat lawak bodoh,nak cover line dua kali terkantoi.

"Terima kasih"

"Sama-sama."

"Sama-sama ja?"

"Habis tu? U'r welcome!"

"Cakap la sama-sama kasih ka." Ryzal berkata perlahan sambil berlalu tapi aku masih dapat menangkap butir bicaranya.Seketika kemudian dia berpatah balik.

"Sedap awak menyanyi tadi.Nak masuk pertandingan menyanyi ka?"Terdengar dia gelak.Muka aku dah berbahang kembali.Grrr!!!

...................................................................................

 Seminggu selepas itu kami mula bekerja.Kerja kilang.Dah tak ada kerja lain yang kami dapat.Kebetulan masa tu kerja kilang saja yang banyak kerja kosong untuk jawatan Operator Pengeluaran.Untuk kerja sementara saja daripada tak buat apa-apa.Aku sekadar kerja untuk suka-suka saja.Kalau rasa tak sesuai dan tak selesa aku akan berhenti dan cari kerja lain.Kalau aku tak kerja pun,tak ada masalah.Duit bukan keutamaan bagiku.Aku cuma nak cari pengalaman.
Hari pertama bekerja memang la kekok sikit.Minggu pertama ni kami kena jadi budak training terlebih dahulu,tapi tak lama la.Menurut penyelia kami cuma selama dua minggu saja sebelum di bawa masuk ke dalam line.Selain Warda ,aku juga dapat kenal dengan kawan baru.Ada dua orang yang paling baik dan sporting iaitu kak Sue dan Eila atau nama penuh mereka Norsuhaila Ahmad dan Norlaila Abd Rahman.Suka betul kami dapat kenal dengan dua orang kawan baru ni.Baru kenal dah kamcing.

Time rehat kami keluar makan bersama.Aku pilih nasi dagang.Saja nak ubah selera.Nampak macam sedap saja ikan tongkol masak lemak cili padi.Masa aku nak bayar makanan aku di tegur seseorang.

"Ehh Lyna,.buat apa di sini?" Aku menoleh,Ryzal rupanya.Takkan dia pun kerja di kilang ni? Aku mula bersoal jawab dalam hati.

"Tengah shopping,tak nampak ka?" Nah! Ambik!!!,.aku bukannya tau nak buat ayat lentok-lentok ni.Sekali aku bagi ayat super power tu.

"Oh,ya ka? Ingatkan tengah sidai kain tadi." Lahh...aku ingatkan bendul.Pandai plak mamat ni putar belit ayat aku tadi.Kena sebijik! Adusss!!!

"Dah la,gerak dulu." Aku pun terus berlalu.Perut aku dah berlagu dangdut.Malas nak melayan.Buang masa!

"Bye sayang!" Ryzal bersuara perlahan.Aku memandang.Dia senyum padaku.Ishh..gatal juga rupanya.

"Sapa tadi tu?" kak Sue menyoal.Kebetulan dia ada di sebelah aku tadi ketika Ryzal menegur.Warda dan Eila turut memandangku minta penjelasan yang sama pastinya.

"Entahlah,tak kenai sangat pun."Soalan boring macam tu jawapannya mesti memboringkan juga.

"Ya ka tak kenai? Tak kenai tapi macam kak Sue dengar tadi dia cakap,'bye sayang',"

"Ha,.Eila pun dengar tadi."

"Aku pun." Warda menambah kata,Nampaknya bukan aku sorang yang mendengar tapi juga ketiga orang teman baikku ini.Kantoi!!!

"Alah,.kawan abang Lyna.Ntah,.tak ingat plak nama pa." Aku buat-buat lupa nanti banyak pula soalnya.

"Oo..yang kita jumpa di Padang Kota ritu kan? Patut la aku macam pernah tengok ja."

"Tau tak pa! Dah,. makan la.Kang habis plak masa rehat ni.Opah aku cakap masa makan jangan cakap. Tak baik." Aku macam biasalah.Malas nak berbual hal-hal remeh macam ni.Saja aku ubah topik.

"Kalau makan sambil pandang orang.Boleh tak?" Warda menyoal sambil sengeh padaku.

"Ikut suka hati hang la,.tercekik karang.Tanggung la sendiri."

"Yang tu hang bagitau sendiri kat marka hang tu."  Aku panggung kepala.Warda muncungkan bibirnya.Aku ikut pandangan matanya.Ryzal sedang memandang kami dari dalam kantin bersebelahan.Aku naik meluat tengok muka dia.Macam nak aja aku masuk dan bagitau dia 'Harap maaf Encik Ryzal,saya ni tunang orang,tak baik Encik Ryzal tenung saya macam tu'.

Balik semula ke bilik training.Minggu seterusnya kami akan mula masuk line.Entahlah aku ni boleh buat kerja ke tidak.Pengalaman pertama pasti sukar.Dalam bilik training ni kami di ajar cara-cara asas bagaimana nak memasukkan PCB dan sebagainya.
Kilang yang aku kerja ni berfungsi memproses alat-alat dalaman komputer.Dari line mesin pengadun PCB,sampailah line untuk memasukkan cover.Aku pun tak pandai sangat sebenarnya.Semuanya serba baru bagiku.

"Lepas dua minggu kita akan masuk linekan? Bagaimanalah agaknya kan?" Eila melahirkan kebimbangannya.Aku pandang kak Sue dan Warda.

"Awat plak kalau masuk line?" Warda bersuara bagi pihak aku dan kak Sue.

"Aku takut barang jammed,tak sempat nak cover."

"Apa susah,jammed kalo hang pi la kantin." Kami pandang Warda.Apa punya pendapat.Bertambah jammed la kalau ditinggalkan line tu.

"Buat apa plak nak pi kantin?" Eila menyoal.Aku dan kak Sue mengangguk mengiakan soalan Eila tu.

"Di kantikan banyak roti.Jem kena la makan dengan roti." Warda mengulum senyum.Kami pakat sengeh.Faham dengan maksud Warda.Tak ada benda lain Warda ni.Orang tengah serius boleh lagi dia nak buat lawak.Kalau dia serius orang buat lawak pandai pula dia nak mengamuk.Aku geleng kepala.Warda,.Warda,..

Beginilah kehidupan aku yang baru.Teman-teman di sisi sentiasa membuatkan aku menjadi ceria.Akhirnya seminggu pun berlalu.Hari cuti adalah hari yang di tunggu untuk merehatkan badan.

Hari ahad adalah hari enjoy sedunia.Usai solat subuh aku tidur balik.Kalau nak di ikutkan opah tak suka aku tidur selepas subuh.Tak masuk rezeki.Katanya lagi Malaikat rahmat tak masuk rumah.Memandangkan hari ini hari cuti,aku nak bayar hutang.Lewat sikit tak apa kot!
Baru saja nak terlelap handphone aku berbunyi.Malas aku melayan aku biarkan saja.Di awal pagi ni siapalah yang nak calling-calling plak!.Aku malas nak fikir banyak aku terus sambung tidur.
Tengah sedap aku tidur aku di kejutkan lagi dengan muzik yang sama.Mulanya aku ingatkan aku bermimpi.Dalam keadaan separuh sedar aku capai handphone di atas almari solek di tepi katil.Aku onkan dan aku lekapkan handphone di telinga.

"Hello."

"Assalammualaikum." Kedengaran suara di hujung talian.Suara lelaki.

"Waalaikummussalam."Aku jawab lemah.

"Baru bangun tidur ke sayang? Tak baik tau nanti rezeki tak masuk rumah." Aku terus celik mata luas.Sayang???

"Siapa ni?" Sengaja aku kuatkan suara.Berani-berani saja nak panggil aku sayang.

"Teka la." Aku dah mula nak hangin satu badan.Dah la kacau aku tidur.Nak kena teka-teka bagai.

"Bagitau aja la,.off handphone karang." Taktik mengugut.Mana tau kot-kot berkesan.Aku pun malas sangat nak melayan ni.

"Garang betul Lyna ni kan? Dengan tunang sendiri pun nak menyombong ker?" Gulp!..Apa dia cakap? Tunang? Uwaa..time ni aku dah mula nak mengelabah sakan.Hilang rasa mengantuk dalam sekelip mata saja.

"Err..sorry.Mana dapat no handphone ni?"Aku ubah nada suara.Dah kena cop garang tu,ehh..tapi apa bukti dia tunang aku.

"Mana lagi.Bakal abang ipar la yang bagi."

"Siapa?"

"Lyna ada berapa orang abang ni?"

"Sorang."

"Habis tu?"

"Apa bukti awak ni tunang Lyna?"

"Bukti apa yang Lyna nak?"

"Err..sebutkan nama penuh awak.Nama penuh bakal abang ipar awak tu jugak." Aku terdengar dia tergelak di hujung talian.Bila pula aku buat lawak?

"Lyna,Lyna."

"Awat plak? Bagitau saja la."

"Agaknya kalau abang sebut.Sayang pun lupa nama tunang sayang tu,.sayang tahu ker nama tunang sayang tu?'' Meremang bulu tengkuk aku.Dah ber'abang' ber'sayang' plak.Soalan aku tak di jawabnya juga.

"Tau la!!! awat tak tau plak." Temperature aku dah naik sekali lagi.Aku off jugak handphone ni kang.

"Jefryzal Andrian and nama bakal abang ipar abang, Tengku Fazli Adri.Nama bakal kakak ipar abang Tengku Farah Hani.Nama bakal abah mentua abang Tengku Ismail Tengku Sulaiman dan nama bakal mak mentua abang Siti Fauziah Hanim.Puas hati." Panjang berjela,habis semua nama kaum keluarga aku di sebutnya.

"Perli nampak?" Dia gelak lagi.

"Mana ada,Lyna nak buktikan,.dah cukup bukti tu?"

"Err..." Aku jadi kelu tiba-tiba.

"Lyna,kenapa diam?"

"Tak ada apa,Lyna nak sambung tidur la.Semalam tidur lambat Lyna tengok mignight movie." Hentam sajalah!

"Lahh..nak tidur lagi? Hmm..ya la."

"K,bye."

"Err..kejap! Nanti kita keluar." Uwaaa..dia ajak aku date ka?

"Lain kali sembang lain,k." Aku terus putuskan talian.Zalim jugak aku ni kan? Hahaha...
Kena jual mahal dulu.Ni anak mami tanjung tau!!,.bukan senang nak ajak keluar date!

Selepas berbual dengan Jefry tadi a.k.a tunang aku tu,aku betul-betul tidur balik.
Pukul 10.00 pagi baru aku tersedar.Nyenyak betul aku tidur,tak sedar matahari dah meninggi.Aku mengeliat malas di atas katil,sambil exersice ringan,melegakan urat-urat saraf.Perut pun dah berlagu minta di isi,selepas ke bilik air,mencuci muka dan memberus gigi aku melangkah ke dapur.

"Dah mangkit pun,awai cucu opah mangkit hari ni." Opah membuka buah mula.Ayat berkias.Aku sengeh saja.

"Lapaq la opah!!!.Opah masak pa pagi ni?" Aku peluk opah dari belakang.Nak bermanja dengan opah sekali sekala.Sejak bekerja ni aku jarang dapat bermanja dengan opah.Pagi kerja sampai petang.Dah malam penat sangat,jadi aku tidur awal.

"Ishh..anak dara bertuah ni!!,.sepatutnya dia yang masakkan untuk opah.Ni dah terbalik kot.Kahwin esok makan kedai la jawabnya." Alamak! Opah ni,. lagi-lagi cakap pasal kahwin.Malas plak nak dengar.Aku buka tudung saji di atas meja dan mula mencapai pinggan di atas rak dapur.Sedap betul masakan opah.Nasi lemak dengan sambal ikan bilis aku kunyah perlahan.Orang kata kalau makan kena kunyah 44 kali baru makanan cepat hadam.Sunnah tu!

Selesai makan aku tolong opah mengemas rumah,mencuci baju dan sapu halaman.Kesian opah sejak aku bekerja kadang-kadang saja aku tolong opah mengemas.Letih sangat bekerja sampai dah tak ada tenaga lagi nak tolong opah.

Selesai semua kerja aku berehat sebentar sebelum ke bilik air membersihkan diri.Selepas mandi aku menuju ke dapur.Ingatkan nak tolong opah memasak tapi sebaik saja keluar dari bilik aku terdengar opah sedang berbual dengan seseorang di ruang tamu.Aku menjengah ke ruang tamu.

"Lyna,.ada orang cari Lyna ni." Opah memanggilku.Ryzal menoleh,memandangku dan tersenyum.Aku buat selamba.Nak tunjuk ex la konon.

"Buat apa mai?" Aku mula menyoal.Opah pandang aku semacam.

"Orang tu mai,nak jumpa dia.Bukan nak tanya habaq.Dah la duduk dulu Jeff.Opah nak ke dapur.Nanti jangan balik pulak.Makan nasi di sini.Nanti opah masak specel." Aku dah mula pelik.Kenapa opah panggil Ryzal ni Jeff,siap pelawa makan lagi.Aku pandang Ryzal minta kepastian.Dia buat tak faham.Asyik sengeh saja memanjang.Macam la handsome sangat! Rasanya lagi handsome Shah Rukh Khan..hahaha.

"Awat opah pangge awak Jeff?" Siri penyiasatan pun bermula.

"Nama tunang Lyna apa?" Soalan aku di balas dengan soalan.Aku buat muka tak puas hati.

"Minta i.c,nak tengok!" Dengan berani aku bersuara.Ada plak minta i.c.Macam polis pencen la plak!

"Nak buat apa? Birthday lambat lagi la!" Dia nak main sorong tarik plak dengan aku.Malas betul!

"Dah la,.nak tolong opah masak." Aku bangun dan berlalu ke dapur.

"Buat pa mai sini? Mana Jefry?Dah balik ka? ''Opah bertanya.Macam mata-mata gelap plak.Time ni lah aku nak ambil kesempatan untuk jadi penyiasat persendirian.

"Awat opah pangge kawan angah tu Jefry?Opah kenai ka?Apa nama betoi dia?" Opah pandang aku.Macam cuak semacam ja aku tengok.Opah tampar aku perlahan.Aku angkat kening pada opah,nakkan jawapan.

"Awat hang jadi lagu ni? Tu kan ka tunang hang! Awat hang cakap kawan angah hang plak?"

"Ryzal tu ka???" Aku dah melopong.Tak percaya.Aku tepuk dahi.Patut la macam pernah tengok.Sejak bila pula aku jadi nyanyuk ni.

"Bukan ka nama tunang hang tu Jefryzal? Hang dah lupa ka?"

"Bukan lupa.Cuma tak ingat ja!" Aku cuba membela diri.

"Laa..hang buat apa mai sini? Dah..pi dok dalam nu.Hang ni Lyna pi la nyembang dengan Jeff.Kesian kat dia takdak orang nak nyembang dengan dia." Opah memberi arahan mandatori.Masa mana pulak la dia ni datang.Tau-tau dah ada di belakang.Jangan-jangan dia dengar tak apa yang aku bualkan dengan opah tadi.
Aku malas nak fikir banyak.Kalau dia dengar pun biarlah.Bukan salah aku pun.Dah lama kami tak jumpa.Mana aku nak ingat sangat.Sedangkan semua yang berlaku bukan kehendak aku pun.Patut la berani ja dia panggil aku sayang walaupun baru jumpa.Tapi,.sayangkah dia padaku? Confused!!!

Seperti permintaan opah hari ni Jefry makan tengahari bersama kami.Ramah opah melayannya.Aku pula yang diam seribu bahasa.Dalam aku nak melarikan diri kini aku terjerat.Tunang yang aku tak suka dah ada di depan mata dan kami satu tempat kerja.Suratan takdir tiada siapa yang menduga.Andai dia memang jodohku biar Allah yang menentukan.Sejauh mana pun aku berlari kami bertemu juga.Andai dia memang untukku moga Allah bukakan pintu hatiku ini untuk terima dia seadanya.

Malam,aku terima panggilan lagi dari Jefry.Aku tak tahu apa perasaan aku.Suka atau tidak.Yang pasti aku keliru sangat-sangat!

"Dah nak tidur ker?"

"Belum."

"Buat apa tu?" Jefry ni hobi dia memang suka menyoal gamaknya.Layan aja la.

"Buat-buat CERDIK la,..tengah terbang di awan biru,lawat bintang dan bulan," Aku senyum sendiri.Tanya la jugak.Dah tau aku tengah cakap dengan dia masih nak tanya lagi.

"Hmm..ya la tu!,.pergi la tidur!!! Esokkan kerja!"

"K."

"Nite sayang!,.miss you." Tu dia! ayat cintan dah bunyi.Baru petang tadi jumpa.Malam dah rindu? Biar betul dia ni!
Resah gelisah jiwa aku malam ni.Tak dapat aku nak lelapkan mata biar puas sudah aku memujuk diri.Aku capai handphone dan cari nama Warda.Aku terus call dia.

"Assalammualaikum Warda,hang dah tidur ka? Aku tak boleh nak tidur la malam ni,''

"Waalaikummusalam,.tak menyempat-nyempat.Kalau ya pun tak boleh tidur bagi la aku jawab salam dulu." Aku dengar Warda gelak.Gelaklah Warda puas-puas.

"Dah jawabkan so?"

" So what?"

"Whatever."

"Pehal ni?,.macam tak da mod ja?" Kau baru perasan ke Warda.

"Aku malas la nak pi reja esok."

"Awat plak?"

"Ntah."

"Pi la,.satgi marka hang tu rindu plak kalau hang tak pi." Aku dengar Warda gelak lagi.Macam tau-tau saja Warda ni.Kalau la dia tau yang dia kata marka tu bakal suami aku.Habislah!!!

"Banyak la."

"Tu dia!!,.berapa orang?"

"Berapa orang pa?"

"Marka hang la!!!,.kata banyak." Warda ni mula la tu nak bikin temperature aku naik.Meletup karang baru dia tau langit tu tinggi ka rendah.

"Dah la!!,.malas nak cakap lagi.Loyar buruk!"

"Beli la yang baru."

"Aku hempuk juga dia ni kang."

"Hempuk la!!,.tak sakit pun." Aku dengar Warda gelak lagi.

"Dah la!,.aku nak tidur."

"Tiduq la!!!,.ada aku larang???"

"Wardaaa..." Aku dengar Warda gelak lagi dan aku turut sama tergelak.Wardalah kawan yang mampu buat aku ceria.

..............................................................................

Aku pergi kerja seperti biasa hari ini.Niat nak ponteng terpaksa aku batalkan.Betul kata angah aku perlu beri peluang pada diri sendiri untuk mengenali Jefry.Untuk apa aku nak melarikan diri lagi.Aku harus terima kenyataan dia sudah ada di hadapanku dan aku perlu berhadapan dengannya secara matang.Ermm..aku kan tunang dia.Kenapa harus aku takut?

Usai solat subuh aku bersiap.Sekejap lagi mesti warda sampai.Kami naik motor saja hari-hari.Bukan tak ada pengankutan,tapi kami yang tak mahu.Senang kalau naik kenderaan sendiri.Boleh melencong ke mana-mana kalau balik kerja awal.Mama pernah cakap kalau aku nak dia boleh belikan aku kereta tapi aku menolak.
Opah pada mulanya menentang habis-habisan.Bimbang kalau kami pulang lewat malam,membahayakan diri.Macam biasa aku berjaya memujuk opah kerana aku hanya ambil shift siang saja.Aku dah janji dengan opah takkan ambil overtime sampai lewat malam.

"Aku ingat,aku nak berhenti reja la." Warda memulakan mukadimahnya pagi itu sebaik saja motornya di parkingkan.

"Pasai pa plak?Dia yang beria-ia ajak orang reja,dia plak nak berenti." Aku soal Warda tak puas hati.Nanti aku nak pergi kerja dengan siapa pula.

"Kakak aku ajak aku reja di Cameron.Jom la hang ikut aku sekali."

"Best tu!!!,.tapi aku tak sanggup la nak tinggal opah sorang-sorang." Aku tayang muka sedih.

"Yang tu,.tak dapek la eden nak nolongnyer." Warda ni dah ubah dialog la plak.Macam-macam la.

"Sedeynya aku,.nanti hang takdak aku takdak lagi kawan nak melawak." Aku pandang Warda.Sayu sangat!!

"Eleh..saja la tu!,.macam la di kilang ni kita berdua ja yang ada.Kak Sue,Eila lagi.Kawan-kawan lain lagi.Ha,.lagi sorang,marka hang tu,nama pa?" Aku beliakkan mata pada Warda.Konon tengah marah la tu.

"Sekali lagi hang cakap marka,hang siap!" Warda pulun gelak.

"Eleh..tak takut,marka,marka,marka..." Berulangkali pula Warda menyebut.Saja nak sakitkan hati aku.

"Marka sapa?" Terdengar suara menyapa dari belakang.Kami sama-sama menoleh.Jefry sedekahkan kami senyuman di awal pagi.

"Tak ada la,err..encik??"

"Ryzal."

"Oh..Ryzal rupanya." Aku cubit Warda.Ada la tu,idea dia nak kenakan aku.

"Macam ni Encik Ryzal.Saya nak berhenti kerja minggu depan,tu yang cakap kat Lyna ni.Kalau nak mai reja nanti bleh mai dengan marka." Warda sengeh sambil memandang aku.Aku cubit Warda kuat.Mengada-ngada betul.

"Ouchhh." Warda mengaduh sakit.Padam muka!

"Habis tu selama ni mai reja dengan apa?" Jefry tanya sambil pandang aku, tapi Warda yang tolong jawabkan.

"Dengan saya."

"Naik apa?" Banyak soal plak mamat ni!

"Naik motor!" Warda jawab lagi sambil buat gaya pegang handle.Siap gaya pulas minyak lagi.

"Tak apa la,.lepas ni boleh mai dengan saya plak." Aku dengan Warda serentak pandang Jefry.Warda dah mula sengeh semacam.Aku buat muka.

"Jangan harap!"  Aku bersuara akhirnya.

"Kenapa?Tak sudi?"

"Tau tak pa!" Kami berbalas kata.Warda dah mula gelak mengekek.Aku jeling Warda.

Akhirnya kami berpisah selekoh,Aku dan Warda menuju ke kantin.Jefry aku tak tahu sebabnya aku malas nak ambik tahu.Lepas ni aku tak tahu lagi apa nasibku.Hampehh Warda ni!!!

................................................................

Warda berhenti kerja juga akhirnya.Saranan Jefry untuk pergi kerja bersama dengannya aku tolak mentah-mentah.Bukan tujuan aku nak keras kepala.Jauh sekali nak mempertahankan ego aku.Tapi aku nak jaga nama opah.Mana tahu nanti masyarakat sekeliling bawa mulut.Tak pasal-pasal jadi fitnah.Biarlah apa tangapan Jefry pada aku.Semalam dia telefon aku lagi.Ajak keluar,tu pun ajakannya aku tolak.
Sedang aku berfikir tentang apa kesudahannya hubungan kami handphone aku berbunyi.Aku capai dan aku belek nama pemanggil.Dia lagi!,.sejak akhir-akhir ini semakin kerap pula dia menghubungi aku biar pun aku layan dia biasa-biasa saja.

"Hello." Aku jawab juga walau malas melayan.

"Sayang..tak tidur lagi?" Ishh..apa punya soalan.

"Dah tidoq la ni!!!,.ni tengah bercakap dalam mimpi." Tanya la jugak.Aku dah la tengah tak ada mod ni.

"Amboi..macam tu plak."

"Habis tu,.kalau dah tidoq.Takkan boleh jawab call lagi." Aku mengeluh perlahan.Suasana tegang sudah dapat aku rasakan.

"Ya la tu!!,.abang salah tanya.Esok hari minggukan. Kita keluar?" Ajak keluar lagi.Dia ni tak jemu ke?

"Malas."

"Lyna,.payah sangat ker nak setuju.Cuma nak keluar jalan-jalan jer kan?"

"Dah malas nak buat macam mana." Aku baringkan diri.Aku pandang syiling bilik.Dalam masa yang sama handphone masih aku lekapkan di telinga.

"Abang dah tak tahu nak buat macam mana lagi.Kenapa Lyna benci sangat dengan abang ni?" Eh,.dia ni bila masa plak aku cakap aku benci kat dia.Sedap saja nak tuduh aku macam tu.

"Mana ada? Bila masa plak? Orang bukan benci orang cuma malas nak keluar ja.Faham tak? Malas! Bukannya benci!!!.Okey la orang nak tidoq dah,ngantok." Aku sengaja cari alasan.Aku cuma takut lagi panjang kami berbual lagi saling melukai.Aku bukan tak sukakan dia tapi aku baru nak belajar mendidik hati untuk terima dia.

"Okey,. fine!!!.Tidurlah puas-puas.Mulai malam ni abang takkan kacau Lyna lagi.Selamat berbahagia!"

Tuttt!!!
Talian di putuskan.Aik! Marah ker? Aku mengeluh untuk ke sekian kalinya.Kenapa dia tak mahu mengerti hatiku.Berilah masa untuk aku terima dia.

Malam ni mata aku payah benar nak lelap.Entah kenapa hati aku ni rasa sakit sangat.Sepatutnya aku gembira bila dengar dia cakap dia takkan ganggu aku lagi,tapi sebaliknya yang terjadi.Sesak nafas aku jadinya.Rasa macam padat sangat.Pedih,terhiris.Warda,. kalau la kau ada pasti kau akan ceriakan aku.Aku teringatkan Warda.Aku capai handphone kembali.Aku cari nama Warda.Kali pertama tak bersambut.Ke mana la Warda ni.Takkan panggilan aku pun dia tak nak jawab.Aku tak putus asa.Aku call lagi.

"Hello,.ni apa mimpi ni malam-malam call aku?"

"Hesy..minah senget ni.Dah tak reti nak bagi salam dah ka."

"Apa?Wey.."

"Assalammualaikum." Sebelum Warda terus membebel lebih baik aku yang bagi salam dulu.

"Waalaikummusalam." Warda gelak di hujung talian.Aku turut tersenyum.

"Pehal hang call aku? Hang rindu aku ka? Aku rindu hang jugak."

"Eleh..jangan-jangan hang dah lupakan aku." Sengaja aku sakat Warda.

"Kalau tak percaya ambik kapak blah la dada aku ni."

"Mana bleh!,.satgi hang mati aku tak ada kawan la."

"Alah,.abang Ryzal kan ada?"

"Cehh..jangan kau sebut nama dia lagi." Aku saja nak buat lawak.Sakit semacam ja hati aku ni bila dengar nama dia.

"Awat plak? Hang dah dapat marka baqu ka?"

"Dah la!!,.tukaq topik la wey,.boring la sembang pasai marka-marka ni."

"Baiklah,tuan puteri,intan belian,intan payung.Eh, hang nak tau dak aku jumpa sapa di sini?"

" Hang jumpa sapa? "

"Teka la!" Arghh.. Warda ni!!!

"Aku malas la nak main teka-teka ni bukannya dapat hadiah pun."

"Tapi kalau hang teka betoi.Aku gerenti bagi hadiah."

"Hadiah pa?"

"Penginapan di rumah sendiri seumur hidup." Hampeh punya kawan.Sempat lagi tu.

"Dah la,.tak mau main-main lagi.Cepat bagitau kebetulan aku pun ada benda nak bagitau hang ni." Aku sengaja tarik minat Warda.

"Aku jumpa Darwish."

"Laa..boya dua alam tu buat apa kat situ?" Kami sama-sama gelak.Warda paling sakan pulun gelak.

"Dia reja la,.jadi penyambut tetamu di Hotel di Cameron ni.Aku pun terkejut first jumpa dia."

"Awat plak."

"Hensem wa cakap lu.Aku pun nyaris tak kenai."

"Tapi hang masih kenai dia lagikan?"

"Mesti la!,.hah! sekarang cakap hang nak kongsi apa dengan aku tadi."

"Tak ada apa pun.Aku saja ja klentong..Okey Warda aku ngantuk la." Aku tergelak kerana dapat kenakan Warda.Aku dengar Warda membebel di hujung talian.Aku gembira bila talian di tamatkan.Seronok berbual dengan Warda.Celotehnya buat aku ceria dan aku tak tahu masa mana aku terlelap.

 Hari berganti hari.Masuk hari ini dah dua minggu Jefry tak hubungi aku.Macam kehilangan sesuatu.Rasa pedih dan sakit hati tu dah bersatu dalam hati aku ni.Aku tanya diri.Sudah adakah perasaan sayang aku padanya? Jawapanku.Aku sendiri tak pasti.

Line kami down hari ini jadi supervisor line bawa kami ke stor untuk buat barang re-work.Bukan semua kena pergi ke stor,sesetengahnya kena di hantar ke line lain untuk membantu apa yang patut.Apa yang tak seronok di stor ini aku dah terpandang sesuatu yang tak sepatutnya aku pandang.Kelibat Jefry yang mesra berbual dengan gadis lain.Ayu gadis tu.Putih gebu,comey sangat.Tersentak juga hati aku ini bila melihat kemesraan mereka.Sebetulnya Jefry hanya buat praktikal di kilang ini,bahagian mesin sebagai engineer.Dia pernah bagi tahu pada aku dia datang ke sini hanya nak dekatkan diri dengan aku.Sebetulnya dia masih belajar di Kolej di Kuala Lumpur.
Pelajar lagi dan dia juga senasib dengan aku untuk terima pertunangan ini tanpa pilihan.Bila melihat kemesraan dia bersama gadis lain,aku terfikir adakah kerana aku selalu mengelak maka hati dia sudah beralih arah.Begitu mudahkah untuk mencari penganti??? Aku cuba kuatkan hati.Cuba menahan air mata yang sudah bergenang.Aku tarik nafas perlahan.

"Lyna,berangan apa ni?" Kak Sue cuit lenganku,aku berkalih dan memandang kak Sue.

"Buat reja sambil berangan noh,.kak Sue pange pun tak beralih." Aku senyum.

''Mana ada,Lyna tengah kusyuk buat reja,sebab tu tak perasan."

"Ya la tu,.dari tadi lagi dok belek PCB yang sama ja.Tu penanda reject tu pun tak terkalih.Okey ka tak PCB tu?" Aku sengeh lagi,nak tutup malu sebab dah tertangkap cuai menjalankan tugas.

"Err..tadi kak Sue pange nak buat apa?''

"Hari minggu ni kami nak pi berkelah.Lyna nak ikut?"

"Di mana tu?"

"Titi Hayun Yan."

"Jauh tu kak Sue!!,.mau sehari jugak pergi balik tu.Tak ada tempat yang dekat sikit ka?" Aku masih bersoal jawab dengan kak Sue.Dalam keadaan aku macam ni, aku memang perlukan ketenangan dan beriadah itu bagus untuk aku tapi tempat pula jadi masalah.Jauh sangat,kesian plak opah sorang-sorang di rumah.

"Abang Zul yang pilih tempat tu.Orang tua abang Zul ada dusun di situ.Nanti boleh la kita cekik puas-puas."

"Hiesy...kak Sue ni pantang dapat makan Free."

"Hah!,. Bila lagi,time ni la kita nak merasa.Dah ada peluang sambar ja la.Jom la Lyna,.tak best la kalau Lyna tak ada."

"Nanti la Lyna balik bincang dengan opah dulu." Kalau harapan kak Sue setinggi gunung untuk aku ikut bersama.Begitu juga dengan aku ,cuma harapan aku untuk ikut bersama Cuma setinggi Gunung Jerai.Tak mampu yang tinggi sangat takut kalau jatuh terus berkecai.

Malam tu aku berbincang dengan opah tentang hasrat aku nak pergi berkelah tu dan opah mengizinkan aku pergi.Malam tu juga aku termenung panjang bila hati dan fikiran aku masih terkenangkan kemesraan Jefry dengan gadis ayu tu.Sudah pandai cemburukah aku? Siang tadi seharian aku buat kerja di stor.Bukan aku tak perasan Jefry tu buat macam aku tak wujud saja,seolah-olah macam dia tak kenal aku langsung.Macam nak saja aku telefon dia tapi hati aku menghalang.Aku takut sebenarnya.Apa penerimaannya nanti?Jangan-jangan dia akan cakap dia tak kenal aku.

Ahhh...sakit sangat kalau itu yang bakal berlaku.Sakit??? Kenapa aku harus sakit? Bukankah aku tak suka dia? Bukankah aku jadi rimas setiap kali dia hubungi aku sebelum ni? Aku berperang dengan perasaan sendiri.Rindukah aku pada dia? Ya! Aku dah mula rindukan dia.Rindu sangat-sangat! Aku mengeluh lagi dan airmata terus jatuh berguguran.Terseksa!Aku pun dah pandai layan lagu jiwang.Lagu Rindu serindu-rindunya dendangan kumpulan Spoon ku dengar berulangkali.

Aku tidur malam ini bertemankan airmata.Andai ku tahu betapa sakitnya cinta pasti aku tak ingin mencintai.Andai ku tahu betapa deritanya merindu pasti takkan ku serahkan hati ini.Mengapa perlu adanya rasa sayang di saat dia menyepi? Mengapa perlu hadirnya rasa kasih di saat dia menghindari? Untuk apa aku terus bermadah cinta andai dia sudah pergi dari sisi? Tegakah aku melepaskan dia? Ohh tidak! Aku tak rela kehilangan dia!

.............................................................

 Hari minggu,seperti yang dirancang kami akan pergi berkelah di Titi Hayun Yan.Sebelum bertolak aku tinggalkan pesan pada Mak Limah jiran sebelah rumah supaya tengokkan opah ketika ketiadaan aku.
Pukul 10.00 pagi kami baru bertolak.Sebiji bas penuh.Selain line kami,ada juga dari line lain yang join sama.Jefry pun ikut serta termasuk gadis ayu yang mesra sangat dengan dia tu.Nasib baik kak Sue dan Eila pun pergi sekali jadi aku ada juga geng.Dalam bas aku berpasangan dengan kak Sue manakala Eila berpasangan dengan Shimah,kawan satu line kami juga.Jefry pula selamba berpasangan dengan gadis ayu tu.Aku dapat tau nama dia Erra.Macam Erra Fazira la plak!
Memang! Hati aku ni terluka sangat melihat kemesraan mereka,tapi aku pendamkan saja.Kalaulah ada Warda tentu dia mampu mengubati kelukaanku ini.

"Tu bukan budak yang selalu dok tengok Lyna ka?" Kak Sue mula bertanya,mungkin baru terperasan kelibat Jefry.

"Tak tau la kak Sue.Tak kenai!" Bengkek betul hati aku ni!

"Betul Lyna! Cuba tengok betul-betul."

"Taklah! Pelanduk dua serupa tu kak Sue." Aku cuba nafikan hakikatnya walau hati aku sendiri yang terluka.

"Ya ka? Awat dengan Lyna ni,macam orang putus cinta ja?"

"Nampak sangat ka kak Sue?" Kak Sue senyum.Penuh bermakna.

"Kan betul kak Sue cakap,.dah la,pi satu cari ja yang lain." Aku mengeluh perlahan.

"Ntah la!!,.malas nak fikir pasai jodoh ni."

"Lyna muda lagi!,.cantik!!.Tentu ada yang masih berkenan.Alah! Jangan fikirlah,'' Kalaulah aku dapat ceritakan pada kak Sue,apa sebenarnya hubungan aku dengan Jefry,alangkah baiknya.

Tepat pukul 12 tengahari barulah kami sampai ke tempat yang di tuju.Titi Hayun Yan,terletak di kaki Gunung Jerai dalam daerah Yan di negeri Kedah Darulaman dengan gelaran Jelapang Padi.Ramai betul penggunjung hinggakan payah nak cari tempat parking.

"Cantik juga tempat ni kan?" Kak Sue bertanya sambil memandang sekeliling.

"Boleh la."Aku jawab malas.Di depan sana Jefry dan Erra jalan berduaan,bergurau dan bertepuk tampar.Berbulu mata aku yang menengoknya.

"Awat ni?Macam tak ada mod ja?"

"Ntah la!,.nak mai period kot!" Aku jawab pantas pertanyaan kak Sue.Langsung tak fikir apa dah.Otak tengah serabut mana sempat nak fikir.Aku langsung tak enjoy dengan perkelahan ini.

"Dah,.jangan layan perasaan sorang-sorang di sini.Jom mandi!!." Kak Sue mengajak aku sambil berlalu masuk ke dalam air.

"Tiba-tiba rasa tak sedap badan la.Seram sejuk ja,.kak Sue ja la yang mandi." Aku beralasan.Aku duduk saja atas batu tepi air terjun.Sedang leka melayan perasaan abang Zaki tecnician line kami datang dan menegur aku.Abang Zaki ni tua tiga tahun saja dari aku.Masih solo lagi.Yalah,.muda sangat lagi.Tapi wajahnya nampak lebih matang dari usia sebenar.Berkumis nipis dan berkulit kuning langsat.Sedap juga la mata memandang.Dia mengambil tempat di sisi aku.Aku pandang dia dan melemparkan senyuman.Dia turut membalas senyumanku.

"Tak mandi ker?"

"Malas la!"

" Nape?"

"Saja." Sepatah-sepatah saja aku jawab.Ntah macam mana aku tertoleh pada Jefry.Tajam renungannya padaku.
Aik! Takkan cemburu kot? Time ni lah tiba-tiba aku dapat satu idea nakal.Aku terus layan abang Zaki.Dari berborak biasa,kami berborak pasal diri masing-masing plak.Baru aku tahu abang Zaki ni orang Temerloh Pahang.Patut la percakapan dia lain sikit.Jauh betul merantau cari kerja.

"Lyna orang mana?"

"Abah orang Kuala Kangsar.Mama Kepala Batas,.tapi Lyna lahir Di Kuala Lumpur."

"Habis,.sekarang tinggal di mana?"

"Dengan nenek sebelah mama, di Kepala Batas Seberang Prai."

"Ohh..patutlah! Kenapa tak tinggal dengan mak ayah ja?"

" Nak teman opah,kesian opah tinggal sorang."

"Opah? Macam orang perak ja? Nape panggil opah?"

"Ntah!,.Lyna ikut ja along dengan angah." Kami terus berborak hingga tak sedar masa terus berlalu.Sekali sekala kami sama-sama gelak bila ada yang mencuit hati.Abang Zaki ni pula lebih banyak menyoal dari menjawab.Dia tanya aku macam nak interview calon isteri plak.Aku suka berborak dengan dia.Pandai juga dia buat lawak.Sedang kami asyik berborak tu Jefry datang menghampiri kami.Sedap saja dia duduk bertenggek atas batu sebelah aku.Aku beranjak sikit.Cuba menjarakkan diri dari dia.Sekarang ni aku macam di apit oleh dua lelaki.Dengan Jefry aku buat selamba saja.Aku lebih tumpukan perhatianku pada abang Zaki.

"Rancak ja berbual? Boleh join?" Jefry pandang aku dan abang Zaki silih berganti.Aku buat muka bosan.Aku pandang kak Sue dan Eila yang sedang beremdam dalam air.Dah tak peduli lagi dengan dunia keliling.

"Bual apa tadi?" Jefry bertanya.Aku buat-buat tak dengar.Aku tahu dia sedang pandang aku tapi biarlah!

"Saja,.ni ha dok interview Lyna ni.Mana tahu kot-kot boleh di buat calon isteri." Spontan aku tergelak.Aku tahu abang Zaki ni memang suka bergurau.Berubah juga wajah Jefry.Mendung semacam saja.Orang lelaki ni ego mereka tinggi.Mungkin dia rasa tercabar.Ya la kan tunang sendiri bergelak ketawa dengan lelaki lain.Aku pula memang sengaja nak balas demdam.Hmm..tu baru seri.Perbualan aku dengan abang Zaki tadi terus berlangsung,walau Jefry ada disebelah dengan muka yang dah mendung tu aku tetap buat selamba.

"Ada-ada ja la abang Zaki ni.Ehh..cuaca tiba-tiba mendung ja kenapa erk?" Jefry pandang aku.Serius saja muka dia.Mungkin dia perasan aku menyindir dia.

"Dalam hutan Lyna memang la nampak mendung.Sejuk walaupun dah tengahari." Abang Zaki bersuara menjawab pertanyaanku tadi.Kesian abang Zaki tak pasal-pasal dah jadi mangsa di peralatkan.

"Ohh..mudah-mudahan tak hujan la ya." Aku masih tak berpuas hati.Orang di sebelah aku sindir lagi dan abang Zaki terus menjawab untuk aku.

"Cuaca panas terik kat luar sana Lyna.Disini ja teduh." Aku senyum.Abang Zaki pandang semacam saja padaku.Mungkin dia rasa pelik dengan ayat-ayat aku tu.Aku tak heran yang penting orang sebelah ni faham maksud aku.

"Lyna,.. berapa umur Lyna sekarang?" Abang Zaki dah mula bertanya kembali.

"Aikk! Tak habis lagi ka abang Zaki? Lyna dah nak masuk 20 dah,tapi masih nak belajar lagi.Lyna reja sementara ja ni."

"Oo..masih belajar!!,.ingat nak bawa rombongan gi minang dah tadi."Aku terus gelak besar.

"Boleh aja kalau nak.Lepas kawin pun boleh belajar lagi pa.Lyna pun solo lagi ni." Aku sengaja membakar hati Jefry.Ayat biar power beb!

"Betul ker ni? Tak per bulan depan juga abang Zaki hantar rombongan." Aku gelak lagi,dalam hati dah mula musykil,abang Zaki ni betul ke main-main.Tapi ,memandangkan aku sedang berlakon aku teruskan juga.

"Bulan depan?Awat lambat sangat tu?Minggu depan tak boleh ka? Kawin terus la!!!" Aku pandang Jefry.Nak tengok reaksi dia.Dia dah mula nampak mengelisah.Dah macam kucing nak beranak plak aku tengok.Macam tu pun nak ambil serius.Relax la bro! Aku gelak dalam hati.

"Dah tak sabar sangat ker nak dapat title isteri?Bukan muda lagi ka? Tak bersedia lagi ka?" Sedap saja dia soal aku.Suara pun dah kasar semacam saja.Aku pandang abang Zaki.Haruskah aku teruskan lakonan ini?Buatnya abang Zaki ni serius.Masak aku.

"Kalau Lyna dah habaq macam tu,esok jugak abang Zaki hantaq rombongan.Siap bawa Tok Kadi lagi.Kita nikah terus la no?" Tu dia! Siap cakap utara lagi.Aku bantai gelak.Malas nak fikir banyak,aku ambil mudah.Abang Zaki sekadar bergurau saja.

"Okey set!!,.janji esok tau jangan mungkir janji plak." Aku gelak lagi.Abang Zaki pun sama.Saja aku tunjuk wajah ceria.Walhal orang sebelah aku nampak tegang semacam saja.

"Dah gatai sangat la tu?" Jefry menyampuk di celah gurauan kami.Aku pandang Jefry.Keningku di jongketkan sikit.

"Kau ni pehal? Tu,awek dok sorang-sorang tu,pi la teman.Yang menyibuk di sini,apa kes?''Ambik! Kan dah kena sebijik.Yang kau dok mengayat gadis ayu tu aku tak kacau pun.Yang aku kena ayat ni suka-suka hati dia saja nak mencelah.

"Cemburu!"Jefry berkata lagi.

"Tak da maknanya" aku balas,sedikit keras.

"Cemburu la tu?" Jefry masih nak cari pasal.

"Jangan perasan boleh tak? Apa kes aku nak cemburu?" suaraku dah semakin kasar.

"Ngaku aja la!" Jefry bersuara lagi.Temperature aku pun berbahang.

"Eh..kau ke aku yang cemburu???" Aku bangun dan bercekak pinggang.Nak cari gaduh ke?Abang Zaki dah mula cenggang.

"Korang ni bercinta ker?"Abang Zaki menyoal sambil pandang kami bersilih ganti.

"Ya"Jefry bersuara.

"Tak"aku tak mahu mengaku kalah.

"Mana satu betul ni?Sorang jawab Ya,sorang jawab Tak?" Abang Zaki bertanya tapi wajahnya tak nampak macam marah,abang Zaki macam sedang menyembunyikan senyumannya.

" Sebenarnya tak." aku jawab sambil pandang Jefry.Ketegangan tadi sudah berlalu.

"Ya."Jefry jawab sambil senyum.Aku beliakkan mata.Geram! Tiba-tiba abang Zaki gelak besar.

"Okey!,.kerja abang Zaki dah selesai.Korang bincang elok-elok.Jangan ego sangat.Dalam hubungan ni salah seorang kena mengalah." Abang Zaki bangun dan berlalu pergi.Sungguh! Aku tak faham langsung! Kerja apa yang dah selesai? Abang Zaki buat aku keliru.Jefry nampak lebih tenang sekarang.Wajahnya yang mendung tadi kembali cerah.Ermm..nampaknya hujan tak jadi turun.

........................................................................

Perbalahan aku dengan Jefry selesai macam tu saja.Selepas makan dan pergi dusun abang Zul kami pun sepakat untuk pulang.Jefry ni aku tak faham betul dengan perangai dia.Kalau dia buat tak peduli tu memang la sakit hati tapi bila dia ambil peduli memang rimas sangat.Hiesy..dia control habis!!!.

Pukul 5.00 petang kami bertolak pulang.Kali ni kami bertukar pasangan.Gara-gara Jefry yang keras kepala kak Sue pula duduk bersama gadis ayu tu manakala Jefry berkeras nak duduk sebelah aku.Malu betul aku dengan kak Sue tapi sebelum berlalu kak Sue sempat meninggalkan nasihat untuk aku.

"Bincang elok-elok Lyna,jangan menyesal di kemudian hari sudah!" Apa maksudnya tu? Kata-kata kak Sue lagi buat aku keliru.Sebaik Jefry duduk di sebelah aku terus pandang ke luar tingkap.Aku lentokkan kepala di kerusi bas dan pura-pura lena.

"Kita berdamai ?" Jefry berbisik di telingaku.Meremang plak bulu tengkuk.

"Tak da maknanya." macam biasa ayat tu jugak yang sedap di gunakan.

"Hiesy..sekali lagi cakap macam tu gigit kang." Jefry bersuara perlahan.Semakin rapat hingga aku dapat merasakan hembusan nafasnya di pipiku.Aku semakin menjauh.Tapi Jefry plak semakin menghimpit.Aku naik rimas.Rasa sesak nafasku.

"Ishh..sempit tau dak?" Aku mula bengang dengan tindakan dia tapi dia masih selamba lagi.

"Kita berdamai?" Sekali lagi Jefry ulang ayat yang sama.Aku pelik betul.Nak berdamai macam mana lagi?Aku layan dia okey ja.

"Yalah! Jauh sikit. Rimas tau dak?" Aku toleh ke luar tingkap.Melihat permandangan ke luar tingkap lebih mendamaikan jiwa aku.Dalam bas ni jiwa aku kacau sangat walaupun ada terselit rasa bahagia.Kacau bila orang sebelah macam nak ambil kesempatan saja.

"Sayang!,.kita nikah?"

"Hah???" Terkejut aku.Tadi dia cakap aku dah tak sabar nak dapat title isteri.Sebenarnya siapa yang tak sabar ni?

"Belajar pun belum habis,berangan! Nak tanggung bini macam mana? Nak bagi makan apa?" aku menyoal,tiba-tiba saja ajak nikah.Waras ke tak?

"Ulat dalam batu pun boleh hidup." Amboi senang saja dia jawab!

"Tu ulat,.orang tak mau jadi ulat!" Aku dah mula berlembut.Malas nak bergaduh.Tak ada sudahnya.Aku tahu kalau kami kahwin hari ni pun kami takkan kebulur.Wang bukanlah masalah besar keluarga kami.Tapi,mampukah kami mengecapi kebahagiaan hidup berumahtangga.Kami masih muda.Masih hijau untuk menempuhi asam garam berumahtangga.Pasti banyak rintangannya.

"Payah sangat ke nak setuju? Dengan orang lain tu senang ja cakap,kalau boleh tu sekarang pun dah sanggup nikah." Aku pandang Jefry,dah mula la tu.Tadi dia juga yang nak berdamai.

"Tu hanya bergurau ja la! Tak faham bahasa bergurau ka? Ada faham?" Jefry capai tangan aku.Di genggamnya erat.

"Kita nikah? Serius!" Kami saling bertentangan mata.Lama.Aku cari kepastian di sebalik sinar matanya. Kenapa kami harus tergesa-gesa.Aku dah jadi milik dia dan aku tak mampu lari lagi.Aku mengeluh perlahan.

"Fikir dulu la."

"Berapa tahun? Setahun? Dua tahun? Tiga tahun?" Aku geleng kepala,serabut betul dengan orang di sebelah aku ni.

"Tu,nak mula lagi la tu? Ya la,esok saja la kita kawin.Senang ceta! Puas hati!!!,"

"Betul?" Jefry tanya.

"Apa yang betul?" aku tanya balik.

"Esok kita kawin." Jefry jawab.

"Dah tentulah tak betul! Ingat nak kawin ni macam main pondok-pondok ka? Dah lepas la,kita belum kawin lagi,yang awak buat orang ni macam isteri awak ni kenapa?" Aku tarik tanganku tapi semakin kejap plak dia pegang.

" Tapi Lyna bakal isteri abangkan?" Aku mengeluh lagi.

"Bakal! Belum jadi isteri lagi! Awak tak takut dosa ke hapa?" Aku mencuba uraikan tautan tangannya,tapi tak berjaya.Mana sangat kudrat aku.Jefry plak pandang aku sambil senyum nakal.

"Lepaslah! Jerit nanti" sengaja mengugut.

" Jeritlah,nanti abang bagitau semua orang,Lyna sebenarnya tunang abang."

"Erk..tunang bukannya dapat lesen lagi."Aku memberitahunya tentang kenyataan.Moga dia sedarlah bahawasanya walau dah bertunang pun pegang tangan pun tetap haram.

"Sebab tu la,abang ajak Lyna nikah,cepat dapat lesen." Aku buat muka,dalam masa yang sama aku isyaratkan tanganku yang masih di pegang tu.

"Selagi belum dapat lesen,haram tetap haram." Akhirnya tangan aku di lepaskan dan dia gelak selepas itu.Bas masih bergerak.Aku meninjau keluar tingkap.Kami dah masuk lebuhraya Sungai Petani.Kami melayan perasaan masing-masing selepas itu.Kebanyakan yang lain mengambil kesempatan melelapkan mata.Aku cuba juga tapi rasa tak sedap hati.Tiba-tiba aku jadi gelisah sendiri tapi aku pendamkan perasaanku.Nak luah kat orang sebelah.Entahlah! Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku risaukan.Akhirnya aku biarkan saja masa terus berlalu.

"Sayang okey ker?"

"Entah! Okey kot!" Nampak sangat ker? Aku bertanya diri sendiri.

"Macam risau ja?"

"Tak tahu,tiba-tiba rasa tak sedap hati." Aku luahkan juga keresahan aku.Kalau Jefry pun perasan maknanya kerisauan aku tu dapat di kesan.

"Banyak sangat fikir la tu." Aku angkat bahu.Suasana terus sepi lagi. Sedang leka melayan perasaan handphone aku berbunyi.Jefry di sebelah yang baru terlelap tersentak jaga.Aku kalut mencari handphone di dalam beg galasku.Panggilan terhenti tapi cuma sekejap.Panggilan kedua ku jawab dengan rasa debar bila ku lihat senarai panggilan adalah dari angah.

"Assalammualaikum,pehal angah?"

"Di mana sekarang?" Angah menyoal,suaranya bernada cemas.Aku dah mula hilang arah.Jantungku berdetak kuat.

"Tengah on the way nak balik la ni! Kenapa angah?"

"Opah." Sepatah perkataan angah seakan membuatkan jantungku terus terhenti.

"Opah? Kenapa dengan opah?" Airmataku dah mula bergenang.Risau yang teramat.Ku pandang Jefry di sebelah mengharapkan kekuatan darinya.Seakan mengerti perasaanku bahuku di usap lembut.

"Angah datang tadi.Angah jumpa opah dalam bilik air.Opah jatuh.Kami ada di hospital sekarang ni." Ya Allah! Selamatkanlah opahku.Airmataku mula meluncur laju.Aku tak mampu lagi membendung perasaan.

"Adik! Opah dah tak ada,kami sedang tunggu jenazah opah untuk di bawa pulang."

Ya Allah...
Aku dah tak mampu berkata apa-apa lagi selepas itu.Air mataku dah meluncur laju tanpa dapat di bendung lagi.Opahhh!!!,..

"Syy...sayang,.kenapa ni?" Jefry cuba menenangkan aku.Ketika ini aku dah tengelam punca.Aku hanya nampak wajah opah.Aku menanggis tersedu-sedu hingga semua penumpang bas dapat mengesan dan menoleh memandang kami.

"Awat Lyna?" Kak Sue datang menghampiri kami dan bertanya.

"Kak Sue opah dah tak ada.Lyna tak dapat jumpa opah untuk kali terakhir.Opah jatuh kak Sue.Opah jatuh sorang-sorang.Lyna tak sepatutnya ikut sekali hari ini.Lyna tak patut tinggalkan opah.Lyna bersalah kak Sue..." Aku mula meracau.Kak Sue merangkul aku dalam pelukannya dan menenangkan aku.Entah bila kak Sue mengambil tempat di sebelahku.

"Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un...Sabar Lyna,Istighfar banyak-banyak.Kalau itu sudah ketentuannya.Ajal maut di tangan Allah Lyna."

"Lyna yang bersalah kak Sue.Lyna bersalah.Lyna tak patut tinggalkan opah sorang-sorang." Esakanku semakin menjadi.Ku sembamkan wajahku dibahu kak Sue.Kak Sue urut belakangku perlahan.

"Sabar Lyna.Istighfar banyak-banyak.Ini semua ujian dari Allah buat hamba-hambanya yang terpilih.Setiap yang hidup pasti akan mati.Cuma kita saja yang tak pernah tahu bila masanya akan tiba." Kata-kata kak Sue umpama perangsang buatku.Perlahan tubuh kak Sue aku lepaskan.Aku kesat airmata yang masih bersisa.Bayangan wajah opah menjelma di ruangan mata.Pagi tadi ketika aku cium tangan opah sebelum keluar rumah,tangan opah begitu dingin sekali.Opah pendiam benar pagi tadi.Aku benar-benar menyesal kerana tinggalkan opah.

"Lyna...Lyna okey?" Kak Sue sentuh bahuku.Aku angguk.Fikiran aku serabut betul.Aku toleh keluar.Dah hampir nak sampai.Aku rasa seakan bas bergerak terlalu lambat.
Perasaan sebak yang masih bersisa mengundang airmataku lagi.Ku seka perlahan.Saat ini aku dah tak mampu nak fikirkan apa-apa lagi.Yang ada di fikiranku hanyalah wajah opah.Maafkan Lyna opah.Lyna cucu derhaka.Lyna abaikan opah di saat-saat akhir hayat opah.Kenapa Lyna pentingkan diri sendiri? Lyna bersalah pada opah.Sepatutnya Lyna yang jaga opah tapi Lyna tinggalkan opah dan pergi berseronok.Lepas ni Lyna nak bermanja dengan siapa lagi?Warda,.opah aku dah tak ada.

Warda??? Tiba-tiba aku teringatkan Warda.Aku cari handphone dan call Warda.

"Warda,opah aku dah tak ada!" Ayat pertama yang keluar selepas panggilan aku di jawab.

"Aku tau,aku dan kak Sal tengah on the way nak balik kampung."

"Mana kau tau? Aku pun baru tau."

"Baru sat tadi,kami pun baru bertolak.Sabar ya Lyna Allah lebih sayangkan opah.Aku tau hang sayang sangat-sangat kat opah tapi Allah lagi sayang opah.Redha ya Lyna."

"Warda,aku dah tak ada tempat nak bermanja."

"Aku kan ada! Darwish kan ada!"

"Wardaaa... Darwish nak buat apa?"

"Abang Ryzalkan ada!" Ryzal??? Mana dia?Aku donggakkan kepala untuk mencari dia.Aku seolah orang yang baru pulih dari hilang ingatan.Dan pencarianku berakhir bila pandangan kami bertembung.Dia masih setia.Berdiri berdekatan dan merenung sayu ke arahku.

"Lyna.."

"Ya Warda,.nanti kita jumpa." Aku putuskan talian selepas memberi salam.Entah kenapa hatiku sukar nak percaya bahawa aku dah kehilangan opah.

 Memandangkan aku ada kes kecemasan aku dihantar terlebih dahulu.Abang Zul merangkap ketua rombongan sudah membuat pengumuman bahawa mereka akan singgah di rumah opah untuk menziarahi jenazah opah untuk kali terakhir dan telah di persetujui oleh semua orang.Aku rasa terharu kerana di beri keistimewaan ini walau aku baru saja bekerja.

...................................................................

Bila kami dah sampai dan bas berhenti aku rasa semakin sayu.Berat kakiku untuk melangkah turun.Ku pandang rumah opah dari jendela bas,berguguran lagi air mataku.Ku seka air mata yang gugur dengan telapak tangan.Sukar nak mengambarkan perasaanku ketika ini,lebih-lebih lagi perasaan bersalahku pada opah yang terus mengasak diri.Sebaik aku turun bas kereta jenazah opah pun tiba di perkarangan rumah.Menyusul kereta along,kereta angah dan kereta abah.Aku terpa pada mama,ku peluk mama erat.Aku menangis semahunya dalam dakapan mama.Ku dengar esak tangis mama juga.Aku meluru pula pada along dan angah,kata-kata sudah tidak mampu lagi aku ungkapkan hanya air mata yang mengalir menganti ucapan perasaan diri.

Suasana sayu jelas terpancar di setiap wajah.Sebaik jenazah opah di turunkan tiba-tiba lututku jadi longlai.Aku melurut jatuh tapi sempat di sambar along dan angah.Aku di papah masuk ke dalam rumah.Semangatku telah tiada,telah di bawa pergi bersama pemergian opah yang tersayang.

"Kuatkan hati dik,kesian opah terseksa tengok adik macam ni." Along cuba mententeramkan aku.Ku dengar suara along yang serak sayup dan perlahan.Angah urut belakangku berulangkali.

"Kami pun sayangkan opah dik,tapi Allah lagi sayangkan opah dari kita semua.Sabar dik, jangan ikutkan hati sangat." Angah pula memberikan kata-kata perangsang.

...........................................................


Malam tu aku tak  berenggang dari sisi opah.Dari apa yang ku dengar tadi jenazah opah akan di kebumikan esok pagi.Aku menghadiahkan Surah Al-Fatihan dan Surah Yasin berulangkali.Baca dan baca tanpa jemu.Hanya itu yang mampu aku berikan untuk arwah opah buat kali terakhir.Bila ku tak mampu melawan perasaan,ku singkap kain penutup wajah opah dan ku pandang sayu.Ku hadiahkan juga ciuman kasih buat opah.

Maafkan Lyna opah!,.perkataan itulah yang ku ungkap berkali-kali.Tapi,hanyalah sekadar mampu ku ungkap di dalam hati.Aku sudah tidak mampu untuk bersuara.Perasaan sebak dalam dada sudah menghilangkan suaraku.

Awal pagi lagi Warda sudah tiba.Ku peluk Warda erat.Aku luahkan perasaan sedihku pada Warda.Sekali lagi Warda memujukku agar bertenang.Sekarang rumah opah sudah di penuhi dengan jiran tertangga dan saudara mara.Aku tak peduli lagi dengan kehadiran orang lain.Aku hanya di sisi opah,melihat opah di siapkan untuk kali terakhir.Ketika opah mahu di kapankan saudara mara terdekat di panggil untuk memberi penghormatan terakhir.

Aku mengambil kesempatan itu untuk menatap wajah opah buat kali terakhir.Wajah opah nampak berseri seakan orang yang sedang tidur.Ku cium ubun-ubun opah,dahi opah dan ke dua belah pipi opah.Ku tahan air mata agar jangan gugur.Jenazah opah telah dimandikan dan diwudukkan,tak harus ternoda dengan air mataku.Ku hadiahkan juga Surah Al-Fatihan dan tiga kali Surah Al Ikhlas buat opah.Semoga Allah ampunkan opah dan moga roh opah akan tenang di alam barkhzah sana.

Aku juga tak mahu ketinggalan untuk menghantar jenazah opah ke tanah perkuburan.Warda,Darwish dan seluruh keluargaku ikut serta termasuk Jefry.
Aku pasti selepas ini aku akan di paksa pulang ke rumah kami di Putrajaya.Aku serahkan nasibku pada takdir.Biar takdir yang tentukan.Selepas Talqin dibacakan aku duduk termanggu di pusara opah.Aku bacakan Surah Yasin buat kali terakhir kerana aku tak pasti apa nasibku selepas ini.Entah bila lagi dapat ku kunjungi pusara opah.

'Damailah opah di sini' ku bisikkan kata-kata terakhir buat opah di dalam hati.

 Telahanku benar belaka,selepas tiga hari majlis tahlil arwah opah abah suruh aku tinggal semula bersama mereka.Mereka keluargaku dunia dan akhirat.Aku tak berdaya untuk membantah.

...........................................................................

Sebulan menetap di Putrajaya aku minta izin dari abah dan mama untuk ke Cameron Highland bekerja di Ladang Bunga kak Sal kakak Warda.Aku hanya ingin bekerja sementara menunggu result STPM keluar.Pada mulanya mama memang keberatan untuk melepaskan aku tapi aku pujuk juga mama.Malam tu Warda call aku untuk tahu keputusannya sama ada aku dapat pergi atau tidak.Tak sabar betul Warda ni.

"Hang jadi mai dak ni?" Selepas berbalas salam itulah soalan pertamanya.

"Jadi la,apa plak tak jadi."

"Abah dan mama hang izinkan?"

"Yupp...100%"

"Ryzal?"

"Apa kena mengena dengan dia plak?"

"Dia kan tunang hang." Warda ni tahu la plak!

"Mana hang tau?"

"Aku kan kawan baik hang.Hang ja yang tak anggap aku ni kawan baik,semua nak berahsia."

"Bukan macam tu."

"Habis tu, macam mana?"Aku garu kepala yang tak gatal.

"Macam three!"

"Oh,aku ingatkan macam four."

"Dah mula la tu."

"Sapa yang mula dulu." Kami sama-sama tergelak.

"Warda!"

"Pehal?"

"Hang sayang aku dak?"

"Hang ingat aku lesbian ka?" Hiesy,.minah ni, ada plak macam tu.Senget sungguh!

"Awat?Kalau hang sayang aku,maknanya hang lesbian la?"

"Padan la,tanya soalan bodoh.Hang kan kawan aku dunia akhirat.Tentulah aku sayang." Aku senyum,sambil tu aku baringkan badan.

"Aku sayang kau jugak Warda."

"Ada aku tanya?"

"Dah la,suka nak kenakan aku,nanti jangan lupa mai ambik aku.,''Aku dengar Warda gelak.Suka la tu!

"Baik Tengku Fazlina Adriana,patik menjunjung perintah." Aku senyum sendirian.Inilah Warda aku yang sentiasa menceriakan suasana.Selepas panggilan tamat aku ke bilik air,cuci muka dan bersedia untuk tidur.Sambil-sambil tu aku capai Majalah Mingguan Wanita yang aku beli siang tadi.Sekadar menatap gambar dan membaca tajuk utama.Mana tau mata senang lelap.Sedang leka menatap ruangan petua handphone aku berbunyi.Aku capai handphone dan tengok nama pemanggil.Sepintas lalu bibir aku melebarkan senyuman.

"Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam,sayang sihat?"

"Okey jer."

"Buat apa tadi?"

"Buat bodo jer."

"Cuba la,sekali sekala buat cerdik sikit." Aku tergelak.Pandai plak dia nak bidas kata-kata aku.

"Pehal call?"

"Takkan tunang call pun tak boleh?" Hmm..kalau tak mahu cari pasal,lebih baik aku berhati-hati untuk berkata-kata.Nanti, kalau dia dah bengang aku juga yang terasa.

"Sayang! Kenapa diam?"

"Tak tau nak cakap apa."

"Cakaplah rindukan abang." Erm...aku betul-betul ketandusan idea.Dia yang rindukan aku gamaknya tapi aku pula yang kena cakap macam tu.Ini tak adil.Tapi,..sebenarnya memang aku rindukan dia pun.Rindu sangat-sangat..hehehe

"Sayang,abang rindu!"

"Tau!"

"Macam mana tau?"

"Pinjam teropong kat doraemon.Abang dok renung bulankan?" Aku saja nak ceriakan suasana.Bedal sajalah!

"Nakal!"

"Dah lewat malam ni,nak tidoq."

"Nantilah! Awal lagi!"

"Dah tak ada modal la nak borak."Aku buat pengakuan ikhlas kerana itulah yang sebenarnya.

"Kalau kita dah jadi suami isterikan best!" Dah mula la tu,nak tukar topik.Kalau di layan ni nanti macam-macam la yang keluar.

"Belum sampai seru!"

"Seru-serukanlah!" Hmm..kan aku dah cakap.Hampeh!!!

"Sayang,esok keluar?"

"In Sya Allah,dok mana ni?"

"Rumahlah!" Adehh..aku taulah di rumah.Ni yang aku bengang, cakap tergantung.

"Awat tak cakap dok atas bumbung ja?" Haa..kan dah keluar ayat power aku tu.Aku terdengar dia tergelak di hujung talian.

"Sayang ni,ada-ada ja kan?"

"Lain kali cakap biaq teranggg...tau la dok rumah.KL ka Penang?"

"KL la sayang!"

"Dah habis dah ka buat praktikal?"

"Beres.Okey sayang,abang baru sampai ni.Abang letih la,nak rehat dulu."

"Oh..Okey,bye."

"Bye sayang,miss you.Take care!"

"Miss you too!" Aku lepaskan juga ayat keramat tu dan balasannya aku terdengar dia gelak di hujung talian.Aku senyum saja.Bahagia sangat.
Selepas talian di tamatkan aku termenung sebentar.Malam ini aku tak dapat tidur kerana memikirkan hari esok.Kali terakhir aku jumpa Jefry adalah hari last majlis tahlil opah.Dia terus sambung praktikal disana.Tak sabar pula rasanya nak tunggu hari esok.
Aku rindu kau sangat-sangat...aku berbisik dalam hati.Dan aku tertidur juga akhirnya dengan perasaan rindu dan sayang yang mengebu di dada.

................................................................

Aku belek lagi wajahku di cermin.Wajahku aku solek nipis,bibirku aku oles dengan lipstik berwarna merah darah.Sekadar menaikkan seri tak perlu tebal-tebal sangat.Aku gayakan lagi di depan cermin.Memerhatikan penampilan sendiri.Baju blaus merah hati aku sepadankan dengan seluar slack berwarna hitam dan tudung hitam.Ermm..aku cukup berpuas hati.Aku menanti dalam debaran namun bibir tetap mengukirkan senyuman.

Akhirnya penantianku tamat bila Jefry call dan bagi tahu dia sudah menantiku di depan rumah.Aku keluar mendapatkannya.Terpesona aku bila melihat penampilannya.Kemas dan bergaya.Jefry menyandarkan tubuhnya di kereta sambil memberikan aku senyuman dan senyumannya berbalas.Jantungku ketika ini usah di tanya.Laju sekali denyutannya.Yang nyata aku gemuruh.Aku cuba kawal gelojak hati supaya tenang dan senada.

"Cantik sayang hari ni!" Pemula kata yang menyapa ke telingaku.Aku hanya tersenyum,entah kenapa aku rasa malu berhadapan dengannya.Merah juga wajahku seketika.

"Terima kasih,Lyna biasa ja la." Jefry bukakan pintu kereta untukku,sebelum aku masuk kami saling berbalas pandang.Berdetap juga jantungku ini.Kenapalah dengan aku hari ni,lain benar rasanya.

Sebaik Jefry masuk kereta dia onkan radio.Sepanjang perjalanan kami lebih banyak mendiamkan diri.Cuma radio yang berkumandang.Masing-masing melayan perasaan sendiri.Aku pula masih mengawal perasaan gemuruh yang hebat ini.

Aduhai hati.Tenanglah! Ku pujuk hati sendiri.Sesekali aku pandang Jefry di sebelah,auranya begitu memukau hati.

"Kita nak ke mana ni?" Aku cuba memberanikan diri bertanya padanya.

"Ada cadangan?" Jefry bertanya balas,aku hanya angkat bahu sebagai isyarat aku tak tahu.

"Kita ke Taman Tasik Titiwangsa.Okey tak?"

"Terpulang." aku jawab sepatah,aku sendiri pun tak ada idea.Jefry terus menumpukan perhatian pada pemanduannya.Kami mendiamkan diri lagi.Aku pun hairan selalunya dia yang lebih-lebih,tapi hari ni dia jadi pendiam pula.Aku pandang dia lagi.Mungkin terperasan diri di perhati dia pandang aku sekilas.

"Kenapa hari ni diam ja?" Aku tanya dia,boring plak kalau diam macam ni.Dia pandang aku dan senyum.

"Sayang cantik sangat hari ni,abang pun hilang modal nak cakap."

"Oh,.selama ni tak cantik la?" Aku sengaja menguji.Dia tergelak,dia pandang aku lagi,sekali lalu dan pandang ke depan semula.

"Cantik juga,tapi hari ni lagi cantik."Hmm..macam tu pun ada ke.Aku berkata dalam hati.Radio yang masih setia berkumandang sedang memutarkan lagu kumpulan Wow Kau Yang Satu.Kebetulan lagu ni memang aku minat sangat.Kenangan aku dengan Warda.Aku terdiam seketika menghayati lirik dan iramanya.

"Sayang suka lagu ni?" Aku angguk,mengiakan saja pertanyaannya.Aku pandang Jefry dan dia senyum padaku.

"Kenapa?Abang suka juga ka?" aku tanya dia ,nak tahu juga pendapat dia.Dia pandang aku dan jongketkan keningnya.

"Abang tujukan lagu ni khas untuk sayang.Err..abang nak tanya sikit?"

"Tanya apa?"

"Sayang panggil abang'abang' maknanya sayang dah boleh terima abang?"

"Tak da maknanya!" Dah terbiasa dengan ayat tu jadi laju saja aku ucapkannya.

"Apa? Ulang sekali lagi!"

"Abang,.esokkan Lyna nak pergi Cameron Higland.Nak kerja di sana dengan Warda.Bolehkkan?" Aku ubah topik.Takut terjerat.

"Aikk! Lari tajuk nampak?"

"Boleh tak ni?"

"Kalau abang cakap tak boleh." Aku muncungkan bibir.Saja nak tunjuk protes.Leceh la macam ni.

"Alaa..boleh la,mama dan abah pun dah bagi.Lagi pun petang ni Warda nak datang ambik Lyna..boleh la ya?" Aku cuba merayu.Suaraku di lunakkan sikit.Nak mengoda,kot-kot menjadik!

"Susahlah kalau macam ni!"

"Pasai pa plak?" Keluar plak loghat utara tu.

"Nanti abang rindu."

" Mengada-ngada la plak."Aku senyum.Suka sebenarnya bila dia cakap macam tu.Aku rasa diri aku dihargai dan diperlukan.

"Apa nak jadi pun Lyna tetap nak pergi jugak esok." Aku tegaskan keputusanku.

"Kalau macam tu lebih baik tak payah minta izin." rajuk bunyinya.

"Huh!" Aku muncungkan bibir lagi dan kami sama-sama diam selepas itu.Hanya radio yang berkumandang memeriahkan suasana .Layan saja lagu-lagu di radio.

.................................................................

 Destinasi kami sampai juga akhirnya.Tak ramai sangat orang.Mungkin hari bekerja,jadi tiada pengunjung.Yang ada cuma beberapa couple muda mudi.Permandangan biasa di taman-taman macam ni.Kami memilih bangku batu di bawah pokok yang berhadapan dengan tasik.Bersantai sambil menikmati panorama alam.

"Kalau Lyna tak pergi,boleh tak?"

"Pergi mana?" Aku jadi keliru,tiba-tiba saja Jefry buat permintaan macam tu sebaik kami melabuhkan punggung..

"Cameron Highland!"

"Oh,.ingatkan apa tadi." Aku menoleh,kami bertentangan mata.Nampak serius saja Jefry ketika ini.Ingin aku baca isi hatinya.Andai aku di beri pilihan untuk punya kuasa sakti,pasti aku akan pilih kuasa untuk baca isi hati.

"Abang ingat,bila dah balik KL boleh jumpa Lyna selalu."

"Alah,.KL dengan Cameron bukannya jauh mana pun."

"Tapi,abang masih kena sambung belajar."

"Bukannya lama pun,dua bulan saja,lepas result STPM keluar nanti Lyna minta la mana-mana kolej di KL ni." Aku cuba memujuk,boring la aku kalau tak kerja.

"Lama jugak tu!"

"Alah,pejam celik,pejam celik ja." Aku sengeh dan pandang muka Jefry.Boleh plak dia buat muka monyok tu.

"Nanti abang rindu! Kita nikah?"Jefry bersuara lagi. Aku lepaskan keluhan perlahan sambil menyilangkan tangan ke dada.

"Ngada-ngada,dah mula balik la tu!" aku muncungkan bibir.

"Mula apa." Jefry bertanya sambil merenungku.

"Biang keladi!" Aku bagi direct.Jefry tergelak sambil mendekat.

"Dahh...jangan cari pasai,kena tangkap khalwat kang baru padam muka."

"Baguslah!!,.boleh kawen free."

"Banyak hensem nak kawen free." Jefry jongketkan keningnya padaku berulangkali.

"Hensem ke sayang?"

''SS la plak."

"SMART SMART?"

"Syok Sendiri!!!" SS pun tarak tau ka? Biaq betoi!" Jefry gelak.Dia membetulkan duduknya sambil mendepangkan tangan dan meletakkan di atas bangku tempat bersandar.Aku berganjak sedikit dan mara ke depan.Dia hanya senyum melihat gelagat aku.Aku muncungkan bibir lagi,tak puas hati.Saja la tu!!! Cari pasal sungguh!

"Kenapa?"Jefry tanya.

"Apa?" aku tanya balik walau aku tahu apa maksudnya.

"Nak lari? Takut ke?" Dia mampirkan wajahnya padaku.

"Bukan takut! Serammm!!!" Aku tekankan perkataan seram tu.Kuatkan sikit.Jefry gelak lagi.Kepalanya di geleng berulangkali.

"Siang-siang pun seram!" Selamba saja dia jawab dah tu tak habis-habis lagi dengan gelak dia tu.Macam la lawak sangat.

"Alah,.kita kan dok tepi tasik,buatnya ada boya,kena plak boya dua alam,mestilah seram.Sekali dia ngap Lyna jugak yang ngep." Aku pinjam sikit dialog sudin dalam film bujang lapok tapi tak ingat plak aku film bujang lapok yang mana.Semakin galak plak Jefry ni gelak.

"Sayang ni ada-ada ja la."

"Sayang sokmo.Tak habis-habis sayang.Orang cakap kalau orang lelaki romantik macam ni mat romeo,betul ka?"

"Apa pendapat Lyna plak?"

"Ntah,tak ada pengalaman!" Aku jawab jujur.Aku pernah dengar kawan-kawan sekolah cakap.Lelaki yang paling setia adalah lelaki yang tak mudah mengungkapkan kata-kata sayang tapi sekali dia melafazkannya bermakna dia betul-betul sayang.Tapi,bagi aku,aku tak mahu macam tu,sayang harus dilafazkan agar pasangan kita tahu kita menyanyanginya.

"Tak semua lelaki macam tu."Jefry bersuara perlahan.Aku dengar dia mengeluh.Marahkah dia?

"Habis tu, abang macam mana?" aku mula mengorek rahsia isi hatinya.

"Apa yang Lyna rasa?"

"Abang nak rasa apa? Pahit? manis? masin?masam?" Soalan berbalas soalan.Tu la aku tanya dia siapa suruh dia tanya aku balik.

"Letihlah abang cakap dengan sayang ni.Abang tanya dia boleh dia tanya abang balik."

"2x5!!!" aku tak mahu mengaku kalah.Aku balas semua kata-katanya.Jefry tiba-tiba menghulurkan tangannya.Aku mengelak.Dia cuba lagi.Aku terus bangun dan dia lepaskan gelak.

"Okey,.okey,.Duduk balik.Abang janji tak buat apa-apa."

"Alah,.janji melayu."

"Ini arahan!!,.cepat duduk!!!.Macam mana ni,.belum apa-apa dah takut."

"Alah,.perasan! Lyna bukan takut dengan abang pun tapi Lyna takut dengan Allah." Aku mengingatkannya.Mana tahu dia terlupa dengan status kami.Dia angkat tabik sambil senyum.Kemudian menjarakkan sikit dirinya.

"Tapi,.bila dah kawen esok Lyna kena patuh dengan abang tau." Dia berkata sambil tersenyum nakal.Berpeluh juga aku mendengarnya.Gulp!!!

"Okeylah,.Abang dah lapar ni.Jom makan!"

Kami kemudian meninggalkan tempat itu dan mula melangkah ke restoran terdekat.Seharian juga kami meronda.Penat usah di kata tapi aku gembira hari ni.Terubat segala rindu seketika.Petang baru kami pulang.Bila kami pulang Warda sudah setia menunggu kepulanganku.Dah sampai rupanya Warda aku ni.Hmm..dan pastinya Warda takkan melepaskan peluang untuk menyakat aku malam ni.Pasti bertubi-tubi macam peluru berpandu di lepaskan.

................................................

Malam tu aku dan Warda berborak sakan.Dah sebulan kami tak jumpa.Warda pula macam murai tercabut ekor.Macam-macam dia interview aku.Aku jawab saja mana yang perlu.Ketika aku pulang petang tadi aku terserempak Warda dengan angah sedang berbual mesra di laman depan rumah.Macam couple la plak,tapi dengan Warda ni memang aku tak heran sangat.Almaklumlah Warda ni kan peramah dengan sesiapa saja.
Sedang syok kami berborak tu handphone aku berbunyi.Aku mendapatkan handphone aku di atas almari solek.Aku belek nama pemanggil dan aku terus melebarkan senyuman.

"Elehh..abang Ryzal call la tu.Senyum sampai telinga."

"Hiesy..diam la,.dah,syoh,syoh..." Aku saja nak bergurau dengan Warda.Aku letakkan jari telunjuk di bibir dan berpura-pura menghalau Warda.Dalam masa yang sama aku tekan butang jawab.Warda cebirkan bibirnya.

"Assalammualaikum."

"Waalaikummussalam,sayang,..abang rindulah!" Aku tergelak mendengar pengakuannya.Warda plak pandang aku semacam saja.

"Ya la tu."

"Sayang tak rindu abang ke?"

"Hmm..me too." Aku malas nak cakap lebih-lebih depan Warda.Warda tu sedap ja dok pasang telinga.

"Sayang... I LOVE YOU!"

"Yupp! 1437!" Aku nampak Warda beliakkan matanya dan kemudian dia gelak.Kuat sangat.Aku cubit Warda.Geram beb!!!

"Sayang,apa maksud tu.Sapa kat sebelah sayang tu?Warda dah sampai ke?"

"Ha'ah! Warda la sapa lagi."

"Sayang,1437 tu apa?''Aku garu kepala yang tak gatal.Ingatkan romantik sangat,dia faham la tapi tak faham lagi rupanya.Adeeh!!!

"Alaa,.1437 pun tak tau." Habis saja aku cakap Warda dah mendekat.

"Maknanya I LOVE YOU FOREVER la." Lantang Warda bersuara.Hangat wajahku.Berbahang saja.Tak guna betul Warda ni.Aku dengar Jefry gelak di hujung talian.Dah sah-sah la dia dengar suara Warda tu.

"Hahaha..14373." Aku senyum.Pandai plak dia tambah no 3 di belakang tu mewakili perkataan'too'.

"Payah sangat ke sayang nak sebut perkataan I LOVE YOU tu..macam-macam la sayang ni." Aku hanya senyum.Warda di sebelah semakin menghimpit.Aku bangun.Warda ikut.

"K la abang,.berbual lain kali la ya.Ada penyibuk la di sebelah." Aku gelak.Jefry juga gelak.Warda cubit aku.

"Auchh..sakit la Warda."

"Kenapa tu sayang?"

"Kena gigit dengan semut api la." Jefry gelak lagi,faham maksud aku barangkali.

"K...sayang,.good nite.Sweet dream sayang.Err..esok jadi pi Cameron?"

"Ha'ah,Warda dah ada ni.Jadi la,.maunya tak jadi.Warda ni bukan boleh sangat." Aku gelak.Warda tunjuk penumbuk.Eleh! Macam la aku takut.

"Sayang,esok abang hantar erk?"

"Eh,.pehal plak?"

"Muktamad!!!,.abang hantar,k,. assalammualaikum."

Tuttt...talian terputus.Aku pandang handphone tak berkedip.Warda pandang aku.

"Kenapa?"

"Jefryzal tu la,.ada plak dia cakap nak hantar aku esok."

"Ha,.baguih la tu!" Aku pelik plak dengar jawapan Warda.Sepatutnya dia marah,tapi...

"Habis tu, hang macam mana?"

"Apa susah? Aku follow ja la dari belakang."

"Eh,.bukan sepatutnya kami yang kena follow hang dari belakang ka?" Aku sengeh pada Warda.Warda buat selamba tapi dengan perlahan...

"Ouchhh.. Warda! Lebam la paha aku ni!" Kena cubit lagi! Tangan ketam betul Warda ni.

''Padam muka,main-main lagi."

"Eh...betul la,kami mana tahu ladang kak Sal!" Aku cakap benar.Warda ni pelik betul.Aku pula dia cakap main-main.

"Alah,.hang jangan bimbang la.Aku yakin dan pasti abang hang tu tau jalan.Jangan-jangan lagi terror dari aku."

"Hahh???" Aku cenggang dan malam itu aku tidur dengan penuh tanda tanya.


.........................................................................

Aku sangkakan aku ke Cameron Highland untuk bekerja tapi rupanya aku dah terperangkap dalam 'Jerat Percintaan' Jefryzal Andrian Dato Abu Seman dan 'Jerat kasih sayang' keluarga dan kawan-kawan aku sendiri. Patutlah abah dan mama sibuk saja sejak akhir-akhir ini.Angah dan along pun sama.Pagi ni masing-masing menghilang sejak awal pagi.Kami pula bertolak ke Cameron pukul 11 pagi.Sampai saja di sana aku terkejut besar.Bukan Ladang Bunga kak Sal yang kami tuju tapi sebuah Vila Mewah.Ada majlis sedang berlangsung dan majlis itu adalah majlis perkahwinan aku.Aku langsung tak boleh percaya bahawa aku sekarang sudah bergelar seorang isteri.

"Sayang marah ke?" Jefry tanya aku malam tu ketika kami berdua sedang berehat di dalam bilik.

"Dah terlambat!" Aku bersuara perlahan.Aku pun tak tahu apa perasaan aku.Yang nyata aku langsung tak percaya semua ni sedang berlaku pada aku.Macam aku sedang bermimpi.

"Sayang menyesal?" Aku pandang Jefry dan mata kami saling bertentangan.Tangan aku di capainya dan di elus lembut.

"Kenapa plak Lyna nak menyesal? Semuanya sudah tertuliskan? Kalau dah ditakdirkan jodoh Lyna datang awal.Lyna redha ja la." Jefry urut dadanya perlahan.Dia mula melebarkan senyuman.Dahiku di kucupnya.Shahdu terasa.Ini kali kedua dia menyentuh dahiku.Kali pertama tadi sesudah membatalkan air sembahyang ketika dia menyarungkan cincin di jariku.

"Abang sayang isteri abang ni.Sayang sangat-sangat!" Aku hadiahkan senyuman padanya.Setulus hati.Kalau dia sayang aku.Aku sebagai isteri lebih-lebihlah lagi kerana syurgaku sekarang adalah di bawah tapak kakinya.Aku bawa tangan suamiku ke bibir lalu ku cium penuh keikhlasan.

"Terima Kasih abang sayang.Bahagiakan Lyna ya!!! Lyna pun sayang abang.Sayang sangat-sangat." Aku berkata tulus dari hati kecilku.Tanpa sedar air mataku mengalir di pipi.Air mata kegembiraan aku yang bernama Tengku Fazlina Adriana yang kini bergelar isteri kepada Jefrizal Andrian. Semoga kasih sayang ini akan terus kekal selamanya.Dan cintaku padanya akan dihargai seadanya kerana aku juga manusia biasa yang banyak kelemahannya.

"In Sya Allah sayang!!,.bersama-samalah kita bina rumahtangga kita  ini menuju bahagia." Jefry rangkul tubuhku erat.Tiada kata yang dapat aku ungkapkan lagi selain bersyukur padamu Ya Allah kerana menjodohkan kami.

...................................................................

Hari ini April 2013,..

"Sayang...sayang berangan erk? Dari tadi lagi abang panggil.Ingat apa ntah?" Aku tersedar dari lamunan yang panjang.Aku toleh pada suamiku di sebelah.Pada anak-anakku yang sedang riuh bermain di laman rumah.

"Sayang fikir apa tadi?"

"Tak ada apalah bang."

"Dengan abang pun nak berahsia,''Jefry buat suara rajuk.Aku tersenyum lagi.Suami aku ni sebenarnya manja orangnya.Lima belas tahun hidup bersama baru aku tahu dalam romantiknya dia,ada juga sifat sensitifnya itu.Tapi demi rumahtanggaku dan kebahagiaan anak-anak aku pertahankan kesabaranku menghadapi kerenahnya.Erm..dia suamiku dan aku sayang dia selamanya.

"Abang,,1437."Aku berkata sambil melebarkan senyuman.

"Erm..14373." Kami sama-sama gelak selepas itu.Jefry merangkul bahuku agar mendekat dan sama-sama memerhatikan keletah anak-anak kami.Sesungguhnya kebahagiaan ini milik kami dan moga terus kekal untuk selamanya.Ermm..korang nak tahu apa dah jadi pada kawan-kawanku yang lain?Warda kawan terbaikku dah jadi kak angahku sekarang.Rupanya dalam diam mereka bercinta.
Kak sue,.dia kawin dengan sepupu Jefry dan sekarang sudah bergelar Datin Suhaila Ahmad

.Cayalah kak Sue!.

Eila pula bertemu jodoh dengan abang Zaki.Korang tahu masa kami picnic dulu aku ingatkan aku peralatkan abang Zaki rupanya itu semua rancangan kak Sue untuk bagi Jefry cemburu.Hiesy..aku langsung tak terfikir.

Erra??,.awek ayu yang aku cemburu sangat tu.Dia tu sepupu Jefry.Mereka satu kolej dan sama-sama buat praktikal kat kilang tu.Hampeh betul semuanya konpirasi nak kenakan aku.Walau apa pun semua itu buat aku bahagia kerana jodoh kami ternyata kuat walau datang terlalu awal.Sorang lagi kawan terbaikku.Nyaris aku lupa tadi Darwish a.k.a boya dua alam tu.Dia kawin dengan Erra..Maknanya semua orang kesayanganku dah jadi keluargaku.Macam magic plakkan?
Tapi,.apa-apa pun aku bersyukur sangat-sangat kerana semuanya dah berkeluarga dan bahagia.Hari ini kami selalu berkumpul bila ada kelapangan.Kalau tak pun kami jumpa saja dalam FACEBOOK.Fblah mengeratkan lagi hubungan kami.

"Suka betul abang tengok anak-anak.Apa kata tahun depan kita tambah lagi sorang.Mana tahu dapat perempuan.Dapat juga Aleesya kawan." Aku pandang suamiku.Aku cebirkan bibir.Janji melayu macam gitu la.Tak boleh percaya!!!.

"Kenapa?" dia soal aku sambil gelak.

"Dah janjikan!!,.empat saja.Dah!!!,. Muktamad! Kalau abang nak lagi abang saja yang beranak."

"Hahaha..suka betoi abang tengok isteri abang ni.Lagi marah lagi comel plak." Aku muncung lagi.Saja nak di pujuk.Nak bermanja aja bukannya ada apa pun.Hehehe..

                                                                     TAMMAT

P/S; MAAFF!!!,..saya tak pernah sempurna untuk buat yang terbaik,.kalau ada sebarang kesalahan harap dapatlah kiranya pembaca budiman di luar sana menegurnya dengan seikhlas hati,..nama dan cerita hanyalah rekaan semata-mata,..kalau ada kena mengena pun anggaplah ini hanyalah sekadar GURAUAN!!!,..hihi,..maaf lyna!!,..maaf mat jep!!!,..ngee;)

5 ulasan:

  1. Sweet sgt...i love it...nk lagi please

    BalasPadam
  2. Nor Najiha,.yang ni tak ada sambungan kot..nama2 watak dalam cerpen ni memang wujud dan bahagia bersama empat orang anak,.aleesya pun dah berusia 5 tahun untuk tahun 2014 ni,. :D

    BalasPadam
  3. I love it . This blog is the best blog that i have met

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.