Isnin, 22 April 2013

Rindu Semalam


              Malam ini kenangan itu datang lagi. Terasa dada ini begitu sesak. Tak tahulah, kenapa aku harus ingat lagi pada semua kenangan itu. Bukan aku tak cuba melupakannya, malahan sudah puas ku pujuk hati ini. Kadang-kadang, aku sampai berdoa agar Allah hilangkan saja ingatanku ini. Sampai begitu sekali, tapi entahlah..kenangan itu tetap datang mengoda perasaanku.

               Dulu aku memang pernah menyintainya. Aku ingat, bila masa terus beredar aku akan lupakan dirinya. Suatu hari, aku jumpa dia di pekan. Aku amati dirinya. Mana tahu, takut tersilap orang. Dia pun pandang aku juga, tapi dia buat tak tahu saja. Hairan, takkan dia dah tak kenal aku lagi? Sejak hari itu, aku selalu teringatkan dia. Setiap kali itu juga aku akan menangis. Sebak sangat rasanya.

              "Fizah, lepas sekolah nanti, Fizah jangan lupakan Amri tau. Biar di mana pun Fizah berada ingat, daku dalam doamu." Aku ingat lagi ketika zaman persekolahan dulu. Indah sungguh zaman persekolahan. Segalanya masìh segar terlayar dalam mindaku ini. Tak mungkin aku dapat melupakannya.

             Amri, andai kau dapat melihat hatiku ini. Hanya dipenuhi dengan namamu. Tentu sukar kau mempercayainya. Bukan kemahuanku untuk terus merinduimu, tapi aku langsung tak dapat mengawalnya. Entahlah..perasaan ini memang sukar untuk dimergertikan.

            ~As salam, Fizah kau dah dapat berita terkini ker?~

              Aku terima mesej dari kawan baikku Eira.

               ~wsalam, berita apa tu?~

                   Aku balas mesej Eira dengan perasaan sedikit teruja.

                      ~kau tak terima kad jemputan ker?~

                 ~kad jemputan? Kau nak kawin ker Eira, diam-diam ubi kau ni kan?~

                   ~bukan aku la ngok~

                   Ishh..Minah Senget ni, aku pula dia kata ngok.

                      ~ngok ngek sungguh, bagi tau saja la~

             Ambik kau, kan dah kena balik.

~aku tak sampai hati nak bagi tau kau;-(~

~biar kumpulan spring dah la tak sampai hati, yang kau pun tak sampai hati ni, apa kes?~

        Aku dah mula nak angin, nak berteka teki pula.

~aku dapat kad jemputan kawin Amri~

        Aku dah mula rasa semacam. Amri nak kawin? Air mata dah mula bergenang. Pedih sangat dadaku ini tiba-tiba.

        ~dah sampai seru dia, biarlah~

                Lain di hati lain pula dikata. Walhal hati aku ni dah rasa macam dah retak seribu.

             ~kau ni biar betul? Kau tak rasa apa-apa ker?~

                 ~rasa, aku tengah minum milo ni, manis sangat, terlajak gula kot~

            Dalam masa yang sama air mataku dah berguguran laju. Sampai hati kau Amri. Kau yang minta supaya aku setia, tapi kau yang curang padaku.

                 ~buat penat aku risau ja.~

                ~kenapa pulak kau nak risau?~

             Aku masìh cuba merahsiakan perasaan aku yang sebenar. Kalau ada award untuk pelakön terbaik, tentu akulah pemenangnya.

              ~Kau dengan Amri kan couple? Aku tak faham betul la dengan kau ni. Dah la, kalau kau tak ada apa-apa, untuk apa aku pulak yang nak sibuk lebih-lebih.~

           ~tau tak pa~

             Aku menangis semahu-mahunya selepas itu. Betapa sakitnya ku rasakan hatiku ini. Biarlah rindu yang ku simpan ini terus abadi. Cukuplah, aku jadikan kenangan semalam sebagai kenangan terindah dalam hidupku.

            Amri..maafkan aku kerana aku tak bisa melupakanmu. Izinkan aku untuk terus menyimpan namamu di sudut hatiku.

***************TAMMAT***************



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.