Isnin, 22 April 2013

MAT SALEH TAPI MELAYU






                 Aku bergerak pantas mengejar masa yang tertinggal.Terlewat sikit hari ini gara-gara melayan facebook hingga tidak sedar sudah dinihari.Hari ini aku pakai baju kurung merah hati.Warna kegemaranku.Aku ni dah terlalu obses dengan warna ni sampaikan kebanyakan baju yang aku punya inilah warnanya.Pernah aku ditegur oleh along, katanya almariku dah jadi maroon colour kerana warna baju-bajuku yang semuanya hampir sama warnanya.

            Ahh..pedulilah apa yang along nak cakap.Yang penting, inilah aku dan warna kesukaanku.

             Peace! Aku senyum sendiri.

               "Awal kau sampai hari ni Tuan Puteri Adrina Natasha?" sampai saja aku di pejabat aku sudah disindir oleh Eira, a.k.a Nur Syaziera Damia,merangkap kawan aku yang terbaik dalam susah dan senang aku.

           "Perli nampak!,.aku tahulah aku dah lewat setengah jam.Tapi bukan aku sengaja pun.Aku cuma terlewat bangun jer," aku sengeh pada Eira.

                "Apa-apa pun tu bukan masalah aku.Tu masalah kau.Bos dah lama cari kau.Kau pandai-pandailah nak cari alasan bagi kat bos nanti," Alamak! Habislah aku kali ini.Aku gigit bibir.

         "Err,..Eira kau tengok mood bos ok tak pagi ni?" takut juga aku maunya mood bos k.o sekali dengan aku pun k.o sama nanti.

        "Entahlah!,.nampak mcm ok ja tadi.Kau jangan bimbanglah ,walau pun kau datang lambat tapi bos takkan marah punya.Kau kan pekerja kesayangan bos yang manis lagi cute.Aku rasa bos nak kenalkan kau dengan someone kot!" Pandai pula kau nak pujuk hatiku ni kan Eira.Macam tau-tau ja aku ni cepat ngelabah.

                 "Apa yang kau tercegat lagi? Cepatlah masuk!" Ishh,.mengesa orang pula.Kalau ya pun kejaplah.Bagilah aku tarik nafas dulu.Aku merungut dalam hati sambil mataku menjeling  ke arah Eira di sebelah.

                   "Bismillahirahmanirahim,." dengan lafaz bismilah aku mula melangkah ke bilik bos.Sempat aku mengerling Eira di sebelah yang menghadiah aku sebuah senyuman dan gelengan.

               Sesampainya aku di depan pintu bilik bos aku tadahkan tangan dan berdoa.Sempat lagi aku hembus kiri dan kanan.Macam orang berjampi pula.Fuhh kiri fuhh kanan.Hihi,.

         Pintu ku ketuk kuat.Perlahan karang bos tak dengar pulak.

               "Masuk!" terdengar ada yang melaung dari dalam.Bos aku la tu.Siapa lagi? Aku pulas tombol pintu.

          "Assalammualaikum bos!,.Selamat pagi!" aku bagi salam.Dengan tertib aku menghampiri bos.Ada seorang lelaki lain bersamanya yang membelakangiku.

            "Waalaikummussalam,.pagi Rina.Duduklah!" bos aku a.k.a Tan Sri Azizan mempelawa aku duduk di hadapannya di sebelah tetamunya tadi.Serba salah pula aku dibuatnya.Mamat ni pula ala-ala mat saleh la pulak.Rambut perang.Hidung tinggi.Sedap juga mata memandang.Terpikat pulak eden nengoknyer.Hehe.Aku mula berbisik di dalam hati.Gatal!

          "Duduk sini ker bos?" aku bertanya dungu sambil menunjukkan kerusi di depanku.

              "Habis tu!,.takkan awak nak duduk atas kerusi saya pulak kot?" Adehh,..terkena juga aku.Tulah,. padam muka.Siapa yang suruh tanya soalan bodoh tu?

              "Hiesy,..bos ni ke situ pulak!,.Saya mana layak nak duduk kerusi bos tu!" aku sengeh.Nak cover line muka aku yang dah mula membahang.Malu!

           "Rina!,.sebelum tu saya kenalkan anak saya Irfan Danial Anderson," Wow!,. Panjangnya nama.Macam nama mat saleh la pulak!

         "Hai!,.nice to meet you," Alahai!,.speaking la pulak.Jangan-jangan mat saleh celup ja ni.Hihihi,.

                 "Err,..hai! Maaf la Encik Irfan! Saya ada wudhuk ni," Hah! Blasah ja ngko nak tipu pun biar  ja yang logik.Bedal sajalah.

                 "Ohh,..ok!" Irfan Danial menarik kembali tangannya yang dihulurkan sebentar tadi.Aku tergelak dalam hati.

              "Ada apa bos nak jumpa saya ni?" Tu dia, soalan cepuput kak Bed sinarfm dah keluar.

                 "Macam ni Rina,.mulai esok saya nak kena outstation ke Kuala Trengganu.Nanti Irfan akan gantikan saya untuk handle syarikat di sini.Saya harap awak dapat berkerjasama dengan Irfan.Boleh?" panjang lebar bos aku ni bagi penerangan.Mahu atau tidak rasanya aku tiada pilihan.Dah nama pun aku ni secretary bos.

                 "In syaa Allah bos! Saya ok jer!" aku buat pengakuan jujur.Selesai kerja aku di bilik bos aku pun keluar dan memulakan kerja harian.

           "Apa bos nak?" Eira menghampiri mejaku sebaik saja nampak aku keluar dari bilik bos.

                    "Bos nak outstation so dia nak aku bekerjasama dengan anak dia tu," aku jawab malas.

                "Anak bos? Siapa?" tak puas hati dengan jawapan aku Eira bertanya lagi.

                  "Yang ada dalam bilik bos tu la,." aku muncungkan bibir menghala ke bililk bos.

              "Ehh,..biar betul kau ni? Aku tak tau pulak bos ada anak handsome macam tu!"Aku pandang muka Eira.Banyak songeh pulak dia ni tau!

                 "Lahh,..dah bos cakap anak dia takkan aku nak bagitau kat kau adik dia pulak!" Ni yang buat aku malas ni.Aku bulatkan mata pada Eira.

                "Aku cepuk kang! Tanya sikit pun tak boleh ker? Eleh,. aku taulah kau tu pekerja kesayangan bos.Nak aksyen dengan aku la tu!" aku sengih pada Eira.Nak melenting pulak dia.Ni tak pasal-pasal aku jugak yang kena pujuk ni.Dah la jenis sensitif giler.

                 "Ala,.cayang-cayang,buchuk masyam.Janganlah marah! Aku gurau ja tadi.Aku pun baru jer tau tadi.Bos ada anak mat saleh tu.Tadi bos bagitau anak dia tu baru habis belajar di Australia," Aku buat muka kesian.Mana tau kot-kot berkesan.

             "Hahh!,..tau pun kau takut.Aku majuk kang! Keluarlah kau makan sorang-sorang!!" aku cebikkan bibir pada Eira.Mentang-mentanglah aku pujuk dia tadi.Mula la tu nak kenakan aku balik.

                 "Tak apa!,.sayakan ada.Nanti saya boleh temankan!" Entah dari mana Encik Irfan ni.Tau-tau ja dah ada di tepi meja aku.Eira pulak terkejut beruk, terus beredar ke mejanya.Dah curi tulang.Takut la tu!

                      "Enci Irfan!,.ada apa? Nak saya tolong apa-apa ker?" Aku bertanya bos baru aku tu.Tiba-tiba mencelah perbualan kami sampaikan muka Eira pun dah berubah.Bos baru peel dia macam mana pun kami tak tahu lagi.

                       "Boleh jer,.tu pun kalau awak sudi," Encik Irfan mula bermain tarik tali.Dah kerja aku secretary dia.Eh,..silap.Secretary bapak dia! Dia cuma ambil alih kejap ja.

                      "Memang dah kerja saya Encik Irfan.Bagitau ajalah!,. Nak saya buat apa?" aku pandang wajahnya.Sekejap ja.Mengoda sangat.Encik Irfan punya renungan buat jantung aku dup dap dup dap saja.Tak kuasa aku nak pandang lama-lama.

                  "Erm,..bagus! Yang pertama saya nak minta tolong awak jangan panggil Encik.Just call me Irfan or Danial ja!" Ecehh,..demam ker apa bos aku ni? Dah dia bos aku pehal pulak aku tak boleh panggil dia Encik?

                "Kenapa pulak Encik Irfan? Encik Irfankan bos saya?" soalku tak puas hati pastinya.Dah jadi bos aku tapi tak boleh panggil Encik.Lainlah kalau dia nak ngorat aku.Hehehe,.aku senyum dalam hati.Apa pun muka tetap ceria beb!

               "Nanti saya tak boleh ngorat awaklah,. kalau asyik berencik jer!" Encik Irfan Danial Anderson bersuara perlahan.Muka aku dah mula panas.Membahang semacam ja.Aku toleh ke arah Encik Irfan.Dia senyum padaku.Serius ker bergurau mamat ni?Alahai!,.Encik Irfan Danial janganlah mcm ni!,.Kesiankanlah aku ni.Aku dah la cepat gubra dengan ayat-ayat macam tu.

             "Macam mana? Boleh tolong ker tidak ni?" Aku dongakkan wajahku.Encik  Irfan jongketkan keningnya yang tebal tu.

            "Nak tolong apa Encik? Err,.Irfan?" aku dah mula gugup.

             "Lahh..awak ni!,.awak berangan erk?? Tercetus tawa Encik Irfan tiba-tiba.

          "Hiesy,..mana ada!" Malunya.Encik Irfan ni sesedap rasa dia ja nak kenakan aku.

                    "Awak kena tolong juga! Mahu atau tidak saya tak mahu dengar sebarang alasan!!" Aduhh!,..bagitau ja la Encik Irfan nak minta tolong apa? Jangan nak main teka teki macam ni.Rimas la!

                 "Jangan panggil saya Encik!,.Itu pertolongan yang pertama.Yang kedua,jom teman saya breakfast.Saya belum breakfast lagi ni.Tadi kena datang awal.Tau-tau bakal secretary saya pulak yang datang lambat," Aku dah membahang sekali lagi.Sempat lagi tu nak menyindir aku!

             "Macam paksa jer Encik Irfan ni?" aku pandang dia.

                  "Well!,.terpulangg!" Gulpp,..ku telan air liur.Rasa tersekat dikerongkong.Pahit!

                  "Err,..saya banyak kerja la Encik Irfan.Encik pun tahukan,saya baru jer sampai!" alasan konkrit dalam kecemasan.Harap-harap dia faham.

            "Haa,.No,no,no.Just Irfan.Don't forget it!" dia melayang-layangkan jari telunjuknya di depanku.Aku sengeh.

            "Oppss!,.Sorry!"
.................................................

                      PETANG tu Encik Irfan a.k.a Irfan Danial Anderson ajak aku keluar selepas habis bekerja.Aku dah tak tahu apa alasan aku nak bagi kat dia tapi Encik Irfan bagi aku alasan untuk kenal secretary dia dengan lebih rapat lagi supaya senang untuk berkerjasama.Alasan yang aku rasakan agak logik tapi macam ada makna disebaliknya.Ermm,.!

                  Encik Irfan bawa aku ke Tasik Putrajaya.Cantik tempat ni.Rasa tenang dan damai ja.Ramai orang waktu petang macam ni.Aku enjoy juga la.Bukan senang kalau nak dapat peluang macam ni.Nak-nak lagi ada orang yang bawa.

               "Rina suka tempat ni?" aku anggukkan ja kepala.Memang aku suka sangat.

               "Boleh saya tanya sikit tak?" aku pandang Encik Irfan.Nak tanya.Tanya ja la Encik Irfan, tak perlu nak minta izin bagai.Aku bermonolog dalam hati.

             "Boleh tak ni?" dia ulang soalan yang sama.

            "Tanyalah," sepatah aku menjawab.

               "Nama awak Rina! Apa nama penuh awak erk??" Lahh,..nak tanya nama ja ker? Aku ingatkan apalah sangat.Bikin aku suspen aja tau!

               "Ohh,..Adriana Natasha bt Hj Kassim bin Ishak bin Hanafi bin dot,dot,dot," saja aku nak bergurau macam tu.Dah nak tau sangat nama penuh akukan! Aku bagtiau ja la yang selengkap-lengkapnya.Aku dengar Encik Irfan lepaskan tawa.

                 "Awak ni pandai berguraukan? Rina!,.Rina!'' Aku pandang Encik Irfan dan senyum padanya.Dia geleng-gelengkan kepalanya berkali-kali dan tawanya masìh berterusan.

                  "Dah Encik Irfan nak tau nama penuh saya.Saya bagitau ajalah.Nasib baik itu jer yang saya tau," selamba aku menuturkannya.

                "Awak sindir saya erk? Ni lagi satu.Berapa kali saya cakap jangan panggil saya Encik.Sekali lagi panggil saya macam tu, saya gigit awak!" Erkk!,..Encik Irfan ni biar betul?

                      "Mana ada tadi Irfan tak cakap pun.Irfan speaking jer tadi!" aku cuba cari helah menjawab ugutan Irfan Danial Anderson tu.Dalam masa yang sama aku tukar nama panggilanku padanya.Buatnya betul dia gigit aku tak ker nahas.Bukan boleh percaya sangat.Jangan-jangan Irfan ni spesis buaya tembaga ker? Siapa tau! Hikhikhik,.

         "Ada-ada aja awak ni kan?" Irfan pandang aku lagi.Aku sengeh padanya.Semanis mungkin.
..........................................................

                  SEMAKIN lama aku mengenali Irfan aku semakin mesra dengannya.Apatah lagi sekarang Tan Sri Azizan dah serahkan tanggungjawab untuk menjadi CEO syarikat kepada Irfan dan aku pula dilantik menjadi secretary Irfan.Hmm,.nampaknya mulai sekarang Adrina Natasha akan semakin keraplah berhubung dengan Irfan Danial Anderson.

            "Bos nak tanya sikit boleh tak?" Irfan pandang aku pelik.Aku sengeh padanya.Aku tahu apa maksud pandangannya tu.

            "Rina!,.awak ni kan.Dah berapa kali saya nak cakap.Degil betulkan?" aku jungkitkan keningku pada Irfan.Suka betul aku bila setiap kali aku sakat dia dengan panggilan bos tu mesti dia akan marah aku.

               "Alah bos ni!,.ni kan pejabat lagi pun bos tak bagi panggil encik jer kan?" aku cuba membela diri.

             "Saya tetap tak suka! Awak terlalu istimewa untuk saya Rina!" perlahan Irfan bersuara.Hatiku dah mula dup dap.Apa maksud Irfan agaknya yer? Aku ni terlalu istiwewa?Ahh,..confused!

           "Rina,.erm,." Jantung aku dah berlari laju.Macam baru lepas berlari 100km sejam ja.Aku sabar menanti kalimah yang seterusnya dari Irfan.Irfan renung aku tajam.Aku larikan pandanganku.

              "Rina!,."  Aku dongakkan kepala semula.Dimatanya aku cuba mencari sesuatu.

             "Irfan ada sesuatu nak bagitau Rina ni!" Aduhh,..Irfan ni bikin aku penasaran sajalah!

                 "Rina sayang!,.kau tak mahu keluar makan ker? Dah pukul berapa ni?" Pintu dikuak dari luar.Eira muncul dan mengajukan soalan padaku.Kami yang sedang bermain mata tadi terkejut dengan pertanyaan Eira terus melarikan pandangan ke arah Eira.Aku sengeh pada Eira.Irfan pula buat-buat sibuk mengemas fail.Nasib baik tak terkantoi.

           "Yalah,.jomlah!,.Bos! saya keluar dulu erk?" Irfan anggukkan kepalanya padaku.Aku berlalu pergi tinggalkan Irfan dalam seribu satu persoalan dikepala.Eira ni bikin spoil betul la!

                 Kami makan di restoran berdekatan dengan pejabat.Restoran nasi campur.Aku pilih nasi putih dengan kangkung goreng belacan dan masak lemak cili padi ikan tongkol.Berselera betul bila dah nampak nasi yang sudah terhidang di depan mata.Lupa sebentar dengan Irfan.Apa-apa hal pun perut yang dah berlagu dangdut ni kena isi dulu.

              "Kau dengan Encik Irfan tu dah semakin rapat sekarang.Ada apa-apa ker?" aku kalih pandanganku pada Eira.Aku hentikan suapan.Nasib baik aku tak tersedak.Mau tercekik juga aku dengan soalan maut macam tu.

                     "What do you mean dengan ada apa-apa tu?" soalan berbalas soalan.

                     "Aku tau kau faham maksud aku tu kan! Saja jer buat-buat tak faham!" Eira menebak aku dengan pertanyaannya.

                     "Alah,.tak ada apa-apa pun sebenarnya.Kau tu jer yang suka serkap jarang!" aku sendiri pun belum pasti sama ada aku ada apa-apa dengan Irfan ni.

                "Aku tengok kau dengan Encik Irfan tu mesra semacam jer?" penyiasat pensendirian tak bertauliah Syaziera Damia dah mula beraksi.

                   "Alah,. aku dengan Irfan setakat teman tapi mesra ja," aku cuba menyangkal sangkaan Eira.Tapi kalau betul pun aku dan Irfan ada hubungan apa-apa, agaknya Eira boleh ker terima?

                   "Kan aku dah cakap! Kau dgn Encik Irfan ni memang ada apa-apa.Buktinya tadi kau panggil dia Irfan jer kan?" Aku panggung kepalaku.Aku pandang wajah Eira.Saja ja tau nak bikin hatiku ini jadi gundah gulana.Aku ni dah la tak pandai nak bohong-bohong sunat ni.

              "Encik Irfan yang tak kasi aku panggil encik di depan dia.Tadi tu aku cuma tersasul jer," sengaja aku tekankan ayat tersasul tu.

         "Manyaklah kau punya tersasul!" Aku angkat keningku pada Eira.Ala-ala Ziana Zain gitu.

            "Dahlah!,.makan la.Sejak bila kau jadi mata-mata gelap ni aku pun tak taulah.Asyik menyoal jer dari tadi.''

                    Perbualan kami selesai takat itu ja.Aku tahu Eira tak puas hati dengan jawapan aku, tapi aku nak buat macam mana.Aku sendiri pun tak tahu hubungan kami akan sampai ke mana.Kalau nak diikutkan memang aku tak nafikan nama Irfan Danial Anderson dah mula bertapak dalam hati aku ni dan aku sudah pandai untuk merindui dia.

                 Hmm,..Irfan!,kau memang istimewa dihatiku,dan aku sudah pandai untuk jadi seorang perindu.Lagu-lagu jiwang yang aku langsung tak pernah minat sebelum ni dah selalu sangat jadi halwa telingaku.Mama! I'm in love!.Wehh,.biar bebetul aku ni!
........................................................

                   HARI MINGGU  aku keluar shopping dengan Along di KLCC.Ramai betul orang.Yang aku paling rimas KL sekarang dah macam negara asing pula.Ramai pendatang asing yang keluar berlibur di hari minggu macam ni.Dah tu mereka suka keluar berkumpulan.

                   Ketika kami sedang membelek pakaian di sebuah butik ,aku terpandang seseorang yang sudah acap kali aku lihat.Aku gosok mataku berkali-kali.Mana tahu kalau-kalau aku dah tersilap orang atau pun pelanduk dua serupa.

             "Kenapa ni dik? Semacam jer Along tengok.Adik tengok siapa tu?" Along di sebelah dah mula menyoal.

              "Tu ha,..macam bos adik jer," aku muncungkan bibirku ke arah dua merpati sejoli di dalam kedai Habib Jewel bersebelahan dengan butik yang kami masuki.Ada sikit perasaan sebak yang bersarang dalam dadaku sebaik menyaksikan kemesraan dua merpati sejoli tersebut.

                 "Ya ker? Bos adik dgn siapa tu? Mesra jer along tengok.Adik tak nak pergi tegur ker?" aku kerling along sekilas.Nak tegur Irfan? Ishh,..tak kuasa aku.Buatnya aku tak dapat menahan perasaan.Kan termelalak depan dia kang.Tak ker haru tu.

               "Biarlah along!,.Kacau daun jer nanti!" aku buat muka orang yang tak ada perasaan.Walhal dalam hati aku ni,dah terguris luka.Sampai hati kau Irfan! Di pejabat kau seolah beri aku harapan yang hati kau dah jadi milik aku ,tapi di luar kau bermesra dengan wanita lain.

               Saat tu aku macam nak resign ja.Dah malas nak masuk kerja, tapi aku masih waras.Biarlah Irfan dengan hal dia! Mulai hari ini aku tekad nak buat macam biasa ja.Aku dah tak mahu fikir lagi soal hati dan perasaan.Soal cinta dan sebagainya.Ingin aku lontarkan perasaan yang baru mula berkembang ni ke lautan yang maha dalam.Biar terus bersemadi di dasarnya.Biar Allah yang tentukan jodohku.Aku dah tak kisah.Sekali terluka biarlah ku balut sendiri luka ku ini.
.......................................................

                 AKU MULAKAN tugas aku seperti biasa.Aku perlu kuat menahan perasaan.Pagi ni aku masuk bilik Irfan macam biasa, membawa fail-fail projek untuk di tandatangani.Selesai saja Irfan menandatangani semua fail aku pun bergerak untuk keluar.

            "Rina!,.tunggu kejap!!" aku tak jadi melangkah.Aku pandang wajah Irfan.

                   "Saya nak kongsi berita gembira dengan awak.Awak luangkan sedikit masa untuk saya.Boleh?" Apa kena pulak dengan mamat sorang ni? Tapi tak apalah.Dengar ja la.Bukannya rugi berjuta pun.

                "Saya nak bertunang minggu depan.Insya Allah kalau tak ada apa aral malam tu kami nikah terus.Apa pendapat awak?'' Aku pandang Irfan.Tak percaya.Secepat itu? Tentu gadis itu terlalu istimewa.

                  "Tahniah bos!,.Moga bahagia!" aku terus berpaling untuk melangkah pergi.Tapi nama aku dipanggil lagi.

              "Rina!"  Langkahku mati disitu.Mahu atau tidak aku terpaksa berhadapan dengan situasi ini.

               "Awak ikhlas ker ucap tahniah tu? Macam tu jer? Tak ada apa-apa komen?" Pelik!,. Aku nak komen apa lagi? Dah kau nak nikah.Nikah ajalah! Ada aku kisah? Aku membentak dalam hati.

                  "Bos nak suruh saya komen apa? Saya bukannya pakar perunding perkahwinan!" aku dah naik malas nak melayan tapi mamat sorang ni boleh lagi dok sengeh macam kerang busuk.Hangin betul aku!

                    "Apa nak buat orang dah tak sudi nak berbual dengan saya.Oh ya!,. nanti minggu depan jangan lupa datang tau! Saya jemput semua staf.Kalau awak tak ada nanti tentu majlis tu tak meriah," Ada tawa diakhir ayat Encik Irfan Danial Anderson.

         "In syaa Allah!" sepatah aku menuturkannya dan terus berlalu.Irfan Danial Anderson dah nak bergelar suami orang tak lama lagi.Tapi macam mana pula dengan Adriana Natasha.
...............................................................

                     SELEPAS aku tahu Irfan nak kahwin aku terus pasrah.Aku nekad kalau ada yang masuk melamar aku akan serahkan segala urusan dan keputusan pada mama dan abah.Selalunya pilihan orang tua adalah yang terbaik.Mana ada ibu bapa yang nak buat aniaya untuk anak sendiri.Bukan salah Irfan pun.Dalam hal ini aku yang bersalah.Cepat sangat menyimpan perasaan.Nampak sangat aku bertepuk sebelah tangan.Hidung tak mancung pipi yang tersorong-sorong.Tepat benarlah pepatah tu dengan diri aku ni.

                 "Rina!,.mama nak cakap sikit dengan anak mama ni.Boleh tak?" Mama masuk dalam bilikku malam tu.Aku pelik.Selalu kalau mama nak cakap apa-apa tak pernah pula dia minta izin dari aku.

                         "Mama ni,.macam la tak pernah cakap dengan adik.Nak minta izin bagai," mama senyum padaku.Diusapnya tanganku lembut.

                        "Ini untuk masa depan Rina.Tentulah mama nak kena minta izin.Kalau Rina tak setuju mama dengan abah takkan paksa," kepelikan aku semakin bertambah.Apa maksud mama dengan masa depan aku?

                    "Maksud mama?" aku pandang mama.Dalam masa yang sama tangan mama aku pegang kejap.

                    "Macam ni Rina.Siang tadi ada kawan abah yang datang melamar.Kawan lama abah.Itulah mama nak tanya pendapat Rina.Err,..satu lagi,kalau Rina setuju mereka nak segerakan majlis.Siang bertunang,malam terus nikah," Hahh!,..aku dah melopong.Macam tu pun ada ker? Tapi kalau nak difikirkan balik dengan keputusan nekad aku tak salah rasanya kalau biar mama dan abah saja yg buat keputusan.

                     "Adik tak tahu nak cakap apa mama.Baik untuk mama dengan abah.Baiklah untuk adik," aku bersuara perlahan.Saat ini memang fikiran aku tengah serabut dan aku percaya pada ketentuan takdir.Memang aku moden tapi mama dan abah dah didik aku supaya percaya pada ketentuan yang telah Allah aturkan dan satu lagi,aku hanya ingin jadi anak yang patuh.
................................................

 Seminggu selepas itu,...

                 MAJLIS pertunangan siang tadi berlangsung meriah.Malam ni akan berlangsung pula akad nikah.Aku berdebar dalam gundah.Sepanjang seminggu ni aku terlalu sibuk hingga tak berpeluang langsung untuk mengenali siapa bakal suamiku.Bos aku a.k.a Irfan Danial Anderson tu seolah membalas demdam padaku.Teruk aku kena buli.Dah tu serius sepanjang masa.

                   Aku dibebani dengan kerja yang banyak.Dah tu setiap kali nak bermeeting di luar pejabat aku juga dipaksa menemaninya.Jauh atau pun dekat aku tak harus menolak.Memang stress betul sejak seminggu yang lepas tapi aku berjaya juga harunginya.Malam ini adalah malam penentuan.Aku bakal bergelar isteri orang dalam beberapa detik lagi.Akad nikah sedang berlangsung di ruang tamu manakala aku sedang menunggu pengantin lelaki di dalam bilik untuk acara pembatalan air sembahyang.Seram sejuk rasanya untuk membayangkan gelaran baru aku nanti.

                      Sedang asyik aku melayan perasaan pintu bilikku dikuak dari luar.Along dan Eira menerpa masuk.Aku dipeluk ke duanya bergilir-gilir.

                  "Tahniah adik!,.adik dah jadi isteri orang tau.Tak sabar betul cik abang adik tu nak pegang title suami.Siang bertunang,malam dah nikah.Sekali lafaz dah sah.Sayang sangatlah tu!" Along ni memandai-mandai ja buat ulasan.Jangan-jangan suami aku tu pun macam aku jugak.Kawin kerana permintaan orang tua.

                    "Tahniah Rina!,.Tak sangka kau akan mendahului aku.Jelous betul aku.Dah tu dapat jejaka idaman gadis semalaya pulak tu!" Eira peluk aku dan lagakan pipinya dengan pipiku kiri dan kanan.Aku tak faham apa maksudnya.Dalam masa darurat macam ni aku dah tak ada masa untuk fikir semua itu.

                    Bilik diketuk dari luar.Along menuju ke pintu dan membukakannya.Debaran aku semakin kencang.Aku tunduk ke bawah.Langsung tak berani panggungkan kepala.Aku dihampiri dan tangan aku dicapai.Sepasang tangan milik seorang lelaki kini sedang menyentuh tanganku.Jari manisku disarungkan dengan sebentuk cincin.Cantik! Sempat pula aku memuji didalam hati.Akhirnya dahi aku dikucup.Aku terpempam seketika menghayati kesyahduan kucupan tersebut.

                   "Selamat pengantin baru sayang!" ada bisikan lembut di telingaku.Perlahan dan romantis.Sekejap!,. Aku macam pernah ja dengar suara tu.Tapi di mana ya? Aku pantas donggakkan kepala dan mataku bertembung dengan si pemilik suara tadi.

                "Bos? Macam mana bos boleh ada di sini? Apa bos buat disini?" bertalu-talu soalan aku ajukan pada Irfan Danial Anderson di depanku.Segak dan tampan dengan baju melayu yang senada warna dengan bajuku.Irfan hanya menghadiahkan aku senyuman.Soalanku tak dijawabnya.Datang pula seorang perempuan sebaya mama yang menyarungkan cincin pertunangan aku siang tadi.Aku dipeluk dan diciumnya.Menyusul pula seorang gadis manis.Gadis tersebut tersenyum padaku.Menyalamiku dan mencium pipiku kiri dan kanan.

                  "Tahniah Kak Rina!,.Selamat pengantin baru!" Aku pandang Irfan di sebelah.Otakku ligat berfikir.Macam pernah tengok gadis ni, tapi kotak fikiranku memang dah buntu habis.Terus membeku!

              "Sayang! Ni adik abang,.Kenalkan Natasya Nureyriena Anderson,"Irfan di sebelahku  yang dah mula memaut pinggangku memperkenalkan aku pada gadis tersebut.Terjawab segala persolan.Baru aku ingat gadis inilah yang aku jumpa bersama Irfan di Habib Jewel hari itu.Patutlah mesra sangat rupanya adik dia.Aku senyum mengingatkan kebodohan sendiri.
.........................................

                   MALAM tu Irfan sakan ketawakan aku.Nak merajuk pun dah tak kuasa.Teruk mereka kenakan aku.Rupanya Irfan,along dan Eira dah berpakat.Hari yang aku terserempak Irfan dan adiknya di Habib Jewel tu mereka sebenarnya sedang memilih cincin pertunangan kami.Mungkin along terkesan akan perubahan wajahku pada hari itu dan mula menyiasat puncanya.Pasti orang pertama yang dicari adalah Eira teman terbaikku.Almaklumlah,. aku ni satu-satunya adik kesayangan along.Dari situlah mereka merancang segala-galanya.Irfan yang jadi perancang utama, manakala Eira dan along jadi pengikut setia.Aku juga yang menahan rasa.

                      "Sayang!,.marah lagi ker?" setelah puas ketawakan aku baru dia nak tanya aku marah ker tidak.Huhh! Aku cubit paha Irfan kuat.

              "Tak suka tau!,.Hiesy,." Aku buat-buat merajuk.Irfan semakin suka bila tengok aku macam tu.Semakin kuat ketawa dia.Aku kebam bibir.Dalam marah, aku sebenarnya bahagia.Irfan Danial Anderson dah jadi milik aku sepenuhnya.Aku pandang wajahnya.
Terima Kasih sayang kerana beri aku kebahagiaan ini.

*******************TAMMAT************

Cerita ini sekadar imaginasi.Ermm,..Harap Irfan Danial Ardenson tak perasan yer.Tapi kalau nak jadi lelaki romantik macam watak hero ni,tak salah.Ok jer..hehehe..
Kalau di ikutkan nak panjangkan lagi jalan ceta taip takut nanti cerpen akan jadi cerpang.Tunggu suatu detik nanti kot2 boleh buat novel pulak.
Hahaha..berangan aja la aku ni!

4 ulasan:

  1. Balasan
    1. Terima kasih fiqa syafiqa,.cerpen ni khas untuk rakan fb Irfan Iskandar yang dah lama menyepikan diri,.kebanyakan cerpen saya mengunakan nama rakan2 fb :D

      Padam
    2. Eh,..silap tulis nama,..Irfan Danial Anderson dan adiknya memang wujud,.saya pinjam nama fb mereka,.

      Padam
  2. Terbaek.....!!!!!!! Good luck.....!!!!

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.