Isnin, 22 April 2013

KEMELUT JIWA HAMPA




    Arghhh...tension!
         Hatiku memberontak. Sakit betul, bagaikan aku ini patung yang tidak bernyawa. Orang lelaki memang begitu, kalau diajak berbual dengan topik kegemaran mereka, laju saja mereka memberi respon. Tapi, bila diajak berkomunikasi tentang hati dan perasaan, pasti aku ditinggalkan terkulat-kulat sendirian.

           Orang lelaki, mereka hanya minat bola dan politik. Topik ini mereka paling suka. Kadang-kadang aku iakan saja, walau jiwa aku memberontak. Memang aku tak ikhlas, tapi aku hanya ingin mengambil hati. Tapi, kenapa tega sangat dia sampai tak pedulikan perasaan aku, ketika aku luahkan perasaanku terhadapnya? Dialah suamiku yang tercinta dan yang paling ku sayang. Demi rumah tangga yang berbelas tahun kami bina bersama, aku pekakkan telinga dan bertahan selagi mampu.

           Aku sayang dia. Aku sayang rumah tangga kami. Tapi aku sudah tidak mampu menahan perasaanku ini. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Ketika aku ditinggalkan begitu saja. Dia pergi membawa diri saat aku perlukan teman bicara. Apa lagi yang mampu aku lakukan kerana di sisiku hanya berdiri seorang insan yang hanya ingin berkongsi kebahagiaan, tapi bila hatiku diamuk badai resah yang mengila, di mana dia? Saat inilah aku perlukan dia. Perlukan belaian dan pujuk rayunya. Ahhh, hidup memang begini. Kadang-kadang ingin ku luahkan rasa hati, tapi mengertikah dia?

           "Abang, Anis nak cakap sikit. Boleh tak?" Suatu hari tu aku cuba untuk berkomunikasi denganya. Aku dah tak mampu sebenarnya untuk melawan perasaan.

             "Cakaplah." Dia memandang aku. Aku sudah bersedia untuk mengungkapkan kalimah seterusnya.

             "Anis nak ambil masa abang sikit. Anis dah letihlah bang. Setiap kali Anis nak bercakap dengan abang pasti abang akan mengelak..." Aku masih bermain tarik tali. Bukan senang sebenarnya nak meluahkan perasaan ni.

             "Awak cakap sajalah." Aku pandang wajahnya. Serba salah pula aku. Perlukah aku luahkan ketidakpuasan hatiku ini?

             "Anis bukan nak minta harta kekayaan yang bertimbun. Cukuplah kasìh sayang yang abang curahkan. Tapi kalau boleh, Anis juga nak abang ambil berat dengan perasaan Anis ni. Kadang-kadang Anis rasa macam Anis ni hanya diperlukan ketika abang memerlukan Anis saja. Tapi..bila abang tak nak Anis ni, abang campakkan begitu saja." Panjang berjela aku luahkan isi hati.

            "Apa yang awak cakap ni? Berbelit-belit, tak fahamlah saya. Sudahlah! Saya nak keluar. Pening saya dalam rumah ni.." Suamiku bangun dan keluar begitu saja. Aku yang ditinggalkan sendirian hanya bertemankan air mata. Sayu rasa hati. Aku buka dairiku dan mula mencoretkan luahan hatiku.

_Abang, Anis hanya ingin abang mendampingi Anis disaat susah dan senang Anis. Disaat emosi Anis stabil dan tidak stabil. Kadang-kadang, ketika Anis perlukan abang, abang selalu menghilang. Anis buntu abang. Buntu yang teramat_

            Tinggal bersendirian menjadikan aku manusia yang paling bosan, lalu aku ambil keputusan untuk mencari teman di alam maya. Aku login Facebook. Berfikir seketika, apakah status untuk dikongsi. Ermm..tiba-tiba aku terfikir satu ayat yang pernah aku baca dalam buku Dr Hm Tuah.

Anis Aniesa
Wowen! without her, man is nothing, or wowen without her man, is nothing!

             Aku kemaskini status tersebut. Aku tunggu maklum balas dari rakan-rakan fabebook. Lima belas minit berlalu, baru ada komen.

Jejaka Perasan : Lelaki dan perempuan saling memerlukan, tanpa keduanya akan sunyilah kehidupan.

          Aku baca dan aku balas.

Anis Aniesa : Betul tu, tapi kadang-kadang, lelaki ni suka berlaku tak adil.

              Aku tunggu respon seterusnya. Lima minit kemudian Eira Syarina pula memberi respon.

Eira Syarina : Lelaki takkan mampu hidup tanpa wanita. Tengoklah lagi ramai ibu tunggal dari bapa tunggal.

           Akhirnya tajuk pun jadi semakin panas. Berbagai komen yang aku terima. Aku puas. Hanya laman sosial yang mampu mendengar suara hatiku. Biarlah hidupku berterusan dengan kehampaan. Biarlah kemelut jiwa berterusan. Apa yang penting, aku perlu terus bertabah dan bersabar.

Hasil Karya
Szaza Zaiman

p/s : Untuk para suami, isteri bukan boneka.
Untuk para isteri, andai anda di tempat Anis, bersabarlah. Pasti ada hikmahnya.


2 ulasan:

  1. Women! without her, man is nothing.. Men! without him, women is nothing..
    setiap kejadian (ciptaan-Nya) ... berpasang-pasangan ... maka hargailah seadanya~!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannnn!,.bahagia bila lelaki dan perempuan yang bergelar suami dan isteri saling sefahaman,.saling membantu,.saling berkasih sayang..

      Padam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.