Isnin, 22 April 2013

Tak Kenal Tak Semestinya, Tak Cinta


           Aku menanti dengan sabar di stesen bas. Arah tujuanku ialah Sungai Petani. Sambil menanti tu, sempat lagi aku melayan internet. Sekarang ni zaman siber, sekadar guna telefon bimbit koman pun, aku dah boleh melayan internet.

           Aku buka laman sosial kegemaranku. Facebook la, apa lagi. Lima belas minit meronda, tak ada perkara yang menarik perhatianku, dan juga tak ada rakan untuk berbual. Ishh..bosan sangat. Aku terus logout saja. Aku search pula Cerpen online. Obses betul aku dengan page yang satu ni. Aku cari tajuk-tajuk cerpen yang menarik minat aku. Selalunya yang berunsur humor atau love story. Cewahh…

         Aku, kalau bab love story, memang aku layan habis. Macam aku pula heroin dalam cerpen tu. Hahaha…cayalah.

         Sedang aku dok sengeh sorang-sorang baca cerpen tu, pendengaran aku terganggu dengan satu surah. Ayatul Qursi menyapa pendengaranku. Aku toleh di sebelah. Seorang mak cik sedang sibuk mencari sesuatu dari dalam beg tangannya. Seketika kemudian, aku nampak mak cik itu mengeluarkan telefon bimbitnya, dan menjawab panggilan. Aku terfikir sejenak, baru sekejap tadi aku telah membaca dalam internet mengenai ringtone ayat-ayat suci Al Quran ni. Agak-agaknya, perlu tak aku tegur mak cik ni? Hmm..lebih baik aku tegur, mungkin mak cik ni tak tahu kot. Keputusan drastik pun aku buat, lantas mak cik di sebelah aku tegur dengan sopan.

            "Maaf mak cik, puan..ringtone puan tu lebih baik puan tukar." aku takut pula nak panggil mak cik. Mana tahu, kalau dia melenting sebab dari penampilannya, walaupun nampak berumur tapi masih bergaya. Tak macam aku, selekeh saja.

          "Err..bukan apa puan, saya baru ja baca dalam internet. Ringtone ayat Quran macam tu tak sesuai. Mana la tahukan, kalau,contohnya la, puan masuk toilet tiba-tiba telefon berbunyi, err.. masuk toilet awam la, tentu puan bawa telefonkan?" aku teragak-agak untuk meneruskan kata. Mak cik di sebelah aku ni pula pandang aku semacam saja.

          "Lagi satu puan, kalau ada yang buat miss call, dan lepas tu mereka letak, tentu ayat Quran yang dibaca tu tak habiskan?" Aku nampak mak cik tu macam nak bersuara. Aku bersedia untuk menunggu responnya.Wajah mak cik tu aku tengok dah merah semacam saja.

           "Kau ni sapa nak tegur-tegur aku?" Adoi mak, berapi beb. Aku senyum saja. Lagi suka pula aku nak menjawab.

           "Eh, puan tak kenal saya ka?" aku sengeh lagi.

           "Kau sapa?Anak sapa? Mana aku kenal." Lurus saja mak cik tu jawab tapi suara dia masih kasar macam tadi.

           "Saya hamba Allah macam puan jugak la. Berdarah merah macam puan jugak la. Kecualilah kalau..." Aku tak habiskan ayat aku tu. Aku tahu mak cik di sebelah aku tu dah mula terbakar.

         "Kalau apa?" Aikk…mak cik ni berminat nak tahu juga ka?

          "Kalau puan ni keturunan lagenda mahsuri tu, berdarah putih." aku menjawab sambil tersengeh lagi.

          "Kau pernah makan tapak kasut tak?" Belum sempat mak cik tu habis bercakap, aku nampak ada sebuah kereta Mercedes berhenti, dan mak cik tu segera bangun. Kalut saja dia berjalan menghampiri kereta tersebut tapi..

               "Mak cik jaga-jaga di depan tu...oppps..eh puan..."

Gedebukkk...alahai, kesiannya mak cik tu. Mungkin tergesa-gesa nak melangkah, mak cik tu dah tersadung lalu jatuh. Pemandu Mercerdes serta merta keluar mendapatkan mak cik tadi. Fuhh, Boleh tahan. Biar pun hensem giler, tapi aku tak berminat la namun, tertarik sikit tu ada la juga. Hehehe..

          Aku nampak mak cik tadi dipapah masuk dalam kereta. Aku? Memandang saja dari tempat duduk aku tadi. Berani lagi aku nak pergi tolong. Hah..Sengaja cari nahas. Maunya mak cik tu mengamuk.

           "Boleh tahan mulut awakkan?" Aku disapa seseorang di sebelah. Aku berpaling. Seorang lelaki tersengeh padaku. Aku telek dirinya seketika. Boleh tahan juga. Rasanya lagi hensem dari pemandu Mercerdes tadi.

          "Hai, Saya Kamarul. Awak?"  Aku pandang lelaki tadi. Bila masa pula aku tanya nama dia ni?

         "Bila masa pulak saya tanya nama awak?" aku tanya lelaki tadi. Macam mengigau saja aku tengok lelaki tadi. Terkebil-kebil macam cicak telan kapur.

         "Err..Saya nak berkenalan dengan awak, boleh?" Perlahan suara lelaki itu.

         "Eh..awak tak kenal saya ka?" aku tanya dia balik dan aku lihat dia tersengeh.

         "Kenal. Mestilah kenal. Kenal sangat-sangat. Awak hamba Allah macam saya jugak. Berdarah merah macam saya jugak." Wah, Bijaknya dia.

         "Hmm..pandai pun. Okey la, bas saya pun dah sampai. Assalammualaikum…" aku beri salam. Bangun dan terus berlalu.

           "Awak! Tunggulah, kejap..." Sayup-sayup aku dengar suara lelaki itu tapi aku semakin laju melangkah. Biarlah dia.

****************

         "Ayu, minggu depan ada orang nak masuk merisik. Mak harap sangat, kalau Ayu setuju." Mak aku bersuara perlahan, ketika aku sama-sama membantu mak memasak makan malam. Malam ini memang rezeki aku. Mak nak masak asam pedas ikan pari. Memang favourite aku ni. Bak kata orang, kalau mentua lalu kot belakang pun, kalau aku tengah makan ni,dah sah-sah aku takkan perasan.

       "Ayu...dengar tak mak cakap ni?" aku tersentak.

       "Hah! Apa mak?" aku pandang mak dan sengeh. Tangan aku yang rancak mengupas bawang aku hentikan seketika.

        "Kamu dah ke mana ni Ayu? Orang cakap dengan dia, berangan lagi la tu?" Aku sengeh lagi. Macam nujum Mak Belalang pula mak aku ni kan.

       "Bukan berangan la mak. Cuma, dah terliur dengan asam pedas ikan pari ni ha. Baru dengar saja dah kecur air liur dibuatnya." Mak gelengkan kepalanya, sambil tu tangan mak rancak mengoreng ikan. Seekor demi seekor ikan dimasukkan ke dalam minyak panas. Berdesir bunyinya, bila ikan sudah mencecah minyak.

       "Mak tanya Ayu apa tadi mak?" aku tanya mak bila mak diam saja. Mak aku ni pun dah pandai nak buat cerita tergantung. Ingatkan cerpen yang aku baca saja banyak cerita tergantung. Aku sengeh lagi. Sedar-sedar, mak dah tepuk belakang aku.

       "Sengeh sorang-sorang. Tak habis-habis nak berangan .Ayu, ayu..macam mana la nak jadi bini orang ni." Aku dengar mak membebel. Aku ni pula, ada saja idea nak menjawab.

       "Senyum itu sedekah mak. Dapat pahala lagi." Aku jawab pertanyaan mak tu. Dalam waktu yang sama, tangan aku ligat membasuh cabai untuk dikisar.

         "Menjawab saja reja dia. Ni macam mana? Minggu depan mak ngah Timah Ayu, nak datang rumah. Ayu dah bersedia ka belum?" Soalan mak buat aku jadi heran. Ishh..mak ngah Timah bukan tak pernah datang rumah. Kenapa pula aku perlu bersedia?

         "Mak ni,.Ayu tak faham betul la. Mak ngah Timah tu kan selalu datang rumah kita. Nak bersedia apanya?" aku tanya mak lagi. Aku tengok wajah mak tenang saja.

         "Tu la, reja berangan saja, sampai mak cakap pun dah tak dengar. Mak ngah Timah tu nak datang berhajat. Dia datang nak merisik Ayu." Hah, aku salah dengar ka apa? Angin tak ada, ribut tak ada tau-tau ada orang nak masuk merisik. Minggu depan pula tu. Kot ya pun, tunggu la bulan depan ka tahun depan ka. Taklah aku terkejut sangat.

         "Err...hensem tak mak? Kalau tak hensem, Ayu tak bersedia. Tapi, kalau hensem, seribu kali Ayu bersedia mak." Aisey, soalan tu pula yang keluar. Mak tengok aku semacam saja. Bersedialah Aidawiyah Idayu. Pasang telinga luas-luas. Sekejap lagi pasti bakal diceramahkan oleh Ustazah Hasnah ni.

        "Ke situ pulak anak bertuah ni. Nak pilih suami, nak yang lawa saja. Ingat rupa tu boleh bawa bahagia. Bukannya nak tanya orang tu sembahyang ka tak. Posa ka tak. Khatam Quran ka tak. Hiesy..." Kan aku dah cakap dah. Hehehe..

         "Alah, Ayu gurau saja la mak. Ayu pun takut nak kawen dengan yang hensem-hensem ni. Nanti tak pasal-pasal, terpaksa berebut dengan perempuan lain. Tapikan mak, kalau dah jodoh Ayu dengan yang ada rupa, Ayu gerenti tak tolak mak. Itu dah namanya rezeki tu mak." Aku tergelak perlahan. Mak macam biasa tetap tenang saja wajah dia.

             "Tunggu sajalah minggu depan. Ni, mak nak tau jugak, Ayu ni dah bersedia ka belum? Umur Ayu tu bukan semakin muda. Jangan jawab tak bersedia pulak." Lahh..Mak ni, dia yang tanya, tapi aku belum jawab lagi, ayat berupa arahan tu pula yang keluar.

            "Ikut mak dengan abahlah. Ayu ikut saja. Kalau Ayu dah ada boyfriend, Ayu memang nak reject, tapi memandangkan Ayu lebih percaya jodoh ni di tangan Allah, Ayu serahkanlah pada Allah."

           Aku serius kali ni. Soal jodoh memang aku tak berani buat lawak. Tapi, aku sebenarnya bukan tak ada orang yang nak. Aku sebenarnya takut nak bercinta. Nanti bercinta bagai nak rak. Last-last ditakdirkan bukan jodoh aku. Hmm..aku tak mahulah kecewa macam tu. Selalu juga aku baca di media-media massa, sampai ada yang sanggup bunuh diri kerana gagal dalam percintaan. Nampak sangat itu kerja orang yang tak beriman. Penangan cinta memang buat manusia buta hati dan buta fikiran.

         "Baguslah kalau Ayu dah cakap macam tu. Senang sikit reja mak dengan abah." Mak memandang aku. Aku perasan ada air mata bergenang di tubir matanya. Alahai, syahdu la pula. Aku? Dah tak mampu nak sengeh lagi. Alah, malas nak fikirlah. Serah sajalah pada Allah. Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk aku.

         Malam tu aku berchatting sakan dengan teman baikku dalam Facebook. Hal merisik tadi pun aku ceritakan. Teruk betul Haiza ni, sempat lagi dia nak takut-takutkan aku. Konon yang nak datang merisik tu datuk yang dah bercucu la. Duda mati bini la. Entah apa-apalah. Tapi dalam hati aku ni seram juga.

         Mak dan abah tu dah bagi tahu awal-awal, bakal menantu wajib yang ada agama. Tak ada rupa, tak ada harta ok lagi. Selain agama, rasa tanggungjawab pun harus ada. Biar kerja biasa-biasa, asal jangan menggangur sudah. Aku pula yakin dan pasti abah dan mak mesti nak tengok aku bahagia. Ermm..aku pasrah sajalah.

***********************

          Kamarul resah. Permintaan emaknya untuk pergi merisik anak dara di kampung sebelah benar-benar mengusutkan fikirannya. Bukan dia nak membantah cakap orang tua. Kalau sebelum ni memang dia akan serahkan bulat-bulat pada kedua ibu bapanya, tapi sejak dia bertemu dengan seorang gadis di stesen bas hari tu hatinya mula berbolak balik. Dia ingin bertemu lagi gadis itu. Tapi malangnya dia langsung tak ada maklumat pasal gadis tersebut. Bukan itu saja, nama gadis tu pun dia tak tahu.

         Kamarul duduk di birai katil. Teringat kembali perbualan dia dengah emaknya tengahari tadi.

          "Kamal cuti lamakan? Mak ingat nak ajak Kamal ke Kampung sebelah. Nak tunggu Kamal bawa menantu untuk mak, sampai sekarang pun masih tak ada apa-apa lagi." Kamarul mengeluh. Sebelum ini memang tiada sesiapa untuk diperkenalkan pada emaknya itu. Tapi, kali ini berbeza.

          Hatinya sudah terpaut, tapi masalahnya dia sendiri tak kenal gadis itu. Minggu lepas ketika dia sedang meronda-ronda di pekan, dia berhenti berehat sebentar di stesen bas. Pelbagai ragam manusia yang ditemui menarik perhatiannya. Kerjanya sebagai seorang pramugara memang sibuk. Banyak tempat dilawatinya, tapi takkan sama dengan kampung halaman sendiri. Biarpun hujan emas di negeri orang, tapi hujan batu di negara sendiri, tetap dirinduinya.

        "Mak, bagi Mal masa mak. Sikit hari saja lagi." Kamarul cuba memujuk emaknya lagi. Dia ingin keluar mencari gadis tersebut.

        "Mak bagi masa kat Mal sampai hujung minggu ni saja. Apa nak jadi pun, minggu depan, Mal tetap kena ikut kami. Bukan mak nak paksa Kamal nikah pun. Sekadar nak pergi menengok. Kalau tak berkenan tak apa. Dah tak ada jodoh. Nak buat macam mana." Mak Kamarul bernada sayu.

***************

           Aku berdebar sangat hari ini. Rombongan merisik akan datang ke rumah. Hiesy..kenapalah ada adat-adat merisik ni. Kawen terus tak boleh ka? Aku tergelak di dalam hati. Aku gabra sebenarnya. Setahu aku yang namanya adat merisik adalah pihak lelaki datang untuk melihat gadis yang bakal dipinang.

            Kalau kedua pihak sudah bersetuju maka majlis pertunangan pula akan diadakan. Lepas itu buat pula majlis akad nikah. Lepas tu ada lagi majlis bersanding. Berapa banyak majlis daa? Alang-alang orang yang tak berduit alamat membujang la sampai ke tua.

            "Ayu, dah siap dah? Nanti lepas Zohor sampailah Mak ngah Timah tu." Mak muncul di muka pintu bilik. Aku hanya mengganguk. Alah, aku macam biasa saja la. Berbaju kurung. Bertudung labuh lepas dada, dah tu pakai bedak sikit. Siap. Itu saja wajah ori aku.

          Untuk apa bersolek bagai, macam menipu diri sendiri saja. Allah dah beri kita wajah semulajadi cantik, untuk apa nak dikotorkan dengan solekan itu semua. Merah sana, hijau sini. Krim lagi. Hiesy...membazir semua tu. Nanti wajah yang dah cantik campur dengan bahan yang entah apa-apa tu jadi hodoh pula. Aku membebel dalam hati.

             Aku keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Nanti kalau tetamu dah sampai mesti aku bakal terperangkap. Nak ke dapur dari bilik aku memang la takkan ikut ruang tamu namun bilik aku berhampiran dengan ruang tamu. Korang tentu tak dapat bayangkan, kan? Biarkan saja la. Buang masa pula nak fikir. Hehehe..

               "Hah Ayu, macam tu saja kau pakai? Make up la sikit. Ini..Ya Allah, selamba saja." Kakak sulungku, kak Ema menegur. Aku macam biasalah, kalau tak jawab memang tak best.

             "Alah kak, Ayu tak make up pun dah tetap Ayu dah." Aku tergelak dengan kata-kataku sendiri. Sambil tu aku bergerak ke singki untuk membasuh pinggan yang masih bersisa.

              "Ya la tu.." Kak Ema membalas perlahan. Sambil tu tangan berjalan juga. Mengoreng mihun untuk dijamu kepada tetamu nanti.

            "Betul la tu, dalam sehari dah berapa kali orang dok cakap Ayu ni ayu.." Aku sengeh pada kak Ema. Dalam kami berborak kerja tetap berjalan. Selesai membasuh pinggan aku mengelap pula pinggan dan cawan yang akan digunakan nanti.

              Time-time macam ni lah mak akan keluarkan semua pinggan mangkuk baru dari almari. Lepas ni siaplah nak mengemas balik. Nasib baik sekarang musim cuti sekolah. Boleh juga aku tolong mak mengemas. Alah, aku cakap macam la aku kerja besar sangat. Walhal aku ni cikgu tadika saja. Hehehe...

              "Ayu, dia orang dah sampai la." kak Ema bersuara sambil mengintai di sebalik tingkap dapur. Ada dua biji kereta. Sebiji kereta mak ngah Timah. Sebiji lagi, mungkin yang nak datang merisik aku la tu. Aku intai juga. Ada lima orang dalam kereta tu. Dua wanita, tiga lelaki. Dua lelaki muda. Yang sorang tu berjanggut sikit. Tapi pakaiannya kemas. Segak juga orangnya. Yang sorang lagi tu terlindung sikit. Agak-agak, yang manalah yang nak dijodohkan dengan aku? Aku berkata sendiri dalam hati.

             "Agak-agak Ayu yang mana satu anak teruna?" kak Ema tanya aku. Aku angkat bahu. Dah tak boleh nak bersuara dah. Kelu. Dah rasa membeku dah satu badan. Gabra beb!

              Rombongan mak ngah Timah masuk ke dalam rumah. Rumah kampung, tapi tetap cantik. Berlantai marmar dan berkarpet ala-ala permaidani gitu. Tetamu dipelawa masuk. Kamarul memandang sekitar rumah. Tak ramai sangat. Yang menyambut kedatangan mereka cuma dua wanita dan dua lelaki. Ada tiga orang kanak-kanak yang masih kecil sedang bermain di satu sudut.

            "Jemput la, ni Timah ajak la mereka duduk." Ramah Haji Mansur mempelawa tetamu-tetamunya. Selesai bersalam-salaman masing-masing mengambil tempat duduk. Selepas dua puluh minit berborak, air pun dihidangkan. Siapa yang hidang. Tentulah Ayu dengan kakaknya itu.

             "Err..Ayu..duduk sini." Hajjah Hasnah menyuruh Ayu duduk di sebelahnya. Ayu patuh. Wajahnya cuba disenyumkan, tapi terasa kaku. Kamarul pula macam terkena renjatan elektrik sebaik terpandang Ayu. Tapi, sebentar cuma, kerana selepas itu ada senyuman terukir di bibirnya.

           "Inilah anak dara kami, Aidawiyah Idayu." Hajjah Hasnah memperkenalkan Ayu pada tetamu. Ayu tertunduk. Malu giler. Ayu cuba mendongakkan kepala memandang sorang demi sorang tetamunya dan matanya bertemu pandang dengan Kamarul. Kamarul mengukirkan senyuman, tapi Ayu buat wajah selamba. Control ayu la tu. Hehehe..

          "Ni, macam mana, anak daranya sudah tengok. Rasanya jadi ke tidak?" Mak ngah Timah bersuara. Semua mata memandang Kamarul. Ayu pula minta diri untuk ke dapur semula. Tak sanggup pula rasanya nak berlama-lama bersama tetamu -tetamu yang bertandang tu. Bagai nak gugur jantung dibuatnya. Lebih-lebih lagi bila terpandang lelaki yang duduk bertentangan dengannya. Asyik merenung saja kerjanya. Walaupun begitu Ayu rasa lega. Seksanya sudah lepas untuk hari ini.

********************

Enam bulan kemudian...
                      
          Riuh rendah rumah aku hari ini. Saudara mara sudah berkumpul semuanya. Jiran tertangga pun sudah ramai yang datang untuk bergotong royong. Majlis kenduri di kampung memang meriah dengan acara gotong royong. Apa yang aku paling suka bila time kenduri macam ni lah semua adik beradik balik. Kak Ema memang tinggal di kampung ni saja. Abang Asri bekerja di Kuala Lumpur. Kalau abang aku ni yang balik, memang tunggang langang rumah kami. Anak kembar abang Asri memang lasak betul. Dua orang adik aku yang masih belajar pun ada bersama. Nak buat kenduri pun kena tengok tarikh jugak. Bukan main buat saja.

           Majlis berlangsung cukup meriah. Dengan sekali lafaz aku dah sah jadi isteri Kamarul. Walau berkahwin bukan kerana cinta, tapi dialah suamiku yang tercinta. Malam tu aku resah sangat. Pukul 12.00 pun aku masih tak dapat lelapkan mata. Terbayang lagi kucupan yang suami aku hadiahkan di dahi selepas selesai aku mencium tangannya tadi. Waduh, macam mana ni. Kalau nak diikutkan badan aku ni memang letih sangat. Ketika aku terkebil-kebil sorang diri tu, aku terdengar macam pintu bilik dikuak dari luar. Aku terus memejamkan mata. Pura-pura tidur. Takut sangat-sangat ni.

              "Assalammualaikum, sayang..dah tidur ka?" terdengar suara memberi salam. Perlahan dan romantis. Aku membuka mata perlahan-lahan. Aku pandang suamiku yang sedang merenungku itu. Perlahan aku mengukirkan senyuman dan senyumanku berbalas. Terasa hangat dahiku. Merona wajahku seketika.

         "Ayu nak tahu tak kenapa abang terima Ayu?"

         "Alah, Ayu tahu." pantas saja aku menjawab.

         "Hah? Apa yang Ayu tahu?" aku senyum.

         "Sebab Ayu ni ayulah. Tu pasal la abang terima Ayu." Aku tergelak perlahan. Hidung aku dicuit.

          "Perasan betul isteri abang ni kan. Abang ada satu cerita ni. Ayu nak dengar tak?" aku mula bangun dan duduk. Semangat pula aku nak dengar cerita suami aku tu. Kami sama-sama duduk. Suamiku tarik aku rapat dengannya.

           "Sebenarnya abang dah jatuh cinta dengan Ayu sebelum kita bertunang lagi. Ingat tak lelaki yang nak berkenalan dengan Ayu di stesen bas hari tu?" aku cuba mengingat kembali. Aku ni kadang-kadang terlebih ingat, tapi kadang-kadang mudah pulak terlupa.

           "Haa..Ayu tahu.." aku bersuara separuh kuat. Dengan pantas suamiku menutup mulutku.

           "Hiesy..sayang ni.." Aku tergelak perlahan.

          "Err..tapi masa tu Ayu tak terima pun abang. Masa abang nak berkenalan. Ayu terus tinggalkan abang macam tu sajakan? Macam mana boleh jatuh cinta pulak? Mengarut saja la abang ni." Aku pandang suamiku lagi. Pening juga kepala ni. Itulah kali pertama dan terakhir aku jumpa dia sebelum kami bertunang.

          "Sebenarnya abang dah lama perhatikan Ayu. Belek handphone saja, dah tu senyum pulak sorang-sorang. Macam orang sasau pulak..." aku tarik muka. Suamiku gelak melihat wajahku. Suka pulak dia.

           "Abang pergi duduk sebelah Ayu. Nak tengok juga apa yang buat ayu sengeh sorang-sorang tu. Masa tulah abang dengar Ayu tegur mak cik sebelah Ayu tu." Masa tu aku dah mula senyum balik.

          "Agak-agak abang la mak cik tu tukar tak ringtone dia?" suamiku hanya angkat bahu.

         "Dah la, jom tidur. Abang dah ngantuk sangat dah ni.." Kami merebahkan badan masing-masing. Bahagianya dapat tidur di sisi suami tercinta. Tak kenal tak semestinya tak cinta tau. Kalau kita redha dengan apa yang telah Allah tentukan. In sya Allah bahagia pasti akan tiba.

Nota : Redha itu perlu untuk hidup bahagia dan redha itu juga akan membuatkan jiwa kita menjadi lebih tenang. Tahu tak, apa maksud Redha? Redha maknannya ikhlas. Orang dulu-dulu nikah bukan sebab cinta, tapi tetap kekal hingga ke akhir hayat. Aku pun sama..tapi, malas pula nak cerita kisahku.




5 ulasan:

  1. best... bak kata boboiboy terbaik!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha,.terima kasih sudi singgah,.tak tau nak tulih apa dah,..terima kasih saja lerr,.

      Padam
  2. Wow!...tahniah..terbaik..teruskn berkarya....��

    BalasPadam
  3. Terima kasih Norah Maya dan Arbaz. Cerpen ni sy share dlm fb dan copy & paste di sini tanpa edit. Dan kebetulan sy masih baru belajar dlm penulisan ini. Terima kasih sudi singgah, baca dan tinggalkn komen.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.